Isnin, 2 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pecahkan kaca untuk lepaskan geram

Posted:

Pecahkan kaca untuk lepaskan geram

Pecahkan kaca untuk lepaskan geram

SEBAIK pinggan yang dibaling tepat mengenai sasaran, ia pecah dan jatuh berderai. Seakan-akan suatu perasaan yang menakjubkan terbit di dalam hati. Lantas senyuman terukir di bibir. Barangkali, rasa tekanan atau benci yang tidak terluah dan terpendam dalam hati serta-merta hilang daripada tubuh. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kepuasan itu kekal atau bersifat sementara.

Menjalani kehidupan di bandar-bandar besar diakui memang sukar. Bekerja keras untuk menepati tarikh akhir tugasan, kekecewaan hidup dan tuntutan kewangan antara alasan lazim yang dijadikan sebagai punca tekanan.

Maka, pusat karaoke, pawagam, gimnasium dan restoran-restoran mamak penuh dengan manusia yang berkumpul pada waktu malam untuk berbual kosong bagi meredakan tekanan yang dialami.

Kepada yang bukan Muslim, mereka mempunyai pilihan lain untuk meredakan tekanan iaitu dengan mengunjungi bar-bar atau kelab malam. Namun, ia bukanlah penyelesaian terbaik.

Kadangkala, kaedah sebegitu langsung tidak membantu mengurangkan tekanan selepas melepasi suatu tempoh. Rasa stres yang tidak terkawal dalam diri adakalanya mendorong seseorang bertindak ganas seperti mahu menghempas barang atau memecah barang-barang kaca.

Dengan keluasan 278.7 meter persegi, sebuah premis di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur memperkenalkan cara terbaharu dalam mengurangkan stres hidup di bandar dengan cara yang berbeza.

Dikenali sebagai Smash House, ia membolehkan individu atau kumpulan bertindak ganas, tetapi dalam keadaan perasaan yang terkawal dan gembira.

SEBELUM kaca dibaling ke dinding pelanggan boleh menulis sesuatu di atas kaca tersebut.


Tiga permainan

Ditubuhkan oleh sekumpulan anak muda seramai 12 orang, mereka berkongsi modal lebih kurang RM150,000. untuk memberi satu lagi alternatif baharu kepada penduduk bandar dalam meredakan tekanan.

"Minuman keras boleh membahayakan kesihatan dan lebih parah kalau memandu, sudah pasti ia memberi risiko kepada pengguna jalan raya lain," ujar salah seorang yang menubuhkan tempat itu, Max Poon, 31, ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dibuka dari pukul 12 tengah hari sehingga 11 malam setiap hari, ia menyediakan tiga jenis permainan iaitu bilik terang, bilik gelap dan bilik komputer.

Menurut Sam Lee, 28, yang menguruskan Smash House, bilik terang adalah untuk permainan Magic Box yang memerlukan pemain membeli sebuah kotak mengandungi pelbagai jenis set peralatan makanan seperti teko, cawan dan pinggan yang dimasukkan secara rawak.

Sebelum membaling ke arah dinding, sasaran dibuat dengan meletakkan wajah individu yang dibenci di dinding atau tulis apa sahaja perkataan pada pinggan, lalu lempar ke sasaran.

"Bilik gelap pula, untuk permainan baling botol. Cecair berwarna glow in the dark dimasukkan ke dalam botol-botol minuman berkaca.

"Dalam gelap, apabila botol dibaling dan pecah, maka cecair yang keluar akan bersinar buat seketika memberi rangsang cahaya kepada pembaling," terang Sam.

Permainan ketiga ialah pemain diberikan satu set komputer lengkap dengan monitor, unit pemprosesan pusat (CPU), tetikus dan papan kekunci untuk menjadi tempat melepaskan geram.

Bekalan barang-barang yang dirosakkan didapati daripada pembekal-pembekal bergantung kepada jenis-jenis barang an seperti dari Pulau Pinang dan Johor.

Beroperasi pada 1 Julai lalu, kaedah ini sudah menjadi budaya untuk melepaskan tekanan lebih kurang dua tahun lalu di luar negara seperti di Jepun, Amerika Syarikat, China dan Filipina.

Setiap pengunjung yang melangkah ke dalam premis Smash House di tingkat dua deretan rumah kedai pasti berasa berada dalam suasana nyaman seperti di rumah sendiri.

"Lampu menggunakan cahaya kuning dengan lantai berkarpet bagi mewujudkan suasana selesa kepada pengunjung seperti berada di rumah," kata Max lagi.


PEMAIN perlu membeli sebuah kotak yang mengandungi pelbagai jenis set peralatan makanan seperti teko, cawan dan pinggan.


Jenis bilik

Setiap bilik direka kedap bunyi dengan tiada bunyi bising kedengaran di luar bilik permainan. Di dinding pula, ditampal bekas-bekas simpanan telur supaya permukaan tidak keras melainkan tempat sasaran.

Suasana di dalam bilik pula bergantung kepada jenis bilik sama ada gelap atau terang dengan muzik kegemaran pengunjung di pasang kuat. Justeru, bunyi bising kerana kaca pecah atau pekikan pengunjung dapat ditindih.

Pengunjung boleh datang berseorangan, berpasangan mahu pun berkumpulan untuk mengadakan sebarang acara dengan maksimum seramai 15 orang.

Smash House turut mengadakan parti hari lahir, majlis korporat, sambutan ulang tahun dan acara bersama rakan-rakan atau pun apa sahaja yang boleh difikirkan pengunjung.

"Kami dapati pengunjung paling ramai datang ke sini terdiri daripada golongan wanita iaitu kira-kira 70 peratus. Permainan yang paling mereka minati ialah membaling botol.

"Setakat ini, mereka yang datang disebabkan tekanan kerja dan ada juga yang hanya mahu bersantai," kata Max lagi.

Dari segi keselamatan, pihak Smash House begitu berhati-hati terhadap aspek itu selain bersifat teliti supaya tiada sebarang kecederaan berlaku.

Tata cara pengendalian piawai sebelum permainan berlangsung, setiap peserta mesti memakai baju pelindung, but keselamatan dan topi keledar penuh.

Ia bagi memastikan tiada serpihan kaca mengenai tubuh. Bagi peralatan untuk dipecahkan pula, setiap botol minuman dan peralatan makanan dicuci terlebih dulu dengan menggunakan cecair antiseptik, Dettol.

Cawangan lain

"Ia supaya tidak ada sebarang kuman pada barang-barang dan paling penting tiada bau yang kurang menyenangkan," kata Eddy Lee, 35, salah seorang pemegang syer.

Max, Sam, Eddy dan Lucas Liew, 26, yang terlibat dalam bidang kreatif dam banyak membuat kerja-kerja dekorasi Smash House selain lapan orang lain bertemu dua tahun lalu dalam sebuah kursus pemasaran sebelum membuat keputusan membuka perniagaan itu.


PAKAIAN keselamatan wajib dipakai sepenuhnya untuk mengelakkan sebarang risiko kecederaan.


Dalam memperkenalkan aktiviti terbaharu itu di seluruh Malaysia, mereka akan membuka cawangan baharu di bandar-bandar utama seperti di Johor Bahru, Johor pada akhir bulan September, manakala Pulau Pinang dijangka pada akhir tahun ini.

Selain itu, mereka turut dalam perancangan untuk mengadakan sebuah acara yang bersifat kebajikan dikenali sebagai Smash Car.

Terang Max, acara Smash Car boleh diadakan dengan syarikat-syarikat besar berkaitan automotif sebagai sebahagian daripada aktiviti.

Max berkata, tujuan utama mereka menubuhkan Smash House adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang bebas tekanan dalam kalangan komuniti bandar sekali gus membina sebuah masyarakat yang kurang melakukan keganasan dan vandalisme.

"Sekarang, sudah ada sebuah tempat selamat yang membolehkan orang ramai melegakan stres tanpa membahayakan orang lain," katanya.

Setiap dua minggu, mereka akan membersihkan bilik-bilik dan kaca-kaca pecah dijual di pusat kitar semula. Hasil jualan barang-barang lusuh tersebut didermakan kepada rumah-rumah anak yatim.

"Tetapi, kami tidak akan membersihkan semuanya. Mesti ada sedikit kaca pecah bagi menaikkan mood kepada pengunjung semasa membaling kaca," ujar Max sambil tersenyum.

Stres sebagai ujian hidup

Posted:

Stres sebagai ujian hidup

Stres sebagai ujian hidup

STRES yang tidak terkawal boleh menyumbang kepada penyakit jantung, hipertensi dan kemurungan.


SAMA seperti orang lain, Jamilah Jamil, 33, yang bekerja sebagai jurutera di Johor mengalami tekanan pekerjaan.

Tekanan bukan sahaja datang daripada pihak atasan, tetapi turut berpunca daripada orang yang lebih rendah pangkatnya.

Ia berlaku kerana terdapat pekerja yang lebih senior daripadanya. Apabila Jamilah mahu bertanya soalan pasti dijawab dengan nada acuh tak acuh atau jawapan yang tidak sepatutnya.

Justeru, apabila memikirkan masalah kerja akibat pekikan para senior, dia berasa stres.

"Apabila itu berlaku, saya pasti keluar bersama rakan-rakan untuk beriadah, mengikuti kelas senaman dan berbual-bual.

"Jika tiada rakan-rakan dan malas memikirkan masalah yang terjadi, saya pulang dan tidur supaya dapat memulakan hari esok dengan mood yang lebih baik," katanya ketika dihubungi Kosmo!

Bercerita mengenai perbezaan zaman belajar dengan bekerja, Jamilah mengakui lebih tertekan menjadi pekerja berbanding pelajar.

"Barangkali, ketika itu rakan-rakan masih ramai, jadi dapat berkumpul dan melupakan masalah dengan mudah. Kerja pula bersifat tanggungjawab yang perlu dibuat dengan penuh dedikasi," luahnya sambil menghela nafas.

Punca tekanan boleh berlaku atas beberapa sebab. Antaranya, hati kurang bergantung kepada Allah, rasa was-was akibat hasutan syaitan, banyak berfikir negatif dan mengambil serius perkara atau nasib yang bakal berlaku.


SOLAT adalah cara terbaik untuk menenangkan diri. - Gambar hiasan


Menurut Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya, Dr. Muhammad Lukman Ibrahim, tekanan juga boleh terjadi apabila mudah berputus asa dan lupa mengenai khazanah Allah yang maha luas selain bimbang dengan kekurangan harta.

Sementara itu, Pengamal Perubatan Moden dan Pakar Motivasi dalam dan luar negara, Dr. Danial Zainal Abidin, 58, menjelaskan, terdapat dua bentuk stres.

Tekanan yang melahirkan kesan positif dipanggil eustress atau tekanan yang baik. Contohnya, seorang pelajar akan mengalami tekanan terutamanya apabila tarikh peperiksaan semakin hampir.

Cara melihat tekanan

Tekanan bahaya adalah tekanan yang gagal dikawal sehingga membuatkan seseorang itu sugul, putus harapan, mahu membunuh diri dan seumpamannya.

Ia dikenali sebagai distress atau tekanan yang memudaratkan. Kesannya boleh dilihat pada fizikal dengan mengalami pening-pening pada peringkat pertama.

Kemudian, jantung berdegup laju, tekanan darah tinggi, kemurungan dan boleh mengalami histeria.

"Keadaan dan sikap seseorang menentukan sama ada sesuatu tekanan itu baik atau memudaratkan.

"Jika sikap negatif keterlaluan, ia membawa kepada distress. Pendekatan yang betul ialah berpandukan agama," terang Danial.

Contohnya, jika seseorang itu mengalami kemalangan, dia akan melihat secara positif dan menerima ketetapan yang telah terjadi.

Namun, apabila mangsa merungut dan mempersoalkan diri mengalami kecelakaan, ia sukar dijawab lalu stres menjadi semakin teruk.

Setiap kali mengalami ujian, kita perlu meyakini setiap yang berlaku datang daripada Allah dan pasti ada hikmah. Justeru, Islam menganjurkan umatnya bertawakal atau berserah kepada-Nya.

LUAHKAN setiap masalah kepada Allah kerana Dia sebaik-baik pendengar.- Gambar hiasan


Kata Danial, ia bermaksud tidak merungut dan mengamuk sebaliknya bersangka baik kepada Allah.

Cara kedua ialah dengan bersolat dan bersabar. Sabar dan solat yang dibuat secara khusyuk boleh mendamaikan jiwa seperti yang difirmankan dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 153 bermaksud:

"Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar."

Kaedah ketiga adalah sentiasa berzikir seperti firman Allah pada surah ar-Ra'd ayat 28: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia."

"Dengan mengamalkan kaedah itu, individu tidak mengalami panik atau histeria, minda dan otak boleh fokus bagi menentukan tindakan yang sesuai dalam menyelesaikan masalah.

"Pada masa yang sama seseorang itu dapat mengawal stres," ungkap Danial.

Dalam pada itu, Muhammad Lukman berkata, tekanan sememangnya ujian yang diturunkan Allah seperti hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim: "Tiada suatu pun yang menimpa orang mukmin daripada kesusahan, penyakit, kegelisahan, kesedihan sehingga satu duri yang mencucuk melainkan Allah mengampunkan dosanya."

Tambahnya lagi, ayat 155, surah al-Baqarah menegaskan bahawa semua masalah yang berlaku adalah ujian dan pasti ada ganjaran kepada mereka yang bersabar.

Terjemahan ayat tersebut berbunyi: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." - ADLAN JAAFAR

Fenomena K-Pop pengantin China

Posted:

Fenomena K-Pop pengantin China

Fenomena K-Pop pengantin China


ORANG muda dari China lebih gemar mengabadikan foto perkahwinan mereka berlatar belakang gaya hidup urban.


BERDIRI di hadapan tingkap rekaan ala chateau Perancis, kedua-dua pengantin muda dari China itu saling berpandangan sambil memberi gaya terbaik kepada jurufoto. Aksi manja mereka dipotretkan untuk diabadikan sebagai foto perkahwinan.

Pasangan berumur lingkungan 20-an itu sanggup terbang jauh ke Korea Selatan semata-mata mahukan sentuhan jurusolek dan jurugambar tempatan kerana kegilaan terhadap budaya pop Korea Selatan yang melanda seluruh dunia kini.

China mencatatkan satu pertiga pelancong di Korea Selatan yang menyumbang sebanyak AS$15 bilion (RM49.51 bilion) dalam industri perkahwinan di negara itu.

Kebanyakan pengantin tidak memilih lokasi tipikal seperti tempat bersejarah, sebaliknya lebih gemar gambar perkahwinan mereka dirakamkan di destinasi urban di sekitar daerah Gangnam.

Kawasan itu menjadi fenomena menerusi lagu dendangan penyanyi Korea Selatan, Psy iaitu Gangnam Style. Pada masa yang sama turut mendapat jolokan destinasi popular untuk fesyen dan kosmetik yang mendapat perhatian selebriti tempatan.

"Gaya yang terdapat di Korea Selatan adalah lebih sofistikated dan menarik berbanding di China. Kami datang ke sini kerana Korea Selatan merupakan peneraju utama fesyen dan kecantikan," ujar bakal pengantin, Yang Candi.

Kementerian Pelancongan Korea Selatan menganggarkan hampir 2.5 juta pelancong China membelanjakan purata AS$2,150 (RM7,096) seorang pada tahun 2012, satu jumlah yang besar berbanding negara-negara lain. Ia membantu syarikat seperti iWedding yang merupakan perunding perkahwinan terbesar di Korea Selatan, untuk berkembang maju.

Setiap bulan dalam tempoh setahun, iWedding menjalankan perniagaan bersama 50 hingga 60 pasangan dari China. Kebanyakan mereka merupakan peminat tegar rancangan televisyen (TV) dan muzik Korea Selatan.

Pesaing iWedding, Design Wedding, mendakwa, mereka telah menjalankan perniagaan bersama syarikat di Shanghai dan mengambil gambar untuk 50 pasangan China sejak bulan Mei lalu. Sebuah lagi syarikat, Chuka Club, memperoleh pelanggan dari China walaupun tidak membuat iklan di laman web China seperti yang dilakukan dua syarikat tersebut.


KEGILAAN terhadap budaya K-Pop menyebabkan ramai golongan muda dari China mahukan sentuhan jurusolek dan jurugambar tempatan di Korea Selatan.


Lokasi popular

"Rakyat China gemar kehidupan moden Korea Selatan yang urban, bergaya dan cantik. Mereka tidak lagi melawat tempat-tempat bersejarah malah memilih Gangnam untuk merasai gaya seni baharu di pusat-pusat beli-belah," ujar pensyarah pengajian budaya pop Korea Selatan, Universiti Katolik Korea, Seoul, Song Sung-uk.

Korea Selatan merupakan gergasi ekonomi keempat terbesar di Asia selepas Perang Korea 1950 hingga 1953. Ia sinonim sebagai destinasi yang menjadi pilihan penduduk kelas pertengahan China dan dipengaruhi oleh budaya pop Korea Selatan yang popular di seluruh dunia.

"Saya menyimpan angan-angan untuk datang ke sini, terutamanya selepas menonton beberapa rancangan TV Korea Selatan," ujar bakal pengantin lelaki, Chen Jingjing.

Dia dan pasangannya merancang untuk mengambil gambar di lokasi-lokasi popular yang menjadi destinasi kunjungan selebriti Korea Selatan.

Selepas didandan selama tiga jam, Chen dan Yang yang anggun memakai busana rona putih, dibawa ke studio foto berdekatan untuk mengambil gambar yang berlangsung hampir lapan jam.

Latar belakang benua Eropah menjadi kegemaran pelancong China dan Korea Selatan. Busana pengantin ala Barat itu dirasakan sesuai oleh perunding perkahwinan jika berlatar belakang set Eropah.

Gambar-gambar tersebut akan diletakkan dalam album kulit iaitu salah satu pakej yang disediakan oleh perunding perkahwinan. Pakej tersebut merangkumi pengangkutan, servis pembantu dan pilihan hotel. Menurut koordinator iWedding, Yu Mi-ra, servis tersebut berharga antara AS$2,000 (RM6,601) hingga AS$4,000 (RM13,202).

Menurut Yu, kebanyakan warga China datang ke Korea Selatan untuk mengambil gambar perkahwinan kerana kualiti fotografi dan solekan. Namun, tidak semua menepati jangkaan seperti yang diharapkan oleh pasangan pengantin.

"Sangat kecewa dengan hasilnya kerana beberapa gambar menampakkan saya kelihatan tidak menarik dan canggung. Kami datang sejauh ini untuk mendapat pulangan yang tidak memuaskan," ujar Yang kecewa. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Konvoi berbasikal pupuk semangat cintai negara

Posted:

Konvoi berbasikal pupuk semangat cintai negara

Konvoi berbasikal pupuk semangat cintai negara

MOHAMAD (dua dari kanan) bergambar bersama peserta konvoi di SK Lubuk Terua, Lanchang, Pahang baru-baru ini.


KONVOI MERDEKA. Buat julung-julung kalinya, Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Terua, Lanchang, Pahang mengadakan acara konvoi berbasikal di sekitar sekolah terbabit sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 pada 30 Ogos lalu.

Seramai 60 orang terdiri daripada 20 guru dan 40 murid menyertai konvoi berkenaan.

Menurut guru besar sekolah itu, Mohamad Zainal Abidin, konvoi berbasikal ini bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan selain memupuk silaturahim antara murid dan guru.

Katanya, peserta konvoi memulakan kayuhan basikal pada pukul 8.30 pagi.

Bagi menyelitkan pengalaman zaman sebelum merdeka, para peserta selepas menamatkan kayuhan disajikan dengan ubi kayu yang juga makanan asasi rakyat negara ini pada waktu itu.

Mini MAHA dapat sambutan

Posted:

Mini MAHA dapat sambutan

Mini MAHA dapat sambutan


TAJUDDIN (kanan) melawat salah satu daripada 114 gerai pameran sempena mini MAHA di Ipoh, Perak baru-baru ini.


HASIL PETANI. Jabatan Pertanian Perak menganjurkan Pameran Mini Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (Mini MAHA) peringkat daerah Kinta dan Kampar di pekarangan pasar raya besar Tesco Extra, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Pameran yang bertujuan mempromosikan produk pertanian daripada pengusaha sekitar Ipoh, Batu Gajah, Gopeng dan Kampar itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Pengarah Jabatan Pertanian Perak, Sulaiman Hashim berkata, pameran selama tiga hari itu melibatkan 114 pengusaha dari daerah Kinta dan Kampar.

Warga universiti meriahkan rumah terbuka NC USM

Posted:

Warga universiti meriahkan rumah terbuka NC USM

Warga universiti meriahkan rumah terbuka NC USM


OMAR (kiri) melayan tetamu pada Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di kampus Universiti Sains Malaysia, Minden, Pulau Pinang baru-baru ini.


RAI TETAMU. Kira-kira 1,000 tetamu memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Naib Canselor (NC) Universiti Sains Malaysia (USM) di kediaman rasminya di kampus pusat pengajian tinggi itu di Minden, Pulau Pinang baru-baru ini.

NC USM, Profesor Datuk Omar Osman ketika ditemui berkata, majlis dalam suasana santai itu diadakan bagi meraikan Aidilfitri bersama-sama kakitangan serta rakan korporat universiti itu.

"Majlis ini juga memberi peluang kepada kakitangan di semua peringkat termasuk para pensyarah luar negara mengenali budaya makan kenduri yang merupakan tradisi masyarakat Melayu di negara ini," ujarnya.

Tetamu disajikan dengan pelbagai juadah menyelerakan seperti nasi himpit, rendang, sate ayam, rusa dan kambing, kuih-muih serta tidak ketinggalan mi goreng sotong.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Harga RON95, diesel naik 20 sen

Posted:

Harga RON95, diesel naik 20 sen

Harga RON95, diesel naik 20 sen

NAJIB ketika mengumumkan kenaikan harga minyak di Putrajaya semalam. Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi.

Menurut beliau, kenaikan itu merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

"Pada masa ini, kerajaan menanggung subsidi minyak sebanyak 83 sen seliter bagi minyak petrol RON95 dan RM1 seliter bagi diesel," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam sidang akhbar di sini semalam.

Jumlah subsidi bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah sebanyak RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Liberalisasi AP hasil pertanian

Posted:

Liberalisasi AP hasil pertanian

Liberalisasi AP hasil pertanian

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat.ramli@kosmo.com.my


ISMAIL SABRI (dua dari kanan) meninjau sebuah pasar sayur-sayuran baru-baru ini.


SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kementeriannya mengamalkan konsep terbuka dalam penawaran tender permit import (AP) untuk produk pertanian tanpa sebarang monopoli oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, semua pihak kini mempunyai peluang untuk memohon permit termasuk yang membabitkan hasil ternakan dan sayur-sayuran.

"Kerajaan yang ada sekarang adalah telus. Semua proses menyertai tender AP adalah berdasarkan konsep terbuka sama ada AP untuk ternakan khinzir, lembu atau sayur-sayuran seperti kubis.

"Sesiapa yang layak dan berkemampuan adalah berhak memperoleh tender... tiada pihak akan monopoli atau berpakat menguasai sesuatu projek, tiada siapa yang boleh menguasai sesuatu AP dan tidak ada sistem kartel," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Faktor kewangan diambil kira

Posted:

Faktor kewangan diambil kira

Faktor kewangan diambil kira

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sentiasa berusaha melaksanakan projek-projek pembangunan dalam usaha memenuhi permintaan rakyat namun masih bergantung kepada kemampuan kewangan negara.

Perdana Menteri berkata, kriteria tertentu akan dinilai sebaik-baiknya sebelum projek-projek pembangunan dilaksanakan.

"Bukan bererti bahawa semua permintaan boleh kita tunaikan. Mesti ada batas kewangan. Bagaimana cara pun ada batas kewangan. Kalau kita berbelanja terlalu berlebihan, ekonomi kita akan merosot.

"Kalau kita tidak belanja maka ekonomi kita tidak berkembang. Jadi belanjalah secara berhemah dan cubalah mendapatkan nilai yang maksimum bagi setiap ringgit yang kita belanjakan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Kisah pemilik rambut etnik Afrika-Amerika

Posted:

Kisah pemilik rambut etnik Afrika-Amerika

Kisah pemilik rambut etnik Afrika-Amerika

Oleh ALIF ABU BAKAR

GELARAN negro pernah melekat pada diri Nur Akmal Mohd. Pada segelintir individu, panggilan itu sekadar gurauan kepada seseorang yang mempunyai paras fizikal saling tak tumpah bak orang kulit hitam. Namun realitinya, ia gelaran kasar dalam kalangan komuniti Afrika-Amerika khususnya di Amerika Syarikat (AS).

Sepanjang bersekolah menengah, nama 'manja' itulah yang membentuk identitinya, gara-gara mempunyai rambut jenis kembang yang sukar diuruskan. Luah lelaki berumur 27 tahun itu: "Bukanlah marah orang kaitkan saya dengan gelaran itu, cuma rasa tidak selesa dan rimas dijadikan bahan jenaka.

"Saya akui, rambut saya mewujudkan rasa rendah diri dalam diri sehingga saya ambil keputusan untuk meluruskan rambut. Kesannya tidak begitu memuaskan dan saya memilih untuk botak sahaja."

Pengalaman ditempuhi Nur Akmal itu seumpama yang dialami masyarakat Afrika-Amerika di AS pada sekitar tahun 1960-an. Kontranya, Nur Akmal tidak diancam sinis secara perkauman, malah lebih sekadar perbandingan rawak kepada golongan kulit hitam.

Trauma

Lembaran sejarah pula membuktikan bahawa rambut afro sememangnya pernah menjadi hukuman dahsyat kepada etnik Afrika-Amerika.

Igauan trauma itu terjadi pada zaman penghambaan etnik Afrika-Amerika di AS sekitar tahun 1960-an. Majoriti orang kulit hitam sedaya upaya mengubah gaya rambut asli mereka menyerupai orang kulit putih. Mereka yang dianugerahkan dengan rambut tekstur afro dianggap melanggar standard kecantikan yang ditetapkan orang Eropah dan Amerika.

Rambut afro yang keriting, kasar, kembang dan tidak terurus menerima kritikan negatif sehingga memaksa etnik yang tertindas ketika itu meluruskan rambut masing-masing. Amalan itu kemudiannya menjadi popular dalam kalangan kumpulan Afrika-Amerika.

Bagaimanapun Pergerakan Hak Asasi Awam Afrika-Amerika yang bermula pada tahun 1955 sehingga 1968 bagi memperjuangkan penghapusan amalan pemisahan antara kaum di AS banyak memberi ruang kepada etnik Afrika-Amerika mengekspresikan karakter semula jadi mereka, termasuk gaya rambut afro.

Apresiasi terhadap kecantikan orang kulit hitam dan stail estetik yang didukung pergerakan Black is Beautiful lebih lima dekad tahun dulu juga banyak membantu memulihkan skeptikal kritikal yang dialami etnik Afrika-Amerika.

BEBAS tanpa sebarang produk yang menjadi kegunaan biasa lelaki, rambut afro Nur Akmal amat mudah diurus.


Pergerakan berteras kebudayaan dan kesenian itu mengembalikan semula gaya rambut natural. Afro mula menjadi simbol politik berpengaruh yang mewakili maruah orang kulit hitam kepada penolakan orang kulit putih terhadap konsepsi asimilasi dan integrasi kaum.

Bawa tuah

Keterbukaan masyarakat terhadap identiti asli etnik Afrika-Amerika itu memuncak pada permulaan 1970-an. Introduksi stail rambut unik itu ke dalam aliran fesyen arus perdana perlahan-lahan diadaptasi individu luar kelompok Afrika-Amerika. Peminjaman identiti tersebut secara langsung menyingkirkan fungsi afro sebagai penggerak kepentingan politik yang radikal.

Secara kebetulan, transisi menarik rambut afro dalam peradaban dunia juga mengisi rentetan hidup istimewa kepada Nur Akmal. Tamat sekolah, pereka grafik itu tekad membiarkan rambut aslinya tumbuh secara semula jadi.

Genetik rambut afro yang diwarisi daripada bapanya itu mula dihargai Nur Akmal. Malah ibunya turut memberi galakan kepada Nur Akmal supaya menyimpan rambut kembang atas alasan sesuai dengan wajahnya.

"Rambut bapa saya jenis keriting halus, saya pula keriting kasar. Apabila menyambung pengajian di universiti, saya tetap menyimpan rambut ini, cuma saya kerap memakai topi jika ke kelas kerana malas hendak mengemaskan rambut," kata anak sulung daripada tiga adik-beradik itu.

Nur Akmal menasihatkan individu berambut keriting atau afro bersyukur dengan keistimewaan itu kerana setiap ciptaan Allah sesuai bagi makhluknya.

Keyakinan Nur Akmal juga meningkat selepas menemani seorang sahabatnya ke sesi uji bakat untuk sebuah drama TV bersiri.

"Saya saja mencuba nasib, tak sangka pula boleh terpilih. Ia merupakan platform komersial pertama saya dan segalanya kerana tuah rambut afro ini," ceritanya yang terpilih membawa watak Budi dalam drama bersiri Goda yang disiarkan di 8TV pada tahun 2008.

Sejak itu, pelbagai tawaran drama menghujani Nur Akmal tetapi ditolak bagi memberi fokus kepada pelajaran. Pemilik Ijazah Sarjana Muda Seni Reka (Grafik), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor itu kemudiannya menjayakan beberapa iklan TV dan poster bagi jenama-jenama terkenal.

Antaranya ialah Digi, Coca-Cola, Pizza Hut, Proton Preve, Munchy's dan banyak lagi. Ujar Nur Akmal jujur: "Rezeki saya banyak disumbangkan oleh rambut afro ini. Setiap kali diberi tawaran, mereka ingat saya sebagai budak rambut kembang. Jadi ia telah menjadi signatur akrab kepada diri saya."

RAMBUT afro Nur Akmal banyak melimpahkan rezekinya dalam bidang komersial tempatan.


Penjagaan

Dikurniakan rambut afro satu pemberian, mengurus stail separa eksentrik itu pula satu tanggungjawab. Pada mata kasar, ia seperti sukar dirapi, namun Nur Akmal menyangkal dakwaan itu. Penjagaan mudah tanpa sebarang penggunaan produk rambut seperti gel, minyak rambut atau wax membuatkan rambut kembangnya sihat sehingga ke hari ini.

"Amalkan penggunaan rawatan perapi dalaman dan syampu setiap hari. Dua langkah ini sudah memadai untuk menjaga tekstur dan bentuk rambut saya. Seminggu sekali pula saya sikat rambut dalam keadaan basah menggunakan sikat jarang bagi mengeluarkan rambut putus dan mengelakkan ia berbau sekali gus membuka rongga-rongga kulit kepala.

"Sebulan sekali saya potong hujung rambut sepanjang dua inci. Saya selesa mengemaskan sendiri dan jarang pergi ke salon kerana tidak gemar orang memegang rambut saya. Jadi kos penjagaan rambut saya tidaklah mahal dan tidak sampai RM200 untuk tempoh dua bulan," rangkum Nur Akmal yang meminati gaya rambut Bo (Bedroom Sanctuary) dan Solange Knowles.

Inovasi seluar jean wanita Levi's

Posted:

Inovasi seluar jean wanita Levi's

Inovasi seluar jean wanita Levi's


POTONGAN jean yang mampu melekap secara sempurna dengan pelbagai potongan badan si pemakai antara tarikan teknologi baharu yang diketengahkan Levi's Revel.


TIDAK kira lelaki mahupun wanita, seluar jean merupakan item penting dan menjadi pilihan utama ketika ingin menampilkan gaya kasual. Ia mudah dipadankan dengan sebarang jenis pakaian selain dapat menonjolkan aura sensasi seseorang.

Ketika memilih seluar jean, kesesuaian dengan bentuk tubuh merupakan faktor yang menjadi keutamaan setiap pengguna. Ia tidak terlalu longgar atau sempit agar selesa dipakai dalam tempoh yang lama.

Memahami keinginan wanita untuk memiliki jean yang selesa dan menyerlahkan bentuk badan selain menonjolkan ciri-ciri feminin, Levi's memperkenalkan koleksi baharu untuk kaum Hawa, Levi's Revel.

Jean Levi's Revel menggunakan teknologi pembentukan cecair eksklusif yang dilakurkan dalam fabrik denim melalui teknik reka bentuk inovatif.

Teknologi tersebut dapat mengawal regangan fabrik bagi menghasilkan lekapan pada bahagian-bahagian tertentu untuk menyokong bentuk tubuh dan hasilnya, bayangan tubuh tampak cantik dan menarik.

MODEL-MODEL yang memperagakan jean yang diperbuat dengan teknologi pembentukan cecair kelihatan sangat selesa dan bergaya.


Tahap keselesaan menjadi titik penting koleksi baharu ini melalui anjalan cecair yang melekap pada tubuh badan dan memberi rasa selesa maksimum kepada wanita.

Denim Levi's Revel dengan ciri regangan empat hala menyerlahkan bentuk badan wanita selain menganjal mengikut gerak-geri si pemakai. Selain itu, kelembutan tersebut dapat membantu mengekalkan bentuk jean.

Kemasan berkontur, kelim memanjang dan tampalan kocek direka secara strategik untuk menyerlahkan penampilan.

Mempunyai tiga pilihan iaitu Slight, Demi dan Bold Curve, Levi's Revel direka khas untuk setiap wanita. Terdapat juga berjenis-jenis kemasan, warna dan tona dalam potongan kurus dan lurus untuk pilihan pemakai.

Levi's Revel dijual pada harga RM299 dan boleh didapati di Original Levi's Stores terpilih seluruh negara bermula bulan ini. - HAFIZ AHMAD

Atasi rambut gugur

Posted:

Atasi rambut gugur

Atasi rambut gugur

Oleh HAFIZ AHMAD
mohammadhafiz.ahmad@kosmo.com.my


DAISUKE (kanan) berpendapat menukar syampu secara kerap tidak membantu masalah keguguran rambut.


KEGUGURAN rambut menjadi masalah utama yang dialami oleh sebilangan orang dewasa hingga mengakibatkan mereka hilang keyakinan diri apabila berhadapan masyarakat.

Peningkatan usia dan perubahan hormon merupakan antara faktor yang menyebabkan helaian rambut rapuh dan hilang daya tahan. Jika dilihat, golongan lelaki mengalami masalah keguguran rambut lebih awal berbanding wanita.

Disebabkan itu, langkah pencegahan awal perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi mimpi ngeri. Menurut Pengurus Pemasaran Rantau ASEAN Menard, Catherine Lim, rawatan penjagaan rambut sebaik-baiknya dilakukan oleh lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dan wanita dalam peringkat umur 30-an.

"Rawatan tersebut merangkumi pemeriksaan kesihatan kulit kepala dan rambut. Kita sering mengambil remeh perkara tersebut dan tidak membuat penjagaan yang rapi," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran jenama penjagaan rambut dari Jepun itu di sini baru-baru ini.

Kajian yang dilakukan oleh Menard mendapati sel-sel rambut terhasil di bahagian atas folikel yang juga merupakan mekanisme penting pertumbuhan setiap helaian rambut.

Disebabkan itu, bagi mengekalkan rambut tumbuh secara konsisten, tebal dan kuat, mereka yang mengalami masalah keguguran rambut perlu meningkatkan jumlah pertumbuhan sel-sel rambut.

Melalui penyelidikan makmal, Lim berkata, Menard menemui kebaikan ekstrak tumbuhan Great Mullein (Verbascum thapsus) yang membantu dalam meningkat sel-sel rambut manakala ekstrak daun lokuat (Eriobotrya japonica) berkeupayaan melancarkan peredaran darah ke kulit kepala.

"Kedua-dua bahan itu menghasilkan dua produk iaitu Syampu Yakuyou Menard dan tonik pertumbuhan rambut, Menard Yakuyou Ikumoueki Z, yang hanya boleh didapati di beberapa salun rambut terpilih," ujarnya.


SYAMPU Yakuyou Menard dan tonik pertumbuhan rambut Menard Yakuyou Ikumoueki Z ini boleh didapati di beberapa salun terpilih.


Perbezaan

Pemilik Daisuke Salon De Coiffure, Daisuke Suzuki berkata, syampu baharu itu mampu membersihkan lebihan sebum yang terhasil daripada pori-pori rambut.

"Ia dapat mengelakkan berlakunya masalah kelemumur dan kegatalan yang merupakan simptom-simptom awal keguguran rambut. Syampu tersebut mengekalkan jumlah helaian rambut tanpa meninggalkan kesan berminyak," ujarnya.

Tambahnya, menukar produk penjagaan secara kerap tidak membantu masalah keguguran, malah menjadikan situasi bertambah teruk.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya menggunakan produk sama untuk satu tempoh masa bagi melihat hasilnya. Untuk produk seperti Syampu Yakuyou, pengguna akan mula merasai perbezaan selepas menghabiskan satu botol yang mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan," kongsi Daisuke.

Selepas proses pembersihan menggunakan syampu tersebut, tonik Menard Yakuyou Ikumoueki Z disapukan pada kulit kepala bagi mengembalikan pertumbuhan, menjadikan rambuat kuat dan tidak mudah putus.

Cara penggunaan adalah mudah iaitu meletakkan beberapa titisan tidak melebihi 1.5 milimeter terus ke kulit kepala secara konsisten pada waktu pagi dan malam. Fokuskan pada bahagian yang mengalami keguguran dan lakukan urutan supaya mempercepatkan penyerapan tonik tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Obama tunggu lampu hijau kongres serang Syria

Posted:

Obama tunggu lampu hijau kongres serang Syria

Obama tunggu lampu hijau kongres serang Syria

SEBUAH pesawat tentera Amerika Syarikat berlepas dari pangkalan Incirlik, Turki semalam. Presiden AS, Barack Obama menyatakan beliau akan mendapatkan kelulusan Kongres sebelum menyerang Syria.


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama (gambar kecil) menangguhkan tindakan ketenteraan ke atas Syria kelmarin kerana percaya beliau mampu memperoleh lebih banyak sokongan untuk menghukum rejim Presiden Bashar Al-Assad.

Keputusan itu diputuskan Obama lewat kelmarin kerana beliau mahu anggota-anggota Kongres mempertimbangkan penggunaan kuasa ketenteraan terhadap Syria yang didakwa menggunakan senjata kimia dalam serangan pada 21 Ogos lalu.

Perbincangan mengenai tindakan tersebut akan diputuskan selepas Kongres kembali bersidang pada 9 September ini.

Namun, Obama turut menegaskan bahawa beliau tetap mempunyai kuasa ketenteraan untuk menyerang Syria tanpa kebenaran Kongres.

Menurut pegawai di White House, penangguhan tersebut juga dilihat memberi peluang kepada Obama meraih sokongan antarabangsa.

Obama dilapor akan menyertai persidangan G20 pada minggu ini di Rusia yang bakal dibayangi krisis di Syria.

Namun, kredibiliti Obama mungkin tercabar jika Kongres tidak menyokong rancangan menyerang Syria seperti dialami sekutunya, Perdana Menteri Britain, David Cameron yang gagal dalam undian Parlimen berhubung usul sama.

"Pengerusi bersama ketua-ketua tentera telah memaklumkan kepada saya bahawa kita akan melancarkan serangan pada bila-bila masa.

"Tambahan pula, pengerusi telah memberitahu saya bahawa keupayaan kita untuk melaksanakan misi ini bukan pada masa sensitif. Ia akan berkuatkuasa sama ada esok, minggu depan atau sebulan dari sekarang," tegas Obama ketika berucap di laman Rose Garden di White House.

Sekurang-kurangnya lima kapal perang AS dengan puluhan peluru berpandu Tomahawk telah tertumpu di timur Mediterranean untuk melancarkan serangan ke atas rejim Bashar.

Terdahulu, Perancis yang juga sekutu AS menyatakan kesediaannya untuk mengerahkan tentera dalam operasi di Syria.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan penyiasat senjata kimia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meninggalkan Syria kelmarin selepas melakukan siasatan selama empat hari berhubung dakwaan serangan kimia di pinggir bandar Damsyik.

Pertubuhan Larangan Senjata Kimia yang dianggotai 13 penyiasat menyatakan bahawa keputusan analisis sampel yang diambil di lokasi kejadian mengambil masa hingga tiga minggu.

Jurucakap PBB juga berjanji pihaknya akan memberikan laporan adil selepas menjalani beberapa ujian makmal.

Sebuah pesawat milik Jerman membawa kumpulan penyiasat PBB berlepas ke Rotterdam, Belanda pada pagi kelmarin sebelum mereka dibawa ke The Hague.

Namun, Washington dan sekutu-sekutunya berkeras menyatakan mereka sudah mengetahui perkara yang perlu diketahui.

Menurut pentadbiran Obama, hasil maklumat perisikan yang boleh dipercayai mendakwa rejim Bashar melancarkan serangan kimia yang meragut 1,429 nyawa termasuk sekurang-kurangnya 426 kanak-kanak.

Syria menafikan bertanggungjawab terhadap dakwaan itu dan menuding kesalahan itu ke arah kumpulan penentang.

Lebih 100,000 orang terkorban sejak konflik di Syria meletus pada Mac 2011 dan kira-kira dua juta rakyat negara itu menjadi pelarian. - AFP

Mandela dibenar keluar hospital

Posted:

Mandela dibenar keluar hospital

Mandela dibenar keluar hospital


SEBUAH ambulans yang didakwa membawa Mandela dilihat berada di luar rumah tokoh tersebut di Houghton, Johannesburg semalam.


JOHANNESBURG - Ikon anti-aparteid, Nelson Mandela (gambar kecil) dibenarkan keluar daripada hospital semalam dan dibawa pulang ke rumahnya di sini ketika beliau masih dalam keadaan kritikal, kata pejabat presiden Afrika Selatan.

Bekas Presiden Afrika Selatan itu sebelum ini dimasukkan ke hospital di Pretoria sejak 8 Jun lalu ekoran jangkitan paru-paru berulang.

Presiden Jacob Zuma dalam satu kenyataan berkata, Mandela berada dalam keadaan tidak stabil pada masa ini.

"Rumahnya telah diubah suai bagi membolehkan beliau menerima rawatan rapi di sana.

"Jururawat yang bertanggungjawab terhadap kesihatan Mandela adalah sama seperti diterimanya di hospital," kata kenyataan itu.

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan berusia 95 tahun itu diraikan di seluruh dunia sebagai tokoh yang menjulang tinggi perdamaian.

Beliau pernah dipenjarakan selama 27 tahun kerana menentang pemerintahan minoriti kulit putih di Afrika Selatan.

Namun, selepas dibebaskan pada 1990, Mandela melakukan rundingan yang menamatkan pemerintahan aparteid di negara itu.

Beliau yang mesra dipanggil Madiba memenangi pilihan raya pertama di negara itu yang diadakan melalui proses demokrasi sepenuhnya pada tahun 1994. - AP

Radiasi tinggi dikesan pada tangki loji nuklear Fukushima

Posted:

Radiasi tinggi dikesan pada tangki loji nuklear Fukushima

Radiasi tinggi dikesan pada tangki loji nuklear Fukushima


FOTO yang disediakan oleh Tokyo Electric Power Co (TEPCO) menunjukkan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Toshimitsu Motegi (topi merah) melawat loji nuklear Fukushima Dai-ichi di bandar Okuma pada 26 Ogos lalu.


TOKYO - Pengendali loji nuklear Fukushima Dai-ichi, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) kelmarin menyatakan pihaknya mengesan lokasi beradiasi tinggi pada tangki-tangki yang menempatkan air bertoksik.

Salah satu lokasi menunjukkan bacaan mencecah 1,800 millisievert bagi setiap jam, tahap radiasi yang boleh membawa maut.

TEPCO mengesan radiasi tinggi tersebut di empat lokasi berhampiran tangki. Tangki-tangki itu bagaimanapun tidak menunjukkan kadar airnya surut dengan ketara.

Situasi itu diketahui ketika pemeriksaan harian dilakukan ke atas tiga buah tangki dan satu paip yang menyambungkan bekas-bekas berisi air di loji terbabit, lapor agensi berita Kyodo.

Minggu lalu, TEPCO mengaku sebanyak 300 tan air bertoksik bocor daripada tangki-tangki tanpa disedari.

Kebocoran itu mencetuskan kebimbangan bahawa air tercemar telah masuk ke dalam laut berhampiran.

Walaupun masih belum jelas sama ada insiden itu membuktikan wujud kebocoran baharu, namun air dengan bacaan 230 millisievert pada setiap jam dikesan di bawah paip tersebut. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


KPDNKK rampas LPG bernilai RM47,000

Posted:

KPDNKK rampas LPG bernilai RM47,000

KPDNKK rampas LPG bernilai RM47,000

02/09/2013 9:04pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNKK WPKL) merampas gas petroleum cecair (LPG) bernilai kira-kira RM47,000 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Kovil Hilir, Sentul dekat sini.

Pengarah KPDNKK WPKL, Abu Samah Shabudin berkata, serbuan di premis tiga tingkat pada 2.15 petang itu hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati pemilik premis mempunyai lesen yang sah untuk mengedar LPG berkenaan namun melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan.

"Kesalahan itu ialah menyimpan stok yang berlebihan berbanding yang diluluskan iaitu 6,530 kilogram bagi satu silinder, tetapi hasil pemeriksaan, premis itu menyimpan melebihi stok yang ditetapkan, iaitu sebanyak 24,838 kilogram.

"Kita telah merampas 1,417 silinder gas LPG berkapasiti 14 kilogram dan 100 silinder gas LPG berkapasiti 50 kilogram yang digunakan untuk industri, dan hasil rampasan berjumlah RM32,307.60 bagi 14 kilogram manakala bagi 50 kilogram kira-kira RM15,000," katanya pada sidang akhbar selepas serbuan itu. - Bernama

Mayat seorang lagi mangsa lemas di Sungai Perak ditemui

Posted:

Mayat seorang lagi mangsa lemas di Sungai Perak ditemui

Mayat seorang lagi mangsa lemas di Sungai Perak ditemui

02/09/2013 8:47pm

IPOH - Mayat seorang lagi mangsa lemas ditemui terapung kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian di Sungai Perak, Kampung Mandah, Manong, Kuala Kangsar dekat sini hari ini

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Abdul Gaffar Muhamad berkata mayat Mohd Faiz Norisham, 14, ditemui pada 6.10 petang.

"Gerakan mencari dijalankan anggota polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam sejak pukul 8 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

Semalam, mayat sepupu Mohd Faiz iaitu Mohammad Badrul Amin Muhd Nazri, 17, ditemui tersangkut di pukat menangkap ikan pada 4 petang.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira 2.15 petang ketika kedua-dua mangsa mandi di sungai berkenaan bersama enam lagi anggota keluarga mereka. - Bernama

Harga RON95 dan diesel naik 20 sen bermula tengah malam ini

Posted:

Harga RON95 dan diesel naik 20 sen bermula tengah malam ini

Harga RON95 dan diesel naik 20 sen bermula tengah malam ini

02/09/2013 8:26pm

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Belanjawan 2014 yang jumlahnya akan diumumkan semasa pembentangan belanjawan itu yang dijadualkan pada 25 Okt ini.

Najib terdahulu, mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali.

Perdana Menteri berkata melalui dasar rasionalisasi subsidi bahan api ini yang akan bermula esok, kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada tahun ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Bertahan tanpa album baharu

Posted:

Bertahan tanpa album baharu

Bertahan tanpa album baharu

JIKA dihitung pembabitan Ziana Zain dalam bidang seni, tempoh selama 22 tahun mungkin sesuatu yang agak sukar untuk dicapai oleh kebanyakan artis di negara ini.

Begitu juga dengan rentetan kejayaan yang diraih sehingga ke peringkat antarabangsa. Maka, sudah sewajarnya penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Madah Berhelah itu contoh kepada penyanyi generasi sekarang.

Meskipun dengan kemunculan lebih ramai penyanyi-penyanyi baharu, ia langsung tidak menenggelamkan populariti yang telah diraihnya selama ini.

"Saya bersyukur apabila masih lagi diterima ramai dan bukan mudah untuk terus bertahan memandangkan semakin ramai penyanyi hebat yang muncul di persada hiburan tanah air.

"Tawaran yang diterima seperti membuat persembahan nyanyian masih lagi tidak putus-putus. Ini semua berkat sokongan peminat yang tidak henti-henti kepada saya," ujarnya semasa ditemui dalam sidang akhbar program realiti pencarian Ratu Rania baru-baru ini.

Memandangkan dirinya masih lagi aktif dalam bidang nyanyian, Ziana turut ditanya tentang album baharu. Ini kerana kali terakhir dia menghasilkan album adalah pada tahun 2008 berjudul Dingin.

Menurutnya, bukan tidak pernah timbul keinginan untuk menghasilkan album baharu buat para peminatnya, namun dia menyatakan bukan mudah untuk mendapatkan lagu-lagu yang sesuai.

"Sebagai seorang penyanyi yang sudah senior, pastinya saya perlu lebih selektif untuk pemilihan lagu. Cuma, buat masa ini untuk mendapatkan lagu yang mampu menyentuh jiwa pendengar agak sukar.

"Kalau setakat saya hasilkan album semata-mata ingin memenuhi permintaan orang, rasanya itu tidak perlu dilakukan. Tanpa album baharu pun saya masih lagi terus bertahan sebagai seorang penyanyi," jelasnya.

ZIANA bersikap terbuka sekiranya ada di antara empat anaknya mahu berkecimpung di dalam bidang seni.


Akui Ziana, antara punca utama kekuatannya sehingga mampu kekal bertahan sebagai penyanyi sehingga sekarang adalah kekuatan kepada lagu-lagu lamanya.

Ujarnya, apabila diundang membuat persembahan dalam sesebuah acara, para tetamu lebih suka sekiranya dia menyanyikan lagu-lagu popularnya sekitar 90-an seperti Puncak Kasih dan Madah Berhelah.

"Apabila sudah lama tidak muncul dengan album baharu, mungkin ramai yang beranggapan saya sudah tidak aktif lagi dalam bidang nyanyian.

"Sebenarnya saya tetap terus aktif seperti biasa dengan pelbagai tawaran membuat persembahan di merata-rata tempat, cuma belum tiba masa yang sesuai lagi untuk saya tampil dengan album baharu," ungkapnya.

Jelas Ziana, tidak semestinya kalau dia muncul dengan album baharu, lagu-lagu yang terkandung di dalamnya mampu memenuhi citarasa yang diinginkan pendengar.

Lakonan

Selain bergelar penyanyi, Ziana juga cukup dikenali sebagai seorang pelakon yang seangkatan dengan seorang lagi artis yang dikagumi ramai iaitu Erra Fazira.

Beberapa filem lakonannya seperti Sembilu, Sembilu 2, Maria Marianna, Merah dan Qabil Khushry Qabil Igam pastinya terus diingati sehingga ke hari ini.

Bercerita tentang karier lakonannya, Ziana mengakui tawaran yang diterima agak banyak, tetapi dia terpaksa menolaknya lantaran komitmen terhadap keluarga.

"Ketika ini anak-anak pun sedang membesar dan sudah tentu mereka memerlukan perhatian daripada seorang ibu. Kalau saya berlakon, risau pula tidak dapat membahagikan masa kepada mereka.

"Lagipun suami juga seperti agak keberatan untuk mengizinkan saya aktif dalam dunia lakonan. Dengan jadual yang sudah padat sekarang ini, pastinya kehidupan saya akan bertambah sibuk lagi kalau saya berlakon," ujarnya yang kali terakhir berlakon dalam filem Magika pada tahun 2010.

ZIANA ZAIN tidak mahu melahirkan album atas dasar sekadar mahu memenuhi permintaan peminat. Sebaliknya dia mahu sebuah produk yang berkualiti.


Ikut jejak

Sepanjang 15 tahun bergelar seorang isteri dan ibu, ternyata Ziana melalui kehidupan yang cukup indah dan bahagia bersama suami, Armin Zaharin serta empat orang anaknya iaitu Muhammad Aiman, 13, Muhammad Amar, 10, serta pasangan kembar Muhammad Airil dan Siti Nour Kaseh, 4.

Apabila ditanya sekiranya ada di antara keempat-empat anaknya itu yang dilihat menunjukkan minat untuk mengikut jejaknya sebagai anak seni, penyanyi popular tersebut lantas tertawa.

"Daripada keempat-empat anak saya itu, rasanya cuma Nour Kaseh yang dilihat lebih menjurus kepada minatnya dalam seni kerana terlalu gemar menyanyi.

"Namun begitu, ia cuma persepsi awal saya sahaja kerana usianya pun masih lagi terlalu kecil. Kalau dia suka menyanyi, tidak semestinya kalau dah besar nanti dia betul-betul jadi penyanyi," ujarnya.

Bagaimanapun, Ziana menyatakan bahawa dia sendiri tidak kisah sekiranya ada di antara anak-anaknya itu yang ingin terjun ke dalam bidang lakonan atau nyanyian.

"Kalau ikutkan kepada zaman semasa mula-mula bergelar penyanyi dahulu, ayah saya sendiri tidak galakkan saya menyanyi. Sehinggakan saya terpaksa menyanyi tanpa pengetahuannya.

"Sekiranya itu sudah menjadi minat mereka, saya mungkin tidak mampu untuk menghalangnya. Cuma, sebagai ibu tanggungjawab saya adalah dengan memberikan garis panduan supaya mengikut langkah yang betul.

Dua kali gagal dalam AF, Fida enggan kecewa lagi

Posted:

Dua kali gagal dalam AF, Fida enggan kecewa lagi

Dua kali gagal dalam AF, Fida enggan kecewa lagi

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

FIDA berharap pada kali ini percubaannya untuk menjadi salah seorang peserta AF berjaya.


PERCUBAAN pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida yang telah menyertai ujibakat program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) serta layak ke peringkat seterusnya menimbulkan persepsi ramai pihak.

Ada yang menyokong usahanya itu untuk menyertai program berkenaan. Tidak kurang juga yang memandang sinis dan beranggapan artis yang sudah ada nama sepertinya tidak wajar terlibat.

Ketika bertemunya dalam majlis rumah terbuka anjuran KRU Studios di Cyberjaya baru-baru ini, Fida menyatakan beliau mempunyai alasan tersendiri untuk kembali menguji bakat menyertai AF dan meletakkan harapan yang tinggi supaya namanya terpilih untuk konsert Prelude Top 24 pada 6 September ini.

Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Apo Kono Eh Jang itu, keinginannya untuk menyertai AF 2013 bukan semata-mata kerana populariti program berkenaan.

Kosmo! : Rasanya masih ramai yang tertanya-tanya tentang penyertaan Fida dalam AF 2013. Apakah alasan utama anda untuk menyertainya?

Fida: Bagi saya, AF bukanlah sekadar sebuah rancangan hiburan semata-mata kerana ia boleh dijadikan platform menimba lebih banyak lagi ilmu untuk menjadi seorang anak seni yang bagus.

Biarpun sudah ada nama dan semakin dikenali ramai dalam industri hiburan, saya rasa ilmu yang ada masih belum mencukupi. Jadi, saya akan gunakan pentas AF 2013 ini dengan sebaik mungkin sekiranya terpilih.

Adakah anda pernah menyertai uji bakat dalam mana-mana program realiti hiburan?

Ya. Sebelum ini saya pernah mencuba nasib melalui program realiti One In A Million dan kalau ada yang terlupa, saya telah dua kali menyertai AF iaitu menerusi AF 6 dan AF 7. Namun begitu, saya telah tersingkir pada peringkat awal lagi. Dan, secara jujurnya, saya mengaku pernah merasai kekecewaan apabila tidak layak menyertai AF dahulu. Ini kerana, sebelum menyertai AF 6, saya telah membuat persiapan selama dua bulan iaitu belajar vokal, namun saya tersingkir awal.

FIDA mengaku menyarung pakaian ketat ketika menjadi duta sebuah produk kecantikan.


Keputusan peserta yang layak ke peringkat prelude masih lagi belum diumumkan oleh pihak Astro. Adakah anda mempunyai keyakinan yang tinggi untuk terpilih?

Saya tidak mahu terlalu yakin untuk terpilih, tetapi secara jujurnya saya memang meletakkan harapan yang tinggi. Saya enggan dikecewakan lagi setelah gagal sebanyak dua kali dahulu. Kalau saya terpilih, peluang yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin dan komitmen 100 peratus akan diberikan. Lagipun sudah lama saya menantikan peluang sebegini dan rasa rugi pula kalau saya tidak fokus.

Bagaimanakah pula dengan persediaan ketika menjalani uji bakat AF 2013?

Tidak banyak persediaan yang dilakukan, cuma saya lebih banyak bertanya kepada ibu untuk meminta pandangannya. Saya gembira kerana ibu merupakan individu yang paling banyak memberikan sokongan.

Apakah harapan anda sekiranya dipilih sebagai salah seorang peserta?

Sudah tentu saya berharap supaya segala kelemahan yang ada dalam diri dapat diperbaiki lagi menerusi ilmu yang dicurahkan oleh tenaga-tenaga pengajar yang telah dilantik.

Selama ini saya sudah mendapat pelbagai komen sehingga ada yang melabelkan saya sebagai seorang pelakon 'kayu'. Selain mencungkil bakat-bakat baharu, AF juga mampu menjadi medan terbaik buat artis seperti saya untuk pergi lebih jauh.

Sejak kebelakangan ini Fida dilihat semakin berani dalam berpenampilan sehingga mengundang kritikan ramai. Bagaimanakah hala tuju fesyen Fida sekarang?

Tidak dinafikan sekarang saya memang suka mencuba sesuatu fesyen yang baharu. Mungkin ada fesyen yang ditampilkan itu kurang sesuai dengan imej saya yang bertudung.

Berkenaan dengan gambar yang tersebar menampilkan saya berpakaian ketat pula, ia sebenarnya dilakukan untuk satu sesi fotografi sebuah produk pelangsingan badan jenama Emorra dan saya dilantik sebagai duta produk berkenaan.

Saya mengaku pakaian saya itu agak ketat, namun berharap agar tidak ada pihak yang salah sangka atau memberikan persepsi negatif.

Konsert irama tradisional sulung Siti Nurhaliza

Posted:

Konsert irama tradisional sulung Siti Nurhaliza

Konsert irama tradisional sulung Siti Nurhaliza

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

SITI NURHALIZA teruja untuk mengadakan konsert irama tradisional pertamanya, Lantera Timur Datuk Siti Nurhaliza Bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) di Panggung Sari Istana Budaya pada 20 hingga 22 September ini.


SELAMA ini orang lebih mengenali Datuk Siti Nurhaliza sebagai seorang penyanyi pop. Namun beliau juga terkenal sebagai penyanyi yang berjuang mempertahankan irama tradisional.

Buktinya, sepanjang 18 tahun berkecimpung dalam bidang seni suara, Siti pernah melahirkan empat buah album tradisional iaitu Cindai, Sahmura, Sanggar Mustika dan Lentera Timur.

Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara itu mengumumkan bahawa beliau akan menjayakan sebuah konsert irama tradisional, Lantera Timur Datuk Siti Nurhaliza Bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) di Panggung Sari Istana Budaya pada 20 hingga 22 September ini.

Ujar Siti, keinginan untuk mengadakan konsert dengan persembahan lagu-lagu tradisional memang sudah lama dirancang. Akhirnya kini ia dapat direalisasikan.

"Apabila selesai menjayakan sesuatu acara hiburan seperti konsert, saya selalu ditanya oleh rakan-rakan wartawan tentang jenis konsert yang ingin dilakukan selepas itu.

"Saya cuma memberitahu tentang impian untuk mengadakan sebuah konsert irama tradisional memandangkan saya belum pernah melakukannya lagi. Akhirnya peluang ini telah hadir dengan kerjasama Istana Budaya dan OTM," ujarnya dalam sidang akhbar baru-baru ini.

Menceritakan lebih lanjut mengenai konsertnya itu, Siti memberitahu penonton akan dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu irama tradisional selama dua jam.

Ujarnya, sebanyak 35 buah lagu yang akan dipersembahkan termasuk medley dan ia merangkumi pelbagai irama tradisional Melayu seperti joget, zapin dan keroncong.

"Sejak beberapa minggu lalu saya sudah kembali mendengar lagu-lagu irama tradisional dalam proses pemilihan lagu-lagu yang sesuai untuk dipersembahkan nanti.

"Selain itu, saya gembira kerana konsert ini turut mendapat sentuhan dua individu hebat seperti Lokman Ghani selaku pengarah serta Aubrey Suwito yang memberikan sentuhan terbaik dalam gubahan dan susunan lagu," jelasnya.

Meskipun ia konsert sulung irama tradisional yang dijayakannya, Siti menyatakan tentang beberapa kelainan yang akan ditampilkan dalam persembahan itu nanti.

Antaranya segmen khas iaitu Mak Yong dan Dikir Barat yang akan menampilkan kelainan dalam corak persembahan yang belum pernah dilakukan dalam mana-mana persembahan sebelum ini.


SITI bersama Mohamed Juhari (tiga dari kiri) dan tenaga kerja konsertnya.


"Ketika ini saya sudah mula mempelajari tarian Mak Yong dan dilatih oleh Rosnan Rahman. Bagaimanapun, untuk mendalaminya bukanlah mudah seperti yang disangkakan," ujarnya.

Menurut Siti, ketika konsert itu berlangsung nanti dia tidak akan keseorangan kerana dua orang individu lain akan turut diundang untuk sama-sama menjayakannya.

Jelasnya, salah seorang individu tersebut ialah penggiat irama tradisional terkenal, Pak Ngah atau Suhaimi Mohd. Zain, manakala seorang lagi masih dirahsiakan sebagai elemen kejutan buat penonton.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, pihaknya sudah membincangkan mengenai konsert tersebut dengan Siti sejak beberapa tahun lalu.

Ujarnya, penyanyi berkenaan pernah meluahkan hasratnya untuk tampil dalam sebuah konsert yang agak berbeza dan gembira kerana Istana Budaya menjadi pilihan Siti.

"Sudah tentu ia merupakan konsert yang begitu dinantikan para peminat. Jadi, janganlah lepaskan peluang untuk menonton konsert ini kerana ia akan memberikan kenangan tersendiri kepada penonton," ujarnya.

Mengenai jualan tiket pula, Juhari menyatakan tiket-tiket berharga RM78, RM108, RM218, RM238, RM258, RM278, RM338 dan RM518 sudah mula dijual dan mendapat sambutan yang baik.

Bukan jaminan

Memandangkan Lantera Timur Datuk Siti Nurhaliza Bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) merupakan sebuah konsert yang besar, Siti menyatakan pihaknya berusaha untuk mendapatkan penaja.

Bagaimanapun, penyanyi yang popular menerusi lagu Cindai, Balqis dan Ya Maulai itu mengakui usaha mencari penaja merupakan satu cabaran yang agak sukar.

"Sama ada seseorang itu mempunyai nama besar atau tidak, bukan mudah sebenarnya untuk dapat penaja. Saya juga akan turun padang untuk menarik lebih ramai penaja.

"Bagi saya perjalanan menjayakan konsert ini pastinya menjadi lebih mudah kalau ada penaja. Sekiranya tiada yang berminat saya terpaksa mengeluarkan kos sendiri untuk menganjurkannya," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved