Rabu, 22 Mei 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Cita rasa asli Rembau

Posted:

Cita rasa asli Rembau

Cita rasa asli Rembau

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

LAGU Rembau Most Wanted yang sedang hangat diputarkan di corong-corong radio ketika ini pasti membuatkan banyak pihak teringin untuk menjenguk Rembau yang merupakan salah sebuah daerah di Negeri Sembilan.

Lagu tersebut merupakan dendangan anak jati Rembau iaitu Muzzammil Alias, 24, atau lebih dikenali dengan panggilan W.A.R.I.S. Lirik lagunya menyentuh mengenai kehidupan masyarakat kampung di Rembau selain memberi informasi mengenai amalan Adat Perpatih di negeri tersebut.

Bait-bait lirik The food gonna make your tongue blaze pada permulaan lagu itu juga menggambarkan keunikan dan keaslian hidangan tradisional Negeri Sembilan yang terdapat di daerah itu.

Restoran Rembau Ria yang terletak di Jalan Rembau-Tampin membuktikan kebenaran bait lirik itu. Mula beroperasi sejak 15 tahun lalu, restoran tersebut menyajikan lebih 30 jenis hidangan tradisi Negeri Sembilan terutamanya untuk hidangan makan tengah hari.

Hidangan seperti daging dan ikan sembilang salai masak lemak cili padi, pucuk ubi tempoyak malah paling istimewa rendang Rembau pasti menepati cita rasa pelanggan yang mahu menikmati sajian asli Negeri Sembilan.

Lokasinya terletak kira-kira 10 minit dari Plaza Tol Pedas, Linggi dan 30 minit dari Seremban.

Pemilik restoran, Norazizah Daud, 47, memberitahu, setiap hidangan di situ merupakan olahan resipi suaminya, Bidin Ali, 55. Ia mengikut cita rasa masyarakat tempatan tanpa mengetepikan keaslian setiap sajian.

"Rendang Rembau merupakan hidangan yang wajib dicuba kerana rasanya berbeza dengan rendang di tempat lain. Ia dimasak tanpa menggunakan minyak dan santan serta mengambil masa beberapa jam untuk dimasak. Pucuk ubi merupakan antara bahan utama yang diletakkan dalam resipi rendang itu.

"Selain itu, pelanggan boleh mencuba pencuci mulut seperti tapai dan kuih sepang iaitu sejenis kuih tradisi di Negeri Sembilan," ujar pemilik restoran yang telah mendapat sijil pengiktirafan Premis Makanan Pilihan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tahun lalu.


REPLIKA rebana, caklempong dan gong yang terletak di tengah-tengah bandar Rembau merupakan papan tanda terbesar di daerah itu.


Sejarah Rembau

Nama asal Rembau diambil sempena sebatang pokok merbau tua yang telah ditebang pada awal abad ke-16 iaitu sebelum tahun 1540 di kawasan yang dahulunya dipanggil Penagim. Ketinggian pokok tersebut dikatakan mampu mencecah awan ketika cuaca mendung.

Ketika pokok itu ditebang, ia tumbang ke arah utara iaitu di kawasan padi dan ia dibiarkan sahaja selama ratusan tahun. Mengambil kisah keajaiban pokok itu, penduduk menamakan kawasan itu daripada Penagim kepada Merbau. Disebabkan terdapat kekeliruan penduduk mengenai nama kampung dengan spesies pokok itu, lalu ia ditukar kepada Rembau.

Kolam air panas

Di daerah yang sinonim dengan jolokan daerah beradat itu, terdapat kolam air panas yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong mahupun penduduk setempat. Kolam air panas Chengkau terletak kira-kira 10 minit dari bandar Rembau dan ia dibuka percuma untuk orang ramai.

Menurut penjaga kolam itu, Abu Hassan Ujang, 53, dua kolam air panas Chengkau itu dimiliki oleh datuknya iaitu Cikgu Hassan, 98, yang tinggal di Kampung Mayon.

Tuturnya, air panas yang terhasil daripada kerak bumi itu mempunyai kepanasan kira-kira 30 hingga 31 darjah Celcius dan ia elok bagi mengubati individu yang mempunyai penyakit kulit.

Seorang penduduk tempatan, Rashid Hamid, 60, berkongsi pengalaman, dia dan isterinya berkunjung ke kolam tersebut tiga kali seminggu terutamanya pada waktu tengah hari.

"Berendam atau mandi air kolam ini mampu memecahkan kandungan kolesterol di dalam badan. Berat badan isteri saya turun sebanyak tiga kilogram usai mandi air panas di kolam baru-baru ini," ujarnya yang memberitahu kolam itu dibuka secara percuma.

Adat Perpatih

Bagi mendapat informasi lengkap mengenai Adat Perpatih, anda boleh berkunjung ke Muzium Replika Istana Raja Melewar yang terletak di Kampung Astana Raja dan ia mengambil masa kira-kira 15 minit dari bandar Rembau.

Staf muzium, Norizan Mohd. Nor, 49, memberitahu, muzium berkenaan menyediakan informasi lengkap mengenai Adat Perpatih di Negeri Sembilan terutamanya peralatan, majlis-majlis rasmi Datuk Undang, pertunangan dan perkahwinan.

"Pentarakna merupakan tempat duduk rasmi Datuk Undang di Rembau. Di muzium ini, pengunjung dapat melihat secara lebih dekat dekorasi dan susun atur majlis-majlis rasmi di Balai Datuk Undang.

"Replika singgahsana Datuk Raja Melewar iaitu Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama ternyata menarik perhatian pengunjung. Singgahsana yang dilengkapi dengan tujuh kain cindai itu sama seperti yang terdapat di Pagar Ruyung, Indonesia," ujarnya.

Berdekatan dengan kolam air panas Chengkau, kelihatan papan tanda menggunakan tulisan dialek Negeri Sembilan, 'TOLO 20 sen sebijik' yang terdapat kira-kira satu kilometer dari kawasan itu.


MUZIUM Replika Istana Raja Melewar menyimpan pelbagai khazanah mengenai sejarah Rembau dan adat perpatih untuk tatapan pengunjung.


Telur Ayam

Strategi Zulkefli Bidin, 43, dalam mempromosikan perniagaan telur ayam pelbagai gred itu ternyata menarik perhatian sesiapa sahaja yang melalui Jalan Rembau-Tampin untuk singgah di premisnya.

Menurut pemilik syarikat Zul Tolo itu, dia mula menjalankan perniagaan telur ayam itu sejak lima tahun lalu di hadapan rumahnya yang terletak di Chengkau. Setiap hari, kira-kira 18,000 biji telur terdiri daripada enam gred berbeza dijual kepada pelanggan. Syarikat itu juga menjual telur ayam gred AA serta AAA yang mempunyai dua dan tiga kuning telur di dalam sebiji telur. Saiznya juga lebih besar daripada telur ayam gred biasa yang terdapat di pasaran.

"Zul Tolo juga menawarkan telur ayam kampung yang berprotein tinggi pada harga 40 sen sebiji," ujarnya yang memperoleh bekalan tersebut secara pukal di sekitar Negeri Sembilan.

Produk kristal

Bagi yang meminati barangan perhiasan kristal, Rembau Crystal Sdn. Bhd. merupakan destinasi wajib dikunjungi untuk mendapatkan oleh-oleh.

Galeri perhiasan kristal yang dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Negeri Sembilan itu terletak di Jalan Mulia, Perkampungan Kristal berdekatan dengan Stesen Kereta Api Rembau.

Bakal dibuka dalam beberapa minggu lagi, ia beroperasi di dalam rumah tradisi Minangkabau.

Galeri itu menjual dua jenis teknik penghasilan kristal iaitu anyaman kaca atau borosilikat untuk menghasilkan perhiasan meja, piala dan cenderamata.

Kembara solo ke Bangkok

Posted:

Kembara solo ke Bangkok

Kembara solo ke Bangkok


WAT ARUN menyajikan seni bina menarik, malah mempunyai 86 anak tangga untuk ke puncak kuil.


PERJALANAN saya menuju ke ibu negara Thailand iaitu Bangkok bermula dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu Senandung Langkawi dari Kuala Lumpur Sentral pada pukul 9.20 malam.

Saya telah memilih koc yang dilengkapi katil. Perjalanan malam berganti siang, sinaran matahari pagi mula menembus awan. Saya tidak melepaskan peluang untuk melihat pemandangan luar termasuk kehijauan sawah padi.

Dalam perjalanan itu, semua penumpang perlu turun membawa barangan masing-masing apabila tiba di Stesen Padang Besar, Perlis untuk menjalani pemeriksaan kastam dan imigresen.

Pemeriksaan tersebut memakan masa hampir sejam, setelah selesai, saya masuk semula ke dalam kereta api bersama penumpang lain yang mahu meneruskan perjalanan ke Hat Yai.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok, kami melalui transit di Stesen Kereta Api Hat Yai. Ketika itu, waktu tengah hari saya memutuskan untuk menjamu selera di sebuah restoran halal yang berdekatan.

Ketika menunggu kereta api untuk ke Bangkok iaitu pada pukul 7.30 malam waktu tempatan (sejam lewat berbanding waktu Malaysia), saya mengambil kesempatan mencari maklumat berkaitan bandar persinggahan itu.

Ketika berjalan-jalan di sekitar bandar Hat Yai, saya dapati seni bina bangunan kedai di bandar berkenaan tidak banyak berbeza dengan Malaysia.

Kereta api yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba dan saya bergegas ke koc tersebut. Sepanjang perjalanan, saya terpaksa berkongsi tempat duduk dengan penumpang lain sebelum ia ditukar menjadi katil.

Perjalanan ke Bangkok dilatari pemandangan indah sawah padi yang menjadi sumber ekonomi utama penduduk di kawasan pedalaman selatan Thailand.

Selepas hampir 19 jam dalam kereta api bagi jarak perjalanan sejauh 700 kilometer (km), akhirnya saya menjejakkan kaki di ibu negara gajah putih tersebut.

Tanpa melengahkan masa, saya terus ke kaunter tiket untuk pembelian tiket pulang dari Bangkok ke Pulau Pinang bagi mengelakkan masalah seperti kehabisan tiket.

Kemudian, saya terus menuju ke Hostel Etzzz di Lumphini dengan menaiki pengangkutan Transit Aliran Massa (MRT) yang terletak di luar stesen Hua Lompong untuk mendaftar masuk penginapan.


PASAR Chatuchak menjadi destinasi wajib pelancong saat bercuti di Bangkok.


Pasar mingguan terbesar

Di hostel, saya tidak mengambil masa yang lama untuk berehat kerana mahu menuju ke Pasar Mingguan Chatuchak yang terletak berhampiran dengan stesen MRT Kamphaengphet.

Pasar Mingguan Chatuchak atau lebih dikenali sebagai JJ, bukan sahaja merupakan pasar mingguan terbesar di Thailand, malah di dunia.

Terdapat kira-kira 5,000 buah gerai yang menjual pelbagai produk seperti pakaian, cenderamata, barangan antik dan seramik. Persekitaran yang sangat luas dan padat itu menyebabkan saya mudah sesat.

Walaupun majoriti penduduk Bangkok merupakan penganut beragama Buddha, saya bernasib bernasib baik kerana masih berpeluang menikmati makanan halal dan solat di surau yang telah disediakan di pasar tersebut.

Setelah hampir empat jam menghabiskan masa meninjau kemeriahan JJ, saya bergegas pulang ke hostel untuk berehat bagi persiapan aktiviti keesokan harinya.

Masuk hari ketiga berkelana sendirian di sini, jadual utama saya adalah melawat kuil dan masjid di sekitar bandar Bangkok. Bagi memudahkan pergerakan dari satu destinasi ke destinasi lain, saya telah membeli tiket perjalanan tanpa had untuk menaiki MRT.

Tulang belakang

Destinasi pertama yang dituju ialah stesen Saphan Taksin iaitu lokasi utama untuk menaiki bot bagi menyusuri Sungai Chao Phraya. Sungai tersebut diberi jolokan The River of Kings oleh Raja Rama I kerana ia merupakan tulang belakang kepada bandar raya Bangkok. Sungai sepanjang 373km itu antara medium pengangkutan yang terpenting dan dianggarkan seramai 50,000 orang menggunakannya setiap hari.

Saya berpeluang menyaksikan patung Buddha yang terkenal dengan posisi baring mengiring di Wat Po ketika singgah di Jeti Tha Tien. Selepas sejam meluangkan masa melawat kuil berkenaan, saya kembali ke jeti untuk ke Wat Arun yang terletak di seberang sungai.

Setibanya di Wat Arun, saya membayar tiket masuk pada harga 50 Baht (RM5) dan seterusnya memanjat anak tangga setinggi 86 meter (m). Walaupun kepenatan, saya gagahkan diri mencari makanan bagi hidangan tengah hari. Mujurlah ada sebuah restoran halal berhampiran Jalan Khaosan yang juga berdekatan dengan Masjid Chakrabongse.

Usai menunaikan solat dan berehat sebentar, saya singgah sebentar di dua buah lagi masjid yang terperosok daripada jalan utama dan hiruk-pikuk kota. Salah satu daripada masjid tersebut ialah Masjid Haroon yang terdapat penempatan kecil umat Islam yang berasal dari Pattani dan boleh berbahasa dialek Melayu-Kelantan.

Pada hari terakhir iaitu hari keempat di bandar ke-12 terbesar di dunia itu, saya cuma berjalan-jalan di sekitar pusat bandar raya dengan melawat pusat beli-belah terkenal di sana iaitu Siam Paragon dan MBK Center sebelum berlepas pulang menaiki kereta api.

Percutian ala kampung di Cherating

Posted:

Percutian ala kampung di Cherating

Percutian ala kampung di Cherating

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


SUASANA damai persis sebuah desa menyambut kehadiran pengunjung.


KEMERDUAN alunan desiran ombak, bunyi daun kering bergeseran dan unggas bersahut-sahutan pasti membuai lamunan anda yang mendambakan percutian impian.

Bayangkan pula anda berada di tepi pantai yang memutih dan laut nan biru sambil dikelilingi pepohon kelapa yang melambai.

Impian berlibur sebegitu boleh dinikmati sekiranya berkunjung ke Tanjung Inn Villa de Fedelia. Terletak di Kampung Cherating Lama, Kuantan, Pahang, calet itu disusun atur seperti sebuah perkampungan kecil dengan seni bina rumah Melayu tradisional.

Suasana kampung menjadi taruhan pemiliknya, Abdul Haiyum Abdul Hamid , 60, untuk menyediakan suasana damai persis sebuah desa kepada pengunjungnya.

Calet tersebut pasti menjanjikan pengalaman percutian yang bakal terakam kemas dalam ingatan.

Sebaik melangkah masuk ke pekarangan calet itu, hati tercuit melihat pasangan suami isteri 'Mat Salleh' mengenakan kain pelikat dan berbaju kelawar ketika bersantai di ruang rehat disediakan.

Pasangan tersebut kelihatan selesa berpakaian seperti penduduk tempatan dan mesra bertegur sapa dengan pengunjung. Lagaknya tidak ubah seperti tuan rumah yang mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Pengurusnya, Ismail Abdul Haiyum, 34, berkata, terdapat 21 unit calet daripada empat pilihan pakej penginapan ditawarkan kepada pelanggan sesuai untuk seisi keluarga.

Pengunjung boleh memilih untuk menginap di bilik yang dilengkapi kipas atau pendingin hawa dengan kadar harga sewaan yang berbeza.

Lebih menarik, kesemua calet dibina berkonsepkan rumah kayu yang dilengkapi bilik tidur, ruang tamu serta balkoni.


KEADAAN bilik yang selesa menceriakan lagi percutian anda.


Menghabiskan cuti

Dalam pada itu, pasangan pelancong anak-beranak dari Belanda mengakui jatuh cinta dengan suasana persekitaran calet yang sunyi di Tanjung Inn Villa de Fedelia.

Machteld Veldhuizen, 48, memberitahu kunjungannya kali kedua ke calet tersebut sebenarnya ingin membawa ibunya, Roni Kroonenberg, 73, pulang ke Belanda setelah menghabiskan cuti musim sejuk selama tiga bulan di calet itu.

"Selain pantai Cherating yang cantik, kami menyukai suasana kampung yang tenang, cuaca dan penduduknya yang mesra.

"Walaupun calet ini berformatkan bed and breakfast, namun terdapat beberapa buah restoran berdekatan yang menyajikan hidangan tradisional yang lazat dan menyelerakan," katanya sambil tersenyum.

Tambah menarik, penginap boleh menghayati pemandangan taman dan kolam ikan buatan dari jendela atau balkoni masing-masing.

Pengunjung juga berpeluang mencuba pelbagai aktiviti menarik seperti melihat hidupan liar di hutan paya bakau berhampiran, berkayak dan snorkeling di Pulau Ular.

Calet tersebut juga terletak berhampiran lokasi melihat kelip-kelip di Sungai Cherating yang dikelolakan oleh Hafiz's Cherating Activities.

Jika anda dari Kuala Lumpur, tempoh pemanduan memakan masa kira-kira empat jam untuk tiba ke calet tersebut. Perkhidmatan bas dan penerbangan domestik juga boleh digunakan bagi memudahkan anda sekeluarga menikmati percutian hujung minggu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


240 guru prasekolah terima sijil tamat latihan

Posted:

240 guru prasekolah terima sijil tamat latihan

240 guru prasekolah terima sijil tamat latihan

SEBAHAGIAN guru-guru tadika pada majlis penyampaian tamat latihan di Hotel Hang Tuah World Heritage, Melaka baru-baru ini.


TAMAT. Sebanyak 240 orang guru prasekolah swasta dan Jabatan Agama Islam Melaka menerima sijil tamat latihan pada satu majlis khas di Hotel Hang Tuah World Heritage, Melaka Raya di Melaka baru-baru ini.

Kesemua guru terbabit adalah peserta yang mengikuti sesi Program Latihan Guru anjuran Unit Pendidikan Swasta dan Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi selama 15 hari bermula 19 November hingga 7 Disember tahun lalu.

Pengarah Pelajaran negeri, Kasim Mohamad berkata, sejak tahun 2010 sehingga tahun lalu, sebanyak 1,206 guru prasekolah berjaya dilatih dan menerima sijil Program Latihan Guru.

"Kursus ini bertujuan meningkatkan kaedah penyampaian guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan," katanya.

Pelajar SMK Pelagat suap kek hargai jasa guru sendiri

Posted:

Pelajar SMK Pelagat suap kek hargai jasa guru sendiri

Pelajar SMK Pelagat suap kek hargai jasa guru sendiri


BEBERAPA pelajar menyuapkan kek kepada guru mereka sempena Hari Guru di SMK Pelagat, Besut, Terengganu baru-baru ini.


RAI. Para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelagat ada cara sendiri bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru di Besut, Terengganu baru-baru ini.

Sempena sambutan Hari Guru lalu, kesemua guru di sekolah berkenaan disuap kek oleh pelajar sekolah pada satu acara istimewa.

Pelajar yang terdiri daripada pengawas sekolah menyediakan dua biji kek yang ditempah khas untuk meraikan guru-guru mereka dan majlis bermula dengan menyuap kek kepada pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid dan guru-guru lain.

Sebelum acara bermula, kesemua 80 guru di sekolah itu terlebih dahulu menyampaikan lagu dan beberapa persembahan yang disaksikan oleh kira-kira 600 pelajar dalam suasana ceria.

Kor Sukarelawan USM anjur program komuniti di tadika

Posted:

Kor Sukarelawan USM anjur program komuniti di tadika

Kor Sukarelawan USM anjur program komuniti di tadika


SEBAHAGIAN pelajar Tadika al-Mawaddah melakukan senamrobik bersama ahli Kor Sukarelawan USM di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.


DIDIK. Sebanyak 20 ahli Kor Sukarelawan Universiti Sains Malaysia serta kakitangan Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS) USM mengadakan program komuniti di Perpustakaan Tadika al-Mawaddah USM, Pulau Pinang baru-baru ini.

Mereka telah mengecat dan menyusun buku-buku bacaan serta bahan rujukan lain bertujuan mewujudkan keceriaan untuk menarik minat para pelajar tadika ke perpustakaan.

Pengerusi Kor Sukarelawan USM, Aishah Mohd. Marsin berkata, program itu dengan kerjasama Pusat Islam USM adalah antara inisiatif pihaknya dan PHS mewujudkan suasana mesra membaca kepada pelajar prasekolah.

Beberapa aktiviti lain turut diadakan pada program sehari itu seperti senamrobik, persembahan maskot, pertandingan bercerita, mewarna serta persembahan nasyid daripada para pelajar.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bukti tohmahan silap

Posted:

Bukti tohmahan silap

Bukti tohmahan silap

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

Kepimpinan Baharu... Ismail Sabri (kiri) bertukar dokumen serah tugas jawatan dengan Hasan di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Fitnah pembangkang yang mendakwa harga minyak petrol RON97 naik mendadak selepas Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi pilihan raya umum baru-baru ini ternyata tidak benar.

Buktinya, berkuat kuasa tengah malam kelmarin, harga minyak itu diturunkan sebanyak 20 sen menjadi RM2.70 seliter sementara minyak RON95 kekal RM1.90 seliter.

Harga minyak tersebut ditentukan menggunakan sistem apungan yang mana penentuan harga dibuat setiap bulan berdasarkan Mekanisma Harga Automatik yang berasaskan harga minyak dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek yang mengesahkan perkara itu berkata, langkah itu adalah bukti keikhlasan kerajaan terhadap rakyat.

"Memang betul harga RON97 telah turun daripada RM2.90 menjadi RM2.70 seliter dan kita akan terus pantau harga minyak," katanya di sini semalam selepas majlis serah tugas antara beliau dengan bekas menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tempoh sebulan isytihar harta

Posted:

Tempoh sebulan isytihar harta

Tempoh sebulan isytihar harta

Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my


MOHAMAD (tiga dari kiri) bersama barisan Exco baharu Negeri Sembilan selepas majlis angkat sumpah di Seremban semalam.


SEREMBAN – Semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Sembilan yang baharu dilantik semalam diberi tempoh sebulan untuk mengisytiharkan harta masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua Exco termasuk beliau juga perlu meninggalkan sebarang kepentingan atau jawatan dalam perniagaan jika ada.

"Langkah ini perlu meliputi semua harta dan kepentingan yang dimiliki.

"Nanti kita senang pada masa depan sebab orang tidak boleh kata apa-apa lagi sebab kita sudah isytihar harta masing-masing," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri di sini semalam.

Beliau berkata, semua Exco juga diberi tempoh dua bulan untuk menyediakan perancangan strategik berkaitan portfolio masing-masing sebelum dibentangkan untuk tindakan lanjut.

Katanya, perancangan strategik portfolio itu bertujuan memastikan setiap Exco dapat menjalankan gerak kerja segera dalam mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negeri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Terus tingkatkan kecemerlangan

Posted:

Terus tingkatkan kecemerlangan

Terus tingkatkan kecemerlangan

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my


ISMAIL Sabri bertukar dokumen dengan Noh (dua dari kanan) pada majlis serah tugas di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berazam untuk meneruskan segala usaha yang pernah dilakukan Datuk Seri Noh Omar semasa menerajui kementerian itu sebelum ini.

Katanya, Noh semasa menjawat jawatan tersebut telah melakukan banyak kejayaan untuk kementerian itu dan beliau berharap dapat membawa lebih kecemerlangan atau sekurang-kurangnnya memperoleh pencapaian sama.

"Saya menyedari portfolio sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merupakan satu tanggungjawab yang besar, namun saya bersedia menyahut cabaran tersebut.

"Saya yakin kakitangan kementerian ini akan memberikan sokongan kepada kepimpinan baharu seperti yang mereka berikan kepada Noh sebelum ini," katanya pada majlis Serah Tugas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Wisma Tani di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Khairy turut bidas BAM

Posted:

Khairy turut bidas BAM

Khairy turut bidas BAM

CHONG WEI menampilkan aksi konsisten dan menyumbang mata penting buat skuad badminton negara pada Piala Sudirman 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil.


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membidas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berikutan prestasi buruk skuad negara pada kejohanan badminton Piala Sudirman 2013.

Skuad negara gagal menempah slot ke suku akhir setelah tumpas 2-3 kepada dua pasukan bukan pilihan, Taiwan dan Jerman pada aksi peringkat kumpulan.

Sambil menyifatkan prestasi itu adalah terburuk dalam sejarah badminton negara, beliau berkata, BAM perlu bertanggungjawab atas kekalahan tersebut dan menggesa badan induk badminton negara itu membuat post-mortem secara menyelu- ruh termasuk dari aspek pembangunan sukan berkenaan.

"Sebagai menteri, saya kecewa dengan kekalahan pasukan negara. Tidak pernah dalam sejarah skuad negara kecundang kepada pasukan yang jauh lebih lemah (atas kertas)... realitinya kita lagi lemah daripada mereka.

"Saya harap BAM memandang serius perkara ini kerana ramai pihak termasuk saya sangsi dengan kebolehan BAM mengendalikan sukan badminton negara pada masa ini," kata- nya ketika ditemui pemberita di Menara KBS di Putrajaya semalam.

Pada perlawanan Kumpulan C di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam, Malaysia sekali lagi dikejutkan apabila tewas 2-3 kepada pasukan bukan pilihan, Jerman, sekali gus meleburkan impian mara ke suku akhir.

Skuad negara turut diaibkan 2-3 oleh Taiwan.

Khairy berkata, pihaknya akan menunggu laporan daripada BAM dan beberapa tindakan serta keputusan berdasarkan bidang kuasa kementerian dijangka diambil terhadap badan induk badminton negara itu.

"Kementerian tidak boleh masuk campur dalam perjalanan persatuan sukan tetapi ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Sebagai menteri, saya bertanggungjawab ke atas segala pembangunan sukan dan telah banyak sokongan yang kementerian beri kepada persatuan. Mereka perlu bertanggungjawab kerana soal akauntabiliti itu akhirnya dapat dijawab melalui prestasi," katanya.

Ditanya mengenai cadangan supaya BAM dirombak, Khairy menggesa BAM melakukan perubahan menyelu- ruh termasuk dari segi struktur dan pembangunan badminton jika mahu menjadikan Malaysia antara gergasi dalam sukan berkenaan.

"Saya tidak dapat berbuat apa-apa (rombakan) sebab bukan kuasa menteri tetapi saya berpendapat, perubahan perlu dilakukan dalam apa jua bentuk... bukan perlu lepas jawatan.

"Saya rasa kekalahan malam tadi (semalam) membawa kepada maksud 'sudah terang lagi bersuluh'," katanya. - Bernama

Bekas pemain jadi pemusnah

Posted:

Bekas pemain jadi pemusnah

Bekas pemain jadi pemusnah

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


NORSHAHRUL (tengah) menjaringkan gol pertama Johor DT ketika menewaskan Kelantan 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.


DUA bekas pemain Kelantan muncul wira Johor Darul Takzim (Johor DT) apabila membantu Harimau Selatan menundukkan skuad The Red Warriors 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd. Nurul Azwan Roya yang mula menyertai Johor DT musim ini masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-65 dan ke-68 untuk menghadiahkan tiga mata penuh buat pasukan tuan rumah.

Kemenangan ketiga berturut-turut itu membolehkan Johor DT kini melonjak ke tangga kedua liga selepas mengumpul 34 mata, satu mata di belakang pendahulu, Lions XII.

Meskipun perlawanan tertangguh 40 minit gara-gara sedikit kekecohan yang berlaku di antara penyokong Kelantan dan tuan rumah, ia tidak mematahkan semangat kedua-dua pasukan untuk mempamerkan aksi menarik sepanjang perlawanan.

Anak-anak buah Fandi Ahmad bermula garang apabila melakukan beberapa serangan di awal permainan, namun gagal menghasilkan sebarang jaringan.

Penyerang import, Leonel Nunez melaku- kan cubaan seawal minit kedua, namun tendangannya tersasar sebelum cubaan Nurul Azwan pada minit ke-26 berjaya diselamatkan penjaga gol pasukan pelawat, Khairul Fahmi Che Mat.

Penyerang skuad The Red Warriors, Mohd. Haris Safwan turut melakukan cubaan pada minit ke-29, namun rembatan dari dalam kotak penalti berjaya ditepis penjaga gol Muhd. Al-Hafiz Hamzah.

Sebaik babak kedua bersambung, Johor DT menggandakan asakan dengan serangan sebelum gol pertama pasukan tuan rumah diperoleh melalui Norshahrul yang merembat kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-65.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan tewas 0-2 kepada Terengganu hasil sepakan penalti Razman Roslan dan jaringan gol Damion Stewart masing-masing pada minit ke-38 dan ke-50.

Di Stadium Shah Alam, pasukan tuan rumah, Selangor mengalahkan Terengganu 2-0 hasil dua jaringan gol Francis Forkey Doe pada minit ke-24 dan ke-89.

Kedudukan Pahang dan Selangor kekal masing-masing di tangga kelima dan keempat manakala Johor DT memintas ATM di tangga ketiga.

Bookie bola sepak makin ganas

Posted:

Bookie bola sepak makin ganas

Bookie bola sepak makin ganas

SINDIKET mengatur perlawanan bola sepak yang dilabel bookie di negara ini semakin ganas. Selepas melakukan ugutan dengan ancaman bunuh, mereka kini semakin berani apabila bertindak memukul salah seorang daripada beberapa pemain dalam pasukan Liga Malaysia (Liga M).

Menurut seorang sumber yang tidak mahu identitinya didedahkan, kejadian yang tidak diingini itu berlaku selepas pemain Liga M tersebut enggan memenuhi kehendak atau arahan bookie tersebut.

"Benar perkara itu berlaku dan pemain-pemain ini dipukul oleh mereka (bookie).

"Pemain-pemain tersebut dipukul kerana mereka tidak mahu melayan kehendak bookie itu. Keselamatan mereka kini sudah tidak lagi terjamin.

"Apa yang pasti, bookie ini sudah semakin berani. Dulu dengan ugutan ancaman bunuh kepada pemain tetapi kini mereka tidak teragak-agak untuk memukul pemain-pemain pula.

"Mereka tidak berani buat laporan polis kerana takut keadaan bertambah buruk," kata sumber itu kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, terdapat laporan beberapa pemain Liga M telah membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh daripada sindiket perjudian bola sepak.

Keselamatan para pemain mula terancam apabila mereka gagal memenuhi tuntutan atau kehendak bookie tersebut.

Situasi yang tidak sihat itu telah mendapat reaksi pantas daripada Timbalan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang memberikan amaran kepada barisan pemain Liga M supaya tidak terjebak dengan gejala rasuah tersebut kelmarin.

Pada perkembangan sama, Pengerusi Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM, Tan Sri Aseh Che Mat mengesahkan yang pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung insiden pemain Liga M dipukul itu.

Aseh yang enggan mengulas lebih lanjut memberitahu, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

"Saya baru mengadap Tuanku (Tengku Abdullah) dan mendengar taklimat baginda pagi tadi (semalam).

"Baginda jelas cukup bimbang dengan apa yang berlaku dalam kalangan pemain.

"Esok (hari ini), saya dan polis akan bertemu dengan Khairy bagi berbincang untuk menangani masalah ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Fast & Furious 6 kembali ke jalanan

Posted:

Fast & Furious 6 kembali ke jalanan

Fast & Furious 6 kembali ke jalanan

Oleh NURUL NAFISAH MAZLAN

KERETA-KERETA mewah seperti Nissan GT-R dan Subaru BRZ turut dipertaruhkan dalam Fast & Furious 6.


LAYAR PERAK pada minggu ini menampilkan sebuah lagi filem sekuel yang mengetengahkan aksi dan kisah berpaksikan perlumbaan kereta iaitu Fast & Furious 6 - Super Bowl Trailer Spot.

Misi kali ini menyaksikan watak Dominic yang dilakonkan Vin Diesel bersama rakan-rakannya berhempas pulas untuk menumbangkan sekumpulan pemandu upahan yang diketuai oleh Owen Shaw.

Selain menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Paul Walker, Dwayne Johnson dan Jordana Brewster, filem arahan Justin Lin ini turut mempertaruhkan aksi kereta-kereta mewah seperti Nissan GT-R dan Subaru BRZ.

Selain itu, bagi anda yang gemarkan filem animasi Rio dan Ice Age, pengarahnya Chirs Wedge tampil dengan buah tangan terbaharu iaitu Epic. Filem animasi fantasi pengembaraan komedi itu adalah hasil daripada adaptasi buku bergambar, The Leaf Men And The Brave Good Bugs yang ditulis oleh William Joyce pada tahun 1996.

Ia mengisahkan tentang seorang gadis bernama Mary Katherine yang terjebak ke dunia fantasi rahsia. Di dunia itu, dia terlibat dalam sebuah pertempuran yang memerlukannya bergabung dengan pelbagai makhluk aneh. Saksikan pengembaraan hebat gadis itu.

Seterusnya, bagi peminat pelawak, Zizan Razak, anda berpeluang bergelak sakan dengan filem aksi komedi Bikers Kental arahan Helmi Yusof. Filem terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd. itu menceritakan kisah sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi berkonvoi ke Thailand.

Kisahnya bermula apabila seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa (Zizan), mempunyai minat yang mendalam terhadap motor berkuasa tinggi. Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar itu dari Kuala Lumpur hingga ke Thailand. Hasratnya itu menjadi kenyataan apabila dia diberi peluang untuk berkonvoi bersama Eddie Cuardo. Saksikanlah filem penuh mencuit hati ini.

Bagi yang dahagakan filem lakonan Aaron Kwok pula, Christmas Rose harus dijadikan pilihan. Filem ini mengisahkan seorang pendakwa raya yang mengendalikan sebuah kes yang amat mencabar.

Fast & Furious 6 – Super Bowl Trailer Spot

Tarikh tayangan: 23 Mei 2013

Genre: Aksi

Durasi: 2 jam 10 minit

Pengarah: Justin Lim

Pelakon: Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Jordana Brewster, Michelle Rodriguez

Sinopsis: Menariknya filem arahan Justin Lim, Fast and Furious 6 ini mengisahkan kehidupan Dominic Toretto (Diesel) bersama rakannya yang hidup kaya-raya. Bagaimanapun, mereka tidak dapat menikmati kehidupan sempurna kerana memiliki rekod jenayah. Ekoran itu, mereka gagal pulang ke negara kelahiran masing-masing. Namun, Pegawai Perkhidmatan Sekuriti Diplomatik Amerika Syarikat, Luke Hobbs (Johnson) telah menawarkan untuk membersihkan rekod jenayah kumpulan tersebut. Sebagai balasan, mereka perlu menumpaskan sebuah kumpulan pemandu upahan yang diketuai oleh Owen Shaw. Sejak itu, bermulalah aksi pertarungan dan pemanduan kereta mewah sehingga menyebabkan kekasih Dominic mati.

Epic

Tarikh tayangan: 23 Mei 2013

Genre: Pengembaraan dan animasi

Durasi: 1 jam 42 minit

Pengarah: Chris Wedge

Pelakon: Beyonce Knowles, Colin Farrell, Josh Hutcherson, Amanda Seyfried, Johnny Knoxville, Aziz Ansari, Jason Sudeikis, Steven Tyler

Sinopsis: Filem Epic mengisahkan seorang gadis bernama Mary Katherine lakonan Amanda Seyfried telah memasuki dunia fantasi yang memerlukannya bergaul dengan pelbagai jenis makhluk ajaib. Di dalam dunia fantasi itu, Katherine terbabit dalam pertarungan yang melibatkan komuniti baik dan jahat. Beberapa artis terkenal turut menyumbangkan suara dalam filem ini seperti Beyonce Knowles dan Collin Farrel.

Bikers Kental

Tarikh tayangan: 23 Mei 2013

Genre: Aksi komedi

Durasi: 1 jam 35 minit

Pengarah: Helmi Yusof

Pelakon: Zizan Razak, Awie, Zul Ariffin, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Pornwipa Watcharakaroon, Julangtip Sukkasem, Amerul Affendi, Sufia Mohamed

Sinopsis : Filem Bikers Kental menceritakan kisah Bidin Al Zaifa (Zizan) yang mempunyai minat mendalam terhadap motosikal berkuasa tinggi. Bidin yang bekerja di bengkel milik abang sepupunya telah diberi peluang untuk menyertai konvoi ke Thailand bersama Eddie Cuardo. Dalam pengembaraan itu pelbagai kisah, tragedi dan konflik berlaku antara Bidin dan Eddie Cuardo.

Christmas Rose

Tarikh tayangan: 23 Mei 2013

Genre: Drama

Durasi: 1 jam 30 minit

Pengarah: Charlie Yeung

Pelakon: Aaron Kwok, Kwai Lun-Mei, Chang Chen

Sinopsis : Filem lakonan Aaron Kwok ini mengisahkan pendakwa raya yang telah terjebak dalam sebuah kes paling mencabar. Dia dikehendaki mengendalikan satu kes membabitkan seorang pemain piano buta yang menjadi mangsa serangan seksual daripada doktornya sendiri.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


91 maut puting beliung gergasi landa Oklahoma

Posted:

91 maut puting beliung gergasi landa Oklahoma

91 maut puting beliung gergasi landa Oklahoma

SEBAHAGIAN rumah ranap selepas dimusnahkan puting beliung gergasi.- AP


MOORE - Anggota-anggota pasukan penyelamat berusaha mencari sejumlah mangsa yang tertimbus di celah runtuhan rumah, sekolah rendah dan sebuah hospital di pinggir bandar Oklahoma selepas kejadian angin puting beliung yang berlaku kelmarin.

Dalam kejadian bencana alam itu, 91 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera.

Saiz puting beliung itu berukuran tiga kilometer lebar dan ia melalui kawasan bandar Moore di bandar Oklahoma sekali gus menyebabkan ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut mengisytihar kawasan di sekitar Oklahoma sebagai kawasan bencana besar.

Menurut White House, Obama telah dimaklumkan secara ringkas mengenai bencana alam itu.

Seramai 20 daripada 91 orang yang terbunuh itu merupakan kanak-kanak.

Pusat Perkhidmatan dan Ramalan Kaji Cuaca Kebangsaan AS menyatakan, puting beliung itu dikategorikan sebagai yang kedua paling bahaya dengan kelajuan angin 320 kilometer sejam.

Ia mengeluarkan amaran 16 minit sebelum puting beliung itu melanda Moore.

Beberapa saksi menyatakan, puting beliung itu kelihatan lebih bahaya daripada puting beliung gergasi yang melanda di kawasan yang sama pada 3 Mei 1999 menyebabkan lebih 40 orang terbunuh dengan mengakibatkan ribuan rumah musnah.

Bencana yang berlaku di Oklahoma pada tahun itu dianggap yang ketiga terbesar dalam sejarah AS sehingga mengakibatkan kerugian lebih AS$1 bilion (RM3.01 bilion).

Seorang saksi, Jeff Alger, 34, berkata, dia dan isterinya termasuk beberapa anak mereka melarikan diri dari Moore selepas mengetahui puting beliung itu akan melanda.

Menurutnya, dia melihat puting beliung itu mengganas beberapa kilometer dari sini.

"Mereka (mangsa-mangsa) tidak sempat untuk memakai kasut," katanya yang mempunyai lima orang anak.

Dia dan isterinya dirawat di hospital kerana terkena serpihan kaca.

Seorang lagi mangsa, Ninia Lay, 48, berkata, dia bersembunyi di dalam sebuah ruang ketika puting beliung melanda.

"Saya bersembunyi di dalam ruang itu dan mendengar seperti sebuah kereta api sedang bergerak," katanya.

Rumah Lay ranap dimusnahkan puting beliung itu manakala dia tertimbus dengan serpihan rumahnya selama dua jam sebelum diselamatkan oleh suaminya dan beberapa anggota penyelamat. - Reuters

Lima maut terjatuh ke dalam lubang besar

Posted:

Lima maut terjatuh ke dalam lubang besar

Lima maut terjatuh ke dalam lubang besar


BEBERAPA anggota penyelamat melakukan kerja-kerja mengangkat mayat mangsa lubang yang terbentuk dengan tiba-tiba di Shenzhen semalam.- AFP


BEIJING - Lima orang maut apabila terjatuh ke dalam lubang sedalam 10 meter yang terbentuk secara tiba-tiba di pintu pagar sebuah kawasan perindustrian di Shenzhen, menurut pihak berkuasa tempatan semalam.

Menurut pihak pentadbiran daerah Shezhen Longgang di laman web Sina Weibo, pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.

Laman web akhbar Guangming Daily melaporkan, lubang itu muncul di luar kawasan perindustrian Huamao di Shenzhen pada Isnin lalu. .

Akhbar arus perdana Shanghai Daily memberitahu, seorang lelaki berjaya diselamatkan.

Bagaimanapun, jumlah sebenar pekerja yang telah terjatuh ke dalam lubang itu masih belum diketahui.

Kerja-kerja mencari yang dilakukan beberapa anggota penyelamat masih dilakukan sehingga semalam.

Lubang yang terbentuk dengan tiba-tiba kerap berlaku di China disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan yang banyak dilakukan di negara ini. - AFP

Cabut peluru pada dahi guna playar

Posted:

Cabut peluru pada dahi guna playar

Cabut peluru pada dahi guna playar


SEORANG rakan askar itu kemudian mencabut peluru tersebut dengan menggunakan playar.- YOUTUBE


MOSCOW - Satu rakaman video yang disiarkan di YouTube menunjukkan seorang lelaki mencabut peluru yang terlekat pada dahi seorang askar Rusia dengan hanya menggunakan playar, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.

Dalam rakaman video itu, askar tersebut kelihatan tenang semasa peluru tersebut dicabut dengan menggunakan playar oleh rakannya.

Askar tersebut dilaporkan terkena peluru tersebut dalam pertempuran antara askar-askar Rusia dengan para pejuang Chechen.

Askar tersebut kemudian memeriksa kecederaan pada dahinya itu selepas peluru tersebut berjaya dikeluarkan hanya dalam tempoh beberapa minit. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Warga Puerto Rico bida jawatan Presiden IOC

Posted:

Warga Puerto Rico bida jawatan Presiden IOC

Warga Puerto Rico bida jawatan Presiden IOC

22/05/2013 10:05pm

BERLIN - Seorang pegawai bank warga Puerto Rico, Richard Carrion melancarkan usahanya untuk bersaing dalam merebut jawatan Presiden Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) pada hari ini, dengan harapan pengalaman luasnya dalam bidang kewangan akan membantu dia mendapatkan jawatan penting itu.

Carrion, 60, ialah seorang pengerusi sebuah institusi pinjaman terkenal, Popular Inc. dan Pengarah Bank Persekutuan New York selain Ketua Kewangan IOC menjadi calon rasmi yang ketiga dalam perebutan jawatan itu yang akan ditentukan pada 10 September ini.

"Kita mempunyai banyak kepentingan dalam proses pengundian kali ini kerana kelayakan negara kita masih belum dipastikan. Selain itu kami juga memerlukan seseorang yang boleh mengatur sebarang perubahan yang berlaku didalam IOC," kata Carrion.

Naib Presiden IOC, Thomas Bach dari Jerman dan Ng Ser Miang dari Singapura telahpun melancarkan kempen masing-masing selain ketua Persekutuan Boxing Antarabangsa, C.K. Wu dijangka turut membida jawatan itu esok. - Reuters

6,000 dijangka hadir sambutan Hari Belia peringkat Sarawak

Posted:

6,000 dijangka hadir sambutan Hari Belia peringkat Sarawak

6,000 dijangka hadir sambutan Hari Belia peringkat Sarawak

22/05/2013 9:17pm

KUCHING - Kira-kira 6,000 belia dijangka menghadiri sambutan Hari Belia 2013 peringkat negeri Sarawak di Pusat Bersepadu Rekreasi Kuching yang akan disambut selama dua hari mulai Sabtu ini.

Menteri Muda Pembangunan Belia Negeri, Datuk Dr. Stephen Rundi Utom berkata, sambutan itu dianjurkan Kementerian Pembangunan Sosial Negeri dengan tema Belia Inspirasi Negara. Sambutan peringkat kebangsaan bakal berlangsung di pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

"Pelbagai acara hiburan dan rekreasi akan diadakan termasuk konsert, pertandingan band, forum, mencari bakat seni, pameran dan temu duga pekerjaan sepanjang sambutan dua hari itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rundi berkata, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka merasmikan acara sambutan pada Sabtu. - Bernama

FBI tembak mati lelaki disyaki ada kaitan dengan letupan Maraton Boston

Posted:

FBI tembak mati lelaki disyaki ada kaitan dengan letupan Maraton Boston

FBI tembak mati lelaki disyaki ada kaitan dengan letupan Maraton Boston

22/05/2013 9:03pm

MIAMI - Seorang ejen FBI hari ini menembak mati seorang lelaki Florida yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek pengeboman Maraton Boston, lapor berita NBC.

NBC melaporkan suspek tersebut telah disoal siasat dan didapati memberi kerjasama pada awalnya. Begitupun, tembakan dilepaskan kepadanya kerana cuba menyerang ejen tersebut.

Syarikat pengurusan mayat memberitahu, seorang kenalan telah mengenal pasti mayat Ibragim Todashev, 27, dari Orlando. Khusn Taramiv memberitahu, Todashev telah disoal siasat kerana mengenali suspek utama pengeboman itu iaitu Tamerlan Tsarnaev. Kedua-dua mereka merupakan pengamal seni bela diri. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Projek bersama Erra Fazira

Posted:

Projek bersama Erra Fazira

Projek bersama Erra Fazira

AGAK lama Kosmo! tidak menyingkap sisi kehidupan aktres berbakat, Datin Paduka Umie Aida. Melihat kepada penampilannya dari dulu sampai sekarang, aktres berusia 40 tahun itu masih kekal jelita dan terus aktif dalam karier lakonannya.

Begitupun, karier seni Umie atau nama sebenarnya Umi Kalsum Rahmad Ali itu kini, bukan sahaja tertumpu pada lakonan tetapi juga bidang nyanyian.

Aktres filem Embun itu baru sahaja merakamkan lagu bersama teman baiknya iaitu Erra Fazira. Malah, mereka juga sudah menjalani pembikinan klip video untuk single kolaborasi mereka itu di Sydney, Australia.

Apabila Umie menyatakan hasrat untuk menyanyi, ramai yang tertanya-tanya tentang kemampuannya.

Bagaimanapun, jangan pernah terlupa tentang fakta bahawa Umie terlebih dulu memulakan langkah sebagai pernyanyi apabila dia menyertai pertandingan nyanyian Asia Bagus ketika berusia 18 tahun.

Dia kemudian pernah menghasilkan dua album studio berjudul Romeo & Juliet (1999) dan juga Gema Kasih (2002). Adik kepada pengarah Erma Fatima itu juga pernah popular menerusi lagu Salam Taj Mahal dan juga Redup Kerinduan.

Walau bagaimanapun, kerjaya nyanyian Umie tidak begitu menyerlah berbanding karier lakonannya.

Rezekinya dalam bidang nyanyian juga tidak seperti Erra Fazira apabila aktres jelita itu berjaya dalam kedua-dua bidang tersebut.

Ditebak kenapakah dia ingin kembali menyanyi, dedah Umie, semuanya disebabkan oleh Erra.

"Ini semua idea Erra. Dia yang mengajak saya untuk menyanyi semula. Berduet bersama dan menghasilkan single. Saya tahu dan sedar tidak berapa bijak dalam bidang nyanyian. Tetapi, selepas Erra memujuk dan saya fikir tidak salah kalau saya sekadar mencuba," ungkapnya mengenai single kolaborasinya bersama Erra yang dicipta oleh Azlan Abu Hassan itu.

Masih belum mempunyai judul untuk single tersebut, ujar Umie lagi, dia menyanyi sekadar berseronok dan tidak mahu hidup dalam keadaan stres tanpa melakukan perkara yang disukai dan menggembirakan hati dan teman baiknya.

Anak

Biarpun agak keberatan, tidak lengkap sekiranya perihal anak tidak ditanya kepada Umie.

Walaupun sudah tiga tahun berkahwin dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan di Tanah Suci Mekah pada 14 Mac 2010, pasangan itu masih belum dikurniakan anak.

Begitupun, Umie masih belum berputus asa dan masih berharap dirinya dan suami dikurniakan anak biarpun Umie sudah mempunyai dua orang anak angkat iaitu Mohd. Daniel Firdaus, 20, dan Mohd. Dzulhelmy, 19.

"Saya percaya kepada rezeki. Saya sudah berusaha dan lakukan yang terbaik dengan berjumpa doktor pakar. Doktor juga ada mengatakan kami subur dan tiada apa-apa masalah, cuma belum ada rezeki dikurniakan anak," ujarnya yang masih belum cuba untuk berubat secara tradisional.

Mengulas lanjut, kata Umie, dia bersyukur kerana dikurniakan dua orang anak angkat dan tidak tertekan kerana tidak dikurniakan anak daripada rahim sendiri.

Kata Umie, doktor ada menasihatkan dirinya agar mengurangkan pergerakan dan aktiviti seni untuk memudahkan proses mengandung.

Walau bagaimanapun, permintaan doktor itu tidak dapat dituruti olehnya kerana dia sememangnya tidak boleh duduk diam.

Ungkapnya lanjut, jika tidak menjalani penggambaran, dia akan ke gimnasium, menunggang basikal, bermain badminton atau bersenam daripada duduk di rumah.


PADA usia 40 tahun, Umie masih laku sebagai aktres yang sentiasa diintai para pengarah untuk mendapatkan khidmat lakonannya.


Bertenaga

Bakal terbang ke Korea Selatan bersama pihak media sempena Anugerah Skrin dari 4 hingga 11 Jun ini, Umie juga memberitahu, dia baru sahaja dilantik sebagai duta produk kesihatan, Phyto Science Double Stemcell selama setahun bermula pada 14 Mei lalu.

Ekoran pelantikan Umie sebagai duta produk kesihatan itu, aktres itu juga membuktikan bahawa dia masih mampu menggugat aktres-aktres muda yang sedang mencipta nama buat masa kini.

Sengaja melayangkan pertanyaan mengenai dirinya yang dipilih sebagai duta produk kesihatan yang berasaskan kombinasi sel-sel tumbuhan itu, tutur Umie, pelantikan dirinya itu disebabkan pihak tersebut melihat akan bakat dan penglibatannya dalam dunia lakonan.

"Alhamdulillah, saya dipilih. Kalau hendak kata saya dipilih disebabkan wajah cantik atau kulit masih tegang, ramai lagi aktres yang memilikinya.

"Mereka memberitahu, saya dipilih kerana bakat lakonan dan penglibatan saya dalam industri seni sejak dahulu lagi," ungkap Umie ketika ditemui selepas majlis pelancaran produk kesihatan Phyto Science Double Stemcell di Hotel Sunway Resorts & Spa di Petaling Jaya, Selangor.

Sedar dirinya sebagai pelakon yang sering mengenakan solekan tebal dan lama, ujar Umie, disebabkan itu sejak dahulu lagi dia sering menjaga kulitnya untuk mengelakkan proses penuaan. Selain itu, Umie juga mengakui mengambil vitamin sejak sejak pada usia 20-an lagi.

"Sebagai seorang artis, saya perlu menjaga kulit berganda daripada orang biasa. Sebabnya, kami (para pelakon) sering memakai solekan lama malah, kulit kami juga terdedah kepada sinaran UV dan cahaya lampu ketika penggambaran. Lama kelamaan, kalau tidak dijaga kesan penuaan akan ketara," jelasnya.

Berkongsi mengenai produk kesihatan tersebut, jelas Umie, setelah mengambilnya selama tiga bulan, dia berasa lebih bertenaga dan tidak berasa letih walaupun perlu menjalani penggambaran selama hampir 24 jam.

Ujarnya lagi, walaupun menjalani penggambaran dari pagi sehingga ke petang, pada sebelah malamnya pula dia masih mampu bermain badminton bersama teman-teman.

"Produk Phyto Science Double Stem Cell dengan teknologi nano amat mudah dan cepat untuk diserap. Saya mengambilnya dua kali sehari dengan hanya meletakkan di bawah lidah sahaja. Ia berupa serbuk dan mudah diserap. Alhamdulillah selepas mengambilnya saya berasa cergas sepanjang hari," ulasnya lagi.

Ditebak berapakah bayaran yang diterima Umie atas pelantikannya sebagai duta itu, Umie hanya tersenyum menyimpan seribu makna.

Zul tak ambil kesempatan - Gayatri

Posted:

Zul tak ambil kesempatan - Gayatri

Zul tak ambil kesempatan - Gayatri

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


ZUL dan Gayatri memilih untuk tidak terlalu menghebohkan hubungan cinta mereka.


HUJUNG tahun 2012, pelakon kacak Zul Ariffin telah membuat pengakuan bahawa dia sedang bercinta dengan penerbit filem Tayangan Unggul Sdn. Bhd. dan Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai.

Zul yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Abby Abadi memilih Gayatri atas dasar personaliti penerbit filem itu yang lemah-lembut sekali gus menafikan dakwaan cinta Zul berlandaskan kekayaan dan kemasyhuran semata-mata.

Bertemu dengan Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 29, ketika tayangan perdana filem Bikers Kental di Cathay Cineleisure, e@Curve, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini Kosmo! mendapatkan respons Zul dan Gayatri mengenai perancangan mereka selepas ini.

Setelah hampir setahun bercinta, Zul dan Gayatri menegaskan, mereka perlu berahsia dalam soal perancangan kehidupan mereka.

Ikuti temu bual bersama kedua-dua selebriti itu.

Kosmo!: Zul nampaknya sudah tidak berselindung lagi mengenai hubungan cinta dengan Gayatri. Adakah anda kini lebih bersifat terbuka dalam soal peribadi?

ZUL: Kalau perkara baik buat apa saya sembunyikan? Sudah pasti saya akan berkongsi dan bagi saya tiada istilah sorok-sorok. Biarlah orang tahu akan hubungan kami. Kami gembira dan tiada halangan. Sudah setahun kami lalui hubungan ini dengan aman damai.

Sejauh manakah hubungan kalian sekarang? Adakah kalian telah bertemu keluarga masing-masing?

Saya serius. Buat masa sekarang kami sudah berjumpa keluarga masing-masing. Kali pertama saya berjumpa ibu Gayatri ketika Hari Raya Aidiladha tahun lalu ketika melawatnya di hospital.

Bagaimanakah perancangan hubungan anda selepas ini?

Perancangan itu ada, tapi saya tidak boleh kongsikan dengan lebih lanjut. Tak seronok pula kalau semua perkara saya beritahu terlalu awal.

Mungkinkah anda akan berkahwin pada tahun ini?

Tidak pasti lagi tahun ini atau tahun depan. Lagipun, ibu Gayatri masih dirawat di hospital.

Beralih cerita mengenai kerjaya pula, adakah mungkin selepas ini akan muncul minat untuk mengarah pula?

Saya suka tengok filem tapi tak tahu kenapa tidak minat untuk mengarah atau menulis skrip. Saya tidak mahu dibebankan dengan tekanan kerja sebagai pengarah. Insya-Allah apabila terbuka hati mungkin suatu hari nanti.

Lari tiada isu dengan Finas

Posted:

Lari tiada isu dengan Finas

Lari tiada isu dengan Finas

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


LARI mempertaruhkan bakat lakonan (dari kiri) Hazama, Dira, Aaron Aziz dan Erin Malik.


LARI merupakan salah satu daripada lima buah filem yang berjaya mendapat tempat untuk ditayangkan di Marche Du Film sempena Festival Filem Cannes di Perancis yang berlangsung dari 15 hingga 26 Mei.

Menurut Ahmad Idham, selain KIL, Penanggal, Vikingdom dan Bola Kampung, filem arahannya itu terpilih untuk menyertai festival filem itu menerusi wakil sebuah syarikat pengedaran antarabangsa ketika proses suntingan lagi.

"Apabila Lari dipilih untuk ditayangkan di Festival Filem Cannes, ia merupakan satu perkara yang membuktikan bahawa usaha saya selama ini memang berbaloi.

"Kejayaan ini harus dikongsikan bersama peminat dan individu yang menyokong saya selama ini," ujarnya ketika sidang akhbar tayangan perdana Lari di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Katanya, pemilihan Lari bermula apabila wakil dari syarikat pengedaran antarabangsa yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat telah menonton sebahagian daripada filem tersebut ketika proses suntingan di Bangkok, Thailand.

Disisih

Filem Lari bagaimanapun berdepan dengan isu salah faham dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) apabila filem aksi itu tidak melalui badan tersebut untuk bertanding di Marche Du Film.

Kata Idham, tidak perlu timbul sebarang isu apabila ada pihak lain yang lebih peka dan mengambil berat akan perkembangan filem Malaysia.

"Tiada isu pun sebenarnya tapi cuba fikirkan adakah saya yang sepatutnya menghantar filem saya atau badan bertanggungjawab yang perlu datang kepada kami?

"Masalah sekarang adalah sistem negara kita yang tidak telus dan lemah, sekali gus menyebabkan industri kita tidak ke mana-mana. Ini bukti bahawa orang luar sebenarnya lebih menghargai karya kita," tegasnya.

Untuk rekod, Marche Du Film bermula pada 15 hingga 26 Mei ini diadakan sempena Festival Filem Cannes melibatkan 10,000 penyertaan dan sebanyak 4,000 buah filem akan ditayangkan dari seluruh dunia.

Dalam pada itu Idham menjelaskan, dia tidak pernah disisihkan daripada Finas, namun kerenah birokrasi dan protokol yang terlalu leceh menyebabkan harapannya untuk ke Marche Du Film melalui Finas pudar.

Koreografer Thailand

Bercakap mengenai filem yang telah menelan belanja sebanyak RM2.5 juta itu, Idham perlu mengambil kira faktor keselamatan pelakon-pelakonnya memandangkan lebih 80 peratus filem ini adalah aksi.

"Cabaran terbesar saya sebenarnya untuk mendapatkan pelakon utama iaitu Aaron kerana semua tahu jadualnya sentiasa padat.

"Tapi, dalam masa sama, sepanjang penggambara,n saya perlu memastikan keselamatan pelakon saya kerana kebanyakan aksi sangat ganas dan risiko kecederaan tinggi," katanya yang mendapatkan khidmat koreografer aksi filem Ong-Bak, Tony Jaa.

Lari bukan sebuah filem tipikal yang melibatkan pertarungan antara beberapa puak, sebaliknya kata Idham, filem yang menelan bajet terbesar dalam sejarah perfilemannya itu, memaparkan isu yang lebih matang dan universal, contohnya isu pemerdagangan manusia.

Lari mengisahkan Khaliff (Aaron Aziz) yang berhadapan dengan konflik apabila adiknya Ina (Erin Malik) dilarikan oleh sindiket pemerdagangan manusia dan ayahnya dibunuh kejam.

Konflik berterusan apabila Khaliff mengesyaki KJ (Erry Putra) terlibat dalam kejadian tersebut. Sementara itu, kekasihnya dahulu iaitu Maya (Dira Abu Zahar) ingin membantu Khaliff menyelesaikan misinya.

Lari akan mula ditayangkan pada 6 Jun di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei dalam format digital sepenuhnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved