Isnin, 9 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Ancam kesihatan manusia

Posted:

Ancam kesihatan manusia

Ancam kesihatan manusia

"BESARNYA tikus ini, mengalahkan anak kucing! Sudahlah berbulu-bulu, geli rasanya," rintih Bryan Adrian Narson, 11, kepada gurunya, Surianti Irwan.

Bryan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Darau, Menggatal, Sabah, antara puluhan pelajar yang hadir sewaktu pelancaran Kempen Kawalan Tikus Peringkat Kebangsaan di Dewan Pekan Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Biarpun usianya masih muda, namun persepsi anak kecil ini terhadap tikus yang tergolong dalam keluarga mamalia, rodensia cukup membayangkan haiwan perosak itu mampu membawa masalah yang serius.

Malah, secara umumnya semua mengetahui kehadiran tikus merupakan ancaman utama terhadap keselesaan dan kesihatan kepada masyarakat secara umumnya.

Sekiranya tidak ditangani, ia mampu mendatangkan kesan buruk melalui penularan wabak penyakitnya terutama leptospirosis atau kencing tikus.

"Saya rasa tikus ini mesti dapat makanan banyak sebab saiznya yang besar memandangkan banyak sisa makanan serta sampah di mana-mana sahaja di sekitar bandar raya ini.

"Selepas ini, hendak minta keluarga sama-sama pasang perangkap supaya tikus dapat dihapuskan," jelasnya. Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi.

Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar selama sebulan malah ia juga boleh membiak di air masin.


SIKAP manusia yang kurang menitikberatkan kebersihan menyebabkan tikus mudah membiak.


Antara haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria Leptospira termasuklah kucing, arnab, lembu, babi, kuda, anjing dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

Pandangan kanak-kanak itu secara langsung menunjukkan bahawa manusia tidak mendapat sebarang kepentingan dalam hubungan bersama haiwan perosak.

Dalam erti kata mudah, tikus boleh dianggap musuh manusia. Secara umumnya, terdapat sembilan jenis pengelasan binatang tersebut meliputi tikus rumah atau nama saintifiknya, Rattus Ratusdiardi, tikus mondok (Rattus Norvegicus), tikus rumah terkecil (Mus Musculus), tikus belukar (Rattus Tiomanicus) dan tikus rumah kecil (Rattus Exulans).

Selain itu, jenisnya juga termasuk cencorot rumah (Suncus Murinus), tikus besar hitam (Bandicota Indica), tikus besar ekor pendek (Bandicota Bengalensis) dan tikus sawah (Rattus Argentiventer).

Haiwan pengotor

Masalah mengenai lambakan koloni tikus ini bukan sahaja dialami di Sabah malah di seluruh negara.

Sedar atau tidak, ketika berjalan terutama di kawasan pasar dan gerai-gerai makanan pastinya akan melihat gelagat haiwan pengotor itu di sana sini.

Tikus adalah haiwan perahsia dan biasanya hanya keluar pada waktu malam. Jika anda melihat seekor tikus pada waktu siang bermakna jumlah tikus di sesebuah kawasan itu cukup banyak sehingga memaksanya keluar dari tempat persembunyian.

Bagi Surianti, kebersihan tetap merupakan amalan yang perlu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.

PELAJAR-PELAJAR tidak melepaskan peluang menlihat tikus-tikus yang telah ditangkap pada majlis pelancaran Kempen Kawalan Tikus dan Gotong Royong Perdana 1Malaysia di Dewan Pekan Menggatal, Sabah.


Bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di SK Darau, sikap membuang sampah sarap sekali pun kecil seperti kotak-kotak makanan ringan, tin minuman dan sisa makanan melalui tingkap rumah, restoran dan sebagainya menyumbang kepada persekitaran yang kotor.

Apabila timbunan sampah itu berlaku pasti akan merancakkan lagi kegiatan tikus tersebut dalam penularan wabak penyakit.

"Secara zahirnya, banyak penyakit berjangkit menular di negara kita disebabkan pengabaian terhadap aspek kebersihan.

"Walaupun ia kelihatan enteng, tetapi penjagaan kebersihan kawasan rumah dan sekitarnya adalah satu kewajipan. Jadi, aspek kebersihan tetap harus diutamakan sebagai langkah pencegahan proaktif," katanya.

Sehubungan itu, Surianti menjelaskan ketidaktanggungjawaban itu membuatkan tikus akan melompat-lompat dan mencakar longgokan sampah mencari makanan selain menjadi tempat persembunyiannya.

Pencemaran

Pandangan itu turut disokong rakan sekerjanya, Lau Su Fun yang berharap kempen perdana sebegini dapat mendidik dan meningkatkan kesedaran setiap anggota masyarakat terhadap penjagaan kebersihan alam sekitar.


ABDUL RAHMAN Rahman (dua dari kiri) melihat demonstrasi kawalan penyakit menggunakan teknik fogging.


"Inisiatif ini juga akan membuat kita sensitif ke atas sebarang pencemaran atau apa jua gejala yang boleh menjejaskan kualiti alam sekeliling kita.

"Kita juga harus menjadikan agenda komuniti atau program ini secara berterusan dengan mencegah kekotoran, menjaga kebersihan dan persekitaran menjadi tanggungjawab setiap warga negara," katanya.

Masyarakat harus faham sekiranya rantaian bekalan makanan diputuskan, ia sekali gus mengelakkan tikus membina sarang di persekitaran. Jadi, masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah.

Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam ucapan pelancarannya berkata, sehingga 1 Jun 2013 sebanyak 18 kematian telah dilaporkan dengan 1, 768 kes kencing tikus.

Katanya, ia secara langsung menunjukkan masalah infestasi tikus ini semakin meruncing dan wajar diberi perhatian.

"Seperti yang dilaporkan Kementerian Kesihatan, jumlah kes itu meningkat daripada 2,268 kes dengan 55 kematian pada tahun 2011 kepada 3,665 kes dengan 48 kematian pada tahun 2012.

"Seandainya kita tidak mengambil langkah pencegahan awal boleh menyebabkan angka kes dan kematian tahun ini turut meningkat," jelasnya.

Maine syurga udang karang

Posted:

Maine syurga udang karang

Maine syurga udang karang


PENINGKATAN suhu air tropika di perairan Maine dikhuatiri menjejaskan populasi hidupan marin termasuk udang karang.


PENANGKAP udang karang, Steve Train mungkin dicemburui nelayan-nelayan komersial di seluruh dunia ekoran lonjakan populasi udang karang di Portland, Maine, Amerika Syarikat (AS) yang mencecah jumlah tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah.

Para pelancong pula sanggup membayar AS$15 (RM50) atau lebih semata-mata untuk menikmati potongan udang karang yang dimakan bersama roti. Pencinta alam sekitar melihat populasi tinggi itu sebagai contoh kestabilan hasil laut yang jarang berlaku ketika dunia berdepan aktiviti perikanan berlebihan.

Rekod tangkapan tahun lalu mencecah sehingga 57 juta kilogram (kg) meningkat dua kali ganda berbanding sedekad lalu. Ia menimbulkan persoalan kepada orang ramai sama ada harga makanan laut itu murah seperti makanan harian lain termasuk nuget ayam atau pek makanan sejuk beku.

Ironinya, harga yang dibayar kepada nelayan udang karang di jeti telah merudum. Train memberitahu, bayaran yang diterima tidak mencukupi untuk pusingan modal bagi membeli umpan dan minyak kapal.

"Sukar bagi merancang pelan perniagaan dengan situasi yang berlaku sekarang," luah penangkap udang karang berusia 46 tahun itu yang menjadi nelayan di perairan Teluk Casco sejak remaja.

Walaupun kebanyakan nelayan di dunia berdepan kemerosotan hasil tangkapan, penangkap udang karang di Maine agak bertuah. Baru-baru ini mereka diiktiraf sebagai kawasan dengan aktiviti perikanan paling konsisten oleh Majlis Pengawasan Marin.

Peningkatan mendadak

"Saya yakin peladang jagung, gandum atau penternak ayam melalui situasi sama pada waktu tertentu," kata Pete Daley, Pengurus di Garbo Lobster Co di Hancock, Maine yang merupakan antara pengedar terbesar di AS.

Tambah Daley: "Orang akan bercakap bahawa mereka tidak mendapat harga yang selalu diterima atau harga yang layak diperoleh. Namun, apa yang kita lalui sekarang sebenarnya adalah kesan daripada perkembangan industri."

Tiada siapa tahu mengapa populasi udang karang meningkat secara drastik dalam tempoh yang pantas. Ahli biologi marin, Robert Steneck menjelaskan, ia mungkin disebabkan kombinasi suhu air tropika, penangkapan berlebihan pemangsa di pesisir pantai seperti ikan kod dan sejarah perancangan pemuliharaan berterusan yang dilaksanakan sejak dahulu.

"Udang karang merupakan spesies yang sering menjadi sasaran nelayan lebih 150 tahun dahulu tetapi membiak lebih banyak berbanding masa lalu," ujar Steneck yang juga seorang profesor di Universiti Maine.


KEMUNGKINAN udang karang akan berubah daripada sajian istimewa kepada hidangan biasa, sama seperti makanan laut lain.


Petanda baharu terhadap perubahan ekosistem dan ekonomi dapat dilihat apabila dua pengedar udang karang terbesar di dunia, Garbo dan syarikat yang berpangkalan di Massachusetts, Makanan Laut Pantai Timur mencipta kejutan dalam industri perikanan.

Dua musuh tradisi dalam bidang perniagaan itu mengambil keputusan untuk bekerjasama menukar kilang pengetinan sardin, Stinson Seafood Plant di Pelabuhan Prospect, Maine, kepada sebuah fasiliti memproses udang karang yang dilengkapi teknologi terkini.

Tahun ini, sebuah kilang dengan nama Maine Fair Trade Lobster Co pula akan mengambil seramai 130 pekerja dan memproses 2.3 juta kg udang karang. Kesannya, jumlah kilang memproses udang karang di negeri itu meningkat lebih tiga kali ganda berbanding lima pada tahun 2010.

Sementara itu, para pemerhati menegaskan bahawa masalah sebenar datangnya daripada padanan salah antara ekologi dan ekonomi, kurang kerjasama sesama nelayan dan persaingan harga melampau yang sering dikenakan para pembekal.

Pada musim bunga dan awal musim panas, udang karang akan memenuhi kawasan pesisir pantai bagi menanggalkan cengkerangnya yang keras, menjadikan ia sasaran mudah kepada nelayan udang karang yang menggunakan bot-bot kecil di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, ganjaran jangka pendek itu membentuk kitaran ganas apabila pasaran menjadi tepu dengan pantas dan membuatkan 5,300 penangkap udang karang negeri itu berdepan masalah bagi menurunkan harga pada nilai paling rendah.

"Kita semua mahukan keuntungan. Namun jika anda berada dalam industri ini, anda tidak akan dapat menangkap lebih banyak hasil sekiranya anda tidak mampu menjual hasil sedia ada bukan?" ujar John Jordan, seorang penangkap udang karang yang juga presiden bagi Calendar Islands Maine Lobster Co.

Jordan dan beberapa syarikat lain kini terdesak mencari jalan bagi memasarkan udang karang ke dalam pasaran makanan di luar zon sedia ada, daripada gazpaco iaitu sup campuran tomato, timun, lada benggala hijau, minyak zaitun dan cuka sehinggalah kepada pastri lapis dan quiche. Quiche merupakan doh pai yang banyak lemak dan mempunyai campuran kastard di atasnya.


PUNCA sebenar peningkatan udang karang di Maine masih belum dapat dipastikan.


Stok

Bagaimanapun, sebelum nama-nama besar dalam industri itu mengubah status udang karang daripada tangkapan istimewa kepada sajian harian biasa, pakar industri berpendapat, pertalian dalam rantaian penawaran perlu berjalan lancar.

Ketika ini, lebih banyak udang karang di Maine melibatkan kerja-kerja merebus, menyiang, membeku dan menyimpan makanan laut itu untuk dijadikan stok pada musim kekurangan bekalan.

Bagaimanapun, para saintis memberi amaran bahawa alam semula jadi mungkin mempunyai mesej berbeza untuk disampaikan kepada manusia. Steneck mengatakan, di selatan New England, populasi udang karang merosot pada tahun 1990-an akibat suhu air tropika yang meningkat sehingga ia dijangkiti penyakit dan bergelut untuk pulih.

Apabila air menjadi sedikit panas di Teluk Maine, pakar paling optimis terhadap udang karang. Mereka mengakui wujud peningkatan kebimbangan terhadap populasi hidupan laut di kawasan sekitar. Ia kini dapat dilihat menerusi pengurangan spesies kod dan hadok di perairan itu.

"Tiada pelabur dalam dunia ini yang akan menyarankan anda agar melabur semua duit pada satu stok sahaja. Namun ini yang kami lakukan di Maine," kata Steneck. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


SMK Kangkong hasilkan Jalur Gemilang 150 meter

Posted:

SMK Kangkong hasilkan Jalur Gemilang 150 meter

SMK Kangkong hasilkan Jalur Gemilang 150 meter


NORALAM (dua kiri) bersama pelajar SMK Kangkong, Pasir Mas, Kelantan menunjukkan Jalur Gemilang sepanjang 150 meter yang dihasilkan sempena Bulan Kemerdekaan baru-baru ini.


SEMANGAT MERDEKA. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kangkong, Pasir Mas, Kelantan mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 150 meter bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 baru-baru ini.

Penyelaras projek berkenaan, Noralam Majid berkata, Jalur Gemilang tersebut dihasilkan oleh 10 pelajarnya yang mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan.

"Ini adalah sesuatu yang amat membanggakan buat seluruh warga SMK Kangkong. Kejayaan ini membuktikan pelajar luar bandar mampu memberikan sumbangan sekiranya diberikan peluang," katanya yang juga guru kaunselor sekolah tersebut pada Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah di Pasir Mas baru-baru ini.

Ahli MBM melawat pesakit di Hospital Kepala Batas

Posted:

Ahli MBM melawat pesakit di Hospital Kepala Batas

Ahli MBM melawat pesakit di Hospital Kepala Batas


MOHAMAD (lima dari kiri) bersama ahli MBM Seberang Perai Utara melakukan lawatan ziarah di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.


ZIARAH. Seramai 30 pesakit di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang gembira apabila menerima kunjungan Majlis Belia Malaysia (MBM) Seberang Perai Utara (SPU) sempena Program Jom Lawat baru-baru ini.

Rombongan MBM yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Mohamad Saud itu bukan sahaja untuk bertanya khabar, bahkan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban pesakit berkenaan.

Lawatan ziarah itu merupakan aktiviti tetap tahunan MBM bagi mendekati anggota masyarakat setempat ke arah menjalin hubungan khususnya dengan pesakit di hospital tersebut.

Mohamad berkata, program itu merupakan salah satu proses pembelajaran terbaik untuk diterapkan kepada ahli MBM agar sentiasa bersedia membantu masyarakat.

3,000 hadir jamuan merdeka raya Giat Mara

Posted:

3,000 hadir jamuan merdeka raya Giat Mara

3,000 hadir jamuan merdeka raya Giat Mara


JAUJAN (kanan) menyenduk nasi kepada kakitangan Giat Mara pada majlis sambutan merdeka raya yang diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri di Wisma Giat Mara, Kuala Lumpur baru-baru ini.


MERIAH. Kira-kira 3,000 tetamu hadir memeriahkan majlis jamuan merdeka raya anjuran Giat Mara yang diadakan di pekarangan Wisma Giat Mara, Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis itu dihadiri Pengerusi Giat Mara Malaysia, Datuk Dr. Jaujan Sambakong yang turut menyampaikan sumbangan RM1,500 kepada seorang anak bekas kakitangan Giat Mara yang cemerlang dalam pelajarannya.

Jaujan berkata, majlis itu merupakan acara tradisi yang diadakan pada setiap tahun bagi beramah mesra dan mengeratkan silaturahim antara kakitangan Giat Mara dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tak sempat pergi ke sekolah

Posted:

Tak sempat pergi ke sekolah

Tak sempat pergi ke sekolah

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat empat beranak yang terkorban dalam nahas di Kajang semalam. Gambar kecil ialah Mohd. Nabil Lutfan Al-Husni yang kritikal.


KAJANG – Perjalanan seorang guru Pendidikan Islam ke tempat kerja dengan membawa empat orang anak berakhir dengan tragedi pilu apabila empat daripadanya maut manakala seorang kritikal selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori semalam.

Kemalangan pukul 11.45 pagi di Kilometer 8 Jalan Kajang-Banting itu mengakibatkan guru Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Rohaya Md. Rabi, 35, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Turut maut dalam kejadian itu ialah tiga anak Rohaya iaitu, Nur Nabila Al-Huda Mohd. Taufid, 9, Nur Nabila Al-Hanan, 7, dan Mohd. Nabil Lutfi Al-Hadif, 1.

Seorang lagi anaknya, Mohd. Nabil Lutfan Al-Husni, 3, kritikal dan kini dirawat di Hospital Kajang.

Nur Nabila Al-Huda, anak kedua, Nur Nabila Al Hanan, anak ketiga manakala Mohd. Nabil Lutfi Al Hadif, anak bongsu daripada tujuh beradik.

Difahamkan, mereka dalam perjalanan ke sekolah tersebut dari rumah di Taman Impian Putra, Bandar Seri Putra, Bangi. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 18 kilometer.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Doktor tentera didakwa rasuah

Posted:

Doktor tentera didakwa rasuah

Doktor tentera didakwa rasuah


KUNASEEGARAN dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam atas tuduhan rasuah.


SHAH ALAM – Seorang Ketua Makmal Patologi berpangkat Kolonel di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap dua pertuduhan iaitu meminta dan bersetuju menerima suapan RM700,000 daripada pemilik sebuah syarikat pembekal perubatan swasta.

Kolonel Dr. R. Kunaseegaran, 50, didakwa secara rasuah meminta wang tunai RM700,000 daripada pemilik RAZ Medical Supplies, Abdul Razar Abdullah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada telefon bimbit milik tertuduh pada pukul 11.58 pagi, 29 Ogos lepas.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa bersetuju menerima wang tunai berjumlah RM700,000 daripada Abdul Razar di hadapan Empire Gallery Subang Jaya dekat sini pada pukul 5.15 petang, 3 September lepas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

ASP, Inspektor didakwa terima rasuah

Posted:

ASP, Inspektor didakwa terima rasuah

ASP, Inspektor didakwa terima rasuah

KUALA LUMPUR – Dua pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap pertuduhan bersetuju menerima rasuah berjumlah RM4,000 daripada seorang wanita berhubung pembebasan suaminya yang ditahan.

Asisten Superintendan S. Ravintharan, 50, dan Inspektor Suriati Mohd. Shafie, 31, dengan niat bersama didakwa bersetuju menerima RM4,000 daripada Nurullizean Yahya sebagai dorongan membantu melepaskan suaminya, Tchouanseu Tchounga Armand, warga Cameroon, yang disyaki terlibat kes samun.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik Pejabat Tingkat 3, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields (Balai Polis Petaling), antara pukul 8.30 malam dan pukul 9.30 malam pada 22 Januari lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Novel peperangan zaman Rasulullah

Posted:

Novel peperangan zaman Rasulullah

Novel peperangan zaman Rasulullah

Oleh SUHANA VERU
suhana.veru@kosmo.com.my

HIZAMNUDDIN setakat ini telah menghasilkan lima buah buku perniagaan, motivasi dan novel sejarah yang sesuai dengan cita rasa dan adat masyarakat Timur.


MENGHASILKAN novel berbentuk sejarah Islam dengan harapan ia dapat menjadi panduan generasi muda merupakan matlamat penulis, Hizamnuddin Awang, 44, yang berasal dari Jerteh, Terengganu.

Dunia penulisan sememangnya tidak pernah jauh bagi bapa kepada lima orang cahaya mata yang pernah bertugas sebagai penyelidik dan pegawai pemasaran di MIMOS Berhad dan Jaring Communication Sdn. Bhd. (Jaring) itu.

"Saya bergiat aktif dalam bidang penulisan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi, sains, teknologi dan peradaban manusia bermula tahun 1995 di Dewan Kosmik, Dewan Ekonomi, Dewan Masyarakat, Usahawan Sukses dan Majalah PC.

"Ketika bertugas di Jaring, saya telah melaksanakan tugas-tugas sebagai penulis, penyunting bersekutu dan pengarang bagi majalah Jaring Internet Magazine. Oleh itu, menulis sememangnya menjadi minat saya dari dahulu lagi," katanya yang turut menjalankan sebuah perniagaan katering.

Setelah lebih 10 tahun bersama Jaring, Hizamnuddin yang terkenal dengan nama penanya, Web Sutera, telah mengambil keputusan untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang penulisan sekitar tahun 2006.

Katanya, keinginan untuk memberi tumpuan pada bidang penulisan tercetus apabila beliau sendiri mendapati kekurangan buku-buku motivasi keluaran anak tempatan di pasaran.

"Oleh itu, saya mula menghasilkan buku-buku berkaitan dengan motivasi yang berbeza daripada yang dihasilkan penulis asing. Saya memastikan buku itu sesuai dibaca oleh rakyat tempatan.

"Buku motivasi Barat dilihat sarat dengan elemen-elemen kebaratan dan tidak sesuai dengan adat ketimuran," katanya sambil memaklumkan buku motivasi pertamanya berjudul Buat Duit dengan Katering.

Selain buku motivasi, beliau juga gemar gaya penulisan berkaitan perniagaan dan sejarah.

"Saya bukan seorang yang mahir menggunakan bahasa retorik dalam penulisan. Oleh itu, saya lebih gemar menulis mengenai sejarah," ujarnya.


HIZAMNUDDIN meminati novel yang bergenre seram dan ngeri serta karya-karya cerpen dan novel sasterawan negara.


Mesej penulisan

Sejak tahun 2007 sehingga hari ini, beliau berjaya menghasilkan dua novel sejarah, dua buku motivasi dan sebuah buku perniagaan.

Novel terbaharunya adalah genre sejarah yang berjudul Konstantinopel: Kibaran Panji Al Fateh yang menyasarkan pembaca yang meminati sejarah Islam.

"Ia adalah novel kedua selepas Macedonia : Alexander Agung Hijab Raja Zulqarnain yang menceritakan mengenai ketokohan Raja Zulqarnain. Ia mula didapati di pasaran sejak Mei lalu.

"Walaupun sibuk dengan perniagaan katering bersama isteri, saya berjaya menghasilkan novel ini dalam tempoh enam bulan sahaja," ujarnya.

Ditanya mengenai novel yang setebal 885 muka surat yang dijual pada harga RM29 itu, lelaki yang tidak lekang dengan senyuman ini berkata, ia berkisar Kota Konstantinopel yang kemudiannya dikenali sebagai Istanbul, Turki.

Menurutnya, Konstantinopel merupakan sebuah kota yang menjadi rebutan pelbagai pihak termasuk kerajaan Rom.

"Betapa pentingnya Konstantinopel dalam sejarah Islam dan Kristian sehinggakan ia disebut oleh Rasulullah semasa Perang Khandak.

"Ia juga memperlihatkan tanda-tanda kenabian Rasulullah yang sering menceritakan kejadian yang akan terjadi pada masa akan datang, selain peranan Muawiyah Abu Sufiyan dengan seorang lagi sahabat Rasulullah iaitu Abu Ayub Al-Ansari," kata Hizamnuddin.

Katanya, novel tersebut banyak menyentuh perjuangan tentera Islam, khususnya Sultan Muhammad al-Fateh.

Beliau menjelaskan, inspirasi novel itu datang daripada kisah tokoh pejuang Islam dalam kalangan pemerintah itu dan banyak melakukan penyelidikan dan pemahaman berkaitan kisah tersebut.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia itu kini sedang menulis sebuah lagi novel dan buku motivasi.

"Ia berjudul Kombat Armagedon dan buku motivasi yang berjudul Hijrah Champion Gaya Rasulullah yang akan diterbitkan pada tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan," katanya ringkas.

Beliau tidak menafikan akan mencuba pelbagai genre penulisan pada masa akan datang.

Lalat mudarat kesihatan dan perniagaan

Posted:

Lalat mudarat kesihatan dan perniagaan

Lalat mudarat kesihatan dan perniagaan


LALAT senang membiak di tong sampah, himpunan kompos, sangkar atau tempat tidur haiwan peliharaan.


MANUSIA sememangnya benci pada lalat kerana diketahui umum ia adalah sejenis serangga yang boleh membawa pelbagai penyakit berjangkit seperti demam kepialu, kolera (taun) dan penyakit disentri.

Lalat gemar menghurung kawasan kotor dan berbau busuk seperti tapak pelupusan dan pembuangan sampah, longkang yang kotor, bangkai binatang, timbunan sampah sarap dan najis.

Ia kemudian membawa bersama kuman dari tempat-tempat kotor berkenaan dan menghinggap pula di atas benda-benda lain termasuk hidangan makanan yang terdedah.

Begitulah caranya kuman disebarkan oleh lalat hingga membawa kepada penyakit-penyakit berjangkit yang boleh berubah kepada wabak.

Kehadiran serangga ini hanya memerlukan sedikit kecuaian manusia dalam menjaga kebersihan sekitar. Ia senang membiak di tong-tong sampah, himpunan kompos serta dalam kotak, sangkar atau tempat tidur haiwan peliharaan.

Sikap

Oleh itu, wujud satu tanggapan negatif sekiranya lalat kelihatan berterbangan dalam rumah, terutamanya di dapur dan bilik makan.

Apatah lagi jika lalat dilihat di premis-premis restoran dan kedai makan. Ia pastinya membuatkan sesetengah orang, terutamanya pelanggan ke premis tersebut, merasa loya.

Tetapi itulah yang dialami oleh penulis baru-baru ini apabila mengunjungi Johor. Ketika memandu ke selatan, penulis berhenti sebentar untuk makan di sebuah restoran makanan segera di sini.

Dan alangkah terkejutnya sebaik melangkah masuk ke premis berkenaan, kelihatan lalat berterbangan di merata sudut restoran itu. Ini termasuk di kawasan kaunter dan pada cawan kertas yang disusun berhampiran dengan mesin minuman ringan.

"Kenapa banyak sangat lalat dalam restoran ini?" kedengaran seorang pelanggan merungut dan menanyakan kakitangan yang bertugas di kaunter.

Namun tiada jawapan kedengaran daripada petugas berkenaan yang juga merupakan seorang gadis berusia lewat belasan tahun.

Petugas itu hanya membiarkan lalat-lalat tersebut berterbangan sewenang-wenangnya dan dia sendiri mengambil sikap tidak endah mengenai lalat yang menghurung dan singgah di mesin tunai yang dikendalikannya.

MASYARAKAT dan pihak berkuasa memainkan peranan penting dalam memastikan kawasan sekitar sentiasa bersih.


Setibanya di Johor, penulis berhenti di sebuah kedai aiskrim yang terletak di sebelah Lebuh Raya Utara-Selatan. Didapati terdapat juga lalat di situ, namun jumlahnya tidak sebanyak yang terdapat di kedai makanan segera sebelum ini.

"Di sini memang ada lalat, sebab wujud banyak ladang ternakan ayam di kawasan berhampiran," jelas seorang petugas di kaunter bila ditanya penulis tentang beberapa ekor lalat yang kelihatan berterbangan.

Lalat-lalat itu kelihatan terus berterbangan apabila berjaya melepaskan diri daripada perangkap cahaya ultralembayung yang dipasang dalam premis aiskrim itu.

Langkah proaktif

Bagi tuan rumah dan tuan punya syarikat perniagaan, lalat sememangnya terkenal sebagai ejen pembawa penyakit. Oleh itu, sebagai langkah pencegahan, mereka perlu memastikan premis masing-masing sentiasa bersih selain kerap membuang sampah dan menutup rapi semua bekas sampah.

Restoran yang mempunyai lalat berisiko kehilangan pelanggan kerana mereka khuatir akan dijangkiti penyakit. Kehadiran serangga ini di dalam rumah memberi gambaran negatif kepada tetamu tentang tahap kebersihan rumah berkenaan.

Menurut Adenan Ariffin dari NADZ Pest Control yang beroperasi di Lembah Klang sejak tahun 2005, kebanyakan warga tempatan seperti pemilik kediaman dan entiti perniagaan, lebih mementingkan kawalan terhadap makhluk perosak seperti anai-anai.

"Ada juga yang mahukan kami bertindak terhadap haiwan pembawa penyakit seperti lipas dan tikus tetapi hanya segelintir yang mahukan kami menjalankan tugas terhadap penghapusan lalat," jelasnya ketika ditanya mengenai usaha kawalan terhadap makhluk perosak dan pembawa penyakit yang dijalankan.

Katanya, hanya segelintir pihak yang mengadakan majlis-majlis di kawasan terbuka, seperti kenduri perkahwinan, mendapatkan perkhidmatan syarikat tersebut.

"Prosedur kawalan serangga untuk majlis seumpama itu perlu dijalankan sebelum dan selepas majlis.

"Ia haruslah sekurang-kurangnya dua hari sebelum majlis dan selewat-lewatnya seminggu selepas majlis," jelasnya.

Yang jelas, satu langkah proaktif perlu dilaksanakan bagi mengawal makhluk ini. Walaupun bukan melalui khidmat kawalan serangga, sekurang-kurangnya kita hendaklah peka untuk menghalau lalat sebelum ia memudaratkan kesihatan kita. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Bukan misi membalas dendam'

Posted:

'Bukan misi membalas dendam'

'Bukan misi membalas dendam'

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

SKUAD Harimau Muda memburu tiga mata berharga ketika menentang Myanmar pada aksi kedua Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.


PENGENDALI Harimau Muda, Ong Kim Swee enggan terlalu memikirkan misi untuk membalas dendam ketika anak-anak buahnya menentang Myanmar pada aksi kedua Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Sebaliknya, Kim Swee berharap barisan kendaliannya mengekalkan persembahan baik ketika mereka membenam Singapura 1-0 dalam aksi pembukaan kelmarin.

Menurut Kim Swee, kali ini anak-anak buahnya harus lebih berwaspada apabila berdepan lawan yang pernah mengecewakan mereka 2-1 pada aksi kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun di Myanmar tahun lalu.

"Myanmar hadir ke sini dengan skuad yang sama dan saya telah melihat aksi mereka ketika bertemu Thailand semalam (kelmarin). Saya mendapati semua posisi mereka berfungsi sangat baik dan corak permainan Myanmar sangat laju.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu para pemain menganggap pertemuan dengan Myanmar esok (malam ini) sebagai medan untuk kita membalas dendam kerana jika dalam diri kita ada perasaan sedemikian, kita akan bermain dalam tekanan," jelas Kim Swee pada sidang akhbar di Kuantan semalam.

Mengulas strateginya bagi menghadapi Myanmar, Kim Swee mahu Harimau Muda memberi perhatian kepada tiga pemain iaitu kapten, Kyaw Zayar Win, pemain tengah, Kyi Lin dan penyerang, Kyaw Ko Ko yang dianggap mampu memberi kesukaran kepada barisan pertahanan.

"Ketua pasukan Myanmar (Zayar Win), pemain berjersi No. 8 (Kyi Lin) dan No. 10 (Ko Ko) merupakan nadi utama skuad itu.

"Trio itu sangat pantas dan memiliki skil individu yang sangat tinggi. Jika kami tidak merantai ketiga-tiga pemain itu nanti, pasti mereka mampu memusnahkan kita sekali lagi," jelas Kim Swee.

Kim Swee menambah, beliau akan membuat sedikit rombakan dalam kesebelasan utamanya, namun masih belum memutuskan siapa yang bakal diturunkan nanti.

Jelasnya, perubahan itu perlu dibuat kerana sebahagian besar pemain Harimau Muda masih dalam keletihan kerana hanya mendapat rehat sehari selepas menentang Singapura kelmarin.

"Saya sudah mempunyai perancangan tersendiri untuk menjerat Myanmar nanti dan jika pemain-pemain bermain mengikut arahan yang diberikan, tidak mustahil kita akan memperoleh tiga mata lagi.

"Kami sudah belajar daripada kekalahan kepada Myanmar sebelum ini dan malam esok (malam ini) kami pasti akan tampil dengan aksi lebih garang," ujarnya.

Pemain kecewa 'layanan' majikan

Posted:

Pemain kecewa 'layanan' majikan

Pemain kecewa 'layanan' majikan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SEORANG pemain bola sepak Liga Malaysia (Liga M) kecewa dengan tindakan majikannya kerana merehatkannya tanpa memberi sebarang notis.

Situasi itu mencetuskan pelbagai tanggapan dalam kalangan rakan-rakan sepasukannya yang menganggap pemain terbabit telah dihukum oleh majikannya sebelum disabitkan kesalahan.

Lebih mengejutkan apabila pemain itu turut mendakwa dia telah dihalang untuk menjalani sesi latihan bersama rakan-rakan sepasukannya oleh pihak pengurusan pasukan tersebut.

Keengganan majikannya untuk memaklumkan perkara sebenar mengapa dia direhatkan jelas sekali menimbulkan tanda tanya dalam kem pasukan tersebut.

"Sejujurnya saya tidak tahu kenapa pemain itu digantung tanpa sebab. Tiada sebarang surat dikeluarkan, malah pemain itu sendiri tidak tahu tempoh penggantungannya.

"Ketika ini, pihak pengurusan pasukan masih berahsia mengapa pemain itu digantung dan sebaik kami bertanyakan apakah masalah sebenar pemain itu, tiada jawapan... sebaliknya mereka seperti mahu mengelak untuk memberitahu perkara sebenar.

"Saya berharap pihak pengurusan dapat menjelaskan perkara sebenar demi karier pemain itu sendiri," jelas seorang sumber dalaman pasukan itu kepada Kosmo! malam kelmarin.

Kosmo! cuba mendapatkan kenyataan lanjut daripada pemain terbabit, namun dia sekadar menjawab: "Minta maaf, buat masa ini, saya tidak boleh memberi kenyataan."

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pemain terbabit boleh mengutarakan masalah yang dihadapi kepada pihaknya.

"Sekiranya pemain itu tidak berpuas hati dengan tindakan majikannya sendiri, dia harus menunggu dahulu keputusan atau tindakan secara formal daripada majikannya.

"Kemudian selepas pertuduhan atau hukuman itu telah dikeluarkan, dia boleh membawa kes ini kepada FAM bagi mendapatkan ruang pembelaan untuk diri sendiri demi keadilannya," katanya.

Misi memburu kilauan emas di bumi Myanmar

Posted:

Misi memburu kilauan emas di bumi Myanmar

Misi memburu kilauan emas di bumi Myanmar


AMINUDDIN kembali diberi tanggungjawab merencana strategi untuk membawa emas pada Sukan SEA di Myanmar penghujung tahun ini.


KETUA jurulatih skuad lumba basikal lebuh raya negara, Aminuddin Sulaiman masih meratapi kegagalan anak-anak buahnya meraih pingat emas pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand.

Aminuddin tampil di pentas Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand selaku jurulatih tersohor yang menuai dua pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki dan wanita menerusi Suhardi Hassan serta Nor Azian Alias pada edisi 2005 di Manila, Filipina.

Kejayaan penuh gemilang itu jelas mengundang kejutan ramai pihak dan Aminuddin benar-benar mengerti betapa barisan pelumba Indonesia tampil di bumi Korat bersama rasa dendam kesumat yang tiada batas kesudahannya.

Aminuddin sendiri mengakui sebelum bermula temasya Sukan SEA 2005 di Manila, dia diperlekehkan 'skuad emas' Indonesia yang ketika itu gah dengan beberapa nama besar khususnya Samai. Namun tuah jelas lebih memihak kepada anak kelahiran Bukit Cermin, Temerloh itu.

Suhardi yang dibayangi kelibat pelumba negara lebih senior pada waktu itu - Shahrulneeza Razali gah mematahkan ego Sang Saka Merah untuk mengucup pingat emas pertama dalam kariernya.

Dua tahun kemudian, Indonesia kembali dalam kancah pertarungan Sukan SEA 2007 di Wilayah Nakhon Ratchasima dengan dendam yang tak sudah.

Kali ini, mereka 'menerbangkan' beberapa nama besar seperti Ryan Ariehaan Hillmant. Akhirnya garapan skrip duka kembali dipulangkan kepada Aminuddin dan anak-anak buahnya.

Semuanya gara-gara kesilapan mudah tatkala perlumbaan berbaki 15 kilometer (km).

"Ketika itu saingan hanya berkisar antara Suhardi dan Ryan Ariehaan. Saya tahu Suhardi sangat licik dan bijak untuk memperdaya pelumba yang bersaing bersamanya ke garisan penamat.

"Namun, dalam masa hanya 25 saat (s), Suhardi melakukan kesilapan besar yang sama sekali tak dijangka olehnya, malah saya sendiri lakukan kesilapan dengan sengaja membiarkan Suhardi mengambil air minuman.

"Situasi itu dapat dihidu oleh pasukan Indonesia. Mereka bingkas mengarah Ryan untuk melakukan gerakan pemecahan dan dalam sepantas kilat Suhardi ditinggalkan hampir 300m.

"Pada waktu itu, saya masih tak mengarahkan Suhardi untuk mengejar Ryan. Kami sangkakan Suhardi masih boleh mengejar Ryan walaupun sudah tercicir lebih 1km.

"Pada detik yang penuh kelam-kabut itu, rupa-rupanya pasukan teknikal Indonesia mengarahkan Ryan agar menggunakan kepakarannya selaku pelumba time-trial (ujian masa individu) untuk menjarakkan masa mencicirkan Suhardi. Perasaan kesal itu masih menghantui saya sehingga sekarang," kata Aminuddin.

Ternyata percaturan Aminuddin ketika itu berbeza dengan skrip yang berlaku pada temasya Sukan SEA di Manila.

"Pada Sukan SEA 2005 di Manila, Suhardi licik memperdayakan Samai walhal pada waktu itu, Samai adalah seorang pelumba yang sangat digeruni ramai. Semua menjangka Samai akan mudah tewaskan Suhardi pada henjutan ke garisan penamat.

"Bagaimanapun, apa yang berlaku memang tak dijangka sama sekali oleh Indonesia. Samai kalah hanya satu saat di belakang Suhardi.

"Jadi Indonesia memang terkejut dengan kekalahan itu. Sepanjang tahun 2005 iaitu sebelum bermula acara lepas beramai-ramai elit lelaki Sukan SEA, aksi lebuh raya Asia Tenggara didominasi nyata oleh pelumba Indonesia dan Filipina.

"Mereka menjangkakan pasukan lebuh raya Indonesia pasti membawa pulang pingat emas menerusi acara tersebut, malangnya Suhardi menterbalikkan semua ramalan banyak pihak.

Biarpun insiden di Korat sudah berlaku hampir tujuh tahun, Aminuddin mengakui, dia sentiasa diulit mimpi ngeri tersebut dan berikrar untuk menebus kesilapannya pada temasya Sukan SEA di Myanmar penghujung tahun ini.

Kini Aminuddin yang lebih terkenal dengan panggilan Wak berpeluang untuk menebus kesilapannya itu di Naypyidaw, Myanmar nanti.

Cuma kali ini beliau menyandarkan harapannya kepada beberapa nama baharu seperti Mohd. Shahrul Mat Amin, Muhammad Rauf Nur Misbah, Anuar Manan, Amir Mustafa Rusli dan Mohd. Adiq Hussainie Othman untuk memadam memori hitam tersebut daripada kotak pemikirannya buat selama-lamanya.

Selepas dilantik semula selaku ketua jurulatih, beliau menjadikan tugas membawa semula pingat emas yang hilang daripada genggamannya sebagai misi No. 1 dalam agenda perjuangannya.

"Saya selalu ingatkan diri saya sendiri. Saya umpamakan insiden di Korat sebagai satu pinjaman. Saya anggap saya cuma meminjamkan sementara pingat emas itu kepada Ryan Ariehaan dan skuad Indonesia.

"Saya sentiasa berjanji untuk menghadiahkan semula pingat emas itu kepada pasukan lebuh raya Malaysia. Peluang itu menjelma semula apabila saya dilantik semula sebagai ketua jurulatih skuad lebuh negara," katanya.

Menjelang Sukan SEA 2013 yang akan berlangsung kira-kira tiga bulan lagi, tuah seolah-olah sudah berpihak kepada Aminuddin dan barisan anak-anak buahnya.

Tindakan dan persetujuan Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Myanmar (MYASOC) mengubah secara rasmi laluan sedia ada iaitu pendakian 40km pada awal perlumbaan dan baki 122km pada laluan landai sebelum menuju ke garisan penamat sebagaimana dicadangkan Jawatankuasa Teknikal Sukan SEA 2013, jelas berpihak kepada garapan skrip yang diinginkan oleh Aminuddin.

Secara kebetulan, pemangkin utama usaha berkenaan disemarak daripada awal oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Bagi Acara Basikal Sukan SEA 2013, Datuk Abu Samah Abd. Wahab yang juga Presiden Persatuan Berbasikal ASEAN (ACA).

MYASOC atas persetujuan Menteri Sukan Myanmar, Tint Hsan telah bersetuju mengubah laluan untuk acara acara lepas beramai-ramai elit lelaki sejauh lebih 162km, sekali gus membuka peluang lebih cerah buat anak-anak buah Aminuddin menamatkan kemarau pingat emas sejak Sukan SEA 2005 di Manila.

MYASOC bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Teknikal Bagi Acara Basikal Sukan SEA 2013 yang mahukan aspek keselamatan diutamakan bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Laluan terbaharu kini adalah pendakian hampir 40km yang melibatkan dua bukit setinggi antara 804m dan 1,040m sebelum semua pelumba meneruskan perlumbaan pada laluan landai sejauh 122km menuju ke garisan penamat berhampiran Grand Shwedagon Pagoda di Naypyitaw.

Cadangan asal laluan yang dikemukakan MYASOC adalah permulaan landai sejauh 120km sebelum pelumba mendaki dua bukit tersebut dan dikerah untuk menamatkan perlumbaan secara berbahaya ke garisan penamat di sebuah jambatan gantung yang dibina kerajaan Myanmar.

Aminuddin percaya perubahan yang dilakar oleh MYASOC bukanlah satu kebetulan.

Sebaliknya, beliau menganggap ia satu petanda positif betapa perjuangannya untuk merampas kembali pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki dipermudahkan oleh tindak-tanduk MYASOC.

"Ketika menyertai Pra-Sukan SEA 2013, saya akui agak terkejut melihat cadangan laluan bagi acara lepas beramai-ramai elit lelaki dan wanita yang dikemukakan oleh MYASOC.

"Namun, ia tidak melemahkan semangat saya untuk menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia. Saya tahu amat perlu untuk membawa beberapa pendaki yang handal ke Myanmar.

"Saya sudah terbayang beberapa nama pendaki yang hebat seperti Saufi (Mat Senan), Shahrul, Amir, Adiq dan Rauf, namun semuanya berubah dalam sekelip mata.

"Beberapa minggu lalu saya difahamkan MYASOC sudah pun menulis surat rasmi kepada ACA memaklumkan tentang perubahan laluan tersebut.

"Atas kertas, nampak seolah-olah kita berpeluang besar untuk raih pingat emas dalam acara tersebut (lepas beramai-ramai elit lelaki).

"Namun, saya percaya kita tak boleh pandang rendah keupayaan pelumba Thailand, Vietnam, Filipina dan Indonesia. Saya percaya pelumba Indonesia lebih handal dalam pendakian," jelasnya.

Begitupun, dalam ghairah mencatur strategi, Aminuddin tetap merendah diri.

"Memang benar saya mahukan pingat emas, namun kita jangan leka dan alpa. Buat masa ini nampak semua seolah-olah memihak kepada kita.

"Namun, insiden pada Sukan SEA 2007 boleh kembali berulang andai kita leka dan alpa dalam menghidu dan mengesan tindak tanduk dan pergerakan pelumba negara lain.

"Saya percaya insiden 2007 juga boleh menghantui Indonesia atau mana-mana pasukan negara lain. Saya percaya acara lepas beramai-ramai elit lelaki dan wanita sebenarnya adalah acara loteri.

"Mana-mana negara termasuk Myanmar boleh menang jika mereka bertuah dan bijak memanfaatkan kesilapan pelumba lain pada hari perlumbaan berlangsung," katanya.

Peringatan yang sama turut dilontarkan Abu Samah yang juga Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Beliau yang juga Naib Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) percaya barisan pelumba negara perlu bijak mengawal sentimen dendam selain mempunyai keazaman besar menggapai semula pingat emas yang sudah terlepas daripada genggaman Malaysia.

"Usah biarkan rasa ghairah menguasai minda. Saya mahu pelumba Malaysia tenang berkayuh di Myanmar nanti. Namun pada masa yang sama, berusaha secara maksimum untuk mendominasi perlumbaan.

"Saya percaya kita memiliki barisan pelumba yang hebat dan digeruni di seluruh Asia Tenggara. Jadi gunakan kesempatan terbaik ini untuk mengucup pingat emas yang kita idam-idamkan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tokyo jadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020

Posted:

Tokyo jadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020

Tokyo jadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020

PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe (tiga dari kanan) melompat kegembiraan bersama delegasi Tokyo 2020 selepas Presiden IOC mengumumkan Tokyo sebagai hos Sukan Olimpik 2020.


TOKYO, Jepun - Bandar raya Tokyo mengungguli hak penganjuran Sukan Olimpik 2020 selepas dipilih oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Ibu negara Jepun itu mengetepikan Istanbul, Turki dengan undi 60-36 pada pusingan akhir undian oleh IOC di Buenos Aires, Argentina kelmarin.

Madrid, Sepanyol pula tersingkir pada pusingan awal undian.

Keputusan undian itu hadir selepas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memberi jaminan berhubung keselamatan krisis nuklear Fukushima kepada anggota-anggota IOC.

Krisis nuklear Fukushima berlaku ekoran bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara matahari terbit itu pada Mac 2011.

Kejayaan dipilih sebagai tuan rumah sukan itu disambut gembira oleh beribu-ribu orang yang berkumpul sejak awal pagi di pusat bandar di sini yang menonton siaran langsung pengumuman dari Buenos Aires.

Jepun sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1964. - Agensi

Australia tumpu semula industri perlombongan

Posted:

Australia tumpu semula industri perlombongan

Australia tumpu semula industri perlombongan


PERDANA Menteri Australia yang baharu, Tony Abbot (kanan) bertemu dengan Setiausaha Perbendaharaan, Martin Parkinson di Sydney ketika parti pimpinannya bersedia untuk mengambil alih pemerintahan negara itu semalam.


CANBERRA - Kerajaan konservatif Australia yang menang besar dalam pilihan raya umum baru-baru ini berjanji untuk merancakkan kembali indus- tri perlombongan dan menarik minat pelabur ke Australia.

Jani itu dibuat selepas Perdana Menteri Australia yang baru, Tony Abbot memulakan tugasnya semalam. Abbot menyatakan, pihaknya akan memansuhkan cukai lombong dan menjalankan sebuah pentadbiran kerajaan yang stabil.

Pakatan Parti Liberal-Kebangsaan pimpinan Abbot menamatkan penguasaan Parti Buruh selama enam tahun dengan memenangi majoriti lebih 30 kerusi daripada 150 kerusi di parlimen dalam pilihan raya Sabtu lalu.

Ini merupakan keputusan pilihan raya terburuk Parti Buruh sejak tahun 1934.

Abbott memulakan hari pertamanya sebagai Perdana Menteri dengan mengayuh basikal bersama rakan-rakannya di sekitar rumahnya di Sydney sebelum bertemu dengan para pegawai kerajaan dan kementerian.

Beliau yang disokong oleh taikun media, Rupert Murdoch dan akhbar milik- nya, masuk ke pejabat Perdana Menteri ketika ekonomi Australia sedang menyesuaikan diri apabila kemuncak pelaburan pelombongan berakhir, perolehan kerajaan yang perlahan dan pening- katan masalah pengangguran.

Walaupun menang besar, kerajaan Abbot tidak mempunyai majoriti di Senat Dewan Negara.

Justeru, beliau pasti berdepan caba- ran untuk memansuhkan cukai perlombongan dan karbon. - Reuters

Bruno Mars bakal buat persembahan di Super Bowl

Posted:

Bruno Mars bakal buat persembahan di Super Bowl

Bruno Mars bakal buat persembahan di Super Bowl

BRUNO MARS memegang trofi yang dimenanginya pada Anugerah Muzik MTV di New York, 25 Ogos lalu.


NEW YORK - Pemenang anugerah Gram- my, Bruno Mars akan membuat persembahan dalam separuh masa kejohanan tahunan bola sepak Super Bowl pada Februari tahun depan, lapor sumber dalaman.

Bagaimanapun, berita tersebut masih belum diumumkan oleh pihak NLF. Pengumuman rasmi dikatakan dibuat semalam di Times Square , di sini.

Musim liga bola sepak itu telah bermula pada Khamis lalu manakala Super Bowl akan berlangsung pada 2 Februari 2014 di Stadium MetLife di East Rutherford, New Jersey.

Penyanyi terkenal, Beyonce yang membuat persembahan pada Februari lalu di New Orleans diumumkan sebagai bintang Super Bowl tahun ini.

Mars, 27, sebelum ini turut memenangi Anugerah Video dan Koreografi Terbaik Penyanyi Lelaki untuk klip Treasure di Augerah Muzik MTV pada bulan lalu.

Antara barisan artis yang pernah membuat persembahan dalam separuh masa perlawanan NFL termasuklah Madonna, Black Eyed Peas bersama Usher dan Slash. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Sarawak siap sedia sambut Hari Malaysia

Posted:

Sarawak siap sedia sambut Hari Malaysia

Sarawak siap sedia sambut Hari Malaysia

09/09/2013 8:28pm

KUCHING - Sarawak sudah siap sedia merayakan sambutan Hari Malaysia Isnin depan. Istiadat perbarisan dan rapat raksasa melibat 92 kontinjen dan 4,000 orang akan diadakan di Padang Merdeka di sini, yang dijangka mengumpulkan kira-kira 20,000 orang.

Sambutan ambang Hari Malaysia akan diadakan di Tebingan Sungai Kuching dengan acara perarakan kapal berhias.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-56 dan Hari Malaysia ke-50, berkata sambutan itu penuh bermakna bagi rakyat Sarawak, yang menjadi contoh negeri dengan penduduk pelbagai suku kaum, tetapi hidup aman.

"Saya berpuas hati dengan persiapan yang banyak dibuat oleh pihak kerajaan negeri Sarawak dan kami (kerajaan pusat) hanya menyelaraskannya," katanya selepas mengunjungi Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Demak Jaya di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Dr. Rothiah Omar.

Ahmad Shabery turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri, yang memberi banyak sumbangan bagi memastikan kemeriahan sambutan itu, yang bertujuan mengingatkan semua rakyat Malaysia tentang signifikan pembentukan negara melalui percantuman Sabah, Sarawak dan Semenanjung. - Bernama

22 majikan dikompaun dalam Ops Kesan Perkeso hari ini

Posted:

22 majikan dikompaun dalam Ops Kesan Perkeso hari ini

22 majikan dikompaun dalam Ops Kesan Perkeso hari ini

09/09/2013 8:27pm

KUALA TERENGGANU - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) cawangan Terengganu mengenakan kompaun RM14,000 ke atas 22 majikan yang gagal mendaftarkan perusahaan dan pekerja mereka dalam Ops Kesan yang dilancarkan hari ini.

Pengarahnya, Mohammad Ramli Ahmad Dahalan berkata, notis kompaun itu dikeluarkan ke atas majikan terbabit dalam operasi yang disertai 15 pegawai penguatkuasa Perkeso selepas memeriksa 47 premis di sebuah pasar raya di sini.

"Kita sudah memberi tempoh selama dua bulan sebelum ini kepada majikan untuk membuat pendaftaran perniagaan dan pekerja, malah kempen dan ceramah turut dianjurkan di Terengganu sebelum Ops Kesan dimulakan hari ini.

"Namun pemeriksaan hari ini mendapati masih ada majikan yang tidak mematuhi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, membabitkan pelbagai kesalahan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Ops Kesan di sini.

Ops Kesan akan diteruskan di tujuh daerah lain di negeri ini dan dijangka berakhir di Besut pada 25 September, katanya. - Bernama

Labuan bersedia jadi tuan rumah Sukan Borneo kali kelima

Posted:

Labuan bersedia jadi tuan rumah Sukan Borneo kali kelima

Labuan bersedia jadi tuan rumah Sukan Borneo kali kelima

09/09/2013 6:46pm

LABUAN - Labuan, yang berpengalaman luas dalam menganjurkan acara di peringkat antarabangsa, bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Borneo kali kelima, yang akan berlangsung sembilan hari mulai 13 September ini.

Peruntukan kira-kira RM2 juta disediakan bagi acara itu, dengan 1,098 peserta dari tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia mengambil bahagian dalam 12 acara sukan.

Ketua Kontinjen, Datuk Mohd. Nadzri Osman, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, berkata persiapan di pulau itu kini giat dijalankan, dengan pemeriksaan dilakukan di kemudahan dan prasarana sukan.

"Peruntukan itu akan digunakan sepenuhnya untuk melakukan pemeriksaan dan menambah baik kemudahan serta prasarana bagi memenuhi keperluan temasya antarabangsa," katanya pada persidangan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata 12 acara sukan itu terdiri daripada boling padang, trek dan padang, karate, memanah, tarik tali, gasing, bola keranjang, sukan air, sepak takraw, silat, bola sepak dan futsal.

Kejohanan golf bagi VVIP turut diadakan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Percaturan empat pelakon berkaliber

Posted:

Percaturan empat pelakon berkaliber

Percaturan empat pelakon berkaliber

JAUH di perkampungan Batu 18, Ulu Langat, Selangor, sebuah produksi sedang berkampung melunaskan projek filem terkini. Di kawasan kolam ikan, bersebelahannya terdapat sebuah rumah kampung. Di kediaman tersebut, banyak orang yang semuanya terlibat dalam pembikinan filem dengan judul Tembus.

Tembus belum ditayangkan di pawagam, namun sutradaranya, Ahmad Idham sudah bijak menyu- sun strategi. Tiga pemain utama filemnya bukan nama kecil dalam industri seni tempatan.

Mereka - Khir Rahman yang sudah cukup gah kredibilitinya, Aaron Aziz dengan popularitinya bukan picisan dan Fazura, si manis kesayangan peminat juga telah terbukti keberkesanan lakonannya.

Bergabung dengan kehebatan tiga anak seni ini, Idham memancing aktres sensasi dan terkenal Indonesia, Luna Maya untuk pertama kali mencuba nasib dalam pasaran Malaysia.

Secara tidak langsung filem tersebut diwakili oleh pelakon dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Antagonis Luna

Mememang watak Marylia, Luna mengakui ini bukan pertama kali dia menerima tawaran untuk berlakon di dalam produk Malaysia. Bagaimanapun katanya, dia akhir- nya memberi kata setuju untuk terbabit dengan Tembus selepas diyakinkan oleh pengurusnya, Iman Tang.

"Sebelum ini memang ada banyak tawaran ber- lakon yang datang kepada saya. Bagaimanapun, saya tolak kerana saya tidak tahu 'corak' sebenar industri hiburan Malaysia. Namun, selepas mempunyai pengurus di sini dan kebetulan tawaran ini datang, saya bersetuju untuk mencuba nasib," ujar Luna.

Selain itu jelas Luna, pokok utama yang menggerakkan hatinya untuk bersetuju terbabit dalam Tembus adalah kerana karakter Marylia yang dianggap menarik.

Marylia merupakan watak antagonis, satu watak yang jarang dimainkan oleh Luna sepanjang berkecimpung sebagai pelakon di republiknya.

"Apa yang saya gemar tentang watak Marylia ini kerana ia satu watak psiko yang terjadi kerana cinta," katanya yang enggan mendedahkan lebih banyak tentang karakter tersebut.

Ditanya apa kepentingan buatnya untuk terjun masuk di dalam industri seni Malaysia, mantan ke- kasih Ariel Noah itu memberitahu, dia hanya mahu mencuri pengalaman berlakon di dalam rumpun yang sama.

Ujarnya: "Saya sedar, banyak drama saya ditayangkan di sini tetapi saya tidak pernah beker- jasama dengan produksi di sini.

"Jujurnya, ya saya tidak punya sebarang kepen- tingan untuk berlakon di sini tetapi saya mahu mencuri pengalaman bekerja di sini. Belajar tentang cara kerja dan saya juga tahu bahawa Aaron, Fazura dan Khir misalnya merupakan pelakon yang hebat."

Ditebak dengan persoalan tentang kebarangkalian jika filem tersebut gagal di pasaran adakah dia akan tetap menerima tawaran lain, Luna menegaskan, setiap filem yang di- hasilkan tidak punya rumus matematik yang boleh menjelaskan sama ada ia bakal gagal atau sukses.

Sebaliknya, ia bergantung kepada selera setiap individu. "Saya sebagai pelakon akan cuba memberi yang terbaik, namun pada penghujungnya ia bergantung kepada selera masing-masing."

KHIR dan Aaron bakal menyuntik aura dan kredibiliti lakonan masing-masing dalam filem Tembus.


Tak langgar prinsip Fazura

Seperti Luna, Fazura yang kini kembali aktif berlakon memberitahu, dia menerima lamaran Idham kerana tertarik dengan karakter Izza, seorang ibu yang kehilangan anak.

Sebagai seorang wanita yang belum berumah tangga, jauh sekali memiliki anak, ia merupakan cabaran utama buat aktres tersebut melunaskan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

"Saya rasa watak Izza satu cabaran yang menarik untuk saya realisasikan. Sebagai seorang yang belum berkahwin saya perlu membawa watak isteri dan ibu yang kehilangan anak. Itu sesuatu yang sukar buat saya," ujarnya.

Namun, faktor utama yang membuat dia bersetuju memainkan watak isteri kepada Hadi, lakonan Aaron adalah ia tidak melanggar prinsipnya yang perlu bersentuhan secara berlebihan dengan lelaki.

Katanya: "Ini bukan paparan tipikal suami isteri yang perlu ada adegan di atas katil atau berpelukan berlebihan dan sebagainya. Sebab itu, saya terima tawaran ini kerana ia lebih tentang konflik yang mahu dipaparkan."

Sementara itu, bercakap tentang dirinya yang sentiasa menjadi buruan penerbit biar dia sendiri mengehadkan setiap penglibatannya untuk mengelak khalayak muak, Fazura bersyukur kerana kepercayaan yang masih tebal buat dirinya.

Bagaimanapun kata Fazura, dia akan terus selektif demi prinsip yang dipegang selain sibuk dengan bisnes House of Doll miliknya.

"Insya-Allah, untuk filem dan tele- movie, saya masih boleh terima tetapi untuk terbabit dengan drama rantaian, ia sedikit berat kerana saya punya komitmen lain iaitu bisnes untuk selalu diberi perhatian," katanya.

Rezeki Aaron

Aaron Aziz yang begitu 'panas' sebagai pelakon menjelaskan, dia mene- rima tawaran Idham kerana melihat Tembus bukan sekadar sebuah naskhah thriller yang tipikal. Sebaliknya, kata Aaron ia penuh dengan kejutan.

"Ini bukan filem yang senang untuk orang tebak kesudahannya. Sementelah, saya juga senang membina keserasian dengan semua pelakon," jelas Aaron.

Tembus menjadi filem ke-11 Aaron. Ditanya bagaimana dia mengasingkan dirinya dari dunia lakonan filem dengan drama, Aaron memberitahu, dia tidak pernah mengkelaskan jenis pelakon apa dia berada. Sebaliknya, dia senang meletak dirinya sebagai seorang pelakon yang bekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ujarnya: "Saya seorang yang realis- tik. Saya bermain untuk filem dan drama kerana saya seorang pelakon. Melalui kedua-dua cabang ini, saya dapat mengaut pengalaman yang berbeza dan inilah rezeki saya."

LUNA dan Fazura melakonkan watak yang saling berbeza antara satu sama lain.


Khir tidak mendabik dada

Menjadi pelakon paling senior di dalam filem ini, Khir Rahman ironinya seorang yang cukup merendah diri. Dia tidak mendabik dada hanya kerana dia seorang senior, jauh sekali memperlekehkan tiga rakan mainnya.

"Mereka semua pelakon yang hebat dan telah terbukti kehebatan mereka. Saya senang bekerja dengan mereka dan keserasian kami mudah wujud," katanya yang memegang watak Mazri.

Ditanya apakah kelebihan filem tersebut, Khir memberitahu, penonton tidak akan dapat menebak konflik yang berlaku pada separuh cerita dan hanya akan mengetahui kebe- narannya pada penghujung cerita.

Sengaja menjolok Khir dengan persoalan tentang banyak pihak takut untuk mendekatinya kerana dilihat sebagai seorang anak seni yang serius, Khir tersenyum.

Pantas dia membetulkan persepsi tentang dirinya yang banyak disalah tafsir.

Dia mengaku seorang pembikin seni yang serius dan suka melaku- kan impak terhadap setiap pembabitan atau karya, ironi, dia seorang yang mudah didekati.

"Kelemahan saya, saya memang seorang yang tidak pandai bercakap. Ditambah pula dengan raut wajah yang garang.

Namun, itu tidak bermakna saya sukar didekati, jujurnya saya okay untuk didekati," ujarnya bersungguh- sungguh.

Ditanya tentang kariernya di luar lingkup seorang pelakon, Khir memaklumkan selain menunggu tayangan filem miliknya, Balada Pencinta berada di pawagam pada 24 Oktober depan, dia juga bakal menerbitkan filem yang diusaha sama dengan produksi Camwerk Studios milik Aqasha, Zain Ruffedge dan Syed Hussein berjudul Garang.

Kuza berhijab kerana Allah

Posted:

Kuza berhijab kerana Allah

Kuza berhijab kerana Allah

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


KUZA diapit Johan dan isterinya, Ozlyn Watie.


KINI ramai artis wanita yang mula menyarung hijab selepas mendapat hidayah. Terbaharu, pelakon drama, Tengku Sariza Tengku Muzani atau Kuza tampil manis dengan hijab ketika ditemui pada majlis Mesra Raya Aidilfitri Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kali terakhir, penampilan kakak kepada pelakon Kuna itu menerusi drama seram popular, Waris dia belum mengenakan hijab.

Justeru, adakah Kuza bakal bersara dari dunia lakonan? Ikuti sedutan temu bual Kuza bersama Kosmo!.

Kosmo!: Sejak bila Kuza mengenakan hijab?

KUZA: Sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijab. Alhamdulillah, saya mula berhijab pada bulan Ramadan lalu. Lagipun, umur saya sudah memasuki 40 tahun. Lebih elok saya mendekatkan diri kepada Allah.

Bagaimanakah reaksi rakan-rakan mengenai perubahan Kuza ini?

Saya tidak mahu ada yang beranggapan saya berhijab kerana fesyen dan trend. Niat saya adalah untuk melaksanakan tuntutan Allah. Pada mulanya, saya menyampaikan niat untuk berhijab kepada keluarga. Alhamdulillah, keluarga menyokong niat saya.

Apakah perasaan Kuza selepas mengenakan hijab?

Alhamdulillah, sampai saat ini Allah mempermudahkan urusan dan saya tenang menjalani kehidupan dalam imej baharu ini. Saya sangat selesa selepas memakai tudung.


FIGURA ini mengakui dia tidak cemburu melihat wanita lain yang tampil dengan pelbagai fesyen rambut.


Ada perasan cemburu apabila melihat penampilan wanita yang tidak berhijab?

Syukur, saya tiada rasa cemburu melihat penampilan orang lain dengan pelbagai fesyen rambut.

Adakah selepas berhijab Kuza akan meneruskan karier lakonan?

Ya, saya akan terus berlakon, namun saya meletakkan syarat agar aurat saya sentiasa terpelihara.

Bagaimana pula dengan watak yang akan dipilih Kuza selepas ini?

Saya tidak kisah watak yang ditawarkan, asalkan aurat saya sentiasa terjaga dan watak tersebut juga bersesuaian dengan umur saya.

Ada sebarang tawaran berlakon selepas Kuza mengenakan hijab?

Memang ada tawaran yang datang tetapi saya beritahu mengenai penampilan terbaharu saya ini. Selepas itu, mereka kata akan hubungi kembali.

Adakah Kuza terkilan dengan perkara itu?

Saya tidak terkilan dan tiada masalah jika tidak mendapat tawaran tersebut. Allah yang mengurniaklan rezeki buat saya. Kalau saya berada dalam kesusahan, kepada Dia jugalah tempat untuk saya mengadu.

Peserta, peminat boleh berinteraksi

Posted:

Peserta, peminat boleh berinteraksi

Peserta, peminat boleh berinteraksi

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


MASUK GELANGGANG... Barisan peserta AF 2013 yang bakal bersaing sesama sendiri.


SERAMAI 12 peserta telah terpilih untuk bersaing dalam program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) setelah berakhirnya konsert Prelude Top 12 yang berlangsung di Padang Kemunting, Kuantan, Pahang pada Sabtu lalu.

Sehari sebelum itu, seramai 10 peserta dipilih menerusi pilihan juri dalam konsert Prelude Top 24 manakala dua lagi peserta terpilih menerusi undian 100 peratus daripada peminat.

Selepas tamatnya konsert Prelude Top 12, ternyata tuah memihak kepada Mohd. Faizul Sany (Pijul) dan Nadia Amira Othman (Amira) iaitu dua peserta terakhir yang menjadi pilihan peminat untuk bersaing dalam AF 2013 yang memulakan saingan pada hari ini.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, sepanjang AF diadakan ia kali pertama konsert prelude diadakan di luar Kuala Lumpur dan sambutan yang diterima daripada penduduk Kuantan cukup menggalakkan.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua 12 peserta yang akan bersaing dalam AF 2013 dan mereka yang bertanding dilihat mempunyai kelebihan tersendiri untuk bergelar juara.

"Pihak Astro percaya dengan kembalinya AF 2013, ia bakal mencetuskan kembali fenomena yang pernah dialami serta mampu mencungkil lebih ramai bakat dalam bidang nyanyian," ujarnya ketika ditemui selepas konsert berakhir.

Ketika ditanya tentang pembaharuan untuk AF 2013 kali ini, Raqim menyatakan, selain konsep yang berbeza seperti pembabitan peserta duo, para peserta juga akan dapat berinteraksi dengan peminat menerusi laman sosial Twitter dan Instagram sepanjang berada di akademi.

Ujarnya, para peserta boleh membaca setiap komen yang diberikan oleh para peminat menerusi kedua-dua laman sosial berkenaan dan mereka boleh membalasnya serta ia boleh digunakan untuk memancing lebih banyak undi kepada mereka.

"Kalau kita lihat sekarang ini penggunaan laman sosial semakin meluas oleh para artis untuk memberikan perkembangan terbaharu kepada kerjaya masing-masing.

NUR AISHAH AZIZ atau Aishah merupakan adik kepada penyanyi terkenal Singapura, Aliff Aziz.


"Jadi, dalam akademi nanti mereka akan turut dilatih untuk menggunakan laman sosial ini dan berhadapan dengan setiap komen-komen yang diberikan peminat sama ada positif atau negatif," jelasnya.

Sementara itu, semasa konsert berkenaan turut diperkenalkan tiga orang barisan pengkritik tetap yang akan menilai persembahan para peserta setiap minggu iaitu Roslan Aziz, Sharifah Amani dan Edry KRU.

Mengenai pemilihan ketiga-tiga pengkritik tetap tersebut, Raqim memberitahu bahawa pihak Astro merasakan Roslan, Amani dan Edry merupakan individu yang sesuai kerana pengalaman yang luas dalam bidang yang diceburi.

"Kalau kita sedia maklum, pembabitan Edry dalam muzik sudah cukup lama bersama KRU manakala Amani pula merupakan antara pelakon yang berbakat dan mampu menarik golongan muda.

Roslan pula pernah bertindak sebagai pengetua AF5 sebelum ini.

"Dengan kombinasi ketiga-tiga pengkritik ini, kami yakin para peserta akan memperoleh lebih banyak ilmu serta dapat memperbaiki lagi mutu persembahan semasa konsert yang berlangsung setiap minggu," jelasnya.

Peluang

Selain pengenalan 12 peserta serta pengkritik tetap, konsert prelude pada malam kelmarin turut memperkenalkan Zizan Razak sebagai pengacara baharu AF 2013 yang sebelum ini pernah disandang oleh Datuk Aznil Nawawi dan Datuk AC Mizal.

Zizan yang ditemui berkata, dipilih sebagai pengacara AF 2013 sebagai satu peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan, meskipun mengakui ia merupakan suatu cabaran buat dirinya.

"Pada mulanya saya terpaksa memikirkan terlebih dahulu sama ada mahu menggalas tanggungjawab ini. Lagipun semua tahu bahawa AF 2013 ini merupakan sebuah program yang besar dan diminati ramai.

"Bagaimanapun, ramai rakan-rakan yang menyokong dan menyuruh saya supaya menerima sahaja tawaran yang diberikan dan ia merupakan antara sebab utama saya bersetuju," ujarnya.

Mengakui masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki dalam kemunculan sulungnya sebagai pengacara ketika konsert Prelude Top 12, Zizan berharap agar tiada pihak yang membandingkannya dengan pengacara terdahulu.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved