Khamis, 4 April 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Memperingati syahid Palestin 1976

Posted:

Memperingati syahid Palestin 1976

Memperingati syahid Palestin 1976

SEKUMPULAN kanak-kanak Palestin melepaskan puluhan belon berwarna-warni di sebuah kawasan lapang perkampungan Nazlet Zeid yang terletak di daerah Jenin, utara Tebing Barat.

Sambil mendongak ke langit melihat belon yang terbang ditiup angin, riak wajah masing-masing jelas terpancar keriangan. Sebahagiannya turut mewarnakan muka dengan lambang bendera negara mereka.

Di satu sudut lain, kelihatan beberapa kanak-kanak lelaki bersemangat mengibarkan bendera Palestin yang berwarna merah, hitam, putih dan hijau. Meskipun berada di bawah panas terik mentari, mereka langsung tidak merungut atau mengeluh.

Sebaliknya, anak-anak kecil yang berusia lingkungan tiga hingga 12 tahun itu gembira untuk meraikan Hari Tanah yang disambut oleh rakyat Palestin pada 30 Mac setiap tahun.

Kampung Nazlet Zeid terletak berhampiran dengan penempatan haram Yahudi di Shaked. Sambutan yang dilakukan oleh penduduk di sana itu kelihatan ringkas tetapi signifikan kerana ia menyuntik semangat jati diri terhadap anak-anak kecil dalam mempertahankan tanah air tercinta.

Di Beit Hanun, sebuah bandar di pinggir timur laut Semenanjung Gaza pula, penduduknya berpakaian ala petani sebagai tanda mengingati hari berlakunya peristiwa berdarah tersebut.

Hari Tanah atau Land Day bertujuan untuk memperingati pembunuhan enam penunjuk perasaan berketurunan Arab Israel oleh tentera Zionis sewaktu demonstrasi besar-besaran pada tahun 1976 bagi membantah rancangan Israel merampas tanah Arab di wilayah Galilee.

Tunjuk perasaan

Bekas ahli politik Belanda yang juga aktivis hak asasi manusia, Arjan El Fassed pernah menulis artikel khas mengenai insiden ini yang bertajuk, What is it that Palestinians commemorate on Land Day?

Artikel yang disiarkan di laman web The Electronic Intifada pada 30 Mac 2001 itu menjelaskan secara terperinci insiden yang berlaku sekali gus menunjukkan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

SEKUMPULAN pemuda Palestin melaungkan slogan mengutuk Israel.


Menurut El Fassed, tindakan Israel yang mahu merampas 60,000 dunam tanah milik Arab di wilayah Galilee mengundang tunjuk perasaan oleh beribu-ribu penduduk minoriti Palestin di negara tersebut. Dunam ialah unit pengiraan kawasan tanah yang digunakan pada zaman Empayar Uthmaniyyah. Satu dunam merujuk kepada kawasan seluas 1,000 meter persegi.

"Konfrontasi yang berlaku antara penduduk dan polis Israel itu menyebabkan enam rakyat Palestin terbunuh, ratusan tercedera dan beratus-ratus lagi dipenjarakan. Dalam tahun-tahun berselang, peristiwa tersebut telah dikenang dalam memori rakyat Palestin sebagai Hari Tanah," ujar beliau.

Selepas bertahun-tahun dalam pemerintahan tentera dan politik kepatuhan, Hari Tanah 1976 merupakan tindakan pertama penentangan besar-besaran oleh rakyat Palestin di Israel terhadap polisi dalaman penjajah Zionis.

"Polisi itu sebenarnya satu proses rampasan sistematik yang mengurangkan pemilikan tanah Palestin daripada kira-kira 94 peratus bagi kesemua wilayah pra-Palestin 1948 kepada kurang daripada tiga peratus dalam apa yang kini dianggap sebagai Israel.

"Selepas beberapa tahun dipulaukan oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan negara-negara Arab, Hari Tanah mengesahkan minoriti rakyat Palestin di Israel sebagai satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada negara Palestin dan Arab," jelas El Fassed, pengasas bersama The Electronic Intifada, laman web yang memaparkan tentang konflik Israel-Palestin dari kaca mata rakyat Palestin.

Penghormatan

Sementara itu, ribuan penduduk berarak membawa bendera gergasi dari pusat bandar Sakhnin di utara Israel sambil melaungkan slogan mengenang mereka yang terkorban serta tahanan Palestin yang dipenjarakan.

Datuk Bandar Sakhnin, Mazen Ghanaim turut memberi penghormatan kepada mangsa yang disifatkan sebagai syahid. Malah, Ghanaim juga menggesa penduduk Palestin terus berjuang dalam menuntut tanah dan hak mereka kembali.

Perarakan utama Hari Tanah diadakan di pekan Deir Hanna, Galilee. Ia diikuti dengan beberapa lagi demonstrasi jalanan di padang pasir dan persimpangan Shoket di wilayah Negev, selatan Israel.

Kumpulan tunjuk perasaan tersebut juga bertindak membantah rancangan rejim Zionis untuk menempatkan puluhan ribu kaum Arab Badwi yang menghuni padang pasir ke satu kawasan perbandaran tetap dengan mengambil ribuan hektar tanah penduduk Palestin.

Demonstrasi serupa turut berlangsung di kawasan Tebing Barat selepas solat Jumaat di tempat pemeriksaan utama di Baitulaham dan beberapa buah kampung.

Di Gaza pula, ratusan penduduk tidak ketinggalan menyertai perarakan dari pekan Jabaliya ke Beit Lahiya. Dalam pada itu, ketegangan tercetus antara penduduk Palestin dengan pihak berkuasa Israel.

Di tempat pemeriksaan Qalqiliya yang terletak di utara Baitulmuqaddis, sekumpulan pemuda Palestin bertindak membaling batu ke arah tentera rejim dan membakar tayar.


PULUHAN belon berwarna-warni dilepaskan di sebuah kawasan lapang di perkampungan Nazlet Zeid yang terletak di daerah Jenin, utara Tebing Barat.


Tindakan tersebut dibalas oleh tentera Israel dengan melepaskan gas pemedih mata, menembak peluru getah dan melempar bom untuk meleraikan penunjuk perasaan tersebut.

"Pihak tentera Zionis turut melepaskan tembakan cecair busuk yang dikenali sebagai skunk ke arah kumpulan pemuda Palestin yang menyertai demonstrasi terbabit," menurut koresponden agensi berita Associated France Press (AFP).

Rentetan daripada pertempuran itu, pegawai perubatan Palestin memberitahu, sekurang-kurangnya 30 orang mengalami kecederaan dan dirawat akibat terkena gas pemedih mata.

Sambutan Hari Tanah yang berlangsung sejak 37 tahun lalu itu sering mendapat perhatian para penyokong Palestin termasuk pelarian di Lebanon, Jordan, Syria dan Tunisia. Mereka turut berarak menuju ke sempadan sebagai sebahagian daripada perarakan global ke Baitulmuqaddis.

Pokok zaitun

Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad pula berkata, sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Tanah, beliau bersama delegasi 20 rakyat Palestin telah menanam pokok zaitun di kawasan Tebing Barat yang dikenali sebagai E1 atau Bab Al-Shams.

Menurut beliau, Israel telah mengenal pasti kawasan tersebut untuk dijadikan penempatan masa hadapan bagi penduduk Yahudi.

"Kehadiran kami di Bab Al-Shams dan di setiap sudut tanah Palestin akan kekal berakar umbi seperti pokok-pokok zaitun ini berakar umbi di tanah air kami," tegasnya melalui kenyataan yang dikeluarkan pejabat Perdana Menteri.

Di samping itu, sebanyak 200 anak pokok zaitun ditanam di pekan Al-Khader berhampiran bandar Baitulaham di Tebing Barat.

"Anak pokok zaitun telah ditanam di kawasan Shoshhala yang telah dirampas secara haram oleh tentera pada tahun 1967 selepas Israel menduduki seluruh Palestin.

"Israel berterusan dengan cubaan merampas tanah dalam usaha untuk mengembangkan penempatan haram di kawasan berhampiran," ujar Ahmad Salah, penyelaras Jawatankuasa Popular terhadap Tembok dan Penempatan di Al-Khader kepada Radio Baitulaham 2000.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Peserta Teman 1Azam Kepala Batas terima bantuan

Posted:

Peserta Teman 1Azam Kepala Batas terima bantuan

Peserta Teman 1Azam Kepala Batas terima bantuan


ABDULLAH beramah mesra dengan seorang penerima bantuan program Teman 1Azam selepas majlis penyampaian Kar1sma Teman 1Azam di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.


MANFAAT. Kira-kira 30 peserta program Teman 1Azam dari daerah Kepala Batas, Pulau Pinang menerima Barangan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma) 1Azam Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang pada satu majlis di Kepala Batas baru-baru ini.

Antara bantuan tersebut ialah peralatan menyediakan air batu campur dan cendol, cucian kereta bergerak serta mesin rumput yang disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas.

Dalam ucapannya, Abdullah mengingatkan para penerima barangan tersebut agar berusaha memanfaatkan segala bentuk bantuan yang diberi kerajaan untuk memperoleh pendapatan yang mampu menjana ekonomi keluarga.

Katanya, inisiatif kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berjaya meningkatkan pendapatan kira-kira 70 peratus pesertanya di Pulau Pinang sejak diperkenalkan dua tahun lalu.

USM anjur Kempen Warisan Lenggong untuk pelajar

Posted:

USM anjur Kempen Warisan Lenggong untuk pelajar

USM anjur Kempen Warisan Lenggong untuk pelajar


PARA pelajar mendengar penerangan tentang Lenggong daripada Ahli Jawatankuasa Kempen Warisan Lenggong USM (kiri) di Lenggong baru-baru ini.


INISIATIF. Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Kempen Warisan Lenggong di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Azlan Shah, Lenggong, Perak baru-baru ini.

Pengarah Kempen Warisan Lenggong, Lum Wai Quan berkata, program berkenaan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran golongan muda terhadap kawasan Lenggong yang kini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.

Beliau berkata, pelbagai acara menarik telah diatur seperti pertandingan fotografi, buku skrap dan Jelajah 'Jejak Warisan Lenggong'.

"Selain SMK Sultan Azlan Shah, kempen yang sama turut diadakan di SMK Datuk Ahmad, Lenggong," katanya.

Pusat PDK Sinar 1Malaysia Taman Puteri dirasmi

Posted:

Pusat PDK Sinar 1Malaysia Taman Puteri dirasmi

Pusat PDK Sinar 1Malaysia Taman Puteri dirasmi


FATIMAH (tengah) melihat gelagat kanak-kanak menggunakan bahasa isyarat selepas merasmikan Pusat PDK Sinar 1Malaysia Taman Puteri di Kuching baru-baru ini.


RASMI. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sinar 1Malaysia Taman Puteri di Jalan Sultan Tengah, Kuching dirasmikan oleh Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah baru-baru ini.

PDK Sinar 1Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2012 itu menempatkan penghuni yang terdiri daripada kanak-kanak orang kelainan upaya.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM156,880 kepada pusat komuniti tersebut.

Selain itu, Fatimah juga mengambil kesempatan beramah mesra dengan penghuni dan kakitangan selain meninjau keadaan dan peralatan di pusat komuniti berkenaan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Sorok syabu di celah paha

Posted:

Sorok syabu di celah paha

Sorok syabu di celah paha

SEPASANG suami isteri ditahan bersama syabu bernilai RM600 selepas polis menyerbu sebuah rumah di Limbang, Sarawak kelmarin.


LIMBANG – Taktik seorang wanita menyembunyikan dua paket syabu di celah pahanya terbongkar apabila dia ditahan di sebuah rumah di Kampung Batu Bekarang di sini kelmarin.

Polis turut menahan suami wanita tersebut bersama seorang bayi berusia enam bulan dalam serbuan pada pukul 5.54 pagi. Bayi itu kemudian diserahkan kepada waris terdekat suspek.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd. Bukhori Saffai berkata, wanita berusia 30 tahun itu dipercayai bergiat aktif mengedar dadah bersama suaminya yang berusia 42 tahun sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, selain tangkapan, polis turut merampas syabu seberat 1.8 gram bernilai RM600 yang disembunyikan di celah paha wanita itu.

"Kita jangka menahan beberapa individu lagi yang menjadi orang tengah kepada pasangan ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tambahnya, kedua-dua suspek didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing dan semakan mendapati, pasangan itu turut mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Maut sebab pikat isteri orang

Posted:

Maut sebab pikat isteri orang

Maut sebab pikat isteri orang

Oleh FATIN AINAA FAUDZI
berita@kosmo.com.my

KLANG – Sikap miang seorang lelaki yang cuba memikat isteri orang dengan menghantar ayat-ayat cinta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas disyaki dikelar suami wanita berkenaan di Jalan Klang Sentral di sini kelmarin.

Kejadian pukul 9.55 malam itu mengakibatkan mangsa yang berusia 22 tahun mati selepas dikelar di leher di kawasan tempat letak kereta. Mangsa berbangsa Aceh, Indonesia.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong (gambar) berkata, siasatan awal mendapati mangsa dikelar dengan menggunakan senjata tajam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Diberkas ketika hendak lari

Posted:

Diberkas ketika hendak lari

Diberkas ketika hendak lari

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my


ANGGOTA pasukan keselamatan yang sedang bertugas sempat bertanya khabar kepada penduduk Kampung Lok Buani, Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU – Seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang dicari kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pencerobohan pengganas Sulu di negeri ini diberkas tidak sampai enam jam selepas polis mengedarkan gambarnya kepada umum kelmarin.

Clarence Luing Karl @ Muhammad Khalil John L Karl, 57, diberkas pada pukul 10.30 malam bersama seorang wanita dipercayai isterinya berusia 55 tahun dan seorang lelaki yang merupakan kenalannya berumur 33 tahun.

Ketiga-tiga mereka diberkas di rumah pangsa Datuk Seri tersebut di Tanjung Aru, Kota Kinabalu kira-kira 401 kilometer dari sini.

Mereka diberkas bagi membantu siasatan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Datuk Seri itu diberkas selepas kita menerima maklumat mengenai kedudukannya enam jam setelah kita mengedarkan gambarnya pada pukul 4.30 petang.

"Seorang wanita dan seorang lagi lelaki turut ditahan di dalam rumah itu ketika mereka bersiap sedia untuk melarikan diri," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tunku Ismail letak jawatan

Posted:

Tunku Ismail letak jawatan

Tunku Ismail letak jawatan

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

TUNKU ISMAIL (dua dari kiri) meletak jawatan sebagai Presiden PBNJ berkuat kuasa semalam.


TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa semalam.

Dalam satu kenyataan kepada media, baginda bertitah, keputusannya itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, dan juga hasil perbincangan bersama Penasihat Undang-undang Negeri Johor.

"Keputusan ini saya buat kerana saya merasakan jika saya memegang jawatan sebagai Presiden dan pada masa yang sama, saya juga adalah TMJ, maka amat sukar untuk saya mentadbir urus PBNJ yang sentiasa terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM.

"Oleh kerana itu, saya membuat keputusan untuk mentadbir PBNJ sebagai Penaung berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini.

"Ini kerana mengikut protokol, saya sebagai TMJ selayaknya memegang jawatan sebagai Penaung dalam PBNJ," titah baginda.

Titah baginda, menjawat jawatan sebagai Penaung akan membuka lebih banyak ruang dan peluang serta memberi kelebihan kepada dirinya untuk mentadbir urus persatuan dalam pelbagai aspek.

Antaranya, pengurusan kewangan, kebajikan kakitangan PBNJ dan juga para pemain.

"Di samping itu, saya dapat membuat keputusan yang lebih tepat apabila saya memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam persatuan ini," titah baginda.

Sehubungan itu, berkuat kuasa semalam, Tunku Ismail mengumumkan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil dilantik sebagai Presiden PBNJ yang baharu.

"Saya berharap, anda semua dapat memberi sokongan yang penuh kepada beliau dan anda semua tidak perlu risau, kerana saya sentiasa berada di sini bersama anda semua sebagai TMJ," katanya.

Titah Tunku Ibrahim lagi, baginda akan sentiasa memantau dan mengikuti segala perjalanan dan juga aktiviti bola sepak negeri Johor daripada peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat yang lebih global.

"Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penyokong bola sepak negeri Johor di seluruh pelosok tanah air yang mana telah bersusah payah memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan bola sepak negeri Johor selama ini.

"Sokongan padu daripada anda semua amatlah saya hargai, dan saya harapkan agar ia berterusan sampai bila-bila kerana dengan adanya sokongan anda, pasukan Johor boleh terus gah berdiri di persada bola sepak tanah air," titah baginda.

Johor DT yang kini sudah mengumpul 19 mata dan Johor FA (22 mata), masing-masing menghuni kedudukan ketiga carta Liga Super dan Premier.

Kalau bagus, sambung...

Posted:

Kalau bagus, sambung...

Kalau bagus, sambung...

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan tempat yang selamat untuk mencari rezeki.

Tiada siapa yang kekal lama dengan badan induk sukan bola sepak negara itu kecuali individu berkenaan merupakan 'Master Yes Man'.

Jurulatih skuad bola sepak negara ketika ini, Datuk K. Rajagobal boleh dianggap bertuah kerana bertahan agak lama dengan FAM.

Begitupun, beliau tetap tidak senang duduk ekoran pelbagai tekanan daripada pihak tidak berkenaan yang berhasrat untuk menjatuhkannya.

Boleh dikatakan, masa depan Rajagobal sebagai jurulatih skuad Harimau Malaya kini seakan-akan sudah hampir ke penghujungnya.

Kontrak jurulatih berusia 57 tahun itu dijangka berakhir pada Disember depan, namun tatkala Rajagobal dihimpit dengan kontroversi berhubung Artikel 88 Statut FAM, kini timbul pula desas-desus bahawa beliau mungkin akan digantikan dengan jurulatih dari luar negara.

Nasib seperti ini bukan sekadar dialami oleh Rajagobal, malah ia dialami oleh semua jurulatih yang 'makan gaji' dengan FAM sebelum ini.

Antaranya, B. Sathianathan, Mohd. Azraai Khor Abdullah, Norizan Bakar dan ramai lagi.

Tidak mustahil, jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee bakal menjadi mangsa FAM selepas ini.

Pemecatan atau menamatkan khidmat jurulatih sudah menjadi perkara biasa dalam FAM dan akibatnya, pembangunan bola sepak negara terus terbantut.

Begitupun, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam menyangkal spekulasi tersebut, sebaliknya menegaskan bahawa kontrak jurulatih tersebut dengan skuad Harimau Malaya akan ditentukan berdasarkan merit dan kejayaan pasukan kebangsaan dalam mencapai misi yang telah ditetapkan.

"Ini semua adalah khabar angin dan ada banyak lagi khabar angin yang kita dengar sejak akhir-akhir ini," jelas Tengku Abdullah pada sidang akhbar Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2013 di Hyatt Regency Resort, Kuantan semalam.

"Saya ingin jelaskan bahawa masa depannya (Rajagobal) sebagai jurulatih negara masih selamat sehingga kontraknya berakhir Disember depan, jadi kita akan nilai semula sama ada melanjutkan kontraknya atau tidak, berdasarkan merit dan prestasi semasa skuad negara.

"Kalau bagus, kita akan sambung (kontrak) tetapi semuanya bergantung kepada merit dan prestasi yang akan dikaji oleh semua ahli majlis FAM," ujarnya lagi.

Kenyataan Tengku Abdullah itu dilihat seperti satu peringatan kepada Rajagobal bahawa masa depannya kini bergantung kepada prestasi skuad negara di pentas antarabangsa, terutamanya pada kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Setelah hampir dua tahun skuad negara dilanda kemarau kejayaan, sejak kali terakhir memenangi gelaran Piala Suzuki AFF 2010, skuad negara gagal mempertahankannya pada edisi 2012 apabila tersingkir dalam peringkat separuh akhir kepada Thailand 3-1 secara agregat.

Kini, hanya kempen kelayakan Piala Asia sahaja dilihat sebagai 'talian hayat' terakhir buat pengendali kelahiran Selangor itu.

Ketika ini, Harimau Malaya menghuni tangga ketiga Kumpulan D kempen tersebut dengan tiga mata selepas tewas 0-2 kepada Qatar pada aksi pertama dan menang 2-1 ke atas Yemen pada aksi kedua bulan lepas.

Ditanya sama ada nasib Rajagobal banyak bergantung kepada kejayaan Malaysia mara ke pusingan akhir di Australia pada 2015, Tengku Abdullah berkata: "Semuanya masih belum pasti lagi. Seperti yang saya jelaskan tadi, kita akan kaji me- ngikut pencapaian semasa sepanjang tahun ini, kalau bagus kita sambung.

"Namun, isu mengenai kontrak Rajagobal bukan diputuskan oleh saya seorang sahaja, ia terletak di tangan ahli majlis FAM. Kita tunggu dan lihat saja nanti," ujarnya lagi.

The Catalan ditimpa malang

Posted:

The Catalan ditimpa malang

The Catalan ditimpa malang

MESSI tidak akan bermain pada aksi Liga Sepanyol di gelanggang sendiri menentang Real Mallorca, Sabtu ini.


PARIS - Penolong jurulatih Barcelona, Jordi Roura menyuarakan kebimbangan mengenai kecederaan yang dialami Lionel Messi ketika skuad The Catalan seri 2-2 dengan Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Parc des Princes awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, penyerang sensasi Argentina itu meletakkan Barcelona di depan pada minit ke-38 tetapi PSG berjaya mengikat kedudukan 1-1 hasil jaringan Zlatan Ibrahimovic minit ke-79.

Barcelona kembali di depan selepas Xavi Hernandez menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-89 tetapi Blaise Matuidi berjaya menyelamatkan maruah PSG daripada diaibkan di hadapan penyokong sendiri apabila menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.

Jaringan Matuidi itu meleburkan impian pendahulu Liga Sepanyol tersebut untuk membawa bekalan lebih selesa menjelang pertemuan kedua di gelanggang sendiri pada 10 April ini.

Kejayaan menjaringkan dua gol di tempat lawan memberi kelebihan kepada Barcelona untuk memburu slot ke separuh akhir pertandingan berprestij di Eropah itu.

Namun, kecederaan yang dialami Messi dan pemain tengah, Javier Mascherano merencatkan kegembiraan anak- anak buah Tito Vilanova itu.

"Messi mengalami kecederaan hamstring tetapi tidak serius. Mascherano pula mengalami kecederaan ligamen lutut yang memerlukan dia berehat selama enam minggu.

"Kami akan minta pihak perubatan membuat pemeriksaan lebih lanjut esok (hari ini)," kata Roura.

Roura berkata, mereka akan memastikan kecederaan yang menimpa Messi tidak memberi kesan kepada pasukan menjelang pertemuan suku akhir kedua di Stadium Nou Camp itu.

Sementara itu, Roura mengecam keputusan kontroversi pengadil perlawanan apabila mengesahkan gol pertama PSG kerana beliau menganggap Ibrahimovic berada dalam posisi ofsaid. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Korea Selatan sedia pelan kontingensi

Posted:

Korea Selatan sedia pelan kontingensi

Korea Selatan sedia pelan kontingensi

SEBUAH kapal pengangkut milik tentera Amerika Syarikat (AS) mendarat di sebuah pangkalan tentera AS di Osan, Korea Selatan semalam.- REUTERS


SEOUL - Kementerian Pertahanan Korea Selatan semalam menyatakan, ia mempunyai rancangan kontingensi termasuk kemungkinan melancarkan tindakan ketenteraan bagi memastikan keselamatan penduduknya yang bekerja di zon industri.

"Kami telah menyediakan pelan kontingensi termasuk kemungkinan melancarkan tindakan ketenteraan jika terdapat situasi yang serius," kata Menteri Pertahanan, Kim Kwan-jin dalam pertemuannya dengan wakil-wakil rakyat parti pemerintah.

"Kita sepatutnya berusaha untuk menghalang situasi (dengan Korea Utara) menjadi lebih serius," tambahnya.

Korea Utara sebelum ini menghalang para pekerja Korea Selatan memasuki zon industri yang dibangunkan bersama dengan negara ini semalam.

Bagaimanapun, Korea Utara membenarkan 861 pekerja Korea Selatan untuk meninggalkan zon tersebut.

Pertelingkahan melibatkan kedua-dua buah negara itu meningkat selepas Korea Selatan melancarkan latihan ketenteraan dengan Amerika Syarikat (AS).

Ketegangan itu juga memuncak selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan sekatan barang mewah ke Korea Utara.

Sekatan itu dibuat selepas Korea Utara melancarkan ujian nuklear buat kali ketiga dalam bulan Februari lalu.

Korea Utara juga mengancam untuk melancarkan serangan roket nuklear ke AS.

Ekoran itu, Tentera AS menghantar beberapa buah pesawat kalis radar ke Korea Selatan sebagai persediaan untuk menghadapi serangan Korea Utara.- Agensi

Israel beri amaran kepada pejuang Palestin

Posted:

Israel beri amaran kepada pejuang Palestin

Israel beri amaran kepada pejuang Palestin


SEORANG juruteknik bom memeriksa serpihan roket yang dilancarkan para pejuang Palestin dari Genting Gaza yang jatuh di Sderot, selatan Israel semalam.- AFP


BAITULMUQADDIS - Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon memberi amaran semalam bahawa Israel akan bertindak terhadap sebarang serangan yang dilakukan ke atas wilayahnya.

Amarannya itu dibuat selepas beberapa pejuang Gaza melancarkan serangan roket ke arah selatan Israel semalam.

Selain itu Israel turut menerima serangan mortar dari Syria dan serangan senjata kecil lain di Bukit Golan.

"Kami tidak akan membenarkan sebarang serangan ke atas orang awam dan pasukan pihak berkuasa kami," kata Yaalon.

Ekoran serangan itu, sebuah jet pejuang Israel melancarkan serangan ke Genting Gaza awal semalam.

Ia merupakan kejadian berbalas serangan yang paling sengit sejak para pejuang Palestin dan Israel bersetuju melaksanakan gencatan senjata pada November tahun lalu.

Rejim Zionis melancarkan serangan udara selepas tiga roket dilancarkan para pejuang Palestin di selatan Israel.

Sebuah kumpulan Al-Qaeda, Magles Shoura Al-Mujahadeen mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Menurut kumpulan itu, ia melancarkan serangan itu bagi membalas kematian seorang banduan Palestin di sebuah penjara Israel, Maysara Abu Hamdeya yang berusia 64 tahun.

Maysara menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana didapati bersalah cuba untuk mengebom sebuah kafe Israel.

Beliau mati kerana kanser pada Selasa lalu. - Agensi

Pameran emas di pasar raya Jepun

Posted:

Pameran emas di pasar raya Jepun

Pameran emas di pasar raya Jepun


SEPOHON pokok bunga emas bakal menjadi tumpuan orang ramai di pasar raya itu.- AFP


TOKYO - Pasar raya Matsuzakaya di sini menganjurkan pameran Ekspo Emas yang mempamerkan pelbagai barang-barang yang diperbuat daripada emas.

Antara yang dipamerkan itu ialah jongkong emas seberat 120 kilogram (kg) yang berharga AS$6.5 juta (RM20.02 juta).

Sehelai jubah pengantin tenunan benang emas yang berharga AS$560,000 (RM1.7 juta) turut dipamerkan kepada orang ramai.

Para pengunjung pusat itu juga berpeluang menyaksikan satu set cawan dan piring emas yang berharga AS$75,000 (RM231,037).

Sepohon pokok bunga emas yang seberat 4.2kg yang berharga AS$1.7 juta (RM5.23 juta) turut dipamerkan kepada orang ramai. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


SPNB tawar bina rumah mesra rakyat kepada penduduk Lahad Datu

Posted:

SPNB tawar bina rumah mesra rakyat kepada penduduk Lahad Datu

SPNB tawar bina rumah mesra rakyat kepada penduduk Lahad Datu

04/04/2013 7:21pm

MELAKA - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bersedia membantu untuk membina rumah mesra rakyat bernilai RM65,000 kepada mangsa-mangsa akibat pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata hari ini, SPNB memberi keisimewaan kepada penduduk terlibat dengan mempercepatkan kelulusan permohonan sebelum rumah mesra rakyat itu dapat dibina ditapak rumah mereka yang musnah akibat serangan tersebut

"Bagaimanapun setiap permohonan yang dikemukakan oleh penduduk di Lahad Datu serta kampung-kampung terlibat perlu memenuhi syarat permohonan rumah mesra rakyat yang ditetapkan oleh SPNB," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan dewan serba guna bernilai RM3.8 juta di Kem Terendak di sini hari ini. - KOSMO!

Pekerja kilang dipenjara 12 tahun rompak pegawai bank

Posted:

Pekerja kilang dipenjara 12 tahun rompak pegawai bank

Pekerja kilang dipenjara 12 tahun rompak pegawai bank

04/04/2013 5:25pm

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kilang dihukum penjara 12 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah merompak secara berkumpulan barang peribadi milik seorang pegawai bank, di Brickfields di sini, kira-kira enam tahun lepas.

Hakim Azwarnida Affandi membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Che Mohd. Nor Firdaus Che Leh gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Che Mohd. Nor Firdaus dan seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak pelbagai barangan peribadi Yronne Cheah Ai Lin, 30, termasuk wang tunai RM50 dan pas pekerja di Jalan Lorong Maarof 1 dan Jalan Limau Kasturi Bangsar Park, di sini pada 6.10 petang, 20 Mei 2007. - Bernama

Balai Polis Bergerak bantu penduduk

Posted:

Balai Polis Bergerak bantu penduduk

Balai Polis Bergerak bantu penduduk

04/04/2013 4:54pm

LAHAD DATU - Polis akan menempatkan lima buah Balai Polis Bergerak di lima buah kampung dalam gugusan Tanjung Labian di sini bermula esok.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, kehadiran balai polis bergerak itu dapat membantu penduduk membuat laporan selain menyalurkan sebarang maklumat berkaitan. - KOSMO

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Ujian mistik Ekin Cheng

Posted:

Ujian mistik Ekin Cheng

Ujian mistik Ekin Cheng

EKIN CHENG meraih pengalaman menarik sepanjang menjalani penggambaran filem, Saving General Yang.


PEMINAT permainan video Siege of Troy barangkali sudah terbiasa dengan plot penceritaan filem Saving General Yang - pertempuran dua puak sehingga mengorbankan ribuan nyawa.

Namun, dari segi konteks inti ceritanya, Saving General Yang menyampaikan makna kesetiaan, kasih sayang dan keikhlasan sesama anggota keluarga sehingga sanggup mengorbankan nyawa demi maruah dan kestabilan negara.

Saving General Yang sebenarnya mengambil jalan cerita awal sebelum berlaku perang antara puak Yang dan puak Khitan, yang mana kesinambungannya boleh dilihat menerusi filem arahan Frankie Chan, Legendary Amazons (2011).

Berkongsi pengalaman dan cabaran berlakon di bawah arahan Ronnie Yu, kata bintang utama filem Saving General Yang, Ekin Chang, dia tidak terkecuali daripada tercedera ketika penggambaran.

"Suatu hari ketika penggambaran, saya terjatuh dari kuda yang saya tunggang tetapi saya tidak ambil pusing akan kecederaan yang dialami tersebut.

"Sehinggalah saya berjumpa doktor peribadi saya di Hong Kong dan beliau mengesahkan tulang pinggul saya terkehel," tutur Ekin yang ditemui pada sesi ramah mesra bersama media Malaysia di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur Ahad lalu.

500 ekor kuda

Insiden itu, kata Ekin, tidak begitu aneh jika dibandingkan dengan kejadian dia hampir terjatuh dari kuda yang ditunggangnya dalam satu babak awal pertempuran yang turut disertai 500 ekor kuda di belakangnya.

"Salah satu babak ketika puak Yang melancarkan perang terhadap puak Khitan, saya hampir terjatuh dari kuda. Ketika itu saya berada di barisan paling depan kerana mengetuai angkatan tentera puak Yang.

"Ketika badan saya hampir mencecah tanah, saya terasa seolah-olah badan saya diangkat, begitu juga kuda yang saya tunggang. Seperti ada satu kuasa yang membantu saya ketika itu.


KISAH tujuh beradik yang bersatu untuk menyelamatkan bapa mereka yang ditawan pihak musuh dipaparkan menerusi filem, Saving General Yang.


"Pada saat-saat genting itu, saya hanya terfikir akan kematian. Bayangkan kalau saya terjatuh, ada 500 ekor kuda di belakang saya yang menanti untuk memijak saya hidup-hidup," tutur Ekin.

Ekin melakonkan watak Yang Yan Ping, iaitu anak sulung kepada Jeneral Yang Ye. Merupakan seorang lelaki pintar dan penyabar, Yan Ping juga paling mahir merancang strategi ketenteraan dan taktik perang berbanding keenam-enam adiknya.

Pertemuan petang Ahad lalu bukan hanya bersama Ekin bahkan media turut dipertemukan dengan tiga aktor kacak dan muda iaitu Yu Bo, Vic Chou dan Wu Chun.

Yu Bo melakonkan watak Yang Yan Erlang yang merupakan anak kedua Jeneral Yang, manakala Vic Chou melakonkan karakter anak ketiga Jeneral Yang iaitu Yang Yan An.

Wu Chun pula merealisasikan karakter Yang Yan Zhao, anak keenam Jeneral Yang.

Menurut Yu Bo, mempelajari bahasa Kantonis adalah lebih mencabar berbanding untuk menghayati watak.

"Cabaran terbesar bagi saya adalah bertutur dalam bahasa Kantonis kerana saya tidak biasa bertutur dalam bahasa tersebut sebenarnya.

"Lagipun, filem-filem saya sebelum ini adalah berbahasa Mandarin," kata aktor kelahiran China itu yang berada di Kuala Lumpur sehari lebih awal untuk meraikan kejayaan filem lakonannya yang telah ditayangkan sebelum ini iaitu Hotel Deluxe.

Dia juga mengakui mengalami kecederaan ketika melakonkan babak menunggang kuda. Ujarnya: "Dua kali saya terjatuh dari kuda dan ia mengambil masa selama setahun sebelum bahu, pinggang dan belakang saya pulih sepenuhnya."

Beban 100 kilogram

Bagi aktor kacak kelahiran Taiwan, Vic Chou pula, karakter yang diberikan kepadanya bertepatan dengan sifat sebenarnya yang pendiam dan lebih banyak berfikir.

"Peribadi saya seorang yang pendiam dan kurang bercakap. Apabila Ronnie Yu bertemu dengan saya untuk membincangkan watak anak ketiga Jeneral Yang yang sudah jelas sepadan dengan karakter saya, saya terus memberikan persetujuan tanpa perlu berfikir lagi," ujarnya yang menghidupkan peranan sebagai pemanah handal menerusi Saving General Yang.

Berbaloi untuk membeli tiket menonton filem ini, khususnya bagi menyaksikan babak pertarungan memanah antara Vic Chou dan seorang musuhnya di tengah-tengah padang rumput panjang.


KARAKTER anak sulung Jeneral Yang iaitu Yan Ping diserahkan kepada Ekin Cheng.


Ini kerana ia dipaparkan menerusi sinematografi hebat yang berjaya memacu adrenalin penonton.

Dalam pada itu, Wu Chun sebagai Yan Zhao juga memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam pergerakan filem ini.

Cuba untuk berbicara dalam bahasa Malaysia ketika ditemu bual tempoh hari, kata Wu Chun, filem tersebut memberikan pengalaman pertamanya berlakon filem aksi.

"Saya perlu mengangkat jasad mendiang bapa saya (Jeneral Yang) yang terkorban dalam perang. Bagi merealisasikan babak itu saya harus memikul patung seberat 35 kilogram yang diikat di belakang bersama lembing dan pedang.

"Ia sangat berat. Berat lembing sahaja sudah mencecah 15 kilogram. Ketika babak terakhir, saya perlu membawa ketujuh-tujuh senjata adik-beradik saya yang lain sebelum pulang ke rumah. Kalau tak salah, saya perlu memikul beban yang beratnya hampir 100 kilogram," ujar Wu Chun.

Saving General Yang diadaptasi daripada kesusasteraan klasik China berjudul Generals of the Yang Family yang mengisahkan kepimpinan Jeneral Yang pada era Dinasti Song (960-1127 Sebelum Masihi).

Menerusi filem itu, tujuh orang anak lelaki Jeneral Yang dikehendaki melaksanakan misi menyelamatkan bapanya yang ditangkap oleh musuh ketat mereka iaitu Bayan Ebugen daripada puak Khitan.

Perjuangan mesej Salam Musik

Posted:

Perjuangan mesej Salam Musik

Perjuangan mesej Salam Musik

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


SALAM MUSIK kini popular dengan dua buah single, Pelat dan Bangkit.


WALAUPUN sudah hampir tujuh tahun membina nama sebagai sebuah kumpulan muzik, namun nama Salam Musik mula dikenali dalam industri muzik tempatan selepas memenangi Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM 19) tidak lama dahulu.

Pada majlis anugerah tersebut, Salam Musik meraih kemenangan untuk kategori Album Terbaik menerusi album mereka yang berjudul, Salam – Salam Musik.

Bermula dengan single, Cerita Kedai Kopi hasil kolaborasi bersama DJ Fuzz serta Malique, kejayaan demi kejayaan mula dikecapi oleh kumpulan yang dianggotai oleh 10 orang anak muda ini.

Kejayaan album pertama mereka yang berjudul Salam Musik mula memberi semangat buat mereka untuk lebih serius meneruskan perjuangan muzik mereka dalam arus perdana industri muzik tempatan.

"Memang kami bersusah payah untuk mencapai kejayaan dalam mengenalkan diri kami ke dalam industri apatah lagi di Malaysia dengan percambahan grup atau penyanyi bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

"Oleh kerana itu, kami mula serius dalam membina nama dalam industri muzik tempatan selepas kami peroleh platform melalui single Cerita Kedai Kopi."

"Jadi, setelah itu kami terlihat punya peluang untuk tampil lebih serius bagi meneruskan karier sebagai sebuah kumpulan. Insya-Allah, kami akan teruskan usaha kami ini sampai bila-bila, " tutur salah seorang anggota kumpulan Salam Musik, Ashraaf Salam Azlan.

Selain itu juga, tutur jejaka yang lebih mesra disapa sebagai Ashraaf ini, kelainan yang ditampilkan Salam Music adalah adalah tentang mesej yang disampaikan menerusi lagu-lagu mereka.

Bicaranya, mereka tidak pernah tetapkan sebarang genre atau konsep tetap bagi Salam Musik.

"Kami bebas memperjuangkan muzik kami dan kebiasaannya kami akan siapkan lirik dulu atau sebaliknya. Dari segi penulisan pula, kami cuba sampaikan mesej-mesej yang menyentuh kepada keamanan, persekitaran, kasih sayang dan perpaduan serta kedamaian.

"Kami pilih untuk perjuangkan lirik yang mempunyai mesej sebegini kerana itu merupakan realiti serta kebenaran yang ada di luar sana. Itu mungkin kelainan yang kami tonjolkan sebagai sebuah kumpulan," jelas pelajar lulusan jurusan Rekaan Bunyi dan Muzik dari Universiti Limkokwing, Kuala Lumpur ini.

Selain Ashraaf, kumpulan ini turut dianggotai Talal Zahnan (keyboard), Eyza Bahra (penyanyi), M. Irhas (trompet), Bulya (dram), Firdaus Aziz (trompet), Ferdaus Nadzir (bass), Ammar Habir (gitar) dan Kamal Razali (gitar).

Bercerita mengenai album pula, Salam Musik telah pun melancarkan album kedua mereka berjudul O pada bulan Januari lepas dan dua single. Pelat dan Bangkit kini sedang rancak dimainkan menerusi corong-corong radio tempatan.

Walaupun begitu, single ketiga mereka, Play Some Reggae Musik kurang mendapat sambutan. Bagaimanapun, ia tidak begitu mengecewakan mereka memandangkan single tersebut sangat diterima di Eropah, iaitu di Denmark.

"Tidak pernah kami kecewa kerana ambil masa yang lama untuk dikenali. Jadi, kami memang tidak pernah berputus asa kerana kami tahu apa yang dibuat ini bersebab. Sejujurnya, kami bukan mengejar populariti atau duit.

"Apa yang kami mahukan adalah untuk sampaikan mesej ke dalam hati peminat mahupun pendengar," akhiri Ashraaf yang hadir bersama anggota Salam Musik yang lain untuk sesi fotografi di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi yang ingin ikuti perkembangan terkini mahupun pembelian album kumpulan Salam Musik, boleh layari laman sosial Salam Musik di Facebook, Twitter atau lawati laman web mereka di www.salammusik.com.

Kontroversi Harlem Shake Daphne Iking

Posted:

Kontroversi Harlem Shake Daphne Iking

Kontroversi Harlem Shake Daphne Iking

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

DAPHNE kini bergelar deejay kelab malam.


IMPAK negatif. Itu realiti yang kini dihadapi pengacara dan pelakon kelahiran Sabah, Daphne Iking, 34, ekoran pembabitan dirinya dalam video tarian Harlem Shake dengan mengenakan pakaian seksi yang dimuat naik ke laman sosial YouTube.

Harlem Shake merupakan tarian yang kini menjadi fenomena seluruh dunia menerusi YouTube selepas gelombang fenomena Gangnam Style.

Video berdurasi 30 saat yang dirakamkan di ruang tamu rumah Daphne itu turut disertai suami, dua orang anak dan pembantu rumahnya.

Namun impak dirinya yang berpakaian seksi itu menyebabkan timbul kata-kata kurang enak menerusi internet yang menyifatkan video tersebut sebagai kurang sopan.

Malah, ada yang melemparkan kritikan bahawa Daphne cuba mempermain-mainkan agama.

Memberikan reaksi terhadap tohmahan tersebut, pemilik nama Dahlia Daphne Eleanor ini mengakui dia sebenarnya tidak menyangka video yang dirakamkan atas dasar mencuba fungsi alat perakam video baharu yang dibelinya itu mendapat perhatian ramai.

Daphne menegaskan dia tidak berniat untuk melakukan aksi tidak sopan.

Selain video Harlem Shake yang dirakamkan di kediamannya, sebuah lagi video miliknya melibatkan kru produksi rancangan Bella turut dimuat naik di laman sosial YouTube.

Berikut sedutan temu bual Kosmo! bersama Daphne yang ditemui pada majlis ramah mesra bersama media sempena pelancaran pakaian wanita Baajookoo di Restoran Serai, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kosmo!: Video Harlem Shake yang menampilkan Daphne dan ahli keluarga anda di YouTube mendapat pelbagai komen positif dan negatif daripada penonton dan barangkali peminat anda. Apakah komen Daphne?

DAPHNE: Saya tidak tahu-menahu sebenarnya apakah sebenarnya Harlem Shake pada mulanya sehinggalah suami saya membeli alat perakam video baharu dan meminta kami menari sesuka hati seperti mana video Harlem Shake lain dalam YouTube. Selepas melakukan rakaman seharian, suami saya memuat naik video tersebut ke dalam YouTube dan tidak sangka pula ia mendapat respons dan komen menerusi e-mel.

Tidakkah anda sedar bahawa tarian Harlem Shake mungkin memperlihatkan aksi kurang sopan dan bakal mengundang reaksi negatif penonton?

Niat kami sekeluarga adalah untuk kebaikan dan tidak terniat langsung untuk melakukan aksi yang tidak sopan. Video itu sekadar suka-suka memandangkan kami sekeluarga memang gila-gila. Lagipun, saya yang dibesarkan di kampung dan sudah biasa melakukan aksi sewel yang saya rasakan itu normal.


AKSI Daphne dan keluarga serta pembantu rumahnya dalam video tarian Harlem Shake yang dirakam di kediamannya.


Komen Daphne apabila dikatakan cuba mempermainkan agama?

Saya telah membaca komen-komen yang ditulis mengenai video itu dan saya faham sekiranya ada sesetengah pihak yang tidak liberal dan melihat saya mempermain-mainkan agama. Niat saya betul tapi orang nampak lain.

Selain itu, Daphne dikhabarkan kini menjadi deejay di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur. Adakah dakwaan itu benar?

Saya suka muzik R&B dan tiada sesiapa yang paksa saya untuk menjadi deejay dan memutarkan lagu di kelab malam. Cara ini juga sebenarnya saluran untuk saya mengekspresikan cita rasa saya terhadap muzik.

Menjadi seorang ibu kepada dua orang cahaya mata, menguruskan keluarga dan pada masa yang sama memastikan karier berjalan lancar.

Bagaimanakah cara anda menyelaraskan semua perkara itu?

Saya mempunyai sebuah ruang pejabat di rumah saya jadi tidak ada istilah bersalah untuk meninggalkan anak-anak saya bersama pembantu rumah. Lagipun, pengurus saya adalah suami saya sendiri, maka saya juga boleh memantau aktivitinya sekali gus (ketawa). Saya diberikan prioriti bersama kapasiti karier yang sentiasa bersama saya dan perkahwinan kedua saya kali ini sebenarnya memberikan saya peluang baharu untuk meletakkan lebih usaha ke arah menjaga keharmonian berumah tangga.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved