Isnin, 22 Julai 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Cabaran emosi jururawat

Posted:

Cabaran emosi jururawat

Cabaran emosi jururawat

MASIH segar lagi di memori penulis tatkala dimasukkan ke salah sebuah hospital swasta dua tahun lalu gara-gara masalah jangkitan paru-paru sehingga disyaki menghidap tibi dan wabak Influenza A (H1N1).

Keadaan tersebut menyebabkan penulis dikuarantin dalam bilik berasingan daripada pesakit lain. Malah, tiada pelawat dibenarkan melawat kerana khuatir berlaku sebarang jangkitan sekali gus menyebabkan penyebaran wabak.

Namun ketika itu, beberapa wanita tanpa rasa takut berulang kali singgah ke wad penulis.

Mereka mencucuk hidung penulis dengan alat ujian influenza, mengambil darah dan menenangkan penulis yang bimbang apabila batuk tidak juga beransur pulih.

Sanggup mengambil risiko demi menjaga pesakit di hospital, mereka merupakan individu yang memikul tanggungjawab besar menerusi profesion jururawat.

Ya, memang benar mereka dibayar gaji untuk melakukan itu semua, namun risiko dan pengorbanan yang dilakukan terlalu besar untuk ditukar dengan wang.

Sejajar dengan pengorbanan mereka, maka selayaknya jururawat di seluruh dunia diraikan pada hari istimewa iaitu Hari Jururawat Sedunia yang disambut pada tanggal 12 Mei setiap tahun.

Tarikh keramat tersebut turut diisytiharkan sebagai Hari Jururawat Malaysia oleh kerajaan bagi mengiktiraf sumbangan jururawat yang berterusan terhadap sektor penjagaan kesihatan di negara.

Tidak dinafikan bahawa jururawat yang disifatkan sebagai nadi hospital menempuh pelbagai cabaran sepanjang menggalas tanggungjawab menjaga pesakit.

Pelbagai ragam pesakit sudah menjadi rencah dalam perjalanan kerjaya mereka.

Bagi jururawat kanan Lee Soon Chai, 37, yang sudah 13 tahun bertugas di suite bersalin Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), hatinya terusik untuk menjadikan jururawat sebagai kerjayanya apabila melihat layanan penuh ikhlas jururawat ketika ayahnya dimasukkan ke hospital.


TATKALA berdepan dengan pesakit jururawat perlu memberi emosi yang positif di sebalik ragam pesakit.


"Sejak situ, minat dalam bidang ini terus mekar dan saya mengambil keputusan mendalami bidang kejururawatan selepas tamat tingkatan lima. Saya belajar selama tiga tahun di Kolej Kejururawatan Pantai sebelum memulakan perkhidmatan di sini.

"Saya suka jadi bidan kerana dapat melihat bayi dilahirkan setiap hari. Seronok apabila dapat berkongsi kegembiraan dengan ibu-ibu yang bersalin di sini," kata ibu kepada dua orang anak yang berasal dari Raub, Pahang itu.

Selain berkongsi kegembiraan, Soon Chai juga turut merasai kesedihan saat si ibu kehilangan bayi akibat komplikasi kelahiran, namun dia tidak boleh terbawa-bawa dengan kesedihan tersebut kerana emosi si ibu harus dijaga.

Adakalanya, hubungan Soon Chai dengan para ibu tidak terhenti di hospital sahaja kerana keakraban tersebut bertukar menjadi kawan.

"Ada juga ibu membawa anaknya yang sudah besar ke sini dan memperkenalkannya kepada kami.

"Melihat ibu dan bayi pulang dengan sihat adalah satu kegembiraan yang tidak ternilai buat saya," ujarnya yang merupakan salah seorang yang mendapat anugerah jururawat terbaik sempena sambutan Hari Jururawat PHKL baru-baru ini.

Ketika ditebak soalan mengenai pengalaman dimarahi pesakit, Soon Chai memberitahu itu merupakan perkara biasa dalam diari seorang jururawat.

"Tidak perlu terasa hati dengan pesakit, kerana emosi mereka tidak stabil berikutan masalah kesihatan yang dihidapi," katanya sambil tersenyum.

Ikhlas bekerja

Dalam pada itu, rakannya, Nur Zuriah Azahari, 30, yang bertugas di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) PHKL memberitahu, walaupun masanya bersama keluarga terhad, namun, dia sangat gembira menggalas tanggungjawab sebagai jururawat.

Jururawat kanan yang merupakan ibu kepada dua anak itu pernah meraih pengalaman profesion lain, namun akhirnya kerjaya sebagai jururawat begitu serasi dengan jiwa Nur Zuriah.

"Setiap hari, saya tidak sabar untuk pergi bekerja melihat keadaan kesihatan 'anak-anak' saya di hospital.

"Paling menyedihkan apabila bayi pramatang yang dijaga dalam tempoh empat hingga enam bulan meninggal dunia akibat masalah komplikasi kesihatan," katanya yang berasal dari Durian Tunggal, Melaka.


PHKL beroperasi di Bangsar sejak tahun 1974 dengan kemudahan 320 katil untuk pesakitnya.


Tambahnya, walaupun bertugas di NICU, tugasnya tidak hanya bertumpu pada penjagaan bayi semata-mata, tetapi turut berdepan dengan ibu bapa bayi tersebut.

"Bagi anak muda di luar sana yang mahu menjadikan jururawat sebagai karier, pastikan anda benar-benar ikhlas untuk menggalas tanggungjawab sebagai jururawat.

"Pekerjaan ini sangat mulia kerana ia dapat membantu orang tidak kira usia dan latar belakang," ujarnya sambil memberitahu seseorang jururawat itu perlu mempunyai persediaan mental dan fizikal yang kuat.

Formula 10 untuk 10

Sama ada anda sedar atau tidak, jururawat meluangkan 70 hingga 80 peratus masanya berinteraksi dengan para pesakit jika dibandingkan dengan masa pesakit bersama doktor atau ahli keluarga masing-masing.

Ini menunjukkan mereka merupakan golongan yang paling rapat dengan pesakit sepanjang berada di hospital.

Maka, tidak hairanlah jika golongan jururawat ini diberikan penghargaan sepatutnya setanding dengan bakti yang dicurahkan.

Pada sambutan Hari Jururawat PHKL baru-baru ini, Soon Chai, Nur Zuriah dan Low Sing Joe dari Institut Kanser Pantai diiktiraf sebagai jururawat terbaik hospital berkenaan.

Pengerusi Pantai Holding Berhad, Khairil Anuar Abdullah menyifatkan sambutan Hari Jururawat pada tahun ini sangat istimewa buat warga jururawat PHKL kerana mereka tampil menyahut cabaran bagi meningkatkan standard perkhidmatan.

"Standard tersebut dapat dipertingkatkan dengan menerapkan formula 10 untuk 10.

"Tugas jururawat sangat mulia kerana selaku jururawat, mereka melakukan sesuatu yang orang lain tidak mampu lakukan," katanya pada majlis sambutan Hari Jururawat di PHKL.


DARI kiri: Nur Zuriah, Soon Chai dan Sing Joe diberikan anugerah sebagai Jururawat Terbaik PHKL 2013.


Dalam pada itu, Ketua Jururawat PHKL, Datin Punithavathy Navaratnam memberitahu, formula 10 untuk 10 boleh dijadikan pemangkin meningkatkan perkhidmatan bukan sahaja di PHKL, bahkan bagi bidang kejururawatan dan industri penjagaan kesihatan secara keseluruhan.

"Formula tersebut harus dipraktikkan bagi menguatkan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan kesihatan di negara ini, secara tidak langsung meningkatkan kepercayaan terhadap kebolehan para jururawat," ujarnya.

Antara intipati formula tersebut adalah menganggap pesakit sebagai sahabat, melawan kemarahan dengan belas kasihan, ingatkan diri mengenai tugas jururawat yang mulia, sentiasa memberikan senyuman, mempunyai sifat empati dan sebagainya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Shafee ketua rayuan kes liwat Anwar

Posted:

Shafee ketua rayuan kes liwat Anwar

Shafee ketua rayuan kes liwat Anwar

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

SHAFEE


PUTRAJAYA – Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang lebih dikenali sebagai peguam berprofil tinggi dilantik mengetuai barisan pendakwaan di Mahkamah Rayuan dalam rayuan terhadap kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad Shafee akan mengemudi pihak pendakwaan selaku perayu dalam kes itu bersama-sama Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria dan Noorin Badaruddin.

Terdahulu, Muhammad Shafee memaklumkan kepada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Ramly Ali, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh bahawa pelantikan beliau secara kontrak itu dibuat berdasarkan Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah.

Seksyen itu memperuntukkan kuasa kepada Peguam Negara di Jabatan Peguam Negara melantik pendakwa raya bagi mengendalikan sesuatu kes mahkamah.

Muhammad Shafee sejurus selepas prosiding itu berkata, surat pelantikan tersebut telah ditandatangani pada 2 Julai lalu oleh Peguam Negara dan diterimanya pada 11 Julai tanpa sebarang alasan dikemukakan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Amah warga Indonesia lari daripada majikan ditahan bersama 'tomboy'

Posted:

Amah warga Indonesia lari daripada majikan ditahan bersama 'tomboy'

Amah warga Indonesia lari daripada majikan ditahan bersama 'tomboy'


SEORANG pembantu rumah (duduk) ditahan bersama kekasihnya seorang 'tomboy' (kanan) di sebuah premis perjudian di Petaling Jaya semalam.


SEREMBAN - Tindakan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang lari dari rumah majikannya di sini semata-mata untuk bersama seorang 'tomboy' akhirnya membawa padah apabila pasangan itu ditahan pihak imigresen di sebuah premis perjudian di Petaling Jaya, Selangor semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang kakitangan awam yang bertugas di sini bahawa pembantu rumahnya yang berusia 26 tahun tidak pulang selepas bercuti sejak Jumaat lalu.

Katanya, pembantu rumah itu yang sudah enam bulan bekerja pada mulanya mahu bercuti selama tiga hari dengan alasan mahu membeli kelengkapan hari raya.

"Pada petang semalam (kelmarin) majikan pembantu rumah itu ada menghubungi wanita tersebut tetapi panggilannya dijawab oleh wanita lain yang memberitahu bahawa pembantu rumahnya tidak mahu pulang kerana sakit.

"Kerana curiga dengan alasan pembantu rumah tersebut, majikan wanita itu telah membuat aduan kepada pihak imigresen untuk tindakan lanjut," katanya di sini semalam.

Ujarnya, susulan daripada laporan itu, pihaknya telah membuat siasatan lanjut sebelum hasil risikan berjaya mengesan wanita berkenaan bekerja di sebuah pusat perjudian di Petaling Jaya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Siti tak izin Datuk K naik motor

Posted:

Siti tak izin Datuk K naik motor

Siti tak izin Datuk K naik motor

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
berita@kosmo.com.my


SITI NURHALIZA (empat dari kiri) dan Datuk K (enam dari kiri) bersama ahli Kelab Bikers Pahang selepas program majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Temerloh semalam.


TEMERLOH - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui masih fobia dan tidak akan mengizinkan Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa menunggang motosikal berkuasa tinggi bagi mengelak berulangnya kemalangan yang menimpa suaminya di New Zealand pada 13 Disember lalu.

Menurut Siti Nurhaliza, suaminya yang juga dikenali sebagai Datuk K sebenarnya masih berminat untuk menunggang motosikal berkuasa besar tetapi beliau masih trauma dengan kemalangan tersebut.

"Selepas kemalangan di Queenstown, New Zealand tujuh bulan lalu, Datuk K telah beri beberapa buah motosikal berkuasa besar miliknya kepada saudara-mara terdekat sebab dia tidak mahu lagi menunggang kerana fobia.

"Dalam hati kecil ini, saya tidak izinkan suami saya tunggang motosikal lagi," katanya.

Siti Nurhaliza berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Gabungan Kelab Bikers Pahang bersama 360 orang anak yatim di Padang Awam Kubang Gajah di sini malam kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Busana perkahwinan diraja ciptaan Bernard

Posted:

Busana perkahwinan diraja ciptaan Bernard

Busana perkahwinan diraja ciptaan Bernard

Oleh HAFIZ AHMAD

KETIKA melangkah masuk ke Dewan Balairong Seri, Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang mata terpaku melihat deretan busana tradisional yang sarat dengan perincian klasik tetapi direka dengan garapan sentuhan moden.

Setiap busana kontemporari itu merupakan karya agung pereka antarabangsa, Datuk Bernard Chandran yang mempunyai pelanggan berprofil tinggi antaranya kerabat Diraja Brunei, Malaysia, selebriti tempatan dan antarabangsa.

Melalui Pameran Perkahwinan Melayu Kontemporari, pengunjung dapat melihat sendiri keindahan dan kehalusan estetika rekaan agung Bernard itu dengan lebih dekat. Istimewanya, setiap busana merupakan pilihan yang dibuat penuh teliti selama berbulan-bulan bagi memastikan nilai eksklusif setara dengan hasilnya.

Malah terdapat busana yang berharga mencecah RM619,000 yang direka dengan perincian mewah menggunakan fabrik mahal dan batu-batuan seperti kristal dan swarovski.

Tumpuan utama semestinya busana-busana pengantin diraja yang diterbangkan khas dari Brunei. Beberapa rekaan menggunakan fabrik tradisi negara tersebut iaitu Jong Sarat.

Jong Sarat merupakan kain signatur Brunei yang sering digunakan dalam majlis perkahwinan diraja. Ia menekap unsur-unsur alam dan Islamik dalam rekaannya berdasarkan kehidupan harmoni negara yang kaya dengan hasil minyak itu. Tempoh pembuatan mengambil masa hampir tiga bulan atau lebih bergantung kepada kerumitan motif selain kemahiran dan kepakaran seseorang penenun.

Ketinggian artistik Jong Sarat menjadi pilihan utama kepada pengantin Diraja Brunei untuk diterjemahkan kepada busana hari persandingan mereka.


KURUNG pendek moden merah dan jong sarat emas digayakan Dayangku Ratna Siti Nooraishah pada majlis Muleh Tiga Hari pada tahun 2012.


Persandingan Diraja Brunei

Keindahan fabrik itu dapat dilihat melalui busana yang disarungkan oleh puteri kepada Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah. Pakaian pengantin rasmi itu menggunakan 80 peratus rona emas dan 20 peratus merah hati dikemaskan dengan perincian kristal, sekuin dan manik bermutu tinggi.

Persandingan Dayangku Ratna Siti Nooraishah turut menggunakan material sama dalam perkahwinannya yang dilangsungkan pada tahun 2012. Busana bermotifkan bunga-bunga tradisional dilatari rona perak sebagai warna asas.

Dalam tempoh dua dekad, Bernard diberi kepercayaan untuk mereka busana pengantin Diraja Brunei. Gabungan moden dan klasik sentuhannya menambah seri dan kejelitaan si pengantin.

Selain Puteri Majeedah, Bernard turut mempamerkan busana untuk beberapa kerabat Brunei lain antaranya Puteri Hajah Hafizah Sururul Bulqiah, Puteri Hamidah Jamalul Bulqiah dan Pengiran Yura Halimatussa'dah.

Lebih 10 pasang busana dari Brunei dipamerkan dalam muzium itu. Beberapa rekaan pada awal pembabitan Bernard dalam industri fesyen turut dibawa masuk untuk ditunjukkan kepada masyarakat tempatan.

"Salah satunya ialah baju kebaya panjang renda Lurex yang direka untuk pertunjukan fesyen Rias pada tahun 1996. Ia merupakan koleksi tertua yang dipamerkan dalam muzium ini," ujarnya. Kebaya dengan perincian kristal itu antara percubaan awal Bernard dalam mereka busana tradisional.

"Pada waktu itu, harga kristal sangat mahal. Saya mengingatkan pekerja untuk mengira jumlah kristal agar tidak berlebihan digunakan dalam penghasilan kebaya tersebut," imbas Bernard.

Turut dipamerkan ialah kebaya yang menggunakan enam meter kain, direka pada tahun 1994. Ketika itu, kata Bernard, orang ramai mengatakan rekaan tersebut tidak masuk akal kerana lari daripada rekaan tradisi biasa.


BERNARD menjadi tumpuan di Muzium Sultan Abu Bakar baru-baru ini menerusi ciptaan busana perkahwinan kontemporari dan mewah yang berjaya diarkibkan.


"Tetapi beberapa tahun selepas itu, ramai mula membuat kebaya dalam rekaan serupa.

"Saya mahu memberi inspirasi kepada pereka baharu dan tukang jahit kecil untuk mempunyai stail tersendiri melalui penerapan daripada rekaan asli saya. Jika mereka dapat melakukannya, ia memberi kesan yang baik kepada masyarakat kita," jelasnya.

Idea mempamerkan busana itu tercetus ketika Bernard melawat Muzium Permaisuri Sirikit, Thailand. Dalam muzium itu, koleksi busana permaisuri kesayangan negara jiran tersebut dikumpulkan sejak 1950-an. Setiap persalinan merupakan ciptaan pereka dari Perancis, Pierre Balmain.

"Koleksi selama 25 tahun itu sangat menakjubkan dan ia memberi ilham kepada saya untuk melakukan perkara yang sama suatu hari nanti," kata Bernard.

Busana untuk pameran

Bapa kepada lima orang anak itu, menambah, jiwanya yang dekat dengan muzium dipupuk sejak menuntut di Paris, Perancis 20 tahun dahulu. Banyak yang dipelajari Bernard ketika mengunjungi satu per satu muzium di negara itu.

Sekembalinya ke tanah air, dia terus ke Muzium Negara untuk melihat sejarah susur galur busana tradisional masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Bernard cuba mencari informasi mengenai sejarah di sebalik busana seperti cheongsam atau baju kurung Kedah.

"Saya masih belum jelas dengan maklumat yang diperoleh. Disebabkan itu, saya nekad untuk mengarkibkan setiap perkara yang berlaku di sekeliling saya.

"Sehinggakan, ada seorang pekerja yang akan mengambil gambar baju yang saya pakai setiap hari selain gambar anak-anak. Ia akan disimpan secara bersistem seperti yang dilakukan dalam sebuah muzium," jelasnya.

Cita-cita untuk mempamerkan busana dalam muzium akhirnya terlaksana apabila mendapat pelawaan daripada Pengarah dan Kurator Muzium Sultan Abu Bakar, Ahmad Farid Abd. Jalal.


BUSANA pengantin ini disarungkan Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah pada resepsi perkahwinannya pada tahun 2007.


Mereka bersama-sama merangka perancangan dengan mengumpul busana-busana selain mendapatkan maklumat penting untuk pameran tersebut.

Hampir setahun mereka cuba merealisasikan impian itu sehinggalah menempah khas patung mannequin dari Perancis. Ia bertujuan untuk mendapatkan bentuk asal baju tersebut tanpa perlu diubah.

Malah, susun atur muzium juga mendapat sentuhan peribadi Bernard bagi memberi impak yang lebih berkesan. Melangkah masuk ke Balairong Seri, pengunjung akan melihat foto-foto perkahwinan pengantin Melayu era 50-an hingga 80-an. Pada satu sudut, ditayangkan video persandingan penduduk setempat dengan gaya terkini.

Busana persandingan diletakkan mengikut kedudukan tertinggi takhta Diraja Brunei. Di antara pakaian pengantin diraja itu, turut kelihatan busana yang dipakai oleh isteri kepada angkasawan pertama negara, Datin Dr. Halina Mohd. Yunos. Busana itu sama gah melalui rekaan geometri dengan perincian efek tiga dimensi.

Setiap busana disertakan bersama penerangan maklumat baju yang menggunakan alat gajet tablet bagi memberikan informasi berkaitan pemakai, fabrik dan tahun ia direka.

Penampilan klasik sempena Aidilfitri

Posted:

Penampilan klasik sempena Aidilfitri

Penampilan klasik sempena Aidilfitri

Oleh HAFIZ AHMAD

POTONGAN klasik baju kurung diberi sentuhan kontemporari.


SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri umpama tidak lengkap tanpa menyarungkan busana baharu dan terkini. Di negara ini, lebaran merupakan saat yang ditunggu-tunggu golongan wanita bagi menggayakan busana tradisi dengan acuan kontemporari.

Aidilfitri lebih meriah jika setiap wanita memakai persalinan dengan elemen tradisi dan klasik. Penampilan tampak sedondon bersama si dia yang segak bergaya memakai baju Melayu lengkap bersamping.

Bagi mereka yang inginkan penampilan klasik pada hari lebaran, koleksi cetusan Hazree Wahid mungkin menepati cita rasa penampilan anda.

"Tahun ini, saya mengekalkan potongan klasik dengan kombinasi kebaya dan baju kurung moden. Ia sinonim dengan hari lebaran kerana kebanyakan wanita inginkan penampilan yang lebih tradisi ketika bertandang ke rumah terbuka," ujar Hazree Wahid ketika ditemui Stailo baru-baru ini.

Antara ciri klasik yang dikekalkan adalah potongan belah belakang dan potongan sendat yang mengembalikan aura primadona layar hitam putih.

Pilihan warna berani melalui penataan rona seperti merah, hitam dan putih krim menyerlahkan lagi penampilan anggun seseorang wanita kala melangkah penuh yakin.

Pencinta busana kebaya boleh memilih dua rekaan sama ada rekaan pendek atau diberi sentuhan kontemporari. Memberi kelainan kepada gaya kebaya rona merah, Hazree mencipta sensasi melalui rekaan beropol mengikut trend gaya peplum.

Bagi memberi impak glamor kepada si pemakai, Hazree bijak menata busana dengan hiasan bunga yang direkanya sendiri. Tambah menarik, ia diperindahkan dengan perincian kristal mengubah kebiasaan busana yang ditaburi jahitan manik-manik.

Terdapat 12 rekaan boleh ditempah pelanggan setia Hazree sempena musim perayaan ini. Semestinya personaliti dan penampilan bergaya menjadi keutamaannya bagi menampakkan kejelitaan seseorang wanita.

Dalam pada itu, Hazree turut mencipta koleksi lebaran sedia pakai melalui kolaborasi bersama gedung beli-belah Parkson. Busana sedia pakai itu lebih kasual dan ringkas sesuai bagi mereka yang bergaya ringkas dan minimalis.

Anggun dan menawan di Aidilfitri

Posted:

Anggun dan menawan di Aidilfitri

Anggun dan menawan di Aidilfitri


KOLEKSI Orkid menambah seri di hari lebaran.


KEMERIAHAN Hari Raya Aidilfitri kian terasa dan untuk kesekian kalinya, jenama barang kemas popular, Poh Kong mengeluarkan koleksi terbaharu yang indah mempesona.

Tahun ini, pencinta barangan kemas ditawarkan dengan pelbagai pilihan emas tempawan yang menawan. Rekaan terbaharu Poh Kong di bawah nama Anggun menampilkan tiga koleksi yang mempesona.

Koleksi Orkid, Karya Anggun dan Manja mampu menjadikan Syawal kali ini lebih elegan dan bergaya kepada kaum Hawa.

Rangkaian barang kemas Orkid didatangkan dalam empat set. Ia menjadi lambang kecintaan, kemewahan dan keindahan kepada si pemakai. Setiap item dalam koleksi tersebut dihasilkan menerusi pertukangan halus dan terperinci.

Lebih menarik, koleksi Orkid membolehkan si pemakai menyuai padan pasangan subang yang berbeza untuk digandingkan bersama cincin dan loket atau kalung mengikut cita rasa masing-masing.

Penampilan tampak eksklusif

Set pertama Orkid misalnya menggabungkan rangkaian perhiasan subang, loket dan cincin. Padanan setiap item set tersebut dengan sempurnanya menggambarkan keindahan alam dan menjadikan penampilan tampak eksklusif.

Kelainan corak pada sepasang subangnya juga direka khas agar ia sesuai dipakai pada kedua-dua belah telinga. Berteraskan elemen flora, subang tersebut diadaptasi daripada reka corak semasa bagi melahirkan gaya moden.


LENGKAPKAN busana Aidilfitri dengan barangan kemas edisi istimewa Poh Kong.


Namun, item paling menonjol dalam set pertama Orkid datangnya daripada rekaan cincin. Berlatarkan konsep awan larat, motif bunga dan tangkai halus pohon melingkar indah di jari si pemakai.

Menerusi Karya Anggun, seni kaligrafi khat dapat dilihat menghiasi barang kemas koleksi tersebut. Si pemakai boleh memilih daripada 10 reka corak loket dengan perkataan menarik.

Anggun, Cinta, Malaysia, Rindu, Kasih, Sayang, Kejayaan, Perpaduan, Manja dan Indah merupakan 10 perkataan yang diterapkan dalam loket motif flora tersebut.

Hari raya tidak akan meriah tanpa kehadiran kanak-kanak. Untuk itu, koleksi Manja direka khusus untuk si cilik dengan menampilkan pilihan barang kemas yang cukup molek dijadikan pemberian istimewa sempena Syawal.

Bersandarkan motif bunga raya, orkid, melur dan alamanda, koleksi barang kemas itu terdiri daripada cincin, gelang, subang dan loket.

Kesemua koleksi Aidilfitri Poh Kong boleh didapati di semua kedai barang kemas Poh Kong, Poh Kong Gallery dan Diamond & Gold.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Panadol, PLUS edar kad MyPLUSMiles

Posted:

Panadol, PLUS edar kad MyPLUSMiles

Panadol, PLUS edar kad MyPLUSMiles

ORANG ramai berpeluang mendapatkan kad pra-isi MyPLUSMiles secara percuma di plaza-plaza tol terpilih.


GLAXOSMITHKLINE Consumer Healthcare Sdn. Bhd. (GSK), iaitu pembuat Panadol, dengan kerjasama Touch 'n Go Sdn. Bhd. (Touch 'n Go) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melancarkan Kempen Panadol Sentiasa Bersedia baru-baru ini.

Matlamat utama Kempen Panadol Sentiasa Bersedia adalah meneruskan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan pengguna jalan raya semasa bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

"Kempen ini merupakan salah satu kempen penting supaya umat Islam dapat menikmati setiap detik penuh bermakna bersama ahli keluarga sepanjang musim ini.

"Kami berbangga kerana inisiatif ini berterusan untuk dua tahun berturut-turut," kata Timbalan Presiden dan Pengurus Besar GSK, Rachel Ferdinando.

Kempen tersebut dihangatkan lagi dengan kerjasama berterusan bersama Touch 'n Go dan rakan kerjasama baharu iaitu PLUS.

Tahun ini, kempen itu menyaksikan penghasilan 60,000 kad pra-isi Panadol MyPLUSMiles yang keseluruhan bernilai RM1 juta ditawarkan secara percuma kepada pengguna jalan raya pada tempoh bulan Ramadan dan balik kampung.

"Kami berasa bangga kerana menjadi sebahagian daripada usaha sama dengan GSK dan PLUS sempena bulan Ramadan ini sebagai satu cara untuk kami mengukuhkan jenama masing-masing.

"Ia secara tidak langsung dapat memberikan pengalaman balik kampung yang selamat dan tenang kepada pengguna jalan raya," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Touch 'n Go, Abdul Karim Md. Lassim.

Tambahnya, diharapkan usaha tersebut dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya tentang kepentingan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan mereka dalam musim perayaan.


FERDINANDO (tiga dari kiri) bersama Abdul Karim (dua dari kiri), Ismail (tengah) dan Mohd. Zulastri (tiga dari kanan) menunjukkan replika kad pra-isi Panadol MyPLUSMiles sempena Kempen Panadol Sentiasa Bersedia di Plaza Tol Sungai Besi baru-baru ini.


Dalam pada itu, Pengurus Besar Kanan, PLUS Malaysia Berhad, Ir. Mohd. Zulastri Mohd. Amin, berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada kempen tersebut bersama dua jenama terkemuka di negara ini.

"Sebagai penyelenggara lebuh raya terbesar di Malaysia, kami memahami keadaan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia sepanjang tempoh perjalanan yang sangat sibuk.

"Justeru, dengan kerjasama GSK dan Touch 'n Go, PLUS menawarkan kad pra-isi Panadol MyPLUSMiles sebagai satu cara bagi melancarkan perjalanan balik kampung," katanya.

Kad tersebut akan diedarkan kepada pengguna lebuh raya di plaza tol yang telah ditetapkan.

Kempen Panadol Sentiasa Bersedia itu dirasmikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh.

Kad pra-isi Panadol MyPLUSMiles akan diedarkan di plaza tol terpilih pada 2 hingga 4 Ogos 2013. Selain di plaza tol, orang ramai juga boleh mendapatkan kad edisi khas tersebut melalui Hot FM zoomers, Pasar Raya Besar Mydin dan cawangan premis Guardian di seluruh negara.

Sebagai rakan kerjasama kempen, Touch 'n Go akan menggunakan platform digital untuk mengadakan pertandingan sepanjang tempoh kempen.

Beberapa aktiviti lain akan dijalankan semasa kempen tersebut termasuk pengaktifan runcit yang memberi peluang kepada pembeli untuk memenangi lebih banyak hadiah.

"Panadol telah pun menawarkan ubat kelegaan kepada rakyat Malaysia sejak lebih 50 tahun dahulu. Ia memang merupakan visi GSK untuk terus menghubung dan membolehkan orang ramai menikmati kehidupan sepenuhnya dengan menawarkan kelegaan bagi kesakitan.

"Visi tersebut telah mendorong jenama ini menawarkan produk khusus dengan cara saintifik dan kempen pengguna untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah. Inilah tunjang bagi Kempen Panadol Sentiasa Bersedia," kata Ferdinando.

Keenakan masakan utara India Restoran D'Tandoor

Posted:

Keenakan masakan utara India Restoran D'Tandoor

Keenakan masakan utara India Restoran D'Tandoor


YUSRIZA menunjukkan antara juadah yang ditawarkan di Restoran D'Tandoor Pulau Pinang sepanjang Ramadan ini.


BERKONSEPKAN hidangan dari utara India, Restoran D'Tandoor cawangan Bandar Perda di Pulau Pinang menyajikan pelbagai juadah berbuka puasa untuk pilihan orang ramai sepanjang Ramadan ini.

Antaranya sizzling ayam tanduri, roti nan, udang tanduri zafrani, bhaji bawang dan kopi istimewa D'Tandoor.

Pengarah Urusannya, Yusriza Yusoff berkata, kesemua set hidangan ala carte bertemakan masakan utara India itu sesuai dengan cita rasa serta selera masyarakat tempatan.

Menurut beliau, kebanyakan juadah berkenaan dimasak menggunakan arang bagi mengekalkan keenakan rasa masakan.

"Kesemua menu berkenaan disediakan oleh chef yang berpengalaman daripada Pakistan dan dimasak dengan menggunakan bahan serta rempah-ratus yang diimport dari India bagi mengekalkan cita rasa aslinya.

"Restoran ini juga masih lagi menggunakan teknik membakar dan panggang kebanyakan hidangannya dalam tempayan seperti yang dilakukan di Asia Selatan khususnya India," katanya.

Sajian stimbot di Hotel Sheraton Imperial

Posted:

Sajian stimbot di Hotel Sheraton Imperial

Sajian stimbot di Hotel Sheraton Imperial


LIMA chef profesional menunjukkan hidangan stimbot beraneka pilihan yang terdapat di Hotel Sheraton Imperial.


TEMA The All Stars Steamboat Affair yang diperkenalkan Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur menjadi taruhan untuk bufet Ramadan pada kali ini. Kelazatan stimbot bertambah istimewa kerana disajikan bersama enam jenis sup.

Sajian lengkap dengan pilihan sayuran segar yang enak dimakan bersama ikan siakap, salmon, daging, ketam dan udang menjanjikan sajian iftar anda berlainan dengan hari-hari sebelumnya. Bagi pencinta masakan pedas yang disuntik rasa masam manis pula bolehlah mencuba hidangan popular Sheraton Imperial iaitu asam pedas 'Jonker Street' dan tomyam Thai.

Sheraton Imperial turut menghidangkan kari nyonya Pulau Pinang dan sup daging 'Napoli' sebagai menu tambahan istimewa kepada pengunjung yang hadir. Tidak dilupakan lauk wajib seperti sup ayam dan ikan untuk mereka yang gemarkan selera tradisional ala kampung.

Bagi yang tercari-cari masakan utara, apa kata nikmati hidangan nasi beriani dan nasi kandar Pulau Mutiara. Sajian tersebut disediakan oleh lima chef profesional yang terdiri daripada Chef Kabir, Chef Jamsari, Chef Alessandro dan Chef Loo.

Bagi mereka yang berhajat untuk makan di rumah boleh dapatkan nasi Mandi Ramadan di Toastina Café & Bar pada harga RM15 seorang. Ia mula dijual pada pukul 4 hingga 6 petang sehingga 6 Ogos ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Serangan bom ragut 65 nyawa di Iraq

Posted:

Serangan bom ragut 65 nyawa di Iraq

Serangan bom ragut 65 nyawa di Iraq

DUA anggota keselamatan Iraq meninjau sebuah masjid Sunnah yang menjadi sasaran pengebom berani mati di bandar Wajihiya, daerah Diyala kelmarin.


BAGHDAD - Gelombang serangan bom di wilayah Baghdad meragut 65 nyawa kelmarin, kata beberapa pegawai ketika Iraq berusaha mengekang keganasan terburuk di negara itu sejak 2008.

Seramai 520 orang terbunuh dalam keganasan yang berlaku di Iraq sepanjang bulan ini.

Seorang kolonel polis dan pegawai perubatan berkata, sebanyak 12 bom kereta dan sebutir bom tepi jalan meletup di sini dengan sebutir lagi di Madain, selatan bandar raya ini.

Siri letupan itu turut mencederakan 190 orang.

Gelombang serangan bom itu melanda bandar raya ini semasa penduduknya keluar membeli-belah dan berehat di kafe-kafe selepas waktu berbuka puasa.

Dalam beberapa serangan paling berdarah, dua bom kereta membunuh 12 orang di Karrada manakala dua bom kereta dan sebutir bom tepi jalan meletup di Zafraniyah. Keganasan turut berlaku di utara Iraq.

Sebutir bom tepi jalan yang meletup meragut nyawa seorang anggota polis dan mencederakan seorang lagi di Mosul. Sebuah bom kereta di tenggara bandar raya itu membunuh seorang wanita dan mencederakan 22 orang termasuk tujuh anggota polis.

Kelmarin merupakan hari paling berdarah di Iraq sejak 10 Jun lalu apabila 78 orang terbunuh dalam beberapa serangan keganasan.

Menurut sumber perubatan dan keselamatan Iraq, lebih 2,700 orang terbunuh dalam serangan pengikut Sunnah dan Syiah di negara itu sejak awal tahun ini. - AFP

Raja Philippe ganti Albert II

Posted:

Raja Philippe ganti Albert II

Raja Philippe ganti Albert II


PUTERA Philippe, (tengah) dan isterinya, Puteri Mathilde melambaikan tangan kepada orang ramai selepas keluar dari sebuah gereja di Brussels semalam.


BRUSSELS - Belgium membuka lembaran sejarah baharu semalam apabila raja ketujuh negara berkenaan, Philippe akan menaiki takhta di sebalik kebimbangan mengenai masa depan negara yang berpecah-belah itu

Pada waktu tengah hari, Raja Philippe, 53, yang berpakaian seragam tentera dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Raja Belgium di Parlimen di sini.

Belgium mempunyai tiga bahasa rasmi iaitu Perancis, Jerman dan Flemish merangkumi gabungan Bahasa Belanda dan Belgium.

Baginda mengambil alih takhta daripada bapanya, Raja Albert II, 79, yang berundur pagi semalam selepas memerintah selama 20 tahun.

Antara tetamu kehormat yang akan berada di barisan hadapan upacara pertabalan tersebut termasuk isterinya, Mathilde dan empat anak mereka.

Anak sulung pasangan diraja tersebut, Elisabeth yang kini hampir berusia 12 tahun pula ditabalkan sebagai pewaris takhta diraja Belgium melangkaui adik-beradik lelakinya.

Albert II yang turun takhta kerana faktor usia dan kesihatan menjadi Raja Belgium secara tidak dijangka.

Baginda terpaksa menaiki takhta pada 1993 selepas kematian mengejut abangnya, Baudouin.

Sifat pemalu dan kekok Philippe menimbulkan kebimbangan bahawa beliau tidak mempunyai kemahiran politik seperti bapanya untuk menyatukan rakyat negara ini.

Belgium berpecah dua antara penduduk yang berbahasa Perancis dan warga yang menggunakan bahasa Flemish.

Kini, harapan tertumpu ke arah penyatuan negara itu diletakkan pada bahu isteri Philippe, Mathilde.

Sikap peramah dan mudah didampingi puteri berusia 40 tahun itu dilihat akan dapat memenangi hati 11.5 juta rakyat negara ini

Dalam ucapan perpisahannya kelmarin, Albert II berkata, sebagai bapa dan raja, baginda berharap rakyat Belgium akan memberikan sokongan kepada Philippe dan Mathilde.

"Mereka membentuk pasangan cemerlang untuk berkhidmat kepada negara kita," kata Albert II.

Keluarga diraja itu dianggap sebagai simbol penyatuan Belgium, selain kentang goreng dan pasukan bola sepak kebangsaannya.

Walaupun penduduk berbahasa Perancis di selatan Belgium kuat menyokong institusi beraja, rakyat yang menggunakan bahasa Flemish pula tidak sependapat.

Penutur bahasa Flemish membentuk 60 peratus daripada keseluruhan penduduk Belgium. Sebuah parti yang mewakili mereka, N-VA mahu Belgium menjadi sebuah negara Republik.

Semasa dua dekad memerintah negara, Albert II membantu Belgium menyelesaikan beberapa krisis, sekali gus mengelakkan negara itu daripada berpecah.

Baginda memainkan peranan utama untuk menamatkan krisis politik paling panjang di Belgium pada 2010 hingga 2011.

Kemelut politik itu menyaksikan Belgium tidak mempunyai kerajaan selama 541 hari.

Dalam pada itu, jurucakap Perdana Menteri Elio Di Rupo berkata, menurut adat istiadat negara, tiada tetamu kehormat asing dijemput ke upacara pertabalan Philippe.

Majlis pertabalan tersebut juga cuma menelan belanja 600,000 euro (RM2.5 juta) ekoran negara-negara Kesatuan Eropah kini dilanda krisis ekonomi. - AFP

Pelakon pancing jerung ganas

Posted:

Pelakon pancing jerung ganas

Pelakon pancing jerung ganas


AKTOR Julian Lewis Jones (kanan) bersama ikan jerung yang dinaikkannya.


LONDON - Seorang pelakon Britain, Julian Lewis Jones bersama beberapa rakannya menangkap seekor jerung ganas di perairan negara itu baru-baru ini.

Menurut akhbar The Sun, jerung spesies mako tersebut merupakan jerung pertama yang ditangkap di perairan Britain sejak 42 tahun lalu.

Jerung sepanjang 1.9 meter itu ditangkap semasa mereka keluar memancing dengan menaiki sebuah bot di perairan Wales Barat.

"Selama 40 minit diperlukan untuk menaikkan ikan jerung ini. Kami penat tetapi aksi seperti ini yang diimpikan oleh pemancing," kata aktor berusia 44 tahun itu.

Seekor jerung mako boleh berenang selaju 73 kilometer sejam di laut dan melompat ke udara pada ketinggian sembilan meter. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Cucu dedahkan kesihatan Mandela menunjukkan tanda positif

Posted:

Cucu dedahkan kesihatan Mandela menunjukkan tanda positif

Cucu dedahkan kesihatan Mandela menunjukkan tanda positif

22/07/2013 8:41pm

JOHANNESBURG - Kesihatan ikon keamanan Afrika Selatan, Nelson Mandela, didapati bertambah baik sejak enam minggu beliau dimasukkan ke hospital gara-gara masalah kesihatan jangkitan paru-paru yang berlarutan.

Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan itu, Mandla Mandela, yang turut terbabit dalam pertengkaran keluarga mengenai hal ehwal tapak perkuburan keluarga mereka menyatakan perkembangan terkini tersebut setelah melawat Mandela di pusat kesihatan Pretoria semalam.

"Lawatan tersebut memberi perasaan gembira kerana datuk kelihatan semakin bertambah sihat dan kuat setiap hari," katanya Mandla yang gagal hadir ke sambutan hari jadi datuknya ke-95 pada minggu lalu.

Kenyataan Mandla mengenai keadaan datuknya itu memberi tamparan kepada ramai saudara-maranya yang telah hadir bersama peguam masing-masing ke mahkamah dengan menyatakan bahawa Nelson dalam dalam keadaan uzur dan tidak bermaya, serta menunggu masa untuk mesin sokongan hayatnya dimatikan," katanya. - AFP

KWSP lancar kempen galakkan pengeluaran fleksibel umur 55 tahun

Posted:

KWSP lancar kempen galakkan pengeluaran fleksibel umur 55 tahun

KWSP lancar kempen galakkan pengeluaran fleksibel umur 55 tahun

22/07/2013 8:29pm

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini melancarkan kempen pengiklanan untuk menggalakkan pencarum memilih Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun.

Membawa tema 'Melanjutkan Tempoh Simpanan Persaraan Anda', kempen itu akan disiarkan di radio, akhbar dan Facebook KWSP hingga 2 Ogos ini.

KWSP dalam kenyataan hari ini berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan badan itu untuk meningkatkan kesedaran pencarum mengenai perancangan pesaraan.

"Memandangkan purata jangka hayat rakyat Malaysia telah meningkat kepada 75 tahun, KWSP menggesa anggotanya menguruskan simpanan mereka menggunakan pilihan fleksibel ini," kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar.

Melalui kaedah pengeluaran fleksibel itu, pencarum boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sebahagian, bulanan atau kombinasi kedua-duanya sekali. - Bernama

Imigresen laksana sistem tapisan penumpang elak pesawat asing terkandas di KLIA

Posted:

Imigresen laksana sistem tapisan penumpang elak pesawat asing terkandas di KLIA

Imigresen laksana sistem tapisan penumpang elak pesawat asing terkandas di KLIA

22/07/2013 8:23pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia akan melaksanakan sistem tapisan penumpang ke atas pelawat asing yang tiba atau transit di negara ini bagi mengelakkan mereka terkandas di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sistem itu masih di peringkat perbincangan, melibatkan kementeriannya dan pelbagai agensi yang terbabit dalam menjaga pintu masuk negara melalui laluan udara.

"Sistem ini dapat mengesan penumpang warga asing yang mempunyai dokumen perjalanan dan juga warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap dan ini membolehkan kita ambil tindakan sewajarnya.

"Pada masa ini, kita sudah mewujudkan satu pasukan khas bagi melakukan pemantauan setiap hari bagi mengesan pelawat-pelawat yang terkandas (di lapangan antarabangsa negara)," katanya.

Ahmad Zahid berkata, pasukan khas yang diketuai pegawai Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melakukan pemantauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiap hari terhadap individu yang mencurigakan atau disyaki melakukan aktiviti melanggar peraturan atau undang-undang negara. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Air dan buah elakkan dehidrasi

Posted:

Air dan buah elakkan dehidrasi

Air dan buah elakkan dehidrasi

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my

SEMUA sedia maklum bahawa saat menjelangnya Ramadan umat Islam wajib berpuasa bermula dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari. Namun, puasa bukan alasan untuk menjadi tidak produktif, lemah, lesu, dan berwajah kusam.

Ya, berpuasa mempunyai kesan kepada tubuh. Apabila tubuh tidak mendapat makanan atau minuman buat jangka masa yang lama, ia pasti memberikan sedikit kejutan kepada sistem tubuh.

"Ketika bulan puasa, kita akan kehilangan lebih kurang 2,000 mililiter (ml) cecair dalam badan setiap hari melalui air kencing, peluh dan ketika bernafas. Kehilangan cecair ini berbeza antara individu bergantung kepada aktiviti dan tahap kesihatan mereka.

"Kita biasanya menggantikan cecair yang hilang ini selepas otak memberi isyarat haus yang menandakan badan memerlukan cecair tambahan. Namun, ketika Ramadan kita tidak boleh minum pada siang hari dan hanya boleh berbuat demikian ketika berbuka puasa dan pada sebelah malam," kata Perunding Dermatologi di Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Nazirin Ariffin.

Tambahnya, penggantian semula cecair yang hilang sewaktu berpuasa sangat penting kerana seseorang memerlukan antara enam hingga lapan gelas atau dua liter air sehari.

Air diperlukan bagi mengelakkan dehidrasi, merengus, sakit kepala, marah dan lemah. Kekurangan air juga menyebabkan kulit mudah kering lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengalami masalah ekzema.

Pengambilan cecair tidak semestinya air sahaja, bahkan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Jaga berat badan

Jadi, pengambilan lebih banyak air ketika bersahur perlu bagi mengelakkan dehidrasi pada siang hari.

"Ketika berpuasa, usus kita berehat selama beberapa jam serta memberikan masa kepada badan untuk melakukan detoksifikasi, serta memperbaiki dan membentuk semula sel-sel yang rosak.


BUAH-BUAHAN perlu dimakan terlebih dahulu sebelum mengambil makanan lain.


"Sungguhpun begitu, ramai yang berhadapan dengan masalah kenaikan berat badan semasa bulan puasa disebabkan pengambilan makanan yang salah khususnya semasa bersahur," ujarnya.

Jelasnya, ada segelintir orang makan pada tengah malam dan kemudian terus tidur kerana tidak mahu bangun sahur lagi.

Cara tersebut adalah salah dan tidak sihat. Dalam Islam, lebih afdal sahur dilewatkan iaitu ketika waktu hampir imsak dan tidak tidur selepas itu sebaliknya terus menunaikan solat Subuh.

Andai mahu menurunkan berat badan, mulakan makan dengan buah-buahan sebelum menjamah makanan lain.

"Membeli makanan di luar seperti bazar Ramadan juga wajar dikurangkan kerana kita tidak tahu apa yang diletakkan di dalam makanan tersebut. Berapa banyak minyak, santan, bahan perasa dan bahan pengawet?

"Namun, jika kita memasak sendiri juadah, kita boleh mengawal jumlah bahan-bahan tersebut dan membuat penggantian ramuan. Contohnya, bagi menggantikan santan, kita gunakan susu rendah lemak dan yogurt," katanya.

Menyentuh mengenai masalah gastrik pula, Nazirin memberitahu, individu yang mengalami masalah tersebut perlu merujuk kepada doktor.

MEMASAK sendiri lebih baik daripada membeli di luar kerana kita mampu mengawal kandungan minyak, lemak dan bahan perasa.


Katanya, penghidap gastrik boleh mengambil ubat gastrik pada waktu malam atau ketika bersahur. Jadi tiada alasan untuk golongan itu tidak berpuasa.

Menurut Nazirin, beliau sendiri mempunyai masalah gastrik, namun baginya berpuasa atau tidak, tiada bezanya. Malah, ketika berpuasa episod gastriknya berkurangan. Ini kerana perut tidak menghasilkan asid berikutan tiada makanan di dalamnya.

Dalam pada itu, Perunding Dietetik, Dr. Indra Balaratnam memberitahu, diet rakyat Malaysia lebih kepada pengambilan karbohidrat dan kebanyakan mereka tidak menitikberatkan pengambilan makanan sihat lagi seimbang.

Kondominium makanan

"Sepatutnya, separuh daripada pinggan kita diisi dengan sayur-sayuran, suku lagi ialah nasi dengan saiz hidangan sebesar tapak tangan dan bahagian suku lagi diisi dengan protein.

"Tetapi orang kita biasanya penuhkan pinggan dengan nasi terlebih dahulu dan lauk di atasnya seperti mahu membina kondominium pula. Keseimbangan pula langsung tiada," ujarnya sambil memberitahu, pengambilan makanan yang sihat boleh dilihat melalui organ terbesar kita iaitu kulit.

Latih diri untuk mengambil lebih banyak air dan pastikan stok makanan berkhasiat ada di rumah supaya tidak perlu membeli juadah berbuka dengan kerap. Andai terlalu sibuk, masak makanan dan simpan di dalam peti sejuk dan panaskan apabila mahu makan.

"Biasanya apabila tiba musim perayaan, seseorang boleh mengalami pertambahan berat badan antara 3 kilogram (kg) hingga 5kg atau lebih.


JIKA membeli makanan di luar, seseorang itu tidak boleh mengawal jumlah minyak dan lemak yang digunakan dalam masakan. - Gambar hiasan


"Ini semua berlaku kerana masing-masing mengambil makanan lebih daripada jumlah normal. Tambahan pula pada bulan puasa mereka tidak aktif, tidak melakukan senaman dan tidak banyak berjalan," katanya sambil memberitahu, pertambahan dan penyusutan berat badan secara mendadak boleh menyebabkan kulit meregang.

Bagi yang menitikberatkan soal kecantikan kulit, mereka seharusnya mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi antioksida semula jadi.

Namun, agak menyedihkan apabila kaji selidik mengenai pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kalangan rakyat Malaysia mendapati, lebih 92 peratus rakyat negara ini tidak mengikuti panduan makanan seimbang iaitu tiga sajian sayur dan dua sajian buah-buahan.

"Ketika berbuka puasa jangan makan dengan cepat kerana kita akan berasa senak perut. Makan secara sederhana. Mulakan dengan buah-buahan, sayur, sup dan kemudiannya makanan berat,

"Makan dengan perlahan. Apabila mengunyah perlahan, kita akan lebih menikmati rasa makanan dan itu akan membuatkan kita rasa kenyang," ujar Indra.

Sahur penting untuk si kecil berpuasa

Posted:

Sahur penting untuk si kecil berpuasa

Sahur penting untuk si kecil berpuasa

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my


KANAK-KANAK harus digalakkan bersahur bagi memastikan mereka tidak keletihan ketika berpuasa.


SEPANJANG bulan Ramadan ini, syarikat penyedia minuman malt berperisa koko, Milo, melancarkan laman web mobil yang pertama seumpamanya untuk kemudahan memeriksa waktu berbuka dan imsak selain menyediakan maklumat berguna tentang nutrisi serta pemakanan sepanjang Ramadan melalui laman web www.milo.com.my/ramadan.

Sangat bermanfaat untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil, laman web itu turut membuka ruang untuk mereka mencuba pelbagai elemen.

Mereka boleh berbincang di laman forum, membaca tip pemakanan dan fakta-fakta nutrisi, berkongsi bahan serta menghantar kad hari raya dalam talian.

Laman web itu juga berguna kepada para ibu untuk membimbing anak kecil mereka berpuasa buat kali pertama.

Satu lagi elemen baharu dan segar yang diperkenalkan oleh Milo dalam laman web itu ialah rangkaian chatting secara langsung bersama pakar nutrisi Nestle.

Ia bermula sejak 11 Julai lalu pada setiap hari Khamis dari pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang.

"Chatting secara langsung ini selain bagi memperkenalkan minuman Milo, ia menawarkan satu platform untuk ibu-ibu mengakses maklumat nutrisi bersama pakar Nestle.

"Ia juga sebagai tapak untuk Milo mendapat maklum balas yang boleh digunakan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan produk Milo pada masa hadapan," kata Pengarah Eksekutif Unit Perniagaan Tenusu Nestle, Ho Hau Chieh.

Dalam pada itu, pakar nutrisi Nestle yang akan ke udara dalam sesi chatting secara langsung itu, Nurul Iliani Ahmad teruja untuk bertemu ibu bapa secara dalam talian.

"Ibu bapa harus mempelbagaikan makanan khususnya sewaktu bersahur kerana ia akan membekalkan tenaga kepada anak-anak yang berpuasa.

"Dalam laman web ini, ibu bapa boleh berkongsi idea serta saling berinteraksi dan memperoleh maklumat lanjut daripada pakar," kata Iliani.

Beliau juga menyarankan agar ibu bapa memperbanyakkan makanan berprotein supaya nutrisi dapat dibekalkan sepanjang hari.

Antara cadangan makanan untuk bersahur menurut Iliani ialah roti gandum penuh, telur, tuna, ayam, buah-buahan serat tinggi dan minuman yang boleh membekalkan tenaga.

MAKANAN yang kaya dengan protein mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.


"Jangan terlebih makan. Bersahurlah seperti mengambil sarapan dan kekalkan amaun yang sama. Ia bukan pengganti awal untuk makan tengah hari.

Beri galakan

"Satu lagi, apabila mengambil minuman seperti Milo, gunakan susu tepung, khususnya untuk kanak-kanak. Jangan gunakan susu manis kerana kandungan gulanya sangat tinggi," ujar Iliani.

Dalam pertemuan yang sama, Pakar Pemakanan, Dr. Norimah A. Karim serta Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja, Dr. Fairuz Nazri Abdul Rahman turut memberikan maklumat tambahan.

Norimah memberitahu, tidak kira apa jua makanan yang diambil, amalan merujuk kepada amaun hidangan seperti yang dicadangkan dalam piramid makanan amat penting.

"Ia satu penunjuk yang sihat tidak kira sewaktu berbuka, bersahur ataupun pada hari-hari biasa," katanya.

Ditanya tentang cara melatih kanak-kanak berpuasa, beliau mengakui ia satu tugas yang berat dan memerlukan kesabaran.

"Ibu harus tahu apa yang perlu diberikan semasa bersahur supaya si kecil kekal bertenaga," ujarnya.

Tambah Norimah, satu lagi elemen diet anak-anak yang harus diawasi ibu bapa ialah pengambilan lapan gelas air sehari supaya si kecil terbabit tidak terhidrat lebih-lebih lagi pada musim panas.

"Memang agak sukar untuk anak-anak bersahur, tetapi ibu bapa boleh menggalakkannya sebagai satu rutin berpuasa. Tidak kisah walaupun sekadar makan makanan ringan," tambah Norimah.

Fairuz pula berkongsi pengalaman mendidik anaknya berpuasa. Tuturnya, kebiasaannya kanak-kanak mempunyai semangat kendiri yang tinggi untuk berpuasa, namun ibu bapa pula yang berasa terlalu bimbang.

Katanya, sokongan terhadap anak-anak yang berpuasa harus dijadikan satu proses yang berterusan dan membabitkan semua ahli keluarga.

"Si kecil mudah dipengaruhi oleh apa yang dilakukan orang lain, misalnya berpuasa. Jadi ibu bapa atau ahli keluarga perlu menjadi contoh yang baik.

"Saya akan bertanya kepada anak jika mereka bersedia untuk berpuasa walaupun ramai ibu bapa yang mula melatih anak mereka pada usia yang sangat muda.

"Bagi saya mereka perlu benar-benar bersedia. Apabila bersedia, kita harus menyemat perasaan bahawa ia dilakukan secara bersama.

"Jangan lupa membalas usaha mereka sama ada dengan kata-kata pujian atau makanan kesukaan mereka sewaktu berbuka," saran beliau.

Mengimarahkan Ramadan

Posted:

Mengimarahkan Ramadan

Mengimarahkan Ramadan


RAMADAN merupakan masa terbaik bagi umat Islam meningkatkan amalan kepada Allah.


ASSALAMULAIKUM dan salam Ramadan kepada sekalian pembaca setia Kosmo! yang sedang menjalani ibadat puasa masuk hari ke-10. Langit dan bumi bergembira kerana kedatangan Ramadan, begitu juga umat Islam di segenap pelosok bumi.

Ramadan dianggap bulan pesta ibadah dan bulan bagi rohani mendapat vitaminnya. Ucap syukur pada Allah dan selawat salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW.

Ramadan membawa erti panas terik yang memang kebiasaannya pada bulan ini cuaca panas terik cukup untuk menjadi cubaan dan ujian kepada umat Islam.

Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad dan umatnya berpuasa Ramadan pada bulan Syaaban tahun kedua hijrah dengan terwahyunya firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 dan 184:

"Wahai orang yang beriman, puasa itu diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertakwa.

"Berpuasalah pada hari-hari yang ditetapkan. Barang siapa daripada kalangan kamu yang sakit atau bermusafir, maka gantilah puasa yang kamu tinggalkan itu pada hari-hari yang lain (di luar bulan Ramadan).

"Dan wajiblah ke atas mereka yang tidak berdaya untuk berpuasa itu membayar fidyah iaitu memberi makan kepada seorang miskin. Maka barang siapa yang melakukan kebaikan itu secara sukarela maka ia adalah suatu kebaikan bagi dirinya. Sesungguhnya berpuasa itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

Keadaan pada zaman Rasulullah itu panas terik dengan hawa panas padang pasir pada siang, namun tetap gagah iman baginda dan umatnya menjalani ibadah puasa tersebut, bagaimana pula dengan anda?

Ramadan ialah bulan ujian bagi orang yang beriman dan keimanan itu tertakluk kepada setinggi mana kecintaan kita kepada Allah.

Disebabkan itu, baginda dan para sahabatnya sanggup melalui ujian beribadah kepada Allah kerana ketinggian cinta buat Pencipta sehingga sanggup berlapar dan dahaga pada siang hari dan sebelah malamnya berjaga untuk beribadah kepada Allah.

Ayuh bermuhasabah saudara-saudaraku tentang sejauh mana cinta kita kepada Allah dan sanggupkah kita meninggalkan segala kehendak syahwat serta melawan semua kemahuan yang melampaui batas?

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Urus anak bersama suami

Posted:

Urus anak bersama suami

Urus anak bersama suami

MEMORI Ramadan ketika berada di kota Madinah dan Mekah pada tahun 2011 membuatkan hati pelakon dan pengacara cantik, Irma Hasmie, dijentik perasaan sayu dan rindu yang mendalam.

Bagi figura berusia 31 tahun itu, perasaan syukur dan nikmat tatkala mengerjakan umrah pada dua minggu terakhir Ramadan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Luahnya, segala memori ketika berada di kota Mekah dan Madinah masih utuh di dalam kotak fikirannya sehingga kini.

"Mengerjakan umrah pada dua minggu terakhir Ramadan bersama sahabat baik, Eenaz Mokhtar pada tahun 2011 membuatkan saya berasa sangat rindu.

"Itulah kali pertama saya menikmati suasana Ramadan di Mekah dan Madinah bersama saudara Islam dari pelbagai negara menjalankan ibadah seperti tarawih dan qiam," ulas pelakon yang mempunyai diploma dalam jurusan kejuruteraan elektrik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu.

Walau bagaimanapun, lain pula suasana Ramadan Irma pada tahun ini apabila dia tidak lagi menyambutnya berdua bersama suami, Redza Syah Irfhan seperti tahun lalu.

Sebaliknya, kali ini Ramadan dinikmati bertiga dengan kehadiran zuriat sulung mereka, Reza Syah Irfhan.

Di samping perlu menjaga Irfhan dan juga melakukan kerja sebagai anak seni, pelakon drama Awan Dania itu mengakui, perlu menguruskan masa dengan baik bagi melaksanakan tanggungjawabnya terhadap penciptanya.

"Bulan Ramadan tahun ini saya tetap bekerja seperti biasa tetapi akan banyak luangkan masa di rumah bersama keluarga dan keluarga mertua.

"Begitupun, fokus saya lebih kepada mengerjakan ibadah pada bulan Ramadan yang penuh barakah," jelasnya.

Rezeki bangun sahur

Mengulas lanjut mengenai Ramadannya tahun ini, ujar Irma, dia menganggap bangun sahur setiap hari memberikan banyak keuntungan kepada dirinya, juga kepada umat Islam yang melaksanakannya.

Baginya, sahur yang dinikmati bersama suami bukan sahaja memberinya kekenyangan, sebaliknya memberinya kekuatan untuk mengerjakan ibadah di bulan Ramadan.

"Nabi SAW pernah berkata, sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur," tuturnya yang sudah menerbitkan sebuah buku hasil nukilan dirinya sendiri.

KESIBUKAN tidak menghalang Irma dan suami bangun sahur di sepanjang bulan Ramadan.


Berbicara lanjut mengenai buku hasil tulisannya itu, ujar Irma, dia bersyukur kerana buku berjudul Smile, nukilannya bersama penulis Zambri Mohd. itu sudah diulang cetak sebanyak dua kali.

Selain itu, jelas Irma, dia juga baru menceburi dunia perniagaan busana Muslimah, Debumas sejak awal Jun lalu.

"Idea untuk membuka perniagaan busana Muslimah ini timbul atas permintaan ramai.

"Ini kerana sebelum ini ramai yang datang kepada saya dan beritahu mereka suka jubah yang saya pakai. Mereka tanya beli di mana dan saya kata ia adalah hasil rekaan sendiri.

"Jadi, sejak itu saya mula terdetik untuk membuka perniagaan busana Muslimah. Saya reka dan kemudian hantar pada tukang jahit. Setiap rekaan adalah eksklusif dan hanya ada tiga warna.

"Setakat ini Alhamdulillah, rekaan jubah saya mendapat sambutan yang mengalakkan. Harganya sekitar RM100 hingga RM200. Kini kami masih dalam proses untuk mengeluarkan stok baharu," katanya.

Tiada pengasuh

Walaupun tiada pembantu rumah juga pengasuh, namun tidak menjadi masalah besar buat Irma dan suami untuk menjaga anak sulung mereka itu yang kini mencecah usia tiga bulan.

KELUARGA BAHAGIA... Keberkatan bulan Ramadan menyemarakkan lagi ikatan kasih antara Irma, suami dan anak sulung mereka.


Sebaliknya, mereka bergilir-gilir menjaga bayi mereka. Semuanya berkat permintaan suami Irma yang mahu anak mereka dijaga sendiri tanpa bantuan pengasuh.

"Alhamdulillah, saya belajar uruskan anak sendiri. Kami tidak ambil pembantu.

"Saya bersyukur kerana memperoleh anak yang baik dan tidak kuat meragam.

"Waktu berjaga dia, sebelah pagi selepas subuh sampai waktu tengah hari. Kemudian dia akan mula berehat.

"Sebelah malam pula selalunya Irfhan akan bangun untuk menyusu dua atau tiga kali. Selebihnya dia akan tidur.

"Jika pada waktu saya mengendalikan program Assalamualaikum, suami akan jaga anak. Tamat program pada pukul 10 pagi saya akan pulang menjaga Irfhan pula," jelasnya.

Mengulas lanjut, menurut Irma, Irfhan menyusu badan, jadi dia tidak boleh meninggalkan anaknya dalam tempoh waktu yang panjang.

Disebabkan itu juga, dia tidak mengambil sebarang tawaran berlakon kerana mahu memberi tumpuan kepada anaknya yang masih menyusu badan.

Ditebak mengenai perkembangan anaknya, ulas Irma, anaknya itu sudah pandai meniarap dan ketawa apabila diagah.

Bekerja di Aidilfitri

Keinginan untuk menyambut Syawal bersama anak dan suami tidak tercapai apabila Irma diminta bertugas secara langsung untuk TV Al Hijrah.

"Pada pagi 1 dan 2 Syawal saya kena bekerja, bersiaran langsung untuk TV Al Hijrah.

"Pada 3 Syawal nanti baru saya dapat pulang ke kampung," ujarnya yang mengakui sangat menggemari hidangan rendang ayam ketika raya.

Menyingkap mengenai kehidupan seninya sejak bergelar ibu, Irma kini dilihat semakin kurang berlakon.

Ditebak sama ada sudah mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan, ujar Irma, dia masih lagi berlakon dan bakal aktif semula berlakon selepas Ramadan nanti.

"Saya masih berlakon, cuma saya baru sahaja habis berpantang 100 hari. Insya-Allah, saya akan mula menerima balik tawaran selepas Ramadan nanti.

"Memang saya rindu sangat mahu berlakon tetapi saya harus mengutamakan keluarga dan ibadah di bulan Ramadan dulu," ulasnya yang turut mengendalikan program khas bertemakan Ramadan berjudul Satu Perjuangan.

Dia pembohong - Ashraf

Posted:

Dia pembohong - Ashraf

Dia pembohong - Ashraf

GAMBAR pernikahan antara Ashraf dengan Wan Sakinah di Thailand pada 7 Julai lalu mula tersebar di internet.


RAMADAN tahun ini barangkali Ramadan paling banyak onak yang harus ditelan oleh pelakon Ashraf Muslim, 32.

Semuanya gara-gara kisah sensasi perkahwinan keduanya yang terbongkar selepas isteri pertamanya, Dayana Lokman, 26, menemui butiran dan dokumen perkahwinannya bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Bangkok, Thailand di dalam beg pakaiannya minggu lalu.

Sekadar rekod, Ashraf dan isteri pertamanya, Dayana telah berkahwin pada tahun 2011 di Mekah manakala dia kemudian berkahwin secara senyap di Thailand dengan Wan Sakinah pada 7 Julai lalu, sehari sebelum Ramadan.

Terus-menerus menerima tohmahan dan persepsi yang pelbagai daripada masyarakat, Ashraf bagaimanapun sedikit pun tidak lari daripada dunia realiti.

Namun, akuinya, sesekali dia mengelak untuk memberi kenyataan kepada pihak media kerana bimbang disalah tafsir.

Bagaimanapun, untuk isu seperti yang ditimbulkan oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai bekas tunang isteri keduanya, Wan Sakinah, dia perlu menjawab hal tersebut.

ASHRAF mengakui yang isteri keduanya, Wan Sakinah pernah putus tunang, namun ia tiada kaitan dengan dirinya.


Bukan untuk menegakkan benang yang basah, sebaliknya Ashraf tampil menafikan tohmahan dia sebagai penyebab lelaki itu dan Wan Sakinah putus tunang.

Malah, Ashraf meminta agar masyarakat tidak terlalu ikut campur dalam urusan rumah tangganya. Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan berani untuk berpoligami, dia mahu meledani segala kemungkinan dalam kehidupan dan rumah tangganya sendiri.

Ashraf menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh Kosmo! kepadanya sambil menegaskan, dia tidak pernah menjalin hubungan sulit bersama Wan Sakinah sewaktu wanita itu sedang dalam tempoh bertunang.

Kosmo!: Bagaimanakah dengan keadaan Ashraf sekarang?

ASHRAF: Alhamdulillah, walaupun masih ada yang berterusan bercakap tentang saya, kehidupan saya sangat tenang dan jujurnya juga, dalam situasi sekarang, saya perlu lebih banyak bersabar.

WAN SAKINAH, 29, yang kini sah menjadi isteri kedua Ashraf mula diburu kontroversi termasuk ada pihak yang mula bercerita tentang kisah lampau hidupnya.


Belum pun reda isu anda berkahwin dua, kini timbul pula isu baharu. Ahad lalu, seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai bekas tunang kepada isteri kedua anda, Wan Sakinah. Dia memberitahu pertunangan mereka putus 25 hari sebelum mereka berkahwin kerana Wan Sakinah menjalinkan hubungan sulit bersama anda. Boleh anda jelaskan tentang pertuduhan tersebut?

Pembohong lelaki itu! Mereka putus tunang tiada kena mengena dengan saya! Itu (putus tunang) cerita lama mereka dan tak ada kena mengena dengan saya. Saya sedih apabila perkara sebegini timbul.

Bagaimana boleh anda simpulkan tentang terlalu banyak spekulasi yang melanda anda sekarang terutama apabila ada individu seperti lelaki tersebut yang muncul mengaku sebagai bekas tunang isteri kedua anda?

Apa yang boleh saya katakan di sini, saya sudah pun berkahwin, jadi tak perlulah ungkit cerita lama seperti ini. Jangan juga cari jalan atau ambil kesempatan untuk jatuhkan maruah kami semua. Apabila terlalu ramai yang cuba ambil 'bahagian' dalam hal rumah tangga saya, saya jadi sedih.

Apa yang ingin anda sampaikan kepada masyarakat, terutama kepada segelintir pihak yang suka mereka-reka cerita tentang perkahwinan kedua anda?

Ini hal rumah tangga saya. Dengan rendah hati, saya harap semua pihak dapat menghormati saya dan tidak masuk campur dalam hal ini. - HARYATI KARIM

Haida tolak cinta lelaki muda

Posted:

Haida tolak cinta lelaki muda

Haida tolak cinta lelaki muda

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

PERNAH mendirikan rumah tangga dengan bekas penerbit rancangan televisyen, Aminudin Yahya pada tahun 2004, Haida bagamanapun kini kembali solo.


SEBELUM ini nama Haida Hafiz pernah dikenali ramai menerusi Dikir Rambong dan Zapin Usik Mengusik bersama kumpulan Senario pada akhir 90-an tetapi namanya tenggelam setelah mendirikan rumah tangga.

Setelah hampir 12 tahun menyepikan diri daripada dunia hiburan tempatan, Haida atau nama sebenarnya, Noor Haida Mohd. Idris kini muncul dengan buah tangan terbaharu dengan single berjudul, 5 Tahun Saja.

Haida yang ditemui pada sesi fotografi bersama Kosmo! berkata, dia tidak menyangka sama sekali bahawa kemunculannya semula dengan lagu baharu mendapat maklum balas positif daripada peminat.

Ujarnya, sejak lagu berkenaan mula diputarkan di stesen-stesen radio dan laman YouTube empat bulan lalu, semakin ramai pendengar yang menggemari lagu hasil ciptaan Panji Sakti itu.

"Saya sudah meninggalkan dunia hiburan ini dalam tempoh yang agak lama. Jadi, saya terpaksa bermula dari bawah semula dan perlu berusaha keras agar peminat lebih mengenali saya.

"Walaupun sudah lama tidak muncul dengan sebarang lagu baharu tetapi untuk lagu 5 Tahun Saja ini sudah mula mendapat tempat dan yakin lagu ini mampu menaikkan nama saya semula," jelas ibu kepada seorang cahaya mata bernama Muhammad Al Hafiz Aminuddin, 7.

Bercerita lanjut mengenai lagu berkenaan, Haida menjelaskan, dia memilih Panji Sakti sebagai pencipta lagu kerana tertarik dengan lagu-lagu yang dihasilkan komposer tersebut untuk beberapa orang penyanyi seperti Aliff Aziz dan Alif Satar sebelum ini.

Kemudian pada tahun lalu, dia dapat berjumpa sendiri dengan Panji dan akhirnya komposer itu bersetuju menghasilkan lagu buat dirinya dan proses rakaman pula dilakukan di Bandung, Indonesia.

"Pertama kali mendengar lirik lagu ini saya sudah tertarik dengan melodinya. Lirik pula saya meminta Panji untuk membuat sedikit rombakan agar lebih mudah difahami pendengar.

SELEPAS lebih sedekad tidak aktif menyanyi, Haida mengakui yang dia kini perlu bermula dari bawah semula.


"Lagu ini berkisarkan tentang seorang wanita yang jatuh cinta dengan lelaki yang lima tahun lebih muda manakala muziknya pula lebih kepada rentak rock moden," ujar penyanyi berusia 32 tahun itu.

Ketika ditanya sama ada lagu tersebut mempunyai kaitan dengan dirinya, memandangkan statusnya kini sebagai seorang ibu tunggal, Haida sekadar mengukir senyuman sehingga menimbulkan sedikit tanda tanya.

Penyanyi tersebut mendedahkan selama tiga tahun hidup secara solo, tidak dinafikan memang ada beberapa lelaki muda yang cuba mendekatinya untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.

"Memang ada lelaki muda yang cuba ingin rapat tetapi saya menolaknya dengan cara baik. Bukannya terlalu memilih tentang pasangan hidup, cuma saya memang tidak berminat untuk bercinta dengan lelaki yang lebih muda daripada saya," jelasnya.

Ujarnya lagi, memandangkan lagu berkenaan semakin mendapat sambutan yang menggalakkan, sebuah klip video telah siap dihasilkan dan bakal ditayangkan kepada umum selepas Aidilfitri nanti.

Fokus kerjaya

Ketika ini ramai yang sudah mengetahui bahawa Haida pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas penerbit rancangan televi- syen, Aminudin Yahya pada tahun 2004 tetapi bercerai tujuh tahun kemudian.

Apabila ditanya sama ada dia bersedia untuk mencari pengganti setelah tiga tahun menjanda, penyanyi itu menyatakan pertemuan dan jodoh merupakan ketentuan Allah.

"Saya tidak pernah meletakkan sebarang sasaran tertentu untuk berkahwin semula. Kalau ditakdirkan bertemu dengan lelaki yang sesuai, mungkin saya tidak menolaknya.

"Namun begitu, buat masa ini saya lebih suka sekiranya dapat menumpukan kepada kerjaya nyanyian terlebih dahulu memandangkan saya baru sahaja membuat kemunculan semula," jelasnya.

Ujarnya, dia meletakkan harapan yang tinggi agar dengan kemunculan semulanya dalam bidang nyanyian ini akan terus diterima ramai serta mampu menarik minat pendengar dengan lagu-lagu yang dihasilkannya nanti.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved