Jumaat, 2 Ogos 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Aidilfitri bak pesta kuih raya

Posted:

Aidilfitri bak pesta kuih raya

Aidilfitri bak pesta kuih raya

SESEKALI Rosimah Mohamad, 40, melihat rakan-rakannya menyiapkan kuih lidah bagi memenuhi tempahan yang begitu banyak pada musim perayaan.

Baginya, kesibukan sebagai pembuat kuih memang tidak dapat dielakkan terutama menjelang Aidilfitri.

"Inilah kerja kami setiap hujung minggu supaya kuih lidah ini dapat diagih-agihkan kepada pelanggan.

"Meskipun agak penat, kami tetap gembira kerana dapat mengkomersialkan sajian tradisional Sabah ini," kata Pengurus Pemasaran Produk Kuih Lidah AgroMas dan Mekartani itu.

Perusahaan Gerakan Desa Wawasan dibangunkan sejak tahun 2010 dengan mendapat modal sokongan hampir RM180,000 daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Diusahakan bersama lapan ahlinya, rasional pemilihan produk kuih lidah adalah kerana majoriti penduduk di Kampung Berundung, Papar, Sabah itu terdiri dalam kalangan masyarakat Brunei.

Ujar anak keempat daripada tujuh beradik itu, kuih-muih tersebut merupakan warisan turun-temurun masyarakat Brunei.

"Ia adalah makanan wajib yang perlu ada di setiap rumah bukan sahaja pada waktu sambutan Aidilfitri bahkan pada majlis kenduri kesyukuran," katanya yang mempunyai darah campuran Sino Kadazan dan Brunei.

Rosimah memberitahu, Sabah yang mempunyai 30 etnik dan suku kaum memang terkenal dengan kepelbagaian kuih-muihnya.

Sehubungan itu, keadaan tersebut membolehkan sambutan Aidilfitri diumpamakan sebagai pesta makanan terutamanya kuih raya.

ROSIMAH bersama kuih lidah yang telah siap digoreng sebelum digaul perisa tertentu.


"Menjelang musim perayaan pastinya pelbagai juadah kuih-muih menjadi santapan orang ramai.

"Sama ada bersifat tradisional atau moden, pastinya ia memberi kesan mendalam kepada setiap individu dalam mengingati rasa dan bentuknya," jelas Rosimah.

Perusahan kuih lidah yang diusahakan Rosimah itu mampu menjana pulangan melebihi RM30,000 pada musim perayaan.

Menurut Rosimah, perubahan zaman menyaksikan kebanyakan kuih telah dimodenkan dari segi rupa dan warna, namun ramuannya tetap sama.

Antara bahan utama dalam pembuatan kuih lidah ialah tepung gandum, susu tepung, gula halus, mentega dan minyak masak.

Ia digoreng selama 15 minit sebelum digaulkan bersama bahan perasa untuk memberi rasa tersendiri.

Lidah kerbau

"Jika dulu kuih ini bentuknya amat besar sehingga sesetengah orang berpandangan ia seperti lidah kerbau dan hanya terdapat satu perisa iaitu susu.

"Namun, saiznya telah dikecilkan bagi menampakkan bentuk yang lebih kontemporari dan comel dengan perisa kacang hijau, strawberi, vanila dan coklat," jelasnya.

Pengkomersialan itu katanya, amat sesuai dalam mempopularkan biskut tersebut.

Lebih memberangsangkan, kuih lidah yang mereka hasilkan mendapat Sijil Malaysia Best daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada tahun 2012 dan sijil piawaian keselamatan jaminan mutu makanan (Sijil Mesti) dan Sijil Halal 2013. Produk itu juga berjaya menembusi pasaran antarabangsa iaitu Brunei dan Singapura.

"Sajian tradisional merupakan satu juadah yang menarik kerana di dalamnya tersimpan susur galur kaum yang diterjemahkan menerusi seni kulinari," ujarnya.

SUMINI menunjukkan cara membungkus kuih kelupis menggunakan daun nyirik.


Pandangan itu dipersetujui rakannya, Sumini Fardy, 51. Sumini mengakui kuih Sabah banyak mencerminkan kehidupan suku kaumnya.

Situasi itu, katanya, seringkali menarik minat pelanggan untuk mengetahui lebih mendalam mengenai resipi yang digunakan.

"Kuih penjaram yang diwarisi oleh etnik Bajau dan Brunei ini mempunyai petua sewaktu memasaknya iaitu tidak boleh ditegur.

"Kalau ditegur tidak akan timbul 'bibirnya' yang melentik pada keseluruhan bahagian tepinya," katanya.

Walaupun dianggap sebagai satu gurauan, Sumini mengakui ada kebenarannya apabila ramai tukang masak gagal menghasilkan kuih tersebut dengan baik termasuk dirinya.

Memasak

"Sama ada ia ketentuan atau kebetulan, saya melihat petua tersebut lebih kepada teguran ketika memasak yang memerlukan seseorang itu lebih teliti.

"Kalau dilihat budak-budak kecil amat gemar memakan 'bibir' tersebut," katanya sambil tersenyum.

Ujar peserta program televisyen masakan Jaguh Kampung ini, pembuatan sesuatu kuih turut dapat merapatkan hubungan silaturahim antara jiran tertangga terutama dalam penghasilan kuih kelupis.

Kuih tersebut yang tidak ubah seperti lemang atau ketupat di Semenanjung biasanya dihidangkan bersama kari ayam, daging, rendang, sambal dan sebagainya.

Namun, perbezaan antara lemang dengan kelupis ialah ia dibungkus dengan daun nyirik yang hanya boleh didapati di Sabah. Namun sekiranya tiada, daus palas digunakan sebagai alternatif.

"Aktiviti utama iaitu memasak dan menggaul beras pulut, santan serta sedikit garam bagi menambah lemaknya akan dilakukan oleh kaum lelaki kerana ia memerlukan tenaga yang banyak.

"Kaum ibu akan bergotong-royong dalam mengelupis daun nyirik dan membungkusnya," terangnya.

Berbicara mengenai kepentingan kuih tradisional Sabah, kuih angin yang terkenal dalam kalangan kaum Kedayan merupakan antara salah satu kuih hantaran perkahwinan.

"Bagi memasak kuih ini, minyak masak tidak diperlukan kerana penyediaan boleh dilakukan dalam dua cara iaitu mengukus atau sangai.

"Semakin kering kuih itu semakin lazat rasanya," jelas seorang peniaga kuih-muih, Samsiah Mustari, 23.


BENTUK dan rasanya yang enak membuatkan kuih angin sentiasa mendapat sambutan dalam kalangan penggemarnya.


Gula merah

Menjalankan perniagaan di Bazar Ramadan Asia City di Kota Kinabalu, kuih ba' angin sentiasa mendapat sambutan hangat daripada pelanggan terutama sepanjang Ramadan.

Juadah yang dihidangkan oleh masyarakat Bajau ini menggunakan tiga ramuan utama iaitu tepung pulut, gula merah dan kelapa putih muda.

Tegas Samsiah, secara tidak langsung, ia menunjukkan kuih-kuih ini dihasilkan tanpa dimonopoli oleh satu-satu kaum.

"Situasi ini menyerlahkan lagi keunikan juadah kuih Sabah yang mampu memupuk semangat 1Malaysia," katanya penuh yakin.

Mengapa gula merah lebih mendominasi pembuatan kuih itu berbanding gula melaka? Menurut Samsiah, ia mungkin disebabkan aroma gula merah lebih enak selain ia telah sebati dengan masyarakat Sabah.

"Gula merah lebih mudah diperoleh di negeri ini memandangkan ia diimport dari Nunukan di Indonesia melalui pelabuhan di Tawau," jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi penjual, Aslam Ahmad, 30, memberitahu juadah raya tidak lengkap tanpa tapai nasi sebagai pencuci mulut semasa sambutan Aidilfitri.

Tambahnya, bagi kebanyakan masyarakat Brunei dan Kadazan di pedalaman mereka gemar mencampurkan tapai dalam minuman cendol.

Bagi mendapatkan tapai nasi yang terbaik, ia harus diperam selama dua hari bagi meningkatkan rasanya melalui campuran bahan-bahan seperti beras dan raji.

"Tapai yang baik akan mengeluarkan air manis walaupun tanpa gula.

"Sekiranya nasinya kurang baik, berwarna perang dan mempunyai tompokan merah, tapai tersebut tidak sesuai disajikan," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Econsave sumbang baucar RM200 beli barang raya

Posted:

Econsave sumbang baucar RM200 beli barang raya

Econsave sumbang baucar RM200 beli barang raya

YIT WAH (tengah) bergambar bersama sebahagian daripada penerima baucar hari raya Econsave di Bukit Mertajam baru-baru ini.


GEMBIRA. Seramai 30 penerima bantuan yang terdiri daripada ibu tunggal, orang kelainan upaya dan golongan kurang berkemampuan menerima baucar pembelian bernilai RM200 setiap seorang yang disumbangkan pasar raya besar Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd. di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Pengurus pasar raya besar itu, Kuan Yit Wah berkata, pemberian baucar berkenaan adalah salah satu daripada program amal yang diatur oleh pihaknya sepanjang bulan Ramadan ini bagi meringankan beban perbelanjaan golongan terbabit.

Menurut beliau, baucar yang diberikan itu boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasar raya besar tersebut sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Tesco agih 2,500 bungkus bubur lambuk

Posted:

Tesco agih 2,500 bungkus bubur lambuk

Tesco agih 2,500 bungkus bubur lambuk


TESCO mengagihkan sebanyak 2,500 bungkus bubur lambuk kepada penduduk di sekitar Tanjung Tokong menerusi Program Kasih Ramadan baru-baru ini.


AMAL. Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco) mengagihkan sebanyak 2,500 bungkus bubur lambuk kepada penduduk di sekitar Tanjung Tokong, Pulau Pinang sempena Program Kasih Ramadan baru-baru ini.

Program tanggungjawab sosial korporat itu bertujuan menyemarakkan lagi bulan Ramadan dalam kalangan kakitangan dan para pelanggan Tesco di negeri itu.

Pengurus pasar raya Tesco Tanjung Pinang, Salahi Abdul Halim berkata, antara lokasi persinggahan mereka seperti di Masjid Tok Guru, Masjid Karwa, Balai Bomba Bagan Jermal dan Balai Polis Tanjung Tokong.

"Bubur lambuk diagihkan menggunakan kenderaan khas Program Kasih Ramadan. Petugas akan berhenti di setiap lokasi tumpuan sebelum mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai dan anggota pasukan keselamatan yang bertugas," katanya.

Kumpulan rock kapak masak dua kawah bubur lambuk

Posted:

Kumpulan rock kapak masak dua kawah bubur lambuk

Kumpulan rock kapak masak dua kawah bubur lambuk


SEBAHAGIAN ahli Kelab Headbangers Ipoh bergotong-royong memasak dua kawah bubur lambuk di Gugusan Manjoi, Perak baru-baru ini.


SEPAKAT. Dua kawah bubur lambuk berjaya dimasak secara bergotong-royong dan diagihkan kepada penduduk di sekitar kawasan Gugusan Manjoi, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Program tersebut dianjurkan Kelab Headbangers Ipoh yang dianggotai kumpulan-kumpulan rock tempatan tahun 1980-an dan 1990-an seperti May, SYJ, Teja, Angel Hearts dan Sniper.

Para peminat kumpulan tersebut tidak ketinggalan membantu memasak bubur lambuk itu.

Setiausaha Kelab Headbangers Ipoh, Mohamad Nadzri Rais berkata, selain mengumpulkan semula anggota kumpulan-kumpulan rock berkenaan, program tersebut juga memberi peluang kepada golongan muda mengenali artis-artis rock lama.

"Rata-rata anggota kelab ini berusia 40 hingga 50 tahun. Kami berharap program seperti ini dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli kelab," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Anak menangis cari Halimah

Posted:

Anak menangis cari Halimah

Anak menangis cari Halimah

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

AWANG AKIF (dua dari kiri) menangis mencari ibunya yang meninggal dunia akibat kemalangan sambil ditenangkan oleh ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Serian semalam.


SERIAN - Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini semalam apabila anak Halimah Hamrie, 30, memanggil-manggil dan mencari ibunya itu ketika jenazah mahu dikebumikan.

Kanak-kanak itu, Awang Akif Hadwan Awang Syukri, 3, sambil menangis bertanya; "Mana mak?" berulang kali sebelum kanak-kanak itu terpaksa ditenteramkan oleh ibu saudaranya, Fatimah Hamrie, 28.

Selain Awang Akif, Halimah turut meninggalkan anak perempuan, Dayang Auni Hanan, lima bulan.

Halimah merupakan empat kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak yang terbunuh selepas kenderaan Toyota Innova yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori balak ketika dalam perjalanan menghadiri program berbuka puasa di Betong, 238 kilometer dari Kuching kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tujuh lelaki dicari bantu siasatan kes bunuh, gaduh

Posted:

Tujuh lelaki dicari bantu siasatan kes bunuh, gaduh

Tujuh lelaki dicari bantu siasatan kes bunuh, gaduh

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang lelaki dalam kejadian pergaduhan dipercayai membabitkan dua kumpulan kongsi gelap di sebuah restoran di Jalan Meru, Klang pada 27 Mei lalu.

Mereka ialah M. Kartikgasu, 28, beralamat di No. 34, Jalan Mempari, Taman Bayu Perdana, Klang; M. Valinathan, 28, beralamat di No. 26 Jalan Meranti, Taman Meru, Klang dan A. Puspanathan, 30, beralamat di No. 29 Taman Sri Meru, Klang.

S. George Stanely, 29 dan S. William Gary, 24, masing-masing beralamat di No. GG 2, Kampung Bertuah Bidor, Perak manakala seorang lagi yang dicari ialah C. Rajamuniandy, 31, beralamat di No. 120 Lorong Melati 8, Melintang, Perak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, sebelum ini pihaknya telah menahan dua lelaki berusia 30 dan 36 tahun yang disyaki terlibat dalam pembunuhan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kaji semula AES selepas Aidilfitri

Posted:

Kaji semula AES selepas Aidilfitri

Kaji semula AES selepas Aidilfitri

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my


SISTEM kamera AES menimbulkan banyak isu. - Gambar hiasan.


PUTRAJAYA – Penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dinilai semula selepas sambutan Aidilfitri apabila banyak mencetuskan kontroversi sejak pemasangannya pada September tahun lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya banyak menerima bantahan dan rungutan orang ramai yang tidak gembira apabila pihak ketiga dilibatkan dalam urusan penguatkuasaan dan kutipan saman AES.

"Semua rungutan dan bantahan orang ramai itu akan diambil kira sebelum kerajaan memutuskan tindakan selanjutnya.

"Bagi saya aspek penggunaan kamera itu bukan isu utama tetapi yang menjadi masalah ialah siapa melaksanakan sistem itu dan kutip saman, perkara ini yang mesti ditangani," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Honda EX5 generasi ketiga

Posted:

Honda EX5 generasi ketiga

Honda EX5 generasi ketiga

Oleh SHAWKATH AZDE

TAHUKAH anda, Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang memiliki jangka hayat sebuah produk motosikal jenama Honda paling panjang.

Model itu cukup popular sehingga berjaya menambat hati pengguna domestik daripada segenap lapisan masyarakat sejak 26 tahun lalu.

Apa lagi jika bukan Honda EX5. EX5 diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 1987 oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda).

Generasi kedua model kapcai itu menemui pelanggan tempatan pada tahun 2001. Ia dikenali sebagai EX5 Dream.

Sepanjang berada dalam pasaran negara ini, jumlah jualan terkumpul bagi kedua-dua generasi itu sudah melepasi paras dua juta unit.

Penyumbang kepada populariti jentera Honda itu berkait rapat dengan beberapa perkara. Antaranya, soal kebolehpercayaan, tahan lasak, mampu milik, mudah mendapat alat ganti dan jimat bahan api.


DARI kiri: Satoshi; Ketua Projek Honda EX5 Dream 110 dan Airblade Honda Research & Development Southeast Asia Co. Ltd., Tatsuya Minagawa; Ketua Pegawai Kewangan Boon Siew Honda, Koji Yamada dan Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Boon Siew Honda, Datuk Seri Tan Hui Jing pada majlis pelancaran dua model motosikal Honda terbaharu di Genting Hinglands.


Bagi meneruskan dominasi segmen underbone, Boon Siew Honda memperkenalkan generasi ketiga EX5 di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini.

Dikenali sebagai EX5 Dream 110, produk kali ini sudah melepasi transformasi total yang melibatkan aspek rekaan dan prestasi.

EX5 Dream 110 dilengkapi enjin berkapasiti 110cc. Dua model generasi sebelumnya mengaplikasi enjin 100cc.

Jentera empat lejang itu menawarkan peningkatan kuasa enjin sebanyak 11 peratus berbanding rangkaian kuasa model terdahulu.

Sebenarnya, enjin EX5 Dream 110 adalah sama seperti yang ada pada model Honda Wave 110 baharu.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada selepas melancarkan EX5 Dream 110 dan Air Blade.

"Enjin digunakan adalah sama dengan Wave 110. Namun EX5 Dream 110 sudah diberikan talaan berbeza.

"Motosikal ini mampu menjana kuasa kilas (tork) yang lebih tinggi pada pusingan enjin rendah (RPM)," jelasnya.

Langkah menaik taraf kapasiti enjin itu bertujuan mengoptimumkan penggunaan enjin sama di beberapa pasaran termasuk Indonesia, Vietnam dan China.


REKAAN meter baharu kelihatan lebih kemas.


Sekali pandang, EX5 Dream 110 Malaysia ada iras-iras seperti model yang dijual di Thailand. Sungguhpun begitu, ada kelainan pada komponen khususnya sistem penyampaian bahan api.

Penampilan baharunya dilihat masih mengekalkan nilai-nilai klasik yang terdapat pada model generasi sebelum ini.

Elemen moden telah diterapkan pada set lampu hadapan dan belakang. Perumah lampu belakang telah disatukan dengan pemantul cahaya untuk pencahayaan lebih terang.

Pembaharuan lain melibatkan penggunaan sistem suspensi tahan lasak dan tayar yang lebih lebar.

Honda EX5 Dream 110 didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu merah, hijau, biru dan ungu.

Harga jualan asas bagi varian dengan penghidup tendang ialah RM3,908 seunit. Bagi versi penghidup elektrik dijual pada harga RM4,145 sebuah. Jaminan diberikan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 kilometer.

Datsun kembali dengan GO!

Posted:

Datsun kembali dengan GO!

Datsun kembali dengan GO!


KERETA kompak ini dilengkapi enjin berkapasiti 1.2 liter.


MAC 2012 merupakan tarikh penting untuk Datsun apabila Nissan Motor Co. Ltd. mengumumkan pengenalan semula jenama klasik itu.

Misi Datsun adalah untuk merebut pasaran yang mempunyai potensi besar atau pasaran membangun. Datsun mempunyai khazanah kemahiran 80 tahun membuat kereta dan merupakan DNA penting jenama Nissan.

Mengikut perancangan, kenderaan Datsun akan mula dipasarkan di India, Indonesia, Rusia dan Afrika Selatan pada tahun 2014.

Datsun bermula dengan nama DAT-GO (kereta DAT) pada tahun 1914. Perkataan DAT bermaksud sepantas kilat. Pada masa yang sama adalah ganti huruf pertama nama keluarga tiga pembiaya Datsun iaitu Den, Aoyama dan Takeuchi. Lebih menarik, DAT juga boleh dirujuk sebagai Durable, Attractive dan Trustworthy.

Pada tahun 1933, pengasas Nissan iaitu Yoshisuke Aikawa mengambil alih bisnes Datsun dengan visi mobiliti untuk semua. Selepas itu, model baharu dengan nama Datson yang ringan, ekonomikal dan tahan lasak bagi memenuhi kehendak orang muda Jepun diperkenalkan.

Model itu adalah gabungan nama Son of Dat yang kemudiannya ditukar kepada Datsun. Kejuruteraan tempatan dan produksi besar-besaran menjadikan mimpi pengasasnya sebagai realiti.

Selepas berpuluh tahun jenama Datsun direhatkan, sekali lagi sejarah tercipta pada 15 Julai lalu di India apabila Datsun Go dipertontonkan secara rasmi kepada umum.

Model itu sebenarnya adalah sebuah janji ditepati Nissan yang dibuat lebih dari setahun lalu yang ingin membawa semula jenama Datsun ke medan arus perdana.

Datsun sebenarnya jenama ketiga kumpulan Nissan selepas Infiniti yang ditumpukan kepada pasaran mewah. Datsun akan memainkan peranan penting dalam pelan bisnes Nissan Power 88 untuk jangka masa sederhana.

"Hari ini merupakan hari bersejarah buat Nissan Motor Company, pelanggan serta rakan-rakan kami di beberapa pasaran dunia yang pantas berkembang. Ia juga momen yang menarik buat pelanggan kami di India yang pada hari ini menjadi lebih hampir bagi merealisasi impian untuk memiliki sebuah kereta," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Carlos Ghosn semasa memperkenalkan Datsun GO.


REKAAN papan pemuka serta ruang kabin Datsun GO sememangnya kemas dan moden.


Kereta hatch-back lima pintu dengan enjin 1.2 liter itu dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan. Katanya, ruang dalaman adalah luas hasil daripada saiz yang lebar, jarak titik roda besar dan ruang kepala yang memadai. Kerusi depannya pula boleh diubah kepada beberapa konfigurasi.

Datsun GO disasarkan untuk menjadi sahabat yang boleh dipercayai untuk sesebuah keluarga. Ia mampu memuatkan lima orang penumpang dengan selesa dan lincah dalam trafik yang sesak. Lebih menarik model itu mempunyai Mobile Docking Station yang boleh disambungkan dengan telefon pintar.

Kereta serba baharu itu dibina bagi memenuhi kehendak golongan di pasaran pantas berkembang yang mahukan kereta dengan nilai tinggi.

Mereka kebiasaannya sentiasa bergerak dan mahu meningkat maju. Itu antara sebab kenapa nama GO dipilih. Nama GO juga diinspirasikan daripada model pertama Datsun iaitu DAT-GO yang dilancarkan hampir sedekad lalu di Jepun.

Pada waktu itu, DAT-GO merupakan jawapan untuk mereka yang belum pernah memiliki kereta. Jenama Datsun yang dihidupkan semula dan model GO yang dilancarkan ini bakal mengambil alih tugas yang ditinggalkan dahulu.

"Apabila seorang pelanggan membeli kereta pertamanya di negara seperti India, Indonesia, Rusia dan Afrika Selatan, pertama sekali ialah mereka akan mengimpikannya.

"Untuk menjadikannya sebagai realiti, pelanggan memerlukan akses dan rasa pemilikan terhadap sesebuah jenama. Memandangkan pembelian itu akan melibatkan sebahagian daripada pendapatan mereka, maka sangat penting untuk sesebuah jenama dan produk dipercayai. Maka jenama Datsun dibangunkan berdasarkan tiga perkara tersebut iaitu Impian, Akses dan Kepercayaan," kata Vincent Cobee yang mengetuai Datsun.

Model-model Datsun akan dibangunkan secara individu untuk pasaran berbeza. Tetapi konsepnya akan mengikut inspirasi Nissan yang sama.

Datsun GO akan menjadi model pertama barisan produk Datsun.

Reka bentuk Datsun GO dihasilkan di Nissan Motor Jepun. Sementara pembangunan dan penyelidikan (R&D) dan pembangunan kejuruteraan dibuat oleh tenaga kerja dan vendor tempatan. Ini bagi memastikan produk tersebut memenuhi kehendak, cita rasa dan keperluan setempat serta mampu milik dari segi harga.

Projek Datsun GO diawasi dan kawal selia oleh kemahiran membuat kereta dan kawalan kualiti Nissan global.

Jika ada yang tertanya adakah Datsun GO akan dibawa masuk ke dalam negara? Saya pun kurang pasti kerana jika diikutkan pasaran kereta Malaysia sudah hampir tepu dan matang. Walaupun saiz pasaran semakin meningkat tetapi perkembangannya agak sederhana tambahan pula cita rasa rakyat Malaysia agak tinggi.

Struktur cukai pula tidak menggalakkan persaingan sebenar walaupun sudah ada usaha ke arah pasaran yang lebih terbuka. Apa yang pasti, Datsun GO adalah bukti bahawa syarikat Jepun tidak leka dan lalai dalam mempertahankan pasaran yang sudah serta mula dibanjiri oleh produk Korea Selatan dan China.

Keprihatinan Honda Malaysia

Posted:

Keprihatinan Honda Malaysia

Keprihatinan Honda Malaysia


PENGURUS Pemasaran Honda Malaysia, Ahmad Nasyami Mihat memberikan pek keselamatan jalan raya kepada seorang pemandu di plaza tol Sungai Besi.


SEMPENA musim perayaan yang hampir tiba, Honda Malaysia telah mengadakan kempen keselamatan jalan raya dengan mengagihkan 10,000 pek keselamatan di Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Jalan Duta.

Pek tersebut mengandungi risalah, air, gula-gula dan kurma itu diagihkan oleh kakitangan Honda Malaysia.

Honda Malaysia turut mengadakan sesi pemeriksaan 22 poin kenderaan di pusat rehat dan rawat terpilih di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Pemeriksaan secara percuma yang diadakan pada 1 hingga 4 Ogos itu ditawarkan kepada semua pemilik kenderaan Honda.

"Kempen Keselamatan Jalan Raya sewaktu musim perayaan ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk menyampaikan tip-tip mudah mengenai keselamatan jalan raya.

"Saya juga ingin menggalakkan semua pemilik kenderaan Honda supaya menyelenggara dan memeriksa kereta masing-masing di 64 buah pengedar Honda di seluruh negara," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Pemeriksaan ini hanya mengambil masa selama 10 hingga 15 minit. Namun, ia tidak menggantikan sesi penyelenggaraan berkala kenderaan.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Honda Malaysia ini bertujuan meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan, selain memberi ketenangan jiwa ketika mereka pulang ke kampung halaman.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Puasa terapi terbaik buat perokok

Posted:

Puasa terapi terbaik buat perokok

Puasa terapi terbaik buat perokok

PERKARA yang menghalang perokok untuk berhenti merokok ialah kelaziman mereka memegang dan menyedut rokok.


ORANG selalu bertanya mengapa perokok boleh berhenti seketika semasa puasa iaitu tidak merokok pada waktu siang, tetapi aktif merokok setelah berbuka?

Perokok juga kurang merokok pada bulan Ramadan, tetapi tidak pada bulan lain.

Hakikat yang jarang disedari ialah puasa merupakan terapi terbaik bagi perokok yang ingin berhenti merokok. Ia terapi psikologikal yang berasaskan kepada konsep kepatuhan kepada ajaran agama.

Sekiranya pada waktu yang lain agak sukar untuk menghentikan tabiat merokok, tetapi apabila berpuasa, ketagihan rokok dapat dikawal kerana ia satu tuntutan agama. Semua orang diminta melawan hawa nafsu, termasuklah nafsu merokok.

Kebanyakan perokok menghadapi masalah untuk berhenti bukanlah disebabkan oleh terikan fisiologi seperti yang biasa dialami oleh penagih dadah.

Selain tekanan psikologi, penagih dadah mengalami terikan fisiologi yang menyukarkan mereka untuk berhenti.

Mereka akan berhadapan dengan keadaan kesakitan tertentu, selesema, cirit-birit, hidung berair dan sebagainya.

Bagaimanapun, hal ini tidak dialami perokok sekiranya mereka tidak merokok. Perkara utama yang menghalang perokok ialah kelaziman mereka memegang dan menyedut asap rokok.

Rangsangan operan

Dalam psikologi, ia dinamakan sebagai rangsangan operan, atau tingkah laku berulang-ulang yang dilakukan oleh seseorang.

Ia bertambah sukar apabila perlakuan ini dikaitkan dengan suasana atau situasi tertentu dan dalam istilah psikologi dikenali sebagai association atau perkaitan.


PEROKOK yang mahu berhenti merokok boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar bagi merealisasikan hasrat mereka. - Gambar hiasan


Ini bermakna tingkah laku yang terjadi itu terkait pula dengan keadaan yang lain. Misalnya, apabila seseorang perokok duduk di kedai kopi atau selepas menjamah makanan, mereka perlu merokok kerana ia satu kelaziman yang terjadi secara berulang-ulang sejak sekian lama.

Merokok semata-mata bukanlah perkara yang memberikan pengalaman yang sukar untuk dilupakan oleh perokok.

Perbuatan seperti menyalakan api, menyedut dan membuang puntung rokok ialah sebahagian daripada proses perlakuan berulang sekali gus menjadi suatu tabiat yang tidak mudah untuk dihentikan.

Kemunculan rokok elektronik di pasaran juga tidak berjaya menarik semua perokok beralih kepada rokok generasi baharu tersebut.

Ini kerana ia tidak membawa bersama 'kenikmatan' yang dialami oleh rokok tradisional seperti menyalakan api dan membuang puntung.

Kesemua itu ialah perkaitan psikologikal yang sangat sukar dijelaskan dalam proses terapi berhenti merokok.

Kepatuhan kepada agama

Pelbagai ubat telah diperkenalkan di pasaran untuk mengurangkan tabiat merokok. Bagaimanapun, adakalanya ia gagal kerana hanya mampu mengurangkan gejala ketagihan nikotin dalam rokok, tetapi tidak mampu membuang 'ketagihan' lain ketika proses menghisap rokok. 'Proses' tersebut menjadikan tabiat merokok sangat sukar untuk dihentikan.

Justeru, puasa boleh menjadi terapi baharu yang patut diperkenalkan dalam proses mengurangkan gejala merokok dalam kalangan orang awam.

Ini kerana puasa membawa bersama nilai 'iman' dan kepatuhan kepada agama. Ia mungkin tidak ada dalam proses terapi yang lain.


PELBAGAI ubat terdapat di pasaran bagi membantu perokok melupakan terus tabiat merokok, namun ia perlu disusuli dengan keazaman kuat untuk berhenti merokok.


Orang ramai tidak mudah terangsang dengan rokok apabila berpuasa kerana mereka tahu ia hal yang tidak boleh dilakukan tatkala berpuasa.

Sekalipun kita mendengar pelbagai rungutan perokok untuk menghentikan tabiat mereka pada bulan Ramadan, semua perokok boleh menahan diri daripada merokok.

Ini bermakna, agama telah mengawal psikologi manusia untuk tidak berfikir mengenai rokok. Bagaimanapun, ketika berbuka mereka mengulangi semula tabiat tersebut.

Besar kemungkinan sekiranya perokok boleh mengawal perasaan untuk tidak merokok setelah berbuka puasa, pasti mereka mampu berhenti merokok.

Ini kerana, pada akhirnya tabiat merokok hanyalah sekadar tekanan psikologikal dan boleh dihentikan menerusi kekuatan psikologi.

Restoran Riverside sedia 250 hidangan

Posted:

Restoran Riverside sedia 250 hidangan

Restoran Riverside sedia 250 hidangan


PELBAGAI jenis hidangan mi disediakan bagi memenuhi cita rasa pelanggan.


JANGAN lepaskan peluang berbuka puasa di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menyediakan lebih 250 hidangan enak yang pastinya memikat selera pengunjung.

Antara hidangan utama yang disediakan sepanjang bulan yang mulia ini adalah nasi beriani power yang dihidangkan bersama pilihan lauk ayam, dalca atau kambing; acar buah-buahan, sayur dan papadom dan kambing panggang.

Selain itu, restoran tersebut turut menyajikan 20 jenis juadah menarik melalui penyediaan warung-warung hidangan panas seperti warung sup, mi, nasi ayam dan itik, roti canai dan murtabak, kuih bergoreng dan sate dalam memberikan tambahan pilihan hidangan kepada pengunjung.

Sebagai pelengkap sajian, kaunter bufet yang disediakan di kawasan ruang legar dipenuhi dengan hidangan pencuci mulut seperti aneka kuih Melayu, tart coklat, agar-agar dan buah-buahan, ais krim serta pelbagai jenis minuman sejuk dan panas.

Menerapkan tema Cahaya Ramadan di PWTC, kawasan sekitar restoran dan ruang legar dihiasi cahaya indah bagi menghidupkan suasana kemeriahan bulan Ramadan ini.

Di samping itu, penyediaan hiburan dan elemen-elemen keagamaan turut meningkatkan lagi pengalaman berbuka puasa pengunjung.

Seleksi sajian penkek

Posted:

Seleksi sajian penkek

Seleksi sajian penkek

PELANGGAN pasti teruja dengan keenakan penkek red velvet oleh Pancake House International.


berpuasa, waktu berbuka seharusnya menjanjikan satu pengalaman gastronomi yang sempurna.

Selain makanan utama yang mengekalkan tenaga serta memenuhi keperluan nutrisi harian, pengambilan pencuci mulut yang lazat pasti tidak boleh dielakkan.

Pada bulan Ramadan ini, Pancake House International menawarkan kelainan dalam hidangan yang disediakan.

Rangkaian restoran itu memenuhi cita rasa penggemar kek red velvet dengan menyajikan versi penkek hidangan pencuci mulut popular itu menggunakan resipi rahsia mereka.

Pengurus Pemasaran dan Komunikasi TCSR Restaurants Sdn. Bhd., June Song berkata, penkek red velvet merupakan satu inovasi yang menyediakan keriangan berbuka puasa kepada para pelanggan restoran berkenaan.

Kepingan penkek empuk mini red velvet yang berwarna merah hati itu disempurnakan dengan kehadiran cip coklat, krim keju dan kacang walnut.

Menu istimewa ini ditawarkan secara ala carte pada harga RM15.90 atau RM13.90 sebagai hidangan tambah nilai dengan setiap pembelian set hidangan berbuka puasa restoran berkenaan.

Set menu berbuka puasa yang disediakan Pancake House International termasuk pilihan taco atau sup asparagus yang dipadankan bersama menu utama yang terdiri daripada nasi dan ikan tuna panggang atau tapas daging lembu beserta teh ais pic.

Selain itu, ia juga menawarkan pilihan taco atau sup asparagus bersama nasi dengan dua ketul ayam goreng klasik atau ayam masak manis selatan beserta teh ais pic.

Setiap set hidangan tersebut ditawarkan pada harga RM25.90.

Menu istimewa Pancake House International disediakan sehingga berakhir Ramadan ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Alami komplikasi fizikal dan psikologikal

Posted:

Alami komplikasi fizikal dan psikologikal

Alami komplikasi fizikal dan psikologikal

Oleh NURUL IZZA ROSLY

SIAPA yang tidak mahu memiliki susuk tubuh menawan, ramping, kurus dan cantik persis aktres mahupun model terkenal.

Definisi cantik itu kurus, gemuk itu hodoh membuatkan ramai orang terutamanya wanita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan yang diidam-idamkan.

Dek takut dilabel gemuk dan disindir saiz badan besar macam gajah, ramai yang tertekan hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk kurus hingga menjadi obses mencatu hidangan utama yang sepatutnya diambil tiga kali sehari secara drastik.

Ramai yang memilih diet secara salah semata-mata untuk kurus.

Walaupun sudah mencapai berat badan ideal, masih ada yang terus mengamalkan diet drastik kerana merasakan diri masih gemuk walaupun hakikatnya fizikal sudah seperti rangka bergerak.

Kerisauan melampau terhadap berat badan menjadi pencetus bermulanya episod ngeri dalam kehidupan mereka hingga berdepan masalah anoreksia dan bulimia nervosa.

Anoreksia nervosa dinamakan dan dijelaskan pada tahun 1868 oleh seorang doktor bernama William Gull.

Gangguan pemakanan ini mempunyai beberapa ciri iaitu keterbatasan dalam diet, corak pengendalian makanan yang pelik, kehilangan berat badan yang ketara, khuatir mengalami obesiti dan kenaikan berat badan.

Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh berkata, anoreksia berlaku dalam kalangan wanita berusia antara 12 dan 18 tahun dengan nisbah 1:800 hingga 1:100 dan berkemungkinan mereka sudah mempunyai masalah gangguan pemakanan. Perkara ini biasa berlaku kepada golongan kelas atasan.

"Ia berpunca daripada gabungan kecenderungan individu dan faktor sosial yang menggalakkannya untuk berdiet.

"Ada beberapa faktor ia berlaku iaitu genetik, disfungsi hipotalamik, sosial, psikologi individu dan keluarga," katanya ketika membentangkan kajian kes anoreksia dan bulimia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur baru-baru ini.


BERBEZA dengan anoreksia, pesakit bulimia cenderung makan dalam jumlah yang banyak dan kemudian memuntahkannya kembali.


Faktor sosial

Ujarnya, paling popular ialah faktor sosial dan ramai pelajar mengalami masalah tersebut kerana pengaruh rakan sebaya selain ingin menjadi seperti model atau pelakon luar negara yang memiliki tubuh kurus dan kecil.

Pengaruh sedemikian menyebabkan mereka berdiet, hilang berat badan selepas berlapar sehinggakan rasa lapar itu tidak lagi bermakna kerana telah mempengaruhi mental mereka.

"Ibu bapa perlu mengenal pasti sama ada anak-anak mereka mengalami masalah ini dengan melihat pada simptom psikiatri iaitu pengasingan sosial, kemurungan, cemas, terlalu mementingkan kesempurnaan, tingkah laku obsesi impulsif, rigid dan sebagainya.

"Golongan ini bukan sahaja berdepan komplikasi fizikal tetapi psikologikal mereka turut terganggu. Mereka memerlukan sokongan keluarga dan rawatan," ujarnya.

Penghidap anoreksia juga berdepan dengan masalah kesihatan lain seperti dehidrasi, ketidakseimbangan elektrolit, ketidaksuburan, masalah buah pinggang, kelahiran pramatang, hipotermia, serangan jantung dan osteopenia.

Berkongsi faktor penyebab yang sama, seseorang yang menghidap bulimia pula mempunyai kecenderungan mengambil makanan dalam kadar yang banyak kemudian memuntahkan semuanya.

Proses pemulihan

"Biasanya, bagi merawat pesakit anoreksia dan bulimia ini, kita akan mengenal pasti puncanya serta melakukan pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental mereka.

"Kaunseling turut diberikan selain pelan diet pemakanan oleh pakar bagi mengembalikan semula berat badan secara berperingkat-peringkat," katanya.

Dalam pada itu, pakar pemakanan hospital yang sama, Lim Ai Leng memberitahu, proses pemulihan yang dilakukan melibatkan ahli psikiatri, doktor, pakar pemakanan dan ahli keluarga.


CARA yang terbaik untuk kurus ialah dengan melakukan senaman. - Gambar hiasan


Apabila seseorang pesakit dikenal pasti, penilaian akan dibuat daripada pelbagai aspek termasuk berat, tinggi, sejarah dan penyusutan berat badan serta simptom klinikal direkodkan sebelum pelan diet mereka dilakukan.

"Mereka ini sangat bijak. Mereka akan mengelakkan diri daripada mengambil makanan bergoreng, berminyak dan makanan manis selain mengira setiap kalori dalam makanan yang diambil.

"Jadi bagi merangka pelan diet untuk mereka, jangan sekali-kali menyebut mengenai minyak, lemak, makanan manis dan pencuci mulut kerana mereka tidak akan ikut diet yang diberikan," katanya sambil memberitahu, seseorang pesakit itu diberikan sekurang-kurangnya 1,200 kalori sehari.

Tambahnya, sasaran realistik adalah untuk menambah 0.5 hingga satu kilogram berat badan dalam seminggu manakala rawatan akan mengambil masa selama lapan hingga 12 minggu.

Apa yang penting sepanjang tempoh pemulihan ialah meningkatkan berat badan pesakit sedikit demi sedikit.

Tidak semua pesakit akur dan patuh dengan pelan diet yang diberikan. Ia semestinya memerlukan kesabaran untuk mendapatkan kepercayaan mereka.

"Jika anda mempunyai ahli keluarga yang berdepan masalah anoreksia dan bulimia, nasihatkan mereka serta dapatkan rawatan segera sebelum terlewat.

"Andai sudah terlambat, pelbagai komplikasi penyakit kritikal akan dialaminya sehingga boleh membawa maut," ujarnya.

Petua beraya dengan ceria

Posted:

Petua beraya dengan ceria

Petua beraya dengan ceria


MENYAMBUT lebaran sepatutnya menjadi perkara yang indah kerana berpeluang berjumpa dengan ahli keluarga dan sanak-saudara.


INSYA-ALLAH kurang seminggu lagi kita akan sama-sama meraikan hari raya. Aidilfitri bukan sahaja hari untuk meraikan kemenangan setelah menghadapi segala ujian dan cabaran ketika berpuasa, malah sinonim dengan hari untuk berkumpul bersama ahli keluarga tersayang.

Namun, satu isu yang tidak pernah lekang mengenai hari raya ialah masalah balik beraya. Saya masih berdepan dengan aduan berkaitan balik beraya biarpun ramai yang mengamalkan kaedah mengikut giliran.

Ya! Bergilir pun belum dapat memuaskan hati semua pihak. Sudah namanya manusia. Bukan kerana gilirannya dicuri tetapi kerana giliran tersebut tidak diterima sepenuh hati. Ini menimbulkan rasa terasing.

Sebenarnya, isu tersebut tidak perlu timbul sungguhpun sikap dan amalan tradisi setiap keluarga berbeza.

Perbezaan itulah yang akan menjadikan hidup anda lebih unik dan ceria. Tujuan saya berkongsi isu ini adalah semoga anda belajar menerima keunikan tersebut dan meraikan hari raya ini dalam suasana yang ceria tanpa mengira dengan siapa anda meraikannya.

Pertama: Berlapang dada menerima giliran beraya

Jangan rasa tertekan kerana giliran beraya kali ini bukan bersama keluarga anda.

Ingat! Bukan anda sahaja yang mempunyai ibu bapa dan sanak- saudara. Pasangan anda juga serupa. Kalau pun ibu bapanya sudah tiada, tidak bermakna kampung halamannya tidak perlu dikunjungi lagi.

Hari raya ini juga menjadi hari pasangan anda berkumpul bersama ahli keluarga lain untuk kembali mengenang detik-detik ceria bersama ibu bapa mereka yang telah pergi.

Benarkan pasangan anda merasai saat-saat gembira dalam hidupnya sama seperti diamembenarkan anda merasai saat-saat gembira bersama ibu bapa dan sanak-saudara anda.


BERKUMPUL beramai-ramai, bertukar-tukar cerita dan bertanya khabar merupakan perkara yang sering dilakukan apabila pulang ke kampung halaman. - Gambar hiasan.


Kedua: Bersedia lebih awal

Saya yakin ramai yang menyediakan segala kelengkapan untuk beraya lebih awal. Tidak kurang juga yang menunggu saat-saat akhir.

Isu yang berkait dengan persediaan ini adalah faktor kewangan. Dalam keadaan ini, isteri perlu bijak merancang.

Bukan dengan cara menggunakan segala pendapatan anda tetapi berdikit-dikit menabung dari peringkat awal. Tabungan semestinya melibatkan pendapatan suami dan bukan pendapatan isteri semata-mata.

Usahakan untuk persediaan keperluan sahaja, bukan kemewahan. Anda tidak perlu bersaing dengan orang lain dan mengikut emosi.

Ketiga: Persediaan mental dan emosi

Adakalanya berkumpul bersama ahli keluarga bukan suatu kegembiraan, sebaliknya menyakitkan hati kerana hal-hal lama yang menghiris hati anda timbul semula.

Jika anda berdepan isu ini, usahakan untuk tampil bersahaja seolah-olah kisah lama itu tiada lagi di minda. Ya! Berpura-pura agar suasana yang sepatutnya ceria boleh kekal ceria.

Jangan fikirkan emosi sendiri semata-mata tetapi kenangkan juga emosi ibu bapa yang pastinya tidak gembira jika mereka sedar ada yang tidak kena antara anda dengan saudara lain.

Cara terbaik untuk meneruskan hidup bersama kenangan silam yang masih kekal dalam ingatan ialah dengan membenarkan minda anda ditambah dengan kenangan-kenangan baharu yang boleh membahagiakan kehidupan anda.

Keempat: Kenang ibu dan bapa

Saya yakin, ada yang terfikir tidak mahu pulang ke kampung disebabkan kisah silam. Saya merayu, jika anda masih punya ibu dan bapa, pulanglah!

Kita tidak tahu bila ajal bakal menjemput. Jika bukan kedua orang tua kita, mungkin kita sendiri yang dijemput dulu. Selagi ada hayat dipinjamkanNya, gunakan kesempatan yang ada untuk menceriakan hati kedua-dua ibu bapa anda.

Keceriaan yang diberikan buat ibu dan bapa juga kebahagiaan untuk diri anda. Walaupun mungkin bukan sekarang, tapi mungkin bagi detik-detik akan datang. Anda tidak akan rugi sedikit pun kerana telah membahagiakan kedua-dua ibu bapa anda.

Rai Aidilfitri ikut landasan syariat

Posted:

Rai Aidilfitri ikut landasan syariat

Rai Aidilfitri ikut landasan syariat


BERJALAN kaki menuju ke tempat solat sunat Aidilfitri merupakan satu lagi perkara sunat yang menjadi amalan Rasulullah. - Gambar hiasan


ALHAMDULILLAH syukur kepada Allah SWT serta selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW atas kesempatan umur sehingga kita dapat berada pada penghujung Ramadan yang mulia ini.

Terasa pantas Ramadan berlalu meninggalkan kita. Namun realitinya, Ramadan kali ini pantas pergi seolah-olah seorang tetamu yang segera berkemas pulang kerana tuan rumah tidak meraikan kehadirannya.

Dalam kesedihan untuk meninggalkan Ramadan, janganlah kita leka dan lupa tentang ketibaan bulan Syawal yang Allah hadiahkan sebagai tanda kemenangan setelah sebulan berperang melawan nafsu.

Berikut ialah cara meraikan Aidilfitri mengikut syariat dan sunah Rasulullah.

* Bertakbir

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Ia bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah selepas solat sunat Aidilfitri.

* Ucapan Selamat Hari Raya

Menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunah Nabi sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair katanya:

"Apabila para sahabat Rasulullah bertemu pada hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain 'taqabbalallahu minna waminka' (semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu). - Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Jilid 5, muka surat 270-271. Hadis hasan.


BERTAKBIR pada 1 Syawal ialah amalan yang disyariatkan. - Gambar hiasan


* Meneruskan qiamulail

Jika sepanjang bulan Ramadan kita bersungguh-sungguh menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah terutamanya solat tarawih, ia seharusnya diteruskan pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajud.

* Mandi sunat hari raya

Disunatkan mandi pada pagi hari raya sebagaimana tatacara mandi wajib, iaitu sebelum berangkat ke masjid.

Ali bin Abi Thalib pernah ditanya mengenai mandi sunat. Adakah boleh mandi sunat setiap hari? Beliau menjawab:

"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi sunat pada hari Jumaat, hari Arafah, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha." - Imam Syafie dalam Musnad al-Syafi'i, Jilid 1, muka surat 118-119.

* Makan sebelum solat Aidilfitri

Disunatkan kaum Muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.

* Memakai pakaian yang indah

Disunatkan kaum Muslimin menghias diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya.

Imam Syafie berkata: "Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." - Ringkasan Al-Umm, Jilid 1, muka surat 327.

* Berjalan kaki ke tempat solat

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan.

Ali Abi Thalib berkata:

"Termasuk sunah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat Tirmizi.

* Tempat solat hari raya

Sunat mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musolla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunah Nabi. Apakah musolla itu berbeza dengan masjid?

Abu Said al-Khudri RA berkata:

"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah keluar menuju ke musolla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat lain)." - Hadis riwayat Bukhari.


TIDAK salah untuk bergembira pada hari raya asalkan tidak keterlaluan dan menyalahi syariat.- Gambar hiasan


* Mengerjakan solat Aidilfitri

Antara syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri ialah solat Aidilfitri sebanyak dua rakaat.

Ibn Abbas berkata:

"Rasulullah telah keluar pada Hari Raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat Bukhari.

* Bergembira pada hari raya

Islam ialah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan.

* Mengerjakan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal

Sabda Rasulullah:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama.

Dalam pada itu, dalam kemeriahan Syawal, janganlah kita leka bergembira sehingga lupa beramal ibadah dan tidak lagi solat berjemaah di masjid atau surau.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pemerintah Mesir akan bersih lokasi perhimpunan

Posted:

Pemerintah Mesir akan bersih lokasi perhimpunan

Pemerintah Mesir akan bersih lokasi perhimpunan

PARA penyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi berarak dari masjid Al-Fath menuju ke bangunan Kementerian Pertahanan di Kaherah, kelmarin. Mereka berikrar akan meneruskan protes sehinggalah kuasa Morsi dikembalikan.


KAHERAH - Kabinet Mesir kelmarin mengarahkan polis mengambil tindakan keras untuk menyuraikan protes penyokong setia bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Arahan kepada menteri dalam negeri itu meningkatkan lagi kemungkinan tercetusnya pertempuran berdarah, selepas 82 orang maut semasa bantahan pro-Morsi di sini beberapa hari lalu.

Perkara tersebut dibuat ketika beberapa wakil dari Eropah tiba di Kaherah bagi meredakan ketegangan di antara tentera pemerintah dan kumpulan Islam.

Pengumuman kabinet tersebut hadir menerusi satu kenyataan yang menyatakan bahawa kem-kem yang menempatkan penyokong Morsi di dua dataran di sini memberi ancaman kepada keselamatan negara.

"Situasi berbahaya yang berterusan di dataran Rabaa al-Adawiya dan Nahda, keganasan serta sekatan jalan raya tidak boleh diterima lagi, memandangkan ia memberi ancaman kepada keselamatan nasional," kata kenyataan itu.

Sementara itu, para penyokong Morsi dilapor berikrar untuk menentang arahan menyuraikan protes tersebut.

"Tiada apa yang akan berubah," kata jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad.

Kumpulan penyokong Morsi berkata, mereka akan mengadakan perarakan berskala besar pada hari ini. Selain mengutuk perintah yang diberikan kepada polis bagi menamatkan bantahan di Kaherah.

"Gabungan yang menentang rampasan kuasa menyeru semua rakyat untuk mengadakan protes secara aman di Mesir," kata satu kenyataan gabungan penyokong setia Morsi.

Gabungan tersebut juga menggesa tentera dan polis tidak menembak rakyat Mesir.

Lebih 250 orang terkorban sejak tentera menggulingkan Morsi pada 3 Julai lalu berikutan protes besar-besaran di seluruh negara. - AFP

Burung purba ditemui di China

Posted:

Burung purba ditemui di China

Burung purba ditemui di China


KIRI: Gambar yang disediakan oleh jurnal Nature menunjukkan fosil Xiaotingia Zhengi yang menyerupai dinasour Archaeopteryx dan memiliki berat 800 gram.


PARIS - Bukti terkini menunjukkan bahawa Archaeopteryx, dinosaur bersayap, memiliki otak mirip burung moden dan makhluk itu didakwa mampu terbang, menurut kajian terbaharu.

Archaeopteryx dipercayai burung pertama di dunia yang mempunyai bulu dan hidup sekitar 150 juta tahun lalu.

Menurut kajian yang disiarkan kelmarin, sekurang-kurangnya beberapa spesies dinosaur yang hidup sezaman Archaeopteryx mempunyai otak dengan saraf untuk terbang.

Keputusan kajian diperoleh menerusi imbasan tiga dimensi (3D) terhadap tengkorak burung awal dinosaur tersebut. Fosilnya sebelum ini dikenali sebagai Xiaotingia Zhengi dan hidup pada zaman Jurasik China.

Kajian diketuai oleh ahli paleontologi, Amy Balanoff dari American Museum of Natural History dan diterbitkan dalam jurnal Nature. - AFP

Kedai jam mewah di Cannes dirompak

Posted:

Kedai jam mewah di Cannes dirompak

Kedai jam mewah di Cannes dirompak


SEORANG pegawai polis forensik meneliti bahagian luar kedai jam mewah Kronometry di French Riviera, Cannes, Perancis yang dirompak kelmarin.- AFP


CANNES - Pusat peranginan French Riviera sekali lagi menjadi lokasi rompakan pada Rabu, hanya tiga hari selepas seorang lelaki merompak barangan kemas dari sebuah hotel mewah di sini.

Pendakwa raya tempatan memberitahu, dua orang lelaki bersenjatakan sebutir bom tangan dan pistol masuk ke dalam sebuah kedai menjual jam tangan mewah sebelum melarikan 100 hingga 150 utas jam tangan.

Rompakan yang berlaku di kedai Kronometry dilaporkan bernilai AS$1.99 juta (RM6.44 juta). Ia merupakan salah sebuah kedai barangan mewah yang terletak di Jalan La Croisette.

Lokasi kejadian terletak hanya tiga blok dari hotel Carlton yang menyaksikan barangan kemas berjumlah AS$136 juta (RM440 juta) dirompak pada Ahad lalu.

Perompak yang dikatakan berusia 20-an masuk ke dalam kedai dan berpakaian seperti pelancong. Mereka kemudian mengarahkan pengurus kedai serta tiga orang jurujual supaya membuka kabinet sebelum mengambil jam tangan tersebut dan melarikan diri.

Pada Februari lalu, kedai sama pernah menjadi sasaran sekumpulan perompak yang melarikan kira-kira 150 utas jam tangan mewah. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Najib sampaikan pingat kedaulatan negara kepada pengamal media

Posted:

Najib sampaikan pingat kedaulatan negara kepada pengamal media

Najib sampaikan pingat kedaulatan negara kepada pengamal media

02/08/2013 9:48pm

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 227 pengamal media yang terlibat dalam membuat liputan mengenai insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini.

Majlis penganugerahan itu diadakan sempena majlis berbuka puasa anjuran Jabatan Penerangan dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Hadir sama ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - Bernama

PLUS buka 1,500 kaunter bayaran tol sempena Aidilfitri

Posted:

PLUS buka 1,500 kaunter bayaran tol sempena Aidilfitri

PLUS buka 1,500 kaunter bayaran tol sempena Aidilfitri

02/08/2013 9:37pm

PETALING JAYA - Plus Expressways Bhd (PLUS) akan membuka 1,500 kaunter bayaran tol sempena Aidilfitri berbanding 1,000 kaunter pada hari biasa.

Pengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, Pusat Operasi Trafik Plus juga akan menambah bilangan pekerja kepada 75 orang sehari dan beroperasi 24 jam sempena musim perayaan bagi memantau keadaan trafik di lebuh raya.

Menurut Noorizah, PLUS juga menambah enam unit bermotosikal dalam unit bengkel bergerak mereka atau 'Workshop on Wheel' (WOW).

"Dengan adanya unit WOW bermotosikal ini, kami dapat menyalurkan bantuan kepada pengguna dengan lebih cepat", katanya pada sidang akhbar mengenai persiapan PLUS menjelang musim perayaan di sini hari ini.

PLUS mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan bagi rujukan pemandu untuk mengelakkan kesesakan.

Antara cadangan tersebut adalah bagi perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan di antara 2 hingga 7 Ogos untuk perjalanan balik ke kampung dan dari 10 hingga 18 Ogos ini bagi perjalanan pulang ke Lembah Klang. -BERNAMA

Fandi Ahmad masih bersama PBNJ

Posted:

Fandi Ahmad masih bersama PBNJ

Fandi Ahmad masih bersama PBNJ

02/08/2013 6:56pm

JOHOR BAHRU - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) hari ini mengumumkan bahawa Fandi Ahmad masih berkhidmat sebagai pegawai dalam persatuan itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PBNJ sebentar tadi, Fandi kini dilantik sebagai Ketua Pembangunan dan Juru runding pasukan PBNJ.

"Perkembangan ini bukan berpunca daripada kedudukan pasukan JDT musim ini yang boleh dikatakan membanggakan, memandangkan ia merupakan tahun pertama penyertaan pasukan JDT dalam arena bola sepak Malaysia di peringkat tertinggi, mara ke peringkat akhir Piala FA dan muncul tempat ketiga dalam saingan Liga Super," kata kenyataan itu.

Langkah PBNJ mengambil langkah melantik Cesar Ferrndo sebagai Pengurus Pasukan dan Ketua Jurulatih yang baharu bertujuan untuk memperkenalkan pendekatan teknikal yang berbeza dan memupuk perubahan mentaliti positif dan meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan pemain. -KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved