Rabu, 15 Mei 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Mampu jadi fenomena

Posted:

Mampu jadi fenomena

Mampu jadi fenomena

MERUJUK kepada perkembangan dunia perfileman tempatan ketika ini, ternyata filem bercorak Islamik atau berunsur Islam agak kurang mendapat sambutan penonton.

Biasanya, penonton akan lebih memilih kepada filem-filem yang bergenre cinta, aksi, komedi atau seram apabila pergi menonton sesebuah filem di pawagam.

Ia dibuktikan berdasarkan kutipan untuk tayangan keempat-empat genre filem tersebut yang biasanya mendapat kutipan yang tinggi, manakala filem bercorak Islamik pula seolah-olah dipandang sepi oleh penonton.

Mengulas mengenai penerimaan terhadap filem-filem bercorak sedemikian, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Azhari Zain berkata, filem Islamik sebenarnya mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Menurut Azhari, untuk memberi gambaran sesuatu filem itu diterima atau tidak oleh masyarakat, ia tidak sepatutnya dinilai berdasarkan kepada kutipan tiket di pawagam semata-mata.

"Saya berpendapat bahawa penonton filem bercorak Islamik ini mempunyai kelompok peminat yang tersendiri, misalnya golongan ustaz dan ustazah atau mereka yang lebih cenderung kepada agama.

"Sebelum ini saya sudah menjadi pengarah kepada tiga buah filem Islamik seperti 99 Kali Rindu, 7 Petala Cinta dan Salam Cinta.

"Ternyata ada beberapa orang ustaz yang menghubungi saya dan memberi maklum balas positif," jelasnya yang juga merupakan seorang pensyarah.

Ujar Azhari, biarpun filem-filem sedemikian kurang meraih sambutan di pawagam, tetapi ia akan meraih banyak tontonan apabila ditayangkan di Astro First atau menerusi penjualan cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD).

Menurutnya, situasi tersebut terjadi kerana wujud golongan penonton yang meminati filem-filem genre Islamik kurang gemar memilih panggung wayang untuk menonton filem dan lebih suka jika menonton di kaca televisyen di rumah bersama ahli keluarga.

"Bayangkan jika ada golongan ustaz yang pergi ke panggung wayang dengan memakai kopiah atau songkok. Sudah tentu akan ada segelintir pihak yang berasa agak pelik sehingga mewujudkan pandangan skeptikal.

"Jadi, langkah yang terbaik ialah dengan menonton sahaja di rumah dengan melanggan filem yang ingin ditonton menerusi Astro First atau membeli VCD dan DVD sahaja," ujarnya.


SYAMSUL dan Liyana Jasmay dalam satu babak filem Khurafat.


Ketika ditanya tentang perkembangan filem-filem Islamik ini pada masa akan datang, Azhari meluahkan keyakinannya bahawa filem sedemikian mempunyai masa depan yang cerah.

Ujarnya, tidak mustahil penerbitan filem Islamik akan menjadi satu fenomena berdasarkan kepada situasi yang pernah berlaku dalam industri nyanyian menerusi irama nasyid sekitar tahun 1990-an.

"Kita dapat melihat bahawa suatu masa dahulu irama nasyid ini tidak memiliki pendengar yang ramai, tetapi setelah munculnya beberapa kumpulan seperti Raihan dan Rabbani situasinya sudah mula berubah.

"Pada masa itu, irama nasyid mendapat sambutan yang sangat luar biasa sehingga banyak kumpulan nasyid yang muncul. Maka, tidak mustahil kalau situasi yang sama boleh berlaku kepada industri perfileman pula," tegasnya.

Pada masa yang sama, pengarah tersebut berharap supaya lebih ramai penerbit dapat menghasilkan filem bercorak Islamik dan tidak perlu risau tentang kutipan yang akan diperoleh di pawagam.

Menurutnya, masih lagi ramai penonton yang sememangnya menantikan filem-filem Islamik ini, terutama yang memaparkan jalan cerita yang baik dan mampu menarik minat orang ramai untuk menontonnya.

Mengenai kebanyakan filem berunsur agama ini yang masih menerapkan elemen cinta dalam penceritaan, Azhari berpendapat bahawa ia merupakan salah satu langkah untuk menarik minat golongan muda menonton sesebuah filem itu.

"Tidak dinafikan tema percintaan masih lagi menjadi pilihan kerana ia sangat dekat dengan kehidupan golongan muda, tetapi apa yang dipaparkan sudah tentu kisah cinta yang berlandaskan hukum agama," jelasnya.

Bagi melihat perkembangan filem Islamik dalam industri perfileman di negara ini, Azhari menyatakan,, dia kini sedang sibuk menyiapkan sebuah kajian iaitu Mencari Identiti Filem Islamik Di Malaysia yang akan dibentangkan pada bulan hadapan.

Tidak putus asa

Penerbit MIG Productions Sdn. Bhd., David Teo mengakui, penghasilan filem-filem berunsur agama sememangnya kurang memberikan keuntungan yang lumayan berbanding genre filem yang lain.

FILEM Dua Kalimah gagal meraih kutipan pecah panggung di pawagam biarpun menampilkan gandingan pelakon popular, Nora Danish dan Shaheizy Sam.


Ujarnya, meskipun sekadar balik modal, ia tidak menghalang buat dirinya untuk terus menerbitkan filem-filem bercorak sedimikian dan menganggap ia satu cabaran buat penerbit filem sepertinya.

"Sewaktu mula-mula berkecimpung dalam industri ini, filem pertama yang saya terbitkan ialah Syukur 21 pada tahun 2000 dan ia merupakan filem bercorak Islamik.

"Ternyata filem tersebut gagal di pasaran dan saya telah mengalami kerugian lebih RM2 juta.

"Namun begitu, ia langsung tidak membuat saya putus asa untuk terus menerbitkan filem-filem agama," jelasnya ketika pelancaran filem 99 Kali Rindu baru-baru ini.

Menurut David, dia tidak terlalu berasa gusar sekiranya sesebuah filem yang diterbitkan itu mencatatkan kutipan yang rendah di pawagam kerana kini sudah ada pendekatan lain yang mampu menampung kos penerbitan.

Ujarnya, dalam filem Dua Kalimah kutipan hasil tayangan di pawagam seluruh Malaysia yang diraih cuma mencecah RM700,000, meskipun menampilkan pelakon popular seperti Shaheizy Sam dan Nora Danish.

"Apabila ditayangkan di Astro First pula, Dua Kalimah mampu memperoleh sebanyak RM300,000 dalam tempoh empat hari dan sudah tentu kerugian yang dialaminya sebelum ini dapat diatasi," ujarnya.

Sebagai penerbit yang banyak menerbitkan filem Islamik seperti Syukur 21, Syurga Cinta, Salam Cinta, 7 Petala Cinta dan 99 Kali Rindu, David berpendapat bahawa punca tidak ramai penerbit yang mahu menghasilkan filem berunsur agama ini kerana risau mengalami kerugian.

"Saya masih kekal dengan pendirian bahawa filem-filem sebegini akan terus diterima ramai, tetapi saya juga berharap agar sambutan yang diterima semakin meningkat pada masa akan datang," ujarnya.

Medium dakwah

Bagi pengarah yang terkenal dengan filem-filem aksi, Syamsul Yusof menyatakan bahawa bidang perfileman sebenanya mampu menjadi medium yang paling efektif untuk berdakwah.

Ujarnya, pada era globalisasi sekarang ini, pendekatan menerusi filem merupakan salah satu cara paling berkesan menyampaikan mesej, seperti yang dilakukan oleh penggiat filem di Barat yang menggunakan filem untuk menyebarkan propaganda mereka.

"Saya akui terlalu banyak kepincangan yang dilakukan apabila menghasilkan filem tentang gangster dan bohsia, tetapi pada masa yang sama saya cuba menerapkan nilai-nilai kesedaran melalui agama.

"Secara jujurnya, saya akan cuba memperbaiki segala kelemahan yang ada serta lebih memberi lebih penekanan terhadap elemen keagamaan dalam filem-filem yang dihasilkan nanti," ujarnya.

Menurut Syamsul lagi, Khurafat merupakan filem pertama arahannya yang cuba diterapkan nilai-nilai agama secara lebih mendalam, termasuk lagu temanya iaitu Ya Robbi yang berunsur keagamaan.

"Selepas filem KL Gangster 2, saya telah merancang untuk menerbitkan sebuah filem genre keagamaan. Jalan ceritanya pula sudah dirangka dan ia memang berbeza dengan filem-filem saya yang lepas," katanya.

Filem-filem Islamik popular Indonesia

Posted:

Filem-filem Islamik popular Indonesia

Filem-filem Islamik popular Indonesia

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

SEBAGAI sebuah negara dengan penduduk Islam yang paling ramai di dunia iaitu lebih 200 juta, sememangnya penerbitan filem-filem bercorak Islamik di Indonesia mendapat sambutan yang cukup baik.

Menariknya, kebanyakan filem yang dihasilkan pula merupakan adaptasi novel seperti karya oleh Habiburrahman El Shirazy, manakala Hanung Bramantyo pula antara pengarah yang terkenal mengarah filem-filem Islamik di Indonesia.

Biarpun menerapkan elemen cinta dalam kisah yang dipaparkan, tetapi ia lebih menjurus kepada amalan yang tidak melanggar hukum agama serta sarat dengan mesej.

Berikut merupakan senarai beberapa filem Islamik dari Indonesia yang telah dihasilkan dan mendapat sambutan yang cukup membanggakan daripada para penonton.



Ayat-Ayat Cinta (2008)

Setakat ini Ayat-Ayat Cinta merupakan filem bercorak Islamik yang paling mendapat sambutan di Indonesia apabila ditonton sebanyak 3.58 juta penonton ketika ia ditayangkan di pawagam pada tahun 2008.

Ia diadaptasi daripada sebuah novel dengan judul yang sama hasil karya Habiburrahman El Shirazy, malah novel berkenaan turut mendapat sambutan yang cukup luar biasa.

Ayat-Ayat Cinta mengisahkan tentang kehidupan Fahri yang merupakan penuntut di Universiti Al Azhar, Mesir. Dia merupakan seorang lelaki yang begitu taat kepada agama dan kurang bergaul dengan wanita.

Ketika berada di Mesir, Fahri berjiran dengan Maria Girgis yang merupakan wanita beragama Kristian.

Namun begitu, dia sebenarnya memendam perasaan terhadap Fahri, tetapi sekadar mampu diluahkan menerusi diarinya sahaja.

Filem berkenaan menampilkan beberapa pelakon muda yang semakin meningkat naik ketika itu seperti Fedi Nuril (Fahri), Carissa Putri (Maria), Rianti Cartwright (Aisha) dan Zaskia Adya Mecca (Noura).

Ketika Cinta Bertasbih (2009)

Sebuah lagi novel popular yang dihasilkan oleh Habiburrahman El Shirazy turut adaptasi menjadi sebuah filem. Sambutan terhadap filem itu cukup baik apabila ditonton seramai tiga juta penonton.

Menariknya, filem ini menampilkan Kholidi Asadil Alam dan Oki Setiana Dewi sebagai bintang utama.

Kedua-duanya merupakan pelakon baharu dan mereka dipilih menerusi satu sesi uji bakat yang diadakan untuk memilih pelakon yang membintangi filem berkenaan.

Ia mengisahkan tentang Azzam (Kholidi), seorang pemuda yang menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir. Dia dikenali sebagai pemuda yang memegang teguh prinsip Islam dalam kehidupan sehariannya.

Setelah kematian bapanya Azzam yang merupakan anak sulung turut memikul tanggungjawab menampung kehidupan keluarganya di Indonesia.

Bukan sahaja bergelar mahasiswa, dia juga menjalani perniagaan tempe dan bakso untuk pelajar Indonesia yang menuntut di Mesir.

Selain diadaptasi kepada sebuah filem, Ketika Cinta Bertasbih turut dihasilkan dalam bentuk drama bersiri dengan menampilkan pelakon utama yang sama.

Perempuan Berkalung Sorban (2009)

Jika filem Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih merupakan adaptasi novel Habiburrahman El Shirazy, Perempuan Berkalung Sorban pula merupakan karya novelis wanita, Abidah El Khalieqy.

Menerapkan elemen cinta dalam penceritaannya, tetapi ia lebih menekankan kepada tradisi kehidupan wanita di sekolah agama yang konservatif dalam zaman moden.

Perempuan Berkalung Sorban menceritakan tentang Anissa (Revalina S. Temat), anak kepada seorang kiyai yang mengelola sebuah sekolah agama iaitu Salafiah Putri Al-Huda.

Sepanjang kehidupannya Anissa telah dididik bahawa seorang wanita perlu tunduk kepada lelaki sehingga dia beranggapan bahawa ajaran Islam sekadar membela golongan lelaki dan wanita pula berada dalam kedudukan yang rendah.

Bagaimanapun, filem ini telah menimbulkan kontroversi kerana dianggap mempertikaikan cara kehidupan tradisi Islam yang masih dipraktikkan di kebanyakan sekolah agama di Indonesia.

Sang Pencerah (2010)

Sesuatu yang cukup menarik mengenai filem Sang Pencerah apabila ia adaptasi daripada kisah benar tentang K. H. Ahmad Dahlan atau Muhammad Darwis, seorang pengasas salah sebuah pertubuhan Islam terbesar Indonesia iaitu Muhammadiyah.

Selain digambarkan sebagai seorang yang membawa banyak pembaharuan serta bersikap lebih terbuka dan moden, Hanung turut memaparkan sisi peribadi Ahmad Dahlan yang kurang diketahui oleh orang ramai.

Kisahnya bermula apabila Darwis yang dilakonkan oleh Muhamad Ihsan Tarore telah menukar namanya kepada Ahmad Dahlan apabila pulang dari Mekah berasa risau dengan keadaan kampung halamannya apabila kebanyakan penduduk kampung terarah kepada ajaran sesat.

Dengan sebuah kompas, dia menunjukkan arah kiblat di Masjid Besar Kauman yang selama ini diyakini ke barat ternyata bukan menghadap ke Kaabah di Mekah, melainkan ke Afrika.

Perkara tersebut membuatkan penghulu Masjid Agung Kauman, Kyai Cholil Kamaludiningrat (Slamet Rahardjo) menjadi marah. Ahmad Dahlan, pemuda yang sekadar lima tahun menimba ilmu di Kota Mekah, dianggap melanggar peraturan yang sudah berjalan selama beratus tahun.

Negeri 5 Menara (2012)

Berbanding dengan kebanyakan filem Islamik yang tidak dapat lari daripada elemen cinta, ia berlainan pula dengan filem berjudul Negeri 5 Menara yang ditayangkan pada tahun lalu.

Filem adaptasi daripada novel yang dihasilkan oleh Ahmad Fuadi itu lebih menekankan kepada elemen penceritaan tentang pendidikan dan kehidupan para pelajar di sekolah agama serta ikatan persahabatan.

Kisah dalam filem tersebut bermula tentang seorang pemuda, Alif (Gazza Zubizareta) yang ingin melanjutkan pelajarannya di Institut Teknologi Bandung setelah tamat sekolah menengah.

Namun begitu, hasratnya tidak kesampaian apabila ibunya mahu dia menyambung pelajaran di sebuah sekolah agama yang dikenali sebagai Pondok Madani tanpa kerelaan hatinya.

Pada mulanya, dia agak kekok untuk menjalani kehidupan di situ, tetapi semuanya berubah apabila dia mula rapat dengan lima orang rakannya yang berasal dari negeri yang berbeza.

Mereka sering belajar bersama di menara masjid sehingga menggelarkan diri sebagai Sahibul Menara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Keindahan pemandangan matahari terbit

Posted:

Keindahan pemandangan matahari terbit

Keindahan pemandangan matahari terbit

Oleh ADLAN JAAFAR

PERJALANAN mengejar matahari terbit di Taman Negara Bromo Tengger Semeru (BTSNP) bukan calang-calang. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, Indonesia ke Probolinggo sahaja memakan masa hampir dua jam dengan melakukan dua kali hentian.

Probolinggo merupakan bandar yang terdekat dengan BTSNP, tetapi masih lagi memerlukan masa lebih satu jam untuk mendekati kawasan berpasir dan berhawa dingin itu.

Jika diikutkan hati, mahu sahaja perjalanan dibuat dengan menaiki pengangkutan awam, tetapi disebabkan masa yang terlalu singkat maka perkhidmatan agensi pelancongan pilihan terbaik.

Bagi ekspedisi yang tidak tergesa-gesa, bermalam di pekan kecil itu adalah keputusan terbaik.

Ekspedisi mengejar matahari terbit di BTSNP bermula seawal pukul 2.30 pagi waktu Indonesia Barat apabila pelayan hotel di situ mengetuk pintu bilik.

Kedengaran seperti mendesak, pekerja hotel pasti mengejutkan kami setiap 15 minit bagi memastikan kami benar-benar telah bersiap.

Dari Probolinggo, perjalanan menaiki kereta sekitar sejam membawa kami ke sebuah kampung penduduk tempatan, Kampung Ngadisari.

Di situ, mod pengangkutan bertukar ke kenderaan pacuan empat roda yang dipandu penduduk tempatan, mereka amat mahir selok-belok pemanduan terutamanya di kawasan Savana.

Ketika jam menunjukkan angka 4 pagi dan cuaca masih diselubungi kegelapan malam, suasana di Kampung Cemoro Lawang begitu bising kerana kesesakan lalu lintas.

Kampung Cemoro Lawang mendapat nama kerana terdapat banyak pepohon cemara di persekitaran penempatan itu selain merupakan kampung paling terdekat dengan kawasan Gunung Bromo.


PACUAN empat roda merupakan pengangkutan yang ideal untuk ke BTSNP.


Pada pandangan saya, mungkin perjalanan ke puncak sudah dekat. Rupa-rupanya, masih lagi jauh dan memerlukan masa lagi satu jam untuk sampai sebelum dapat menyaksikan matahari terbit.

Keadaan jalan semakin teruk seiring perjalanan naik ke atas. Kelebaran jalan semakin kecil, manakala sudut membelok jalan ada yang mencecah lebih 270 darjah ketika mendaki.

Kenderaan yang dinaiki kami beberapa kali terhenti. Apabila enjin boleh dihidupkan dan kenderaan bergerak pasti mati semula selepas mendaki lebih kurang empat atau lima meter.

Saat itu, perasaan menjadi resah kerana waktu sudah pun menunjukkan masa pukul 4.45 pagi dan jika benar-benar kenderaan dinaiki kami rosak, maka hancurlah harapan melihat kecantikan matahari terbit di BTSNP.

Pemandu pelancong, Mohamad Richard Noor sudah mengomel-ngomel dalam bahasa tempatan kepada pemandu yang masih gagah mahu menghidupkan enjin.

Pemandu mengambil tindakan drastik, dia keluar dari kereta, membuka bonet hadapan dan mengodek-ngodek sesuatu. Apabila enjin cuba dihidupkan, deruman enjin mengaum.


PENDAKIAN yang perlu ditempuh pengunjung untuk melihat kawah Bromo.


Bukan kenderaan kami sahaja menerima nasib begitu, tetapi banyak lagi pacuan empat roda lain yang tersadai seketika, manakala anak-anak muda yang datang dengan menaiki motosikal kerap berhenti beberapa kali bagi merendahkan suhu enjin.

Sampai di satu lokasi, kenderaan kami berhenti lagi kerana di hadapan terdapat banyak lagi pacuan empat roda yang tidak bergerak.

"Kita turun di sini dan naik 'ojek'," ujar Mohamad Richard.

Pada harga Rp10,000 (RM3), saya menaiki ojek iaitu sebuah motosikal yang berfungsi seperti teksi untuk membawa kami ke puncak.

Ojek diperlukan kerana pada ketinggian sekitar 2,500 meter itu, kenderaan lain tidak lagi mampu melalui laluan kecil dan curam ke puncak.

Cuaca dingin di kawasan pergunungan begitu mencengkam tulang, sehelai baju sejuk nipis tidak cukup menahan diri dan harus disertai sarung tangan, penutup kepala serta sebai.

Kemudian, kami terpaksa berjalan kaki sekitar 30 meter untuk ke puncak pelantar yang dibuat khas untuk pengunjung melihat matahari terbit berlatar belakang pemandangan keseluruhan BTSNP.

Ruang puncak yang dipanggil Pananjakan itu terlalu kecil jika dibandingkan jumlah khalayak yang datang ke situ. Pananjakan berada pada ketinggian 2,700 meter dari aras permukaan laut.

Sekitar pukul 5.15 pagi dan cahaya jingga sudah pun kelihatan dalam remang-remang subuh.

Sang suria terbit sekitar pukul 5.30 pagi apabila cahaya yang cukup terang berbentuk bulatan terbit dari ufuk timur.

Ketika itu, anak-anak muda Indonesia yang berada di situ berteriak kegembiraan melihat cahaya matahari yang memancar.

Selepas keseluruhan matahari terbit, jika dipandang tepat pada permukaan bulatan matahari pasti betul-betul dapat melihat garisan bulat dan ia seperti berputar-putar.

Cahayanya begitu terang dan menyilau, memedihkan mata jika memandang terus secara mendadak. Pada beberapa ketika cahaya ungu kelihatan di persekitaran matahari, tidak pasti ia efek penglihatan mata atau sememangnya keluar daripada matahari.

Semua itu, hanya boleh dilihat dan dirasai untuk beberapa minit selepas kami menempuh beberapa ribu kilometer perjalanan selain menukar mod pengangkutan lebih tiga kali.


KEADAAN Kampung Cemoro Lawang selepas letusan Gunung Bromo pada tahun 2011.


Namun itu semua berbaloi demi sebuah pengembaraan yang begitu menguji ketahanan fizikal dan emosi.

Jika dilihat dari Pananjakan, puncak tertinggi di situ adalah Gunung Semeru berketinggian 3,676 meter (m), manakala paling hadapan dikenali sebagai Gunung Batok (2,400 m). Di antara Semeru dan Batok terdapat Gunung Bromo, Widodaren serta Gunung Watangan yang lebih rendah.

"Pada asalnya, terdapat sebuah gunung sahaja iaitu Gunung Bromo, tetapi selepas beberapa siri letusan, landskap di situ berubah menjadi beberapa gunung dan kawasan savana (padang pasir).

"Gunung Bromo masih aktif sehingga sekarang dan laluan kawah semakin sempit berbanding saya kecil dahulu," kata Mohamad Richard.

Saat menikmati kopi panas dan mi segera di gerai kecil di Pananjakan, kami bertembung dengan seorang rakyat Malaysia.

Paling ketara membuktikan dia orang Malaysia apabila wanita berketurunan Cina itu meminta teh panas dengan susu (teh tarik) yang merupakan kegemaran rakyat Malaysia.

"Saya juga pertama kali datang ke sini kerana mendengar cerita mengenai kecantikan Gunung Bromo dan matahari terbit di sini," kata wanita hanya dikenali sebagai Rina yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor.

Wanita itu dan seorang lagi temannya, wanita berketurunan Eropah sememangnya sangat sukakan cabaran dan alam sekitar, selepas ke Gunung Bromo, mereka akan bertolak ke Kawah Ijen di Jawa Timur pula.

Sungai Skudai destinasi migrasi burung

Posted:

Sungai Skudai destinasi migrasi burung

Sungai Skudai destinasi migrasi burung

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


SALAH seorang penduduk di Kampung Sungai Melayu, Mohd. Che Salim memberikan kupang kepada seekor burung helang merah.


HAMIDON AHMAD, 60, meluaskan pandangan melihat Sungai Skudai yang terbentang luas sambil dia menitipkan cerita.

"Sungai ini dahulu wajahnya cukup berbeza. Kami, para nelayan hampir pernah berputus asa selepas mata pencarian kami tersekat gara-gara pihak yang tak bertanggungjawab menjadikan sungai ini sebagai tong sampah.

"Sungai berbau sampai burung-burung pun tak sudi hendak singgah untuk mencari makanan," ujarnya sambil mendengus.

Kenyataan nelayan yang membesarkan 11 orang anaknya dengan hasil laut itu memang benar belaka. Sungai Skudai beberapa tahun lalu pernah direkodkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor sebagai antara paling tercemar di Malaysia.

Namun soroton kisah lampau itu sudah berlalu. Kini, Hamidon bersama-sama ratusan nelayan itu menghela nafas lega.

Mengapa? Ini kerana Sungai Skudai yang panjangnya 46 kilometer (km) dan mempunyai luas lembangan 235 km persegi sudah mengalami transformasi. Ia kini menjadi lokasi migrasi ribuan spesies burung dari seluruh pelosok dunia.

"Bila banyak burung dah mula kembali berhijrah ke sungai, ini merupakan petunjuk jelas bahawa sungai ini sudah bersih," demikian hemat nelayan itu yang memang tidak dapat menjauhkan dirinya dengan air lagi.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Johor Selatan itu berkata, transisi itu sebenarnya bermula kira-kira lima tahun lalu setelah kerajaan negeri Johor mengambil langkah menggunakan teknologi mikro-organisma berkesan untuk merawat air sungai selain meningkatkan pembiakan pelbagai spesies marin.

Selepas itu, flora dan fauna di sekelilingnya memberi impak yang positif, ujar Hamidon.

SEEKOR burung bangau kerbau sedang berehat di atas batu di Sungai Skudai.


Tumbuhan seperti bakau minyak, bakau kurap, perepat, nipah dan beting lumpur kemudian kembali menjadi pilihan untuk spesies membiak dan mendapatkan sumber makanan yang mencukupi.

Tarikan pelancong

Inisiatif kerajaan negeri itu ujar Hamidon, tanpa disangka mendatangkan tuah kepada lebih 700 penduduk Kampung Sungai Melayu.

"Ia bukan saja membuatkan kami kembali turun ke laut mencari rezeki, malah kami dapat menambah pendapatan apabila Sungai Danga telah dijadikan tarikan pelancongan yang baharu di negeri Johor," ujarnya sambil dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kampung tersebut, Sharrifa Mohd. Shah.

Sambung Sharrifa, hasil kerjasama Koperasi Penduduk Kampung Sungai Melayu dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, mereka mewujudkan pakej melancong di sepanjang sungai itu.

Pakej tersebut dibahagikan kepada tiga slot dengan menawarkan harga serendah RM50 hingga RM70.

Untuk pakej paling murah, ujarnya, para pelancong yang berkumpul dari Jeti Kampung Sungai Melayu akan dibawa menyusuri Sungai Gading dan mengelilingi Kampung Sungai Melayu termasuk ke rakit kupang.

"Pakej kedua dan ketiga tawarannya lebih menarik apabila mereka akan dibawa mengelilingi Sungai Gading, terus ke Sungai Skudai untuk melihat telatah dan habitat burung hijrah," jelas Sharrifa.

Antara spesies burung yang bakal ditemui pengunjung ialah bangau kendi, bangau kerbau, helang siput, camar kecil, kedidi kaki hijau, kedidi kaki merah, kenyalang, undan dan itik air.


BURUNG helang merah liar di Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah.


Kepada yang teringin merasai makanan laut hasil air tangan orang kampung, tiga pakej makanan ditawarkan yang berharga RM15, RM20 dan RM35.

"Ketika menjamu selera di tepi sungai, jika bernasib baik pengunjung boleh menyaksikan beberapa burung helang yang jinak hinggap di tapak tangan para penduduk di sini," beritahu wanita itu lagi.

Bercerita tentang sambutan yang diterima, Sharriffa berkata, ia sangat memberangsangkan sejak usaha itu digarap setahun lalu.

Seorang nelayan, Kamarudin Ahmad, 45, memberitahu, dia pernah membawa pelancong dari Kanada, New Zealand, Singapura, Arab Saudi dan Indonesia.

"Mereka terpukau dengan keindahan alam semula jadi kita dan bila saya ceritakan tentang sungai itu yang kotor satu ketika dahulu, mereka terkejut dan pada masa sama kagum dengan usaha pemuliharaan yang dilakukan," kata Sharrifa yang sedang memperbaiki penguasaan bahasa Inggerisnya bagi memudahkan dia berceloteh panjang dengan pengunjung antarabangsa kelak.

Penginapan mewah Hotel Best Western

Posted:

Penginapan mewah Hotel Best Western

Penginapan mewah Hotel Best Western

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
ayman.ghaffa@kosmo.com.my


HOTEL Best Western, Premier Dua Sentral yang terletak di tengah-tengah ibu kota memberi pelbagai kemudahan kepada pelancong.


WALAUPUN belum sampai setahun beroperasi, Hotel Best Western, Premier Dua Sentral (Best Western), diJalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur begitu terkenal dalam kalangan pelancong.

Best Western menawarkan penginapan mewah di ibu negara dengan status lokasi strategik.

Hotel yang terletak kira-kira 500 meter dan hanya mengambil masa 10 minit perjalanan dari Kuala Lumpur Sentral itu memiliki 358 bilik yang terbahagi kepada tiga pakej iaitu Executive, Club dan Deluxe Suite. Setiap pakej mempunyai ciri-ciri istimewa dan harga yang berbeza.

Bagi mereka yang inginkan lebih keselesaan, bilik Executive Suite merupakan pilihan terbaik buat anda. Dua bilik tidur yang luas dilengkapi tiga katil bersaiz queen dan ruang tamu mewah melengkapkan percutian tersebut. Walaupun di tengah-tengah kesibukan bandar raya, para tetamu boleh menikmati suasana penginapan yang tenang.

Bilik Club Suite pula mempunyai satu bilik, namun mempunyai kelengkapan dan yang serupa dengan pakej penginapan Executive Suite,

Pihak hotel juga menyediakan perkhidmatan van percuma untuk pelancong ke beberapa destinasi di ibu kota seperti Pusat Konvokesyen Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur Sentral.


ANTARA kelengkapan yang disediakan oleh pihak hotel melalui setiap pakej mengikut pilihan tetamu.


Restoran

Di hotel bertaraf empat bintang itu, para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan di tiga restoran utama iaitu Kembali Kitchen, Hugo's On 6 dan Grill 582.

Ketiga-tiga restoran tersebut menyajikan hidangan yang berbeza mengikut cita rasa anda. Bagi yang menggemari hidangan tradisi autentik masyarakat Malaysia seperti nasi beriani, kambing panggang dan ketam masak cara Cina, Kembali Kitchen merupakan pilihan terbaik.

Huga's On 6 pula menyajikan hidangan Barat seperti piza dan pasta. Anda juga dapat melihat sendiri proses penyediaan tujuh jenis piza istimewa antaranya Piza Nargherita, Piza Quatrro Stagioni dan Piza Hugo's sebelum ia dibakar di dalam ketuhar.

Urutan

Tidak sempurna penginapan anda di Hotel Best Western sekiranya tidak mencuba urutan daripada terapi terbaik di Bhuvana Spa Luxe. Pelancong boleh mencuba minyak dyna yang telah dipanaskan melalui urutan signatur spa itu.

Pengurus Bhuvana Spa Lux, Linda Omar memberitahu, urutan daripada lima ahli terapi spa menggabungkan dua teknik iaitu regangan dan urutan badan.

"Urutan dengan tapak tangan yang ditawarkan mampu mengurangkan sakit otot. Selain daripada urutan badan, pihak kami juga menyediakan perkhidmatan refleksologi dan rawatan kaki.


ANTARA kelengkapan yang digunakan oleh terapis di Bhuvana Spa Luxe.


"Sesi urutan signatur Bhuvana Spa mengambil masa selama satu jam pada harga RM170. Pihak kami juga memberi kelonggaran kepada pengunjung untuk memilih sama ada mahu diurut oleh ahli terapi lelaki atau wanita," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Gimnasium

Walaupun terletak di tengah-tengah ibu kota, hotel tersebut juga mempunyai kemudahan gimnasium untuk para tetamu.

Tidak hanya tertumpu kepada peralatan gimnasium yang moden, pihak hotel juga menyediakan jurulatih untuk membantu para tetamu hotel dengan teknik-teknik terbaik untuk senaman. Lebih menarik, senaman dilakukan sambil menikmati panorama Kuala Lumpur.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Edar kek cawan sempena sambutan Hari Ibu

Posted:

Edar kek cawan sempena sambutan Hari Ibu

Edar kek cawan sempena sambutan Hari Ibu


KAKITANGAN LPPKN bersama sebahagian ibu ketika mengedarkan lebih 300 kek cawan kepada pengunjung sempena Sambutan Hari Ibu di Tesco Extra Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.


RAI IBU. Lebih 300 kek cawan diedarkan kepada pengunjung Tesco Extra Seberang Jaya sempena sambutan Hari Ibu yang dianjurkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita Pulau Pinang baru-baru ini.

Selain kek cawan, pengunjung juga diberikan risalah mengenai ujian mamogram yang disediakan kepada wanita bagi memberi kesedaran mengenai ujian awal kanser payudara.

Pakar Kesihatan Awam (Kesihatan Keluarga) LPPKN, Dr. Azura Abdullah berkata, program itu diadakan serentak di seluruh negara bertujuan meraikan Hari Ibu serta memberi kesedaran kepada orang ramai tentang ujian mamogram.

"Kita berusaha memberi kesedaran tentang ujian awal pengesanan kanser payudara dalam kalangan wanita serta kesedaran mengenai subsidi ujian mamogram dalam kalangan wanita berusia 40 tahun ke atas,"katanya.

TNB Selangor dekati pelanggan pasar malam

Posted:

TNB Selangor dekati pelanggan pasar malam

TNB Selangor dekati pelanggan pasar malam


BEBERAPA petugas TNB melayan pelanggan pada program Jom Jumpa Pelanggan di pasar malam Taman Sentosa, Klang, Selangor baru-baru ini.


MESRA PELANGGAN. Dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor mengambil inisiatif turun padang ke setiap daerah di negeri Selangor dengan membuka kaunter perkhidmatan di pasar malam dan pasar pagi setiap bulan bermula April lalu.

Setakat ini, TNB telah membuka kaunter perkhidmatan di pasar malam Taman Sentosa, Klang; pasar malam Taman Tun Teja, Rawang; pasar pagi Seksyen 13, Shah Alam; pasar malam Bandar Baru Kuala Selangor dan Pasar Awam Banting.

Pengurus Besar TNB negeri, Datuk Mohd. Azim Yusof berkata, program dikenali sebagai Jom Jumpa Pelanggan itu menjadi agenda pihaknya dalam memastikan perkhidmatan terbaik, mudah, cekap dan cepat dapat diberikan selain mendekatkan TNB dengan pengguna.

"Antara perkhidmatan yang disediakan seperti pembayaran bil, semakan bil, kemas kini maklumat akaun pengguna serta menerima aduan pengguna," katanya.

Guru, pensyarah sertai kursus membimbing, amalan profesional

Posted:

Guru, pensyarah sertai kursus membimbing, amalan profesional

Guru, pensyarah sertai kursus membimbing, amalan profesional


MOHD NOOR (tengah) menyampaikan sijil kepada seorang guru pada Kursus Modul Bimbingan Praktikum Guru Pembimbing dan Pembinaan Amalan Profesional di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


TAMBAH ILMU. Sebanyak 50 guru dan pensyarah di negeri Perlis dan Kedah mengikuti Kursus Modul Bimbingan Praktikum Guru Pembimbing dan Pembinaan Amalan Profesional di Hotel Emerald Puteri, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis, Mohd. Noor Chin menyampaikan sijil kepada semua peserta yang terlibat dengan kursus anjuran IPG selama tiga hari itu.

Ketika berucap pada majlis itu, Mohd. Noor meminta semua pendidik memberanikan diri menulis buku mengenai pengalaman bekerja kerana ia boleh dijadikan bahan rujukan kepada guru lepasan IPG nanti.

Ketua Unit Praktikum IPG Kampus Perlis, Mohd. Fadzil Mohd. Salleh berkata, program diadakan boleh menambah ilmu dalam kalangan guru sekolah rendah dan menengah di Perlis dan Kedah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


12 pengikut Tuhan Harun dicari

Posted:

12 pengikut Tuhan Harun dicari

12 pengikut Tuhan Harun dicari

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

RAFLIE menunjukan gambar Azida yang dicari bagi membantu siasatan berhubung kes ajaran sesat Tuhan Harun pada sidang akhbar di Kuantan semalam.


KUANTAN – Dua belas pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dicari pihak berkuasa berikutan kegagalan mereka hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini kelmarin untuk sebutan kes.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Raflie Ab. Malik berkata, mahkamah itu telah mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka yang berusia 12 hingga 41 tahun untuk hadir ke pejabat JAIP bagi membantu siasatan atas dakwaan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak.

Mereka yang diburu itu ialah isteri ketiga ketua kumpulan itu, Harun Mat Saad, 47, iaitu Azida Mohd. Zol, 30, dari Kuala Terengganu, Terengganu dan empat anak Harun iaitu Mahni, 12, Saufi, 18, Lukman, 20, dan Muhammad, 21 tahun.

Turut diburu ialah Khairul Amir Akasah, 34, dari Port Dickson, Negeri Sembilan; Mohd. Tirmizi Othman, 17, dari Sungai Petani, Kedah; Mohamad Ghazali Fitri Mohd. Azam, 25, dari Shah Alam, Selangor; Norhairi Harun, 41, dari Skudai, Johor dan Norhafizah Mohd. Azam, 28, dari Shah Alam.

Dua lagi yang dicari ialah Farhaien Othman, 22, dari Sungai Petani dan Shuzliana Mokhtarudin, 29, dari Slim River, Perak.

Kelmarin, enam lelaki dipercayai pengikut kumpulan ajaran sesat itu didakwa di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang membawa hukuman denda RM2,000 atau penjara setahun jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Remaja cedera dibelasah 5 lelaki akibat cemburu

Posted:

Remaja cedera dibelasah 5 lelaki akibat cemburu

Remaja cedera dibelasah 5 lelaki akibat cemburu


SEORANG remaja menunjukkan kecederaan yang dialaminya selepas dibelasah lima lelaki di Taman Dataran Kipas, Kuching Isnin lalu.


MIRI – Malang menimpa seorang remaja apabila dia cedera di kepala dan kaki selepas dibelasah dengan tali pinggang oleh lima lelaki dalam kejadian yang dipercayai bermotifkan cemburu di Taman Dataran Kipas di sini Isnin lalu.

Kejadian pukul 6 petang itu berlaku apabila jurujual berusia 17 tahun tersebut didatangi seorang lelaki mengatakan seseorang ingin bertemunya di taman tersebut.

Difahamkan, mangsa dibelasah selepas didakwa keluar dengan teman wanita salah seorang suspek.

Sumber berkata, sebaik tiba di situ, mangsa terus dibelasah oleh lima lelaki berusia dalam lingkungan 20-an.

"Mangsa cuba lari namun gagal selepas dikepung oleh kumpulan samseng tersebut yang membelasahnya dengan tali pinggang.

"Suspek kemudian melarikan diri selepas perbuatan mereka disedari oleh orang ramai yang datang membantu apabila terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Perhilitan tangkap 8 ekor gajah

Posted:

Perhilitan tangkap 8 ekor gajah

Perhilitan tangkap 8 ekor gajah

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my


SALAH seekor gajah yang berjaya ditangkap oleh petugas Perhilitan di Felda Lasah, Sungai Siput semalam.


SUNGAI SIPUT – Lapan ekor gajah termasuk seekor yang baru dilahirkan berjaya ditangkap oleh kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak di sebuah kawasan kebun getah di Felda Lasah di sini.

Pengarahnya, Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kesemua gajah tersebut ditangkap menggunakan tembakan ubat pelali sejak Sabtu lalu.

Katanya, tiga ekor gajah betina dan lima ekor gajah jantan itu dipercayai datang dari Hutan Simpan Piah, Lenggong kira-kira 30 kilometer dari sini.

"Pihak Perhilitan Perak telah menerima aduan daripada penduduk mengenai kulit pokok getah mereka dimakan oleh gajah pada 2 Mei lalu dan sejak itu kita mula memantau kawasan kebun getah di sini untuk mengesan binatang berkenaan.

"Kita mula menangkap gajah tersebut pada Sabtu lalu dan sehingga semalam, kita telah dapat menangkap lapan ekor gajah.

"Hasil operasi yang dijalankan, kita percaya telah dapat menamatkan ancaman haiwan liar itu terhadap tanaman dan penduduk di Felda Lasah," katanya ketika ditemui semasa operasi menangkap gajah di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Seni jalanan ala tentera

Posted:

Seni jalanan ala tentera

Seni jalanan ala tentera

Oleh ADLAN JAAFAR

PARA pelancong berpeluang memakai pakaian ala tentera pada harga RM3 sahaja.


JIKA anda bersiar-siar di Banda Hilir, Melaka pada malam hujung minggu, kemungkinan untuk bertembung dengan seorang lelaki yang unik sangat besar.

Gayanya seperti seorang tentera darat dengan warna hijau menyeliputi tubuh dan motosikalnya juga memiliki rona yang sama.

Jamil Salleh, 53, berpakaian seperti askar Jepun pada malam itu dengan topi dan kaca mata yang tersendiri, namun baju celoreng serta logo pula berlainan.

Gaya tentera lelaki yang berasal dari Lorong Pandan, Melaka itu ditambah dengan sebuah motosikal lama yang diubah suai melalui penambahan aksesori dan warna ditukar kepada hijau.

Bermula dengan hobi mahu memiliki motosikal lama dan sangat berminat menonton filem-filem bergenre perang, dia mula menambah aksesori pada motosikal jenama Yamaha keluaran tahun 60-an.

Kini, orang ramai yang mahukan kelainan dalam koleksi foto berlatar belakang bandar raya bersejarah itu mempunyai pilihan iaitu bergambar bersama Jamil dan motosikalnya.

Dengan bayaran sebanyak RM3 yang digunakan untuk penyelengaraan motosikal tersebut, orang ramai boleh memakai pakaian ala tentera seperti rompi, topi dan senapang olok-olok.

Berkongsi minat

Ketika bergambar, karakter Jamil pasti bertukar iaitu menjadi seorang askar yang tegas.

Dia hanya boleh dilihat pada hujung minggu kerana pada hari-hari biasa dia bekerja di kebun miliknya. Lebih penting, aktiviti yang dilakukan Jamil itu mendapat kebenaran Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Yamaha YG5 itu bukan sahaja mempunyai cukai jalan malah masih berfungsi dengan baik. Penambahan aksesori pula bergantung pada minatnya dalam masa sama menepati aura tentera lama.


SELAIN pakaian dan motosikal, karakter dan personaliti Jamil juga kelihatan seperti seorang tentera.


Pada peringkat awal, dia hanya mahu berkongsi minatnya dengan orang ramai dan perasaan malu sememangnya ada.

Namun, lama-kelamaan rasa malu tersebut mulai hilang dan hari ini, matlamatnya adalah untuk membaiki penggunaan bahasa terutamanya bahasa Inggeris.

"Ramai pelancong dari luar negara seperti China, Iran dan Eropah turut bergambar dengan motosikal saya," katanya lagi.

Selain perlu meningkatkan kemahiran berkomunikasi, lelaki yang mempunyai enam orang anak itu turut mengakui perlu menambah ilmu mengenai sejarah Melaka.

Nama-nama bangunan utama di Banda Hilir termasuk sejarahnya perlu diketahui dan difahami dengan jelas. Kelak, apabila ditanya, dia boleh menerangkannya.

Jika dipandang cara kerja Jamil yang memerlukan dia mesra dengan semua orang tanpa mengira usia dan jantina, sudah pasti terdetik di hati kita mengenai perasaan isterinya.

"Dia memahami kerja saya," jawab Jamil ringkas sambil tersenyum. Dia dan isterinya, Cik Norlia, 54, sudah 20 tahun mendirikan rumah tangga.

Sememangnya, motosikal dengan nombor pendaftaran kenderaan, BY 4995 itu masih boleh bergerak. Sekitar pukul 12 tengah malam, Jamil dan motosikalnya itu berada di hadapan Hard Rock Cafe, Melaka.

Pencarian Twisties Super Starz X

Posted:

Pencarian Twisties Super Starz X

Pencarian Twisties Super Starz X

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


DARI kiri: Joey, Diary of Us (Trish dan Scott), Kyle, Syah, Lina, dan Young bakal berentap di pentas akhir Twisties Super Starz X pada 25 Mei ini.


PENCARIAN penyanyi berbakat yang memiliki faktor X dalam program Twisties Super Starz X kini hampir sampai ke kemuncaknya.

Enam peserta berbakat akhirnya berjaya menempah slot ke final selepas mengenepikan kira-kira 300 peserta lain.

Kesemua peserta terpilih selepas menjalani sesi uji bakat yang dijalankan di seluruh negara dan melalui laman www.twisties.com.my.

Keenam-enam finalis telah dibahagikan kepada dua kumpulan diketuai dua mentor berbakat besar iaitu Prema Yin dan Altimet.

Anak didik Prema Yin terdiri daripada Tong Shyn Kae (Joey), 17, Tan Poh Young (Young), 17, dan penyanyi adik-beradik daripada kumpulan Diary of Us iaitu Trysha Gayle Hadjiril (Trish), 18, serta Scott Daryl Hadjiril (Scott), 19.

Pasukan Altimet terdiri daripada Aster Kyle Gunasekera (Kyle), 26, Rosalina Rahidi (Lina), 24, dan Syahiran Sukardi (Syah), 27.

Selepas melepasi kesemua empat cabaran yang disediakan sebelum ini, mereka terpaksa menempuh selangkah lagi cabaran sebelum dinobatkan menjadi juara sekali gus merealisasikan impian bergelar penyanyi.

Empat cabaran awal yang dimaksudkan ialah ujian suara, kreativiti menghasilkan irama, mencipta gaya dan seterusnya The Superstar.

Melalui cabaran pertama, finalis dikehendaki menyanyikan lagu yang berbeza dengan genre yang disukai mereka di tempat awam bagi mencabar kebolehan setiap peserta.

Cabaran kedua, setiap peserta diberikan peralatan khas contohnya kerusi lipat dan dikehendaki menghasilkan irama sesuai untuk didendangkan bersama jinggle rasmi Twisties.

Pada cabaran seterusnya, mereka diberikan masa selama 30 minit untuk menata rias diri masing-masing dengan memilih pakaian, aksesori dan alat solek yang disediakan di studio Zalora.

Pada cabaran terakhir, semua finalis akan mereka membuat persembahan di atas pentas untuk diadili oleh Prema Yin dan Altimet.

Siapakah yang akan membawa pulang hadiah tempat pertama berupa rakaman lagu dan muzik video bernilai RM25,000 daripada Twisties?

Semuanya akan terjawab pada pertandingan akhir Twisties Super Starz X yang akan berlangsung pada 25 Mei ini di Aquasonic, Sunway Pyramid.

Layari laman www.twisties.com my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan dan anda juga boleh menyaksikan rakaman video cabaran terdahulu yang dilalui oleh semua finalis.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Permohonan harta sepencarian Norish ditangguh Jun depan

Posted:

Permohonan harta sepencarian Norish ditangguh Jun depan

Permohonan harta sepencarian Norish ditangguh Jun depan

15/05/2013 10:13pm

SHAH ALAM - Permohonan harta sepencarian RM3 juta oleh pelakon Norish Karman Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam terpaksa ditangguh pada 24 Jun depan selepas bekas suaminya gagal hadir bagi kes yang telah berlarutan sejak 2009 itu.

Hakim Mohammad Adib Husain menetapkan tarikh ter sebut selepas membenarkan permohonan peguam syarie, Datuk Amli Embong yang mewakili Norish, 37, untuk memasukkan hujahan kes bagi menjimatkan masa.

Beliau sebelum itu turut memohon mahkamah mem batalkan keterangan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir se lepas defendan tidak hadir sedangkan kes itu telah lama difailkan.

"Hari ini sepatutnya untuk defendan beri keterangan namun dia tidak hadir begitu juga peguam defendan (Ahmad Burok) tanpa sebab dan makluman," katanya. - KOSMO!

200 salinan perisian tiruan dirampas KPDNKK

Posted:

200 salinan perisian tiruan dirampas KPDNKK

200 salinan perisian tiruan dirampas KPDNKK

15/05/2013 8:42pm

KUALA LUMPUR - Bahagian Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah merampas lebih 200 salinan perisian yang disyaki tiruan bernilai runcit hampir RM180,000.

Rampasan itu dilakukan dalam satu serbuan di premis satu pengedar produk IT di Pasir gudang, Johor, yang disyaki mengedar perisian tiruan itu.

Serbuan itu dilakukan oleh KPDNKK Cawangan Johor Bahru, yang diketuai oleh sepasukan lima petugas, yang termasuk para pegawai penguat kuasa dari cawangan itu, yang dibantu oleh para penyiasat dan peguam Microsoft Corporation.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Penguat kuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin berkata, antara perisian yang dirampas termasuk Windows 7 professional,

Windows 7 Home Premium dan Office Professional 2010. Seorang lelaki berumur 26 tahun telah direman semasa serbuan itu untuk membantu penyiasatan dan seterusnya dibebaskan atas jaminan polis.

Mohd Roslan berkata, kementerian itu serius menghapuskan perbuatan cetak rompak perisian dan akan mengambil tindakan tegas.

Perisian tiruan itu disyaki diperoleh dari China. - Bernama

Penjaga kuda diberkas kerana dipercayai edar dadah

Posted:

Penjaga kuda diberkas kerana dipercayai edar dadah

Penjaga kuda diberkas kerana dipercayai edar dadah

15/05/2013 8:37pm

IPOH - Polis menahan seorang penjaga kuda selepas dipercayai mengedar dadah jenis heroin dan memiliki senjata api dalam satu serbuan di sebuah rumah di Tanjung Rambutan di sini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A.Paramasivam berkata, lelaki 27 tahun itu ditahan di sebuah bilik semasa sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di Jalan Besar, Kampung Cheh di Tanjung Rambutan pada pukul 11 malam, Isnin lalu.

Semasa serbuan itu, polis menemui 16 paket plastik berisi dadah dipercayai heroin dengan anggaran berat 42 gram dari beg pinggang yang disimpan di bilik itu.

Selain dadah bernilai RM1,200 itu, polis turut menjumpai sepucuk pistol jenis Baretta .22 kaliber bersama satu kelopak di bumbung garaj kereta di rumah berkenaan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Suspek yang berasal dari Segambut, Selangor itu didapati positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau selain pernah menjalani hukuman penjara selama 10 bulan sebelum dibebaskan pada Julai tahun lepas atas kesalahan berkaitan dadah, katanya.

Paramasivam berkata, lelaki yang dipercayai mengedar dadah di sekitar Tanjung Rambutan itu direman sehingga Isnin depan.

Beliau berkata, polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Kes terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Senjata Api 1960. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Spekulasi Obama menangis

Posted:

Spekulasi Obama menangis

Spekulasi Obama menangis

OBAMA (kanan) kelihatan mengalikan air mata (dalam bulatan) pada sidang media di White House, Washington kelmarin.- reuters


WASHINGTON - Akhbar New York Daily News kelmarin melaporkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelihatan menangis semasa membincangkan tentang serangan di Pejabat Konsulat AS di Benghazi di Libya pada 11 September tahun lalu.

Gambar yang menunjukkan Obama kelihatan menangis itu turut disiarkan oleh agensi berita Reuters.

Obama sebelum ini pernah menangis sebanyak dua kali sejak November tahun lalu.

Ketika itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada para kakitangan pasukan kempennya ekoran kemenangannya pada pilihan raya Presiden AS.

Obama turut menangis ketika membincangkan kejadian tembakan yang dilakukan oleh seorang pemuda, Adam Lanza yang membunuh 26 orang di Sekolah Rendah Sandy Hook in Newtown, Connecticut pada tahun lalu.

Lanza kemudian membunuh diri dalam kejadian itu.

Dalam serangan sekumpulan penduduk di Benghazi itu, Duta AS ke Libya, Chris Stevens dan tiga lagi rakyat negara ini terbunuh. Pada sidang media di White House di sini bersama Perdana Menteri Britain, David Cameron, Obama menafikan berlakunya kesan politik ekoran serangan ke atas duta AS itu.

Menurutnya, kempen parti Republikan berhubung komen tentang serangan tersebut bermotifkan politik.

Parti Republikan mendakwa, dakwaan Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Susan Rice bahawa serangan tersebut dilakukan secara spontan kerana reaksi terhadap filem anti-Islam yang berjudul Innocence of Muslim menunjukkan pentadbiran Obama sebenarnya melakukan pembohongan.

Pihak parti tersebut mendakwa mempunyai bukti bahawa pentadbiran Obama menyembunyikan penglibatan kumpulan ekstremis dan sebuah kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda di Libya berhubung serangan tersebut. - Agensi

Angkasawan selebriti mendarat

Posted:

Angkasawan selebriti mendarat

Angkasawan selebriti mendarat


MARSHBURN (kanan), Romanenko (tengah) dan Hadfield duduk semasa sesi bergambar selepas mereka selamat mendarat.- AP


MOSCOW - Seorang angkasawan Kanada, Chris Hadfield yang membuat rakaman muzik video di dalam Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISSA) telah kembali ke bumi bersama dua angkasawan lain semalam.

Sebelum ini Hadfield menjadi selebriti dunia menerusi laman Twitter miliknya selepas dia merakamkan gambar dan aksinya di dalam ISS.

Hadfield selamat mendarat di kawasan padang rumput di Kazakhstan bersama seorang angkasawan Amerika Syarikat, Tom Marshburn dan seorang lagi dari Rusia, Roman Romanenko.

Mereka menaiki kapsul Rusia, Soyuz-TMA yang berlepas dari ISS pada awal pagi semalam.

Stesen televisyen Rusia turut menyiarkan pendaratan kapsul Soyuz itu.

Ketiga-tiga angkasawan itu kemudiannya dikeluarkan dari kapsul oleh anggota-anggota pasukan penyelamat.

Ketika berada di ISS, Hadfield membuat rakaman muzik video yang menunjukkan dia bermain gitar dengan menyanyi lagu David Bowie yang berjudul Space Oddity.

Rakaman itu juga disiarkan di laman YouTube. - AFP

China berusaha selamatkan oasis berusia 2,000 tahun

Posted:

China berusaha selamatkan oasis berusia 2,000 tahun

China berusaha selamatkan oasis berusia 2,000 tahun


GAMBAR yang dirakamkan pada 12 Mei lalu menunjukkan Tasik Bulan Sabit di Dunhuang. - AFP


BEIJING - Pemerintah China berusaha untuk menyelamatkan sebuah oasis yang berusia 2,000 tahun yang terletak enam kilometer dari bandar Dunhuang, selatan China.

Oasis yang merupakan kawasan berair di sebuah kawasan padang pasir itu kini dalam bahaya kerana ia boleh ditimbus dengan pasir.

Kawasan oasis itu dikenali sebagai Tasik Bulan Sabit kerana bentuknya seperti bulan sabit.

Paras air di kawasan berkenaan surut sejak beberapa dekad lalu sebelum pihak pentadbiran tempatan mula bertindak memasukkan air ke dalam tasik tersebut pada tahun 2006. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Antara cinta dan cita

Posted:

Antara cinta dan cita

Antara cinta dan cita

BAHANG pagi hari Isnin lalu memaksa sesi fotografi memilih lokasi redup di bawah pepohon rendang sekitar premis milik Ramli Ibrahim di Sutra Dance Theatre bersebelahan Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi menyejukkan diri.

Jenaka barangkali langkah ideal untuk mendinginkan suhu. Malah, mood serius Nadia Aqilah saat jurugambar Kosmo! membidik lentuk-liuk badan bintang utama teater muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! itu disulam seli dengan beberapa insiden melucukan.

Jelas pemilik nama Nadia Aqilah Bajuri, dia seorang yang selamba dan jarang diminta beraksi di luar kotak fikirannya. Sesi yang berakhir sebelum mentari tegak di kepala dilanjutkan dengan bicara mengenai Nadia.

Sambil menunjukkan kakinya yang terluka akibat memakai kasut tarian baharunya, Nadia, 28, tertawa saat diajukan soalan panas mengenai kehidupan peribadinya.

"Cinta? Cinta saya hanya pada Ilham!" luncur sepatah kata sambil tertawa kecil.

Bagi yang tidak tahu, Ilham merupakan watak utama yang disandang oleh Anding dalam Chow Kit Road! Chow Kit Road!, seorang anak gelandangan yang hidup di sarang pelacuran dan penagihan dadah namun bercinta dengan seorang anak orang kaya bernama Maya (lakonan Nadia Aqilah) tanpa diduga.

Sambung Nadia apabila diasak lagi soalan berkisar cinta, katanya dia kini gembira dan selesa dengan ruang privasi sekarang.

"Saya gembira dan saya selesa begini. Hidup peribadi saya tidak seindah kehidupan karier saya. Jodoh sampai, Insya-Allah saya tidak akan sorok. Namun selagi tiada yang benar-benar kukuh, saya akan kekal berahsia," kata Nadia.

Diasak lagi dengan soal hatinya dan apakah pandangannya mengenai institusi kekeluargaan atau lebih tepat lagi perkahwinan, Nadia menegaskan, jika bercinta dia akan melakukannya bersungguh-sungguh dan cinta mungkin hadir selepas berkahwin.

"Kalau jodoh saya dengan orang dalam industri, kami akan berikhtiar menyumbangkan sesuatu bermanfaat kepada industri. Prinsip saya dalam bercinta adalah kesetiaan.

"Kalau bercinta, saya nak bercinta 'bagai nak rak' (bersungguh-sungguh). Kena gilakan satu sama lain tapi harus ada rasa hormat, jangan serahkan segalanya. Sentiasa tinggalkan sedikit ruang untuk si dia merasakan sesuatu misteri akan diri kita," ujarnya yang meletakkan sasaran berkahwin dalam usia 30 tahun.


BERCAKAP soal cinta, Nadia mempunyai pandangan tersendiri.


Cinta pentas

Sementara itu, Nadia diminta mengulas mengenai turun naik kariernya yang kini sudah memasuki usia 14 tahun, satu tempoh yang lama bagi seseorang artis dan tempoh itu sebenarnya sudah matang untuk dikenali dan melakar populariti.

"Karier saya penuh pancaroba, gelak tawa, air mata, halangan, kepuasan dan tanda tanya. Saya tidak pasti ke arah manakah haluannya. Penerimaan terhadap saya tidak begitu positif seperti yang saya harapkan.

"Saya mahu perlahan-lahan orang menerima saya daripada orang tidak menghargai saya langsung. Apabila kita bekerja dari bawah perjalanan itu akan sakit sedikit tapi ia melatih untuk menjadi seorang artis yang kuat. Kita tidak akan tahu kita siapa kalau tiba-tiba 'meletup'!" jelasnya.

Antara teater, drama atau nyanyian yang manakah prioriti dirinya? Nadia terdiam seketika, menarik nafas panjang dan melontarkan suara hatinya.

Katanya dalam metafora umpama dadah, ketiga-tiganya membuatkan pelakon drama Tari Tirana itu ketagih!

"Ketiga-tiga adalah dadah berbeza yang menyebabkan saya sentiasa ketagih. Cabaran adrenalin tertinggi sudah pasti teater kerana saya perlu berlakon, menyanyi dan menari serentak. Tapi untuk pembentukan watak saya pilih televisyen manakala, menyanyi adalah sebahagian daripada jiwa saya.

"Kerja saya seolah-olah mengejar spotlight! Setiap hari adalah satu pertandingan bagi saya. Sayang saya kepada ketiga-tiga dan susah untuk dibahagikan," luah Nadia.

Milik Siapakah Gadis Ini

Mendalam mesej yang tersirat di sebalik judul lagu ciptaan Allahyarham Sudirman Arshad, Milik Siapakah Gadis Ini, namun bagi Nadia memori yang terkandung dalam kenangan terhadap lagu itu lebih bermakna daripada segalanya.

"Ayah saya selalu bercerita mengenai sejarah lagu itu sejak saya kecil. Kata ayah, lagu itu ditujukan sendiri oleh Allahyarham Sudirman menerusi arwah ibu saya kepada anaknya memandangkan mereka dahulu pernah berkawan.

"Apabila saya sendiri berpeluang menyanyikan lagu itu di atas pentas, perasaan sebak datang secara sendirinya. Mana tidaknya, lagu itu ibarat ditujukan kepada saya," ungkap Nadia yang turut menggemari beberapa lagu Sudirman yang jarang diperdengarkan antaranya Pertemuan Abadi, Di Dalam Sepi Itu, Pesta Dunia dan Dunia Baru.


NADIA mengakui ketagih dengan ketiga-tiga bidang teater, drama dan nyanyian.


Nadia melakonkan watak Maya menerusi Chow Kit Road! Chow Kit Road! iaitu anak perempuan kepada wanita kaya bernama Datin Jamilah (Adibah Noor) yang jatuh cinta kepada Ilham (Anding) apabila jejaka itu dibawa pulang ke rumahnya untuk diasuh menjadi seorang manusia berguna.

Kata Nadia, dia masih mencari-cari siapakah Maya seperti yang dimaksudkan dan diinginkan oleh pengarah, Saw Teong Hin.

"Saya masih mencari lagi siapakah Maya, bagaimanakah reaksi dan perasaan lain Maya. Watak sekeliling saya adalah besar peranannya seperti pelacur, pondan dan penagih dadah tapi saya diberikan watak 'manusia' yang mana tidak senang sebenarnya.

"Saya perlu mencari titik tengah yang tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. Untuk mencari keserasian dengan Anding tidak payah kerana kami pernah bergandingan ketika teater muzikal Terima Kasih Cinta sebelum ini," jelas Nadia yang turut membintangi drama Kisah Cinta di TV3 arahan abangnya sendiri, Bahri Umararif Bajuri.

Kiah Propa ganti Che Ta

Posted:

Kiah Propa ganti Che Ta

Kiah Propa ganti Che Ta

Oleh IZRINDA BADROLHISHAM


GAMAT. Gelagat (dari kiri), Kiah Propa, Fara Fauzana, Amy Mastura dan Misha Omarpada sesi latihandi Istana Budaya.


BELUM sempat dipentaskan dan masih lagi dalam proses latihan, Teater Nyonya & The Gang kini mengalami pertukaran salah seorang daripada pelakonnya.

Rozita Che Wan atau Che Ta yang sepatutnya melakonkan watak Isteri iaitu isteri kepada lelaki yang dikenali sebagai Tuan (lakonan Taiyuddin Bakar) menerusi teater arahan bersama Rosminah Mohd. Tahir dan Rohayah Attan itu, terpaksa menarik diri ekoran komitmennya dengan sebuah produksi televisyen.

Tempat Rozita digantikan oleh Siti Rokhaida atau lebih dikenali dengan nama glamornya, Kiah Propa yang cukup dikenali sebagai wartawan program Terjah di TV3.

Rosminah yang ditemui pada sesi latihan Teater Nyonya & The Gang di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, dia yakin Kiah Propa bakal memberi impak positif buat teater tersebut.

"Kami faham jadual lakonan Rozita Che Wan padat, khususnya sibuk dengan penggambaran program Primadona.

"Justeru, tempat Rozita yang sepatutnya melakonkan watak isteri Tuan dalam Teater Nyonya & The Gang digantikan dengan Kiah Propa," ujarnya.

Teater Nyonya & The Gang yang menggabungkan dua cerita dalam satu persembahan bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 14 hingga 20 Jun ini.

Ia berkisar tentang Tuan yang ingin membeli barangan antik di rumah Nyonya lakonan Mardiana Awi, manakala Misha Omar, Fara Fauzana dan Amy Mastura masing-masing akan melakonkan karakter Keponakan A, Keponakan B dan Keponakan C.

Tambah Rosminah: "Kiah Propa dipilih untuk watak Isteri kerana dia amat sesuai dan diyakini membawa watak itu dengan baik.

"Watak Isteri ini perlulah berbeza dengan watak Nyonya sebagai seorang wanita kaya. Kami menyunting Kiah Propa untuk karakter watak Isteri kerana trademark gelaknya. Wataknya pasti akan 'meletup' dan diingati oleh penonton."

Bercerita tentang proses pascaproduksi teater tersebut, ujar Rosminah, para pelakon kini sedang gigih menjalani latihan.

"Para pelakon kini menjalani sesi latihan selama sepanjang minggu bermula pada 6 petang sehingga 11.30 malam dan sesi latihan penuh akan dilakukan pada awal bulan Jun sehinggalah tarikh pementasan berlangsung," kata Rosminah.

Sebagai pengarah, Rosminah yang sangat mementingkan kefahaman dalam sesuatu karakter serta penampilan watak-wataknya yang menggunakan dialog berjenaka.

"Namun, apabila mentafsirkannya secara tersirat, ia adalah sebuah karya sastera yang kaya dengan metafora, simbol dan personafikasi yang mampu membuat khalayak berfikir secara profesional," ujarnya.

Menurutnya lagi, Teater Nyonya & The Gang memberi nafas baharu berbanding Teater Nyonya yang pernah dipentaskan sebelum ini.

Naskhah pementasan ini sebenarnya merupakan gabungan teater komidi sinis, Nyonya karya penulis Indonesia, Wisran Hadi dan karya muzikal tarian, The Gang.

Nyonya sudah dipentaskan oleh CTRA Production sebanyak lima kali sejak 1999. Dalam tempoh tersebut teater berkenaan telah diarahkan silih berganti oleh Siti Rohayah dan Rosminah serta dipentaskan di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Kedah.

Kak Pah teringin dapat menantu

Posted:

Kak Pah teringin dapat menantu

Kak Pah teringin dapat menantu

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


ALIFF akan pulang setahun sekali ke Malaysia untuk mengunjungi ibu kesayangannya ini.


PADA pertengahan tahun lalu biduanita tersohor negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra disapa Kak Pah telah dimasukkan ke hospital apabila disyaki menghidap jangkitan kuman pada paru-paru.

Kesan daripada jangkitan tersebut, penyanyi berusia 59 tahun itu terpaksa berehat selama enam bulan dan tidak terbabit dalam sebarang aktiviti nyanyian sepanjang tempoh tersebut.

Berkesempatan menemui bintang legenda ini pada majlis pelancaran konsert Malam Amal Bersama 3 Diva baru-baru ini, Kak Pah memberitahu, keadaan kesihatannya sekarang sudah bertambah baik.

Menurutnya, selepas berehat agak panjang untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi menyembuhkan penyakitnya itu, kini beliau sudah kembali aktif menyanyi semula.

Kosmo!: Bagaimanakah dengan keadaan kesihatan Kak Pah sekarang ini?

KAK PAH: Saya sangat bersyukur kerana kini sudah beransur pulih sepenuhnya setelah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru sehingga mengalami demam yang teruk.

Sepanjang menjalani rawatan susulan, adakah doktor pernah menasihatkan supaya Kak Pah mengurangkan aktiviti nyanyian?

Doktor memang ada menasihatkan saya supaya tidak terlalu aktif, tetapi saya ini jenis wanita yang suka bekerja. Lagipun, kalau menghiburkan orang ramai ia boleh membuatkan diri saya gembira. Kalau ditanya tentang kemampuan saya membuat persembahan nyanyian pula, rasanya ia langsung tidak mendatangkan masalah besar. Dalam satu persembahan baru-baru ini, saya masih mampu menyanyi sehingga 18 buah lagu.

Adakah Kak Pah tidak kisah apabila anak tunggal iaitu Aliff Omar masih lagi berjauhan sehingga sekarang, meskipun ketika Kak Pah jatuh sakit dahulu?

Sebenarnya saya reda menerima dengan hati terbuka apabila berjauhan selama 11 tahun setelah dia melanjutkan pelajaran di Madinah. Selain itu, saya tak perlu risau atau bimbang kerana dia berada di sebuah tempat yang paling baik. Dengan adanya kemudahan teknologi seperti khidmat pesanan ringkas dan internet memudahkan lagi untuk kami berhubung. Lagipun, setahun sekali dia akan pulang ke Malaysia atau saya sendiri akan melawatnya di sana setiap tahun.


KAK PAH tenang dan menerima dengan hati terbuka dirinya yang ditohmah menyuntik botox pada wajahnya.


Pada usia Aliff yang sudah mencecah 31 tahun, adakah Kak Pah teringin melihat dia mendirikan rumah tangga?

Sebagai seorang ibu, sudah tentu saya teringin mendapat seorang menantu dan cucu. Cuma, saya rasa buat masa ini tuan punya badan masih belum bersedia memikul tanggungjawab yang besar menjadi suami memandangkan dia masih belajar lagi.

Berkenaan dengan karier seni pula, apakah perancangan Kak Pah pada masa akan datang?

Kalau ikut perancangan saya ingin mengadakan sebuah konsert perpisahan pada tahun datang. Saya ingin memberikan tumpuan kepada kerja-kerja dakwah, tetapi tidaklah bersara sepenuhnya dalam bidang nyanyian.

Saya merancang menganjurkan program motivasi kepada orang ramai seperti bercerita tentang kisah kehidupan lampau saya supaya boleh menjadi pengajaran kepada masyarakat. Menerusi program tersebut akan diselitkan persembahan nyanyian saya dalam tiga atau empat buah lagu.

Boleh komen tentang dakwaan segelintir pihak yang mengatakan Kak Pah mengambil suntikan botox kerana perubahan pada wajah yang kelihatan berbeza?

Bagi saya, ia merupakan satu fitnah kerana saya memang tidak melakukannya. Perubahan yang terjadi pada wajah saya ini sebenarnya kesan daripada steroids apabila banyak mengambil ubat ketika saya sakit dahulu.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved