Isnin, 12 Ogos 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Sambutan dalam senario baharu

Posted:

Sambutan dalam senario baharu

Sambutan dalam senario baharu

KETIKA menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara, perasaan bercampur-baur menyelubungi hatinya memandangkan dia baru sahaja bergelar isteri.

Sedar peluang tersebut tidak perlu disia-siakan, Nor Syahilla Abdul Aziz, 26, nekad meneruskan cita-citanya dengan sokongan padu daripada suami, Mohd. Khairul Aiman Hamdan, 26.

Bersama-sama merantau ke ibu negara Scotland, Edinbrugh, pasangan ini tidak mahu cabaran hidup menetap di negara orang menjadi penghalang mengecapi gelaran Doktor Falsafah Matematik Aktuari.

Dengan tempoh pengajian selama tiga tahun, pasangan ini memilih untuk tinggal di sebuah flat dua bilik di Calder Grove, Edinburgh, Scotland.

Memikul tanggungjawab sebagai isteri dalam suasana yang baharu tidak membuatkan Nor Syahilla berasa payah atau mengalah kerana banyak dibantu oleh suami yang bekerja sambilan di sebuah kedai berhampiran kediaman mereka.

Tahun ini merupakan tahun pertama pasangan ini menyambut hari lebaran di Edinbrugh. Seperti kebanyakan keluarga Malaysia di sana, ia diraikan dengan kesederhanaan bersama teman-teman lain.

Bagi mereka, komuniti pelajar dan warga Malaysia merupakan penawar rindu terhadap keluarga di tanah air.

"Selama 26 tahun kami menyambut lebaran bersama keluarga. Oleh itu, tipu jika tidak berasa sedih dan pilu kerana kami di sini. Tambahan pula tahun ini merupakan kali pertama kami menyambut Syawal sebagai suami isteri.


KEHADIRAN teman-teman mengubat kerinduan kepada keluarga di Malaysia.


"Mujur, rakan-rakan senegara bersama-sama menganjurkan majlis rumah terbuka. Tahun ini, kami berkumpul di taman awam The Meadows bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya baru-baru ini.

Merindui juadah lemang dan dodol durian, menurut wanita ini, mereka tidak dibenarkan untuk menyediakan makanan lazim lebaran itu memandangkan keadaan setempat dan cuaca yang tidak mengizinkan.

"Bukan sahaja lemang, lampu minyak yang kami pasang hanya bertahan selama lima minit sebelum terpadam akibat angin kencang," kongsinya.

Walaupun demikian, dia tetap menyediakan beberapa hidangan tempatan terutamanya juadah kegemaran suami iaitu kuah lodeh dan ayam masak minang mengikut resipi yang diperoleh daripada ibu mertuanya.

"Bahan-bahan mentah tidak sukar ditemui kerana banyak kedai runcit Asia dan halal di sini. Jika memerlukan barangan tertentu, baru kami meminta ahli keluarga mengirimkannya dari Malaysia," jelas beliau.

Selain pelajar warga Malaysia, hidangan tersebut juga akan dikongsi bersama rakan-rakan berbangsa asing.

"Saya pernah menghidangkan beberapa jenis masakan tempatan kepada rakan-rakan yang datang ke rumah. Menggemari sate, kuah kacang dan nasi impit, mereka tidak dapat menahan kepedasan masakan kita.

"Bagi membolehkan mereka menikmati kelazatan makanan Malaysia, saya cuba mengurangkan rasa pedas untuk hidangan raya ini," ujarnya.

Dengan Ramadan kali ini disambut pada musim panas dengan waktu siang adalah sehingga 19 jam, Nor Syahilla mengakui ia satu pengalaman yang mencabar khususnya pada hari pertama apabila mereka lupa bersahur.

"Pada masa sama, kami diserang cirit-birit sehari sebelum Ramadan. Ini menambahkan lagi cabaran berpuasa di negara Eropah," katanya sambil memaklumkan sembahyang tarawih dilaksanakan berdua di rumah kerana masjid terdekat memulakan solat itu pada pukul 11.30 malam.


HIDANGAN berbuka puasa tetap disediakan dalam suasana kesederhanan sungguhpun berjauhan daripada keluarga.


Cahaya mata

Lain pula cerita pasangan suami isteri, Zulkarnain Ahmad dan Ruzaimie Ahmad, 27, apabila Syawal kali ini merupakan kali pertama disambut bersama anak sulung mereka, Qistina Az-Zahra Zulkarnain atau mesra dengan panggilan Zahra.

Jika sebelum ini kedatangan hari raya hanya disambut dengan keriangan anak-anak saudara, kini hari raya bertambah ceria dengan kehadiran Zahra yang lahir pada September 2012.

"Seperti ibu bapa muda yang lain, keterujaan menyediakan keperluan hari raya pasti terarah kepada anak-anak. Begitu juga dengan kami, semua persiapan seperti baju kurung, kasut dan perhiasan kepala sudah dicari seawal bulan Ramadan lagi," ujar Ruzaimie yang berasal dari Sandakan, Sabah.

Tambahnya, persiapan awal dilakukan bagi mengelak kesesakan di pusat beli-belah pada saat-saat akhir Ramadan.

"Pergerakan agak terbatas untuk memilih baju kanak-kanak kerana ramai orang mula sibuk mencari keperluan masing-masing. Disebabkan itu, beberapa item seperti perhiasan kepala dan kasut akan saya tempah secara online," jelasnya yang ditemui ketika membeli-belah di ibu kota Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sungguhpun tidak menetapkan jumlah tertentu ketika berbelanja untuk anaknya, Ruzaimie memaklumkan, beliau tetap beringat dan berjimat.

"Sebelum ini, saya hanya membeli baju-baju untuk anak saudara sahaja, jadi kali ini rasa seronok dapat berbelanja untuk anak sendiri," ujarnya sambil memberitahu, sebagai langkah penjimatan, dia akan membeli pakaian bersaiz lebih besar memandangkan tumbesaran bayi yang pantas.

Pemergian abah

Pemergian ayahanda tercinta, Othman Ahmad, 71, beberapa hari sebelum kedatangan bulan Ramadan tahun ini meninggalkan kesan mendalam kepada Nurdhiya'aizat Othman, 23, yang mesra dengan panggilan Dhiya.

Walau kesedihan menyelubungi diri, dia tetap reda dan menerima dengan tabah kerana percaya ia ketentuan daripada Yang Maha Esa.

"Namun begitu, saya tetap bersyukur kerana dapat berada di sisi arwah pada saat-saat dia menghembuskan nafas terakhir," ujarnya kepada Kosmo!.

Bercerita kembali detik itu, dia baru sahaja pulang dari Paris, Perancis atas urusan kerja bersama sebuah portal hiburan tempatan.

"Sehari selepas saya pulang, kakak mengajak balik ke Raub, Pahang untuk menjenguk abah. Malam itu, saya sempat menyuapkan minuman bercoklat kegemarannya dan dia menyatakan bahawa dia amat merindui saya sepanjang berada di luar negara.

"Mak ada beritahu, sewaktu di sana, abah selalu bertanyakan bila saya akan pulang kerana takut tidak sempat untuk bertemu," ujarnya.

Dengan nada sedih beliau menambah: "Namun pada keesokan hari iaitu pada 6 Julai lalu, mak mengejutkan saya untuk membacakan surah Yasin sebab abah kelihtatan seperti mengalami masalah sesak nafas. Selepas dua kali bacaan, beliau menghembuskan nafas terakhir."

KEHADIRAN cahaya mata sulung, Zahra, membawa kegembiraan kepada Zulkarnain dan Ruzaimie.


Raut wajah lelaki ini berubah apabila teringat kemeriahan sambutan Aidilfitri di kampung halaman dengan bapanya menjadi penggerak utama dalam menyiapkan juadah hari raya.

"Dari dulu dia yang akan uruskan penyediaan lemang. Setiap kali menjelang Aidilfitri mesti arwah sibuk mencabut bulu ayam dan memasak lemang walaupun dia duduk di atas kerusi roda.

"Arwah sentiasa berkata, anak dan cucu ramai, jadi lebih puas makan lemang jika dibuat sendiri," ujar Dhiya yang bakal melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Hubungan Awam Antarabangsa dan Komunikasi Global di Universiti Cardiff, Wales, United Kingdom pada September ini.

Tanpa disedari, matanya berlinang air mata mengenangkan tahun ini dia tidak lagi dapat mencium tangan bapanya pada pagi Syawal.

"Tidak sangka raya tahun lepas merupakan kali terakhir bersamanya. Setiap pagi Syawal, mesti salam dan mohon maaf dengan abah dulu. Paling menggembirakan apabila dua kali abah memakai baju yang saya tempah khas untuknya.

"Kami sekeluarga merasakan kesempatan yang diberikan untuk menjaga arwah sepanjang dia sakit merupakan satu nikmat yang Allah pinjamkan," kata Dhiya.

Satu pesanan yang tidak akan saya lupa, ujarnya, jangan tinggalkan solat dan jaga mak dengan baik.

"Pada saya, tiada apa yang lebih penting daripada mendengar pesanan daripada insan yang pasti tiada pengganti," akhirinya.

Seni perubatan Kru Khmer

Posted:

Seni perubatan Kru Khmer

Seni perubatan Kru Khmer


PARA pelajar sekolah perubatan tradisional Kru Khmer diajar mengenai variasi daun dan cara penyembuhan secara semula jadinya.


CICAK yang direndam di dalam wain mungkin bukan satu ubat penyembuh asma yang biasa, tetapi ia merupakan satu bentuk perubatan alternatif masyarakat Kemboja yang kini diajar di sebuah sekolah perubatan tradisional.

Sejak generasi ke generasi, perubatan tradisional Kru Khmer yang menggunakan akar, kulit kayu dan daun-daun untuk merawat kesakitan biasa telah disampaikan melalui mulut ke mulut seperti bapa kepada anak-anaknya.

Sehubungan itu, bagi terus menghidupkan seni purba tersebut dan menjadikan ia sebagai satu industri, Kementerian Kesihatan Kemboja telah membuka sebuah sekolah perubatan tradisional Kru Khmer setelah berjaya memperoleh dana dari Jepun.

Sekolah yang dibuka pada tahun 2009 itu setakat ini telah melatih hampir 345 orang pengamal perubatan Kru Khmer. Pembelajaran di sekolah berkenaan memberi fokus terhadap aspek kebersihan dan anatomi.

"Penubuhan sekolah ini sangat bermanfaat kepada masyarakat Kemboja kerana kami diajar cara yang betul dan selamat untuk merawat pesakit," ujar Kraing Dhein yang merupakan seorang pelajar di sekolah tersebut.

Dia memberi contoh, sejenis kulit kayu tertentu dikatakan dapat membantu menghasilkan susu ibu yang banyak, manakala buah durian digunakan untuk rawatan sakit sendi.

Tambahnya, terdapat juga rawatan yang sangat berbahaya seperti wain buatan sendiri yang dipercayai dapat membantu wanita untuk mengandung.

"Latihan di sini sangat profesional berbanding pengajaran daripada nenek moyang.

Murah

"Pelajar didedahkan kepada pelbagai subjek penting seperti kod etika rawatan yang jarang diketahui sebelum ini," ujar Kong Sokdina, Pengurus Projek CatMO iaitu sebuah organisasi perubatan tradisional yang menguruskan pengajian di sekolah itu.

Sepanjang lima bulan latihan, pelajar akan dibawa berkunjung ke ladang-ladang herba untuk mempelajari variasi daun dan cara penyembuhannya secara semula jadi. Antara pengajaran yang disampaikan adalah cara mengenal pasti ramuan yang berperanan sebagai antibiotik dan antiseptik.

Lokasi terakhir yang dilawati ialah wilayah selatan Kampot, kawasan yang menyimpan pelbagai spesies daun-daun unik.

"Di sini, kami boleh menemui akar-akar yang tidak wujud di kawasan lain," ujar Pengerusi Persatuan Penyembuh Tradisional Kemboja, Prof. Ky Bouhang.


PARA doktor mendakwa kebergantungan terhadap rawatan tradisional mampu memberikan kesan negatif kepada pesakit kronik.


Hampir 80 peratus populasi Kemboja tinggal di kawasan luar bandar yang kebanyakannya tidak mempunyai hospital dan doktor. Jika terdapat sebuah pusat perubatan sekali pun, penduduk setempat tidak mampu membayar kos perubatan yang tinggi.

Oleh itu, kaedah tradisional menawarkan alternatif yang lebih murah dan mendapat sambutan memberangsangkan daripada mereka.

Di pinggir Pasar Orussey di Phnom Penh, beberapa pengamal perubatan Kru Khmer menimbunkan hasil-hasil alam untuk perubatan seperti daun kering, akar, organ-organ haiwan dan bahan-bahan lain.

Tauch Sreythoeun telah membuka gerainya selepas menamatkan pengajian di sekolah perubatan tersebut.

"Sebilangan pelanggan mencari daun-daun yang boleh mengurangkan masalah demam. Saya akan memberikan mereka beberapa akar sebagai kaedah rawatan," ujarnya.

Penyakit ringan

Pesakit kebiasaannya bertemu pengamal Kru Khmer untuk mencari penyelesaian masalah penyakit-penyakit ringan seperti sakit perut dan kepenatan yang tidak memerlukan rawatan daripada doktor profesional.

"Ubat tradisional membantu penduduk miskin yang tidak mampu ke hospital atau berjumpa doktor," kata pelajar Kru Khmer, Soung Kimsath.

Beberapa pengikut kaedah ini mengatakan disiplin perubatan ini mampu mengatasi ubat moden secara menyeluruh.

Seorang pesakit, Pov Rany kerap berjumpa pengamal perubatan tradisional itu selepas dia mempunyai masalah sista di dadanya.

"Saya percayakan perubatan tradisional. Ia sangat efektif dan baik untuk kesihatan. Saya tidak mendapatkan rawatan moden kerana ia mengandungi bahan kimia dan kadangkala menyediakan ubat palsu," ujarnya.

Para doktor memberi amaran bahawa kebergantungan kepada ubat tradisional membahayakan pesakit terutamanya penyakit serius. Tetapi situasi itu sukar dibendung di Kemboja kerana ia mendapat permintaan yang tinggi.

Penduduk negara itu mempercayai kebaikan perubatan kuno berbanding mengunjungi farmasi tempatan yang menjual ubat-ubatan mahal dari Barat yang kebanyakannya ubat tiruan.

Kepercayaan terhadap rawatan tradisional itu mujarab berlandaskan pemikiran bahawa ia dibantu oleh semangat roh nenek moyang mereka. Orang Kemboja percaya pengamal Kru Khmer mempunyai keupayaan untuk mengusir roh-roh jahat daripada tubuh pesakit.

"Saya pernah merawat wanita yang menghidap penyakit kayap melalui tiupan magis saya. Hari ini dia boleh bekerja di ladangnya, selepas gagal diubati oleh perubatan moden," ujar Ky Bouhang. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Ketua Polis Negara rai 5,000 tetamu

Posted:

Ketua Polis Negara rai 5,000 tetamu

Ketua Polis Negara rai 5,000 tetamu

KHALID (kanan) menyambut tetamu yang hadir pada majlis rumah terbukanya di Bukit Aman, Kuala Lumpur baru-baru ini.


LEBARAN. Lebih 5,000 tetamu menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Bukit Aman baru-baru ini.

Khalid bersama isterinya, Puan Sri Imran Ibrahim menyambut kedatangan tetamu sejak pukul 10 pagi termasuk beberapa duta asing dan orang ramai.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka berkenaan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin dan pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain menikmati pelbagai juadah tradisi lebaran seperti lemang, rendang dan ketupat, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan kumpulan band Queentect dan kumpulan pancaragam PDRM.

Aktiviti gotong-royong bersih, cat rumah warga emas

Posted:

Aktiviti gotong-royong bersih, cat rumah warga emas

Aktiviti gotong-royong bersih, cat rumah warga emas


SEBAHAGIAN daripada ahli Kemm yang menyertai gotong-royong membersih dan mengecat rumah warga emas di Masjid Tanah, Melaka baru-baru ini.


PRIHATIN. Ahli Kelab Media Massa Melaka (Kemm) mengadakan aktiviti gotong-royong membersih dan mengecat rumah seorang warga emas di Kampung Pinang, Masjid Tanah, Melaka baru-baru ini.

Gotong-royong sempena program Jalinan Mahabbah itu dianjurkan bagi membaiki bumbung rumah warga emas berkenaan, Azali Yahaya, 57, yang rosak dilanda ribut kira-kira sebulan lalu.

Timbalan Yang Dipertua Kemm, Amran Ali berkata, selain membaiki bumbung rumah tersebut yang dilakukan oleh tukang rumah dilantik, ahli-ahli Kemm turut menyumbang tenaga membersihk dan mengecat rumah berkenaan sempena Aidilfitri.

"Program itu merupakan salah satu kerja kebajikan dilakukan Kemm dalam membantu mereka yang memerlukan," katanya.

Puspanita SPRM beri duit raya kepada anak yatim

Posted:

Puspanita SPRM beri duit raya kepada anak yatim

Puspanita SPRM beri duit raya kepada anak yatim


VIJAYALETCHUMI (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan keperluan harian dan duit raya kepada anak-anak yatim di Air Itam, George Town baru-baru ini.


SUMBANGAN. Seramai 24 penghuni Persekutuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Negeri (PKAYN) menerima sumbangan daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Sumbangan berupa barangan keperluan harian dan duit raya tersebut disampaikan Pengerusi Puspanita SPRM negeri, K. Vijayaletchumi di rumah kebajikan itu di Air Itam, George Town, Pulau Pinang.

Katanya, program tersebut bertujuan memberi sedikit kegembiraan kepada anak-anak yatim agar dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh keceriaan.

Turut hadir Yang Dipertua PKAYN, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Polis tangkap pengurus resort

Posted:

Polis tangkap pengurus resort

Polis tangkap pengurus resort

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

KIRA-KIRA 30 ahli Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia mengadakan demonstrasi aman di hadapan surau milik sebuah resort yang mencetuskan kontroversi di Tanjung Sedili, Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI – Polis Johor menahan pengurus sebuah resort di Tanjung Sedili untuk siasatan kerana membenarkan sekumpulan penganut bukan Islam menjalankan upacara keagamaan di surau resort tersebut pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di pusat peranginan tersebut pada kira-kira pukul 2 petang semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemar tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama golongan lain.

Menurutnya, satu pasukan khas turut diwujudkan dan diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim bagi menyiasat kes itu.

"Kita akan mendapatkan perintah reman esok (hari ini) bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.

"Saya harap masyarakat setempat bersabar dan jangan mengeksploitasi isu ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pegawai bank cedera selepas kereta dilanggar, dibom

Posted:

Pegawai bank cedera selepas kereta dilanggar, dibom

Pegawai bank cedera selepas kereta dilanggar, dibom

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
berita@kosmo.com.my


BEGINILAH keadaan bampar kereta Honda Civic yang rosak selepas dilanggar dan dibaling bom di Love Lane, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Seorang lelaki berdepan saat mencemaskan apabila kenderaan yang dipandu bukan sahaja dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah belakang malah dilemparkan sebutir bom dipercayai buatan sendiri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, Ong Kok Kwang, 23, bersama rakannya diekori MPV Nissan Grand Livina dari arah Lebuh Farquhar di sini.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan pegawai bank dalam perjalanan pulang ke tempat kerja selepas menikmati makan tengah hari bersama rakannya.

Bagaimanapun kereta Honda Civic yang dinaiki mereka dilanggar dari arah belakang beberapa kali oleh MPV yang dinaiki dua suspek itu ketika mereka berada di Love Lane.

Menurut sumber, selepas melanggar kereta mangsa, seorang lelaki di tempat duduk penumpang telah membuka cermin MPV itu lalu melontar sesuatu disyaki bom buatan sendiri di bahagian bampar kereta mangsa.

Suspek kemudian terus mengekori mangsa sehingga ke Jalan Burmah namun mereka berjaya meloloskan diri sebaik melihat kenderaan polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kematian kerani tiada petunjuk

Posted:

Kematian kerani tiada petunjuk

Kematian kerani tiada petunjuk

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


PASUKAN penyiasat masih memeriksa kawasan kejadian yang mengorbankan Yusrizal (gambar kecil) akibat serangan di Taman Sri periok, Tumpat semalam.


KOTA BHARU – Pasukan khas polis turun buat hari kedua ke lokasi kejadian kerani sekolah mati dibom di Taman Sri Periok, Tumpat kelmarin, namun setakat semalam mereka belum menemui apa-apa petunjuk mengenai motif kejadian tersebut dan siapa suspek yang terlibat.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pasukan khas itu yang diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Sharifudin Yusof sedang melakukan siasatan secara menyeluruh mengenai motif, penglibatan pihak tertentu, sasaran dan sebagainya.

Menurut beliau, semua aspek mengenai kejadian itu termasuk kemungkinan bom tersebut daripada jenis yang digunakan oleh pengganas di Selatan Thailand turut diteliti.

"Kita sudah mengambil keterangan dan menjalankan siasatan terhadap lapan orang dewasa ahli keluarga mangsa yang berada di dalam rumah tersebut ketika kejadian dan menyiasat motif serta sasaran bom itu termasuk kemungkinan bom tersebut hanya bom ikan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Pelajar UiTM pamer koleksi ulung

Posted:

Pelajar UiTM pamer koleksi ulung

Pelajar UiTM pamer koleksi ulung

Oleh HAFIZ AHMAD

KOLEKSI berteraskan watak-watak dalam filem arahan pengarah prolifik, Tim Burton, menjadi inspirasi kepada pereka muda, Amirul Ashraf Safari, 25, sehingga idea kreatifnya itu diangkat sebagai pemenang utama Anugerah Rekaan Terbaik 2013.

Anugerah itu diberikan bersempena dengan pertunjukan fesyen pelajar tahun akhir pengajian Ijazah Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diadakan di Black Box, Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengklasifikasikan busananya sebagai rekaan berseni, Amirul Ashraf memaklumkan koleksi beliau merupakan persalinan yang praktikal.

Bertemakan The Chronicle of Tim Burton, beliau menghasilkan busana menerusi penerapan watak-watak daripada filem seperti Alice In Wonderland, The Nightmare Before Christmas dan Edward Scissorshands.

"Saya sangat meminati filem-filem Tim Burton sehingga tercipta koleksi ini. Tidak hanya berfantasi, malah saya turut bereksperimen melalui beberapa perincian dalam setiap busana," ujarnya ketika ditemui Kosmo! selepas pertunjukan fesyen itu.

Ketelitian rekaan dapat dilihat menerusi jaket dan skirt daripada gabungan material polivinil klorida (PVC) dan organza dengan penataan tali-tali yang disambung tangan.

"Kemasan tali-tali tersebut menjadikan koleksi ini menonjol berbanding koleksi-koleksi lain. Ia mengambil masa dan ketelitian yang tinggi bagi menghasilkan rekaan berkualiti dan tampak anggun ketika diperagakan," jelas anak muda yang berasal dari Klang, Selangor ini.

Mengakui penganugerahan tersebut sebagai satu kejutan yang menggembirakan, Amirul Ashraf tidak menyangka ia mampu mengatasi rekaan-rekaan indah lain yang turut diperagakan pada hari itu.

Melihatkan pentas peragaan, penulis dapat melihat sisi kematangan pereka melalui rekaan yang menonjolkan cita rasa fesyen yang baik.

Mereka bijak menzahirkan inspirasi melalui pengamatan seni reka agung dunia atau keindahan alam semesta tanpa mengetepikan nilai keaslian diri mereka.

ELEMEN fesyen era Baroque diolah berani oleh Hadijah.


Fesyen Baroque

Percubaan Hadijah Hamdan, 25, mengambil konsep kegemilangan fesyen era Baroque perlu diberi pujian kerana setiap rekaan nampak sofistikated dan membawa nafas segar kepada koleksinya.

Kemasan pada cetakan amat dititikberatkan Hadijah yang memastikan setiap motif hiasan bersepuh emas saling bercantum mengikut bentuk asal.

Kemasan pada rekaan telah meletakkan rekaan beliau ke tempat kedua pada pertunjukan fesyen yang diadili barisan penggiat fesyen seperti Rizman Nordin dan Bon Zainal.

"Saya mendapat maklum balas positif terutamanya pada bahagian korset kerana cetakan yang teratur dan saling berkaitan dengan cetakan-cetakan lain," ujarnya yang akan menjadi pensyarah di sebuah institusi pengajian swasta tidak lama lagi.

Inspirasi wanita Pearl Harbor

Jika Hadijah berbangga dengan rekaan cetusan tahun 1500 hingga 1800 itu, pemenang tempat ketiga, Hana Fatimah Zulkufli, 22, mengambil era klasik 1940-an iaitu ketika Perang Dunia Kedua sebagai inpirasi rekaannya.

"Lebih spesifik, saya mengambil idea fesyen Pearl Harbor kerana wanita pada waktu itu mempunyai cita rasa fesyen tersendiri yang menarik sungguhpun berhadapan dengan peperangan," ujar gadis yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini.

Idea klasik itu diberi sentuhan moden beliau dengan menonjolkan rekaan yang minimalis dan ringkas.

Aura kontemporari rekaan itu mengekalkan motif-motif signatur seperti potongan dan cetakan berkotak. Penggunaan fabrik-fabrik seperti kain kapas, krep dan PVC menampakkan ciri-ciri klasik dalam rekaannya.

Sisi baharu adi wira

Koleksi bertemakan Superhero Alter Ego menjadi sandaran kepada pereka muda kelahiran Johor, Suhairie Mohamed, 24. Menghidupkan watak-watak adiwira seperti Hulk, Thor, Wonder Woman dan Catwoman, gaya edgy melatari busana yang menggunakan dua tona warna utama iaitu hitam dan jingga.

CORAK Inner City Patchwork diserlahkan dengan kombinasi rona biru keunguan rekaan Najwa.


Tidak hanya memfokuskan rekaan busana, Suhairie turut berinovasi melalui penggunaan aksesori bagi melengkapkan koleksinya.

"Selain itu, saya menggemari busana lelaki yang diinspirasikan daripada watak Thor.

"Saya cuba menerapkan penggunaan kilt yang menjadi tradisi masyarakat Scotland ke dalam rekaan saya," jelasnya.

Palet warna dan motif

Jika kebanyakan pelajar menggunakan warna-warna gelap bagi menampakkan sisi misteri, Wan Noor Bainun Wan Zaizodin, 24, menampilkan palet warna yang ceria bagi menampakkan keanggunan si pemakai.

Mengambil inspirasi daripada dunia Bollywood yang penuh warna-warni, kain sutera satin dan kapas dijadikan material utama bagi menghasilkan busana kasual sedia untuk dipakai beliau.

"Pereka dari India, Manish Arora, banyak mempengaruhi saya kerana rekaannya yang berani dengan potongan dan penekanan siluet pada busana," kongsi gadis berasal dari Kuching, Sarawak itu.

Motif Inner City Patchwork pula menjadi pilihan Najwa Alias, 22, melalui rekaan yang menggunakan paten warna kaleidoskop.

Ia boleh dilihat menerusi hiasan tiga dimensi pada bahagian dada.

"Pada awalnya, saya ingin mereka menggunakan teknik cetakan tetapi pensyarah mengatakan ia sudah terlalu biasa.

"Selepas membuat sedikit kajian, teknik cantuman kain ini nampak cantik dan moden," ujarnya yang mengagumi pereka terkemuka, Emilo Pucci.

Gaya alternatif barang kemas

Posted:

Gaya alternatif barang kemas

Gaya alternatif barang kemas


LENGKAPKAN busana indah hari raya anda dengan aksesori Pandora.


AKSESORI wanita tidak terhad kepada barang kemas bersalut emas, permata atau berlian kerana terdapat banyak pilihan lain yang boleh digayakan sempena musim perayaan ini.

Antaranya jenama barang kemas, Pandora, yang memberikan gaya alternatif melalui batu-batuan charm yang boleh digabungkan mengikut pilihan dan personaliti si pemakai.

Pengarah Urusan Pandora Malaysia, Datin Zarida Noordin berkata, setiap wanita mempunyai kisah kehidupan tersendiri dan personaliti yang berbeza.

Ujar beliau, Pandora menawarkan satu cara unik yang membolehkan setiap wanita meraikan detik-detik bermakna dalam hidup mereka.

"Barang kemas Pandora membolehkan anda menyerlakan personaliti diri melalui kombinasi charm yang dipilih.

"Ia memberi satu dimensi baharu untuk merakamkan setiap detik yang tidak dapat dilupakan," katanya ketika melancarkan koleksi hari raya bertemakan Pengalaman Hari Raya Bersama Pandora di ibu kota baru-baru ini.

Bersempena musim perayaan tahun ini, Pandora memperkenalkan lima set gelang tangan yang menceritakan pengalaman sepanjang menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri.

Setiap set mempunyai maksud tersirat dan menggunakan charm yang bermutu tinggi.

Koleksi istimewa ini dimulakan dengan tema Keindahan Ramadan yang menampilkan kombinasi charm berwarna hitam dan susunan 94 batu buatan tangan yang bercorak flora.

"Warna hitam pada gelang ini melambangkan kawalan diri, disiplin, kebebasan dan semangat yang kuat sebagai refleksi bulan Ramadan," jelas Zarida.

Dalam kesibukan melaksanakan persiapan hari raya ini, hiasi pergelangan tangan anda dengan gelang tangan yang menggabungkan charm bunga sakura, kek cawan dan gelas Murano berwarna merah jambu.

"Set istimewa ini melambangkan rasa cinta dan kasih sayang terhadap keluarga yang menebal saban hari," tambahnya.

Gelang tangan Lebaran Raya digayakan dengan kombinasi charm berwarna hijau yang melambangkan warna 'rasmi' hari raya.

Jika anda inginkan suatu kelainan, pilih gelang tangan menggunakan charm dengan 94 batu zirkonia berwarna biru yang melambangkan ketenangan, keikhlasan dan rasa kemaafan pada pagi hari raya.

Sambutan hari raya bersama keluarga merupakan satu detik paling berharga.

Sebagai simbol penghargaan, Pandora menawarkan gelang tangan mewah gabungan charm dan gelang tangan emas 14 karat yang sesuai digayakan insan yang dikasihi.

Jika inginkan gaya peribadi, pelanggan boleh memilih lebih 800 reka bentuk charm yang ditawarkan dari harga RM100 sebutir.

Jelita merentasi usia

Posted:

Jelita merentasi usia

Jelita merentasi usia


KEPERLUAN penjagaan kulit wajah adalah berbeza mengikut usia dan gaya hidup setiap individu.


SYAWAL kali ini amat molek diraikan bersama nuansa emas bagi menyerlahkan kecantikan raut wajah anda, khususnya bagi wanita pertengahan usia.

Jenama Safi kini bukan lagi sekadar label produk kecantikan, malah menggalas peranan sebagai teman baik kecantikan setiap wanita.

Dalam usahanya mendidik wanita terhadap kepentingan memahami proses penuaan kulit dan menukar rejim penjagaan kulit wajah seawal tanda penuaan yang pertama, Safi dengan kerjasama Puspanita Jabatan Pendaftaran Negara telah menganjurkan majlis Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold di Putrajaya baru-baru ini.

"Wanita sering alpa tentang pentingnya memanjakan diri mereka. Penjagaan kulit wajah adalah cara mudah untuk memanjakan diri dan menyuntik seri keyakinan diri," kata Pengurus Kumpulan Produk Safi Wipro Unza (M) Sdn. Bhd., Mahsuri Sulaiman.

Mahsuri menegaskan, ramai yang tidak tahu pada skala usia berapa mereka harus bertukar kepada rangkaian produk penjagaan kulit antipenuaan.

"Keperluan kulit wajah kita berbeza mengikut usia dan gaya hidup. Satu produk yang sama tidak mungkin mampu menjadi solusi kepada keperluan kulit tertentu," ujarnya.

Tambah beliau, Safi Rania Gold menggalakkan golongan wanita, khasnya mereka yang berusia dalam lingkungan 30-an, mengambil inisiatif mengekalkan keremajaan kulit.

Mahsuri berkata, majlis sebegini memberikan kami ruang untuk mengenali dengan lebih dekat pengguna-pengguna produk kami dan berkongsi dengan mereka kepelbagaian rangkaian produk kecantikan Safi dengan formulasi khusus untuk setiap peringkat usia.

Penyelesaian masalah penuaan

Majlis itu turut dihadiri pakar estetik terkemuka tempatan, Dr. Sutina Nordin, yang menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai proses penuaan yang merangkumi perubahan struktur kulit, faktor-faktor penyumbang dan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Sutina menjelaskan, keperluan dan kehendak kulit wajah adalah berbeza mengikut usia seseorang. Disebabkan itu, peningkatan rejim kecantikan individu merupakan salah satu cara melambatkan kesan-kesan penuaan.

Aura glamor majlis ditambah dengan kemunculan istimewa duta Safi Rania Gold, Rozita Che Wan. Wanita ikon yang menggalas pelbagai peranan kehidupan iaitu sebagai ibu tunggal, pelakon dan usahawan, turut mengambil peluang berkongsi tip-tip kecantikan dan rahsia keyakinan diri beliau bersama para tetamu.

Rozita menyentuh tentang kepentingan mengenal pasti keperluan kulit berdasarkan usia dan mencari rejim antipenuaan yang bersesuaian.

"Rawatan awal dapat mengekalkan keremajaan kulit. Ini sekaligus mengurangkan kadar penuaan kulit wajah individu," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Padang sudah capai tarikh luput

Posted:

Padang sudah capai tarikh luput

Padang sudah capai tarikh luput

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

MESSI (dua dari kiri) dan pemain-pemain Barcelona tidak berpuas hati dengan keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika menjalani latihan Jumaat lalu.


KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong (gambar kecil) mengakui penyelenggaraan yang lemah dan penggunaan yang berlebihan menjadi punca padang di Stadium Nasional Bukit Jalil rosak.

Zolkples berkata, padang di stadium berkenaan sudah terlalu uzur dan mencapai tarikh luput, sekali gus tidak setanding dengan status stadium yang bertaraf dunia itu.

"Selain faktor cuaca iaitu hujan dan panas, penyelenggaraan yang lemah serta penggunaan yang berlebihan di atas padang itu menyebabkan ia tidak dapat diselamatkan lagi. Rumput dan tanah di stadium itu perlu diganti keseluruhannya.

"Saya juga turut bersedih dengan keadaan padang itu yang mengundang kritikan banyak pihak kerana Kompleks Sukan Negara yang terletak Bukit Jalil merupakan venue bertaraf dunia," kata Zolkples ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Zolkples berkata, sepatutnya apabila para pelancong asing datang ke Kuala Lumpur, salah satu tempat yang wajib mereka kunjungi adalah Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi salah satu mercu tanda negara.

Bagaimanapun, sesuatu yang memalukan apabila stadium itu tidak seperti stadium-stadium utama di negara lain.

Selain itu, padang di Stadium Nasional Bukit Jalil juga boleh diibaratkan sama seperti padang-padang bola sepak yang boleh dilihat di tepi-tepi jalan dan kampung.

Dalam pada itu, Zolkples turut mencadangkan agar dihadkan penggunaan padang di situ selepas kerja-kerja naik taraf secara keseluruhan bermula Oktober depan.

"Selepas rumput baharu siap nanti, saya ingin memberi saranan kepada PSM (Perbadanan Stadium Malaysia) untuk mengehadkan penggunaan padang itu bagi aktiviti-aktiviti yang penting sahaja terutama acara bola sepak.

"Sebelum ini, saya lihat Stadium Nasional Bukit Jalil sangat aktif digunakan bukan sahaja untuk perlawanan bola sepak tetapi bermacam-macam acara telah berlangsung di situ.

"Selain itu, pihak kontraktor yang menyelenggara padang itu seharusnya terdiri daripada pihak yang pakar dan yang paling ideal adalah pihak yang diberi kontrak menanam rumput di padang itu.

"Saya juga berharap, selepas ini biarlah stadium ini menjadi rujukan banyak pihak dan setanding dengan nama besar Stadium Nasional Bukit Jalil yang bertaraf dunia itu," kata Zolkples.

Katanya, PSM telahpun bermesyuarat hujung Julai lalu untuk menentukan prosedur tender bagi padang baharu itu, namun masih menunggu tarikh sesuai untuk mengeluarkan tender.

Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkapasiti 110,000 itu dibina pada 1 Januari 1995 dengan kos 800 juta dan dibuka secara rasmi pada 11 September 1998 bagi penganjuran Sukan Komanwel XVI.

Sime Darby enggan terburu-buru

Posted:

Sime Darby enggan terburu-buru

Sime Darby enggan terburu-buru

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


PRIMORAC (kanan) menjadi sandaran Sime Darby untuk menghadapi kempen Piala Malaysia 2013 yang akan membuka tirainya pada 20 Ogos depan.


KEJAYAAN pasukan berstatus kelab, Sime Darby 'dinaikkan pangkat' ke saingan Liga Super musim depan bukan lagi satu rahsia.

Sime Darby muncul naib juara Liga Premier musim ini di belakang Sarawak selepas mengutip 54 mata.

Skuad kendalian Ismail Zakaria itu pastinya mengintai peluang untuk melakar kejayaan lebih bermakna selepas muncul naib juara Piala FA musim lalu sebelum ditewaskan Kelantan di pentas final.

Tidak mustahil, peminat setia Sime Darby kini sudah boleh berteka-teki mengenai wajah-wajah baharu yang bakal dipikat Ismail dalam usaha memberikan saingan pada kempen Liga Super musim depan.

Ismail enggan bertindak terburu-buru bagi mendapatkan pemain baharu dan mahu menjadikan kempen Piala Malaysia 2013 sebagai medan ujian terakhir sebelum mengenal pasti mana-mana pemain yang memiliki prospek cerah menyarung jersi pasukan itu musim depan.

"Saya tidak mahu terburu-buru mendapatkan pemain baharu musim depan meskipun sedar saingan Liga Super pastinya jauh lebih mencabar berbanding Liga Premier.

"Jadi, ada baiknya saya menilai kemampuan pasukan saya bagi mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

"Jika perlu mendapatkan pemain baharu, sudah tentu ia perkara pertama yang bermain di fikiran saya sebelum saingan Liga Super membuka tirainya musim depan," kata Ismail kepada Kosmo! baru-baru ini.

Antara pemain prolifik yang menyarung jersi Sime Darby ketika ini termasuk kapten, Juzaili Samion dan juga bekas penyerang kebangsaan, Mohd. Fadzli Shaari.

Pemenang Anugerah Kasut Emas Liga Premier 2013, Karlo Primorac juga menerajui jentera serangan Sime Darby musim ini selepas penyerang import terdahulu, Patrick Ronaldinho membuat keputusan menyertai Selangor PKNS.

Pada masa sama, Ismail juga berazam untuk menjadikan kempen Piala Malaysia kali ini sebagai penanda aras pasukannya sebelum saingan Liga Super musim depan membuka tirainya.

"Saya optimis kami mampu memperbaiki pencapaian kami dalam kempen Piala Malaysia setelah sekadar terkandas di peringkat kumpulan musim lalu," katanya.

Sime Darby bakal membuka tirai Kumpulan A kempen Piala Malaysia 2013 berdepan naib juara musim lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 20 Ogos depan.

Selain kedua-dua pasukan, turut diundi dalam kumpulan sama ialah Johor serta juara 32 kali, Selangor.

Kredibiliti Hamidin bakal diuji

Posted:

Kredibiliti Hamidin bakal diuji

Kredibiliti Hamidin bakal diuji


RAJAGOBAL (kanan) berdepan tugas sukar untuk memperbaiki ranking skuad Harimau Malaya.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memasuki era baharu selepas Datuk Hamidin Mohd. Amin dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM yang baharu pada 1 Julai lalu.

Pelantikan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) itu bukan sahaja mendapat perkenan daripada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah tetapi ramai pemerhati bola sepak percaya kredibiliti bekas Naib Presiden itu mampu menyelamatkan reputasi badan induk bola sepak negara.

Hamidin menggantikan tempat Datuk Azzuddin Ahmad yang meninggalkan FAM bagi mengisi jawatan Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada tarikh yang sama.

Ketegasan dan kepimpinan Hamidin turut menjadi faktor utama yang melayakkan beliau memegang 'kerusi panas' itu.

Sebaik menjalankan tugas sebagai Setiausaha Agung FAM yang keenam sejak badan induk itu ditubuhkan pada 1933, itu Hamidin mengambil langkah pertama dengan mengubah pendekatan FAM menjadi mesra media.

Selain itu, beliau dengan lantang mendakwa ranking Harimau Malaya dan keutamaan mengatur perlawanan berstatus A untuk skuad kebangsaan sangat penting.

Sebelum ini, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal dikecam hebat selepas mempersiapkan Harimau Malaya dengan menentang pasukan berstatus kelab berbanding skuad kebangsaan.

Ikuti wawancara wartawan Kosmo!, AHMAD FAZLI MOHD. YADI dan SHAHRIL NIZAM ABDULLAH bersama Hamidin bagi mengetahui misi dan visi beliau sebagai Setiausaha Agung FAM.

Kosmo!: Tahniah di atas pelantikan Datuk sebagai Setiausaha Agung FAM yang baharu. Ternyata pelantikan Datuk menepati ramalan selaku calon pilihan untuk meneruskan kegemilangan Azzuddin.

Hamidin: Terlebih dahulu saya ingin menjunjung kasih terhadap baginda (Sultan Ahmad Shah) yang memberikan kepercayaan penuh kepada saya bagi melaksanakan tugas ini.

Bagi saya, FAM masih memiliki pegawai-pegawai yang berpengalaman tetapi saya tetap bersyukur kerana dapat mandat daripada Presiden FAM untuk meneruskan kegemilangan badan induk bolak sepak negara pada masa akan datang.

Pelantikan Datuk jelas tidak mendapat sebarang tentangan daripada mana-mana pihak termasuk pengkritik tegar FAM. Apakah pelantikan ini dapat menepis atau setidak-tidaknya mengurangkan sentimen pihak-pihak luar terhadap FAM?

Saya tidak menganggap pengkritik itu sebagai 'musuh' tetapi menerusi pandangan-pandangan positif mereka, FAM dilihat mempunyai ruang dan peluang untuk melakukan penambahbaikan beberapa faktor.

Setiap individu memiliki cara tersendiri dan saya kagum dengan pencapaian Azzuddin yang berjaya membantu skuad negara merangkul gelaran juara Piala AFF Suzuki 2010 serta pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos dan Sukan SEA 2011 di Indonesia, namun saya juga ada misi tersendiri.

Berhubung tiada 'tentangan' tersebut, saya tidak fikir kehadiran saya dalam FAM dapat menyenangkan semua pihak tetapi itulah hasrat saya. Kesemua rakan-rakan media mengenali personaliti saya sejak berkecimpung dalam pengurusan bola sepak selama 19 tahun.

Jika dibandingkan dengan pendekatan Azzuddin ketika membimbing FAM, pendekatan Datuk jelas berbeza kerana rata-rata pengamal media mengakui lebih senang berurusan dengan Datuk. Adakah FAM mula menyedari kepentingan media dalam menjayakan bola sepak tempatan?

Sejujurnya, tiada beza antara pendekatan saya dan Azzuddin. FAM sentiasa mengambil dasar memantau, mendengar dan meneliti setiap cadangan atau pandangan yang dikemukakan daripada mana-mana pihak.

Kami mengamalkan sikap profesional dan seperti yang saya katakan sebentar tadi, saya cukup menghormati rakan-rakan media.

Sebenarnya, kami dan media diibaratkan satu bumbung yang sama. Usaha ini memerlukan satu jalinan kerjasama yang cukup baik dan hasrat kami hanya satu, mahu menyaksikan bola sepak negara sentiasa maju. FAM tidak pernah mengetepikan media.

Sebelum ini, Rajagobal memberitahu ranking tidak penting dan memilih perlawanan persahabatan menentang pasukan berstatus kelab berbanding skuad kebangsaan. Namun, Datuk tampil dengan pendapat berbeza. Adakah Datuk berpuas hati dengan ranking Malaysia yang berada di kedudukan ke-159 dunia itu?

Bagi saya, ranking itu sangat penting. Ini kerana, ranking menjadi penanda aras bagi sesebuah pasukan. Bagaimanapun, saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak disebabkan pertukaran status perlawanan itu.

Perlu diingat, kadang-kadang tidak semua masa yang ditetapkan sesuai dengan pasukan lawan. Apa yang penting, jurulatih harus peka dan tegas apabila perlawanan telah ditetapkan, jadi kami wajib bermain.

Kami perlu berusaha untuk memperbaiki ranking skuad Harimau Malaya dari semasa ke semasa.

FAM sedang menyusun jadual untuk kalendar tahun depan selepas FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) mengeluarkan tarikh-tarikh untuk mengadakan perlawanan berstatus A.

Apakah misi dan visi jangka masa panjang Datuk bersama FAM?

Sudah tentu kami akan berusaha untuk memperbaiki ranking Harimau Malaya tetapi sasaran utama saya kali ini adalah mahu menyaksikan skuad negara layak ke pentas Piala Asia.

Inilah misi peribadi saya dan saya berharap dengan perancangan yang tepat serta sesuai, kami dapat menjayakan misi ini.

Dalam masa yang sama, saya tidak mahu dikatakan 'mesra media' sahaja untuk mendapatkan jawatan ini (Setiausaha Agung FAM) tetapi saya mahu dikenali sebagai individu yang boleh buat kerja dengan baik.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kad raya masih relevan

Posted:

Kad raya masih relevan

Kad raya masih relevan

Oleh NIZHA PERIASWAMY

KREATIVITI pengirim dapat dilihat melalui sampul pelbagai warna dan corak yang digunakan.


DALAM pada orang ramai memilih untuk menghantar ucapan raya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), kad elektronik mahupun rangkaian sosial, terdapat segelintir individu yang selesa mengamalkan cara tradisional dengan menghantar kad raya melalui perkhidmatan pos.

Tentu sekali menghantar atau menerima kad raya menyuntik pengalaman yang indah. Penerima bukan saja berpeluang memegang dan membaca bait-bait ucapan malah kad raya tersebut boleh disimpan sebagai kenang memandangkan ia sarat dengan sentuhan peribadi.

"Seperti yang kita sedia maklum, koleksi kad raya boleh disimpan dalam tempoh yang lama. Lagipun apabila membaca kad-kad lama secara automatik kita akan teringat kepada mereka mengutuskan kad tersebut.

"Bertambah istimewa, kehadiran kad raya dapat menyerikan hiasan rumah dengan menggantungnya di dinding dan sudut-sudut pilihan," jelas Siti Noor Hajar Zamzamin, 30, dari Shah Alam, Selangor.

Menurut Siti, sepanjang tiga tahun bertugas di Unit Kad Perayaan di Pusat Mel Nasional, Seksyen 21, Shah Alam, dia berasa teruja melihat himpunan kad raya yang direka sendiri oleh pengirim.

"Kreativiti mereka dapat dilihat menerusi sampul yang pelbagai warna dan corak. Rekaan yang dihasilkan sangat menarik. Saya pasti penerima lebih menghargai dan tersenyum tatkala menerima kad raya seumpama itu," ujarnya kepada Kosmo!.

Siti yang sudah 12 tahun bertugas bersama Pos Malaysia menyatakan, tanggungjawabnya semakin bertambah pada hari-hari terakhir sebelum hari raya. Ini disebabkan terlalu banyak kad raya perlu diedarkan.

Sementara itu, rakan setugas Siti, Mohd. Nazrin Abdul Rahman, 29, berkata, sejak tiga tahun lalu, jumlah kad yang diproses hampir sama.

"Mungkin lima hingga 10 tahun lepas, lebih banyak kad yang dihantar memandangkan pada tempoh berkenaan kiriman kad raya antara perkara wajib pada musim perayaan," jelas Nazrin.

Pusat Mel Nasional tersebut menjangkakan sebanyak 3.8 juta kad Hari Raya Aidilfitri dihantar pada tahun ini.

KAD-KAD diatur kemas mengikut kawasan penghantaran.


Berkurangan

Menurut Timbalan Naib Presiden Operasi Penyelesaian Komunikasi dan Edarannya, Boney Antika Baharim, penghantaran kad raya sejak tiga tahun lalu jelas menunjukkan corak yang sama dan ia menjadi rujukan sasaran tahun ini.

Pada tahun 2012, pengeposan kad raya adalah sebanyak 3.9 juta iaitu meningkat 0.05 peratus berbanding tahun 2011. Walau bagaimanapun, pengeposan kad raya pada tahun 2012 telah berkurangan sebanyak 25 peratus iaitu 1.2 juta berbanding 5.1 juta pada tahun 2010.

Penurunan jumlah penghantaran kad disebabkan pelbagai faktor khususnya kehadiran teknologi komunikasi dan maklumat yang serba canggih.

Namun situasi berkenaan sedikit pun tidak menjejaskan operasi Pos Malaysia. Sebaliknya saban tahun mereka sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang konsisten.

Inisiatif itu perlu dilaksanakan bagi memastikan kad-kad yang dihantar oleh orang ramai diproses dan dihantar tepat pada masanya.

"Seperti tahun-tahun terdahulu, pada kali ini kami turut menggunakan khidmat pekerja kasual atau pekerja sementara untuk urusan pemprosesan kad perayaan.

"Seramai 35 orang pekerja kasual diambil dan mereka mula bertugas sejak 3 Julai lalu hingga 16 Ogos ini," jelas Boney.

Beliau memaklumkan, selain daripada orang perseorangan, kad-kad raya yang diproses juga dihantar syarikat korporat.

Dalam pada itu, Pos Malaysia juga memperkenalkan poskad hari raya yang dijual pada harga RM3 bagi paket yang mengandungi lapan keping kad.

Ini merupakan inisiatif terbaharu Pos Malaysia dalam menggalakkan orang ramai menghantar ucapan raya secara tradisional.

"Kelebihan poskad ia tidak memerlukan setem. Pengguna hanya perlu membelinya di pejabat pos dan terus kirimkan kepada sahabat, kenalan mahupun saudara-mara mereka," jelas Boney.

Sementara itu, Ketua Pusat Mel Nasional, Syed Zulnurin Syed Loed berkata, setakat ini Pos Malaysia telah menghantar 2.5 juta kad dan selebihnya akan diproses secara agresif. Ini termasuk menambah waktu kerja atau kerja lebih masa bagi pekerja kasual yang sedia ada.

"Di seluruh negara, terdapat kira-kira 108 pekerja kasual yang diambil untuk memproses kad raya," ujarnya.

Pada tahun ini Pos Malaysia menyediakan promosi kadar bayaran kad raya dengan menetapkan 50 setem bagi setiap kad ucapan yang tidak melebihi 50 gram. Promosi tersebut berlangsung dari 8 Julai hingga 16 Ogos ini.

Bagi penghantaran ke luar negara pula, Pos Malaysia menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus daripada kadar biasa.

Cara unik untuk zahirkan keikhlasan

Posted:

Cara unik untuk zahirkan keikhlasan

Cara unik untuk zahirkan keikhlasan

SOLEH MELATI MOHD. ARIF


KEHADIRAN teknologi moden menawarkan kepelbagaian kaedah menghantar salam raya yang canggih namun kiriman kad raya tetap menjadi pilihan sesetengah individu.- Gambar hiasan


"SAYA lebih suka cara tradisi. Kad raya boleh dipegang, dibelek dan disimpan sebagai kenangan. Pada saya kad raya cukup istimewa kerana gaya bahasanya yang menarik dan klasik. Saya beli khas untuk bonda, ibu mertua dan keluarga tersayang.

"Kad raya memberi sentuhan istimewa kerana ia membantu mengeratkan lagi silaturahim."

Demikian antara komen daripada yang penulis peroleh selepas mengajukan pertanyaan kirim kad raya atau guna SMS dan MMS sahaja kepada rakan-rakan Facebook.

Ternyata tradisi mengirim kad raya masih menjadi pilihan ramai. Segelintir kecil turut memberitahu, sekalipun menggunakan SMS untuk mengirim ucapan Selamat Hari Raya, ia lebih ditujukan kepada kawan-kawan atau individu yang lebih muda daripada mereka.

Ada juga berpandangan, kad raya menjadi pilihan kerana ia bersifat peribadi, mempunyai nilai sentimental terutama untuk ibu bapa, kenalan rapat dan mereka yang jauh dan sudah lama tidak berjumpa.

Hasil tinjauan di sebuah kedai buku di Taman Setiawangsa, Kuala lumpur mendapati, kebanyakan pengguna yang gemar membeli kad raya ialah golongan muda dan remaja.

"Kebelakangan anak-anak muda kerap membeli kad raya. Golongan dewasa dan warga emas kurang. Kalau beli pun kad ini diberikan kepada jiran tetangga sahaja," kata pengusaha kedai buku dan alat tulis, SKH Books di pusat beli-belah Aeon AU2, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, Noor Shakila Mohamad Ismail.

Menurutnya, kebanyakan mereka yang membeli kad raya akan memberi kad itu dengan tangan.

"Barangkali disebabkan harga setem yang meningkat 50 sen bagi skeping kad raya. Kalau 10 kad sudah berapa? Dulu harga setem 30 sen, kalau tak digam sampul surat, setem 20 sen," kata Noor Shakila.

Kad yang menjadi pilihan golongan remaja ialah kad lakaran kartun.

Bagi golongan dewasa dan bekerja, kad pilihan mereka ialah yang mempunyai gambar yang cantik.

Kad paling murah yang dijual di kedai Noor Shakila berharga RM1.80 dan yang paling mahal RM14.90.

Bagaimanapun, Noor Shakila memberitahu, sambutan pembelian kad raya semakin berkurangan berbanding enam tahun lalu sewaktu dia memulakan perniagaan.

Kekalkan budaya

"Saya beli kad raya untuk ibu," kata Nurul Hanis Abd. Rahman, 13, yang ditemui di Kedai SKH Books.

Pelajar tingkatan satu itu mengakui dia jarang membeli kad raya termasuk semasa di sekolah rendah. Namun, pada tahun ini dia terdetik untuk membeli kad raya.

"Tahun ini saya belajar di Kuala Lumpur dan ini kali pertama berjauhan dengan ibu dan keluarga," kata Nurul Hanis yang berasal dari Jerantut, Pahang.

Dia memperoleh 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu.

Lazimnya, dia mengucapkan ucapan selamat hari raya secara lisan. Pada pagi raya, dia akan berjumpa dengan ibu dan ayah untuk memohon ampun dan maaf.


APLIKASI e-kad dan laman sosial menjadi medium moden untuk mengucapkan salam raya. - Gambar hiasan


Meskipun mengirim ucapan hari raya menerusi SMS dan MMS menjadi trend dalam kalangan rakan seasrama, Nurul Hanis berpandangan budaya mengirim kad raya perlu dikekalkan.

"Ada masanya kita tidak dapat melahirkan kata-kata yang boleh menusuk kalbu tapi menerusi kad raya ia boleh direalisasikan.

"Saya gemar mencari kad yang mengandungi ungkapan yang indah dan gambar menarik," kata Nurul Hanis yang memperuntukkan sekitar RM10 sahaja untuk membeli kad raya.

Bagi Ridzuan Ghazali, 20-an, dia gemar mengirim kad raya berbanding SMS atau MMS kerana dapat mengembalikan nostalgia zaman 1990-an.

"Kad raya lebih bersifat peribadi, berwarna-warni dan ada yang berlagu.

"Tulisan tangan yang ditulis pada kad raya menggambarkan keikhlasan si pengirim mengutus ucapan lebaran. Keseronokan menerima kad raya lebih berganda berbanding melalui SMS," tambahnya.

Menurut Ridzuan, dia membeli kad untuk saudara-mara serta kawan-kawan sekolah dan mengepos kad-kad berkenaan.

Kepada Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran, beliau juga memilih mengirim kad raya terutama untuk kenalan rapat dan rakan-rakan yang mempunyai hubungan kerja.

Menurut beliau, amalan mengirim kad ucapan telah menjadi amalannya sejak zaman persekolahan.

"Masa itu kita serah dengan tangan sahaja tetapi sekarang kerana jarang berjumpa, kad perlu dipos," katanya.

Piarapakaran biasanya membelanjakan sekitar RM60 hingga RM70 termasuk kos untuk mengirim kad raya.

Beliau berpendapat, mengirim kad raya adalah satu peluang terbaik untuk mengingati mereka yang dikenali dan berkongsi kegembiraan hari raya.

"Dengan kiriman kad, jalinan kemesraan berterusan termasuk untuk mereka yang mungkin menjadi renggang kerana perselisihan pendapat.

"Bagi saya kad masih satu cara unik menzahirkan keikhlasan mengucapkan selamat hari raya," katanya.

Mengenai kiriman ucapan menerusi SMS atau MMS, beliau beranggapan ia satu trend yang ada pengikutnya.

"Kita bolehlah hantar SMS tapi kalau memori telefon bimbit penuh, kita kena padam SMS atau MMS supaya ada ruang memori untuk keperluan lain.

"Kalau kad raya, kita boleh simpan selama mana kita mahu. Semakin banyak kad diterima, semakin meriah sambutan hari raya," katanya. – Bernama

Dunia penulisan kreatif Zainal Taib

Posted:

Dunia penulisan kreatif Zainal Taib

Dunia penulisan kreatif Zainal Taib

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

DUNIA kewartawanan yang pernah diceburi mendorong Zainal Taib terlibat dalam bidang penulisan kreatif.


JIKA membaca karya penulis, Zainal Taib Abdul Hamid, 39, atau lebih dikenali sebagai Park Sue Zai, ia banyak berkisar kepada pengalaman hidupnya sewaktu bergelar wartawan suatu ketika dahulu.

Ini kerana anak kelahiran Kampung Batu Melintang, Jeli, Kelantan itu, telah memulakan kerjaya sebagai wartawan sambilan di sebuah akhbar tabloid. Di situlah dia mula diperkenalkan dengan dunia penulisan.

Walaupun sekadar wartawan sambilan, Zainal Taib bertanggungjawab mengendalikan beberapa kolum yang banyak mengupas isu-isu kehidupan dan keluarga.

"Ketika itu, saya berguru dengan Mazlan Manan, Nuri Sufian dan Hasyim Anang yang merupakan orang kuat sebuah syarikat penerbitan tempatan. Mereka banyak membantu dan memberi semangat untuk saya berkarya.

"Akhirnya, saya berjaya menyiapkan sebuah cerpen berjudul Ummi. Ini sekali gus membuka lembaran baharu dalam bidang penulisan kreatif," ujarnya.

Tanpa disangka, cerpen Ummi telah dipilih memenangi hadiah saguhati Sayembara Mengarang Cerpen Yayasan Ummi Selangor pada tahun 1996.

Rentetan itu, minatnya terhadap dunia penulisan kreatif semakin mendalam.

Tidak lama kemudian, dia tampil dengan lebih banyak cerpen seperti Kerana Baju Itu, Bila Mamaku Bergaya, Di Pertemuan Itu, Hati Izra, Datuk vs Datuk, Bila Datin Menjerit dan Ah Chow. Semua karya tersebut dimuatkan dalam majalah-majalah dan akhbar tempatan.

Pada tahun 2012, novel pertama Zainal Taib berjudul Noktah Pertemuan diterbitkan oleh Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Ia merupakan sebuah novel remaja yang memaparkan kisah hidup seorang selebriti tanah air yang lahir daripada program realiti yang ingin mencari ketenangan jiwa selepas diuji dengan pelbagai dugaan.

Perasaan teruja

"Sebenarnya saya sendiri tidak menyangka bahawa selepas seminggu menghantar manuskrip novel tersebut, pihak penerbit terus memberi respons positif.

"Namun, saya diminta untuk menambah 50 muka surat lagi untuk menjadikan novel tersebut lebih suspens dan dramatik. Saya berjaya menyiapkannya dalam tempoh 14 hari. Dua minggu kemudian, saya dimaklumkan muka hadapan novel berkenaan telah siap.

"Perasaan saya amat teruja kerana percubaan pertama menghasilkan novel sendiri berhasil," ujarnya sambil mengimbau detik penghasilan novel itu yang dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Terbaharu, novel kedua Zainal Taib yang berjudul Mengejar Kasih Di Hujung Senja telah berada di pasaran.

Menurutnya, ia merupakan sebuah garapan kisah benar yang diadaptasi daripada pengakuan seorang bekas komunis yang telah kembali ke pangkal jalan.

"Kisah ini saya ambil semasa menjadi wartawan dan mengadaptasikan ke dalam bentuk novel. Ia turut menyelitkan isu-isu berkaitan penderaan, kasih sayang keluarga dan percintaan," jelasnya.

Dia kini sedang menanti karya ketiganya iaitu Himpunan Cerpen (Jalan Pulang) Zainal Taib dalam bentuk buku elektronik (e-book).

Untuk mendapat keterangan lanjut tentang Zainal Taib, sila layari laman l Faceboook Park Sue Zai atau Twitter Zainal Taib. Dia juga boleh dihubungi di talian 014-827 6298.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Israel buka bidaan bina 1,000 buah rumah

Posted:

Israel buka bidaan bina 1,000 buah rumah

Israel buka bidaan bina 1,000 buah rumah

reuters
DERETAN penempatan haram Yahudi di Har Gilo, dekat Baitulmuqaddis. Israel semalam mengumumkan bidaan pembinaan sebanyak 1,000 unit rumah biarpun rundingan damai dengan Palestin masih sedang berlangsung.


BAITULMUQADDIS - Israel semalam membuka bidaan untuk membina lebih 1,000 buah rumah di Tebing Barat, termasuklah di timur Baitulmuqaddis, tiga hari sebelum rundingan damai pusingan seterusnya dengan Palestin dilangsungkan.

"Tender-tender akan dibuka untuk 793 unit rumah di timur Baitulmuqaddis dan 394 buah di lokasi lain di Tebing Barat," jelas Kementerian Perumahan Israel dalam satu kenyataan.

Menteri Perumahan, Uri Ariel menolak kritikan antarabangsa mengenai pembinaan rumah penduduk Yahudi di atas tanah milik Palestin yang didakwa menjadi penghalang utama kepada perdamaian.

Kementerian tersebut menyatakan plot-plot tanah ditawarkan untuk pembinaan rumah di Har Homa, Har Gilo dan Pisgat Zeev di utara bandar ini.

Plot tanah juga melibatkan kawasan di Ariel, Maaleh Adumim, Efrata dan Beitar Ilit di sekitar Bethlehem.

Perunding Palestin, Mohammed Shtayeh menyatakan tindakan terbaru itu menunjukkan niat sebenar Israel.

"Cukup jelas bahawa kerajaan Israel hanya berminat untuk membina penempatan haram. Sekali gus mensia-siakan usaha Amerika Syarikat dan masyarakat antarabangsa untuk memulakan semula rundingan," katanya.

Anggota kumpulan pemerhati Peace Now, Lior Amihai menyatakan, sekiranya rundingan itu gagal kerana aktiviti pembinaan rumah haram Israel, negara Yahudi tersebut sebenarnya meletakkan dirinya dalam situasi lebih buruk. - AFP

India laksana perintah berkurung

Posted:

India laksana perintah berkurung

India laksana perintah berkurung


afp
SEORANG anggota polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan di Jammu kelmarin. Pertempuran antara penganut Islam dan Hindu setakat ini telah meragut tiga nyawa.


SRINAGAR, India - Pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung ke atas tujuh bandar di Kashmir, India semalam berikutan pertempuran antara penganut Islam dan Hindu memasuki hari ketiga.

Bandar yang terlibat ialah Jammu, Rajouri, Reasi, Udhampur, Kathua, Samba dan Baderwah. Polis memberitahu, jumlah kematian akibat keganasan agama pada sambutan Hari Raya Aidilfitri itu kini mencecah tiga orang. Salah satu mayat ditemui polis di wilayah Jammu pada malam Sabtu lalu.

Seorang pentadbir awam, Shantmanu memberitahu, terdapat banyak percubaan oleh aktivis daripada parti-parti pembangkang untuk menyerang rumah dan premis perniagaan di wilayah Jammu.

Kishtwar iaitu lokasi pertempuran bermula dikenakan perintah berkurung yang ketat selepas dua orang terbunuh dan 24 yang lain cedera.

"Perintah berkurung dilaksanakan untuk mengawal keadaan," jelas Pengarah Besar Polis Jammu, Ashok Prasad.

Sementara itu, pihak berkuasa juga menafikan dakwaan bahawa pemimpin kanan nasionalis Hindu, Parti Bharatiya Janata (BJP), Arun Jaitley dibenar melawat Kishtwar.

Pegawai kanan negeri Jammu-Kashmir, Omar Abdullah menegaskan bahawa ahli politik tidak dibenarkan untuk melawat Kishtwar atau bandar lain bagi mengelakkan keganasan. - AFP

22 maut akibat banjir di Afghanistan

Posted:

22 maut akibat banjir di Afghanistan

22 maut akibat banjir di Afghanistan


ap
BEBERAPA orang penduduk kampung berdiri berhampiran rumah-rumah yang musnah akibat banjir yang melanda Kabul, Afghanistan. Dianggarkan 22 orang maut akibat bencana alam itu.


KABUL, Afghanistan - Sekurang-kurangnya 22 orang terkorban manakala kawasan pertanian musnah apabila banjir kilat melanda dataran berhampiran Kabul, kata beberapa pegawai semalam.

Bencana terbaru itu berlaku ekoran hujan lebat dan hujan batu selama beberapa jam kelmarin, sekali gus mengakibatkan dataran Shomali di utara Kabul terjejas teruk.

Jurucakap polis di sini, Sayed Ekramuddin Jalal berkata, enam yang maut ialah kanak-kanak.

"Kami sudah menghantar pasukan penyelamat ke kawasan itu dan memindahkan penduduk dari kawasan berbahaya," katanya.

Beberapa penduduk cedera dan kira-kira 12 kediaman musnah.

Menurut Sayed Ekramuddin, kebanyakan tali air, telaga, kebun dan ladang mengalami kerosakan.

Sebahagian mangsa merupakan penduduk kawasan lain yang datang melawat saudara-mara sempena cuti Aidilfitri.

Dalam pada itu, seorang pegawai di Kementerian Persediaan Bencana, Ghulam Farouq berkata, dua wanita terbunuh dan empat yang lain turut cedera.

Pada awal bulan ini, lebih 60 orang maut dalam banjir di timur Kabul. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved