Isnin, 25 Mac 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Ketinggian ilmu ulama Syria Sheikh Said Ramadhan

Posted:

Ketinggian ilmu ulama Syria Sheikh Said Ramadhan

Ketinggian ilmu ulama Syria Sheikh Said Ramadhan

TUTUR kata dan keperibadian Sheikh Said Ramadhan dikagumi ramai ulama.


"TIDAK tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku."

Itu pesanan terakhir Sheikh Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti, 84, kepada ulama terkenal Yemen, Habib Ali al-Jufri yang menghubungi beliau melalui telefon kira-kira dua minggu sebelum kematiannya akibat serangan nekad pengebom berani mati.

Kejadian itu berlaku sewaktu beliau sedang mengajar anak-anak muridnya di Masjid Eman yang terletak di Damsyik, Syria pada 22 Mac lalu. Serangan tersebut mengakibatkan 42 jemaah terbunuh termasuk beliau.

Ternyata benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah."

Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Sheikh Said Ramadhan sudah mengetahui ajalnya akan tiba yang semua itu merupakan kurniaan Allah kepada hamba pilihan-Nya.

Apa yang pasti, pemergian Syeikh Said Ramadhan pada malam Jumaat yang mulia dalam keadaan al-Quran didakap di dadanya, ditangisi jutaan umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Reda terima berita

Bagi Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 44, anak murid kepada Sheikh Said Ramadhan ketika menuntut di Universiti Ulum Islamiyyah di Syria sekitar tahun 1994 hingga 1997, walaupun sedih namun beliau menerima takdir itu dengan reda.

"Secara peribadi saya terkejut mendengar berita pemergian guru kami dalam tragedi tersebut. Tetapi, saya reda. Sheikh meninggal dalam keadaan sangat mulia kerana menegakkan agama Allah iaitu ketika mengajar di masjid.

"Antara keistimewaan Sheikh Said Ramadhan ialah beliau seorang mufaqih Islam. Setiap tutur kata dan pengaruhnya dikagumi dan diambil prihatin oleh ramai ulama dunia Islam. Beliau juga merupakan syeikh mazhab Syafie terkemuka pada tahun 1960-an hingga 1970-an," ujar Zulkifli yang merupakan seorang pendakwah bebas di Malaysia ketika dihubungi Kosmo!.


KETINGGIAN ilmunya membuatkan Sheikh Said Ramadhan sering diundang untuk menyampaikan syarahan di seluruh dunia.


Tambah Zulkifli, beliau pernah bertanya pada anak Sheikh Said Ramadhan, Dr. Tawfik Ramadhan berkenaan ayahnya. Ia lantas dibalas dengan kata-kata: "Di rumah kami ada sebuah bilik khas yang aku tidak pernah melihat ayahku kecuali dalam tiga keadaan iaitu membaca, menulis dan bersolat (berzikir)."

Ketika di Syria, Zulkifli turut berkesempatan berguru dengan beberapa ulama selain Sheikh Said Ramadhan iaitu Sheikh Dr. Wahbah Zuhayli, Sheikh Abdul Latif Marfour dan Sheikh Abdul Rahman Habbannakah. Menurut beliau, guru-gurunya di Syria terbahagi kepada beberapa kelompok.

"Ada antara mereka bersama kerajaan, menentang kerajaan atau memilih untuk berdiam diri. Bagi saya, pendirian Sheikh Said Ramadhan terhadap isu di Syria wajar dihormati kerana beliau lebih memahami keadaan semasa di sana.

"Ia berbeza dengan Mesir. Apa pun, Sheikh Said Ramadhan di akhir hayatnya bersama dengan perjuangan rakyat," tegas Zulkifli sambil berharap umat Islam akan berpegang teguh pada pesanan terakhir Sheikh yang meminta mereka bersatu atas kalimah Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

Gelaran profesor

Dilahirkan pada tahun 1929 di sebuah perkampungan Ayn Dewar di utara Syria, Sheikh Said Ramadhan merupakan ulama Ahlus Sunah Wal Jamaah (ASWJ) yang bermazhab Syafie terkemuka di negara tersebut.

Beliau berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1955. Sekitar tahun 1960-an, Sheikh Said Ramadhan pernah menjadi tenaga pengajar sebelum dilantik sebagai Dekan di Fakulti Syariah, Universiti Damascus, Syria.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Undang-Undang Islam juga di Universiti Al-Azhar.

Semasa hayatnya, beliau masih bergelar profesor di Universiti Damascus dan bergiat aktif dalam persidangan serta seminar di peringkat antarabangsa. Beliau juga telah menulis tidak kurang daripada 40 buah buku dalam pelbagai bidang termasuk kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan.

Ketinggian ilmunya terserlah dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan penyelidik di Royal Society of the Islamic Civilisation yang berpusat di Amman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah kitab Fiqh Sirah yang menjadi rujukan umat Islam di seluruh dunia.

Sementara itu, pelajar jurusan Ijazah Takhassus Qiraat Shoubra di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir, Haniff Abu Talib, 24, turut melahirkan rasa sedih di atas pemergian Syeikh Said Ramadhan.

"Kita membesar dengan kitab Fiqh Sirahnya. Takziah kepada seluruh umat Islam kerana kehilangan sebuah permata ummah. Beliau merupakan ulama yang telah mengarang banyak kitab dan kebanyakannya menjadi rujukan utama umat Islam," ungkap Haniff yang turut dipaparkan pada laman sosial Facebook miliknya.

Menurut Haniff, ulama bukanlah maksum dan mereka mempunyai ijtihad sendiri. Tetapi, inilah yang menyebabkan fitnah ke atas Sheikh Said Ramadhan apabila beliau membela rejim Bashar al-Assad.


SALAH satu program wacana ilmiah yang dihadiri Sheikh Said Ramadhan bertempat di Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi sewaktu berkunjung ke Malaysia tiga tahun lalu.


Kunjungan ke Malaysia

"Ia berlaku lantaran kejahilan golongan awam terhadap ijtihad seseorang ulama. Apa pun, ingatlah jasa beliau yang telah meninggalkan banyak ilmunya pada kita," luah anak muda kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan ini.

Pada tahun 2010, Sheikh Said Ramadhan pernah berkunjung ke Malaysia melalui inisiatif yang dianjurkan oleh Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Sepanjang berada di Malaysia, beliau sempat menghadiri pelbagai majlis ilmu dan memberi ceramah yang diterjemahkan oleh Zulkifli.

Ini termasuklah mengadakan syarahan perdana di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Wacana Ilmiah: Islamic & Extremism di Institut Kajian Rantau Asia Barat (Ikrab), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kuliah di Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan program Aplikasi Fiqh Sirah dalam Realiti Semasa di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Dalam pada itu, salah seorang ulama Syria, Sheikh Muhammad Abul Huda al-Yaqoubi berkata, Allah telah mengurniakan pengakhiran hayatnya dengan kebaikan dan kemuliaan syahid.

"Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat umat Islam seluruhnya. Beliau merupakan seorang mujaddid dalam pemikiran dan akidah. Beliau adalah seorang alim rabbani yang berjuang membela Islam dan ASWJ berdekad lamanya di mimbar Damsyik dan kuliah syariah," jelas Sheikh Muhammad Abul Huda.

Beberapa hari sebelum dijemput pulang menghadap Ilahi, Sheikh Said Ramadhan juga pernah berkata: "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas daripada ganjaran ijtihad (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)."

Jenazah beliau telah disembahyangkan oleh ribuan pengikutnya dan dikebumikan di sebelah makam Salahuddin al-Ayubi yang terletak berdekatan dengan Masjid Ummaiyyah di Damsyik, Syria.

Mencari pelapis sumo Jepun

Posted:

Mencari pelapis sumo Jepun

Mencari pelapis sumo Jepun


KEJOHANAN gusti sumo yang diadakan dua bulan sekali di Osaka, Jepun bertujuan untuk mencari pelapis dalam sukan tersebut.


SEWAKTU matahari mula memancarkan sinarnya di Tokyo, enam lelaki yang hanya bercawat dengan rambut bertoncit berdiri tegak di atas pasir. Mereka menghentakkan kaki berulang-ulang.

Keenam-enam paha yang berukuran seperti batang kayu besar itu dihela ke udara dan berhenti seketika sebelum dihempaskan ke lantai dengan impak yang amat kuat.

Ia mungkin membosankan. Tetapi, tiada sesiapa pernah menyatakan bahawa latihan untuk menjadi seorang ahli sumo sepatutnya menyeronokkan.

"Anjakkan berat anda. Jangan naikkan pinggul terlalu cepat," jerit seorang ahli gusti sumo yang sudah bersara dan kini bekerja sebagai jurulatih.

Rutin yang dipanggil shiko itu bertujuan untuk membina kekuatan dan membentuk bahagian bawah badan serta bertahan selama setengah jam di gimnasium tanah liat yang terletak di pusat bandar Tokyo.

Tiga jam latihan termasuk rutin pecahan dan seretan kaki, kemuncaknya pertarungan satu lawan satu di dalam gelanggang, satu bentuk latihan tradisi yang telah diamalkan sejak ratusan tahun lalu.

Masing-masing bergelut antara satu sama lain, cuba untuk menjatuhkan atau memaksa lawan keluar dari gelanggang. Sementara itu, master Tadahiro Otake duduk bersila di luar gelanggang memerhatikan latihan anak-anak didiknya.

Pasir diratakan dengan penyapu buluh, disembur dengan air dan ditabur garam untuk pembersihan manakala para penggusti sumo mengesat peluh keluar dari badan sasa mereka.

Beberapa minggu sebelum ini, para penggusti sumo telah menjalani senaman harian di hadapan mayat pengasas gelanggang tersebut, Koki Naya yang turut dikenali sebagai Taiho (Great Phoenix) selepas meninggal dunia pada 19 Januari lalu.

Bekas juara utama atau yokozuna itu telah menubuhkan gelanggang tersebut pada tahun 1974 berikutan persaraannya daripada dunia gusti sumo.

Satu rejim latihan pagi telah diadakan di 43 gelanggang sumo profesional Jepun sebagai persediaan menghadapi kejohanan dwibulanan di Osaka bermula 10 Mac lalu.

Skandal sumo

Jurulatih penjaga, Masataka Yuho berkata, amalan itu tidak berubah dalam tempoh empat dekad sejak dia menyertai gelanggang berkenaan. Malah, mereka terpaksa berhempas-pulas menghadapi beberapa skandal yang terpalit dalam sukan sumo beberapa tahun kebelakangan ini termasuk penggunaan dadah marijuana dan pertaruhan haram.

"Suasana kini amat berbeza. Dahulu kami dilarang daripada memiliki sesuatu walaupun radio transistor ketika saya mula-mula berada di sini," ujar Yuho, 56, sambil menjelaskan mengenai perubahan peraturan yang kini membenarkan ahli gusti memiliki gajet elektronik sendiri.


AHLI gusti sumo Mongolia, Harumafuji meraih gelaran juara utama atau yokozuna pada September tahun lalu.


Kebanyakan 610 ahli gusti yang datang di bawah naungan Persatuan Sumo Jepun akan tinggal di gelanggang. Mereka hidup, makan dan tidur bersama-sama dalam kemudahan yang membenarkan sedikit ruang peribadi.

Hanya 70 ahli gusti dalam senarai dua divisyen utama dibenarkan hidup sendirian. Kadar kelahiran di Jepun yang semakin menurun dan populariti yang semakin meningkat terhadap sukan lain seperti besbol membuatkan usaha merekrut ahli gusti sumo menjadi sukar.

Hanya sedikit anak muda Jepun mahu bertahan dengan cara hidup privasi untuk memperoleh 150,000 yen (RM4,858) setiap bulan, separuh daripada nilai yang mampu diperoleh graduan sekolah tinggi.

Ia berbeza bagi mereka yang berada di puncak sukan yang sering didominasi orang luar itu. Juara Mongolia misalnya, Hakuko dianggarkan menerima lebih daripada 150 juta yen (RM4.9 juta) tahun lalu dalam bentuk gaji bulanan, elaun khas, hadiah tajaan kemenangan dan sokongan.

"Setiap fasa kehidupan yang dilalui ahli sumo sangat sukar," kata Abdelrahman Ahmed Shaalan, 21, dari Mesir yang menduduki kedudukan tertinggi dalam kalangan lapan penggusti Otake, yang perlu mendaki 23 kedudukan lagi untuk ke masuk ke divisyen kedua.

Abdelrahman yang mempunyai ketinggian 189 sentimeter dengan berat 145 kilogram merupakan ahli gusti sumo profesional pertama dari Arab. Digelar sebagai Osunaarashi (Great Sandstorm), Abdelrahman hanya tewas dalam lima daripada 35 perlawanan sejak membuat kemunculan sulung pada Mac 2012.

Hormati senior

Selepas menjalani latihan pagi, ahli gusti sumo akan mandi dan menikmati menu pertama mereka. Dalam hal ini, ahli gusti muda perlu menunggu ahli gusti yang berusia sebagai tanda hormat.

Kesemua mereka berusia antara 19 hingga 32 tahun dengan tempoh karier bermula kurang daripada 12 bulan hingga 17 tahun, akan dihidang dengan stu chankonabe. Masakan itu dicampur daging ayam, sayur dan tofu goreng.

"Kami menggunakan lebih banyak ayam sejak Osunaarashi menyertai gelanggang ini kerana sebagai seorang Muslim, Abdelrahman tidak boleh makan daging babi dan minuman keras," jelas Yuho lagi.

Sementara itu, Otake yang merupakan salah seorang daripada murid Taiho telah dilantik sebagai master ketiga di gelanggang tersebut.

"Saya telah mengembara ke seluruh negara untuk memohon maaf di atas salah laku pada masa lalu," ungkapnya dalam nada sayu.

Dia mempunyai tanggungjawab besar terhadap sukan yang dianggap telah kehilangan maruahnya. Namun, tegas Otake, sumo mempunyai kuasa untuk mengatasi cabaran tersebut kerana ia bukan sekadar sukan, tetapi satu cara hidup.

"Ahli gusti sumo melatih diri hanya untuk menjadi kuat. Tetapi, saya memberitahu mereka untuk menjadi contoh kepada orang lain," tuturnya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Benteng keselamatan timur Sabah

Posted:

Benteng keselamatan timur Sabah

Benteng keselamatan timur Sabah

Oleh LUQMAN RIDHWAN
MOHD. NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my

NAJIB dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama anggota komando VAT 69 ketika meraikan Sambutan Hari Polis ke-206 di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur semalam. Turut sama hadir ialah Hishammuddin (barisan tengah, lima dari kanan) dan Ismail (kanan Najib).


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pewujudan Zon Selamat Sabah Timur atau Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) yang meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berkuat kuasa semalam.

Beliau memberitahu, kawasan ESSZONE meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Menurut Najib, ESSZONE ditubuhkan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan ia diwujudkan bagi memelihara hak demokratik serta proses demokrasi penduduk Sabah selain mengukuhkan keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan di kawasan timur negeri itu.

"Sepuluh daerah berkenaan akan ditadbir oleh satu jawatankuasa yang ditubuhkan menurut Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Amirbahar guna pas pelancong

Posted:

Amirbahar guna pas pelancong

Amirbahar guna pas pelancong

Oleh TEON EG dan NUR AISHAH AMIN
berita@kosmo.com.my


AMIRBAHAR (kiri) bersama orang kanan pengganas Sulu, Datu Piah ketika rundingan dengan pihak berkuasa di Kampung Tanduo, Lahad Datu baru-baru ini.


SEMPORNA – Jeneral lima bintang pengganas Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram yang berjaya ditahan pihak berkuasa pada pagi Sabtu lalu didapati menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke Kampung Tanduo sejak November lalu.

Satu sumber berkata, siasatan juga mendapati pas lawatan yang digunakan Amirbahar yang difahamkan juga merupakan Menteri Pertahanan Suluk itu pula didapati telah tamat tempoh.

"Beberapa dokumen milik Amirbahar dirampas pasukan keselamatan termasuk pasport miliknya. Pemeriksaan mendapati, lelaki itu masuk ke Kampung Tanduo menggunakan pas pelancong sejak November lalu.

"Pasport tersebut telah tamat tempoh Januari lalu," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut sumber itu, Amirbahar ditahan bersama isterinya pada hari Sabtu lalu dekat kawasan Paya Bakau, Kampung Sri Melor Bugaya di sini ketika cuba menyelinap untuk lari pulang ke Filipina.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tuntutan tujuh agensi dipenuhi

Posted:

Tuntutan tujuh agensi dipenuhi

Tuntutan tujuh agensi dipenuhi


ORANG ramai berebut-rebut untuk bersalam dengan Najib pada Perhimpunan Perdana BBDS di PWTC, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan empat manfaat yang akan dinikmati oleh 40,000 pegawai dan kakitangan di bawah tujuh agensi Kesatuan Sekerja Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS).

Pengumuman itu melibatkan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan Skim Dana Pencen, Imbuhan Tetap Perumahan, Saguhati Tamat Perkhidmatan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) majikan diselaraskan untuk semua agensi.

Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, atas dasar prihatin dan mengutamakan rakyat, tuntutan yang dibuat oleh pekerja di tujuh agensi itu wajar ditunaikan demi kebajikan mereka.

"Setelah mengadakan pertemuan pada 22 Februari lalu, kita kaji perkara-perkara yang dituntut, maka dalam majlis yang cukup bersemangat dan luar biasa ini kerajaan bersetuju menubuhkan Dana Pencen bagi BBDS.

"Pelaksanaan Dana Pencen ini misalnya, adalah melalui jumlah potongan caruman KWSP dibahagi kepada dua iaitu separuh dimasukkan ke dalam KWSP manakala separuh lagi dicarum kepada Dana Pencen. Apabila bersara nanti, mereka akan dapat keluarkan caruman KWSP dan dapat juga pencen," jelas Perdana Menteri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sup power Port Dickson

Posted:

Sup power Port Dickson

Sup power Port Dickson

Oleh NASRI JAMALUDIN


RESTORAN Sup Power Port Dickson yang terletak di Kampung Baru Sri Rusa sentiasa menjadi tumpuan pelanggan.


PORT DICKSON cukup terkenal dengan pantainya untuk aktiviti mandi-manda. Justeru, tidak hairanlah, pada hujung minggu atau cuti umum, pantainya sesak dengan orang ramai.

Ketika ini, kawasan pantainya telah dinaik taraf dan selesa untuk anda sekeluarga berkelah atau sekadar bersantai. Jika tidak mahu mandi laut, kemudahan kawasan permainan kanak-kanak turut disediakan. Apa yang penting, anda dapat membawa seisi keluarga bercuti sekali gus merapatkan hubungan kekeluargaan.

Jika anda tidak membawa sebarang bekalan makanan, apa kata singgah menjamu selera di Restoran Sup Power Port Dickson yang terletak di Kampung Baru Sri Rusa.

Restoran yang diusahakan pasangan suami isteri, Ismail Mohd., 36, dan Suhaili Ahmad, 35, itu menyajikan pelbagai jenis hidangan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan ala carte.

Dibuka secara kecil-kecilan sejak enam tahun lalu, kedai makan yang terkenal dengan hidangan sup lembu power itu terus meningkat menjadi sebuah restoran.

Resipi utara

"Pada peringkat awal perniagaan, kami hanya membuka gerai menjual sup lembu power di depan rumah. Tidak sangka sambutan sangat menggalakkan dan kini perniagaan semakin berkembang dan kami menawarkan pelbagai jenis hidangan.

"Sup lembu (gear box) yang kami tawarkan menggunakan resipi utara. Ia dijual RM25 semangkuk untuk hidangan empat orang," kata Suhaili ketika ditemui baru-baru ini. Pada hari biasa antara 15 hingga 20 mangkuk sup power boleh dijual.

Suhaili yang menjadi guru selama 12 tahun nekad berhenti kerja setahun lalu bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan tersebut.

Sementara itu, Ismail yang sebelum itu bekerja di sebuah hotel di Port Dickson berhenti kerja tiga tahun lebih awal daripada isterinya.

Melangkah masuk ke restoran tersebut terutama pada waktu tengah hari, anda pasti rambang mata memilih kira-kira 40 jenis lauk pauk. Antaranya, pelbagai jenis ikan bakar, masak lemak ayam dan ikan, asam pedas, ulam-ulaman dan sayur-sayuran.

Harga makanan di restoran ini juga berpatutan. Restoran itu bukan sahaja menjadi tumpuan pada hujung minggu malah pada hari-hari biasa.

Pesawat LIMA gegarkan ruang udara

Posted:

Pesawat LIMA gegarkan ruang udara

Pesawat LIMA gegarkan ruang udara

Oleh ZAKI SALLEH


JANGAN lepaskan peluang melihat aksi-aksi berani mati juruterbang pasukan aerobatik Tentera Udara Rusia menggunakan pesawat Sukhoi Su-27.


SEJAK minggu lalu, deruman pesawat-pesawat pejuang silih berganti membelah ruang angkasa Langkawi melakukan aksi-aksi aerobatik yang memukau ribuan mata termasuk lagak negeri di udara.

Sebanyak 26 buah pesawat akan membuat persembahan pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2013 (LIMA '13) yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dari 26 hingga 30 Mac ini.

LIMA '13 yang dianjurkan oleh HW Lima Exhibitons (HW Lima) diiktiraf sebagai antara pameran udara terbaik dunia setaraf dengan Farnborough International Air Show di United Kingdom, Dubai Air Show dan MAKS (Rusia).

Lima pesawat MiG-29N Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dari tim Smokey Bandits menggegarkan ruang udara Langkawi beraksi bersama sebuah pesawat F/A-18D Hornet dan Sukhoi Su-30MKM.

Tim aerobatik nasional, Aerotree Kriss Sakti yang muncul kali pertama pada LIMA dua tahun lalu sekali lagi akan memukau penonton menggunakan lima pesawat berkipas Extra 300L. Mereka dibarisi bekas juruterbang pejuang TUDM.

Biarpun pasukan aerobatik Tentera Udara Diraja Britain (RAF) Red Arrows tidak hadir pada pada LIMA '13, kekosongan itu bakal diganti dengan kehebatan RusAF Russian Knight.

Bagi mereka yang pernah melihat aksi-aksi berani mati juruterbang pasukan aerobatik terkenal Tentera Udara Rusia ini pada LIMA edisi 1995 pasti tidak sabar-sabar menyaksikannya untuk kali kedua.

Enam buah pesawat Sukhoi Su-27 Russian Knight iaitu 4 Su-27P dan 2 Su-27UB Russian Knight akan membuat lima pertunjukan udara iaitu penerbangan solo dan formasi berbeza-beza.

Turut serta pada acara ini ialah tim aerobatik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU) Jupiter Aerobatic Team (JAT) bersama lapan pesawat latihan jenis KAI KT-1 buatan Korea Selatan.

Keupayaan di udara

Sebagai persediaan beraksi di Langkawi, JAT giat berlatih di Pangkalan Udara (Lanud) Adisutjipto Yogyakarta akan mempersembahkan aksi-aksi manuver seperti jupiter roll, loop, xclover leap, mirror, tango to, dan jupiter roll back.

Pengurus Komunikasi Korporat HW Lima, Fairul Ramzi berkata, turut beraksi ialah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon milik RAF, Dassault Rafale (Tentera Udara Perancis), JAS Grippen (Tentera Udara Diraja Thailand) dan F/A-18F Super Hornet (Boeing).

Kata beliau, empat pesawat ini disebut-sebut berminat untuk merebut program menggantikan pesawat MiG-29N TUDM yang diumumkan Kementerian Pertahanan sebelum ini.

"Kecuali JAS Grippen, tiga pesawat yang lain telah pun digunakan dalam beberapa medan tempur berbeza. Eurofighter Typhoon dan Rafale semasa konflik Libya manakala F/A-18F pula di Iraq dan Afghanistan.

"Dua pesawat lain juga menunjukkan keupayaan di udara iaitu F-16 dan pesawat pengangkut strategik C-17 Globalmaster III milik Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF)," ujar beliau.


PASUKAN Aerobik Robatik Jupiter Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU) bakal beraksi pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2013.


Menurut beliau, sebanyak 52 pesawat tempur dan komersial pula akan dipamerkan seperti F-16D dan helikopter penggempur Apache kepunyaan Tentera Udara Republik Singapura dan pesawat pengangkut CN-295 dari PT Dirgantra, Indonesia.

Turut dipamerkan ialah pesawat radar amaran awal (AEW&C) E-71 Wedgetail dari Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), pesawat rondaan maritim P3C Orion dan pesawat pembekal minyak McDonnel Douglas KDC-10.

Fairul memberitahu, segmen maritim di jeti Awana Porto Malai pula menampilkan persembahan tatoo Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pertunjukan pasukan khas dan demontrasi udara serta bot-bot tempur.

"Sebanyak 62 kapalperang dan bot peronda termasuk 13 kapal perang tentera laut dari sembilan negara pula akan berlabuh di perairan Langkawi.

"Kunjungan kapal pembinasa Marshal Shaposhnikov dari Rusia yang pertama kali berlabuh di sini pasti menjadi tarikan," katanya ketika dihubungi.

Marshal Shaposhnikov pula dilengkapi persenjataan terkini seperti peluru berpandu antikapal selam SS-N-14, pelancar roket anti kapal selam RBU-6000, peluru berpandu antipesawat SA-N-9 dan dua laras meriam.

"Kapal kelas Udayov dari Armada Pasifik Rusia seberat 7,900 tan ini pernah terlibat dalam misi melawan lanun di perairan Somalia," ujarnya memberitahu bot khas disediakan bagi membawa pengunjung melawat ke kapal-kapal perang.

Perjanjian Persefahaman

Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) pula menghantar kapal pembinasa Aegis, USS Chung Hoon daripada kelas Aleigh Burke.

Kapal seberat 9,200 tan ini dinamakan sempena pegawai kanan pertama USN berbangsa Asia iaitu Laksamana Pertama Gordon Chung-Hoon yang berkhidmat semasa Perang Dunia Kedua.

USS Chung Hoon dilengkapi persenjataan, antaranya peluru berpandu BGM-109 Tomahawk, peluru berpandu antipesawat RIM-66 SM-2 dan torpedo antikapal selam Mk 46.

Lain-lain kapal tentera laut asing yang hadir ialah frigat RSS Steadfast dari Tentera Laut Republik Singapura (RSN), HMAS Parramatta dan HMAS Marryborough (Australia), INS Sahyadri (India) dan UMAS Bayintnaung (Myanmar).

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula menghantar 12 kapal perang termasuk KD Jebat, KD Terengganu, KD Laksamana Tun Abd. Jamil dan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman.

Pada LIMA '13, sebanyak 421 syarikat dari 29 buah negara termasuk Malaysia akan memeriahkan pameran tersebut berbanding 403 syarikat dua tahun lalu termasuk penyertaan 231 syarikat tempatan.

Kehebatan LIMA '13 dijangka menarik lebih 40,000 pelawat perdagangan dan lebih 120,000 pelawat awam sepanjang lima hari pameran itu berlangsung.

Difahamkan, sebanyak enam perjanjian persefahaman (MoU) yang melibatkan pembelian aset yang setiap satu bernilai antara RM20 juta hingga RM50 juta juga bakal ditandatangani.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Jovian cetus inspirasi coklat

Posted:

Jovian cetus inspirasi coklat

Jovian cetus inspirasi coklat

Oleh ALIF ABU BAKAR dan HAFIZ AHMAD

BUSANA anggun yang menggunakan 30 peratus coklat menjelaskan sisi kreatif Jovian menghasilkan karya avant garde.


SEPANJANG enam tahun berkecimpung dalam industri fesyen tempatan, Jovian Mandagie sering mencabar diri menghasilkan rekaan di luar pemikiran normal. Bagaimanapun, tidak pernah sekali terlintas dalam akalnya menghasilkan persalinan berasaskan coklat.

Apabila dihampiri pihak jenama aiskrim Magnum, Jovian pantas menyambar tugas tersebut. Beliau yakin kerjasama itu bakal memecahkan tradisi fesyen tempatan dan menjadi langkah baharu kepadanya secara peribadi.

"Bekerja dengan coklat sangat mengujakan. Saya mampu membentuk siluet yang mustahil diolah pada fabrik kerana ia dibentuk ketika cair. Saya turut bekerjasama dengan pakar coklat antarabangsa iaitu Chef Christophe Morel dibantu pakar pastri daripada Akademi Seni Pastri Malaysia.

"Namun saya tidak melekatkan coklat kepada fabrik. Bagi dua dres yang merangkumi 30 peratus coklat, hanya beberapa bahagian baju seperti reben dan lengkungan pada bahagian belakang dibuat daripada coklat.

"Bagi 10 busana yang 100 peratus menggunakan fabrik seperti les Perancis, satin duchess dan sutera sifon, saya tambahkan aksesori seperti anting-anting bersalut coklat," jelas Jovian ketika ditemui Stailo di butiknya yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.

Daripada keseluruhan 14 rekaan Jovian bagi Koleksi Magnum Chocolatier, hanya dua dibentuk menggunakan 100 peratus coklat Belgium asli. Difahamkan, sebanyak 250 kilogram coklat digunakan dengan memakan masa selama 300 jam bagi merealisasikan rekaan imaginasi Jovian tersebut.

KREDIBILITI Jovian sebagai pereka fesyen disegani terus unggul melalui penciptaan adibusana coklat istimewa bersempena pelancaran produk baharu Magnum.


Masih praktikal

Menurut Jovian, meskipun gabungan fesyen dan coklat mampu mencetuskan sesuatu yang seksi dan sensual, seseorang pereka masih perlu mempertimbangkan logik rekaannya. Kreativiti bukan tiket untuk mencorakkan rekaan rumit tersebut membentuk busana merapu tanpa mesej jelas.

Apa jua fabrik yang digunakan, sama ada kain atau bahan seperti coklat, pakaian yang dihasilkan perlu berpaksikan asas semua pakaian iaitu praktikal!

Inspirasi

"Saya banyak bermain dengan unsur magis, mistik dan misteri untuk koleksi Magnum ini. Ia bertepatan dengan rekaan berasaskan coklat yang sering dikaitkan dengan elemen fantasi.

"Aksesori bersalut coklat pula saya ilhamkan daripada tekstur koko. Begitu juga dengan pemilihan warna, saya padankan rona asli coklat bersama palet emas, ungu, champagne dan merah jambu pudar," jelas Jovian.

Ketika tirai hitam dilabuhkan di satu sudut ruang hotel, kelihatan dua patung lengkap digayakan dengan adibusana penuh dramatik. Tepukan gemuruh menggegarkan ruang legar dewan utama Hotel Westin Kuala Lumpur kerana kekaguman melihat kreativiti di luar jangkaan seorang pereka biasa.

Segala pujian menggunung yang diterima turut dikongsi bersama dengan para pekerja serta tenaga profesional yang bertungkus-lumus selama berbulan lama untuk menghasilkan karya agung itu.

"Rasa kesyukuran saya panjatkan kepada Ilahi kerana segala usaha dan penat lelah dapat direalisasikan dengan jayanya," kongsi Jovian usai acara pertunjukan fesyen.

Menceritakan kembali saat-saat di belakang pentas, Jovian menzahirkan rasa kelegaan kerana tiada sebarang masalah atau kesilapan yang berlaku terutama ketika menyarungkan busana coklat tersebut.

"Tidak ada sebarang kerosakan kepada busana kerana ia dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran tinggi dalam pembuatan coklat.

"Pakar tersebut telah diterbangkan khas dari Perancis bersama-sama tenaga kerja tempatan semasa proses pembuatan busana dan aksesori untuk koleksi istimewa ini," jelas Jovian.


SELEKSI 10 busana koleksi Magnum Chocolatier mengambil masa selama 300 jam untuk dihasilkan.


Profil gah Jovian

Nama Jovian sememangnya sudah sebaris dengan pereka ternama lain. Beliau terkenal dengan rekaan menggabungkan ciri-ciri nusantara yakni Malaysia dan Indonesia. Namun, graduan Universiti Limkokwing itu melonjakkan profilnya ke tahap lebih tinggi melalui ciptaan adibusana coklat bersama Magnum.

Bakat seni Jovian tidak terhad dalam dunia fesyen sahaja kerana anak kelahiran Indonesia dan membesar di Malaysia itu turut mempertaruhkan kehebatan sebagai pengacara program berbentuk persiapan perkahwinan, Mahligai Cinta yang kini telah memasuki musim ke lima.

Keindahan rekaan Jovian tidak terhad kepada busana ribuan ringgit kerana dia turut mengeluarkan koleksi mampu milik melalui kerjasama butik jualan pakaian secara dalam talian, Zalora dan gedung pakaian butik First Lady.

Koleksi muslimah pertama yang dikeluarkan pada perayaan Aidilfitri mendapat sambutan menggalakkan sehingga ke negara jiran seperti Singapura dan Brunei.

Pernyataan feminisme moden

Posted:

Pernyataan feminisme moden

Pernyataan feminisme moden

SERLAHKAN keyakinan dengan padanan skirt pensel dan corak abstrak.


WANITA yang mementingkan penampilan luaran saat melangkah keluar dari pintu rumah menjadi inspirasi kepada pereka prolifik negara, Datuk Bernard Chandaran untuk koleksi musim luruh/sejuk 2013.

Setiap aura keyakinan, feminin dan sofistikated bersatu membentuk perwatakan secara semula jadi. Keupayaan seseorang wanita mengolah gaya dari segi pilihan pakaian sehingga kepada menyuaipadan aksesori membantu menonjolkan penampilan menarik.

"Koleksi kali ini mengangkat kelompok wanita yang menghargai kecantikan mereka dan yang tahu bagaimana menunjukkan kejelitaan tersebut," ujar Bernard.

Jaket singkat menjadi antara item hangat untuk digayakan. Penggunaan stail signatur seperti reka bentuk kepompong yang diperbaharui turut mencerminkan kreativiti Bernard.

Variasi dres

Pilihan turut diluaskan kepada pakaian berupa skirt pendek paras lutut dan seluar tapered iaitu celana panjang yang dipakai sedikit tinggi daripada pinggang, mengembang seperti belon di paha dan meruncing di buku lali.

Variasi dres kali ini pula sesuai digayakan wanita berani yang mahukan penampilan seksi. Dres yang mendedahkan belakang tubuh dihasilkan dengan kolar berganda mengikut bentuk leher.

REKAAN dres terdedah di bahagian belakang.


Sesetengah busana bercetak Bernard sesuai digayakan wanita korporat. Mereka yang bergaya ke pejabat dalam persalinan itu pasti menangkap pandangan rakan sepejabat dengan mudah.

Bagi acara malam, sarungkan dres tiga rona yang menggabungkan jingga, biru dan hijau. Paduan warna dan material pakaian itu mencipta gaya elegan dan mewah kepada si pemakai.

Mereka yang sukakan rona gelap, kekalkan sisi misteri anda dengan persalinan serba hitam. Jaket yang boleh dipadankan dengan skirt atau seluar panjang tersebut akan memperlihatkan ketegasan anda yang tidak gentar terhadap sebarang cabaran.

Fabrik dengan cetakan istimewa menjadi antara material yang digunakan Bernard untuk koleksi musim ini. Ia turut merangkumi penggunaan sutera, sutera mikado, bulu, organza, lurex, renda dan potongan kulit.

Sementara itu, Bernard selesa memilih rona-rona ringkas seperti hitam, hijau, biru, merah dan emas.

Sumber alam untuk kecantikan

Posted:

Sumber alam untuk kecantikan

Sumber alam untuk kecantikan


BAHAN semula jadi seperti lidah buaya dan bunga mawar sentiasa menjadi kandungan utama dalam penghasilan produk kecantikan.


KEBAIKAN sumber alam semula jadi telah dipraktikkan dalam rejim kecantikan sejak turun temurun. Ia diperakui secara lisan melalui petua-petua orang terdahulu, malah kini manfaatnya dipertingkatkan dengan kecanggihan teknologi. Terdapat banyak produk kecantikan yang berada di pasaran menggunakan bahan semula jadi sebagai ramuan utama.

Salah satu sumber alam yang sering digunakan dalam produk kecantikan ialah daun lidah buaya. Ia mempunyai kepekatan nutrien yang tinggi selain lengkap dengan kandungan air, vitamin dan lebih 20 bahan mineral. Ia memberi manfaat berkesan dalam perawatan wajah.

Gel yang terdapat dalam lidah buaya sebagai contoh mampu menghilangkan jerawat di samping memutih, menghalus dan melembapkan kulit wajah.

Bagi mereka yang ingin merasai kebaikan lidah buaya, campurkan ekstrak tumbuhan tersebut bersama air mawar dan oleskan ke seluruh muka selama 10 hingga 20 minit. Anda dapat melihat hasilnya melalui amalan secara tetap iaitu seminggu sekali. Atau, jika mahukan ramuan yang lebih mudah gunakan produk Gel First Aid Beauty (FAB) Aloe + Soothing yang diperkaya dengan bahan lidah buaya. Ia juga dapat membantu kulit terbakar akibat sinaran mentari secara berterusan.

Antioksida

Khasiat yang terdapat dalam daun teh melangkaui kesihatan tubuh. Kebaikan meminum teh boleh membantu kesegaran kulit wajah kerana mempunyai antioksidan yang tinggi. Selain itu, teh hitam mampu menangani masalah sakit jantung, barah dan melambatkan proses penuaan.

Sementara itu, campuran teh hitam yang telah dihancurkan bersama krim pelembap boleh dijadikan pupur dengan menyapu rata ke seluruh kulit wajah. Amalan itu menjadikan kulit mulus kerana kandungan antioksida dan vitamin E membantu menanggalkan sel kulit mati. Mineral yang meresap ke dalam kulit akan melancarkan perjalanan darah dan memberi kesan kepada kulit sihat dan berseri.

Manfaat campuran teh itu diperakui label Fresh yang memasarkannya menjadi produk Black Tea Instant Perfecting Mask yang memberi kebaikan kepada kulit wajah. Ia turut mempunyai campuran ekstrak biji buah laici yang meningkatkan kolagen wajah.


ANTIOKSIDAN yang terdapat dalam teh hitam membantu mengekalkan kesegaran wajah.


Selain itu, air mawar yang diambil daripada kelopak-kelopak bunga ros sering dijadikan bahan pelembap kepada kulit wajah. Kebaikan bunga itu telah digunakan sejak kurun ke-10 melalui penjualan sulingan air mawar sebagai bahan dagangan orang Parsi.

Selain itu, ia mempunyai sifat antiradang yang merawat iritasi kulit. Air mawar memiliki efek penenang yang boleh mengubati masalah stres, ketegangan saraf dan penyakit jantung. Produk Fresh memperkenalkan pencuci wajah menggunakan bunga mawar iaitu Rose Cleasing Foam yang mampu melembapkan wajah selama enam jam. Formula bebas sabun ini menggunakan air mawar asli untuk menghasilkan kompleksi kulit yang segar.

Tanpa disedari, gula perang sangat berguna kepada kulit terutamanya sebagai bahan pelulur. Ia kaya dengan vitamin B yang mampu merawat dan melindungi kulit daripada cahaya matahari dan masalah pencemaran lain. Ia bukan sahaja menjadi bahan pelembap malah mengekalkan tahap kelembutan kulit.

Jika ingin mencuba rawatan lulur di rumah, ambil tiga sudu gula perang dan sedikit minyak zaitun sehingga menjadi satu sebatian. Ratakan ke seluruh badan dan wajah selama 10 hingga 15 minit. Gosokan semasa proses pembersihan dapat mengecilkan pori-pori yang memerangkap minyak dan kotoran.

Basuh badan dengan air suam dan sapukan krim pelembap untuk mengembalikan kesegaran kulit. Mahukan kesan yang lebih baik, dapatkan produk Sugar Crush Body Scrub yang mengandungi ramuan limau, minyak kacang badam dan bijiran macadamia.

Kesemua produk boleh dibeli di butik-butik Sephora di seluruh negara. - HAFIZ AHMAD

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Ezad Lazim bakal tamatkan zaman bujang 30 Mei depan

Posted:

Ezad Lazim bakal tamatkan zaman bujang 30 Mei depan

Ezad Lazim bakal tamatkan zaman bujang 30 Mei depan

25/03/2013 8:12pm

KUALA LUMPUR - Bekas vokalis kumpulan Exist yang kini bergerak solo, Ezad Lazim bakal menamatkan zaman bujangnya pada 30 Mei ini.

Ezad, 34, akan menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan keluarganya bernama Nor Azeana Ramli, 34, di Kedah.

Tahun lalu, Ezad yang juga seorang pelakon telah bertunang dengan pembantu peribadinya, Asliza Abdullah tetapi hanya bertahan sekitar lima bulan sebelum ikatan pertunangan itu putus. - KOSMO!

Posted:

<i>Suami Aku Ustaz</i> gabungkan semula Adi dan Nora

Suami Aku Ustaz gabungkan semula Adi dan Nora

25/03/2013 8:11pm

MELAKA - Pelakon terkenal Adi Putra dan Nora Danish akan kembali berlakon bersama menerusi filem berunsur Islamik kontemporari, Suami Aku Ustaz yang akan memulakan pengambarannya pada 20 April selama 25 hari di sekitar negeri Melaka.

Adi yang mengarahkan filem adaptasi novel tulisan Hannah Dhaniyah itu bersama Ghaz Abu Bakar menjelaskan, mereka berdua tidak bimbang dengan dengan kontroversi yang mungkin timbul dengan gabungan itu.

Ini kerana, Adi menjelaskan bahawa, mereka cuma melaksanakan tugas sebagai pelakon dan tidak mencampur adukkan dengan hal peribadi.

Filem tersebut akan diterbitkan oleh syarikat produksi milik Adi sendiri, Nur ADP Sdn. Bhd. - KOSMO!

Kerja mengorek terowong MRT Lembah Klang bermula Mei 2013

Posted:

Kerja mengorek terowong MRT Lembah Klang bermula Mei 2013

Kerja mengorek terowong MRT Lembah Klang bermula Mei 2013

25/03/2013 8:01pm

KUALA LUMPUR 25/3 - Kerja-kerja mengorek terowong bagi pembinaan laluan bawah tanah projek Mass Rapid Transit (MRT) Lembah Klang dijadualkan akan bermula pada Mei depan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, ker ja-kerja mengorek tersebut melibatkan dua lokasi permulaan iaitu di Jalan Cochrane, Cheras dan Portal Semantan di Jalan Duta. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pemimpin Al-Qaeda terbunuh di Mali

Posted:

Pemimpin Al-Qaeda terbunuh di Mali

Pemimpin Al-Qaeda terbunuh di Mali

ABOU ZEID disifatkan sebagai seorang pemimpin Al-Qaeda yang radikal.


PARIS - Perancis pada Sabtu mengesahkan bahawa seorang ketua pengganas Al-Qaeda daripada kumpulan Islamic Maghreb (AQIM), Abdelhamid Abou Zeid telah terbunuh dalam satu pertempuran di utara Mali.

Abou Zeid disifatkan sebagai salah seorang pemimpin Al-Qaeda Afrika paling radikal. Pemimpin berusia 46 tahun itu dikatakan bertanggungjawab meluaskan operasi penculikan ke Tunisia, Niger dan rantau Afrika.

Presiden Perancis, Francois Hollande mengesahkan kematian Abou Zeid dalam pertempuran yang berlaku di kawasan pergunungan Ifoghas.

"Kematian seorang pemimpin utama AQIM merupakan satu pencapaian penting dalam perang menentang keganasan di Sahel," kata Hollande dalam satu kenyataan.

Penasihat presiden sementara Mali, Dioncounda Traore menyatakan pengumuman itu sebagai satu berita gembira dan memberi tamparan hebat kepada kumpulan pengganas. - AFP

Malacanang pertahankan dasar luar Filipina

Posted:

Malacanang pertahankan dasar luar Filipina

Malacanang pertahankan dasar luar Filipina

MANILA, Filipina - Istana Malacanang bertindak mempertahankan dasar luar pentadbiran Presiden Filipina, Benigno Aquino III apabila ramai pihak mengkritik cara beliau menangani isu Sabah, lapor akhbar dalam talian Tempo.

Timbalan jurucakap kepada Presiden, Abigail Valte berkata, Aquino sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat negara ini yang tinggal dan bekerja di luar negara ketika berlaku krisis di negara tersebut.

"Sudah tentu kita tidak bersetuju yang kita gagal untuk membuat yang terbaik dari segi polisi luar," kata Valte.

"Apa yang Presiden utamakan dalam dasar luar kita merupakan kepentingan negara ini."

Sementara itu, Valte berkata, keluarga pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III perlu menjelaskan kedudukannya selepas laporan lapan yang dituduh di Malaysia sebagai pengganas.

Keluarga Jamalul Kiram mendakwa kesemua lapan tertuduh merupakan warga Malaysia dan bukan Filipina.

Valte berkata, ia amat mengelirukan kerana pada mulanya Jamalul Kiram mempertahankan semua tertuduh.

Beliau berkata, apa jua pun pendirian Jamalul Kiram, pihak pemerintah akan menyediakan bantuan kepada semua tertuduh.

"Kami telah diberi akses kepada lapan individu itu dan akan mengambil langkah perlu untuk membantu mereka," kata Valte.

Manakala dalam satu wawancara dengan stesen radio dzRB, Valte berkata, bantuan guaman turut akan diberikan kepada jeneral pengganas Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram yang ditangkap kelmarin.

Para pengikut Jamalul Kiram sebelum ini menceroboh Lahad Datu, Sabah untuk menuntut tanah nenek moyang Kesultanan Sulu pada 12 Februari lalu.

Pertempuran kemudian berlaku melibatkan para pengikut itu dengan anggota-anggota keselamatan Malaysia yang melibatkan sejumlah kematian. - Agensi

Jawab soalan tentang Yahudi dari dalam kotak kaca

Posted:

Jawab soalan tentang Yahudi dari dalam kotak kaca

Jawab soalan tentang Yahudi dari dalam kotak kaca


Para pengunjung Muzium Yahudi kelihatan sedang bertanya soalan kepada Israeli Ido Porat yang duduk di dalam kotak kaca di Berlin.- AP


BERLIN - Seorang individu berbangsa Yahudi akan duduk di dalam sebuah kotak kaca setiap hari bermula 22 Mac sehingga 1 September depan selama dua jam untuk menjawab setiap persoalan mengenai bangsa Yahudi pada satu pameran di Muzium Yahudi di sini.

Israeli Ido Porat merupakan individu pertama yang akan bertindak selaku 'Yahudi di dalam kotak kaca' pada hari pertama pameran The Whole Truth Ö everything you always wanted to know about Jews.

Pameran itu menerangkan tentang bangsa Yahudi dan perkara-perkara berkaitan bangsa tersebut.

Sesi soal jawab itu akan berlangsung pada pukul 2 sehingga 4 petang waktu tempatan setiap hari sepanjang pameran berlangsung.

Pelawat yang berkunjung ke muzium tersebut turut berpeluang melihat pelbagai jenis topi bagi membolehkan mereka mengenali orang Yahudi.

Pada hari pertama, pameran Israeli Ido Porat dipenuhi pengunjung yang mahu bertanyakan pelbagai soalan mengenai bangsa Yahudi. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Natasha sedia dikritik

Posted:

Natasha sedia dikritik

Natasha sedia dikritik

FIGURA jelita ini nekad melakonkan karakter Amanda dalam filem Langgar kerana baginya karakter itu tidak klise.


LANGGAR, sebuah lagi filem aksi yang bakal menyajikan kualiti lakonan aktor kelahiran Singapura, Adi Putra di samping barisan aktor tempatan berbakat besar antaranya Nam Ron, Hans Isaac, Khir Rahman, Zul Huzaimy dan Natasha Hudson.

Terselit antara pelakon-pelakon lelaki dalam sebuah filem yang menuntut banyak aksi atau babak intim, Natasha juga tidak terkecuali.

Menerusi tayangan awal sedutan 10 minit daripada filem Langgar yang bakal memasuki pawagam seluruh negara menjelang 11 April nanti, salah satu babaknya melibatkan aksi Natasha bersama Nam Ron yang diraba, dipegang dan dipukul di dalam sebuah kelab malam.

Hadir sama ketika sesi tayangan dan pelancaran filem itu di Restoran Carne y Vino, Radius International Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini, Natasha sekadar tersenyum menyaksikan babak terbabit.

Kata Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 31, dia tidak malu untuk menyaksikan lakonannya sedemikian dan perlu profesional terhadap kerjayanya.

"Ramai orang mengetahui perjalanan karier saya dan saya seorang yang profesional dalam menangani situasi begini. Insya-Allah peminat akan memahami keadaan dan kerja saya.

NATASHA HUDSON dan Adi Putra merupakan dua pelakon watak penting dalam filem Langgar.


"Saya tidak mahu perkara seperti ini menjejaskan kerja saya kerana penggambaran filem ini berlaku sebelum saya berhijrah. Ini sebahagian daripada kehidupan saya sebelum ini.

"Babak itu agak kasar sebenarnya tapi saya tegaskan tiada elemen seksual pun cuma terdapat beberapa unsur ganas. Saya sedia menerima kritikan dan saya telah meletakkan sepenuh usaha saya untuk menjayakan watak itu, sudah pasti saya pun mahu menyaksikan kualiti lakonan saya," ujarnya yang baru pertama kali menyaksikan babak tersebut pada sesi tayangan tersebut.

Gadis liar

Natasha menjayakan watak Amanda, seorang bekas penagih dadah dan gadis yang dijumpai oleh Radzi (Nam Ron) kemudian dia dipaksa terlibat dengan bisnes haram sebelum bertemu dengan Nizam (Adi Putra) yang cuba menyelamatkannya.

Memilih untuk menerima tawaran berlakon filem Langgar, kata Natasha, dia sendiri mahu menguji keupayaan membawakan karakter yang tidak klise berbanding sebelum ini.

"Banyak misteri dalam cerita ini sebenarnya dan saya seronok berlakon bersama Nam Ron biarpun baru kali pertama.

"Saya menerima tawaran filem ini kerana watak Amanda. Ini merupakan penglibatan pertama saya dalam filem aksi yang mempunyai jalan cerita yang menarik dan watak tidak klise," ujarnya.

ANAK kesayangan Natasha, Neesa Helena turut menemani ibunya pada majlis sidang akhbar filem Langgar di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Melihatkan kesungguhan dan kelainan watak Amanda lakonan Natasha, pelakon filem Chermin itu mengakui dia membenarkan Nam Ron benar-benar memukulnya.

"Pukul tipu tidak akan memberikan mood yang sebenar dan saya meminta supaya Nam Ron memukul saya betul-betul.

"Sampaikan meninggalkan kesan lebam pada bahagian dahi dan muka kerana terkena cincin yang dipakainya. Tapi saya seronok kerana aksi betul-betul dipukul itu menyalurkan perasaan untuk memberikan yang terbaik," jelas pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu.

Langgar mengisahkan Nizam yang ingin menuntut bela atas kematian isteri dan anaknya akibat dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan gengster.

Akhirnya, seorang demi seorang dibunuh oleh Nizam dengan bantuan Radzi demi mencari pembunuh keluarganya. Dalam masa sama Nizam secara tidak langsung terbabit dengan bisnes kelab malam, dadah dan pinjaman tanpa lesen yang diuruskan oleh Radzi.

Suami memahami

Ditanya mengenai respons suaminya apabila menyaksikan filem tersebut kelak, jawab Natasha suaminya yang merupakan seorang penyanyi hip hop, Carleed Khaza memahami situasi berkenaan dan tanggungjawab Natasha.

"Dia (Carleed) sangat memahami dan kami memahami kerja masing-masing. Susahlah kalau tiada persefahaman dan kami tiada kuasa untuk menghentikan apa-apa contohnya penayangan filem ini.

"Saya tidak takut untuk berdepan dengan kemungkinan selepas ini kerana hati saya tahu apa yang saya rasa. Tapi saya melihat situasi ini dalam perspektif berbeza dan meletakkan diri sebagai seorang pelakon yang ghairah terhadap kerjaya saya," katanya yang tidak akan berlakon babak sedemikian selepas ini.

Didie jadi Lady Didie

Posted:

Didie jadi Lady Didie

Didie jadi Lady Didie

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

DIDIE kini mengorak langkah menjadi penyanyi.


SEBELUM ini pelakon, pelawak dan pengacara Didie Alias cukup dikenali ramai sebagai Lady Gaga Malaysia, lantaran imej pelik yang sering ditampilkannya ketika menghadiri sebarang acara hiburan.

Biarpun ada yang cuba mempertikaikan imej selebriti yang sudah menjangkau usia 39 tahun itu, namun ia bukanlah penghalang buat Didie untuk terus mengekalkan penampilan sedemikian.

Baru-baru ini, selebriti yang mula dikenali ketika membintangi filem Kanta Serigala di samping aktor berwibawa, Faizal Hussein pada tahun 1991 itu melangkah setapak lagi apabila mula berkecimpung dalam dunia nyanyian pula.

Ketika ditemui semasa majlis pelancaran single pertamanya berjudul Ping! dengan kolaborasi bersama kumpulan Max 24:7 di Medan Ikan Bakar Indah, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, Didie mendedahkan impiannya untuk menjadi seorang artis yang serba boleh.

Kosmo!: Boleh ceritakan sedikit tentang pembabitan Didie dalam nyanyian?

DIDIE: Ia merupakan satu bidang yang baharu untuk saya cuba ceburi, tetapi saya bukanlah mahu serius menyanyi sehingga mahu bertanding dalam Anugerah Juara Lagu kerana ia lebih kepada suka-suka.

Bagaimanakah pula Didie boleh berkolaborasi dengan kumpulan Max 24:7 menerusi lagu Ping! ini?

Sebenarnya saya sudah lama mengenali ahli kumpulan ini dan saya nampak bakat yang ada pada mereka. Jadi, saya merasakan agak rugi sekiranya bakat mereka tidak diketengahkan setelah menghadapi masalah dengan pihak pengurusan lama.

Mengenai lagu Ping! pula liriknya dihasilkan saya sendiri dan idea timbul setelah melihat semakin ramai orang yang menggunakan telefon bimbit. Genre lagu ini lebih menjurus kepada elemen dance music dan saya kini mahu dikenali sebagai Lady Didie.


KUMPULAN Max 24:7 berkolaborasi dengan Didie menerusi single berjudul, Ping!.


Apakah komen Didie apabila dikaitkan dengan konflik yang timbul antara kumpulan Max 24:7 dengan pihak pengurusan lama mereka iaitu Aesar Mustafa Studio?

Saya ingin tegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh kumpulan itu untuk keluar daripada Aesar Mustafa Studio dan menubuhkan syarikat pengurusan baharu iaitu Max Twenty Four Seven Events merupakan keputusan yang mereka buat sendiri.

Sebelum ini, mereka sudah banyak kali meluahkan kepada saya dengan menyatakan, mereka seolah-olah diabaikan apabila pihak pengurusan seperti mahu lepas tangan dan tidak bersungguh-sungguh untuk mengembangkan karier nyanyian mereka.

Setelah menceburkan diri dalam nyanyian, apakah lagi yang ingin Didie capai dalam dunia seni?

Sudah tentu saya ingin menjadi seorang artis serba boleh yang jarang dilakukan oleh artis lain seperti bergelar seorang pelakon, penyanyi, pengacara, pelawak dan penari. Pada masa yang sama, saya sangat berharap agar mempunyai rancangan bual bicara sendiri yang diberi nama Lady Didie In The House. Seboleh-bolehnya saya mahu jadi terkenal seperti Oprah Winfrey dalam bidang pengacaraan.

Apakah projek terbaharu Didie pada masa terdekat ini?

Pada hujung bulan Mac ini saya akan menjalani penggambaran sebuah drama bersiri bersama Randy Pangalila. Selain itu, saya lebih banyak menumpukan kepada tawaran menjadi pengacara sesebuah majlis.

Kembara fantasi M. Nasir

Posted:

Kembara fantasi M. Nasir

Kembara fantasi M. Nasir

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


M. NASIR bersama Bombay (dua dari kanan), Mohamed Juhari (tiga dari kiri) dan barisan penaja Konsert M. Nasir Sang Pencinta yang dijadualkan berlangsung di Istana Budaya dari 7 hingga 9 Jun ini.


BUKAN sekali, namun dua kali karyawan seni berwibawa Datuk M. Nasir diberi kepercayaan mengadakan konsert di pentas berprestij Istana Budaya.

Kali terakhir komposer, penulis lirik, penyanyi dan pelakon terkenal ini mengadakan konsert di Istana Budaya adalah empat tahun lalu yang diberi nama Konsert Alam Muzik.

Kali ini, dengan sambutan yang menggalakkan terhadap konsertnya yang lepas, M. Nasir kembali dengan konsert solo baharu pada tahun 2013 yang dikenali sebagai M. Nasir Sang Pencinta.

Konsert yang bakal diadakan selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Jun ini di Panggung Sari dibawakan oleh Bombay Worldwide.

Ia juga mendapat kerjasama dan sokongan Red On Black, Belbis dan pihak Istana Budaya sendiri.

Apa yang menariknya, tidak seperti konsert solonya yang lain, M. Nasir bakal menampilkan kelainan dengan dijadualkan membawa penonton konsert itu nanti ke alam maya M. Nasir yang menyentuh jiwa.

"Konsert M. Nasir kali ini akan digabungkan dengan elemen fantasi yang mana kami akan membawa peminat mengembara bersama M. Nasir selama beberapa dekad dia bergelar penyanyi.

"Ia juga akan menjadi seperti semi-muzikal yang mana kami akan gunakan elemen visual dan audio untuk menyelam dan menjiwai karya M. Nasir yang akan dipersembahkan olehnya kelak," ujar peneraju Bombay Worldwide , Zamberi Shaari pada sidang akhbar di Restoran Istana Bambu, Jalan Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.

Sidang akhbar tersebut turut dihadiri Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

Selain itu, kumpulan muzik yang mengiringi konsert M. Nasir kelak ialah gabungan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK), kumpulan muzik gamelan dari Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dengan Aznan Alias sebagai pengarah muzik.

Tutur M. Nasir pula, pada konsert kali ini, dia akan membuat persembahan solo sepenuhnya dan tidak turut menampilkan artis lain atau kumpulan yang dianggotainya suatu ketika dahulu iaitu Kembara.

"Konsert kali ini sememangnya akan membawa kelainan dan serta pembaharuan di mana saya boleh katakan ia sangat berbaloi untuk ditonton. Tentang lagu pula, saya akan gabungkan lagu lama dan baharu.

"Lagu-lagu yang dipilih juga akan mempunyai elemen pengembaraan," jelas M. Nasir yang turut akan berlakon dalam persembahannya kelak.

Tambahnya, dia memilih judul pencinta kerana mahu orang faham dengan apa yang dipaparkan. Ia juga lebih kepada kerohanian tentang diri manusia.

Sebanyak lebih 20 buah lagu yang bakal didendangkan oleh komposer, penulis lirik dan penyanyi terkenal ini yang dianggarkan berdurasi selama lebih dua jam.

Dengan itu, M. Nasir sendiri berharap akan dapat memberi ilmu kepada golongan muda mudi yang hadir menonton konsert ini kerana katanya ia merupakan pengalaman yang tidak akan didapati di tempat lain.

Justeru, bagi peminat M. Nasir yang ingin mendapatkan tiket untuk menyaksikan persembahan Sang Pencinta, boleh layari laman www.ticket2u.biz atau hubungi ticket2u di talian 03- 4147 8600. Tiket-tiket dijual pada harga bermula RM65 hingga RM455.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved