Ahad, 4 Ogos 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Bergelumang minyak hitam hingga lewat malam

Posted:

Bergelumang minyak hitam hingga lewat malam

Bergelumang minyak hitam hingga lewat malam

BAU minyak pelincir dan bunyi deruman ekzos bersilih ganti memenuhi ruang bengkel kenderaan yang terletak di kawasan rumah kedai dua tingkat di Taman Balakong Jaya, Balakong, Selangor itu.

Kelihatan beberapa pekerjanya tekun melakukan tugas masing-masing. Raut wajah mereka jelas keletihan.

Bekerja pada bulan puasa sejak dari pagi mereka bertungkus-lumus menyiapkan pelbagai jenis kenderaan yang dihantar ke bengkel itu.

Helmey Rizal Harun, 37, memerhatikan sekeliling. Beberapa pelanggan masih sabar menunggu di ruang yang disediakan.

Seperti dirinya, mereka tidak berkompromi tentang keselamatan kenderaan. Ia mesti berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan ke kampung.

Bagi Helmey, sudah menjadi kelaziman, setiap kali berjalan jauh atau bercuti panjang sempena musim-musim perayaan dia selesa menghantar Proton Perdana V6 kesayangannya ke AAN Auto Garage untuk diselenggara.

"Beginilah adat menggunakan kenderaan terpakai, aspek penjagaan dan penyelenggaraan kenderaan perlu dititikberatkan biarpun tidak mengalami sebarang kerosakan.

"Biarlah terpaksa menunggu lama sedikit, asalkan hati tenang dan tenteram ketika pulang ke kampung nanti," kata kakitangan sebuah syarikat swasta itu.

BERPENGALAMAN lebih sedekad dalam bidang automotif Azaril (kanan) tidak kekok berkongsi ilmu denganpekerjanya.


Kereta rosak

Bakal pulang berhari raya ke rumah keluarga mertua di Mentakab, Pahang pada dua hari sebelum 1 Syawal, Helmey memberitahu, pengalaman kenderaannya tersadai di tepi lebuh raya dua tahun lalu menjadi pengajaran berharga kepada dirinya.

"Ketika itu saya dan keluarga dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke Kuala Lumpur sebelum kompresor kenderaan tiba-tiba rosak.

"Akibatnya kenderaan terpaksa ditunda sehingga ke Tapah, Perak untuk dibaiki. Sememangnya malang tidak berbau, namun sekurang-kurangnya apabila melakukan pemeriksaan menyeluruh saya berpeluang mengesan sebarang kerosakan lebih awal," ujarnya.

Tambah Helmey, dia memilih menghantar kenderaannya ke bengkel itu kerana mengenali pemiliknya, Azaril Amri Thalip, 33, selain kedudukan bengkel yang tidak jauh dari rumahnya di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Mengakui dirinya agak cerewet berhubung penjagaan kenderaan, Helmey jarang bertukar-tukar mekanik.

"Lagi pun, saya percaya dengan kebolehan Azaril yang berpengalaman luas dalam bidang automotif. Saya berpuas hati dengan hasil kerja yang teliti dan kejujurannya," ujar Helmey.


AZARIL memeriksa tekanan gas pada sistem pendingin hawa kenderaan pelanggannya.


Memulakan operasi pada Mac 2008, AAN Auto Garage tidak pernah sunyi dengan kehadiran pelbagai jenis kenderaan.

Lewat malam

Dari aspek penyelenggaraan, baik pulih, penalaan, pengubahsuaian enjin dan sebagainya, bengkel itu lengkap dengan pelbagai peralatan moden.

Menurut Azaril, jumlah pelanggan ke bengkelnya meningkat antara tiga hingga empat kali ganda setiap kali menjelang Syawal.

"Paling ketara kira-kira dua minggu terakhir Ramadan, kadang-kadang satu hari tidak kurang daripada 20 kenderaan yang perlu diperiksa dan diselenggara.

"Sepanjang tempoh itu kami terpaksa bekerja lebih masa sehingga lewat malam untuk menyiapkan semua kenderaan yang dihantar pelanggan," katanya yang berasal dari Bagan Datoh, Perak.

Ujarnya, dia lazim menutup operasi bengkelnya sehari sebelum Syawal, namun adakalanya tidak dapat menolak permintaan pelanggan yang datang pada saat-saat akhir.

Rawat enjin

"Tugas mekanik ini boleh ibarat seorang doktor, cuma bezanya kami merawat enjin bukan manusia. Apabila berlaku kecemasan, kami mesti memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.


SISTEM brek dan tayar kenderaan perlu sentiasa berada dalam keadaan baik dan sempurna bagi mengelakkan kecelakaan di jalan raya.


"Pernah dua tahun lalu, ketika saya dan keluarga mahu pulang berhari raya pada hari raya pertama, seorang pelanggan muncul di bengkel kerana kenderaannya mengalami kerosakan. Hendak tak hendak terpaksalah buka semula bengkel dan menyelesaikannya sebelum pulang ke kampung,"ceritanya.

Berpengalaman hampir sedekad dalam bidang automotif, Azaril berkata, biarpun tidak segah pusat pemeriksaan kenderaan jenama-jenama terkemuka di negara ini, namun bengkelnya turut menawarkan perkhidmatan pemeriksaan keselamatan 15 poin secara percuma kepada pelangan-pelanggan.

Ia merangkumi pemeriksaan beberapa perkara asas kenderaan seperti minyak pelincir, bateri, tekanan tayar, brek dan lampu brek.

"Keselamatan di jalan raya merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan, terutamanya pada musim perayaan.

"Pemanduan berhemah sahaja tidak memadai, kereta yang dikendalikan perlu berada dalam keadaan baik, sebab itu saya menawarkan perkhidmatan ini secara percuma atas dasar tanggungjawab kepada masyarakat," ujarnya.

Sementara itu, seorang pekerjanya, Shahrul Fahmi Thalip, 22, berkata, dia sudah biasa bekerja lebih masa pada minggu-minggu terakhir Ramadan sejak bekerja di bengkel itu empat tahun lalu.

Jika orang lain sibuk membuat persiapan akhir hari raya, dia dan pekerja lain bergelumang dengan minyak pelincir sehingga lewat malam semata-mata mahu memastikan setiap kenderaan berjaya disiapkan mengikut tempohnya.

Khidmat terbaik

"Mental dan fizikal kena kuat terutama ketika berhadapan dengan karenah pelanggan," katanya.

Shahrul Fahmi sentiasa berpegang kepada prinsip kejujuran dalam perniagaan di samping memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan seperti yang diterapkan majikannya.

"Persaingan banyak di luar sana, namun apa yang membezakan ialah perkhidmatan yang diberikan.

"Kami tidak hanya mementingkan keuntungan. Jika ada kerosakan melibatkan komponen kenderaan, kami akan sedaya upaya menyelesaikannya terlebih dahulu sebelum mencadangkan penukaran alat ganti sebagai penyelesaian terakhir.

"Setakat ini, semua pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja kami," katanya yang mempunyai pelanggan dari Ampang, Bangi dan Klang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


4 maut kereta bertembung lori

Posted:

4 maut kereta bertembung lori

4 maut kereta bertembung lori

Oleh ABD. RAZAK OSMAN
razak@kosmo.com.my


KEADAAN kereta yang remuk selepas bertembung dengan lori dan mengorbankan empat nyawa di Jalan Sidam Kiri-Padang Serai, Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI – Empat termasuk dua daripada mangsa tercampak keluar dari kereta maut apabila kenderaan dinaiki terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori di Jalan Sidam Kiri-Padang Serai dekat sini semalam.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Deputi Superintendan Ahmad Kamil Ahmad berkata, kemalangan pada pukul 5.40 petang itu menyebabkan pemandu dan penumpang belakang kereta Nissan Sunny itu tercampak keluar dari kenderaan dinaiki dan menyebabkan salah seorang daripada mangsa itu putus kepala.

Menurut beliau, mangsa yang maut ialah pemandu kereta itu, Tan Sou Kim, 50, Tan Siew Chin @ Daod Serni, 45, dan kanak-kanak perempuan, Tan Jit May, 11.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kes bunuh pengasas bank boleh selesai tanpa maklumat anak mangsa

Posted:

Kes bunuh pengasas bank boleh selesai tanpa maklumat anak mangsa

Kes bunuh pengasas bank boleh selesai tanpa maklumat anak mangsa


IMEJ lelaki dipercayai terlibat dalam pembunuhan pengasas bank dirakam CCTV di tokong Cina di Lorong Ceylon, Bukit Bintang yang diburu polis.


KUALA LUMPUR – Polis yakin dapat menyelesaikan kes tembak mati pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi walaupun anaknya enggan pulang ke Malaysia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan berjalan lancar berikutan pihak polis mendapatkan sumber maklumat lain dan hasil laporan perisikan.

"Tidak perlu bagi kami menghantar pegawai ke Rusia untuk bertemu anak Hussain dan mengumpul bukti daripadanya. Kami mempunyai pegawai yang berpengalaman dan boleh mengendali kes ini secara cekap," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pelakon Rosnah Mohd. Noor meninggal dunia

Posted:

Pelakon Rosnah Mohd. Noor meninggal dunia

Pelakon Rosnah Mohd. Noor meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon yang popular dengan filem Hantu Siang, Rosnah Mohd. Noor meninggal dunia di sini pada pukul 2.55 petang semalam akibat penyakit barah payudara.

Pelakon berusia 54 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan di Wad Onkologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Rosnah dikatakan menghidap barah payudara sejak lebih lima tahun lalu.

Kali terakhir dia dimasukkan ke hospital tersebut adalah pada 27 Februari lalu selepas tulang paha kirinya patah akibat komplikasi pelbagai penyakit sampingan yang dihidapinya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Sudah tiba masanya

Posted:

Sudah tiba masanya

Sudah tiba masanya

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


RAJAGOBAL (dua dari kanan) dikecam hebat selepas Harimau Malaya dibelasah kelab Jepun baru-baru ini.


BEKAS pemain kebangsaan, Datuk Shukor Salleh memberikan saranan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya melantik individu yang benar-benar memahami Liga Malaysia (Liga M) sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu.

Shukor berkata, kemerosotan prestasi skuad negara berpunca daripada pendekatan pengendali ketika ini, Datuk K. Rajagobal yang lebih gemar menguji para pemain.

Situasi itu antara faktor menyebabkan Harimau Malaya gagal memberikan persembahan yang menyakinkan.

Bekas pemain Pulau Pinang itu berkata, sudah tiba masanya FAM menilai latar belakang calon-calon yang akan menggantikan Rajagobal yang tidak akan disambung kontrak pada Disember depan.

Jelasnya, persefahaman antara jurulatih dan pemain sangat penting demi menjamin kesinambungan persembahan skuad negara pada masa akan datang.

"Kenapa nak uji pemain? Adakah Rajagobal masih belum arif dengan pemain-pemain yang beraksi di Liga M?

"Adakah dia turun padang dengan menyaksikan perlawanan liga-liga tempatan? Sebenarnya, perkara ini telah banyak menimbulkan persoalan kepada pemerhati bola sepak khususnya peminat-peminat Harimau Malaya.

"Pada pendapat saya, sudah tiba masanya FAM mencari individu yang betul-betul arif dengan Liga M. Bukan sahaja senang untuk berkomunikasi dengan para pemain tetapi ia turut memudahkan jurulatih membuat perancangan yang lebih teliti.

"Jangan pula mengambil alasan prestasi jatuh disebabkan bulan Ramadhan, pada hal beliau sendiri yang merancang perlawanan persahabatan ini di Jepun dan persoalan saya, adakah skuad negara asyik menang selain beraksi di bulan puasa?

"Carilah jurulatih yang berkaliber, merendah diri dan sentiasa mendengar pandangan orang lain. Tidak kisah sama ada jurulatih tempatan mahupun import, asalkan mereka arif dengan perjalanan Liga M," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, skuad kendalian Rajagabol dikritik hebat selepas sekadar memenangi dua perlawanan dan satu seri sepanjang 13 aksi pemanas badan antarabangsa sejak 1 Februari lalu.

Harimau Malaya mencatat tiga kekalahan ketika berdepan Shimizu S Pulse (0-2), Shonan Bellmare (0-5) dan Tokyo Verdy (0-5) dalam siri perlawanan persahabatan di bumi Jepun sejak 23 Julai lalu.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang tidak berpuas hati dengan prestasi itu mengesahkan, pihaknya telah bersetuju untuk tidak melanjutkan kontrak pengendali berusia 57 tahun itu dan kini sedang mengintai calon-calon berpotensi sebagai pengganti Rajagobal.

Rajagobal masih diberikan kepercayaan oleh FAM dalam usaha meneruskan baki perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 sehingga kontraknya tamat pada Disember ini.

Dalam perkembangan sama, Shukor menegaskan, semua pihak tidak boleh menuding jari terhadap Rajagobal di atas prestasi hambar tersebut.

"Tidak adil untuk mengatakan semua ini berpunca dari Rajagobal tetapi pemain juga harus dipersalahkan.

"Namun, beliau sendiri yang memilih pemain-pemain dan saya tidak tahu bagaimana hendak memberikan nasihat kepada pemain generasi kini.

"Sudah tiba masanya mereka mengubah mentaliti untuk beraksi dengan lebih baik," katanya.

Debaran dunia bermula

Posted:

Debaran dunia bermula

Debaran dunia bermula

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


AKSI Pieler Kolding (kanan) dan Rytter Juhl dijangka mencuri tumpuan pada hari pertama Kejohanan Badminton Dunia 2013 di Guangzhou, China esok.


PERTEMBUNGAN antara dua beregu campuran, Chan Yun Lung-Tse Ying Suet dari Hong Kong dan pasangan Denmark, Mads Pieler Kolding-Kamilla Rytter Juhl bakal mencuri tumpuan pada hari pertama Kejohanan Badminton Dunia 2013 di Guangzhou, China esok.

Ia menjanjikan satu aksi menarik pada kejohanan terbesar sejak Sukan Oimpik 2012 di London itu kerana pasangan Hong Kong itu pernah mencatat beberapa kemenangan sejak tahun lalu setelah Chan Yun Lung mengubah haluan ke acara beregu lelaki daripada perseorangan.

Pasangan itu berjaya melangkah ke pusingan ketiga Terbuka Jerman dan Siri Super Seluruh England tahun ini.

Bagaimanapun, beregu Denmark itu tidak kurang hebatnya apabila berjaya menghasilkan satu gandingan yang agak menarik.

Kamilla Rytter Juhl berkata, kejohanan dunia ini adalah sesuatu yang istimewa kerana dia pernah bergelar juara ketika memenangi edisi 2009 bersama Thomas Laybourn.

Namun, drama yang paling dinanti-nantikan oleh peminat badminton dunia dan tanah air sudah pasti pertemuan antara pemain sensasi negara, Lee Chong Wei dan musuh ketatnya yang juga juara dunia empat kali, Lin Dan dari China.

Meskipun Chong Wei dan Lin Dan diletakkan selaku pilihan untuk bertembung di final acara perseorangan lelaki, mereka masih perlu berwaspada dengan ancaman lawan masing-masing pada pusingan awal.

Kedua-duanya akan turun lebih awal apabila Chong Wei selaku pemain No. 1 dunia akan berdepan Scott Evans dari Ireland di gelanggang satu sebelum Lin Dan membuat penampilan di gelanggang yang sama dua perlawanan kemudian.

Lin Dan dijadual berdepan Sattawat Pongnairat dari Amerika Syarikat (AS) dan meskipun Pongnairat berada di ranking lebih bagus iaitu No. 58 dunia berbanding pemain sensasi China itu (No. 100 dunia), tidak ramai peminat berasakan pemain AS itu mempunyai peluang yang cerah untuk menewaskan juara Olimpik 2012 itu.

Antara episod lain ynag turut berlangsung pada hari pertama esok ialah pertemuan di antara pemain No. 3 dunia, Du Pengyu dari China dan pemain korea Selatan, Son Wan Ho.

Pencapaian terbaik Wan Ho ialah memenangi Siri Super Terbuka India pada 2012, namun selepas itu dia dipaksa berehat panjang ekoran kecederaan.

Pengyu pula mula menunjukkan peningkatan sejak dua tahun lepas dan pencapaian terbaiknya ialah ketika memenangi gelaran Kejuaraan Asia, April lalu di mana dia menewaskan rakan senegaranya, Chen Long yang juga pemain No. 2 dunia dengan straight set.

Pemain muda China ini juga memenangi dua rekod pertemuan dengan Wan Ho, sekali gus menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan ini.

Sementara itu, pertembungan di antara Tommy Sugiarto dari Indonesia dengan Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark juga seharusnya menjanjikan pertarungan yang hebat.

Sugiarto ketika ini dalam prestasi terbaiknya setelah memenangi Siri Suoer Terbuka Singapura, Jun lalu.

Bagaimanapun, Vittinghus yang lebih berpengalaman juga masih mampu memberi masalah kepada pemain Indonesia tersebut.

Kesemua perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di televisyen.

Antara perlawanan menarik yang tidak akan disiarkan ialah Lee Dong Keun dari Korea Selatan menentang pemain Denmark, Jan O Jorgensen dan Ajay Jayaram (India) berdepan Wong Wing Ki (Hong Kong).

kelate.net bidas Rajagobal

Posted:

kelate.net bidas Rajagobal

kelate.net bidas Rajagobal

KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (kelate.net) menempelak sikap pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal yang menjadikan bulan puasa sebagai punca kekalahan kepada pasukan berstatus kelab di Jepun pada perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Timbalan Presidennya, Mahizi Mahmood berkata, Rajagobal sepatutnya berfikir secara mendalam sebelum mengeluarkan kenyataan dangkal tersebut kerana ia dilihat boleh menyentuh sensitiviti umat Islam yang sedang berpuasa.

Menurutnya, tindakan Rajagobal menjadikan ibadah puasa sebagai alasan tidak masuk akal kerana beraksi di luar bulan puasa pasukan Harimau Malaysia tetap gagal mencatat kemenangan.

"Apa yang dapat saya simpulkan, Rajagobal sudah tersepit dalam isu ini, lantas menjadikan puasa sebagai alasan. Semua orang tahu umat Islam akan berpuasa pada awal Julai hingga Ogos, kenapa perlawanan persahabatan tetap diatur.

"Sekiranya, beliau tahu ia boleh menjejaskan prestasi pasukan, aksi persahabatan ini boleh ditunda. Saya harap Rajagobal lebih matang sebelum membuat kenyataan 'cerdik' seperti ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, peminat setia bola sepak negara sudah jelik dengan alasan yang diberikan oleh pengendali berusia 57 tahun setiap kali pasukan negara tumbang dalam aksi persahabatan.

Dalam tiga aksi persahabatan, Malaysia bukan sahaja gagal menjaringkan sebarang gol tetapi kalah bermula dengan 0-2 kepada Shimizu S- Pulse.

Ini diikuti dibelasah 0-5 kepada Shonan Bellmare, Sabtu lalu dan kelmarin giliran Tokyo Verdy pula membenam skuad negara dengan jumlah jaringan sama 0-5.

Dalam perkembangan lain, Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu (TRW KB) menganggap kekalahan skuad kebangsaan pada aksi persahabatan sepanjang bulan puasa ini memburukkan lagi imej bola sepak negara.

Presidennya Mohd. Zainy Mohd. Zain berkata, Rajagobal perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan tersebut dan berhenti memberikan alasan serta menyalahkan pemain dalam isu ini.

Katanya, tindakan Rajagobal tersebut mengeruhkan lagi imej bola sepak negara yang sebelum ini telah tercemar ekoran kedegilannya menerima kritikan yang diberikan oleh bekas pemain dan peminat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Rekrut tentera diminta berbogel

Posted:

Rekrut tentera diminta berbogel

Rekrut tentera diminta berbogel

agensi SEORANG pegawai perubatan tentera sedang memeriksa tubuh sekumpulan pemuda yang mahu menyertai pasukan tentera kelmarin.


BEIJING - Pasukan tentera China melancarkan kempen tahunan pengambilan anggota baharu pada bulan ini yang mewajibkan mereka berbogel ketika melakukan ujian fizikal, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Pengambilan itu melibatkan beribu-ribu pemuda yang baru menamatkan pengajian dan berminat menyertai pasukan tentera.

Menurut akhbar Global Times, tarikh pengambilan rekrut tahun ini diubah dari Oktober kepada awal Ogos dengan harapan untuk mendapat lebih banyak penyertaan belia berbakat.

Mereka yang menghadiri sesi temu duga perlu melucutkan pakaian sebelum melakukan ujian fizikal sebagai syarat untuk menjadi anggota pasukan bersenjata China.

Aktiviti fizikal itu termasuk tekan tubi dan ketuk-ketampi. - Agensi

Demonstrasi bantah pengampunan diraja

Posted:

Demonstrasi bantah pengampunan diraja

Demonstrasi bantah pengampunan diraja

SEORANG polis pencegah rusuhan mengejar penunjuk perasaan di Rabat kelmarin.


RABAT - Polis Maghribi kelmarin menyuraikan beribu-ribu orang yang berhimpun kerana membantah pengampunan diraja yang diberikan kepada seorang lelaki Sepanyol setelah dia didapati bersalah memperkosa 11 kanak-kanak.

Berpuluh-puluh orang termasuk jurugambar dan wartawan cedera dalam pertempuran dengan polis yang tiba untuk menyuraikan protes di hadapan bangunan Parlimen di ibu negara Maghribi di sini.

Menurut laporan media, Raja Mohammed VI mengampunkan lelaki Sepanyol berusia 60 tahun itu yang dipenjara pada 2011 kerana merogol 11 kanak-kanak berusia antara empat hingga 15 tahun,

Bercakap kepada agensi berita AFP pada Khamis lalu, Menteri Kehakiman, Mustapha Ramid mengesahkan pengampunan diraja itu tetapi enggan mengulas lanjut.

"Individu itu akan diekstradisi dan dihalang daripada memasuki Maghribi," katanya.

Penunjuk perasaan mengecam pengampunan itu sebagai memalukan dengan seorang penunjuk perasaan menyatakan kerajaan melindungi pemerkosaan kanak-kanak Maghribi.

"Ini kali pertama saya menyertai demonstrasi kerana berang akan pengampunan yang membolehkan penjenayah itu bebas," kata seorang pelajar perempuan di sini.

Beberapa tunjuk perasaan serupa dipatahkan pihak berkuasa awal kelmarin di bandar Tangiers dan Tetouan, utara Maghribi.

Pada Jun lalu ribuan penduduk berarak di bandar Casablanca untuk mengecam keganasan seks terhadap kanak-kanak Maghribi.

Pada 20 Jun lalu, polis menangkap seorang suspek warga Britain selepas beberapa penduduk tempatan terdengar jeritan kanak-kanak berusia enam tahun yang diculiknya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


UMNO Selangor tubuh empat jabatan baru

Posted:

UMNO Selangor tubuh empat jabatan baru

UMNO Selangor tubuh empat jabatan baru

04/08/2013 9:50pm

SHAH ALAM - Badan Perhubungan UMNO Selangor mengumumkan penubuhan empat jabatan baru bagi memantapkan lagi UMNO negeri itu berkuatkuasa semalam.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, empat jabatan itu adalah Jabatan Pilihanraya, Media Sosial, Latihan dan Penyelidikan dan Penerangan.

Menurut Noh, beliau sendiri akan mengetuai jabatan pilihan raya manakala media sosial diketuai oleh timbalannya, Abdul Shukur Idrus.

Jabatan latihan dan penyelidikan diketuai oleh Setiausaha yang baru, Datuk Johan Abd. Aziz dan Jabatan Penerangan oleh ketuanya yang baru iaitu Datuk Amiruddin Setro.

"Pada Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan yang baru sebentar tadi, kami telah menjalankan perbincangan dalam suasana kekeluargaan bagi mengembalikan kekuatan semula pada UMNO.

"Kami juga bersetuju untuk menubuhkan empat jabatan iaitu jabatan pilihan raya, media sosial, latihan dan penyelidikan serta penerangan bagi memperkasakan lagi UMNO di Selangor dan juga persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 akan datang," katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO di sini, petang tadi.

Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. - KOSMO!

1,573 penduduk miskin di Kijal terima dana raya RM300

Posted:

1,573 penduduk miskin di Kijal terima dana raya RM300

1,573 penduduk miskin di Kijal terima dana raya RM300

04/08/2013 9:21pm

KEMAMAN - Seramai 1,573 penduduk miskin sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Kijal menerima Dana Hari Raya berupa wang tunai RM300 bagi mengurangkan beban ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Bagi seorang warga emas, Mohamad Ibrahim, 63, sumbangan itu sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan kerana beliau ingin membeli barangan keperluan Aidilfitri untuk seorang anaknya, yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU).

"Pakcik berterima kasih sangat dengan rezeki ini, dan terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan negeri Terengganu kerana sudi bagi bantuan kepada orang susah macam pakcik ni.

"Selain itu, pakcik ingat nak belanja duit ini untuk beli barang-barang dapur juga," kata Mohamad, yang bekerja sebagai pencuci tandas bagi menampung perbelanjaan bulanan.

Sumbangan itu turut menggembirakan hati seorang ibu, Cik Mek Mamat, 59, kerana boleh digunakan bagi membeli pakaian dan kuih raya untuk 10 anaknya.

"Mak cik baru pindah ke Kijal ini, dan ini adalah bantuan Dana Raya pertama yang mak cik terima daripada kerajaan negeri Terengganu.

"Alhamdulillah, boleh mak cik beli macam-macam untuk anak-anak kerana mak cik ni dah tua, anaklah yang perlu diberi perhatian untuk Aidilfitri ini," kata Cik Mek yang tinggal di Lubuk Lesung.

Seorang lagi penerima, Norijan Husin, 44, pula berkata sumbangan Dana Raya pada hari-hari terakhir ketika umat Islam menyambut Ramadan itu memberi sinar dalam persiapan keluarganya menyambut ketibaan Syawal.

"Saya ada dua lagi anak lelaki yang masih kecil dan memang berhajat nak beli kasut, baju melayu serta songkok untuk mereka," katanya.

Sementara itu, Ahmad dalam ucapannya berharap Dana Raya dapat meringankan beban kewangan penerima dan dimanfaat untuk kegembiraan sekeluarga. - Bernama

Pemandu lori cuba jual diesel secara 'gelap' ditahan

Posted:

Pemandu lori cuba jual diesel secara 'gelap' ditahan

Pemandu lori cuba jual diesel secara 'gelap' ditahan

04/08/2013 9:16pm

KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang pemandu lori untuk menjual minyak diesel secara 'gelap' gagal apabila dia ditahan pegawai penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Terengganu semalam.

Pengarah PDNKK negeri Syamsul Badrin Mohsin berkata, lelaki berumur lingkungan 30-an itu ditahan bersama kira-kira 10,000 liter diesel bernilai RM18,000 pada pukul kira-kira 9 pagi.

"Semasa ditahan, pemandu lori berkenaan sedang mengisi minyak diesel ke dalam sebuah lori tangki di sebuah stesen minyak di Kampung Pasir Puteh, Mercang, Marang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah PDNKK negeri Alwi Abdul Hamid.

Syamsul Badrin berkata siasatan mendapati pemandu berkenaan tidak memiliki apa-apa dokumen penghantaran minyak.

Beliau berkata, lori minyak itu kemudian disita dan jika disabitkan kesalahan pemandunya akan didakwa mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM250,000.

Syamsul berkata ini merupakan kes kedua selepas pegawai penguatkuasa PDKNN menahan sebuah lori dan merampas 800 liter minyak diesel di sebuah stesen minyak di Pulau Kerengga minggu lepas.

Beliau berkata PDNKK tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemandu lori yang cuba membeli dan menjual minyak diesel secara haram. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Aspirasi dan cetusan inspirasi

Posted:

Aspirasi dan cetusan inspirasi

Aspirasi dan cetusan inspirasi


DANG SURIA (kiri), Nurul Syuhada, Ras Adiba, Ashwad dan Wan K dipertemukan Sensasi Bintang buat pertama kali.


WARNA diraja yang melatari segenap ruang Bilik Duta, bilik yang dahulunya menjadi tempat meraikan kunjungan menteri-menteri atau tetamu dari luar negara di Muzium Diraja Istana Negara Lama itu tetap kekal berkilau.

Menumpangkan secarik cahaya yang masih bernyawa itu, lima personaliti televisyen, Wan Kamarudin Wan Ibrahim, Ras Adiba Radzi, Dang Suria, Nurul Syuhada Nurul Ain dan Ashwad Ismail disatukan buat julung kalinya di ruangan Sensasi Bintang. Masing-masing bersemangat, nampak teguh dalam aura yang terbina dari dasar pengalaman masing-masing.

Penceritaan yang dipersembah dalam wadah jurnal mahupun berita menjadikan kolaborasi lima personaliti penyiaran itu tampak berkredibiliti. Jarang mereka itu disatukan. Mungkin jurang generasi atau perbezaan saluran menggerakkan mereka dalam haluan tersendiri. Lantas fotografi istimewa sebegini boleh mendatangkan kemanisan terutamanya buat Wan Kamarudin, Dang Suria dan Ras Adiba. Kepada Ashwad dan Nurul Syuhada, pertembungan kali ini barangkali penuh bermakna.

"Pada mulanya saya mempunyai rancangan lain tetapi memikirkan pelawaan ini disertai oleh kawan-kawan penyiaran, saya fikir seronok juga kerana peluang begini tidak selalu datang," letus Wan Kamarudin yang selesa dibahasakan Wan K itu sambil membetul-betulkan kain sampinnya.

Wan K, Dang Suria dan Ras Adiba, Nurul Syuhada dan Ashwad bukan nama asing dalam dunia kewartawanan dan pengacaraan. Siaran Edisi Siasat, Bongkar dan Talian Hayat mempopularkan Wan K satu ketika dahulu menjadikan dirinya antara personaliti televisyen sensasi yang disegani. Begitu juga Dang Suria dan Ras Adiba yang meninggalkan impak dalam dunia kewartawanan penyiaran dan pengacaraan.

Berbelas-belas tahun dalam bidang penyiaran telah membawa mereka mengembara hampir ke seluruh pelosok dunia. Kembara karier yang mereka jalani mungkin hampir sempurna. Mereka tidak statik sebaliknya berkembang dan melompat dari satu fasa ke satu lagi fasa sehingga aura yang terpancar hari ini lahir daripada perjalanan tugas mereka. Mereka melaporkan realiti kehidupan kepada masyarakat.

Bukan sahaja mencetuskan inspirasi kepada khalayak, kembara hidup yang mereka lalui juga membentuk peribadi Wan K, Dang Suria, Ras Adiba, Nurul Syuhada dan Ashwad seperti yang terlihat pada hari ini.

Pengalaman

"Saya tak banyak ke luar negara," ujar Wan K yang kini bertugas sebagai penerbit di stesen AlHijrah merendah diri.

"Saya nak berkongsi pengalaman menemui dua wanita unggul negara. Seorang berada di Melaka dan seorang lagi di Selama, Perak. Di Melaka, ada seorang ibu yang menjaga empat orang anaknya yang terlantar dan tidak boleh menguruskan diri sendiri. Apa yang mengagumkan saya, keempat-empat anaknya cemerlang dalam akademik dan agama. Rutin hariannya tidak boleh saya gambarkan.

"Menguruskan anak, memandikan, menghantar mereka ke sekolah, memasak, keluar berniaga dan begitulah ia berulang-ulang kali dilakukannya pada setiap hari. Suaminya berdepan kemurungan yang dahsyat kerana tidak boleh menerima hakikat kecacatan mereka. Duit saku suaminya juga dia yang sediakan hasil daripada berniaga di pasar dan bazar Ramadan.

"Apa yang menyentuh hati, setiap kali waktu solat, anak lelaki yang sulung dibaringkan di saf paling depan, adik-adik lain pula di belakang. Anak lelaki yang terbaring itu menjadi imam kepada adik-adik ketika bersolat. Sayangnya si abang itu sudah meninggal dunia. Dia meninggal ketika sedang menduduki peperiksaan.

"Bagi saya kisah wanita itu sangat hebat, tanpa akademik tapi pengalaman hidup menjadikan pemikiran dan tuturnya bagaikan profesor. Ya, jauh berjalan akhirnya saya menemui inspirasi di tanah air sendiri," kata Wan K.

Sahabat lamanya, Dang Suria pernah bersama-sama dalam program Ziarah turut berkongsi nada yang serupa.

"Sebagai pemberita atau pembaca berita, tugas itu mendekatkan kami kepada manis dan getir kehidupan. Itu juga mencorakkan pemikiran dan cara saya melihat kehidupan sendiri.

"Semasa terlibat dengan Ziarah dahulu, negara luar porak-peranda, mereka bergaduh kerana kuasa. Mangsanya ialah rakyat, wanita, orang tua dan anak-anak kecil. Cerita mereka menyedarkan kita untuk berfikir dengan baik.

"Saya juga pernah bertemu seorang ibu tunggal yang menyara 11 orang anak. Hendak beli baju raya sekali setahun pun mereka tak mampu. Kisah mereka itu menyedarkan betapa bertuahnya apa yang kita miliki," ungkap Dang Suria yang menyifatkan dirinya tidak pernah bersara dari dunia penyiaran.

Seorang lagi personaliti yang tidak perlu diperkenalkan, kisahnya sahaja mudah menerbitkan kekaguman. Kehidupan normal Ras Adiba pernah diragut apabila separuh badannya lumpuh rentetan kemalangan jalan raya pada tahun 1996.

Wanita yang baharu menemui sebuah kemanisan rumah tangga ini berkongsi pengalaman yang menghadirkan kekuatan dan jawapan untuk jati dirinya kini. Pengalaman itu hadir ketika dia menyempurnakan Kembara Kerusi Roda 2013.

"Saya menolak kerusi roda sejauh 490 kilometer dari Johor Bahru merentasi Melaka dan Negeri Sembilan sehingga tiba di lokasi penamat, Putrajaya. Pengembaraan itu memberi kekuatan untuk saya mencari jawapan tentang keadaan diri saya kini.

"Saya mula sedar bahawa Allah mahukan saya sebegini agar saya dapat memberi inspirasi dan semangat buat rakan-rakan kurang upaya yang lain.

"Rasa marah dengan tohmahan yang dilemparkan serta mencari kekuatan untuk menjadi seorang yang 'baharu' dalam dunia Orang Kelainan Upaya (OKU), saya mula bangkit untuk hidup dengan lebih produktif malah lebih bersyukur dengan kurniaan Allah," jelasnya yang baharu mendirikan rumah tangga bersama kenalan sekolahnya, Ilias Yaakop minggu lalu.

Menjengah dalam rasa dan jiwa Ras Adiba sebagai veteran dunia penyiaran, dia menyuakan pengalamannya.

"Dulu orang kata dunia penyiaran sebagai jendela dunia. Tetapi dengan kemajuan teknologi dan internet, dunia penyiaran pada hari ini lebih mencabar.

"Masyarakat lebih bijak menilai mutu seorang pembaca berita dan wartawan penyiaran. Masyarakat akan tahu sekiranya seorang pembaca berita itu pintar dan berkaliber, muka yang cantik tidak menjanjikan penonton akan menghormati kita," kata Ras Adiba.

Selera Beego bertambah pada bulan ramadan

Posted:

Selera Beego bertambah pada bulan ramadan

Selera Beego bertambah pada bulan ramadan


PASANGAN suami isteri ini mengakui sambutan Ramadan dan Syawal kali ini paling bermakna setelah mereka berkahwin kira-kira dua bulan lalu.


BANYAK kisah manis yang mahu diceritakan oleh pasangan pengantin baharu ini pada sesi pertemuan yang diadakan sebelum waktu berbuka puasa di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketika masing-masing bergaya dengan memakai busana rona hijau dan biru, pasangan pelakon Beego dan Linda Hashim tidak lokek bercerita tentang soal rumah tangga mereka yang dibina pada tanggal 7 Jun lalu.

"Ia merupakan satu pengalaman yang manis buat kami, apatah lagi buat pertama kalinya kami meraikan bulan Ramadan dalam tempoh dua bulan bergelar suami isteri. Dalam sekelip mata, ahli keluarga masing-masing juga semakin bertambah," ujar Beego, 33, membuka bicara.

Sambil tersenyum dan berwajah ceria yang mewakili perasaannya selepas bergelar suami, Beego rancak bercerita tentang cara dia menyambut Ramadan bersama buah hatinya yang berumur 29 tahun itu.

"Ramadan kali ini begitu berbeza kerana hidup saya kini semakin terurus. Jika waktu bujang dahulu, saya lebih gemar melepak dan bersahur di kedai mamak sehingga waktu pagi sebelum pulang untuk tidur, kali ini (dalam bulan puasa) berbeza. Kini saya akan tidur dahulu dan bangkit untuk bersahur bersama isteri.

"Walaupun saya yang sering mengejutkan Linda untuk menyediakan hidangan bersahur, ia tidak menjadi masalah buat saya.

"Cuma, kami tidak berkesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama pada 1 Ramadan kerana saya sedang menjalani penggambaran ketika itu," kata Beego yang bakal muncul dalam telefilem Lebaran Kasih sempena Aidilfitri nanti.

Kata orang, sikap lengkap-melengkapi menjadi rahsia kebahagiaan rumah tangga. Ia turut diakui Beego dan Linda apabila makanan mengeratkan hubungan kedua-dua mereka.

"Saya memang jenis orang yang suka makan. Semua saya bedal. Lebih bertuah apabila Linda pula seorang yang pandai memasak. Sebut sahaja makanan yang ingin dimakan, pasti dia akan menyediakannya.

"Kadangkala saya sendiri yang meminta dia kurangkan memasak kerana risau berat badannya akan bertambah. Kalau diikutkan, dia memang suka memasak apa sahaja.

"Mujurlah, saya sempat mengawal berat badan kerana bimbang ia boleh mengganggu karier jika tidak dijaga. Walaupun makan banyak, dalam tempoh berkahwin, berat badan saya telah turun sebanyak 1.7 kilogram," ujar Beego dengan nada bergurau.

Sambil mencelah Linda yang pandai memasak pelbagai jenis hidangan kecuali pastri berkata: "Dahulu saya akan memasak apa sahaja yang dia minta, tetapi kini saya sudah faham. Saya perlu memasak dalam kuantiti yang sedikit dan menyediakan hidangan yang sihat. Kalau tidak, semuanya dia akan makan."

Jika banyak pasangan lain pening kepala ketika membuat keputusan untuk balik kampung suami atau isteri, Beego dan Linda tiada masalah tentang perkara itu kerana mereka sudah membuat perancangan pada peringkat awal.

"Mengikut perancangannya, kami akan berhari raya di Gopeng, Perak. Jadi, seminggu sebelum hari raya, kami akan pulang ke kampung saya di Bandar Baru Uda (Johor Bahru).

"Ketika bulan Ramadan, ramai keluarga Linda yang berbuka puasa bersama di sini (Kuala Lumpur)," kata Beego yang tidak sabar untuk menikmati kelamai yang merupakan makanan tradisional pada hari raya di Gopeng.

Bercerita tentang persiapan hari raya, pasangan itu memilih untuk meraikan Aidilfitri secara sederhana.

"Duit sudah banyak habis untuk majlis perkahwinan tempoh hari. Justeru, hari raya pada tahun ini diraikan secara ala kadar sahaja," kata Beego.

Pasangan itu turut merancang mengadakan rumah terbuka hari raya.

Mengaku teruja untuk menganjurkan rumah terbuka itu buat rakan-rakan dan peminat, Beego berkata, majlis tersebut juga merupakan kali pertama yang akan dianjurkannya secara peribadi.

"Insya-Allah kami hanya merancang cuma pelbagai perkara harus diberi perhatian termasuklah soal lokasi kerana kami tinggal di apartmen," kata Beego.

Penyanyi berakustika raya

Posted:

Penyanyi berakustika raya

Penyanyi berakustika raya


BARISAN anggota grup IamNeeta berdiri di sebelah Aizat Amdan (empat dari kiri) dan enam ahli kumpulan Hyper Act yang mengambil bahagian dalam program Akustika.


SENTIASA mencari kelainan dalam industri penyiaran radio, saluran radio Hot FM pada tahun ini menampilkan sebuah program raya yang berkonsepkan alunan melodi secara akustik.

Tidak hanya dapat didengari melalui frekuensi Hot FM di seluruh negara, program dengan nama Akustika itu juga boleh ditonton melalui saluran TV9 pada hari raya pertama dan kedua pada pukul 7.30 malam.

Lantunan vokal hebat daripada barisan artis tempatan yang popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Noh Salleh, Aizat Amdan, Hafiz, Dayang Nurfaizah, Salam Muzik, Raihan, Rabbani, Ning Baizura, Fourteen, Jaclyn Victor, Hazama, Tengku Adil, IamNeeta, Hyper Act, Sofazr dan Monoloque pasti mampu menjadi santapan telinga menerusi irama yang lunak dan merdu.

Khalayak dapat mendengar nyanyian artis kegemaran mereka melalui radio Hot FM pada hari raya pertama bermula pada pukul 10 pagi. Setiap artis diberikan masa selama 15 minit.

Berkongsi cerita buat kali pertama, grup yang terkenal dengan lagu Terima Kasih iaitu IamNeeta teruja dengan pengalaman pertama ini.

"Melihatkan barisan artis yang turut terlibat dalam program Akustik kali ini, kami jadi teruja dan gembira. Ini kali pertama kami mengadakan acara raya bersama radio Hot FM," ujar Neeta mewakili rakan-rakannya.

Grup itu menyanyikan tiga buah lagu iaitu Balik Kampung, Hari Raya dan Terima Kasih khas buat para peminat mereka. Sebagai artis paling junior dalam senarai, grup itu berpendapat ia merupakan pengalaman yang baik untuk mereka tempuhi. Ia juga dapat memperkenalkan muzik dan grup itu kepada para peminat hiburan tanah air.

Program itu bertepatan juga dengan misi Hot FM yang menjemput grup itu dan beberapa artis baharu untuk memberi variasi dan warna muzik yang berbeza dalam program Akustika Raya tersebut.

Neeta Manishaa selaku penyanyi solo, Patrick Anohada (gitar utama) dan Anas Zakwan Azhar (basis) yang menggawangi IamNeeta sempat menguar-uarkan bahawa mereka bakal muncul dengan album pada penghujung tahun ini.

Penyanyi Aizat Amdan yang sedang sibuk dengan grup Go Gerila turut terlibat dalam program Akustika ini.

Menurut Aizat, dia menyanyikan tiga buah lagu iaitu Next Aidilfitri, Balik Kampung dan In Love With You.

"Selain Akustika, saya juga terlibat dengan program Dikir Style, FBI Raya Sakan dan Sampaikan. Bulan puasa ini saya banyak tumpukan perhatian terhadap persiapan album solo," jelas Aizat.

Grup dengan nama Hyper Act yang meletup dengan lagu Hanya Aku dan Harapan juga turut terlibat dalam program Hot FM Akustika Raya yang dihoskan oleh Leya, Chad dan Deen.

Menyanyikan dua buah lagu iaitu Selamat Hari Raya dan Menjelang Hari Raya, Toi mewakili grup ini mengucapkan rasa syukur dan bertuah kerana dapat terlibat dengan pelbagai program berbuka puasa dan raya.

"Penglibatan kami dalam Akustika Raya itu sekali gus dapat memperkenalkan lagu-lagu kami selain menyanyikan lagu raya buat para peminat kami," jelas Toi.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved