Jumaat, 14 Jun 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Anak muda Kyoto penerus tradisi kraf

Posted:

Anak muda Kyoto penerus tradisi kraf

Anak muda Kyoto penerus tradisi kraf

GURU bahasa Jepun Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun, Terengganu, Mohd. 'Adlan Mohd. Shariffuddin, 32, dan tiga orang pelajarnya sanggup turun ke Kuala Lumpur semata-mata mahu mengikuti kelas membuat pengaut tauhu daripada dawai.

Setiap kali Yayasan Jepun Kuala Lumpur (JFKL) mengadakan acara, pasti Mohd. 'Adlan beserta pelajarnya mendapat keizinan ke ibu negara. Kunjungan tersebut merupakan kali ketiga.

Dalam pembelajaran bahasa Jepun, pelajar-pelajar turut didedahkan dengan aspek budaya. Sehubungan itu, Mohd. 'Adlan percaya aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajarnya.

"Kebanyakan acara silang budaya seperti ini dihadiri oleh individu dari Jepun sendiri, secara tidak langsung pelajar boleh belajar bertutur dengan mereka," katanya ketika ditemui di Muzium Tekstil Negara.

Pengajar kelas menganyam dawai itu, Toru Tsuji, 32, lahir dalam keluarga yang menguasai seni kraf anyaman dawai dengan tangan dikenali kyo-kanaami.

"Alatan yang digunakan merupakan barangan lama, sangat asas dan pernah digunakan oleh ibu saya," ringkas kata Toru sambil diikuti hilai tawa.

Dia menyertai perniagaan keluarga itu pada tahun 2003 sebelum membuka butik Kanaami-Tsuji empat tahun kemudian di Kodaiji, Kyoto, Jepun. Toru juga pernah menyertai pameran perdagangan Maison et Objet (2009) di Paris, Perancis.

Pada hari itu, teknik yang diajar oleh Toru ialah membuat pengaut tauhu. Ia dikenali sebagai kiku-dashi (corak bunga kekwa) dan kikko-ami (corak cengkerang kura-kura).

Selain Mohd. 'Adlan dan tiga pelajarnya, bengkel menganyam dawai itu turut disertai lapan orang yang lain, jadi seorang penterjemah tetap diperlukan Toru untuk menerangkan cara-cara seni itu.


SETIAP produk anyaman dawai adalah adikarya dan mendapat sentuhan manusia 100 peratus.


Buatan tangan

Setiap produk sama ada pengaut tauhu atau penapis teh dihasilkan 100 peratus menggunakan tangan. Individu yang membuat kraf wajib menyiapkannya.

Justeru, produk akhir kyo-kanaami mempunyai sifat eksklusif dan terhad kerana kesukaran menganyam membentuk corak berkala dan bersegi.

Terdapat lebih 3,600 buah keluarga yang mempunyai kemahiran tersendiri dan berbeza antara satu sama lain di Kyoto.

Ia diperturun daripada satu generasi ke generasi berikutnya sebagai satu khazanah keluarga yang dipelihara. Perkara tersebut tidak pelik kerana Kyoto pernah menjadi ibu negara selama lebih 1,000 tahun.

Keluarga Tsuji merupakan salah satu daripada tukang kraf di situ dan bapa Toru, Kenichi Tsuji pernah mendapat anugerah daripada bandar Kyoto atas usahanya mempromosi seni kraf.

Kini, giliran Toru memastikan seni keluarganya mendapat perhatian dunia. Selain mengadakan pameran, dia turut membuat bengkel seperti yang dihadiri Mohd. 'Adlan di Taiwan.

Kurator Pameran Rekaan Buatan Tangan Jepun Dari Kyoto, Noriko Kawakami berkata, terdapat generasi baharu tukang kraf di Kyoto sekarang yang mampu menghasilkan hasil karya yang lebih kontemporari.

"Mereka sukar untuk dipanggil tukang kraf atau pereka, tetapi generasi baharu ini menggunakan teknik-teknik lama dalam mereka sesuatu produk dan hasilnya boleh dilihat sehingga ke Eropah," kata Norika pada seminar yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Generasi muda ini berusaha mereka bentuk sesuatu yang baharu yang menepati standard pasaran antarabangsa seperti pakaian gaun, bahan perabot, sarung iPad ataupun pencabut gabus.


MASATAKA dengan tekstil Nishijin ketika ditemui pada pameran yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Rekaan baharu

Mereka membentuk sebuah ikatan dikenali sebagai projek Go On yang terdiri daripada enam orang generasi baharu daripada keluarga yang berbeza.

Dikenali sebagai Japan Handmade, ia menawarkan pendekatan yang menarik dengan meneroka rekaan-rekaan baharu.

Walau bagaimanapun, produk-produk baharu ini masih mengekalkan rasa, nilai dan elemen-elemen Jepun.

Mereka ialah Toru, Totsuyuki Kosuga yang berasal daripada keluarga kraf buluh, Shuji Nakagawa (melentur kayu), Takahiro Yagi (bekas teh tin), Tusuke Matsubayashi (seramik) dan Masataka Hosoo (tekstil Nishijin).

Selain Toru yang turun ke Kuala Lumpur untuk mengadakan bengkel menganyam dawai, seorang lagi ahli projek Go On, Masataka hadir sempena pameran kali ini sekali gus mengadakan sesi ceramah mengenai seni produknya.

Keluarga Hosoo menguasai seni menenun tekstil tiga dimensi yang dikenali sebagai Nishijin.

Kimono

Kain broked itu digunakan sebagai obi (bengkung) dalam pemakaian kimono wanita. Syarikat tekstil Hosoo ditubuhkan pada tahun 1688, tetapi sejarahnya boleh dikesan sejak abad keenam lagi.

Nishijin dihasilkan dengan gabungan dua jenis bahan yang ditenun bersama menjadi lembaran kain tiga dimensi iaitu washi (kertas tradisional Jepun diperbuat daripada beras) dan benang sutera.

Jalur-jalur kertas washi ditenun bersama dengan fabrik sutera membentuk kain tiga dimensi yang terkenal itu. Teknik itu telah digunakan pada hampir 300 tahun lalu.

SENI membentuk tin ini merupakan salah satu daripada cabang projek Go On.


Menurut Masataka, 35, dua perkara penting ketika mereka fabrik adalah pada bahagian benang jaluran menegak dan mendatar pada mesin tenun Jacquard.

Sebanyak 9,000 utas benang pada bahagian menegak ditenun pada jaluran mendatar. Tenunan dibuat berdasarkan corak dahulu sebelum diikuti fabrik.

"Hosoo mula memasuki pasaran antarabangsa pada tahun 2006 dengan menyertai pameran Maison et Objet di Paris, Perancis," kata Masataka.

Maison et Objet merupakan pameran perdagangan Perancis terbesar untuk rekaan dalaman yang diadakan dua tahun sekali dan merupakan tiga acara terpenting di Eropah.

Produk yang dipamerkan merupakan sebuah sofa yang menggunakan kain obi sebagai sarung, namun ia tidak berjalan dengan baik, ujarnya lagi.

Tahun berikutnya, Hosoo memperkenalkan sarung kusyen yang pelbagai reka bentuk corak dengan mengekalkan keaslian teknik tradisional.

"Masalah yang dihadapi oleh Hosoo ialah kelebaran kain yang terhad iaitu 32 sentimeter (sm) sehingga kami berjaya menghasilkan sebuah mesin baharu yang dapat menenun kain dengan lebar 150sm," terang Masataka.

Dengan kelebaran kain yang lebih luas, pelbagai produk boleh direka sama ada pakaian ataupun kertas dinding dan tidak terhad pada produk kecil sahaja.

Kini, kain Nishijin mendapat perhatian dan digunakan oleh jenama-jenama antarabangsa serta eksklusif seperti Christian Dior dan Chanel.

Butik-butik jenama tersebut yang direka oleh arkitek Peter Marino menggunakan kain tersebut sebagai kertas dinding di 66 buah kedai jenama terbabit di seluruh dunia seperti di butik Dior di Hong Kong, Beijing dan Osaka.

Kain tersebut turut digunakan oleh pereka fesyen Jepun, Mihara Yasuhiro untuk koleksi pakaian lelaki musim panas/sejuk 2012.

Warga Prague bertukar jadi zombi

Posted:

Warga Prague bertukar jadi zombi

Warga Prague bertukar jadi zombi


ZOMBI Walk juga popular di negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan negara-negara Amerika Selatan.


PRAGUE di Republik Czech sememangnya terkenal dengan warisan sejarahnya. Selain itu, bandar raya tersebut tersohor sebagai pusat politik, kebudayaan dan ekonomi terpenting di Eropah suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, pelancong kini mempunyai satu sebab lain untuk berkunjung ke kota yang dihuni lebih 1.3 juta orang itu.

Dikenali sebagai Zombi Walk, acara yang dimulakan sejak tahun 2008 itu ternyata unik kerana ratusan penduduk akan berkumpul dan berarak di seluruh Prague dengan memakai kostum seperti hantu zombi.

Berbekalkan kostum dan solekan menggerunkan, peserta akan berjalan, menjerit dan menggayakan bermacam-macam aksi zombi seperti yang sering dilihat dalam filem-filem seram mayat berjalan itu.

"Ia merupakan acara unik dan menghiburkan. Bayangkan semua penduduk bandar ini bertukar menjadi zombi secara tiba-tiba," kata penganjur perarakan itu, Jaroslav Spinka.

Tambah Spinka, pada tahun ini, kesemua peserta berarak dari Dataran Old Town sehingga ke Jambatan Charles yang mengambil masa selama hampir dua jam.

"Selain penduduk tempatan ada juga pelancong asing yang berminat menyertainya. Apa yang pasti, perarakan ini merupakan tarikan terbaharu yang mewarnai kalendar pelancongan negara ini," katanya.

Zombi Walk tidak sekadar popular di Republik Czech, malah di beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Kanada, Jepun, Argentina dan Mexico.

Perarakan itu dikatakan bermula pada tahun 2000 di Milwaukee, Wisconsin, AS sebagai satu persembahan lawak jenaka yang dilakukan sekumpulan pemuda ketika Konvensyen Permainan Gencon.

Idea itu kemudian dikembangkan untuk mempromosikan filem-filem seram sebelum tersebar ke seluruh dunia sebagai satu persembahan seni yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Selain untuk acara hiburan, perarakan itu turut dijadikan acara kebajikan bagi mengumpulkan dana dan kempen-kempen kesedaran mengenai isu-isu tempatan dan global.

Pada November 2012, perarakan yang diadakan di Twin Cities (Minneapolis-Saint Paul, AS) berjaya mengumpulkan 8,027 peserta sekali gus diiktiraf sebagai Zombi Walk yang terbesar di dunia oleh Guinness Book of Records.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Lawatan sulung Menteri Pertahanan ke TLDM Lumut

Posted:

Lawatan sulung Menteri Pertahanan ke TLDM Lumut

Lawatan sulung Menteri Pertahanan ke TLDM Lumut

HISHAMMUDDIN (duduk, tengah) bersama pegawai dan anak-anak kapal KD Jebat ketika mengadakan lawatan ke Pangkalan TLDM Lumut, Perak baru-baru ini.


TURUN PADANG. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak baru-baru ini.

Ia merupakan kunjungan sulung beliau ke markas tersebut selepas dilantik menerajui kementerian itu pada 15 Mei lalu.

Kehadiran beliau disambut oleh Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Selepas menerima tabik hormat di Markas Armada, Hishammuddin dibawa melawat kapal KD Jebat, Simulasi Anjungan dan Pusat Kecemerlangan Sukan Air serta menyaksikan demonstrasi daripada Pasukan Khas Laut.

"Saya akan turun padang untuk meneliti secara dekat bagi memastikan semua sayap Angkatan Tentera Malaysia sentiasa bersedia untuk berdepan dengan cabaran masa kini dan akan datang," katanya.

UMS juara kejohanan bola jaring anjuran Kokum

Posted:

UMS juara kejohanan bola jaring anjuran Kokum

UMS juara kejohanan bola jaring anjuran Kokum


BARISAN pasukan bola jaring UMS yang menjuarai Kejohanan Bola Jaring Kelab Kokurikulum 2013 di Kompleks Sukan UMS, Sabah baru-baru ini.


HEBAT. Pasukan bola jaring Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuktikan kehebatan mereka apabila menjuarai Kejohanan Bola Jaring Kelab Kokurikulum 2013 di Kompleks Sukan UMS, Sabah baru-baru ini.

Kejohanan anjuran Kelab Kokurikulum (Kokum) itu bertujuan mencungkil bakat baharu pelajar yang boleh diketengahkan dalam pelbagai kejohanan seperti Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Sukan Universiti ASEAN.

Pada kejohanan itu, pasukan UMS yang dibarisi pelajar-pelajar Sains Sukan ternyata sukar ditandingi apabila memenangi kesemua perlawanan dengan jumlah jaringan yang besar.

Pasukan itu menewaskan kumpulan Mascom 18-1 pada perlawanan pertama sebelum membelasah pasukan Kokum 14-1 dan pasukan G-United 14-3 untuk dinobatkan juara keseluruhan.

ILKS bimbing 135 anak Perlis

Posted:

ILKS bimbing 135 anak Perlis

ILKS bimbing 135 anak Perlis


AZLAN (tiga dari kiri) menerima dokumen perjanjian daripada wakil enam ILKS yang bakal memberikan latihan kepada anak-anak negeri Perlis di Kangar baru-baru ini.


BIMBING. Sebanyak enam Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) dipilih bagi melatih 135 anak kelahiran Perlis yang ditaja oleh kerajaan negeri untuk mengikuti program pengajian selama 10 bulan yang disediakan di kesemua institut berkenaan.

Kerajaan Perlis telah memperuntukkan sebanyak RM1,145,000 sebagai perbelanjaan sepanjang latihan berkenaan.

Para peserta yang dipilih itu datang daripada keluarga berpendapatan rendah.

Keenam-enam ILKS tersebut ialah Institut Kemahiran Langkasuka, i-System Training Centre, Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah, Institut Wawasan, Pusat Teknikal Spectrum Sdn. Bhd. dan SLC Sdn. Bhd.

Majlis menandatangani memorandum perjanjian kerjasama itu dilakukan oleh Menteri Besar Perlis, Azlan Man dengan wakil keenam-enam ILKS terbabit.

Majlis yang diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri di Kangar, Perlis itu turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azizan Hamid.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Wanita bersumpah tipu majikan

Posted:

Wanita bersumpah tipu majikan

Wanita bersumpah tipu majikan

MAI SHAHIRA dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Seorang bekas eksekutif akaun wanita sebuah syarikat logistik semalam mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 489 pertuduhan pecah amanah membabitkan cek bernilai RM647,445.37 milik bekas majikannya.

Mai Shahira Ishak, 36, turut bersumpah melakukan jenayah itu.

"Saya sumpah ini adalah kes pertama dan terakhir saya... saya juga menghidap penyakit asma," katanya sambil menangis.

Tertuduh yang berasal dari Klang, Selangor membuat pengakuan itu di depan Hakim Aslam Zainuddin.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lorong Batu Nilam 1A, Bandar Bukit Tinggi, Klang antara 31 Disember 2011 dan 30 Januari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun, sebatan serta boleh didenda jika bersalah.

Mengikut pertuduhan, Mai Shahira melakukan pecah amanah dengan membuat pembayaran menggunakan 489 keping cek bernilai RM647,445 kepada Maidina Othman Trading milik Saidina Azzuanira Saidina Othman yang diketahui oleh tertuduh tiada hubungan perniagaan dengan majikannya, UTI Worldwide (M) Sdn. Bhd.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Angkara hina Sultan Johor

Posted:

Angkara hina Sultan Johor

Angkara hina Sultan Johor

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

AHMAD diarah bela diri selepas didapati bersalah hina Sultan Johor di Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang eksekutif di sebuah syarikat pembinaan diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dengan kata-kata kesat melalui laman sosial Facebook (FB) pada Oktober tahun lalu.

Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Ahmad Abd. Jalil, 28.

Ahmad yang bekerja di RD Resources Sdn. Bhd. dan beralamat di Nombor 3, Jalan Wangsa Delima 11, Seksyen 5, Kuala Lumpur didakwa telah menggunakan perkhidmatan aplikasi FB di alamat Internet Protokol (IP) 175.139.168.216 melalui akaun http://www.facebook.com/ibrahim.osman.313371.

Tertuduh yang menggunakan nama profil Zul Yahya dalam akaun Facebook secara sedar telah memulakan penghantaran komen yang jelik terhadap Sultan Ibrahim.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bujang Bakong 500kg kecundang

Posted:

Bujang Bakong 500kg kecundang

Bujang Bakong 500kg kecundang

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my


PENDUDUK kampung melihat bangkai buaya yang dipercayai membaham seorang pekerja balak di Sungai Karap, Bakong, Miri semalam.


BAKONG - Bujang Bakong, seekor buaya sepanjang lima meter dan seberat 500 kilogram (kg) yang dipercayai membaham seorang pekerja balak yang sedang membuang air besar di Sungai Karap, Bakong, Miri, Sarawak bulan lalu berjaya ditangkap di sini semalam.

Reptilia yang diburu sejak tiga minggu lalu itu berjaya ditewaskan dengan menggunakan umpan daging babi yang dijampi pawang buaya di tebing sungai tersebut pada pukul 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superitendan Tamin Emperang berkata, Bujang Bakong ditangkap kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa, Irwanshah Radin, 26, dibaham pada 25 Mei lalu.

Menurutnya, kira-kira 10 orang termasuk anggota polis dan Jabatan Hutan Sarawak terpaksa menarik buaya tersebut dengan menggunakan tali sebelum diangkat dengan jentolak ke darat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Inovasi jentera enduro BMW

Posted:

Inovasi jentera enduro BMW

Inovasi jentera enduro BMW

Oleh SHAWKATH AZDE

TEMPOH lima bulan pertama tahun ini menyaksikan BMW Group Malaysia memulakan strategi mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal premium tempatan.

Langkah itu dibuat dengan memperkenalkan barisan jentera berprestasi tinggi dalam beberapa segmen seperti Enduro, Touring dan High Performance.

Pengeluar kenderaan premium itu juga membawa masuk tiga varian motosikal edisi khas bagi memperingati ulang tahun ke-90 penubuhan BMW Motorrad di Jerman.

Barisan model baharu yang dilancarkan di Malaysia ialah BMW HP4, F 700 GS, F 800 GS, F 800 GT, R 1200 GSA, R 1200 RT dan R 1200 R.

Momentum itu diteruskan dengan satu lagi pelancaran produk enduro untuk peminat tempatan. Model yang dimaksudkan ialah R 1200 GS edisi 2013.

Sambutan terhadap produk BMW Motorrad nampaknya positif. Jualan bagi suku pertama tahun ini sudah mencecah 148 buah motosikal.

Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils berkata, catatan itu merupakan peningkatan sebanyak 17 peratus jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun sebelumnya.

"Ini merupakan petanda kukuh bahawa pelanggan menyokong rangkaian motosikal premium yang ditawarkan," katanya pada majlis pelancaran R 1200 GS di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengubah Tradisi

Rangkaian motosikal BMW GS memiliki populariti tersendiri dalam dunia tunggangan kembara lasak dan jarak jauh.

Lebih 30 tahun sudah berlalu, motosikal dwikegunaan itu terus diberi nafas baharu melalui kejuruteraan semula agar ia kekal relevan mengikut keadaan semasa.

Bagi edisi 2013, transformasi yang dilakukan pada jentera R 1200 GS melibatkan teknologi kejuruteraan dengan inovasi terkini. Objektif itu sudah pasti mahu meningkatkan kepuasan tunggangan pemiliknya.

Inovasi pertama melibatkan penggunaan sistem penyejukan udara dan air glikol. Model sebelumnya mengguna pakai sistem penyejukan minyak dan udara.

Penukaran bendalir itu bertujuan memastikan kandungan sedia ada berupaya menyerap lepasan haba dengan lebih baik dan efisien.

Cecair glikol memiliki kelebihan mencapai setiap ruang dalaman bahagian enjin dengan lebih baik berbanding pengunaan minyak.

Operasi pelepasan haba itu dibantu menerusi pemasangan dua unit radiator dengan bantuan kipas. Kipas akan dihidupkan secara automatik apabila diperlukan. Set radiator dipasang pada bahagian kiri dan kanan enjin.


SISTEM ekzos keluli tahan karat dengan pengesan oksigen bantu mengurangkan pembebasan emisi karbon.


R 1200 GS terbaharu mengubah tradisi binaan produk enduro BMW Motorrad. Buat julung-julung kalinya, kotak gear dan sistem klac diintegrasikan di dalam ruang perumah enjin.

Teknik kejuruteraan itu membantu mengurangkan penggunaan bendalir pelincir transmisi tambahan dan meningkatkan kestabilan jentera ketika tunggangan.

Rangkaian kuasa R 1200 GS berupaya menjana kuasa maksimum 125hp pada 7,700rpm. Kuasa kilas tertinggi adalah 125Nm @ 6,000rpm. Jentera itu berupaya memecut melepasi paras 200 kilometer sejam (km/j).

Motosikal yang dipertontonkan sewaktu Pameran Antarabangsa Intermot 2012 di Jerman itu nyata kelihatan agresif dan lasak.

Wajah hadapan yang menggunakan reraut tajam bukan hanya solekan kosmetik. Ia menggalas tugas meningkatkan faktor aerodinamik ketika tunggangan.

Mode tunggangan

Keselesaan tunggangan disokong dengan adanya penghadang angin yang boleh selaras secara manual. Semua maklumat semasa tunggangan dipamerkan menerusi instrumen meter analog dan digital.

Penunggang boleh memilih mode tunggangan yang disediakan mengikut keadaan muka bumi. Sebanyak lima mode tunggangan disediakan iaitu Rain, Road, Dynamic, Enduro dan Enduro Pro.

Penukaran pemetaan enjin dibuat menerusi butang kawalan yang ditempatkan pada bahagian hendal. Susun atur semua butang kawalan pada hendal mudah dicapai dan dikendalikan.

Setiap tetapan mode yang dipilih akan mengubah maklum balas pendikit minyak, kawalan dan tahap redaman sistem suspensi separa aktif.

Pelana jentera bahagian hadapan boleh diselaras dengan adanya dua tahap ketinggian. Tujuannya adalah untuk meningkatkan keselesaan sewaktu tunggangan jarak jauh.

Aspek keselamatan jentera telah ditingkatkan dengan pemasangan saiz brek cakera lebih besar, angkup hadapan jenis Brembo Monobloc dan sistem brek antikunci (ABS).


LEGASI siri BMW GS terus menerima pembaharuan terkini daripada BMW Motorrad.


Perubahan turut membabitkan saiz rim dan tayar agar keseronokan tunggangan dapat dinikmati sepenuhnya. Perkara itu membolehkan tayar mendapat sentuhan lebih luas di atas jalan sekali gus meningkatkan keupayaan mengambil selekoh dengan lebih baik.

Pertama , lebar rim hadapan ditingkatkan kepada tiga inci. Saiz tayar yang digunakan adalah 120/70 R19. Tindakan sama dibuat pada rim belakang dengan tahap kelebaran mencecah 4.5 inci. Padanan saiz tayar adalah 170/60 R17.

BMW Group Malaysia menawarkan dua varian R 1200 GS edisi 2013 iaitu Dynamic dan Touring untuk pelanggan tempatan.

Perbezaannya melibatkan komponen lampu utama. Varian Dynamic dipasang dengan set lampu utama LED sepenuhnya. Sementara varian Touring dilengkapi lampu jenis halogen.

Ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu merah, biru, putih dan kelabu, BMW R 1200 GS kini boleh didapati menerusi semua pengedar BMW Motorrad di seluruh negara.

Harga bagi varian Dynamic ialah RM128,800 seunit. Untuk varian Touring, ia ditawarkan pada harga RM125,000 sebuah. Harga itu adalah di atas jalan tanpa insurans.

Jika mahu menikmati keseimbangan antara kepuasan tunggangan dan aktiviti kembara, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa inilah antara jentera yang harus diberi pertimbangan.

Porsche 911 SE 50 tahun!

Posted:

Porsche 911 SE 50 tahun!

Porsche 911 SE 50 tahun!

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


REVOLUSI rekaan Porsche 911 menjadikannya sebuah model sports yang semakin matang.


SELAMA lima dekad, model 911 merupakan jantung hati Porsche. Hanya beberapa kereta sahaja di dunia yang mempunyai tradisi dan kesinambungan seperti Porsche 911.

Model tersebut telah menjadi inspirasi kepada ramai penggemar kereta sejak pertama kali diperkenalkan (901) pada acara IAA International Automotive Show, Frankfurt, Jerman pada September 1963.

Hari ini, 911 ialah sebuah model yang menjadi penanda aras untuk pesaing lain. 911 turut dijadikan sebagai rujukan untuk semua model Porsche. Setiap model tersebut membawa falsafah 911.

Prinsip Perlumbaan

Sehingga kini, lebih 820,000 Porsche 911 telah dibina yang menjadikannya kereta sport paling berjaya di dunia. Bagi ketujuh-tujuh generasinya, para jurutera di Zuffenhausen dan Weissach memperbaharuinya berkali-kali sebagai simbol kuasa inovatif Porsche.

Kelebihan 911 terletak pada adunan sifat kontradiksi seperti sporty dengan praktikaliti harian, tradisi dengan inovasi, eksklusif dengan penerimaan sosial dan rekaan dengan kebolehgunaan.

Sebagai tambahan kepada ciri-cirinya yang klasik dan unik, Porsche 911 selalu dipuji melalui teknologinya yang maju. Banyak idea dan teknologi diperkenalkan pada model 911 dilahirkan daripada trek perlumbaan. 911 sememangnya dibangun berdasarkan kepada prinsip perlumbaan sejak dari awal lagi. Perlumbaan sememangnya menjadi medan ujian paling penting untuk model itu.

Sejak dari mula, 'habitat' 911 adalah di litar dan lokasi rali di serata dunia, berbekalkan reputasi sebagai sebuah kereta yang pantas dan boleh menang. Faktanya, dua pertiga daripada 30,000 kemenangan yang diperoleh Porsche disumbangkan oleh 911.

Pada bulan September depan di International Motor Show (IAA) di Frankfurt, Porsche akan menyambut ulang tahun 911 yang ke-50 dengan memperkenalkan model edisi istimewa (SE) 50 Years Edition - separuh abad sejak model ikonik itu diperkenalkan di Jerman.

Menariknya, model SE itu hanya akan dihadkan kepada 1,963 unit iaitu mengikut tahun 911 dilahirkan. Seperti coupé pertama, model 911 50 Years Edition didatangkan dengan enjin flat-six pacuan roda belakang. Prestasi yang efisyen, suspensi sports active dan gayaan badan yang eksklusif menambah lagi penampilan kontemporari 911.

Memetik laporan agensi berita Newspress, model SE diasaskan daripada model 911 Carrera S, tetapi dilitupi badan yang lebih lebar iaitu 44 mm pada arca roda belakang yang sebenarnya untuk model pacuan semua roda (AWD) Carrera 4.

Keunikan luaran 911 SE diilhamkan daripada 50 tahun kejayaan model itu. Sebagai contoh, Porsche Active Suspension Management (PASM) ditala semula supaya berpadanan dengan peningkatan lebar jarak roda yang memberi lebih dinamik sewaktu mengambil selekoh.


TEMPAT duduk yang menawarkan keselesaan sepanjang masa.


Enjin Flat-Six

Model itu turut dipasangkan dengan sistem ekzos baharu bagi meningkatkan lagi tarikan emosi pada pemandu. Dikuasakan oleh enjin 3.8 liter flat-six berkuasa 400hp, Porsche 911 50 Years Edition mampu memecut dari sifar hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh hanya 4.5 saat dan 4.3 saat bagi model PDK dengan kelajuan maksimum 299km/j dan 298km/j (PDK).

Memberi indikasi jelas lokasi enjin flat-six yang berada di belakang ialah jaluran krom pada sirip gril bonet enjin. Aksesori tersebut diteruskan pada ruang suapan udara depan dan di antara lampu belakang.

Paling menonjol untuk model SE ialah rim 'old school' lima jejari yang diinspirasikan daripada rim dikenali sebagai Fuchs. Ia merupakan rim lagenda yang pertama kali digunakan pada model 911 tahun 1966.

Rim bersaiz 20 inci itu diwarnakan dengan warna hitam kusam dan kilatan mesin. Selain peralatan khas, pakej standard 911 Carrera S terdiri daripada Porsche Torque Vectoring (PTV) dengan limited slip differential belakang, skrin sentuh berwarna 4.6 inci Porsche Management bersama navigasi satelit, kawalan suhu automatik, lampu utama Bi-Xenon dan audio antara muka yang mempunyai sambungan MP3 dengan jaminan selama tiga tahun.

Pada bahagian dalam pula, gayaannya banyak meniru kembali reka bentuk 911 asal. Misalnya, label hijau pada instrumen dengan jarum berwarna putih dan penutup berwarna perak di atas meter. Satu lagi ciri istimewa ialah panel tengah pada kerusi kulit yang direka dengan corak fabrik yang mengingatkan semula pada rekaan Pepita tartan daripada model 1960-an.

Balutan kulit pula boleh dipilih sama ada berwarna kelabu (Agate Grey) atau hitam. Kerusinya boleh dilaras dengan 14 arah. Jika itu tidak memadai, terdapat pilihan kerusi Sport Seats Plus dengan 18 arah larasan.

Porsche 911 50 Years Edition sudah boleh ditempah di Porsche Centre di United Kingdom dan Ireland sahaja. Harganya? Bermula daripada GBP 92,257 atau sekitar RM453,000 sahaja!

Nilai Honda CR-X EF8

Posted:

Nilai Honda CR-X EF8

Nilai Honda CR-X EF8

Oleh IRWAN ASRI MOHD. NOR


CR-X menawarkan kualiti pemanduan yang mengujakan.


SAYA masih teringat kata-kata manis seorang jurujual kereta tempatan kepada ayah bahawa membeli kereta adalah satu pelaburan. Jangan percaya. Membeli kereta bukan macam beli rumah yang harganya naik setiap tahun.

Kereta hari ini bayar RM50,000 keluar sahaja bilik pameran terus jatuh harga hampir RM10,000. Bagi saya, beli kereta kita menang memakai sahaja, kalau hendak harapkan keuntungan, memang tidak ada.

Tetapi kadang-kadang, nasib boleh menyebelahi kita. Kereta yang dahulunya dibeli pada harga RM20,000 boleh jadi RM50,000. Contoh terbaik ialah Toyota AE86. Kereta itu dilancarkan ketika saya masih bersekolah rendah. Kalau tidak silap, harga jualannya lebih kurang RM50,000.

Mendahului zaman

Kalau hendak diikutkan, harga tersebut memang mahal kerana kereta zaman itu, harga puratanya cuma RM20,000. Tetapi selepas hampir 30 tahun, kereta tersebut masih dijual pada harga yang sama. Malah ada kalanya, lagi mahal!

Jika anda peminat Honda, jangan risau. Ada juga permata yang bakal menjadi klasik satu masa nanti (ataupun sebenarnya sudah bermula). Mungkin ramai antara kita yang tidak mampu membeli Honda NSX, kereta yang saya yakin menjadi bahan koleksi satu masa nanti.

Jika anda sekarang ada menyimpan Honda CR-X generasi kedua (siri EF), elok simpan baik-baik. Sebab? Saya agak rajin melihat laman web menjual kereta. Saya dapati harga CR-X model itu makin hari makin naik, terutama kalau dalam geran mengesahkan bahawa ia daripada model EF8.

EF8 ialah model yang menggunakan enjin B16A. Hakikat itulah yang membuatkannya amat bernilai. Pada anda yang fikir kereta itu masih baru, tahukah bahawa Honda siri EF sudah menyambut ulang tahun ke-25?

Saya tidak salahkan siapa-siapa kalau ada yang rasa kereta itu masih baru. Masakan tidak, reka bentuknya mendahului zaman. Malah teknologi yang digunakannya masih dianggap hebat hingga ke hari ini.

Jadi memang bertuah pemiliknya, Aidil sebab memiliki sebuah CR-X EF8 yang asli. Kereta yang didaftarkan pada tahun 1991 itu sejujurnya nampak macam baru sampai di Pelabuhan Kelang, cantik dan bersih.

Model EF8 didatangkan dengan enjin B16A dari kilang. Tetapi Aidil sudah menggantikannya dengan enjin B16B, enjin Civic EK9 Type-R.


RUANG kabin CR-X ini menerima ubah suai minimum.


Alat ganti prestasi

Enjin B16B memang secara kasarnya nampak sama dengan enjin B16A yang diganti. Namun, jurutera Honda telah membikin enjin itu dan melonjakkan kuasanya kepada 180hp berbanding 160hp pada enjin B16A biasa.

Enjin itu boleh dikatakan sebagai memiliki paling banyak alat ganti prestasi. Walaupun blok dan kepala silindernya tidak diusik, bahagian inlet kemasukannya sudah diganti dengan inlet Skunk2 bersama throttle body daripada Super 90.

Penapis udara asal pun telah diganti dengan penapis udara daripada Mugen yang disambung ke throttle body menggunakan paip keluli tahan karat buatan custom.

Sistem pendawaian enjin pula disorokkan daripada penglihatan. Proses itu dipanggil 'wire tuck'. Sebab itulah anda tidak nampak wayar-wayar yang berserabut, semuanya sudah disorok dengan jayanya.

Hos-hos radiator dan hos vakum diganti dengan hos silikon daripada Samco. Ini termasuklah radiator asal yang diganti dengan radiator aluminium. ECU enjin dinaik taraf dengan cip daripada Skunk2, sebelum dilaras menggunakan sistem ECU piggyback jenama A'PEXi V-AFC.

Tidak lengkap ubah suai enjin VTEC kalau sistem ekzos tidak diganti. Untuk projek CR-X, Aidil menggunakan sistem manifold ekzos 4-1, paip ekzos saluran terus buatan custom dan diakhiri dengan peredam bunyi J's Racing.

Kotak gear B16B yang disalin sekali ke kereta itu nampaknya sudah berubah sifat. Klac asal diganti dengan klac Ogura Super Single bersama flywheel yang diringankan. Nisbah gear pun sudah ditukar dengan set nisbah gear pendek M's Factory yang menggunakan nisbah akhir 3.4.

Dari segi pengendalian pula, CR-X diubahsuai dengan penyerap hentak boleh laras Tein Flex dan lower arm belakang Skunk2 pada bahagian belakang. Tayar-tayar Dunlop Sport bersaiz 195/50 membaluti rim-rim Volk Racing TE37 berdiameter 15 inci yang banyak membantu CR-X terus melekat di atas jalan raya.

Kalau tengok bab penampilan, CR-X memang bersih dan kemas, tanda restorasi yang sempurna. Pada bahagian luaran, ia mengekalkan ciri-ciri standard kilang tanpa sebarang modifikasi.

Bahagian dalamannya pun boleh dikatakan tidak banyak berubah. Cuma ada penambahan beberapa aksesori yang membuatkan kereta itu lebih istimewa.

Aksesori jenis bolt-on melibatkan stereng Momo, tombol gear Skunk2 dan pedal pendikit Mugen. Satu set meter jenama Defi juga dipasang pada papan pemuka yang memberi bacaan tekanan pelincir, suhu air dan suhu pelincir.

Nasihat saya kepada pemilik-pemilik CR-X EF8 asal, simpan kereta itu baik-baik. Jangan nak berlumba lagi. Modifikasi pun jangan lebih-lebih. Nilai kereta anda ada potensi jadi macam AE86.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


AS pertahan intip e-mel rakyat

Posted:

AS pertahan intip e-mel rakyat

AS pertahan intip e-mel rakyat

BEBERAPA penduduk berhimpun di New York untuk menyatakan sokongan mereka kepada Edward Snowden pada Isnin lalu. - AFP


WASHINGTON – Pengarah Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) bertegas mempertahankan program intipan rahsia, PRISM kelmarin sebagai alat berkesan untuk melindungi keselamatan Amerika Syarikat (AS).

Bercakap kepada Kongres di sini kelmarin, Jeneral Keith Alexander berkata, intipan rahsia yang dilakukan telah membantu pihaknya menghalang berpuluh-puluh serangan pengganas ke atas AS.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung komplot-komplot serangan itu.

Dalam keterangan pertama tentang operasi rahsia itu kepada Kongres selepas PRISM dibocorkan oleh bekas ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA), Edward Snowden, Alexander juga memberitahu, rakyat perlu dimaklumkan secara meluas dan lebih terperinci berhubung perkara tersebut.

Kenyataan tersebut dibuat bagi meredakan kebimbangan orang ramai berhubung dakwaan PRISM menceroboh hak peribadi dan kebebasan mereka.

"Saya berpendapat, penting untuk kita memperbetulkan perkara ini. Saya mahu rakyat AS tahu bahawa kita cuba untuk telus mengenai program ini dan melindungi kebebasan serta privasi orang awam," kata Alexander.

"Namun pada masa yang sama, kami perlu melindungi keselamatan negara ini," tambahnya.

Beliau memberitahu demikian di hadapan sebuah panel Senat di sini kelmarin.

Dalam pada itu, beberapa ribu kilometer dari sini, Snowden yang melarikan diri ke Hong Kong selepas membocorkan beberapa dokumen tentang PRISM berkata, dia akan menentang sebarang percubaan AS untuk mengekstradisinya.

Ketika ini, pihak berkuasa AS dalam proses menyiapkan siasatan ke atas Snowden tetapi masih belum mendakwa lelaki berusia 29 tahun tersebut.

"Saya berada di Hong Kong bukan untuk melarikan diri daripada dihadapkan ke muka pengadilan. Saya di sini untuk mendedahkan perbuatan jenayah," katanya.

Dia menyatakan demikian dalam satu wawancara bersama akhbar South China Morning Post.

Mengulas lanjut tentang program PRISM, Alexander berkata, semua langkah yang dilaksanakan oleh pemerintah adalah berlandaskan undang- undang yang diluluskan oleh Kongres.

Tambahan pula katanya, perkembangan program tersebut turut dipantau oleh mahkamah AS.

Jelasnya, PRISM merangkumi "operasi untuk menggagalkan atau menyumbang kepada kegagalan serangan pengganas".

Beliau berjanji akan memberikan maklumat tambahan kepada Jawatankuasa Perisikan Senat dalam satu mesyuarat tertutup semalam.

Pengarah NSA itu juga telah mendedahkan maklumat berhubung kejayaan PRISM menggagalkan dua serangan ke atas AS, setiap satu di New York dan Chicago.

Namun, beliau memberikan amaran bahawa pendedahan operasi PRISM oleh Snowden telah menjejaskan keberkesanan program intipan rahsia itu.

Justeru katanya, AS dan sekutu-sekutunya kini kurang selamat berbanding dua minggu lalu sebelum PRISM dibocorkan.

"Sebahagian operasi PRISM kekal sebagai maklumat sulit dan ia perlu terus begitu kerana jika kita mendedahkan kepada pengganas setiap cara yang dilakukan untuk menjejaki mereka, mereka akan melepasi kawalan keselamatan AS dan orang ramai akan mati," katanya.

Tambah Alexander, beliau amat bimbang berhubung Snowden yang memiliki akses rangkaian-rangkaian utama NSA.

Ujarnya, Snowden cuma seorang pentadbir sistem komputer yang diberikan kebenaran untuk menguruskan sistem rangkaian NSA dan hanya boleh mengakses sebahagian sistem tersebut.

Pengarah berkenaan disoal secara terperinci oleh beberapa senator AS berhubung jumlah data yang telah dikumpulkan oleh NSA menerusi PRISM.

Program tersebut digunakan untuk menghimpun berjuta-juta rakaman perbualan telefon dan mengawasi aktiviti orang ramai di internet.

Setakat ini, PRISM mendapat sokongan daripada anggota-anggota Dewan Perwakilan dan panel Perisikan Senat serta beberapa pemimpin AS.

Menurut mereka, program kontroversi itu perlu dalam usaha memerangi keganasan.

Namun, wakil-wakil rakyat AS yang masih samar tentang operasi rahsia tersebut menyuarakan kebimbangan dan kerisauan mereka.

Senator Mike Johanns meminta Pengarah NSA tersebut menerangkan sama ada pemerintah boleh mengetahui apa yang dicari oleh seseorang individu semasa menggunakan Google atau melihat isi e-mel yang dihantar olehnya.

Jelas Alexander, sebaik sahaja identiti individu terbabit dikesan, kes tersebut akan dirujuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

"Pihak FBI akan menentukan berhubung apa lagi yang perlu dilakukan tentang individu berkenaan. Perkara itu diserahkan kepada mereka," kata Alexander.

"Justeru, saya boleh katakan, jawapan kepada soalan saya tadi adalah ya," kata Johanss.

"Ya, anda boleh melihatnya. Anda boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk berbuat demikian," jelas Alexander.

Sebelum ini, para pemimpin Kongres dan anggota jawatankuasa perisikan telah beberapa kali diberikan taklimat tentang PRISM manakala Kongres pula telah merombak undang-undang berkaitan program intipan itu lebih dua kali.

Namun, pendedahan Snowden tentang keupayaan PRISM yang begitu meluas melibatkan segenap elemen komunikasi maklumat mengejutkan orang ramai dan wakil rakyat AS.

Dalam satu wawancara dengan akhbar Guardian yang disiarkan pada Ahad lalu, Snowden berkata, PRISM membolehkan NSA mengintip apa sahaja komunikasi manusia.

"Jika saya mahu melihat kandungan e-mel anda atau mendengar panggilan telefon isteri anda, saya hanya perlu memintasnya dengan PRISM.

"Saya juga boleh mengintip e-mel, kata laluan, rekod panggilan telefon dan maklumat kad kredit anda," tambahnya.

Menurut Snowden kesedaran bahawa PRIM telah menyalahi prinsip kebebasan dan hak peribadi rakyat AS telah mendorongnya untuk membocorkan program rahsia itu.

"Saya tidak mahu tinggal dalam masyarakat yang melakukan perkara keji ini, saya tidak mahu tinggal dalam dunia yang mana perbuatan dan percakapan saya dirakamkan. Saya tidak boleh menyokong program seperti ini," ujarnya.

Snowden melarikan diri ke Hong Kong lebih tiga minggu lalu, sekali gus meninggalkan kehidupan selesa di Hawaii, gaji AS$200,000 (RM618,700), seorang teman wanita, kerjaya yang stabil dan keluarga yang menyayanginya. – Agensi

Dipenjara enam bulan kerana seks oral

Posted:

Dipenjara enam bulan kerana seks oral

Dipenjara enam bulan kerana seks oral

SINGAPURA - Seorang bekas penjawat kanan awam di sini dipenjara enam bulan semalam kerana menerima seks oral daripada bekas eksekutif wanita sebuah syarikat pembekal sebagai habuan untuk mendapatkan kontrak perniagaan.

Dalam keputusannya, Hakim Daerah, Hamidah Ibrahim berkata, bekas ketua Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SC- DF), Peter Lim (gambar) mencemarkan reputasi kakitangan awam dengan melakukan perbuatan tidak bermoral.

Beliau turut menolak rayuan pihak peguam bela agar Lim membayar denda atau dikenakan hukuman penjara yang singkat.

Menurutnya, tiada kompromi terhadap semua pesalah kes rasuah tanpa mengira kedudukan atau jawatan mereka.

"Saya tidak dapat menerima dia terlibat dalam perbuatan tidak bermoral yang mencemarkan jawatan tinggi yang dipegangnya. Dia sepatutnya memelihara kepercayaan yang diberikan," kata hakim.

Terdahulu, peguam tertuduh, Hamidul Haq merayu agar Lim dibenarkan ikat jamin sebanyak 15,000 dolar Singapura (RM37,554).

Mahkamah berkenaan diberitahu bahawa Lim telah meminta dan menerima seks oral daripada pengurus besar firma Kejuruteraan Nimrod yang berurus niaga dengan SCDF.

Wanita tersebut berusia 49 tahun.

Beberapa bulan selepas itu, tertuduh memberikan maklumat awal bahawa SCDF memerlukan peralatan mengesan radiasi.

Maklumat tersebut membolehkan Nimrod menyertai tender berkenaan dengan kelebihan yang besar berbanding syarikat-syarikat lain.

Hakim sama memberitahu, beliau juga tidak dapat menerima hujah pembelaan bahawa kes itu unik kerana ia melibatkan seks oral dan bukannya wang.

"Bentuk rasuah tiada kena mengena dengan kesan jenayah rasuah terutama dalam sektor awam," katanya.

Ketika keputusan dibacakan, Lim yang memejamkan matanya kelihatan gugup dan sedih.

Dia didapati bersalah pada 31 Mei lalu dan dihadapkan semula ke mahkamah semalam bagi membolehkan hukuman dibacakan.

Tujuh lagi dakwaan rasuah seks terhadap Lim yang melibatkan dua wanita lain turut diambil kira dalam keputusan kes tersebut.

Dua tuduhan lain ke atasnya bagaimanapun telah digugurkan. - AFP

Pekerja terperangkap dalam perancah diselamatkan

Posted:

Pekerja terperangkap dalam perancah diselamatkan

Pekerja terperangkap dalam perancah diselamatkan


SEORANG pekerja penyelenggaraan ditarik masuk ke dalam Menara Hearst di tingkat 44. - REUTERS


NEW YORK - Dua pekerja penyelenggaraan yang tergantung pada struktur perancah yang runtuh dekat puncak Menara Hearst di Manhattan di sini berjaya diselamatkan.

Kedua-dua mereka tersekat di situ pada petang kelmarin.

Beberapa pegawai jabatan bomba menyatakan, sekumpulan pekerja lain memotong bahagian tingkap di tingkat 44 dan menarik mereka ke dalam bangunan.

Perancah logam tersebut kelihatan bengkok di bahagian tengah.

Dua pekerja yang tersangkut itu berkomunikasi dengan anggota-anggota bomba yang berada di bahagian bumbung menara 46 tingkat tersebut kira-kira sejam setengah sebelum mereka diselamatkan.

Menara Hearst setinggi lebih 182 meter itu merupakan ibu pejabat firma Hearst Corp. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Masak bersama blogger makanan

Posted:

Masak bersama blogger makanan

Masak bersama blogger makanan

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my

WALAUPUN terpaksa memandu dari Tanjung Malim, Perak ke ibu negara, Asliza Yusoff, 38, tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja untuk menyertai pertandingan memasak buat pertama kali.

Uniknya, pertandingan dikenali sebagai Anugerah Simplot - Blogger Makanan Terbaik itu hanya melibatkan tujuh peserta yang kesemuanya merupakan pengendali blog makanan.

Asliza yang merupakan seorang pensyarah berdebar-debar untuk memulakan saingan. Tambahan pula, peserta-peserta lain yang ditemui di lokasi pertandingan iaitu di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur kelihatan hebat dan berbakat.

Ibu kepada tiga orang anak itu hanya mampu berdoa dan pada masa sama mengharapkan sokongan padu suami dan anak-anak.

"Sokongan mereka menaikkan semangat saya untuk membuat yang terbaik. Sebelum itu, saya telah mempelbagaikan kemahiran memasak agar dapat menghasilkan hidangan yang sedap," ujar Asliza yang ketika ditemui sedang bersedia untuk membeli-belah barangan keperluan bagi menyertai pertandingan di pasar raya Ben's Independent Brocer di Publika.

Wang saku

Setiap peserta diberikan wang saku sebanyak RM88 untuk membeli-belah barangan yang akan digunakan untuk memasak dengan syarat mereka harus membeli serta menggunakan produk hashbrown Simplot yang juga penaja utama pertandingan tersebut.


HADIJAH sibuk memilih daging cincang untuk menyediakan bebola spageti bolognese Simplot.


Semua peserta diberikan masa selama 30 minit untuk membeli-belah dan satu jam untuk memasak sebelum dinilai panel hakim. Para hakim terdiri daripada pakar kulinari daripada Simplot, Chef Poobalan, Presiden Persatuan Kulinari Malaysia, Dr. Sidney Kan dan pemenang MasterChef Selebriti Malaysia, Datuk Fazley Yaakob.

Kesemua masakan mereka dinilai menerusi enam kriteria utama iaitu rasa, kreativiti, teknik, kebersihan

dan juga kemudahan penyediaan.

Keenam-enam kriteria tersebut membuatkan semua peserta memberikan tumpuan sepenuhnya kepada masakan termasuk soal kebersihan dapur dan hiasan.

Pengurus Pemasaran Komersial Serantau Simplot Asia Tenggara, Ong E-Laine turut turun padang untuk memberi semangat kepada peserta.

E-Laine berjanji untuk terus menawarkan lebih banyak platform untuk blogger menunjukkan bakat serta daya kreativiti.

Dalam pada itu, Asliza yang telah membelanjakan RM87.90 sudah bersedia dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan masakan sosej ayam kaserol mini bersama hashbrown Simplot.

Dalam masa kurang sejam, Asliza berjaya menyediakan masakannya yang dipamer dalam dua pinggan berbeza. Pinggan pertama untuk diadili oleh para hakim dan satu lagi untuk sesi fotografi.


PEMENANG Anugerah Simplot, (dari kiri) Asliza, Jennifer dan Kelly bersama hidangan mereka.


Asliza dengan tenang menempatkan kaserol di atas pinggan bersegi sambil menghias menggunakan daun parsli Inggeris, telur hancur serta tomato ceri.

"Saya selalu melayari laman masakan bagi tujuan mempelbagaikan masakan selain mencuba resipi-resipi baharu. Lagipun suami dan anak-anak saya menggemari masakan yang saya masak," ujar Asliza yang turut belajar memasak daripada ibu serta mertuanya.

Selain memasak, Asliza juga banyak membuat kek dan pastri.

Tatkala para juri mengumumkan nama barisan pemenang, Asliza kelihatan tersenyum lebar apabila namanya diumumkan di tempat ketiga.

"Saya tidak percaya dengan kemenangan ini. Ia satu pengiktirafan kepada saya," kata Asliza.

Suami Asliza, Mohd. Zaimiruddin Mohamed, 39, dan anak-anaknya, Nurul Adnin Aqilah, 13, serta Ibtisam Hulwani yang hadir di Publika turut gembira dengan kemenangan itu.

"Suatu hari nanti, mungkin selepas bersara, saya mahu membuka kafe sendiri. Makanan signatur saya dan kegemaran suami ialah nasi Arab yang menggunakan arang bakar untuk memasak nasi," katanya yang berblog menggunakan alamat mothercooks.blogspot.com.

Resipi mudah

Bagi pemenang yang memenangi hadiah tempat kedua, Kelly Chin dari Kuala Lumpur, beliau menyediakan makanan telur bakar bersama hashbrown mini.


FAZLEY memberi suntikan semangat kepada peserta semasa sesi masakan berlangsung.


Dia mengakui resipi tersebut antara resipi paling mudah, tetapi sangat enak dimakan. Kelly menggunakan laman blog kellysiewcooks.com.

Dalam pada itu, pemenang utama, Jennifer Khoo, 38, seorang penganalisis sistem dari Kepong, Kuala Lumpur menampilkan masakan yang dilabel paling sempurna oleh hakim iaitu quiche salmon salai hashbrown Simplot.

Jennifer mendapat inspirasi daripada ibunya yang mahir memasak masakan Baba Nyonya. Resipi yang dipertaruhkannya dalam pertandingan itu diperoleh daripada kakaknya.

"Saya ubah sedikit resipi tersebut dengan menggunakan hashbrown dan ternyata ia berjaya. Sebelum aktif berblog, saya gemar berkongsi ilmu dalam rangkaian sosial Facebook," katanya yang baru mula berblog dua tahun lalu menggunakan alamat chasingfooddreams.blogspot.com.

Jennifer membawa pulang trofi anugerah Simplot, wang tunai RM5,000, peralatan dapur Philips bernilai RM2,000 dan produk Simplot. Kelly pula memenangi wang tunai RM3,000, peralatan dapur Philips bernilai RM1,000 dan produk Simplot.

Asliza memenangi wang tunai RM2,000, peralatan dapur Philips bernilai RM600 serta produk Simplot.

Merungkai misteri sains di Kiddo Sains

Posted:

Merungkai misteri sains di Kiddo Sains

Merungkai misteri sains di Kiddo Sains

Oleh AHMAD ZAKKI JILAN


SEBAHAGIAN tenaga pengajar dan pelajar Kiddo Sains The Peak, Cheras, Kuala Lumpur.


KANAK-KANAK sememangnya berminat mempelajari apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kepada mereka, alam dan dunia ini penuh dengan peristiwa dan perkara menarik yang perlu diterokai. Didorong atas rasa minat, hal-hal mengenai bagaimana bayi dilahirkan dan kenapa air laut berwarna biru, mahu diketahui sebaik mungkin.

Mereka bukan sahaja berminat dengan alam semula jadi, bahkan teknologi seharian seperti televisyen, komputer dan telefon.

Minat kanak-kanak kepada hal-hal sedemikian menunjukkan betapa pentingnya pengajaran sains dalam bentuk mudah dan menyeronokkan.

Menyedari hakikat itu, pakar sains, Prof. John Ooi Chin Sun berkongsi pengalamannya dengan membina Kiddo Sains di The Peak, Cheras. Ia sebuah pusat pembelajaran sains yang mementingkan uji kaji secara seronok, tetapi masih mengikut bab-bab mata pelajaran Sains di sekolah.

Menariknya di Kiddo Sains, mereka menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan Mandarin sebagai bahasa perantaraan.

"Kanak-kanak memiliki keinginan untuk menyelidik, mengetahui dan memahami. Sifat mereka memang suka bertanya itu dan ini. Jadi, jawapan kita kepada semua soalan mereka, misalnya apa warna langit, kenapa sabut timbul dan batu tenggelam, perlu dalam bentuk yang mudah dan menyeronokkan," kata Chin Sun.

Menurut Chin Sun, Kiddo Sains dibangunkannya kerana beliau mendapati mata pelajaran Sains tidak diajar secara menyeronokkan di sekolah.

Kesannya, ia memberi persepsi seolah-olah Sains itu sukar. Berpengalaman luas dalam mata pelajaran Sains, Chin Sun berkata, Kiddo Sains pada asalnya ialah sebuah pusat penjagaan kanak-kanak.


BEBERAPA pelajar Kiddo Sains berseronok dengan pelbagai aktiviti.


Uji kaji

Di pusat itu, pelajar diajar dan diterapkan kefahaman tentang sesuatu perkara berkaitan sains. Mereka juga melakukan uji kaji dan menggunakan produk tertentu untuk melihat kesannya.

Sebagai contoh, jika topik pembelajaran ialah mengenai organ manusia dan haiwan, mereka akan membedah haiwan bagi melihat organ-organnya.

"Mereka melakukan pembedahan ke atas haiwan seperti katak dan tikus. Ini merupakan silibus untuk pelajar tingkatan lima tetapi di Kiddo Sains, mereka tahu lebih awal tentang perkara ini," kata seorang tenaga pengajar yang juga pengasas bersama Kiddo Sains, Markus Ooi Swee Keong.

Kiddo Sains The Peak mempunyai empat orang tenaga pengajar tetap dan dua orang guru bekerja secara sambilan. Kesemua mereka berpengalaman dalam subjek Sains dan mengajar lebih 80 pelajar Kiddo Sains daripada berbagai-bagai peringkat umur bermula dari empat hingga 12 tahun.

Pelajar dibahagikan kepada tiga tahap pembelajaran iaitu Introducing Science untuk pelajar yang berumur seawal lima tahun hingga tujuh tahun, Discovery Science dari umur lapan hingga sembilan tahun dan Experimental Science dari umur 10 hingga 12 tahun.

Pada akhir pembelajaran, pelajar dibenarkan membawa bahan-bahan kajian mereka untuk dijelaskan kepada ibu bapa masing-masing tentang apa yang telah dipelajari.

Dengan erti kata lain, mereka mempelajari sains secara seronok dan mudah.


SUASANA pembelajaran di Kiddo Sains menyeronokkan dan penuh interaktif.


Alam kehidupan

"Sains bagi kanak-kanak bermula apabila mereka dapat berhubung dengan alam kehidupan melalui tindakan dan perlakuan sendiri seperti meniup belon atau sabun.

"Peluang mempelajari sains ini terdapat di pelbagai tempat dan keadaan. Antaranya di dapur, sekolah, tepi kolam, sungai dan laut serta zoo.

"Di Kiddo Sains, kami gabungkan semuanya supaya mereka tahu bahawa mempelajari sains itu seolah-olah berada di padang permainan. Kami bawa pelajar ke kolam dan zoo untuk aktiviti luar.

"Mereka melakukan aktiviti amali sekali gus menghayati nilai-nilai murni yang relevan dalam sains," kata seorang lagi pengajar Kiddo Sains, Azizah Abdul Aziz.

Sementara itu, di Kiddo Sains, terdapat tema tertentu yang digunakan setiap minggu, misalnya tema kitaran hidup serangga.

Menerusi topik itu, pelajar akan diberi pendedahan bukan sahaja tentang kehidupan serangga bahkan bagaimana ia membiak dengan membuat pemerhatian langsung.

Kiddo Sains The Peak yang beroperasi sejak dua tahun lalu turut mempunyai lima pusat lain seumpamanya. Ia menggunakan kombinasi pembelajaran sains dari Taiwan dan Singapura yang disesuaikan dengan kehendak pelajar tempatan.

Terseliuh kaki ketika berfutsal

Posted:

Terseliuh kaki ketika berfutsal

Terseliuh kaki ketika berfutsal

BERMAIN futsal di atas permukaan yang keras mendedahkan pemain kepada risiko kaki terseliuh. - Gambar hiasan


BAGI penggemar permainan futsal khususnya anak-anak muda, mereka perlu berwaspada terhadap risiko kaki terseliuh.

Kecederaan ligamen buku lali adalah perkara biasa semasa bersukan seperti bermain bola sepak. Hampir 25,000 orang di seluruh dunia direkodkan mengalami masalah tersebut setiap hari.

Kaki terseliuh sering dikaitkan sebagai akibat pemakaian kasut yang tidak sesuai, tersilap langkah atau kurang bernasib baik semasa melakukan gerakan. Bukan itu sahaja, ia juga berlaku apabila kaki terpulas, terpusing atau terlipat melebihi had lazim.

Ligamen buku lali merupakan penahan efektif, tetapi disebabkan asakan yang keterlaluan, sebahagian atau keseluruhan ligamen boleh terkoyak.

Kebiasaannya, kedudukan kaki yang tidak selesa semasa berlari, memanjat atau menuruni bukit curam adalah punca biasa kaki terseliuh. Begitu juga jika anda tersilap langkah ketika turun dari katil.

Kecederaan juga boleh terjadi apabila memijak permukaan tidak rata terutamanya yang berlaku secara tiba-tiba seperti terjerumus ke dalam lubang.

Sesetengah acara olahraga, misalnya bola keranjang dan bola jaring yang memerlukan pergerakan meloncat, mungkin mencederakan buku lali iaitu semasa kaki kembali berpijak secara tidak sempurna di atas tanah.


KAKI terseliuh sering berlaku kepada individu yang aktif bersukan.


Bagaimana anda tahu kaki terseliuh?

Pergerakan luar biasa boleh menjadi penyebab kaki terseliuh. Insiden terseliuh yang paling lazim ialah kaki dalam kedudukan fleksi plantar yang berpijak secara tidak selesa berikutan pergerakan kaki yang berterusan.

Kalau buku lali anda bengkak, kemungkinan besar anda telah terseliuh atau mengalami kecederaan yang lebih teruk daripada itu, sehinggakan pergerakan sedikit pun akan mengundang kesakitan.

Bila anda harus bimbang?

Kebanyakan kes terseliuh pergelangan kaki yang sederhana tidak memerlukan rawatan di hospital. Anda perlu berjaga-jaga tetapi jangan panik sekiranya:

* Kesakitan tidak dirawat sebaiknya di hospital.

* Anda tidak berupaya berjalan dengan selesa walaupun pergerakan melebihi empat langkah atau anda mengalami kesakitan yang teruk apabila menekan maleolus medial atau maleolus lateral iaitu benjol bertulang di setiap sisi buku lali. Ia memerlukan pemeriksaan radiograf bagi mengetahui sama ada berlaku keretakan tulang atau tidak.

*Anda tidak boleh menggerakkan buku lali yang tercedera itu dengan selesa.

*Kaki atau buku lali membengkak secara luar biasa.

*Kaki atau jari anda kebas.

*Keadaan anda tidak beransur pulih selepas beberapa hari.

Apa yang harus dibimbangkan?

Kebanyakan kaki terseliuh boleh dirawat secara konservatif tetapi ia perlu dilakukan pada peringkat awal. Terseliuh yang lebih teruk mungkin memerlukan penggunaan pendakap gelang kaki bagi menyembuhkan ligamen yang tercedera.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Harimau Malaya semakin berani

Posted:

Harimau Malaya semakin berani

Harimau Malaya semakin berani

14/06/2013 9:23pm

KUALA LUMPUR - Tiga perlawanan, dua kekalahan dan satukemenangan bukan menjadi asas untuk penanda ukur tahap keupayaan skuad Harimau Malaya dalam siri perlawanan persahabatan di bumi Australia.

Sebaliknya, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menegaskan, beliau gembira menyaksikan perubahan positif terutama moral barisan pemainnya yang kini dilihat semakin 'berani' untuk menyerang asakan lawan.

Semalam, skuad Harimau Malaya tewas 0-2 kepada kelab Australia, Marconi Stallions sebelum menang selesa 4-0 terhadap Sydney Olimpik (11 Jun) dan tewas kepada Canberra FC pada aksi sulung persahabatan dengan merakamkan keputusan 2-3 pada 6 Jun lalu.

Mengulas lanjut, Rajagobal menyifatkan matlamat skuad kebangsaan sepanjang di bumi Kangaroo itu dilihat menemui sasaran sebenarnya.

"Pada aksi terakhir menentang Marconi, kita boleh di katakan menguasai perlawanan berbanding pasukan tuan rumah. Satu perlawanan menarik, laju dan saya tetap berpuas hati walaupun kalah," katanya selepas tamat perlawanan itu semalam. - KOSMO!

Komitmen saya hanya untuk FC Ryukyu - Wan Zack

Posted:

Komitmen saya hanya untuk FC Ryukyu - Wan Zack

Komitmen saya hanya untuk FC Ryukyu - Wan Zack

14/06/2013 9:25pm

KUALA LUMPUR - Pemain sayap FC Ryukyu, Wan Zack Haikal Wan Nor mendedahkan dia tidak akan mudah terpengaruh dengan sebarang tawaran dari mana-mana pasukan.

Sebaliknya, Wan Zack menegaskan, dia mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada kelab divisyen tiga Jepun ter sebut.

Anak jati Maran, Pahang itu memberitahu, dia masih menghormati kontrak dua tahun bersama FC Ryukyu.

"Namun, selepas mendapat bantuan dari jurulatih (Ong Kim Swee), beliau telah berbincang dengan Naib Presiden Ek sekutif FC Ryukyu, Sotaro Shinoda mengenai masalah saya dan saya yakin perkara itu akan diselesaikan dengan cara lebih profesional," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Okinawa, Jepun hari ini. - KOSMO!

Pertunjukan fesyen koleksi busana 3D pertama di Asia

Posted:

Pertunjukan fesyen koleksi busana 3D pertama di Asia

Pertunjukan fesyen koleksi busana 3D pertama di Asia

14/06/2013 8:52pm

KUALA LUMPUR - Buat julung-julung kalinya, pertunjukkan fesyen koleksi busana bercorak tiga dimensi (3D) baharu berlangsung di negara ini petang tadi.

Koleksi 3D ini merupakan yang pertama dihasilkan di rantau Asia.

Pereka fesyen terkemuka, Melinda Looi berkata, ia merupakan hasil kerjasama dengan syarikat pencetakan Materialise Malaysia.

Menurut Melinda, projek ini melibatkan teknik yang rumit serta memerlukan tenaga mahir bagi merealisasikan setiap rekaannya.

"Setiap helai busana memerlukan lebih kurang lapan bulan untuk disiapkan.

"Rekaan yang telah siap kemudiaannya ditukar menjadi fail 3D dan dihantar ke Belgium untuk dicetak," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved