Ahad, 19 Mei 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Gadis cina permata bharatanatyam

Posted:

Gadis cina permata bharatanatyam

Gadis cina permata bharatanatyam

BUNYI gesekan biola, bersatu dengan sejenis dram dipanggil mridangam, serunai, veena (sejenis peralatan seperti gitar) dan nattuvangam (sejenis alat muzik terbentuk daripada sepasang piring loyang) mula bergema di dalam dewan.

Suara lunak penyanyi yang mendendangkan lagu dalam bahasa Tamil juga menambahkan lagi keindahan malam itu.

Seorang penari kemudian muncul di tengah-tengah pentas mengenakan sari berwarna biru dengan alatan aksesori yang sarat di kepala dan loceng kaki.

Wajah penari itu disolek tebal dengan tumpuan diberikan di bahagian mata.

Seiring alunan irama muzik dan nyanyian, penari itu mula membuka langkah tari. Kepalanya mula diayunkan ke kanan dan ke kiri bersama lirikan mata yang bundar. Tangannya pula dibengokkan ke sisi sambil jari-jemari turut sama melentik.

Sesekali membongkokkan tubuh, penari itu pantas bergerak ke kiri dan ke kanan pentas. Adakalanya dia menghentakkan kaki menghasilkan gemerincing bunyi loceng yang lunak dan pada kebanyakan masa hujung kakinya diginjat membentuk satu posisi signatur tarian klasik India.

Hampir dua jam melentur tubuh dengan gerakan-gerakan sukar tarian klasik dipanggil bharatanatyam, penari itu mendapat tepukan gemuruh penonton.

Bunyi tepukan bertambah kuat di dalam Panggung Eksperimen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Kuala Lumpur baru-baru ini, malah ada penonton yang berdiri memberikan hormat. Ternyata penari itu begitu istimewa di hati hadirin.

Apabila penari tersebut menanggalkan solekan dan bersalin pakaian, akhirnya terjawablah persoalan mengapa beliau merupakan permata istimewa dalam tarian bharatanatyam.

Kulitnya putih, matanya sepet dan nama penari muda itu ialah Ng Xinying, 23.

Xinying membuat persembahan itu sebagai tanda tamat pengijazahan dalam bidang tarian di Aswara.

Malaysia sememangnya mempunyai ramai penari klasik berbakat berketurunan India, malah beberapa penari Melayu juga menempa nama contohnya Ramli Ibrahim dan Zamin Harun.


XINYING (tengah) bersama keluarganya selepas tamat persembahan bharatanatyam di Aswara baru-baru ini.


Bermula dengan balet

Namun, Xinying begitu unik. Permata baharu bharatanatyam itu membuktikan gadis Cina juga mampu menguasai tarian klasik India.

Berbeza daripada tarian biasa, bharatanatyam memerlukan penarinya menggerakkan seluruh tubuh badan termasuk jari-jemari tangan dan kaki selain mimik wajah.

Saat Xinying menunjukkan tapak kakinya yang merekah dan mengelupas, ternyata tarian itu bukan dikuasai Xinying dalam tempoh seminggu dua.

Xinying hakikatnya memerlukan lebih lima tahun untuk menguasai bharatanatyam sejak melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah.

Menurut Xinying, dia sendiri tidak menyangka akan menguasai tarian klasik India kerana sebelum belajar di Aswara dia sendiri tidak pernah menyaksikan tarian-tarian tersebut.

Bagaimanapun, bakat Xinying dalam bidang tarian sebenarnya sudah berputik sejak kanak-kanak lagi.

Semuanya bermula ketika dia berumur empat tahun. Pada masa itu, apabila terdengar muzik, badannya akan mula bergoyang-goyang dan kaki mula terjengket-jengket.

Menyedari kecenderungan Xinying dalam bidang tarian, ibu bapanya, Heng Guay Looe, 53, dan Ng Boon Chye, 53, menghantar anak sulung mereka ke kelas balet.

Hampir empat tahun mempelajari tarian balet di sebuah kelas tarian di Johor Bahru, Johor dia akhirnya berjaya menamatkan tarian tersebut.

Sepanjang mempelajari tarian itu, dia mengakui tidak pernah ketinggalan kelas berkenaan.

"Tidak kira apa yang berlaku, saya tetap mahu ke kelas balet," ujarnya yang menyimpan impian menjadi seorang koreografer tarian pada satu hari nanti.

Sejak itu sehingga melangkah alam dewasa, sekiranya ada persembahan tarian di sekolah, Xinying akan mengambil bahagian.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Xinying terus mengintai peluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang tarian.

Melihat kepada kos yuran yang berpatutan di Aswara dan dengan sokongan ibu bapa, dia akhirnya membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian di sana.

Bertutur lanjut, gadis yang berpakaian lengkap salwar kameez berwarna kuning itu memberitahu, dia memilih Diploma Tari yang merangkumi tarian Melayu, India, Cina, kontemporari, balet serta etnik Sabah dan Sarawak.

Ketika menuntut pengajian di peringkat Diploma Tari, pelajar dikehendaki mempelajari semua jenis tarian.

"Sebaik tamat diploma, dari situlah saya mula meminati tarian India kerana merasakan ia sangat unik. Ketika melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pula tahun 2010, baru boleh fokus apa yang kita minat. Jadi, saya buat pengkhususan dalam persembahan tarian kontemporari dan mengambil subjek tambahan tarian bharatanatyam untuk tahun akhir," ujarnya.


BEBERAPA aksi tarian menarik bersama ekspresi wajah tersendiri yang dipersembahkan Xinying di Panggung Eksperimen Aswara.


Ekspresi wajah

Berbanding dengan tarian Melayu, Cina dan lain-lain, dia mengakui tarian India sememangnya sangat mencabar. Tarian tersebut bukan sahaja menggunakan tenaga untuk menghentak kaki, tangan, kepala mengikut rentakan lagu yang sangat laju, malah kadangkala perlu melompat.

Bukan sahaja pergerakan kepala, tangan, badan dan kaki sahaja yang penting, malah ia menuntut kemahiran mengungkapkan pancaindera mata bagi membangkitkan emosi penonton.

"Ia bukan mudah kerana bayangkan dulu pada awal pengajian setiap hari saya menangis kerana gagal berbuat demikian," ujarnya.

Bahkan, dia terpaksa menonton filem klasik Tamil versi hitam putih untuk mempelajari reaksi muka pelakon ketika marah, gembira, sedih mahupun kecewa.

"Tarian bharatanatyam memerlukan seseorang penari itu melahirkan ekspresi yang berlebihan. Jadi, saya cuba mempelajarinya dengan menonton filem Tamil dan kemudian mempraktikkannya di hadapan cermin," jelasnya.

Ketika diminta mengulas mengenai tarian tersebut yang sifat asalnya berkait rapat dengan tuhan-tuhan Hindu, ujar Xinying, dia melihat bharatanatyam dari sudut tarian dan budaya semata-mata kerana pensyarah yang mengajarnya juga tidak memasukkan elemen agama dalam tarian.

"Apabila pensyarah menerangkan kewujudan dewa dalam cerita yang akan ditarikan, kami mengambil naratif sahaja supaya tarian itu dapat dipersembahkan dengan baik.

"Bagi saya, selagi berpegang teguh kepada agama serta tahu membezakan mana yang benar dan silap, perkara seperti terpesong agama tidak akan berlaku," ujarnya lagi.

Hafal lirik lagu Tamil

Satu lagi cabaran dalam menguasai bharatanatyam adalah apabila Xinying terpaksa menghafal beratus-ratus lirik dalam bahasa Tamil. Kebanyakan lirik itu diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris bagi membolehkan dia memahami maksudnya.

Bagi memperbaiki kelemahan menghafal lirik lagu itu, dia mencipta sendiri simbol-simbol untuk mudah difahami.

"Bagi setiap ayat, saya reka sendiri simbol supaya saya dapat faham dan menghafalnya untuk diekspresikan dalam tarian," tuturnya.

Menyentuh mengenai cara pembelajarannya, dia menunjukkan sehelai kertas putih yang tertera nama-nama dewa.

Berdasarkan nama dewa tersebut, dia perlu melakukan gerak anggota badan dan mimik muka yang berbeza.

"Bayangkan, saya terpaksa menghafal nama dewa-dewa dan diselangi dengan simbol yang saya reka sendiri," ceritanya dengan penuh ghairah.

"Saya amat bersyukur kerana mendapat keluarga dan pensyarah yang sangat memahami. Pensyarah tidak pernah marah, bahkan tidak putus-putus memberi tip yang berguna dalam tarian ini," ungkapnya.

Orang utan Sumatera diancam kepupusan

Posted:

Orang utan Sumatera diancam kepupusan

Orang utan Sumatera diancam kepupusan


PENEROKAAN hutan secara melampau menyebabkan orang utan Sumatera dewasa melarikan diri atau mati kelaparan, manakala anaknya terpaksa diselamatkan.


SEEKOR orang utan Sumatera bergayutan dari pokok ke pokok sambil membawa anak yang erat memeluk tubuhnya. Di satu sudut lain, kelihatan seorang petugas menyusukan seekor anak orang utan menggunakan botol susu.

Spesies itu kini telah kehilangan kawasan habitat asalnya di hutan hujan dara yang rakus digondolkan atas nama kemajuan.

Aktivis alam sekitar mengatakan, perkembangan aktiviti meneroka hutan dara di Kepulauan Sumatera untuk tujuan eksploitasi komersial dan membina jalan meningkatkan risiko terhadap pelbagai spesies terancam.

Pihak berkuasa Aceh memberitahu, perancangan tersebut menyasarkan meneroka sebahagian kecil kawasan hutan untuk tujuan pembangunan.

Pembangunan itu dijangka diluluskan oleh Jakarta meskipun ia kini berubah ke arah melanjutkan moratorium kebangsaan iaitu penggantungan atau penangguhan sesuatu kegiatan secara persetujuan bersama mengenai permit pembalakan baharu.

"Rancangan ini merupakan satu ancaman besar kepada spesies hidupan di dalam hutan terutama orang utan, harimau dan gajah.

"Haiwan-haiwan ini mendiami kawasan rendah yang sudah pasti akan 'dibersihkan' terlebih dahulu," kata Ian Singleton daripada Program Pemuliharaan Orang Utan Sumatera kepada AFP.

Aktivis alam sekitar memberi amaran bahawa kira-kira satu juta hektar hutan akan diteroka di wilayah Aceh untuk eksploitasi perlombongan, minyak sawit dan syarikat kertas. Bagaimanapun, pegawai kerajaan mempertikaikan angka tersebut.

Kebimbangan

Terdapat kebimbangan khusus tentang sebahagian daripada projek tersebut membabitkan pembinaan jalan melalui ekosistem Leuser. Leuser sebuah kawasan yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan menakjubkan.

Kawasan tersebut, kebanyakannya di Aceh, merupakan rumah kepada kira-kira 5,800 daripada 6,600 spesies terancam yang masih hidup termasuklah orang utan Sumatera, gajah, beruang dan ular tedung selar.

Ian memberi amaran bahawa kes-kes seperti anak orang utan yang terpaksa diselamatkan lantaran ditinggalkan ibunya akan meningkat jika projek jalan raya tetap dilaksanakan. Ini kerana populasi orang utan memerlukan habitat yang tidak diganggu untuk meneruskan hidup.

Dinamakan Gokong Puntung sempena nama monyet tuhan Cina, salah seekor anak orang utan diselamatkan selepas habitatnya diterokai beberapa syarikat walaupun ia merupakan kawasan perlindungan yang tidak boleh disentuh.


ORANG utan yang diselamatkan diajar hidup berdikari kerana ia akan dilepaskan ke hutan apabila tiba waktunya.


Primat tersebut ditinggalkan sendirian selepas ibunya dipukul oleh sekumpulan lelaki dan ia dijual kepada seorang pekerja ladang pada harga RM30.

Gokong Puntung kemudian diselamatkan pada bulan Februari lalu dan dibawa ke pusat perlindungan yang dikendalikan oleh Ian. Ia terletak di daerah Sibolangit di wilayah Sumatera Utara.

Orang utan Sumatera jika dibandingkan dengan orang utan Borneo mempunyai saiz yang lebih kecil.

Primat itu hanya membesar dengan ketinggian 1.5 meter dengan berat sekitar 90 kilogram.

Ia juga lebih gemar memakan buah-buahan dan serangga walaupun adakalanya turut menikmati telur burung serta haiwan vertebrata kecil.

Ia juga menghabiskan kebanyakan masanya di atas pokok kerana bimbang dengan haiwan pemangsa yang lebih besar.

Pembinaan jalan raya

Ketua Perancangan Jabatan Perhutanan Aceh, Saminuddin B. Toi menegaskan, pembinaan jalan raya tersebut akan membantu komuniti pedalaman untuk berhubung dengan dunia luar.

Jakarta telah memberi isyarat akan menandatangani pelan pembangunan Aceh dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Walaupun pembangunan itu mungkin dapat ditangguhkan jika aktivis terus membangkitkan isu moratorium kebangsaan, namun ia agak sukar untuk dibendung.

Ketua Jabatan Perhutanan Aceh, Husaini Syamaun berkata, rancangan tersebut bukan disasarkan pada pembangunan lombong dan ladang sebaliknya untuk kemudahan rakyat.

"Ia tidak melanggar sebarang undang-undang," katanya.

Pegawai pentadbiran itu menegaskan, mereka hanya akan membersihkan sekitar 200,000 hektar kawasan hutan baharu untuk tujuan pembangunan.

Namun, aktivis tetap berkeras mengatakan kawasan hutan yang diterokai sebenarnya lebih luas. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar SK Darulaman Heights lawat Loji Percetakan UM

Posted:

Pelajar SK Darulaman Heights lawat Loji Percetakan UM

Pelajar SK Darulaman Heights lawat Loji Percetakan UM


SEBAHAGIAN guru dan murid SK Darulaman Heights bergambar ketika mengadakan lawatan sambil belajar ke Loji Percetakan UM Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.


ILMU. Sebanyak 68 pelajar tahun enam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Darulaman Heights, Bandar Darulaman, Kedah mengadakan lawatan sambil belajar ke Loji Percetakan Utusan Melayu (UM) Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.

Guru pengiring, Balkhis Bahadun berkata, melalui lawatan itu, pelajar dapat melihat dengan lebih dekat tentang teknologi percetakan akhbar yang digunakan oleh Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad.

"Pihak sekolah memang telah lama melanggan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!, sebab itu kita sepakat untuk bawa pelajar ke loji percetakan ini supaya mereka dapat lihat bagaimana penghasilan akhbar dilakukan.

"Saya harap lawatan kali ini akan memberikan pendedahan kepada mereka dan mungkin menarik minat sesetengah pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang percetakan dan penerbitan apabila dewasa nanti," katanya.

Sambutan Hari Guru Sekolah Agama Integrasi Miftahuddin meriah

Posted:

Sambutan Hari Guru Sekolah Agama Integrasi Miftahuddin meriah

Sambutan Hari Guru Sekolah Agama Integrasi Miftahuddin meriah


PARA pelajar dan guru agama yang menyertai Sambutan Hari Guru 2013 peringkat Sekolah Agama Integrasi Miftahuddin, Desa Pinggiran Putra di Kajang, Selangor baru-baru ini.


CERIA. Sekolah Agama Integrasi Miftahuddin, Desa Pinggiran Putra mengadakan Sambutan Hari Guru 2013 dalam suasana meriah dan ceria di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Perarakan mengiringi lima guru agama sekolah itu memasuki ke dalam dewan dimeriahkan dengan paluan kompang dan bunga manggar.

Sempena acara itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan melibatkan penyertaan pelajar sekolah dan guru agama.

Ketua guru agama, Ustazah Hamizah Mohd. Zaini berkata, sambutan hari guru di sekolah ini diadakan setiap tahun bagi memberi peluang kepada para pelajar menghargai jasa guru.

"Walaupun dibuat secara ringkas dan sederhana tetapi yang penting matlamat ke arah mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar dapat dicapai," katanya.

Beliau menyifatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sempena sambutan hari guru tahun ini amat membanggakan.

Pada majlis tersebut, para pelajar turut memberi cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada guru-guru mereka.

Bakat anjur program galakan membaca di Kem Wardieburn

Posted:

Bakat anjur program galakan membaca di Kem Wardieburn

Bakat anjur program galakan membaca di Kem Wardieburn


RUSNAH (tengah) membaca buku bersama kanak-kanak pada Program Membaca dan Karnival Jualan Buku di Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.


GALAK MEMBACA. Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) melancarkan program membaca yang dipanggil Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) pada Program Membaca dan Karnival Jualan Buku di Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat, Datin Seri Rusnah A. Rahman berkata, aktiviti membaca yang diadakan itu selaras dengan program yang digunakan di semua sekolah di Malaysia.

"Matlamatnya adalah untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan pelajar sekolah dan seterusnya boleh dijadikan amalan," katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat, Datin Seri Noor Akmar Yaacob, Naib Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat, Datin Seri Zaleha Md. Yusof dan Pengerusi Bakat 4 Divisyen, Datin Rohaya Baharuddin.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Juruwang didakwa curi RM504,000

Posted:

Juruwang didakwa curi RM504,000

Juruwang didakwa curi RM504,000

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

BANGUNAN Pasar Raya Econjaya di Kok Lanas, Kota Bharu.


KOTA BHARU – Seorang ketua juruwang wanita sebuah pasar raya dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan melakukan pecah amanah melibatkan wang tunai lebih RM500,000 yang merupakan hasil jualan Pasar Raya Econjaya (Kok Lanas) Sdn. Bhd. dekat sini sekitar Mac dan April tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Lee Goit Siau, 46, tidak mengaku bersalah semasa dihadapkan di depan Hakim Mohd. Yusuff Yunus.

Menurut pertuduhan, Goit Siau sebagai seorang yang diamanahkan untuk mengurus wang kutipan jualan pasar raya berkenaan didakwa melakukan jenayah pecah amanah iaitu menyalahgunakan wang berjumlah RM504,156.32.

Wanita dari Kok Lanas itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di pasar raya berkenaan yang terletak di Kilometer 27, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai antara 4 Mac hingga 18 April tahun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Brek kereta rosak ragut 4 nyawa

Posted:

Brek kereta rosak ragut 4 nyawa

Brek kereta rosak ragut 4 nyawa

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my


BEGINILAH keadaan kereta Perodua Viva yang remuk dalam nahas di MRR2 dekat susur Bukit Antarabangsa semalam.


AMPANG - Sepasang suami isteri merupakan antara empat individu yang maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran susur Bukit Antarabangsa di sini semalam.

Kemalangan pukul 5.30 petang itu mengakibatkan pemandu kereta, Hasbullah Abdul Ghani, 26, dan isterinya, Nurul Intan Syahida, 22, maut di tempat kejadian.

Turut maut ialah Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad, 28, dan Asma Ismail, 22.

Tengku Ahmad Faiz dan Asma merupakan sepupu Nurul Intan Syahida. Sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke kampung di Kuala Terengganu, Terengganu.

Difahamkan, salah seorang mangsa putus kepala. Kejadian itu juga mengakibatkan seorang penunggang motosikal cedera.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kemalangan dikatakan berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Satria yang turun dari Bukit Antarabangsa gagal mengawal kenderaannya selepas mengalami masalah brek sebelum terlajak ke MRR2.

Katanya, kereta itu kemudian merempuh kabel pembahagi jalan sebelum memasuki laluan menghala ke Gombak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pas Selangor bidas DAP

Posted:

Pas Selangor bidas DAP

Pas Selangor bidas DAP

Oleh ZULKIFLI MANZOR dan AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
berita@kosmo.com.my

SHAH ALAM – Pas Selangor membidas DAP, sekutunya dalam pakatan pembangkang negeri, kerana mempertikaikan agihan kerusi barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang dicadangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 17 Mei lalu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abd. Rani Osman berkata, Timbalan Pengerusi DAP negeri, Tony Pua tidak sepatutnya mempertikaikan cadangan yang dikemukakan Abdul Khalid tersebut dan mendakwa DAP perlu mendapat lebih wakil Exco berbanding Pas.

"Tidak perlu pertikai keputusan Menteri Besar Selangor kerana ia pilihan yang sahih dan sebarang pilihan yang dibuat oleh Abdul Khalid mesti diterima semua parti (dalam pakatan pembangkang).

"Kita perlu terima apa sahaja keputusan Menteri Besar Selangor buat masa ini kerana pada akhirnya ia memerlukan perkenan Sultan Selangor," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Tony Pua dalam sebuah portal berita semalam mempersoalkan cadangan agihan kerusi barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan mendakwa pakatan pembangkang negeri pada satu mesyuarat Khamis lalu bersetuju bahawa DAP mendapat empat tempat dalam Exco, manakala Pas memperoleh tiga serta boleh memilih jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia tumbang

Posted:

Malaysia tumbang

Malaysia tumbang

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

KIEN Keat (belakang) dan Boon Heong gagal menyumbang mata kemenangan skuad negara selepas tewas kepada beregu Taiwan pada aksi pembukaan peringkat Kumpulan C Kejohanan Badminton Piala Sudirman di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.


APA sudah jadi dengan skuad badminton negara? Taiwan pun tak mampu untuk diatasi pada aksi pembukaan peringkat Kumpulan C Kejohanan Badminton Piala Sudirman di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

Pada perlawanan tersebut, skuad negara tewas 2-3 kepada Taiwan, negara yang kurang terkenal dengan sukan badminton.

Untuk memburukkan lagi keadaan, beregu No. 3 dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong gagal menyumbang mata kemenangan selepas tewas kepada lawan mereka, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin 18-21, 18-21.

Kem Malaysia menaruh keyakinan kepada beregu utama negara itu untuk meraih mata keramat itu, tetapi gandingan Koo-Tan tidak mampu mengatasi lawan mereka itu yang turun buat kali pertama mewakili skuad negara mereka pada kejohanan berprestij itu.

Sebelum itu, Malaysia meraih dua mata menerusi kemenangan pemain perseorangan lelaki, Datuk Lee Chong Wei dan beregu campuran yang digalas Chan Peng Soon- Goh Liu Ying.

Chong Wei tidak menghadapi masalah untuk menjinakkan lawannya, Yang Chih Hsun 21-8, 21-13 untuk menghadiahkan mata pertama buat skuad negara.

Mata kedua pula diraih menerusi Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan Lu Ching Yao-Lai Chia Wen 25-23, 21-11 dalam tempoh 31 minit.

Kekalahan yang dialami Koo-Tan telah memberi tekanan kepada pemain perseorangan wanita negara, Sonia Cheah Su Ya untuk mencari mata kemenangan dan seperti dijangka, Sonia tewas kepada Tai Tzu Ying dengan keputusan 7-21, 13-21.

Mata kemenangan Taiwan diraih menerusi beregu wanita mereka, Chen Wen Hsing-Hsieh Pei Chen yang menewaskan pasangan negara, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei 21-17, 21-19.

Chong Wei selaku kapten skuad negara meminta agar semua pemain tidak cepat mengalah walaupun tewas pada perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Ujar Chong Wei, skuad negara harus bangkit pada aksi kedua Kumpulan C menentang Jerman esok bagi memastikan peluang Malaysia untuk melangkah ke peringkat separuh akhir tercapai.

"Saya memang tidak sangka Koo-Tan tewas pada perlawanan hari ini (semalam). Sonia pula mungkin berada dalam keadaan tertekan kerana diturunkan untuk kali pertama pada Piala Sudirman.

"Walaupun tewas, kita tidak boleh menyalahkan pemain, kami harus bersedia untuk menentang Jerman Selasa ini.

"Saya harap kami akan dapat meraih kemenangan ke atas Jerman sambil mengharapkan Taiwan tewas pada perlawanan kedua mereka nanti kepada Jerman.

"Esok (hari ini) tiada perlawanan, jadi kami boleh berehat dan menilai segala kelemahan yang berlaku pada perlawanan pertama hari ini (semalam)," jelas Chong Wei.

KLHC juara Piala TNB

Posted:

KLHC juara Piala TNB

KLHC juara Piala TNB

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


PARA pemain KLHC meraikan kejayaan mereka selepas muncul juara Piala TNB hasil kemenangan 2-1 ke atas TNB pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.


KELAB Hoki Kuala Lumpur (KLHC) berjaya menjulang trofi ke-13 Liga Hoki Malaysia (MHL) selepas mengalahkan musuh tradisi, Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2-1 pada perlawanan akhir Piala TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Kejayaan tersebut merupakan gelaran berganda ketiga berturut-turut buat skuad kendalian Muhd. Dhaarma Raj Abdullah itu yang turut menjuarai Liga Premier musim ini.

Sebelum ini, mereka memenangi gelaran berganda pada musim 2011 dan 2012, dan ironinya, kedua-dua kejayaan itu dilakar selepas menewaskan pasukan yang sama.

Bagi TNB pula, kekalahan ini sudah pasti amat pahit untuk ditelan selepas mereka sekali lagi dibayangi musuh ketat mereka itu dalam tiga kejuaraan musim ini iaitu dalam Piala Sumbangsih, Liga Premier dan Piala TNB.

Kedua-dua kelab tersebut masing-masing terikat dengan pencapaian 12 kejuaraan sebelum turun beraksi di final malam tadi, namun KLHC kini berjaya mengatasi kehebatan TNB yang lebih banyak mendominasi saingan MHL sejak diperkenalkan pada 1987.

Pada aksi semalam, TNB mendahului seawal minit kelima menerusi jaringan Amir Farid Ahmad Fuzi.

Begitupun KLHC bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Mohd. Syamim Mohd. Yusof pada minit ke- 15 sebelum Muhammad Imran muncul wira pasukannya dengan menjaringkan gol kemenangan menerusi pukulan penalti lima minit sebelum permainan tamat.

Sebagai juara, KLHC membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM70,000 manakala TNB pula meraih RM50,000 selaku naib juara.

Sapura pula memenangi RM40,000 untuk tempat ketiga selepas menewaskan Maybank 2-1 pada aksi penentuan ketiga/keempat kelmarin.

Maybank menerima habuan berjumlah RM30,000.

Saingan Piala Presiden pula, menyaksikan TNB Thunderbolts menerima hadiah wang tunai RM30,000 sebagai juara setelah menumpaskan UiTM 4-2 menerusi penentuan pukulan penalti pada satu lagi final petang semalam.

Selaku naib juara, UiTM membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.

Harimau Muda 'berwajah baharu'

Posted:

Harimau Muda 'berwajah baharu'

Harimau Muda 'berwajah baharu'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KIM SWEE (kiri) membayangkan akan memanggil beberapa pemain baharu untuk menyertai latihan skuad Harimau Muda.


BEBERAPA lagi pemain berpotensi dijangka mengikut jejak langkah penyerang muda Sarawak, Junior Eldstal 'berguru' bersama Harimau Muda di Slovakia pada masa terdekat.

Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa pemain daripada pasukan Liga Super dan Liga Premier untuk menjalani latihan bersama skuad muda negara selepas ini.

"Beberapa lagi pemain akan dipanggil mengikuti latihan sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2013 di Kazan, Rusia Julai depan," kata Kim Swee menerusi Twitter peribadinya kelmarin.

Bagaimanapun, Kim Swee tidak mendedahkan nama beberapa pemain berkenaan.

Semalam, Kosmo! melaporkan kenyataan jurulatih Sarawak, Robert Alberts yang mengesahkan Junior, 21, yang juga pemain kacukan Malaysia-Sweden akan menjalani latihan bersama Harimau Muda di Slovakia bermula Julai depan.

Untuk rekod, Harimau Muda masih gagal memburu kemenangan sulung sepanjang berguru di Eropah kali ini.

Siri ujian persahabatan itu merupakan medan pemanas badan skuad muda negara sepanjang berguru selama lima bulan di Eropah sebagai persiapan awal mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar penghujung tahun ini.

Selain tumpas 0-3 dan 0-4 kepada dua kelab Hungary, Kaposvari FC dan FGSZ Siofok, mereka juga tewas sebanyak dua kali dalam dua pertemuan dengan kelab Slovakia, MSK Zilina (1-4 dan 2-3) serta dibelasah 1-7 oleh skuad Bawah 21 tahun (B-21) Georgia.

Terbaharu, skuad muda negara juga tumpas 0-2 kepada kelab Divisyen Satu Slovakia, Nitra FC baru-baru ini.

Selain itu, taring Harimau Muda juga tampak tumpul apabila sekadar melakar keputusan seri 1-1 dengan skuad B-19 Slovakia serta terikat tanpa jaringan ketika berdepan skuad B-19 Norway sebelum ini.

Selain dijadualkan mengharungi Pestabola Merdeka, Ogos depan, Harimau Muda juga membawa cabaran negara dalam temasya Universiade 2013 di Kazan dari 6 hingga 17 Julai depan dan hanya kembali ke tanah air sebelum Aidilfitri.

Ketika ini, anak-anak buah Kim Swee hanya menjalani latihan intensif selama dua minggu di Slovakia sebelum bertolak ke Republik Czech bagi mengharungi beberapa lagi aksi persahabatan di sana.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Buah tangan dari Madinah

Posted:

Buah tangan dari Madinah

Buah tangan dari Madinah

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

RAUZAH dan Muhd. Kamil dengan buku masing-masing yang dihasilkan sepanjang hampir dua tahun berkelana di Madinah.


SEWAKTU berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 pada 26 April hingga 5 Mei lalu, buku Anekdot Madinah: Benar Dia Maha Mendengar dan Aroma Antara Benua terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengunjung.

Karya yang dihasilkan oleh Prof. Muhd. Kamil Ibrahim dan isterinya, Raudzah Roslan itu sebenarnya baru sahaja diterbitkan dan dijual buat kali pertama dalam acara tahunan yang berprestij itu.

Anekdot Madinah: Benar Dia Maha Mendengar merupakan nukilan Muhd. Kamil mengenai pengalaman beliau sepanjang berada di Madinah sejak September 2011. Buku itu menceritakan tentang kebesaran Allah yang tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya di bumi penuh keberkatan itu.

Air tangan

Buku Aroma Antara Benua pula memaparkan koleksi resipi air tangan Raudzah. Ia dilengkapi catatan peristiwa yang dilalui sewaktu berkelana di beberapa negara semata-mata mengikut suami tercinta.

"Kami berharap semoga penulisan buku ini menjadi ilmu yang bermanfaat kepada khalayak pembaca," kata Muhd. Kamil yang berhijrah ke Madinah pada selepas ditawarkan menjadi Profesor Perakaunan di Universiti Taibah.

Bekas Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Johor itu memberitahu, menulis sudah menjadi sebahagian daripada kehidupannya dan isteri sepanjang berada di Madinah.

"Kami menulis sepanjang masa dan ia merupakan rutin harian. Jika tidak menulis buku, kami akan menulis artikel di blog.

"Sehubungan itu, kami mempunyai dua hingga tiga manuskrip serentak. Namun, apabila kami membuat keputusan untuk menghantar kedua-dua manuskrip ini, ia mengambil masa sekitar dua bulan untuk disiapkan sepenuhnya," ujar beliau melalui e-mel.

Menyentuh tentang cabaran yang dihadapi dalam menyiapkan kedua-dua karya tersebut, Roza memberitahu, buku Aroma Antara Benua lebih sukar berbanding Anekdot Madinah: Benar Dia Maha Mendengar.

"Buku yang berkonsep resipi ini memerlukan foto makanan yang berkualiti. Kami tiada studio. Jadi, setiap hari saya menunggu cahaya matahari memasuki tingkap rumah agar mendapat penataan cahaya semula jadi.

"Saya pula tidak dilatih untuk mengambil gambar. Tetapi, Alhamdulillah itulah hasilnya seperti yang boleh dilihat dalam buku tersebut," ujar Roza.

Bagi Muhd. Kamil pula, beliau melihat buku Anekdot Madinah: Benar Dia Maha Mendengar sebagai sebahagian laluan kehidupan peribadi.

"Foto-foto yang ada pula, hanyalah menggunakan kamera telefon bimbit. Itulah yang mampu saya lakukan," katanya.


KEDUA-DUA buku terbaharu ini terhasil daripada rutin harian Rauzah dan Muhd. Kamil.


Berkongsi tip

Sehingga kini, Muhd. Kamil telah mempunyai koleksi buku penulisan tersendiri. Antaranya ialah Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (2007), PhD Kecil Tapi Signifikan, Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (2008), 50 Tip Motivasi Haji (2011) dan Bersyukur Saat Diuji (2012).

Sementara Roza pula tampil dengan buku-buku bertajuk Travelog Cinta Abadi, Travelog Impian Abadi dan Travelog Kehidupan Abadi.

Dalam pada itu, Muhd. Kamil turut menitipkan beberapa nasihat buat mereka yang mahu terlibat dalam dunia penulisan.

"Pertama, menulislah kerana Allah. Kedua, mohonlah kepada-Nya supaya diberi ilham dalam menghasilkan penulisan yang baik.

"Sepanjang kita menulis jangan lupa bangun solat malam, bertahajud dan bermunajat agar apa yang ditulis adalah berdasarkan ilham yang benar. Selain itu, sentiasa berdoa supaya khalayak dapat memahami apa yang kita persembahkan. Ilmu itu anugerah Allah. Allah memberi ilmu kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Kita hanyalah bala tenteranya," ungkap beliau penuh berhemah.

Mengulas mengenai perkembangan buku-buku dan novel berkonsep Islamik di Malaysia, Muhd. Kamil mempunyai pandangan tersendiri.

"Jika ia dilakukan semata-mata kerana Allah, insya-Allah, ia akan menyerap ke hati sekali gus menjadi alat dakwah yang berkesan. Jika tidak, ia hanya satu jenama seumpama produk-produk lain di pasaran.

"Penulis yang tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, pembaca akan membaca sebagai satu tabiat mengisi masa lapang dan lebih parah ia hanya tebuk-tebuk di sana sini. Malah, ada jalan ceritanya tidak memenuhi syariah. Ia hanya label di kulit buku sebagai alat mencapai keuntungan.

"Bagaimanapun, kami berdoa agar ia benar-benar membawa mereka yang terlibat sama ada penulis mahupun pembaca hampir kepada-Nya," tutur beliau.

Malaysia dalam peta muzik dunia

Posted:

Malaysia dalam peta muzik dunia

Malaysia dalam peta muzik dunia

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


BEKAS Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen (kanan) bersama Iqbal ketika merasmikan Festival Future Music Asia 2013 di Sepang baru-baru ini.


SEJAK lima tahun kebelakangan ini, Malaysia melakar nama dalam peta muzik dunia apabila menjadi tumpuan penggiat muzik terkemuka untuk mengadakan konsert.

Baru-baru ini, Malaysia menjadi tumpuan peminat muzik dari serata dunia yang berkampung selama dua hari di Litar Antarabangsa Sepang bagi menyaksikan penyanyi kesayangan mereka beraksi di Festival Future Music Asia (FFMA) 2013.

Festival kali kedua dianjurkan itu disertai lebih 20 pemuzik terkenal dunia yang beraksi selama dua malam berturut-turut iaitu pada 15 dan 16 Mac lalu. Penganjuran kali pertama adalah pada tahun lalu.

Acara tersebut yang membabitkan kos penganjuran sebanyak RM10 juta berjaya menarik kira-kira 45,000 pengunjung termasuk lebih 13,000 orang pelancong antarabangsa.

"Pencapaian ini sesuatu yang membanggakan kerana Malaysia berjaya menganjurkan acara muzik bertaraf antarabangsa.

"Secara tidak langsung, ia dapat mempromosikan negara kita kepada masyarakat dunia," ujar Pengarah Livescape Asia, Iqbal Ameer yang berperanan sebagai penganjur bersama acara itu.

Antara artis terkenal yang beraksi di FMFA ialah PSY, The Prodigy, Bloc Party, Rita Ora, The Temper Trap, Fun, Kill The Noise, Zeds Dead, Angger Dimas dan Sidney Samson.

Seorang penonton, Siti Xaviera Rasha Darmawan, 19, nyata bertuah apabila memenangi dua tiket menyaksikan persembahan tersebut setelah menyertai peraduan kelolaan MTV Asia, Indonesia.

Kemenangan itu membawanya terbang sejauh 1,150 kilometer buat kali pertama dari Jakarta ke Kuala Lumpur.

"Saya sangat teruja dapat datang ke Malaysia kerana segala-galanya ada di sini. Muzik, beli-belah, makanan lazat dan rakyatnya yang mesra.

"Aliran muzik dan penyanyi Malaysia juga mudah diterima di Indonesia terutamanya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin," katanya yang ditemani rakannya, Aprilia Utami Setya Vijoyo, 19.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Empat maut dalam kemalangan di MRR2

Posted:

Empat maut dalam kemalangan di MRR2

Empat maut dalam kemalangan di MRR2

19/05/2013 9:54pm

KUALA LUMPUR - Empat maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bukit Antarabangsa, di sini hari ini.

Jurucakap polis trafik berkata dua lelaki dan dua wanita yang menaiki kereta Perodua Viva mati di tempat kejadian apabila kereta mereka dilanggar dua kereta lain.

Beliau berkata kemalangan pada pukul 5.30 petang itu melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa mengalami kegagalan brek menyebabkan kereta yang melalui laluan MRR2 menuju ke Ampang terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan MRR2 arah Hulu Klang.

Jurucakap itu berkata Proton Satria itu dipercayai melanggar sebuah Perodua Viva yang dinaiki empat orang.

Seterusnya, Perodua Viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang, katanya.

Seorang penunggang motosikal turut terbabit dalam kemalangan itu, cedera dan dirawat di Hospital Ampang. - Bernama

Pasukan khas untuk teliti pemusnahan hutan - Palanivel

Posted:

Pasukan khas untuk teliti pemusnahan hutan - Palanivel

Pasukan khas untuk teliti pemusnahan hutan - Palanivel

19/05/2013 8:44pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan bekerjasama dengan kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas bagi melihat isu pemusnahan hutan dan cerun bukit di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri G. Palanivel berkata kegiatan pemusnahan hutan yang berleluasa di Cameron Highlands dan kawasan lain termasuk di Sabah dan Sarawak harus dihentikan.

"Isu alam sekitar di Cameron Highlands perlu perhatian segera dan harus dijaga. Pemusnahan hutan dan bukit telah menjadi masalah besar," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Palanivel mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai penerokaan hutan secara haram yang berleluasa di Cameron Highlands.

Beliau berkata akibat pemusnahan cerun bukit, kualiti air turut merosot selain sering berlaku tanah runtuh dan hakisan tanah.

"Ramai penduduk terjejas kerana mereka bergantung kepada sungai yang menjadi sumber air mereka. Banyak perkampungan Orang Asli juga bergantung kepada sungai sebagai sumber air," katanya.

Menurut Palanivel kementeriannya mempunyai beberapa rancangan untuk menyelamatkan hutan serta cerun bukit sebagai langkah pencegahan, dan beliau akan memastikan rancangan terbabit dilaksana. - Bernama

Raja Perlis mahu agenda perpaduan diperkukuh

Posted:

Raja Perlis mahu agenda perpaduan diperkukuh

Raja Perlis mahu agenda perpaduan diperkukuh

19/05/2013 8:43pm

KANGAR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu rakyat meneruskan agenda memperkukuhkan semula ikatan perpaduan yang tercalar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Baginda bimbang melihat senario ketaksuban pemimpin politik tertentu terhadap parti sehingga sanggup mengabaikan kepentingan memelihara keharmonian kaum.

"Bersatu padulah antara kaum ... Melayu sama Melayu pun bergaduh," titah baginda pada majlis Jamuan Teh Kasih Rakyat Menjunjung Daulat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-70 di Bukit Ketri dekat sini hari ini.

Menurut baginda, PRU13 sudah berlalu dan tercatat dalam sejarah, sedangkan kerajaan yang terbentuk hasil proses demokrasi perlu disokong dan agenda memperkukuhkan perpaduan harus dipertahan.

Tuanku Syed Sirajuddin juga berharap rakyat menyokong kerajaan yang dipilih bagi meneruskan misi dan visi negara dan negeri termasuk Wawasan 2020 dan Perlis Maju 2015.

"Tanpa sokongan 100 peratus kepada kerajaan, ia menyukarkan pencapaian wawasan negara dan negeri," titah baginda.

Pada majlis itu, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid menyampaikan bantuan berjumlah lebih RM1 juta kepada 33 penerima termasuk bakal usahawan, golongan miskin dan anak-anak yatim.

Sementara itu, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Bakri Ibni, 59, dikurniakan Pingat Cemerlang Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan menerima sumbangan wang tunai RM2,000 serta sijil yang disampaikan Raja Perlis.

Tokoh bola sepak itu dipilih kerana jasa besar beliau terhadap pembangunan bola sepak negara dan negeri Perlis.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar Perlis, Azlan Man. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Video datuk bandar hisap kokain cetus kemarahan

Posted:

Video datuk bandar hisap kokain cetus kemarahan

Video datuk bandar hisap kokain cetus kemarahan

DATUK Bandar Toronto, Rob Ford diserbu oleh sekumpulan wartawan di luar pejabatnya di Toronto, Kanada selepas video yang mendakwa dia menghisap kokain tersebar.


TORONTO, Kanada - Satu klip video yang didakwa menunjukkan Datuk Bandar Toronto, Rob Ford menghisap dadah jenis kokain mencetuskan kemarahan orang ramai di negara ini.

Video itu bagaimanapun tidak disiarkan secara meluas. Jadi agak sukar untuk memastikan ketulenannya.

Laman web gosip, Gawker dan akhbar The Toronto Star melaporkan video itu dirakam oleh seorang lelaki yang mendakwa dia menjual kokain kepada Ford.

Ford menyifatkan tuduhan itu sebagai merepek. Dia kemudian membuat komen sama sebanyak dua kali di luar pejabatnya dan menambah 'ada berita lain yang dimahukan oleh Toronto Star daripadanya'.

Jurucakap polis Toronto, Mark Pugash memberitahu pihaknya memantau rapat perkembangan situasi terbabit.

Toronto Star menyatakan dua orang wartawannya menonton satu klip video yang menunjukkan Ford duduk di atas sebuah kerusi dan menyedut sesuatu daripada botol kaca. Akhbar itu turut menuduh Ford membuat kenyataan antigay kepada pemimpin Liberal, Justin Trudeau.

Timbalan Datuk Bandar Toronto, Doug Holyday mempersoalkan ketulenan video itu sambil menyatakan video boleh diubah dan pengedar dadah tidak boleh dipercayai. - AP

Seorang maut dalam ketegangan agama di Iskandariah

Posted:

Seorang maut dalam ketegangan agama di Iskandariah

Seorang maut dalam ketegangan agama di Iskandariah

ISKANDARIAH - Seorang maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam pertempuran di antara penganut Kristian dan Islam lewat Jumaat lalu di luar sebuah gereja koptik di sini, lapor akhbar al-Ahram.

Pergaduhan yang bermula di antara dua remaja lelaki, seorang beragama Kristian dan seorang penganut Islam bertukar menjadi persengketaan keluarga, sebelum mencetuskan pertempuran di wilayah barat Iskandariah.

Kedua-dua belah pihak membaling bom api di antara satu sama lain, membuatkan pihak berkuasa terpaksa masuk campur dan mengosongkan kawasan sekitar gereja terbabit.

Polis telah menahan lapan orang suspek selepas dua jam pergaduhan berlaku. Sejak bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak digulingkan pada tahun 2011, ketegangan agama di antara penganut Kristian dan Islam kian memuncak.

Penganut Kristian mewakili sepuluh peratus daripada 84 juta penduduk Mesir. - Reuters

Laman web kerajaan Arab Saudi digodam

Posted:

Laman web kerajaan Arab Saudi digodam

Laman web kerajaan Arab Saudi digodam


ARAB Saudi telah menubuhkan satu inkuiri khas untuk menangani masalah serangan siber dan mengurangkan impaknya terhadap perkhidmatan internet.


RIYADH - Beberapa buah laman web kerajaan Arab Saudi telah digodam secara serentak, jelas jurucakap kerajaan yang kaya dengan minyak itu pada Jumaat.

Antara laman web yang digodam adalah laman web milik Kementerian Dalam Negeri. Laman web tersebut tidak dapat diakses selama sejam pada Rabu minggu lalu selepas menjadi sasaran serangan siber daripada beratus-ratus alamat IP dari beberapa buah negara berbeza.

Pusat Kawalan Informasi Arab Saudi dikatakan telah memulakan inkuiri tentang bagaimana untuk menangani serangan seperti ini dan mengurangkan impaknya ke atas perkhidmatan dalam talian.

Pada Ogos tahun lalu, syarikat gergasi minyak Arab Saudi, Aramco turut menjadi sasaran serangan siber yang bertujuan mengganggu proses pengeluaran minyaknya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

Posted:

Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

BAYI yang dijaga oleh kedua-dua ibu bapa lebih pintar semasa membesar. - Gambar hiasan.


ZURIAT yang dijaga oleh kedua-dua ibu bapa lebih pintar berbanding hanya ibu atau bapanya sahaja.

Penemuan ini berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh sekumpulan pakar dari Universiti Calgary, Kanada ke atas tikus makmal.

Menurut ketua penyelidik, Dr. Samuel Weiss, sel otak anak tikus makmal yang dijaga kedua-dua induknya lebih cepat berkembang berbanding jika dijaga oleh salah satu induk haiwan tersebut.

"Semasa masih kecil, haiwan ini mendapat lebih perhatian termasuk soal kesihatan. Perasaan sayang ini menjadi faktor terbesar yang membantu tahap kecerdasan," terang Weiss.

Dalam jangka masa panjang, ia membantu kestabilan anak tikus itu. Namun, ujian ini belum terbukti terhadap manusia dan ia memerlukan penyelidikan lanjut.

Pelajar hidap hipertensi lebih bijak di sekolah

Posted:

Pelajar hidap hipertensi lebih bijak di sekolah

Pelajar hidap hipertensi lebih bijak di sekolah


SESETENGAH pelajar menghidap hipertensi akibat tekanan untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.


TEKANAN darah tinggi atau hipertensi bukan sahaja dialami oleh golongan dewasa bahkan remaja.

Namun, remaja yang menghidap penyakit ini didakwa lebih bijak serta pintar di sekolah berbanding rakan sebaya yang normal.

Ini berdasarkan penyelidikan sekumpulan pakar perubatan di Universiti Gottingen, Jerman terhadap 7,688 remaja lelaki dan wanita yang berusia antara 11 hingga 17 tahun.

Sebanyak 11 peratus responden menderita tekanan darah tinggi.

Pelajar sekolah yang menghidap hipertensi lebih aktif dalam olahraga dan semasa di dalam kelas.

Terdapat satu teori mengatakan kepintaran mereka didorong tekanan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sehingga mereka mendapat penyakit tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Luna Maya gemar berimaginasi

Posted:

Luna Maya gemar berimaginasi

Luna Maya gemar berimaginasi

SUKAR untuk membersihkan nama Luna Maya yang teruk dinodai sensasi. Wanita genit itu terpaksa berhadapan hakikat bahawa dia adalah bekas kekasih penyanyi Ariel daripada kumpulan Peterpan.

Sejak tiga tahun lepas, namanya bagai pelaris industri hiburan tetapi itu semua banyak dipanaskan oleh satu klip video seks yang didakwa dilakonkan oleh Luna dan Ariel.

Acap kali kisah kehidupan peribadinya disuluh tanpa belas kasihan. Mungkin dia sudah lali melaluinya, Luna sahih menjadi simbol sensasi tahun 2008.

Namun kedatangan Luna di Kuala Lumpur kali ini bukanlah untuk mengusung sensasi. Lebih daripada itu, wanita dengan nama penuh Luna Maya Sugeng itu membawa sesuatu yang lebih besar. Dia duduk di kerusi sutradara, sesuatu yang sudah lama diimpikan berada dalam portfolio kerjaya seninya.

Mata pengarah

"Saya jenis orang yang gemar berimaginasi. Suka bermimpi. Saya memang penggemar filem sejak kecil. Namun sejak lima tahun lalu saya sudah melihat filem dari kaca mata pengarah. Sebelum ini hanya sekadar hiburan dan sebuah sekolah. Filem buat saya adalah sebuah wawasan. Melihat bahawa di sebalik dunia lain di luar sana ada cerita-cerita yang pelbagai," ujar pengarah filem Pintu Harmonika yang bakal disiarkan secara eksklusif serentak di Indonesia dan saluran Astro First pada 23 Mei ini.

Bukan hanya menjadi tukang arah (seperti kata Luna) namun wanita berusia 29 tahun ini juga menjadi produser bersama untuk filem yang menghimpun Fauzan Nasrul, Barry Prima, Jenny Chang dan Karina Salim sebagai pelakon.

Filem Pintu Harmonika adunan Luna Maya, Sigi Wimala dan Ilya Sigma itu berkisar tiga kisah yang dialami oleh individu berbeza dalam menghadapi konflik hidup. Berlatarbelakangkan kawasan kejiranan rumah kedai yang serba sederhana, watak-watak ini berkongsi pengalaman dalam tiga genre berbeza. Ada drama, komedi romantik dan seram.

Bukan baharu bersekolah sebagai seorang sutradara, namun aktiviti ini sudah dimulakan Luna dengan mengarah klip video beberapa penyanyi Indonesia dan filem pendek. Namun untuk sebuah filem berskala besar, Luna mengaku dihujani serba serbi rasa, gembira dan gemuruh.

"Dulu sebagai pelakon tidak banyak yang boleh saya suarakan. Berbeza dengan sekarang, saya boleh keluarkan apa yang berada dalam fikiran," ketawanya yang mengaku lebih sukakan visual berbanding pembacaan.

Dia nyata berani keluar dengan sebuah produk yang besar. Dibantu pihak Malka Pictures selaku penerbit, Luna akur dengan industri perfileman Indonesia yang lebih banyak mendukung filem luar negara berbanding produk tanah air. Namun dia keluar dengan sebuah produk yang diyakininya.

Pintu Luna Maya

Di sebalik mempromosikan filem Pintu Harmonika yang membawakan tema kekeluargaan dan mengangkat ayat 'di balik setiap pintu selalu ada cerita,' Luna juga sedar dia turut bakal diajukan soalan-soalan bersifat peribadi.

Sewaktu ditanyakan berapa banyak pintu yang dilalui dalam cerita sebagai selebriti, dia ketawa, mengangguk dan menjawab:

"Terlalu banyak. Saya tidak mencuba untuk kedengaran sebagai Muslim yang warak tetapi benar bahawa semua kekuatan datang daripada Allah."

Tambah Luna, dia percaya bahawa walaupun berada di kedudukan paling buruk namun Tuhan tidak akan meninggalkan hambanya terkapai-kapai.

Sering diasak dengan kisah peribadi yang mengoyak tirai privasi, Luna mengaku pernah menutup sekejap kehidupannya dengan lebih memberi fokus kepada perkara yang perlu.

BEKAS kekasih Ariel Noah ini mengaku kehadiran lelaki penting dalam hidupnya. Dia mengimpikan seorang lelaki yang mampu menjadi imam buat keluarga.


"Saya fikir kehidupan ini tidak akan terus dihambat rasa tidak gembira. Jika tidak merasa kesulitan, kita tidak akan belajar tentang sukses dan sebaliknya. Itu manusiawi. Semua kehidupan ada masalah sama ada skala kecil atau besar. Yang penting ialah bagaimana cara kita mengendalikannya. Kalau kita lari daripada masalah, ia tidak akan selesai," ulas Luna tentang pasang surut menjadi selebriti yang menjadikannya lebih matang kini.

Dia turut mengaku menjalani peningkatan kehidupan apabila berdepan dengan masalah. Namun dahulu, dia mengaku tidak pandai menyatakan perkataan 'tidak' semata-mata untuk menjaga hati orang di sekelilingnya.

Kini dia belajar mengendalikan hidup dengan lebih santai dalam menghadapi kerja kerana kerja baginya tidak akan pernah selesai. Dia juga belajar bahawa rezeki tidak akan dapat diputuskan oleh manusia.

"Saya muhasabah diri. Buat filem dan menjalani proses itu. Saya juga tidak takut gagal kerana tanpa kegagalan kita tidak akan belajar erti kejayaan. Saya tidak risau kalau tidak berlakon lagi kerana tubuh dan panca indera saya masih berfungsi. Masalah bukanlah penghujung dunia," ulas Luna dalam bahasa tersirat tentang dirinya yang sering diusik kontroversi dan sensasi hidup.

Cari imam

"Di Indonesia, pihak media selalu membesarkan sesuatu. Awalnya saya tidak dapat menerima kerana saya hadir dalam bidang ini bukan kerana mahu popular. Saya mahu berseni. Dunia ini terlalu besar untuk dijelajahi.

"Yang penting harus belajar dan bukan pura-pura tahu," ujarnya sambil memberitahu bahawa ayahnya seorang pelukis dan pemuzik manakala ibunya pula pengusaha fesyen.

Dalam rancak Luna membicarakan tentang skop pandangannya terhadap dunia seni, sepatah perkataan membuatkan dia terdiam sebentar.

Dia diajukan soal cinta. Khalayak tahu dia dahulu pernah mengikat cinta dengan penyanyi terkenal yang kini muka depan bagi kumpulan Noah. Siapa lagi kalau bukan Ariel.

"Cinta? Tidak perlu terburu-buru. Saya sekarang sedang seronok menjalani hidup dengan rakan-rakan dan famili," senyumnya cantik tidak menjawab secara tepat.

Diajukan lagi tentang keperluan seorang lelaki dalam hidupnya, dia senyum lagi sebelum menyambung bicara akhir.

"Lelaki penting. Satu hari nanti saya pasti mahu bersama seorang lelaki yang menjadi imam buat keluarga saya. Tetapi kalau ditanya bila, saya juga belum tahu," ujarnya menutup perbualan dengan topik yang mungkin mengusik hati wanitanya.

Afiq biarkan kekasih selar ibu

Posted:

Afiq biarkan kekasih selar ibu

Afiq biarkan kekasih selar ibu


EINA AZMAN (kanan) mahu ibu Afiq memohon maaf kepadanya.


DRAMA Melayu tanah air sudah terlalu kerap memaparkan pergaduhan di antara anak dengan ibu bapa ataupun dalam kalangan ahli keluarga yang lain. Di luar tabir drama mahupun filem fiksyen itu, para artis tanah air sendiri tidak kurang hebatnya mempamerkan episod pergaduhan mereka bersama ahli keluarga termasuklah bersama ibu bapa sendiri.

Sekitar tahun 1980-an dahulu, Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini sendiri mempunyai rekod bergaduh dengan ibu kandungnya sendiri sehingga berlaku kes saman-menyaman di mahkamah. Persada hiburan tanah air juga pernah dihebohkan dengan kes saman yang difailkan oleh bapa kandung Nasha Aziz kepada pelakon serta peragawati popular itu pada tahun 2004. Kes pergaduhan antara Nasha bersama bapa kandungnya, Abdul Aziz Mohd. Ali berlanjutan sehingga tahun 2009.

Seorang lagi pelakon tanah air yang terjebak dengan pergaduhan dengan bapa sendiri ialah Wan Nor Azlin yang disaman oleh bapanya Wan Mohd. Husain Wan Ibrahim, 76. Dramatis itu disaman oleh bapa sendiri pada 5 Februari lalu kerana didakwa menghalang bapanya daripada menjual hartanah dan enggan keluar dari sebuah rumah milik bapanya di Taman Sri Keramat.

Pada 20 Mac lalu, pelakon yang pernah menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Sri Angkasa 2001 menerusi itu pula memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman berkenaan.

Tidak hanya Wan Nor Azlin dan Nasha, tidak lama dahulu penyanyi popular Ning Baizura juga pernah berdepan episod perang dingin selama 10 tahun dengan bapanya sendiri, Sheikh Hamzah Sheikh Muhammed, namun semua itu pulih apabila Ning sendiri sudah berubah dan menyesali peristiwa lalu.

Sebelum ini, peminat industri hiburan juga sedia maklum dengan pergaduhan antara pengarah muda, Syamsul Yusof dengan bapanya, Datuk Yusof Haslam manakala Siti Fazurina berperang dingin dengan ibu kandungnya. Itu antara sedutan kepada beberapa kes pergaduhan di antara artis bersama ibu atau bapa yang sampai ke pengetahuan semua.

Terbaharu, pelakon yang sedang meningkat naik Afiq Muiz, 21, memasuki senarai panas gara-gara pengakuan ibu kandungnya, Hasliza Mohd., 48, membuka pekung yang tersimpan di dada. Luahan Hasliza bersulam kekecewaan yang sudah tidak mampu ditahan lantaran memikirkan anak yang selama ini mendengar kata, tiba-tiba berubah sikap.

IBU Afiq Muiz, Hasliza Mohd.


Di mata ibunya, Afiq bukan lagi Afiq yang pernah hidup susah dan ringan tulang membantu ibunya berniaga burger demi sesuap nasi. Malangnya, rayuan seorang ibu dibalas si anak dengan sebuah penafian secara terbuka.

Dia memanggil sebuah sidang media tergempar untuk membersihkan nama. Tidak cukup seorang diri, pelakon baru naik yang dikaitkan sebagai kekasihnya, Eina Azman, 18, turut berkompromi memulangkan paku buah keras kepada si ibu yang sedang berdukacita.

"Saya tidak keluar rumah dan tidak pernah buang keluarga tetapi Umi (ibu) yang halau saya keluar dari rumah.

"Saya juga tidak tahu apa motif Umi cakap saya anak derhaka, apa salah saya? Umi (ibu) sudah tidak sayangkan saya lagi," jelas Afiq menafikan kata-kata ibunya yang menyifatkan Afiq sudah membuang keluarga.

Terdahulu ibu Afiq, Hasliza mendakwa Afiq sudah berubah menjadi panas baran, biadap dan hilang perasaan sayang kepada adik-adiknya.

"Saya tidak tahu adakah tindakan membuat kenyataan kepada media itu akan memulihkan kami sekeluarga atau menjauhkan lagi hubungan saya dan Afiq.

"Tetapi rasanya inilah saja cara untuk Afiq membuka mata dan hati bahawa apa yang dilakukannya sekarang adalah salah. Dia menderhaka terhadap ibunya. Afiq cukup penyayang orangnya tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu," demikian kata Hasliza dalam satu portal berita.

Seperti kata ibunya, sama ada tindakan bertemu media itu akan memulihkan hubungan mereka sekeluarga atau menjarakkan lagi jurang kasih sayang mereka, semua tahu bahawa Afiq tetap dengan pendiriannya. Ditambah pula dengan sokongan yang ditunjukkan oleh wanita yang paling baik dengannya iaitu Eina Azman, bara antara Afiq dan ibu nampak kian marak.

Afiq turut menggunakan saluran media meminta ibunya supaya berhenti memburuk-burukkan namanya dan Eina. Begitu juga dengan Eina yang memberi amaran agar ibu kandung Afiq itu memohon maaf daripadanya dalam tempoh tujuh hari selepas Isnin lalu.

Sidang media yang sepatutnya menjadi medan hebahan acara seni itu bertukar menjadi mahkamah kepada pertelingkahan anak beranak.

Seperti hukum di antara peniaga dengan pembeli, pembeli tetap raja. Kisah Afiq dan ibunya juga begitu, anak tetap anak dan syurga seorang anak itu di bawah telapak kaki ibunya.

Shahrizal Jaszle zip mulut

Posted:

Shahrizal Jaszle zip mulut

Shahrizal Jaszle zip mulut

REDZWANI PUTERI (kiri) bukan wanita yang ditangkap bersama Shahrizal.


SAAT berita pelakon popular Shahrizal Jaszle ditangkap khalwat pagi Khamis lalu tersebar dalam blog-blog dan media cetak, tunangnya, Redzwani Puteri masih mampu tenang tanpa reaksi gundah.

Tiada resah yang melingkar di jiwa, sebaliknya Redzwani Puteri yang lebih mesra dibahasakan Wani itu hanya meluahkan rasa terkejut. Katanya, dia masih sangsi terhadap kesahihan khabar yang diterimanya walaupun perkara itu sudah pun disahkan sendiri oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media pada petang Khamis lalu.

"Saya sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang berita itu. Rasa seperti tidak percaya pun ada kerana pada petang Rabu iaitu sebelum dia ditangkap khalwat, ayahnya ada menelefon saya bertanya khabar dan dia beritahu ketika itu Shah ada di rumah.

"Sebenarnya saya pun tak sempat lagi berjumpa apatah lagi bercakap dengannya. Cuma saya sempat telefon dia malam semalam ketika dia sedang tidur dan dia hanya beritahu berita itu tidak benar," kata Redzwani kepada sebuah portal hiburan pagi Jumaat lalu.

Redzwani turut mengesahkan bahawa dia bukanlah wanita yang ditangkap bersama Shahrizal di Apartmen Taman Sri Subang pada pukul 3.30 pagi, Khamis lalu. Pada waktu kejadian Wani yang bekerja sebagai doktor pelatih itu berada di kediamannya di Klang berdekatan dengan tempat dia bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.

Mengikut perancangan asal, Redzwani dan Shahrizal yang mengikat tali pertunangan pada 8 Disember lalu berhasrat untuk bernikah menjelang hujung tahun nanti.

Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin dalam kenyataan menyebut, serbuan dilakukan di apartmen tersebut setelah mendapat aduan daripada orang awam. Shahrizal ditahan berdasarkan Syeksen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 iaitu lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya dan sebaliknya.

Jika disabitkan bersalah, Shahrizal boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sensasi Bintang cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Shahrizal berhubung kenyataan akhbar JAIS bagaimanapun dia tidak memberi sebarang respons.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved