Sabtu, 29 Jun 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Jual kek atas lori

Posted:

Jual kek atas lori

Jual kek atas lori

TIDAK sukar mencari kelibat wagon merah jambu yang diparkir di celah-celah bangunan Jabatan Audit Negara yang terletak bersebelahan Istana Kehakiman di Presint 2, Putrajaya ini.

Warnanya cukup terang. Ditambah pula dengan dekorasi hiasan pelekat maskot kartun berbentuk kek cawan jenama Cookies Wagon, ia sudah cukup untuk membangkitkan aura ceria yang seakan-akan menggamit sesiapa sahaja untuk mendekatinya.

Wagon itu ternyata mampu menarik minat ramai pelanggan untuk datang bertandang, apatah lagi selepas melihat barisan kek cawan pelbagai warna dan perisa.

Menampilkan konsep perniagaan baharu dengan pendekatan mesra pelanggan, usaha pasangan suami isteri ini untuk menjadikan Cookies Wagon sebagai kedai bakeri bergerak yang pertama di Malaysia mula membuahkan hasil.

"Saya memang meminati bidang perniagaan makanan sejak di bangku sekolah lagi. Malah, jika ada waktu lapang, saya akan menghasilkan sendiri biskut dan menjualnya kepada rakan-rakan di sekolah.

"Minat itu bagaimanapun terpaksa dilupakan seketika apabila saya menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

"Selepas menamatkan pengajian ijazah di UiTM, saya bekerja dalam bidang pengurusan korporat manakala suami merupakan seorang jurutera kimia.

"Walaupun seronok dengan cabaran dan kerjaya pada waktu itu, ia tidak memberi kepuasan pada diri saya. Sejak itu, saya mula merancang untuk memiliki perniagaan sendiri. Alhamdulillah, berkat doa, usaha dan sokongan penuh daripada suami dan keluarga, maka lahirlah Cookies Wagon yang menjadi teduhan rezeki buat kami," ujar pemilik dan pengasas Cookies Wagon, Fatimah Husna Razali yang berusia 26 tahun.

Tepung segera

Tanggal Ogos 2011, wagon merah jambu yang menjadi impiannya itu mula menjengah pasaran tempatan.

Sebagai cara untuk menampilkan suatu kelainan, Fatimah memperkenalkan perniagaan dengan konsep mesra pelanggan khususnya daripada kalangan kanak-kanak, keluarga serta belia urban.

"Seperti van bergerak yang biasanya menjual makanan dan minuman, belum ada lagi van yang menjual produk bakeri. Sejak itu, tercetusnya idea untuk membuat bakeri bergerak yang pertama di negara ini.

"Selain lebih mudah mendekati pelanggan, perniagaan ini juga lebih fleksibel dan pelanggan boleh berhubung dengan kami berpandukan Facebook, Twitter dan laman web untuk mengetahui lokasi lori kami.



"Operasi bakeri bergerak ini juga sangat mudah. Kek cawan kami dibakar segar pada setiap hari dengan menggunakan tepung segera yang diadun khusus menggunakan resipi tersendiri di dapur khas yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.

"Kek yang sudah siap dimasak akan dibawa menggunakan wagon ke tapak perniagaan. Di situ, barulah kami menghiasnya dengan kemasan gula aising sebelum kami memulakan perniagaan.

"Sekiranya ada tempahan di luar kawasan barulah kek cawan itu dibakar di atas lori dengan menggunakan ketuhar," ujar Fatimah yang mengambil masa selama tiga bulan untuk menghadiri bengkel masakan dan rundingan perniagaan sebelum Cookies Wagon beroperasi.

Tidak hanya Fatimah, suaminya, Muhammad Azmi Azi, 26, turut bersama-sama melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

"Saya akui, isteri saya pandai membuat kek cawan di rumah. Namun, banyak aspek yang perlu diambil kira terutamanya berkaitan dengan kualiti apabila kita ingin berniaga.

"Memandangkan kami berniaga di luar bangunan dan terdedah kepada cuaca panas, kami perlu mengetahui bagaimana untuk mengekalkan kualiti kek cawan supaya rasanya segar seperti baru dibakar selain lembut, tidak kering serta gula aisingnya tidak cair.

"Jadi, kami ke Institut Teknologi Inovasi untuk belajar membuat biskut dan kek cawan daripada cef di sana. Kami turut menghasilkan tepung segera yang diadun khas menggunakan resipi asal untuk memudahkan kek cawan itu dimasak dan menyeragamkan rasanya, memandangkan kami bercadang membuka cawangan di lokasi berbeza.

Buang kek

"Tepung tersebut hanya perlu ditambah air dan telur untuk mendapatkan rasa kek cawan yang sama.

"Tepung itu turut dijual bagi memberi peluang kepada pelanggan merasai keenakan kek cawan Cookies Wagon di rumah sendiri dengan cara yang lebih mudah," jelas Muhammad Azmi.

Memiliki 10 orang pekerja, tiga buah lori yang beroperasi di Melaka, Seri Kembangan dan Putrajaya serta sebuah kios jualan yang terletak di Presint 2, Putrajaya, Fatimah menarik nafas lega apabila melihatkan sambutan menggalakkan yang diterimanya.

"Respons daripada pelanggan sangat menggalakkan. Kami bersyukur kerana konsep perniagaan bergerak itu diterima masyarakat dan mula menjadi trend," kata ibu kepada seorang anak ini.


LEBIH kurang 300 kek cawan dijual pada setiap hari.


Fatimah dan suaminya menawarkan pelbagai perisa kek cawan antaranya cip coklat asli bersama walnut, cip coklat bersama oat, oreo dan coklat gelap.

Dalam pada itu, Cookies Wagon menggunakan bijian kopi Arabica bermutu tinggi untuk menghasilkan minuman ice blended premium.

Malah, Fatimah turut mendapatkan bimbingan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memilih bijian kopi bermutu tinggi untuk menghasilkan ice blended premium seperti yang dijual oleh rangkaian kafe kopi mewah namun boleh didapati pada harga yang lebih murah kios Cookies Wagon.

"Untuk rangkaian kek cawan, pada setiap hari kami akan menjual perisa yang berbeza. Namun, perisa royal red velvet dan oreo dijual setiap hari memandangkan ia produk yang paling laris dan diminati ramai.

"Bagi ice blended pula, ramai yang menggemari gabungan perisa oreo bersama coklat serta caramelo," ujar Fatimah yang turut bekerjasama dengan kumpulan profesional dari Universiti Putra Malaysia bagi menghasilkan aising vanila yang dicampur dengan buah burberi yang mampu menjadi agen antikanser.

Selain menggunakan wagon berwarna ceria untuk menarik perhatian golongan muda serta keluarga, pasangan suami isteri ini turut menjual produk mereka pada harga yang berpatutan.

Francais

"Kami menjual setiap satu kek cawan pada harga RM2.80 dan ice blended bermula daripada RM5. Ia bukan sahaja mampu dibeli tetapi berkualiti, bersih dan segar kerana setiap hari kami akan membakar kek cawan yang baharu.

"Polisi kami, tiada kek cawan yang akan dijual sebanyak dua kali. Jika jualan pada hari tersebut tidak habis, bakinya kami akan berikan kepada jiran ataupun dibuang," katanya yang berminat untuk mencuba pelbagai resipi keluarga selain mendalami buku-buku masakan yang dibeli oleh ibunya sejak kecil.

Turut bercita-cita untuk membuka kedai bakeri sendiri, Fatimah kini sedang mengumpulkan seberapa banyak pengalaman dan ilmu perniagaan memandangkan ia memerlukan komiten dan modal yang tinggi.

"Impian itu ada. Namun, saya lebih selesa berniaga begini, lagipun anak masil kecil. Saya mahu orang mengenali jenama Cookies Wagon sebelum membuka cawangan kedai bakeri. Kalau boleh, saya mahu lori merah jambu ini ada di setiap negeri," katanya yang menjemput orang ramai yang berminat untuk turut serta dalam perniagaan francais Cookies Wagon.

Rosnani bekerja dari rumah demi anak

Posted:

Rosnani bekerja dari rumah demi anak

Rosnani bekerja dari rumah demi anak

Oleh AQMA MOHD. NOOR
aqma.mohdnoor@kosmo.com.my

MELANGKAH masuk ke pekarangan rumah milik seorang kontraktor wanita dan pereka hiasan dalaman, Rosnani Mohamad, 53, kru Jurnal kagum dengan hiasan serta dekorasi yang diketengahkan bagi memberi inspirasi kepada para pelanggannya.

Menjadi pereka hiasan dalaman selama 26 tahun, Rosnani tidak menyangka kerjaya yang pada mulanya dilakukan secara sambilan kini menjadi sumber pendapatannya apabila dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat perkapalan pada tahun 2002.

"Sebenarnya, saya tiada langsung latar belakang dalam bidang hiasan dalaman. Namun, saya meminati bidang tersebut," katanya.

Rosnani berkata, dia menceburi bidang itu juga secara tidak sengaja apabila dia memerlukan perbelanjaan kerana suaminya, Muhammad Nor Katim, 56, jatuh sakit.

"Sejak itu, saya mula tercari-cari kerja apa yang saya boleh lakukan bagi menambah pendapatan," katanya.

Wanita itu memberitahu, dia kemudian mendapati dirinya mewarisi kemahiran menjahit daripada ibunya.

"Buat permulaan, saya mengambil upah menjahit langsir dan lama-kelamaan saya cuba pula menjual kertas dinding dan perabot bagi menambah pendapatan kami sekeluarga.

"Saya mengambil inisiatif dengan mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang hiasan dalaman untuk menambah pengetahuan saya dalam bidang itu selain mendalami ilmu berkaitan pembuatan perabot," ujar ibu kepada empat orang anak ini.

Tambahnya, dia juga pernah membuat hiasan dalaman di rumah rakan-rakannya secara percuma ketika mula-mula menceburi bidang hiasan dalaman.

Secara tidak langsung, kata Rosnani, ia merupakan promosi buat dirinya sendiri kerana rakan-rakannya itu mula menyukai konsep hiasan yang dibawanya.

"Untuk mengetahui sesuatu material itu cantik atau tidak, saya akan mengaplikasikannya di rumah saya terlebih dahulu sebelum memberi cadangan kepada para pelanggan.

"Saya sudah banyak kali menukar kertas dinding di rumah ini.

Ketelitian

"Saya turut mengambil kursus untuk menjadi kontraktor bagi mendalami ilmu berkaitan pembuatan rumah yang bermula dari A hingga Z kerana saya sememangnya tiada pengetahuan mengenai bidang yang diceburi itu tetapi saya berusaha untuk mempelajarinya.

"Saya sendiri tidak menyangka akan serius dalam bidang ini kerana bagi saya, apabila bercakap tentang perniagaan yang hendak dijalankan, ia mestilah mempunyai kaitan dengan hobi dan minat seseorang.

"Jika perniagaan yang dijalankan itu sudah menjadi minat kita, segalanya-galanya tidak mustahil. Saya pernah cuba untuk menjadi mak andam tetapi saya mendapati, jiwa saya bukan ke arah itu walaupun saya boleh menyolek dengan baik," jelasnya yang pernah membuka spa tetapi menjualnya kepada rakan disebabkan kekangan masa.

Menurutnya, bidang hiasan dalaman merupakan sesuatu yang baharu di Malaysia dan ia boleh dikatakan sinonim dengan golongan atasan disebabkan kosnya yang mahal tetapi golongan pertengahan juga sebenarnya boleh mendapatkan khidmat pereka hiasan dalaman mengikut bajet mereka.


ROSNANI akan memastikan dia terlibat sepenuhnya dalam projek pembinaan kendalian syarikatnya.


"Selalunya, bidang ini lebih menjadi tumpuan golongan atasan dan bagi saya, jika kena pada bajetnya dan apa yang dimahukan pelanggan, tidak mustahil golongan pertengahan juga boleh mendapatkan khidmat pereka hiasan dalaman.

"Menceburi bidang ini memerlukan saya menjadi seorang yang sangat teliti kerana jika terdapat kesalahan, hasilnya pasti tidak memuaskan hati saya dan pelanggan selain menimbulkan banyak masalah pada kemudian hari.

"Selain itu, sukar untuk mencari satu konsep yang spesifik dan sesuai serta menepati cita rasa pelanggan. Saya akan memastikan konsep yang diberi kepada pelanggan mestilah sesuatu yang praktikal dan ia juga boleh digabungkan dengan perabot lama milik mereka," tambahnya yang akan memastikan semua projeknya mengikut bajet pelanggan.

Ujarnya, pelbagai pengalaman serta bermacam-macam kerenah pelanggan yang terpaksa dilaluinya.

Namun, semua itu tidak pernah mematahkan semangatnya demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya.

"Agak sukar juga memenuhi permintaan para pelanggan kerana pasti terdapat percanggahan pendapat dan saya perlu menyatukan semua pendapat yang diterima itu untuk memperoleh hasil yang memuaskan.

"Saya juga pernah ditipu apabila disuruh melakar reka bentuk terlebih dahulu tetapi setelah lukisan itu diberi kepada pelanggan, dia bertindak mendapatkan khidmat daripada pereka hiasan dalaman yang lain dengan menggunakan idea saya itu.

"Bayangkan perasaan saya ketika itu kerana untuk mendapat idea bagi sesuatu konsep itu bukannya kerja yang mudah sehinggakan saya tidak tidur malam bagi menyiapkan lakaran tersebut tetapi akhirnya mereka senang-senang sahaja mengupah pereka lain dan menggunakan idea saya itu," ujarnya yang bercita-cita mahu membuka sebuah syarikat pembinaan.

Wanita itu berkata, semasa dia mula menjadi kontraktor, ramai orang yang tidak percaya dengan kemampuannya untuk mengendalikan sesuatu projek.

Berfikiran positif

"Semua itu menjadi cabaran kepada saya termasuklah membina perhubungan dengan pihak pembekal. Namun, selepas melihat hasil kerja saya, mereka mulai percaya kemampuan seorang wanita untuk mengendalikan projek pembinaan dan secara keseluruhannya, masa selama satu tahun setengah diperlukan untuk menyiapkan satu projek pembinaan.

"Saya akan sentiasa memantau sesuatu projek pembinaan kendalian saya dari A hingga Z bermula dari tanah kosong sehinggalah ia menjadi sebuah rumah dan saya tidak boleh lepas tangan kerana semuanya memerlukan ketelitian yang tinggi.

"Dahulu saya menyewa sebuah pejabat untuk memudahkan urusan. Namun, disebabkan kerja itu memerlukan saya sentiasa berada di lokasi pembinaan, saya membuat keputusan untuk hanya beroperasi dari rumah sahaja," katanya yang mempunyai tujuh orang pekerja tetap.

Menurut Rosnani, keadaan itu berlaku kerana selain dapat menjimatkan kos ia lebih fleksibel sekali gus menyebabkannya mempunyai lebih masa bersama keluarga.

Dia berkata, pelbagai cabaran terpaksa dilaluinya kerana jarang sekali kaum wanita menjadi kontraktor.

"Saya percaya rezeki masing-masing walaupun terpaksa bersaing dengan bangsa lain yang sememangnya pakar dalam bidang ini. Bagi saya, jika orang lain boleh lakukan, tidak mustahil saya boleh melakukannya," jelasnya.

Ketika ditanya mengenai pengalaman pahit dan manis dalam hidupnya, Rosnani memberitahu, kenangan pahitnya ialah apabila satu-satunya anak lelakinya, Aizat Naim, 21, sakit sejak 13 tahun.

"Ketika dia berumur lapan tahun, dia disahkan menghidap demam panas dan sejak itu, dia hanya terlantar di katil kerana tidak boleh berdiri serta bercakap. Dia hanya sempat bersekolah sehingga darjah dua namun saya berfikiran positif selain berharap dia akan sembuh.

"Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat remaja sebayanya melalui zaman persekolahan, universiti dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Namun, saya menganggap ia merupakan ujian kepada saya," ujarnya.

Menurutnya, saat-saat manis yang dirasainya sebagai ibu adalah apabila dia berpeluang membawa anaknya itu mengerjakan haji dan umrah.

"Dia hanya tersenyum ketika memandang Kaabah ketika kami membawanya mengerjakan umrah dan saya bersyukur kerana perjalanannya dipermudahkan sebagai tetamu Allah SWT. Dia juga tidak banyak meragam sepanjang berada di sana," jelasnya.

Menurutnya, pelanggan merupakan kekuatan utama bagi kemajuan perniagaan.

"Saya akan memastikan para pelanggan saya memperoleh apa jua mereka inginkan selain berpuas hati dengan mutu kerja saya kerana ada di antaranya yang sangat teliti dan cerewet dengan hasil kerja.

"Saya juga sering berpesan kepada para pekerja supaya sentiasa teliti dalam setiap kerja yang dilakukan bagi meminimakan aduan daripada para pelanggan selain menjaga kebajikan mereka," katanya.

Jasa NGO kita

Posted:

Jasa NGO kita

Jasa NGO kita

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
megatlutfi.rahim@kosmo.com.my


KEMISKINAN di seluruh dunia mendorong pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia aktif menghulurkan bantuan makanan. – Gambar hiasan


PERANAN pertubuhan bukan kerajaan (NGO) penting untuk memperjuangkan isu-isu semasa negara seperti kenaikan harga barangan, kemasyarakatan dan bantuan kemanusiaan.

Walaupun terdapat banyak NGO di negara ini, timbul persoalan sama ada mereka aktif memainkan peranan masing-masing atau hanya sekadar mengharapkan populariti serta bantuan dana kerajaan semata-mata.

Pengarah Komunikasi Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, FOMCA terkenal kerana bersuara lantang membela kebajikan orang ramai setiap kali berlaku kenaikan harga barangan.

"Fokus kami memberikan kesedaran secara intelektual kepada para pengguna untuk berbelanja dengan bijak.

"Kami juga sedia maklum tidak semua harga barangan dikawal kerajaan.

"Hanya harga beberapa barangan keperluan asas yang dikawal kerajaan seperti minyak masak, beras dan ayam," katanya kepada Jurnal.

Namun, Mohd. Yusof berpendapat, negara cukup kaya dengan sumber alam, tanah dan cuaca yang baik.

"Jika kita dapat memaksimumkan penggunaan sumber tersebut, kita tidak perlu mengimport beras, ayam dan ikan.

"Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan perbelanjaan import dan harga yang lebih rendah kepada para pengguna," ujarnya.

Namun Mohd. Yusof berkata, kesedaran hak-hak penggunaan dalam kalangan konsumer mula meningkat kerana pelaksanaan pelbagai mekanisme oleh kerajaan dan FOMCA seperti laman web serta talian pengguna.

"Para pengguna zaman moden sedar hak mereka untuk memperoleh barangan dan perkhidmatan yang sewajarnya walaupun kesedaran itu tidak begitu meluas," ujarnya.

Peranan NGO bukan sahaja memperjuangkan hak pengguna tetapi juga kebajikan masyarakat serta wanita.

Malah, terdapat individu yang sudah berusia lanjut masih gigih membantu golongan kurang bernasib baik.

Termasuk dalam golongan itu ialah Raiyah Abd. Ghani yang berusia 74 tahun. Dia mengusahakan Rumah Anak-Anakku Sayang Ar-Rayyan, Rumah Ibuku Sayang Ar-Rayyan, Tadika Ar-Rayyan dan Tahfiz Ar-Rayyan di Seremban, Negeri Sembilan sejak awal tahun 2011.

Katanya, dia ingin membantu mereka yang kurang bernasib baik terutamanya di sekitar negeri itu.

Wanita ini mengusahakan rumah anak yatim, rumah penjagaan orang tua dan pusat tahfiz.

Raiyah yang mempunyai 10 orang cucu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, al-Quran dan Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Kesemua ini merupakan bakti saya sebelum menuju ke alam akhirat.

"Saya juga dapat menyampaikan ilmu kepada individu lain agar semua golongan mendapat manfaatnya," katanya.

Kesempitan hidup ibu-ibu tunggal turut mendapat perhatian NGO.

Zakiah Abu Kasim, seorang ibu tunggal menubuhkan Wealth yang berperanan membantu wanita termasuk ibu tunggal dalam aspek promosi perniagaan.

RIZAN (berdiri) pernah membantu mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhammad Hairuman Miskon.


"Pencapaian kami setakat ini boleh dibanggakan.

"Terdapat lebih 10 orang ibu tunggal sekitar Selangor dan Kuala Lumpur telah dibantu dari segi promosi produk barangan dan perkhidmatan mereka dalam pameran dan ekspo perniagaan dalam dan di luar negara," katanya.

Bantuan kemanusiaan

Tambahnya, hasil yang diperoleh cukup membanggakan kerana kesemua ibu tunggal terbabit dapat menambah sumber kewangan mereka untuk menampung keluarga selain meningkatkan taraf ekonomi tanpa bergantung kepada bekas suami semata-mata.

"Malah, ada yang berjaya mengusahakan perniagaan restoran, butik, salun kecantikan serta rumah inap desa," katanya dengan penuh bersemangat.

Bencana alam, kemiskinan tegar dan peperangan boleh melibatkan risiko kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda serta kerugian yang tidak ternilai harganya.

Pertubuhan Islamic Relief Malaysia (IRM) yang ditubuhkan hampir 30 tahun lalu agak aktif menjalankan program kemanusiaan di kawasan konflik perang di seluruh dunia termasuk di Gaza, Syria dan Somalia.

Menurut Pengarah Negara IRM, Zairulshahfudin Zainal Abidin, IRM telah membantu penduduk yang mengalami bencana alam, konflik peperangan dan kemiskinan di lebih 40 buah negara.

"Kami bukan sekadar memberikan bantuan makanan tetapi juga perubatan, pendidikan dan membantu memulihkan infrastrukturseperti bangunan yang musnah kerana konflik peperangan serta bencana alam.

"Seperti di Gaza, kami turut menghantar pakar-pakar perubatan serta ubat-ubatan yang diperlukan penduduk Palestin," ujarnya.

Zairulshahfudin turut teruja menceritakan program bantuan Ramadan dan MySedekah kelolaan IRM untuk membantu umat Islam yang miskin di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

"Program itu diadakan pada setiap tahun. Sebagai contoh, kami membekalkan bekalan makanan sepanjang bulan Ramadan manakala MySedekah pula merupakan bantuan berterusan kepada golongan miskin di seluruh dunia," ujarnya.

Tokoh Belia Negara 2011, Muhammad Rizan Hassan, 36, pula aktif membantu golongan belia yang pernah terlibat dengan gejala sosial supaya insaf dan menjadi insan berguna.

Sebelum ini, dia merupakan antara pengasas Kolej Tekat yang berperanan membantu remaja yang bermasalah untuk mempelajari ilmu kemahiran dan membina kerjaya demi masa depan yang lebih cerah.

Dia juga aktif melalui Persatuan Asrama Belia Malaysia yang membantu penduduk di Kota Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia yang terjejas setelah ditimpa bencana gempa bumi pada tahun 2009.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mayat anak saudara dalam telaga

Posted:

Mayat anak saudara dalam telaga

Mayat anak saudara dalam telaga

>Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

Anggota bomba mengangkat mayat Latifah setelah dikeluarkan dari telaga di Kampung Cherok Mokkan, Hosba, Jitra semalam.


JITRA – Sebuah telaga buta berusia 100 tahun yang terletak di Kampung Cherok Mokkan, Hosba di sini memakan korban dipercayai yang pertama apabila seorang wanita ditemui mati lemas di dalamnya semalam.

Latifah An, 50, menjadi mangsa telaga yang telah tidak digunakan sekian lama itu setelah dia menghilangkan diri dari rumah kakaknya di kampung berkenaan sejak lima hari lalu.

Mayatnya ditemui oleh ibu saudaranya, Siti Rosni Arif, 56, setelah dia terhidu bau busuk dan disangkanya bangkai dari telaga tersebut yang terletak 10 meter dari rumahnya di kampung yang sama.

Mayat Latifah yang sudah kembung, mengalami bengkak di seluruh tubuh ditemui dalam keadaan terlangkup.

Menurut Siti Rosni, dia terhidu bau busuk seperti bangkai ketika dia sedang membersihkan halaman rumahnya kira-kira pukul 7.30 pagi.

"Saya berasa tidak sedap hati dan terus pergi ke telaga itu dan nampak papan penutup telaga telah dialihkan serta ada banyak langau di situ.

"Saya terus menjenguk ke dalam telaga dan nampak sesuatu tetapi tidak jelas kerana cermin mata saya tertinggal di dalam rumah," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ustaz Kazim Elias dilarang berceramah

Posted:

Ustaz Kazim Elias dilarang berceramah

Ustaz Kazim Elias dilarang berceramah

Oleh RIZAM ZAKARIYA
rizam.zakariya@kosmo.com.my


USTAZ KAZIM menyampaikan ceramah agama kepada masyarakat Islam, di Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM – Penceramah bebas, Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mendedahkan ada pemimpin politik di beberapa negeri cuba menyekat program ceramahnya dengan mengeluarkan arahan supaya ia dibatalkan.

Lebih menyedihkan dakwanya, arahan tersebut datang daripada pemimpin politik beragama Islam dengan alasan, ia boleh menggugat kedudukan kerajaan negeri.

Dalam kes terbaharu dakwanya lagi, program ceramah perdana yang dijadualkan berlangsung di satu lokasi di sini pada 5 Julai ini telah diarahkan supaya dibatalkan atas arahan seorang Exco kerajaan negeri.

"Saya hairan, program ini telah dirancang sejak tiga bulan lalu. Secara tiba-tiba penganjur beritahu, mereka diarahkan supaya dibatalkan pada saat-saat akhir kerana saya merupakan salah seorang penceramah pada program tersebut.

"Apa yang menyedihkan, arahan tersebut pula datang dari seorang Exco beragama Islam, sepatutnya dia menyokong dan memberi galakan supaya program keagamaan seperti itu diperbanyakkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pusat Pengajian Darul Wehdah di Kampung Kubang Ulu, di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ditahan ketika cuba bakar kedai

Posted:

Ditahan ketika cuba bakar kedai

Ditahan ketika cuba bakar kedai

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my


SUSPEK ditahan dan dibawa ke Balai Polis One Stop Centre Kuching semalam.


KUCHING – Tidak diketahui apa puncanya, seorang lelaki bagai hilang pertimbangan apabila cuba membakar dua buah kedai yang terletak di Jalan Green dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 11.30 malam itu bermula apabila suspek yang berusia 26 tahun membakar sebuah kedai menjual pakaian yang terletak di tingkat bawah Wisma Saberkas di sini.

Ekoran kejadian itu, bahagian hadapan yang menempatkan cermin pameran pakaian premis itu rosak.

Perbuatan suspek kemudian berlarutan apabila dia pergi pula ke sebuah kedai serbaneka yang terletak kira-kira 50 meter dari kedai pakaian tersebut sambil meracau-racau.

Menurut seorang pekerja, Norita Taji, 18, lelaki itu pada mulanya dilihat membakar sebuah tong sampah yang diletakkan di luar premis tempat dia bekerja sebelum masuk ke dalam dan mengamuk.

"Lebih memeranjatkan, dia menyalakan api lalu membakar surat khabar dan majalah yang disusun di rak menyebabkan asap berkepul-kepul di dalam premis," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di lokasi kejadian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kelantan juara lagi

Posted:

Kelantan juara lagi

Kelantan juara lagi

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI dan NOR AZIRAN YUNUS
sukan@kosmo.com.my

KELANTAN membuktikan status sebagai pasukan gergasi selepas menundukkan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Penyerang The Red Warriors, Mohd. Norfarhan Muhammad muncul wira pasukannya apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-16.

Kemenangan itu turut menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas menjulang trofi berprestij negara itu dengan menewaskan Sime Darby 1-0 tahun lalu.

Beraksi di separuh masa pertama, Kelantan jelas menguasai permainan dengan mendominasi bahagian tengah.

Gandingan kapten The Red Warriors, Mohd. Badhri Mohd. Radzi bersama Mohd. Shakir Shaari memberikan impak kepada jentera serang yang kerap kali berjaya menembusi benteng pertahanan Harimau Selatan.

Hasilnya, Bahdri yang juga dikenali sebagai Piya, bijak melorongkan bola kepada Norfarhan dan penyerang Kelantan itu mudah menolak masuk dengan menewaskan penjaga gol Johor DT, Muhammad Al-Hafiz Hamzah pada minit ke-16.

Tersentak dengan jaringan pertama perlawanan itu, jurulatih Harimau Selatan, Fandi Ahmad melakukan tiga pertukaran pemain iaitu membawa masuk Leonel Nunez, K. Thanaraj dan Ahmad Ezrie Shafie dan mengeluarkan Safee Sali, Andrea Francisco dan Safiq Rahim.

Begitupun, percaturan pengendali kelahiran Singapura itu masih gagal membuahkan hasil sekali gus menyaksikan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat aksi babak pertama perlawanan.

Bersambung di separuh masa kedua, Harimau Selatan kembali mengasak benteng pertahanan The Red Warriors, namun Obinna Nwaneri dan Nik Shahrul Azim yang mengetuai benteng pertahanan Kelantan, mempamerkan aksi cemerlang dengan menggagalkan setiap percubaan merbahaya pasukan dari selatan tanah air itu.

Gandingan pertahanan Kelantan itu berjaya menggagalkan setiap asakan jentera serangan Harimau Selatan yang diketuai Norshahrul Idlan Talaha.

Penyerang import Johor DT, Nunez hampir berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma namun percubaan itu masih gagal untuk menewaskan penjaga gol The Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-78.

Berselang seminit kemudian, Nurul Azwan Roya berjaya melepasi benteng pertahanan lawan tetapi hantaran lintang itu berjaya dihidu Khairul Fahmi yang mudah menangkap bola itu bagi menyelamatkan keadaan.

Harimau Selatan yang terdesak untuk memburu jaringan penyamaan, akhirnya terpaksa akur selepas gagal menembusi benteng pertahanan The Red Warriors sekali gus menyaksikan Kelantan memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 1-0.

Ratusan penyokong Johor DT tersadai

Posted:

Ratusan penyokong Johor DT tersadai

Ratusan penyokong Johor DT tersadai

Oleh TAUFIK SALIMIN
sukan@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN penyokong tegar Johor DT hampa apabila pihak penganjur gagal menyediakan bas untuk membawa mereka ke Bukit jalil semalam.


LEBIH 200 penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT) yang berkobar-kobar untuk menonton final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi hampa apabila bas yang dijanjikan untuk membawa mereka ke sana tidak kelihatan.

Kosmo! difahamkan, orang tengah yang menguruskan perkara tersebut juga dianiayai hingga memaksanya memulangkan semula duit yang sudah dibayar sebanyak RM110 setiap seorang.

Meskipun situasi itu mencetuskan kemarahan, tiada sebarang insiden ganas antara penyokong dan orang tengah yang menguruskan segala kemudahan untuk membawa mereka ke Bukit Jalil.

Orang tengah berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Shafiq berkata, susulan daripada kejadian itu, dia telah bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Larkin.

Ujarnya, sepatutnya kesemua penyokong dijadualkan menaiki tiga buah bas untuk ke Bukit Jalil.

Namun, entah mana silapnya, bas-bas berkenaan tidak muncul mengikut jadual.

"Saya memohon maaf kepada semua kerana saya sendiri pun kena tipu dengan pihak pengurusan bas tersebut," katanya ketika ditemui di perkarangan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam.

Seorang penyokong, Muhd. Rasul Abd Razak, 28, dari pasir Gudang berkata, dia dengan penuh semangat menunggu bas sejak pukul 6 pagi semalam.

"Saya berulang kali menghubungi orang tengah itu untuk bertanya mengenai bas yang membawa mereka sudah sampai atau belum.

"Selepas lebih kurang dua jam menunggu, bas tidak sampai dan sejak itu kami rasa teraniaya dan diperdaya," katanya.

Seorang lagi mangsa, Norhaslinda Mohd Roslan, 27, berkata dia terkilan kerana tidak dapat menyertai rombongan ke Bukit Jalil untuk memberikan sokongan kepada pasukan kesayangannya.

"Selama ini, kalau di Larkin saya sentiasa datang dan menyokong, jadi untuk kali ini saya terkilan, tetapi akan cuba pergi menggunakan kenderaan sendiri serta dapatkan tiket di sana," katanya yang turut lega selepas wang deposit dipulangkan segera dan boleh digunakan untuk perbelanjaan ke Bukit Jalil.

Penguasaan pelumba Malaysia

Posted:

Penguasaan pelumba Malaysia

Penguasaan pelumba Malaysia

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


HARRIF (kiri), Sea Keong (tengah) dan Zamri antara pelumba negara yang menampilkan prestasi cemerlang pada siangan peringkat keempat Jelajah Malaysia semalam.


TIGA pelumba Malaysia menguasai kelima-lima jersi yang dipertandingkan pada peringkat keempat Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1 Malaysia (J1M) 2013.

Pada saingan dari Angsana, Johor Bahru ke Bukit Katil, Melaka sejauh 206.3 kilometer (km) semalam, jaguh pecut negara, Mohd. Harrif Salleh dari Terengganu Cycling Team (TSG) mempertahankan Jersi Hijau (Raja Pecut) yang dimenangi kelmarin selepas menjadi pelumba kedua yang melepasi garisan penamat.

Perlumbaan di laluan terpanjang pada edisi ke-50 jelajah itu dimenangi pelumba Huon Salmon-Genesys Wealth Advisershgp, Anthony Giacoppo, manakala tempat ketiga menjadi milik Mariusz Wiesiak dari Matrix Powertag dengan catatan masa yang sama iaitu lima jam 03:23 saat.

Harrif yang 'tenggelam' sepanjang dua peringkat pertama lalu, semakin pasti untuk dinobatkan selaku Raja Pecut J1M 2013 selepas mengumpul keseluruhan 54 mata iaitu 14 mata di depan rakan senegara, Mohd. Adiq Hussainie Othman (Malaysia) 40 mata, manakala pelumba Polygon Sweet Nice Team, Ploeg Van Der Paul di tempat ketiga (37 mata).

Kegembiraan Harrif turut dikongsi bersama abangnya, Mohd. Zamri yang merampas Jersi Merah (Raja Bukit) daripada pelumba LBC-MVPSF Cycling Pilipinas, Rustom Lim.

Selepas empat hari berkayuh, Zamri dari TSG berjaya mengumpul keseluruhan sembilan mata diikuti Rustom Lim (enam mata) dan Adiq (empat mata).

Perebutan Jersi Merah akan ditentukan di zon pendakian terakhir (katagori 4) iaitu di Bukit Mantin, Negeri Sembilan (119.7km) hari ini.

"Meskipun berjaya mempertahankan Jersi Hijau hari ini (semalam), saya berasa sedih kerana sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Saya ada peluang tetapi ketika perlumbaan berbaki 200 meter (m), saya tersepit di sebelah kiri.

"Keadaan saya terlalu hampir dengan dinding laluan. Saya terpaksa memperlahankan kayuhan bagi mengelak daripada terjatuh. Situasi itu memberi ruang kepada Giacoppo untuk menjadi pemenang,"" kata Harrif.

Harrif berkata, dia perlu merangka strategi ampuh terutamanya bagi menghadapi zon pendakian terakhir di Bukit Mantin dalam misi untuk mempertahankan Jersi Hijau itu.

Sekiranya Harrif menyarung Jersi Hijau dan Zamri memakai Jersi Merah, Loh Sea Keong dari OCBC Singapore Continental Cycling Team tampil lebih cemerlang apabila menguasai tiga jersi sekali gus.

Pelumba kelahiran Kelantan itu masih mempertahankan Jersi Kuning (Pendahulu Keseluruhan Individu), Jersi Biru (Pelumba Terbaik Asia) dan Jersi Putih (Pelumba Terbaik Malaysia) buat hari ketiga berturut-turut.

Ketika ini, Sea Keong menumpul masa keseluruhan 11.07:01s untuk mengekalkan statusnya selaku pendahulu keseluruhan individu iaitu 14s di depan Sergey Kuzmin dari Polygon Sweet Nice Team (11.07:15s), manakala pelumba Synergy Baku Cycling Project, Kiril Pozdnyakov di tempat ketiga (11.07:42s).

"Esok (hari ini) adalah misi hidup mati saya. Saya perlu 'melepasi jambatan terakhir' untuk mempertahankan jersi milik saya ini. Segala-galanya akan diketahui esok (hari ini), kata Sea Keong.

Para pelumba akan memulakan cabaran pada peringkat kelima dan terakhir J1M 2013 hari ini dari Bukit Katil, Melaka ke Putrajaya sejauh 169.8km yang meliputi tiga zon pecut di Lereh (14.7km), Seremban (109.9km) dan Nilai (138.2km), manakala satu zon pendakian di Bukit Mantin (119.7km).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Indonesia kumpul bukti dakwa lapan syarikat

Posted:

Indonesia kumpul bukti dakwa lapan syarikat

Indonesia kumpul bukti dakwa lapan syarikat

API marak dalam satu kebakaran hutan di daerah Bengkalis, dalam wilayah Riau semalam.- Reuters


JAKARTA - Pemerintah Indonesia sedang meneliti untuk mendakwa lapan syarikat dari Asia Tenggara kerana disyaki bertanggungjawab melakukan pembakaran hutan yang menyebabkan dua jirannya, Singapura dan Malaysia dilanda jerebu.

Krisis jerebu kali ini adalah yang terburuk pernah melanda rantau Asia Tenggara dalam tempoh 16 tahun.

Kementerian Alam Sekitar Indonesia mendedahkan nama lapan firma tersebut pada minggu lalu.

Setakat ini, pemilik lima firma perladangan berkenaan menafikan melakukan sebarang kesalahan manakala agensi berita Reuters gagal menghubungi tiga firma lain.

Tiga firma yang disiasat pula dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan di Malaysia.

Siasatan oleh berpuluh-puluh pegawai di wilayah Riau, Sumatera mendapat bukti berlaku kebakaran di tanah yang dilesenkan kepada syarikat PT Tunggal Mitra Plantations dan PT Bhumireksa Nusa Sejati.

Kedua-dua ladang itu didawa dimiliki oleh syarikat Malaysia, Sime Darby. Bhd melalui subsidiarinya, Minamas Plantation.

Mengulas perkembangan tersebut, Sime Darby memberitahu peta satelit terkini oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bersama peta syarikat menunjukkan tiada kebakaran berlaku di ladang Tunggal Mitra.

Menurutnya, terdapat tiga kebakaran di tanah konsesi Bhumireksa Nusa Sejati.

Namun, kata Sime Darby, semua kebakaran itu berlaku di luar kawasan operasi syarikat.

Sime Darby memetik undang-undang Indonesia yang dikuatkuasakan dalam tahun 1980-an yang memberikan hak kepada petani tempatan untuk menggunakan tanah konsesi yang belum diterokai tanpa sekatan.

Menurut Sime Darby, pihaknya tidak pernah membersihkan tanah di lokasi kebakaran itu sejak April lalu.

Sebahagian petani tempatan menggunakan kaedah pembakaran sebagai teknik murah untuk membersihkan tanah walaupun ia diharamkan di Indonesia.

Pembakaran hutan bagi tujuan pertanian biasa dilakukan pada musim kering antara Jun hingga September.

Dalam pada itu, jurucakap polis nasional, Boy Rafli Amar berkata, sebanyak 14 orang telah ditangkap pada minggu ini kerana menyebabkan kebakaran.

Beliau enggan mendedahkan sama ada mereka diupah oleh lapan firma berkenaan tetapi menambah, terdapat bukti kebakaran berlaku di tanah konsesi firma terbabit.

Undang-undang baharu pada 2009 mengenakan hukuman berat ke atas jenayah alam sekitar di Indonesia.

Namun, peraturan itu jarang dikuatkuasakan.

"Ini merupakan jerebu dahsyat pertama yang berlaku sejak undang-undang baharu berkuat kuasa. Ini peluang terbaik bagi pemerintah menggunakannya," kata Timbalan Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa (CIFOR), Peter Kanowski.

CIFOR merupakan sebuah organisasi pemuliharaan di Indonesia.

Menurutnya di bawah undang-undang 2009, orang perseorangan atau syarikat yang didapati bersalah memulakan kebakaran hutan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda 10 bilion rupiah (RM3.1 juta).

Pemerintah juga boleh merampas keuntungan dan menutup operasi firma berkenaan.

Selain itu, pihak syarikat boleh disaman bagi tuntutan ganti rugi kemusnahan alam sekitar. - Reuters

Obama melawat Nelson Mandela

Posted:

Obama melawat Nelson Mandela

Obama melawat Nelson Mandela


PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama dan isteri, Michelle Obama melambai tangan dari pesawat Air Force One sebelum berlepas ke Afrika Selatan pada Jumaat. - Reuters


PRETORIA - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berlepas dari Sinegal menuju ke Afrika Selatan pada Jumaat untuk melawat ikon antiaparteid Afrika Selatan, Nelson Mandela yang kini nazak.

Obama menghabiskan masa selama tiga hari di Dakar untuk bercakap mengenai demokrasi di Afrika dan melawat Pulau Goree yang menjadi simbol kepada perdagangan hamba.

Ini merupakan pusingan pertama lawatan Obama ke rantau Afrika yang turut melibatkan Tanzania.

"Saya menyifatkan beliau sebagai hero untuk dunia. Sekiranya beliau sudah tiada nanti, satu perkara yang saya fikir semua orang tahu ialah warisan yang ditinggalkannya," kata Obama.

Obama mengakui bahawa Mandela merupakan inspirasi buatnya untuk terlibat dalam dunia politik. Kedua-dua tokoh itu pernah berjumpa pada tahun 2005 di Washington.

Mandela yang akan menyambut ulang tahun ke-95 pada bulan depan kini dirawat di sebuah hospital di sini kerana mengalami jangkitan paru-paru.

Dalam perkembangan berkaitan, satu tunjuk perasaan telah diadakan oleh penduduk tempatan kerana membantah kehadiran Obama ke negara tersebut. - Agensi

Pesawat kawalan jauh karakter adiwira

Posted:

Pesawat kawalan jauh karakter adiwira

Pesawat kawalan jauh karakter adiwira


SEBUAH pesawat kawalan jauh karakter Superman sedang terbang di ruang udara San Diego.- reuters


SAN DIEGO - Seorang lelaki telah mencipta beberapa pesawat kawalan radio jarak jauh yang menggunakan watak adiwira di San Diegio, California kelmarin.

Lelaki itu, Otto Dieffenbach yang merupakan seorang pereka bersama seorang rakan perniagaannya Ed Hanley telah menubuhkan sebuah syarikat bagi menghasilkan pesawat kawalan radio jarak jauh berbentuk manusia.

Syarikat tersebut menghasilkan pesawat berbentuk manusia, karakter dan objek untuk digunakan bagi tujuan komersial serta promosi.

Dieffenbach melakukan satu ujian penerbangan di satu kawasan di San Diego kelmarin.

Antara karakter adiwira yang ada ialah Superman, Iron Man dan Ms. Emerson.

Pesawat kawalan radio yang dicipta Dieffenbach hanya menggunakan bateri yang diletakkan pada bahagian kepala karakter tersebut.

Semua karakter adiwira itu mempunyai saiz yang hampir sama dengan seorang manusia dewasa. - REUTERS

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Skuad hoki Malaysia terikat 4-4 dengan Pakistan

Posted:

Skuad hoki Malaysia terikat 4-4 dengan Pakistan

Skuad hoki Malaysia terikat 4-4 dengan Pakistan

29/06/2013 9:37pm

JOHOR BAHRU - Skuad hoki kebangsaan mensia-siakan peluang untuk meraih tiga mata apabila sekadar seri 4-4 ketika menentang Pakistan pada perlawanan pertama dalam saingan Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru yang membuka tirai hari ini. - KOSMO!

Siti Nurhaliza terima Anugerah Kemanusiaan Mapim

Posted:

Siti Nurhaliza terima Anugerah Kemanusiaan Mapim

Siti Nurhaliza terima Anugerah Kemanusiaan Mapim

29/06/2013 7:23pm

AMPANG - Penyanyi nombor satu wanita negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 34, hari ini menerima Anugerah Kemanusiaan Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim)

Menurut Siti, anugerah berkenaan diterimanya berdasarkan keprihatinan yang ditunjukkan terhadap masyarakat umat Islam yang menjadi mangsa penindasan dan kekejaman Yahudi di Palestin.

"Secara jujurnya saya tidak menyangka mengenai anugerah yang diberikan tetapi saya bersyukur atas penghargaan ini dan ia akan memberi dorongan kepada saya serta rakan-rakan artis lain supaya sentiasa prihatin terhadap nasib umat Islam yang lain.

"Sumbangan yang saya berikan rasanya agak kecil berbanding dengan ahli-ahli Mapim lain yang telah memberanikan diri untuk pergi ke Palestin dan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada umat Islam di sana," ujarnya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Hi Tea Rebuild Gaza Gaza For A Nation Feat Datuk Siti Nurhaliza & Rabbani anjuran Mapim dan Rabbani Production Sdn. Bhd. yang berlangsung di Hotel De Palma, Ampang hari ini. - KOSMO!

Sime Darby mahu pihak berkepentingan bekerjasama tangani jerebu

Posted:

Sime Darby mahu pihak berkepentingan bekerjasama tangani jerebu

Sime Darby mahu pihak berkepentingan bekerjasama tangani jerebu

29/06/2013 4:45pm

KUALA LUMPUR - Sime Darby Bhd. (Sime Darby) melalui anak syarikat miliknya, PT Minamas Gemilang meminta agar semua berkepentingan untuk bekerjasama dalam mencari jalan penyelesaian berhubung isu jerebu.

Pengarah Urusan Sime Darby Plantation, Datuk Franki Anthony Dass dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, masalah yang berpunca daripada pembakaran di Wilayah Riau, Sumatera di Indonesia itu boleh diselesaikan melalui satu sesi dialog konstruktif antara semua pemain dalam industri.

Menurut beliau, sudah tiba masanya semua pihak berkepentingan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah jerebu ini demi menjaga alam sekitar dan kesihatan penduduk yang terjejas.

"Di pihak PT Minamas, kami akan membantu dan menyertai apa jua perbincangan konstruktif yang akan di jalankan.

"Komuniti tempatan, ahli akademik dan syarikat-syarikat yang beroperasi di kawasan terjejas pula harus meng hulurkan bantuan dan sokongan kepada kerajaan Indonesia untuk mencari punca berlakunya masalah ini," katanya. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


G-Dragon si pencuri hati

Posted:

G-Dragon si pencuri hati

G-Dragon si pencuri hati

SEBENARNYA, secara luaran, tidak ada yang luar biasa mengenai lelaki bernama Kwon Ji-yong ini. Dia nampak seperti kebanyakan pemuda Korea Selatan yang lain, tinggi, kurus, bermata sepet, berkulit licin dan bijak berfesyen - tidak ada kelebihan luar biasa.

Jika adapun, cita rasa dalam berfesyennya yang terkadang eksentrik itu akan menjadi perhatian.

Namun, tunggu dulu. Transformasi biasa kepada luar biasa Kwon Ji-yong terjadi apabila pengenalan dirinya bertukar menjadi G-Dragon atau GD. Sebut sahaja nama GD, seluruh peminat muzik Korea Selatan tahu siapa yang dimaksudkan.

"Kwon Ji-yong merupakan seorang pemalu, namun sebahagian hidupnya banyak dihabiskan sebagai GD di atas pentas dan menghiburkan orang melalui apa yang dia gemari. Lantas, dia telah menjadi lebih matang dan mengikis sifat tersebut serta membuang perasaan tidak percaya diri dengan menghiburkan orang. Jadi secara tidak langsung, saya sukakan kedua-dua pengenalan diri saya itu," ujarnya dalam satu temu bual tentang dua identiti dirinya.

Menerusi nama GD, dia yang baru berusia 25 tahun diberi gelaran sebagai 'lelaki paling berkuasa dan berpengaruh dalam muzik' di negara kelahirannya. Ini semua kerana magis yang dicipta lewat karya-karya seninya.

Merupakan ketua grup Big Bang, GD mula terjebak dalam dunia seni sejak berusia lapan tahun. Dia kemudian terus menjadikan lapangan seni sebagai padang permainannya yang tiada sempadan.

Dia berkarya tanpa rasa segan. "Saya suka berkarya dan rasa seronok berbuat demikian. Setiap karya yang saya hasilkan membuat saya semakin matang," ujarnya yang pertama kali berkarya selepas datang ke rumah seorang teman dan terpengaruh dengan muzik hip hop penyanyi Barat.

Sejak jatuh cinta dengan muzik hip hop dan sempat menyanyi secara rap bersama seorang rakan lain, GD kemudian bijak memanipulasi kebolehan dirinya dengan menubuhkan Big Bang yang kini menjadi antara grup K-Pop paling berpengaruh di dunia.

Seiring sukses bersama Big Bang, GD mencuri peluang dengan bergerak secara solo. Percubaan sulung dengan debut Heartbreaker beberapa tahun lalu mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.


GD seorang yang cukup berdisiplin dan mementingkan kesempurnaan dalam setiap kerja yang dilakukannya.


Lantas, dia melahirkan One of A Kind yang juga membuahkan hasil cukup lumayan. Kelahiran album tersebut akhirnya telah membawa penyanyi ini ke Malaysia dalam rangka konsert solo pertamanya, G-Dragon World Tour 2013: One Of A Kind.

Dan di sini, cerita tentang bagaimana GD berjaya mencuri hati dan meninggalkan kesan yang tidak mungkin dilupakan para peminatnya bermula.

Semua itu dipertontonkan selama dua jam dalam konsertnya yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu.

Secara jujur, untuk penonton yang bukan peminat GD dan 'menyertai' gerombolan peminat lelaki ini yang mahu menjadi salah seorang 'one of a kind', saya cuba meneliti dan menilai mengapa penyanyi ini digilai.

Jujurnya juga, saya tertanya-tanya tentang kehebatan GD kerana dalam pemikiran saya, GD barangkali hanya seorang lagi lambakan bintang K-Pop yang tipikal - kurang mempunyai vokal yang baik, tetapi hebat menari dan memperdagangkan fizikal kepada umum.

Ini kerana saya hanya mengenali GD sebagai ketua kumpulan Bing Bang, dan secara jujur, penilaian saya terhadap muzik grup tersebut tidak lari daripada ritma K-Pop yang sudah berlambak dalam pasaran.

Namun, persepsi tersebut berubah selepas saya tanpa sedar secara perlahan-lahan telah dipukau untuk masuk ke dalam dunia ciptaan GD bersama lebih 25,000 peminatnya yang memenuhi stadium pada malam konsert tersebut.

GD, seperti yang saya tonton menerusi Youtube dan tayangan istimewa klip-klip videonya menerusi saluran MTV seminggu sebelum konsert berlangsung memang bukan penghibur yang biasa. Muzik dan penampilan dirinya memang internasional.

Tidak hairan apabila ada pihak yang melabelkan dirinya sebagai gabungan antara Lady Gaga (mengenai fesyen yang eksentrik) dengan Michael Jackson (cukup lincah dan menggoda di atas pentas).

Dia telah memanipulasi semua yang terbaik di dalam dirinya untuk menjadi seorang penghibur yang hebat dan didigilai banyak orang. Skil tariannya bukan calang-calang. Mutu vokalnya juga boleh dibanggakan.

Malah, skil yang paling hebat dimiliki lelaki ini ialah cara dia 'menggoda' peminat melalui senyuman dan jelingan mata serta cara dia berjalan yang juga bukan calang-calang. Semuanya seperti sudah dirancang dengan cara yang cukup halus dalam usaha untuk membuat peminatnya terus terkesima dengan pakej menyeluruh daripadanya.

Dengan set pentas yang ringkas, namun begitu hebat ditambah penataan cahaya yang banyak membangkit mood dramatik dalam konsert tersebut. GD berjaya membuat G-Dragon World Tour 2013: One Of A Kind menjadi sebuah konsert yang spektakular.

Selama dua jam, GD yang mula menghasilkan karya-karyanya sendiri sejak berusia belasan tahun telah memukau peminat-peminatnya dengan untaian lagu yang sudah cukup mesra telinga.

Ini termasuklah Heartbreaker, One of A Kind, Bad Boy, Butterfly, Missing You, Obsession dan Crayon.

Hampir setiap lagu yang dinyanyikan, tiada satu pun yang tidak mendapat sambutan. Begitu juga saat Taeyang yang menjadi tetamu jemputan muncul di pentas, sorakan bergema hebat menandakan peminat cukup teruja dengan kehadiran penyanyi yang juga merupakan rakannya dari grup Bing Bang.


LEBIH 25,000 peminat GD membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil minggu lalu untuk menyaksikan konsert sulung dalam rangka jelajah G-Dragon World Tour 2013: One Of A Kind.


Pecahan segmen mengikut ritma lagu yang dipersembahkan bersama konsep lagu-lagu berentak perlahan membuat pentas bertukar menjadi begitu romantik dan cukup memikat hati.

GD juga telah menggunakan pentas yang dibina luas dengan barisan pemain muzik antarabangsa pada belakang pentas yang ditempat di dalam 'kotak' masing-masing dengan cukup baik.

Dia tahu bagaimana untuk bermain dan bergembira di atas padang permainan yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM4.5 juta itu.

Malah, perkara yang membuatkan konsert tersebut bukan aksi K-Pop yang biasa apabila GD menggunakan muzik secara langsung melalui pemuzik-pemuzik profesional yang memang setia menjadi pendampingnya sejak sekian lama.

Maka, semua lagu yang dipersembahkan kedengaran cukup segar dan mengujakan.

Cuma, satu fakta yang tidak boleh dinafikan dan harus diterima oleh semua peminatnya, GD mempunyai mutu vokal yang kurang menyengat.

Namun kebijaksanaannya bermain dengan gabungan 'mesin' yang diacu dalam sebuah irama rancak dalam kebanyakan lagu miliknya membuat khalayak 'memaafkan' kekurangan tersebut.

Dia kemudian memasang janji dengan berkata: "Terima kasih Malaysia kerana telah menerima saya. Saya berjanji saya akan kembali bersama Bing Bang dalam konsert akan datang."

Janjinya itu telah membuat khalayak terlupa tentang mutu vokalnya yang barangkali bukan bertaraf gred A. Ini kerana, seorang peminat tegar, akan terus menyokong artis pujaan mereka, dalam baik atau buruk mereka, asalkan karya yang dihasilkan terus memberi magis dalam kehidupan.

Dan, itulah yang dilakukan GD. Pada usia 25 tahun, populariti dan kekayaannya setaraf dengan kerja keras yang dilakukan. Dia, memang seorang yang terpilih, sama seperti judul albumnya, 'One of A Kind'.

Katoon Network mara tanpa battle

Posted:

Katoon Network mara tanpa battle

Katoon Network mara tanpa battle

Oleh NURUL NAFISAH MAZLAN


PUSINGAN battle menjadi penentu kepada kumpulan yang layak mara ke peringkat seterusnya.


KUMPULAN yang dianggotai tujuh anak muda iaitu Katoon Network menepati jangkaan apabila berjaya mara ke peringkat akhir Showdown 2013 bagi kategori All Star tanpa perlu bersaing dengan kumpulan lain.

Menerusi kategori tersebut, sudah ditetapkan mana-mana peserta terhebat akan mendapat kad imuniti sekali gus memberikan kelebihan kepada kumpulan berkenaan untuk tidak bertanding di peringkat battle.

Dua lagi kumpulan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir ialah Elecoldxhot dan Rejuvenate Crew, sementara The Last Hustler dan Art In Motion kecundang pada peringat separuh akhir.

Menerusi aksi yang dilakukan pada Ahad lalu, kumpulan Katoon Network memberikan persembahan hebat dengan gaya tarian yang penuh bertenaga sehingga mendapat reaksi positif daripada keempat-empat juri.

Mereka yang mengadili Showdown 2013 bagi kategori All Star ialah Jay Smooth dari Amerika Syarikat, Prepix Haw dari Korea, Jow Flizzow dan Maple Loo dari Malaysia.

Menurut Jay, kumpulan Katoon Network mempunyai kekuatan luar biasa yang tidak ada pada kumpulan lain.

"Saya dapat melihat dari sisi lain kumpulan Katoon Network ini. Mereka mampu menari dengan gaya persembahan yang belum pernah dipamerkan," komen Jay selepas Katoon Network membuat persembahan mereka.


KATOON Network teruja untuk bersaing secara sihat dengan kumpulan lain dalam final Showdown 2013.


Sejurus diumumkan layak ke peringkat akhir tanpa bertanding, Katoon Network yang diwakili Shah Rizal berkata, mereka sangat terkejut dengan pemilihan berkenaan.

Menurutnya, mereka tidak meletakkan harapan yang tinggi, sebaliknya memberitahu tujuan mereka menyertai pertandingan itu hanya sekadar mahu meluaskan bakat dan mempamerkan kebolehan yang ada.

"Semua kumpulan ada kelebihan masing-masing, tetapi kami tidak memandang pengalaman mereka itu sebagai penghalang.

"Kita jadikan mereka sebagai pesaing yang sihat supaya semua orang (ahli kumpulan) dapat melakukan yang terbaik," jelas Katoon Network.

Untuk Kategori All Star, kru yang bakal bergelar juara bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM75,000 selain perbelanjaan ke pertandingan tarian peringkat antarabangsa bernilai RM125,000. Naib juara pula bakal memenangi hadiah wang tunai RM30,000.

Pentas akhir Showdown 2013 akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Jun ini dan akan disiarkan secara langsung pada pukul 8.30 malam di saluran 8TV.

Program HaHa HiHi gabung pelawak Malaysia, Indonesia

Posted:

Program HaHa HiHi gabung pelawak Malaysia, Indonesia

Program HaHa HiHi gabung pelawak Malaysia, Indonesia

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


PROGRAM lawak Haha Hihi menggabungkan pelawak dari Malaysia dan Indonesia.


PIHAK Astro dengan kerjasama Broadway Media membawakan sebuah lagi program komedi terbaharu gabungan pelawak dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia berjudul HaHa HiHi.

Menurut Ketua Saluran Premium Astro, Nizam Sani, program lawak HaHa HiHi menampilkan pelawak-pelawak yang berbakat, tetapi kurang menyerlah di Malaysia.

Program Astro telah melahirkan ramai pelawak berbakat, rugi sekiranya pihak kami (Astro) tidak ketengahkan bakat mereka itu kepada penonton.

"Antara pelawak-pelawak Indonesia dan Malaysia yang terlibat dalam program ini ialah kumpulan Shiro, R2, Shuk (Balas), Jihan (Meletop), Mamat (Sepah), Saywho, Fuad Cacing dan Endah," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program tersebut yang sudah mula bersiaran sejak 20 Jun lalu, setiap Khamis, pukul 10 malam di dalam pakej Indopek, saluran Astro Bintang (141).

Mengulas lanjut, jelas Nizam, program yang berdurasi 30 minit setiap episod itu menceritakan kehidupan seharian masyarakat dua negara itu dalam tiga segmen iaitu sketsa komedi, prank & magic serta parodi.

Ujar Nizam lagi, saluran Bintang yang biasanya memaparkan program-program dari Indonesia bukan sahaja ditonton oleh warga negara seberang tetapi juga, penonton Malaysia.

"Bagi memberi kepuasan kepada penonton, kami menggabungkan pelawak-pelawak dua negara ini dalam menghasilkan sebuah program komedi berbeza namun dalam masa yang sama tidak mengambil mudah intipati lawak yang akan mereka sampaikan," ujarnya lagi.

Menurutnya, Astro juga yakin melalui kolaborasi dua negara itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan diplomatik yang sudah sedia terjalin.

Program lawak HaHa HiHi turut menampilkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved