Selasa, 26 Mac 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Siapkan 12,000 batang aiskrim

Posted:

Siapkan 12,000 batang aiskrim

Siapkan 12,000 batang aiskrim

BERNIAGA aiskrim berperisa dalam plastik berbentuk silinder atau lebih dikenali sebagai aiskrim Malaysia bukanlah impian sebenar Raja Rozlinda Raja Abdullah, 48. Sebaliknya, dia membuat aiskrim itu semata-mata memenuhi permintaan anak-anaknya yang amat menyukai aiskrim.

Bermula secara suka-suka tiga tahun lalu, aiskrim Malaysia Raja Rozlinda juga diminati kanak-kanak di sekitar kawasan kediamannya di Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

"Anak-anaklah yang menjadi tukang promosi. Jadi, kanak-kanak lain pun datang membeli dan saya terpaksa buat dalam kuantiti yang banyak supaya dapat dijual," kata ibu kepada empat anak itu.

Raja Rozlina menyediakan 11 perisa aiskrim Malaysia. Antaranya termasuklah asam boi, Milo, bandung, strawberi, anggur, oren dan tebu. Namun, anak-anak Raja Rozlinda lebih meminati aiskrim berperisa asam boi dan Milo. Dengan resipi yang ringkas, Rozlinda menggunakan air masak, gula dan perisa bagi menyediakan bancuhan aiskrim Malaysia. Air yang telah diberi perisa dimasukkan ke dalam plastik aiskrim sebelum dibekukan.

Hakikatnya, aiskrim yang pernah popular sekitar tahun 70 dan 80-an itu masih mempunyai penggemarnya hingga kini.

Dibantu keluarga

Selain diminati oleh kanak-kanak di sekitar taman perumahannya, Raja Rozlinda juga mendapat tempahan untuk acara sukan, hari keluarga dan sebagainya.

Sejak dua tahun lalu, beliau mendapat tempahan daripada sebuah syarikat korporat yang memesan sehingga 12,000 batang aiskrim Malaysia untuk acara tahunan mereka.

"Sebagai seorang wanita bekerja, tidak mungkin saya mampu melakukannya bersendirian, jadi saya meminta bantuan ahli keluarga untuk menyiapkan tempahan," kata pegawai tadbir di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak itu yang menyiapkan tempahan tersebut antara empat hari hingga seminggu.

Anak bongsu Rozlinda, Putera Muhammad Mukhlis Solihin, 8, asyik mencuba setiap aiskrim air tangan ibunya. "Saya suka aiskrim Malaysia. Biasanya saya makan aiskrim ketika cuaca panas," katanya yang akan menggosok gigi selepas makan aiskrim.

Dia gemar menikmati aiskrim Milo dan berperisa coklat. Kerja-kerja memasukkan bancuhan aiskrim biasanya dibantu oleh anak-anak Raja Rozlinda iaitu Muhammad Irfan Syafiq, 19, Puteri Nur Irdina Syazwani, 16, dan Puteri Nur Liyana Amani, 13.

Menyentuh tentang harga, Rozlinda mengakui dua dekad lalu aiskrim Malaysia dijual sekitar 0.5 sen atau 0.10 sen sebatang, kini harga aiskrim tersebut meningkat sehingga 0.40 sen sebatang, manakala aiskrim perisa Milo dan bandung, 0.50 sen sebatang.

Menjadi pencuci mulut ketika waktu berkualiti bersama keluarga, suami Raja Rozlinda, Ruze Ismail, 49, berkata, menikmati aiskrim Malaysia turut mengimbau memori mereka sekitar tahun 70-an.

Diangkat sebagai makanan paling popular dan diminati oleh penduduk seluruh dunia, aiskrim menjadi pilihan bagi individu atau kumpulan sasaran perniagaan. Kini, majlis-majlis seperti kenduri perkahwinan, hari jadi, ulang tahun sesebuah syarikat, perjumpaan dan sebagainya mula menempah aiskrim sebagai sebahagian daripada menu pencuci mulut.


SAMSUDEEN (tiga dari kanan) dan keluarganya menjadikan aiskrim lembut sebagai menu pada majlis ulang tahun anak mereka.


Ulang tahun

Bagi pasangan Mohamed Samsudeen, 29, dan isteri, Hajarah Ismail, 31, yang tinggal di Putrajaya, mereka mahu menyambut hari ulang tahun kelahiran anak mereka, Muhammad Daniel, 2, secara meriah. Memandangkan majlis itu meraikan kanak-kanak, menu pencuci mulut, aiskrim menjadi menu wajib.

Mereka telah menempah aiskrim lembut dalam kon daripada Suka Aiskrim yang dikendalikan oleh Abd. Hakim Hamzah dari Shah Alam. Kehadiran Hakim bersama adiknya, Mohd. Zakiuddin Hamzah, 25, ke kediaman Samsudeen disambut penuh teruja oleh kanak-kanak yang berada di rumah Samsudeen.

Hakim membawa sebuah mesin berbentuk segi empat di atas troli dan sebuah lagi peti. Sebaik tiba di kediaman Samsudeen, Hakim terus membuka peti yang mengandungi cecair berwarna putih dan coklat lalu dimasukkan ke dalam dua bekas berasingan dalam mesin tersebut.

"Cecair aiskrim ini saya sediakan mengikut tempahan. Saya akan tiba dua jam awal sebelum majlis. Cecair tadi saya akan masuk ke dalam mesin ais untuk diproses menjadi krim. Dalam masa setengah jam, airkrim sedia dihidang kepada tetamu," kata Hakim.

Lembut dan berkrim, aiskrim perisa vanila dan coklat yang dihidangkan Hakim menjadi rebutan kanak-kanak yang menunggu lama.

Hakim berkecimpung secara sambilan dalam perniagaan aiskrim selepas melihat potensi perniagaan itu daripada rakannya.

"Pada waktu itu saya tiada modal untuk membeli mesin, tetapi sangat berminat. Jadi saya mencari tawaran yang sesuai dengan bajet ketika itu," katanya.

Tambah Hakim, selepas setahun kini, jadual tempahan aiskrimnya penuh sehingga bulan Julai. Kini, dia memiliki empat buah mesin membuat aiskrim.

"Saya berniaga pada hujung minggu bergantung pada tempahan," kata pendidik itu.

Menempah 300 aiskrim pada majlis hari jadi anaknya, Samsudeen mengakui Suka AisKrim menawarkan harga yang berpatutan dan rasanya enak.


HAKIM sentiasa memastikan mesin aiskrim bersih dan cermat supaya pengendaliannya lancar.


Selain aiskrim kon yang dijual pada harga RM1 satu, Suka AisKrim juga menyediakan aiskrim roti pada harga RM1.50 satu dan aiskrim cawan, RM2 satu.

Selain aiskrim tempatan, pelbagai jenama aiskrim mewah membanjiri pasaran. Antaranya termasuklah Baskin Robins, Tutti Frutti, New Zeland Natural, Haagen Dazs dan aiskrim separa mewah daripada rangkaian restoran makanan segera seperti McFlurry, Walls dan Nestle.

Stickhouse, aiskrim dari Itali membawa konsep aiskrim yang berbeza. "Ia bukan aiskrim biasa tetapi gelato. Aiskrim gelato dibuat tanpa memberi ruang kepada udara. Tanpa udara menjadikan gelato berdensiti padat, kaya berperisa dan mengekalkan kandungan semula jadinya," kata Pengarah Urusan Malaysia, Hu Sau Keong, 35.

Aiskrim Stickhouse menggunakan bahan semula jadi tanpa pewarna tiruan, pengawet, mempunyai kandungan seperti inulin dan ekstrak sayuran.

Menurut Sau Keong, dengan penampilan berbeza, ais tersebut dicucuk pada batang. Ia dijual pada harga antara RM4.90 hingga RM8.90 sebatang. Stickhouse menawarkan aiskrim berperisa sorbet, yogurt dan premium. Kios Stickhouse boleh didapati di pusat beli-belah terpilih seperti di Sunway Pyramid.

Thailand bergelut kehamilan remaja

Posted:

Thailand bergelut kehamilan remaja

Thailand bergelut kehamilan remaja


PENDIDIKAN seks yang diajar di sekolah kebangsaan kurang berkesan menangani kehamilan remaja Thai.


KETIKA Mallika memberitahu keadaan dirinya yang sedang mengandung, ibu bapa Mallika telah menghentikan persekolahannya. Dia kemudian diarah berkahwin dengan lelaki yang telah menyebabkan dia berbadan dua. Usianya ketika itu 17 tahun.

Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak pernah terjadi, dan Mallika menjaga bayi perempuan itu sendirian.

"Saya menyayangi anak saya, tetapi ketika itu saya menyembunyikannya kerana malu," kata Mallika yang kini sudah berusia 23 tahun dan bekerja sebagai penjual pakaian buatan China di pasar minggu di Bangkok, Thailand.

Dia yang tinggal di sebuah apartmen di pinggir bandar Bangkok menambah, pada masa itu, keluarga lelaki berkenaan menawarkan wang bagi menutup mulut selain meminta tidak mengganggu mereka.

Ibu remaja

Situasi yang dihadapi Mallika bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa. Jumlah remaja perempuan mengandung di Thailand merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara selepas Laos, menurut laporan Biro Kesihatan Reproduktif di Kementerian Kesihatan Awam Thailand.

Meskipun, kadar keseluruhan kelahiran di negara Gajah Putih itu jatuh, namun dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan. Daripada 1,000 kelahiran, 54 merupakan ibu remaja berusia antara 15 hingga 19 tahun. Peratusan tersebut lebih tinggi daripada Amerika Syarikat dan 10 kali ganda lebih tinggi daripada Singapura.

Malah, jumlah tersebut naik mendadak. Bilangan kelahiran hidup bagi ibu remaja Thailand berusia antara 15 hingga 18 tahun meningkat kepada 43 peratus antara 2000 hingga 2011, berdasarkan laporan tahunan kesihatan awam Thailand.

Terdapat banyak faktor penyumbang, namun pakar kesihatan menyalahkan faktor budaya sebagai penyumbang utama. Isu-isu berkaitan gender turut merumitkan keadaan.

"Wanita diminta menjaga kesucian diri mereka tetapi lelaki Thai yang melakukan hubungan seks dengan ramai wanita dipandang hebat," kata Visa Benjamano, pesuruhjaya di Majlis Hak Asasi Manusia Kebangsaan Thailand (NHRC).

"Jika lelaki meniduri ramai wanita, imejnya tidak terjejas seperti yang dialami wanita. Wanita secara umumnya lebih takut membincangkan hal berkaitan hubungan seks secara terbuka," kata Benjamano.

Walaupun, pendidikan seks merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah kebangsaan, namun ia kurang berkesan. Menteri Pelajaran mengehadkan masa pelajaran kepada lapan jam setahun meskipun berlaku perubahan sikap golongan remaja terhadap seks.

Satu laporan pada tahun 2011 oleh Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) dan Lembangan Pembangunan Sosial dan Ekonomi Thailand (NESDB) menunjukkan bilangan wanita yang dimasukkan ke hospital berkaitan pengguguran meningkat lebih 16 peratus antara 1994 dan 2009, mencecah 60,000 pada tahun 2009.

Melakukan pengguguran dilarang di Thailand kecuali kes berkaitan rogol atau sumbang mahram, menyelamatkan nyawa, fizikal atau faktor kesihatan wanita dan berumur bawah 15 tahun.

Pengguguran haram

Di bawah undang-undang Thai, hukuman sekiranya melakukan pengguguran haram ialah penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum 10,000 bath (RM1,000). Bagaimanapun, klinik dan pengguguran haram tetap meningkat.

Pada 2010, polis Thai menjumpai 2,000 janin di kawasan kuil Buddha Bangkok dipercayai dihantar oleh klinik-klinik pengguguran haram.

Penemuan itu membuatkan masyarakat Thai berada dalam dilema kerana perbuatan itu berdosa di sisi agama Buddha yang dianut oleh 95 peratus rakyat Thailand.

Berbanding Filipina yang kebanyakan berfahaman Katolik, di Thailand alat atau pil pencegah kehamilan dan kondom mudah didapati dan dijual di kaunter-kaunter kedai.

Namun, apabila remaja perempuan cuba membelinya masyarakat memandang serong terhadapnya.

– Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Sistem keselamatan kenderaan di hujung jari

Posted:

Sistem keselamatan kenderaan di hujung jari

Sistem keselamatan kenderaan di hujung jari

Oleh SUHANA VERU
rencana@kosmo.com.my

KES kecurian kenderaan berlaku di mana-mana sahaja. Bagaimanapun, sesetengah kecurian berlaku disebabkan kecuaian pemilik itu sendiri seperti terlupa mengunci kereta dan meletakkan kereta di tempat gelap dan sunyi.

Malahan, berdasarkan perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 45,707 kes kecurian kenderaan berlaku di seluruh negara dari awal Januari hingga Ogos tahun lalu.

Kecurian yang paling besar membabitkan motosikal iaitu 32,451 diikuti kereta (10,425) dan gabungan van, lori serta jentera berat (2,560).

Menyedari senario itu, Jabatan Pembangunan Reka Cipta Inovasi dan Kecemerlangan, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang tampil dengan inovasi aplikasi Sistem Kereta AutoStart Java-Android.

Menerusi aplikasi itu, pengguna boleh memantau keselamatan kenderaan mereka daripada telefon pintar atau tablet. Ia boleh dipantau walau mereka berada di mana-mana sahaja.

Menurut ketuanya, Sarizan Saaidon, 34, ia mula dibangunkan pada September tahun lalu dan mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan sistem berkenaan.

Apa yang menarik mengenai sistem itu, sekiranya penjenayah telah melarikan kenderaan, sistem itu akan bertindak segera memaklumkan kepada pemilik kenderaan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dalam tempoh empat saat sahaja.

"Pemilik kenderaan akan menerima mesej yang berbunyi alarm triggered. Kemudian pemilik kenderaan itu boleh menghantar kod keselamatan khas iaitu *B1# melalui SMS.

"Justeru, enjin akan dimatikan serta-merta. Kereta akan bergerak terenjut-enjut sebelum berhenti sepenuhnya," kata Sarizan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau memberitahu, ia berlaku disebabkan sistem telah memutuskan bekalan petrol ke enjin.

Lantaran itu, enjin tidak boleh dihidupkan kembali sehingga pengguna menghantar SMS kod pelepasan keselamatan dengan menaip *B0# bagi menetapkan semula enjin seperti biasa.


JIKA kenderaan anda dicuri, anda akan menerima SMS dalam tempoh empat saat sahaja.


"Lokasi kenderaan juga boleh diperoleh dengan menggabungkan aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS)," ujar Sarizan sambil memberitahu, pihaknya akan memasang sistem kod itu ke dalam telefon pengguna.

Dalam pada itu, sistem tersebut dibangunkan menggunakan perisian PIC Microcontroller oleh Microchip Technology.

Malah, sistem itu telah diuji menerusi tiga model kereta tempatan iaitu Proton Perdana V6, Waja dan Satria, manakala Renault Kangoo bagi kenderaan luar.

Pelbagai fungsi

Ia bukan sahaja sekadar menjaga keselamatan kenderaan, tetapi lebih daripada itu.

Sistem Kereta AutoStart Java-Android itu juga mampu menjaga enjin kereta, pendingin hawa, menjaga suhu, kelembapan kenderaan dan memantau keselamatan kenderaan.

Bagi pengawalan enjin kereta, jelas Sarizan, ia sebenarnya bermanfaat kepada pengguna yang sering bertugas di luar daerah dan meninggalkan kenderaan mereka dalam tempoh yang lama.

Pada kebiasaan, kereta yang lama yang ditinggalkan akan mengalami kesukaran untuk menghidupkan enjin.

Namun demikian, jika pengguna mempunyai Sistem Kereta AutoStart Java-Android, mereka perlu menghantar kod yang telah ditetapkan iaitu *21# menerusi SMS.

Justeru, secara automatik enjin kereta akan dihidupkan selama empat minit. Bagi mematikan semula enjin kereta itu tadi, pengguna hanya perlu menaip kod *20#.

Begitu juga dengan menghidupkan pendingin hawa. Jika dibandingkan secara manual, pengguna perlu menghidupkan enjin terlebih dulu untuk menyejukkan kenderaan.

"Ia mengambil masa yang terlalu lama, namun dengan sistem AutoStart Java-Android, ia membolehkan pengguna hanya perlu menghantar kod SMS (yang telah ditetapkan) untuk menyejukkan kenderaan.

"Jika suhu di dalam kereta melebihi 40 darjah Celcius, kesemua tingkap kecuali tingkap pemandu akan diturunkan sehingga empat sentimeter dan kipas akan dihidupkan untuk mengeluarkan udara panas.

"Sebaik suhu berada di bawah 40 darjah Celcius, tingkap tersebut akan ditutup secara automatik, enjin dan pendingin hawa akan dihidupkan," jelasnya lagi.

Apabila selesai, pengguna akan menerima satu SMS yang memaklumkan kereta tersebut telah sejuk.

Oleh itu, sebaik pengguna menghidupkan kenderaan, kesemua inovasi itu akan dimatikan dengan serta-merta selepas kunci dimasukkan bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.


SARIZAN (kanan) menunjukkan penciptaan Aplikasi Sistem Kereta AutoSmart Java-Android yang pernah dipamerkan di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2013.


Sarizan mengakui penciptaan sistem keselamatan kenderaan itu memberi pelbagai manfaat selain meyakinkan pengguna sewaktu meninggalkan kenderaan mereka.

Apatah lagi, dengan hanya menghantar SMS untuk mengetahui status kereta, anda akan berasa lebih selesa untuk menjalankan tugas harian.

"Malahan, sistem ini bukan sahaja untuk kegunaan kereta, tetapi boleh digunakan untuk keselamatan rumah, pemantauan sistem saliran untuk mengawal limpahan air banjir termasuk sistem pemantauan pengudaraan di dalam sub-stesen penjana elektrik.

Walau bagaimanapun, sistem itu digunakan menerusi SMS dan Sistem Komunikasi Global (GMS).

Operasi

Sistem itu beroperasi mengikut kepada kehendak pengguna itu sendiri sama ada untuk tempoh 24 jam sehari atau sebaliknya.

Lagipun, alat keselamatan itu sesuai dihidupkan jika pengguna tersebut meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang sunyi, meninggalkan kenderaan dalam tempoh yang lama.

"Terdapat satu suis khas di sekitar sistem itu bagi membolehkan pengguna mematikan dan menghidupkan sistem berkenaan," katanya sambil menyifatkan penggunaan sistem itu sangat ringkas.

Menurutnya lagi, sistem tersebut akan diletakkan di bawah tempat duduk penumpang atau di bawah papan pemuka (dashboard).

"Ia bagi mengelakkan penjenayah mengetahui kenderaan tersebut dipasang sistem keselamatan kenderaan," tuturnya lagi.

Menyentuh mengenai perancangan ILP, beliau berkata, jika mendapat sumber kewangan atau geran penyelidikan, pihaknya merancang untuk membangunkan pelbagai sistem yang menarik.

Antaranya, pengesan alkohol yang tidak membenarkan pengguna memandu sekiranya melebihi paras yang dibenarkan, memberi maklum balas jika suhu enjin panas dan memberi maklum balas jika lampu terbakar.

Selain itu, pihaknya juga bercadang membangunkan sistem untuk mengesan kenderaan yang telah dicuri oleh trak tunda dan menghidupkan sistem pendingin hawa tanpa menghidupkan enjin kereta bagi mengurangkan pembaziran bahan bakar.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada sistem AutoStart Java-Android telah dikomersialkan, beliau berkata: "Kami sedang menunggu kelulusan untuk mendapatkan dana prakomersial daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)," jelasnya.

Sehubungan itu, pihak ILP Kepala Batas mengalu-alukan mana-mana pihak atau syarikat berkaitan permotoran yang berminat untuk menjalin kerjasama dalam mengembangkan teknologi tersebut.

Tarikan ikan yu paus

Posted:

Tarikan ikan yu paus

Tarikan ikan yu paus


KEMUNCULAN ikan yu paus yang banyak di selatan Filipina menjadi tarikan pelancong.


TAN-AWAN merupakan sebuah kampung yang terletak di selatan Filipina. Ia cukup asing dalam diari pelancongan sebelum ini. Namun, kampung tersebut mula menerima beratus-ratus pelancong asing setiap hari gara-gara kemunculan ikan yu paus di perairannya.

Selain memberi makan, ramai pelancong yang berpeluang berenang dengan ikan-ikan tersebut. Bagaimanapun, perbuatan berkenaan mencetuskan perdebatan sengit dalam kalangan ahli biologi walaupun penduduk menjana pendapatan yang tinggi hasil daripada tarikan baharu itu.

Seorang ahli biologi marin, Samantha Craven berkata, haiwan tersebut seolah-olah berada di dalam zoo.

"Ikan yu paus itu naik dan turun ke dalam air semata-mata untuk mengambil makanan. Itu bukan tingkah laku semula jadi haiwan tersebut.

"Perkara tersebut menimbulkan kebimbangan kerana apabila ia bergerak ke kawasan lain, yu paus berkenaan mungkin hilang kemahiran mencari makan sendiri," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Datu Piah sembunyi di Semporna

Posted:

Datu Piah sembunyi di Semporna

Datu Piah sembunyi di Semporna

Oleh TEON EG dan NUR AISHAH AMIN
berita@kosmo.com.my

DATU PIAH (tengah) diapit Azzumuddie (kanan) dan Amirbahar ketika proses rundingan dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, Lahad Datu Februari lalu.


SEMPORNA – Seorang lagi anggota kanan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Datu Piah, salah seorang daripada adik-beradik kepada Jamalul Kiram III kini dipercayai berada di daerah ini.

Menurut satu sumber, lelaki yang berusia lewat 60-an itu dipercayai sedang menyembunyikan diri kerana takut menerima nasib yang sama seperti Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram yang ditangkap pasukan keselamatan pada Sabtu lalu.

"Datu Piah juga dipercayai salah seorang daripada orang kanan yang terlibat dalam proses rundingan dengan pasukan keselamatan sebelum 1 Mac lalu," kata sumber tersebut di sini semalam.

Rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan pengganas terbabit yang diketuai Azzumuddie Kiram dan turut disertai Datu Piah itu bagaimanapun menemui jalan buntu.

Sumber itu berkata, sebagai ahli keluarga kepada Jamalul Kiram, dia juga dipercayai mempunyai peranan besar dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.

"Sebelum 0ps Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu, Datu Piah dan Amirbahar dipercayai sempat melarikan diri ke Semporna dan cuba menggerakkan kumpulan pengganas di daerah ini dengan melakukan kekacauan," kata sumber itu lagi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pengkhianat negara diburu

Posted:

Pengkhianat negara diburu

Pengkhianat negara diburu


PASUKAN keselamatan negara melakukan rondaan sekitar Kampung Tanduo, Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU – Polis mengesan beberapa individu di Semporna dan Sandakan yang menjadi pengkhianat negara dengan menyalurkan wang sebagai dana untuk membiayai kumpulan pengganas Sulu di Pulau Jolo, Selatan Filipina.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan tersebut sememangnya tidak bertanggungjawab kerana dipercayai bertujuan untuk membantu dan memperkembangkan aktiviti kumpulan pengganas.

Ekoran itu tegas beliau, pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu terbabit yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.

"Perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.

"Tidak kira sama ada jumlahnya kecil atau besar, kita tahu bahawa wang tersebut dihantar bagi membantu musuh dan tindakan itu merupakan pengkhianatan kepada negara," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Perkasa aset ketenteraan negara

Posted:

Perkasa aset ketenteraan negara

Perkasa aset ketenteraan negara

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi@kosmo.com.my


NAJIB (tengah) ketika hadir merasmikan LIMA '13 di Langkawi semalam. Turut kelihatan, Ahmad Zahid (dua dari kanan).


LANGKAWI – Deruman enjin pesawat yang membingitkan telinga dan gimik letupan menjadi acara pembukaan untuk menggegarkan ruang angkasa pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi ke-13 (LIMA '13) di sini semalam.

Acara terhebat setiap dua tahun itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan disaksikan beratus pegawai serta wakil penganjur yang menyertai pameran selama lima hari bermula semalam.

Najib dalam ucapannya berkata, acara terpenting dalam kalendar tahunan negara itu menjadi penanda aras buat negara dalam memperkasakan aset ketenteraan, sekali gus memberi peluang kepada pelabur meluaskan perniagaan khususnya di rantau Asia.

Katanya, sektor penerbangan dan kelengkapan ketenteraan pastinya akan melonjak pada tahun mendatang, selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Langkawi sebagai peluang bagi mana-mana pihak meluaskan pasaran dalam perniagaan.

"Program untuk memodenkan aset ketenteraan akan terus menjadi fokus utama acara, terutamanya kepada penganjur untuk mempamerkan kapal, pesawat pejuang dan senjata terkini.

"Untuk rekod, negara Asia Tenggara telah berjaya membelanjakan sebanyak 13.5 peratus ke atas aset ketenteraan mereka," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Impian jadi kenyataan

Posted:

Impian jadi kenyataan

Impian jadi kenyataan

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my

NAZIRUL yang akan menyertai Wan Zack dengan kelab Ryukyu FC ditawarkan kontrak selama setahun.


IMPIAN pemain kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Nazirul Naim Che Hashim untuk beraksi dalam Liga Bola Sepak Jepun (Liga J) akhirnya menjadi kenyataan.

Dua pemain skuad Harimau Muda itu masing-masing telah mengikat kontrak selama dua dan satu tahun dengan kelab Liga Divisyen Tiga Jepun, Ryukyu FC.

Penghijrahan tersebut dipersetujui, selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpuas hati dengan terma kontrak yang ditawarkan Ryukyu FC kepada dua pemain tersebut.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya telah membuat penelitian terhadap tawaran kontrak yang diterima kelmarin bagi membolehkan kedua-dua pemain tersebut beraksi di Jepun.

Jelas Azzuddin, keputusan itu dibuat penuh teliti kerana tidak mahu mengulangi sejarah aksi singkat dua pemain tempatan iaitu Mohd. Nazmi Faiz Mansor dan Fakri Saarani dengan kelab di Portugal, yang membuat kejutan kembali ke tanah air baru-baru ini.

"Kepulangan dua pemain tempatan dari Portugal memberi iktibar kepada FAM supaya lebih teliti sebelum melepaskan Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim.

"Selepas meneliti kontrak yang diterima semalam (kelmarin), FAM memutuskan untuk menerima tawaran tersebut, kerana ia dibuat secara telus dan memberi kebaikan kepada kelab terbabit serta kedua-dua pemain kita.

"Wan Zack akan mengikat kontrak selama dua tahun manakala Nazirul Naim pula setahun bersama Ryukyu FC," katanya kepada pemberita di Kuantan semalam.

Liga Jepun yang baru bermula awal bulan ini menyaksikan Ryukyu FC berada di tangga kedua Divisyen Tiga.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berkenaan perlawanan amal antarabangsa antara Malaysia dengan Palestin yang akan diadakan di Stadium Darul Makmur, Pahang malam ini bagi tujuan mengumpul dana Tabung Perwira Lahad Datu dan Tabung Palestin.

Mengulas lanjut, Aizuddin menambah, beliau telah diminta oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah untuk menemui keluarga Wan Zack Haikal dan Nazirul selepas menerima tawaran kontrak tersebut.

Azzuddin menjelaskan, keluarga kedua-dua pemain itu telah memberi maklum balas positif sebagai dorongan kepada Wan Zack dan Nazirul untuk bermain di Jepun.

Kim Swee puji aksi Harimau Muda

Posted:

Kim Swee puji aksi Harimau Muda

Kim Swee puji aksi Harimau Muda

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


IZZAQ menjaringkan gol penyamaan Harimau Muda pada aksi menentang skuad B-19 Slovakia di Vion, Sabtu lalu.


KEMATANGAN skuad Harimau Muda ketika mengikat skuad bawah 19 tahun (B-19) Slovakia dengan keputusan seri 1-1 di Vion, Sabtu lalu mengundang pujian jurulatih, Ong Kim Swee.

Biarpun 'berguru' di pentas Eropah tanpa kehadiran beberapa pemain utama seperti Nazirul Naim Che Hashim dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang berlepas ke Jepun menyertai FC Ryukyu malam tadi, Kim Swee menganggap keputusan seri itu cukup berbaloi.

"Keputusan seri membuktikan pemain Harimau Muda mampu bersaing walaupun tanpa beberapa tonggak utama.

"Namun, corak permainan konsisten perlu dikekalkan selepas ini kerana ia antara elemen yang penting bagi Harimau Muda menimba pengalaman di Eropah.

"Selain permainan konsisten, pemain juga dituntut mengekalkan persefahaman, sikap positif serta semangat berpasukan," kata Kim Swee menerusi Twitter peribadinya semalam.

Dalam perlawanan itu, skuad muda negara terlebih dahulu ketinggalan sebelum bangkit menerusi jaringan penyamaan penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan.

Hari ini, skuad Harimau Muda bakal menguji skuad B-21 Georgia di Vienna, Austria dan ia merupakan sebahagian daripada perancangan awal Kim Swee bagi mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA di Myanmar penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, Kim Swee turut memberikan kata-kata semangat terhadap Nazirul Naim dan Wan Zack.

"Selamat berangkat ke Okinawa, Jepun buat Nazirul Naim dan Wan Zack.

"Semoga dimensi baharu ini akan memberikan kekuatan dan kesungguhan (kepada kedua-dua pemain itu) untuk lebih berjaya pada masa depan," kata Kim Swee.

Malaysia janji aksi terbaik

Posted:

Malaysia janji aksi terbaik

Malaysia janji aksi terbaik

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my


RAJAGOBAL (kanan) bersalaman dengan rakan sejawatnya dari Palestin, Jamal Mahmoud selepas selesai sidang akhbar di Kuantan semalam.


WALAUPUN sekadar perlawanan amal, Harimau Malaya akan tetap tampil dengan aksi terbaik pada perlawanan menentang Palestin di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal menjelaskan, mereka tetap memandang serius perlawanan tersebut meskipun skuad kendaliannya akan turun tanpa beberapa tonggak utama.

Menurutnya, beliau telah mengingatkan para pemain yang akan beraksi pada malam ini supaya terus berusaha memberi aksi terbaik walaupun perlawanan itu diadakan atas tujuan amal.

"Saya beritahu pemain bahawa semua perlawanan yang disertai amat penting, termasuk perlawanan amal ini kerana ia dianggap sebagai medan terbaik untuk memperbaiki mutu permainan.

"Kita juga akui, pasukan Palestin mempunyai kekuatan tersendiri dan kita akan memberi tentangan yang sengit walaupun ia hanya perlawanan amal.

"Ketiadaan beberapa pemain utama pula bukan bermakna kita tidak akan memberi persembahan terbaik dalam perlawanan ini," kata Rajagobal.

Mengulas ketiadaan beberapa tonggak dalam perlawanan tersebut, Rajagobal memberitahu bahawa sebahagian daripada pemain Harimau Malaya terlibat dengan aksi Piala FA bersama pasukan masing-masing.

Pemain yang terlibat ialah Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Helmi Reneli, Mohd. Shakir Shari dan Mohd. Badhri Radzi.

Selain itu, Rajagobal menambah, pemain sayap kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Noor juga tidak dapat beraksi kerana sudah berangkat ke Jepun.

"Penyerang kita, Norshahrul Idlan Talaha juga tidak dapat bersama pasukan kerana mempunyai komitmen keluarga.

"Ketiadaan beberapa pemain utama ini tidak menghalang skuad kebangsaan untuk meneruskan momentum cemerlang selepas kejayaan menewaskan Yemen 2-1 pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 minggu lalu," ujarnya pada sidang akhbar di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang semalam.

Hadir pada sidang akhbar tersebut ialah Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Azzuddin Ahmad.

Mengulas mengenai penganjuran perlawanan amal tersebut, Aizuddin pula berkata, ia diadakan bagi mengisi Tabung Perwira Lahad Datu serta Tabung Palestin.

"Para peminat bola sepak yang ingin menyaksikan perlawanan malam esok (malam ini) boleh mendapatkan tiket berharga RM20 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak dan boleh didapati di kaunter Stadium Darul Makmur.

"Selain tujuan amal, ia juga menjadi peluang buat para pemain kebangsaan untuk memperbaiki kelemahan masing-masing," ujar beliau.

Sementara itu, ketua jurulatih Palestin, Jamal Mahmoud semasa sidang akhbar yang sama pula berkata, para pemainnya berasa gembira untuk beraksi menentang skuad Harimau Malaya.

"Kita mengikuti perkembangan serta mengetahui kekuatan pasukan Malaysia dan kami akan cuba untuk mencari kemenangan malam esok (malam ini).

"Pasukan Palestin juga akan turun tanpa beberapa tonggak utama kerana mereka diberi rehat selepas menyertai liga di Maldives," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Jacel: Azzimuddie masih di Sabah

Posted:

Jacel: Azzimuddie masih di Sabah

Jacel: Azzimuddie masih di Sabah

GAMBAR fail Jacel bersama bapanya, Jamalul Kiram III dalam satu sidang media baru-baru ini di rumah mereka di kampung Maharlika, bandar Taguig, Manila.


BANDAR DAVAO, Filipina - Ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram didakwa masih berada di Sabah, walaupun pihak media Malaysia melaporkan dia telah melarikan diri dan kembali ke negara ini, dakwa anak pemimpin pengganas Sulu, Jacel Kiram semalam.

"Kami bercakap dengannya (Azzimuddie) melalui telefon pagi tadi (semalam)," kata Jacel kepada akhbar dalam talian Rappler.com

Katanya, perbualan rutin selama 30 saat setiap hari itu membuktikan Azzimuddie masih berada di Sabah.

Pihak berkuasa Malaysia sebelum ini menyatakan bahawa Azzimuddie, 72, telah meninggalkan orang-orangnya di Lahad Datu dan kini sedang bersembunyi untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa negara tersebut.

Jacel menegaskan, bapa saudaranya itu dan beberapa pengikutnya sedang menyembunyikan diri di Sabah.

Dia juga menafikan Datu Amirbahar Hushin Kiram, 40 yang ditahan pihak berkuasa Malaysia berpangkat jeneral dalam tentera Kesultanan Sulu.

Katanya, Amirbahar telah menjadi penduduk tetap Sabah sejak empat tahun lalu.

"Dengan penahanan Amirbahar, pihak berkuasa Malaysia memberitahu masyarakat antarabangsa yang mereka berjaya mengawal keadaan dan ia tidak benar," kata Jacel.

"Kami perlu berhati-hati. Dia bukan seorang jeneral," tambahnya.

Sebelum ini Jacel pernah menipu dengan menunjukkan sekeping gambar palsu yang didakwanya sebagai anggota keselamatan Malaysia yang mati selepas bertempur dengan pengikut bapanya.

Gambar itu merupakan askar-askar Thailand yang terkorban pada tahun 2007 yang disiarkan di internet.

Azzimuddie dan sejumlah pengikutnya memasuki Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut tanah yang didakwa hak milik nenek moyang mereka. - Agensi

Konflik agama di Myanmar merebak ke bandar lain

Posted:

Konflik agama di Myanmar merebak ke bandar lain

Konflik agama di Myanmar merebak ke bandar lain


PASUKAN tentera berehat seketika selepas berkawal di bandar Meikhtila yang menyaksikan 32 maut akibat konflik agama. Keganasan itu dikatakan merebak ke tiga bandar di wilayah selatan iaitu Napytaw, Yamethin dan Lewei.


YANGON - Samseng-samseng anti penganut agama Islam menimbulkan kekecohan di tiga lagi bandar di Myanmar pada hujung minggu lalu.

Mereka membakar masjid dan berpuluh-puluh buah rumah, ketika kerajaan cuba untuk menghalang keganasan agama daripada terus merebak.

Presiden Myanmar, Thein Sein mengumumkan perintah darurat pada Jumaat dan menghantar tentera ke bandar Meikhtila yang terjejas teruk dan menyaksikan 32 orang maut serta 10,000 penduduk yang kebanyakan orang Islam hilang tempat tinggal.

Biarpun dengan kehadiran tentera, kekacauan terus merebak ke wilayah selatan Naypyitaw. Seorang penduduk Islam di Tatkone, 80 kilometer dari Meikhtila memberitahu sekumpulan 20 lelaki menggeledah sebuah masjid pada malam Ahad, membaling batu dan memecahkan tingkap sebelum polis menghalau mereka dengan melepaskan tembakan.

Pada Sabtu pula, sekumpulan samseng lain membakar sebuah masjid dan 50 buah rumah di bandar Yamethin. Sebuah lagi masjid dan beberapa buah bangunan turut dimusnahkan di Lewei.

Masih tidak jelas siapakah yang menjadi dalang kepada keganasan tersebut. Tiada pertempuran atau kematian dilaporkan di tiga bandar terbabit.

Akhbar Myanma Ahlin, menyiarkan kenyataan daripada pemimpin agama Buddha, Islam, Kristian dan Hindu yang sedih atas kehilangan nyawa dan harta benda. Mereka juga menyeru golongan sami Buddha agar membantu mengurangkan ketegangan tersebut.

Penganut Islam mewakili kira-kira empat peratus daripada 60 juta penduduk Myanmar. - AP

The Croods ungguli carta pecah panggung

Posted:

The Croods ungguli carta pecah panggung

The Croods ungguli carta pecah panggung


THE CROODS yang mengisahkan kehidupan sebuah keluarga pada zaman prasejarah mendapat sambutan hangat di Amerika Utara dan seluruh dunia sejak tayangan dimulakan pada hujung minggu lalu.


LOS ANGELES - Filem animasi yang mengisahkan kehidupan sebuah keluarga pada zaman prasejarah, The Croods mengungguli carta filem pecah panggung hujung minggu lalu di Amerika Utara.

Studio yang menghasilkan filem itu, DreamWorks Animation kelmarin memberitahu, The Croods meraih kutipan tiket sebanyak AS$44.7 juta (RM138.6 juta).

Filem komedi tiga dimensi (3D) tersebut turut menambah sebanyak AS$63.3 juta (RM196.2 juta) daripada kutipan tiket di peringkat antarabangsa.

The Croods mengenepikan filem fantasi Oz : The Great and Powerful di tempat ketiga yang memperoleh AS$22 juta (RM68.2 juta) selepas ia berada di puncak carta selama dua minggu.

Sementara itu, menurut agensi yang mengumpul jumlah kutipan tiket, Exhibitor Relations, filem aksi Olympus Has Fallen pula berada di tempat kedua dengan meraih AS$30.5 juta (RM94.5 juta).

Ia diikuti filem The Call lakonan aktres Halle Berry yang mengaut AS$8.7 juta (RM27 juta) di tempat keempat.

Tempat kelima dan keenam menjadi milik dua filem komedi Admission dan Spring Breakers.

Masing-masing meraih kutipan AS$6.4 juta (RM19.8 juta) dan AS$5 juta (RM15.5 juta). - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jolie lawat Congo

Posted:

Jolie lawat Congo

Jolie lawat Congo

26/03/2013 8:07pm

LONDON – Aktres Angelina Jolie menyertai Setiausaha Luar Britain, William Hague melawat Republik Demokratik Congo semalam.

Lawatan itu diatur bagi menggalakkan kuasa-kuasa besar dunia untuk melakukan usaha bagi menangani serangan seksual dan rogol di zon perang.

Lawatan mereka di tengah Afrika yang bermula di Rwanda bertujuan untuk mendesak negara-negara kuasa besar dunia yang menganggotai Kumpulan Lapan (G8) menyuarakan isu tersebut dengan lebih serius.

Jolie dan Hague mendesak G8 untuk menyatakan persetujuan bahawa rogol dan keganasan seksual melanggar Konvensyen Geneva. – AFP

Mojo menang anugerah di Hong Kong

Posted:

Mojo menang anugerah di Hong Kong

Mojo menang anugerah di Hong Kong

26/03/2013 7:31pm

KUALA LUMPUR - Kumpulan pop Mojo telah memenangi dua anugerah daripada tiga kategori dalam Festival Muzik Asia di Hong Kong pada hari Jumaat lalu.

Mereka telah memenangi kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Keseluruhan Terbaik menerusi dua buah lagu yang dipersembahkan pada malam tersebut iaitu Andai Ku Bercinta Lagi dan Dream On (nyanyian asal Aerosmith). - KOSMO

UK sedia jalin kerjasama ketenteraan dengan Malaysia

Posted:

UK sedia jalin kerjasama ketenteraan dengan Malaysia

UK sedia jalin kerjasama ketenteraan dengan Malaysia

26/03/2013 6:09pm

LANGKAWI - United Kingdom (UK) akan menjalinkan usaha sama dengan Malaysia bagi memperkasakan sistem ketenteraan kedua-dua negara.

Menteri Pertahanan (Teknologi dan Bekalan) UK, Philip Dunne berkata, pihaknya juga akan menawarkan pendidikan ketenteraan kepada Malaysia sekiranya rancangan untuk kerjasama dua hala itu mendapat sokongan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA'13) - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Rockestra Wings di Istana Budaya

Posted:

Rockestra Wings di Istana Budaya

Rockestra Wings di Istana Budaya

WINGS kini sudah bersiap sedia untuk kembali menggegarkan Istana Budaya dari 26 hingga 30 April ini menerusi Konsert Rockestra Wings.


EMPAT pahlawan muzik sedang bersiap sedia dengan senjata masing-masing bagi memasuki gelanggang yang pernah mereka lawati dulu. Sebuah 'istana' yang bakal bergendang, berpalu lagu Wings merupakan singgahan kedua grup tersohor ini.

Sudah tentu, ini bukan ruang untuk meningkatkan mutu persembahan yang pernah kali pertama mereka laksanakan pada dua tahun lalu.

Sudah tentunya juga ini merupakan ruang dan peluang buat pahlawan dengan nama Awie, Joe, Eddie dan Black menempa impak dan momen baharu buat para penggemar tegar mereka. Kelainan yang mereka persembahkan maka perbezaan rasa dan momenlah akan ditempa oleh pencinta mereka.

Acara pencak muzik dengan nama Konsert Rockestra Wings adalah sebuah pengabadian sejarah.

Sudah banyak yang dilakarkan oleh grup yang ditubuhkan pada tahun 1986 ini dan ini salah satunya sejarah yang tertulis dalam portfolio mereka setelah diangkat sebagai persembahan artis solo atau berkumpulan yang mendapat kutipan tertinggi di pentas istana tersebut.

Atas nama klasikal

Ini hentakan kedua mereka yang buat Joe Wings selaku Pengarah Muzik berkonsep lebih klasikal.

Menjadikan konsert anjuran Anggerik Event ini sebagai sebuah atmosfera yang lebih segar untuk tatapan mata dan rasa penggemar Wings.

"Dulu kita hanya menggunakan separuh orkestra tetapi kini kita banyakkan untuk rasa mood orkestra tersebut. Kita menggunakan tenaga dan kepakaran 43 orang pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer.

"Dengan melebihkan string seperti violon, cello dan double bass, kita akan rasa lebih rock dan orkestra. Lebih berat di atas pentas," jelasnya panjang lebar tentang persediaan konsert yang bakal berlangsung pada 26, 27, 28 dan 30 April kelak.

Keluar sedikit daripada aspek teknikal dan bunyi, sentuhan rasa yang mahu dipunyai oleh para peminat Wings juga dititikberatkan.

Kelainan yang diberikan sudah tentu melibatkan repoitaire lagu-lagu yang menjadi congakan umum.

Pertanyaan dan ungkai soal terjawab. Menurut Joe, 80 peratus lagu yang akan dipersembahkan adalah yang jarang malah ada yang tidak pernah mereka mainkan seperti Harapan, Aku Pun Tahu, Dalam Kehadiran Sofiah dan Amok.

SEMANGAT kental. (Dari kiri), Eddie, Joe, Awie dan Black kekal sebagai tunjang nyawa dan hayat Wings.


Pastinya barisan lagu-lagu unik dan pelik untuk pementasan ini sudah lama dinantikan oleh khalayak golongan penggemar tegar.

Bukan mudah untuk Wings sendiri membahagikan rasa dan timbangan untuk membariskan lagu-lagu yang mereka mainkan kelak.

Joe mengambil masa durasi dua bulan untuk memilih lagu-lagu yang bakal dipersembahkan sebelum ditapis lagi bersama Awie, Eddie dan Black dalam tempoh dua minggu.

Usai saringan dan tapisan, baru mereka memilih lagu yang betul-betul sesuai yang disenarai pendek sebanyak 20 buah.

"Lagu-lagu dipilih berdasarkan banyak faktor seperti permintaan peminat iaitu Sayap Wings selain daripada rakan-rakan, saudara-mara dan juga anggota Wings sendiri. Tetapi lagu-lagu wajib seperti Sejati dan Taman Rashidah Utama tidak boleh kami lupakan kerana ia menjadi permintaan ramai," kata Awie.

"Ada juga ikut rasa Wings tetapi kami bagi apa yang umum mahukan. Namun apa yang boleh diberikan bayangan bahawa konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu yang di luar jangkaan," tambah Joe.

Bakal mendendangkan lagu-lagu baharu daripada album yang sedang dalam proses pembikinan dengan judul Menakluk Kosmos, Wings sendiri sedar bahawa peminat lebih terarah kepada lagu-lagu lama mereka.

"Sudah 11 tahun kami tidak merakam album baharu selepas Naga Kramat pada tahun 2002. Namun begitu, tawaran persembahan tidak putus. Peminat masih mahukan lagu-lagu daripada album lama seperti Belenggu Irama, Hukum Karma, Teori Domino, Jerangkung Dalam Almari dan Bazooka Penaka yang dirakam antara 20 hingga 27 tahun lalu. Itulah yang indah mengenai Wings," kata Black atau nama sebenarnya Azmi Hashim.

Sudah tawan istana

Istana Budaya merupakan sebuah lokasi idaman. Bukan calang-calang dapat beraksi menunjuk megahnya produk atau bakat mereka.

Namun bagi Wings, peluang kali kedua ini adalah sebuah pembuktian. Bahawa anak dengan jiwa rock juga boleh beraksi di mana-mana dan begitu juga kehadiran para peminat mereka.

Biarpun ada protokol serta disiplin yang perlu dilalui namun itu bukan satu halangan. Malah ujar Eddie, itulah cabaran buat mereka.

"Ruang yang lebih selesa berdinding dan berbumbungkan penghawa dingin masih memberikan mereka rasa enjoy walau berbeza lokasi daripada biasa.

"Impaknya lain, lebih intimasi. Sebenarnya kami ada pelbagai rasa. Kasihan ada, suka pun ada. Kasihan bila melihat para peminat seakan-akan tidak puas di tempat duduk.

"Bergoyang ditahan-tahan dan waktu itu kami acah. Seronok melihat dari atas pentas gelagat mereka," ketawa Awie yang merupakan anggota Wings paling sibuk dengan aktiviti seninya.

"Bila ada protokol dan disiplin yang tinggi, tidak kiralah kerana lokasi dan juga berkolaborasi dengan orkestra, itulah rasa seronok buat Wings. Rasa teruja dan kami juga dapat muncul dengan busana yang lebih kemas dan berlainan daripada biasa," ujar Eddie, si pemain bass.

JOE diberikan tanggungjawab untuk memilih lagu-lagu yang bakal dipersembahkan Wings khusus untuk Konsert Rockestra Wings.


Tambah Black pula, dia menganggap cabaran besar kelak adalah penyatuan ego dan undang-undang orkestra dengan keselambaan jiwa rock mereka.

Buat Wings, ruang dan peluang di Istana Budaya telah mereka tawan. Tiada masalah dalam pemikiran mereka. Juga tiada rungutan daripada pihak Istana Budaya sendiri.

Jiwa rock yang kental dalam naluri mereka membenarkan mereka beraksi di mana sahaja menghiburkan hati mereka dan khalayak dengan lagu-lagu yang sudah sebati dalam jiwa dan sanubari.

Lebih penting, disimpan kemas dalam ingatan peminat bahawa konsert yang akan berlangsung pada pukul 8.45 malam ini secara eksklusif hanya dapat disaksikan di Istana Budaya

Grup ini tidak bercadang untuk merakamkan konsert berkenaan dalam bentuk cakera padat digital (DVD), cakera padat video (VCD) atau cakera padat (CD) kerana merasakan ia tidak boleh mendatangkan keuntungan berikutan pasaran yang kecil.

"Kos untuk membuat rakaman adalah tinggi tetapi keuntungan yang diperoleh dengan penjualan DVD, VCD atau CD tidaklah besar mana.

"Selain itu, konsert ini juga akan jadi lebih eksklusif. Jika mahu menontonnya, datang ke Istana Budaya. Jika terlepas, hanya akan mendengar cerita orang sahaja," kata Joe.

Pelbagai peristiwa dan momen terus menghampiri grup kental ini. Mereka betah bertahan.

Mencecah usia 27 tahun dan terus dihitung adalah bukti survival Wings dan lagu-lagu mereka adalah sejarah yang sebati dalam industri muzik tanah air.

Wings, sebuah grup Malaysia yang bukan hanya pandai menjaga karier mereka dengan sikap dan pengurusan tetapi juga lagu-lagu yang sentiasa jaguh di hati umum.

Tanya Julia Perez sendiri - Murali

Posted:

Tanya Julia Perez sendiri - Murali

Tanya Julia Perez sendiri - Murali

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


MURALI bekerjasama dengan Julia Perez menerusi filem Sentuhan Malam Pertama.


KREDIBILITI Murali Abdullah sebagai seorang pengarah sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi berdasarkan pengalaman yang diraihnya sepanjang 20 tahun mengarah pelbagai drama, telefilem dan filem.

Sementelah, dia pernah lima kali dinobatkan sebagai pengarah Terbaik Anugerah Skrin.

Bagaimanapun, Murali baru-baru ini telah meluahkan rasa kesalnya terhadap situasi yang berlaku dalam industri hiburan sekarang.

Beliau juga turut mengulas tentang isu aktres sensasi dan seksi Indonesia, Julia Perez yang sebelum ini pernah terbabit dalam perang Twitter dengan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan aktor, Zed Zaidi gara-gara komennya dalam Twitter, mengutuk mutu drama Malaysia yang didakwanya ketinggalan berbanding produksi sinetron (drama) Indonesia.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Murali yang ditemui di lokasi penggambaran drama terbaharu arahannya, Wasilah Cinta di Kampung Paya Jaras Dalam, Selangor baru-baru ini.

Kosmo!: Murali sebelum ini pernah mengarah sebuah filem yang diterbitkan berjudul Sentuhan Malam Pertama yang menampilkan pelakon sensasi, seksi dan kontroversi Indonesia. Boleh komen tentang pengalaman anda mengarah Julia yang pernah terbabit dalam perang Twitter dengan Zed Zaidi suatu ketika dahulu?

MURALI: Buat masa ini, saya enggan memberikan komen tentang perkara tersebut. Pada majlis pelancaran filem Sentuhan Malam Pertama nanti yang akan diberitahu tarikhnya kemudian, bakal diadakan suatu sidang akhbar dan ketika itu wartawan boleh bertanyakan tentang isu tersebut kepada Julia Perez sendiri. Saya juga akan menjemput Zed Zaidi untuk menghadiri sidang akhbar tersebut.

Khabarnya juga Murali tidak mahu lagi mengarah drama bersiri? Andai benar, kenapakah anda mengambil tindakan tersebut?

Pertama sekali, saya melihat pembikinan sesebuah drama ketika saya mula-mula mengarah dahulu dan sekarang ini sudah sangat jauh berbeza. Salah satunya berkenaan dengan masa yang diberikan oleh penerbit agak singkat kerana mahu menjimatkan kos semata-mata inginkan keuntungan yang besar sehinggakan para pelakon dan kru produksi seolah-olah seperti kerja kilang.

Apakah impak yang akan terjadi apabila perkara ini berlaku?

Sebagai seorang pengarah sudah tentu saya agak sukar untuk menghasilkan sebuah produk yang bermutu. Bagaimanapun, ada segelintir penerbit yang langsung tidak mengambil kira tentang perkara ini.

Selain itu ada juga penerbit yang suka masuk campur ketika penggambaran sedang dilakukan sehingga mengganggu kerja-kerja seseorang pengarah, sedangkan mereka langsung tidak tahu apa-apa mengenai pembikinan sesebuah drama itu.

Namun begitu, tidak semua penerbit yang bersikap sedemikian kerana masih ada yang memberikan kerjasama yang baik. Misalnya, saya selesa bekerja dengan Suhan Movies kerana Rosyam Nor selaku penerbit memberikan kebebasan kepada saya untuk pembikinan telefilem Wasilah Cinta.

Rosyam ada memberitahu saya bahawa dia mahu kembalikan cara kerja lama yang tidak terlampau mengejar masa sangat dan ia merupakan langkah yang tepat untuk memberikan kebaikan kepada semua pihak. Dengan cara ini sudah tentu tidak ada lagi pelakon atau kru produksi yang merungut kerana terpaksa bekerja sehingga lewat pagi.

Jadi, apakah yang ingin Murali lakukan sekarang?

Saya akui sekarang ini saya sudah serik mahu mengarah drama. Kini, saya mahu memberikan lebih tumpuan kepada mengarah telefilem dan filem. Namun begitu, ia tidak bermakna saya akan terus bersara mengarah drama dan bersedia menimbangkan sebarang tawaran sekiranya ada penerbit yang tidak bersikap mementingkan keuntungan semata-mata.

Adakah Murali tidak kisah sekiranya akan disenarai hitamkan oleh segelintir penerbit selepas ini?

Rasanya saya tidak perlu bimbang jika ada penerbit yang enggan mengambil saya mengarah lagi, malah saya sendiri sudah senaraihitamkan beberapa orang penerbit dan tidak akan bekerjasama dengan mereka.

Apakah projek terbaharu Murali selepas Wasilah Cinta?

Selain filem Sentuhan Malam Pertama yang belum ditayangkan, saya juga sudah menyiapkan produksi Wasilah Cinta. Selepas ini akan berehat selama beberapa minggu dan kemudian saya akan mengarah sebuah filem terbaharu terbitan Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd. pada bulan April ini.

Aaron aziz jadi guru

Posted:

Aaron aziz jadi guru

Aaron aziz jadi guru

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


AARON AZIZ dan Lisa Surihani bakal menyertai Zain Saidin bagi memantapkan lagi barisan pelakon siri Oh My English! musim kedua.


TIDAK dinafikan program yang berunsurkan hiburan serta pendidikan, Oh My English! bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak, malah ia juga ditonton oleh golongan dewasa.

Melihat kepada sambutan yang sangat menggalakkan pada musim pertama, pihak Astro telah meneruskan keseronokan belajar bahasa Inggeris yang menampilkan 20 episod untuk Oh My English! musim kedua.

Memfokus terhadap gelagat guru-guru dan murid-murid yang belajar bahasa Inggeris dalam kelas tingkatan 3 merah, musim kedua bakal menampilkan dua orang guru serta pelajar-pelajar baharu yang pasti akan menggamatkan lagi suasana.

Empat orang karakter baharu yang diperkenalkan kali ini ialah Aaron Aziz sebagai Cikgu Malik, Tiz Zaqyah (Cikgu Ayu), Shafie Naswip (Azlan) dan Iezahdiyana (Hani).

Berbekalkan barisan pelakon yang mantap dan jalan cerita yang padat dengan jenaka, Oh My English! musim kedua masih lagi menerapkan unsur ilmiah yang menjadi fokus utama program ini.

"Oh My English! telah dilancarkan buat kali pertama pada Mei 2012, dan sejak itu telah menerima respons yang sangat luar biasa bagi sebuah program pendidikan.

"Rancangan ini telah memenangi hati masyarakat Malaysia.

"Bukan itu sahaja, malah tajuk program ini juga telah menjadi ungkapan harian yang popular dalam kalangan golongan belia Malaysia. "Justeru, sokongan peminat ini memberikan kami inspirasi dan menguatkan lagi azam kami untuk menyampaikan kandungan yang lebih baik bagi musim kedua," jelas Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-kanak Astro, Yasmin Megat.

Selain itu, Oh My English! musim kedua juga bakal menampilkan beberapa penampilan khas yang pasti membuatkan penonton lebih teruja. Antara yang bakal muncul ialah Lisa Surihani, Rozita Che Wan, Yus Jambu dan Datuk Aznil Nawawi.

Aaron yang ditemui pada sidang akhbar di Sekolah Wawasan, USJ 15, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini meluahkan rasa keterujaannya dapat bekerjasama dengan kru produksi Oh My English!.

"Saya memang sangat gembira dan apabila ditawarkan, saya tidak pernah terfikir akan diberi watak sebegini. Tidak dinafikan, ia pengalaman yang berbeza dan sangat seronok.

"Maka, saya terus bersetuju kerana tidak dinafikan anak-anak saya juga sangat menggemari program ini. Saya buat ini untuk melunaskan permintaan anak-anak saya dan juga untuk memberi hiburan kepada kanak-kanak di luar sana," beritahu Aaron.

Jangan lupa saksikan tayangan perdana musim kedua Oh My English! pada hari Ahad, 31 Mac ini pukul 7.30 malam di saluran Astro TVIQ (saluran 610) dan Mustika HD (saluran 134).

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved