Ahad, 9 Jun 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Keterujaan di Sanrio Hello Kitty

Posted:

Keterujaan di Sanrio Hello Kitty

Keterujaan di Sanrio Hello Kitty

MINATNYA terhadap watak animasi Hello Kitty berputik sejak tahun lalu sebaik terpandang sebuah kalkulator comel berona merah jambu. Kalkulator itu dihiasi reben di bahagian tepinya berserta gambar Hello Kitty.

Sejak itu, apa sahaja barang-barang Hello Kitty mula mencuri perhatiannya. Namun, tidak semua barang yang ditemui terus dibeli Norhusna Abdul Rashid, 24, kerana harganya yang agak mahal.

Menurut Norhusna, faktor yang menyebabkannya meminati watak animasi itu dipengaruhi oleh kecenderungannya terhadap warna merah jambu.

"Kebanyakan barang Hello Kitty ini mahal, jadi saya perlu mengumpul duit terlebih dulu sebelum membelinya.

"Boleh dikatakan kebanyakan barangan Hello Kitty dibeli sendiri selain pemberian ibu, Normah Habeeb yang tahu mengenai minat saya terhadap Hello Kitty," katanya yang telah menghabiskan hampir RM700 bagi memenuhi keinginannya.

Anak tunggal yang berasal dari Kuala Lumpur itu tidak merasakan bahawa minatnya itu bersifat keanak-anakan kerana setiap koleksi barangan Hello Kitty mempunyai rekaan khusus untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

Minat Norhusna diterima baik oleh ahli keluarga terutama Normah yang selalu menghadiahkan barangan Hello Kitty kepadanya.

"Suami pun tidak kisah dengan keterujaan saya terhadap Hello Kitty, malah anak saya yang berusia dua tahun pun memahaminya dan tidak pernah mengganggu barang-barang Hello Kitty milik saya.

"Barang Hello Kitty yang paling saya sayang ialah beg tangan pemberian ibu sempena hari lahir saya tahun lalu," ujarnya sambil memberitahu beg tersebut sering dibawa ke mana-mana.

Antara koleksi barangan Hello Kitty dalam simpanan ibu kepada seorang anak itu ialah pengecas mudah alih, kotak sabun, dompet, cermin, kasut dalam rumah dan lampu meja. Selain itu, beliau juga menyimpan bingkai gambar, telefon bimbit, jam tangan, rantai, pin rambut dan sebagainya.


PERSEMBAHAN pentas dan pelbagai jenis permainan pasti membuatkan persinggahan di Sanrio Hello Kitty lebih menyeronokkan.


Teruja dengan kewujudan Sanrio Hello Kitty Town di Taman Tema Keluarga Puteri Harbour di Nusajaya, Johor Bahru, Johor, Norhusna memasang impian untuk ke sana suatu hari nanti.

Pada bulan Mac lalu, penulis berpeluang berkunjung ke Sanrio Hello Kitty Town bagi memenuhi undangan pihak Themed Attractions and Resorts Sdn. Bhd.

Walaupun Hello Kitty tidak termasuk dalam senarai animasi kegemaran penulis, saat melangkah masuk ke Sanrio Hello Kitty Town, ia seolah-olah mesin pengembara masa lalu yang membawa penulis ke zaman kanak-kanak.

Lebih mengujakan apabila kedatangan kami disambut mesra oleh maskot Hello Kitty dan Dear Daniel di pintu masuk Sanrio Hello Kitty Town.

Selain kanak-kanak, orang dewasa juga teruja merakamkan gambar kenang-kenangan bersama maskot tersebut.

Melangkah masuk, segala-galanya ada di depan mata. Antaranya termasuklah permainan tunggangan cawan Wishful Studio, Dream Photo Garden, rumah Kitty, Black Wonder serta bilik parti Apple dan Strawberi.

Di Wishful Studio, pengunjung terutamanya kanak-kanak boleh melakukan aktiviti merias kuku, mencipta barangan kemas, menghias biskut dan menyarung kostum watak Sanrio.

Penulis mendekati seorang kanak-kanak lelaki bernama Christopher Dswari, 12, dari Jakarta, Indonesia yang sibuk mewarnakan kukunya.

"Sudah tentu seronok berada di sini kerana dapat bermain dengan bebas tanpa merisaukan ibu bapa.

"Jika di Indonesia saya mewarnakan kuku, memasang loket pada rantai dan membuat biskut, pasti saya ditertawakan oleh rakan-rakan, tetapi di sini saya berpeluang membuat semua ini kerana semua orang melakukan perkara yang sama," katanya sambil tersenyum riang.

Lebih menarik, pengunjung diberi kesempatan melawat rumah Kitty yang mempunyai susun atur menarik.

Terdapat enam bahagian dalam rumah Kitty iaitu ruang tamu, dapur, bilik air, bilik Kitty, bilik rahsia dan bilik Mimmy.

Jika terasa penat dan lapar, para pengunjung boleh menikmati minuman dan pastri bertemakan Hello Kitty yang lazat seperti jeli dan wafel Hello Kitty di Red Bow Cafe atau di Cinnamoroll Cafe.


DI The Little Big Club, kanak-kanak pasti seronok mencuba pelbagai jenis permainan.


Hello Kitty Town

"Tempat ini sangat sesuai dikunjungi oleh kanak-kanak. Ia memberikan pengalaman baharu yang sangat menarik.

"Ia bukan saja memberikan keseronokan dalam bentuk hiburan semata-mata, malah merangsang perkembangan otak dengan membuat rantai, biskut dan sebagainya. Pada masa yang sama ia turut memupuk hubungan antara ibu dan anak dengan lebih rapat," kata Santy Irdawati Saharan, 30, dari Kota Kinabalu, Sabah.

Pendapat tersebut turut dikongsi oleh pelancong Indonesia, Hanny Setiawan, 37, yang datang bersama saudara kembarnya dan anak-anak.

"Berbaloi datang ke sini dan ia sangat menyeronokkan," ujarnya sambil membantu memakaikan rantai untuk anaknya Aurelia Dinata, 9.

Andai anak anda bukan penggemar Hello Kitty, destinasi karakter lain seperti Bob the Builder, Barney, Angelina Ballerina, Pingu serta Thomas & Friends yang terletak di aras dua dan tiga harus dikunjungi.

Inilah kali pertama lima watak global yang dikenali sebagai The Little Big Club ditempatkan di dalam taman tarikan bertema tunggal. Ia sekali gus menambahkan lagi keaslian dan ciri eksklusif Taman Tema Keluarga Puteri Harbour.

The Little Big Club menampilkan pelbagai permainan tunggangan dan aktiviti interaktif berdasarkan tema watak HIT Entertainment.

Ciri utama taman tema tersebut ialah kepelbagaian permainan tunggangan yang menakjubkan dan interaktif untuk kanak-kanak daripada tunggangan Bob's Can-Do Crew sehinggalah tunggangan pengaut.

Bina rumah dengan Bob

Kanak-kanak juga dapat mengunjungi Bob's BIG Play Structure dan Build with Bob Interactive Playhouse yang memberi peluang kepada mereka untuk membantu pembinaan rumah di Bobsville.

Di situ mereka boleh membantu Bob meletakkan batu-bata, memasang rangka pintu dan tingkap, menyusun dapur dan bilik air.

The Little Big Club juga menampilkan Barney dan rakan-rakan yang mengadakan persembahan secara langsung. Pengunjung berpeluang menikmati keseronokan ketika berada di set permainan serupa seperti yang ditayangkandalam siri televisyen.

KANAK-KANAK berpeluang menari balet bersama Angelina Ballerina.


Tarikan lain yang menonjol ialah Angelina's Camembert Academy yang menampilkan permainan interaktif seperti Dodgeball, Musical Squares dan Bug Invasion untuk peminat Angelina Ballerina.

Terdapat juga kelas tarian yang diadakan menggunakan imej janaan komputer (CGI) Angelina Ballerina dan rakan-rakannya Miss Mimi, Vici, Gracie dan A.Z. Kanak-kanak akan diajar untuk melakukan gerakan tarian yang menyeronokkan.

Aras tiga menampilkan watak Thomas & Friends yang menawarkan pelbagai permainan tunggangan termasuklah kereta bamper klasik.

Pengunjung juga dapat menaiki Bertie The Bus, Harold's Helitours, Colin Crane Drop dan mengunjungi Stesen Permainan Sir Tophammhatt.

Kedengaran jeritan dan tawa riang kanak-kanak yang mencuba pelbagai permainan di situ.

Terdapat juga bilik parti Thomas & Friends untuk kanak-kanak menyambut hari lahir bertema yang menyeronokkan bersama watak kegemaran mereka.

Pengunjung juga berkesempatan mencuba dinding pembelajaran sensor dan tunggangan serta simulator papan salji. Semua tarikan ini terdapat di aras dua.

Sungguhpun penulis dan rakan media lain tidak termasuk dalam kategori kanak-kanak, kami begitu teruja dan menjadi 'kanak-kanak' bermain beberapa permainan yang disediakan.

Kelainan menjamu selera di Lat's Place

Posted:

Kelainan menjamu selera di Lat's Place

Kelainan menjamu selera di Lat's Place


INILAH rupa hidangan pembuka selera yang dinamakan Meor's Hot and Cold Platter.


RASA penat akibat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taman Tema Keluarga Puteri Harbour, Nusajaya, Johor yang mengambil masa lebih kurang lima jam terubat apabila kehadiran kami disambut mesra kakitangan Lat's Place.

Melangkah masuk ke Lat's Place mengembalikan nostalgia kehidupan di kampung dengan bunyi cengkerik dan siulan burung walaupun ia hanya menggunakan audio.

Dari pintu masuk sehinggalah rombongan media dipersilakan duduk, senyuman manis petugas tidak lekang dilemparkan kepada kami.

Makanan dihidang dengan tudung saji comel membuatkan penulis tidak sabar menjamah hidangan pembuka selera berupa otak-otak, kerabu mangga dan udang bersama tembikai susu.

Hidangan lazat itu mungkin sama seperti di tempat lain, namun Lat's Place ada kelainan yang mahu ditonjolkan.

Di Lat's Place, pengunjung akan melalui pengalaman dihidangkan sajian dengan cara yang unik dan menghiburkan.

Ala drama muzikal bersiri Glee, kakitangan Lat's Place menyanyi sambil menari apabila menghidangkan makanan kepada pengunjung. Ya, ia pengalaman baharu bukan sahaja kepada penulis, bahkan tetamu yang singgah di Lat's Place.

Sambil menjamu selera, muncul watak-watak kartun Lat seperti Pak Ali, Mrs. Hew, Tong, Anna, Meor dan Rani pada beberapa layar yang mengelilingi kawasan menjamu selera.

Bukan sekadar watak pegun biasa, watak-watak itu berinteraksi dengan pengunjung seolah-olah mereka melihat apa yang kami sedang lakukan.

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi beduk yang mengiringi masuk empat kakitangan lelaki dan wanita bersama pongkes, jala serta bubu memulakan nyanyian selamat datang mengalu-alukan kehadiran kami.


HIDANGAN pembuka selera untuk kanak-kanak yang menyelerakan.


Menurut Pengurus Besar Themed Attractions and Resort (TAR) PH Holdings Sdn. Bhd., Peter Xavier, Lat's Place yang dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada Februari lalu merupakan sebuah restoran yang mengangkat tema animasi.

"Ia mengetengahkan serta menghidupkan watak-watak kesayangan kartunis tersohor Datuk Mohd. Nor Khalid atau Datuk Lat.

"Konsep muzikal di Lat's Place memberikan pengunjung pengalaman menikmati hidangan dalam suasana interaktif berlatarbelakangkan kisah-kisah Lat yang bertemakan sebuah kenduri masyarakat Malaysia dan aktiviti-aktiviti komuniti," katanya sambil memberitahu Lat's Place merupakan restoran tema animasi pertama seumpamanya di Malaysia.

Tambahnya, konsep muzikal membolehkan penonton dan kakitangan Lat's Place untuk berinteraksi dalam suasana menyeronokkan.

"Lat's Place menerima maklum balas positif daripada pelanggan yang memuji keunikan konsep ini. Kami menjangkakan lebih ramai pengunjung pada bulan-bulan akan datang," ujarnya.

Sesi menjamu selera interaktif itu yang mengambil masa 80 minit benar-benar menghiburkan. Pengunjung yang sporting turut diajak menari joget lambak dan menyanyikan lagu Can Mali Can pada penutup persembahan. - NURUL IZZA ROSLY

Pasaran global kopi Vietnam

Posted:

Pasaran global kopi Vietnam

Pasaran global kopi Vietnam


DIEM melihat pokok kopi yang ditanam di ladangnya di Buon Ma Thuot, Vietnam.


KEBANYAKAN pekebun kopi di Vietnam tidak pernah mendengar double tall skinny latte, tetapi mereka boleh memberitahu anda harga biji kopi yang sering kali bermain dalam fikiran mereka.

Bermula daripada sistem pengairan Israel berteknologi tinggi hingga ke harga terkini bagi komoditi tersebut yang disemak melalui khidmat pesanan ringkas, pertanian kopi di Central Highlands, Vietnam semakin berkembang maju sejak Perancis memperkenalkan tanaman kopi di negara Indo-China itu lebih satu abad lalu.

"Sebelum ini, saya membawa kopi untuk dijual di pasar dengan menggunakan basikal tetapi kini saya perlu menyemak harga biji kopi terlebih dahulu melalui telefon bimbit sebelum memulakan perjalanan," kata seorang pekebun berusia 44 tahun, Ama Diem.

Dengan menghantar mesej CA ke nombor 8288 dari mana-mana telefon mudah alih di Vietnam, para pekebun akan menerima harga biji kopi Robusta di London dan harga biji kopi Arabica di New York daripada firma bekalan data.

Para pekebun yang peka dengan harga komoditi kedua paling banyak didagangkan di dunia selepas minyak itu mampu menjana pendapatan lebih dengan cepat.

"Kami hanya menjual kopi di pasaran apabila betul-betul yakin ia dapat dijual pada harga yang tinggi.

"Kami membuat semakan harga banyak kali sebelum menjualnya," kata Diem kepada AFP di ladang kopinya di Buon Ma Thuot.

Pasaran global

Pekebun kopi di Vietnam telah mengubah pasaran global. Jika anda mengambil secawan kopi pagi ini, kemungkinan besar anda merasai kenikmatan biji kopi Vietnam atas jenama Nestle dan Britain's Costa Coffee yang merupakan antara pembeli utama.

Pada tahun 1980, Vietnam menyumbang kurang daripada 0.1 peratus, namun ia meningkat kepada kira-kira 13 peratus pada tahun 2000. Pertumbuhan mendadak itu menyebabkan kejatuhan harga kopi dunia pada tahun 1990-an.

Bagaimanapun, ada harga yang perlu dibayar apabila berlakunya kebangkitan tanaman seperti kopi di Central Highlands.

Segelintir minoriti pribumi telah kehilangan tanah mereka kerana memberi laluan kepada ladang berskala besar yang diusahakan sebahagian besarnya etnik Kinh yang berhijrah ke rantau tersebut.

Kini, negara komunis itu menjadi pengeluar kopi kedua terbesar dunia, tetapi ia dilihat sebagai pengeluar pada skala besar dan bukannya dari segi kualiti.

Rasa pahit Robusta telah memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa. Kopi tersebut kebanyakannya dieksport sebagai biji kopi mentah.

"Kopi Vietnam merupakan satu fenomena yang menakjubkan," kata Jonathan Clark yang merupakan Ketua Pengarah Pengeksport Kopi Dakman.

Katanya, eksport melonjak tinggi tahun lalu hampir menyaingi Brazil yang merupakan pengeluar dan pengeksport terbesar dunia.

Tahun lalu, Vietnam mengeksport 1.73 juta tan kopi bernilai $3.67 bilion (RM10.97 bilion) dan menyumbang lebih 50 peratus daripada Robusta di dunia yang digunakan untuk membuat kopi segera atau campuran.


PARA pekerja memasukkan biji kopi dalam plastik di sebuah kilang di Vietnam.


Intai peluang

Clark memberitahu, penggunaan kopi di Asia semakin meningkat. Syarikat-syarikat pemanggang kopi turut mengintai peluang di negara kos rendah yang tidak mengenakan sebarang cukai ke atas eksport kopi untuk menjalankan operasi mereka di rantau ini.

Presiden Starbucks Asia Pasifik, Jinlong Wang memberitahu, ekoran penggunaan kopi yang terbantut di Barat, Vietnam menyasarkan pencinta kopi daripada golongan kelas pertengahan.

Starbucks membuka premis pertamanya di selatan Bandar Raya Ho Chi Minh Februari lalu dan bakal membuka beratus-ratus lagi pada masa akan datang di negara tersebut.

Tanah gunung berapi di Vietnam sangat sesuai untuk penanaman kopi yang mendapat permintaan tinggi.

Menurut Raja Kopi Vietnam, Dang Le Nguyen Vu, peminat kopi lebih banyak menggunakan jenis Arabica yang mengandungi 1.5 peratus kafein. Ia menyamai 2.5 peratus kekuatan Robusta.

Pengasas kepada penanaman kopi gergasi tempatan, Trung Nguyen yang mempunyai 55 premis minuman kopi di Vietnam dan lima di Singapura begitu teruja meletakkan kopi Robusta Vietnam di peta dunia.

"Robusta bukanlah berkualiti rendah. Cuma, apa yang berlaku di seluruh dunia kini ialah mereka telah belajar untuk menikmati kopi Arabica," kata Vu dalam satu temu bual di Kampung Trung Nguyen di Buon Ma Thuot, Vietnam.

Sebahagian besar tugas syarikat Trung Nguyen adalah untuk meningkatkan kualiti biji kopi tempatan, bekerja dengan pekebun bagi memperkenalkan sistem pengairan berteknologi tinggi, mengurangkan penggunaan racun perosak dan meningkatkan pendapatan mereka.

Trung Nguyen sudah mengeksport kopi ke 60 buah negara. Sementara itu, Ngunyen Vu memberitahu, kewujudan kafe Starbucks di Vietnam telah meningkatkan keazamannya untuk membuka beberapa kafe di Amerika Syarikat.

Kafe tersebut akan menawarkan cara tradisional orang Vietnam menikmati kopi pekat yang dibancuh di dalam bekas penapis individu.

"Kita mesti dapat mengatasi Starbucks. Kita harus menawarkan sesuatu yang lebih menarik bagi pengguna di Amerika Syarikat.

"Saya mahu seluruh dunia memahami bahawa kopi orang Vietnam adalah terbaik, terbersih dan paling istimewa," ujar Vu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Sukarelawan Pejabat Perdana Menteri ziarah warga tua

Posted:

Sukarelawan Pejabat Perdana Menteri ziarah warga tua

Sukarelawan Pejabat Perdana Menteri ziarah warga tua

SEBAHAGIAN ahli Sukarelawan Pejabat Perdana Menteri bergambar selepas mengadakan program kemasyarakatan di Rumah Kebajikan Rose di Semenyih baru-baru ini.


AMAL. Sebanyak 20 orang ahli Sukarelawan Pejabat Perdana Menteri menyertai program kemasyarakatan di Rumah Kebajikan Rose di Semenyih, Selangor baru-baru ini.

Program bertujuan meraikan orang-orang tua yang menghuni rumah kebajikan itu diadakan sempena sambutan Hari Ibu.

Pada program tersebut, mereka turut mengadakan aktiviti gotong-royong membersih dan mengindahkan sekitar rumah kebajikan berkenaan serta menyampaikan pelbagai bentuk sumbangan.

KKBUM, Malaysia Media Bikers raikan pengantin

Posted:

KKBUM, Malaysia Media Bikers raikan pengantin

KKBUM, Malaysia Media Bikers raikan pengantin


AHLI KKBUM dan Malaysia Media Bikers bergambar bersama pasangan pengantin, Mohd. Rushdi serta Norizan di Teluk Intan baru-baru ini.


RAI PENGANTIN. Sebahagian daripada ahli Kelab Kembara Bermotosikal Utusan Melayu (KKBUM) dan Malaysia Media Bikers meraikan pasangan mempelai, Mohd. Rushdi Mohd. Salleh dan Norizan Sabdin di Dewan Bandaran Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

Mohd. Rushdi, 30, merupakan jurufoto akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! sementara Norizan, 25, kini bertugas di Hospital Permai, Johor Bahru.

Selain meraikan pengantin, peserta konvoi juga mengambil peluang melawat Menara Condong di Teluk Intan sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Konvoi itu merupakan sebahagian persiapan KKBUM menjelang Kembara Queen Street ke Singapura pada awal Julai depan sempena ulang tahun syarikat Utusan Melayu (M) Berhad yang ke-75.

NS anjur malam penghargaan untuk petugas media

Posted:

NS anjur malam penghargaan untuk petugas media

NS anjur malam penghargaan untuk petugas media


MOHAMAD (tengah) bergambar bersama sebahagian wakil media pada Majlis Malam Apresiasi Media di Klana Resort, Seremban baru-baru ini.


DIRAI. Kira-kira 100 petugas media Negeri Sembilan dirai pada Majlis Malam Apresiasi Media anjuran kerajaan Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban baru-baru ini.

Majlis yang bertujuan untuk menghargai jasa petugas media itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad dalam ucapannya berkata, Malam Apresiasi Media dianjurkan sebagai menghargai jasa wartawan yang bertugas di negeri itu termasuk peranan mereka ketika membuat liputan sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Pada majlis itu juga, pelbagai hadiah cabutan bertuah disediakan kepada para tetamu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kecewa MB Selangor lepas tangan

Posted:

Kecewa MB Selangor lepas tangan

Kecewa MB Selangor lepas tangan

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my

A. PRAKASH bersama penduduk menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Menteri Besar Selangor di Klang semalam.


PELABUHAN KLANG – Sekumpulan penduduk Flat Taman Permai Indah, Pandamaran Jaya di sini membuat laporan polis dalam usaha mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap kehilangan peralatan membaiki lif di kediaman mereka yang bernilai RM1.5 juta.

Wakil persatuan penduduk, A. Prakash berkata, tindakan itu terpaksa diambil kerana pelbagai usaha penduduk di 524 unit pangsapuri terbabit, termasuk cuba menghantar notis kepada Abdul Khalid dan kerajaan negeri sejak kejadian tersebut berlaku pada 2010, tidak mendapat maklum balas sehingga sekarang.

"Justeru, kami mahu polis menyiasat kehilangan peralatan membaiki lif bernilai RM1.5 juta.

"Kami dapat tahu kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan itu untuk membaiki kerosakan lapan lif di empat blok flat 11 tingkat ini.

"Malangnya kami dimaklumkan oleh Badan Pengurusan Bersama flat ini bahawa peralatan itu telah hilang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pandamaran di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Latifah Omar meninggal dunia

Posted:

Latifah Omar meninggal dunia

Latifah Omar meninggal dunia

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

ALLAHYARHAM LATIFAH OMAR


KUALA LUMPUR - Seniwati legenda filem Melayu, Latifah Omar meninggal dunia selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini petang semalam.

Pelakon veteran yang berusia 74 tahun itu dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam Kampung Baru sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) setelah mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah Khamis lalu.

Menurut anak sulung Allahyarham, Affendi Rahmat, 55, doktor yang merawat ibunya memaklumkan bahawa usus ibunya bengkak dan tersumbat serta perlu dibedah segera.

"Pembedahan yang dilakukan hari ini (semalam) cuba menstabilkan keadaan ibu saya tetapi ia tidak berjaya. Ibu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.19 petang," katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Al-Khairiah AU3, Keramat di sini malam tadi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Terap semangat keberkesamaan

Posted:

Terap semangat keberkesamaan

Terap semangat keberkesamaan

Oleh FIRDAUS HASSAN dan MULLER ASEN
berita@kosmo.com.my


NAJIB (kiri) beramah mesra dengan masyarakat Dayak ketika hadir pada sambutan Gawai Dayak di Rumah Panjang George Chungut, Pakan, Sarikei semalam.


SELANGAU - Rakyat di seluruh pelosok negara digesa agar bersikap inklusif bukan eksklusif dalam semangat keberkesamaan di bawah payung 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, menerusi pendekatan seumpama itu, negara akan kekal menjadi kuat sebagaimana Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan yang berfungsi di bawah mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

"Kalau kita bersikap inklusif, sama ada kita daripada etnik besar, minoriti ataupun kecil, sama ada di bandar, luar bandar dan pedalaman, kita semua mesti merasai semangat keberkesamaan.

"Kita semua mesti merasai bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan untuk kita dan akan terus memperjuangkan untung nasib kita.

"Rakyat Malaysia juga akan mendapat pertimbangan yang adil serta saksama di bawah kerajaan BN," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Fabregas dalam senarai teratas

Posted:

Fabregas dalam senarai teratas

Fabregas dalam senarai teratas

FABREGAS (depan) dilaporkan menjadi sasaran utama United pada musim perpindahan pemain Ogos depan.


LONDON – Bekas pemain pertahanan Manchester United, Denis Irwin mendakwa skuad The Red Devils bersungguh-sungguh untuk menandatangani pemain tengah Barcelona, Cesc Fabregas pada Ogos depan.

Irwin berkata, beliau yakin United akan memenangi perebutan bagi mendapatkan Fabregas meskipun pemain antarabangsa Sepanyol berusia 26 tahun itu turut menjadi sasaran utama bekas kelabnya, Arsenal.

Irwin antara individu terawal yang mendedahkan keinginan United untuk menandatangani penyerang Arsenal, Robin van Persie tahun lalu.

Kini, bekas pemain pertahanan kiri yang dihormati dan menggalas tugas sebagai duta di Old Trafford itu mendedahkan, Fabregas berada dalam senarai teratas kelab itu.

"Fabregas diletakkan di kedudukan teratas dalam senarai perpindahan pemain di United dan juara Liga Perdana England itu akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.

"Bintang Barcelona itu mahu meninggalkan Stadium Nou Camp dan United serius mahu mendapatkannya. Jadi, rundingan sepatutnya berlangsung dengan mudah. Fabregas ialah pemain tengah yang diperlukan United sekiranya mereka mahu memenangi trofi Liga Juara-Juara musim depan.

"Fabregas dijangka menjadi rebutan banyak kelab dan saya yakin harga pemain itu akan meningkat," kata Irwin.

Sementara itu, Irwin turut menjangkakan United akan membuat tawaran bagi mendapatkan pemain Everton, Leighton Baines dan Luke Shaw dari Southampton, manakala Nani serta Patrice Evra akan meninggalkan Old Trafford sebaik David Moyes memulakan tugas selaku pengurus United Ogos depan. – Agensi

Medan tebus maruah

Posted:

Medan tebus maruah

Medan tebus maruah

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


HARIMAU Malaya akan menghadapi aksi persahabatan kedua di bumi Australia berdepan Marconi Stallions di New South Wales esok.


AKSI persahabatan kedua Harimau Malaya di bumi Australia berdepan Marconi Stallions di New South Wales esok dilihat sebagai medan terbaik menebus maruah yang tercalar.

Selepas dikecam hebat ekoran pembatalan aksi persahabatan yang sepatutnya berdepan Singapura sebelum ini, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal juga tampak malu besar apabila ditewaskan kelab Australia, Canberra FC 2-3 minggu lalu.

Lebih memalukan, akhbar tempatan, The Canberra Times juga menggunakan tajuk 'Pemain tidak profesional raih kemenangan terhadap skuad kebangsaan' (part-timers steal win over internationals) sehari selepas perlawanan yang jelas memberikan impak negatif terhadap maruah skuad negara.

Justeru, hanya kemenangan ke atas Marconi Stallions sahaja mampu memadam duka skuad negara sebagai persiapan berdepan Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam aksi peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia 2015 pada 15 Oktober depan.

Namun, ia bukan satu tugas yang mudah apabila Marconi Stallions difahamkan bakal diperkuatkan dengan beberapa pemain utama termasuk dua pemain import, Nahuel Arrarte dari Argentina dan bekas penyerang Dundee United, Keith Shevlin dari Ireland.

Ketika berdepan Marconi Stallions esok, Rajagobal dijangka menagih sentuhan penyerang prolifik, Safee Sali yang mencetak kedua-dua gol Harimau Malaya ketika berdepan Canberra FC tempoh hari.

"Saya berpuas hati dengan Safee yang menjaringkan dua gol pada perlawanan itu.

"Sudah lama Safee tidak menjaringkan gol. Jadi, saya berharap dia serta pemain-pemain lain dapat mempamerkan rentak yang lebih baik dalam perlawanan seterusnya," kata Rajagobal baru-baru ini.

Selain Safee, kreativiti arkitek muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor juga dijangka berada dalam radar Rajagobal bagi menyerap asakan lawan dari bahagian tengah padang.

Selepas berdepan Marconi Stallions, skuad negara bakal menguji Sydney United, Khamis depan sebelum kembali ke tanah air dua hari kemudian.

Ujian Harimau Malaya juga tidak berakhir di situ apabila bakal berdepan Chelsea (21 Julai) dan Barcelona (10 Ogos) dalam dua lagi aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum menyambung misi dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Ketika ini, skuad negara menduduki tangga ketiga Kumpulan D dengan tiga mata selepas dikecewakan Qatar 0-2 sebelum kembali bangkit mengecewakan Yaman 2-1 di Stadium Shah Alam, 22 Mac lalu.

Fatehah, Firdaus curi tumpuan

Posted:

Fatehah, Firdaus curi tumpuan

Fatehah, Firdaus curi tumpuan


FATEHAH (kiri) dan Firdaus menunjukkan pingat emas yang dimenangi semalam.


PELUMBA basikal trek wanita negara, Fatehah Mustapa mencuri tumpuan peminat dalam acara pecut 200 meter individu pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Grand Prix (GP) Asia Tenggara 2013 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Pelumba Olimpik berusia 24 tahun yang mewakili pasukan Sime Darby Foundation Track Team itu berjaya mengenepikan cabaran Kaarie McCulloch mewakili pasukan Jayco Team dari Australia.

Pingat gangsa dimenangi rakan sepasukan Fatehah, Ummi Hamimah Mohamad yang menewaskan pelumba pelapis kebangsaan, Nurul Alissa Mohamad Azman.

"Perlumbaan hari ini agak sengit bila bersaing dengan pelumba Australia ini.

"Saya pernah menang dua kali bertarung dengan dia (Kaarie) sebelum ini iaitu sebelum Sukan Olimpik 2012 di London dan satu kejohanan di Australia. Ini kali ketiga saya menang," kata Fatehah.

Tumpuan Fatehah kini terarah kepada saingan acara keirin pada hari terakhir siri Grand Prix Asia Tenggara itu hari ini.

"Saingan masih lagi Kaarie. Bagaimanapun, saya tidak tahu prestasi sebenar dia sebab sekarang ini dia berpangkalan di Jepun. Apa yang saya tahu, prestasi dia lebih kurang sama sahaja dengan saya.

"Saya harap dapat kekalkan pingat emas dalam acara keirin yang saya menang minggu lepas. Untuk hari terakhir esok (hari ini), saya perlu berhati-hati dan buat yang terbaik," kata Fatehah.

Pada saingan siri pertama minggu lepas, Fatehah tidak mendapat cabaran daripada pelumba dari luar negara dan hanya bersaing sesama sendiri bersama pelumba elit Malaysia yang lain.

Sementara itu, pelumba pelapis kebangsaan, Muhammad Firdaus Mohd. Zonis menebus kekecewaan gagal meraih pingat emas dalam acara 200m pecut pada siri pertama kejohanan itu.

Dia menewaskan rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom pada perlumbaan akhir acara pecut 200m remaja lelaki, manakala pingat gangsa milik Muhammad Khairul Adha Rasol dari Johor yang menewaskan rakan sepasukan, Muhammad Faruq Dawod.

"Saya gembira sebab mendapat pingat emas dan menebus kekalahan minggu lepas.

"Saya jadi bersemangat untuk dapatkan dua lagi pingat emas esok ekoran kejayaan ini. Kedua-dua acara memang saya sasar emas," kata pelumba berusia 16 tahun yang setakat ini meraih dua pingat emas.

Dia mengungguli acara 1 km ujian masa semalam dan tumpuan esok adalah dalam acara pecut berpasukan dan keirin. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Anjing disambut sebagai wira

Posted:

Anjing disambut sebagai wira

Anjing disambut sebagai wira

SEORANG pegawai veterinar memegang anjing yang dikenali sebagai Kabang pada satu sidang akhbar di Makati Metro, Manila semalam.


MANILA - Seekor anjing yang hilang separuh daripada mukanya kerana menyelamatkan dua budak perempuan disambut sebagai wira di sini semalam.

Anjing baka mongrel yang diberi nama Kabang itu dianggap sebagai wira selepas wajahnya cedera teruk kerana cuba menghalang anak perempuan dan anak saudara tuannya, Rudy Bunggal daripada dilanggar oleh sebuah motosikal pada tahun 2011.

Sebuah laman web, akaun Facebook dan Twitter kemudian diwujudkan untuk mengumpul dana. Usaha itu akhirnya berjaya mengumpul sumbangan lebih AS$27,000 (RM82,000) bagi membolehkan Kabang mendapat rawatan di Hospital Veterinar Davis, Universiti California, Amerika Syarikat.

Kabang yang berumur dua tahun itu kemudian menjalani siri pembedahan untuk membentuk semula wajahnya, selain merawat masalah cacing dan kanser yang dialaminya selama lapan bulan.

Usaha untuk memasang rahang palsu bagaimanapun tidak dapat dilakukan kerana kecederaan Kabang adalah serius. Namun, Kabang masih boleh mengunyah makanan dengan giginya. Ia juga mampu mengenali tuan dan pakar bedahnya dari Filipina, Anton Lim dengan baik.

Selepas disambut meriah di lapangan terbang Manila, Kabang dibawa berjumpa tuannya di Zamboanga. - AFP

47 maut dalam kebakaran bas di China

Posted:

47 maut dalam kebakaran bas di China

47 maut dalam kebakaran bas di China

SEORANG mangsa yang terselamat berdiri di tengah jalan dengan baju koyak-rabak, selain mengalami kecederaan di badan dan muka.


BEIJING - Sekurang-kurangnya 47 orang maut pada Jumaat lalu apabila sebuah bas musnah dijilat api dalam kesesakan lalu lintas di bandar Xiamen dekat sini.

Imej-imej di internet menunjukkan, rangka bas yang hangus pada pukul 6.30 petang waktu tempatan. Selain itu, portal-portal berita turut memaparkan gambar mangsa yang terselamat berada dalam keadaan terkejut, badan berdarah serta baju terkoyak akibat terbakar.

Agensi berita Xinhua melaporkan sebanyak 47 kematian dan 34 yang lain cedera dalam kejadian itu, manakala akhbar Fujian Daily pula menyatakan seramai 48 orang maut.

Laporan berita dalam talian menyatakan, terdapat 100 orang penumpang di dalam Bas Rapid Transit (BRT) malang itu. Kebakaran berlaku selama 10 minit bersama beberapa letupan kecil.

Seorang penumpang yang terselamat memberitahu, dia terhidu bau minyak sebelum kebakaran berlaku 500 meter dari sebuah perhentian bas di Jinshan. Punca siasatan mendedahkan, kebakaran berpunca akibat perbuatan seorang lelaki, Chen Shuizong yang didakwa tidak gembira dengan hidupnya.

Shuizong, 59, dikatakan menyalakan api dengan minyak petrol turut maut dalam kejadian itu. - AFP

Hungary bakal dilanda banjir terburuk dalam sejarah

Posted:

Hungary bakal dilanda banjir terburuk dalam sejarah

Hungary bakal dilanda banjir terburuk dalam sejarah


DUA lelaki menaiki sebuah kanu untuk meninjau kereta yang ditenggelami air berhampiran Sungai Danube di Deggendorf, selatan Jerman semalam.


BUDAPEST - Pihak berkuasa Hungary mula memindahkan penduduk kampung dan memperkukuhkan benteng yang bocor di sepanjang Sungai Danube semalam apabila banjir terburuk di tengah Eropah sejak lebih sedekad lalu kini menghala ke Budapest.

Bencana itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang, selain memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah mereka. Kerosakan harta benda di Austria, Jerman, Republik Czech dan Slovakia dianggarkan berjumlah berbilion-bilion euro.

Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban meramalkan ia akan menjadi banjir terburuk di negara itu.

Banjir dijangka melanda Budapest esok ketika para peramal menjangkakan paras air sungai akan meningkat sehingga 8.86 meter.

"Kami akan mengukuhkan setiap bahagian benteng. Kami juga tidak akan meninggalkan seorang pun penduduk," kata Orban kepada pemberita semalam.

Kelmarin, semua 1,500 penduduk di kampung Gyorujfalu dekat bandar Gyor, barat laut Hungary dipindahkan selepas benteng yang melindungi kampung itu runtuh selepas berlakunya tanah runtuh. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penyelidik USM hasilkan penampal gigi daripada bahan organik sekam padi

Posted:

Penyelidik USM hasilkan penampal gigi daripada bahan organik sekam padi

Penyelidik USM hasilkan penampal gigi daripada bahan organik sekam padi

09/06/2013 8:43pm

KOTA BHARU - Sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, di sini, menghasilkan komposit tampalan gigi daripada sekam padi bagi menggantikan bahan konvensional amalgam.

Ketua penyelidik, Prof. Dr. Ismail Ab. Rahman berkata, kejayaan menghasilkan komposit tampalan gigi daripada bahan organik sekam padi itu, yang pertama seumpamanya di dunia, adalah hasil penyelidikan kira-kira tiga tahun mulai 2011.

Produk tampalan gigi daripada sekam padi itu menepati piawaian antarabangsa dan boleh dihasilkan dengan kos yang rendah, mempunyai jangka hayat lama serta pasaran yang amat luas, kata Ismail pada sidang akhbar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, hari ini.

Katanya sekam padi dipilih kerana ia mempunyai kandungan silika yang tinggi iaitu 10 peratus berbanding bahan organik lain, dan anggaran kos untuk menghasilkan 4 gram Composite Rice Husk (CRH) ialah RM44 berbanding kos produk amalgam RM130 hingga RM200 bergantung kepada gred.

Ciptaan itu turut memenangi pingat emas bagi kategori bahan pada pertandingan Pameran Rekacipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-24 (ITEX 2013) yang berlangsung di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada 9 hingga 11 Mei lepas.

"Penyelidikan dan pembangunan produk ini dibiayai oleh geran USM-RU selama tiga tahun bermula dari 2011 hingga 2013 dengan kos sebanyak RM242,500," kata Ismail.

Beliau berkata, kejayaan tersebut mampu mengurangkan kos pembelian amalgam yang diimport dianggarkan berjumlah RM88 juta setahun berdasarkan statistik penggunaan komposit tampalan gigi di Klinik USM pada 2009. - Bernama

'Penentang perlu diajar’ dalam pilihan raya - PM Turki

Posted:

'Penentang perlu diajar' dalam pilihan raya - PM Turki

'Penentang perlu diajar' dalam pilihan raya - PM Turki

09/06/2013 8:37pm

ANKARA - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan hari ini menyeru penyokong-penyokong partinya agar 'memberikan pengajaran' kepada kumpulan penentang yang antipemerintah dalam pilihan raya tahun hadapan.

Ketua Parti Keadilan dan Pembangunan itu berkata, pendiriannya menentang demonstrasi yang berlaku baru-baru ini telah memberikan satu cabaran yang besar sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan sejak lebih satu dekad yang lalu.

"Saya mahukan anda semua mengajar mereka tentang apa itu demokrasi ketika anda membuang undi pada pilihanraya yang akan berlangsung tujuh bulan lagi.

"Kita bukan seperti mereka yang melakukan tunjuk perasan dengan membakar dan memusnahkan kawasan bandar," katanya.

Tambah Erdogan, tindakan mereka itu merupakan satu perlakuan yang keji sehingga boleh dilabel sebagai anarkis dan pengganas.

Keganasan bermula dengan tindakan polis menghentikan sebuah kempen penentangan terhadap sebuah projek pembangunan semula sebuah taman di Istanbul. Dari situ, ia merebak menjadi protes anti-Erdogan.

Seramai tiga orang telah terkorban dalam kekecohan tersebut.

Turki akan mengadakan pilihanraya umum dan presiden pada tahun 2014, dengan perhimpunan pilihan raya terawal dijangka dianjurkan hujung minggu hadapan - AFP

Seniwati Latifah Omar meninggal dunia

Posted:

Seniwati Latifah Omar meninggal dunia

Seniwati Latifah Omar meninggal dunia

09/06/2013 8:07pm

KUALA LUMPUR - Seniwati terkenal era Cathay Keris, Latifah Omar meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira pukul 6.20 petang tadi pada usia 74 tahun.

Allahyarhamah yang suatu masa dahulu sering digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad di layar perak pernah membintangi banyak filem antaranya Panggilan Pulau, Laila Majnun, Gurindam Jiwa dan Bawang Putih Bawang Merah dan Naga Tasik Chini. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Gila Noh, santai Aizat

Posted:

Gila Noh, santai Aizat

Gila Noh, santai Aizat

DI sebalik lirik jujur lenggok rock n roll, ada dua orang anak muda yang gigih bekerja demi kepuasan mereka. Semua idea dan reaksi spontan Noh Salleh dan Aizat Amdan itu bermula di sebuah restoran yang akhirnya membuahkan hasil manis.

Kadangkala, idea yang tidak terlintas di benak fikir boleh menjadi sebuah projek yang menyenangkan. Apatah lagi berlandaskan sinergi dan pemikiran yang sama.

"Memang kami spontan dan tidak merancang. Sewaktu lepak-lepak di restoran, saya terus bertanyakan Aizat kalau dia mahu berduet dengan saya. Lagu ini direkodkan dua bulan lalu. Vokal di studio Anas dan produksi lagu, saya buat sendiri," ujar Noh yang dalam persiapan membuat projek solonya.

Lantas Aizat memberi respons terhadap cerita Noh.

"Noh yang nak berduet. Memang ia sesuatu yang baharu dan segar. Lagi-lagi datangnya daripada Noh. Memang sebab Noh saya buat projek ini. Keserasian sudah ada dan minat kami pun lebih kurang," ujar Aizat yang sentiasa teruja dengan produk serta naskhah Noh dan grupnya Hujan.

Lalu apabila dua komponen segar dan banyak idea ini bergabung maka terhasil sebuah lagu yang lunak diterima telinga malah cepat ditangkap untuk dinyanyikan. Lagu dengan judul In Love With You sudah mula ke udara malah klip video untuk lagu ini juga telah dilancarkan di laman YouTube pada 6 Jun lalu.

Saling mengisi

Sesi temu ramah dua anak muda yang sering dikaitkan dengan lagu-lagu hit berkualiti itu lebih terarah kepada perbualan santai. Selesa berdua dan bersembang, cerita mereka banyak terarah muzik dan minat yang memang seiring.

"Aizat, kau tahu tak? Aku terus buat lagu ni lepas bangun tidur. Isteri aku, Nina tertanya kenapa bangun-bangun terus buat lagu. Aku sayang betul dengan lagu ini," ujar Noh yang selesa ber'aku-engkau' dengan Aizat tanda mereka akrab.

LAGU In Love With You hasil nukilan Noh mempamerkan kreativiti dan sinergi yang menarik antara dua penyanyi ini. Malah lagu ini juga mempamerkan keterbukaan Aizat untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam dirinya.


"Bagi saya Aizat ini sudah ada 'benda' tersendiri. Saya tidak perlu beritahu dia apa yang perlu dibuat. Lagipun saya memang bagi ruang untuk signature dia dalam lagu ini," ujar Noh tentang lagu yang menjadi runut wajib dalam keretanya saat memandu.

Untuk Aizat, ini bukan kerjasama berpadu suara kali pertama. Sebelum ini dia muncul dengan lagu Dwihati bersama Yuna dan akan muncul lagi sebuah naskhah duet bersama Zee Avi. Namun di sebalik projek-projek duet ini, dia mengaku bersikap selektif dalam memilih 'pasangan'.

"Saya belajar cara kerja dengan mereka (rakan duet). Itu yang menariknya. Mencari keseimbangan dan kualiti. Apabila niat sudah ada, kerja jadi senang dan mungkin ini memang sudah ditakdirkan. Saya tahu Noh boleh menjadi seorang produser yang baik. Melihatkan tempat kerjanya, saya sudah tahu dia mampu menggalas tugas produser dengan bersungguh dan baik," ujar Aizat.

Lebih mendebarkan buat mereka adalah untuk berkongsi panggung dan mempersembahkan lagu In Love With You ini secara langsung kepada para penonton.

"Saya buat projek ini atas kepuasan. Saya seronok kerana kami berdua memang serasi daripada segi minat dan stail. Saya tidak sabar untuk berkongsi lagu ini dengan penonton," senyum Noh yang kini meminati haiwan gajah.

"Melihat kepada sebuah kolaborasi, secara peribadi saya melihat keterbukaan hati saya untuk perkara-perkara lain. Cara kami berkongsi idea dan mahu menunggu respons dan pendapat peminat dan penonton. Mahu juga lihat kemampuan diri sendiri," tambah Aizat yang mempelawa ayahnya, Datuk Amdan Mat Din untuk muncul dalam klip video In Love With You arahan Zul Luey daripada Luey Motion Lab.

Lalu penulis bertanyakan keperluan projek ini bagi Noh. Umum tahu pergerakannya selama ini berteraskan grup dan berlangitkan kumpulan Hujan yang sudah menempa nama dan cita rasa sendiri buat khalayak.

Kepuasan diri

"Memang Hujan itu Noh dan sebaliknya. Tetapi kalau melihat balik kepada perjalanan Hujan, grup tersebut mempunyai tiga anggota yang memberi sumbangan berbeza. Daripada segi susunan muzik pula, Hujan didominasi oleh AG kerana dia memang pakar dalam penyusunan lagu. Noh tidak pernah kacau dalam memberikan warna dalam Hujan. Jadi projek solo ialah Noh yang mentah. Lebih segar," jelas Noh.


NOH mengaku tampil lebih mentah dalam projek solo dan duetnya bersama Aizat.


"Untuk projek grup ini, saya mencipta lebih banyak lagu. Kerinduan untuk rock n roll juga membuatkan wujudnya projek ini," jelas Noh lagi.

"Tetapi saya akui, dulu waktu sedang berhempas pulas dengan Hujan untuk menaikkan material kami kepada khalayak, senang untuk saya berkarya. Idea datang mengalir begitu sahaja. Sekarang setelah saya mampu beli semua kelengkapan untuk buat lagu, susah pula dapat idea. Mungkin ini suatu ujian," ujar Noh namun dia bukan mengeluh.

"Lagu In Love With You ini ada unsur-unsur grup The Beatles tetapi yang seronoknya ialah sebab lagu ini tidak boleh dibanding atau disamakan secara terus dengan lagu The Beatles yang tepat. Dengar dan orang akan kata macam The Beatles tetapi tidak tahu lagu yang mana satu. Itu yang seronoknya. Malah kemelayuan dalam lagu ini juga kuat," kata Aizat yang baru sahaja selesai dengan rakaman lagu-lagu untuk grup projeknya, Go Gerila.

Salam kenal Noh, Aizat

Diminta mengimbas kembali momen mereka mula bertaut tali persahabatan, kedua-duanya dengan mudah mengingati. Ujar Aizat, mereka sering bertembung pada acara persembahan dan konsert. Pertemuan demi pertemuan membuatkan mereka mula rapat dan senang bersembang dalam gelombang muzik dan minat yang setara.

"Malaysia ini kecil sahaja, senang jumpa. Selalu sangat ada persembahan. Ditambah pula minat kami yang sama dalam rock n roll, jadi senang gel," kata Aizat yang mendalami bidang muzik di Britain pada tahun lalu.

"Kebetulan pula kami duduk di Ampang sama-sama, jadi kami selalu juga sarapan bersama. Selepas solat Subuh, kami telefon dan bertemu. Bukan sahaja kami berdua tetapi juga bersama penyanyi Altimet," kata Noh yang merupakan suami kepada penyanyi Mizz Nina.

"Keserasian dan keselesaan juga yang membuatkan Noh dan Altimet dipilih untuk program umrah Aizat dahulu," tambah Aizat yang muncul dalam program Umrah Kita bersama TV9.

Buat Aizat lagi, yang menarik tentang persahabatan mereka ini bukan hanya berlatarkan muzik tetapi sikap hormat dan memahami antara satu sama lain. Tahap setia kawan itu membuatkan mereka jadi sangat rapat dan bersahabat dengan akrab.

"Kami tahu bila waktu masing-masing tidak boleh diganggu. Secara automatik jadi tahu," ketawa Noh.

"Selalunya kalau bertiga, borak tentang apa?" tanya penulis.

"Kehidupan, topik-topik serius dan muzik," jawab Noh.

"Awek!" jerit Aizat yang masih bujang dalam kelab sahabat Aizat, Noh dan Altimet.

Penamat tanda tanya Tanda Putera

Posted:

Penamat tanda tanya Tanda Putera

Penamat tanda tanya Tanda Putera


ANTARA adegan yang akan disaksikan oleh khalayak menerusi filem Tanda Putera yang akan menemui penonton pada 29 Ogos depan.


MUNGKIN Tanda Putra menjadi filem paling mencabar buat pengarahnya, Datin Paduka Shuhaimi Baba sejak dia bergelar pengarah pada tahun 1971.

Sebelum ini, beberapa tarikh istimewa diberikan buat filem itu untuk menjengah pawagam. Antaranya, 13 September dan 15 November tahun lalu, namun tarikh sebenar kekal menjadi misteri sehinggalah sekali lagi disahkan pada minggu lalu.

Terkini kemelut penayangan itu memasuki fasa terakhir selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa filem itu akan berada di panggung tidak lama lagi.

"Selepas berbincang, semua bersetuju agar filem itu ditayangkan pada 29 Ogos depan. Tetapi bagi saya, lagi cepat (ditayangkan) lagi bagus, Tetapi ia filem tentang kenegaraan. Ceritanya mengenai Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail. Sudah tentu kalau disiarkan masa musim hari kemerdekaan lebih sesuai," kata Ahmad Shabery.

Tanda Putera mengisahkan dua negarawan, Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak lakonan Rusdi Ramli dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (Zizan Nin) yang menangani rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Turut membintangi filem genre patriotik itu termasuklah pelakon Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi.

Selain barisan pelakon yang terlibat, pastinya Shuhaimi merupakan orang paling tersenyum lebar sejurus pengumuman itu dilakukan ketika sesi lawatan Ahmad Shabery ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada minggu lalu.


FILEM Tanda Putera terbitan Pesona Pictures Sdn. Bhd. dengan kerjasama Finas akhirnya akan menemui penonton selepas dua kali ditunda tarikh penayangan.


"Ingatkan filem ini akan terperap begitu sahaja. Tetapi saya bersyukur kerana penantian sudah berakhir. Filem ini sudah dua kali ditunda tayangannya. Walaupun musim pilihan raya umum (PRU13) sudah berakhir, kami tetap menanti dan ia kini sudah terlerai," kata pengarah filem Pontianak Harum Sundal Malam itu.

Filem yang diterbitkan oleh Pesona Pictures Sdn. Bhd. dengan kerjasama Finas itu menelan belanja RM4.5 juta. Pembiayaan sebanyak RM2.5 juta diperoleh daripada Finas, manakala kira-kira RM2 juta lagi mendapat penajaan daripada Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC).

Selain soal tarikh tayangan, pelbagai kontroversi yang timbul di sebalik penayangan filem 115 minit itu termasuklah mendapat tentangan daripada para pemimpin parti pembangkang kononnya ia sarat unsur-unsur perkauman.

Ada juga pihak yang turut mengugut untuk memboikot filem yang telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) tersebut sekiranya penayangannya diteruskan.

Bagaimanapun, Shuhaimi menjelaskan bahawa beberapa adegan yang boleh menyentuh sensitiviti kaum telah disunting secara maksimum. Namun beberapa babak terpaksa ditayangkan bagi mengekalkan kesinambungan perjalanan cerita yang berlatarbelakangkan sejarah Malaysia.

Tulusnya Amir Jahari

Posted:

Tulusnya Amir Jahari

Tulusnya Amir Jahari

DUA perkara yang perlu diberi perhatian terhadap kewujudan Amir Jahari sebagai penyanyi-penulis lagu ialah vokal dan semangatnya. Pada awal kemunculannya, semangat anak muda ini kelihatan semakin marak, apatah lagi dia memiliki tona suara yang tersendiri.

Amir ternyata bernasib baik kerana dikelilingi individu yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang muzik. Dia tidak melalui jalan yang sukar untuk menghasilkan album.

Album dengan judul Penghibur Jalanan menjanjikan kreativiti di sebalik suaranya yang enak didengar. Menariknya juga, selain vokal yang jelas dalam pembikinan album ini ialah lagu-lagu yang dipilih.

Bagi penulis, produksi untuk album ini dijalankan dengan baik. Vokal dan instrumen seimbang sampai ke pendengaran khalayak yang memiliki album ini. Jelas dan nyata bunyi-bunyi yang keluar daripada album yang diedarkan oleh Kasi Gegar Entertainment ini. Penulis sukakan bunyi gitar yang keluar satu-satu dalam setiap lagu.

Lirik-lirik dalam album ini juga wajar diberi perhatian. Telus dan terang sesuai dengan usia dan arah tuju Amir sebagai penyanyi baharu yang menghidangkan suatu yang segar untuk pendengaran umum.

Penulis gemarkan perjalanan lagu Ajarkan Aku yang jelas. Amir membawa emosi pendengar bukan sahaja terhadap mesej tetapi juga terhadap bunyi.

Satu perkara lagi yang wajar mendapat pujian ialah konsep album ini yang memaparkan kreativiti pasukan yang menerajui Amir.

Menarik dan rajin, itu jelas dalam pembungkusan album ini bermula dengan kulit, konsep sehinggalah pemilihan tujuh buah lagu dengan dua trek bonus versi akustik iaitu Tanpamu dan Gelisah.

Komen Sofia: Amir Jahari boleh pergi jauh dengan vokal dan ketulusan penulisannya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Pengsan bila berdiri

Posted:

Pengsan bila berdiri

Pengsan bila berdiri

REYNOLDS bertemu dengan teman lelakinya, Ashley yang banyak memberi sokongan kepadanya selepas dia disahkan menghidap penyakit tersebut.


SEORANG model terpaksa meneruskan hidup di atas kerusi roda selepas dia pengsan setiap kali cuba untuk berdiri.

Chelsey Reynolds, 22, dari Witham, Essex, yang sebelum ini menjalani kehidupan aktif sebagai jururawat pelatih dan model sambilan terpaksa bergantung kepada kerusi roda beberapa jam sehari.

Dia menderita penyakit yang dikenali sebagai Postural Tachycardia Syndrome (PoTS), menyebabkan kadar degupan jantungnya meningkat setiap kali dia cuba berdiri.

Disebabkan itu, Reynolds terpaksa belajar berjalan menggunakan lututnya ketika berada di rumah dan sentiasa membawa beg untuk memudahkannya membuang air kecil.

Doktor yang merawat wanita itu juga tidak mengetahui punca sebenar penyakitnya.

"Semua ini terjadi sekelip mata. Kadangkala ketika sibuk bekerja dan berkejar ke sana sini untuk menyiapkan tugasan saya tiba-tiba pengsan.

"Sejak daripada itu, keadaan hidup saya berubah kerana saya tidak boleh berdiri selepas kejadian itu.

"Saya terpaksa menggunakan kerusi roda untuk memudahkan aktiviti harian selain terpaksa belajar menyesuaikan diri merangkak sekitar rumah.

"Saya tidak pernah sakit sebelum ini malah saya juga tidak pernah dimasukkan ke hospital," ujarnya.

Menurut Reynolds, kejadian pengsan itu bermula selepas dia bekerja selama 15 jam di wad strok.

"Saya tidak mengambil sarapan ketika itu dan saya terfikir mungkin itu penyebab saya pengsan.

"Kemudiannya, saya pergi ke bilik kakitangan bagi mengambil makanan sebagai alas perut tetapi apabila saya kembali ke wad, saya pengsan semula.

"Semua orang berlari ke arah saya sebelum saya dikejarkan ke bahagian kecemasan kerana badan saya tidak bertindak balas ketika itu menyebabkan rakan-rakan mulai panik.

"Ia seperti mimpi tetapi agak menakutkan juga kerana saya sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku," jelasnya.

Pengsan

Tambah Reynolds, selepas menjalani pelbagai ujian, dia dihantar pulang untuk berehat di rumah dan dinasihatkan untuk memeriksa kadar tekanan darahnya dalam masa 24 jam.


REYNOLDS terpaksa meneruskan kehidupan di atas kerusi roda disebabkan penyakitnya itu.


"Ia sangat teruk kerana setiap kali berdiri saya pasti akan merasai perasaan yang berlainan dan akhirnya saya pengsan.

"Saya disarankan menjalani ujian ringkas seperti menolak tangan doktor dan disuruh berdiri untuk tempoh masa yang singkat tetapi sebaik sahaja saya berdiri, saya terdengar doktor menyebut perkataan PoTS," kata beliau.

Dia kemudian terpaksa menjalani ujian selanjutnya untuk mendiagnosis penyakitnya itu.

"Saya baru sahaja menjadi model sambilan dan perlu kerap pergi ke gimnasium dan dalam tempoh latihan untuk menjadi jururawat tiba-tiba saya terpaksa melakukan kesemua perkara di atas kerusi roda.

"Saya pernah bekerja selama 15 jam tetapi kini saya langsung tidak boleh melakukan apa-apa perkara.

"Semuanya berbeza apabila saya disahkan menghidap penyakit ini pada bulan Oktober lalu. Saya hanya mempunyai kerusi roda dan skuter bergerak untuk memudahkan pergerakan.

"Saya terpaksa menunggu selama enam bulan untuk temu janji susulan bersama doktor di mana saya akan diawasi untuk melihat sejauh mana saya berdepan dengan penyakit saya ini.

Sokongan

"Ia seperti menunggu sesuatu yang tidak pasti untuk melihat keberkesanan ubat yang diberikan doktor tetapi saya sentiasa berfikir positif dan mengharapkan yang terbaik untuk saya kembali menjalani kehidupan aktif seperti dulu," ujarnya yang memuat naik sejumlah klip video di laman YouTube untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung penyakit yang dihadapinya itu.

"Ia sangat sukar pada mulanya tetapi saya cuba menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

"Walaupun berkeadaan begini, saya sangat gembira kerana teman lelaki saya, Ashley, memberikan sokongan untuk saya teruskan hidup walaupun agak memalukan apabila saya keluar temu janji menggunakan kerusi roda.

"Kami mempunyai hubungan yang sangat hebat seperti pasangan lain dan saya masih menaruh harapan apabila saya bangun pagi, saya akan kembali sihat seperti sedia kala selain berharap penyakit ini akan pergi secepat ia datang," tambahnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved