Jumaat, 9 Ogos 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Korban Syawal demi negara

Posted:

Korban Syawal demi negara

Korban Syawal demi negara

LALUAN masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah itu sibuk sepanjang hari. Baik pada waktu pagi, petang atau malam, kawasan tersebut sering dipenuhi kenderaan pelbagai jenis dari negara Gajah Putih ataupun warga Malaysia yang mahu ke Thailand.

Lori-lori kontena juga beratur menunggu giliran pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam itu. Tanpa jemu, para pegawai daripada tiga organisasi berbeza itu melaksanakan tugas dengan tekun demi mengekang sebarang ancaman dari luar.

Di kompleks CIQ, tugasan pemeriksaan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bagaimanapun tugas rondaan di kawasan sempadan dilaksanakan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM.

Setiap kenderaan termasuk motosikal yang melewati kompleks itu tidak terlepas daripada pemantauan anggota PDRM. Berdasarkan pemerhatian, tidak semua kenderaan ditahan untuk pemeriksaan. Tindakan itu mengundang persoalan di hati penulis yang ketika itu mengikuti sesi penggambaran rancangan dokumentari muzikal Aidilfitri, Salam Perwira untuk siaran TVi RTM (saluran 180 Astro).

"Mata kena tajam, naluri kena kuat! Kalau kami tengok pemandu atau penumpang dalam kenderaan itu cemas dan berada dalam keadaan mencurigakan, kami terus tahan dan periksa kenderaan mereka.

"Ada juga yang kami arahkan membawa beg dan barangan lain untuk imbasan sebagai langkah keselamatan lanjutan," jelas seorang anggota PDRM yang bertugas di kompleks tersebut.

Kesibukan itu tidak pernah putus meskipun pada bulan Ramadan mahupun Syawal. Tiada keluarga menyambut kepulangan para petugas di situ pada pagi Aidilfitri. Kesyahduan atau kegirangan hari raya hanya dikongsi sesama rakan sekerja yang meminjam rasa serupa.

"Selama 14 tahun saya bekerja dalam PDRM, pernah empat atau lima kali saya beraya di operasi," luah Asisten Supritendan (ASP) Azmi Abd. Aziz, 38, Pegawai Pemerintah Medan, Markas Taktikal Bukit Kayu Hitam, ketika ditemui Kosmo!.

"Tugas seperti ini tidak menentu dan saya perlu melakukan pertukaran lokasi dalam kalangan pegawai batalion PGA. Jadi ada masanya giliran bertugas itu jatuh pada bulan Syawal, suka atau tidak saya akur.

"Memang pada awalnya perasaan itu sebak sebab ketika itu anak-anak masih kecil. Dulu mereka terasa juga sebab bapa mereka tidak boleh pulang ketika raya, namun kini keluarga telah memahami tuntutan tugas saya," tambah bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Amanah besar

Tugas mengawal keselamatan sempadan negara merupakan satu amanah besar. Setiap hari, anggota-anggota PGA di markas tersebut berganti syif mengawal pintu keluar masuk Malaysia - Thailand.

Menjelang musim perayaan, tugasan mereka menjadi lebih berat kepada pencegahan barangan penyeludupan popular seperti mercun.

Puncanya mudah, apabila memasuki Thailand dari Bukit Kayu Hitam, pengunjung akan tiba di bandar Danok terlebih dahulu. Di situ, mercun pelbagai jenis dapat dibeli pada harga yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia.

"Begitu juga dengan penyeludupan pendatang asing tanpa izin. Kebanyakannya terdiri daripada etnik Rohingya," kongsi Azmi.

Dalam kesibukan para pegawai dan anggota melaksanakan tugas, menjelang malam raya, suasana di markas tersebut bertukar meriah dengan kerja gotong-royong memasak.

"Kami bakar lemang, masak rendang dan menyediakan juadah raya yang lain beramai-ramai. Walaupun tidak dapat bersama keluarga, sekurang-kurangnya suasana Aidilfitri itu tidak hilang dan masih boleh dirasai sesama anggota di sini," cerita Inspektor Mohd. Haffiz Abdulah, 28, Pegawai Gerakan, Batalion 18.

Selepas solat sunat Aidilfitri, kata Haffiz, anggota yang tidak bertugas pada syif tersebut sama-sama menikmati jamuan sederhana yang disediakan markas dan makanan yang dihantar dari Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Kuala Lumpur.

"Biarpun kami menyambut raya dengan memakai uniform, suasana itu tetap terasa," tambah Haffiz yang berasal dari Marang, Terengganu yang mengatakan selepas jamuan semua anggota menyambung tugas seperti sediakala.

Selain juadah yang mereka sediakan sendiri, setiap unit operasi di setiap negeri turut menerima bekalan makanan Aidilfitri yang disediakan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan dihantar oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM.

PARA anggota keselamatan tanpa mengira badan uniform di seluruh Malaysia akur dengan tuntutan tugas meskipun pada bulan Syawal. - Gambar hiasan


Agihan kuih-muih

Nasi himpit segera dan kuih-muih diagihkan kepada setiap markas dan pos kawalan sempadan seluruh Malaysia. Menurut Haffiz, kebiasaannya ia dihantar dalam tempoh sehari atau dua hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.

Inspektor Hazli Ibrahim, 28, dari Platun Komander 6, Kompeni B, Batalion 18 pula memberitahu, peluang berhari raya bersama keluarga terasa lebih bermakna selepas beberapa kali menempuh pengalaman beraya ketika bertugas.

"Waktu bujang dulu memanglah rasa biasa malah seronok pula sebab dapat merasai suasana Aidilfitri yang berbeza-beza. Kawan-kawan bujang pun ramai. Namun lepas berkahwin dan berkeluarga, bertugas dalam bulan Syawal membuatkan hati rasa berat.

"Tambahan pula sepanjang bulan puasa dan raya memang banyak kes penyeludupan besar-besaran berlaku," jelas Hazli yang telah bersama PDRM selama lapan tahun.

Bagi mengubati kerinduan sambutan Aidilfitri bersama keluarga, kesemua anggota PDRM yang tamat operasi selepas sebulan diberikan pelepasan dan cuti gantian selama seminggu hingga 10 hari. Usai tempoh itu, mereka perlu kembali ke kem masing-masing dan menjalankan kerja-kerja pengurusan.

Raya di pos

Jika kemeriahan sambutan di markas dikongsi bersama ratusan anggota, lain pula kisahnya di Pos PGA Kurong Tengar, Kuala Perlis. Daripada lima anggota yang ditugaskan di pos kecil itu, hanya dua daripada mereka yang beragama Islam.

Koperal Jaswi Wajan, 55, merupakan salah seorang anggota Muslim di pos tersebut. Meskipun kesemua anggota di situ hanya bertugas untuk tempoh sebulan sebelum kembali ke Kem PGA Ulu Kinta atau Bidor, Perak, tempoh dua dekad berganti pos sempadan sudah cukup mematangkan Jaswi setiap kali menjelang Ramadan dan Syawal.

"Tipulah kalau cakap tak sedih jika terpaksa beraya ketika operasi lebih-lebih lagi pada pagi raya. Sayu mendengar suara keluarga dalam telefon mengucapkan selamat hari raya. Kalau dahulu rindukan anak-anak, sekarang rindukan cucu pula," luah Jaswi yang berasal dari Koyan, Pahang.

Kehidupan Jaswi bersama empat lagi anggota di Pos Kurong Tengar dilihat agak mencabar. Bukan bekalan makanan menjadi kerunsingan anggota di situ tetapi tahap keselesaan membuatkan tempoh sebulan terasa panjang dan mengganggu ketekunan tugasan.

Pos sempadan yang didirikan di tebing Pantai Kurong Tengar itu agak mendukacitakan dari segi binaannya. Struktur bangunan menggunakan kayu lama tidak pernah diganti malah ruangan dalaman juga tidak dilengkapi infrastruktur asas termasuk kipas angin.

Almari dan katil besi kelihatan uzur dan pemandangan itu menimbulkan rasa belas kepada para anggota di situ yang hidup dalam serba kekurangan terutamanya pada bulan Ramadan dan Syawal.

"Pada waktu malam, kami tidur pakai kelambu sebab nyamuk sangat banyak. Kami juga dibekalkan stok ubat malaria sebagai pencegahan," ujar Jaswi sambil menunjukkan tingkap bilik yang ditutup dengan jaring rintangan nyamuk.

Pos Kurong Tengar merupakan salah satu pos PGA di Perlis yang menjaga keselamatan sempadan Malaysia - Thailand. Biarpun anggota yang ditempatkan tidak ramai, sambutan Aidilfitri di situ masih disambut secara sederhana.

Juadah wajib seperti lemang, kari dan rendang dimasak secara berkumpulan. "Orang kampung di sini pun memberikan kami makanan pada hari raya. Jadi bolehlah anggota yang menyambut raya merasai nikmatnya nilai kekeluargaan itu," ujar Ketua Pos Kurong Tengar, Inspektor Loshius Mondolou, 30, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Hantaran kahwin tinggi punca ramai membujang

Posted:

Hantaran kahwin tinggi punca ramai membujang

Hantaran kahwin tinggi punca ramai membujang

Oleh WARTAWAN KOSMO!
berita@kosmo.com.my


WANG hantaran tinggi menyebabkan banyak pasangan muda di negara ini terpaksa menangguhkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Bebanan kos perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit ketika ini telah mendorong banyak pihak terutamanya golongan muda terpaksa menangguhkan hasrat untuk menempuh gerbang perkahwinan pada usia muda.

Kadar hantaran tinggi yang ditetapkan oleh pihak perempuan mengikut status keluarga, taraf pendidikan dan kecantikan menjadikan ramai anak muda yang baru menempuh alam pekerjaan terpaksa menabung untuk tempoh yang lama demi mengumpul wang.

Sidang Dewan Negara pada tahun lalu diberitahu, satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2010 mendapati faktor utama ramai lelaki tidak berkahwin ialah kerana masalah kewangan (44.7 peratus) diikuti tiada calon sesuai (19.3 peratus).

Menurut seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Kamil, 31, wang hantaran RM11,000 serta kos perbelanjaan kenduri mencecah RM20,000 menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin dengan buah hatinya yang dikenali tiga tahun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hantaran tinggi haram

Posted:

Hantaran tinggi haram

Hantaran tinggi haram

HARRUSSANI


KUALA LUMPUR - Sesebuah perkahwinan itu akan menjadi haram sekiranya nilai wang hantaran yang ditetapkan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan perasaan riak.

Mufti Perak, Tan Sri Harrussani Zakaria berkata, tidak salah untuk meletakkan nilai hantaran yang tinggi jika pasangan itu mampu, namun jika tujuan sebenarnya adalah untuk menunjuk-nunjuk, perbuatan itu adalah haram.

Menurut beliau, perasaan riak adalah salah satu daripada dosa besar dan ia merupakan satu perbuatan yang dianggap syirik kecil dalam Islam.

NOOH


"Perkahwinan adalah satu ibadah dan akan mendapat ganjaran pahala dalam Islam tetapi jika kita melaksanakannya dengan perkara-perkara yang dimurkai Allah, maka hukumnya adalah haram," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Harrussani, budaya meletakkan wang hantaran yang tinggi sebenarnya tidak digalakkan dalam Islam kerana ia mendorong kepada pembaziran.

Katanya, selain daripada membazir yang merupakan amalan syaitan, ia juga akan membebankan sebelah pihak yang terpaksa menyediakan wang hantaran yang tinggi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

14 keluarga beraya dalam duka

Posted:

14 keluarga beraya dalam duka

14 keluarga beraya dalam duka


BEBERAPA penduduk mencari barangan yang masih boleh digunakan selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Sentul Pasar kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kemeriahan 1 Syawal yang diraikan umat Islam di seluruh negara kelmarin seperti tidak bermakna kepada 14 keluarga apabila rumah mereka di Kampung Chubadak, Sentul Pasar di sini musnah dalam kebakaran.

Kejadian pada pukul 9.50 malam itu memusnahkan 11 buah rumah yang dihuni 14 keluarga.

Namun tiada kecederaan dilaporkan kerana kejadian berlaku ketika para penghuni pulang beraya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Zahari Mohamad berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 9.52 malam dengan menghantar lima jentera dan anggota untuk memadam serta mengawal kebakaran.

"Kedudukan rumah yang terletak berdekatan antara satu sama lain menyebabkan kemusnahan besar dalam masa yang singkat.

"Kita terpaksa menggunakan 'tanker' untuk mengangkut air ke tempat kejadian kerana sumber air agak jauh," katanya yang masih menyiasat punca dan jumlah kerugian.

Sementara itu, Endra Yusman, 30, bersyukur kerana ibu bapanya tiada di rumah ketika kejadian kerana pulang beraya di kampung di Bandar Baharu, Kedah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Galakan beri duit raya

Posted:

Galakan beri duit raya

Galakan beri duit raya


ANAK-ANAK perlu dididik agar mementingkan nilai persaudaraan dan kasih sayang dalam agama lebih besar daripada wang ringgit.


SABAN tahun menjelang Aidilfitri, kanak-kanak akan menjadi golongan yang paling gembira kerana pada waktu itu mereka berpeluang mengumpul duit raya dari rumah ke rumah.

Bagi yang mempunyai ramai anak saudara pula, masing-masing pastinya sudah mempunyai peruntukan duit raya tersendiri untuk dibahagikan sesama mereka.

Menurut pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew, amalan memberi duit raya ini boleh dianggap sebagai sedekah yang amat dituntut dalam Islam atau sunat dilakukan.

Sifat pemurah

"Jika dengan memberi itu membuatkan kita dapat berkasih sayang, lebih mengenali dan menggalakkan amalan ziarah dalam kalangan kanak-kanak, maka ia adalah amalan yang baik.

"Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud: ''Sesungguhnya sedekah seseorang itu dapat memanjangkan umur dan mencegah mati dalam keadaan teruk dan Allah pula menghapuskan dengan sedekah itu sifat sombong, takbur dan membanggakan diri (daripada pemberiannya).''

"Jadi, jika kita berniat memberi duit raya kerana mahu bersedekah, maka pahala itu yang akan kita dapat kerana setiap amal seseorang itu dinilai dengan niat," ujar beliau ketika dihubungi Kosmo!.

Tambah Ebit Lew, Rasulullah SAW seorang yang sangat pemurah dan sentiasa memberi. Baginda tidak pernah membiarkan seseorang yang berhajat sesuatu tanpa memberikan apa yang mereka mahu.

Bagaimanapun, umat Islam diingatkan agar tidak berasa bangga dengan pemberian mereka kerana syarat penerimaan amalan di sisi Allah ada tiga iaitu iman, ilmu dan ikhlas.

"Tanpa keikhlasan, amalan seseorang itu tidak akan diterima. Oleh itu, ketika memberi duit raya atau bersedekah, seharusnya kita memelihara niat yang terdetik di hati.

"Jika timbul niat yang tidak baik, kita perlu memohon keampunan dari Allah. Tetapi, pada masa yang sama, teruskan bersedekah sehingga hati kita benar-benar ikhlas melakukannya. Latih diri suka memberi dengan ikhlas kerana semua sifat orang yang Allah sayang ialah suka memberi," terang Ebit Lew sambil menambah bahawa kemungkinan dengan sifat suka memberi ini, menjadi penyebab kita terselamat daripada api neraka.

Dalam pada itu, amalan memberi duit raya membuatkan ramai kanak-kanak menganggap ia bersifat wajib dan perlu ada.

Justeru, bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menyedarkan bahawa nilai persaudaraan dan kasih sayang dalam agama itu lebih besar daripada wang ringgit.

"Sejak kecil, tanamkan iman dalam hati anak-anak. Beritahu mereka tentang kebesaran Allah, cinta Allah dan Islam. Sentiasa ulangi bahawa wang ringgit, pangkat dan kemasyhuran tidak menjamin hidup kita. Sebaliknya, hanya Allah yang menjamin hidup kita.

"Kalau boleh, ceritakan pada mereka tentang kisah Firaun, Qarun, Raja Namrud, kaum Saba', Ailah dan Tsamud yang semuanya dihancurkan oleh Allah kerana duit, harta dan kuasa. Namun, jangan lupa pula untuk menceritakan tentang kemurahan hati Abdul Rahman bin Aur r.a yang kaya tetapi sanggup membelanjakan hartanya untuk agama," ungkap beliau lagi.

Selain itu, ibu bapa juga harus mendidik anak-anak dengan adab dan sifat suka bersedekah. Sabda Nabi SAW: "Tiada pemberian terbaik daripada seorang ayah kepada anaknya lebih daripada akhlak yang mulia."

Lantaran itu, anak-anak perlu diajar agar tidak membandingkan wang yang diterima daripada orang-orang yang memberi. Sebaliknya, bersyukur dengan setiap apa yang dimiliki kerana semua rezeki itu datangnya dari Allah.

"Paling penting, orang dewasa yang memberi duit raya harus menunjukkan kemesraan pada kanak-kanak. Layan mereka, beri makanan dan minuman serta berkenalan dengan anak-anak ini supaya mereka juga dapat belajar berkasih sayang kerana Allah dan bukan semata-mata kerana duit," tegasnya. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Nikmati juadah raya bersama rakan sekerja

Posted:

Nikmati juadah raya bersama rakan sekerja

Nikmati juadah raya bersama rakan sekerja

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


AIDILFITRI menjadi medan untuk setiap petugas saling bermaafan-maafan antara satu sama lain atas kekhilafan diri.


SABAN tahun menjelang Aidilfitri, kanak-kanak akan menjadi golongan yang paling gembira kerana pada waktu itu mereka berpeluang mengumpul duit raya dari rumah ke rumah.

Bagi yang mempunyai ramai anak saudara pula, masing-masing pastinya sudah mempunyai peruntukan duit raya tersendiri untuk dibahagikan sesama mereka.

Menurut pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew, amalan memberi duit raya ini boleh dianggap sebagai sedekah yang amat dituntut dalam Islam atau sunat dilakukan.

Sifat pemurah

"Jika dengan memberi itu membuatkan kita dapat berkasih sayang, lebih mengenali dan menggalakkan amalan ziarah dalam kalangan kanak-kanak, maka ia adalah amalan yang baik.

"Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud: ``Sesungguhnya sedekah seseorang itu dapat memanjangkan umur dan mencegah mati dalam keadaan teruk dan Allah pula menghapuskan dengan sedekah itu sifat sombong, takbur dan membanggakan diri (daripada pemberiannya).''

"Jadi, jika kita berniat memberi duit raya kerana mahu bersedekah, maka pahala itu yang akan kita dapat kerana setiap amal seseorang itu dinilai dengan niat," ujar beliau ketika dihubungi Kosmo!.

Tambah Ebit Lew, Rasulullah SAW seorang yang sangat pemurah dan sentiasa memberi. Baginda tidak pernah membiarkan seseorang yang berhajat sesuatu tanpa memberikan apa yang mereka mahu.

Bagaimanapun, umat Islam diingatkan agar tidak berasa bangga dengan pemberian mereka kerana syarat penerimaan amalan di sisi Allah ada tiga iaitu iman, ilmu dan ikhlas.

"Tanpa keikhlasan, amalan seseorang itu tidak akan diterima. Oleh itu, ketika memberi duit raya atau bersedekah, seharusnya kita memelihara niat yang terdetik di hati.

"Jika timbul niat yang tidak baik, kita perlu memohon keampunan dari Allah. Tetapi, pada masa yang sama, teruskan bersedekah sehingga hati kita benar-benar ikhlas melakukannya. Latih diri suka memberi dengan ikhlas kerana semua sifat orang yang Allah sayang ialah suka memberi," terang Ebit Lew sambil menambah bahawa kemungkinan dengan sifat suka memberi ini, menjadi penyebab kita terselamat daripada api neraka.

Dalam pada itu, amalan memberi duit raya membuatkan ramai kanak-kanak menganggap ia bersifat wajib dan perlu ada.

Justeru, bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menyedarkan bahawa nilai persaudaraan dan kasih sayang dalam agama itu lebih besar daripada wang ringgit.

"Sejak kecil, tanamkan iman dalam hati anak-anak. Beritahu mereka tentang kebesaran Allah, cinta Allah dan Islam. Sentiasa ulangi bahawa wang ringgit, pangkat dan kemasyhuran tidak menjamin hidup kita. Sebaliknya, hanya Allah yang menjamin hidup kita.

"Kalau boleh, ceritakan pada mereka tentang kisah Firaun, Qarun, Raja Namrud, kaum Saba', Ailah dan Tsamud yang semuanya dihancurkan oleh Allah kerana duit, harta dan kuasa. Namun, jangan lupa pula untuk menceritakan tentang kemurahan hati Abdul Rahman bin Aur r.a yang kaya tetapi sanggup membelanjakan hartanya untuk agama," ungkap beliau lagi.

Selain itu, ibu bapa juga harus mendidik anak-anak dengan adab dan sifat suka bersedekah. Sabda Nabi SAW: "Tiada pemberian terbaik daripada seorang ayah kepada anaknya lebih daripada akhlak yang mulia."

Lantaran itu, anak-anak perlu diajar agar tidak membandingkan wang yang diterima daripada orang-orang yang memberi. Sebaliknya, bersyukur dengan setiap apa yang dimiliki kerana semua rezeki itu datangnya dari Allah.

"Paling penting, orang dewasa yang memberi duit raya harus menunjukkan kemesraan pada kanak-kanak. Layan mereka, beri makanan dan minuman serta berkenalan dengan anak-anak ini supaya mereka juga dapat belajar berkasih sayang kerana Allah dan bukan semata-mata kerana duit," tegasnya. – KHADIJAH MOHAMAD NOR

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Bintang The Catalan janji saji rentak menghiburkan

Posted:

Bintang The Catalan janji saji rentak menghiburkan

Bintang The Catalan janji saji rentak menghiburkan


BARISAN pemain Barcelona menjalani latihan ringan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam sebagai persiapan menentang Harimau Malaya malam ini.


AKSI terbaik dan menghiburkan demi peminat Barcelona di Malaysia!

Itu janji barisan bintang The Catalan menjelang aksi persahabatan menentang Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

'Arkitek' Barcelona, Cesc Fabregas berkata, peluang beraksi lebih dekat dengan penyokong Barcelona di negara ini sememangnya mengujakan.

"Malaysia sebuah negara yang mempersonakan. Tidak mustahil saya akan menamatkan karier saya di sini.

"Namun, saya baru berusia 26 tahun dan belum terfikir untuk bersara," kata Fabregas.

Pemain terbaik dunia, Lionel Messi pula menganggap aksi berdepan Harimau Malaya sebagai sebahagian daripada persiapan mereka mempertahankan trofi Liga Sepanyol musim ini.

"Pencapaian kami musim lalu sudah cukup hebat, jika kami berjaya mengulanginya musim ini, sudah tentu ia sesuatu yang cukup sensasi," katanya.

Permata baharu The Catalan, Neymar pula jelas tidak sabar-sabar untuk beraksi di Nou Camp.

"Perasaan dikelilingi peminat Barcelona dari seluruh dunia sememangnya indah.

"Sejujurnya, saya tidak sabar bergandingan dengan pemain terbaik di dunia seperti Messi, Xavi, Andres Iniesta dan juga Fabregas," kata Neymar.

Mimpi indah atau mimpi ngeri?

Posted:

Mimpi indah atau mimpi ngeri?

Mimpi indah atau mimpi ngeri?

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

PERSOALAN sama ada 'mimpi indah' bertemu Barcelona bakal bertukar menjadi 'mimpi ngeri' hanya boleh dijawab sendiri skuad Harimau Malaya malam ini.

Apa tidaknya, skuad The Catalan seakan-akan sudah melaungkan amaran betapa mereka tidak akan memberi belas ihsan kepada Harimau Malaya selepas membelasah kelab Brazil, Santos dengan kemenangan bergaya 8-0 baru-baru ini.

Kelmarin, skuad kendalian Gerard Martino juga bermaharajalela di Stadium Rajamangala, Bangkok apabila 'mengerjakan' skuad Bawah 23 tahun Thailand 7-1 hasil jaringan hatrik Pedro Rodriguez, Lionel Messi (dua gol) manakala Neymar dan Alexis Sanchez masing-masing menyumbat satu gol.

Kemenangan besar Barcelona dalam kedua-dua perlawanan itu jelas memberikan isyarat awal kepada skuad kendalian Datuk K. Rajagobal yang seolah-olah dilihat menunggu masa untuk menjadi mangsa seterusnya.

Enggan mengibarkan 'bendera putih' sebelum berjuang, pemain sayap negara, Wan Zack Haikal Wan Noor sebaliknya percaya mereka mampu memberikan cabaran terhadap The Catalan malam ini.

"Saya tidak peduli keputusan perlawanan Barcelona dalam dua perlawanan sebelum ini.

"Apa yang saya tahu, saya mahu membalas kepercayaan jurulatih (Datuk K. Rajagobal) selepas tidak diturunkan ketika berdepan Chelsea sebelum ini," katanya.

Wan Zack berkata, prestasinya juga berada dalam keadaan terbaik selepas dibelenggu kecederaan yang memaksanya berehat selama tiga bulan ketika menjalani latihan bersama FC Ryukyu awal tahun ini.

Dalam pada itu, tonggak pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Razak juga berharap dapat meraih pengalaman berguna ketika berdepan Barcelona malam ini.

"Saya akan memberikan yang terbaik biarpun sudah tentu ia perlawanan yang paling sukar dalam karier saya," kata Aidil.

Seorang lagi tonggak pertahanan negara, Muhamad Fadhli Shas tidak mahu terlampau memikirkan sama ada berkemampuan merobek gawang Barcelona ataupun tidak seperti mana yang dilakukannya ketika berdepan Chelsea tempoh hari.

"Jika berjaya menjaringkan gol ia dianggap bonus, namun saya tidak akan melupakan tanggungjawab saya merantai pergerakan penyerang lawan habis-habisan," katanya.

'Peluang sekali seumur hidup'

Posted:

'Peluang sekali seumur hidup'

'Peluang sekali seumur hidup'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SERIUS... Rajagobal (tengah) memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.


APA agaknya yang bermain di benak fikiran pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menjelang aksi persahabatan berdepan gergasi Sepanyol, Barcelona di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Menyedari perbezaan ketara kedua-dua pasukan ibarat langit dan bumi, tiada apa yang dituntut Rajagobal selain mahu anak-anak buahnya memberikan persembahan terbaik dan kembali bangkit melupakan episod duka ketika diaibkan di bumi Jepun tempoh hari.

"Kita belum tentu berjumpa Barcelona selepas ini, jadi saya harap para pemain dapat memberikan yang terbaik esok (malam ini).

"Kalau boleh, biarlah pemain dapat sesuatu... ada tak peningkatan sekembalinya dari Jepun.

"Jadi saya harap pemain-pemain dapat mempamerkan aksi yang lebih baik berbanding semasa bertemu Chelsea (tewas 1-4) sebelum ini," kata Rajagobal kepada pemberita selepas sesi latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.

Pada masa sama, Rajagobal juga seakan-akan masih belum serik daripada melakukan eksperimen apabila tidak menolak kemungkinan merombak skuad Harimau Malaya terutamanya pada babak kedua.

"Ini aksi ujian, berdepan Bahrain (kelayakan Piala Asia) jauh lebih penting daripada mana-mana aksi persahabatan.

"Saya akan turunkan dahulu skuad terbaik (pada babak pertama), jika ada keperluan saya akan membuat pertukaran," jelasnya.

Rajagobal memberitahu, beliau belum membuat keputusan muktamad mengenai kesebelasan utamanya malam ini memandangkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat mengadu mengalami sakit pangkal paha sementara Nik Shahrul Azim Ab. Halim pula baru pulih daripada kecederaan.

"Saya akan meneliti laporan penuh daripada doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut mahu menurunkan Khairul Fahmi dan Nik Shahrul atau tidak," katanya.

Rajagobal juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Harimau Malaya akan tampil dengan corak permainan bertahan bagi mengelak dibelasah Barcelona seperti mana yang dialami kelab Brazil, Santos (8-0) dan juga skuad Bawah 23 tahun Thailand (7-1) kelmarin.

"Barcelona sebuah pasukan yang berada pada tahap berbeza, menggunakan seorang penyerang supaya memiliki lebih ramai pemain di bahagian pertahanan belum tentu mampu mengekang penguasaan mereka.

"Bagi saya, tiada pemain di dunia mampu mengekang (Lionel) Messi," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis buru penganggur lacur kanak-kanak

Posted:

Polis buru penganggur lacur kanak-kanak

Polis buru penganggur lacur kanak-kanak

09/08/2013 10:05pm

MELAKA - Polis sedang memburu seorang penganggur bagi membantu siasatan berhubung kes merogol dan kemudian melacur seorang kanak-kanak berusia 13 tahun di beberapa buah rumah dan hotel di sekitar negeri ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Negeri, Superitendan P.R. Gunarajan berkata, Mohd Khairul Azli Isohod, 26, dikehendaki kerana melacurkan kanak-kanak tersebut kepada sembilan lelaki sejak Jun tahun lepas hingga 19 Julai lepas.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek beralamat terakhir di 2961-1 Jalan Sidang Hassan, Bukit Katil dan dipercayai seorang penagih dadah.

"Dia bertindak melacurkan kanak-kanak itu yang merupakan teman wanitanya bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah.

"Dia melacurkan kanak-kanak tersebut dengan mengenakan bayaran RM100 tetapi hanya memberi mangsa RM20 untuk belanja.

Suspek dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di Kuala Lumpur.

Kanak-kanak terbabit kini ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh di sini dan polis sedang menjalankan siasatan bagi menjejaki suspek.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat ASP R.Kumares di talian 019-6215585 atau 06-2842222. - Bernama

9 buah kereta di Taman Dato Harun kena pecah

Posted:

9 buah kereta di Taman Dato Harun kena pecah

9 buah kereta di Taman Dato Harun kena pecah

09/08/2013 2:50pm

KUALA LUMPUR - Sembilan buah kereta yang diparkir di kawasan perumahan Taman Dato Harun berhadapan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dekat sini dipecah masuk dan barangan berharga di dalamnya dilarikan dalam kejadianawal hari ini.

Kejadian disedari orang ramai pada pukul 6 pagi selepas mendapati cermin tingkap kereta terbabit dipecahkan.

Seorang mangsa Subra Maniam, 33, berkata dia kerugian hampir RM4,000 selepas sistem stereo keretanya dilarikan termasuk satu Smart Tag bernilai RM280.

"Biasanya kami letak kereta di depan rumah tetapi disebabkan saudara-mara jiran datang beraya semalam, parkir penuh jadi kami letak kereta jauh sedikit,"katanya ketika ditemui Bernama, di lokasi kejadian.

Menurut pemandu peribadi itu kejadian berkenaan bukan kali pertama berlaku di situ.

Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed. - Bernama

Anggota Exco Wanita UMNO meninggal dunia

Posted:

Anggota Exco Wanita UMNO meninggal dunia

Anggota Exco Wanita UMNO meninggal dunia

09/08/2013 3:08pm

SHAH ALAM - Anggota Exco Wanita Umno Norliza Ahmad meninggal dunia di Hospital Selayang akibat kanser hati kira-kira 10 malam tadi.

Ketua Umno Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Meru, Klang hari ini.

Norliza, 47, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kapar kali pertama

bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Selat Kelang pada pilihan raya umum ke-11 dan menewaskan Ali Abdullah dari PAS dengan majoriti 6,085 undi.

Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan kerusinya apabila tewas kepada Dr. Halimah Ali dari PAS pada pilihan raya umum ke-12 dengan majoriti 1,459 undi. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved