Selasa, 23 Julai 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Jalani kehidupan serba kekurangan

Posted:

Jalani kehidupan serba kekurangan

Jalani kehidupan serba kekurangan

Oleh MOHAMMAD HAFIZ AHMAD

KESEMPITAN wang disebabkan bilangan adik-beradik yang ramai memaksa Ummu Asma' Zainal, 15, meninggalkan alam persekolahan. Walaupun hatinya terasa berat, dia sanggup berkorban.

Kali terakhir dia menikmati keriuhan rakan-rakan sekelasnya ialah semasa di tingkatan satu. Selepas itu, ibu bapanya tidak mampu lagi untuk membayar yuran persekolahan remaja yang mesra dengan panggilan Ummu ini.

Ummu tabahkan hati dan memadamkan seketika cita-cita bergelar doktor bagi membantu kedua-dua ibu bapanya yang hidup dalam kedaifan. Selama dua tahun, Ummu membantu ibunya berniaga kuih-muih bagi mencari rezeki untuk seisi keluarga.

"Ayah tidak dapat bekerja dan hanya terlantar di rumah akibat kemalangan yang menyebabkan kakinya patah. Dia dijaga oleh abang dan saya pula membantu ibu berniaga kuih-muih di bazar," ujar anak ke-11 daripada 12 orang adik-beradik ini.

Niat untuk belajar tidak pernah padam dalam diri anak kelahiran Salak Tinggi, Sepang, Selangor ini.

Lantas, atas saranan abangnya, Ummu dimasukkan ke Wisma Amal Cahaya Bistari yang terletak di Selayang Baru, Batu Caves, Selangor. Kewujudan pusat itu diketahui Ummu melalui seorang rakan yang mempunyai teman yang menuntut di tempat sama.

Hampir sebulan berada di Wisma Amal, Ummu banyak belajar mengenai al-Quran dan hadis bersama 60 penghuni lain yang mempunyai perjalanan hidup hampir sama dengannya.


PENGHUNI Wisma Amal diajar mendirikan solat sejak usia kanak-kanak.


"Saya bersyukur berada di sini kerana berpeluang meneruskan pembelajaran dalam bidang agama.

"Walaupun rindu untuk bersama keluarga, kehadiran saya di sini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga," ujarnya dalam kesayuan memandangkan tahun ini merupakan kali pertama dia menyambut Ramadan jauh daripada keluarga.

Wisma Amal menempatkan anak-anak yatim, fakir miskin, asnaf, remaja insaf dan perlindungan sementara kepada mereka yang memerlukan.

Didirikan atas inisiatif beberapa individu, Wisma Amal berdiri utuh dengan dana dan ihsan masyarakat sekeliling.

Didaftarkan atas nama Pusat Jagaan Cahaya Bistari, setiap penghuni diberi bimbingan dari sudut akidah, ibadah dan akhlak agar hidup mereka bertepatan dengan sunah dan tuntutan agama.

Minat pelajar

Mereka diajar bahasa Arab, menghafal al-Quran dan hadis, cara solat dan mata pelajaran yang berpandukan buku Sekolah Agama Rakyat Johor.

Selain didikan agama, mereka juga diterapkan kemahiran menjahit, masakan, kraf tangan, sulaman dan bakeri.

"Kelas kemahiran bergantung kepada minat pelajar. Mereka akan dihantar belajar di luar atau mendapat bantuan daripada sukarelawan yang datang mengajar di Wisma Amal," ujar Norriah Ali, 38.

Norriah merupakan antara tulang belakang yang menggerakkan Wisma Amal.

"Kami mempunyai tiga orang tenaga pengajar tetap yang mengajar agama dan kemahiran. Selain itu, terdapat juga sukarelawan yang terdiri daripada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan individu yang membantu dalam proses pengajaran," ujarnya.


KERINDUAN terhadap keluarga terubat dengan kehadiran rakan-rakan.


Biskut raya

Satu ruang di tingkat satu pusat itu dikhaskan untuk penghuni Wisma Amal membuat kerja-kerja bakeri. Pelajar yang mempunyai kemahiran tersebut akan menyediakan biskut-biskut untuk dijual di gerai atau kedai berdekatan. Hasil jualan tersebut akan digunakan untuk perbelanjaan bulanan Wisma Amal.

Sayangnya, kekurangan barang-barang asas menyebabkan mereka membuat biskut raya dalam kuantiti yang sederhana.

"Kami hanya mempunyai satu alat pembakar biskut. Kekurangan bahan mentah menyebabkan pelajar menghasilkan kuih dalam kuantiti yang sedikit," jelas Norriah.

Bangunan empat tingkat berwarna biru itu diapit oleh rumah-rumah kedai di sekitarnya. Walau luarannya nampak cantik, kehidupan penghuninya serba kekurangan.

Wisma Amal setakat ini tidak dinaungi oleh mana-mana syarikat atau persatuan seperti kebiasaan rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang. Bahkan, premis itu juga tidak dilimpahi kemudahan dan kelengkapan yang mencukupi.

"Setakat ini, kami belum menerima bantuan secara tetap. Sumber kewangan hanya melalui sumbangan ikhlas beberapa individu yang tahu tentang kewujudan kami.

"Sumbangan pula tidak tetap, kadangkala ia berupa makanan atau bahan asas seperti beras dan tepung. Kebiasaannya orang ramai memberi sumbangan makanan pada hari tertentu seperti Isnin, Jumaat dan Sabtu.

"Pada hari itu, kesemua penghuni Wisma Amal akan berpuasa, maka individu tersebut akan menghulurkan makanan untuk berbuka puasa," jelas Norriah.

Tambahnya, jika tidak mendapat bantuan, mereka akan bersama-sama memasak juadah makanan harian dengan sukatan yang sederhana.

"Kami tidaklah makan mewah, cukup sekadar menghilangkan lapar dan dahaga," kongsinya.

Norriah menyambung, kesempitan wang menyebabkan mereka berjimat cermat berbelanja terutamanya apabila menggunakan peralatan elektronik dan bahan api.

"Bayangkan keperluan bulanan mencecah hampir RM30,000. Ia belum lagi termasuk perbelanjaan tambahan yang lain," luah Norriah.


JUADAH bersahur dan berbuka dimasak secara bergotong-royong dengan bantuan daripada seorang pengajar.


Kedatangan Ramadan disambut serba sederhana. Norriah bersyukur kerana keberkatan bulan mulia itu memberi rezeki kepada Wisma Amal apabila ia mendapat bantuan pendidikan dan kewangan daripada peniaga kuih-muih tradisional daripada syarikat Mukbi Foods, Siti Fatimah Md. Ali.

Kolaborasi antara pengusaha tempatan itu memberi peluang kepada anak-anak Rumah Amal untuk mempelajari teknik pembuatan kuih dan keusahawanan.

"Selama tiga bulan, beberapa orang penghuni Rumah Amal belajar di kilang kami cara-cara membuat beberapa jenis kuih daripada pekerja Mukbi Foods dan saya sendiri.

"Selepas itu, mereka akan bersama-sama membantu membuat kuih yang ditempah pelanggan. Sebagai penghargaan, Mukbi Foods akan memberi sumbangan kepada Rumah Amal dan elaun kepada pelajar," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Beli barangan dapur dalam talian

Posted:

Beli barangan dapur dalam talian

Beli barangan dapur dalam talian

oleh SUHANA VERU

LAZIMNYA Fatihah Mohamed, 29, terpaksa bersesak-sesak baik di parkir atau ketika membeli-belah barangan keperluan rumah di pasar raya Tesco.

Menurut anak jati Kuala Lumpur itu, kadangkala dia terpaksa menunggu lama apatah lagi sewaktu musim perayaan dan jualan murah.

Mahu ataupun tidak, itulah situasi yang terpaksa ditempuh kerana dia lebih gemar membeli barangan keperluan dapur di Tesco memandangkan harganya yang berpatutan.

Namun, baru-baru ini, dia berjinak-jinak menggunakan perkhidmatan pembelian barangan dapur secara dalam talian selepas melihat papan tanda di Tesco Extra Cheras yang tertera tulisan Too heavy? Shop online. We deliver (Terlalu berat? Beli secara online. Kami hantar).

"Pada mulanya saya tidak menyedari perkhidmatan itu tetapi selepas melihat papan tanda tersebut, saya pulang ke rumah dan terus melayari laman web Tesco.

"Saya terkejut kerana kesemua barangan yang saya beli selama ini ada ditawarkan melalui perkhidmatan itu. Ia bukan sahaja mudah, malah menjimatkan masa," katanya yang merupakan seorang peniaga makanan.

Mengulas lanjut, bagaimanapun ibu kepada seorang cahaya mata itu mengakui, pada mulanya dia berasa ragu-ragu untuk membeli secara dalam talian kerana khuatir barangan yang dipilih itu tidak memuaskan hati.

Namun, atas dasar ingin mencuba, beliau memberanikan diri dengan mendaftar masuk ke laman web eshop.tesco.com.my menggunakan komputer peribadi serta mengisi alamat e-mel dan kata laluan.

Sebaik selesai mengisi kesemua butiran diri, dia membeli dua jenis sayur, cili, tomato, seekor ayam dan udang.

"Langkah-langkah penempahan mudah digunakan kerana setiap kategori makanan telah diasingkan seperti makanan segar, minuman, barangan dapur, kesihatan, kecantikan dan barangan pejabat.

"Malah terdapat gambar barangan, harga dan kuantiti yang diperlukan membuatkan saya lebih berani membuat pembelian," katanya.

Menariknya, Fatihah memberitahu, tidak sampai dua jam kemudian barangan yang ditempah itu sampai di hadapan pintu rumahnya.

Akui Fatihah lagi, kesemua barangan itu berada dalam keadaan baik termasuk sayur-sayuran.

"Sebelum membuat pembayaran dengan kad kredit, saya meneliti kualiti barangan itu terlebih dahulu kerana takut rosak. Namun ia sememangnya memuaskan hati," tuturnya.


PEKERJA Tesco hanya perlu mencari barangan yang ditempah pengguna dengan menggunakan alat pengimbas khas ini.


Menurut laman web bisnes Market Watch, pembelian dalam talian barangan runcit tidaklah sepopular pakaian dan barangan elektronik. Namun, penyelidik pelaburan City di Amerika Syarikat (AS), Deborah Weinswig menyatakan, bidang itu masih baharu dan terdapat peningkatan pembelian dalam talian sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, berdasarkan satu kajian di AS, hampir 73 peratus pengguna berpuas hati membeli-belah di pasar raya.

Pasar raya pertama

Peningkatan kesedaran tersebut dibuktikan Tesco (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco) yang merupakan pasar raya pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan membeli-belah barangan runcit dari rumah.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Georg Fischer berkata, pada mulanya perkhidmatan itu ditawarkan di Tesco Extra Mutiara Damansara, Selangor pada bulan April lalu.

Perkhidmatan tersebut ditawarkan kepada penduduk yang tinggal di kawasan sekitar 20 kilometer dari cawangan berkenaan.

Namun, melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada pengguna, pihak Tesco kini menawarkan perkhidmatan yang sama di pasar raya besar Tesco Extra Cheras, Puchong dan Klang.

Perkhidmatan baharu itu menawarkan kira-kira 15,000 jenis makanan segar dan beku, barangan runcit dan barangan bukan makanan seperti kesihatan, kecantikan, keperluan bayi dan barangan asas rumah.

"Pembeli boleh menikmati kemudahan tersebut tanpa perlu datang ke Tesco, terutamanya bagi pelanggan yang sibuk dengan urusan seharian.

"Menerusi perkhidmatan ini, pengguna boleh meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga memandangkan barangan yang dibeli akan dihantar terus ke kediaman mereka," katanya.

Pekerja terlatih

Sementara itu, Pengurus Beli-Belah Barangan Runcit Rumah, Tesco Extra Cheras, Hazizal Ab. Hamid berkata, pihaknya melatih pekerja-pekerja yang mengendalikan perkhidmatan itu seolah-olah mereka berada di tempat pengguna.

"Pekerja yang dilatih akan memastikan barangan yang dipilih itu dalam keadaan baik. Misalnya, sayur dan barangan tin, pekerja akan melihat kesegaran sayur-sayuran dan tarikh luput produk dalam tin berkenaan.

"Apa yang pasti, barangan yang ditempah pengguna dipilih dengan baik oleh pekerja kami bagi memastikan produk berkualiti sampai kepada mereka," jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau memberitahu, setakat ini di Tesco berkenaan terdapat lima orang pekerja yang menjalankan kerja-kerja pemilihan barangan.


PENGGUNA hanya perlu mengisi keterangan mengenai barangan yang diperlukan menerusi laman web Tesco.


Pada kebiasaannya, sebaik sahaja menerima tempahan, pekerja akan menerima kesemua butiran pengguna dan tempahan melalui alat pengimbas yang dikenali sebagai new packing device.

Alat tersebut bukan sahaja memaparkan maklumat tempahan, malah turut menyediakan maklumat terperinci seperti lokasi rak barangan dan kuantiti yang dikehendaki pelanggan.

"Kesemua butiran itu ada pada alat pengimbas ini. Jadi, pekerja berkenaan hanya perlu merujuk sistem itu untuk mencari lokasi barangan.

"Ia mudah kerana pekerja tidak membuang masa memandangkan semua maklumat tertera dalam alat ini.

"Malah, jika pekerja itu tersilap mengambil produk, alat itu akan mengeluarkan bunyi selain skrin alat tersebut bertukar menjadi merah dan tertera tulisan incorrect product scanned (Produk yang salah dikesan).

Selain alat pengimbas itu, setiap pekerja akan membawa sebuah troli yang mengandungi enam buah bakul. Setiap bakul itu tertera kod pengguna yang berbeza.

"Malah, jika barangan yang dikehendaki itu tiada di sini, kami akan menukarkan barangan yang sama cuma jenama yang berlainan dan ia dimasukkan ke dalam plastik biru.

"Kemudian, pemandu akan memaklumkan kepada pelanggan dan mengesyorkan barangan jenama lain. Jadi, pembeli boleh membuat pilihan sama ada mahu membeli atau sebaliknya," katanya lagi.

Sementara itu, pengguna juga berhak memulangkan produk yang dibeli itu jika tidak berpuas hati.

"Kami akan menolak barangan itu daripada senarai dan pembeli hanya perlu membayar barangan yang dibeli," katanya sambil memberitahu, sebarang penukaran barangan boleh dilakukan dalam tempoh 24 jam.

Di samping itu, tiada pembelian minimum dan maksimum yang ditetapkan selain harga barangan yang ditawarkan sama seperti di pasar raya.

Q5 harapan baharu BlackBerry

Posted:

Q5 harapan baharu BlackBerry

Q5 harapan baharu BlackBerry

Q5 kembali dengan salah satu signatur BlackBerry iaitu papan kekunci QWERTY.


PENGELUAR telefon pintar, BlackBerry memperkenalkan BlackBerry Q5 yang memberikan pengalaman perkomputeran mobil lebih unggul.

Papan kekunci QWERTY yang direka semula berlandaskan hukum kejuruteraan tetapi masih lagi klasik dan disertakan skrin sesentuh bersaiz 3.1 inci mengoptimum sistem komunikasi.

Teknologi yang terdapat dalam BlackBerry Q5 menjanjikan keseronokan contohnya aplikasi BlackBerry Time Shift membuatkan setiap rakaman foto begitu sempurna.

Kemudian, gunakan aplikasi BlackBerry Story Maker bagi berkongsi foto dan cerita melalui rakan di Facebook.

Tambah menarik BlackBerry Q5 juga menawarkan BBM video dan Screen Share yang pasti menghangatkan lagi komunikasi anda bersama teman.

Selain itu, lebih 120,000 aplikasi lain terdapat dalam storan BlackBerry World yang boleh dipilih pengguna.

Permainan ringkas Deadpool

Posted:

Permainan ringkas Deadpool

Permainan ringkas Deadpool

Oleh MOHAMMAD RADZI ZOHRI


WATAK Deadpool kini dijadikan salah satu permainan video.


DEADPOOL merupakan salah satu watak yang diciptakan oleh penerbit komik, Marvel. Untuk permainan video, Deadpool boleh dimainkan pada platform komputer peribadi (PC), Play Station 3 dan Xbox 360. Ia telah berada di pasaran sejak Jun lalu.

Deadpool sememangnya permainan yang menarik bagi mereka yang mencari keseronokan segera kerana ia tidak memerlukan komitmen masa yang serius.

Kualiti grafik juga memuaskan manakala kehadiran watak-watak Marvel yang lain turut menjadi daya penarik untuk bermain permainan itu.

Kesemua itu pula dipadankan dengan watak humor Deadpool yang kadangkala berjenaka kotor menjadikan permainan itu tidak membosankan.

Namun, satu kekurangan yang sangat jelas adalah pada kandungan permainan, mod kempennya sangat pendek dan tidak banyak usaha yang dilakukan untuk mengisi tahap-tahap permainan.

Ringkas memang bagus, tetapi jika terlalu ringkas bukan resipi yang selalunya menjadi.

Cerita

PENGGEMAR komik ataupun peminat Deadpool sudah pasti mengenali kerenah dalam permainan ini sehingga meminta penerbit daripada High Moon Studios untuk mencipta sebuah permainan video yang paling hebat.

Pada mulanya Deadpool menerima misi membunuh seorang jutawan media yang korup. Selepas itu pemain akan dibawa bersama jalan ceritanya yang menyaksikan anda menemui watak Marvel lain seperti Wolverine, Rogue, Psylocke, Mr. Sinister dan Cable. Malangnya, pemain hanya boleh mengawal Deadpool.

Senjata

DEADPOOL menggunakan kedua-dua jenis senjata jarak jauh dan dekat bagi serangan jarak dekat seperti Blades, Sais dan Hammer, manakala jarak jauh pula seperti pistol, senapang patah dan raifal tenaga.

Setiap senjata itu boleh dinaik taraf untuk meningkatkan daya pemusnah masing-masing.


WATAK Marvel lain seperti Wolverine dan Cable juga akan muncul dalam permainan ini.


Ekstra

SETIAP kali pemain berjumpa dengan watak Marvel, maklumat mereka akan terpapar dalam ciri Ekstra permainan.

Itu boleh dianggap unik walaupun ia hanya biografi seorang watak Marvel. Ia diceritakan secara eksklusif oleh Deadpool menjadikannya lebih menarik dan kelakar kerana perwatakannya.

Pembangunan watak dan momentum

PEMBANGUNAN watak Deadpool sangat mudah, dengan hanya perlu mengumpulkan Deadpool Points (DP). Pemain juga boleh membeli naik taraf kemampuan Deadpool yang disediakan dalam menu permainan.

Antara naik taraf yang boleh dibeli termasuklah Healing, Damage dan Momentum. Deadpool juga memiliki serangan unik iaitu Momentum, sama seperti Limit Break dalam siri Final Fantasy.

Momentum dikumpulkan oleh pemain setiap kali diserang musuh dan apabila meter momentum penuh, pemain boleh melakukan serangan momentum balik.

Mekanisme

KEPADA pemain video tegar, permainan Deadpool akan dirasakan agak mudah kerana ia menggunakan Unreal Engine 3.

Secara asasnya, pemain perlu bertempur dengan penjahat sepanjang perjalanan untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditentukan.

Dengan paparan Heads Up Display (HUD) yang ringkas tetapi kemas, segala maklumat tentang Deadpool dapat dilihat di skrin utama seperti nyawa dan juga status kuasa Momentum Deadpool.

Mod permainan yang ditawarkan adalah Campaign dan Challenges.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


MBSB ceriakan anak yatim, kanak-kanak kurang bernasib baik

Posted:

MBSB ceriakan anak yatim, kanak-kanak kurang bernasib baik

MBSB ceriakan anak yatim, kanak-kanak kurang bernasib baik

CLIFFORD (kiri) melayan anak-anak yatim serta kanak-kanak kurang bernasib baik pada majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur baru-baru ini.


RAI. Malaysian Building Society Berhad (MBSB) meraikan seramai 91 orang kanak-kanak kurang bernasib baik termasuk anak yatim dalam majlis berbuka puasa di Hotel Aloft, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anak-anak yatim yang menjadi tetamu mereka itu dibawa dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi, Rumah Kasih Sayang, Rawang dan Rumah Positive Shelter Homes (Poshe), Kuala Lumpur.

Terdahulu, mereka berpeluang membeli-belah pakaian dan keperluan sempena menyambut Aidilfitri di AEON Bandar Utama, Petaling Jaya.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi MBSB, Clifford Anthony Clement dan Timbalan Naib Presiden Kanan Perancangan Korporat dan Komunikasi MBSB, Azlina Mohd. Rashad.

TM bantu ibu tunggal di Kelantan

Posted:

TM bantu ibu tunggal di Kelantan

TM bantu ibu tunggal di Kelantan


AB. RASHID menyaksikan Naib Presiden Eksekutif TM Enterprise, Ghazali Omar menyampaikan sumbangan kepada peserta dan ahli keluarga Program Sejahtera 2013 di Kota Bharu baru-baru ini.


BANTU. Telekom Malaysia Berhad (TM) memperuntukkan sebanyak RM20,000 setahun menerusi Program Sejahtera bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi golongan ibu tunggal di Kelantan.

Pengurus Besar TM negeri, Ab. Rashid Che Othman berkata, ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial pihaknya untuk mengeluarkan golongan berkenaan daripada garis kemiskinan.

"Seramai lima peserta telah dipilih untuk menyertai program ini membabitkan dua fasa yang bermula pada tahun lepas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa TM Kelantan bersama peserta dan ahli keluarga Program Sejahtera 2013 di Hotel Perdana, Kota Bharu baru-baru ini

Selain itu, TM Kelantan turut meraikan 300 jemputan yang terdiri daripada pelanggan, badan bukan kerajaan dan sukarelawan yang aktif membantu membanteras kecurian Kabel TM.

Pusat Zakat Melaka, MAIM terima zakat perniagaan

Posted:

Pusat Zakat Melaka, MAIM terima zakat perniagaan

Pusat Zakat Melaka, MAIM terima zakat perniagaan


IDRIS (tengah) bergambar bersama Badrul Sham (dua dari kiri), Mohamed Zaini (tiga dari kiri) Muhd. Ramadhan Fitri bersama replika zakat perniagaan selepas majlis penyerahan zakat itu di Melaka baru-baru ini.


ZAKAT. Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyerahkan zakat perniagaannya kepada Pusat Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi tahun 2012 berjumlah RM892,005.26 baru-baru ini.

Penyerahan zakat itu disempurnakan oleh Pengurus Besar TNB Melaka, Badrul Sham Saad kepada Ketua Menteri yang juga Pengerusi Puzat Zakat Melaka, Datuk Idris Haron.

Selain TNB, Maybank Islamic Berhad dan Selia Senggara Selatan Sdn. Bhd. turut menyerahkan zakat perniagaan masing-masing berjumlah RM500,000 dan RM200,000.

Maybank Islamic diwakili Ketua Pengurusan Syariahnya, Muhd. Ramadhan Fitri Ellias manakala Selia Selanggara Selatan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selia, Datuk Mohamed Zaini Amran.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chelsea anggap sekadar latihan

Posted:

Chelsea anggap sekadar latihan

Chelsea anggap sekadar latihan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI dan NOR AZIRAN YUNUS
sukan@kosmo.com.my

KAPTEN Chelsea, John Terry menjulang piala selepas kejayaan membenam Harimau Malaya 4-1 pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam kelmarin.


PERLAWANAN menentang Malaysia (Harimau Malaya) adalah sebahagian aplikasi untuk latihan kami."

Sama ada berniat mahu menyindir atau sebaliknya, itu reaksi pengurus Chelsea, Jose Mourinho (gambar kecil) pada sidang akhbar sejurus kejayaan The Blues menbenam Harimau Malaya 4-1 pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Beraksi di hadapan lebih 40,000 penyokong tempatan, anak-anak buah Mourinho jelas berada dalam kelas tersendiri ketika menundukkan cabaran skuad kendalian Datuk K. Rajagobal.

Juara Liga Europa itu mudah mencetak tiga gol menerusi jaringan Bertrand Traore, Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku dalam tempoh 45 minit pertama perlawanan.

Pada babak kedua, Chelsea dilihat lebih santai dan mengendurkan asakan ke kubu Harimau Malaya, namun masih mampu memperoleh gol keempat jaringan Victor Moses.

Mujur jaringan tonggak pertahanan, Mohd. Fadhli Shas pada masa kecederaan menutup malu Harimau Malaya daripada pulang dengan 'tangan kosong'.

Mengulas lanjut, Mourinho yang cukup terkenal dengan sikap terbukanya, mengakui berpuas hati dengan persembahan barisan pemainnya.

"Sudah tentu saya gembira kerana perlawanan ini adalah sebahagian proses daripada latihan kami.

"Kami berlatih setiap hari dan ia dapat dijalankan dengan baik oleh anak-anak buah saya ketika menewaskan Thailand (Singha All Star) dan Malaysia (Harimau Malaya).

"Disebabkan kami melakukan sesi latihan tertutup, ramai pihak tidak dapat menjangka atau meramalkan corak permainan kami ketika beraksi di atas padang tetapi saya melihat perkara itu di sebaliknya.

"Apa yang penting barisan pemain Chelsea tidak berdepan masalah dengan aplikasi latihan ini," kata Mourinho pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan kelmarin.

Begitupun, bekas jurulatih Real Madrid dan Inter Milan itu tetap memuji kesungguhan yang ditunjukkan Harimau Malaya pada aksi tersebut.

"Mereka (Harimau Malaya) merupakan satu pasukan yang bagus. Pada babak pertama, kami tidak bermasalah untuk menguasai bola.

"Namun, mereka berjaya memberikan tekanan kepada kami dengan melakukan beberapa serangan balas yang bagus dan kreatif pada babak kedua," ujarnya.

'Biarlah orang nak kritik'

Posted:

'Biarlah orang nak kritik'

'Biarlah orang nak kritik'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


SULTAN AHMAD SHAH (tiga dari kiri) berkata sesuatu kepada barisan pemain Harimau Malaya selepas majlis berbuka puasa di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah menggesa skuad Harimau Malaya supaya tidak sesekali tunduk terhadap kritikan dan provokasi daripada sesetengah pihak.

Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda yakin bahawa skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu masih berpeluang untuk memperbaiki prestasi semasa meskipun berdepan dengan kritikan hebat terutama membabitkan kedudukan mereka dalam ranking dunia.

Menurut Sultan Ahmad Shah, FAM sudah lali dengan pandangan-pandangan negatif itu, justeru baginda berharap Harimau Malaya menjadikan kritikan tersebut sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

"Negara ini mengamal dasar terbuka (demokrasi). Semua orang boleh bercakap dengan mengkritik (prestasi Harimau Malaya).

"Ini bukan pertama kali skuad negara berdepan dengan situasi tersebut tetapi kita perlu berusaha untuk memperbaiki ranking kita," titah baginda pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa FAM bersama media di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.

Sejak kebelakangan ini, prestasi Harimau Malaya sering mendapat kecaman daripada pemerhati dan peminat bola sepak tanah air.

Kemuncak kemarahan mereka apabila FAM hanya mengatur aksi persahabatan membabitkan Harimau Malaya dengan pasukan-pasukan berstatus kelab.

Kegagalan FAM mengatur perlawanan persahabatan kelas A dengan pasukan antarabangsa dilihat sebagai antara punca prestasi Harimau Malaya terus merudum.

Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) awal bulan ini, skuad Harimau Malaya kekal di tangga ke-159, sama seperti kedudukan bulan lalu.

Sebagai rekod, pada Januari 2013, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158, Februari (159) Mac (164), April (163) dan Mei (161).

Dalam perkembangan lain, Sultan Ahmad Shah turut melahirkan rasa gembira terhadap prestasi Harimau Malaya biarpun tewas 1-4 kepada Chelsea pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

"Saya tetap berpuas hati dengan persembahan skuad negara ketika mereka menentang Chelsea dan saya yakin, kita masih berupaya untuk memperbaiki tahap persembahan kita," titah baginda.

Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Jepun malam ini bagi mengharungi perlawanan persahabatan menentang tiga kelab Jepun - Shimizu S Pulse (25 Julai), Shonan Bellmare (27 Julai) dan Tokyo Verdy (30 Julai) sebelum menentang gergasi Sepanyol, Barcelona di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Ogos depan.

Ramalan awal Chong Wei

Posted:

Ramalan awal Chong Wei

Ramalan awal Chong Wei

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


CHONG WEI memburu gelaran sulung pada Kejohanan Dunia 2013 di Guangzhou, China bulan depan.


JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei menganggap empat empat handalan China sebagai pencabar terkuatnya pada Kejohanan Badminton Dunia 2013 di Guangzhou, China bulan depan.

Biarpun peluang memburu gelaran pertama pada kejohanan kali ini dilihat agak terbuka, Chong Wei meramalkan empat pemain China diketuai Lin Dan, Chen Long, Du Pengyu dan Wang Zhengming mampu menyekat kemaraannya.

"Saya sudah pasti akan cuba yang terbaik tetapi kejohanan kali ini akan menjadi lebih sukar kerana ada empat pemain China.

"Lebih-lebih lagi bermain di Guangzhou iaitu tempat mereka sendiri... sudah tentu kelebihan ada pada mereka tetapi saya tidak ambil kisah mengenai perkara itu.

"Saya pergi untuk menang... walaupun tertekan saya perlu mempamerkan aksi yang baik," kata Chong Wei ketika ditemui pemberita di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Begitupun, Chong Wei tidak boleh menafikan perhatiannya lebih terarah kepada seteru utamanya, Lin Dan yang mendapat wildcard untuk beraksi pada kejohanan tersebut.

"Bagi saya setiap pencabar lebih kurang sama sahaja kecuali Lin Dan. Saya juga tidak tahu keadaannya sekarang tetapi ia bukan perkara yang besar kerana diri saya sendiri lebih penting.

"Lagipun, saya sudah lama berada di atas (pemain No. 1 dunia) dan ramai yang mahu menewaskan saya tetapi apa yang penting sekarang, persiapan diri sendiri untuk beraksi nanti," tambahnya.

Ketika undian yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia semalam, Chong Wei, 30, diundi menentang pemain Ireland, Scott Evans pada pusingan pertama Kejohanan Dunia 2013 yang akan bermula 5 Ogos depan.

Lin Dan pula diundi bertemu pemain Amerika Syarikat, Sattawat Pongnairat pada pusingan pertama.

Sebaik sahaja menamatkan misi pada kejohanan berprestij itu, Chong Wei akan beraksi pada Liga Badminton India (14-31 Ogos) dan Liga Badminton China yang bakal bermula September depan.

Untuk rekod, aksi final Kejohanan Dunia 2011 merupakan pencapaian terbaik Chong Wei sejak dia melayakkan diri pada kejohanan tersebut pada 2005.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


75 maut gempa bumi kuat di China

Posted:

75 maut gempa bumi kuat di China

75 maut gempa bumi kuat di China

SEORANG wanita menunjukkan rumahnya yang runtuh selepas gempa bumi kuat melanda daerah Minxian, dalam wilayah Gansu di China semalam.- REUTERS


BEIDAO - Lebih 75 orang terbunuh apabila dua gempa bumi cetek menggegarkan barat laut China semalam, kata seorang pegawai tempatan kepada agensi berita AFP ketika pasukan penyelamat bergegas untuk mencari mangsa.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat menyatakan, gempa kuat berukuran 6.6 pada skala Richter itu melanda pada pukul 7.45 pagi (waktu tempatan) dan berpusat 151 kilometer ke barat bandar ini, dalam wilayah Gansu.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman hanya 9.8 kilometer dari permukaan Bumi.

Gegaran kedua bermagnitud 5.6 melanda kawasan sama pada pukul 9.12 pagi pada kedalaman 10.1 kilometer.

Pegawai berkenaan berkata, sebanyak 75 orang setakat ini disahkan terbunuh dengan lebih 600 lagi mengalami kecederaan serius.

"Lebih 21,000 bangunan di beberapa buah bandar rosak teruk dan lebih 1,200 lagi runtuh," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, portal berita internet 163.com melaporkan, sebanyak 500 anggota tentera termasuk 120 petugas khas penyelamat telah dikerah ke tempat kejadian.

Stesen-stesen televisyen tempatan menyiarkan rakaman menunjukkan beberapa buah kampung dan jalan raya yang runtuh akibat gempa bumi itu.

Sebahagian besar barat laut China terdedah kepada gempa bumi.

Beberapa penduduk di daerah Minxian dilapor sebagai berkata, mereka melihat banyak pokok dan rumah bergegar.

Menurut mereka, gempa itu berlaku sekitar satu minit.

Gegaran turut dirasakan di ibu negeri wilayah Gansu, Lanzhou dan hingga ke bandar Xian.

Xian merupakan ibu negeri wilayah Shaanxi yang berjiran dengan Gansu.

Sebanyak 200 orang terbunuh apabila gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter melanda wilayah Sichuan awal tahun ini selepas hampir 90,000 orang maut dalam satu gempa bumi dahsyat di wilayah sama. - Agensi

Skylon terbang 4 jam ke mana-mana destinasi di dunia

Posted:

Skylon terbang 4 jam ke mana-mana destinasi di dunia

Skylon terbang 4 jam ke mana-mana destinasi di dunia


Dua jurutera Reaction Engines giat bekerja untuk membangunkan teknologi sistem enjin pra-pendingin.


LONDON - Sebuah syarikat aeroangkasa di Britain sedang membangunkan pesawat baharu yang mampu sampai ke mana-mana destinasi di dunia dalam masa singkat.

Selain itu, pesawat berteknologi tinggi itu juga boleh terbang ke angkasa lepas.

Firma aeroangkasa Britain, Reaction Engines dikatakan sedang membangunkan sebuah pesawat yang dipercayai mampu membawa para penumpang ke mana-mana sahaja di dunia dalam masa empat jam.

Pihak Reaction Engines berkata, perkara itu mampu dilakukan melalui teknologi sistem pra-pendingin.

Dalam satu rakaman video, Ketua Kejuruteraan Reaction Engines, Alan Bond berkata, udara sejuk itu membolehkan enjin jet mengeluarkan kuasa yang jauh lebih tinggi berbanding sekarang.

"Teknologi ini membolehkan pesawat mencapai lima kali ganda kelajuan bunyi dengan mudah," kata Bond.

Syarikat itu berharap dapat menggunakan teknologi tersebut untuk membina sebuah pesawat yang mampu memuatkan 300 penumpang.

Ia yang dinamakan Skylon, sepanjang 84 meter dan dan dianggar berharga AS$1.1 bilion (RM3.49 bilion).

Pesawat tersebut dijangka melakukan penerbangan pandu uji pada 2019. - Agensi

Isteri William dijangka bersalin bila-bila masa

Posted:

Isteri William dijangka bersalin bila-bila masa

Isteri William dijangka bersalin bila-bila masa


PUTERA William dan Isterinya, Kate Middleton tiba di gereja Westminster Abbey di London sempena ulang tahun ke-60 pertabalan Ratu Elizabeth II.- agensi


LONDON - Isteri Putera William, Kate Middleton dimasukkan ke hospital semalam dan dijangka melahirkan anak sulung pasangan diraja Britain itu pada bila-bila masa sahaja.

Kate disahkan hamil pada Disember tahun lalu dengan jantina bayi tersebut tidak didedahkan.

Dalam pada itu, tradisi diraja Britain menyatakan, pengumuman kelahiran bayi itu akan dibuat melalui catatan pada papan buletin kecil di hadapan Istana Buckingham di sini.

Cara sama digunakan untuk mengumumkan kelahiran Putera Charles pada tahun 1948 dan Putera William pada 1982.

Menurut pegawai istana, sebaik sahaja bayi Kate dilahirkan, doktor akan menandatangani dokumen istana dengan mencatatkan jantina dan masa kelahiran bayi.

Antara laporan yang terkandung dalam dokumen itu termasuk keadaan kesihatan dan berat bayi.

Seorang pembantu diraja akan memberikan buletin ini kepada pegawai yang ditugaskan untuk membawanya dari hospital ke istana.

Penghantaran buletin itu akan disiarkan secara langsung di kaca televisyen dan disaksikan oleh berjuta-juta penonton.

Pada masa yang sama, berita itu turut diumumkan dalam talian melalui akaun rasmi Twitter dan Facebook monarki Britain. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pesawat ringan jalani latihan terhempas

Posted:

Pesawat ringan jalani latihan terhempas

Pesawat ringan jalani latihan terhempas

23/07/2013 10:05pm

MELAKA - Sebuah pesawat ringan yang sedang menjalani latihan terhempas di perairan Selat Melaka berdekatan Masjid Selat Pulau Melaka di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu pesawat tersebut membawa tiga orang.

Satu jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu serta dua van Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dikejarkan ke tempat kejadian berhampiran Masjid Selat di Pulau Melaka itu.

Setakat ini laporan awal daripada komander operasi menyatakan terdapat tiga mangsa dengan dua daripadanya berjaya diselamatkan.

Pihak bomba kini sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat

mangsa ketiga. - KOSMO!

Lapor kepada kerajaan negeri jika ada tanah terbiar - Mohamad Hasan

Posted:

Lapor kepada kerajaan negeri jika ada tanah terbiar - Mohamad Hasan

Lapor kepada kerajaan negeri jika ada tanah terbiar - Mohamad Hasan

23/07/2013 9:04pm

SEREMBAN - Semua pemimpin masyarakat terutama ketua-ketua kampung di negeri ini disaran melaporkan kepada agensi-agensi kerajaan berkaitan sekiranya ada tanah-tanah terbiar di kawasan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia bagi membolehkan pihak berkuasa seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaaan Getah (Risda) atau Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengusahakan tanah-tanah itu yang memberi keuntungan kepada pemiliknya.

"Jika ada tanah-tanah terbiar segera laporkan kepada Risda atau Felcra untuk diusahakan, supaya tanah-tanah ini tidak menjadi semak samun atau sarang haiwan liar sehingga membahayakan kawasan itu," katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian dividen Risda di sini hari ini.

Katanya, langkah itu juga selaras dengan usaha kerajaan negeri yang mahu mengurangkan dan menghapuskan tanah-tanah terbiar dengan cara mengusahakannya yang secara tidak langsung akan memberi pulangan kepada negeri dan negara.

Katanya, di negeri ini terdapat dua kategori tanah terbiar yang kebanyakannya dapat diusahakan hasil kerjasama dengan kementerian berkaitan. - Bernama

Patuhi arahan polis dan undang-undang pilihan raya - Ketua Polis Negara

Posted:

Patuhi arahan polis dan undang-undang pilihan raya - Ketua Polis Negara

Patuhi arahan polis dan undang-undang pilihan raya - Ketua Polis Negara

23/07/2013 9:03pm

KUALA BESUT - Pengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut diminta mematuhi arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak melanggar undang-undang pilihan raya bagi memastikan proses pengundian esok berjalan lancar, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Saya harap pengundi berdaftar keluar awal untuk tunaikan tanggungjawab.

Kita jamin keselamatan dalam keadaan terbaik dan terkawal dan tiada sebab untuk untuk tidak keluar mengundi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Markas Taktikal Polis (MARTEK) di sini hari ini.

Katanya, PDRM juga telah bersiap sedia dan menjangka ramai penyokong kedua-dua parti yang bertanding dari luar datang ke Kuala Besut.

Pilihan raya kecil Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon Pas, Endot@Azlan Yusof. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Awi enggan dilabel kasanova

Posted:

Awi enggan dilabel kasanova

Awi enggan dilabel kasanova

AWI RAFAEL kini mahu lebih fokus terhadap karier nyanyiannya.


NAMA Awi Rafael tidak pernah sunyi daripada kontroversi sejak mula dikenali ramai. Terbaharu, isu putus cintanya dengan pelakon Hanez Suraya, 28, menjadi perhatian.

Bagaimanapun tidak lama selepas isu putus cinta itu terpampang di media, Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 27, dikaitkan dengan beberapa artis wanita termasuk penyanyi Shila Amzah yang merupakan kenalan lamanya.

Awi yang ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Hotel Royal Bintang, Damansara baru-baru ini memohon maaf kepada mereka yang turut terkena tempias kerana kontroversi putus cintanya.

"Kami berdua putus cinta atas persetujuan bersama, tidak ada kena mengena dengan orang ketiga. Saya minta maaf kepada mereka yang terkena tempias gara-gara saya putus cinta," ujarnya.

Tegas Awi, dia tidak mahu kerana kisah putus cinta dan gosip dia bercinta dengan artis lain membuatkannya dilabel sebagai lelaki kasanova atau playboy.

"Biarlah orang nak kata apapun tentang saya, tetapi saya tidak mahu imej playboy itu melekat pada saya kerana hakikatnya saya bukan begitu," katanya serius.

Luah Awi lagi, dia sedar dia popular dan semakin dikenali ramai kerana kisah cintanya dengan Hanez, selain lagunya yang sering diputarkan di radio. Bagaimanapun, dia bukan sengaja mahu meraih publisiti dengan cerita cinta.

"Saya tidak salahkan sesiapa yang membesarkan isu cinta kami berdua kerana saya faham kerja media. Saya mencari rezeki dengan isu cinta tetapi saya tidak cari publisiti menggunakan cara ini, sebaliknya ia berlaku tanpa sengaja.

"Kalau boleh saya mahu dikenali kerana lagu-lagu saya, yang lain hanyalah tambahan sahaja," ujarnya.

TINGGAL KENANGAN... Walaupun sudah putus cinta dengan Hanez Suraya, hubungan mereka kekal sebagai sahabat.


Berkembang

Bercerita tentang kontroversinya yang tidak berkesudahan, Awi meluahkan rasa syukurnya kerana dia masih diminati dan kerjayanya semakin berkembang.

"Jika difikirkan balik, sejak saya jadi artis, banyak betul kontroversi. Selepas isu senikata lagu, keluar gambar saya bersama Hanez, isu tatu dan sekarang putus cinta.

"Kalau perkara yang sama terkena pada orang lain, mungkin kerjaya sebagai artis sudah berkubur tetapi saya tidak. Memang saya ada kontroversi, tetapi pada masa yang sama lagu-lagu saya diterima dengan baik.

"Saya agak bertuah kerana sentiasa disokong peminat, mungkin penerimaan pendengar terhadap lagu saya yang menyelamatkan kerjaya saya buat masa ini," luahnya jujur.

Mengakui sejak putus cinta dengan kekasihnya selama setahun itu kehidupannya bertambah sunyi. Namun, sudah tiada jodoh antara mereka, Awi pasrah kerana itu merupakan keputusan terbaik buat mereka berdua.

"Sejak kami berpisah saya belum pernah bersemuka dengannya. Memanglah rasa sunyi tetapi kehidupan harus diteruskan. Sekarang masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya dan sebelum putus kami jarang dapat berjumpa kerana jadual kerja yang padat," katanya.

Disoal mengapa sebelum ini Awi lebih banyak mengambil sikap mendiamkan diri berbanding Hanez yang bersuara terlebih dahulu tentang keretakan hubungan mereka, ini jawapan Awi.

"Sebagai lelaki saya rasa lebih baik mendiamkan diri daripada bercerita dan saya juga harus menghormati Hanez kerana dia wanita yang pernah hadir dalam hidup saya.

"Tidak adil untuknya jika saya bercakap terlebih dahulu tentang keretakan hubungan kami kerana keputusan itu diambil secara bersama. Saya perlukan masa yang sesuai, jadi selepas Hanez mengeluarkan kenyataan barulah saya berbuat demikian.

"Walaupun begitu, kami tidak bermasam muka kerana kami masih baik sebagai kawan dan tidak ada sebarang masalah jika terserempak dalam mana-mana majlis hiburan."


AWI kerap berulang-alik antara Malaysia dan Indonesia dalam usaha memasarkan karier seni suaranya.


Ditebak mungkinkah hatinya telah dicuri mana-mana wanita, Awi hanya menggeleng dan memberitahu fokusnya hanya pada kerjaya muziknya sahaja.

"Memang sekarang saya tidak ada sesiapa tetapi jodoh kita tidak boleh ramal. Namun setakat hari ini, saya tidak mahu terlibat dalam sebarang hubungan cinta dengan sesiapa kerana saya tidak mahu memberi harapan kepada wanita itu.

"Fokus saya hanyalah kerjaya, itulah kehidupan saya sekarang. Jika saya bercinta, saya bimbang saya hanya akan melukai hati orang lain. Soal berkahwin juga saya belum fikir lagi kerana saya harus stabilkan diri dan ekonomi terlebih dahulu," tuturnya jujur.

Tembusi pasaran Indonesia

Jadual harian Awi semakin padat. Selain sibuk dengan persembahan pentas di Malaysia dan negara kelahirannya Singapura, Awi juga sibuk berulang-alik ke Jakarta, Indonesia.

Bukan hatinya sudah tertambat di sana, sebaliknya, Awi kini sibuk dengan persiapan untuk menembusi pasaran muzik negara seberang dengan karya muziknya.

"Memang sibuk, sebulan saya akan berada di tiga negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Sekarang saya kerap terbang ke Jakarta kerana berjumpa dengan pengurusan di sana untuk melebarkan lagi kerjaya saya.

"Bagi saya, untuk masuk ke pasaran Indonesia, kita harus jadi seperti mereka. Bukan mudah, selain pertuturan, gaya lagu juga harus sesuai dengan jiwa orang Indonesia," balasnya.

Bagaimanapun, tidak sukar buat Awi kerana bapanya sendiri merupakan orang Indonesia yang kini menetap d Bali. Selain mempunyai keluarga, Awi juga mempunyai ramai rakan di republik itu.

"Jika di sini saya telah dikenali tetapi di Indonesia saya merupakan artis baharu, jadi banyak kerja dan persiapan yang harus dilakukan. Sekarang baru di peringkat perbincangan, doa-doakan semuanya berjalan lancar buat saya di sana," pintanya.

'Poyo' perlu atas pentas - Hazama

Posted:

'Poyo' perlu atas pentas - Hazama

'Poyo' perlu atas pentas - Hazama

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

HAZAMA menafikan yang dia cuba memperbodoh-bodohkan Amy Search dan Ramli Sarip dengan meniru aksi dan vokal mereka ketika membuat persembahan di pentas.


PENYANYI kelahiran Akademi Fantasia musim kesembilan, Hazama Ahmad Azmi atau Hazama pernah dituduh sebagai penyanyi 'poyo' (berlagak bagus) apabila dia sering menunjukkan aksi yang berlebih-lebihan di atas pentas.

Enggan berterusan dilabel sebagai 'poyo', Hazama berani mempertaruhkan judul album sulungnya sebagai Penglipur Lara. Ia bagi membuktikan dirinya seorang penghibur biarpun dia boleh dianggap masih lagi 'hijau' dalam dunia nyanyian.

Seiring dengan kemunculan album sulungnya itu, Hazama turut mengadakan persembahan mini, sekali gus melancarkan album sulungnya itu di Wisma Bentley Music, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam persembahan mininya itu dia menyampaikan lapan buah lagu termasuk lagu popular Tanya Sama Pokok dan Simetri serta lagu ciptaannya sendiri iaitu Dengarlah. Hazama turut meniru gaya dan vokal penyanyi Amy (Search) dan juga Ramli Sarip bagi menghiburkan peminat-peminatnya pada malam itu.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Hazama selanjutnya.

Kosmo!: Sebelum ini ada yang melabelkan Hazama sebagai 'poyo' tetapi tidakkah risau label tersebut akan terus dikaitkan dengan anda, lebih-lebih lagi selepas nekad meletakkan judul Penglipur Lara sebagai judul album sulung?

HAZAMA: Ada yang salah faham dengan karakter saya. Saya fikir, kita harus 'poyo' di atas pentas untuk menghibur dan menggembirakan orang ramai. Sebaliknya, orang salah faham pula. Saya harap tiada lagi salah faham dan melabelkan saya 'poyo' selepas kemunculan album Penglipur Lara ini. Sebab, niat saya hanya untuk menghiburkan orang.

Berapa buah lagukah yang terkandung dalam album Penglipur Lara?

Antara lagu yang dimuatkan dalam album itu termasuklah Majnum, Semalam, Akhir Ceritera, Ulik Mayang, Penglipur Lara, Noktah, Simetri (duet dengan Amy Search), Relakan Jiwa serta sebuah lagu ciptaan saya sendiri iaitu Dengarlah.

Boleh kongsikan cerita mengenai lagu ciptaan anda itu?

Saya dapat inspirasi untuk menghasilkan lagu Dengarlah melalui pengalaman diri sendiri seperti cinta, selain perjalanan susah dan senang kehidupan saya selama ini.

Setelah tujuh tahun menyanyi kini Hazama sudah memiliki album. Bagaimanakah perasaan anda?

Tujuh tahun lalu saya hanya mampu berangan untuk memiliki album sendiri. Akhirnya, impian saya itu menjadi kenyataan. Sebelum ini saya hanya menyanyikan lagu-lagu orang. Kini, saya memiliki lagu yang dimahukan. Kalau boleh, saya mahu jadi penyanyi versatil.

SELEPAS tujuh tahun bergelar penyanyi, Hazama kini boleh tersenyum kerana impiannya untuk memiliki album sendiri terlaksana.


Siapakah komposer yang mencipta lagu-lagu Hazama?

Album berkonsepkan pop rock ini mempertaruhkan komposer dan penulis lirik terkenal seperti Audi Mok, Omar K, Manusia Putih, Mike Chan, Zel Hadauan dan Cat Farish.

Tahniah atas persembahan mini anda. Apakah yang Hazama harapkan melalui persembahan mini tersebut?

Tujuan saya adakan persembahan mini ini bukan sahaja untuk melancarkan album tetapi juga untuk memperkenalkan kumpulan saya. Bila ada persembahan secara langsung saya akan buat persembahan dengan mereka.

Kenapakah anda perlu mempunyai sebuah kumpulan sendiri untuk mengadakan persembahan secara langsung?

Sebenarnya, saya sudah bosan menyanyi secara minus one. Saya lebih puas bila menyanyi menggunakan muzik secara langsung iaitu secara berkumpulan.

Ketika di atas pentas tadi Hazama ada meniru gaya dan suara penyanyi otai Amy Search dan juga Ramli Sarip, malah ia dibuat secara lawak. Tidakkah anda rasa perbuatan itu seperti menyindir atau memperbodoh-bodohkan mereka?

Saya tidak berniat untuk menyindir mahupun memperbodoh-bodohkan Amy Search dan Ramli Sarip. Mereka adalah idola saya. Saya membesar dengan lagu-lagu Amy, Zamani, Ramli Sarip dan juga Nash. Saya sekadar ambil mood untuk memberikan persembahan yang mantap. Saya juga lakukannya sebagai suatu penghormatan kepada mereka.

Adakah anda turut meniru suara penyanyi-penyanyi tersebut ketika menyanyikan lagu-lagu anda?

Mereka sekadar inspirasi. Saya tidak pernah mahu berada dalam industri dengan menjadi orang kedua atau orang lain.

Hazama tidak pernah merahsiakan mengenai percintaan dengan seorang gadis. Bilakah anda dan kekasih bakal berkahwin?

Album sulung saya baru muncul, jadi saya mahu fokus kepada kerjaya dahulu. Saya juga belum begitu kukuh dalam industri seni. Mujur si dia sangat memahami.

Ramadan baru menjelma, jadi apakah aktiviti anda sepanjang bulan ini?

Saya akan sibuk sepanjang Ramadan dengan rangka promosi album dan juga penggambaran filem Hantu Nan Sempit. Saya juga terlibat dengan program televisyen Sampaikan Salam Raya di Astro tetapi saya tetap akan pulang berhari raya di Ipoh, Perak.

Madagascar 3: Europe's Most Wanted versi Melayu

Posted:

Madagascar 3: Europe's Most Wanted versi Melayu

Madagascar 3: Europe's Most Wanted versi Melayu

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


BARISAN peminjam alih suara versi bahasa Melayu animasi Madagascar 3: Europe's Most Wanted bergambar sewaktu majlis pelancaran animasi tersebut baru-baru ini.


PADA pertengahan tahun lalu, filem animasi Madagascar 3: Europe's Most Wanted mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan apabila berhasil mengutip lebih RM2 bilion setelah ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

Berdasarkan kepada sambutan hangat filem berkenaan, saluran HBO Asia mengambil keputusan untuk menayangkannya dengan versi yang dialih suara dalam bahasa Melayu.

Ketua Jualan Dan Pemasaran Bersama HBO Asia, Jacelyn Kek berkata, penayangan tersebut dibuat berdasarkan kesinambungan kepada langkah yang sama mereka lakukan untuk filem The Smurf pada tahun lalu.

"Sebelum ini kami telah memilih The Smurf untuk dialih suara ke dalam bahasa Melayu, khusus buat penonton di Malaysia.

"Ternyata langkah sedemikian mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

"Pada tahun ini pula filem Madagascar 3: Europe's Most Wanted telah dipilih dan akan ditayangkan ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti," ujarnya pada majlis pelancaran yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Jacelyn, untuk program alih bahasa berkenaan pihaknya telah mendapatkan kerjasama ramai artis popular yang akan menyumbangkan suara mengikut watak-watak dalam filem animasi itu.

Ujarnya, berbanding dengan filem The Smurf dahulu, kali ini mereka telah menggunakan khidmat suara artis dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.

"Sebelum ini kami hanya memilih artis popular dari Malaysia untuk melakukan alih suara tetapi dengan gabungan ketiga-tiga negara, pastinya membuatkan ia menjadi lebih menarik," ujarnya.

Antara barisan artis yang telah menjayakan alih suara filem berkenaan seperti Hafiz Suip, Lisa Surihani, Fahrin Ahmad, Hazama, Didie Alias, Zahid dan Adifashla serta Najib Ali, Taufik Batisah (Singapura) dan Jazz Hassan (Brunei).

LISA SURIHANI meminjamkan suaranya untuk watak Gloria The Hippo dalam animasi Madagascar 3: Europe's Most Wanted.


Filem tersebut mengisahkan tentang empat sekawan iaitu Alex The Lion, Marty The Zebra, Melman The Girrafe dan Gloria The Hippo berusaha untuk ke New York, Amerika Syarikat.

Dalam perjalanan ke sana, keempat-empat haiwan berkenaan berhadapan dengan ugutan seorang Pegawai Kawalan Haiwan Perancis iaitu Kapten Chantel DuBois.

HBO Asia akan menyiarkan tayangan perdana Madagascar 3: Europe's Most Wanted pada Aidilfitri pertama iaitu 8 Ogos depan di saluran HBO (Astro 411) dan HBO HD (Astro 431) pada pukul 8 malam.

Cabaran

Pelakon Lisa Surihani yang ditemui semasa majlis pelancaran berkata, dia sangat berterima kasih kerana pihak HBO Asia masih memberi kepercayaan kepadanya untuk sama-sama terlibat dengan program alih suara tersebut.

Ujarnya, sebelum ini dia pernah terlibat dengan alih suara untuk filem The Smurf dan terbabit dalam projek sedemikian memberi pengalaman yang cukup bermakna buat dirinya.

"Sebagai seorang peminat rancangan animasi, dapat terbabit dengan program-program alih suara sebegini pastinya membuatkan saya teruja, apatah lagi untuk filem yang hebat seperti Madagascar 3: Europe's Most Wanted.

"Mungkin orang menyangka melakukan kerja alih suara ini mudah. Sebenarnya ia memberi cabaran yang agak besar apabila perlu menggunakan cara tersendiri dan tidak boleh terikut-ikut dengan suara versi asal," ujarnya yang menyumbang suara untuk watak Gloria The Hippo.

Sementara itu, penyanyi Hafiz Suip yang menyumbang suara untuk watak Alex The Lion turut mempunyai pandangan yang sama dan menyatakan bukan mudah untuk melakukan proses alih suara berkenaan.

"Selain perlu berjaga-jaga dengan kawalan suara dan membuat gaya tersendiri, pergerakan bibir dengan watak animasi yang dibawa juga perlu selari supaya filem animasi tersebut kelihatan lebih kemas," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved