Jumaat, 16 Ogos 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pilih untuk beraya secara sederhana

Posted:

Pilih untuk beraya secara sederhana

Pilih untuk beraya secara sederhana

ORANG Malaysia tinggal di rimba. Itulah bayangan yang bermain-main dalam fikiran wanita Jepun, Eriko Mariam Motoyama, 49, tatkala suaminya, Abd. Razak Baharom, 54, mengajak beliau berhijrah ke Malaysia kira-kira 19 tahun lalu.

Beg pakaian yang dibawa dipenuhi baju-T dan seluar yang dirasakan sesuai untuk memudahkan pergerakannya di persekitaran rimba. Namun, pandangannya berubah 360 darjah sebaik sahaja melangkah kaki ke negara ini.

Semua itu terjadi gara-gara buku rujukan berkaitan Malaysia yang dibelinya ketika menetap di Amerika Syarikat (AS) hanya berkisar mengenai hutan di Kepulauan Borneo.

Wanita yang lincah berbicara dalam dialek bahasa Inggeris AS itu tidak langsung kedengaran bertutur dalam pelat Jepun, malah boleh berbahasa Malaysia.

Eriko mengakui bahawa dia kini semakin sebati dengan gaya hidup rakyat Malaysia.

Dia yang ditemui di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Selangor, baru-baru ini menceritakan keterujaannya menyambut lebaran bersama suami dan anak-anak di bumi bertuah ini.


NADIA menyuapkan sushi kepada neneknya, Emon Ibrahim, 75, sambil diperhatikan oleh Abdul Razak, Eriko dan Nur Elisa.


"Ikatan kekeluargaan menjadi semakin erat pada Hari Raya Aidilfitri kerana ketika itulah semua anggota keluarga yang jauh dan dekat dapat berkumpul dan bertanya khabar.

"Kemesraan ini agak berbeza daripada amalan masyarakat di Jepun. Ikatan kekeluargaan di sana tidak serapat penduduk di negara ini," katanya yang dilahirkan di Pulau Kagoshima, Jepun.

Wanita yang mempunyai tiga anak perempuan iaitu Norlina, 20, Nadia, 17, dan Nur Elisa, 15, itu merupakan Pengarah Program di sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memerhati pergerakan cerun di negara ini.

Hidangan sushi

Darah Jepun yang mengalir dalam dirinya masih menebal dan jelas kelihatan melalui hidangan sushi yang disediakan bersama juadah-juadah enak lain pada pagi raya.

Pengalaman balik ke kampung suami di Johor Bahru, Johor pada musim perayaan juga dianggap antara kenangan manis sepanjang hidupnya di Malaysia.

Mereka sekeluarga sering berkonvoi bersama saudara-mara lain dan menjadi satu kemestian untuk singgah di gerai durian dan ikan bakar di negeri tersebut sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, sejak nenek suaminya meninggal dunia, mereka hanya menyambut lebaran di sekitar Lembah Klang.

Beraya di Raub

Pensyarah Penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (Ipsas) di Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Steven Eric Krauss atau nama Islamnya Abdul Lateef Abdullah, 41, memberitahu, beliau sudah 12 tahun menyambut lebaran di Malaysia sejak berpindah ke negara ini.

Setiap tahun sambutan itu diraikan di kampung isterinya di Raub, Pahang.

"Kami sekeluarga akan berkumpul beramai-ramai dan memasak hidangan seperti kuah kacang, rendang dan lemang pada malam raya.

"Seperti Muslim yang lain, saya tidak terkecuali membeli kopiah dan baju Melayu baharu untuk menyambut Syawal. Tetapi tumpuan persiapan dilebihkan kepada anak-anak," ujarnya yang mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Mariam, 11, dan Adam, 7.

Tambahnya, pengalaman beraya yang tidak dapat dilupakannya adalah pada lebaran tahun lalu. Seramai 30 anggota keluarga telah diserang sakit perut yang sangat teruk ketika berada di Raub.

Mereka semua terpaksa berehat di rumah sehingga hari ketiga Syawal. Kejadian tersebut menghairankan mereka kerana ia bukan disebabkan oleh keracunan makanan.


KEMERIAHAN kanak-kanak Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri di Amerika Syarikat.


Perspektif berbeza

Menceritakan pandangan beliau mengenai sambutan Ramadan dan Syawal di Malaysia, Abdul Lateef berkata, beliau berpeluang melihat umat Islam di negara ini berpuasa secara bersederhana dan melakukan ibadat-ibadat sunat pada bulan Ramadan.

"Namun, suasana tersebut berlainan sewaktu tibanya Syawal. Ini kerana bagi pendapat saya, rakyat Malaysia meraikannya secara berlebihan sehingga berlaku pembaziran makanan," jelasnya.

Lelaki yang berasal dari Florida, AS itu sempat berkongsi kisah di sebalik pengislamannya pada tahun 1999.

Beliau mengucap dua kalimah syahadah ketika meneruskan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Columbia, New York.

Minatnya yang mendalam terhadap seni mempertahankan diri menemukannya dengan seorang guru silat di sana.

Hubungan akrab bersama Sulaiman Sharif itu kemudian memberi ruang kepada Abdul Lateef untuk mempelajari ilmu Islam dan mengambil keputusan untuk bergelar seorang Muslim. Beliau memeluk Islam kira-kira setahun setengah kemudian.

Pengajaran di Sudan

Sementara itu, tenaga pengajar latihan penerbangan di Western Aviation Services Sdn. Bhd., David Sheridan Leyman (Ahmad Sharifuddin Leyman), 70, meraikan lebaran secara sederhana kerana pengalaman ketika berkhidmat di Sudan pada tahun 1999 banyak mengajarnya tentang nilai sehidang makanan.


ERIKO (dua dari kanan) menghidangkan sushi kepada suami dan anak-anaknya pada pagi Syawal baru-baru ini.


"Rakyat Sudan bukan sahaja tiada makanan untuk dijamah, malah mereka tiada apa-apa di sana. Setiap hari rakyat Sudan berharap akan ada orang datang menyumbangkan makanan untuk mengalas perut mereka daripada merasai keperitan kebuluran.

"Bukan seperti kita di sini (Malaysia) yang boleh membuat pilihan tentang apa yang ingin dimakan pada hari itu.

"Pengalaman itu membuatkan kami sekeluarga benci pada pembaziran dan melakukan persiapan Aidilfitri secara ala kadar," jelasnya yang sudah banyak menjelajah dunia sepanjang 50 tahun berkhidmat sebagai tentera udara.

Tambah Leyman, keputusan terbaik yang pernah dilakukan dalam hidupnya ialah berhijrah ke Malaysia sejak 20 tahun lalu kerana di negara ini dia telah memeluk agama Islam.

Dia juga berjaya mengajak arwah ibunya, Beatrice Leyman untuk mengikut jejaknya memeluk Islam pada usia ibunya menjangkau 93 tahun.

Ahmad Sharifuddin berusaha memujuk ibu tercinta selama 10 tahun dan selepas genap setahun pengislaman Beatrice, dia menghembuskan nafas terakhir di negara ini. Mereka berdua berasal dari East Budleigh, Salterton di Scotland.

Seluruh dunia kepanasan

Posted:

Seluruh dunia kepanasan

Seluruh dunia kepanasan


SEORANG kanak-kanak bermain air pancut berhampiran Silver Spring di Maryland, Amerika Syarikat.


SAMA ada kita sedar atau tidak, gelombang suhu panas akibat pemanasan global nampaknya sedang melanda seluruh dunia.

Beberapa negara dilaporkan melalui suhu panas berpanjangan seperti di Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Penduduk Eropah misalnya, berhadapan cuaca panas luar biasa untuk bulan kedua berturut-turut sejak Julai lalu, sekali gus meningkatkan kadar penggunaan tenaga di rantau itu.

Di Jerman, suhu negara itu meningkat sebanyak 8 darjah Celcius pada 1 Ogos lalu berbanding sebelumnya.

Manakala sesetengah kawasan di United Kingdom mencatatkan suhu sehingga 32 darjah Celcius, tahap tertinggi yang pernah dicatatkan sepanjang tahun ini.


PENDUDUK Eropah berhadapan dengan cuaca panas luar biasa sejak Julai lalu.


Pakar-pakar meteorologi berpendapat, fenomena cuaca panas melampau akan berterusan di seluruh Eropah sepanjang bulan ini sebelum beransur-ansur berkurangan seperti sediakala.

"Antara punca utama gelombang panas di Eropah ialah pemanasan suhu permukaan laut merentasi seluruh Atlantik Utara," kata Bradley Harvey, ahli meteorologi di MDA Information Systems Inc. yang berpangkalan di Gaithersburg, Maryland, AS.

Bagi penduduk di negara-negara terlibat, kehadiran musim panas ini dimanfaatkan sebaik mungkin dengan pelbagai aktiviti menarik bersama teman atau keluarga.


PENDUDUK Tokyo, Jepun membanjiri taman tema air Yomiuri Land Water Amusement Island.


Justeru, tidak hairanlah apabila banyak kawasan tumpuan seperti pantai, taman rekreasi dan kolam air pancut sesak dengan pengunjung.

Ada yang bersantai, bermandi-manda dan tidak kurang juga berjemur sambil menikmati pancaran terik matahari.

Selain manusia, suhu panas turut memberi kesan kepada haiwan di zoo.

Haiwan seperti anjing laut, penguin dan burung flamingo enggan berganjak dari kolam kerana mahu terus menyejukkan badan.

Beberapa pihak pengurusan zoo juga menyediakan ketulan ais yang dibekukan bersama buah-buahan untuk diberikan kepada haiwan di bawah jagaan mereka bagi mengelak berlakunya penyahhidratan sepangang musim panas ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Jamuan Hari Raya Aidilfitri ADUN Lumadan meriah

Posted:

Jamuan Hari Raya Aidilfitri ADUN Lumadan meriah

Jamuan Hari Raya Aidilfitri ADUN Lumadan meriah


KAMARLIN (lima dari kanan) bergambar bersama tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri ADUN Lumadan di Kampung Gadong, Beaufort baru-baru ini.


MERIAH. Ribuan pengunjung memeriahkan majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Kamarlin Ombi di kediamannya di Kampung Gadong, Beaufort, Sabah baru-baru ini.

Kemeriahan majlis itu terserlah apabila pengunjung termasuk kaum Cina, Kadayan dan Dusun mengambil kesempatan bertemu dan beramah-mesra.

Antara makanan yang dihidangkan ialah kelupis, burasak, rendang ayam dan daging serta kuih-muih tradisional.

Hadir sama menyerikan majlis tersebut adalah ADUN Kuala Penyu, Limus Juri dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih.

Menteri Besar Johor anjur rumah terbuka kali kedua

Posted:

Menteri Besar Johor anjur rumah terbuka kali kedua

Menteri Besar Johor anjur rumah terbuka kali kedua


MOHAMED KHALED (kiri) menyambut kedatangan tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka beliau di Stadium Tertutup MPPG, Pasir Gudang baru-baru ini.


MERIAH. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut tidak ketinggalan menganjurkan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Johor baru-baru ini.

Ia merupakan rumah terbuka kedua Mohamed Khaled sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini selepas menganjurkan rumah terbuka di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana, Johor Bahru pada hari raya pertama.

Menurut Mohamed Khaled, rumah terbuka terbabit diadakan bagi menghargai penduduk Johor terutamanya di Pasir Gudang yang sentiasa memberi sokongan kepada beliau selain untuk merapatkan hubungan dengan rakyat.

Pada majlis tersebut, pelbagai juadah tradisi Johor disediakan antaranya nasi beriani, soto, mi rebus, laksa johor, ketupat dan rendang istimewa.

Muip hulur bantuan Aidilfitri kepada golongan mualaf

Posted:

Muip hulur bantuan Aidilfitri kepada golongan mualaf

Muip hulur bantuan Aidilfitri kepada golongan mualaf


WAN ABDUL WAHID (berdiri di kanan) menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada masyarakat Orang Asli di Pekan baru-baru ini.


BANTU MUALAF. Seramai 389 mualaf dalam kalangan masyarakat Orang Asli di daerah Pekan dibantu Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di Pekan baru-baru ini.

Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, bantuan tersebut bagi menceriakan masyarakat itu yang baru memeluk Islam selain membantu mereka melakukan persiapan menyambut Aidilfitri.

Pada majlis berkenaan, golongan mualaf tersebut serta keluarga miskin di kawasan Parlimen Pekan menerima bantuan wang tunai serta barang keperluan.

Wan Abdul Wahid menambah, masyarakat Orang Asli yang memeluk Islam tergolong dalam kumpulan asnaf dan layak menerima bantuan Baitulmal setiap bulan bagi tempoh minimum tujuh tahun.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Jelmaan model sedan Concept G4

Posted:

Jelmaan model sedan Concept G4

Jelmaan model sedan Concept G4

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

NISSAN ALMERA merupakan salah satu contoh terbaik bagaimana pengguna di Malaysia sememangnya mempunyai minat mendalam terhadap kereta jenama Jepun, tetapi ditawarkan pada harga boleh dikategorikan sebagai mampu milik. Dalam kes di Malaysia, harga itu berkisar antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit.

Formula itu nyata berjaya apabila ia mendapat sambutan hangat daripada pembeli. Hasilnya, kelibat Almera memang mudah dilihat di atas jalan raya.

Satu lagi jenama Jepun, Mitsubishi, dilihat mahu berkongsi kek pasaran tersebut. Sebelum ini, ia tampil dengan model kompak Mirage. Sedia maklum bahawa kekuatan Mirage terletak pada enjin 1.2 liter yang menjimatkan minyak, reka bentuk kompak dan kualiti pengendalian bagus.

Namun, kereta kompak mungkin bukan untuk semua orang. Pengguna Malaysia sebenarnya lebih gemar kepada sedan. Alasannya, ada tambahan ruang kargo untuk meletak barang jika pulang ke kampung atau pergi bercuti. Sedan juga dianggap lebih sesuai terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga.


DI Malaysia, Attrage terpaksa bersaing dengan sedan lain berkapasiti enjin lebih besar seperti Nissan Almera, Toyota Vios dan Honda City.


Sedar tentang keperluan itu, Mitsubishi membangunkan Attrage yang dibina berasaskan kepada model Mirage. Harus tahu bahawa Attrage bukan sekadar sebuah Mirage yang dipanjangkan dan ditambah dengan but, ia sebenarnya lebih daripada itu.

Attrage membuat debut sewaktu Pameran Motor Bangkok pada Mac lalu dalam bentuk sedan Concept G4. Rakyat Malaysia juga berpeluang melihatnya secara dekat apabila pengedar kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengambil inisiatif untuk mempamerkannya di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur pada Julai lalu.

Boleh dikatakan bahawa penampilan Attrage tidak banyak berbeza dengan Concept G4. Sedan itu nampak moden dengan gril radiator krom bersama logo tiga bentuk berlian di atasnya.

Bagi mengetahui sendiri kualiti pemanduan Attrage, sekumpulan wartawan dibawa oleh pihak MMM ke Thailand. Lebih tepat lagi, ke Litar Bonanza International Speedway yang terletak di Khao Yai, Thailand.

Biarpun tempoh ujian dan jarak litarnya singkat, pandu uji tersebut sedikit sebanyak dapat memberikan impresi pertama bagaimana Attrage beraksi ketika memecut dan mengambil selekoh di atas litar terbabit.

Pengendalian responsif

Lebih menarik lagi, Mitsubishi turut menyediakan beberapa buah model pesaingnya yang dijual di pasaran Thailand seperti Honda Brio Amaze, Nissan Almera dan Toyota Vios untuk dipandu uji. Jadi, dapatlah kami merasai perbezaan karakter pemanduan setiap kereta tersebut.


ENJIN 1.2 liter ini menawarkan kuasa yang secukupnya.


Saya mulakan sesi pandu uji dengan Attrage bertransmisi automatik (CVT). Sebagai mana yang dinyatakan tadi, jarak litar itu agak pendek, tetapi penganjur cuba untuk memanfaatkan setiap incinya dengan membuat beberapa seksyen melibatkan ujian slalom, menukar laluan, membrek, mengambil selekoh dan mendaki bukit.

Ujian slalom dilepasi dengan cemerlang apabila Attrage mampu mengikut maklum balas stereng dengan baik. Memang betul, sterengnya terasa ringan. Tetapi tidaklah sampai anda hilang rasa yakin ketika mengendalikannya. Olengan tubuhnya juga minimum dan terkawal. Jadi, orang yang duduk di kerusi belakang tidak boleh merungut.

Jelas sekali gabungan suspensi topang MacPherson pada roda hadapan dan torsion beam di belakang yang dipasang pada kerangka tegar, dibina menggunakan besi regangan tinggi Attrage dapat berkolaborasi dengan cukup baik.

Sebagai sebuah kereta eco, Attrage hanya mempunyai berat di antara 885 hingga 930 kilogram, paling ringan dalam kelasnya. Ia digerakkan oleh enjin tiga silinder yang sama seperti Mirage iaitu 1.2 liter MIVEC yang dipadankan sama ada dengan kotak gear manual lima kelajuan atau transmisi automatik CVT INVECS-III.


SEDAN ini dijangka memasuki pasaran Malaysia dalam tempoh beberapa bulan lagi.


Kombinasi semua elemen itu membolehkan Attrage memperoleh bacaan penggunaan bahan api mencecah 22 kilometer untuk setiap liter berdasarkan kepada ujian Kitaran Pemanduan Eropah yang Baru (New European Driving Cycle).

Dengan ouput kuasa 78PS dan tork puncak 100Nm, enjin itu masih boleh menggerakkan Attrage secara sewajarnya. Biarpun sesekali, apabila pedal minyak ditekan keras, bunyi enjin dapat didengar dengan jelas dari dalam kabin. Jadi, kalau memandu sedan ini, releks sahaja. Tidak perlu terlalu gelojoh.

Anda akan menghargai kotak gear CVT dengan membiarkan jentera memperoleh momentum kelajuannya sendiri, tidak perlu diperah berlebihan. Dengan cara itu, pemandu akan dapat merasai kelancarannya.

Lagipun, harus ingat bahawa ini ialah kereta bandar yang sifatnya lebih enak dipandu dalam persekitaran urban dengan jarak tidak terlalu jauh. Bukannya memecut di atas litar dan 'menguji' setiap selekoh yang ada.

Varian Attrage

Seperti diduga, ia memerlukan sedikit usaha untuk mendaki. Namun, tidak perlu bimbang, Attrage tidaklah semput walaupun ia mengambil sedikit masa untuk melunaskan tugas tersebut.

Bertukar kepada varian manual, kuasa enjinnya terasa lebih hidup. Penukaran gear dapat dibuat dengan lancar dan kuasa boleh diesktrak secara lebih pantas. Aspek lain, ia tidak jauh berbeza dengan varian automatik. Selain daripada kekurangan jumlah aksesori yang boleh dilihat dengan ketara.

Menyentuh tentang aspek dalaman Attrage, ia berbeza berdasarkan variannya. Versi paling mewah hadir dengan tempat duduk bersalut kulit, pendingin hawa automatik, kemasan krom pada butang kawalan audio, kamera pandang belakang serta paparan skrin sentuh bersaiz 6.5 inci lengkap dengan navigasi, pemain DVD, MP3, Bluetooth dan USB.

Ia juga dilengkapi cermin sisi boleh lipat, kemasan dalaman berwarna hitam, paparan multi-info dan sistem kemasukan tanpa kunci untuk kebanyakan variannya. Dari segi sistem keselamatan pula, Attrage dipasang dengan beg udara, serta sistem brek ABS bersama EBD sebagai ciri standard.

Pendek kata, Attrage masih sebuah sedan segmen B yang seronok dan mudah dipandu. Cuma, mungkin ada yang skeptikal dengan enjin 1.2 liter itu. Tetapi, saya cadangkan supaya pandu uji dahulu dan buatlah penilaian yang adil. Enjin tersebut tidak direka untuk membolehkan anda meninggalkan semua orang di lampu isyarat.

Sebaliknya, enjin MIVEC yang dipadankan dengan kotak gear automatik CVT atau manual, ruang kabin luas dan kualiti pengendalian bagus sememangnya boleh menjadikan Attrage sebagai sebuah sedan bandar yang ideal untuk semua.

Saya membangkitkan isu kapasiti enjin kerana berbeza dengan pasaran Thailand, Attrage terpaksa bersaing secara berdepan dengan Nissan Almera yang menggunakan enjin 1.5 liter. Secara tidak langsung, sedan itu juga perlu mengekang asakan daripada Toyota Vios dan Honda City yang dipasang dengan enjin berkapasiti sama.

Attrage dihasilkan di kilang Mitsubishi di Kawasan Perindustrian Laem Chabang di wilayah Chonburi, Thailand. Dari segi versi yang akan dibawa ke pasaran Malaysia, tidak mustahil MMM akan mengikut formula Mirage seperti varian GL M/T, GL CVT dan GS CVT. Varian-varian itu dibezakan oleh pilihan transmisi dan aksesori yang ada padanya.

Dibina untuk kepuasan

Posted:

Dibina untuk kepuasan

Dibina untuk kepuasan

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my


PROFIL tayar lebar pada kedua-dua roda membolehkan anda mengambil selekoh dengan mudah.


MAJORITI generasi muda masa kini mempunyai perspektif berbeza terhadap motosikal. Apa yang pasti, ia bukan sekadar satu bentuk sistem pengangkutan.

Motosikal sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup. Rata-rata pemilik muda mahu keseronokan daripada jentera mereka.

Daripada aktiviti kembara sehingga aksi lagak ngeri, masing-masing ada minat dan kecenderungan tersendiri.

Trend itu menjadi antara penyumbang kepada pertumbuhan segmen motard di Malaysia sejak beberapa tahun lalu. Kelibat jentera motard semakin nyata di jalan raya bandar.

Motard diklasifikasikan sebagai sebuah jentera off-road tetapi dilengkapi tayar untuk kegunaan atas jalan raya biasa. Perubahan lain melibatkan penggunaan saiz rim yang sama pada kedua-dua roda.

Itu perbezaan utama jika dibandingkan dengan motosikal off-road. Kolum ini kali ini mengetengahkan sebuah jentera motard keluaran Kawasaki Malaysia yang memasuki pasaran tempatan sejak awal tahun 2011.

Produk yang dimaksudkan ialah D-Tracker X. Ia merupakan produk pemasangan tempatan daripada kilang Kawasaki Malaysia yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Jentera itu ialah model generasi kedua yang sudah melepasi fasa naik taraf, melibatkan peralihan sistem penyampaian bahan api dan perubahan reka bentuk minimum.

D-Tracker X memperoleh kuasa daripada rangkaian kuasa enjin silinder tunggal DOHC dan sistem transmisi manual enam kelajuan. Kepanasan enjin dikawal dengan adanya sistem penyejukan cecair.


LAMPU hadapan menawarkan prestasi cemerlang sewaktu tunggangan malam.


Keseronokan di selekoh

Jika anda inginkan kelajuan, ini bukan jentera yang dicari. Kelajuan tertinggi yang sempat dicapai hanya sekitar 140 kilometer sejam (kmj).

Pada kelajuan itu, kestabilan jentera yang agak berusia itu sedikit terjejas apabila roda belakang mula membuang ketika menyusuri Lebuhraya Sungai Besi.

Ia mungkin terjadi disebabkan talaan penyerap hentak belakang yang tidak serasi dengan berat badan saya.

Turut menyumbang pada situasi itu adalah jenis tayar yang digunakan. D-Tracker dipasang rim berukuran 17 inci.

Semua kesan hentakan berjaya diserap dengan cemerlang oleh fork hadapan dan suspensi tunggal belakang. Pelana jentera itu didapati sedikit keras, namun tidak membuatkan punggung terasa kebas.

Ujian di Genting Highlands berjaya menzahirkan keseronokan tunggangan sebenar Kawasaki D-Tracker X.

Jentera itu mudah mengharungi setiap selekoh sewaktu mendaki biarpun kelajuan tunggangan mula melepasi paras 100kmj.

Tayar lebar pada kedua-dua roda membolehkan motosikal melayan selekoh tajam tanpa rasa gusar. Brek cakera pada kedua-dua roda tidak menghampakan apabila brek mengejut diperlukan.

Untuk merasai kuasa tarikan, anda perlu pantas bermain klac dan menukar gear. Ini antara keseronokan jentera kelas 250cc di laluan berselekoh.


GENERASI kedua D-Tracker dipasangdi kilang Kawasaki Malaysia yang terletak di Shah Alam, Selangor.


Di Lebuh Raya Karak, D-Tracker agak stabil pada kadar kelajuan 130 hingga 140kmj. Cuma kesan angin menjejaskan prestasinya.

Berhubung soal penggunaan bahan api, satu tangki penuh membolehkan saya mencapai jarak tunggangan sejauh 186km sebelum meter memaparkan tanda peringatan. Catatan itu termasuk ujian naik turun Genting Highlands.

Satu kekurangan model ini adalah petunjuk status bahan api. Ia masih tiada meter minyak. Biarpun begitu, paparan isyarat bekalan tangki semakin rendah tetap disediakan pada panel meter.

Kawasaki D-Tracker X dijual pada harga asas RM23,799 seunit (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Jaminan diberikan adalah selama satu tahun atau jarak perbatuan 10,000km (mana-mana tiba dahulu).

Beraya di Kuala Lumpur dengan Jazz Hybrid

Posted:

Beraya di Kuala Lumpur dengan Jazz Hybrid

Beraya di Kuala Lumpur dengan Jazz Hybrid

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN



KALI ini, suasana Hari Raya Aidilfitri saya sedikit berbeza. Selepas hampir lapan tahun berkhidmat di akhbar Kosmo! Inilah kali pertama saya terpaksa bertugas dan menyambut hari raya di Kuala Lumpur.

Biarpun agak sedih pada awalnya, perasaan itu pantas hilang memandangkan ramai juga rakan yang tidak pulang ke kampung, selain ada dalam kalangan mereka yang memang orang Kuala Lumpur dan Selangor. Jadi, walaupun tidak berpeluang pulang beraya ke kampung di Kuantan, Pahang, saya masih ada lokasi untuk berhari raya.

Cuti Aidilfitri (sehari sahaja) dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengunjungi beberapa buah rumah rakan di sekitar Lembah Klang. Lebih menarik lagi, tahun ini saya ditemani oleh Honda Jazz Hybrid CKD. Saya kata menarik kerana jentera hibrid itu memang ideal untuk warga bandar.

Jimat Minyak

Kenapa? Alasannya mudah. Jazz Hybrid CKD menawarkan penjimatan bahan api yang sangat memuaskan. Selepas puas meronda selama lebih seminggu, saya langsung tidak perlu mengisi minyak. Malah, ketika kereta itu dipulangkan, meter bacaan menunjukkan perjalanan yang boleh diharungi masih berbaki lebih 90 kilometer. Bagus bukan?

Jazz Hybrid CKD dilengkapi enjin 1.3L i-VTEC yang dipadankan bersama sistem hibrid Integrated Motor Assist (IMA). Walaupun cuma berkapasiti 1.3 liter, anda tidak akan rasa ia seperti kehilangan kuasa. Terima kasih kepada kuasa tork yang boleh diperoleh ketika rpm rendah. Ini membuatkan perjalanan di bandar tidak menjemukan.


RUANG kabin Honda Jazz Hybrid mengetengahkan rekaan moden dan kemas.


Penjimatan minyak bukanlah satu-satunya faktor yang membuatkan jentera itu menyerlah. Sejak sekian lama, Jazz dikenali dengan rekaan tempat duduknya yang pintar. Dikenali sebagai Ultra Seat, ia boleh dilipat dalam beberapa konfigurasi untuk kegunaan pemandu.

Apabila kerusi dilipat rata, ruang kargonya meningkat kepada 831 liter. Jadi, kalau setakat hendak membawa buluh lemang atau hamper hari raya memang tidak ada masalah.

Bagi membezakannya dengan versi petrol, penampilan jentera kompak itu diserlahkan menerusi beberapa komponen. Antaranya ialah gril krom dengan reflektor berwarna biru, kemasan belakang krom, lampu belakang LED berwarna biru dan rim aloi bersaiz 15 inci. Pendek kata Jazz Hybrid CKD terus menekankan aspek reka bentuk yang bersih dan maju sebuah Jazz.

Sebagaimana yang anda tahu, Honda Jazz Hybrid merupakan model hibrid pertama yang dipasang dalam negara. Ia dibina di atas platform Jazz Hybrid (CBU) yang membuat debut di Malaysia pada Mac 2012. Ia dihasilkan di kilang milik Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB) di Pegoh, Melaka. Proses pengeluarannya mengikut piawaian antarabangsa Honda. Jadi, tidak perlu risau dengan kualitinya.

Masuk ke dalam kabin, anda akan berasa Jazz Hybrid CKD seperti begitu luas, walaupun kalau dilihat dari luar ia nampak kompak. Terima kasih kepada rekaan dalaman yang pintar dan cermin utama bersaiz besar.


VERSI hibrid dibezakan dengan lampu belakang LEB dalam perumah berwarna biru.


Papan pemuka ringkas dengan butang kawalan audio dan sistem pendingin hawa automatik. Anda tidak boleh mengawal audio pada stereng. Pelik juga, kerana model lain yang lebih murah pun ada ciri tersebut.

Pengalaman pemanduan ditingkatkan menerusi Multi Information Display (MID) yang memudahkan maklumat diakses. Penunjuk Bantuan Pengecasan (Charge Assist Indicator) dan ECO Assist System yang menarik pula memberi peringatan mengenai gaya pemanduan secara interaktif dan menyeronokkan.

Lampu latar latar akan berubah warna daripada hijau menjadi hijau biru dan biru mengikut gaya pemanduan anda. Warna hijau menandakan anda memandu dengan menjimatkan, begitulah sebaliknya.

Menyentuh mengenai ciri-ciri keselamatan, Jazz Hybrid CKD dilengkapi dua beg udara SRS di bahagian hadapan, Vehicle Stability Assist (VSA), Anti-lock Braking System (ABS), Immobilizer System dan alat pengesan ketika mengundur pada empat penjuru.

Memandangkan ada yang sudah berminat, harga Jazz Hybrid CKD adalah RM94,800 seunit (di atas jalan termasuk insurans).

Sekali lagi, saya ingin katakan bahawa jentera itu wajar dipertimbangkan kerana penjimatan yang mampu ditawarkannya. Apatah lagi ketika poket yang kian kempis selepas berhabis untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Didakwa miliki pistol, peluru

Posted:

Didakwa miliki pistol, peluru

Didakwa miliki pistol, peluru

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my

GAMBAR fail menunjukkan Hussain mati ditembak di luar sebuah tokong Cina di Kuala Lumpur pada 29 Julai lalu.


KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi yang disyaki membawa suspek utama berkaitan kes tembak melibatkan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memiliki pistol dan empat butir peluru.

Chew Siang Chew, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azwarnida Affendi.

Mengikut pertuduhan pertama, suspek didakwa memiliki sepucuk senjata api jenis Walther model PPK/S Cal .9mm Kurz/380ACP bersama satu kelopak Walther Cal .9mm Kurz tanpa lesen.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kondominium Desa Cindaimas, Jalan Sekutu Off Jalan Kuchai Lama di sini pada pukul 5.45 petang 3 Ogos lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 14 tahun dan enam sebatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Suami tak mengaku salah belasah isteri dalam lif hospital

Posted:

Suami tak mengaku salah belasah isteri dalam lif hospital

Suami tak mengaku salah belasah isteri dalam lif hospital

BUKIT MERTAJAM – Kejadian seorang wanita yang dibelasah cukup-cukup di depan dua anaknya ketika berada di dalam lif sebuah hospital swasta Isnin lalu menyaksikan seorang lelaki yang merupakan suaminya didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Bagaimanapun, Mohamad Affandi Ismail (gambar kecil), 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Ariff Mohamad Shariff.

Pegawai veterinar di Jerantut, Pahang itu dituduh menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 36 tahun. Perbuatan tertuduh tersebut dirakam televisyen litar tertutup di dalam lif Hospital KPJ Bandar Perda dekat sini pada pukul 4 petang.

Mohamad Affandi dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Suri rumah dituduh dera, perdagang amah

Posted:

Suri rumah dituduh dera, perdagang amah

Suri rumah dituduh dera, perdagang amah


ENG FONG dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan memperdagangkan dan mendera amah warga Indonesia.

Chai Eng Fong, 40, didakwa di hadapan Hakim Rozina Ayob memperdagangkan mangsa berusia 30 tahun itu bagi maksud eksploitasi sebagai buruh paksa dengan cara menggunakan kekerasan dan paksaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Imigran 2007 yang membawa hukuman penjara 20 tahun atau denda.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Venue final Piala Malaysia berubah

Posted:

Venue final Piala Malaysia berubah

Venue final Piala Malaysia berubah

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

STADIUM Shah Alam bakal menjadi venue aksi final Piala Malaysia pada 3 November depan.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk mengubah venue asal final Piala Malaysia dari Stadium Nasional Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Afandi Hamzah semalam.

Afandi memberitahu, keputusan itu dibuat selepas Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendapat arahan daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk menutup stadium tersebut.

Ia bagi menukar rumput padang selain kerja-kerja pembaikan di stadium itu yang dijangka bermula pada penghujung Oktober ini

"Selepas perbincangan dengan wakil PSM, FAM mengambil keputusan untuk mengubah venue asal perlawanan akhir Piala Malaysia dari Stadium Nasional Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam.

"PSM telah memaklumkan bahawa mereka telah mendapat arahan daripada KBS supaya Stadium Nasional ditutup serta-merta bagi kerja-kerja baik pulih padang.

"PSM juga dalam proses melantik kontraktor dan kerja-kerja pembaikan dijangka bermula pada hujung Oktober atau awal September depan.

"Berdasarkan tempoh tersebut, Stadium Nasional hanya akan kembali dibuka pada Jun tahun depan," kata Afandi pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, imej Malaysia tercalar selepas kelab gergasi Sepanyol, Barcelona memohon untuk menukar venue dari Stadium Nasional Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam dalam aksi persahabatan menentang Harimau Malaya pada 10 Ogos lalu.

Barcelona membuat tindakan itu kerana tidak berpuas hati dengan kualiti padang di stadium yang bernilai RM800 juta itu.

Selain final Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 3 November depan, penutup Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan dua lagi aksi kelayakan Piala Asia 2015 turut akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

Skuad Harimau Malaya dijadual menentang Bahrain dan Qatar, masing-masing pada 15 Oktober dan 19 November depan dalam kempen tersebut.

Dalam perkembangan lain, Afandi mengumumkan peraturan baharu pada saingan Piala Malaysia kali ini berhubung penangguhan atau pembatalan sesuatu perlawanan.

"Perlawanan yang ditangguh atau dibatalkan ekoran masalah cuaca atau bencana alam, ia akan diadakan semula pada keesokan harinya mengikut baki tempoh perlawanan yang ditangguhkan itu.

"Jumlah jaringan (jika ada) serta barisan pemain yang sama juga akan dikekalkan. Jika ada pemain yang menerima kad, ia akan dibawa pada perlawanan yang disambung semula itu.

"Berdasarkan peraturan sebelum ini, mana-mana perlawanan tertangguh akan dimainkan semula dalam tempoh sepenuh masa iaitu 90 minit.

"Jika perlawanan itu tidak dapat diteruskan, ia akan diadakan semula pada keesokan hari atau tarikh lain," jelas Afandi lagi.

Dua tempat masih jadi rebutan

Posted:

Dua tempat masih jadi rebutan

Dua tempat masih jadi rebutan

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


REVINGTON (tengah) kini giat memperkemaskan skuad hoki negara sebagai persiapan menghadapi Piala Asia 2013 di Ipoh, Perak minggu depan.


TIGA pemain akan mengharungi fasa terakhir sesi pemilihan bagi mengisi dua lagi kekosongan dalam skuad hoki negara menjelang kempen Piala Asia 2013 di Ipoh, Perak minggu depan.

Ketua jurulatih negara, Paul Revington semalam mengumumkan pemain pertahanan, Azreen Rizal Nasir, Jivan Mohan (perancang) dan Muhammad Ramadan Rosli (penyerang) sebagai tiga pelatih yang bakal merebut dua slot terakhir itu daripada senarai penuh 18 pemain.

Selepas mengendalikan kem latihan selama lima hari di Ipoh, Revington memutuskan untuk menamakan dua pemain terbabit sebaik sahaja selesai aksi pemanas badan pertama menentang India pada 21 Ogos ini.

"Kami telah menjalani kem latihan di Ipoh di mana kesemua 23 pelatih telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan bekerja keras.

"Kita akan beraksi di tempat sendiri, jadi kelebihan ini akan digunakan sepenuhnya dengan mengumumkan dua pemain terakhir dalam skuad Piala Asia selewat yang mungkin.

"Nama kedua-dua pemain ini akan diumumkan selepas kami melengkapkan aksi menentang India," jelas Revington semalam.

Dua minggu lalu, jurulatih kelahiran Afrika Selatan itu telah mengumumkan 16 pemain yang mana kesemuanya beraksi pada saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru.

Namun, beliau meninggalkan dua lagi tempat untuk direbut lapan pelatih lain yang mana salah satu daripada slot tersebut adalah tempat mendiang Chua Boon Huat yang meninggal dunia awal bulan ini.

Piala Asia 2013 yang akan berlangsung pada 24 Ogos hingga 1 September depan bakal menawarkan satu slot ke Piala Dunia 2014 di Belanda kepada pasukan yang bergelar juara.

Pada kempen kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Pakistan, Taiwan dan Jepun manakala Kumpulan B menampilkan pasukan Korea Selatan, India, Bangladesh dan Oman.

"Sasaran kita tetap sama seperti mana-mana kejohanan sebelum ini iaitu muncul juara.

"Cuma di Ipoh nanti, tugasannya lebih penting kerana seperti yang kita tahu Piala Asia turut menyediakan satu slot automatik ke Piala Dunia kepada pasukan juara.

"Selepas kegagalan di Johor Bahru, saya rasa ini adalah peluang terakhir kita untuk melakukannya tanpa perlu bergantung kepada mana-mana keputusan kejohanan di peringkat benua lain," kata Revington lagi.

Pelajari pengalaman di Guangzhou

Posted:

Pelajari pengalaman di Guangzhou

Pelajari pengalaman di Guangzhou

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

CHONG WEI


JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei berharap dua lagi pemain perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng dan Liew Daren menimba pengalaman berharga pada Kejohanan Badminton Dunia 2013 yang berakhir Ahad lalu.

Kedua-dua pemain berusia 26 tahun itu mempamerkan aksi yang masih boleh dibanggakan apabila mara hingga ke pusingan ketiga.

Begitupun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila masing-masing terpaksa berdepan dengan dua bintang handalan China, Lin Dan dan Chen Long dalam misi memburu tiket ke suku akhir.

Tatkala Wei Feng terpaksa akur kepada Lin Dan dengan kekalahan 20-22, 10-22, langkah Daren pula disekat Cheng Long yang menang 21-18, 21-15 dalam satu lagi aksi pusingan ketiga.

Bagaimanapun, Chong Wei berkata, pengalaman mereka beraksi kali pertama pada Kejohanan Dunia amat berguna kerana ia akan menjadi pengajaran yang mampu menjadikan Wei Feng dan Daren menjadi pemain lebih baik pada masa akan datang.

"Ini pertama kali mereka berdua beraksi pada Kejohanan Dunia. Jadi, mereka boleh menggunakan pengalaman ini untuk menjadikan permainan mereka lebih baik lagi.

"Mungkin pada suatu hari nanti, mereka pula berpeluang meraih gelaran juara dunia," kata Chong Wei baru-baru ini.

Chong Wei sekali lagi kempunan meraih gelaran juara dunia apabila tumbang di tangan Lin Dan pada aksi final di Gimnasium Tertutup Tianhe, Guangzhou Ahad lalu.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia terus gagal meraih gelaran dunia biarpun kejohanan berprestij itu sudah memasuki edisi ke-20 sejak mula diperkenalkan pada 1977 di Malmo, Sweden.

Berbeza pula dengan Indonesia dengan Thailand yang menunjukkan kebangkitan apabila berjaya menyekat dominasi China selepas merampas tiga daripada lima kejuaraan yang dipertandingkan pada edisi tahun ini.

Indonesia mengungguli acara beregu lelaki dan beregu campuran menerusi gandingan Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan serta Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir.

Thailand pula membuat kejutan menerusi acara perseorangan wanita apabila Ratchanok Intanon menumbangkan pemain No. 1 dunia dari China, Li Xuerui.

Selain Lin Dan yang mengungguli acara perseorangan lelaki, China bernasib baik apabila meraih satu lagi kejuaraan menerusi beregu wanita, Yu Yang-Wang Xiaoli.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jalan raya Pan Borneo siap 93 peratus - Rosnah

Posted:

Jalan raya Pan Borneo siap 93 peratus - Rosnah

Jalan raya Pan Borneo siap 93 peratus - Rosnah

16/08/2013 8:54pm

KOTA KINABALU - Rangkaian jalan raya Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah kini siap 93 peratus dengan selebihnya masih dalam proses pembinaan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Menurut beliau, jalan raya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer bermula dari Sematan di bahagian barat Sarawak melalui bandar raya Kuching, Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Lawas, Kota Kinabalu, Sandakan dan seterusnya ke Tawau, Sabah.

"Keseluruhan jalan raya ini telah berturap dan sepanjang 248.65 kilometer mempunyai tahap empat lorong atau enam lorong manakala bakinya masih ditahap dua lorong, ini tidak termasuk 'missing link' sepanjang 50 kilometer dari Kalabakan, Sabah ke Serudong, Kalimantan yang masih dalam proses pembinaan," katanya pada majlis taklimat media mengenai Jalan Raya Pan Borneo di sini hari ini.

Rosnah berkata, bagi tahun ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM89 juta untuk melaksanakan program membaik pulih Jalan Raya Pan Borneo iaitu RM41.8 juta bagi negeri Sabah dan RM47.2 juta bagi negeri Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. - Bernama

Peraturan baharu AFC: Perlawanan tertangguh dimainkan semula ikut baki masa yang tinggal

Posted:

Peraturan baharu AFC: Perlawanan tertangguh dimainkan semula ikut baki masa yang tinggal

Peraturan baharu AFC: Perlawanan tertangguh dimainkan semula ikut baki masa yang tinggal

16/08/2013 8:52pm

PETALING JAYA - Perlawanan yang ditangguhkan ataupun dibatalkan kerana tidak dapat dielakkan seperti masalah cuaca atau bencana alam akan diadakan semula mengikut baki masa yang tinggal sahaja, menurut Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah berkata peraturan baharu itu dikeluarkan oleh AFC kepada semua anggota gabungannya menerusi surat baru-baru ini.

"Kita (FAM) diminta agar menguatkuasakan peraturan itu dengan serta merta," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini hari ini.

"Ini bermakna perlawanan yang ditunda kerana pelbagai alasan tidak akan diadakan semula sepenuh masa tetapi akan disambung mengikut baki masa yang tinggal dengan jaringan, jumlah kad penalti dan pemain sama dikekalkan," katanya.

Berdasarkan peraturan sebelum ini, mana-mana perlawanan tertangguh akan dimainkan semula dalam tempoh sepenuh masa iaitu 90 minit.

Afandi berkata peraturan baharu itu akan diguna pakai pada kempen Piala Malaysia 2013 yang akan membuka tirai Selasa ini. - Bernama

Kompleks Oceanarium di Jalan Bunga Raya bakal jadi ikon pelancongan baharu Melaka

Posted:

Kompleks Oceanarium di Jalan Bunga Raya bakal jadi ikon pelancongan baharu Melaka

Kompleks Oceanarium di Jalan Bunga Raya bakal jadi ikon pelancongan baharu Melaka

16/08/2013 8:36pm

MELAKA - Melaka bakal mempunyai sebuah ikon pelancongan terbaru dan unik dengan pembinaan Kompleks Oceanarium bernilai RM20 juta di Jalan Bunga Raya Pantai berhampiran Sungai Melaka di sini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron berkata, kompleks tersebut dilengkapi pelbagai ciri unik termasuk terowong akuarium terpanjang di dunia iaitu sepanjang 160 meter, akuarium yang menempatkan terumbu karang sepanjang 30.5 meter, menempatkan lebih daripada 1,000 spesis hidupan laut seperti ikan dan karang.

Katanya, kompleks yang akan dibangunkan tanah seluas 0.4 hektar oleh Kerjaya Hotel Sdn. Bhd. itu dijangka siap sepenuhnya pada November 2014.

"Kompleks ini merupakan antara akuarium hidupan laut terbesar di dunia yang mampu menarik lebih ramai pelancong ke negeri Melaka," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah projek berkenaan di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Kerjaya Prospek Sdn. Bhd. yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kerjaya Prospek Group, Tee Eng Ho.

Beliau berkata, pembangunan Kompleks Oceanarium yang akan dibina bersebelahan bangunan The Shore setinggi 42 tingkat itu (juga dibina Kerjaya Prospek) dilihat bakal mengubah landskap Sungai Melaka sedia ada seterusnya merealisasikan pembangunan fasa kedua sungai berkenaan.

Katanya, pembinaan kompleks berkenaan juga akan melibatkan pembangunan beberapa infrastruktur awam seperti pembinaan jambatan baharu menghubungkan Jalan Bunga Raya Pantai ke Jalan Tun Ali dan Jalan Kilang, pembinaan jeti dan kauter tiket baru bagi Melaka River Cruise serta menaik taraf Stesen Monorail Hang Tuah. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Penyokong Ikhwanul Muslimin serang balas

Posted:

Penyokong Ikhwanul Muslimin serang balas

Penyokong Ikhwanul Muslimin serang balas

KEADAAN masjid Rabaa al-Adawiya yang musnah terbakar selepas pihak tentera mengambil tindakan untuk membersihkan pusat perhimpunan dan menyuraikan penunjuk perasaan yang telah menguasai kawasan tersebut selama berminggu-minggu.- AP


KAHERAH - Keganasan baharu tercetus di Mesir kelmarin apabila penyokong Ikhwanul Muslimin melancarkan serangan balas, sehari selepas tindakan ganas pihak tentera mengosongkan lokasi perhimpunan di dataran masjid Rabaa Al-Adawiya dan beberapa lokasi lain yang meragut sekurang-kurangnya 525 nyawa dan mengundang kritikan antarabangsa.

Mereka yang begitu marah dilaporkan menyerang pondok kawalan di Sinai dan bandar Assiut, menyebabkan dua anggota polis maut.

Penunjuk perasaan turut membakar sebuah pejabat kerajaan di Giza. Di Iskandariah, beratus-ratus penyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi menutup jalan sambil berarak.

Jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad menegaskan, kemarahan kumpulan yang mempunyai jutaan ahli itu sudah di luar kawalan.

"Selepas serangan, tangkapan dan pembunuhan yang kami hadapi, emosi sudah tidak dapat dikawal lagi," katanya.

Ikhwanul Muslimin menggesa pengikutnya supaya berarak bermula dari masjid Al-Iman di Kaherah. Majlis pengebumian mangsa yang terbunuh juga dilihat mampu mencetuskan keganasan baharu untuk beberapa hari akan datang.

Dalam kejadian kelmarin, para penunjuk perasaan bertempur dengan anggota polis dan tentera yang menggunakan jentolak, gas pemedih mata serta peluru hidup untuk mengosongkan lokasi perhimpunan penunjuk perasaan di sini.

Pertempuran kemudian pantas merebak ke Iskandariah dan bandar-bandar lain di seluruh Mesir.

El-Haddad berikrar bahawa demonstrasi akan diteruskan.

"Kami akan meneruskan perjuangan sehingga rampasan kuasa tentera ini dapat ditumbangkan," katanya lagi.

Protes bermula apabila para penunjuk perasaan menuntut kuasa Morsi dikembalikan selepas beliau digulingkan pada 3 Julai lalu. - Agensi

Main mahjung dalam air elak cuaca panas melampau

Posted:

Main mahjung dalam air elak cuaca panas melampau

Main mahjung dalam air elak cuaca panas melampau

SERAMAI empat orang penyelam menyusun strategi ketika bermain mahjung di dalam sebuah kolam renang di Changsha, China.- Agensi


CHANGSHA, China - Keadaan cuaca panas yang melanda China baru-baru ini telah memaksa empat orang penyelam bertindak kreatif dengan bermain mahjung di dasar sebuah kolam renang untuk menyejukkan badan masing-masing, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Keempat-empat penyelam tersebut bertindak demikian ketika suhu panas mula mencecah 41 darjah Celsius pada minggu lalu.

"Bermain mahjung di dalam air hanya untuk bersuka ria. Alasan sebenarnya adalan untuk menyejukkan badan," kata salah seorang penyelam, Zhang Pin di bandar Xiangtan.

Menurutnya, pada kedalaman 5.5 meter, suhu berada pada serendah 24 darjah Celsius dan boleh menjadi lebih sejuk lagi.

Semua penyelam tersebut memakai pakaian renang dan kelengkapan pernafasan semasa menyelam. Mereka juga menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dan bermain mahjung.

Meja dan buah mahjung yang digunakan diperbuat daripada bahan-bahan berat bagi memastikannya tidak terapung. - Agensi

Pelakon Gia Allemand mati gantung diri

Posted:

Pelakon Gia Allemand mati gantung diri

Pelakon Gia Allemand mati gantung diri

NEW ORLEANS - Pelakon Amerika Syarikat dan teman wanita kepada pemain Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA), Ryan Anderson ditemui mati selepas cuba membunuh diri kelmarin, lapor jurucakapnya.

Menurut jurucakapnya, Penelope Jean Hayes, Gia Allemand, 29, (gambar) yang pernah muncul dalam program mencari pasangan, The Bachelor dan Bachelor Pad dibawa ke sebuah hospital di sini selepas dia cuba membunuh diri dengan menggantung diri di rumahnya.

Allemand ditemui oleh Anderson, 25, yang bergegas mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, Allemand disahkan meninggal dunia selepas mesin pembantu hayat terpaksa dihentikan kerana baha- gian otak dan organnya yang lain gagal berfungsi.

Akhbar Daily Mail turut melaporkan, mendiang dikatakan tertekan dengan keretakan hubungannya dengan Anderson sejak kebelakangan ini.

Allemand merupakan seorang penari balet profesional dan pelakon yang memulakan kerjayanya sebagai model untuk iklan bayi, Johnson & Johnson. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Makan secara sederhana

Posted:

Makan secara sederhana

Makan secara sederhana

Oleh NIZHA PERIASWAMY

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri tentunya tidak lengkap tanpa jemputan ke rumah terbuka anjuran kaum keluarga dan sahabat handai.

Bermula dari hari pertama sehingga akhir bulan Syawal, pasti ada sahaja jemputan yang diterima.

Jika tidak pergi, tidak manis pula. Lebih-lebih lagi sebagai orang Timur yang kaya dengan sikap menghargai undangan orang.

Makanan seperti nasi beriani, rendang ayam dan daging, acar, nasi himpit dan ketupat, serunding, kuah kacang, lemang, aneka manisan, biskut, kek, kuih-muih serta minuman manis seperti air sirap dan teh tarik antara pilihan makanan yang biasa disajikan pada majlis berkenaan.

Sungguhpun enak, apa yang membimbangkan menu tersebut tidak mesra diet.

Bagi ibu kepada dua orang anak, Emy Syafinaz Abdul Majid, 32, dari Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, budaya menghadiri rumah terbuka sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Pilih hidang sesuai

Namun, wanita itu merupakan seorang yang peka dalam pemilihan makanan walaupun tuan rumah menyediakan pelbagai jenis hidangan yang menarik dan sedap.

"Saya sedar usia kian meningkat, jadi saya perlu memilih makanan yang hendak dimakan. Bergantung kepada jenis makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah, saya selalunya akan memilih sate, laksa dan mi," katanya.

Walaupun belum berpeluang menganjurkan majlis rumah terbuka sejak mendirikan rumah tangga, Emy Syafinaz mempunyai pengalaman menganjurkan majlis seumpama itu ketika bujang.


EMY SYAFINAZ (kiri) percaya memakan buah-buahan dan sayur-sayuran membantu mengawal pengambilan makanan secara berlebihan.


Pada masa itu, dia dan keluarganya menyediakan makanan seperti soto, laksa Johor, spageti dan pemanis mulut seperti buah tembikai serta kek coklat.

"Tetamu biasanya mencari nasi beriani, ketupat, rendang, sate dan makanan manis serta bersantan. Mereka mungkin kurang selesa jika cuma hidangan sihat seperti makanan panggang atau salad yang disediakan.

"Lagipun makanan yang dianggap sihat ini melibatkan kos yang tinggi khususnya untuk majlis yang besar," ujarnya.

Tambahnya, faktor lain yang turut mempengaruhi jenis hidangan ialah tradisi dan amalan masyarakat sejak berzaman-zaman. Ini termasuk makanan berlauk, masakan bersantan dan berminyak atau manis.

Ketika mengunjungi rumah terbuka, katanya, dia akan memastikan anak dan suami mengambil makanan yang lengkap dengan karbohidrat dan protein, disusuli pengambilan buah-buahan seperti epal atau pisang.

Makan secara sederhana

Dalam pada itu, ahli farmasi rangkaian AEON Wellness, Elisha Teh Hwee Yee, 32, memberitahu, sama ada ketika berbuka puasa, menikmati hidangan harian, kenduri ataupun rumah terbuka, peraturannya hanya satu iaitu memilih makanan dengan penuh kesederhanaan.

"Tidak dinafikan kita tidak dapat mengelakkan diri daripada tergoda dengan makanan yang disajikan tetapi kita harus sedar keperluan tubuh kita," ujarnya.

Oleh itu, Elisha menyarankan individu supaya memilih makanan yang dipanggang dan dikukus di samping memperbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan.

"Sajian manis seperti biskut, kek, puding dan agar-agar pasti ada pada majlis keraian seumpama ini. Namun, saya syorkan agar individu hanya mengambil satu bahagian kecil iaitu sekadar untuk merasa," katanya.


HARI raya tidak semestinya mengenai makanan berlemak, bersantan atau bergoreng kerana terdapat pelbagai alternatif makanan sihat lain.


Minum air

Berkongsi panduan menghalang diri daripada terlebih makan, Elisha berkata, seseorang itu boleh minum dua gelas penuh air kosong sebelum menjamu selera.

Selain itu, katanya, individu juga boleh memulakan hidangan dengan memakan buah-buahan.

"Melalui cara itu, perut kita hampir separuh terisi dan seterusnya mampu mengawal pengambilan makanan," ujarnya.

Beliau menambah, pengambilan air juga menolong proses penghadaman.

Tidak menyangkal makanan tempatan kaya dengan santan, kelapa, gula dan agen kurang sihat, Elisha bagaimanapun berpendapat perancangan makanan yang baik dan pengambilan suplemen mampu membantu individu kekal sihat.

"Ini khususnya dari segi pengambilan suplemen yang berperanan membantu dalam pembersihan, penghadaman dan penyahtoksikan badan," jelasnya.

Justeru itu, beliau mencadangkan pengambilan suplemen yang terdiri daripada enzim, klorofil dan spirulina untuk penyahtoksikan.

Tambahnya, suplemen yang mengandungi serat yang tinggi baik untuk sistem penghadaman, manakala vitamin dan mineral dapat memberikan khasiat yang lengkap.

"Semuanya tertakluk kepada keperluan masing-masing. Bagi wanita, suplemen harian yang harus diamalkan ialah kalsium, minyak ikan dan minyak evening primrose bagi mendapatkan kesihatan yang baik," jelas beliau.

Memaafkan bukan melupakan

Posted:

Memaafkan bukan melupakan

Memaafkan bukan melupakan


MENGALAH tidak bererti anda kalah atau salah, tetapi ia menunjukkan sikap kematangan dengan meminta maaf atas keterlanjuran kata mahupun perbuatan.


JIKA ditanya, sukarkah untuk memaafkan? Saya yakin, jawapannya ialah tidak sesukar melupakannya, betul tak?

Sebabnya, memaafkan boleh disebut dengan mudah walaupun belum pasti maaf yang diucap di bibir itu turut lahir daripada hati. Jika dibanding dengan melupakan, mana mungkin semudah melafaz kata maaf.

Realitinya, manusia yang dianugerahkan akal dan ingatan memang tidak mudah dapat melupakan setiap perkara yang dilalui sepanjang hayatnya.

Setiap detik yang pernah dilalui sama ada manis atau pahit kerap menerjah ingatan. Hatta, jika pernah terlupa, kenangan akan kembali bersemarak jika terusik dek sesuatu keadaan ataupun sebab.

Anda berusaha untuk melupakannya? Tidak perlu berusaha untuk menghapuskan kenangan silam sebab sememangnya kenangan silam itu tidak akan dapat dihapuskan.

Percubaan untuk melupakan sebenarnya tanpa disedari menjadi satu usaha untuk terus mengelakkan kenangan tersebut bersama anda. Minda kita bukannya memori boleh ubah atau boleh padam. Ia akan kekal di situ walau kita tidak inginkan.

Kenangan bermaksud perkara yang telah berlalu, sama ada manis atau pahit. Kenangan tidak mungkin dapat diulang semula. Biarpun fakta kejadiannya sama, sejarah tidak mungkin tercipta buat kali kedua kerana tarikh kejadian tetap berbeza.

Namun, kehidupan sesuatu yang berterusan selagi hayat dikandung badan. Lantas, cara terbaik untuk meneruskan hidup bersama kenangan silam adalah dengan membenarkan minda anda diisi kenangan baharu yang pastinya boleh jadi lebih indah dan membahagiakan, syaratnya, anda sendiri benarkan!

Manusia bukan makhluk yang sempurna. Ketidaksempurnaan memberi makna manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan atau kesalahan.

Rakan anda manusia, musuh anda manusia, pasangan anda manusia, malah anda juga manusia yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.


SALING memaafkan harus ada dalam kehidupan suami isteri bagi memastikan keharmonian rumah tangga. – Gambar hiasan


Lumrah manusia

Mudahnya manusia tersalah (tidak sengaja membuat kesalahan) ialah sesuatu yang pasti. Manusia bersalah pula ialah satu kepastian yang tidak boleh sewenangnya dikeji.

Manusia mengulangi kesalahan yang sama, sememangnya perkara biasa dan jika itu berlaku, ia bukan lagi tersalah tetapi sengaja.

Perkara yang turut menjadi lumrah hari ini ialah ada individu enggan mengakui kesalahan sendiri malah meletakkan kesalahan tersebut kepada orang lain. Ia membuktikan sikap mementingkan diri sendiri.

Namun, mengakui kesilapan dan berusaha memperbaiki diri merupakan sikap yang terpuji malah perlu dicontohi.

Cinta kerap membuatkan manusia terpedaya, nafsu pula membuatkan manusia buta. Kedua-dua keadaan ini cukup untuk menenggelamkan seseorang.

Bezanya sama ada orang tersebut akan terus lemas atau berjaya diselamatkan. Siapa yang menyelamatkan bukan penentu hala tuju masa depannya kerana yang pasti, Allah masih memberinya peluang dan harapan.

Perlu memaafkan

Allah masih membuka pintu taubat buat mereka yang berdosa malah memberi keampunan dan dijanjikan balasan syurga jika benar-benar bertaubat nasuha, sebagai bukti manusia boleh bersalah dan tersalah tetapi masih boleh berubah menjadi hamba-Nya yang soleh dan solehah.

Sekiranya Allah Yang Maha Berkuasa masih mampu mengampunkan dan memberi peluang, lantas kenapa kita sesama manusia enggan memberikan peluang dan harapan yang sama?

Hebatkah anda kerana tidak duduk dalam kasutnya, melakukan kesilapan yang pernah dilakukannya? Akuilah kebenaran, hidup kita ibarat roda, ada ketikanya kita di atas dan ada masanya kita di bawah.

Maafkanlah dan berikan peluang kerana kelak, jika anda di tempat yang sama, akan ada orang lain yang akan memaafkan dan memberi anda peluang yang sama.

Tidak mampu untuk terus memberi peluang setelah peluang diberi masih terus dikhianati?

Jika itu keadaannya, anda masih perlu memaafkan. Memaafkan bukan bererti melupakan. Memaafkan bukan bermaksud memberi peluang.

Memaafkan menjadi petanda kita hamba yang akur kepada-Nya, mengakui ketidaksempurnaan seseorang dan muhasabah diri untuk menginsafi erti satu kesilapan yang disengaja mahupun tidak sengaja.

Maafkanlah walau silapnya sukar diterima. Maafkanlah walau tidak mampu nak berikan peluang seterusnya. Maafkanlah agar tiada lagi sakit hati dan dendam membara, tiada lagi rasa tidak tenang dan tidak tenteram di dalam jiwa anda.

Lantas, bersempena dengan ketibaan Syawal ini, ikhlaskan hati, senyum dan maafkanlah insan-insan yang telah menjerukkan hati anda.

Tatacara bertamu pada Aidilfitri

Posted:

Tatacara bertamu pada Aidilfitri

Tatacara bertamu pada Aidilfitri


MEMENUHI undangan makan itu hukumnya sunat.


NABI SAW pernah bersabda: "Janganlah kamu memaksa diri ketika menghormati tetamu, kerana hal itu boleh membuat kamu tidak suka kepadanya. Siapa yang tidak suka dengan kehadiran seorang tetamu, dia telah membuat Allah murka. Dan siapa yang membuat Allah murka, maka pasti Allah akan memurkainya." - Kitab al-Mughni'an Hamli al-Asfar karya al-Hafiz al-'Iraqi.

Memenuhi undangan makan itu hukumnya sunat bagi orang miskin mahupun kaya. Dalam salah satu kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT disebutkan: "Berjalanlah kamu satu batu untuk menjenguk orang sakit. Berjalanlah dua batu untuk menghantarkan jenazah. Dan berjalanlah tiga batu untuk memenuhi undangan."

Rasulullah pernah berkata: "Seandainya aku diundang untuk menghadiri jamuan makan di al-Kura' wilayah Ghamin, tentu akan aku penuhi undangan itu."

Al-Kira' merupakan sebuah bangunan yang terletak beberapa batu dari Madinah. Nabi pernah berbuka puasa di sana ketika bulan Ramadan dan baginda mengqasarkan solat ketika dalam perjalanan.

Ketika memenuhi undangan makan, tetamu dibolehkan berbuka jika dia sedang berpuasa sunat. Ini kerana menggembirakan hati orang yang mengundang itu jauh lebih utama dibandingkan puasa sunat.

Di samping itu, seseorang boleh menolak untuk memenuhi undangan jika dia tahu bahawa makanan yang dihidangkan dalam jamuan mengandungi harta yang syubhah atau orang yang mengundangnya merupakan orang fasik, zalim, ahli bidaah atau orang yang suka berbangga atas undangannya itu.

Sebab, memenuhi undangan itu haruslah dengan niat untuk melakukan ketaatan, bukan ingin melampiaskan nafsu makan.

Walaupun demikian, tidak dibenarkan pulang dari tempat jamuan sebelum meminta diri terlebih dahulu daripada tuan rumah.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar, dia berkata: "Pada zaman Rasulullah, kami pernah makan sambil berjalan dan minum sambil berdiri."

Posisi makan dan minum seperti yang disebutkan pada riwayat tersebut menunjukkan adanya keringanan yang diberikan kepada penganjur majlis dan tetamu yang hadir.

Tetamu juga tidak dilarang membawa makanan seperti ketika menziarahi orang yang meninggal dunia.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved