Rabu, 24 Julai 2013

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Tangkap ikan kelah dengan tangan

Posted:

Tangkap ikan kelah dengan tangan

Tangkap ikan kelah dengan tangan

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

SEBAIK sahaja memasuki simpang Bentong, Pahang perjalanan kru Horizon menuju ke Taman Negara Pahang Sungai Relau (TNPSR) ditemani oleh pemandangan pekan-pekan kecil.

Sedikit sebanyak suasana tersebut menjadikan perjalanan sejauh 250 kilometer dari Kuala Lumpur tidak dirasakan terlalu jauh. Perjalanan itu melewati pusat bandar Bentong, Raub dan Kuala Lipis sebelum tiba di destinasi yang dinanti-nantikan.

Pemanduan ke sana menjadi sedikit mencabar kerana terdapat banyak kenderaan memotong secara berbahaya walaupun berada di selekoh tajam di jalan satu lorong itu.

Namun, hati semakin teruja tatkala melihat beberapa bongkah 'hutan batu' gergasi yang ditumbuhi pohon-pohon hijau merimbun, menandakan lokasi yang ingin dituju semakin hampir. Pemanduan selama lima jam terbayar sewaktu kaki melangkah masuk ke hutan simpan TNPSR, Merapoh di Kuala Lipis.

Ketenangan benar-benar dirasakan bagi mereka yang ingin melarikan diri daripada kesibukan kerja kerana tiada gangguan panggilan keluar masuk di TNPSR. Liputan perkhidmatan telefon mudah alih terhad membuatkan anda lebih dekat dengan alam semula jadi.

Suasana di rimba masih terjaga dengan kekayaan flora dan fauna yang diidamkan oleh seorang pencinta alam. Jika anda ingin merasa sendiri pengalaman menangkap ikan kelah menggunakan tangan kosong, TNPSR adalah tempatnya.

Pengurus RA Adventure & Tours, Roslan Abdullah, 49, atau lebih dikenali dengan nama Pak Teh oleh penduduk setempat sudah berpengalaman selama enam tahun membawa pengunjung ke santuari ikan kelah TNPSR.


SEKUMPULAN pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Kuala Lipis beriadah di santuari ikan kelah pada cuti hujung minggu.


Di situ pengunjung boleh menangkap ikan kelah hanya dengan menggunakan tangan.

Tiada magis dan mata kail diperlukan. Itulah keunikan santuari berkenaan kerana ikan kelah yang terdapat di sana sudah jinak dengan manusia.

"Pengunjung boleh memberikan makanan di atas tapak tangan, malah mengangkat ikan kelah dengan begitu sahaja di santuari ini. Tetapi mereka harus melepaskan ikan tersebut kembali ke sungai selepas menangkapnya supaya populasinya tidak terganggu.

"Pihak kami membawa pengunjung melawat santuari selama dua jam untuk dua sesi iaitu pada pukul 10 pagi atau 2 petang," ujarnya yang menternak ikan tilapia dan patin sejak tahun 1987.

Taman Negara Pahang yang berkeluasan 4,343 kilometer persegi sememangnya kaya dengan khazanah alam untuk diteroka sesuai dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Kepada mereka yang ingin meneroka kehidupan malam di taman negara itu, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang melihat hidupan liar dengan mengikuti aktiviti Night Safari Walk.

Penguasa Taman Negara Pahang, Abu Zahrim Ismail berkata, mereka yang bernasib baik berpeluang melihat haiwan jenis nokturnal (haiwan yang aktif pada waktu malam) seperti tapir, musang dan kucing hutan ketika Night Safari Walk.

"Pengunjung dinasihatkan agar tidak memakai wangian dan tidak membuat bising kerana ia akan menyebabkan haiwan tersebut lari.

"Mereka akan dibawa menaiki kenderaan yang dipandu oleh pemandu pelancong berlesen kerana laluan yang digunakan agak jauh iaitu sepanjang tujuh kilometer," jelasnya.

Bagi penggemar aktiviti lasak bolehlah mencuba aktiviti menerokai gua-gua yang terdapat di Merapoh.

Aktiviti selama tiga jam tersebut mendedahkan pengunjung kepada cabaran memanjat dinding gua menggunakan tali, meredah tasik dan abseiling untuk keluar dari perut gua.

Pemandu pelancong alam semula jadi, Mohd. Zulkifli Daud, 40, membawa kru Horizon mencuba sendiri aktiviti tersebut di salah satu gua terkenal di Merapoh iaitu Gua Jinjang Pelamin.

"Pengunjung tidak perlu bimbang dengan aspek keselamatan kerana segala kelengkapan berkaitan disediakan dan mereka akan diiringi beberapa orang petugas untuk memastikan segalanya berjalan lancar.

PENGUNJUNG boleh melihat hidupan liar di TNPSR dengan menyertai aktiviti Night Safari Walk.


"Keunikan gua ini, tasik dalam gua akan dipenuhi dengan air pada musim kering, manakala air gua menjadi kering apabila tiba musim hujan. Kami masih belum mengetahui tentang penjelasan saintifik di sebalik fenomena tersebut," katanya sambil berpesan kepada mereka yang berminat agar menghubungi RA Adventure & Tours terlebih dahulu untuk membuat tempahan awal.

Gua Jinjang Pelamin mendapat namanya disebabkan oleh percantuman dua tiang atau batu kapur stalagtit dan stalagmit.

Deruan hormon adrenalin bertambah rancak apabila berpeluang pula memandu kenderaan semua permukaan (ATV) yang baru diperkenalkan sejak awal tahun ini di Taman Cabaran Merapoh.

Pengusahanya, Mohd. Hafizul Hafiz Abdullah, 30, memberitahu, terdapat cabaran laluan ATV disediakan buat masa ini di taman tersebut.

Setiap laluan memiliki tahap kesukaran yang berbeza bersesuaian dengan permintaan pelanggan.

"Harga bagi setiap laluan cabaran bergantung kepada tahap kesukarannya. Ada laluan yang dibuat di luar kawasan taman negara kerana ia lebih ekstrem.

"Pelanggan akan dibekalkan dengan kelengkapan keselamatan lain seperti topi keledar keselamatan, gogel khas, sarung tangan, pad siku dan lutut, selain diminta untuk memakai kasut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," ujarnya.

Ihya' Ramadan untuk Muslim di Bangladesh

Posted:

Ihya' Ramadan untuk Muslim di Bangladesh

Ihya' Ramadan untuk Muslim di Bangladesh

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


MOSTAFA (kanan) menunjukkan hidangan tradisional masyarakat Bangladesh kepada Mohd. Fareez Syahmi.


AIR Terjun Nafakhum dan Remakri, Tasik Prantik dan Upavon Parjatan serta Sungai Sangu antara khazanah alam semula jadi yang masih kekal keindahannya di bumi Bangladesh.

Namun, liputan media tentang kemiskinan dan kebanjiran rakyat Bangladesh di bumi bertuah seperti Malaysia seakan-akan menenggelamkan segala cerita indah dari republik tersebut.

Hakikatnya banyak destinasi percutian menakjubkan ada di Bangladesh yang menanti untuk diterokai pelancong antarabangsa. Misalnya, Air Terjun Nafakhum dan Remakri yang tersenarai sebagai tempat tercantik di negara itu.

Tasik Upavon Parjatan yang terletak di Naikhongchari pula diibaratkan sebagai anugerah alam terindah kerana air tasiknya jernih kehijauan. Malah, ia dikelilingi oleh landskap hutan yang kaya dengan flora dan fauna.

Bangladesh merupakan sebuah negara republik yang memiliki populasi umat Islam sebanyak 90 peratus daripada 150 juta rakyatnya. Ia negara umat Islam keempat terbesar di dunia.

Tidak hairanlah rakyat Bangladesh yang dihimpit kemiskinan sering dikaitkan dengan masyarakat Islam. Sebahagian besar mereka terpaksa berhijrah ke negara lain untuk mencari sesuap nasi.

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, anda berpeluang bersedekah serendah RM10 bagi membolehkan rakyat Bangladesh menikmati juadah berbuka puasa dengan lebih lengkap.


RAKYAT Bangladesh mengalami masalah kekurangan makanan yang berterusan selain tidak mendapat pendidikan sempurna.


Ringankan beban saudara Islam

Pengarah Ukhuwwah Tijarah Sdn. Bhd., Mohd. Fareez Syahmi Mohd. Sith berkata, syarikatnya mengadakan kerjasama dengan Yayasan Dr. Jamal Uddin (Bangladesh) untuk mengumpul dana bagi menjalankan majlis iftar dan sahur di sana.

"Kami berharap rakyat Malaysia yang prihatin dengan saudara Islam kita di Bangladesh dapat memberi derma ikhlas agar boleh dikongsi kegembiraan bersama mereka yang memerlukan pada bulan Ramadan ini.

"Dengan nilai RM10 yang disedekahkan, masyarakat Muslim di Bangladesh boleh menikmati sembilan jenis makanan pada waktu berbuka puasa dan sahur," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, wakil Yayasan Dr. Jamal Uddin, Mostafa Jamal Uddin berkata, pihaknya memuji usaha Ukhuwwah Tijarah kerana membantu meringankan beban hidup rakyat Bangladesh.

"Sebelum ini, pihak Ukhuwwah Tijarah pernah menyampaikan sumbangan selimut kepada masyarakat kami di sana memandangkan sebahagian besar tidak memiliki kelengkapan sempurna bagi menghadapi cuaca sejuk.

"Tentunya usaha mengutip dana seperti ini memberi makna yang besar kepada kami untuk menyambut Ramadan dengan lebih sempurna," jelasnya yang merupakan seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Raja Nazrin rasmi Masjid Kubu Gajah

Posted:

Raja Nazrin rasmi Masjid Kubu Gajah

Raja Nazrin rasmi Masjid Kubu Gajah

RAJA NAZRIN dan Zambry (tujuh dari kanan) beramah mesra dengan tetamu pada majlis perasmian Masjid Kampung Kubu Gajah dan berbuka puasa di Bagan Serai, Perak baru-baru ini.


MENGIMARAH MASJID. Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berkenan merasmikan Masjid Kampung Kubu Gajah, Gunung Semanggol, Bagan Serai, Perak baru-baru ini.

Pengerusi Masjid Kampung Kubu Gajah, Samsudin Man berkata, masjid yang dibina dengan kos RM1.5 juta itu mampu memuatkan 800 jemaah pada satu-satu masa.

Beliau berkata, selepas berbuka puasa, Raja Nazrin menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah di masjid tersebut.

"Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak berjumlah RM336,000 kepada asnaf fakir dan miskin sekitar Bagan Serai dan Parit Buntar," katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

150 penduduk sertai tadarus al-Quran

Posted:

150 penduduk sertai tadarus al-Quran

150 penduduk sertai tadarus al-Quran


NOR SABRINA (empat dari kanan) berbual-bual dengan peserta tadarus al-Quran di Masjid Al-Irsyad Serdang, Kulim baru-baru ini.


BERKAT. Seramai 150 penduduk termasuk pelajar sekolah menengah menyertai Majlis Tadarus al-Quran bagi mengimarahkan bulan Ramadan di Masjid Al-Irsyad Serdang, Kulim, Kedah baru-baru ini.

Program itu dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Nor Sabrina Mohd. Noor.

Urus setia majlis itu, Syahrul Fiza Abdul Hamid berkata, program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk dan pelajar Maktab Mahmud Bandar Baharu.

"Setiap peserta turut menerima senaskhah al-Quran dan buah tamar untuk berbuka puasa," katanya.

PBTM sampaikan zakat kepada 65 bekas tentera

Posted:

PBTM sampaikan zakat kepada 65 bekas tentera

PBTM sampaikan zakat kepada 65 bekas tentera


MUHAMMAD berbual dengan beberapa bekas anggota tentera pada majlis sumbangan zakat perniagaan PBTM di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.


SUMBANG. Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Negeri Kelantan menyampaikan sumbangan zakat perniagaan kepada 65 bekas anggota tentera yang berusia lebih 70 tahun di Kota Bharu baru-baru ini.

Yang dipertuanya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, sumbangan itu diharapkan dapat meringankan beban bekas anggota tentera tersebut membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

"Kebanyakan bekas anggota tentera itu telah uzur dan sumbangan tersebut diharapkan dapat menceriakan mereka pada bulan Ramadan.

"Selain menerima bantuan, bekas anggota tentera tersebut dapat bertemu semula dengan rakan-rakan seperjuangan mereka semasa sama-sama bertugas sebelum ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Penjawat awam terima bantuan raya RM500

Posted:

Penjawat awam terima bantuan raya RM500

Penjawat awam terima bantuan raya RM500

NAJIB


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam manakala sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan sebagai persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Ogos ini.

Menurut beliau, penjawat awam yang layak menerima bantuan tersebut membabitkan kakitangan Gred 1 hingga Gred 54, manakala semua pesara kerajaan berjumlah 660,000 layak menerima bantuan tersebut.

Najib memberitahu, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

"Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM670 juta dan RM165 juta," kata Najib dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Selain bantuan khas itu, Najib memberitahu, penjawat awam juga bakal menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1 KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok (hari ini).

"Kenaikan gaji tahunan dan pemberian faedah pemindahan gaji itu adalah sebagaimana yang diumumkan oleh saya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," kata Perdana Menteri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Umi Kalthum meninggal dalam tidur

Posted:

Umi Kalthum meninggal dalam tidur

Umi Kalthum meninggal dalam tidur

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

NOORKUMALASARI menyiram air mawar di pusara ibunya, Allahyarham Umi Kalthum (gambar kecil) yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang semalam.


KUALA LUMPUR – Seniwati veteran popular tahun 1950-an, Datin Umi Kalthum, 81, ditemui meninggal dunia ketika dikejutkan untuk bangun bersahur di rumahnya di Taman Malawati di sini semalam.

Seorang anak Umi Kalthum, penyanyi Noorkumalasari, 57, berkata, arwah ibunya ditemui sudah tidak bernafas oleh kakaknya, Noraini Jaafar pada pukul 4 pagi.

"Setelah kakak menyiapkan hidangan untuk bersahur, dia terus mengejutkan ibu di bilik tidur namun kakak terkejut mendapati ibu sudah meninggal dunia.

"Kakak terus menghubungi saya dan saya amat sedih dengan pemergian ibu," kata Noorkumalasari ketika ditemui di sini semalam.

Noorkumalasari memberitahu, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah ibunya dua hari lalu ketika menghantar sambal ikan bilis untuk hidangan berbuka puasa.

Mengimbas pertemuan tersebut, pelakon itu berkata, ibunya kelihatan sihat dan langsung tidak menunjukkan perubahan.

"Walaupun usia arwah 81 tahun tetapi dia tiada penyakit kronik dan pemergian ibu dipercayai akibat sakit tua," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tertembak kemaluan di dalam hutan

Posted:

Tertembak kemaluan di dalam hutan

Tertembak kemaluan di dalam hutan

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

SIMUNJAN – Seorang lelaki ternyata mempunyai kekuatan luar biasa apabila dia ditemui masih bernyawa walaupun kemaluan, perut dan tangan kirinya cedera parah selepas terkena tembakan daripada selaras senapang patah ketika keluar berburu rusa di dalam hutan Kampung Kepayang di sini kelmarin.

Kejadian pukul 3.30 petang itu berlaku ketika Narawi Uji, 40-an, pergi memburu rusa bersendirian di dalam hutan tersebut sejak Isnin lalu sebelum dia dikatakan tergelincir lalu terjatuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Zulkifli Hassan berkata, ekoran itu, senapang yang disandang mangsa terlepas dan terhentak ke tanah sebelum ia melepaskan satu das tembakan.

"Tembakan itu mengenai kelengkang mangsa hingga mengakibatkan saluran kencingnya hancur manakala perut dan tangan kirinya cedera.

"Mangsa kemudian sempat menghubungi rakannya menggunakan telefon bimbit yang dibawanya. Rakannya tiba sejam kemudian sebelum bergegas membawa mangsa ke Hospital Simunjan yang terletak kira-kira 40 kilometer dari hutan tersebut," katanya ketika dihubungi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Varian cat baharu meriahkan hari lebaran

Posted:

Varian cat baharu meriahkan hari lebaran

Varian cat baharu meriahkan hari lebaran

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

PENDUDUK Kampung Lindungan ceria menerima wajah baharu Dewan Keluarga Harmoni.


MENJELANG perayaan Aidilfitri sekitar dua minggu lagi pasti banyak persiapan hendak dilakukan termasuk menukar langsir, perabot dan cat baharu di kediaman masing-masing.

Bagi mereka yang masih mencari-cari warna sesuai untuk mengecat rumah, apa kata anda memilih warna baharu yang diperkenalkan oleh Akzo Nobel Paints Malaysia Sdn. Bhd. (Akzo Nobel).

Akzo Nobel yang terkenal dengan pengeluaran cat berjenama Dulux kini tampil memperkenalkan siri warna Dulux Inspire yang menawarkan pelbagai pilihan warna cantik, terang dan ceria.

Pengarah Urusannya, C. W. Goh berkata, warna-warna itu juga menghasilkan kemasan lembut dan licin tanpa kompromi dengan kualiti tinggi yang sinonim dengan jenama Dulux.

"Dulux Inspire terdapat dalam 22 pilihan warna sedia ada di samping 192 warna adunan mesin dalam lapan kumpulan warna utama untuk menghiasi kediaman anda sempena musim perayaan ini.

"Kami turut menampilkan teknologi chroma brite dalam adunan cat Dulux Inspire bagi mengekalkan warna kediaman untuk terus nampak segar dan tahan lebih lama," katanya pada majlis pelancaran Dulux Inspire di Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


GOH (kanan) beramah mesra dengan penduduk Kampung Lindungan di Dewan Keluarga Harmoni yang telah dicat dengan Dulux Inspire baru-baru ini.


Pemilik rumah yang kerap mengecat semula kediaman pasti berpuas hati dengan varian tersebut kerana ia bukan sahaja memberi nilai terbaik, malah proses mengecatnya juga lebih mudah. Cat tersebut meliputi permukaan yang lebih luas dan memberi perlindungan bermutu tinggi untuk menjadikan kediaman anda kelihatan lebih cantik.

Terdapat dua jenis cat Dulux Inspire iaitu cat dalaman dan cat luaran. Cat dalaman mempunyai sebatian organik meruap (VOC) yang rendah dan kurang berbau serta mudah untuk disapu. Cat luarannya pula memberikan kemasan kelegapan, mampu menahan serangan alga, kulat, pengelupasan dan tahan kotoran.

Dua lapisan

Pengguna yang mahu mendapatkan hasil optimum perlu menyapu satu lapisan Dulux Exterior/ Interior Wall Sealer atau Dulux Primer yang bersesuaian sebelum menyapu sekurang-kurangnya dua lapisan cat Dulux Inspire.

Dulux Exterior dan Interior Wall Sealer sesuai untuk permukaan dalaman yang baharu dicat atau permukaan lain seperti batu bata, plaster dan simen. Ia direka khas dan mematuhi label Eco SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia) dan Label Hijau Singapura.

Dulux Inspire boleh didapati di kedai-kedai Dulux terpilih dan ia hadir dalam bentuk tin bersaiz satu liter(L), 5L dan 18L.

Selera Pulau Pinang di restoran UPM

Posted:

Selera Pulau Pinang di restoran UPM

Selera Pulau Pinang di restoran UPM

KARI kepala ikan Pulau Pinang menjadi hidangan utama di L'apprenti@Putra pada bulan Ramadan ini.


MENERIMA jolokan Mutiara Timur, Pulau Pinang sememangnya terkenal sebagai syurga bagi pencinta gastronomi di Malaysia.

Bagi yang ingin menikmati sajian masyarakat di utara Semenanjung itu, berkunjunglah ke L'apprenti@Putra Restaurant yang terletak di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Dihasilkan oleh anak kelahiran Permatang Pauh, Chef Sos, Muhd. Rezza Zainal Abidin, ia pasti menjanjikan kepuasan semasa berbuka puasa.

Rasai sendiri keenakan aneka kari Pulau Pinang yang pekat dan berempah. Tidak dilupakan variasi hidangan popular di negeri itu seperti laksa Pulau Pinang, daging tumis dara dan char kuetiau.

Selain itu, terdapat juga hidangan lain seperti asam pedas, masak lemak cili api dan masak tempoyak yang tidak mengecewakan.

Pengunjung juga boleh mencuba signatur restoran tersebut iaitu daging rusa panggang yang diperap dengan pelbagai rempah ratus dan enak dinikmati bersama aneka sos yang disediakan.

Bagi penggemar makanan Barat, pula boleh mencuba pelbagai hidangan seperti pasta, fetucinni atau spageti yang dihidangkan bersama sos bologniese atau sos carbonara.

Sebagai pencuci mulut, L'apprenti@Putra Restaurant turut menghidangkan pelbagai jenis bubur, kuih-muih tradisional, puding dan kek.

Resipi ala Malaysia Hotel Sunway Seberang Jaya

Posted:

Resipi ala Malaysia Hotel Sunway Seberang Jaya

Resipi ala Malaysia Hotel Sunway Seberang Jaya


ANTARA 100 hidangan tempatan dan luar negara di bufet Ramadan Sempoi! Jom Pi Buka Puasa.


BAGI mereka yang tinggal di Pulau Pinang atau selatan Kedah, Hotel Sunway Seberang Jaya, Pulau Pinang boleh menjadi pilihan anda yang bercadang mencari destinasi terbaik untuk berbuka puasa bersama keluarga atau teman-teman.

Pada Ramadan ini, hotel berkenaan mengetengahkan konsep baharu bufet yang dinamakan Sempoi! Jom Pi Buka Puasa yang menggabungkan hidangan tempatan dan Barat.

Chef Eksekutifnya, Yew Seong Seng berkata, resipi ala Malaysia masih membarisi menu bufet namun beberapa hidangan utama disuntik elemen moden supaya menepati cita rasa setiap lapisan masyarakat selain membuka selera semasa berbuka.

Menurutnya, pelanggan akan disajikan dengan lebih 100 makanan tempatan dan luar negara yang mendapat sentuhan pasukan chef berpengalaman diketuai Chef Ismail Ibrahim.

"Menu utama ialah kambing panggang yang dihidangkan bersama sos lada hitam, sos cendawan dan sos pudina.

"Selain itu, kami menawarkan pelbagai pilihan masakan Melayu tempatan seperti nasi lobak merah, ketam sos tomato basil dan rendang daging lembu ala Sunway," katanya.

Pelanggan yang gemarkan masakan Barat pula boleh menikmati makanan seperti piza dan mana'eesh.

Turut disediakan ialah aneka pencuci mulut seperti parasian crepes, savarin, coklat profiteroles, sherry triffle dan puding jagung berkrim bersama pilihan 10 minuman sejuk panas.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Angka kematian gempa bumi China meningkat 89 orang

Posted:

Angka kematian gempa bumi China meningkat 89 orang

Angka kematian gempa bumi China meningkat 89 orang

GAMBAR yang disiarkan agensi berita Xinhua ini menunjukkan anggota tentera melancarkan misi menyelamatkan mangsa di wilayah Gansu yang dilanda gempa bumi kelmarin.


DINGXI - Anggota-anggota penyelamat dilengkapi penyodok dan dibantu anjing pengesan memeriksa runtuhan kediaman untuk mencari mangsa yang masih hidup semalam selepas gempa bumi kuat menggegarkan barat daya China.

Pemerintah menghantar sekitar 6,000 petugas dan dua buah helikopter untuk membantu usaha menyelamat.

Gempa berukuran 6.6 pada skala Richter itu menyebabkan sekurang-kurangnya 89 orang terkorban dengan lima lagi masih hilang dan 628 yang lain pula cedera.

Bencana itu melanda pada pukul 7.45 pagi (waktu tempatan) dan berpusat 151 kilometer ke barat bandar ini, dalam wilayah pertanian Gansu.

Sekitar 123,000 orang terjejas akibat gempa tersebut dengan 31,600 penduduk telah berpindah ke beberapa penempatan sementara.

Pihak berkuasa China melaporkan, hampir 2,000 kediaman musnah dan 22,500 lagi rosak.

Gegaran itu menyebabkan sejumlah dinding kediaman, pokok dan tiang telefon tumbang.

"Selepas gegaran paling kuat berakhir, kami bimbang berlaku gempa susulan. Justeru, kami mengemaskan barangan kami dan berlindung di kawasan lapang," kata seorang pelajar jurusan seni berusia 21 tahun, Li Jingui.

Gempa bumi itu disusuli gempa susulan bermagnitud 5.6.

Kemusnahan paling teruk berlaku di daerah Min, dalam wilayah Dingxi yang terletak sekitar 1,200 kilometer ke barat ibu negara China, Beijing. - AP

Kad ucapan terbesar di dunia oleh Google

Posted:

Kad ucapan terbesar di dunia oleh Google

Kad ucapan terbesar di dunia oleh Google

Kad ucapan itu memaparkan tarikh dan masa bayi diraja itu dilahirkan.


LONDON - Hanya beberapa jam selepas pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton melahirkan anak pertama mereka, gergasi enjin carian internet Google melancarkan kempen untuk menghasilkan sekeping kad ucapan terbesar dunia.

Kad ucapan gergasi itu akan dicetak dan diserahkan kepada Kate dan William.

Bagi tujuan tersebut, Google menjemput penguna-pengguna internet untuk mengirim gambar, profil serta ucapan mereka dalam kad maya tersebut.

Kad ucapan yang siap dicetak akan diserahkan kepada firma untuk dipersembahkan kepada Arkib Diraja untuk simpanan.

Penyertaan kad ucapan gergasi itu akan berakhir pada 6 Ogos depan. - Agensi

Kate lahirkan pewaris lelaki

Posted:

Kate lahirkan pewaris lelaki

Kate lahirkan pewaris lelaki


ORANG RAMAI berhimpun di luar Istana Buckingham di London untuk mendengar pengumuman kelahiran bayi Putera William dan isterinya, Kate Middleton kelmarin.


LONDON - Isteri Putera William, Kate Middleton selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital St. Mary, Paddington di barat London kelmarin.

Anak sulung pasangan diraja itu juga bakal menjadi pewaris ketiga takhta kerajaan Britain selepas Putera Charles serta William.

William berada di samping Kate semasa dia melahirkan anak mereka pada pukul 4.24 petang waktu tempatan. Bayi tersebut seberat 3.8 kilogram ketika dilahirkan.

Satu kenyataan pejabat William, Clarence House menyebut, keluarga diraja Britain telah dimaklumkan mengenai kelahiran itu dan mereka gembira dengan berita tersebut.

"Kate dan anaknya sihat. Mereka berdua akan berada di hospital semalaman," menurut kenyataan berkenaan.

Nama bayi itu akan diumumkan dalam masa terdekat. Namun, sejumlah penerima taruhan menjangkakan nama George digunakan, diikuti nama James.

"Saya dan isteri amat gembira dengan kelahiran cucu pertama saya. Kami begitu teruja atas kelahiran anak lelaki William dan Kate," kata Charles dalam satu kenyataan.

Charles turut menyatakan bahawa beliau sangat berbangga dan gembira menjadi seorang datuk buat kali pertama.

Catatan mengenai pengumuman kelahiran bayi itu kemudian dipamerkan di papan buletin kecil di hadapan Istana Buckingham yang menjadi tradisi diraja Britain.

William dan Kate yang memakai gelaran Duke dan Duchess of Cambridge tiba di hospital sejurus sebelum pukul 6 pagi waktu tempatan.

Pasangan yang kedua-duanya berusia 31 tahun bertemu ketika menuntut di Universiti St. Andrews dan melangsungkan perkahwinan pada April 2011. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Keputusan tidak rasmi: BN mendahului Pas dalam PRK Kuala Besut

Posted:

Keputusan tidak rasmi: BN mendahului Pas dalam PRK Kuala Besut

Keputusan tidak rasmi: BN mendahului Pas dalam PRK Kuala Besut

24/07/2013 9:28pm

KUALA BESUT - Barisan Nasional (BN) mendahului Pas dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut hari ini dengan majoriti 2,600 undi, demikian menurut kiraan tidak rasmi sehingga pukul 9.15 malam ini. - Bernama

85 kantin sekolah diarah tutup kerana kurang bersih - Dr. Subramaniam

Posted:

85 kantin sekolah diarah tutup kerana kurang bersih - Dr. Subramaniam

85 kantin sekolah diarah tutup kerana kurang bersih - Dr. Subramaniam

24/07/2013 8:34pm

PUTRAJAYA - Sebanyak 85 buah kantin sekolah telah diarahkan ditutup dari Januari hingga Mei tahun ini kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan dan tidak menepati peraturan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan hasil pemeriksaan dan pengauditan yang dilakukan terhadap 6,168 kantin sekolah di seluruh negara oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan.

"Pada tahun 2012, sebanyak 8,288 kantin sekolah telah diperiksa dan hasil daripadanya, sejumlah 112 kantin sekolah telah diarah tutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, kementerian itu bersama Kementerian Pendidikan telah mewujudkan Jawatankuasa Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) yang antara lain bagi memantau kebersihan kantin sekolah di bawah Program Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) Kantin Sekolah sebagai salah satu kaedah mengurangkan keracunan makanan dan meningkatkan tahap kebersihan kantin sekolah. - Bernama

RM111.4 juta program 1Azam bantu 7,500 keluarga miskin di Sarawak

Posted:

RM111.4 juta program 1Azam bantu 7,500 keluarga miskin di Sarawak

RM111.4 juta program 1Azam bantu 7,500 keluarga miskin di Sarawak

24/07/2013 8:33pm

KUCHING - Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak diperuntukkan sejumlah RM111.4 juta untuk membantu seramai 7,500 orang ketua isi rumah (KIR) miskin di negeri ini, di bawah program 1Azam, sehingga hujung tahun.

Menterinya, Datuk Fatimah Abdullah berkata, dari Januari sehingga kini seramai 2,314 orang KIR atau 30.87 peratus dari jumlah sasaran itu telah menerima bantuan.

"Kita masih ada beberapa bulan lagi untuk mencapai sasaran ini dan bantuan akan disalurkan secara berperingkat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kumpulan Fokus Pembasmian Kemiskinan Negeri di sini.

Menurutnya, bantuan di bawah program ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk membantu KIR miskin yang berdaftar di bawah Sistem Bank Data Nasional (eKasih) sejak 2010 yang kini berjumlah 92,570 orang di negeri ini.

"Sehingga semalam (23 Julai), penerima bantuan 1Azam yang sudah terkeluar dari status KIR miskin berikutan peningkatan pendapatan mereka ialah seramai 2,166 orang," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Puasa cara Black, Amir, One

Posted:

Puasa cara Black, Amir, One

Puasa cara Black, Amir, One

DARI kiri: Amir, Black dan One bergabung di dalam drama OMG.


PENYANYI Black, Anas (Mentor), Amir Jahari dan One Sofazr kini bergabung menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Ohsem Music Group (OMG).

Tidak kisah dengan pandangan masyarakat, menariknya muzik yang dibawa mereka menjurus kepada lagu-lagu Inggeris.

Bagaimanakah kerjaya nyanyian solo Black, Anas dan Amir? Ke manakah hala tuju Sofazr selepas ketiadaan pemain dram mereka iaitu One? Kenapakah mereka bergabung menubuhkan kumpulan OMG?

Semua persoalan itu bakal terjawab menerusi drama mini bersiri empat episod Ohsem Music Group (OMG), yang kini bersiaran di TV3 pada setiap hari Sabtu, pukul 9 malam.

Drama tersebut mengisahkan empat anak muda iaitu Bai (Black), Teng (One), Bo (Anas) dan Kem (Amir) yang berbakat dalam bidang muzik di Kampung London. Mereka menamakan kumpulan mereka Ohsem Music Group (OMG).

Kumpulan OMG popular di Kampung London kerana keunikan dan bakat mereka yang boleh menyampaikan lagu Inggeris dengan baik serta persembahan yang energetik.

Mereka sering dijemput membuat persembahan pada majlis kenduri kahwin dan pernah menjuarai pertandingan Battle of the Band di kampung itu selama dua tahun berturut-turut.

Kosmo! berpeluang menemu bual tiga pelakon utama drama OMG iaitu Black, Amir dan One. Ikuti kisah mereka dan juga cerita Ramadan serta sambutan Aidilfitri tiga selebriti tersebut.

Black enggan berlakon lagi

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah mengakui, tidak sukar membawakan watak Bai kerana ia hampir menyamai dirinya.

"Bai merupakan anak bongsu, jadi dia manja dengan ibunya. Tidak sukar sebenarnya bawa watak Bai kerana ia bukan watak yang serius. Wataknya sama seperti diri saya yang juga bongsu dan anak ibu," ungkapnya sambil menguntum senyuman ketika ditemui pada sesi fotografi yang berlangsung di Studio Utusan, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, dedah Black, dia bersetuju membintangi OMG bukan hanya kerana menyukai karakter Bai tetapi juga disebabkan wataknya itu tidak mempunyai pasangan kekasih.


DRAMA OMG memberi pengalaman yang berbeza buat Black, Amir dan One. Sebagai pemuzik, mereka teruja berlakon, namun masih mahu memberi fokus terhadap bidang nyanyian.


Akuinya, dia susah berinteraksi mahupun berlakon bersama wanita jika wataknya itu mempunyai kekasih.

Ditebak adakah itu disebabkan dia bimbang tunangnya cemburu atau sudah mendapat amaran awal supaya tidak berlakon bersama wanita, ulas Black, dia sebenarnya malu dengan wanita.

"Bukan sebab tunang cemburu atau halang saya berlakon dengan wanita lain tetapi sebenarnya saya malu dan tidak selesa berlakon babak romantis bersama wanita," ujarnya yang pernah bergandingan dengan Fasha Sandha dalam drama Dewa Cinta, tetapi bukan sebagai pasangan kekasih.

Bukan sahaja enggan berlakon dengan wanita, penyanyi lagu Drama King itu berkata, OMG juga merupakan drama terakhirnya.

Katanya: "Ini drama terakhir saya. Bukan sebab sesiapa, tetapi saya melihat karier nyanyian saya masih baik dan cantik. Saya tidak perlukan cabang lain. Selepas ini saya hanya akan fokus pada bidang muzik."

Disoal mengenai perkahwinannya pula, Black yang sepatutnya berkahwin pada 3 Julai lalu terpaksa menundanya ke tarikh lain ekoran masalah tertentu.

Ujarnya, kemungkinan besar majlis perkahwinannya akan berlangsung selepas sambutan Aidilfitri ini.

Mengulas mengenai aktiviti puasa dan persiapan menjelang raya, cerita Black, sepanjang Ramadan dia akan berehat dan sekadar memenuhi undangan amal.

"Kita ada 12 bulan dalam setahun. Bagi saya 11 bulan adalah tempoh untuk cari rezeki, manakala sebulan Ramadan itu adalah fokus saya untuk beramal. Kalau ada permintaan daripada badan-badan kebajikan semasa bulan Ramadan, saya akan terima," ujarnya yang turut berniaga buah tembikai di Kerinchi, Kuala Lumpur sepanjang Ramadan ini.

Amir kahwin Oktober ini

Pertama kali berlakon, Mohamad Amirullah Jahari atau Amir melahirkan keterujaannya membawakan watak Kem, seorang pemain bass yang kuat makan dan tidur.

Biarpun teruja, dedah Amir, dia tertekan kerana tidak cukup tidur akibat menghafal skrip.

"Saya sangat seronok bila dapat tawaran ini, tetapi tak sangka pula menghafal skrip sebenarnya susah. Saya terpaksa hafal skrip sampai tidak tidur. Akibatnya, mata saya bengkak macam panda," ujarnya sambil ketawa.

Berkongsi mengenai aktiviti puasanya, ujar Amir, dia akan mencipta lagu-lagu baharu untuk album terbaharunya.

Mengakui mengah ketika menyanyi, bicara Amir lanjut, dia juga akan bersukan setiap hari bagi meningkatkan staminanya.

"Album saya iaitu Penghibur Jalanan sudah muncuk, jadi fokus saya kini adalah untuk mencari bahan-bahan baharu untuk lagu-lagu terbaharu saya.

"Saya juga akan bermain bola keranjang pada waktu malam untuk meningkatkan stamina," jelas penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu itu.

Harapannya agar dia mampu menghasilkan sebuah lagu setiap hari seterusnya mempunyai 30 buah lagu sepanjang Ramadan.

Disoal mengenai memori puasa yang tidak boleh dilupakan, dedah Amir, ketika usianya 17 tahun dia pernah berbuka puasa sebelum masuk waktu kerana berasa sangat lapar.

"Dulu saya nakal. Selepas beli juadah saya terus mengambil kesempatan berbuka di belakang binaan TNB," luahnya yang malu dengan perbuatannya itu dan berjanji untuk berpuasa penuh pada bulan Ramadan ini.

Amir turut memberitahu, dia sedang sibuk menyediakan kelengkapan perkahwinannya pada Oktober ini.


BLACK bakal berkahwin selepas Aidilfitri ini.


Bakal mengadakan perkahwinannya di sebuah hotel di Kuching, Sarawak, ulas pemuda berusia 21 tahun itu, dia akan berkahwin dengan wanita yang enam tahun lebih tua daripadanya, dikenali dengan nama Amni.

Mengakui tunangnya merupakan seorang peniaga di Kuching, Amir memberitahu, selepas berkahwin dia dan bakal isterinya itu akan duduk berasingan memandangkan karier nyanyiannya adalah di Kuala Lumpur.

"Saya tiada masalah berjauhan dengannya selepas kahwin. Sebabnya sejak kami bertunang pada Januari 2011, kami juga berjauhan yang mana saya di Kuala Lumpur dan dia pula bekerja di Kuching," ujarnya menutup bicara.

One panas baran

Bagi One atau nama sebenarnya Wan Shah Baharom Niktah, dia mengakui terpaksa membawa watak yang jauh berbeza dengan dirinya dalam drama OMG.

Membawa watak sebagai Teng, seorang pemain dram yang panas baran, ujar One, dia terpaksa menonton lakonan Zul Huzaimy untuk mendapatkan feel lakonan panas baran tersebut.

"Lucunya watak Teng ini, walaupun dia panas baran tetapi dia cair dengan wanita. Saya akui susah membawakan watak panas baran kerana saya bukannya seorang yang panas baran," ulasnya yang akan fokus pada perniagaan membuat laman web ketika bulan Ramadan.

One menerima banyak tempahan untuk membuat laman web atau mengemas kini laman web sepanjang bulan puasa ini. Bicara One lagi, setiap ahli Sofazr mempunyai beberapa cabang perniagaan.

One turut berkongsi perasaan teruja menyambut Ramadan tahun ini kerana ia merupakan Ramadan pertama disambut bersama isteri.

Bernikah dengan seorang guru bernama Ainul Shariza Muhthar pada 29 September lalu, One sangat menyukai masakan isterinya iaitu sambal kering ikan bilis dan kentang.

"Alhamdulillah, bila sudah kahwin saya tidak lagi makan di luar, tetapi hanya makan di rumah. Kepuasannya lain bila makan di rumah dengan air tangan isteri," jelasnya yang akan beraya di kampung isterinya di Tanjung Malim, Perak.

Farah AF nafi mencuri

Posted:

Farah AF nafi mencuri

Farah AF nafi mencuri

Oleh SITI AISYAH IBRAHIM

BAKAL muncul dengan lagu Sehati Sejiwa yang dijadikan runut bunyi drama Cinderella, Farah menegaskan ia merupakan permulaan yang baik buat dirinya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.


SEBUT sahaja Farah Breep Breep atau Farah AF pastinya semua orang mengenali dirinya. Bintang kelahiran Akademi Fantasia musim kedua itu kini kembali aktif dalam bidang nyanyian setelah sekian lama menyepi.

Dia bakal muncul dengan lagu Sehati Sejiwa yang diberi nafas baharu. Lagu itu dijadikan lagu runut bunyi untuk drama Cinderella lakonan Fizo Omar dan Nelydia Senrose.

Farah, 28, yang sebelum ini cukup sinonim sebagai hos terutama menerusi program Nasi Lemak Kopi O dan Rasa Halal Orient berkata: "Pembabitan saya dengan lagu runut untuk drama Cinderella yang berjudul Sehati Sejiwa ini merupakan suatu permulaan yang baik buat saya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian."

Baru sahaja muncul kembali, Farah tidak semena-mena dikaitkan dengan gosip 'panas' apabila dia ditohmah sebagai individu yang terlibat dengan kes mencuri di set penggambaran sebuah program.

Kes tersebut melibatkan banyak barang yang hilang seperti baju dan duit.

Farah didakwa tidak memulangkan semula baju yang dipakainya untuk mengacara dan dikatakan ada satu pihak yang cuba untuk menguji kejujuran Farah dengan meletakkan kertas-kertas yang dicetak saling tak ubah seperti wang kertas ke dalam poket baju yang dipinjamkan kepadanya.

Apabila baju itu dipulangkan, kertas yang konon-kononnya duit itu hilang begitu sahaja.

Kosmo! berkesempatan menemui Farah pada sesi rakaman suara di Studio Camwood, Damansara Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai gosip tersebut.

Namun, penjelasan yang diberikan oleh pemilik nama sebenar Farah Diana Anuar itu ternyata berbeza dengan gosip yang diuar-uarkan selama ini.

Siapa yang betul dan siapa yang salah sebenarnya?

Kosmo!: Ada gosip baru muncul tentang hos tangan panjang. Desas-desus mendakwa hos itu ialah Farah. Boleh Farah jelaskan tentang dakwaan tersebut?

FARAH: Sebenarnya, kejadian tersebut berlaku pada hari ketiga Ramadan. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk sebegitu pada bulan Ramadan ini. Ceritanya macam ini, setelah selesai mengacara, saya ke bilik persalinan untuk menukar baju dan di situ terdapat banyak baju. Ketika saya nak pakai tudung, saya ternampak duit yang sudah terkeluar dari satu poket baju. Saya tak tahu mengapa saya terlalu baik hati untuk mengambil dan berniat untuk memulangkan semula duit tersebut kepada pihak yang sepatutnya.

FARAH mengakui dirinya hampir pengsan apabila dituduh mencuri.


Pihak manakah yang Farah maksudkan?

Kebetulan, ayah saya merupakan bekas pengawal keselamatan di TV3. Jadi, saya fikir untuk menyerahkan duit tersebut kepada ayah saya. Ini kerana ayah saya kenal dengan ramai pengawal di situ dan tahu ke mana duit itu sepatutnya dibawa.

Apakah tindakan Farah untuk memperbetulkan keadaan pada ketika itu?

Sejujurnya, saya langsung tidak diberi langsung peluang untuk memperbetulkan keadaan tetapi saya dicerca dengan pelbagai tohmahan sehingga saya digelar pencuri, penjenayah dan pendatang. Tiada seorang pun yang bersama dengan (menyokong) saya. Saya cuba untuk hubungi ayah dan suami saya, namun telefon saya habis bateri ketika itu. Jika saya berkata yang benar pun, tidak akan ada yang percaya. Saya hampir pengsan apabila semua orang menyalahkan saya.

Namun, isu ini bukan kali pertama yang mengatakan Farah sebagai seorang yang panjang tangan, tetapi sudah ada kes yang mengatakan Farah juga sebenarnya mencuri iaitu tidak memulangkan semula busana yang dipakai semasa mengacara. Boleh Farah jelaskan?

Sepanjang karier saya, tidak pernah terjadi perkara sebegitu. Semua baju yang saya pakai, saya pulangkan semula. Jadi mana isu yang mengatakan saya tidak pulangkan semula baju tersebut. Selama saya bekerja sebagai duta Power Root dan pengacara, tidak pernah sesekali timbul isu ini, dan jika benar saya lakukannya, sudah lama saya diberhentikan atas tindakan tersebut.

Bagaimanakah akhirnya penyelesaian isu duit tersebut?

Sebenarnya, isu duit tersebut sudah selesai. Tuan empunya duit tersebut sangat bersahaja. Hanya orang di sekeliling yang melebih-lebih.

Tidakkah rasa keterlaluan apabila orang mempunyai prasangka buruk tentang diri Farah?

Sebenarnya, kita tidak boleh lari daripada ketidakpuasan hati orang lain. Saya amat terkilan apabila saya dituduh atas perkara yang saya tidak lakukan itu. Ini merupakan sesuatu yang dirancang untuk menjatuhkan saya!

Apakah ini merupakan satu dugaan buat Farah?

Sememangnya ini merupakan satu dugaan pada bulan puasa, dan saya reda dengan segala yang terjadi. Saya serik untuk lakukan kebaikan, apabila apa yang kita buat telah disalahertikan. Sepatutnya, pada bulan baik ini, buatlah benda yang baik dan jangan hanya menuduh benda yang tidak berasas kerana saya mahu berada lama dalam dunia seni ini.

Nasha sunyi sambut raya tanpa kekasih

Posted:

Nasha sunyi sambut raya tanpa kekasih

Nasha sunyi sambut raya tanpa kekasih

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

NASHA mengakui dia tidak berdiet pada hari raya dan boleh makan apa sahaja.


BERTEMU dengan pelakon yang kekal cantik seperti dulu, Noraishah Abdul Aziz atau Nasha Aziz, pada majlis berbuka puasa bersama media dan tayangan program Aidilfitri Astro di Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini, ada perkara menarik yang dikongsikannya.

Biarpun sedar peluang untuk menyingkap mengenai perihal peribadinya terutama mengenai teman hidup adalah satu hal yang mustahil, sedikit sebanyak pelakon dan juga model yang kini berusia 42 tahun itu lebih terbuka bercerita mengenainya.

Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2005 menerusi filem Trauma itu mengakui, dia sangat sunyi tanpa kekasih lebih-lebih lagi ketika menyambut kehadiran Syawal.

Baginya, jika orang lain gembira menyambut Syawal dengan kekasih hati dia pula sebaliknya.

"Sambutan raya saya sama sahaja setiap tahun. Sunyi, tanpa kekasih," ulasnya ringkas sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah hubungannya dengan promoter konsert terkenal, Nur Iman Tang sudah putus?

Enggan mengulas panjang jawapannya itu, ujar Nasha: "Nak buat macam mana kalau saya belum ada kekasih biarpun pada usia yang kini sudah mencecah 42 tahun."

Tambahnya, selepas lapan kali menyambut Ramadan tanpa mengambil sebarang tawaran berlakon, tahun ini buat pertama kalinya dia terlibat dalam penggambaran telefilem raya iaitu Kasih Bersulam Daun Palas.

Pandai anyam ketupat

Ujarnya, ada sebab kenapa dia bersetuju untuk membintangi telefilem yang bakal ditayangkan pada hari raya kedua, 9 Ogos, pukul 2 petang itu.

Menurutnya yang bakal bergandingan dengan pelakon Shah Iskandar, dia tidak berdaya menolak permintaan pihak Zeel Production kerana pujukan mereka terlalu kuat.

"Selama lapan tahun saya tidak ambil sebarang tawaran berlakon sepanjang bulan Ramadan, tetapi tahun ini saya terpaksa terima.

"Sebabnya, pihak Zeel Production terlalu beria-ia memujuk saya supaya berlakon dalam telefilem raya mereka. Mereka sangat pandai memujuk hingga saya tidak berdaya untuk menolaknya," ujarnya.

FIGURA yang kekal jelita ini bakal muncul pada hari raya kedua menerusi telefilem Kasih Bersulam Daun Palas.


Mengakui sangat selektif dalam memilih karya yang bakal dilakonkannya, ulas Nasha, dia tidak kisah wajahnya jarang ditonton di kaca TV kerana ingin menjaga nilai eksklusif dirinya.

Selain sibuk dalam bidang lakonan dan peragaan, kongsi Nasha, dia juga kini sibuk dengan dunia baharunya iaitu perniagaan korporat yang sedang diusahakan.

Namun, Nasha enggan mengulas lanjut perniagaan apa yang dijalankannya dan sekadar memberitahu ia masih di peringkat awal.

Menyingkap aktiviti sambutan Syawal pula, ujar Nasha, setiap tahun dia akan ditugaskan untuk menganyam ketupat nasi malah dia mampu menganyam sehingga 50 ketul ketupat seorang diri.

"Saya suka anyam ketupat nasi. Bagi saya, ia satu seni yang tidak pernah pupus tetapi orang akan lupa dari semasa ke semasa. Setiap tahun memang saya lah orangnya yang akan anyam ketupat ini. Kalau dah leka anyam sampai ke petang jadinya," ujarnya yang tidak akan berdiet ketika raya malah akan menikmati segala makanan yang ada.

Mengakui sangat menitikberatkan soal pemakanan, jelas Nasha, dia akan pastikan tubuhnya mampu menyarung pakaian-pakaian lamanya. Perkara itu bagi membuktikan tubuhnya sentiasa berada dalam bentuk yang sama.

Berkongsi sambutan raya pertamanya, ujar Nasha, setiap tahun, dia akan beraya bersama keluarganya di Kuala Lumpur.

Ungkapnya, setiap pagi raya dia akan melakukan solat raya berjemaah dan kemudiannya menziarahi kubur neneknya.

Disoal mengenai memori raya yang tidak dapat dilupakannya pula, cerita Nasha, ketika umurnya 10 tahun dia pernah terjatuh longkang besar kerana sibuk memanjat pagar melihat tetamu-tetamu yang datang ke rumahnya.

"Saya pernah jatuh longkang ketika raya. Memori itu sampai sekarang saya masih ingat sebab saya rasa ia sangat kelakar.

"Saya ini suka sangat tengok tetamu datang beraya. Bila dengar orang datang, saya orang pertama jenguk malah sanggup panjat pagar nak tengok tetamu yang datang.

"Akibatnya, masa saya darjah empat, ketika panjat pagar saya tersilap langkah sehingga terjatuh dalam longkang," luahnya yang malu tetapi dalam masa yang sama geli hati mengingatkan pengalaman hari rayanya ketika itu.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved