Isnin, 26 Ogos 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


10 saintis neuro bagi 100,000 penduduk

Posted:

10 saintis neuro bagi 100,000 penduduk

10 saintis neuro bagi 100,000 penduduk

SEKUMPULAN kanak-kanak kelihatan sibuk membersihkan tangan dengan betul menerusi tunjuk ajar seseorang. Ada juga yang tekun memerhatikan spesimen-spesimen berkaitan anatomi manusia yang dipaparkan di Muzium Anatomi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bagi Tan Wei Hanh, 9, program Pesta Neuro 2013 yang disertai anjuran Kluster Neurosains bersama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UPM itu membuatkannya teruja kerana banyak ilmu baru yang dipelajari.

"Sungguh mengujakan apabila dapat melihat koleksi spesimen struktur fizikal manusia. Selain itu, saya berpeluang belajar membuat saraf sendiri menggunakan tanah liat yang berwarna-warni," kata Wei Hanh yang bercita-cita menjadi doktor.

Berlangsung selama dua hari, program Pesta Neuro 2013 yang dirasmikan oleh Dekan FPSK, Prof. Dr. Norlijah Othman bermatlamat untuk menyediakan ruang perkongsian minda mengenai input terkini dalam bidang neurosains.

Ia merangkumi ilmu tentang sel-sel otak yang secara bersendirian dan berkelompok berfungsi serta berinteraksi sesama sendiri.

Sel-sel otak ini juga berinteraksi dengan saraf tunjang yang terdiri daripada saraf spina medula dan cabang- cabangnya hinggalah ke saraf periferi.

Kongsi kepakaran

Pada masa yang sama, program itu diadakan untuk memperkukuh jaringan penyelidikan dan mempromosi kepakaran serta fasiliti neurosains di FPSK.

Pengerusi Pesta Neuro 2013, Dr. Ling King Hwa atau lebih dikenali sebagai Michael berkata, enam panel yang terdiri daripada pakar neurosains klinikal dan bukan klinikal telah menyampaikan syarahan masing-masing dalam satu seminar neurosains.

Seminar ini melibatkan penyertaan daripada pakar klinikal, pakar akademik, saintis, pelajar pasca siswazah dan pegawai kesihatan bersekutu.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Neurosains (P3Neuro), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah telah menyampaikan syarahan bertajuk Neurosains di Malaysia: Dulu, Kini dan Masa Depan.

Menurut beliau, penglibatan Malaysia dalam bidang otak, minda dan neurosains telah meningkat sejak mula menceburinya pada tahun 1979.

"Perkembangan neurosains dan sains otak kebanyakannya dilihat sebagai sebahagian daripada neurologi, pembedahan saraf dan psikiatri sehingga tahun 2000 apabila asas dan neurosains gunaan atau kertas kerja sains otak muncul secara perlahan-lahan di Malaysia.


AKTIVITI membina saraf otak dalam kalangan kanak-kanak pada program ini mampu membentuk minat mereka dalam bidang neurosains.


"Analisis melalui penerbitan jurnal menunjukkan bahawa kedudukan Malaysia dalam bidang neurosains masih rendah berbanding negara-negara Asia lain. Sebagai contoh, negara kita mempunyai populasi penduduk seramai 26 juta orang tetapi hanya mempunyai kurang daripada 100 pakar saintis neuro.

"Justeru, untuk menyelesaikan masalah ini, jumlah saintis neuro perlu ditingkatkan dengan nisbah 10 bagi setiap 100,000 penduduk menjelang tahun 2020," jelas Jafri yang pernah menerima Anugerah Saintis Muda Negara pada tahun 1999 kerana kejayaannya dalam bidang sains neuro.

Selain Jafri, pakar yang berucap dan membentangkan kertas kerja termasuklah Dr. Quenten Schwarz dari Universiti Adelaide, Australia; Prof. Madya Dr. Ong Wei-Yi (Universiti Kebangsaan Singapura); Prof. Datin Dr. Norlinah Mohamed Ibrahim (Universiti Kebangsaan Malaysia); Dr. Mohd. Feizel Alsiddiq Mohd. Fakharuddin (UPM) dan Dr. Matthew Robert Johnson (Universiti Nottingham, cawangan Malaysia).

Antara topik yang dibincangkan ialah memahami keaslian perkembangan neuro terhadap penyakit psikiatri, perkembangan penyakit Parkinson dan penyakit epilepsi dalam kalangan kanak-kanak.

Tambah Michael, pada hari kedua acara terbabit melibatkan masyarakat luar seperti pelajar sekolah, kanak-kanak dan ibu bapa.

Antaranya sesi lawatan ke Muzium Anatomi Manusia, aktiviti membina saraf otak, mewarna dan pertandingan cabaran minda. Selain itu, pameran poster saintifik, pertandingan Piala Neurosains, syarahan terbuka dan saringan dokumentari berkaitan dengan fungsi sistem saraf juga dianjurkan pada masa yang sama.

Sempena program ini, lima pelajar pasca siswazah telah ditawarkan Anugerah Pelajar Neurosains dan membawa pulang RM200 setiap seorang.

Pusat penyelidikan

Mereka ialah Hoo Mun Fun, Carel Makenah Ntimi, Leila Arbabi, Gao Liyang dan Ameerah Jaafar.

Kesemua mereka merupakan pelajar Sarjana Sains dan Doktor Falsafah FPSK, UPM.

Menurut Michael lagi, visi FPSK adalah untuk menjadi pusat pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan profesional bertaraf dunia dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

"Justeru, pihak Kluster Neurosains sedar bahawa menjadi tanggungjawab FPSK untuk mempromosi dan menggalakkan penawaran pendidikan dan aktiviti penyelidikan dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

"Bidang neurosains telah diiktiraf sebagai salah satu bidang khusus yang utama di FPSK kerana sumbangannya dalam bentuk output penyelidikan dan penerbitan meningkat dari semasa ke semasa.

"Ia sekali gus akan menyumbang dalam pemahaman dan pembangunan rawatan penyakit sistem saraf pusat dan seterusnya memanfaatkan masyarakat," jelas Michael mengenai kepentingan bidang neurosains.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Anatomi Manusia UPM, Dr. Cheah Pike See memberitahu, sambutan yang diterima terhadap penganjuran Pesta Neuro 2013 sangat menggalakkan.


PESAKIT Parkinson memakai gelang yang mengisytiharkan penyakit mereka jika berlaku kecemasan.


"Kami lihat para pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah serta kanak-kanak yang berusia antara empat hingga enam tahun seronok mengikuti aktiviti yang diadakan sempena program ini," ungkap Pike See yang juga Koordinator Muzium Anatomi Manusia UPM.

Perkara ini diakui oleh seorang pengunjung, Roselinee Mohd. Radzi, 32, yang membawa dua anaknya menyertai program tersebut yang diketahui daripada Rangkaian Sekolah di Rumah Malaysia.

"Program sebegini merupakan satu permulaan yang baik untuk kanak-kanak. Diharap, acara ini boleh diadakan setiap tahun sebagai inisiatif dalam usaha menggalakkan para pelajar meminati dan menceburi bidang neurosains," ujar Roselinee.

Bagi pelajar perubatan UPM, Siti Hajar Darussalam, 21, penglibatannya sebagai fasilitator dalam program ini memberi pengalaman berbeza.

"Saya rasa gembira kerana sebagai fasilitator, saya dapat berhubung dengan kanak-kanak yang datang sebagai peserta," jelas Siti Hajar.

Program ini turut dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Neurosains Malaysia, Persatuan NeuroMalaysia dan Persatuan Pelajar Perubatan Asia (UPM) yang disokong oleh penaja utama Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kemelut pencari suaka Hong Kong

Posted:

Kemelut pencari suaka Hong Kong

Kemelut pencari suaka Hong Kong

PANDANGAN ruang dapur yang berselerak dan uzur di dalam rumah kongsi.


HONG KONG mungkin antara hab perbankan termewah di rantau Asia, namun gambaran itu amat berbeza kepada ratusan pencari suaka yang dipaksa hidup di kawasan bertaraf setinggan selepas dinafikan untuk menetap di kawasan bandar.

Penganiayaan dan penyeksaan yang dihadapi kumpulan tersebut di negara asal membawa mereka ke Hong Kong. Bagaimanapun ramai dalam kalangan mereka terpaksa bekerja secara haram bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Kawasan Ping Che di wilayah berhampiran sempadan tanah besar China penuh dengan pondok berselerakan yang dijadikan kediaman sementara. Pondok yang diperbuat daripada kepingan zink dan batuan itu berfungsi sebagai rumah perlindungan kepada lebih 100 pelarian.

Di sebuah unit pula terletak tandas komunal kecil yang dikongsi 10 penduduk dan disambungkan kepada pembentungan terbuka. Sebahagian daripada pondok daif itu menampung sehingga satu dozen individu, jauh berbeza dengan pangsapuri mewah bernilai jutaan dolar yang terdapat di kawasan bandar.

Salah seorang pencari suaka warga Bangladesh, Ali, diseludup ke Hong Kong melalui tanah besar China empat tahun dahulu.

"Kami pelarian, bukan peminta sedekah atau penjenayah," ujar Ali yang meninggalkan Bangladesh atas sebab masalah politik di negaranya.

Menurut Cosmo Beatson, Pengarah VisionFirst yang merupakan sebuah organisasi yang memberi bantuan dari segi sokongan kepada pencari suaka, terdapat ratusan pelarian hidup di puluhan kawasan setinggan di daerah yang berbeza.

"Kami pergi dan melawat kawasan-kawasan setinggan ini dan ia sangat tidak selesa. Pondok kediaman didirikan di atas tanah haram dan situasi ini tidak menepati polisi Hong Kong," ujar Beatson.

Penempatan haram

Mengikut peraturan, pencari suaka yang diiktiraf layak diberi elaun sewa sebanyak HK$1,200 (RM491). Bagaimanapun, bilik paling murah di kawasan bandar didapati bermula pada harga HK$2,000 (RM818.44), memaksa mereka mewujudkan penempatan haram di Ping Che.

"Kita memaksa kumpulan ini bekerja dalam sektor kelas bawahan, sekali gus mengundang masalah ekonomi kepada mereka," luah Beatson.

Pada bulan Mei lalu, dua pencari suaka berdepan hukuman 15 bulan penjara selepas ditangkap bekerja secara haram di tempat pengumpulan besi buruk.


MASA depan pencari suaka di Hong Kong masih belum dapat diselesaikan meskipun ia telah dibangkitkan berkali-kali.


"Semua ini mengarut! Tiada siapa boleh menerima situasi sebegini. Kami juga manusia yang perlu meneruskan hidup dan memenuhi keperluan asas, jadi kami perlu bekerja," luah Ali.

Ramai dalam kalangan mereka bekerja separuh masa dalam kontena kapal dan tempat pengumpulan besi buruk. Pekerjaan itu mampu menjana pendapatan sekitar AS$20 (RM63.50) sehingga AS$30 (RM95.25) bagi syif 12 jam.

Berdasarkan kenyataan kumpulan hak asasi manusia, kini terdapat lebih 5,000 orang mencari perlindungan di Asia Tenggara dan Afrika. Kesemua mereka sedang menunggu pendengaran kes di Hong Kong.

Permohonan pula terus menjadi isu kompleks kerana ia melibatkan dua rujukan utama. Pertama, ia boleh dilakukan melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR) atau kedua menerusi pemerintah.

Konvensyen Pelarian 1951, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang turut ditandatangani tanah besar China bagaimanapun tidak meliputi Hong Kong. Sehubungan itu, tiada syarat sah bagi mengendalikan kes-kes pencari suaka dan pelarian.

Segalanya perlu dirujuk kepada UNCHR yang kemudiannya menolak kes-kes berkaitan ke bahagian lain. Difahamkan, terdapat 91 pelarian yang diiktiraf oleh agensi PBB di Hong Kong.

Penggubal undang-undang prodemokrasi, Dennis Kwok mengatakan, ia mungkin mengambil masa kira-kira tiga hingga lima tahun bagi PBB memproses tuntutan kumpulan tersebut.

Konvensyen Anti Penyeksaan (CAT) PBB yang diaplikasikan di Hong Kong pula menyatakan individu yang berdepan ancaman penganiayaan di negara asal tidak boleh dihantar pulang.

Hong Kong kini menawarkan bantuan mengikut konvensyen hak asasi manusia dan undang-undang tempatan. Ia mengekang mereka yang berdepan penganiayaan daripada diusir pulang ke negara asal.

Selain itu, Hong Kong melalui Pentadbiran Khas Pasport Wilayah Hong Kong (HKSAR) turut menyediakan bantuan kemanusiaan kepada penuntut suaka dan pelarian bagi mengelakkan mereka dilanda kemiskinan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Maxis rai 150 penghuni rumah kebajikan

Posted:

Maxis rai 150 penghuni rumah kebajikan

Maxis rai 150 penghuni rumah kebajikan

PARA penghuni rumah kebajikan bergambar dengan kakitangan Maxis pada majlis rumah terbuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.


RAI. Maxis Berhad meraikan 150 penghuni lima rumah kebajikan sempena rumah terbuka amal Hari Raya Aidilfitri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rumah kebajikan tersebut ialah Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal An-Nur, Pusat Jagaan Insan Istimewa, Trinity Community Children Home, Pusat Jagaan Persatuan Istimewa Cheras Selangor dan Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari.

Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda hadir menyampaikan sumbangan RM50,000 selain duit raya kepada penghuni lima rumah kebajikan terbabit.

Penganjuran majlis tersebut memberi peluang kepada syarikat berkenaan menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik daripada pelbagai lapisan masyarakat dan usia.

Turut hadir Ketua Bahagian Sumber Manusia Maxis Berhad, Zailani Ali serta Ketua Bahagian Perusahaan Penyelesaian syarikat berkenaan, Shanti Jusnita Johari.

250 tetamu meriahkan rumah terbuka Agro Bank

Posted:

250 tetamu meriahkan rumah terbuka Agro Bank

250 tetamu meriahkan rumah terbuka Agro Bank


FAIZAH (tengah) beramah mesra dengan kakitangan dan pelanggan pada rumah terbuka Aidilfitri di Kuala Lumpur baru-baru ini.


MERIAH. Kira-kira 250 orang tetamu korporat hadir memeriahkan majlis rumah terbuka Agro Bank di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis berkenaan diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara pihak Agro Bank dengan rakan-rakan korporat mereka.

Majlis tersebut dimulakan dengan upacara memotong kek oleh Ketua Pegawai Eksekutif bank tersebut, Datuk Wan Mohd. Fadzmi Wan Othman.

Sambil menjamu selera dengan pelbagai juadah seperti lemang, ayam bakar, sate serta pencuci mulut, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh kakitangan Agro Bank sendiri.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Agro Bank, Tan Sri Faizah Mohd. Tahir.

Bank Rakyat cawangan Arau agih zakat perniagaan

Posted:

Bank Rakyat cawangan Arau agih zakat perniagaan

Bank Rakyat cawangan Arau agih zakat perniagaan


KHAIRI (tengah) beramah mesra dengan anak yatim dan miskin yang menerima zakat di Arau baru-baru ini.


SUMBANGAN. Bank Rakyat cawangan Arau mengagihkan zakat perniagaan berjumlah RM18,400 kepada 184 penerima pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri syarikat tersebut di Arau, Perlis baru-baru ini.

Antara penerima zakat tersebut ialah 24 anak yatim, sembilan warga emas, 45 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Keteri, Chuping dan 106 pelajar SK Kubang Gajah, Arau.

Turut menerima sumbangan zakat ialah seorang pelajar universiti yang mendapat RM2,000 untuk pengajiannya.

Selain penyampaian zakat tersebut, tetamu turut diraikan dengan jamuan kuih raya dan ketupat palas.

Majlis penyerahan zakat tersebut disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam dan Pembangunan Sumber Manusia negeri, Khairi Hassan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bapa si mati tetap berkeras

Posted:

Bapa si mati tetap berkeras

Bapa si mati tetap berkeras

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my

IPOH - Bapa kepada Allahyarham Sherul Aizam, Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat tetap enggan mengebumikan jenazah anaknya itu yang masih tersimpan di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sejak bulan lalu selagi bedah siasat kedua tidak dilakukan.

Pendirian terbaharu tersebut sekali gus membuktikan beliau tidak mempedulikan pandangan masyarakat sekeliling termasuk Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) supaya menyegerakan pengebumian jenazah anaknya itu.

Mohd. Damanhuri, 50, (gambar kecil) sebaliknya kesal dengan sikap pegawai JAIPk kerana enggan mengadakan perbincangan dengannya di rumah mengenai isu tersebut sebagaimana dijanjikan.

Sehingga hari ini, jenazah Sherul Aizam telah tersimpan di bilik mayat HRPB selama 38 hari.

"Saya dan keluarga akan terus menunggu bedah siasat kedua pada 3 September ini sebelum jenazah anak saya itu dikebumikan.

"Saya harap semua pihak menghormati perasaan dan pendirian saya serta keluarga mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Pada 27 Julai lalu, Mohd. Damanhuri membuat laporan polis di Balai Polis Manjoi di sini kerana tidak berpuas hati dengan siasatan kematian anaknya dan menuntut supaya siasatan dan bedah siasat kedua dilakukan.

Menurutnya, keraguan itu berpunca selepas dia melihat keadaan mayat Sherol Aizam yang terdapat beberapa kesan kecederaan pada badan.

Dalam kejadian 20 Julai lalu, tindakan Sherul Aizam, 27, yang cuba menceroboh masuk sebuah rumah jiran berakhir apabila dia ditemui mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur kediaman itu di Taman Saz di sini kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dua diberkas, 4 diburu

Posted:

Dua diberkas, 4 diburu

Dua diberkas, 4 diburu

KOTA BHARU - Pemburuan polis ke atas enam lelaki yang disyaki terlibat dalam kes jenayah berat berkaitan senjata api hampir menemui noktahnya apabila dua daripadanya diberkas manakala empat lagi bakal mengalami nasib yang sama tidak lama lagi.

Ia terbukti apabila polis berjaya menahan seorang remaja berusia 19 tahun dikenali sebagai Alif bagi membantu siasatan berhubung kes tembak yang menyebabkan kematian seorang pesara tentera, Sauti Muda, 57, ketika sedang bersarapan bersama isterinya, Sarina Muda, 40, di sebuah warung di Kemasin, Bachok di sini pada 15 Februari lalu.

Dalam serbuan Ops Api dan Ops Cantas Khas di sebuah rumah di Rantau Panjang di sini awal pagi semalam, polis turut menahan dua lagi lelaki yang didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing. Setakat ini, siasatan polis mendapati mereka tidak terlibat dengan kes tembak itu.

Pada 13 Ogos lalu, polis menahan salah seorang daripada enam lelaki yang diburu kerana terlibat dengan kes senjata api. Lelaki itu ialah Iwe atau nama sebenarnya Tengku Mohd. Ridzuan Tengku Mohamad, 24.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Trio deejay radio mohon maaf

Posted:

Trio deejay radio mohon maaf

Trio deejay radio mohon maaf

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

PENYAMPAI radio Era FM, Haniff (dari depan), Ray dan Johan telah membuat permohonan maaf semalam selepas mencetuskan kontroversi berhubung komen mereka terhadap pasukan bola sepak Sarawak pada Sabtu lalu.


KUALA LUMPUR – Tiga deejay radio Era FM, Johan, Haniff dan Ray semalam mengemukakan permohonan maaf mereka menerusi segmen JoHaRa Pagi Era gara-gara komen negatif mereka yang menyatakan bahawa pasukan bola sepak Sarawak menjadi juara Liga Perdana kerana bermain dalam liga 'cap ayam'.

Permohonan maaf itu dibuat oleh ketiga-tiga penyampai radio tersebut pada pukul 8.38 pagi menerusi satu pengumuman khas dalam segmen JoHaRa Pagi Era.

Permohonan maaf Johan berbunyi: "Dengan rasa rendah diri kami di JoHaRa Pagi Era ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata-kata kami. Permohonan maaf ini dibuat dengan seikhlas hati kami."

Ucapan maaf tersebut disambung oleh Haniff yang berkata: "Sejujurnya kami tiada niat untuk menyinggung perasaan penyokong Sarawak FA."

Ray pula berkata: "Kami sememangnya penyokong tegar Liga Malaysia."

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tuntut komitmen 100 peratus

Posted:

Tuntut komitmen 100 peratus

Tuntut komitmen 100 peratus

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

BARISAN pemain Malaysia hanya memburu kemenangan ketika menentang Jepun pada aksi ketiga Kumpulan A Piala Asia 2013 di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh malam ini.


SETIAP pemain Malaysia dituntut memberikan komitmen tinggi dalam memastikan tiga mata berharga ketika pertemuan terakhir peringkat Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 menentang Jepun di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh malam ini.

Ketua pasukan, Mohamed Shahrun Nabil Abdullah menegaskan, kemenangan ke atas Jepun menjadi misi wajib dalam usaha mereka melangkah kaki ke separuh akhir pada kejohanan kali ini.

Justeru, Shahrun Nabil meminta rakan-rakan sepasukannya agar segera melupakan kekalahan 1-4 kepada Pakistan kelmarin dengan memberi fokus sepenuhnya dalam pertemuan hidup mati bertemu Jepun.

"Walaupun jika seri dengan Jepun kami mungkin akan layak ke separuh akhir, namun ia bukan satu kepastian.

"Lebih baik kami menetapkan misi wajib menang dengan Jepun untuk menjamin tempat ke separuh akhir.

"Peluang kami masih tidak tertutup dan saya optimis kami mampu menewaskan Jepun esok (malam ini)," kata Shahrun Nabil ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, penyerang sensasi, Faizal Saari berkata, dia kini berada dalam motivasi tertinggi dan tidak sabar untuk merobek gawang Jepun.

"Walaupun terkilan kerana tidak mampu menjaringkan gol dalam pertemuan dengan Pakistan semalam (kelmarin) tetapi saya bertekad akan bangkit dalam pertemuan esok (malam ini).

"Jurulatih (Paul Revington) juga mahu kami melupakan kekalahan 1-4 kepada Pakistan dan beliau mahu kami 'memusnahkan' Jepun seterusnya menempah tiket ke separuh akhir.

"Saya akui kami tidak banyak melancarkan serangan merbahaya ke kubu Pakistan dalam pertemuan tersebut.

"Namun, dalam pertemuan dengan Jepun nant,i kami akan menyerang habis-habisan," kata Faizal.

Pada aksi sulung Piala Asia Sabtu lalu, Faizal telah meledak hatrik bagi membantu Malaysia membelasah Taiwan dengan 10-2.

Harimau Muda mahu asah taring

Posted:

Harimau Muda mahu asah taring

Harimau Muda mahu asah taring

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SKUAD Harimau Muda bergambar kenangan pada majlis pelancaran Pesta Bola Merdeka 2013 di Kuantan, Pahang Jumaat lalu.


SEJAUH mana kemampuan barisan pemainnya kekal cergas beraksi dalam tempoh 90 minit bakal menjadi agenda utama pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang sepak mula Pesta Bola Merdeka 2013 di Kuantan pada 7 September depan.

Sekadar turun dalam satu aksi persahabatan berdepan Pahang di Stadium Darul Makmur pada 3 September, tiada lagi yang dituntut Kim Swee melainkan beberapa siri 'pemanas badan' sebelum Harimau Muda memulakan kempen Pesta Bola Merdeka 2013 menentang skuad Bawah 23 tahun (B-23) Singapura empat hari kemudian.

Menurut beliau, tempoh kurang dua minggu yang dimiliki beliau akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam mengenal pasti beberapa aksi kompetitif sebelum Pesta Bola Merdeka 2013 bermula.

"Saya hanya dapat menilai kecergasan pemain dalam perlawanan penuh selama 90 minit, bukan sekadar latihan biasa.

"Jadi saya harap dapat mengenal pasti beberapa aksi persahabatan sebagai ujian buat pemain selewat-lewatnya minggu depan," kata Kim Swee kepada Kosmo! baru-baru ini.

Kim Swee berkata, beliau berdepan kesukaran menguji pemain ekoran aksi persahabatan berdepan skuad kebangsaan Bangladesh yang sepatutnya berlangsung 22 Ogos lalu terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Hanya aksi menentang Pahang yang bakal menjadi ujian terakhir Harimau Muda sebelum memulakan aksi Pesta Bola Merdeka, jadi saya harap kami dapat mengadakan beberapa ujian persahabatan sebelum itu," katanya.

Daripada 25 pemain Harimau Muda yang dipanggil berkumpul di Kuantan pada 1 September depan, Kim Swee juga tidak menolak kemungkinan sekurang-kurangnya tiga nama akan 'tercicir' daripada beraksi pada Pesta Bola Merdeka nanti.

"Senarai akhir 22 pemain hanya akan diumumkan sehari dua sebelum Pesta Bola Merdeka," kata Kim Swee.

Selepas berdepan B-23 Singapura, skuad kendalian Kim Swee bakal melayan cabaran skuad B-23 Myanmar pada 9 September sebelum berdepan B-23 Thailand dua hari kemudian.

Aksi penentuan tempat ketiga/ keempat dan final pula dijadualkan berlangsung di Stadium Darul Makmur pada 14 September.

Kali terakhir Malaysia muncul juara Pesta Bola Merdeka ialah pada edisi 2007 apabila mengecewakan Myanmar 3-1 di pentas final.

ATM hormati kemampuan Johor

Posted:

ATM hormati kemampuan Johor

ATM hormati kemampuan Johor

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

PENGENDALI skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan tidak mahu anak-anak buahnya mengambil mudah pertemuan menentang Johor dalam aksi ketiga Kumpulan A kempen Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang malam ini.

Menurut Sathianathan (gambar), walaupun Johor tampil selaku pasukan daripada saingan Liga Premier, namun mereka mampu membuktikan keupayaan apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan peringkat kumpulan setakat ini.

"Kami tidak boleh beraksi sambil lewa serta bersikap terlalu yakin apabila berhadapan dengan Johor nanti.

"Johor beraksi di halaman sendiri dan sudah tentu mereka akan menampilkan permainan lebih bertenaga," kata Sathianathan semalam.

Sathianathan berkata, beliau agak lega kerana semua pemain utama ATM bebas daripada masalah kecederaan serta penggantungan.

Hanya pemain pertahanan, Amirizwan Taj Tajuddin yang masih kurang cergas akibat kecederaan.

Menurutnya, pemain muda, Mohd. Affize Faisal Mamat juga sudah bebas daripada penggantungan dan ia memberikannya lebih banyak pilihan di bahagian tengah.

"Setakat ini, saya gembira kerana para pemain gantian juga menunjukkan perkembangan sangat positif dan mampu menjadi pengganti yang baik andai pemain utama cedera atau digantung perlawanan.

"Saya turut berpesan kepada para pemain ATM agar melupakan kemenangan 3-2 ke atas Selangor Sabtu lalu dan memberi tumpuan kepada aksi bertemu Johor esok (malam ini).

"Perjalanan Piala Malaysia masih jauh. Kami akan memberi tumpuan dalam satu perlawanan kepada satu perlawanan sehingga lengkap jadual peringkat kumpulan," katanya.

Sebelum kempen Piala Malaysia bermula, Sathianathan menyasarkan ATM sekali lagi melangkah ke pentas final selepas The Gladiators dikecewakan Kelantan dalam aksi final musim lalu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kempen WOW perkasa wanita

Posted:

Kempen WOW perkasa wanita

Kempen WOW perkasa wanita

DARI kiri: Maya Karin, Jay Menon, Goh Sa Ki, Christy Ng dan Alia Bastamam pada sesi dialog kempen Women of Worth anjuran Loreal Paris.


ARUS modenisasi mengajak wanita seluruh dunia agar terus menyemai keyakinan diri di samping menjaga harga diri dalam berdepan pelbagai rintangan kerjaya dan kehidupan seharian.

Walaupun berdepan dengan pelbagai stereotaip yang menyelubungi perjalanan hidup mereka, harga diri seharusnya tidak dipandang remeh kerana ia merupakan refleksi kepada maksud sebenar kebahagiaan dan kejayaan seseorang wanita.

Meneruskan momentum kempen Women of Worth (WOW) yang dilancarkan awal tahun ini, Loreal Paris menganjurkan sesi dialog bertajuk Menyerlahkan Kelebihan Diri yang membincangkan bagaimana wanita moden hari ini mengenali erti kehidupan, kebahagiaan dan menilai harga diri mereka.

Sesi dialog ini adalah satu aspek penting kempen WOW kerana tidak banyak usaha yang dilakukan dalam memperkasakan wanita selain memberi maklumat tentang kepentingan menjaga harga diri.

"Kami membawa empat orang panel wanita yang berbeza latar belakang. Mereka berkongsi cerita dan pandangan peribadi mengenai kepentingan harga diri dalam mendepani cabaran hidup.

"Mengharungi detik-detik sukar dan mencabar di samping memainkan pelbagai peranan, mereka sentiasa menghargai nilai diri. Ia membantu dalam membuat pilihan penting yang bakal merubah corak kehidupan mereka," kata Pengarah Pemasaran Loreal Paris Malaysia, Goh Sa Ki ketika melancarkan dialog tersebut.

Inspirasi

Antara selebriti yang menjadi panel perbincangan itu ialah pelakon, Maya Karin; pengacara televisyen, Jay Menon; pereka fesyen, Alia Bastamam dan pereka kasut, Christy Ng.

MELANCONG ke luar negara merupakan cara Maya Karin merehatkan diri daripada dunia glamor.


Sedar bahawa diri menjadi inspirasi kepada wanita, jurucakap Loreal Paris di Malaysia, Maya Karin, sentiasa menampilkan peribadi berkeyakinan di samping menjaga pesona diri agar tidak kelam dilambung ombak populariti.

Dunia seni padanya hanyalah satu cabang kerjaya yang dilakukan atas dasar kecintaan kepada bidang itu. Di luar set penggambaran, pelakon Ombak Rindu itu sama seperti wanita lain yang memerlukan ruang sendiri untuk merehatkan diri.

"Pada saya, setiap wanita perlu memahami kehendak diri dengan tidak terlalu bergantung kepada pandangan orang lain. Tidak perlu memaksa diri dalam memuaskan hati orang sekeliling kerana akhirnya, segala keputusan terletak kepada diri kita," ujarnya.

Bagi Maya, caranya menghargai diri ialah mengembara ke destinasi-destinasi pelancongan di luar negara. Dia merasakan aktiviti tersebut dapat merehatkan diri dan lari seketika daripada aura glamor yang menyelubungi hidupnya.

Bagi Jay, pengertian harga diri adalah sejauh mana seseorang merasakan hidupnya berhak untuk mengecapi kebahagiaan. Perubahan status sebagai seorang isteri dan bakal menjadi ibu membuatkan pengulas program sukan bola sepak itu menghargai setiap detik kehidupannya.

"Seseorang yang percaya bahawa dirinya begitu berharga akan sentiasa melangkah keluar dan melakukan yang terbaik. Sekalipun dalam keadaan getir, dia tahu bagaimana untuk menanganinya," ujarnya.

Kempen WOW diperkenalkan awal tahun ini sempena Hari Wanita Antarabangsa dengan kempen promosi dan pameran bergerak di Lembah Klang yang bermula bulan Mac lalu. – HAFIZ AHMAD

Berlari 3 km dengan berkain batik

Posted:

Berlari 3 km dengan berkain batik

Berlari 3 km dengan berkain batik


DARI kiri: Lenny Ooi, Key Ng, Chiun Wee, Mahani Idris, Carrie Lee dan Su Cheng pada majlis pelantikan duta Batik Sarong Charity Fun Run 2013 anjuran Yayasan CNI.


PERNAH KAH anda terfikir untuk berlari sejauh tiga kilometer (km) dengan berkain batik? Kedengaran menarik bukan? Bayangan itu boleh dijelmakan sekiranya anda menyertai maraton mini Plant A Tree, Plant A Hope - Batik Sarong Charity Fun Run 2013.

Program unik anjuran Yayasan CNI dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) itu bertujuan menyebarkan mesej kesedaran terhadap isu-isu alam sekitar kepada orang awam.

"Kami mahu menganjurkan aktiviti sukan dalam suasana santai. Selain memberi pengalaman baharu kepada para peserta, ia juga dapat mempromosikan keagungan batik negara yang merupakan sebahagian daripada budaya unik Malaysia.

"Peserta yang terlibat turut dibekalkan sebatang anak pokok sumbangan MNS dan perlu dibawa bersama ketika larian," ujar Presiden Yayasan CNI, Datin Angeline Koh yang turut memaklumkan bahawa acara itu juga diadakan bersempena ulang tahun ke-15 yayasan tersebut.

Sehubungan dengan larian amal yang akan berlangsung pada 15 September itu, Yayasan CNI turut melantik tujuh duta yang mewakili bidang masing-masing.

Mereka terdiri daripada Pengasas Yayasan Seni Berdaftar, Toh Puan Mahani Idris sebagai Ketua Panel Duta merangkap Duta Kesenian dan Alam Semula Jadi; Presiden Kelab Ferrari, Tan Su Cheng (Duta Perusahaan dan Alam Semula Jadi) dan Presiden Gerakan Belia Malaysia, Sim Chiun Wee (Duta Belia dan Alam Semula Jadi).


NG (kiri) mengikat batik sarung yang dipakai oleh Cheng sebagai simbolik larian amal pada 15 September ini.


Anak pokok

Turut dilantik ialah pereka fesyen, Key Ng (Duta Fesyen dan Alam Semula Jadi); penyampai televisyen, Owen Yap (Duta Gaya Hidup dan Alam Semula Jadi), bekas Ratu Cantik Chinese Cosmos, Carrie Lee (Duta Kecantikan dan Alam Semula Jadi) dan pemuzik dan pelakon, Lenny Ooi (Duta Kreativiti dan Alam Semula Jadi).

Acara tersebut akan berlangsung di sekitar Wisma CNI, Hicom Glenmarie, Shah Alam. Peserta yang mendaftar sebelum 6 September ini, layak mendapat tawaran yuran pendaftaran serendah RM40 seorang dan setiap 10 penyertaan berkumpulan, seorang daripada mereka tidak akan dikenakan bayaran.

Pendaftaran selepas tarikh tersebut akan dikenakan bayaran sebanyak RM50. Para peserta akan diberikan sehelai batik sarung bernilai RM70 sumbangan MyBatik dan sebatang anak pokok pemberian MNS. Selepas tamat larian, peserta boleh memilih untuk memulangkan semula anak pokok itu atau membawanya pulang mengikut terma-terma tertentu.

Sebanyak tiga hadiah disediakan bagi kategori lelaki, perempuan dan keluarga yang tampil dengan persalinan paling kreatif pada hari itu. Kumpulan terbesar dan peserta tertua pula masing-masing disediakan dengan satu ganjaran istimewa. Selain itu, tiga pemenang paling bersemangat akan menerima hadiah menarik yang disediakan pihak penganjur.

Hadiah-hadiah yang keseluruhannya mencecah RM30,000 menanti para pemenang. Antaranya ialah penginapan dua hari satu malam di pusat peranginan Royal Palm Villa, Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Sepang untuk enam orang bernilai RM3,500, penginapan dua hari satu malam untuk empat orang di Canary Villa di pusat peranginan sama yang bernilai RM3,000; sebuah skuter Demak RINO S berharga RM5,000, baucar, hamper dan pelbagai hadiah menarik lain.

– ALIF ABU BAKAR

Herba dan sayuran tingkat imuniti badan

Posted:

Herba dan sayuran tingkat imuniti badan

Herba dan sayuran tingkat imuniti badan

SEJAK zaman dahulu penggunaan herba diterapkan dalam pemakanan dan perubatan.


SEJAK 6,000 tahun lalu, manusia menggunakan tumbuhan herba, daun hijau, buah-buahan mentah, akar dan kulit kayu untuk hidup sihat dan mengubati penyakit.

Nenek-moyang kita menjadikan amalan 'makanan sebagai ubat dan ubat sebagai makanan' dalam kehidupan seharian.

Seorang tabib perubatan India atau Siddha tempatan, Dr. M.S. Chelliah berkata, pada zaman awal, manusia sering menggunakan herba seperti halia, kunyit dan lada yang mempunyai nilai perubatan dalam penyediaan makanan mereka.

"Contohnya, kunyit boleh mencairkan kahak, manakala lada mampu melegakan sakit kerongkong dan jintan putih mengurangkan kepanasan perut. Sayuran daun hijau pula dapat mengurangkan pitam dan panas badan," katanya kepada Bernama.

Dr. Chelliah berkata, gaya pemakanan dan penyediaan makanan menggunakan herba, buah-buahan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman boleh meningkatkan ketahanan tubuh badan manusia.

"Perlu diingatkan bahawa bahan makanan semulajadi yang dijadikan ubat secara tradisional selamat digunakan dan lebih berkualiti.

"Walaupun penggunaan tumbuhan herba ini agak lambat menampakkan kesan, namun ia memberi manfaat jangka panjang berbanding ubat-ubatan moden yang tidak menjamin kesihatan berterusan," ujarnya.

Ubatan moden

"Pengambilan ubat-ubatan moden mampu menghilangkan kesakitan dengan cepat, namun penyakit itu akan kembali. Berbeza dengan perubatan tradisional yang menghindar kesakitan semula," kata Dr. Chelliah yang melancarkan buku perubatan herba dalam bahasa Tamil di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, perubatan tradisional berasaskan herba kurang mendapat sambutan di negara ini memandangkan kurang pengetahuan mengenai faedah tumbuhan tersebut terhadap kesihatan manusia.

"Dengan adanya ubat-ubatan moden di pasaran masa kini, orang ramai sudah tidak ingat dan mahu mengamalkan pengambilan ubat-ubatan tradisional ini," katanya.


DR. CHELLIAH (kanan) bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam membelek buku perubatan herba pertama di Malaysia dalam bahasa Tamil pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Sehubungan itu lelaki yang berpengalaman selama 15 tahun dalam perubatan Siddha ini menggesa agar pengamal perubatan tradisional memberi penerangan terperinci berhubung manfaat pemakanan sayuran hijau dan herba kepada masyarakat.

Ini bertujuan meningkatkan pengetahuan umum mengenai kepelbagaian manfaat kesihatan melalui pengambian makan-makanan semulajadi tertentu ini.

Keberkesanan

Ditanya mengenai keadaan herba tempatan, beliau berkata, herba di negara ini kurang berkesan jika dibandingkan dengan herba-herba dari India dan Indonesia.

"Terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba di Malaysia tetapi ia mempunyai kandungan air yang lebih tinggi berikutan keadaan tanah yang tidak elok. Ini memberi kesan terhadap kemujaraban herba itu sendiri," jelasnya.

Oleh itu, Dr. Chelliah meminta kerajaan supaya melaksanakan inisiatif memperbanyakan tanaman organik di lokasi-lokasi strategik seluruh negara agar sumber herba tempatan dapat dipelihara, sekaligus membangunkan industri herba negara.

"Sungguhpun pada masa ini kerajaan sememangnya banyak memberi perhatian terhadap industri herba dengan penyediaan pelbagai insentif, namun jika boleh, saya ingin mencadangkan satu lokasi sesuai bagi penanaman herba organik yang mampu memberi manfaat besar pada tahap kesihatan rakyat," cadangnya.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenalpasti industri herba sebagai sumber pertumbuhan ekonomi negara.

Inisiatif itu adalah salah satu daripada projek permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertanian dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Pilihan wanita bersaiz besar

Posted:

Pilihan wanita bersaiz besar

Pilihan wanita bersaiz besar

Oleh HAFIZ AHMAD

SEBELUM ini, fesyen wanita bertubuh besar kurang diberi perhatian menyebabkan golongan ini sukar mencari busana yang bersesuaian. Namun demikian, perkembangan dunia fesyen masa kini telah membuka ruang kepada wanita-wanita tersebut untuk kelihatan anggun dan menawan, setara dengan gaya moden dan elegan.

"Tidak dinafikan, dahulu saya sukar mencari baju-baju yang bersesuaian dengan bentuk tubuh. Tidak banyak jenama yang menjual baju-baju bersaiz besar, terutamanya yang cocok dengan kebanyakan tubuh wanita Asia," kongsi Ayesha Frances Adam, 28, ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah ibu kepada seorang anak itu, kebanyakan busana-busana bersaiz besar tidak menepati cita rasanya yang menggemari gaya minimalis tanpa mengabaikan keselesaan. Namun, kekangan tersebut semakin dapat diatasi dengan kepelbagaian rekaan bagi wanita bertubuh besar yang ditawarkan di pasaran, terutamanya di butik-butik secara talian dan beberapa jenama luar negara yang kini tersedia di Malaysia.

Jenama antarabangsa seperti H&M dan Topshop misalnya, menawarkan pilihan rekaan bersaiz sehingga XXL. Begitu juga dengan butik secara talian seperti Surisara.

Perkembangan positif itu turut disambut gembira oleh Syahira Shaharudin, 25, kerana semakin banyak fesyen yang sesuai digayakan oleh wanita bertubuh besar.

"Ia membuka ruang kepada wanita seperti saya bergaya dengan pelbagai fesyen terkini. Tawaran yang pelbagai ini membolehkan semakin ramai wanita sepertinya bergaya dan tidak terikat kepada fesyen tertentu sahaja," ujar pelajar bidang komunikasi massa di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya kepada Stailo.

Baginya, wanita bertubuh besar tidak perlu takut untuk berfesyen, sebaliknya harus berani memilih gaya yang bersesuaian dengan bentuk badan.

"Tetapi, ia mestilah berlandaskan asas fesyen yang betul dan tidak terlalu berlebihan. Jadikan paparan fesyen di majalah atau selebriti kegemaran sebagai panduan.

JENAMA Surisara tertumpu kepada wanita muda yang bijak bergaya dan wanita bersaiz besar yang elegan.


"Saya meminati fesyen yang dibawakan oleh Dina Tokio yang mempunyai susuk tubuh kecil dan ramping. Bagi menyesuaikan gayanya dengan personaliti saya, beberapa penambahan dilakukan agar gaya tersebut tidak kelihatan canggung ketika dipakai," kongsinya.

Sebagai contoh, ujar Syahira, tidak ramai wanita bertubuh besar yang berani memakai seluar legging. Namun, gaya tersebut boleh dijayakan dengan pilihan seluar berwarna gelap yang dipadankan dengan baju berona ceria sebagai pusat tumpuan.

"Fesyen hari ini sangat versatil. Setiap wanita perlu memperbanyakkan ilmu melalui pembacaan dan peka dengan peredaran fesyen terkini," kata gadis yang juga merupakan seorang jurugaya sambilan.

Mengulas mengenai fesyen wanita bertubuh besar, pereka fesyen, Syomir Izwa menasihati golongan ini agar sentiasa berpegang kepada prinsip asas fesyen. Ini termasuk mengenali kelebihan dan kelemahan bentuk tubuh.

"Setiap wanita mempunyai bentuk badan yang tersendiri. Mereka perlu memberi penekanan bahagian mana yang ingin diserlahkan.

"Sebagai contoh, jika wanita berkenaan mempunyai bahagian dada yang besar, alihkan tumpuan ke bahagian lain dengan memilih aksesori atau warna yang sesuai," katanya.

Beliau menambah, aksesori, seperti rantai labuh atau blazer, boleh menjadi penyelamat kepada fesyen wanita bertubuh besar.

"Rantai dipakai tidak melepasi pinggang, sementara pilih blazer atau kardigan yang mempunyai rekaan mengikut tubuh. Ini dapat memberi visual bahagian dada yang lebih kecil," jelasnya ketika dihubungi Stailo baru-baru ini.

Pemilihan fabrik juga memainkan peranan penting kepada gaya keseluruhan seseorang wanita.

"Elakkan memakai fabrik yang terlalu berkilat seperti satin atau baldu kerana ia menampakkan kelemahan bentuk tubuh. Langkah terbaik adalah memilih fabrik daripada jenis sifon kerana ia lebih ringan dan beralun.

"Selain itu, corak-corak melintang membuatkan tubuh kelihatan lebar, maka pilih fabrik bercorak menegak atau simetri bagi mewujudkan ilusi langsing kepada tubuh," jelasnya.

SAIZ yang ditawarkan jenama Surisara mencecah sehingga 6XL.


Kebanyakan wanita gemar menambah batu-batu jemeki atau manik bagi menaikkan seri busana mereka. Menurut Syomir, penataan taburan batu-batu tersebut perlu diletak pada bahagian-bahagian tertentu sahaja.

"Jika seseorang wanita mempunyai bahagian pinggul dan pinggang yang lebar, tumpukan jahitan hiasan ini pada bahagian dada tetapi dalam kuantiti yang tidak berlebihan," nasihatnya yang juga telah mengeluarkan koleksi istimewa hari lebaran bersama Surisara.

Syomir menambah, pilihan warna dapat memberi efek langsing kepada tubuh seseorang tetapi ia perlu bijak digayakan bersama aksesori.

"Selebriti antarabangsa seperti Oprah Winfrey dan Queen Latifah pernah memakai busana serba putih tetapi mereka menambah pilihan subang, kasut dan penataan rambut yang menutupi bahagian-bahagian yang lemah," ujar beliau.

Penampilan ceria bak tulip

Posted:

Penampilan ceria bak tulip

Penampilan ceria bak tulip


INSPIRASI warna bunga tulip menghiasi indah baju Melayu rekaan Shawn Sinar Sutera.


WARNA-WARNI bunga tulip yang sinonim dengan Belanda pasti menarik para pelancong untuk menjejakkan kaki ke negara tersebut.

Keindahan topografi negara di bawah paras laut itu mendorong butik Shawn Sinar Sutera mengadakan sesi fotografi bagi koleksi baju Melayu mereka di negara yang sering menjadi tumpuan ramai sempena kehadiran bulan Syawal.

Aidilfitri yang disambut selama sebulan masih berlangsung dengan meriah. Begitu juga soal pemilihan pakaian yang menyaksikan baju Melayu kekal menjadi pilihan jejaka untuk digayakan tatkala berkunjung ke rumah-rumah terbuka.

Rekaan Shawn Sinar Sutera kali ini tampil menawan dengan potongan baju Melayu klasik dengan warna-warna ceria.

Inspirasi daripada rona bunga tulip menjadikan koleksi musim Syawal ini menyerlahkan keceriaan si pemakai dan pastinya si teruna kelihatan lebih bergaya pada Aidilfitri.

Himpunan warna-warna yang menarik memberikan pilihan pelbagai kepada kaum Adam. Penggunaan fabrik daripada satin duchess dengan celupan palet terang memberikan keyakinan kepada jejaka ketika melangkah.

PADANAN samping rona kontra bersama baju Melayu biru gelap ini mencipta penampilan bersahaja.


Usah gentar menggayakan fabrik rona terang. Jika inginkan penampilan yang menyerlah, baju Melayu merah biji saga pasti menjadi pilihan tepat. Lebih menarik jika dipadankan dengan samping berwarna kuning lemak ketam.

Gaya maskulin si pemakai juga terserlah dengan pilihan warna biru gemawan yang boleh dipadankan bersama samping rona kontra.

Bagi gaya sederhana, pilihan warna-warna pastel seperti kuning cair dan ungu menjadikan penampilan ringkas seadanya.

Sempena Syawal ini, butik Shawn Sinar Sutera menjanjikan tawaran harga berpatutan kepada para pelanggan. Harga mampu milik membolehkan anda memiliki beberapa pasang baju Melayu untuk digayakan.

Ceria rona neon

Posted:

Ceria rona neon

Ceria rona neon


SEPATU tapak rata berwarna-warni sesuai untuk gaya ringkas dan kasual.


MUSIM panas merupakan waktu paling menyeronokkan untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Ia juga tempoh percutian paling sempurna untuk bergaya sakan dengan fesyen-fesyen terbaharu.

Tidak ketinggalan sepatu jenama Princess yang menawarkan koleksi musim panas baharu yang ceria dalam warna-warna neon. Ia menjadikan si pemakai kelihatan lebih muda dan dinamik secara semulajadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat bagi Beg Tangan dan Kasut Princess, Alan Lok memberitahu, koleksi baharu jenama itu dicipta bagi memberi penghormatan kepada fesyen era 1980-an.

"Trend warna neon yang popular pada zaman itu kini kembali menguasai almari pakaian wanita moden hari ini. Diilhamkan daripada warna-warna terang dekad tersebut, koleksi terkini Princess disesuaikan untuk kegunaan waktu bekerja dan beriadah.

"Rona neon kuning dan merah jambu adalah warna utama bagi koleksi kali ini dan boleh didapati dalam pelbagai gaya," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Sepatu dengan pelbagai cetakan dapat diperoleh dalam rekaan peep-toe, baji, chunky dan sandal sarung yang bergaya dan dalam pelbagai warna bertenaga seperti kuning, biru, merah jambu, biru elektrik, emas, dan merah.

Terdapat lima kategori sepatu di bawah Princess. Ia terdiri daripada Fashions, Pumps, De Confort, Deluxe dan Viani. Bagi koleksi baharu ini, sepatu Fashions dapat dilihat menerusi kasut tapak tebal (platform) dan chunky klasik rona kuning, biru elektrik dan perak.

Rekaan De Confort, Deluxe dan Viani pula terserlah pada rekaan sepatu jenis sarung dan bertapak rata (flat) berwarna-warni.

Paling penting, koleksi baharu itu mengekalkan stail signatur Princess iaitu berani, klasik dan stailo.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Syria beri 'lampu hijau' kepada pemeriksa PBB

Posted:

Syria beri 'lampu hijau' kepada pemeriksa PBB

Syria beri 'lampu hijau' kepada pemeriksa PBB

MENTERI Luar Syria, Walid Al-Muallem (kanan) menemui Wakil Hal Ehwal Perlucutan Senjata PBB, Angela Kane di dalam gambar yang disiarkan agensi berita SANAA semalam.


DAMSYIK - Syria semalam memberi 'lampu hijau' kepada pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat dakwaan penggunaan senjata kimia di pinggir bandar raya ini.

"Satu perjanjian antara kerajaan Syria dan PBB telah dimeterai hari ini (semalam) semasa lawatan pelucutan senjata oleh wakil PBB , Angela Kane di sini," menurut Kementerian Luar negara itu.

"Persetujuan itu membenarkan pasukan PBB yang dipimpin oleh profesor Aake Sellstroem menyiasat mengenai dakwaan penggunaan senjata kimia di wilayah Damsyik," tambah kenyataan sama.

Menurut kenyataan itu lagi, perjanjian tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Kementerian Luar itu menyatakan, PBB dan kerajaan Syria bersetuju dengan tarikh dan masa untuk lawatan tersebut diadakan.

Persetujuan mengenainya ditandatangani oleh Kane dan Menteri Luar Negara, Walid Muallem.

Beliau mengetuai seramai 20 anggota pemeriksa senjata kimia PBB

"Syria bersedia untuk bekerjasama dengan pasukan pemeriksa bagi membuktikan bahawa dakwaan kumpulan penentang mengenai penggunaan senjata kimia oleh pihak tentera Syria di Ghouta (dekat sini) tidak benar," katanya.

Terdahulu, perkhidmatan Doktor Tanpa Sempadan memberitahu pada Jumaat lalu bahawa seramai 355 orang meninggal dunia di Ghouta akibat keracunan saraf.

Pihak penentang mendakwa, tentera rejim melepaskan senjata kimia di kawasan timur dan barat bandar raya ini pada Rabu lalu yang meragut lebih 1,300 nyawa. - AFP

Keganasan agama kembali tercetus

Posted:

Keganasan agama kembali tercetus

Keganasan agama kembali tercetus


PENDUDUK Islam Myanmar berkumpul untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di Yangon pada 9 Ogos lalu.


YANGON - Keganasan agama baharu meletus di barat laut Myanmar lewat kelmarin apabila sekumpulan penganut Buddha bertindak membakar berpuluh-puluh kediaman dan kedai susulan khabar angin bahawa seorang gadis telah dicabul oleh lelaki Islam.

Setakat ini masih belum ada laporan berhubung angka kecederaan dalam serangan tersebut.

Sami Buddha radikal Myanmar, Wirathu memberitahu di laman Facebooknya bahawa beratus-ratus orang terlibat dalam kekacauan itu di pinggir bandar Kantbalu.

Wirathu yang kerap mengecam agama Islam dilihat sebagai antara penyumbang kepada peningkatan keganasan agama di Myanmar.

Kekacauan bermula apabila sekumpulan penduduk mengepung sebuah balai polis untuk menuntut agar suspek kes cabul itu diserahkan kepada mereka.

Apabila polis enggan berbuat demikian, mereka mula membakar beberapa bangunan di sekitarnya.

Seorang pegawai polis berkata, sekitar 35 buah rumah dan 12 kedai dengan kebanyakannya milik orang Islam musnah sebelum ketenteraman dapat dipulihkan.

Myanmar yang dihuni oleh 60 juta penduduk dengan majoritinya beragama Buddha dilanda keganasan agama sejak junta tentera menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam pada 2011.

Lebih 250 orang terbunuh setakat ini dengan sebahagian besar adalah orang Islam manakala 140,000 lagi terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka.

Kekacauan agama itu bermula tahun lalu di negeri Rakhine, barat Myanmar. Penduduk beragama Buddha di negeri itu menuduh etnik Islam Rohingya memasuki Myanmar secara haram dan menceroboh tanah milik mereka.

Keganasan agama itu kemudian merebak ke beberapa negeri lain di Myanmar pada awal tahun ini. - AP

30 orang cedera dilanda bena

Posted:

30 orang cedera dilanda bena

30 orang cedera dilanda bena


FENOMENA bena di Sungai Qiantang dipercayai didorong Taufan Trami yang melanda tenggara China baru-baru ini.


HAINING - Lebih 30 orang cedera dilanda ombak sungai atau bena yang melimpahi tebing Sungai Qiantang di sini, dalam Wilayah Zhejiang di tenggara China baru-baru ini.

Fenomena itu dipercayai berlaku akibat momentum daripada taufan Trami yang melanda bahagian tenggara China pada minggu lalu.

Sungai tersebut mengalir melalui bandar raya ini.

Hujan lebat dan angin kuat menyebabkan Sungai Qiantang kelihatan seperti laut bergelora.

Ketika kejadian, beratus-ratus orang tersungkur dilanda ombak sungai tersebut yang melimpah melepasi tembok yang dibina di sepanjang sungai itu.

Ombak berkenaan turut melimpah ke kawasan berhampiran dan menghanyutkan sejumlah kenderaan selain membanjiri sebuah loji rawatan air.

Cuaca buruk itu menyebabkan Sungai Qiantang yang sebelum ini melepasi paras bahaya 6.6 meter telah meningkat sebanyak 1.3 meter. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


1,911 orang tahan dalam Ops Cantas Narkotik seluruh negara

Posted:

1,911 orang tahan dalam Ops Cantas Narkotik seluruh negara

1,911 orang tahan dalam Ops Cantas Narkotik seluruh negara

26/08/2013 9:06pm

KUALA LUMPUR - Seramai 1,911 orang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam Ops Cantas Narkotik selama tiga hari bermula Jumaat lepas di seluruh negara.

Pengarah JSJN, Datuk Noor Rashid Ibrahim hari ini berkata, daripada jumlah

itu, sebanyak 1,772 kes telah dibuka termasuk 26 kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Polis turut merampas pelbagai jenis dadah daripada operasi itu iaitu heroin

sebanyak 10,410.41 gram, syabu (6,793.35 gram), ganja (778.91 gram) dan Erimin 5 (1,097 biji).

Dalam operasi itu, katanya, polis turut menangkap 30 anggota kongsi gelap

terdiri daripada kumpulan Geng 04, Geng 08, Geng 555, Geng Raj dan Geng 18 yang dipercayai turut terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

"Polis tidak menolak kemungkinan mereka turut terlibat dalam pengedaran

senjata api berikutan penemuan senjata itu di Perak, Pulau Pinang dan Kedah ketika melakukan serbuan di makmal memproses dadah," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini. - Bernama

Kelantan hitung nasib sendiri

Posted:

Kelantan hitung nasib sendiri

Kelantan hitung nasib sendiri

26/08/2013 9:04pm

KOTA BHARU - Kelantan mahu meneruskan momentum kemenangan ketika menentang Negeri Sembilan pada aksi ketiga Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi malam esok

Meskipun masih segar dengan kemenangan menewaskan seteru tradisi, Terengganu 2-0 Sabtu lalu, pengendali Kelantan, Bojan Hodak enggan mendabik dada dengan keputusan tersebut, sebaliknya meramalkan pasukannya bakal berdepan ujian getir dalam perlawanan tersebut.

Hodak ketika dihubungi di sini hari ini berkata, Negeri Sembilan pasti bangkit dan beraksi bermati-matian selepas mereka tumbang 3-5 kepada Pahang Sabtu lalu. - KOSMO!

MSN Kelantan minta ujian doping setiap kejohanan

Posted:

MSN Kelantan minta ujian doping setiap kejohanan

MSN Kelantan minta ujian doping setiap kejohanan

26/08/2013 8:18pm

KOTA BHARU - Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan meminta pihak berkuasa sukan di negara ini supaya menjalankan ujian doping terhadap semua atlet yang menyertai kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan.

Pengerusi MSN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, langkah itu wajar dilaksanakan secepat mungkin bagi membendung pengambilan dadah

terlarang dalam kalangan atlet.

"Ujian doping boleh dijadikan sebagai perkara yang wajib kepada semua atlet pada setiap kali perlawanan diadakan, bukan secara rawak sebagaimana yang diamalkan sekarang ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Mesra Raya MSN Kelantan di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pemain simpanan Kelantan yang didakwa terbabit penyalahgunaan dadah selepas perlawanan Piala FA menentang kelab Johor Darul Takzim pada 29 Jun lepas. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved