Jumaat, 10 Mei 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Seni daripada sehelai kertas

Posted:

Seni daripada sehelai kertas

Seni daripada sehelai kertas

SEKUMPULAN remaja asyik memerhatikan seorang lelaki melakukan demonstrasi teknik potongan kertas di dalam sebuah bilik di Galeri Seni, Shah Alam.

Lelaki itu umpama guru kepada remaja-remaja itu. Dia mengajar setiap langkah dengan teliti manakala anak muridnya amat tekun mengikut teknik-teknik yang diajar oleh guru mereka.

Potongan kertas yang membentuk tangga dan corak hati merupakan antara contoh yang telah disediakan oleh guru mereka.

Walaupun ada yang gagal menghasilkan potongan kertas seperti contoh yang telah siap, mereka tidak berputus asa dan sentiasa mencuba untuk menghasilkan corak tersebut berulang kali.

"Teknik potongan kertas atau dikenali sebagai kirigami ini merupakan hobi saya pada masa lapang. Walaupun sudah setahun lebih saya mempelajarinya, saya masih belum dapat menguasai teknik potongan yang betul," ujar Muhamad Nor Syafik Yahya, 26, yang merupakan salah seorang pelajar yang menyertai bengkel kirigami di Galeri Seni, Shah Alam baru-baru ini.

Menurut Syafik, walaupun menghasilkan kirigami yang ringkas, ia menuntut tahap kreativiti dan imaginasi yang tinggi. Jika tersalah memotong kertas, karya itu dikira rosak dan perlu dibuat baharu.

"Saya mengetahui teknik potongan kertas yang membentuk pelbagai corak ini sejak kecil. Namun, saya tahu ia dipanggil kirigami setelah menyertai kumpulan di Facebook yang mengumpulkan peminat-peminat karya tersebut baru-baru ini.

"Facebook itu juga banyak membantu dalam pengembangan idea saya untuk menghasilkan kirigami. Mereka sentiasa memuat naik karya yang telah dihasilkan dengan kaedah-kaedah pemotongan kertas yang betul. Ia juga amat berguna sebagai panduan saya," ujar pelajar jurusan ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu.

Syafik merupakan salah seorang daripada 10 remaja yang menuntut ilmu kirigami bersama seorang guru iaitu Alonzo Abu Bakar di Galeri Seni itu sempena Pameran Lukisan Pensel Warna 2013 pada hujung Mac lalu.


ALONZO menunjukkan karya kirigami berbentuk Stadium Stamford Bridge, Chelsea yang telah ditempah oleh pelanggan.


Melihat kepada keunikan empunya nama, minat Alonzo juga ternyata tidak sama seperti kebanyakan orang. Selain mengajar teknik pembuatan karya kirigami, dia juga menjadikan karya tersebut sebagai sumber pendapatan bulanannya.

Tutorial YouTube

Menurut Alonzo, ramai yang masih keliru mengenai dua karya yang berasal dari Jepun iaitu kirigami dan origami.

"Kirigami bermaksud teknik pemotongan yang dihasilkan dengan menggunakan sehelai kertas manakala origami pula ialah teknik lipatan kertas. Selain itu, kirigami juga dipanggil origami seni bina kerana setiap karya yang dihasilkan mempunyai elemen seni bina.

"Uniknya mengenai karya kirigami ialah ia kelihatan berbentuk tiga dimensi walaupun hanya menggunakan sekeping kertas," ujarnya.

Walaupun hanya belajar dan memahami teknik potongan kertas itu kira-kira lapan bulan lalu, Alonzo ternyata mahir dalam segenap aspek pembuatan kirigami.

Pada awalnya, minatnya timbul sejak dia mula menonton tutorial kirigami melalui YouTube. Selepas itu, dia perlahan-lahan mencuba dan tidak menyangka minat itu telah memberi rezeki kepadanya untuk membuka bisnes, POpUp Cards 4U.

"Bagi kanak-kanak mahupun golongan dewasa yang meminati kirigami, anda harus mencuba memotong sehelai kertas sehingga ia terbentuk sebuah tangga. Langkah itu merupakan teknik asas kirigami. Sekiranya berjaya menghasilkan tangga itu, ia tidak menjadi masalah kepada anda untuk menghasilkan reka bentuk yang lebih sukar," ujarnya.

CETUSAN idea Alonzo untuk menghasilkan karya kirigami berbentuk menara condong Pisa turut mendapat perhatian.


Jelas Alonzo, rakyat Malaysia ternyata kurang mendapat pendedahan mengenai penghasilan karya kirigami berbanding di negara lain.

Di Jepun dan kebanyakan negara Barat serta Eropah, kirigami di sambut baik dalam kalangan masyarakat di sana. Pameran mengenai hasil karya teknik lipatan kertas merupakan salah satu cara mereka mempromosikan seni tersebut kepada orang ramai.

"Seperti di Itali, poskad dan buku menu di kebanyakan restoran di negara itu menggunakan elemen-elemen kirigami sekali gus berjaya menangkap perhatian pengunjung," jelas bapa kepada seorang cahaya mata itu.

Sementara itu, pemilik pusat kesenian dan kraf anak-kanak Da Vinci Creative Kids Taman Damai Utama, Puchong, Lu Wei Yin, 34, memberitahu, penghasilan karya kirigami mampu menjana kreativiti dalam membantu tumbesaran pemikiran kanak-kanak.

Menurutnya, kirigami juga menjadikan kanak-kanak menghargai sekeping kertas dan menggunakannya sebaik untuk menghasilkan karya seni.

"Penghasilan kirigami juga membantu kanak-kanak mempertingkatkan kemahiran pemikiran individu dan berkumpulan. Melalui teknik potongan kertas, mereka juga dituntut untuk berfikir mengenai bentuk-bentuk yang akan dihasilkan.

"Apabila kertas itu siap dipotong, bentuk tiga dimensi yang terhasil pasti akan menarik minat kanak-kanak. Kehadiran saya dan kanak-kanak di Pameran Lukisan Pensel Warna ini telah memberi idea kepada saya untuk membawa sukatan pelajaran kirigami ke Da Vinci Creative Kids," ujar Wei Yin ketika ditemui Kosmo! pada pameran itu baru-baru ini.

CANTUMAN kertas yang berbentuk bebola ini merupakan antara karya yang paling sukar untuk dihasilkan.


Ketika ditanya mengenai idolanya dalam karya kirigami, tanpa berfikir panjang Alonzo menamakan Professor Masahiro Chatani merupakan antara pelopor awal yang menghasilkan teknik lipatan kertas terbaik di dunia.

Karya kirigami

Alonzo ternyata komited dan serius dalam bidang yang diceburinya sejak lapan bulan lalu. Sehingga kini, dia berjaya menghasilkan pelbagai karya kirigami untuk dijual kepada yang berminat.

Dengan kemahiran yang ada, dia menjadikan karya kirigami dengan olahan yang lebih menarik. Ia dikenali sebagai kad Popup.

Kad Popup sama seperti kirigami tetapi ia menggunakan gam untuk menampal karya itu di atas sekeping kad. Hasilnya dapat dilihat jika kad itu dibuka.

Selain itu, setiap karya kad Popup Alonzo dihasilkan atas permintaan mereka yang berminat dan setiap rekaannya pula eksklusif.

Sehingga kini, Alonzo telah menghasilkan pelbagai bentuk kad Popup. Antara rekaan yang menarik ialah bentuk Menara Pisa di Italy, Stadium Old Trafford, Manchester, Menara Eiffel, Perancis, Masjidil Haram dan Kaabah, Mekah.

Menurutnya, penghasilan kad Popup Stadium Nou Camp, Barcelona, untuk simpanannya sendiri menuntut kesabaran yang tinggi kerana ia memerlukan imaginasi yang tinggi dalam pemotongan setiap penjuru karya itu.

"Harga yang ditetapkan oleh syarikat saya pada setiap kad juga berlainan. Ia berbeza mengikut saiz dan bentuk yang dihasilkan," ujarnya,

POpUp Cards 4U diterajui oleh Alonzo sendirian dan syarikat tersebut juga menjual pelbagai jenis kad Popup mengikut permintaan pelanggan.

Selain kelengkapan asas untuk memotong kertas, Alonzo juga menggunakan mesin Craft Robo untuk membantunya memotong kertas dengan cepat dan mudah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Tok Gajah belasah Sungai Retang FC 10-0

Posted:

Tok Gajah belasah Sungai Retang FC 10-0

Tok Gajah belasah Sungai Retang FC 10-0


TENGKU ABDUL RAHMAN (barisan kedua, tengah) bersama pemain Pahang (jersi kuning) dan pemain Sungai Retang FC (depan) di Felda Sungai Retang, Jerantut, Pahang baru-baru ini.


MENANG BESAR. Pasukan Tok Gajah membelasah Sungai Retang FC 10-0 pada aksi persahabatan sempena Majlis Ramah Mesra Tengku Muda Pahang bersama penduduk Felda Sungai Retang, Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Gol-gol pasukan Pahang dijaringkan oleh Mohd. Azamuddin Mohd. Akil, Mohd. Amirulhadi Zainal, Mohd. Fauzi Roslan, R. Gopinathan, R. Surendran, Abdul Malik Mat Arif, Mohd. Hazuan Mohd. Daud dan Zainal Abidin Hassan.

Perlawanan tersebut turut disaksikan oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman, Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak.

RISDA sampai sumbangan pelajar SPM cemerlang

Posted:

RISDA sampai sumbangan pelajar SPM cemerlang

RISDA sampai sumbangan pelajar SPM cemerlang


RAHIM (tengah) bersama pelajar yang menerima sijil pelajar cemerlang SPM pada majlis Penyampaian Sumbangan dan Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Tuisyen Desa Peringkat Negeri Johor di Johor Bahru baru-baru ini.


CEMERLANG. Sebanyak 38 pelajar yang mengikuti Program Tuisyen Desa anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diraikan di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Pada majlis itu, RISDA turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM128,000 kepada 100 pertubuhan bukan kerajaan di Johor termasuk persatuan ibu bapa dan guru, persatuan ibu tunggal, persatuan teksi serta rumah anak-anak yatim.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Dr. Abdul Rahim Tamby Chik berkata, pihaknya memperuntukkan RM380,000 bagi membuka 38 pusat tuisyen desa di seluruh negeri Johor sepanjang tahun ini.

Rai sambutan Hari Ibu di Lovely Nursing Center

Posted:

Rai sambutan Hari Ibu di Lovely Nursing Center

Rai sambutan Hari Ibu di Lovely Nursing Center


SITI MAHANI (dua dari kanan) dan Pengurus Minnal FM, S. Kumaran (kiri) berbual dengan penghuni Lovely Nursing Centre pada Maljis Sambutan Hari Ibu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


GEMBIRA. Sebanyak 26 orang penghuni di pusat penjagaan orang-orang kurang upaya dan terbiar di Lovely Nursing Center menyambut gembira kehadiran sekumpulan juruhebah radio Stesen Minnal FM di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Program Radio Radio Televisyen Malaysia (RTM), Siti Mahani Saad berkata, penganjuran program tersebut bertujuan menunjukkan keprihatinan mereka terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

"Tahun ini kami membuat sedikit kelainan di mana kami memilih untuk menyambut bersama golongan ini supaya mereka tahu masih ada lagi insan yang mengambil berat tentang mereka," katanya.

Selain itu, sepanjang program berlangsung aktiviti nyanyian, tarian dan sumbangan barang-barang keperluan harian kepada penghuni pusat penjagaan itu turut diadakan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Teruskan legasi sports GT mewah Britain

Posted:

Teruskan legasi sports GT mewah Britain

Teruskan legasi sports GT mewah Britain

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
syukran.zainuddin@kosmo.com.my

PEMBUAT kereta mewah dari Britain, Aston Martin baru-baru ini meraikan ulang tahun ke-100 dengan pelancaran model elegannya, Aston Martin DB9.

Aston Martin sememangnya sudah lama dikenali terutama selepas penglibatan aktifnya dalam filem berimpak tinggi seperti James Bond sejak sekian lama.

Disifatkan sebagai model paling berkuasa sejak pengenalan pertamanya pada tahun 1994, Aston Martin DB9 turut ditawarkan kepada rakyat Malaysia menerusi pengimport dan pengedar sahnya, Jelita Seleksi Sdn. Bhd., (Jelita Seleksi).

Berikutan pelancaran Aston Martin DB9 itu, Pengarah Eksekutif Aston Martin Kuala Lumpur, Nazrul Mohtar yakin bahawa Malaysia mampu menjadi pasaran utama untuk jenama mewah tersebut di rantau Asia Tenggara.

"Permintaan terhadap kereta mewah di sini adalah positif. Ia didorong oleh ekonomi negara yang positif dan peningkatan kuasa membeli pengguna," kata Nazrul yang enggan mendedahkan berapa unit Aston Martin telah terjual di Malaysia.

Di sini, Aston Martin DB9 ditawarkan pada harga RM1.7 juta seunit. Namun, harga itu boleh meningkat bergantung kepada tambahan aksesori yang dimahukan pelanggan.

Apa yang pasti, kehadiran kereta sport GT Britain itu sememangnya mengukuhkan lagi posisinya selaku peneraju dalam segmen sport mewah.

Aston Martin DB9 dilengkapi enjin AM11 V12 penuh kuasa. Penambahbaikan bukan sahaja dilakukan pada aspek prestasi, malah kadar emisinya juga dikurangkan berbanding enjin terdahulu.

Enjin aloi sepenuhnya bersesaran 6.0 liter itu mampu menghamburkan kuasa sehingga 510hp @ 6,500rpm dan tork puncak mencecah 620Nm @ 5,500. Dari segi prestasi pula, jentera tersebut mampu meluncur dari 0 hingge ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh cuma 4.6 saat dengan kelajuan maksimum 295km/j!

Dengan penggunaan sekitar 60 peratus panel badan baharu, model sport GT itu juga sarat dengan teknologi dan kejuruteraan termaju Aston Martin. Ini membolehkannya mengekalkan statusnya sebagai model utama keluaran Aston Martin.

Sebagai contoh, chasisnya kini lebih tegar berbanding model terdahulu, selepas jurutera Aston Martin menggunakan struktur kerangka VH dan menjadikannya lebih baik. Struktur kerangka yang kukuh bukan sahaja memberi perlindungan kepada pemandu dan penumpangnya. Malah membuatkan kawalan stereng menjadi lebih jitu.

Prestasi brek mengagumkan

Penggunaan komponen-komponen baharu juga menjadikan DB9 semakin istimewa. Sistem brek misalnya, mengguna cakera Matriks Seramik Karbon CCCM) dan angkupnya pula disediakan oleh pakar pembuat brek global, Brembo.


ASTON MARTIN DB9 merupakan antara kereta mewah yang digunakan dalam filem James Bond.


Sistem brek itu menawarkan prestasi brek mengagumkan. Ini sekali gus memberi keyakinan kepada pemandu untuk memberhentikan kenderaan dengan yakin dan selamat.

DB9 dipasang dengan sistem suspensi termaju generasi keempat buatan Aston Martin yang dikenali sebagai Adaptive Damping System (ADS). ADS telah dijuruterakan semula bagi membolehkan pemandu memilih tiga mode suspensi iaitu Normal, Sport dan Trek.

Pada mode Normal, peredam ditala agar dapat memberikan pemanduan selesa. Talaan akan dibuat secara elektronik yang menyesuaikan input daripada pemandu, kelajuan dan kualiti permukaan jalan.

Mode Sport pula menyaksikan talaan suspensi lebih fokus bagi memberikan kualiti pemanduan yang dinamik. Sementara talaan suspensi paling keras berlaku apabila pemandu memilih mode Trek.

DB9 turut mematuhi piawaian perlindungan pejalan kaki terkini Eropah. Aspek itu berjaya direalisasikan tanpa mengorbankan nilai estetik rekaan luarannya. Bagi mencapai matlamat tersebut, pasukan jurutera Aston Martin telah melakukan pengubahsuian pada struktur bahagian bawah jentera. Ini termasuklah merendahkan kedudukan enjin, penggunaan bonet, binaan bampar hadapan dan acuan gril yang baharu.

Penyelesaian itu membuktikan bahawa Aston Martin berjaya mengelak daripada menggunakan cara konvensional seperti penggunaan gril plastik dan banyak lagi.

"Enjin AM11 V12 yang baharu dan rekaan bahagian hadapan unik untuk perlindungan pejalan kaki menjadi contoh jelas mengenai kecanggihan teknologi yang menjadikan Aston Martin pembuat kereta sports paling diminati di dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Aston Martin, Dr. Ulrich Bez.

Material berkualiti tinggi

Untuk bahagian luarannya, DB9 menampilkan rekaan yang mengambil inspirasi daripada model Aston Martin GT klasik. Ia tetap mengekal garis tubuh yang maskulin tanpa lekukan berlebihan. Tubuhnya yang rendah dan lebar pula seakan-akan memberi jaminan kepada pemandu bahawa ia menawarkan tahap kestabilan terbaik ketika dipandu laju.


RUANG kabin yang menggunakan material kulit berkualiti tinggi.


Sementara bahagian belakangnya pula menyerlah menerusi rekaan but flip yang dikatakan berfungsi meningkatkan prestasi aerodinamik kereta.

Beralih ke bahagaian kabin, DB9 sekali lagi tidak mengecewakan peminatnya dengan ambien yang elegan dan mewah. Selain penggunaan material berkualiti tinggi, perincian teliti juga dapat dilihat dengan jelas.

Sebagai contoh, ruang kokpit DB9 dibalut dengan kemasan kulit. Sementara suis-suis kawalannya diperbuat daripada gelas yang kelihatan seperti permata. Ketelitian semua perkara di ruang dalaman itu jelas membuktikan komitmen Aston Martin untuk menggunakan material tulen dan bernilai tinggi.

"Kami sangat teruja kerana mampu memulakan sambutan ulang tahun ke-100 Aston Martin menerusi pelancaran DB9 baharu ke pasaran Malaysia. Model ikonik ini merupakan contoh jelas terhadap kekayaan warisan Aston Martin yang kemudiannya digabungkan dengan teknologi tercanggih.

"Ini membolehkannya untuk terus hidup untuk 100 tahun lagi. Para pemilik dan peminat jentera Aston Martin pastinya mengagumi model elegan yang tidak dimakan zaman ini yang ditawarkan secara terus oleh Aston Martin Kuala Lumpur," tambah Nazrul.

Bukan sekadar DB9, Aston Martin Kuala Lumpur juga menawarkan varian lain Aston Martin termasuklah Super Grand Tourer Vanquish, rangkaian model Vantage serta kereta sport empat pintu paling cantik di dunia, Rapide.

GIVI Centre dibuka di Melaka

Posted:

GIVI Centre dibuka di Melaka

GIVI Centre dibuka di Melaka


DARI kiri: Pengarah GIVI Centre, Kon Kok Pin; Perucca, Thiam Che dan On merasmikan pembukaan GIVI Centre
di Melaka.


PENERAJU jenama aksesori motosikal di Asia, GIVI Asia Sdn. Bhd. (GIVI Asia) baru-baru ini membuka GIVI Centre di Melaka. Ia merupakan pusat sehenti ketiga GIVI Asia selepas pembukaan GIVI Point di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

GIVI Centre ialah sebuah kedai dua tingkat berkeluasan 464.5 meter persegi. Ia menawarkan rangkaian produk GIVI yang dibangunkan khas untuk pasaran tempatan dan diimport dari Itali. Turut ditawarkan ialah sistem Monorack Givi (pelengkap kotak simpanan).

Premis itu dimiliki dan dikendalikan oleh salah sebuah pengedar produk pakaian dan aksesori motosikal jenama GIVI iaitu Zong Heng Motors. Syarikat itu sudah berkecimpung dalam industri motosikal selama 25 tahun.


GIVI Centre baharu ini menawarkan rangkaian produk GIVI yang luas.


"Kami gembira kerana dapat menawarkan produk serta keperluan kepada para pelanggan GIVI Asia dan pemilik motosikal di Melaka.

"Premis ini menawarkan rangkaian produk yang lebih menyeluruh, bergaya dan aksesori praktikal untuk penunggang motosikal," kata Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee.

Hadir sama pada majlis perasmian itu ialah Pengurus Operasi Luar Negara GIVI ASIA, Joseph Perucca dan Presiden Persatuan Peniaga Motor Melaka, Datuk Tan Thiam Chye.

GIVI Centre (Zong Heng Motors) terletak di Jalan Bukit Baru di Melaka memulakan operasi mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang. Maklumat lanjut, sila hubungi talian: 06-284 9628.

S60, V60 dan XC60

Posted:

S60, V60 dan XC60

S60, V60 dan XC60

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


VOLVO XC60 merupakan antara SUV kompak yang popular di pasaran Eropah.


"MODEL R-Design baharu adalah padanan sempurna untuk mereka yang mahukan prestasi dengan perincian terbaik. Melalui model baharu S60, V60 dan XC60 R-Design, kami telah merubah model-model popular itu dengan fokus kepada perincian.

"S60 dan V60 R-Design dengan casis yang rendah, enjin T6 serta rim opsyen 19 inci adalah pakej yang tepat. Dikontrakan dengan tempat duduk sport baharu membolehkan pemandu menikmati pemanduan yang selesa, di sebalik peningkatan prestasi kereta," kata Naib Presiden Kanan Pemasaran, Jualan dan Khidmat Pelanggan Volvo Group, Doug Speck.

Memetik laporan agensi berita Newspress, ketiga-tiga model R-Design dirias semula dengan wajah baharu. Bampar depan lebih agresif dengan gril tanpa bingkai berwarna hitam (Tech Matte Black).

Ia kemudian disempurnakan dengan bilah dan logo yang elegan. Sebelum ditambah pula dengan lencana R-Design sebagai lambang prestasi. Lampu DRL pada sisi bampar memberi efek kereta yang rapat ke bumi.

"Arca roda depan adalah antara perincian kecil yang menaikkan lagi aura sporty. Ia membalut roda jenis Ixion bersaiz 19 inci untuk model S60 dan V60. Sementara bagi model XC60 pula, ia bersaiz 20 inci," kata Pengarah Rekaan Luaran Volvo, Fedde Talsma.

Pada bahagian belakang, peralatan R-Design terdiri daripada peresap udara dengan rekaan yang unik bersama sirip aero dan paip ekzos berkembar.

Bahagian dalamannya dipasang tempat duduk sport yang dibalut oleh tekstil Nubuck dan kulit. Logo R disulam dengan warna biru. Terdapat juga opsyen tempat duduk yang dibalut kulit sepenuhnya, kecuali untuk varian R-Design Lux yang didatangkan standard.


TIPIKAL sebuah Volvo, Sedan S60 sarat dengan sistem keselamatan terkini.


Perisian Polestar

"Dengan sisi tempat duduk yang memeluk pemandu dari pinggang ke bahu, kerusi baharu itu memberi sokongan untuk menikmati pemanduan. Di samping itu, ia juga mengekalkan keselesaan yang merupakan ciri tradisional Volvo sejak berpuluh-puluh tahun dahulu," jelas Speck lagi.

Meter paparan yang dipanggil Adaptive Digital Display pula mempunyai opsyen tiga fungsi iaitu Elegance, Eco dan Performance. Bagi model R-Design, mode Elegance mempunyai efek warna biru. Pasukan pereka banyak memberi perhatian kepada perincian bahagian kabin yang memberi aura R-Design.

Bercakap mengenai kuasa pula, model-model R-Design menggunakan khidmat enjin sama yang ada pada model standard seperti D2 diesel berkuasa 115hp (kecuali untuk model XC60) hinggalah ke enjin 3.0 liter 6 silinder T6 petrol turbo berkuasa 304hp dengan tork 440 Nm.

Pembeli varian T6 boleh menambah lagi kuasa kepada 329hp dengan memilih opsyen perisian Polestar. Pecutan pegun ke 100 kilometer sejam (km/j) untuk model T6 S60 yang menggunakan paddle shift baharu dengan Sport mode telah ditingkatkan kepada 5.9 saat dari 6.1 saat. Tempoh bagi model V60 T6 pula ialah 6.0 saat turun daripada 6.2 saat. Sementara model XC60 T6 pula mengambil masa 6.9 saat berbanding 7.3 saat sebelum ini.

Casis R-Design telah direndahkan kepada 15mm, manakala kekenyalan pegas gegelung ditingkatkan kepada 15 peratus berbanding model standard S60 dan V60.

Perubahan itu memberi lebih keseronokan dengan kawalan penuh. Turut dipasang ialah palang yang mengikat suspensi untuk struktur badan yang lebih tegar. Perubahan casis yang tegar dibuat tanpa menjejaskan keselesaan.

Pegas gegelung penyerap hentak dan palang antioleng telah dilaras dan ditala untuk lebih keras serta seimbang. Hasilnya, pemanduan lebih terkawal, sporty dan mencengkam jalan.


REKAAN model baharu Volvo nyata lebih segar dan kontemporari.


Sama seperti varian standard, pelbagai sistem elektronik turut dikekalkan untuk menyokong pemanduan yang lebih sporty. Corner Traction Control yang menggunakan 'torque vectoring' bagi mengambil selekoh dengan lebih tepat kini merupakan ciri standard XC60.

DSTC atau Dynamic Stability and Traction Control mempunyai beberapa fungsi seperti Advanced Stability Control yang mengelak gelinciran (spin). Engine Drag Control pula berfungsi apabila tayar hilang cengkaman sewaktu enjin membrek atau permukaan jalan licin. DSTC turut mempunyai talaan sport yang membolehkan pemandu menutup fungsi anti-spin.

Menurut Volvo, model S60, V60 dan XC60 R-Design boleh didapati di semua pasaran yang mempunyai varian standard. Volvo Cars menjangkakan jualan varian ini sebanyak sepuluh peratus, selain 30 peratus di pasaran terpilih seperti United Kingdom dan Australia.

Bagi pasaran tempatan pula, Volvo ada menjual kit badan S60 R-Design. Menariknya, terdapat juga pakej naik taraf Polestar dengan harga promosi kira-kira RM5,000.

Selain itu, bakal dipasarkan beberapa bulan lagi ialah model V40 CKD dengan harga yang agak menarik. Sudah sampai masanya pasaran memberi perhatian semula kepada Volvo era baharu dengan falsafah "Designed Around You!"

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Penarik kereta bergaduh mati kena tiga das tembakan

Posted:

Penarik kereta bergaduh mati kena tiga das tembakan

Penarik kereta bergaduh mati kena tiga das tembakan

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

NAGENTHIRAN terbaring berlumuran darah selepas terkena tiga das tembakan selepas bergaduh di koridor Flat Taman Setia Jaya, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Seorang penarik kereta maut terkena tiga das tembakan dalam satu pergaduhan berhampiran rumahnya di tingkat lima Flat Taman Setia Jaya di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam, M. Nagenthiran, 30, ditemui mati terbaring di koridor flat itu yang jaraknya hanya kira-kira 15 meter dari rumahnya.

Mayat mangsa yang terkena satu tembakan di kepala dan dua tembakan di belakang badan ditemui oleh seorang penghuni di flat itu yang kemudian memaklumkan kepada polis.

Isteri Nagenthiran, G. Parameswary, 29, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur bersama dua orang anak mereka yang berumur tiga dan lima tahun dan tidak mendengar bunyi bising di luar rumah.

"Saya hanya tahu tentang kejadian selepas seorang anggota polis datang ke rumah dan memberitahu suami saya telah mati," katanya ketika ditemui di flat itu semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penjenayah gagal merompak

Posted:

Penjenayah gagal merompak

Penjenayah gagal merompak

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


IMEJ seorang lelaki yang dirakam televisyen litar tertutup cuba merompak sebuah bank di Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM – Cubaan seorang lelaki menyamun sebuah bank di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Tengah di sini semalam tidak menjadi malah suspek itu terpaksa berlari keluar dari bank selepas disyaki terkejut melihat pengawal keselamatan yang melihat gelagatnya.

Sebelum kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu, suspek yang memakai topi dan menutup mulut dengan topeng meluru masuk ke dalam bank dengan membawa bersama dua objek berbentuk silinder berwarna putih sebesar air botol mineral 600 milimeter berserta sebuah beg pakaian.

Suspek berusia 30-an terus menghampiri sebuah kaunter yang ketika itu terdapat seorang kakitangan wanita yang bertugas. Terdapat empat orang pelanggan di dalam bank tersebut ketika kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek yang bertindak bersendirian itu kemudian meletakkan beg pakaian tersebut di atas kaunter sebelum memaksa juruwang itu memasukkan wang.

Menurut beliau, juruwang wang yang terkejut dan takut dengan permintaan suspek terus melarikan diri ke belakang tanpa memberikan wang kepada suspek.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mati ditetak ketika tunggu bas

Posted:

Mati ditetak ketika tunggu bas

Mati ditetak ketika tunggu bas

Oleh TAUFIK SALIMIN
berita@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU – Hasrat seorang penyelia tukang cuci di sebuah syarikat di Singapura mahu bertugas seperti biasa tidak kesampaian apabila dia mati akibat ditetak di kepala dan beberapa bahagian badan lain berhampiran rumahnya di Taman Skudai Baru di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa T. Thulukanam (gambar kecil), 53, disahkan meninggal dunia selepas kira-kira sejam dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Anak mangsa, Parimala Dewi, 23, berkata, sebelum tragedi itu, ayahnya sedang menunggu bas seperti biasa di perhentian bas yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah untuk pergi bekerja di Singapura.

Bagaimanapun, difahamkan semasa menunggu bas itu, secara tiba-tiba tiga lelaki muncul dan terus menyerang mangsa menggunakan senjata tajam.

Parimala memberitahu, dia dan keluarga hanya mengetahui kejadian menimpa ayah apabila ayah pulang dalam keadaan berlumuran darah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Sime Darby tumbang

Posted:

Sime Darby tumbang

Sime Darby tumbang

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my

BOBBY (kanan) menjaringkan gol kemenangan Sarawak pada aksi menentang Sime Darby di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi. Pada perlawanan tersebut, Sarawak menang 1-0.


SARAWAK kini merampas kedudukan pendahulu Liga Premier daripada Sime Darby apabila berjaya mengalahkan lawan mereka itu 1-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Penyerang sensasi, Bobby Gonzales muncul wira Sarawak apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-19 menerusi aksi 'tandukan terbang' selepas menerima hantaran daripada Zamri Morshidi.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad Bujang Senang yang sebelum ini menduduki tangga kedua liga menerajui carta dengan kelebihan satu mata berbanding Sime Darby.

Selepas 16 perlawanan, Sarawak kini mengumpul 40 mata manakala Sime Darby kekal dengan 39 mata.

Ini merupakan kemenangan ke-12 buat skuad kendalian Robert Alberts, sekali gus mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di gelanggang sendiri musim ini.

Bagaimanapun dalam tempoh 10 minit pertama, pasukan pelawat dilihat mendominasi perlawanan dengan melancarkan serangan bertali-arus.

Namun, benteng pertahanan yang diterajui Ronny Harun, Rames Lai dan Mohd. Hairol Mokhtar gagal ditembusi penyerang lawan.

Tersentak dengan gerakan pasukan lawan, Sarawak mula melancarkan serangan balas, dan mereka berjaya mencemaskan pintu gol Sime Darby menerusi gerakan pantas penyerang import, Muamer Salibasic dan Bobby, namun percubaan mereka tidak menemui sasaran.

Kerja keras pasukan tuan rumah akhirnya berbalas pada minit ke-19 apabila Bobby bijak menyambar hantaran Zamri dengan tandukan kemas, yang terus menerjah ke gawang lawan bagi membolehkan mereka mendahului 1-0.

Aksi pada separuh masa kedua, sekadar menyaksikan peluang yang dicipta oleh kedua-dua pasukan gagal menemui sasaran ekoran penyudah yang lemah.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan bagi membolehkan Sarawak mengambil alih sebagai pendahulu Liga Premier.

Selangor kongsi mata dengan Perak

Posted:

Selangor kongsi mata dengan Perak

Selangor kongsi mata dengan Perak

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


PENYERANG Selangor, Amri Yahyah (tengah) dihalang dua pertahanan Perak pada aksi yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi. Kedua-dua pasukan seri 1-1.


PEMAIN gantian Selangor, Mohd. Raimi Md. Nor menyelamatkan maruah Gergasi Merah apabila meledak gol penyamaan ketika mengikat Perak 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Keputusan itu sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim dalam saingan liga musim ini.

Seperti yang diramalkan, Selangor yang melakukan rombakan kecil dengan tidak menyenaraikan kapten, Mohd, Asraruddin Putra Omar, dikejutkan dengan beberapa percubaan bahaya daripada jentera serangan Perak yang diketuai penyerang import, Paulo Rangel sebaik permainan separuh masa pertama bermula.

Skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah yang mempamerkan corak permainan lebih tersusun dan rapi itu, mengejutkan pasukan tuan rumah menerusi jaringan cantik yang disempurnakan Mohd. Noor Hazrul Mohd. Mustafa pada minit ke-18.

Ia berpunca daripada sepakan percuma daripada luar kotak penalti dan Hazrul bijak menyudahkannya, menewaskan penjaga gol Gergasi Merah, Mohd. Sharbinee Allawee Ramlee.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Selangor kembali mengasak benteng pertahanan lawan dan hampir berjaya menyamakan kedudukan, namun tendangan percuma menerusi K. Gurusamy berjaya didakap kemas oleh penjaga gawang Perak, Farizal Marlias.

Bersambung babak kedua, strategi Irfan yang mengeluarkan S. Kunanlan dan digantikan Mohd. Fitri Shazwan nyata memberikan kesan kepada benteng pertahanan Skuad Seladang.

Begitupun, penjaga gol Perak, Farizal terlalu kebal untuk ditewaskan yang menutup kemas gawangnya daripada dibolosi.

Perak terpaksa meneruskan permainan dengan sepuluh pemain pada penghujung perlawanan ekoran pemain pertahanan import, Rafeal Souza dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-89.

Gergasi Merah yang terdesak memburu gol penyamaan, akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Raimi yang bijak memanfaatkan hantaran daripada penyerang veteran, Mohd. Amri Yahyah pada masa kecederaan untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Dalam satu lagi perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, tuan rumah, Negeri Sembilan tewas 0-3 kepada Kelantan.

Pahang bertekad tambah derita Terengganu

Posted:

Pahang bertekad tambah derita Terengganu

Pahang bertekad tambah derita Terengganu

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my


PAHANG bertandang ke Kuala Terengganu dengan misi untuk membawa pulang tiga mata penuh.


PAHANG akan pastikan Terengganu terus dihimpit kekecewaan pada pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini.

Pengurus skuad Tok Gajah, Datuk Che Nasir Salleh berkata, Pahang akan terus memburu tiga mata pada pertemuan di Kuala Terengganu itu bagi mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas skuad Penyu.

Tambah Che Nasir, ia juga bagi memastikan Pahang mampu mengubah kedudukan dalam carta liga musim ini.

"Kalau boleh, kita tidak akan memberi peluang kepada Terengganu malam esok (malam ini). Matlamat kami hanya satu, iaitu untuk memburu tiga mata penuh," katanya ketika dihubungi di Kuantan semalam.

Untuk rekod, pada perlawanan pertama menentang Terengganu di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 27 Januari lalu, Pahang yang dibimbing Dollah Salleh menang 3-0 ke atas lawan mereka itu.

Che Nasir turut membayangkan Pahang bakal beraksi tanpa khidmat dua pemain import, Matias Conti dan Delano Damion Stewart malam ini.

"Walaupun tiada pemain import, para pemain tempatan telah menunjukkan aksi yang cemerlang dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

"Kalau malam esok (malam ini) tiada pemain import yang diturunkan, mereka (pemain tempatan) tetap berupaya menggalas tugas dengan baik.

"Kita ada ramai pemain tempatan yang bagus-bagus. Rasanya tidak ada masalah kalau bermain tanpa pemain import pada aksi menentang Terengganu," katanya.

Che Nasir menambah, para pemain sewajarnya berwaspada terhadap keupayaan Terengganu kerana pasukan itu mungkin tampil dengan taktik serangan yang lebih berbisa berbanding pertemuan sebelum ini.

Ujar beliau, para pemain wajar waspada dalam setiap gerakan kerana Terengganu mungkin akan mengambil peluang daripada kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pemain Pahang.

"Para pemain sudah diingatkan supaya tidak membuat sebarang kesilapan dalam perlawanan itu nanti.

"Kesilapan, walaupun kecil akan tetap memberi risiko yang besar," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Berlapang adad terima keputusan

Posted:

Berlapang adad terima keputusan

Berlapang adad terima keputusan

TINDAKAN protes dengan melakukan demonstrasi jalanan hanya membuatkan imej negara tercalar di mata dunia. - Gambar hiasan


PILIHAN raya sudah berakhir. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya dan kepada mereka yang gagal, ini bukanlah titik noktah untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Politik selalu menjadi seni yang tidak terduga. Ada personaliti politik yang dianggap bakal menang besar, sebaliknya kalah teruk. Ada pula calon tidak ternama, tetapi mampu memenangi hati pengundi. Ia adalah keajaiban politik.

Bagaimanapun, sama ada menang atau kalah, semua pihak mestilah menerima hakikat. Proses demokrasi telah kita laksanakan. Jika ada kekurangan, kita boleh memperbaikinya pada masa hadapan.

Sekarang adalah masa untuk semua pihak bersama-sama bekerja bagi memajukan negara. Kita tidak boleh membiarkan politik menguasai diri setiap hari, sehinggakan ia hanya berakhir dengan pertikaian yang merugikan kita semua.

Walaupun ada segelintir pihak berpandangan bahawa mereka sepatutnya menang dengan melihat kepada beberapa petunjuk, tetapi ia tidaklah selalunya benar.

Sekalipun ada parti yang mungkin telah merangka manifesto terbaik, tetapi itu tidaklah bermakna bahawa ia menjadi isyarat untuk mendapat sokongan. Ia bergantung kepada 'apa dan siapa' yang menilai manifesto dan tawaran tersebut.

Inilah yang cuba ditunjukkan oleh Abraham Maslow apabila memperkenalkan teori Hierarchical of Human Needs.

Orang yang berpendapatan rendah misalnya, mereka memerlukan taraf hidup mereka meningkat dan mungkin mengabaikan segala janji berkaitan dengan tahap yang lebih tinggi seperti keadilan sosial dan hak bersuara.

Mereka akan hanya mempertimbangkan kehendak yang relevan dengan diri mereka.

Sesetengah pihak yang lain, sekalipun ditawarkan dengan bantuan dan pertolongan, tidak semestinya akan memberikan undi mereka.

Golongan pertengahan dan berpendidikan tinggi misalnya, mereka melihat sesuatu yang lebih tinggi, misalnya pengurangan kadar jenayah, kualiti pekerjaan yang lebih baik, pengangkutan awam yang selesa dan sebagainya.

Semua ini menunjukkan bahawa setiap individu mempunyai kehendak yang berbeza-beza. Sebab itu, pada akhirnya politik hanyalah sekadar apa yang dipersepsikan oleh ahli masyarakat.


SETIAP pengundi mempunyai calon pilihannya sendiri. - Gambar hiasan.


Hasutan

Bagi sesetengah individu, dapat bersalaman dengan calon sudah dianggap sebagai hadiah terbesar yang menyebabkan mereka mengundi seseorang calon.

Ini belum termasuk dengan hakikat bahawa manusia itu pula mempunyai ciri personaliti yang pelbagai. Ada orang yang hari ini menyokong parti tertentu, keesokan harinya boleh menjadi penyokong kepada parti yang lain. Ada pula individu yang tidak bakal berubah dan menerima pandangan pihak lain sekalipun didedahkan dengan pelbagai ceramah dan kempen.

Semua ini adalah ciri istimewa manusia yang menjadikan politik itu sendiri adalah sesuatu yang sukar diramal.

Sebagai orang awam pula, kita tidak boleh selamanya menjadikan perbezaan politik sebagai penghalang untuk mereka bekerjasama dan bersatu padu.

Politik hanyalah sekadar satu cara untuk memilih pemimpin dan pada akhirnya seseorang pemimpin itu dipilih berdasarkan suara majoriti.

Ada calon yang mungkin menjadi pilihan kita, tidak semestinya pilihan untuk orang lain. Sebab itulah semua pihak perlu menerima apa yang diputuskan oleh suara terbanyak.

Mutakhir ini, ada pula agenda untuk pihak-pihak tertentu cuba mencetuskan kegelisahan orang ramai dengan cuba mempertikai keputusan pilihan raya. Usaha ini pula kemudiannya dipromosi melalui medium online dan khidmat pesanan ringkas.


TINDAKAN memprotes keputusan pilihan raya oleh penyokong parti yang kalah disifatkan tindakan kurang bijak dan tidak beradab. - Gambar hiasan.


Harus diingat, ia bukanlah cara terbaik, bahkan mungkin mencetuskan suasana tidak harmoni dalam masyarakat.

Secara psikologi, manusia yang kecewa ada kecenderungan untuk melakukan sesuatu yang tidak diingini termasuklah rusuhan, malah perkara yang bertentangan dengan lunas undang-undang.

Bayangkan sekiranya setiap pihak yang kalah menggunakan pendekatan yang sama untuk menyuarakan rasa tidak puas hati?

Kekalahan tidak hanya diterima oleh calon daripada parti-parti tertentu, tetapi ia melibatkan setiap parti. Ada parti-parti tertentu yang menang di sesebuah negeri, tetapi tidak di negeri lain.

Ada mereka yang sudah beberapa penggal menjadi ahli Parlimen, tetapi kalah pula dalam pilihan raya kali ini.

Sudah tentulah, sebagai pemimpin politik, setiap orang ada pengaruh dan pengikutnya yang mungkin menjangkau puluhan ribu orang.

Jika setiap kali kekalahan berlaku, ada demonstrasi dan pengikut dihasut untuk memprotes, ia pada akhirnya hanya akan menjejaskan proses demokrasi.

Rakyat pada akhirnya hanya akan terjebak dengan pelbagai isu politik yang tidak berkesudahan dan perlu untuk terus menghadapi kehidupan sepanjang empat atau lima tahun lagi dengan rasa kecewa dan putus asa.

Percayalah, tidak ada satu sistem demokrasi pun di dunia ini mampu melunaskan impian setiap orang kerana setiap manusia itu berbeza dan ada keunikannya yang tersendiri.

Bagaimanapun, dengan mengikut suara majoriti, itulah yang terbaik untuk kita semua.

Pilihan raya sudah berakhir. Inilah masanya untuk kita semua bekerja demi negara. Bersatulah!

Rendahkan kolesterol dengan bran oat

Posted:

Rendahkan kolesterol dengan bran oat

Rendahkan kolesterol dengan bran oat


HENRIK SCHMIDT (dua dari kiri) dan Daniel (tengah) menunjukkan Kordel's Active Oat 35 yang sudah berada di pasaran.


UMUMNYA, ramai yang mengetahui bahawa bijirin atau sering dipanggil oat mampu mengurangkan kadar kolesterol. Walau bagaimanapun, ramai tidak mengetahui bahawa untuk mendapatkan keputusan yang sepenuhnya, seseorang perlu mengambil sekurang-kurangnya tiga mangkuk mil oat (oatmeal) sehari, selama 60 hari berturut-turut.

Mustahil bukan? Sekarang tidak lagi! Dengan adanya Active Oat 35 keluaran Kordel's, anda hanya perlukan dua sudu penuh serbuk bran oat Active Oat 35 untuk mendapatkan khasiat oat sepenuhnya dengan pengurangan kolesterol di dalam tubuh badan.

Mil oat dan bran oat dibezakan melalui teknik pemprosesan gandum sebelum menjadi bijirin.

Kadar kolesterol yang tinggi dalam kalangan masyarakat meningkat hampir dikebanyakan negara membangun dan maju. Pada tahun 2011, bancian Kaji Selidik Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi (NHMS) menunjukkan peningkatan kadar kolesterol tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu daripada 20.7 peratus pada tahun 2006 kepada 35.1 peratus pada tahun 2011 iaitu kira-kira 10 juta individu atau satu pertiga daripada jumlah rakyat Malaysia hari ini.

Statistik yang membimbangkan itu telah membawa Kordel's melancarkan misi untuk membantu rakyat Malaysia mengekalkan kadar kolesterol yang rendah melalui pengambilan oat yang bukan sahaja mudah dan enak untuk dimakan.

Active Oat 35 keluaran Kordel's dihasilkan daripada oat yang bermutu tinggi. Elemen Beta-Glukan yang diekstrak daripada oat telah melalui proses penyaringan bebas bahan kimia dan bebas etanol di Sweden sebelum ia diproses kepada serbuk mudah larut.

Proses tersebut menukarkan keperluan tiga mangkuk mil oat untuk menikmati khasiatnya kepada hanya dua sudu sahaja.

"Khasiat dan kebaikan oat telah lama diyakini. Walaupun begitu, kami di Kordel's Malaysia menyedari bahawa oat bukan menjadi pilihan diet seseorang disebabkan oleh beberapa faktor termasuk rasanya yang hambar, kurang masa untuk menyediakannya dan juga rupa bentuk yang kurang menarik.

"Menyedari hakikat ini, Active Oat 35 dirumus khas bagi memenuhi kehendak pengguna yang sentiasa sibuk dengan aktiviti seharian dan kami juga yakin bahawa produk ini mampu mengubah persepsi orang ramai mengenai oat," kata Pengarah, Cambert Sdn. Bhd., Daniel Zuelling yang merupakan pengimport dan pengedar produk berasaskan kesihatan Kordel's di Malaysia.


DINO membuat demonstrasi hidangan yang menggunakan Active Oat 35.


Beta-Glukan adalah satu bahan 'ajaib' yang terkandung di dalam oat dan mampu mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan.

Ia terdiri daripada serat yang mudah larut. Beta-Glukan larut dalam saluran pemakanan, ia akan menghasilkan lapisan seakan-akan agar-agar (gel) yang bertindak mengumpulkan kolesterol berlebihan bersama-sama bahan seakan-akan kolesterol.

"Bukan semua oat sama. Kedua-dua oat iaitu bran oat dan mil oat mempunyai persamaan dari segi khasiat.

"Namun dari segi nutrien, bran oat adalah lebih baik berbanding mil oat. Proses untuk mendapatkan khasiat dan nutrien yang baik daripada oat adalah bukan satu proses yang sukar jika kita benar-benar mengetahui akan kebaikan oat," kata Henrik Schmidt, Ketua Pegawai Eksekutif Biovelop International AB iaitu syarikat yang bertanggungjawab terhadap teknologi yang digunakan oleh Active Oat 35.

Pakar pemakanan selebriti, Dino Goh telah menunjukkan kepelbagaian pengambilan Active Oat 35 melalui demonstrasi resipi berasaskan oat yang boleh disediakan di rumah.

"Disebabkan rutin seharian yang memerlukan semua orang bergerak pantas, mereka semua mementingkan produk kesihatan yang senang disediakan.

"Untuk menjadi individu yang kuat, serbuk bran oat yang berkualiti seperti Active Oat 35 amat diperlukan sebagai sebahagian daripada diet seharian," katanya.

Ujarnya, bagi mengelakkan rasa hambar oat dan menjadikannya lebih berkhasiat, seseorang itu boleh menggunakan oat di dalam makanan dan juga minuman.

Active Oat 35 sekarang boleh didapati di seluruh farmasi terkemuka di seluruh Malaysia pada harga RM65.

Berzakat menyucikan harta

Posted:

Berzakat menyucikan harta

Berzakat menyucikan harta


AMALAN berzakat penting kerana ia bukan sahaja digunakan dalam membantu golongan yang memerlukan, bahkan membangunkan kehidupan umat Islam.


KEHIDUPAN ini akan menjadi lebih bermakna jika nikmat dan rezeki yang dimiliki dikongsi dengan orang lain walaupun sedikit. Namun lumrah manusia, apabila memberi sesuatu, sering mengharapkan balasan yang lebih daripada apa yang diberikan.

Siapa yang tidak mahu jika ditawarkan balasan yang besar seperti 'Satu dibalas 700'? Pasti ramai yang berebut-rebut untuk mendapatkan tawaran itu.

Tawaran satu dibalas 700 itu nampak luar biasa, namun sebenarnya sudah ramai dalam kalangan kita yang merasai nikmat dan meyakini kebenaran tersebut.

Pasti ramai yang menganggap tawaran satu dibalas 700 sebagai tidak logik dan mustahil kerana menawarkan pulangan yang besar.

Namun menurut Eksekutif Zakat Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Ahmad Adha Ahmad Zohdi, tiada apa yang mustahil bagi Allah kerana itu janji untuk mereka yang bersedekah dan membayar zakat.

Seperti mana janji Allah dalam Ayat 261, Surah Al-Baqarah: 'Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya'.

Berdasarkan maksud ayat itu, pahala orang yang bersedekah akan dilipat ganda seperti berkembangnya satu biji benih menumbuhkan tujuh tangkai dan setiap tangkai ada 100 biji. Malahan Allah boleh memberi lebih daripada itu mengikut kehendak-Nya.

Ini bermakna pahala sedekah bukan 10 atau 30 kali ganda, sebaliknya 700 kali ganda malahan lebih, katanya.

Ia ditambah dengan hadis Nabi SAW: "Tiga perkara ini Aku khabarkan kepada kalian dan kalian peliharalah ia. Pertama, tidak kurang harta yang dikeluarkan untuk sedekah, bahkan akan bertambah," Riwayat Imam At-Tarmidzi.

Ini bermakna bersedekah bukan sahaja menambah pahala, tetapi juga menambahkan harta yang mana perlu direbut dengan ikhlas oleh umat Islam.

Hilangkan riak

Ahmad Adha berkata, amalan berzakat perlu disertakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah selain menggunakan harta benda dan sumber pendapatan yang halal tanpa perasaan riak.

Bagi menghindarkan daripada perasaan tersebut, pembayar digalakkan menunaikan zakat di institusi-institusi zakat berwajib kerana pembayar dan penerima tidak mengenali antara satu sama lain.

Ini juga akan memudahkan anda untuk menyemak dan mentaksir tuntutan zakat yang wajib dikeluarkan.

"Pastikan zakat didahulukan bagi mereka yang layak kemudian barulah diikuti dengan sedekah sunat lain seperti derma, infaq atau wakaf. Selain itu wajib juga berusaha menyelesaikan hutang-hutang zakat (qadha zakat) yang belum dijelaskan sebelum ini demi memastikan kesempurnaan Islam seseorang itu seperti mana yang terdapat dalam Rukun Islam ketiga," katanya.


KAUNTER zakat yang dibuka di pusat-pusat zakat seluruh negara memudahkan umat Islam menunaikan Rukun Islam itu.


PPZ-MAIWP menyediakan khidmat yang mudah bagi pembayar zakat dengan menghubungi talian 1-300-88-5757 atau www.facebook.com/myzakat untuk maklumat lanjut.

Beri ketenangan

Bagi Letta Tambi, 61, dia mengakui, hidupnya lebih tenang dan tidurnya juga lebih lena apabila dapat menunaikan kewajipan berzakat.

Beliau yang membayar zakat emas sejak berumur 30 tahun berkata, banyak nikmat yang dirasakannya bukan sahaja rezeki yang semakin bertambah, tetapi juga nikmat kesihatan yang baik diberikan Allah.

Pada usia emas itu, Letta masih lagi diberikan kudrat mencari rezeki sebagai pembersih am di sebuah syarikat swasta di Cheras.

"Inilah sebahagian nikmat yang Allah bagi kepada mak cik. Masih sihat, mampu lagi bekerja mencari rezeki dan tidak meminta kepada anak dan orang lain," katanya yang kini menetap di Pudu, Kuala Lumpur.

Walaupun tidak layak untuk membayar zakat pendapatan, namun beliau sentiasa bersedekah terutamanya membantu keluarga terdekat untuk berkongsi rezeki yang diperoleh.

"Apa yang ada kita kongsikan bersama. Insya-Allah, hidup kita akan tenang. Tak usah takut kalau duit tak cukup ke, takut tak makan ke, sebab janji Allah jika kita bersedekah, makin diluaskan rezeki kita," katanya yang berasal dari Melaka.

Rezeki yang mencukupi

Bagi seorang kakitangan syarikat swasta, Syed Mazhar Syed Othman, 29, kesedaran membayar zakat timbul setelah merasakan pendapatan bulanannya sentiasa tidak cukup, malah kadangkala terpaksa meminjam daripada keluarga dan rakan-rakan.

"Duit tidak pernah cukup sedangkan saya belum berumah tangga lagi. Tak tahu mana duit dihabiskan setiap bulan. Nak menyimpan jauh sekali," katanya.

Ujar Syed Mazhar, melalui beberapa ceramah mengenai pentingnya membayar zakat menyedarkan dia akan tanggungjawab menyucikan harta dan pendapatan yang ada.

"Saya nilai balik, mungkin ada silap di mana-mana yang menyebabkan saya lupa tunaikan tanggungjawab saya sebagai orang Islam," katanya yang membayar zakat melalui potongan gaji bulanan sejak setahun lepas.

Ujarnya, perubahan demi perubahan dapat dirasakan setelah menunaikan kewajipan itu terutamanya rezeki yang sentiasa dilapangkan.

"Saya lebih pandai menguruskan kewangan, walaupun gaji tak banyak tapi sentiasa cukup. Kita harus yakin kepada Allah yang memberi rezeki dan ikhlas menunaikannya," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


One Direction guna khidmat bekas ejen Obama

Posted:

One Direction guna khidmat bekas ejen Obama

One Direction guna khidmat bekas ejen Obama

ANGGOTA-ANGGOTA One Direction terdiri daripada Tomlinson (kiri) yang berdiri di sebelah Payne, Malik, Horan dan Styles. di Sao Paulo pada 30 November 2012.


LONDON - Kumpulan nyanyian terkenal, One Direction dilaporkan akan menggunakan khidmat bekas pasukan keselamatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sempena konsert jelajah mereka di AS, lapor portal berita Express kelmarin.

Keputusan tersebut dibuat oleh ketua konsert jelajah One Direction selepas dia bimbang tentang peningkatan peminat fanatik kumpulan dari Britain itu.

Penggunaan bekas pasukan keselamatan Obama itu dibuat selepas seorang anggota kumpulan tersebut, Liam Payne, 19, berpisah dengan kekasihnya, Danielle Peezer.

"Beberapa anggota keselamatan itu pernah berkhidmat dengan Obama," kata satu sumber.

Kumpulan itu juga dijangka mendapatkan khidmat bekas anggota tentera AS yang pernah berkhidmat semasa Perang Iraq untuk mengawal keselamatan mereka.

One Direction yang turut dianggotai Harry Styles, Zayn Malik, Louis Tomlinson dan Niall Horan bakal memulakan konsert jelajah di Florida, AS pada 13 Jun depan. - Agensi

Dua penumpang terjatuh dari kapal

Posted:

Dua penumpang terjatuh dari kapal

Dua penumpang terjatuh dari kapal


BEBERAPA penumpang beratur di luar kapal itu semalam.


SYDNEY - Pihak berkuasa semalam melancarkan gerakan mencari dua orang penumpang yang terjatuh ke dalam laut dari sebuah kapal persiaran, Carvival Spirit.

Menurut seorang pegawai polis New South Wales, Mark Hutchings, gerakan mencari itu dilakukan di pantai timur Australia selepas dua penumpang tersebut didapati hilang oleh kru-kru kapal pada pagi semalam selepas Carnival Spirit berlabuh di Circulay Quay di sini.

Beliau berkata, rakaman kamera pengawasan menunjukkan dua penumpang tersebut yang terdiri daripada seorang lelaki berusia 30 tahun dan pasangannya berumur 27 tahun terjatuh dari dek kapal pada malam Rabu lalu.

Hutchings memberitahu, ketika kejadian, kapal tersebut berada kira-kira 120 kilometer di luar bandar Forster.

"Kami berharap dapat menemui mereka hidup-hidup," katanya kepada pemberita.

Jurucakap Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia, Jo Meehan berkata, sebuah pesawat, helikopter dan beberapa buah bot polis digunakan dalam misi mencari mangsa-mangsa tersebut.

Pasangan itu merupakan antara 2,680 orang penumpang yang menaiki kapal tersebut dalam pelayaran selama 10 hari. - Agensi

Terjun dari bangunan terbakar untuk selamatkan diri

Posted:

Terjun dari bangunan terbakar untuk selamatkan diri

Terjun dari bangunan terbakar untuk selamatkan diri


SEORANG lelaki terjun dari tingkat tujuh Plaza LDA yang terbakar di Lahore semalam.


LAHORE, Pakistan - Seramai tiga orang terjun dari Plaza LDA yang terbakar di sini semalam sebagai usaha untuk menyelamatkan diri.

Dua daripada tiga orang itu cedera selepas mereka terjun dari tingkat tujuh.

Mereka kemudian dirawat di sebuah hospital.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa yang terjun itu mati di tempat kejadian.

Lima buah jentera bomba digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Sejumlah orang dilaporkan terperangkap di dalam bangunan setinggi 13 tingkat itu ketika kebakaran tersebut bermula di tingkat tujuh dan lapan.

Beberapa buah helikopter turut digunakan untuk memindahkan mangsa-mangsa yang terperangkap akibat kebakaran tersebut.

Empat orang terbunuh dalam kejadian itu.

Punca kejadian masih belum diketahui. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved