Khamis, 22 Ogos 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Personaliti tokoh Ikhwanul Muslimin

Posted:

Personaliti tokoh Ikhwanul Muslimin

Personaliti tokoh Ikhwanul Muslimin

Oleh Khadijah Mohamad Nor

DETIK pertama berlakunya rampasan kuasa oleh tentera Mesir yang menggulingkan Presiden Mohammed Morsi, hati Azzah Abdul Rahman, 34, sudah mula risau mengenangkan saudara-saudara daripada pertubuhan Ikhwanul Muslimin (IM) yang pernah ditemui bulan Oktober tahun lalu.

Pemergian Azzah ke bumi para anbiya selama 13 hari pada 7 hingga 20 Oktober tahun lalu itu berpaksi pada dua tujuan. Pertama untuk membuat kajian sejarah hidup asy-Syahid Imam Hasan al-Banna dan pertubuhan IM.

Kajian itu dilakukan bagi penghasilan novel Hasan al-Banna oleh penulis prolifik, Abdul Latip Talib (Pak Latip) yang telah pun diterbitkan tahun ini dan Travelog Menjejak Hasan al-Banna oleh Azzah sendiri yang masih dalam proses penulisan.


AZZAH


Kedua, Azzah mengadakan Bengkel Asas Penulisan anjuran Biro Media, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Mesir selama dua hari di Kaherah dan Pak Latip berkongsi kaedah penulisan novel sejarah dalam program tersebut.

"Pengembaraan kami diuruskan oleh sekumpulan pelajar Malaysia di sana yang juga ahli ISMA Mesir iaitu Ahmad Fahmi Abdullah, Buraidah al-Aslami, Muawwidz al-Ansori, Muhammad Mustakim Abdul Rahim, Ahmad Munzir dan ramai lagi.

"Sepanjang berada di Mesir, kami sempat melawat ke beberapa buah negeri lain yang mempunyai sejarah berkaitan Hasan al-Banna iaitu markas IM di Ismailiyyah, Damanhour dan Mahmudiyyah sebelum ke ibu pejabat di Muqattam, Kaherah," ujar Azzah kepada Kosmo!.


HASAN AL-BANNA


Menurut Konsultan Idea Nuun Creative Books itu, ada pertemuan yang terjadi tanpa disangka iaitu semasa mereka berada di Damanhour dan Mahmudiyyah.

Ia seterusnya membawa kepada pertemuan mereka dengan dua orang tokoh IM di Muqattam iaitu Syeikh Talaat Syannawi, ahli Maktab Irsyad dan Syeikh Dr. Abdul Rashad Bayyoumi, Naib Mursyidul Am 1.

Menurut Azzah, ketika berada di ibu pejabat IM, urusan mereka dibantu oleh salah seorang pegawai mereka iaitu Allahyarham Ustaz Islam Abbas yang telah terbunuh dalam krisis tersebut pada 18 Ogos lalu.

Akhlak Muslim


BANGUNAN markas IM di Damanhour kelihatan usang namun keadaan di dalamnya sentiasa kemas.


"Saya masih ingat lagi saat pertama Buraidah bertanyakan namanya, beliau menjawab, 'Ana Abdul Faqir...' dan ia membuatkan kami menyangka itulah nama. Walhal, beliau sebenarnya mengatakan 'saya, hamba yang fakir...'.

"Kami tertawa apabila mendapat tahu bahawa kami tersilap faham dan nama sebenar beliau ialah Ustaz Abbas. Apa yang boleh saya katakan, masya-Allah, tuturnya sangat lembut dan tingkahnya sangat sopan.

"Setiap patah katanya penuh dengan syukur dan doa. Amat jarang dilihat di mana-mana lokasi di dunia, pegawai berbaju jaket eksekutif yang bersifat sepertinya. Namun, jika kamu mengenali IM, ini semua bukanlah suatu kehairanan bahkan sentiasa menjadi kekaguman. Mereka mempamerkan akhlak sebenar seorang Muslim dan mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya," jelas Azzah yang mengakui sebak dan sedih sewaktu mendapat berita kematian Ustaz Abbas.

Tambahnya setiap kali melihat foto dan membaca berita terkini mengenai krisis di Mesir, beliau tidak tahu mahu berkata apa-apa.

"Apa yang as-Sisi dan sekutunya lakukan itu terlampau kejam, malah melampaui kekejaman Zionis di Gaza dan Basyar al-Assad di Syria. Ada ketikanya saya berasa terlalu tertekan, sehingga tidak mahu baca apa-apa berita langsung. Hanya terus berdoa dan membaca qunut Nazilah untuk saudara-saudara seakidah di sana," luah Azzah yang juga penulis profesional di Malaysia.

Azzah memberitahu, beliau telah bertemu dengan ramai tokoh dan ahli IM sepanjang berada di Mesir. Antaranya Ahli Parlimen Mahmudiiyah, Ustaz Tareq Salah dan Timbalan Ketua Umum Parti FJP, Ustaz Mahmoud Basbousi.

"Melalui mereka, saya mengenali peribadi Hasan al-Banna dan perjuangan IM itu sendiri. Bagi saya, mereka sangat seimbang dalam aktiviti duniawi dan ukhrawi. Walaupun tidak berserban dan berjubah, tetapi dakwah mereka berlangsung di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Mereka mengamalkan dakwah dengan kata-kata (da'wah billisan) dan dakwah dengan perbuatan (da'wah bilhal).

"Semasa kami di Ismailiyyah, Ustaz Medhat, antara penggerak IM di sana yang juga seorang akauntan menunjukkan kepada kami tapak rumah tempat Hasan al-Banna melangsungkan perkahwinan. Ketika itu, ada dua orang tempatan lalu dan berhenti melihat kami.

"Dalam pada Ustaz Medhat menerangkan sejarah Hasan al-Banna kepada kami, beliau sempat berdakwah kepada dua orang tempatan itu. Malah, kami sentiasa dilayan dengan baik dan penuh santun walaupun tanpa temu janji dibuat terlebih dahulu," terang Azzah sekali gus menyangkal pandangan yang mengatakan IM adalah sebuah pertubuhan pengganas dan menganggapnya sebagai propaganda zionis serta rakan sekutu mereka.

Dalam pada itu, situasi terbaharu di Mesir menyaksikan pihak berkuasa meneruskan operasi penahanan barisan pemimpin IM sebagai langkah untuk menghancurkan pertubuhan tersebut. Kelmarin, dua lagi pemimpin pergerakan Islam terbesar itu, Safwat Hegazy dan Mourad Ali ditahan.

Sebelum ini, ketua IM, Mohammed Badie, 70, dan timbalannya, Khairat el-Shater telah ditahan berhampiran Dataran Rabaa al-Adawiya.

Pertahankan Ikhwanul Muslimin

Secara keseluruhan, ratusan pemimpin IM telah ditangkap sejak pihak tentera menggulingkan Presiden Morsi pada 3 Julai lalu. Sementara itu, lebih 2,000 rakyat Mesir terkorban selepas pihak berkuasa bertindak kejam dalam operasi menghalang bantahan yang dilakukan para penyokong Morsi dengan merobohkan khemah dan menembak mati mereka.

Bagi pelajar al-Quran di Mesir, Haniff Abu Talib, beliau tidak bersetuju jika ada pihak yang mahu menguburkan pertubuhan IM kerana ia merupakan pertubuhan Islam yang perlu dipertahankan.

"Mereka bukan pengganas, tetapi disebabkan media massa dan rancangan jahat Yahudi dan sekutu-sekutunya menyebabkan mereka dipandang sebagai pengganas. Jadi, rancangan untuk memusnahkan pertubuhan ini tidak harus dilakukan.

"Rancangan itu bagi saya satu pemikiran yang kurang bijak kerana pemimpin yang bijak mestilah meletakkan Islam di tempat yang teratas. Ada segelintir orang berfikir jika yang memerintahnya adalah Islam, maka tidak majulah negara itu. Sedangkan Islam itu mengajak kita ke arah kemajuan dan kejayaan," ungkap Haniff sambil melahirkan harapan agar Mesir kembali aman.

Beliau turut menceritakan bagaimana guru al-Qurannya, Syeikh Waeel Hagag ditembak beberapa jam selepas pulang bertalaqi di rumahnya.

"Saya terperanjat apabila mendapat berita ini daripada isterinya. Semoga Allah memberi kesembuhan segera pada guru saya itu," kata Haniff yang masih dalam proses menunggu tiket untuk penerbangan pulang ke Malaysia.

Sementara itu, susulan pembebasan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, 85, oleh Mahkamah Mesir semalam dijangka akan memburukkan lagi krisis politik di negara berkenaan. Ironinya, keputusan itu dibuat tujuh minggu selepas pihak tentera menggulingkan Morsi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pemandu ada 15 saman bawa laju

Posted:

Pemandu ada 15 saman bawa laju

Pemandu ada 15 saman bawa laju

Oleh NUR AISHAH AMIN, NASRUL FAIZ ABU AZAL, FARHANA HANIM MOHD. MYDIN,
LILY YEAN, NOR IDAYU BOSRO dan MOHD. HAFIZI AHMAD.


SEPASUKAN anggota bomba meninjau semula lokasi nahas untuk mencari saki-baki mangsa dan barangan berharga di Genting Highlands semalam.


KUALA LUMPUR – Pemandu bas yang turut maut bersama 36 penumpang selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands kelmarin mempunyai 23 rekod kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia.

Selain pemandu tersebut, bas milik syarikat Genting Highlands Transport Sdn. Bhd. dengan nombor pendaftaran WGA 4136 itu sendiri mempunyai dua rekod saman atas dua penama lain yang belum dijelaskan pada 2008.

Jurucakap polis berkata, pemandu tersebut, Lim Kok Hoe (gambar kecil), 43, berasal dari Batu Pahat, Johor mempunyai 23 rekod saman sejak 1997 hingga 2009. Tujuh daripadanya telah dijelaskan.

Katanya, antara kesalahan yang dilakukan Kok Hoe termasuk memandu laju, menghalang lalu lintas, tidak pamer cukai jalan, berhenti di petak kuning dan tidak memakai topi keledar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Merangkak atas timbunan mayat

Posted:

Merangkak atas timbunan mayat

Merangkak atas timbunan mayat


SARIMAH MOKHTAR menemani anaknya, Saidah yang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas bas dinaikinya terlibat nahas di Genting Highlands kelmarin.


GOMBAK – Merangkak di atas timbunan mayat dalam keadaan menahan sakit menjadi sebahagian detik hitam yang tidak dapat dilupakan buat seorang penumpang sebuah bas henti-henti yang terselamat dalam nahas hingga mengorbankan 37 jiwa di Genting Highlands kelmarin.

Selepas terselamat dalam kejadian di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands itu, Nurul Quraitul Aini Md. Jali, 19, tidak dapat lagi tidur lena apabila sering diganggu oleh bayangan mangsa-mangsa yang terkorban.

Nurul Quraitul menceritakan semua pengalaman itu kepada kakaknya, Nor Ain, (gambar kecil) 21. Gadis terbabit merupakan antara 16 penumpang yang terselamat dalam nahas itu.

Menurut Nor Ain, adiknya memberitahu, kejadian pada pukul 2.24 petang itu berlaku ketika dia bersama rakannya, Saidah Misbun, 20-an, dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing setelah kontrak mereka bekerja di bankuet Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting tamat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kapal dredger terbesar dilancar

Posted:

Kapal dredger terbesar dilancar

Kapal dredger terbesar dilancar


NAJIB bersama Rosmah melihat kapal dredger Inai Kenanga bergerak ke laut selepas merasmikan dan melancarkan kapal tersebut di Pulau Indah, Pelabuhan Klang semalam.


PELABUHAN KLANG – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelancaran kapal dredger Inai Kenanga, kapal dredger terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia, bakal memberi impak besar kepada ekonomi khususnya dalam usaha mentransformasi negara menjadi negara maju.

Perdana Menteri berkata, inisiatif yang boleh dikategorikan sebagai projek berimpak tinggi itu juga selaras dengan pelan transformasi ekonomi negara.

Beliau berkata, sektor maritim khususnya yang melibatkan kerja pembinaan kapal dan penyelenggaraan kapal merupakan satu daripada industri yang diutamakan oleh kerajaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Johor DT mula alami transformasi

Posted:

Johor DT mula alami transformasi

Johor DT mula alami transformasi

Oleh TAUFIK SALIMIN
sukan@kosmo.com.my

TUNKU ISMAIL (kiri) bergambar bersama Rodriguez pada sidang akhbar di Johor semalam.


"SAYA akui kesilapan saya, saya juga sudah banyak belajar daripada kesilapan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu tahun depan."

Demikian reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai prestasi Johor Darul Takzim (DT) yang gagal beraksi cemerlang meskipun dibarisi beberapa pemain bertaraf bintang.

Kelmarin, Johor DT turut melakar keputusan menghampakan apabila tewas mengejut 0-2 di tangan Selangor PKNS pada aksi sulung Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.

Bagaimanapun, Tunku Ismail tetap berkeyakinan bahawa Johor DT akan bangkit, sekali gus menjadi pasukan terbaik musim depan.

"Bagi saingan Liga Malaysia musim depan, kami sudah bersedia untuk melakukan perubahan termasuk mencari pemain yang hatinya bermain untuk pasukan dan bukan hanya mengambil gaji tiap-tiap bulan.

"Saya yakin pada 2014, Johor DT akan tampil dengan impak lebih besar berbanding 2013," titah baginda pada pada sidang akhbar selepas memperkenalkan jurulatih yang juga pengurus paJohor DT yang baharu, Cesar Ferrando Jiminez dan seorang pemain import baharu dari Sepanyol, Braulio Nobrega Rodriguez termasuk jurulatih taktikal, Andres Tevar.

Tunku Ismail menegaskan, bagi mencapai status pasukan terbaik, banyak transformasi perlu diolah dan dilakukan oleh skuad Harimau Selatan.

"Saya mahu ubah semua dan untuk mengubah semua, saya memerlukan seseorang yang profesional dan berpengalaman," katanya.

Mengulas mengenai pengunduran Fandi Ahmad selaku pengurus Johor DT, Tunku Ismail sekali menegaskan, keputusan itu dicapai atas persetujuan bersama antara PBNJ dan legenda bola sepak Singapura itu.

Menurut Tunku Ismail, Fandi telah berjaya membawa perubahan besar untuk kemajuan dan pembangunan bola sepak negeri Johor musim ini.

"Kemajuan dan perubahan tersebut dapat dilihat dengan jelas apabila Johor DT berjaya menduduki tempat ketiga dalam Liga Super dan menjadi naib juara Piala FA.

"Bagi saya, Fandi tidak gagal kerana berjaya membawa kemajuan, para pemain juga tidak gagal, apa yang sudah diberikan olehnya adalah sesuatu yang sangat dihargai," jelas Tunku Ismail.

Semangat juang tinggi Perak

Posted:

Semangat juang tinggi Perak

Semangat juang tinggi Perak

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


RANGEL (kanan) bersaing dengan pemain pertahanan Sarawak, Roni Harun pada aksi di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.


TIADA apa yang mampu diungkap pengendali Perak, Mohd. Azraai Khor Abdullah selain memuji anak-anak buahnya selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Sarawak di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.

Selepas ketinggalan hasil jaringan perancang Sarawak, Joseph Kalang Tie, Perak bangkit dengan dua gol hasil sumbangan tonggak import, Paulo Rangel pada minit ke-65 dan 81.

Bagi Azraai, barisan pemainnya telah menampilkan semangat juang tinggi sehingga membolehkan mereka meraih tiga mata berharga pada aksi pembukaan Kumpulan C kempen Piala Malaysia itu.

Menurut Azraai, beliau amat berpuas hati dengan keputusan serta persembahan keseluruhan anak-anak buahnya yang diturunkan dalam perlawanan menentang juara Liga Premier itu.

"Walaupun Sarawak bermula garang dan berjaya memperoleh satu gol pada separuh masa pertama tetapi semasa rehat, saya meminta para pemain mengekalkan fokus serta melancarkan lebih banyak serangan ke kubu lawan.

"Kemenangan dalam aksi pertama di tempat sendiri sudah semestinya menggembirakan saya dan juga para penyokong setia Perak yang memenuhi stadium.

"Saya anggap kemenangan itu satu permulaan yang baik dan kami mesti mengekalkan momentum ini pada perlawanan akan datang," kata Azraai ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Perak perlu 'membayar harga yang mahal' di sebalik kemenangan bergaya mereka di hadapan penyokong sendiri itu.

Ini kerana tonggak pertahanan, Mohd. Hishamuddin Shaari terpaksa dikejarkan ke hospital selepas bertembung dengan seorang pemain Sarawak sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di hidung dan mulut.

"Saya telah melawatnya (Hishamuddin) di hospital dan mendapati mukanya ada sedikit bengkak dan saya jangka dia tidak akan diturunkan dalam aksi kedua menentang Kedah Sabtu ini.

"Pujian juga harus saya berikan kepada Muhd. Shahrom (Abdul Kalam) yang masuk menggantikan Hishamuddin kerana dia berjaya mengawal permainan dengan baik," tambah Azraai.

Dalam pada itu, Azraai berkata, beliau mahu para pemainnya melupakan kemenangan ke atas Sarawak, sebaliknya memberi tumpuan menjelang aksi menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar Sabtu ini.

Azraai mengakui Kedah bukan calang-calang pasukan, apatah lagi mereka mampu mengikat juara Liga Super, Lions XII 2-2 di Stadium Jalan Besar, Singapura malam kelmarin.

Negeri Sembilan merendah diri

Posted:

Negeri Sembilan merendah diri

Negeri Sembilan merendah diri

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my

MANAF (depan) dicabar pemain pertahanan Negeri Sembilan, Abdul Halim Zainal pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin.


PENGENDALI sementara Negeri Sembilan, Ridzuan Abu Shah tetap merendah diri selepas anak-anak buahnya mengejutkan Terengganu 2-0 pada aksi sulung Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin.

Ridzuan menganggap skuad Hoben Jang Hoben yang dilabel sebagai pasukan underdog selepas menghuni tangga tercorot Liga Super musim ini bernasib baik meraih tiga mata berharga di gelanggang lawan.

"Tidak ada aksi yang luar biasa. Semuanya biasa-biasa sahaja. Cuma aksi barisan hadapan kami agak menjadi malam tadi (kelmarin).

"Penyerang (Fabio Leandro Barbosa) dan pemain tengah (S. Sivanesan) tidak mempersia-siakan peluang yang terhidang.

"Abdul Halim (Zainal), Mohd. Nazrin (Mohd. Nawi) dan beberapa pemain lain turut bermain dengan baik sepanjang perlawanan itu," kata Ridzuan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada aksi kelmarin, Leandro Barbosa meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-38 sebelum Sivanesan menambah gol kedua pada minit ke-53, kedua-duanya hasil lorongan pemain tengah, Eddy Helmi Abdul Manan.

Skuad Penyu berpeluang untuk mengurangkan defisit jaringan apabila Abd. Manaf Mamat dikasari pemain pertahanan Negeri Sembilan, sekali gus dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-82.

Bagaimanapun, penjaga gawang Negeri Sembilan, Badrulzaman Abdul Halim berjaya mengekang rembatan kencang Manaf.

Ridzuan berkata, kemenangan itu sangat penting terutama dalam usaha Negeri Sembilan mencari momentum bagi mengharungi baki saingan peringkat kumpulan selepas ini.

"Bukan kami sahaja yang melakukan kejutan malam tadi (kelmarin). Beberapa pasukan lain turut melakukan kejutan. Ini merupakan perlawanan pertama dan semua pasukan cuba untuk mencari keserasian.

"Masih banyak lagi perlawanan yang perlu diharungi dan kami tidak boleh terlalu gembira," jelas Ridzuan.

Mengulas aksi kedua Kumpulan C menentang Pahang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Sabtu ini, Ridzuan berkata, anak-anak buahnya sekali lagi turun selaku underdog kerana mereka tidak pernah menewaskan skuad kendalian Dollah Salleh itu sepanjang musim ini.

"Pahang sudah pasti dilabel sebagai pasukan pilihan berdasarkan rekod pertemuan kami musim ini. Bagaimanapun, kami akan mencuba untuk melakukan satu lagi kejutan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Peluang jadi jutawan sehari

Posted:

Peluang jadi jutawan sehari

Peluang jadi jutawan sehari

FABIAN (kiri) melancarkan peraduan terbaharu Prizle.com sempena pelancaran laman web itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.


PRIZLE.COM menjadi perintis peraduan integrasi maya di Asia Tenggara yang membolehkan peserta menyertai peraduan secara dalam talian dengan mudah dan kos yang rendah.

Peraduan yang dikelolakan di laman web tersebut terbuka kepada semua industri yang berminat menganjurkan sebarang peraduan atau terbitan borang soal selidik terus kepada peserta.

Hanya beberapa klik, kedua-dua pelanggan dan pemilik perniagaan akan berada dalam situasi menang-menang.

Idea tersebut dicetuskan oleh tiga usahawan internet dari Malaysia dan Singapura yang menyedari kesukaran yang dihadapi pemilik perniagaan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka menggunakan pendekatan peraduan.

Perkara itu disebabkan oleh kos penganjuran sesuatu peraduan yang menelan belanja tinggi.

Perkhidmatan Prizle.com turut membantu mereka yang berminat untuk mencipta peraduan secara talian seperti yang mereka ingini.

Ketua Pegawai Eksekutif Prizle.com, Fabian Lim berkata, pihaknya memulakan tawaran pelancaran Prizle.com dengan peraduan menjadi jutawan untuk sehari yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai, baucar beli-belah, penerbangan pesawat peribadi untuk dua orang ke Singapura dan bersiar-siar menaiki limosin di sana. Jumlah hadiah yang ditawarkan bernilai kira-kira RM12,000.

"Pengguna hanya perlu mendaftar masuk nama dan alamat e-mel mereka di laman web Prizle untuk menyertai peraduan tersebut," katanya.

Selain itu, terdapat 30 kategori peraduan dan cabutan bertuah lain yang merangkumi peraduan perkahwinan, hotel, baucar membeli-belah, baucar makanan dan produk kediaman. – NADIA SHAIFUL BAHARI

Set minuman Shuraku

Posted:

Set minuman Shuraku

Set minuman Shuraku


UKIRAN motif daun mapel dalam gaya ilustrasi Jepun abad ke-11 disuntik pada rekaan Shuraku.


ROYAL SELANGOR memberikan nafas segar kepada cara hidangan ala Jepun dengan memperkenalkan koleksi terbaharu set minuman keluarannya yang diberi nama Shuraku.

Set tersebut terdiri daripada sebuah jag, empat cawan, tiga gelas pilsner dan dulang yang diperbuat daripada piuter dan buluh. Tekstur dan warna semula jadi yang terdapat pada batang buluh menyerlahkan kelainan pada piuter daripada koleksi berkenaan.

Ukiran motif daun mapel dalam gaya ilustrasi Jepun abad ke-11 disuntik pada rekaan Shuraku bagi mengembalikan memori dan nostalgia musim luruh menerusi permukaannya.

Gambaran daun luruh itu diterjemahkan kepada konsep ombak lautan biru dan tarian memukau yang biasa dipersembahkan kepada Maharaja Jepun. Ilustrasi beberapa helaian daun juga ditafsirkan sebagai burung yang berterbangan pada musim luruh nan indah.

Bagi mereka yang ingin menambah koleksi atau berminat untuk memiliki koleksi Shuraku tersebut bolehlah mendapatkannya di semua kedai jualan Royal Selangor, pengedar berdaftar atau di laman web www.royalselangor.com.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dua lagi pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin ditahan

Posted:

Dua lagi pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin ditahan

Dua lagi pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin ditahan

PARA penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi memegang sepanduk pemimpin berkenaan semasa satu tunjuk perasaan di Maadi, Kaherah pada Isnin lalu.- AP


KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir semalam meneruskan operasi penahanan barisan pemimpin pergerakan Islam terbesar di negara berkenaan, Ikhwanul Muslimin.

Terbaharu, pihak berkuasa menahan dua lagi pemimpin pergerakan berkenaan, Saf- wat Hegazy dan Mourad Ali semasa mereka cuba melarikan diri ke Libya dan Itali.

Safwat merupakan seorang ulama konservatif manakala Mourad pula bertindak sebagai jurucakap sebuah parti politik naungan Ikhwanul Muslimin.

Mereka ditahan atas tuduhan menghasut orang ramai supaya mencetuskan kegana- san.

Penahanan tersebut merupakan tindakan keras terbaharu pemerintah Mesir yang disokong tentera terhadap Ikhwanul Musli- min.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Abdel-Fattah Othman berkata, Saf- wat ditangkap pagi semalam di bandar Mersa Matruh di sempadan Libya dan dibawa ke sini untuk disoal siasat.

Dalam pada itu, seorang pegawai kese- lamatan lain memberitahu, Mourad pula ditahan di lapangan terbang Kaherah semasa dia cuba menaiki sebuah pesawat ke Itali.

Penahanan Safwat dan Mourad dibuat sehari selepas polis menangkap pemimpin agama Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie.

Ratusan lagi pemimpin Ikhwanul Musli- min ditahan sejak tentera menggulingkan Presiden Mesir, Mohamed Morsi pada 3 Julai lalu susulan protes besar-besaran terhadap pemerintahannya.

Berikutan penangkapan Mohammed, Ikhwanul Muslimin menamakan timbalan ketuanya, Mahmoud Ezzat sebagai pemimpin sementara pergerakan itu.

Mohammed, Safwat dan Mourad dijangka dihadapkan ke mahkamah pada Ahad ini atas tuduhan menghasut keganasan di hadapan ibu pejabat Ikhwanul Muslimin pada 30 Jun lalu.

Sementara itu, bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan dibebaskan seawal hari ini susulan keputusan mahkamah yang dilihat akan menyebabkan krisis politik di negara berkenaan menjadi bertambah buruk.

Keputusan mahkamah Mesir itu dibuat tujuh minggu selepas pihak tentera menggulingkan Morsi.

Bersidang semalam di sebuah penjara tempat Mubarak ditahan di sini, mahkamah itu mengarahkan pembebasan diktator berkenaan yang memerintah Mesir selama 30 tahun.

Mubarak digulingkan semasa kebangkitan rakyat Mesir yang turut melanda dunia Arab pada 2011.

Pembebasan pemimpin 'kuku besi' itu dijangka mencetuskan kemarahan orang ramai.

"Kerajaan sedar jika Mubarak dibebaskan, orang ramai akan marah tetapi kita perlu menghormati keputusan mahkamah," kata seorang pemimpin kerajaan, Mohamed Abolghar.

Mubarak, 85, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada tahun lalu kerana gagal menghalang pembunuhan penunjuk perasaan.

Bagaimanapun, sebuah mahkamah mene- rima rayuan mengadakan perbicaraan semula kes berkenaan pada awal tahun ini.

Angka korban akibat pergolakan politik di Mesir sejak beberapa hari lalu kini menghampiri 1,000 orang. - Agensi

Ribut Tropika Trami bawa angin 137km/j

Posted:

Ribut Tropika Trami bawa angin 137km/j

Ribut Tropika Trami bawa angin 137km/j


BARISAN bot nelayan berlabuh di sebuah pelabuhan menjelang ketibaan Ribut Tropika Trami di bandar Nanfangao di daerah Ilan, Taiwan semalam.- REUTERS


TAIPEI - Sejumlah pejabat dan sekolah ditutup manakala banyak penerbangan dibatalkan semalam apabila Ribut Tropika Trami melanda Taiwan.

Biro Kaji Cuaca menggesa orang awam agar berwaspada ketika ribut itu berada pada jarak 100 kilometer (km) di pesisir pantai timur laut bandar raya ini pada pukul 5.30 petang semalam (waktu tempatan).

Ribut tropika itu membawa angin berkelajuan mencecah 137km sejam (km/j).

Beberapa pegawai di biro berkenaan memberitahu, kesan ribut Trami boleh dirasai hingga pagi ini.

Terdahulu, lebih 200 milimeter hujan turun di beberapa bahagian di utara pulau ini, sekali gus meningkatkan risiko banjir kilat.

Menurut biro kaji cuaca, jumlah hujan itu dijangka meningkat kepada satu meter dengan ketibaan Trami.

Dalam pada itu, bursa dan pasaran kewangan di pulau ini ditutup, begitu juga pejabat dan sekolah di utara Taiwan yang dijangka berada di laluan ribut berkenaan.

Menurut Kementerian Pengangkutan, pihaknya turut mengarahkan semua penerbangan dan perkhidma- tan feri antara pulau di Taiwan dibatalkan.

Pemerintah pula mengerahkan sekitar 2,000 anggota tentera ke bebe- rapa kawasan yang diramal dilanda banjir kilat dan tanah runtuh.

Setakat ini, tanah runtuh ekoran hujan lebat telah menyebabkan jalan raya ke kawasan pedalaman di dae- rah Hsinchu tidak boleh dilalui.

Sebanyak 70 penduduk kampung terperangkap dalam bencana tersebut tetapi pihak berkuasa menyatakan mereka tidak berada dalam bahaya.

Tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di utara bandar raya ini dan tengah Taipei.

Agensi Bomba Kebangsaan melaporkan, hanya seorang wanita berusia 33 tahun mengalami kecederaan akibat Ribut Tropika Trami setakat ini.

Mangsa dilaporkan terlibat dalam kemalangan motosikal ekoran cuaca buruk di daerah Neihu di sini.

Setakat ini, pihak tentera memindahkan lebih 1,000 penduduk dari sebuah pulau terpencil yang diancam ribut berkenaan serta 200 penduduk di sebuah kawasan pergunu- ngan.

Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou turut memendekkan lawatan ke Carib- bean dan pulang ke Taiwan ekoran perkembangan yang membimbangkan itu.

Pada Julai lalu, Taufan Soulik membadai Taiwan dengan membawa hujan lebat dan angin kencang yang menyebabkan dua orang maut dan sekurang-kurangnya 100 orang cedera. - AFP

Pijak ubi kentang untuk buang kulit

Posted:

Pijak ubi kentang untuk buang kulit

Pijak ubi kentang untuk buang kulit


SEORANG wanita Aymara, Ramona Bustos memijak ubi kentang untuk membuang kulitnya di pergunungan La Cumbre dekat ibu kota Bolivia, La Paz pada 22 Julai lalu.- AP


LA PAZ - Orang Asli Aymara yang menetap di kawasan pergunungan di Bolivia mempunyai cara unik untuk membuang kulit ubi kentang.

Kaedah tersebut masih tidak berubah sejak ia pertama kali dicipta oleh puak Inca lebih 1,500 tahun dahulu.

Setiap kali musim menuai tiba, petani-petani Aymara akan membawa ubi kentang mereka ke kawasan tinggi di Pergunungan Andes.

Tanaman itu dijemur dalam cuaca sejuk beku di pergunungan tersebut selama tiga hari.

Sepanjang tempoh itu, ubi-ubi kentang tersebut akan membeku dan mengeras.

Selepas itu, kaum wanita Aymara akan memijak ubi kentang tersebut untuk membuang kulitnya.

Suhu sejuk ekstrem menyebabkan kulit tanaman itu tanggal dengan mudah apabila dipijak.

Isi ubi kentang itu kemudian dijemur di bawah pancaran matahari untuk dijadikan hidangan tempatan yang enak dikenali sebagai chuno. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Syarikat bas masih tidak keluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden

Posted:

Syarikat bas masih tidak keluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden

Syarikat bas masih tidak keluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden

22/08/2013 8:30pm

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan setakat ini oleh syarikat bas yang mengendalikan perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands mengenai kemalangan yang meragut 37 nyawa membabitkan bas mereka di Genting Highlands petang semalam.

Bernama yang cuba menghubungi pihak pengurusan syarikat itu sejak pagi gagal mendapatkan sebarang komen sehingga pukul 5.30 petang ini.

Kakitangan yang menjawab panggilan wartawan asyik memberi alasan pihak pengurusan sedang bermesyuarat manakala panggilan terakhir pada 5.35 petang dijawab dengan alasan para pegawai sudah pulang.

Bagaimanapun, kakitangan berkenaan mengakui bas yang terlibat dalam

kemalangan itu adalah milik syarikat itu yang beribu pejabat di Jalan Segambut di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.22 petang semalam, 37 penumpang maut

manakala 16 cedera parah selepas bas ulang-alik yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter di KM3.5 Jalan Genting Highlands.

Resorts World Genting, pemilik pusat peranginan di Genting Highlands, dalam kenyataannya semalam menjelaskan bahawa bas terbabit adalah pengangkutan awam yang berulang alik membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke pusat peranginan itu setiap hari.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, persatuan itu dimaklumkan oleh pengurusan syarikat bas itu bahawa syarikat itu akan memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa relevan.

"Kami (persatuan) dalam industri bas benar-benar terkejut dan sedih dengan banyaknya nyawa yang terkorban. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan orang tersayang kepada mangsa yang maut.

"PMBOA telah dimaklumkan oleh pengurusan syarikat bas itu bahawa mereka akan lakukan apa yang termampu untuk membantu keluarga mangsa yang terkorban dan yang cedera," katanya dalam kenyataan kepada Bernama. - Bernama

Tiga lelaki ditangkap berhubung kes curi

Posted:

Tiga lelaki ditangkap berhubung kes curi

Tiga lelaki ditangkap berhubung kes curi

22/08/2013 8:24pm

BESUT - Polis berjaya menyelesaikan lima kes kehilangan kereta termasuk yang terbaharu di Melaka Tengah dan Pengkalan Chepa, Kelantan

dengan tertangkapnya tiga lelaki pada Selasa dan semalam di Besut.

Pemangku Ketua Polis Besut, Deputi Superintenda Noor Zainy Mohd. Noor berkata, berikutan tangkapan itu polis menemui semula kereta jenis Proton Satria yang hilang di Melaka Tengah dan kereta jenis Perodua Kancil di Pengkalan Chepa, Kelantan semasa musim perayaan baru-baru ini.

Ketiga-tiga suspek merupakan penduduk tempatan berumur antara

30 hingga 43 tahun, katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di sini hari ini.

Mereka kini ditahan reman hingga Sabtu. - Bernama

Jerman desak Syria beri akses siasatan PBB mengenai serangan gas saraf

Posted:

Jerman desak Syria beri akses siasatan PBB mengenai serangan gas saraf

Jerman desak Syria beri akses siasatan PBB mengenai serangan gas saraf

22/08/2013 7:24pm

BERLIN - Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle meminta kerajaan Syria membenarkan pakar senjata kimia daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk siasat dakwaan kerajaan itu menggunakan senjata kimia dalam satu serangan ke atas orang awam.

"Kami bimbang tentang laporan bahawa gas saraf telah digunakan dalam satu serangan yang berlaku berhampiran Damsyik.

"Laporan itu memang dipandang serius dan jika disahkan, ia akan memeranjatkan semua pihak.

"Kami menuntut penjelasan dengan segera dan kumpulan pakar senjata kimia yang kini berada di negara ini harus diberi laluan untuk mengadakan pemeriksaan atas perkara itu," kata Westerwelle pada sidang akhbar bersama rakan sejawatannya dari Turki. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Uqasha perlu masa kenali Pekin

Posted:

Uqasha perlu masa kenali Pekin

Uqasha perlu masa kenali Pekin

BUKAN gimik untuk melariskan jualan filem atau promosi murahan Paku Pontianak, tapi hakikatnya seperti diakui sendiri oleh kedua-dua pelakon utama filem itu, Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim, dari set penggambaran itu cinta mereka mula berputik.

Penggambaran filem arahan Ismail Bob Hashim yang dijalankan sekitar bulan Februari lalu singkap Uqasha, membuatkan hatinya terbuka untuk menerima Pekin sebagai lelaki paling rapat dalam ruang peribadinya.

Jelas Uqasha lagi, bukan niat mahu menabur promosi percuma lantaran kisah sensasinya bersama Pekin namun hubungan yang terjalin dibiarkan berlangsung secara semula jadi.

"Mula-mula kenal kami tidak bercakap sangat, tambahan watak saya dalam filem Paku Pontianak banyak menuntut saya bermain emosi berbanding dialog.

"Namun, watak saya sebagai Melati merupakan isteri kepada pelakon utamanya iaitu Adam yang dilakonkan oleh Pekin. Secara tidak langsung kami perlu 'bercinta' dalam filem ini.

"Jujur saya akui pertama kali dijodohkan dalam filem ini kami masih malu-malu tapi lama-kelamaan kami semakin serasi dan banyak berbincang untuk menjayakan watak masing-masing. Sejak itu kami selesa bersama dan hubungan kami mesra seperti mana sekarang," ulas Uqasha bersimpul malu.

Pekin dalam hati

Uqasha, 21, yang ditemui pada majlis pelancaran filem Paku Pontianak di Sunway Pyramid, Selangor malam kelmarin mengakui dia agak terkejut apabila kisahnya bercinta dengan Pekin menjadi perhatian umum sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, ujar pelakon kelahiran Kelantan itu dia masih belum terbuka untuk membicarakan kisah cinta dengan lebih mendalam termasuk berkongsi perancangannya bersama Pekin pada masa akan datang.

"Saya berikan tempoh setahun untuk perhubungan kami dan syukur alhamdulillah majlis merisik pada bulan Julai lalu berjalan lancar walaupun majlis itu umpama satu kejutan besar buat saya.

"Masing-masing sibuk bekerja dan saya enggan memberikan tekanan terhadap hubungan kami," tambah kakak kepada pelakon manis Nelydia Senrose itu.


UQASHA enggan memberikan tekanan terhadap hubungannya yang kini terjalin dengan Pekin.


Uqasha menyifatkan Pekin, 32, seorang lelaki yang serius dan tegas dalam membuat keputusan namun masih punyai kelembutan dalam hati. Malah kata Uqasha, Pekin juga sebenarnya seorang peramah dan pandai menghormati orang yang lebih tua.

Kualiti itu yang mengikat kesetiaan Uqasha terhadap Pekin dan turut mengakui kini sudah semakin rapat dengan keluarga pelakon lelaki itu.

Menjawab soal kahwin atau perancangannya bersama Pekin, Uqasha memberikan kesimpulan ringkas. Katanya: "Senang untuk berkahwin tapi saya tidak tahu lagi komitmen dia (terhadap hubungan), saya memerlukan masa untuk lebih mengenali Pekin."

Status Instagram

Kosmo! turut mendapatkan penjelasan Uqasha mengenai sekeping gambar berisi sepotong puisi di laman Instagram miliknya yang dimuat naik sebelum majlis merisik beberapa bulan lalu yang berbunyi seakan-akan kecewa dengan hubungan cintanya.

"Saya ketika itu sedang sibuk dengan penggambaran dan sedikit tertekan jadi status itu bukan ditujukan kepada sesiapa sebaliknya berkongsi masalah peribadi.

"Tidak dinafikan setiap hubungan cinta pasti akan berdepan dengan konflik tapi status itu bukan kerana masalah cinta," tegasnya.

Dalam pada itu, ditanya akan keterbukaan Uqasha berkongsi kisah cinta dan foto-foto bersama Pekin di laman-laman sosial antaranya Instagram dan Twitter, jelas pelakon itu lagi tidak salah untuk dia berkongsi perkara positif.

"Perkara-perkara baik tidak salah untuk dikongsikan dan perkara negatif atau boleh mengundang fitnah rasanya tidak perlu. Masyarakat kita suka mendengar tapi tidak suka menolong," katanya.


BARISAN pelakon filem Paku Pontianak bersama penerbit, David Teo.


Diraba pengkid

Sementara itu, Uqasha turut menjawab kontroversi dia diraba oleh pembantu peribadinya yang merupakan seorang pengkid ketika menjalani penggambaran sebuah drama baru-baru ini.

Susulan kejadian memalukan itu, pembantu peribadi yang baru hari pertama memulakan tugas bersama Uqasha dipecat serta-merta bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Ketika kejadian saya tertidur dalam kereta sewaktu perjalanan ke lokasi penggambaran, apabila tersedar saya dapati dia (pembantu peribadi) sedang meraba tubuh saya.

"Saya mengenali dia menerusi beberapa orang teman artis yang pernah bekerja bersama dia sebelum ini dan sama sekali tidak menyangka perkara ini terjadi kepada saya.

"Enggan memperbesar-besarkan isu ini, saya terpaksa pecat dia dengan amaran agar tidak melakukan perkara yang sama lagi selepas ini," jelas Uqasha.

Di sebalik tirai perkahwinan Byung-hun, Min-jung

Posted:

Di sebalik tirai perkahwinan Byung-hun, Min-jung

Di sebalik tirai perkahwinan Byung-hun, Min-jung


SELEPAS berkahwin, pasangan pengantin ini menetap di kediaman baharu mereka di Gwangju.


"SEBAGAI pelakon, saya banyak belajar daripada dia," ujar aktres jelita Korea Selatan, Lee Min-jung tentang suaminya, aktor kacak, Lee Byung-hun yang dikahwininya pada 10 Ogos lalu.

Menerusi temu bual secara eksklusif bersama majalah Elle untuk edisi September itu, Min-jung turut bercerita tentang kisah di sebalik tirai perkahwinannya itu.

Min-jung mengakui bahawa dia kurang gembira selepas membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Byun-hun dalam temu bual bersama majalah yang sama tetapi untuk edisi Ogos.

"Saya akui tidak faham kenapa perlu membuat lamaran terhadap bakal isteri saya sebelum kami berkahwin," ujar Byun-hun dalam temu bual tersebut.

Namun tegas Min-jung, dia terharu apabila Byung-hun membuat lamaran di hadapan keluarganya yang berjaya menyentuh hati dan perasaannya.

"Saya dapat rasakan perasaan dan isi hatinya yang penuh ikhlas ketika dia melamar saya. Saya tidak dapat menahan diri daripada mengalirkan air mata terharu," ungkapnya.

Menerusi Elle edisi September itu, temu bual bersama Min-jung akan turut dihiasi dengan foto-foto menarik sekitar perkahwinannya dengan Byung-hun itu.

Pada sidang akhbar majlis perkahwinannya sebelum ini yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Seoul, Byun-hun mengakui dia tidak banyak masa untuk membuat persiapan bagi majlis perkahwinannya yang dihadiri kira-kira 900 orang tetamu itu.

Ia adalah ekoran dirinya yang sibuk dengan jadual promosi filem Hollywood terbaharu lakonannya, Red 2 serta komitmennya untuk filem lakonannya selepas ini iaitu Memories of the Sword.

Namun, Byun-hun berikrar akan menjadi suami yang setia kepada Min-jung.

"Saya akan setia hanya kepada Min-jung seorang," ujarnya yang berbulan madu bersama isterinya itu di kepulauan Maldives.

Sementara ulas Min-jung: " (Selepas berkahwin) saya dan suami akan berpindah ke kediaman baharu kami di Gwangju yang terletak di Daerah Gyeonggi."

Apabila ditanya tentang bilangan bakal anak mereka, Min-jung sekadar berkata: "Saya dan Byung-hun belum berbincang tentang bilangan anak.

"Namun, ia merupakan suatu kurniaan yang tidak terhingga sekiranya kami dikurniakan zuriat, tidak kira berapa bilangannya."

Afiq tak jejaskan produksi Zaiton

Posted:

Afiq tak jejaskan produksi Zaiton

Afiq tak jejaskan produksi Zaiton

Oleh HARYATI KARIM

DI SEBALIK kontroversi perselisihan faham Afiq dengan ibunya, dia kekal menjadi artis residen syarikat produksi milik Zaiton, Global Station.


SELEPAS berjaya dengan drama bersiri Adam & Hawa, penerbit drama Datin Zaiton Mohd. Jiwa menerusi syarikat produksinya, Global Station bakal menerbitkan sekuel Adam & Hawa versi filem.

Menurutnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitrinya baru-baru ini, sekuel tersebut dibikin daripada novel terbaharu Adam & Hawa dan bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.

"Ingin saya tekankan Adam & Hawa versi filem merupakan sambungan daripada drama bersiri Adam & Hawa kerana pihak produksi mengambil jalan cerita daripada novel terbaharu Adam & Hawa.

"Pelakon utamanya masih dikekalkan orang yang sama, cuma saya masih mencari pelakon pembantu yang sesuai," tuturnya.

Ujarnya, selain filem Adam & Hawa, Global Station juga sibuk dengan proses terakhir filem Manisnya Cinta yang juga diadaptasi daripada novel popular.

Filem arahan Bernard Chauly itu menelan belanja sebanyak RM1.5 juta dan menjalani penggambaran di Turki meskipun latar dalam novel itu adalah Mesir.

"Kalau ikutkan dalam novel itu, latarnya adalah bumi Mesir tetapi waktu itu Mesir sedang bergolak, jadi kami dinasihatkan oleh pihak kedutaan supaya mencari lokasi lain yang lebih selamat.

"Selepas berfikir, kami memilih Turki kerana banyak tempat menarik di sana selain proses penggambaran berjalan lebih mudah," kata Zaiton tentang filem lakonan Fazura dan Shaheizy Sam itu.

Tidak hanya filem, Global Station juga bakal memulakan penggambaran drama 13 episod yang berjudul Projek Memikat Suami.

Jelas Zaiton, pihaknya bukan tidak mempunyai idea baharu dan mengambil jalan pintas dengan mengadaptasi naskhah daripada novel popular, namun sebagai penerbit, dia melihat perkara itu merupakan trend yang diminati penonton.

"Sebagai penerbit saya juga tidak mahu rugi, tambahan pula naskhah yang diangkat daripada novel mempunyai pengikut yang ramai.

BAKAL dapat menantu. Zaiton di samping anaknya, Zetty Adila.


"Tugas saya sebagai penerbit ialah memilih naskhah yang benar-benar sesuai untuk diadaptasi ke drama mahupun filem.

"Bukan semua novel sesuai kerana durasi drama dan filem lebih singkat daripada membaca sebuah novel," tegasnya.

Dalam pada itu, Zaiton turut ditebak tentang kedudukan artis residen Global Station, Afiq Muiz yang mencetuskan kontroversi apabila berselisih faham dengan ibunya sendiri.

Ulas Zaiton, meskipun Afiq terlibat dengan kontroversi tersebut tetapi sehingga bulan Februari tahun hadapan, pelakon muda itu masih kekal menjadi artis residen Global Station mengikut kontrak yang telah ditandatangani.

"Mengikut kontrak, Afiq masih sah sebagai artis residen. Sejak kontroversi tersebut, memang kerjaya Afiq agak perlahan tetapi kami tidak ada sebarang masalah dengannya.

"Jika pihak stesen televisyen membenarkan Afiq muncul di layar kaca, dia akan terlibat dengan drama-drama seperti biasa," tuturnya.

Meskipun begitu, Zaiton menjelaskan produksinya langsung tidak terjejas dengan kontroversi yang melanda Afiq.

"Saya memilih Afiq untuk menjadi artis residen syarikat kerana merasakan dia mempunyai potensi yang besar.

"Lagipun dia sudah terlibat dengan beberapa buah drama terbitan Global Station. Disiplinnya juga bagus.

"Kontrak ditandatangani sebelum kontroversi tercetus, saya sendiri tidak menjangkakan perkara sedemikian akan berlaku.

"Apa yang saya harapkan dia dapat selesaikan masalahnya secepat mungkin," katanya.

Selain rumah terbuka, pada hari yang sama, Zaiton yang juga kakak ipar kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza itu turut mengadakan majlis pertunangan anak perempuannya Zetty Adila, 27, dengan pasangannya Dziya Syazwan, 28, yang diadakan di kediamannya di Ampang, Selangor.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved