Khamis, 1 Ogos 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pamer kekuatan ketenteraan, senjata

Posted:

Pamer kekuatan ketenteraan, senjata

Pamer kekuatan ketenteraan, senjata

DERAPAN kasut but tentera, puluhan kereta kebal yang bergerak dalam barisan dan kenderaan artileri yang membawa peluru berpandu memenuhi Dataran Kim Il-sung di tengah-tengah bandar raya Pyongyang, Korea Utara, ketika sambutan ulang tahun ke-60 gencatan senjata yang menamatkan Perang Korea, Sabtu lalu.

Disifatkan perarakan ketenteraan terbesar dalam sejarah republik itu, penganalisis berpendapat ia merupakan provokasi Pyongyang bertujuan menakutkan musuh-musuhnya di samping meraikan kepimpinan baharu, Kim Jong-un.

Dikelilingi pegawai-pegawai tertinggi tentera Korea Utara serta Naib Presiden China, Li Yuanchao, negara sekutu rapat Pyongyang ketika Perang Korea dahulu, Jong-un menerima tabik hormat di atas podium sambil disaksikan ribuan penonton yang mengibarkan bendera pelbagai warna.

Berpakaian sut Mao berwarna hitam, Jong-un kelihatan tersenyum dan melambai-lambai tangannya kepada penyokongnya sebaik sahaja laungan 'Selamatkan Kim Jong-un' bergema di seluruh dataran berkenaan.

Bagi masyarakat dunia, buat julung-julung kalinya mereka berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat perarakan yang sarat dengan perkakasan senjata berat dan puluhan ribu tentera selepas wartawan asing dibenarkan membuat liputan secara rasmi.

Salah satu gambar diambil di pertengahan perarakan, dikongsi di laman sosial Twitter menunjukkan beberapa askar sedang duduk akibat keletihan dan berpegangan sesama sendiri untuk terus berdiri tegak.

"Ada antara askar yang pitam kerana terlalu keletihan," lapor koresponden Cable News Network (CNN), Ivan Watson dalam Twitternya.


SIKAP degil Pyongyang berterusan melakukan ujian peluru berpandu dan senjata nuklear membimbangkan ASdan sekutu-sekutunya.


"Mereka terpaksa berdiri berjam-jam di bawah pancaran matahari yang terik," ujarnya lagi.

Rakyat Korea Utara menggelar sambutan itu sebagai Hari Kemenangan Perang Membebaskan Tanah Air biarpun Perang Korea yang berlangsung dari tahun 1950 hingga 1953, menyaksikan kewujudan Korea Utara dan Korea Selatan itu belum berakhir sepenuhnya.

Gencatan senjata yang dipersetujui sebelum ini masih rapuh sekali gus mewujudkan ketegangan yang berterusan.

Di Washington, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama, meraikan sambutan ulang tahun gencatan senjata itu di Memorial Veteran Perang Korea di Washington.

Dalam ucapannya, Obama memberitahu, sambutan ulang tahun berkenaan menandakan perang sudah berakhir dan permulaan kepada satu proses pendamaian yang panjang.

Katanya, Korea Selatan berhak memenangi peperangan itu kerana lebih 50 juta rakyatnya bebas mengamalkan demokrasi berbanding kehidupan rakyat di negara jirannya itu.

Ujarnya, perkongsian antara AS dan Korea Selatan kekal sebagai satu asas kepada kestabilan di seluruh rantau Pasifik. Obama turut memuji semangat tentera-tentera AS yang berjuang di negara itu sejak berdekad-dekad lalu termasuk pada hari ini.

Jong-un, yang mengambil alih tampuk pemerintahan Korea Utara pada 28 Disember 2011 selepas kematian bapanya, Kim Jong-il dilihat sebagai ancaman utama kepada Washington dan Seoul.

Di bawah arahannya, Pyongyang berjaya melakukan dua ujian peluru berpandu jarak jauh dan ujian nuklear sehingga memaksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan ke atas negara itu.


RAKYAT Korea Utara dikatakan yakin dengan kemampuan negara mereka berhadapan dengan siapa sahaja musuh.


Langkah diplomasi

Korea Utara dilihat mula mengambil langkah diplomasi sementara dengan Korea Selatan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Keadaan itu berbeza pada bulan Mac dan April lalu apabila Korea Utara mengancam memulakan perang nuklear terhadap Washington dan Seoul sebagai respons terhadap latihan ketenteraan tahunan melibatkan kedua-dua negara di samping bantahan keras PBB ekoran ujian nuklear kali ketiga yang dilakukan.

Rundingan perlucutan senjata nuklear juga sudah lama dihentikan dan belum ada tanda-tanda Korea Utara mahu meneruskannya.

Tidak cukup dengan itu, Pyongyang turut mengadakan perarakan besar-besaran pada April tahun lalu, sempena ulang tahun ke-100 pengasasnya, Kim Il-sung. Keadaan itu telah mencetuskan kebimbangan selepas negara tersebut melancarkan ujian peluru berpandu jarak jauh dikenali sebagai KN-08.

Ketua Pengarah Biro Politik Tentera Korea Utara, Choe Ryong-hae dalam ucapannya pada Sabtu lalu, menekankan kepentingan memelihara keamanan dan kestabilan ekonomi di samping peranan tentera dalam melindungi negara itu daripada pencerobohan asing.

Ucapan itu dilihat lebih berlapik berbanding kecaman keras dan berapi-api yang dilemparkannya kepada AS dan Korea Selatan semasa ketegangan memuncak sebelum ini.

Pyongyang dipercayai mempunyai bahan-bahan mentah untuk menghasilkan bom nuklear, bagaimanapun ramai penganalisis berpendapat, republik itu belum menguasai teknologi penciptaan persenjataan sepenuhnya.

Sementara itu, di Korea Selatan, Presiden Park Geun-hye menegaskan, beliau tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang provokasi Pyongyang.

Katanya, biarpun Korea Utara pernah membunuh kira-kira 50 tenteranya dalam satu serangan terhadap kapal perangnya pada tahun 2010, Seoul akan berterusan membina kepercayaan terhadap jirannya itu.

"Saya menyeru Korea Utara supaya menghentikan pembangunan senjata nuklear jika berhasrat melaksanakan perubahan sebenar dan mencapai kemajuan," katanya.

Seramai 200 peserta berkumpul secara aman bagi meraikan sambutan ulang tahun gencatan senjata itu di Seoul. Ada antara mereka dilihat membakar gambar-gambar dinasti Kim, sebagai simbolik membantah pembangunan nuklear dan pelbagai provokasi yang dilakukan rejim itu di bawah Jong-un.


PULUHAN ribu tentera mengambil bahagian dalam perarakan ini.


Simbol kemegahan

Tradisi perarakan ketenteraan besar-besaran sememangnya sinonim dengan negara-negara komunis termasuk di Korea Utara. Ia bertujuan mempertontonkan kekuatan ketenteraan serta persenjataan dimiliki sebagai simbol kemegahan di samping menyampaikan mesej tersirat kepada negara-negara pro-Barat.

"Keunikan perarakan ini ialah sistem senjatanya tidak perlu berfungsi semata-mata untuk memastikan ia tampak hebat.

"Sesebuah peluru berpandu yang diarak sudah cukup menggerunkan meskipun kehebatannya belum teruji," kata David Stone, pengkaji ketenteraan Kesatuan Soviet dan Rusia di Universiti Negeri Kansas, AS.

Sungguhpun perarakan seumpama itu berlangsung setiap tahun, ia merupakan medan terbaik untuk mempertontonkan inovasi persenjataan kepada umum.

Kali ini, Korea Utara berjaya mencuri tumpuan melalui penghasilan peluru berpandu jarak jauh, KN-08 yang didakwa memiliki keupayaan nuklear dan mampu mengenai sasaran di AS.

"Meskipun menyedari risiko kehilangan reputasi sekiranya senjata berkenaan gagal berfungsi seperti yang didakwa, lebih baik penduduk dunia melihat sebaliknya," kata Marcus Schiller, seorang jurutera aeroangkasa dari Jerman.

Apa yang pasti, perarakan itu menghantar mesej penting mengenai tahap kekuatan ketenteraan Korea Utara pada hari ini.

Dengan mempertontonkan kehebatan jet-jet pejuang, helikopter, kereta kebal serta puluhan ribu tentera yang berjalan megah di dataran itu, ia mampu menaikkan sokongan rakyat negara itu kepada pemimpin mereka.

"Selepas melihat semua ini, saya rasa negara kami mampu mengalahkan sesiapa sahaja," kata Ryang Un-ho, 84, salah seorang daripada ratusan veteran perang Korea Utara yang dijemput ke perarakan itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Tesco hulur kasih sempena Ramadan

Posted:

Tesco hulur kasih sempena Ramadan

Tesco hulur kasih sempena Ramadan


CORINE (empat dari kanan) dan Lee Ann (tiga dari kanan) menyampaikan bubur lambuk kepada pelanggan Tesco dalam majlis Kasih Ramadan bersama anak-anak yatim di Tesco Rawang baru-baru ini.


DIRAI. Seramai 120 kanak-kanak dari empat buah rumah kebajikan diraikan Tesco dalam program Kasih Ramadan di Rawang, Selangor semalam.

Tesco memperuntukkan sebanyak RM100 kepada setiap kanak-kanak tersebut untuk membeli keperluan hari raya mereka.

Antara rumah kebajikan yang menerima bantuan itu ialah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Petaling Jaya, Rumah Kasih Sayang, Rawang, Wisma Amal Cahaya Bistari, Selayang dan kanak-kanak dari Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Pada majlis yang sama, Tesco turut menganjurkan pertandingan nasyid selain menyampaikan bubur lambuk kepada pelanggannya.

Turut hadir pada program itu, Pengarah Operasi Runcit Tesco, Umi Kalsom Supni; Pengarah Stor Sentral Tesco, Corine Boudville dan Pengurus Tanggungjawab Sosial Korporat Tesco, Low Lee Ann.

Tradisi makan nasi daging dalam talam di Penaga

Posted:

Tradisi makan nasi daging dalam talam di Penaga

Tradisi makan nasi daging dalam talam di Penaga


TETAMU yang hadir dihidangkan dengan nasi daging dalam talam yang menjadi tradisi berbuka puasa di Masjid Jamek Penaga, Kepala Batas baru-baru ini.


MERIAH. Pada bulan Ramadan, majlis berbuka puasa beramai-ramai bukanlah sesuatu yang asing di negara ini.

Namun, menariknya di Masjid Jamek Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang penduduk di situ memilih untuk berbuka puasa beramai-ramai dengan hidangan nasi daging dalam talam.

Majlis iftar anjuran bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim itu berjaya menghimpunkan lebih 600 orang tetamu.

"Sudah menjadi tradisi berbuka puasa di sini nasi daging dihidangkan di dalam talam yang dikongsi makan bersama-sama. Ia dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama penduduk," katanya.

Selesai berbuka, tetamu yang hadir menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.

Bakup 4 agih bubur lambuk pada hujung minggu

Posted:

Bakup 4 agih bubur lambuk pada hujung minggu

Bakup 4 agih bubur lambuk pada hujung minggu


HAMIR (belakang sekali) bergambar bersama sebahagian ahli Bakup 4 pada majlis memasak bubur lambuk di Ukay Perdana baru-baru ini.


AGIH. Badan Khairat Kematian Ukay Perdana 4 (Bakup 4) mengadakan acara memasak bubur lambuk serta sup untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Ukay Perdana, Ampang, Selangor baru-baru ini.

Pengerusi Bakup 4, Hamir Mohd. Marican berkata, acara itu diadakan pada setiap hujung minggu pada bulan Ramadan ini.

Tambah Hamir, selain itu, pihaknya turut menyediakan beberapa jenis juadah berbuka puasa dalam kalangan ahli Bakup 4.

"Sempena Ramadan penduduk Ukay Perdana 4 mengambil kesempatan mengeratkan silaturahim dengan pelbagai aktiviti termasuk memasak bubur lambuk pada setiap hujung minggu.

"Majlis berbuka puasa beramai-ramai juga diadakan atas sumbangan orang perseorangan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kadar tol istimewa raya

Posted:

Kadar tol istimewa raya

Kadar tol istimewa raya

FADILLAH (kiri) meninjau Pusat Pemantauan Aliran Trafik Lebuh Raya Utara-Selatan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 17 lebuh raya bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena sambutan Aidilfitri bermula 7 hingga 9 Ogos ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, lima lagi lebuh raya akan turut menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 5 hingga 6 Ogos dan 14 hingga 15 Ogos ini.

"Diharap ia akan dapat memberi kemudahan kepada orang ramai," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya peringkat Kementerian Kerja Raya di Persada Plus di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Maznah video anjing direman empat hari

Posted:

Maznah video anjing direman empat hari

Maznah video anjing direman empat hari

MAZNAH ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat semalam.


SEGAMAT - Wanita yang didakwa terlibat membuat video kontroversi menyambut hari raya bersama tiga ekor anjing, Chetz Yusof atau nama sebenarnya Maznah Mohd. Yusof, 38, direman selama empat hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd. Kamil Sukarmi memberitahu, perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Segamat, Mohd. Anuar Ostadi.

"Maznah ditahan reman empat hari bermula hari ini (semalam) hingga Ahad ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan suasana tidak harmoni apabila menimbulkan isu-isu sensitif mebabitkan agama," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hajat berbuka tidak kesampaian

Posted:

Hajat berbuka tidak kesampaian

Hajat berbuka tidak kesampaian

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my


ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.


SRI AMAN – Perjalanan enam staf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak termasuk tiga wanita bagi menghadiri program berbuka puasa di Betong bertukar tragedi apabila empat daripada mereka terbunuh selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di sini semalam

Kejadian pada pukul 3.30 petang di Skrang itu menyebabkan dua penumpang lain cedera termasuk seorang daripadanya kritikal.

Mangsa yang maut ialah Penolong Pengarah Jakim negeri, Ibrahim Hailee, 35; Harliani Hanan, 29; Halimah Hamrie, 30, dan Qurratu Aini Rolfandy, 23.

Keempat-empat mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sampul kain duit raya

Posted:

Sampul kain duit raya

Sampul kain duit raya

MEMBERI duit raya satu amalan sunat yang digalakkan agama.


MEMBERI duit raya merupakan salah satu tradisi masyarakat Islam di Malaysia semasa menyambut Aidilfitri. Sampul yang diisi duit raya ini kebiasaannya diberi kepada kanak-kanak terutama yang bertandang ke rumah.

Ia juga menjadi amalan dalam kalangan syarikat, organisasi dan dermawan tempatan.

Antara penerima duit raya yang diberi dalam sampul pelbagai corak dan warna ini ialah ibu-ibu berdikari, anak-anak yatim, warga emas dan mereka daripada keluarga yang kurang bernasib baik.

Sememangnya wang pemberian ini akan kelihatan lebih sopan jika dimasukkan ke dalam sampul sebelum diagih-agihkan.

Kebanyakan bank dan pengusaha perniagaan termasuk pasar raya mengedarkan sampul duit raya masing-masing, yang membawa logo korporat serta jenama, sekali gus bertindak sebagai iklan perniagaan mereka.

Biasanya sampul duit raya diperbuat daripada kertas tetapi bagi Aspalila Abdul Majid, sampul yang dibuat daripada kain adalah satu idea yang menarik.

Menurut Aspalila, sebelum menjahit sampul kain duit raya, beliau pernah menjahit beg, pemegang kunci, dompet dan sarung untuk kad nama dan kamera.

Idea sampul kain duit raya itu tercetus daripada seorang pelanggan Tote Boutique milik Aspalila.

Beliau menghasilkan sampul duit raya yang diperbuat daripada kain sejak sedekad lalu selepas melahirkan anak ketiganya.

Melalui blog beliau, Tote Boutique, Aspalila mula membina perniagaannya dengan menghasilkan beg untuk diisi lampin atau telekung dan beg itu hanya dikeluarkan pada musim perayaan. Koleksi beg itu dinamakannya Tas Syawal.

Setiap tahun sampul kain duit raya semakin mendapat perhatian dan sambutan pelanggan Tote Boutique terhadap sampul berkenaan cukup memberangsangkan.


LAZIMNYA sampul duit raya diperbuat daripada kertas.


Jahit sendiri

"Saya hanya dapat memenuhi tempahan sebelum Ramadan kerana saya menjahitnya sendiri. Jadi tidak banyak yang dapat saya penuhi," jelasnya ketika ditemui.

Tahun ini Aspalila sudah pun menyiapkan 40 sampul kain duit raya untuk pelanggan tetapnya. Pada mulanya hasil keluaran Tote Boutique menerima permintaan daripada pengikut blog Aspalila yang asalnya menjahit beg sahaja.

"Saya sering melawati laman web ETSY untuk melihat kreativiti produk buatan tangan yang dipaparkan. Idea pun tiba, saya pun cuba menjahitnya dan pelanggan Tote Boutique akan menyukainya," jelas beliau.

Semua produk yang dijual di Tote Boutique dijahit Aspalila sendiri tanpa bantuan sesiapa. Kualiti dan kehalusan jahitan menjadi keutamaannya.

Bahan-bahan untuk jahitan pula diimport dari Amerika Syarikat dan China.

"Kain untuk dompet dan sampul duit raya saya tempah dan beli dari Amerika Syarikat manakala bahan lain seperti snap dan cangkuk dari China.

"Namun, fabrik yang sesuai dan cantik boleh dibeli di Malaysia," kata beliau.

Sampul kain yang berharga antara RM25 dan RM30 sehelai ini berbeza daripada biasa. Ia mudah dicuci serta dijaga.

"Sebenarnya selepas hari raya, sampul kain ini boleh digunakan untuk menyimpan buku simpanan bank atau wang tunai," jelas beliau. - Bernama

Fun Pizza tawar 16 variasi piza Itali

Posted:

Fun Pizza tawar 16 variasi piza Itali

Fun Pizza tawar 16 variasi piza Itali

KAKITANGAN Fun Pizza, Azlizan Azhar, menunjukkan set istimewa juadah berbuka untuk dua orang.


JIKA anda penggemar masakan Barat, mengapa tidak ke Fun Pizza di Bayan Baru, Pulau Pinang untuk menikmati 16 variasi piza asli berasaskan resipi dari Itali yang ditawarkan pada harga istimewa.

Sebagai promosi sepanjang Ramadan ini, pelanggan boleh menikmati set istimewa yang terdiri daripada dua hidangan piza bersaiz biasa bersama roti bawang enak pada harga RM36.90.

Pemiliknya, Kamarudin Ahmad berkata, tiga hidangan piza signatur restoran berkenaan adalah Rome, Thai Tomyam dan New York yang menggunakan sos enak buatan sendiri.

"Kami amat teruja menyediakan pelbagai juadah enak kepada para pelanggan kami, hasil kreativiti dua chef berpengalaman dalam bidang masakan Barat.

"Antara hidangan enak yang mereka hasilkan termasuk roti bawang, sup cendawan dan sup tomato," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Dalam pada itu, Kamarudin memberitahu, sempena bulan Ramadan ini, pihaknya turut menawarkan harga menarik bagi setiap hidangan termasuk pencuci mulut dan pelbagai jenis minuman.

Sebagai perkhidmatan tambah nilai, ujarnya, Fun Pizza menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma kepada pelanggan di daerah Timur Laut dan Barat Daya.

Selain beroperasi di Bayan Baru, Fun Pizza boleh dikunjungi di cawangan Jalan Besar, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Iftar ala resort di Restoran Cerana

Posted:

Iftar ala resort di Restoran Cerana

Iftar ala resort di Restoran Cerana


Rohamiza menunjukkan hidangan enak yang ditawarkan di Restoran Cerana sepanjang Ramadan ini.


ANDAI anda mahu lari daripada hiruk-pikuk kota dan mendambakan suasana malar hijau dengan desiran air terjun saat menikmati juadah berbuka puasa, Restoran Cerana merupakan pilihan yang tepat.

Terletak di pinggir ibu kota, Restoran Cerana menyediakan cita rasa berbuka puasa ala resort berkonsepkan bufet dan warung.

"Terdapat 17 pilihan menu utama ditawarkan kepada pelanggan.

"Antaranya, masak rebung daging salai, gulai masam batang keladi, ikan keli goreng cili, sotong goreng kunyit, lala goreng cili, sambal tumis sardin, bawal goreng tiga rasa dan masak lemak nanas ikan kering," kata Chef Rohamiza Harun yang berpengalaman selama 14 tahun dalam bidang masakan.

Tambahnya, menu istimewa kali ini adalah daging bakar, ayam goreng panas dan gulai kawah.

Usai menikmati juadah utama, sudi-sudikanlah diri anda untuk menjenguk ke warung-warung hidangan panas yang disediakan.

Sebanyak 16 warung menyajikan menu yang berbeza-beza seperti warung daging bakar Cerana, warung ikan bakar, warung ulam-ulaman, warung nasi dagang, warung Cerana, warung cucur, warung gulai kawah, warung soto Malindo, warung roti john Cerana dan warung ABC yang pastinya memenuhi selera segenap pengunjung.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Jangan ganggu bidang tugas saya'

Posted:

'Jangan ganggu bidang tugas saya'

'Jangan ganggu bidang tugas saya'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

RAJAGOBAL dikerumuni pemberita sebaik skuad Harimau Malaya tiba di KLIA, Sepang petang semalam.


DATUK K. Rajagobal tidak peduli dengan desakan sesetengah pihak agar beliau meletak jawatan sebagai pengendali skuad bola sepak Harimau Malaya.

Ini kerana pengendali berusia 57 tahun itu akan terus membimbing skuad tersebut sehingga kontraknya tamat pada 31 Disember depan.

Ternyata kritikan daripada para pemerhati dan peminat bola sepak tempatan yang mendesak Rajagobal meletak jawatan gara-gara keputusan hambar skuad kendaliannya sejak kebelakangan ini tidak menjejaskan fokus beliau.

Sebaliknya, Rajagobal turut menempelak para pengkritik yang disifatkannya sebagai tidak sabar-sabar menuntut beliau meletak jawatan gara-gara prestasi hambar Harimau Malaya.

"Saya tidak akan letak jawatan, kontrak saya hanya akan tamat pada 31 Disember depan.

"Selepas itu, terpulang kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) sama ada mahu menyambung kontrak saya atau tidak.

"Mereka (pengkritik) bukannya ada di Jepun dan tidak melihat bagaimana anak-anak buah saya beraksi. Sekarang bulan Ramadan, jadi jangan tambah dosa dengan mengkritik yang bukan-bukan.

"Mereka sepatutnya jangan ganggu saya dan persiapan pasukan kerana kami mempunyai misi besar untuk dilaksanakan iaitu layak ke Piala Asia (2015) selain persiapan berdepan Barcelona (10 Ogos)," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang petang semalam.

Selepas mengharungi 13 perlawanan tahun ini, Harimau Malaya sekadar mampu melakar dua kemenangan, satu pencapaian yang cukup memalukan.

Pada masa sama, Rajagobal yang dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya pada 20 April 2009 turut dikecam hebat selepas gagal memperbaiki kedudukan skuad negara dalam ranking dunia apabila kini sekadar menghuni tangga ke-159.

Terbaharu, Harimau Malaya diaibkan di bumi Jepun apabila mengalami tiga kekalahan ketika menentang kelab dari negara Matahari Terbit itu.

Selepas tewas 0-5 kepada Shonan Bellmare, Harimau Malaya tumbang 0-2 ketika menentang Shimizu S Pulse sebelum dimalukan kelab Divisyen Dua Liga Jepun, Tokyo Verdy dengan kekalahan 0-5 kelmarin.

Meskipun dilihat 'sudah terlambat', Rajagobal mengakui perlu meneliti semula mana-mana aksi persahabatan jika ia berlangsung pada bulan Ramadan selepas ini.

"Saya tidak mahu menjadikannya sebagai alasan tetapi pemain tampak kepenatan apabila terpaksa beraksi pada siang hari di bulan Ramadan sehingga sering membuat kesilapan mudah," jelasnya.

Ketika ditanya sama ada kritikan demi kritikan sedemikian seolah-olah tidak mengenang jasa beliau selama ini, jelas Rajagobal: "Jangan tanya saya. Tanya orang ramai. Mereka tahu siapa yang membantu negara menamatkan kemarau selama 20 tahun bagi meraih pingat emas Sukan SEA."

Kekal bimbing Harimau Malaya

Posted:

Kekal bimbing Harimau Malaya

Kekal bimbing Harimau Malaya

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


TENGKU ABDULLAH (kanan) menjawab soalan pemberita pada sidang akhbar di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur semalam.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) terus memberi peluang kepada Datuk K. Rajagobal untuk membimbing skuad Harimau Malaya.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, jika penilaian dibuat berdasarkan kiraan merit, Rajagobal gagal mencapai markah yang ditetapkan badan induk itu.

Bagaimanapun, FAM masih 'berlembut hati' apabila membuat keputusan untuk mengekalkan khidmat pengendali berusia 57 tahun itu sehingga kontraknya tamat pada 31 Disember depan.

"Memang sukar untuk mencari pengganti dalam masa terdekat dan kita perlu menyokong beliau (Rajagobal) untuk terus meniup semangat para pemain skuad Harimau Malaya.

"Sekarang bukan masa yang sesuai untuk mempersoalkan tentang pengguguran jawatannya kerana masa sangat singkat.

"Jadi kita perlu guna masa yang ada ini untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kelayakan Piala Asia pada Oktober nanti," titah Tengku Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur semalam.

Pada masa sama, Tengku Abdullah bertitah, FAM telah menerima beberapa calon yang memohon jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya dan pihaknya akan menapis secara terperinci individu terbabit sebelum membuat keputusan muktamad.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah menegaskan bahawa para pemain juga perlu bermuhasabah diri serta menetapkan mentaliti untuk menang dalam setiap perlawanan yang diharungi.

"Selepas ini saya juga akan memastikan skuad negara hanya akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan," jelasnya.

Tengku Abdullah turut memberitahu, FAM akan mewujudkan dua jawatan baharu bagi memantapkan sistem pengurusan badan induk itu dengan memperkenalkan jawatan Pengarah Teknikal serta Pengarah Pembangunan.

"Dua jawatan tersebut amat penting dalam aspek pembangunan pemain-pemain belia serta menguruskan pelbagai urusan rasmi skuad Harimau Malaya selepas ini," katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, prestasi Rajagobal akan dinilai berdasarkan Indeks Penilaian Pencapaian (KPI) yang telah ditetapkan FAM dan jika baik, kemungkinan kontraknya akan disambung

"Seandainya keputusannya gagal, maka kemungkinan beliau akan ditamatkan kontrak, namun saya berpendapat ia bergantung kepada pencapaiannya pada kempen kelayakan Piala Asia 2015.

"Buat masa ini, kita hanya mengambil sikap tunggu dan lihat denegan apa yang mampu dilakukannya untuk memulihkan keadaan," jelas Khairy.

Gurauan terakhir Tengku Abdullah

Posted:

Gurauan terakhir Tengku Abdullah

Gurauan terakhir Tengku Abdullah


TINGGAL KENANGAN... Tengku Abdullah menyampaikan insentif kepada Boon Huat pada satu majlis di Hotel Park Royal, Bukit Bintang malam kelmarin.


"SAYA tidak sangka gurauan saya semalam (kelmarin) adalah kenangan terakhir saya bersama mendiang."

Demikian jelas Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengenai kenangan terakhirnya bersama penyerang skuad hoki negara, Chua Boon Huat yang maut dalam satu kemalangan awal pagi semalam.

Pada majlis penyerahan insentif kepada skuad hoki negara di Hotel Park Royal, Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam kelmarin, Tengku Abdullah secara berseloroh menyapa Boon Huat yang kelihatan semakin kurus berbanding sebelumnya.

"Wah, kamu kelihatan semakin bagus Chua, kamu sudah banyak hilang berat badan (sejak saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru).

"Bagus. Kita memang memerlukan kamu dalam keadaan terbaik dan banyak berlari (pada kempen Piala Asia 2013) di Ipoh nanti."

Itu antara ayat-ayat gurauan Tengku Abdullah kepada Boon Huat pada majlis berkenaan.

Namun, Tengku Abdullah tidak menyangka ia adalah gurauan terakhir kepada pemain berpengalaman negara itu yang telah membuat 337 penampilan di pentas antarabangsa.

"Kita berharap keluarga mendiang bersabar dengan pemergian mendiang dan negara akan sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan mendiang.

"Saya lihat sudah tentu pemain skuad hoki kebangsaan akan meneruskan perjuangan pada kejohanan Piala Asia bagi memperingati mendiang Chua," titah Tengku Abdullah kepada pemberita selepas menziarahi mendiang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2..25 awal pagi semalam, Boon Huat yang memandu kereta Proton Perdana terlibat dalam satu kemalangan dengan lori pembersih lebuh raya di Kilometer 10.9 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Taman Mayang.

Mendiang yang mengalami kecederaan parah di kepala dan leher meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pula menegaskan, keringat pemain kelahiran Melaka itu akan dikenang dalam arena sukan negara.

"Saya difahamkan, dia juga merupakan pemain yang sangat berdisiplin di atas dan luar padang.

"Kematiannya sudah pasti satu kerugian buat negara dan saya ucapkan takziah kepada keluarga mendiang serta amat memahami situasi yang mereka hadapi ketika ini," jelas Khairy.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata, keluarga mendiang layak mendapat pampasan berjumlah RM102,000 di bawah skim insurans berkelompok bagi atlet yang meninggal dunia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Thailand perkenal undang-undang keselamatan khas

Posted:

Thailand perkenal undang-undang keselamatan khas

Thailand perkenal undang-undang keselamatan khas

KUMPULAN penunjuk perasaan antikerajaan merempuh pasukan polis semasa mengadakan bantahan di Bangkok pada 21 Julai lalu.- reuters


BANGKOK - Kerajaan Thailand semalam memperkenalkan satu undang-undang keselamatan khas untuk mengawal protes antikerajaan yang dirancang dilakukan di Bangkok selepas siri tunjuk perasaan melumpuhkan bandar raya ini sejak beberapa tahun lalu.

Tentera Rakyat Thai yang baru ditubuhkan dan merupakan gabungan kumpulan yang menentang parti pemerintah serta bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra berikrar untuk mengadakan protes selama beberapa hari di Bangkok bermula Ahad ini.

Protes itu bertujuan membantah rang undang-undang yang bakal dibentangkan di Parlimen pada 7 Ogos ini.

Rang undang-undang tersebut mencadangkan pengampunan kepada mereka yang terlibat dalam keganasan politik sejak rampasan kuasa yang menyaksikan Thaksin digulingkan pada tahun 2006.

Kumpulan penentang bimbang ia akan dimanipulasi oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra untuk memberi pengampunan kepada Thaksin.

Ini sekali gus membuka jalan kepadanya untuk pulang ke Thailand dan mengelak daripada dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atas dakwaan rasuah.

Justeru, bagi mengelakkan kekacauan, Kabinet telah menggubal Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 10 hari di tiga daerah di Bangkok.

"Kami menjangkakan ramai penyokong dan penentang rang undang-undang ini akan menunjuk perasaan.

"Bagi mengelakkan mereka daripada bergaduh, kami telah menggubal undang-undang keselamatan khas," kata Setiausaha Agung Keselamatan Kebangsaan, Paradorn Pattanatabut.

Undang-undang itu membolehkan kerajaan untuk menghalang laluan atau kenderaan tertentu, melaksanakan perintah berkurung, mengharamkan perhimpunan, menjalankan operasi mencari dan menapis siaran media. - AFP

Bayar sewa rendah jika kurus

Posted:

Bayar sewa rendah jika kurus

Bayar sewa rendah jika kurus


APARTMEN The Lady Share House B&D merupakan kediaman yang popular dalam kalangan wanita Jepun. – Agensi


OSAKA - Sebuah apartmen di Jepun mengenakan kadar sewa berdasarkan berat badan penyewanya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Terletak di sini, bangunan apartmen The Lady Share House B&D merupakan satu-satunya pangsapuri yang diduduki sepenuhnya oleh wanita.

Persatuan penghuni pangsapuri itu mengadakan perjanjian dengan pemilik hartanah yang mana kadar sewa apartmen ditetapkan berdasarkan turun naik berat badan penyewanya.

Penyewa yang memiliki berat badan berlebihan akan membayar sewa tinggi dan sebaliknya.

Pemilik hartanah itu bersetuju menurunkan kadar sewa sebanyak 1,000 yen (RM33) untuk setiap satu kilogram berat badan yang diturunkan secara tetap untuk tempoh tiga bulan.

Bangunan apartmen itu turut dilengkapi sebuah studio senaman dengan kelengkapan bersenam sebagai langkah untuk membantu penyewa menurunkan berat badan.

Pemilik kediaman tersebut turut menawarkan diskaun untuk alat solek, makanan ringan dan kursus pengurusan badan secara percuma. - Agensi

Beckham lancar buku autobiografi

Posted:

Beckham lancar buku autobiografi

Beckham lancar buku autobiografi


DAVID BECKHAM ketika berada di Singapura untuk bertemu dengan pelajar Akademi Guardian di Marina Bay Sands pada Julai lalu.- ap


LONDON - Bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham akan melancarkan autobiografi terbaharunya pada Oktober depan menerusi perjanjian dengan sebuah syarikat penerbitan.

Beckham yang juga bekas pemain tengah pasukan Manchester United dan Real Madrid dijangka melancarkan buku autobiografi keempatnya pada 31 Oktober dengan Kumpulan Penerbitan Headline milik Lagardere di United Kingdom.

Pengarah penerbitan buku bukan fiksyen Headline, Jonathan Taylor telah membeli hak cipta dalam perjanjian dengan syarikat pengurusan Beckham iaitu XIX Entertainment untuk menerbitkan buku tersebut.

Menurut Taylor, buku itu sebagai meraikan penglibatan Beckham dalam dunia sukan bola sepak.

"Tidak dapat dinafikan bahawa David Beckham ialah ahli sukan paling popular di dunia dan dikenali oleh semua orang. Buku yang hebat ini akan menjadi cara terbaik untuk peminat Beckham dari seluruh dunia meraikan pencapaiannya dalam dunia bola sepak," katanya.

Buku tersebut adalah sebahagian daripada rancangan Beckham selepas persaraan untuk memastikan jenamanya terus berjaya di pasaran dunia.

Beckham, 38, berkahwin dengan bekas anggota kumpulan Spice Girl, Victoria Beckham dan dikurniakan empat orang anak.

Lagardere mencatatkan peningkatan sebanyak 2.3 peratus dalam jualan suku pertama pada bulan Mei, didorong oleh kejayaan buku bertajuk Fifty Shades dan penerbitan buku biografi pemain bola sepak antarabangsa Sweden, Zlatan Ibrahimovic. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


JPJ buka kaunter hujung minggu ini

Posted:

JPJ buka kaunter hujung minggu ini

JPJ buka kaunter hujung minggu ini

01/08/2013 9:49pm

KUALA LUMPUR - Semua pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri dan cawangan di seluruh negara akan dibuka pada hujung minggu ini bagi menyelesaikan tunggakan kerja berikutan gangguan sistem komputer.

Pejabat JPJ dan cawangan di Kedah, Terengganu dan Kelantan dibuka pada

esok dan Sabtu ini manakala di negeri lain pada Sabtu dan Ahad dengan operasi perkhidmatan kaunter masing-masing bermula 7.45 pagi.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, gangguan sistem komputer itu disebabkan berlakunya proses radigrasi (proses pertukaran sistem) daripada sistem SIKAP kepada mySIKAP.

Antara urusan yang akan dijalankan pada hari itu ialah pendaftaran baharu

kenderaan, pembaharuan lesen kenderaan motor, pertukaran milikan kenderaan, pembaharuan lesen memandu dan pembayaran saman. - Bernama

Pengarah syarikat swasta kerugian RM684,951 ditipu 'Mummy Zie'

Posted:

Pengarah syarikat swasta kerugian RM684,951 ditipu 'Mummy Zie'

Pengarah syarikat swasta kerugian RM684,951 ditipu 'Mummy Zie'

01/08/2013 8:47pm

KUALA LUMPUR - Seorang pengarah syarikat swasta warganegara Singapura kerugian sejumlah RM684,951 dan hampir menyebabkan jemaah umrahnya tidak dapat menunaikan ibadah selepas ditipu seorang wanita yang menyamar sebagai ejen umrah dan haji.

Jamaluddin Mohammad, 53, yang menyelia tempahan tiket jemaah umrah dan beroperasi di Johor Baharu itu berkata, wanita terbabit dikenali sebagai 'Mummy Zie' telah menawarkan pakej umrah kepadanya sebelum beliau membuat tempahan tiket sebanyak 204 bagi jemaah umrah yang dijadualkan berangkat pada bulan Mei dan Jun tahun lepas.

"Selepas saya tempah dan serahkan duit, saya hubungi dia berkali-kali tetapi tidak dapat, dia seolah-olah melarikan diri.

"Keadaan itu membuatkan jemaah umrah saya hampir tidak dapat mengerjakan ibadah mereka, atas rasa tanggungjawab saya membiayai kos pergi dan pulang keseluruhan jemaah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Merasakan ditipu, beliau kemudiannya membuat dua laporan polis iaitu di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 31 Januari lalu dan semalam di Ibu Pejabat Polis Dearah Petaling Jaya.

Jamaluddin berkata, wanita itu telah menyamar sebagai wakil dan menggunakan nama ejen Mujaddid Travel dalam menjalankan kegiatan penipuannya itu.

Sebelum ini, media melaporkan wanita yang dikenali sebagai Mummy Zie atau Mama Rock ini juga pernah menipu hampir 4,5000 ahli Persatuan Ibu Tunggal Cempaka Biru daerah Gombak dan Petaling - Bernama

Pembunuhan Hussain telah dirancang - Pascal

Posted:

Pembunuhan Hussain telah dirancang - Pascal

Pembunuhan Hussain telah dirancang - Pascal

01/08/2013 8:33pm

KUALA LUMPUR - Pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia, Hussain Ahmad Najadi bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal, dakwa anaknya.

Pascal Najadi, 45, menafikan sebarang penglibatan bapanya dalam urusan hartanah sebelum kematiannya setelah jawatankuasa Tokong Kuan Yin memberitahunya bahawa bapanya merupakan perunding antara dua pihak di hari beliau ditembak.

Beliau berkata, bapanya menjadi orang tengah untuk tokong berkenaan dan sekumpulan orang yang beliau gelarkan sebagai 'seseorang' yang meminta wang dari dana amanah tokong itu.

"Bapa saya merupakan perunding antara dua pihak.

"Tidak ada perjanjian hartanah yang gagal dalam pembunuhan bapa saya kerana syarikat kami tidak terlibat dalam urusan itu," katanya kepada Bernama melalui panggilan telefon dari Moscow, Rusia.

Isnin lalu, Hussain Ahmad, 75, terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan tokong tersebut yang terletak di Lorong Ceylon di sini.

Semalam, polis mengeluarkan gambar yang disyaki sebagai suspek yang dikenali sebagai Sci Ngan Zai atau Ah Chian dan menahan seorang pemandu teksi berumur 44 tahun yang membawa suspek meninggalkan tempat kejadian.

Pascal yang memegang kerakyatan Swiss dan British berkata, semasa rundingan pada Isnin itu, bapa beliau bertegas tidak membenarkan sebarang pihak mengambil dana amanah tokong itu kerana ia merupakan wang tokong berkenaan.

Jurubank itu berkata jawatankuasa tokong telah memberitahunya bahawa suspek yang menembak bapanya sedang menunggu bapanya sebelum perjumpaan berlangsung.

Bapanya berminat untuk melindungi tokong itu sejak 2008 sementara Chong merupakan salah seorang anggota jawatankuasa itu.

Bimbang bahawa polis belum lagi menahan pembunuh bapanya, Pascal memberitahu dia tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapanya ditangkap. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kawan tetapi ada jurang

Posted:

Kawan tetapi ada jurang

Kawan tetapi ada jurang

AWAL tahun lalu, termometer hiburan hangat dengan kisah pelakon Fizz Fairuz yang mengecewakan hati kekasihnya, pelakon Almy Nadia apabila Fizz bertunang dengan seorang wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu.

Empat hari selepas bertunang, pelakon drama rantaian popular, Nur Kasih itu dikejutkan dengan berita yang mendakwa tunangnya itu sebenarnya isteri orang.

Selepas itu, Fizz memutuskan pertunangannya dan membuat kenyataan dalam media mengatakan dirinya terkena buatan orang.

Pelakon berusia 34 tahun itu juga memohon kepada Almy supaya memaafkan dan memahami situasi yang telah menimpa dirinya ketika itu.

Rentetan peristiwa tersebut, hubungan Fizz dan Almy terputus dan mereka menyambung kelangsungan hidup dan kerjaya dalam bidang lakonan masing-masing.

Sehinggalah Fizz dan Almy ditawarkan bergandingan dalam sebuah drama 13 episod berjudul Seiring Sejalan Raya untuk tayangan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Selepas menjalani penggambaran drama tersebut, hubungan keruh Fizz dan Almy semakin jernih.

Malah, ketika ditemui pada majlis bersempena program Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini, Almy tidak menolak permintaan pihak media untuk menggandingkan dirinya dengan Fizz untuk sesi fotografi.

Menyingkap lebih lanjut sejauh mana hubungan jernih mereka, Almy mendedahkan, memang pada mulanya dia berbelah bahagi sama ada mahu menerima tawaran berlakon di samping Fizz atau tidak.

Namun memikirkan dia harus bersikap profesional dia menerimanya.


ALMY berhadapan dengan pelbagai cabaran selepas putus cinta dengan Fizz.


Canggung

"Hari pertama penggambaran merupakan hari paling sukar untuk saya lalui. Memang saya berasa sangat canggung dan pelik berlakon di samping dia (Fizz).

"Alhamdulillah, masuk hari kedua saya keluarkan semua yang ada dalam hati, lupakan apa yang terjadi dan meneruskan penggambaran tersebut," ungkapnya jujur.

Bicara Almy lanjut, memang ramai yang salah anggap hubungannya dan Fizz kembali jernih dan bertaut semula.

Namun tegas Almy, dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa dan menganggap Fizz sebagai rakan sahaja.

Berkongsi saat kekecewaannya dulu, dia pernah terfikir malah menyuarakan isi hatinya kepada ibunya, Roshida Hashim bahawa dia sudah nekad mahu menolak sebarang lelaki hadir dalam hidupnya kerana bimbang perkara yang menyakitkan hati itu berulang kembali.

Begitupun, jelas Almy, selepas suara hatinya itu diluahkan kepada ibunya, wanita tua itu menangis kecewa.

"Ibu menangis dan memberitahu sebagai wanita, dia tetap memerlukah kehadiran dan sokongan lelaki terutamanya jika saya jatuh sakit," katanya.

Mengulas lanjut, kata Almy, banyak perkara yang bertimpa-timpa terjadi pada dirinya selepas itu yang menjadikan dia lebih tertekan.

"Pada 16 Jun lalu, rumah keluarga saya di Balik Pulau terbakar menyebabkan kerosakan pada bahagian tingkat bawah.

"Selepas itu, ibu saya pula terjatuh di bilik mandi dan mengalami patah tulang rusuk kanan.

"Malah, lepas itu anak (angkat) saya jatuh sakit. Kalau saya ikut perasaan yang tertekan mungkin boleh jadi gila," ujarnya yang mengawal perasaannya dan berdoa kepada Allah agar semua masalahnya itu selesai.

Dalam pada itu, Almy juga mengakui, dia masih berhubung dengan ibu Fizz untuk bertanya khabar.

Jelasnya, walaupun perkara itu terjadi (putus cinta), dia masih baik dengan ibu Fizz.

"Saya cuma anggap dia (Fizz) sebagai kawan. Begitupun, dia bukanlah sahabat yang kerap dihubungi untuk berkongsi masalah.

"Saya ada hubungi ibu Fizz selepas dia beritahu saya ibunya sakit. Dia juga ada menghubungi ibu saya yang sakit," ungkapnya yang seakan-akan tidak mahu pihak luar menganggap mereka kembali mempunyai hubungan.

Bagi Fizz Fairuz pula, selepas putus tunang, ibunya, Norhaizan Jantan, telah meletakkan syarat supaya dia berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi.

Malah, ibu Fizz juga memintanya terus melangsungkan perkahwinan tanpa mengikat tali pertunangan.

Begitupun, keputusan itu ibunya bertukar selepas wanita berusia 66 tahun itu jatuh sakit.

"Ibu saya sekarang tidak sihat. Jadi, sejak kebelakangan ini, dia sering bertanya hal perkahwinan dan menyatakan keinginannya untuk melihat saya berumah tangga sebelum dia meninggal dunia," cerita Fizz yang memberitahu ibunya turut meminta dia kembali bersama Almy.

Biarpun begitu, Fizz mengakui pengalaman lalu banyak mengajarnya supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.


FIZZ mendedahkan ada wanita daripada golongan kaya dan kerabat diraja mahu menjalinkan hubungan cinta dengan dirinya.


Takdir

Buat masa ini, ungkap Fizz, dia enggan memikirkan sangat mengenai hal perkahwinan dan menyerahkan soal jodoh pada takdir.

Bagaimanapun, dedah pelakon berasal dari Raub, Pahang itu, ada beberapa wanita cuba mendekati dirinya dengan tujuan menjadi suri hidupnya.

"Memang ada yang cuba mendekati saya. Ada yang datang dengan kereta BMW dan ada juga daripada golongan kerabat yang mahu serius menjalin hubungan.

"Bagi saya, cukuplah dengan apa yang pernah terjadi sebelum ini dan saya harus lebih berhati-hati," ujarnya.

Mengenai cadangan ibunya itu supaya dia dan Almy berbaik semula, luah Fizz, dia dan Almy tidak lagi begitu rapat dan mengakui terdapat jurang dalam hubungan mereka.

Mengakui berkawan dengan Almy, ujar Fizz, dia tidak meletakkan harapan untuk kembali bersama Almy seperti dulu dan berserah segala-galanya kepada Allah.

Bercerita mengenai persiapan rayanya, akui Fizz, dia akan mengadakan rumah terbuka sama seperti pada tahun-tahun sebelum ini.

Menariknya tahun ini, kata Fizz, dia dan sekeluarga akan beraya di rumah baharu.

"Saya baru ubah suai rumah mak di Raub, Pahang. InsyaAllah saya akan buat rumah terbuka. Sama seperti pada raya sebalum ini.

"Saya akan mula bercuti raya pada 5 Ogos ini dan kembali semula ke Kuala Lumpur pada 15 Ogos," katanya yang bakal muncul menerusi telefilem raya berjudul Sampai Air Mata Darah.

Faezah Elai letak syarat

Posted:

Faezah Elai letak syarat

Faezah Elai letak syarat

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

FAEZAH mengakui konsentrasinya di set penggambaran drama lakonannya sering terganggu gara-gara teringatkan anaknya, Dealova Heyrinna yang berada di rumah.


SETELAH memperoleh cahaya mata pada bulan Februari lalu, pelakon Faezah Elai mengakui dia terpaksa meletakkan syarat sekiranya ada pihak yang ingin mengambilnya berlakon.

Ketika ditemui pada program Melodi Raya yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada minggu lalu, isteri kepada pengarah Heykal Hanafiah itu menyatakan tindakan tersebut bukanlah menunjukkan dia semakin terlalu memilih.

"Kehidupan saya sekarang tidak seperti dahulu lagi kerana saya sudah memiliki seorang anak. Jadi, jadual harian saya juga pastinya jauh berubah.

"Misalnya, saya meletakkan syarat kepada penerbit atau pengarah yang saya tidak boleh balik terlalu lewat dan perlu selesaikan penggambaran sebelum pukul 11 malam," jelasnya.

Ketika ditanya sama ada dia tidak risau sekiranya syarat tersebut akan membuatkan tawaran berlakon yang diterimanya semakin kurang, Faezah menegaskan dia tidak kisah jika pihak penerbit tidak boleh mengikut syarat yang diberikannya.

Menurut ibu kepada cahaya mata bernama Dealova Heyrinna yang berusia lima bulan itu, syarat tersebut diberikan kerana dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga.

"Selepas berumah tangga dan mempunyai anak sudah tentu keluarga menjadi keutamaan saya. Kalau ada yang nak ambil saya berlakon, mereka perlu ikut jadual saya.

"Pada masa yang sama, dengan status sebagai seorang isteri dan ibu sekarang, saya juga terpaksa memilih skrip dan watak yang ditawarkan," ujarnya.

Meskipun telah meletakkan syarat yang sedemikian, pelakon berkenaan memberitahu, masih ada pengarah yang memahami situasi dirinya serta memberi kelonggaran.

KELUARGA bahagia. Faezah Elai, suami dan anak bakal meraikan Aidilfitri ini di rumah keluarga Faezah di Gelugor, Pulau Pinang terlebih dahulu.


Selain itu, memandangkan jadual lakonannya yang cukup padat, Faezah berkata, adakalanya dia terpaksa membawa anak kecilnya itu ke lokasi setiap kali menjalani penggambaran.

Ujarnya, tindakan tersebut dilakukan memandangkan anaknya itu masih lagi menyusu badan serta tidak yakin untuk meninggalkannya dijaga oleh pembantu rumah.

"Apabila berada di lokasi penggambaran saya akan kerap terfikirkan anak di rumah sehinggakan konsentrasi terganggu.

"Maka, saya ambil keputusan untuk membawanya, asalkan dia ada depan mata saya," jelasnya.

Tiada masalah

Bercerita tentang perkembangan kerjayanya sepanjang bulan Ramadan ini, Faezah berkata, dia tetap aktif berlakon seperti biasa.

Ujarnya, ketika ini dia sedang membintangi dua buah telemovie khas untuk siaran Aidilfitri iaitu Abah Tak Balik Malam Raya (TV3) dan Sirna (RTM).

"Seperti tahun-tahun sebelumnya saya tetap berlakon ketika bulan puasa. Namun begitu, saya akui kali ini agak penat sedikit kerana perlu memberi tumpuan kepada anak.

"Bagi saya ia satu cabaran dan pengalaman baharu yang harus dilalui, tetapi dengan bantuan dan sokongan suami ternyata ia memberi kekuatan kepada saya untuk terus berlakon," ujarnya.

Untuk sambutan Aidilfitri nanti, pelakon berkenaan menyatakan mereka tiada masalah untuk pulang berhari raya memandangkan kampung halaman masing-masing terletak berdekatan di utara tanah air.

"Kampung saya terletak di Gelugor, Pulau Pinang dan Heykal pula berasal dari Kulim, Kedah. Jarak di antara kedua-duanya tidaklah jauh. Cuma, mungkin kami akan pulang ke kampung saya terlebih dahulu," ujarnya yang akan bercuti selama dua minggu.

Suami pelengkap hari jadi Ras Adiba

Posted:

Suami pelengkap hari jadi Ras Adiba

Suami pelengkap hari jadi Ras Adiba

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

RAS ADIBA dan Ilias merancang untuk berbulan madu di Maldives pada awal tahun depan.


TIGA bulan suatu tempoh yang singkat untuk masing-masing mengenali hati budi lantas mengambil keputusan drastik untuk melayari bahtera rumah tangga.

Hal itu bagaimanapun bukan persoalan utama bagi penyampai berita ntv7, Ras Adiba Radzi, 45, yang telah memilih Ilias Yaakop menjadi suami dan pembimbing keluarganya tanggal 27 Julai lalu.

Kata Ras Adiba dalam nada percaya atau tidak, pernikahannya dengan teman persekolahan tingkatan enam bawah tahun 1985 di St. John Institution, Kuala Lumpur itu ibarat cinta zaman remaja.

"Jauh sekali untuk menyangka bahawa kami akan mendirikan rumah tangga selepas tiga bulan berkawan rapat. Adakalanya rasa gembira, teruja dan sedikit gementar untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

"Ingatkan pada usia 45 tahun sudah tiada calon yang sudi memilih saya tambahan saya pula sibuk bekerja dan menjaga anak. Tapi tiba-tiba kami dipertemukan semula 3 April lalu menerusi majlis alumni sekolah kami," katanya yang ditemui usai majlis pernikahannya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari Sabtu lalu.

Lebih manis, baik Ras Adiba mahupun Ilias, 45, kedua-duanya tidak pernah bertegur sapa sejak dulu biar masing-masing ditempatkan di sekolah, kawasan kejiranan dan teman-teman yang sama.

Aktiviti skuba

Melihat Ilias sebagai seorang jejaka yang sering membuatkannya tertawa, tampil serba ringkas dan berusaha untuk mempelajari dialek Negeri Sembilan, kata Ras Adiba, suaminya merupakan insan terbaik yang mengisi hidupnya.

Bagi Ilias pula, dia melihat Ras Adiba sebagai seorang insan yang tabah, bertanggungjawab dan tidak angkuh walaupun popular.

"Saya baru mula menyertai aktiviti selaman skuba untuk orang kelainan upaya di bawah lesen DDI (Penyelam Kelainan Upaya Antarabangsa) yang dilatih sendiri oleh Ilias beberapa bulan lepas.

"Mungkin apabila berkongsi minat yang sama menguatkan hubungan kami," ujarnya.

PASANGAN mempelai bersama anak angkat pengantin perempuan, Umar Ras Engel.


Pasangan mempelai dinikahkan sendiri oleh bapa Ras Adiba, Mohd. Radzi Wahab, 73, dengan mas kahwin RM99 dan wang hantaran RM10,000.

Ras Adiba menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa sebentuk cincin, sepasang telekung, sepasang kasut jenama Jimmy Choo, senaskhah al-Quran dan sirih junjung.

Sementara pihaknya membalas tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki iaitu sebentuk cincin, seutas jam tangan, senaskhah al-Quran, sirih junjungn, pewangi Bvlgari, manisan dan sebuah buku iaitu The Divers Handbook.

Tarikh 27 Julai juga dipilih pasangan itu untuk mendirikan rumah tangga sempena sambutan hari ulang tahun kelahiran Ras Adiba yang ke-45 tahun ini.

"InsyaAllah pada tahun-tahun akan datang tarikh 27 Julai akan disambut berganda dan akan lebih meriah daripada sebelum ini. Sekarang, sudah ada seseorang yang akan meraikannya bersama-sama dan dia adalah pelengkap hidup saya," tambah Ras Adiba.

Anak

Ujar pasangan itu, tarikh resepsi kedua-dua belah pihak belum diputuskan dan kemungkinan bakal dilangsungkan di kampung sebelah bapa Ras Adiba di Kuala Pilah, Negeri Sembilan selepas sambutan Aidilfitri kelak.

Ilias yang bertugas sebagai penasihat kewangan di sebuah syarikat tidak merancang untuk mendapatkan cahaya mata memandangkan masing-masing sudah mempunyai anak angkat.

"Buat masa sekarang Ras dan saya sudah mempunyai seorang anak, kami tidak merancang tetapi kalau ada rezeki alhamdulillah. Saya enggan meletakkan sebarang tekanan dalam perkahwinan kami ini," kata Ilias yang memilih Maldives untuk lokasi bulan madu bersama isterinya itu yang jadualkan pada awal tahun depan.

Ras Adiba sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penerbit program hiburan, Amri Ginang selama dua tahun sebelum bercerai pada tahun 1999.

Ujian datang bertimpa-timpa apabila Ras Adiba terlibat dalam kemalangan jalan raya dan disahkan lumpuh sebahagian badan pada 2002.

Personaliti televisyen itu mempunyai seorang anak angkat bernama Umar Ras Engel Abdullah, 6. Begitu juga Ilias yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini mempunyai seorang anak, Amar Raj, 6.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved