Rabu, 5 Jun 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kisah di sebalik perjalanan Rasullulah

Posted:

Kisah di sebalik perjalanan Rasullulah

Kisah di sebalik perjalanan Rasullulah

ISRAK MIKRAJ merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam selain Maulidur Rasul, Nisfu Syaaban dan Nuzul Quran yang diraikan saban tahun.

Ia dianggap peristiwa agung yang dialami Nabi Muhammad SAW sekali gus menzahirkan kekuasaan Allah yang meliputi tiap-tiap sesuatu tanpa sebarang batasan.

Ayat di atas merupakan firman Allah yang diturunkan bagi menolak kaum musyrikin yang mendustakan peristiwa Israk tatkala Nabi Muhammad SAW mengkhabarkannya kepada mereka mengenai perjalanannya dari Masjidilharam ke Masjid al-Aqsa.

Sementara Mikraj pula merangkumi perjalanan Rasulullah SAW yang naik ke langit dengan menunggang buraq sehingga sampai ke Sidratul Muntaha.

Peristiwa penting

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin, ada tiga perkara penting yang perlu diketahui dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Pertama tentang pengajaran yang boleh diambil melalui ajaran Nabi SAW tentang konsep kehidupan yang dilihat.

"Contohnya, Baginda melihat seorang perempuan tua hodoh yang diibarat sebagai dunia yang sudah terlalu tua. Kemudian, pengajaran bagaimana Nabi dikejar oleh golongan jin Ifrit dan malaikat Jibril mengajar doa yang perlu dibaca untuk berlindung daripadanya.

"Selain itu, apabila Nabi sampai di Masjid al-Aqsa, Baginda dihidangkan dengan dua pilihan minuman iaitu arak dan susu. Akhirnya Nabi memilih susu.

"Begitu juga dengan solat yang disyariatkan semula kepada Rasulullah sedangkan ibadat solat ada dalam syariat nabi-nabi terdahulu. Semua itu merupakan pengajaran dan falsafah hidup yang Nabi ajarkan kepada seluruh umatnya," terang Muhammad ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Perkara kedua, ujar beliau, ialah ketika Nabi dibawa melawat syurga dan neraka. Ia adalah satu bentuk peringatan tentang nasib orang yang berbuat dosa dan mereka yang taat.


KAWASAN di dalam Masjid as-Sakhra iaitu lokasi terletaknya batu tergantung dalam peristiwa Israk Mikraj.


Tambahnya, perkara ketiga pula ialah peristiwa Israk Mikraj yang membuktikan kebenaran Islam itu sendiri sekali gus menunjukkan bahawa Allah itu Maha Berkuasa melakukan apa sahaja hatta perkara yang disifatkan manusia sebagai mustahil.

Sering berulang-alik ke bumi Palestin untuk membawa rombongan dari Malaysia dalam program Kembara Universiti Kehidupan Al-Aqsa, Muhammad memberitahu, kesan peninggalan daripada peristiwa Israk Mikraj memang berada dalam lingkungan kawasan Masjid al-Aqsa.

"Antaranya ialah tempat tambatan buraq (haiq buraq), batu tergantung as-Sakhra dan kubah arwah iaitu tempat Nabi SAW solat dengan para nabi terdahulu.

"Semua lokasi ini masih dipelihara dan dijaga dengan baik. Cuma, ia menjadi perebutan antara orang Islam dan Yahudi yang mendakwa di situ terletaknya Temple of Solomon. Tetapi hakikatnya, Masjid al-Aqsa ialah milik umat Islam yang dipenuhi pelbagai sejarah," tegas Muhammad.

Bumi anbiya

Sejak tahun 2009, Muhammad sudah membawa ratusan rakyat Malaysia mengunjungi bumi para anbiya itu. Setiap peserta yang mengikuti program tersebut akan dibawa ke tempat-tempat istimewa tersebut bagi menunjukkan kesan peninggalannya.

"Selain bersolat di Masjid al-Aqsa, peserta turut diberi penerangan khusus mengenai setiap lokasi yang dilawati kerana setiap jengkal bumi Palestin ini dipenuhi sejarah," ujar beliau yang bertuah kerana mengetahui sejarah Palestin daripada Imam I Masjid al-Aqsa, Sheikh Yusoff Abu Sunainah yang menjadi imam selama 27 tahun di sana.


DI dinding inilah buraq iaitu kenderaan yang dinaiki Rasullulah ke langit ditambat.


Sheikh Yusoff juga tidak keberatan memberi surat bertulis tangan yang melantik Muhammad sebagai Duta Perjalanan al-Aqsa sebagai tanda penghargaan kepada beliau.

Sementara itu, Zulkifli Zainudin, 49, yang baru pulang dari Palestin hujung Mei lalu, mengakui perasaannya seperti tidak percaya kerana berpeluang menjejaki bumi Baitulmuqaddis.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan terharu kerana dapat menunaikan solat di dalam Masjid al-Aqsa, salah satu daripada tiga masjid yang disunatkan oleh Rasulullah untuk menziarahinya.

"Di sana, selain beribadat di masjid, program kami tertumpu pada ziarah dan tabarruk di makam-makam para Nabi dan auliya.

"Kawasan sekitar peninggalan sejarah termasuk dalam peristiwa Israk Mikraj masih terjaga, namun kemampuan pihak berwajib agak terhad disebabkan kekangan sumber kewangan," kata beliau yang berkunjung ke Palestin bersama agensi pelancongan Sofa Travel di bawah bimbingan Datuk Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin, Pengerusi Akidah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Ujar Zulkifli lagi, melalui program ziarah tersebut, ia mampu meningkatkan lagi keyakinan dan keimanan seseorang terhadap kekuasaan Allah SWT.


ZULKIFLI (kiri, baris tengah) menziarahi makam ulama dan para auliya di Palestin.


Ziarah musafir

"Israk dan Mikraj adalah satu peristiwa yang berkait rapat dengan tauhid dan kepercayaan kita sebagai umat Islam. Justeru, dengan menjejaki semula kesan dan tapak peninggalan dalam peristiwa tersebut, kita dapat menambahkan rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW yang telah diangkat darjatnya ke peringkat tertinggi daripada sekalian makhluk-Nya," ungkap Zulkifli.

Dalam pada itu, angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 41, turut menyeru umat Islam yang berkemampuan agar melakukan ziarah bermusafir ke bumi Palestin.

Beliau yang berada di sana pada Mei lalu mengakui rasa seronok dan dapat memahami apa yang berlaku dalam peristiwa Israk Mikraj dengan lebih mendalam.

"Sebelum ini, kita sering dimomokkan dengan berita kekacauan dan huru-hara yang berlaku di Palestin sehingga umat Islam di seluruh dunia dilarang menziarahi Masjid al-Aqsa atas faktor keselamatan.

"Memang benar ada kawalan ketat daripada tentera Israel, tetapi masih ada ruang untuk kita beribadat di sana. Yakinlah bahawa Allah akan menjaga kita jika niat kita adalah untuk beribadah di sana," kata Sheikh Muszaphar yang pergi ke Palestin bersama rombongan Program Angkasawan Malaysia kendaliannya.

Beliau turut membawa isterinya, Dr. Halina Mohd. Yunos, 32, serta dua anaknya, Sophea Isabella, 2, dan Sophea Natasya, empat bulan.

Mon negeri warga emas

Posted:

Mon negeri warga emas

Mon negeri warga emas


BAGI menyara kehidupan, warga emas di Mon mengharapkan kiriman wang daripada anak-anak yang bekerja di Thailand.


KEKANGAN ekonomi menyebabkan hampir semua generasi muda di Mon, sebuah negeri di tenggara Myanmar terpaksa berhijrah mencari rezeki di luar negara.

Ia menyebabkan hanya golongan tua menjadi penghuni Mon sehingga ia sinonim dengan panggilan Tanah Warga Emas. Ia merupakan sebuah negeri yang mempunyai pelbagai konflik dan masalah ekonomi.

Dengan penubuhan kerajaan baharu, harapan pembangunan sedikit sebanyak mula berputik di Mon.

Penduduk tempatan di Ywarthit memberitahu, isi rumah Mon kehilangan hampir 70 peratus golongan muda hinggakan yang tinggal kini hanyalah kanan-kanak dan orang tua.

Kebanyakan remaja meninggalkan negeri itu selepas mereka tamat persekolahan. Mereka menyeberangi sempadan Thailand untuk mencari pekerjaan di kilang-kilang atau sebagai pembantu rumah di Thailand.

"Hanya golongan ibu, datuk dan nenek menetap Mon yang menjaga anak dan cucu mereka tinggal di sini," ujar Nyein Tin.

Kemiskinan

Nyein Tin mempunyai lima orang anak tetapi kesemuanya bekerja di Thailand.

Menurutnya, dia hanya bergantung kepada wang yang dikirim oleh anak-anaknya itu untuk menjaga lima orang cucu.

"Bagaimana saya hendak meneruskan hidup sekiranya mereka tidak mengirimkan wang?" soalnya yang kini berusia 60 tahun.

Kajian HelpAge International baru- baru ini mendapati, kira-kira satu perempat daripada isi rumah di Mon dihuni oleh datuk, nenek dan cucu.


MON berdepan pelbagai konflik selain bergelut dengan masalah ekonomi.


Kerajaan separa awam yang telah mengambil tampuk pemerintahan pada awal 2011 kemudian mengadakan gencatan senjata dengan puak pemberontak dari Mon dan negeri jiran, Karen tahun lalu.

Ketika berada di bawah pemerintahan majlis itu, Myanmar merupakan salah sebuah negara termiskin di rantau Asia. Justeru, tarikan kewangan di negara asing merupakan salah satu faktor menarik golongan belia bekerja di luar negara.

Menurut aktivis hak asasi pendatang asing, Andy Hall, Thailand kini mempunyai hampir 1.7 juta pekerja yang berdaftar dari Myanmar manakala lebih sejuta lagi dikatakan tidak berdaftar.

Pendapatan lebih tinggi

Thailand memerlukan pekerja bergaji rendah untuk meningkatkan sektor pembinaan, pemprosesan makanan dan industri perikanan. Namun, menurut Hall, pendatang asing dari Myanmar terdedah kepada penderaan dan diskriminasi.

"Mereka mahu pulang ke tanah air tetapi perbezaan pendapatan yang tinggi membuatkan mereka terpaksa melupakan hasrat itu," ujarnya yang membuat anggaran keseluruhan pekerja asing yang mengirim wang kepada keluarga di Myanmar adalah berjumlah AS$300 juta (RM915 juta) hingga AS$2 bilion (RM6.1 bilion) setahun.


PEPERANGAN menyebabkan rakyat Mon hidup dalam keadaan kemiskinan.


Tambahnya lagi, mereka dapat menikmati pendapatan sebanyak AS$200 (RM610) sebulan atau lebih di Thailand.

Terguris hati

Kyaw Thu Ya dan isterinya, Hay Mar bekerja di kilang memproses udang di Mahachai, Thailand. Di kilang itulah dua pekerja asing yang berasal dari Mawlamyine, ibu negeri Mon iaitu berkenalan.

Kawasan kilang tersebut merupakan tempat tinggal dan sumber mencari rezeki bagi ribuan warga Myanmar.

"Hati saya terguris apabila melihat negara sendiri tidak seperti negara lain. Saya amat rindukan keluarga di kampung," keluh Thu Ya.

Jelasnya lagi, keluarganya di Myanmar merupakan petani miskin yang menjalankan kerja-kerja pertanian di sawah padi.

Thu Ya dan isterinya tinggal di bilik sempit bersama rakan-rakan senegaranya kerana tiada pilihan lain.

"Di sini, kami mempunyai pekerjaan. Prasarana seperti jalan raya dan elektrik amat baik. Di Mon, kami tidak mampu membeli televisyen atau komputer. Ia merupakan satu perubahan besar," katanya.

Dalam kunjungan aktivis demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi ke Thailand tahun lalu, beliau berharap pekerja asing di Mahachai pulang ke tanah air.

Menurut sebuah akhbar tempatan, Than Lwin Times, kebanyakan golongan belia bekerja sebagai buruh di Mon hanya mendapat bayaran AS$3 (RM9) sehari.

"Jumlah itu tidak cukup untuk kehidupan mereka dan itu merupakan faktor utama mereka ke luar negara. Disebabkan itulah, Mon itu hanya dihuni oleh warga emas," ujarnya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Rambang mata di kedai jalanan popular

Posted:

Rambang mata di kedai jalanan popular

Rambang mata di kedai jalanan popular

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@kosmo.com.my

SUASANA lalu lintas di Singapura sentiasa dalam keadaan terkawal walaupun pada waktu puncak. Pemandangan itu merupakan satu pemandangan yang jarang kita lihat di Kuala Lumpur.

Namun, panorama berlainan dapat dilihat ketika melangkah ke Bugis Street yang terletak di tengah-tengah Kota Singa itu. Kemeriahan sinaran cahaya lampu pada waktu malam dan tarikan pelbagai pilihan barang jualan menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat tumpuan utama pelancong tempatan dan luar negara.

Pelanggan mula membanjiri Bugis Street seawal pukul 11 pagi hingga 10 malam bagi mendapatkan barangan seperti pakaian, jam tangan, beg dan cenderamata pada harga rendah. Keadaan di Bugis Street tidak ubah seperti deretan kedai yang ada di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Terdapat kira-kira 800 buah premis beroperasi di pusat beli-belah jalanan terbesar di Singapura itu. Rata-rata perniagaan mereka tertumpu kepada pakaian fesyen terkini buat pengunjung wanita dan cenderamata seperti rantai kunci, magnet peti sejuk, barangan piuter dan baju T.


TUGU Merlion merupakan maskot kebangsaan yang amat sinonim dengan Singapura.


Seorang pelancong, Nor Emila Mohd. Yusof berkata, kunjungannya ke Singapura baru-baru ini turut memasukkan Bugis Street sebagai salah satu destinasi yang perlu dikunjungi kerana ia menawarkan harga barangan jauh lebih rendah berbanding pusat beli-belah lain di Singapura.

"Saya suka berbelanja di sini terutamanya barangan cenderamata kerana ia sangat murah. Para peniaga pula melayan mesra kehendak pelanggan yang tawar-menawar sebelum membeli.

"Kawasan Bugis Street yang terletak di pusat bandar dan berdekatan dengan beberapa pusat beli-belah lain memudahkan pelanggan membuat pilihan atau sekadar mahu melihat-lihat," katanya yang berasal dari Raub, Pahang.

Pembangunan semula

Bugis Street mula terkenal di peringkat antarabangsa pada tahun 1950. Sejak itu ia menjadi salah sebuah destinasi pelancongan utama di Singapura.

Pada pertengahan tahun 1980-an, kawasan tersebut menjalani proses pembangunan semula kerana lokasinya yang strategik di kawasan bandar utama. Pembangunan tersebut melibatkan kerja-kerja naik taraf kepada kompleks beli-belah moden termasuklah premis perniagaan lorong belakang kompleks itu.


MALAY STREET yang terletak di seberang jalan bertentangan Bugis Street turut menjadi tumpuan orang ramai ketika berkunjung ke Singapura.


Perubahan tersebut membantu meningkatkan imej antarabangsa Singapura kerana ia mula diiktiraf di peringkat global.

Kini, Bugis Street berubah kepada struktur bangunan yang lebih kukuh, laluan yang luas walaupun 'terhimpit' di celah kompleks beli-belah berdekatan termasuk Bugis Junction.

Tambah Nor Emila, kunjungan ke Bugis Street tambah menarik kerana ia berdekatan dengan kompleks beli-belah moden, Bugis Junction dan Bugis Village yang terletak bersebelahan.

"Bagi mereka yang tidak suka bersesak-sesak ketika menjamu mata di sini, mereka boleh berjalan kaki ke Malay Street atau Hylem Street yang lebih santai dan redup," katanya.

Jangan banding mata wang

Dalam pada itu, seorang lagi pelancong Malaysia, Muhammad Hafizuddin Mohd. Sanip sempat berkongsi tip untuk berbelanja di Bugis Street.


PANORAMA menarik pada waktu malam yang menjadi tarikan utama pengunjung ke Marina Bay Sands.


Katanya, barang yang dijual di sana dirasakan berbaloi dan murah jika pelancong asing tidak membandingkan harga tersebut dengan mata wang negara sendiri.

"Anda boleh mendapatkan dua helai baju T orang dewasa (bertemakan Singapura) pada harga S$10. Ia sudah cukup murah walaupun nilainya di Malaysia bersamaan dengan RM25.

"Jika anda menganggap S$1 itu sama dengan RM1, perbandingan harga ketika berbelanja akan jadi lebih mudah. Bagaimanapun, jika anda menukarnya mengikut mata wang yang sebenar, kemungkinan besar anda tidak membeli apa-apa di sini," jelasnya ringkas.

Menariknya, pengunjung boleh berjalan kaki ke kawasan Esplanade sejauh 1.6 kilometer dari Bugis Street atau menggunakan transit laju massa (MRT) bawah tanah untuk melihat bangunan ikonik Singapura iaitu Marina Bay Sands Singapore (MBSS).

Tugu singa berbentuk ikan duyung yang dipanggil Merlion juga menjadi kemestian bagi pelancong untuk merakam gambar kenangan kerana bentuknya yang sinonim dengan negara Singa berkenaan.

Keriangan kosmopolitan Hong Kong

Posted:

Keriangan kosmopolitan Hong Kong

Keriangan kosmopolitan Hong Kong


PENULIS (dua dari kiri) bergambar kenangan dengan rakan sepejabat yang turut serta ke Hong Kong baru-baru ini.


PENGALAMAN menjejakkan kaki ke kota tumpuan ekonomi utama dunia, Hong Kong pada bulan Februari lalu ternyata memberikan pengalaman percutian menakjubkan kepada saya dan rakan-rakan sepejabat.

Sebaik pesawat Malaysia Airlines yang dinaiki dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tiba di pulau tersebut, kaki seakan-akan kaku melangkah disebabkan kedinginan cuaca tempatan yang serendah 9 darjah Celsius.

Rombongan kami sepakat untuk terus menuju ke destinasi impian iaitu Disneyland Hong Kong yang terletak kira-kira 17 kilometer (km) dari lapangan terbang.

Penerbangan selama tiga jam sejauh 2,410km itu akhirnya terbayar selepas kami berpeluang melihat dengan dekat kemegahan taman tema Disneyland Hong Kong.

Seluruh kawasan tersebut ceria dihiasi dekorasi bunga berwarna-warni bertemakan sambutan Tahun Baru Cina.

Selepas meluangkan masa selama dua jam bersiar-siar di Disneyland, kami bergerak menuju ke hotel penginapan iaitu Hotel Disney Holywood untuk berehat seketika sementara menunggu pertunjukan bunga api pada pukul 8 malam di istana Disneyland.

Pertunjukan tersebut merupakan acara signatur Disneyland yang menjadi tarikan utama pengunjung ke sana dan ia diadakan pada setiap malam. Pertunjukan yang berlangsung selama setengah jam itu benar-benar mengagumkan saya kerana ia salin tidak tumpah seperti apa yang pernah ditonton di kaca televisyen.

Mata pengunjung terpaku tatkala menonton persembahan percikan bunga api diselang-selikan dengan mainan cahaya lampu yang dilatari istana fantasi yang terkenal itu. Sedikit sebanyak ia mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak saya yang membesar dengan kartun-kartun Disney.

MUZIUM Madame Tussauds Hong Kong merupakan salah satu rangkaian muzium lilin yang diasaskan oleh Marie Tussaud dari Perancis.


Karakter kartun

Mengimbas kembali kenangan menginap di Hotel Disney Hollywood yang berkonsepkan karakter kartun kegemaran kanak-kanak, Mickey Mouse, reka bentuk hiasan dalaman di segenap sudut hotel itu juga bermotifkan karakter tersebut.

Tema hotel berkenaan dicetuskan daripada idea zaman emas Motion Pictures yang jelas dilihat pada keindahan taman bunga yang padat dan berwarna-warni. Saya berasa seperti berada dalam era kegemilangan bintang Hollywood ternama seperti Marilyn Monroe, Elizabeth Taylor, Charles Chaplin dan Ronald Reagan.

Hati turut tercuit tatkala melihat lipatan comel tuala yang disediakan di bilik menyerupai pelbagai jenis karakter kartun Disney.

Sementara itu, di pekarangan hotel tersebut pula terdapat beberapa buah kereta klasik mewah yang tidak terkecuali mencuri perhatian pengunjung. Kami tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kenangan berlatar belakangkan kereta antik tersebut kerana ia jarang ditemui.

Taman permainan ekstrem

Keesokannya, kami bertolak menuju ke bandar Wong Chuk Hang di selatan Hong Kong untuk melawat taman laut yang dipanggil Ocean Park Hong Kong. Kunjungan ke taman itu kami rasakan lebih seronok berbanding Disneyland.

Taman laut tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu The Waterfront dan The Summit. Kedua-dua bahagian tersebut menyediakan sebanyak 56 jenis tarikan aktiviti kepada pengunjung.


PENGUNJUNG berpeluang melihat aksi panda yang melucukan ketika melawat Ocean Park.


Saya sempat mencuba salah satu aktiviti ekstrem iaitu permainan roller coaster yang dinamakan Hair Raiser. Ia bergerak dengan kelajuan luar biasa dan memiliki laluan yang curam sehingga membuatkan semua penumpang yang menaikinya menjerit ketakutan.

Sebelum mencuba sebuah lagi aktiviti ekstrem iaitu The Flash di The Summit, saya terdengar jeritan pengunjung dari jarak yang jauh sekali gus menarik minat saya untuk turut mencubanya. Ia dikatakan sebagai aktiviti paling ekstrem yang terdapat di seluruh taman laut tersebut.

The Flash membawa saya naik ke udara setinggi kira-kira 22 meter dengan hayunan 360 darjah serta berkelajuan 60 kilometer sejam.

Saya dapat merasakan angin kencang menerpa ke seluruh badan dan setiap saat diibaratkan seperti sebuah mimpi ngeri. Namun, pada masa sama saya masih mahu mencubanya sekali lagi pada masa akan datang.

Patung lilin

Selain itu, antara perkara yang tidak dapat dilupakan sewaktu berkunjung ke sana adalah melihat beruang panda secara dekat buat kali pertama. Haiwan tersebut tinggal di taman Amazing Asian Animals yang terletak dalam kawasan The Waterfront.


HONG KONG adalah antara kota yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di dunia.


Aktiviti-aktiviti di taman tersebut sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada taman tema Genting Highlands dan Universal Studio Singapura.

Pada sebelah malamnya pula, saya dan rakan-rakan berpeluang menyaksikan keindahan pemandangan keseluruhan bandar raya Hong Kong yang meriah dengan sinaran lampu di atas menara puncak Bukit Victoria, Hong Kong.

Kunjungan ke menara tersebut juga meninggalkan kenangan yang manis kepada kami semua kerana berpeluang melawat muzium patung lilin terkenal, Madame Tussauds Hong Kong.

Ia merupakan muzium Madame Tussauds pertama yang dibuka di Asia dan menempatkan lebih daripada 100 buah replika figura awam dan selebriti terkenal antarabangsa.

Beberapa orang selebriti telah diabadikan di sana antaranya seperti penyanyi legenda Elvis Presley, Anita Mui, Lady Gaga; pelakon veteran Bollywood, Amitabh Bachan dan bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush.

Vila mewah tepi pantai

Posted:

Vila mewah tepi pantai

Vila mewah tepi pantai

Oleh NASRI JAMALUDIN
nasri.jamaludin@kosmo.com.my


BEREHAT sambil menikmati pemandangan pantai yang indah.


DERUAN ombak memecah pantai umpama satu nyanyian yang menghiburkan. Keluh kesah jiwa lantas berganti dengan ketenangan dengan keasyikan tersendiri.

Suasana pagi di tepi pantai dengan kecantikan matahari terbit membuatkan percutian di Batu Ferringhi, Pulau Pinang terpahat kemas di ingatan.

Batu Ferringhi terletak di bahagian utara Pulau Pinang iaitu antara Teluk Bahang dan Tanjung Bungah terkenal dalam kalangan pelancong yang ingin menikmati percutian di pantai yang indah dan kepelbagaian aktiviti air.

Bagi yang teringin menikmati percutian tersebut dan mempunyai bajet yang lebih, Rumah Perak Boutique Villa pastinya pilihan yang paling sesuai.

Vila mewah tiga tingkat dengan enam buah bilik, kesemuanya menghadap laut serta balkoni yang luas membolehkan pengunjung menikmati sepuas-puasnya keindahan pantai yang terkenal di Pulau Mutiara itu.

Bilik-bilik di tingkat atas kesemuanya mempunyai balkoni yang menawarkan peluang menikmati keindahan matahari terbenam.

Karakter tersendiri

Menjejak kaki memasuki vila ini, para tetamu pasti terpegun melihat hiasan dalaman yang mewah, cantik dan unik.


SETIAP bilik bercita rasa tinggi dan mempunyai susun atur serta hiasan yang mewah.


Bahagian tingkat bawah menempatkan ruang tamu yang luas serta meja makan bersaiz panjang sesuai bagi mereka yang datang bersama keluarga atau kumpulan besar. Terdapat dua bilik di bahagian ini yang dipanggil Kamar Alandra dan Kamar Jasmine.

Vila tersebut mempunyai karakter tersendiri, hal itu tidak menghairankan kerana ia mempunyai sejarah lampau yang istimewa. Dipercayai bangunan itu dibina pada tahun 1950-an dengan konsep rumah moden British. Rumah Perak Boutique Villa pernah didiami golongan ternama dan kerabat diraja

"Rumah ini kami tambah baik dengan menaik taraf daripada rumah penginapan biasa kepada vila. Ia dilakukan bermula pada penghujung tahun lepas. Ia berkonsepkan kediaman Eropah.

"Reka bentuk rumah ini asalnya hanya dua tingkat tetapi kami telah ubah suai menjadi tiga tingkat. Vila ini serba lengkap dengan setiap bilik mempunyai katil bersaiz king, bilik tidur berasingan dan ruang makan. Setiap bilik bercita rasa tinggi dengan susun atur dan hiasan mewah serta suasana yang menyenangkan," kata Elhan Wan Hassan, pengarah vila tersebut.

Apabila menaiki tangga ke tingkat dua, mata para tetamu dijamu dengan lukisan-lukisan cantik yang tergantung di dinding yang merupakan hasil seni pelukis tempatan. Mereka yang berminat boleh membeli lukisan tersebut.


RUANG bilik air yang menggunakan konsep minimalis.


Bebas berlari

Di bahagian tingkat dua, terdapat tiga buah bilik dikenali sebagai Kamar Akasia, Kamar Lavender dan Kamar Citrus. Kamar Citrus mempunyai balkoni sendiri manakala dua kamar lain berkongsi balkoni. Setiap balkoni disediakan tempat duduk serta payung besar sesuai untuk bersantai.

Di tingkat tiga hanya terdapat sebuah bilik dipanggil Kamar Rossa. Suasana bilik yang tenang dan cantik membuatkan kaki berasa berat ingin meninggalkannya. Bilik serba lengkap dengan katil yang besar membuatkan tidur lena sepanjang malam.

Untuk aktiviti seperti barbeku juga tidak perlu risau kerana kawasan vila tersebut mempunyai keluasan 2,300 meter persegi. Anak-anak bebas berlari di laman yang luas itu. Kawasan pantai pula hanya dipisahkan oleh pagar vila tersebut.

Anda juga boleh berjemur di bawah matahari atau mencuba aktiviti seperti meluncur angin, berkayak atau parasailing.

Suasana malam di Batu Ferringhi juga meriah dengan kewujudan bazar-bazar menjual pelbagai barangan perhiasan dan cenderahati.

Luangkan masa untuk menyaksikan artis tempatan membuat demonstrasi kraf dan melukis batik. Dikenali dengan nama Feringghi Walk, bazar-bazar di situ menjual pelbagai barangan yang menarik untuk pengunjung.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Sumbangan peralatan untuk pelajar tahfiz

Posted:

Sumbangan peralatan untuk pelajar tahfiz

Sumbangan peralatan untuk pelajar tahfiz


ABDUL RAHMAN (dua dari kanan) beramah mesra dengan pelajar selepas menyampaikan peralatan asas di Maahad Tahfiz al-Quran Wa-Ulumuddin di Sungai Besar, Selangor baru-baru ini.


SUMBANGAN. Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat, Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah menyampaikan sumbangan peralatan asas kepada Maahad Tahfiz al-Quran Wa-Ulumuddin di Sungai Besar, Selangor baru-baru ini.

Peralatan yang disumbangkan ialah 50 buah katil dua tingkat, 100 tilam dan 50 buah almari yang keseluruhannya bernilai RM43,100.

Selain itu, sebanyak 25 orang pelajar lelaki yang berada di maahad itu juga mendapat peralatan asas yang sama.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengetua maahad berkenaan, Jemari Ngaris.

Program bersihkan 10 buah lokasi di Kampung Baru

Posted:

Program bersihkan 10 buah lokasi di Kampung Baru

Program bersihkan 10 buah lokasi di Kampung Baru


JOHARI (tiga dari kanan) membantu membersihkan longkang ketika program Kembara Kebersihan Kampung Baru di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KERJASAMA. Sebanyak 10 lokasi telah dipilih bagi program Kembara Kebersihan Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Perik, Kampung Atas A, Kampung Atas B, Kampung Masjid, Kampung Hujung Pasir dan Kampung Paya.

Program gotong-royong membersihkan kawasan itu juga disertai oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara Mantin, Negeri Sembilan dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.

110 nelayan Pekan dapat lesen khas sampan

Posted:

110 nelayan Pekan dapat lesen khas sampan

110 nelayan Pekan dapat lesen khas sampan


SH. MOHAMED PUZI (tengah) menyampaikan lesen khas sampan kepada nelayan-nelayan di Pekan baru-baru ini.


SYUKUR. Sebanyak 110 orang nelayan di Parlimen Pekan di Pahang gembira apabila penantian mereka untuk memiliki lesen khas sampan diluluskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia baru-baru ini.

Melalui lesen itu, nelayan dapat meningkatkan jumlah tangkapan ikan dan menambah pendapatan mereka.

Penyerahan lesen itu telah dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Peramu, Datuk Sh. Mohamed Puzi Sh. Ali pada majlis Penyerahan Bantuan Touch Point 2013 bagi Peralatan Pengembangan dan Penyerahan Lesen Sampan Parlimen Pekan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Perikanan Pahang, Adnan Hussain.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mati sesak nafas di Everest Base Camp

Posted:

Mati sesak nafas di Everest Base Camp

Mati sesak nafas di Everest Base Camp

Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my

MOHAMMAD SHAHRULNIZAM (empat dari kanan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang sebelum berlepas untuk menawan Gunung Everest di Nepal.


KUALA LUMPUR – Hajat seorang pendaki muda negara untuk menawan puncak Gunung Everest tidak kesampaian apabila dia mengalami sesak nafas yang teruk akibat diserang penyakit akut ketinggian (AMS) sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 7.15 malam kelmarin.

Timbalan Pengarah Kanan Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya (PPj), Zaharah Selamat berkata, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, dipercayai terlampau letih selepas pendakian menjadi semakin sukar akibat tekanan udara dan paras oksigen yang semakin rendah.

Katanya, mangsa yang merupakan Penolong Jurutera di Perbadanan Putrajaya (PPj) masih sihat dan cergas ketika memulakan pendakian pada hari pertama dari Monjo ke Namche Bazaar.

"Apabila pendakian semakin tinggi dengan tahap kesejukan melampau, dia mengalami keletihan sehingga menyebabkan tubuhnya menjadi lemah dan sukar bergerak.

"Dia seterusnya mengalami kesukaran bernafas yang saya percaya menjadi punca mangsa meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

50 kubur lama berusia 100 tahun dipindah

Posted:

50 kubur lama berusia 100 tahun dipindah

50 kubur lama berusia 100 tahun dipindah

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my


DUA penggali kubur membawa bungkusan kain kapan berisi tanah selepas kerja-kerja menggali kubur lama di Tanah Perkuburan Bukit Kechik, Kampung Bertam.


MELAKA – Sebanyak 50 kubur lama yang berusia lebih 100 tahun di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kechik, Kampung Bertam, Pulau Gadong dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Bertam, Malim di sini semalam.

Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Mohd. Yusof Abu Bakar berkata, tindakan memindahkan kubur lama itu dilakukan bagi memberi ruang kepada sebuah syarikat swasta untuk membangunkan projek perumahan di kawasan seluas 0.8 hektar termasuk tapak perkuburan lama tersebut.

"Kita telah melakukan kerja-kerja pemindahan itu sejak semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) kerja-kerja pemindahan tersebut siap.

"Kesemua perkuburan lama itu dipindahkan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Bertam, Malim," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Institusi raja lambang perpaduan, penyatuan

Posted:

Institusi raja lambang perpaduan, penyatuan

Institusi raja lambang perpaduan, penyatuan


RAJA NAZRIN menyampaikan titah utama pada Seminar Institusi Raja di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, institusi raja adalah lambang perpaduan dan simbol kepada penyatuan rakyat negara ini.

Titah baginda, pemerintahan beraja secara semula jadi mencerminkan amalan kesejahteraan dan raja adalah simbol kedaulatan tanah air, selain berperanan sebagai benteng pelindung agama Islam.

"Raja turut berperanan memberi naungan kepada rakyat daripada semua kumpulan etnik yang menganuti pelbagai agama.

"Naungan saksama raja itu wajib dilimpahkan kepada semua warga yang telah menerima identiti Perlembagaan dan bermastautin secara selesa di bumi (negara) ini," titah baginda.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Lari masuk panggung

Posted:

Lari masuk panggung

Lari masuk panggung

Oleh IZRINDA BADROLHISHAM
hiburan@kosmo.com.my

LARI


LAYAR perak pada minggu ini menyaksikan sebuah filem arahan Ahmad Idham yang penuh aksi. Mengangkat isu pemerdagangan manusia, Lari dibarisi pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malek dan Hazama Azmi.

Sementara itu, bagi anda yang gemarkan filem komedi seram, jangan lupa menonton filem Thailand, Pee Mak.

Ia menceritakan tentang seorang lelaki yang tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya dalam sebuah peperangan.

Pee Mak menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Mario Maurer, Davika Hoorne, Nattapong Chadpong, Wiwat Kongrasri, Kantapat Seeda dan Pongsatorn Jongwilak.

Sebuah lagi filem pecah panggung minggu ini ialah After Earth arahan M. Night Shyamalan.

Kolaborasi Will Smith dan anaknya Jaden Smith sudah tentunya dinantikan ramai.

Ikuti pengembaraan After Earth yang menceritakan mengenai kehidupan dua beranak yang terkandas di Bumi yang sebelum ini ditinggalkan manusia.


AARON sekali lagi mendapat perhatian sebagai hero yang menghiasi layar perak minggu ini.


Lari

Tarikh tayangan:

6 Jun 2013

Genre: Aksi

Durasi: 1 jam 22 minit

Pengarah: Ahmad Idham

Pelakon: Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erin Malek dan Hazama Azmi

Sinopsis: Filem arahan Ahmad Idham ini mengisahkan perjalanan hidup seorang pemuda bernama Khalif lakonan Aaron Aziz yang mengharungi liku-liku kehidupan selepas kematian bapanya. Dia juga mempunyai seorang adik perempuan yang terpisah sejak tujuh tahun lalu.

Dalam masa yang sama, Khalif juga bercinta dengan Maya lakonan Dira Abu Zahar. Namun, dia terpaksa melupakan hasrat untuk menyunting gadis itu akibat tentangan daripada keluarga Maya.

Adik Khalif rupa-rupanya hilang akibat menjadi mangsa sindiket perdagangan wanita. Mampukah Khalif membebaskan adik dan juga menyatukan cinta hatinya dengan Maya? Lari ada jawapannya.


MAK tidak dapat menerima kematian isteri dan anaknya.


Pee Mak

Tarikh tayangan: 6 Jun 2013

Genre: Komedi dan seram

Durasi: 1 jam 51 minit

Pengarah: Banjong Pisanthanakun

Pelakon: Mario Maurer, Davika Hoorne, Nattapong Chadpong, Wiwat Kongrasri, Kantapat Seeda dan Pongsatorn Jongwilak.

Sinopsis: Filem Pee Mak berkisar tentang seorang lelaki, Mak, yang terpaksa meninggalkan isterinya kerana perlu pergi berperang.

Mak turut ditemani empat rakannya dalam peperangan itu.

Tidak lama selepas pemergian Mak, isterinya meninggal dunia ketika mahu melahirkan anak sulung mereka. Anak tersebut juga meninggal dunia.

Mak pulang ke kampung dengan teruja apabila tamatnya perang untuk bertemu dengan isteri kesayangan.

Namun, kepulangan Mak disambut berita duka. Bukan sahaja Mak kematian isteri dan anaknya, bahkan kedua-duanya dikatakan menjadi hantu.

After Earth

Tarikh tayangan: 6 Jun 2013

Genre: Sains fiksyen

Durasi: 1 jam 35 minit

Pengarah: M. Night Shyamalan

Pelakon: Jaden Smith, Will Smith, Isabelle Fuhrman, Sophie Okonedo dan Zoe Kravitz.

Sinopsis: After Earth mengisahkan mengenai Kitai Raige (Jaden Smith) dan ayahnya, Cypher (Will Smith) yang terkandas di Bumi 1,000 tahun selepas bencana di planet itu.

Kapal angkasa mereka terhempas ke Bumi sehingga mengorbankan penumpang lain. Kitai mencari bantuan dengan mengembara merentasi kawasan yang belum diterokai akibat kecederaan parah Cypher.

Namun, Kitai tidak mengetahui selepas 1,000 tahun manusia meninggalkan Bumi, planet itu kini dihuni pelbagai spesies flora dan fauna berbahaya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Mana RM15,000 satu perlawanan?

Posted:

Mana RM15,000 satu perlawanan?

Mana RM15,000 satu perlawanan?

TUNKU ISMAIL melahirkan rasa kecewa terhadap FAM menerusi satu kenyataan rasmi semalam.


TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) melahirkan rasa hairan apabila mendedahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) masih belum menerima dana RM15,000 satu perlawanan bagi hak penyiaran.

Tuntutan Tunku Ismail itu hadir selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini meng- umumkan akan memberikan imbuhan tersebut kepada tuan rumah yang diberikan hak siaran langsung perlawanan.

Menerusi satu kenyataan rasmi, Tunku Ismail bertitah, baginda kesal kerana sehingga kini dana tersebut masih belum diterima oleh PBNJ.

"Satu lagi perkara yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan pendapatan daripada siaran langsung perlawanan bola sepak oleh Astro.

"Saya dimaklumkan bahawa untuk setiap perlawanan yang ditayangkan secara langsung di televisyen, persatuan bola sepak tuan rumah akan menerima RM15,000.

"Sehingga kini, saya masih belum melihat satu sen pun daripada hasil tersebut," titah baginda dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, FAM telah bersetuju untuk memberikan dana kepada pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang menjadi tuan rumah untuk liputan siaran langsung, April lalu.

FAM mengumumkan insentif itu menerusi Mesyuarat Exco FAM, dana bernilai RM15,000 akan diberikan kepada tuan rumah manakala RM5,000 akan diserahkan kepada pasukan pelawat.

Untuk rekod, Tunku Ismail pernah digantung enam bulan dan didenda RM18,000 selepas didapati bersalah melanggar Artikel 88 Status FAM kerana mengkritik mutu pengadilan bola sepak tempatan yang disifatkannya tidak mencapai standard yang diharapkan, Mac lalu.

Baginda antara lain menggesa FAM untuk mengkaji kelemahan tersebut agar mutu pengadilan dalam Liga M lebih efisien.

Dalam perkembangan berkaitan, Tunku Ismail turut menyuarakan tentang mutu pengadilan perlawanan bola sepak tempatan.

"Pada masa kini, pengadil perlawanan bola sepak liga tempatan adalah berstatus semi-profesional dan dengan itu, boleh dikatakan berada pada tahap amatur.

"Oleh kerana menyuarakan berkenaan isu tersebut, saya telah didenda dan digantung.

"Ramai sebelum saya juga telah menerima nasib yang sama, semua kerana memberikan pendapat dan cadangan bagi mempertingkatkan mutu bola sepak negara ini," ujar beliau lagi.

Tunku Ismail turut mempersoalkan tentang FAM tidak membenarkan persatuan-persatuan dan individu menyuarakan sebarang pendapat atau pandangan.

"Jadi, bagaimana saya hendak memberi pandangan dan berkongsi pendapat berkenaan hal- hal penting berkaitan bolasepak, jika FAM seolah-olah keberatan untuk bekerjasama?

"Saya telah menulis surat-surat kepada FAM termasuk surat berkaitan mutu pengadilan di negara ini, namun tidak mendapat maklum balas.

"Saya menyuarakan pendapat saya kepada media kerana rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui situasi sebenar.

"Bola sepak bukan suatu entiti persendirian milik mana-mana individu, ia adalah untuk semua lapisan rakyat," titah baginda.

FAM nafi naikkan harga tiket

Posted:

FAM nafi naikkan harga tiket

FAM nafi naikkan harga tiket

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


ORANG ramai dinasihatkan agar tidak percaya dengan khabar angin daripada laman sosial dan blog mengenai harga tiket aksi final Piala FA dinaikkan. - Gambar hiasan


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan bahawa harga tiket bagi aksi final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) dinaikkan seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak melalui laman sosial dan blog.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar kecil) menjelaskan, tiket bagi aksi final tersebut kekal pada harga RM40 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Katanya, pihaknya tidak pernah membuat sebarang persetujuan untuk menaikkan harga tiket tersebut, sekali gus menepis dakwaan yang mengatakan tiket untuk aksi final itu akan dijual pada harga RM45.

Azzuddin memberitahu, harga tiket final Piala FA tersebut telah ditetapkan selepas perbincangan bersama pada awal musim 2012.

"Saya tidak tahu mengenai perkara ini (harga tiket final Piala FA berharga RM45).

"Dakwaan tersebut tidak benar kerana FAM tidak pernah membuat sebarang kenaikan harga.

"Sejak dari awal musim 2012, kami telah memutuskan bahawa harga tiket untuk aksi final Piala FA adalah sebanyak RM40 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak- kanak.

"Saya berharap, peminat- peminat tidak tertipu dengan sebarang laporan tidak rasmi ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kelmarin, peminat-peminat bola sepak tempatan terkejut dengan laporan menerusi beberapa laman sosial dan blog bahawa tiket bagi aksi final Piala FA yang bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun ini ditetapkan pada harga RM45.

Laporan tersebut sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap imej FAM yang dikatakan mahu mengaut keuntungan.

Mengulas lanjut, Azzud- din berharap peminat-peminat bola sepak tempatan tidak terburu-buru membuat sebarang spekulasi tanpa pengumuman rasmi daripada FAM.

"Perkara seperti ini akan menjejaskan kredibiliti FAM. Pihak kami akan mengambil tindakan serius terhadap laporan tersebut.

"Penyokong-penyokong bola sepak dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang laporan tanpa pengumuman rasmi daripada pihak FAM.

22 pasukan sahkan penyertaan

Posted:

22 pasukan sahkan penyertaan

22 pasukan sahkan penyertaan

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


KHAIRY (kanan) dan Naim menunjukkan isyarat bagus ketika melancarkan gimik pelancaran laluan JM 2013 di Putrajaya semalam.


SEBANYAK 22 pasukan telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan lumba basi- kal Jelajah Malaysia (JM) 2013 pada 26 hingga 30 Jun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jama- luddin Abu Bakar berkata, JM 2013 akan berlangsung sebanyak lima peringkat yang meliputi laluan sejauh 856 kilometer.

"Meskipun JM 2013 terpaksa di tunda kerana memberi laluan kepada proses Pili- han Raya Umum ke-13 lalu sebelum laluan- nya pula terpaksa dipendekkan tetapi saya berani memberi jaminan bahawa ia tetap akan menjadi salah satu program yang mampu menarik perhatian ramai.

"Perlumbaan tahun ini melibatkan lima peringkat dan penganjur telah memilih destinasi ke selatan yang bermula dari Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil melalui Negeri Sembilan, Johor, Melaka sebelum berakhir di Putrajaya," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran laluan perlum- baan JM 2013 di Putrajaya semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad.

Dalam pada itu, Khairy turut berterima kasih kepada penaja-penaja utama siri Jelajah Malaysia seperti Resorts World Genting, Milo dan 100Plus yang sudi tampil bersama-sama bagi memeriahkan perlumbaan yang berprestij dalam kalangan benua Asia dan antarabangsa itu.

Katanya, hasil kajian sebuah jurnal perubatan terkemuka dunia, The Lancet mendedahkan bahawa kadar tidak aktif dalam kalangan orang dewasa di Malaysia adalah pada tahap 61 peratus.

"Hasil tinjauan Kementerian Kesihatan pula mendapati hanya 25 peratus rakyat Malaysia yang bersenam," ujarnya.

Sementara itu, Naim berkata, JM 2013 mampu menjadi tarikan tersendiri walaupun terdapat beberapa perkara telah diubah.

"Sudah tentu pada perlumbaan kali ini kami akan memberi tekanan kepada aspek keselamatan terutama kepada pelumba-pelumba.

"Kami turut mendapat kerjasama dari- pada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak keselamatan lain untuk bersama-sama memastikan kelancaran perlumbaan ini," kata Naim.

JM merupakan acara jelajah lumba basikal tertua di negara ini sejak 1963 serta telah diiktiraf sebagai perlumbaan berstatus 2.2 oleh Kesatuan Berbasikal Antara- bangsa (UCI).

Naim berkata, pelbagai acara sampingan telah dirancang di setiap destinasi penamat seperti persembahan kesenian, karnival, konsert serta pameran-pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Ia bertujuan untuk menyuntik semangat dalam kalangan peminat sukan lumba basi- kal di Malaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


SKM Pahang diminta jalin hubungan lebih erat dengan masyarakat

Posted:

SKM Pahang diminta jalin hubungan lebih erat dengan masyarakat

SKM Pahang diminta jalin hubungan lebih erat dengan masyarakat

05/06/2013 10:32pm

KUANTAN - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang diminta menjalin hubungan lebih rapat dengan masyarakat bagi meningkatkan pertumbuhan koperasi di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Pahang Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, jumlah koperasi sedia ada di Pahang adalah sebanyak 805 sekarang dengan jumlah modal saham terkumpul sebanyak RM907 juta.

"Ini menunjukkan bahawa badan koperasi amat penting dan pengurusan SKM perlu menyalurkan sokongan yang lebih menyeluruh bagi terus menjana peningkatan.

"SKM juga perlu mengambil pendekatan untuk mendapatkan reaksi apa yang diperlukan oleh masyarakat sebelum mengadakan program bagi satu-satu kawasan berkenaan.

"Kadang-kadang kita buat program ikut kepala sendiri," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke SKM Pahang di sini, hari ini. Katanya, perkara itu perlu diambil kira bagi mengelakkan program yang diaturkan itu kurang mendapat sambutan.

Oleh itu, SKM perlu mengkaji semula penyusunan program bagi menentukan ia disukai rakyat. - Bernama

Bapa tiri MB Perak meninggal dunia

Posted:

Bapa tiri MB Perak meninggal dunia

Bapa tiri MB Perak meninggal dunia

05/06/2013 10:29pm

IPOH - Bapa tiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir meninggal dunia di Hospital Angkatan Tertera, Lumut pada pukul 7.50 malam ini akibat sakit tua.

Allahyarham Jaafar Long, 75, meninggalkan balu, Saidatul Badru Abdul Kader, 72, dan empat anak, menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar.

Zambry berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi ketika Allahyarham menghembus nafas terakhir.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Kampung Masjid, Pulau Pangkor dan akan dikebumikan pagi esok. - Bernama

Jangan salah guna kebebasan bersuara di media sosial - Chua Soi Lek

Posted:

Jangan salah guna kebebasan bersuara di media sosial - Chua Soi Lek

Jangan salah guna kebebasan bersuara di media sosial - Chua Soi Lek

05/06/2013 9:39pm

KUALA LUMPUR - Penahanan seorang wanita yang dipercayai menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial Facebook harus menjadi satu pengajaran bahawa kebebasan bersuara perlu diiringi tanggungjawab tertentu, dan ia sepatutnya tidak disalah guna.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, Internet mewakili dunia tanpa sempadan, namun orang ramai harus ingat bahawa kita bukan berada dalam persekitaran tanpa undang-undang.

Beliau berkata, terdapat banyak kes di Malaysia dan negara lain yang menyaksikan netizen atau pengguna Internet didakwa kerana memfitnah atau menghasut berikutan tuduhan liar serta penghinaan yang mereka lakukan di Internet.

"Malah Singapura dan Amerika Syarikat kini mengkaji beberapa bentuk peraturan bagi membendung penyalahgunaan media sosial," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chua berkata, netizen juga tidak boleh dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab yang berhasrat menimbulkan kebencian serta menggugat keamanan dan keharmonian negara demi kepentingan politik dan diri mereka sendiri.

"Terdapat terlalu banyak pembohongan, kebencian serta maklumat palsu di media sosial namun malangnya, ramai orang mempercayainya," katanya.

Tambah beliau, perpaduan kaum dan keharmonian agama di negara ini bukan diperoleh secara automatik atau mudah, justeru, beliau menggesa rakyat Malaysia memainkan peranan masing-masing bagi melindungi, bukan memusnahkannya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pentadbiran Erdogan minta maaf

Posted:

Pentadbiran Erdogan minta maaf

Pentadbiran Erdogan minta maaf

SEJUMLAH penunjuk perasaan bertempur dengan polis dekat Dataran Taksim di Istanbul kelmarin.


ISTANBUL - Pentadbiran Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menyatakan bahawa pihaknya telah mendapat pengajaran sekali gus merayu agar bantahan jalanan secara besar-besaran yang menggemparkan negara itu sejak beberapa hari lalu ditamatkan.

Protes tersebut menyebabkan Turki terjebak ke dalam krisis politik terburuk sejak sedekad lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyertai Amerika Syarikat memberikan tekanan kepada pentadbiran Erdogan supaya satu siasatan menyeluruh diadakan berhubung dakwaan penggunaan kekerasan melampau oleh pihak polis terhadap para penunjuk perasaan.

Pada masa yang sama, sebuah kesatuan sekerja utama di Turki melancarkan mogok selama dua hari bagi membantah keganasan pihak berkuasa terhadap para penunjuk perasaan yang membantah pentadbiran Erdogan.

Pentadbiran Erdogan cuba meredakan ketegangan dengan memohon maaf kepada penunjuk-penunjuk perasaan yang cedera selain mengaku tindakan keras pasukan keselamatan ke atas orang ramai yang menyuarakan hak mereka telah menyebabkan situasi menjadi tidak terkawal.

"Pemerintah mendapat pengajaran berhubung kejadian yang berlaku.

"Kami tidak berhak dan tidak boleh meminggirkan rakyat. Demokrasi tidak wujud tanpa pembangkang," kata Timbalan Perdana Menteri, Bulent Arinc pada satu sidang akhbar.

"Saya memohon maaf kepada mereka yang cedera," tambahnya.

Menurutnya, pemerintah peka terhadap tuntutan masyarakat bandar yang berfahaman sekular yang tidak mengundi Parti Keadilan dan Pembangunan pimpinan Erdogan.

"Gaya hidup setiap orang penting buat kami dan kami peka terhadap mereka," ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau menggesa rakyat negaranya supaya menamatkan bantahan tersebut.

Sekitar 300 orang cedera sepanjang lima hari protes tersebut berlangsung.

Dalam pada itu, keganasan tercetus di bandar raya Istanbul dan di ibu kota Turki di sini selama semalaman dengan polis pencegah rusuhan bertindak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah penunjuk perasaan.

Kumpulan tersebut bertindak ganas dengan membakar beberapa buah kereta dan membaling batu sambil melaungkan slogan meminta Erdogan meletakkan jawatan.

Tunjuk perasaan yang merebak ke seluruh negara itu bermula selepas sekumpulan penduduk tempatan membantah rancangan untuk membangunkan semula sebuah taman dekat Dataran Taksim di Istanbul.

Rancangan yang diatur oleh Erdogan itu adalah untuk membangunkan semula dataran tersebut yang melibatkan 600 buah pokok ditebang bagi mendirikan berek tentera era empayar Ottoman.

PBB kesan senjata kimia diguna di Syria

Posted:

PBB kesan senjata kimia diguna di Syria

PBB kesan senjata kimia diguna di Syria


ASAP kelihatan dalam pertempuran antara tentera Syria dengan kumpulan pemberontak di Aleppo, Syria kelmarin.


GENEVA - Beberapa anggota penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menyatakan mereka mempunyai asas yang kukuh bahawa senjata kimia telah digunakan di Syria.

Pendedahan itu dibuat dalam satu laporan terbaharu selepas mereka menemui beberapa mangsa, saksi dan kakitangan perubatan di negara berkenaan.

Menurut mereka, senjata tersebut digunakan dalam jumlah yang terhad.

Para penyiasat itu turut menyatakan mereka telah menerima aduan bahawa tentera Presiden Bashar Al-Assad telah menggunakan senjata tersebut.

Mereka juga menyatakan, para penentang Bashar turut menggunakan senjata yang sama.

Dalam pada itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan, sebarang campur tangan tentera asing di Syria akan gagal sekali gus memburukkan lagi situasi di negara bergolak itu.

Bercakap pada satu sidang akhbar selepas menghadiri sidang kemuncak bersama para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Yekaterinburg, Putin berkata, Rusia berasa kecewa dengan keputusan EU untuk tidak melanjutkan sekatan membekalkan senjata terhadap para penentang Bashar.

Pertempuran melibatkan kumpulan penentang dengan tentera Syria bermula sejak Mac 2011 ekoran kebangkitan penduduk di Tunisia, Mesir dan Libya. Lebih 70,000 orang terbunuh dalam pertempuran itu.

Kumpulan penentang mahu menggulingkan Bashar yang gagal membawa pembaharuan dalam pentadbiran negara itu. - Agensi

Pemuda Perancis miliki tangan bionik

Posted:

Pemuda Perancis miliki tangan bionik

Pemuda Perancis miliki tangan bionik


SEORANG jururawat melihat Lopes mempelajari cara untuk menggunakan tangan kiri bioniknya di sebuah pusat pemulihan di Coubert, tenggara Perancis kelmarin.


PARIS - Seorang pemuda berusia 22 tahun, Florian Lopes menggunakan tangan kiri bionik yang berharga 42,000 euro (RM170,089).

Dia merupakan pesakit Perancis yang pertama menerima tangan bionik itu.

Lopes memakai tangan bionik itu selepas dia kehilangan tiga batang jari semasa menggunakan sebuah mesin pengisar pada tahun 2011.

Selepas tangan bionik itu dipasang, Lopes kini boleh memegang garpu atau membuka penutup balang.

"Saya kini boleh memotong daging atau menuang air ke dalam gelas seperti dahulu," kata pemuda tersebut.

Kos pemasangan tangan bionik tersebut dibayar oleh majikan Lopes.

Lopes kelihatan seperti memakai sarung tangan sehingga ke paras sikunya semasa dia menggunakan tangan bionik itu.

Tangan bionik itu dikeluarkan oleh syarikat Touch Bionics Scots.

Lopes belajar menggunakan tangan tersebut di sebuah pusat pemulihan di Coubert, tenggara Paris. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved