Ahad, 2 Jun 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Menagih rawatan di Klinik Berhenti Merokok

Posted:

Menagih rawatan di Klinik Berhenti Merokok

Menagih rawatan di Klinik Berhenti Merokok

SAAT melangkah masuk ke sebuah klinik, kelihatan beberapa orang lelaki dewasa sedang duduk menunggu giliran. Ada yang membaca akhbar dan risalah tersedia dengan penuh khusyuk sementara menunggu nama masing-masing dipanggil.

Seorang demi seorang daripada mereka diminta menghembuskan nafas menggunakan alat ujian tahap karbon monoksida, COPPM sementara jururawat bertugas mencatat sesuatu dalam buku rekod mereka.

Beberapa minit kemudian mereka dipanggil masuk ke dalam sebuah bilik seorang demi seorang. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, kelihatan seorang jururawat merangkap kaunselor Klinik Berhenti Merokok sedang duduk menanti kliennya.

"Awak serius nak berhenti merokok? Berapa peratus? Pernah cuba berhenti merokok sebelum ini? Tahu mengenai klinik ini daripada mana?"

Demikian soalan-soalan mukadimah yang dizahirkan oleh jururawat Swinder Jit Jag Singh kepada setiap klien yang datang menemuinya. Salah seorang perokok iaitu, Mohd. Ilham Mohd. Said, 26, tidak terkecuali menerima soalan yang sama.

"Saya serius nak berhenti merokok, mungkin dalam 85 peratus. Saya tahu mengenai klinik ini melalui kawan-kawan yang sudah berhenti merokok.

"Dahulu, mereka sama seperti saya, hisap dua kotak rokok sehari tetapi kini, mereka tidak merokok lagi," kata anak keempat daripada enam beradik yang berasal dari Rawang, Selangor itu menjawab semua soalan dengan tenang.

Swinder memberitahu Mohd. Ilham bahawa bacaan COPPM yang dilakukannya menunjukkan bacaan 10 yang disifatkan sebagai 'lampu merah'.

COPPM merupakan pemeriksaan untuk mengesan tahap karbon monoksida dalam badan pesakit.

Selepas beberapa minit sesi soal jawab berlangsung, jururawat berusia 58 tahun itu menunjukkan kepadanya carta tubuh seorang perokok.


SWINDER menunjukkan carta badan seorang perokok yang mengundang pelbagai penyakit.


Dalaman tubuh rosak

Menurutnya, apabila seseorang itu merokok, badannya mengandungi banyak karbon monoksida. Saluran darah kecil dan halus di hujung kaki hanya memperoleh darah yang mengandungi karbon monoksida dan bukannya darah beroksigen.

"Apabila tidak dapat darah beroksigen, saraf tersebut akan mati menyebabkan kaki terpaksa dipotong bagi mengelakkannya merebak.

"Mungkin tiada orang yang memaklumkan bahawa merokok boleh menyebabkan kebinasaan pada badan. Secara zahirnya mereka nampak biasa, tetapi dalaman mereka tidak," ujar Swinder sambil memberitahu Mohd. Ilham bahawa perokok umpama kereta yang cantik tetapi enjinnya rosak.

Swinder memberitahu, paru-paru seorang perokok seperti 'daging busuk' kerana setiap sedutan yang diambil mengandungi 7,000 bahan kimia dan salah satu daripadanya adalah tar yang menyebabkan paru-paru menjadi hitam.

Tambahnya, perokok juga akan mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti keguguran rambut, katarak, kulit berkedut, pekak, kanser kulit, pereputan gigi, emfisema dan osteoporosis.

Tidak ketinggalan sakit jantung, ulser perut, kekuningan di jari, kanser uterus, keguguran, kecacatan sperma, psoriasis, penyakit buerger dan kanser yang menyebabkan paru-paru bernanah.

"Ada rokok sekarang? Keluarkan cepat. Sekarang rokok ini 'kastam' sudah rampas," katanya kepada Mohd. Ilham sejurus dua kotak rokok sudah bertukar tangan.

Seperti seorang ibu menasihatkan anaknya, Swinder dengan nada lembut tetapi tegas mengingatkan Ilham supaya tidak lagi membeli, meminta rokok dan katakan tidak andai ada rakan yang menghulurkannya.

"Apabila nampak kawan hisap rokok dan rasa gian datang, kena ingat bahawa rasa gian itu berlaku dalam tempoh tiga minit.

"Dalam tempoh itu, kamu perlu lawan rasa gian tersebut, tarik nafas, sibukkan diri dan lama-kelamaan rasa gian itu akan menurun," ujarnya sambil memberitahu, bacaan karbon monoksida menjadi kosong jika seseorang itu tidak merokok dalam masa seminggu.


SESEORANG perokok perlu mengangkat ikrar di depan Swinder sebagai aku janji mereka mahu berhenti merokok.


Sibukkan diri

Dalam tempoh 72 jam berhenti merokok dan meminum air kosong dengan banyak, ia mampu menyingkirkan banyak bahan tidak baik daripada badan.

Jika ada rasa ketagihan untuk merokok, apa yang perlu dilakukan adalah basuh muka, lap muka dan biarkan tangan dalam keadaan basah kerana apabila tangan basah, tak boleh nak pegang rokok.

"Tempoh dua hingga tiga minggu pertama, seseorang perokok yang mahu berhenti perlu 'menyibukkan' mulutnya dengan makan gula-gula, asam, gula-gula getah, kuaci, biskut, emping jagung dan epal hijau.

"Sibukkan diri, dua-dua tangan perlu sentiasa bergerak. Alihkan pemikiran kepada perkara lain dan apa yang penting ialah gunakan kekuatan semangat bagi melawan keinginan tersebut," katanya kepada Mohd. Ilham.

Kelihatan Mohd. Ilham mengangguk faham bait-bait nasihat Swinder kepadanya.

"Saya, Mohd. Ilham Mohd. Mohd Said berikrar dengan sesungguhnya bahawa saya akan berhenti merokok untuk selama-lamanya.

"Tarikh saya berhenti merokok ialah 23 Februari 2013," ikrar Mohd. Ilham yang membuka lembaran baharu dalam kehidupan bebas rokok.

Sebaik ikrar dilafazkan, Swinder yang menjadi saksi mengucapkan tahniah sambil memaklumkan tarikh perjumpaan seterusnya.

Posmen muda itu mula mengenali dan jatuh cinta dengan rokok sejak tingkatan dua. Mohd. Ilham mencuri-curi hisap rokok di luar pengetahuan ibu bapa. Bermula secara suka-suka atas pengaruh rakan, Ilham semakin hanyut.

"Memang ada azam untuk berhenti merokok tetapi ada dalam kalangan rakan-rakan yang memperlekehkan hasrat saya, kerana itu hasrat tersebut mati begitu sahaja.

"Kini, saya nekad untuk berhenti kerana rasa sakit dada ketika membuat kerja," katanya yang menghisap 38 hingga 40 batang rokok sehari dan membelanjakan lebih RM300 sebulan untuk rokok sahaja.

Ia menjadi tabiat yang sebati dalam dirinya sehingga jika tidak dapat rokok, ia mengundang rasa kurang selesa dalam dirinya. Lepas makan sahaja automatik Ilham akan cari rokok.

Selepas Mohd. Ilham, ramai lagi klien lain keluar masuk bertemu Swinder. Penulis berpeluang melihat dan mendengar sendiri sesi kaunseling yang diadakan.

Rata-rata menzahirkan rasa seronok mereka kerana berjaya berhenti merokok. Selera makan bertambah kerana mereka dapat merasai keenakan makanan. Bukan itu sahaja, mereka tidak lagi gemar akan bau rokok yang dahulunya menjadi 'haruman wajib' melekat di pakaian.

Setiap daripada mereka dibekalkan gula-gula getah nikotin, patch, alat sedut (inhaler), vitamin C dan balsam bibir mengikut tahap ketagihan.

BEGINILAH keadaan paru-paru perokok yang hitam legam kerana salah satu daripada bahan dalam rokok ialah tar.


Antara ubat yang diberikan adalah Nicotine Replacement Therapy (NRT) yang terdiri daripada Nicotine Gum, Nicotine Transdermal Patch dan Nicotine Inhaler.

"Kunyah gula-gula getah ini perlahan-lahan. Apabila rasa pudina semakin kuat simpan gula-gula getah itu di tepi pipi. Jangan kunyah laju-laju. Jika tidak, semua nikotin akan keluar dan serbu ke otak. Ia akan membuatkan anda rasa pening, loya dan muntah," terangnya kepada klien sambil memberitahu, apabila rasa pudina hilang, gula-gula getah tersebut perlu dikunyah semula.

Rutin tersebut dilakukan secara berterusan sehingga 30 minit apabila gula-gula getah tersebut tidak mempunyai rasa lagi.

Ujarnya, gula-gula getah itu dikunyah apabila rasa gian menyerang seseorang perokok. Selain itu, pesakit dinasihatkan mengambil vitamin C dan balsam bibir untuk mengelakkan bibir mereka kering.

Enam tahun bebas rokok

Dalam pada itu, seorang bekas pegawai kanan polis, Shubly Zainal Abidin, 60, memberitahu, dirinya tekad berhenti merokok pada tahun 2007 selepas 38 tahun menjadi perokok tegar.

Bapa kepada enam orang anak yang berasal dari Malim Nawar, Perak itu berkata, tindakan untuk berhenti datang sendiri selepas memikirkan sudah begitu lama dirinya terikat dan bergelumang dengan rokok.

"Ketika mula-mula datang ke Klinik Berhenti Merokok Tanglin, bacaan ujian tahap karbon monoksida adalah antara 17 hingga 18. Setelah dua minggu berhenti merokok, bacaannya turun kepada dua," katanya yang sudah enam tahun tidak merokok.

Pada peringkat awal iaitu dalam tempoh tiga bulan pertama, rasa gian untuk merokok memang kuat, namun itu semua berjaya diatasinya.

"Apabila sudah berhenti merokok berat badan saya naik mendadak daripada 70 kilogram (kg) meningkat kepada 110kg berikutan penambahan selera makan. Kini berat saya, 95kg.

"Tiada alasan bahawa, saya sudah merokok lama, mana boleh berhenti. Kalau ada keazaman yang tinggi, walaupun merokok selama 50 tahun, akan berhenti juga. Ini semua permainan mental," ujarnya sambil mengingatkan perokok supaya menjaga pemakanan dan melakukan senaman bagi mengelakkan berat badan meningkat.

Simptom sebagai pembersihan tubuh

Posted:

Simptom sebagai pembersihan tubuh

Simptom sebagai pembersihan tubuh


PEROKOK yang berhenti merokok akan mengalami beberapa simptom seperti bibir mengelupas. - Gambar hiasan.


MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa seseorang yang berhenti merokok berdepan dengan beberapa simptom seperti selesema dan batuk.

Namun, tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Selesema dan batuk misalnya, merupakan antara proses pembersihan oleh tubuh.

"Kalau seseorang mengalami batuk dan selesema, tidak perlu makan ubat terlebih dulu. Dahulu, ketika merokok banyak bahan kimia masuk ke dalam badan dan kini apabila sudah berhenti, badan melakukan proses pembersihan.

"Batuk kahak berfungsi untuk bersihkan paru-paru, seseorang itu hanya perlu minum banyak air kosong. Selesema pula adalah proses membersihkan kekotoran di hidung, lama-kelamaan deria bau akan menjadi lebih tajam," jelas Kaunselor Klinik Berhenti Merokok, Klinik Kesihatan Tanglin, Kuala Lumpur, Swinder Jit Jag Singh.

Tambahnya, kulit bibir juga akanmengelupas untuk memberi laluan kepada pertumbuhan kulit baharu memandangkan sebelum ini ia menjadi tempat letak rokok yang mengandungi pelbagai bahan kimia.

Menurut Swinder, lima daripada 100 orang akan mengalami simptom gusi berdarah. Apa yang boleh dilakukan ialah berkumur dengan air suam dan garam selain menggunakan ubat gigi kanak-kanak untuk memberus gigi dengan berus gigi lembut.

"Vitamin C yang dibekalkan pula bertujuan memulihkan sel-sel yang rosak. Selera makan seseorang juga akan bertambah kerana sebelum ini nikotin bertindak untuk mengekang selera mereka," ujarnya yang kerap menasihatkan pesakit mengawal pemakanan selain kerap bersenam.

Jelas beliau, mereka yang datang untuk merawat ketagihan merokok terdiri daripada kelompok yang berumur antara 20 hingga 72 tahun.

Setiap bulan, Swinder berdepan dengan 10 hingga 15 kes baharu dan 120 hingga 130 kes berulang.

"Ada yang datang ke sini sekadar cuba-cuba sahaja dan ada juga yang serius mahu berhenti merokok.

"Kesemua ubat-ubatan ini mahal, tetapi di klinik ini kita berikan secara percuma. Jadi mereka harus memanfaatkan dengan baik," jelasnya yang turut mengadakan kempen ke sekolah-sekolah.

SELEPAS berhenti merokok, seseorang itu perlu bersenam bagi mengelakkan berat mereka naik mendadak. - Gambar hiasan.


Melawan gian

Gula-gula getah nikotin merupakan nikotin bersih yang diberikan menggantikan nikotin di dalam rokok yang mengandungi 7,000 bahan kimia.

Semakin lama, mereka tidak bergantung kepada gula-gula getah nikotin kerana rasa gian telah hilang.

"Konsepnya ialah sebaik sahaja seseorang masuk ke dalam bilik ini, dia harus berhenti merokok dan tidak akan merokok lagi apabila keluar dari klinik ini.

"Ia kedengaran agak mustahil, tetapi ramai yang berjaya melakukannya dengan berbekalkan keazaman yang kuat dan bantuan ubat-ubatan yang diberikan," katanya sambil memberitahu setiap klien yang hadir akan dipantau.

Kesungguhannya untuk membantu para perokok tegar berhenti merokok apabila Swinder tidak kisah memberikan nombor telefon bimbitnya andai mereka berdepan dengan masalah.

"Tidak dinafikan ada yang kecundang di tengah jalan. Mereka kembali menghisap rokok kerana tidak kuat melawan rasa gian selain terpengaruh dengan rakan.

"Saya akan nasihat, berikan motivasi dan sokongan. Mereka boleh menghantar mesej atau hubungi saya jika ada apa-apa masalah," ujarnya yang memulakan perkhidmatan di klinik berhenti merokok tersebut pada tahun 2005.

Klinik berhenti merokok dibuka sejak 10 Mei 2004 oleh Dr. Sallehuddin Abu Bakar yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Pengarah Kesihatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dikendalikan oleh jururawat terlatih atau kaunselor yang berdaftar, klinik berhenti merokok tersebut pernah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Klinik Berhenti Merokok di Wilayah Persekutuan pada tahun 2005 dan 2006 sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Tradisi minum teh negara Matahari Terbit

Posted:

Tradisi minum teh negara Matahari Terbit

Tradisi minum teh negara Matahari Terbit


FESTIVAL Teh Jepun mengumpulkan pengeluar dan pencinta teh dari seluruh negeri Matahari Terbit.


DI sebalik kemegahan budaya teh Cina yang tersohor seantero dunia, siapa sangka teh turut sinonim dalam budaya masyarakat di Jepun.

Malah, setiap tiga tahun sekali ribuan peminat teh di negara itu akan berkumpul bagi meraikan Festival Teh Dunia yang disambut pada setiap bulan Mei.

Sepanjang festival itu, pengunjung bukan sahaja berpeluang mengetahui pelbagai sejarah mengenai teh, malah berpeluang melihat sendiri keunikan tradisi dan teknik menghidangkan teh dari seluruh dunia.

Sebut apa sahaja, daripada teknik menghidangkan teh menggunakan cerek tembikar seperti di Jepun atau teh ala Inggeris yang dihidangkan menggunakan cawan atau piring porselin kepada penggunaan bekas aluminium yang dikenali sebagai 'samovar' di Rusia.

Tidak ketinggalan teh Turki yang dihidangkan di dalam gelas kecil unik, semuanya boleh dilihat sepanjang festival tersebut.

Di samping itu, pengunjung boleh merasai sendiri aneka rasa teh ketika menyertai lawatan berpandu yang diketuai pakar-pakar teh ke kawasan ladang teh yang terdapat di sekitar lereng bukit di Shizuoka, Jepun.

Jangan terkejut, ada teh yang mempunyai rasa manis, kelat serta seakan-akan citrus dan harganya pula mampu mencecah 300,000 yen sekilogram (RM8,812).

Walaupun, kebanyakan harga runcit teh lebih rendah, namun harga yang ditetapkan oleh Kesatuan Industri Teh Kakegawa Jonan merupakan satu insentif kepada golongan pekerja.

Ini kerana untuk mendapatkan kira-kira empat kilogram daun teh terpilih, ia memerlukan seramai 50 pekerja yang terpaksa bekerja sepanjang hari.

Terdapat juga upacara yang menggunakan serbuk teh Jepun yang berwarna hijau yang dikacau dengan menggunakan sudu khas yang dibuat daripada buluh.

Dikenali sebagai 'sado', teknik menghidangkan teh yang unik itu sarat dengan pelbagai simbolik.

Paling penting adalah pergerakan tangan yang mengacau debu-debu halus teh di dalam cawan selain kek gula berwarna-warni yang dihidangkan bersama.

Menjadi hidangan wajib setiap hari sama ada dalam bentuk teh asli atau teh hijau yang jernih, teh menjadi pilihan jutaan masyarakat di Jepun. Ia dinikmati di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat atau di dalam botol yang dijual di kedai-kedai runcit.

Teh satu budaya

Mitsuru Shirai yang mengetuai kilang pertanian dan pengeluaran teh Shizuoka berkata, di sesetengah tempat di Jepun, teh merupakan satu perniagaan yang dijalankan secara serius.

"Teh sudah menjadi sebahagian daripada masyarakat di negara ini," katanya, sambil menyatakan festival tiga tahun sekali itu merupakan gabungan antara budaya dan industri.

Penanaman teh telah bermula di negara itu sejak 800 tahun lalu. Pada hari ini, industri itu disokong kira-kira 15,000 petani dan 800 kilang.

Ia menawarkan lebih 100,000 peluang pekerjaan dalam industri yang bernilai lebih RM1.32 bilion.

Shizuoka merupakan antara pengeluar teh terbesar di Jepun dengan mengeluarkan kira-kira 40 peratus teh kepada 128 juta penduduknya.

Seperti petani, penanam-penanam teh juga tidak dapat lari daripada berkongsi masalah mereka.

Pakar teh, Hidehiro Inagaki berkata, sejak tiga tahun yang lalu kira-kira 60 peratus ladang teh di Shizuoka terjejas teruk akibat musim sejuk yang melampau.


WARGA Jepun masih kuat mempertahankan budaya dan teknik minum teh yang sudah diamalkan sejak ratusan tahun.


"Sekiranya cuaca terlalu sejuk, pucuk daun teh tidak akan tumbuh kerana tumbuhan itu lazimnya menyimpan tenaga untuk memanaskan diri," katanya

Disebabkan itu, penanam-penanam teh sanggup meletakkan kipas-kipas elektrik yang besar bagi menyalurkan udara panas ke ladang mereka. Ia nyata mencacatkan pemandangan, bagaimanapun dalam kalangan penanam teh, ia terpaksa dilakukan.

Penyelidikan

Beberapa minggu selepas tragedi di Fukushima pada 2011, apabila reaktor nuklear di situ mula mencair selepas dilanda tsunami, kepulan awan radiasi berselerakan di seluruh Jepun.

Sebahagian kawasan ladang teh di sini dikatakan turut terkena tempiasnya. Satu kes membabitkan kira-kira 162 kilogram daun teh kering yang dibawa ke Paris, Perancis ditahan di lapangan terbang negara itu kerana dikesan mempunyai paras radiasi yang tinggi.

Dua tahun selepas tragedi itu, Institut Penyelidikan Teh berterusan membuat analisis sampel tanah bagi mengesan tanda-tanda pencemaran.

"Pada tahun ini kerajaan persekutuan tidak lagi melakukan ujian, tetapi kami tetap melakukannya untuk memastikan ia berada pada tahap terbaik," kata Kazuo Mochizuki, ketua institut berkenaan yang ditubuhkan pada 1908 bagi melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai variasi teh secara berterusan.

Biarpun teknologi yang digunakan pada hari ini memudahkan proses tuaian daun teh di samping baka teh yang tahan lasak dan mengeluarkan hasil yang tinggi, tetapi bagi penanam teh veteran, Toshiharu Suguira, sifat semula jadi teh adalah seperti yang berada di depan matanya.

Selepas 40 tahun mengusahakan ladang teh seluas 1.2 hektar itu yang diwarisi daripada bapanya, kawasan lereng bukit yang subur dengan daun teh masih kekal seperti sebelumnya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kumpulan terakhir wira Lahad Datu selamat pulang

Posted:

Kumpulan terakhir wira Lahad Datu selamat pulang

Kumpulan terakhir wira Lahad Datu selamat pulang

MOHD. AZMI (tengah) bersama kumpulan 4 RAMD selepas meraikan kepulangan mereka dari Lahad Datu, Sabah di Sepang, Selangor baru-baru ini.


KEMBALI. Setelah hampir tiga bulan menjalankan operasi khas di Lahad Datu, Sabah akhirnya kumpulan 4 Rejimen Askar Melayu Diraja (4 RAMD) yang terdiri daripada sembilan pegawai dan 97 anggota lain-lain pangkat selamat kembali di Semenanjung baru-baru ini.

Kepulangan wira-wira negara itu disambut oleh Panglima 11 Briged, Mejar Brigadier Jeneral Datuk Mohd. Azmi Borhan.

Pegawai Memerintah 4 RAMD, Leftenan Kolonel Safwan Ismail berkata, ini adalah kumpulan yang terakhir pulang dari Ops Daulat di Lahad Datu.

"Kepulangan ini turut disertai oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja iaitu sebanyak seorang pegawai dan 41 anggota lain-lain pangkat.

"Semasa Ops Daulat, kumpulan ini ditempatkan di Kampung Tanduo bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan tersebut," katanya ketika ditemui di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang kelmarin.

Terdahulu, sebanyak 285 anggota daripada 21 RAMD juga selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan setelah tiga bulan berjuang mempertahankan kedaulatan negara dalam Ops Daulat di Lahad Datu.

Sumbang kenderaan kepada pertubuhan kebajikan

Posted:

Sumbang kenderaan kepada pertubuhan kebajikan

Sumbang kenderaan kepada pertubuhan kebajikan


FAIZAH (barisan belakang, enam dari kanan) bersama kakitangan Agrobank dan para penghuni Perkaya Musaba di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


SIMPATI. Agrobank menyumbang sebuah kenderaan Proton Wira 1.5, wang zakat sebanyak RM3,400 dan kutipan kakitangan sebanyak RM8,400 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Ummu Sabariah (Perkaya Musaba) sempena mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang diadakan di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Pengerusi Agrobank, Tan Sri Faizah Mohd. Tahir menyerahkan kunci kenderaan itu kepada Pengerusi Asrama Perkaya Musaba, Mohd. Shukri Abdul Shukur.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Agrobank Wilayah Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, Mardziah Sulaiman.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Agrobank, Zamberi Baharin berkata, pihaknya akan terus menjalankan pelbagai aktiviti membantu golongan yang memerlukan sebagai satu tanggungjawab sosial.

Menurutnya, Agrobank menyediakan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik berupa kemudahan deposit, pinjaman, perlindungan insurans dan khidmat nasihat melalui 188 cawangannya di seluruh Malaysia.

Pelajar UPSI sertai program Perkhemahan Guru Pertahanan Awam

Posted:

Pelajar UPSI sertai program Perkhemahan Guru Pertahanan Awam

Pelajar UPSI sertai program Perkhemahan Guru Pertahanan Awam


SEBAHAGIAN pelajar UPSI yang menyertai program Perkhemahan Guru Pertahanan Awam di Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.


KOKURIKULUM. Sebanyak 81 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyertai program Perkhemahan Guru Pertahanan Awam yang diadakan di Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.

Tenaga pengajar Pertahanan Awam, Mohd. Raizol Ramli berkata, perkhemahan tersebut merupakan sebahagian daripada modul kursus Badan Beruniform yang diwajibkan kepada pelajar UPSI.

Beliau berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada bakal pendidik mengenai pengurusan dan aktiviti badan beruniform agar tidak kekok apabila ditempatkan di sekolah masing-masing kelak.

"Sepanjang perkhemahan selama dua hari tersebut, pelajar terbabit menjalani amali ikatan tali, latihan kawad, balutan dan menyelamat," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kandungan tar rokok dikurang

Posted:

Kandungan tar rokok dikurang

Kandungan tar rokok dikurang

Oleh MOHD. AFIQ ZULKIFLI
afiq.zulkifli@kosmo.com.my

SUBRAMANIAM (tengah) menyaksikan seorang pengunjung melakukan ujian paru-paru sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor semalam.


SUBANG JAYA – Semua syarikat pengeluar rokok di negara ini diminta mengurangkan lagi kadar kandungan tar dan nikotin dalam tembakau sebagai usaha untuk membendung tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pengeluar rokok perlu mengurangkan kandungan tar dalam setiap batang rokok daripada 20 miligram (mg) kepada 10 mg dan kandungan nikotin daripada 1.5 mg kepada 1 mg.

"Langkah tersebut akan dilaksanakan dalam dua peringkat bermula Jun tahun ini hingga Jun 2015. Kita akan mengeluarkan nasihat yang perlu kepada industri rokok untuk melakukan perubahan ini," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2013 di pusat beli-belah Sunway Pyramid di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

BAT Malaysia umum kenaikan harga rokok 30 sen sekotak hari ini

Posted:

BAT Malaysia umum kenaikan harga rokok 30 sen sekotak hari ini

BAT Malaysia umum kenaikan harga rokok 30 sen sekotak hari ini

KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan semua harga rokok keluarannya sebanyak 30 sen, berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Datuk William Toh berkata, seperti syarikat lain, BAT Malaysia berhadapan dengan tekanan inflasi, buruh dan kos pengeluaran menyebabkan kenaikan kos operasi dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, perdagangan rokok secara haram yang berterusan turut memberi kesan kepada jualan rokok yang sah.

"Bagi menangani masalah ini, kami mengambil keputusan menaikkan harga sebanyak tiga peratus kepada semua jenis jenama rokok yang dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kecam tindakan kurang ajar

Posted:

Kecam tindakan kurang ajar

Kecam tindakan kurang ajar

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my


NADZIM (kiri) dan beberapa anggota NGO membuat laporan polis berhubung tindakan seorang wanita menghina titah Yang di-Pertuan Agong di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis ke atas pemilik akaun laman sosial Facebook yang didakwa menghina titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini semalam.

Keenam-enam NGO itu ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia, Persatuan Veteran Tentera Melayu, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia Wilayah Persekutuan, Kelab Wartawan Muda dan Kelab Ikatan Ukhwah Malaysia.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, pihaknya meminta supaya polis melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam kes berkenaan.

Jelas beliau, perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia umpama racun yang akan merebak dan merosakkan tatasusila masyarakat negara ini jika tidak dibendung dengan serius.

"Budaya masyarakat kita pada hari ini sudah terlalu pelik sehingga terlalu bebas mengkritik tanpa batasan tanpa mengira siapa individu yang mereka kritik," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Buku sifat solat Nabi

Posted:

Buku sifat solat Nabi

Buku sifat solat Nabi

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

MUHAMMAD membahagikan buku itu dalam lapan bab agar lebih mudah dirujuk pembaca.


APABILA memperkatakan tentang sifat solat Rasulullah SAW, terdapat banyak pendapat yang mungkin bercanggah antara satu sama lain memandangkan wujudnya perbezaan mazhab dalam Islam.

Justeru, bagi mengelakkan salah faham berlaku dalam kalangan umat Islam di Malaysia, pendakwah bebas, Muhammad Abdullah tampil dengan buku bertajuk Sifat Solat Nabi Mengikut Mazhab As-Syafie.

Muhammad berkata, buku itu merupakan hasil rangkuman daripada kursus-kursus solat yang pernah diadakan sebelum ini.

"Ia diterbitkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai salah satu usaha memupuk kefahaman yang jitu mengenai kesempurnaan ibadah solat yang merupakan Rukun Islam kedua.

"Buku ini ditulis bagi menjelaskan mengenai cara solat dan perkara-perkara yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad mengikut mazhab Imam Syafie yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. Ia turut disertakan dengan dalil-dalil daripada hadis-hadis sebagai hujahnya," ujar beliau yang turut dikenali sebagai Ustaz Amin.

Menurut beliau, sebagai seorang Muslim, kita harus memahami bahawa solat itu merupakan tiang agama. Ia adalah satu ibadah yang dianugerah oleh Allah SWT terus kepada Rasulullah tanpa perantaraan Jibril a.s.

"Nabi sendiri menyatakan bahawa sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya, maka dia telah meruntuhkan agama.

"Malah, baginda juga pernah bersabda bahawa sesungguhnya sempadan antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat. Ini menunjukkan betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita sehari-hari," terang Muhammad ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.


BUKU Sifat Solat Nabi Mengikut Mazhab As-Syafie dihasilkan sebagai panduan untuk umat Islam mendapatkan kesempurnaan dalam bersolat.


Tambahnya, dengan memperbaiki solat bermakna kita akan menyempurnakan ibadah tersebut seterusnya menggapai reda Ilahi.

"Keberhasilan daripada kesempurnaan solat itu akan menyelamatkan kita daripada dua perkara. Pertama solat menjadi penghalang melakukan kemungkaran di dunia dan kedua terhindar daripada azab api neraka di akhirat kelak.

"Justeru, saya berharap para pembaca termasuk saya sendiri dapat menunaikan solat dengan sempurna melalui panduan yang diberikan dalam buku ini," ujar beliau.

Buku itu juga dilengkapi dengan teori yang secukupnya berasaskan nas-nas serta dalil mengikut pandangan mazhab Syafie di samping contoh-contoh gambar yang tepat dan padat.

Panduan bergambar turut disertakan dalam contoh-contoh pelaksanaan solat yang betul, salah dan kurang tepat sebagai rujukan kepada masyarakat Islam melaksanakan ibadah ini.

Terdapat lapan bab yang disusun mengikut tertib bagi memudahkan pembaca. Ia dimulai dengan pengenalan umum mengenai solat, tujuh kesempurnaan solat, rukun solat serta sifat solat Nabi dari takbir sehingga salam meliputi perkara rukun, sunat dan makruh.

Tidak ketinggalan menjaga 10 perkara yang berkaitan dengan sembahyang, lain-lain berkaitan, khusyuk dalam sembahyang dan perbahasan kesalahan dalam solat.

"Solat yang baik apabila dapat disempurnakan dengan sebaik-baiknya. Bagi orang yang beriman, solat merupakan penyejuk hati dan antara sumber ketenangan serta kebahagiaan.

"Ini kerana solat yang disempurnakan dengan jiwa tauhid yang mendalam akan menjadikan rasa kehambaan melekat kuat di hati. Kecintaan pada Allah itu disulami dengan perasaan takut dan harap kepada-Nya.

"Oleh itu, orang yang beriman akan menjaga solat wajibnya dan memperbanyakkan solat sunat, bahkan rindu serta terhibur dengan ibadah ini," ungkap Muhammad mengakhiri bicara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kekuatan mental punca kejayaan Johor DT

Posted:

Kekuatan mental punca kejayaan Johor DT

Kekuatan mental punca kejayaan Johor DT

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
dan NOR AZIRAN YUNUS
sukan@kosmo.com.my

PARA pemain Johor DT meraikan kejayaan Francisco (dua dari kiri) menjaringkan gol penting pada aksi menentang Pahang, malam kelmarin.


JURULATIH Johor Darul Takzim (Johor DT), Fandi Ahmad menyifatkan kekuatan mental skuad kendaliannya merupakan salah satu faktor kejayaan mereka layak ke perlawanan akhir Piala FA musim ini.

Meskipun Harimau Selatan itu tewas 1-2 kepada Pahang pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin, mereka tetap berjaya mara ke perlawanan akhir berdasarkan kelebihan jaringan di gelanggang lawan menerusi agregat 2-2.

Pada separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin minggu lalu, Johor DT memang 1-0 menerusi jaringan Leonel Nunez.

Menurut Fandi, kekuatan mental barisan pemainnya menjadi punca kebangkitan mereka selepas ketinggalan 0-2 pada aksi separuh masa pertama.

Pengendali kelahiran Singapura itu menyifatkan motivasinya kepada pemain berjaya membantu Harimau Selatan untuk mempamerkan aksi lebih menyakinkan khususnya pada babak kedua.

Jelasnya, beliau menarik nafas lega selepas berjaya mara buat kali pertama di pentas final Piala FA untuk pasukan berstatus kelab itu.

"Selepas ketinggalan 0-2 (pada separuh masa pertama), saya memberikan motivasi kepada pemain ketika dalam bilik persalinan dan mengingatkan mereka agar terus berusaha untuk melakarkan sejarah buat pasukan ini.

"Mereka akhirnya membuktikan keupayaan mereka, dan saya tahu mereka memiliki mentaliti yang cukup kuat.

"Kami selalu ketinggalan, tetapi selepas itu berjaya bangkit untuk memenangi perlawanan terutama dalam kempen Piala FA ini," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan kelmarin.

Pada aksi tersebut, skuad Tok Gajah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penyerang import, Martias Conti pada minit pertama dan ke-40.

Namun, kelebihan skuad kendalian Dollah Salleh gagal bertahan apabila perancang import Johor DT, Andrea Francisco menjaringkan gol penting pada minit ke-47 sekali gus membawa Harimau Selatan ke final.

Tambah Fandi, beliau sudah menjangkakan Pahang akan mengamalkan corak permainan menyerang sebaik perlawanan dimulakan.

Namun, katanya, Harimau Selatan mengambil kesempatan terhadap bekas juara Piala FA 2006 itu yang tampak keletihan pada separuh masa kedua.

"Saya menjangkakan Pahang akan menyerang habis-habisan sepanjang perlawanan tersebut.

"Tidak dapat dinafikan mereka mempamerkan permainan cukup baik untuk aksi pertama namun saya memberitahu kepada pemain saya supaya mengambil kesempatan di separuh masa kedua.

"Ini kerana mereka mula tampak kepenatan selepas menggunakan semua tenaga pada aksi pertama dan akhirnya, kami berjaya menjaringkan gol penting.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Pahang yang mempamerkan aksi yang lebih baik pada perlawanan tersebut tetapi pujian harus diberikan kepada pemain saya atas kejayaan ini," katanya.

Ketika ditanya mengenai pertemuan final menentang juara bertahan, Kelantan pada 29 Jun depan, Fandi memberitahu: "Saya tidak mahu memikirkan aksi (final) itu lagi, kerana tumpuan kami sekarang adalah perlawanan Liga Super akan datang."

Pahang akur gagal mara ke final

Posted:

Pahang akur gagal mara ke final

Pahang akur gagal mara ke final

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI dan NOR AZIRAN YUNUS
sukan@kosmo.com.my


MARTIAS Conti (kanan) menjaringkan dua gol buat pasukan Pahang pada aksi menentang Johor Darul Takzim pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.


"KAMI menang, tetapi terpaksa akur dengan kegagalan mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini."

Demikian respons spontan jurulatih Pahang, Dollah Salleh selepas skuad kendaliannya tewas menerusi jaringan di tempat lawan meskipun terikat agregat 2-2 dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, Pahang selaku tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Martias Conti seawal minit pertama dan ke-40.

Namun, impian skuad Tok Gajah untuk melangkah ke final tidak kesampaian selepas Andrea Francisco meledak gol tunggal Harimau Selatan sekali gus menyaksikan Johor DT mara berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Mengulas lanjut, Dollah menyifatkan kekalahan Pahang berpunca daripada sikap terlalu berhati-hati selepas mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Menurut Dollah, skuad kendaliannya cuba bangkit di separuh masa kedua namun gagal untuk menambah jaringan.

"Kami terpaksa akur dengan keputusan ini.

"Saya memuji pemain saya yang mempamerkan persembahan cemerlang pada perlawanan menentang Johor DT.

"Pada pendapat saya, kesilapan kami adalah terlalu bermain berhati-hati pada separuh masa kedua.

"Akhirnya, kami dihukum disebabkan corak tersebut dan kami cuba bangkit namun gagal menghasilkan jaringan," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan malam kelmarin.

Dalam perkembangan sama, Dollah turut mengakui bahawa faktor keletihan pada aksi kedua permainan telah memberikan kelebihan buat pasukan pelawat untuk menghukum pasukannya.

Katanya, beliau terpaksa bertindak mengeluarkan perancang Tok Gajah, Amirul Hadi Zainal yang mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut.

"Kedua-dua pasukan bermain dengan cukup baik.

"Cuma, barisan tengah kami nampak kepenatan dan saya mengambil keputusan untuk mengeluarkan Amirul Hadi.

"Ini kerana dia beraksi dalam keadaan cedera (dan menggantikannya dengan Azidan Sarudin pada separuh masa kedua).

"Akhirnya, Johor DT mengambil kesempatan itu dengan memberikan tekanan kepada kami.

"Saya selalu menasihatkan kepada pemain saya jangan melakukan kesilapan walaupun dalam tempoh satu saat.

"Namun, pasukan lawan tetap berjaya menjaringkan satu gol, dan saya memang kecewa dengan keputusan ini," katanya.

Kelantan hanya mahu piala

Posted:

Kelantan hanya mahu piala

Kelantan hanya mahu piala

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


HODAK (kanan) hanya memikirkan untuk mengekalkan Piala FA di bumi Kelantan musim ini.


MEMENANGI sekurang-kurangnya satu piala musim ini menjadi sasaran jurulatih Kelantan, Bojan Hodak apabila mereka turun menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) pada perlawanan akhir Piala FA 29 Jun ini.

Menurutnya, misi tersebut adalah lebih penting berbanding soal maruah untuk menebus kekalahan 0-2 di tangan Johor DT pada aksi Liga Super di Johor Bahru serta seri 1-1 ketika mereka beradu di Kota Bharu sebelum itu.

Sambil menyifatkan pertembungan antara The Red Warriors dan Johor DT sebagai satu perlawanan akhir yang menjadi impian ramai pemerhati dan peminat bola sepak seluruh negara, Hodak juga menganggap ia memudahkan lagi tugasnya sebagai seorang jurulatih.

"Saya gembira apabila kita akan turun menentang mereka (Johor DT) pada perlawanan akhir. Semua orang tahu Johor DT merupakan pasukan yang dipenuhi 'bintang' dan saya fikir, ia secara automatik memberi motivasi yang baik untuk pemain saya menghadapi perlawanan tersebut.

"Ia bukan sekadar berkisar kepada soal maruah kedua-dua pasukan, tetapi apa yang lebih penting buat saya sekarang ialah untuk menang satu piala musim ini. Soal sama ada mereka (pemain) fikir untuk mendapat imbuhan itu tidak menjadi masalah yang penting, kita mahu bermain untuk mendapatkan piala," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, beliau begitu mengimpikan perlawanan akhir untuk menentang Johor DT kerana sudah pasti stadium akan dipenuhi penyokong kedua-dua pasukan, dan secara tidak langsung akan menaikkan semangat para pemain.

Katanya, peluang kedua-dua pasukan adalah seimbang dan The Red Warriors dilihat mempunyai kelebihan kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pasukan Kelantan dan perlawanan akhir adalah cukup sinonim, dan berharap ia mampu untuk menjadikan para pemainnya lebih tenang.

"Kita seri di Kota Bharu sebelum ini kemudian tewas di Johor Bahru dalam dua pertemuan awal, mungkin pertemuan kali ketiga ini akan berpihak kepada kita. Jika ia benar berlaku, saya fikir ia cukup manis kerana kita menewaskan Johor DT dan memenangi piala.

"Persiapan rapi sudah pasti akan kita lakukan, sesi latihan akan bermula esok (hari ini) selepas pemain diberikan rehat selama tiga hari. Saya harap Dickson Nwakaeme dan Azizi Mat Rose akan segera pulih dan menjalani latihan untuk persiapan menjelang perlawanan akhir ini," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Polis Sepanyol rampas dadah 3 tan

Posted:

Polis Sepanyol rampas dadah 3 tan

Polis Sepanyol rampas dadah 3 tan

FOTO yang disediakan oleh polis Sepanyol menunjukkan beberapa orang pegawai polis sedang memeriksa dadah yang dirampas di sebuah gudang di Cordoba, Sepanyol 6 Mei lalu.


MADRID – Polis Sepanyol berjaya merampas sebuah bot yang membawa tiga tan dadah jenis kokain di lautan Atlantik dan menahan 21 orang pada Jumaat.

"Polis telah menahan sebuah bot nelayan di Lautan Atlantik dan menemui tiga tan bungkusan dadah kokain di dalamnya. Seorang kapten bot warga Korea dan empat anak kapal warga Indonesia ditahan. Sementara 16 orang lagi suspek di tahan di darat pada Khamis," kata polis Sepanyol dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa dadah tersebut ada kaitan dengan sebuah organisasi jenayah dari Venezuela. Operasi yang diberi nama Albatross itu menyaksikan banyak tangkapan dibuat di bahagian barat laut Galicia.

Dalam operasi terbabit, polis telah melakukan sepuluh serbuan di pelbagai lokasi serta merampas senjata api, komputer, dokumen dan beberapa buah kenderaan.

Sepanyol merupakan pusat kemasukan utama dadah ke Eropah dari Amerika Selatan dan sumber-sumber lain. Pada 6 Mei lalu, polis telah merampas 52 tan dadah jenis hashish di sebuah gudang di Cordoba dan menahan tiga suspek.

Pada Mac pula, polis berjaya merampas tiga tan kokain daripada sebuah bot yang datang dari Venezuela. – AFP

Monyet Bieber dipindahkan ke zoo

Posted:

Monyet Bieber dipindahkan ke zoo

Monyet Bieber dipindahkan ke zoo


AKSI Justin Bieber ketika membuat persembahan di Sevens Stadium di Dubai pada 4 Mei lalu.


MUNICH – Seekor monyet peliharaan bintang pop remaja, Justin Bieber dipindahkan ke sebuah taman hidupan liar di Jerman selepas penyanyi itu gagal mengemukakan dokumen diperlukan, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Monyet bernama Mally itu dirampas oleh beberapa kakitangan kastam di sebuah lapangan terbang di sini pada 28 Mac lalu.

Mally yang sebelum ini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan haiwan di Munich telah dipindahkan ke Taman Serengeti di Hodenhagen, utara Jerman.

Haiwan berusia 23 minggu itu kini menjadi hak milik Jerman selepas penyanyi itu gagal menunjukkan dokumen yang diperlukan untuk membawa haiwan itu memasuki negara berkenaan.

Pihak kastam Jerman sebelum ini memberikan tempoh sehingga enam minggu kepada Bieber untuk membuat rayuan berhubung keputusan tersebut.

Penyanyi kelahiran Kanada itu menyeludup Mally ke Eropah dengan membawanya di dalam sebuah jet persendirian dari Los Angeles ke Lapangan Terbang Franz Josef Strauss di Munich. – Agensi

Penyerang askar dikenakan dakwaan cubaan membunuh

Posted:

Penyerang askar dikenakan dakwaan cubaan membunuh

Penyerang askar dikenakan dakwaan cubaan membunuh


IMEJ yang diambil daripada sebuah kamera keselamatan menunjukkan Alexandre Dhaussy berjalan di sebuah pusat beli-belah sebelum menikam seorang askar yang berkawal di kawasan membeli-belah La Defence, Paris, Perancis. -Agensi


PARIS – Dua hakim antikeganasan semalam mendakwa seorang mualaf, Alexandre Dhaussy, 22, dengan dakwaan cubaan membunuh selepas dia menikam seorang askar Perancis.

Suspek yang baru memeluk Islam itu ditahan pada Rabu lalu selepas menyerang askar tersebut dari belakang di kawasan beli-belah La Defense di sini.

Kejadian itu berlaku sehari selepas seorang askar Britain ditikam sampai mati oleh pelampau di London.

Satu sumber yang rapat dengan kes itu berkata, Dhaussy muncul di sebuah mahkamah di Paris dan didakwa oleh dua hakim iaitu Thierry Fragnoli dan Gilbert Thiel.

Menurut sumber tersebut, Dhaussy yang menyimpan jambang dan memakai jubah sejak beberapa tahun lalu kerap mengungkap perkataan Allah semasa ditahan.

Dhaussy mengaku menyerang Prebet Kelas Pertama, Cedric Cordiez selepas dia ditahan.

Rakaman video dari sebuah pusat beli-belah menunjukkan Dhaussy membeli dua bilah pisau sejam sebelum melakukan serangan pada hujung minggu lalu. – AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kurikulum Dini diiktiraf Kurikulum Kebangsaan mulai 2015

Posted:

Kurikulum Dini diiktiraf Kurikulum Kebangsaan mulai 2015

Kurikulum Dini diiktiraf Kurikulum Kebangsaan mulai 2015

02/06/2013 9:59pm

KUANTAN - Kurikulum Dini yang diguna pakai di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) telah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan sebagai Kurikulum Kebangsaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin berkata, kurikulum tersebut akan dilaksanakan untuk pelajar tingkatan satu di semua sekolah berkenaan, mulai 2015.

"Pelaksanaan Kurikulum Dini diluluskan berikutan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (CCC) kementerian pada 25 Jun tahun lepas di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan ia akan diselaraskan oleh Jakim dan kementerian.

"Ia dapat dilaksanakan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu meluluskan kurikulum itu untuk dilaksanakan di semua SABK, SAN dan SAR," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (Kessuma) 2013 di kompleks SUKPA di sini hari ini. - Bernama

Jangan sebar berita palsu mengenai kematian tahanan di Tampin - Polis

Posted:

Jangan sebar berita palsu mengenai kematian tahanan di Tampin - Polis

Jangan sebar berita palsu mengenai kematian tahanan di Tampin - Polis

02/06/2013 9:52pm

SEREMBAN - Polis meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Tampin, dekat sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan menafikan ia ada kaitan dengan unsur jenayah sama ada mangsa dipukul atau didera.

"Dalam Twitter contohnya, kita dapati banyak spekulasi dibuat mengenai kematian tahanan tersebut dan menuduh kejadian itu adalah angkara polis. Ini sebenarnya tidak adil kepada polis.

"Ini adalah 'straight forward case' di mana pihak Hospital Tampin sendiri yang membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tidak ada kesan kecederaan seperti luka atau lebam pada badan mangsa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Semalam, P.V Karuna Nithi, 42, yang ditahan sejak Selasa lalu selepas memukul isterinya ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap berkenaan bagaimanapun masih bernafas sekitar 6.30 petang.

Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada pukul 7 petang.

Osman berkata, pihak polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokap berkenaan dan mendapati tiada sebarang kekerasan berlaku ke atas mangsa sepanjang penahanannya.

Katanya, seorang koroner dari Mahkamah Seremban juga telah datang melihat mayat mangsa semasa di lokap dan mengesahkan tiada kesan luka, lebam atau kecederaan padan badan mangsa. - Bernama

Fiesta Makanan Popular Kelantan berjaya tarik lebih 10,000 pengunjung

Posted:

Fiesta Makanan Popular Kelantan berjaya tarik lebih 10,000 pengunjung

Fiesta Makanan Popular Kelantan berjaya tarik lebih 10,000 pengunjung

02/06/2013 9:49pm

KOTA BHARU - Fiesta Makanan Popular Kelantan 2013 yang berakhir semalam berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung sejak diadakan selama sembilan hari bermula 24 Mei lalu.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Wilayah Timur 1, Mohd. Ariffin Awang berkata, fiesta yang diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan, Tunjong itu bukan sahaja menarik pengunjung tempatan tetapi juga dari luar negeri.

"FAMA puas hati dengan sambutan yang sangat baik ini dan bercadang untuk mengadakan beberapa kali lagi fiesta yang sama sepanjang tahun ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd. Ariffin berkata, fiesta yang menelan belanja sebanyak RM160,000 itu mendapat sokongan baik masyarakat apabila kira-kira 2,000 pengunjung hadir pada setiap hari.

Fiesta itu juga telah berjaya meningkatkan pendapatan usahawan dan peladang.

"Program ini akan diadakan pada setiap tahun selepas ini," katanya.

Sejumlah 800 gerai menawarkan pelbagai jenis makanan popular dan tradisional, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bunga perhiasan sempena fiesta tersebut. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Rimbun semangat Sang Pencinta

Posted:

Rimbun semangat Sang Pencinta

Rimbun semangat Sang Pencinta

IRAMA dan lagu bagaikan sumpah sakti. Ia hadir menyatu pantang terpisah. Ia meresap menjadi akar, berbunga menjadi benih, digubah ia menjadi muzik. Maka terhasillah muzik itu menjadi sejambak khazanah yang tidak canggung sebaliknya santapan pendengaran kita selama ini.

Seniman muzik yang sebenar akan kenal bentuk, untuk siapa muzik mereka dipersembahkan dan bagaimana ia harus berdendang. Lagunya bukan sekadar sebuah puisi yang memuja bulan. Muzik yang hebat ialah muzik yang mencerminkan budaya, tamadun dan rumpun yang diwakili sang pemuzik itu dan khalayak pencintanya sendiri.

Melihat muzik sebagai penyembuh bahkan penyubur kecintaan menerusi lagu, sengaja perbualan sebegitu yang diheret masuk dalam penyatuan dua nama, seorang sifu bernama Datuk M. Nasir dan seorang lagi, sang gitaris handalan, Aznan Alias.

"Saya tidak tahu apa yang M. Nasir rasa tetapi bagi saya, dialah orang yang paling layak untuk menerajui muzik Melayu. Bila muzik M. Nasir berbunyi, kita tahu itu muzik Melayu.

"Saya fikir seruling Mohar satu benda wajib dalam muzik M. Nasir. Bunyi tiupannya sahaja sudah membentuk bahawa muzik M. Nasir itu muzik Melayu. Kalau tanpa bunyi seruling Mohar, muzik M. Nasir boleh jadi seakan-akan sama dengan soul atau R&B. Ia semangat kepada muzik itu sendiri.

"Kalau dengar minus one sahaja pun orang tahu itu lagu Melayu. Ritma dan skil yang dipraktikkan itu Melayu dan kemelayuan M. Nasir itu tidak ada langsung menjurus ke arah Indonesia. Tapi macam Jaipong dalam lagu Dah Lagu Tu, itu memang sengaja dimasukkan unsur Indonesia.

"Pendek kata semua lagu dalam album M. Nasir bernuansakan muzik Melayu, bahkan lagu Bukalah Hatimu yang disuntik elemen moden pun, kalau dipersembahkan secara langsung, kemelayuannya tetap menyerlah," lentur Aznan Alias bercakap tentang rimbunnya muzik yang dijalani dalam rumpun Melayu muzik M. Nasir.

Sering bersuara melalui petikan gitarnya, sesekali melontarkan pandangan dalam perbualan secara lisan, Aznan yang juga dikenali sebagai Nan Saturnine atau Nan itu seorang yang lantang dan sarat perkongsian.

Pertama kali berkolaborasi, irama dan lagu mereka bergabung dalam rakaman album solo pertama M. Nasir, Solo pada 1988. Sebelum itu, Nan menyumbang khidmatnya dalam pembikinan album artis-artis baharu yang mempertaruhkan karya M. Nasir seperti Roy dan Ruhil.

Sekali lagi diberi mandat menjadi pengarah muzik untuk konsert besar M. Nasir yang berjudul Sang Pencinta, hujung Jun nanti, Aznan tidak mentafsir satu lagi sisi yang berbeza.


M.NASIR bakal membawakan lagu-lagu yang jarang dipentaskan.


Katanya, lagu-lagu M. Nasir membenarkan pemuzik bercerita dan menjadikan melodi itu hak kita semua.

"Seperti lagu Kepadamu Kekasih dan Andalusia. Lagu-lagu itu menjurus ke satu jalan yang betul dan tidak pula menyesatkan. Perantaraan bahasa yang digunakan sungguh dalam. Muzik cuma rasa, yang kena betul ialah cara. Semuanya berdasarkan bahasa.

"Menjelang konsert yang semakin dekat, kami juga semakin merasai kehilangan Loloq. Siapa lagi penulis lirik yang boleh cipta ayat-ayat seperti Loloq," katanya yang menganggap pembikinan konsert berkenaan tidak ubah seperti sebuah reunion. Layaknya seperti sebuah kenduri buat mereka, kata Nan.

Mereka berkobar-kobar kembali bersatu dan meraikan sebuah persembahan untuk dinikmati bukannya untuk bersorak atau terkinja-kinja sekadar berhibur.

Buat Nan selaku pemerhati khalayak peminat, rata-rata peminat berat sifu bukan hanya berhibur kosong. Mereka ini faham dan meletakkan apresiasi tinggi dalam persembahan yang diberikan pasukan M. Nasir di atas pentas.

"50 peratus perancangan di atas kertas sudah cantik. Selebihnya ialah momen magik yang akan berlaku," tambah Aznan.

Kemelayuan

Jika Nan melihat Konsert Pencinta yang dibawakan oleh Bombay Worldwide dan dipromosikan oleh Mewah Events tersebut sebagai kenduri, begitu juga M. Nasir.

Jawabnya terhenti-henti mengembalikan momen empat tahun lepas di mana mereka bersatu di atas pentas yang sama.

"Pemuzik-pemuzik yang terlibat dalam konsert ini juga adalah mereka yang terlibat dalam album-album saya. Mereka ini bagus dan serasi.

"Mereka mengikuti perkembangan muzik yang saya ikuti. Mereka cepat faham dan menjiwainya," jelasnya tentang 20 pemuzik yang bakal mengiringinya kelak.

Membuka topik kemelayuan yang bukan tabu sebaliknya mempamerkan jati diri, M. Nasir menjelaskan suntikan kemelayuan itu hadir sudah lama dalam lagu-lagunya.

"Bila buat lagu dan muzik, semangat kemelayuan itu yang kita ketengahkan. Semangat itu memang menyerlah pada beberapa lagu. Daripada rakaman kita bawa kepada persembahan. Itu yang kita cuba paparkan dan manifestokan.

"Muzik itu bukan hanya didengar tetapi juga dilihat. Itu juga perlu dan apa yang kita cuba pamerkan adalah semangat kemelayuan itu.

"Walaupun saya sendiri secara peribadi gemarkan karya avant garde dan moden, tetapi karya itu perlu ada identiti diri. Itu penting," ulasnya.

Beberapa untaian lagu-lagu jarang dipentaskan seperti Wadi, Dalam, Gurindam Gunung Tahan dan Hijab Kekasih bakal dialunkan dengan jiwa dan rasa yang berangkaian.

"Saya suka buat lagu-lagu yang tidak janggal untuk dibawakan secara langsung. Ada orang rakam lagu tetapi lagu-lagu itu tidak boleh dinyanyikan live.

"Saya pula suka buat lagu yang senang untuk persembahan langsung. Nyanyian live ini satu suasana yang menarik," ujarnya yang memilih repoirtoire lagu-lagu kali ini mengikut tema konsert.

Sesuai dengan gandingan untuk muka depan kali ini, M. Nasir selaku rakan seni melihat pengarah muzik konsertnya, Aznan sebagai seorang yang banyak tahu dalam bidang muzik.

"Mulanya saya tidak tahu betapa hebat kemahirannya. Dia ada pengalaman kelakar dan muzik yang serius. Jadi saya boleh bekerjasama dengan baik," ulas M. Nasir yang juga bakal diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Izzue Islam bergelar suami

Posted:

Izzue Islam bergelar suami

Izzue Islam bergelar suami


AKTOR Izzue Islam mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Awin pada Jun tahun lalu dan akan disatukan pagi ini.


TANPA terkait kontroversi besar-besaran mengenai percintaan, penyanyi dan pelakon Izzue Islam pada hari ini akan menjadi suami kepada pengurus peribadinya sendiri, Awin Nurin. Biarpun sering dilihat berkepit sebagai artis dan pengurus sejak lima tahun lalu, kedua-duanya bijak mengunci kisah cinta itu apabila ramai yang melihat mereka rapat atas kapasiti bekerja.

Dalam diam juga, ahli kumpulan Fourteen yang berusia 23 tahun itu telah mengikat tali pertunangan dengan Awin pada Jun tahun lalu sehinggalah membuat pengumuman untuk bernikah dan mengedarkan kad kahwin beberapa minggu lalu.

Diadakan dalam majlis tertutup yang dihadiri saudara-mara, rakan terdekat dan wakil media di lokasi rahsia di Shah Alam, Selangor, kedua-dua mempelai dijadualkan dinikahkan pada pukul 9 pagi ini.

"Seperti lelaki lain yang mahu melangkah ke alam berumah tangga pastinya perasaan berdebar-debar itu ada. Tetapi perasaan tidak sabar dan gembira lebih lagi," kata Izzue kepada Sensasi Bintang.

Majlis resepsi turut diadakan di Shah Alam pukul 1 petang hari ini yang dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan.

Dalam majlis itu, pihak pengantin lelaki memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh. Izzue bagaimanapun belum memutuskan untuk berbulan madu.

"Lokasi berbulan madu masih difikirkan kerana saya akan kembali meneruskan penggambaran drama bersiri Sahabat pada Selasa ini.

"Mungkin memikirkannya selepas hari raya nanti kerana jadual sedikit lapang pada ketika itu. Pada Aidilfitri nanti juga akan diadakan majlis kecil-kecilan di kampung saya di Kelantan sempena semua sanak saudara balik kampung," kata anak kelahiran Kota Bharu itu.

Menyingkap semula kisah cintanya bersama Awin, pemilik nama penuh Muhammad Izzul Islam Mazlan itu menjelaskan, dia mula rapat sejak mengenali wanita itu lima tahun lalu.

"Sejak mengenali dia, hubungan kami semakin rapat tetapi tidak pernah terfikir untuk menamatkan zaman bujang.

"Namun, apabila jodoh sudah ditentukan bersama, saya memilih Awin sebagai isteri," kata pelakon drama Sebenarnya Saya Isteri Dia itu.

Walaupun sudah bergelar suami, perjalanan karier nyanyian dan lakonan pelakon filem 29 Februari dan Chikaro itu dijadualkan berjalan seperti biasa.

Saya memang gila-gila – Sakinah

Posted:

Saya memang gila-gila – Sakinah

Saya memang gila-gila – Sakinah

SEJAK dari hari pertama hendak memperkenalkan dirinya sebagai pelakon, mulut Sharifah Sakinah pantas secara terang-terangan mengisytiharkan dirinya sebagai pelakon komedi. Katanya, tidak ramai pelakon yang mahu dikenali sebagai pelakon komedi kerana beranggapan komedi akan mengehadkan tawaran seseorang pelakon. Sementelah, dia secara natural suka berlawak dan mengusik rakan-rakan dan keluarga.

Ketika semakin dikenali dan semakin banyak tawaran lakonan yang diterima, hari ini adik kepada pelakon dan pengacara popular Sharifah Shahirah itu semakin sedar, kecenderungan kariernya bukan untuk komedi semata-mata.

Drama bersiri Bunga Merah Punya yang baru habis siaran di kaca TV membuktikan pelakon yang membahasakan dirinya Sakinah itu mampu melakonkan watak serius.

Masalah besar kepada penerimaan khalayak terhadap Sakinah sekarang ialah kegilaannya memuat turun video-video kelakar menerusi laman sosial Keek miliknya.

Video-video yang dianggapnya sebagai bahan hiburan untuk tatapan kawan-kawannya dicop sebagai aksi bodoh, lawak lucah dan memperbodohkan diri sendiri.

Tidak serik dengan kecaman yang diterima gara-gara video yang menyebut tentang pakaian dalam, Selasa lalu Sakinah diselar dan dicaci lagi akibat sengaja membiarkan zip seluarnya terbuka dalam satu video ucapan sempena hari lahirnya.

"Masalahnya, saya tidak rasa video Keek itu hendak memalukan diri atau sengaja buat lawak bodoh. Saya cuma hendak berhibur dengan kawan-kawan saya. Itu cara saya berhibur," katanya kepada Sensasi Bintang.

Beritahu Sakinah, dia juga tidak berniat untuk mencipta kontroversi atau mencari publisiti murahan dengan cara sebegitu.

"Saya juga ada masalah tidak sedar bahawa saya ini seorang artis atau selebriti. Saya cuma bekerja sebagai pelakon. Setiap hari kerja saya ialah berlakon dan ke lokasi penggambaran. Jarang pergi acara hiburan dan saya ingat saya bukan artis.

"Kalau ada masa santai, saya habiskan dengan keluarga dan kawan-kawan. Buat lawak dan mengusik orang," katanya tidak menyangka aktivitinya dalam laman sosial Keek akan mendapat perhatian ramai.

Tambah Sakinah juga: "Kalau orang kata saya melampau batas, tidak fikir panjang dan tak fikir maruah dengan video-video yang dianggap bodoh dan tidak senonoh itu, itu memang cara saya berhibur. Setahu saya saya tidak maki hamun orang lain kerana politik atau burukkan sesiapa, saya cuma buat lawak untuk kawan-kawan.

"Orang kata saya buat lawak bodoh, sekali fikir mana ada orang buat lawak intelektual dengan kawan-kawan. Lagipun saya fikir, takkan saya nak muat naik video baca buku dalam Keek. Saya cuma bergembira.

"Apabila orang lain yang hidupnya tidak seperti saya melihat video berkenaan, mereka mencerca kerana terkejut dengan keselambaan saya padahal, selama ini kegilaan saya lebih teruk daripada apa yang dimuat naik itu," ujarnya.

Di sebalik perangai yang gila-gila bahkan dianggap 'ting-tong' itu, Sakinah sedar kerja sebagai pelakon membuatkan dirinya diperhatikan. Apa sahaja keburukan akan diperbesar-besarkan dan setiap kesalahan cepat dihukum dengan pandangan serong.

"Saya juga bukan seorang yang mudah dibuli. Ada yang kata saya memberontak, lagi dikecam lagi saya akan buat. Saya bukan begitu, Keek itu tempat saya berhibur.

"Kalau orang lain jadikan kelab malam, parti atau keluar melancong sebagai cara mereka berhibur, saya cuma guna Keek. Selagi benda-benda ini tidak mengganggu tawaran lakonan dan kerja saya sewaktu penggambaran, saya okey.

"Selagi tiada ahli keluarga yang hulurkan saya penampar kerana buat kerja yang dianggap bodoh itu, saya okey. Biarlah orang hendak mengata," katanya.

"Saya hanya jadi diri sendiri. Saya buat kelakar dengan zip seluar terbuka. Saya sengaja biarkan ia sebab saya tahu ia masih tertutup dengan baju saya.

"Apa yang saya nampak, orang Malaysia lebih suka pedulikan benda bodoh berbanding banyak lagi perkara baik-baik yang ada dalam YouTube dan internet," katanya lagi.

Gara-gara video zip seluar terbuka yang diperkatakan ramai, perilaku tidak sopan Sakinah itu turut mendapat reaksi daripada kakaknya Shahira. Dalam nada kecewa Shahira dalam tweetnya meminta agar kelakuan bodoh adik bongsunya itu tidak dilayan.

"Saya okey dengan kakak saya dan saya tahu dia seorang yang sarkastik," tutup Sakinah.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved