Sabtu, 23 Mac 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Lebih enak, tidak berminyak

Posted:

Lebih enak, tidak berminyak

Lebih enak, tidak berminyak

IMEJ negara Yemen sering tercalar kerana insiden penculikan warga asing serta serangan pengganas yang melibatkan kehilangan nyawa.

Rentetan peristiwa tersebut seakan-akan menyembunyikan ciri -ciri sebenar negara benua Asia Barat itu yang sarat dengan cerita penting sebelum dan selepas kedatangan Islam.

Ironi, Yemen terkenal dengan ketamadunan Islam yang berdiri dalam kelas tersendiri.

Semua pasti mengetahui kisah tentera Abrahah pimpinan Gabenor Yemen, yang ingin menghancurkan Mekah.

Abrahah berharap dengan hancurnya Kaabah, maka orang Arab akan beribadat di gereja yang telah dibinanya di Yemen.

Penduduk Mekah sendiri, apabila mengetahui rancangan Abrahah tersebut tidak memberikan tentangan kerana sedar kekuatan pasukan musuh.

Namun sebelum semua itu terjadi, Allah SWT menunjukkan kekuasaan-Nya dengan menghancurkan pasukan tentera bergajah dengan burung Ababil.

Peristiwa ini dijelaskan di dalam al-Quran yang terdapat dalam surah al-Fil.

Umat Islam pasti menjadikan pemuda yang merupakan golongan pertama yang masuk Islam iaitu Muadz bin Jabal sebagai idola.

Beliau bersama Rasulullah SAW menerima bai'at daripada kabilah Aus dan Khazraj dalam Perjanjian Aqabah kedua.

Muadz telah dilantik menjadi pemimpin masyarakat Yemen sewaktu umurnya belum mencecah 20 tahun.

Tidak lupa, kisah Ratu Balqis dan rakyatnya yang hidup pada era Nabi Sulaiman. Ratu Balqis ialah pemerintah kerajaan Saba' yang terkenal di Yemen.

Ratu Balqis seorang tokoh pemerintah yang bijaksana dan pintar namun menyembah matahari.

Namun, akhirnya beliau beriman kepada Allah hasil dakwah Nabi Sulaiman.

Warisan dunia

Sebenarnya, pada tahun 1986, Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), mengisytiharkan keseluruhan ibu kota Yemen iaitu Sanaa sebagai Tapak Warisan Dunia.


NASI mandi daging kambing di Restoran El Edrus dijual pada harga RM17 sehidangan.


Ini sekali gus memastikan rumah-rumah dan pasar-pasar purba yang ada di sana terpulihara.

Tarikan tersendiri negara itu ialah nasi mandi.

Bukan sahaja enak, cara memasaknya juga berbeza iaitu menggunakan dapur bawah tanah.

Bagaimanapun, anda tidak perlu ke Yemen untuk menikmati makanan istimewa ini kerana terdapat restoran yang menyediakannya di Malaysia.

Menurut pemilik Restoran Al Edrus, Sayed Amir Muzakkir Al-Aydrus, dapur bawah tanah merupakan kemestian bagi rakyat Yemen untuk memasak nasi mandi.

Ini kerana nasi yang dimasak menggunakan dapur sebegitu bersifat kering, tidak berminyak selain cepat kenyang apabila dimakan.

"Ayam dan daging kambing lebih lembut malah daging kambing tidak berbau hanyir dan boleh diracik seperti ayam yang direbus," cerita Sayed Amir yang keluarga mempunyai darah Yemen dan menetap di Terengganu.

Kawasan gurun

Restoran Al Edrus mempunyai beberapa cawangan termasuk di Sungai Buloh dan Taman Melawati di Selangor serta Kuantan, Pahang.

Mengikut penduduk lama Yemen, nasi mandi didakwa mendapat namanya kerana jus daging ayam dan kambing yang direbus di dalam periuk bertingkat melimpah masuk ke dalam periuk nasi yang terletak di bawahnya.

Ia menyebabkan nasi itu seakan-akan berair semasa dimasak. Namun, nasi tersebut ditoskan terlebih dulu sebelum dihidangkan.

Terang Sayed Amir, 30, dahulu rakyat Yemen memasak nasi mandi menggunakan dapur bawah tanah di kawasan gurun.

"Cuma pada zaman moden ini mereka mengorek tanah rumah atau restoran untuk dijadikan dapur tradisional," katanya.

Dapur bawah tanah yang sekali pandang seperti sebuah telaga itu terdapat di semua Restoran Al Edrus. Menurut Sayed Amir, ada beberapa petua yang perlu dipatuhi semasa hendak membuat dapur telaga itu.

Katanya, tanah yang akan dikorek seharusnya tidak mempunyai sumber air bawah tanah.

"Tanah kasar yang dipilih perlu dikorek menggunakan cangkul sekurang-kurangnya sedalam 1.5 meter dengan diameter 1 meter.

"Lantai dan dinding lubang itu disimen. Selepas itu, lubang itu diisi dengan arang.

"Sebaik-baiknya lubang tadi jangan terlalu hampir dengan dapur dan ruang makan kerana ia mengeluarkan haba yang panas," beritahu beliau.

Malah, sebaik sahaja selesai digunakan, lubang itu ditutup sebagai langkah keselamatan dan bagi menjamin kebersihannya.

Jelas Sayed Amir, kaedah memasak menggunakan dapur itu juga mudah. Gas memasak akan disalurkan ke bahagian bawah dapar yang menempatkan arang menggunakan saluran paip yang diubah suai.

"Gas itu dihidupkan dengan kertas sehingga semua arang bernyala. Selepas bekalan gas dihentikan, barulah makanan berkaitan dimasak menggunakan api arang sepenuhnya," kata beliau.


DAPUR bawah tanah perlu digali sedalam 1.5 meter.


Sayed Amir berkata, nasi mandi dimasak di dalam periuk bertingkat di bahagian paling bawah.

"Bekas berisi daging ayam dan kambing terletak di bahagian atas dengan proses memasaknya mengambil masa dua jam," katanya.

Menurut seorang pengurus restorannya, Mohammad Helmy Abdul Moik, nasi itu mampu bertahan selama lima hari sekiranya dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Kalau disimpan di luar ia boleh bertahan selama dua hari.

"Nasi mandi kini kian digemari rakyat negara ini termasuk kaum Cina dan India.

"Sebagai contoh cawangan Restoran Al Edrus di Kuantan sering dipenuhi orang Cina," katanya.

Kru Jurnal berpeluang merasai nasi mandi restoran tersebut.

Ternyata apa yang dikatakan Sayed Amir benar. Nasi mandi yang dimasak menggunakan arang rasanya lebih enak berbanding nasi yang dimasak dengan dapur gas.

Ia tidak berminyak dan melekit. Daging kambingnya pula lembut dan tidak berbau.

Selain itu, terdapat tarikan tersendiri di restoran ini iaitu kuahnya seperti sambal belacan yang terasa kepedasannya.

Motivasi perlu berterusan

Posted:

Motivasi perlu berterusan

Motivasi perlu berterusan

Oleh AQMA MOHD. NOOR
aqma.mohdnoor@kosmo.com.my


MOTIVASI tidak terhasil sekadar mengikuti program motivasi tetapi setiap individu perlu terus merubah diri. - Gambar hiasan


PANTANG ada cuti, pasti program motivasi menghiasi kalendar pelajar sekolah terutama untuk adik-adik yang akan menduduki peperiksaan tahun ini.

Menyertai program motivasi yang muncul bagai cendawan tumbuh lepas hujan itu bukanlah sekadar RM50 tetapi ada kursus yang didakwa profesional mengenakan bayaran sehingga RM2,000 untuk satu sesi.

Ada juga kedengaran ibu bapa dan peserta yang berhabis duit menyertai program berkenaan merungut kononnya sudah 'terkena.'

Seorang wakil syarikat perunding motivasi HBJ Warisan yang mahu dikenali sebagai Nasri berkata, program motivasi direka untuk memberi kesedaran kepada golongan pelajar agar mereka mengetahui matlamat hidup masing-masing dengan lebih jelas.

"Kita ajar peserta menghormati kedua-dua ibu bapa. Untuk pelajar di ambang peperiksaan, motivasi lebih kepada memberikan semangat kepada mereka untuk maju dalam bidang pelajaran.

"Program motivasi untuk pelajar biasanya ditekankan dari sudut agama seperti kepentingan solat dan aurat selain membantu menanamkan semangat dalam diri pelajar itu sendiri tentang tugas mereka sebagai anak dan pelajar.

PELAJAR akan lebih yakin diri selepas mengikuti program motivasi. - Gambar hiasan


"Ada yang menyertai program motivasi ini terdiri daripada pelajar golongan berada tetapi jiwa mereka kosong, ada pula datang daripada keluarga susah tetapi bahagia. Tidak semua pelajar yang menyertai program motivasi terdiri daripada pelajar yang bermasalah," ujarnya ketika dihubungi.

Tambah Nasri, program motivasi boleh membentuk diri pelajar melalui kaedah yang digunakan secara perseorangan mahu pun dalam bentuk kumpulan kecil.

"Kaedah yang digunakan lebih kepada konsep kasih sayang bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab yang perlu digalas.

"Antaranya ialah sesi perkenalan, pengucapan awam, aktiviti riadah, ceramah, latihan dalam kumpulan, bengkel dan aktiviti bermuhasabah diri.

"Kebanyakan program diterapkan melalui pendekatan kasih sayang antara peserta dan fasilitator bagi mengurangkan jurang antara mereka," jelasnya.

Kadar bayaran yang dikenakan kepada seorang pelajar itu merangkumi keseluruhan kemudahan yang disediakan selama program motivasi itu berlangsung, jelas Nasri.

"Kadar bayaran ditentukan mengikut jenis program motivasi yang dianjurkan.

"Keberkesanan program motivasi yang selalunya diadakan selama tiga hari dua malam ini boleh dicapai sekiranya ibu bapa memainkan peranan mereka.

"Persoalan ini semua kembali kepada peranan keluarga itu sendiri kerana jika dilihat mentaliti kebanyakan ibu bapa sememangnya mengharapkan anak mereka berubah sebaik pulang daripada program motivasi perlu diubah," beritahu beliau.

PROGRAM motivasi kini sering diadakan walaupun bukan semasa cuti persekolahan. - Gambar hiasan


Tambahnya, kebanyakan masalah yang dihadapi pelajar-pelajar ini ialah sikap malas belajar, tidak mahu mendengar cakap ibu bapa dan terpengaruh dengan rakan sebaya.

"Anak lebih cenderung mendengar nasihat daripada pihak ketiga kerana mereka seakan-akan menerima semangat baharu apabila bertemu dengan rakan baharu selain suasana yang baharu.

"Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan dalam menyambung kembali tugas fasilitator di rumah bagi memastikan keberkesanan melalui program motivasi itu," kata Nasri.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Dr. Zainal Madon memberitahu, motivasi bermaksud memusatkan matlamat yang ingin dicapai agar tingkah laku sering objektif.

"Proses perkembangan dan pembangunan manusia berlaku secara berterusan baik dari segi pemikiran, emosi dan sahsiah diri.

"Ia boleh menjadi pemangkin dalam menggerakkan motivasi diri seseorang dan proses ini memerlukan tindakan susulan yang teratur dalam memperbaiki diri.

"Seperti program motivasi pelajar ini, selepas program itu tamat ibu bapa dan pihak sekolah perlu melakukan tindakan susulan yang boleh menjadi pencetus kepada perubahan perkembangan diri seseorang," ujarnya.

Tambahnya, selalunya golongan pelajar ini akan mencari sokongan terdiri daripada rakan sebaya yang dapat memahami mereka.

"Kewujudan suasana harmoni, kondusif dan bersikap terbuka yang ditunjukkan oleh keluarga dapat membantu seorang remaja itu berkongsi masalahnya dengan lebih selesa," beritahu beliau.

Wanita lima suami

Posted:

Wanita lima suami

Wanita lima suami


LIMA lelaki ini berkongsi isteri yang sama.


JIKA di kebanyakan tempat, kita sering mendengar kisah lelaki beristeri lebih daripada seorang tetapi di India lain pula kisahnya.

Seorang wanita, Rajo Verma, 21, yang menetap di sebuah perkampungan di wilayah utara India mengahwini lima lelaki dan kesemua lelaki itu merupakan adik-beradik.

Akibat bersuamikan lima lelaki itu, Rajo yang kini sudah memiliki seorang anak terpaksa melayan suami yang berbeza pada setiap malam.

Situasi ini, bagi sebahagian besar daripada kita mungkin sangat aneh dan tidak masuk akal tetapi itu adalah tradisi di perkampungan Dehradun, di negeri Uttarakhand. Tradisi itu membolehkan seorang wanita mengahwini saudara lelaki daripada suami pertama mereka.


RAJO akan tidur bersama suami yang berlainan pada setiap malam.


"Pada mulanya terasa aneh tetapi saya menyayangi semuanya kerana mereka suami saya.

Rajo dan suami pertamanya, Guddu, berkahwin mengikut tradisi Hindu kira-kira empat tahun lalu dan dia kemudiannya berkahwin pula dengan Baiju,32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh, 19.

Dalam tradisi Hindu kuno, wanita bersuami ramai secara serentak atau poliandri pernah dipraktikkan secara umum di India namun, kini amalan tradisi itu sudah semakin pupus.

Situasi seperti ini biasanya terjadi di kawasan yang majoritinya lelaki. Dalam tradisi itu, seorang wanita diharapkan berkahwin dengan semua saudara kandung si suami.

Tradisi ini yang muncul daripada epik popular Mahabharata itu mengisahkan Puteri Mahabharata iaitu anak Raja Pancha, berkahwin dengan lima lelaki bersaudara.

Selain mengamalkan tradisi kuno, cara itu juga dijadikan sebagai jalan penyelesaian supaya tanah milik keluarga akan terus menjadi milik mereka selamanya.


RAJO (berdiri tengah) menyifatkan dia beruntung kerana mendapat perhatian lebih berbanding isteri-isteri lain.


Ia biasa diamalkan oleh masyarakat yang menetap di kawasan berhampiran Himalaya di utara India, serta di negara pergunungan Tibet.

Walaupun arus kemodenan menyaksikan amalan kuno sebahagian besarnya sudah tidak diamalkan di kebanyakan kawasan, tetapi faktor kekurangan wanita di negara-negara seperti China dan India akhirnya membawa kepada jalan penyelesaian kepada masalah lelaki muda dalam mencari seorang isteri.

Selain Rajo, ibunya juga pernah berkahwin dengan tiga orang lelaki bersaudara.

"Saya perlu tidur mengikut giliran dengan setiap suami saya tetapi disebabkan ketiadaan tempat tidur, kami hanya tidur di atas lantai yang beralaskan selimut.

"Saya bahagia dengan kesemua suami saya kerana mendapat lebih banyak perhatian daripada isteri-isteri yang lain," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Projek perumahan di luar bandar

Posted:

Projek perumahan di luar bandar

Projek perumahan di luar bandar


NAJIB (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada Say Jim (kiri) mengenai projek Rimbunan Kaseh di Tanjung Besar, Kuala Lipis semalam. Turut kelihatan Adnan (kanan).


KUALA LIPIS – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangunan kawasan luar bandar berkonsepkan pembinaan projek perumahan dan ekonomi pada alaf 21 merupakan transformasi kerajaan dalam memastikan kehidupan masyarakat luar bandar setanding di bandar.

Katanya, transformasi yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu hingga kini itu juga bagi memastikan masyarakat luar bandar dapat keluar daripada kepompong kemiskinan dan seterusnya menikmati pendapatan RM1,000 ke atas sebulan.

"Konsep pemodenan ini telah berjaya dan landskap dah berubah di kawasan luar bandar termasuk di Felcra, Felda dan RISDA.

"Kita mahu gaya dan cara hidup bandar dan moden di bandar dibawa ke luar bandar, bukan pembangunan fizikal sahaja tetapi mencakupi sifat menyeluruh pembangunan abad ke-21," katanya ketika berucap merasmikan projek Rimbunan Kaseh di Tanjung Besar dekat sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ketua pengganas Sulu ditangkap

Posted:

Ketua pengganas Sulu ditangkap

Ketua pengganas Sulu ditangkap

KERETA perisai berantai, Adnan meneruskan rondaan keselamatan berikutan dakwaan kehadiran beberapa orang pengganas Sulu di sekitar Kampung Kembara Sakti, Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU – Gerakan pengganas Sulu kini lumpuh berikutan penangkapan ketua utama mereka berpangkat jeneral lima bintang di sebuah kawasan paya bakau Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna dekat sini awal pagi semalam.

Suspek dikenali sebagai Datu Amirbahar Hushin Kiram, berusia 40-an dikatakan anak saudara kepada ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III dan memiliki kad pengenalan Filipina.

Ketika serbuan pada pukul 1.30 pagi itu, dia dan isteri, Gina Taves Kiram yang bersembunyi di satu kawasan paya cuba melarikan diri tetapi gagal. Difahamkan Amirbahar juga merupakan Menteri Pertahanan Suluk.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan turut menahan seorang penduduk tempatan dan isterinya yang menjadi tali barut yang berperanan menyediakan segala keperluan kepada pengganas berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Persediaan PRU-13 siap 90 peratus

Posted:

Persediaan PRU-13 siap 90 peratus

Persediaan PRU-13 siap 90 peratus


ABDUL AZIZ melakukan demonstrasi dakwat kekal di Bilik Gerakan SPR di Putrajaya baru-baru ini.


BENTONG – Semua persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) antaranya dari segi logistik, penyediaan premis dan pemilihan petugas kini berada pada tahap lebih 90 peratus siap.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya kini hanya menunggu pembubaran Parlimen dan selepas penetapan tarikh penamaan calon dan hari pengundian, baki persiapan PRU akan disiapkan sepenuhnya.

"Semua telah disediakan termasuk undang-undang juga yang perlu dipinda, borang, kemudahan ICT (teknologi komunikasi maklumat), pegawai, petugas telah dikenal pasti, dilatih, diberi taklimat dan diberi latihan amal.

"Semua perkara kita sudah rancang dengan teliti, latihan telah dibuat, semangat telah diberi dan bajet telah ada," katanya selepas memberikan ucapan pada majlis taklimat akhir PRU-13 bagi Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dekat sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


RM185 JUTA tingkatkan taraf klinik di seluruh Pahang

Posted:

RM185 JUTA tingkatkan taraf klinik di seluruh Pahang

RM185 JUTA tingkatkan taraf klinik di seluruh Pahang

23/03/2013 7:14pm

MARAN - Sebanyak RM185 juta dibelanjakan kerajaan bagi kerja-kerja menaik taraf klinik kesihatan, klinik desa, dan klinik pergigian di seluruh Pahang dari tahun 2008 hingga 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, apa yang dilakukan itu adalah demi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia untuk rakyat.

"Kerajaan Barisan Nasional telah banyak melaksanakan pembangunan untuk rakyat, dan projek kesihatan di seluruh negara, melibatkan peruntukan berbilion ringgit itu adalah bertaraf dunia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pengesahan Tapak Cadangan Klinik Kesihatan Kampung Seri Jaya, dekat Maran, di sini, hari ini. - BERNAMA

Orang muda dapat manfaat melalui agenda transformasi

Posted:

Orang muda dapat manfaat melalui agenda transformasi

Orang muda dapat manfaat melalui agenda transformasi

23/03/2013 5:40pm

PEKAN - Agenda transformasi negara sebenarnya bakal memberi manfaat besar kepada golongan muda, dan mereka perlu menyokong agenda itu demi masa depan yang lebih gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berucap pada perasmian Kelab Anak Wawasan Pekan Pahang (KAWAN) IM4U Fair 2013, di Dataran Pekan di sini hari ini katanya, golongan muda adalah aset penting negara bagi memacu kemakmuran dan kesejahteraan di masa depan. - BERNAMA

Menteri sangkal dakwaan hantar komando bunuh Kiram

Posted:

Menteri sangkal dakwaan hantar komando bunuh Kiram

Menteri sangkal dakwaan hantar komando bunuh Kiram

23/03/2013 5:35pm

BAGAN DATOH - Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyangkal dakwaan kononnya sepasukan komando tentera dihantar ke Filipina untuk membunuh pemimpin pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

"Saya minta Jamalul Kiram janganlah khuatir, kita tidak akan menceroboh masuk ke Filipina dan tidak sejahat beliau untuk melakukan pembunuhan di negara orang.

"Janganlah lakukan "reverse psychology" hanya untuk mendapat simpati daripada penyokong-penyokongnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 50 bekas tentera di sini. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Myanmar umum perintah darurat

Posted:

Myanmar umum perintah darurat

Myanmar umum perintah darurat

SEKUMPULAN lelaki cuba merosakkan sebuah bangunan di Meikhtila, Myanmar ketika keganasan agama tercetus di bandar tersebut sejak beberapa hari lalu.


MEIKHTILA, Myanmar - President Myanmar, Thein Sein semalam mengumumkan perintah darurat di bandar ini selepas sekurang-kurangnya 20 terbunuh dalam keganasan yang tercetus di antara penganut Islam dan Buddha.

Perintah darurat itu dibuat bagi membolehkan pasukan tentera membantu mengembalikan keamanan. Situasi dikatakan semakin tegang semalam apabila beberapa kumpulan termasuklah sami Buddha yang bersenjatakan pisau dan kayu merayau di jalan-jalan.

Ini merupakan keganasan terburuk sejak pertempuran antara dua kumpulan penganut agama berbeza itu tercetus di negeri Rakhine tahun lalu. Insiden tersebut mengorbankan kira-kira 180 nyawa dan lebih 110,000 orang hilang tempat tinggal.

"Keadaan tidak terkawal, walaupun kerajaan menyatakan sebaliknya," kata ahli parlimen dari parti pembangkang, Parti Liga Nasional untuk Demokrasi, Win Htein.

Beratus-ratus penganut Islam cuba mendapatkan perlindungan di sebuah padang bola sepak dan balai polis. Sementara penganut Buddha pula berkumpul di tokong-tokong. - AFP

Pokok ceri di Jepun mekar lebih awal

Posted:

Pokok ceri di Jepun mekar lebih awal

Pokok ceri di Jepun mekar lebih awal


ORANG ramai merakam gambar pokok ceri yang sedang kembang dan mekar di Tokyo semalam.


TOKYO - Pokok-pokok ceri di Tokyo mula kembang dan mekar semalam, sekali gus mencatat rekod mekar lebih awal untuk kali kedua, kata agensi cuaca Jepun semalam.

Musim bunga pokok ceri biasanya tiba setahun sekali pada bulan April setiap tahun selama dua minggu sahaja.

Perkhidmatan cuaca kebangsaan Jepun menggunakan tokong Yasukuni di bandar Tokyo sebagai satu barometer untuk menilai kemuncak musim bunga pokok ceri di negara berkenaan.

Ketika musim itu tiba, suasana bunga mekar dengan warna merah jambu yang indah mula menyelubungi kawasan taman, tokong, sekolah dan jalan raya.

Senario tersebut menandakan kedatangan musim bunga pokok ceri. Ia turut menarik minat orang ramai berkumpul bersama rakan, keluarga dan sahabat baik untuk berkelah di bawah pohon tersebut.

"Suhu yang tinggi pada awal bulan Mac menjadi faktor utama di sebalik fenomena pengembangan bunga pokok ceri lebih awal daripada sepatutnya di Tokyo pada tahun ini," kata seorang pegawai agensi berkenaan.

Pada Sabtu lalu, agensi cuaca Jepun yang telah memantau pengembangan bunga pokok ceri sejak tahun 1953 mengumumkan bahawa waktu permulaan musim tersebut akan bermula lebih awal. - AFP

Tiga menteri Australia letak jawatan

Posted:

Tiga menteri Australia letak jawatan

Tiga menteri Australia letak jawatan

CANBERRA - Tiga orang menteri Australia meletak jawatan semalam, sekali gus menunjukkan bahawa krisis pentadbiran Perdana Menteri Australia, Julia Gillard kian meruncing, enam bulan sebelum negara itu bakal mengadakan pilihan raya umumnya.

Menteri-menteri tersebut iaitu Chris Bowen, Martin Ferguson dan Kim Carr melepaskan portfolio masing-masing untuk menyokong pesaing Gillard yang juga bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd.

Setakat ini, sudah lima orang menteri telah meletak jawatan atau dipecat oleh Gillard berikutan timbul usaha untuk kembali melantik Rudd sebagai perdana menteri.

Peletakan jawatan menteri-menteri berpengalaman itu nyata memburukkan lagi reputasi kerajaan pimpinan Parti Buruh yang dilihat semakin tidak stabil.

Rudd bagaimanapun mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan bahawa beliau tidak akan mencabar Gillard.

"Tidak wujud tanda-tanda bahawa Rudd akan kembali menjadi pemimpin Parti buruh pada masa depan," jelas satu kenyataan daripada pejabat Rudd.

Rudd memberitahu, beliau enggan bertanding kerana tidak mempunyai sokongan majoriti yang jelas. "Tidak ada gunanya mewarisi parti yang berpecah-belah," kata Rudd.

Bowen dan Carr bersetuju dengan keputusan Rudd untuk tidak mencabar Gillard demi perpaduan Parti Buruh. Namun, Ferguson yang merupakan bekas Menteri Sumber dan Tenaga menegaskan Rudd perlu bertanding.

Gillard dijangka mengumumkan kabinet baharunya minggu depan. Beliau juga menyatakan rasa terkejut apabila Rudd enggan bertanding. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Fun. diformat semula

Posted:

Fun. diformat semula

Fun. diformat semula

FUN. mengakui mahu mengadakan konsert solo khas di Malaysia pada tahun depan jika diberi peluang.


NOKTAH selepas ejaan F-U-N itu yang membezakan makna Fun. sebagai sebuah band dan istilah fun sebagai interpretasi mewakili faktor keseronokan tanpa sempadan.

Sebenarnya makna itu juga ironi kepada kemunculan band Fun. yang disifatkan sendiri oleh vokalisnya, Nate Ruess ketika ditemu ramah Kosmo! baru-baru ini.

Kata Nate, sejak awal penubuhan Fun. pada tahun 2009 bersama album sulung, Aim and Ignite, titik tersebut yang membantu mereka menaikkan nama band mereka itu.

"Oleh kerana nama kami dieja F-U-N, kami tidak fikir bahawa peminat dengan senangnya akan mengakses perkembangan kami tanpa titik itu. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan saya meletakkan titik di hujung ejaan itu," katanya yang ditemui di belakang pentas sebelum membuat persembahan pada acara Future Music Festival Asia 2013 (FMFA 2013) di Sepang, Selangor hujung minggu lepas.

Fun. bermula selepas Nate membubarkan kumpulan asalnya The Format yang sebelum ini pernah dianggotai oleh Mike Schey, Mark Buzard dan Don Raymond pada tahun 2008.

Nate lalu disertai dua rakannya, Andrew Dost (Anathallo) dan Jack Antonoff (Steel Train) untuk membentuk band yang diberi nama Fun. dan membuktikan mereka bukan sekadar kumpulan muzik anak muda yang biasa-biasa sahaja tetapi diiktiraf atas dasar prestij.

Mereka dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Artis Baharu Terbaik dan Lagu Terbaik (We Are Young) pada majlis Grammy Awards ke-51, Februari lalu.

Ulas Nate: "Perasaan teruja yang bercampur-baur dengan gembira susah diungkapkan dengan kata-kata.

"Hidup kami seperti dijenamakan semula selepas memenangi dua anugerah pada malam itu (Grammy Awards ke-51) dan kenangan itu sukar untuk digambarkan.

"Kami tidak menjangka akan kemenangan itu dan tidak menduga kami terpilih untuk meraikan detik-detik indah itu.


FUN. dianggotai tiga anak muda yang penuh bertenaga (dari kiri), Andrew, Nate dan Jack.


Konsert solo

Sementara itu, Nate yang hadir untuk membuat persembahan sempena parti muzik terbesar Asia Tenggara, FMFA 2013 minggu lalu meluahkan rasa teruja untuk kembali beraksi di Malaysia pada masa akan datang.

"Ini merupakan kali pertama saya datang ke Kuala Lumpur, biarpun hanya dapat melihat kota ini melalui tingkap kapal terbang kami dan tidak sempat pun untuk bersiar-siar, saya berharap untuk kembali semula ke sini untuk konsert solo Fun.," tambahnya.

Anak kelahiran Arizona, Amerika Syarikat ini dalam pada itu memberitahu, Fun. berkemungkinan besar akan mengadakan konsert solo khas di Malaysia tahun hadapan, jika diberi peluang.

Fun. kini dalam rangka promosi menerusi siri konsert jelajah seluruh dunia dan selepas membuat persembahan pada FMFA 2013, mereka kembali ke Amerika Syarikat untuk meneruskan konsert bergerak band ini, yang mana sebelum muncul di Malaysia, mereka telah membuat persembahan konsert di Singapura.

"Tahun ini tiada album baharu daripada Fun., cukup untuk membuat konsert dan berjumpa peminat kami seluruh dunia.

"Selepas ini kami akan berehat seketika, meluangkan masa bersama keluarga atau bercuti sebelum kembali bekerja untuk album berikutnya pada tahun depan," ungkap Nate.


KEJAYAAN memenangi dua anugerah pada Grammy Awards 2013 Februari lalu menyuntik semangat baharu buat Fun. untuk terus berkarya.


Kolaborasi P!nk

Perjalanan karier Nate Ruess yang sudah berkecimpung dalam bidang nyanyian selama 12 tahun pastinya tidak menjadi satu perkara yang mustahil untuk disunting penyanyi terkenal untuk berkolaborasi.

Terbaharu, Nate tampil menyumbangkan vokal mantapnya menerusi lagu duet bersama P!nk untuk album The Truth About Love menerusi lagu Just Give Me a Reason.

Nate sebelum ini pernah berduet dengan Anthony Green dalam album solo kedua penyanyi kelahiran Philadelphia, Amerika Syarikat itu yang berjudul Beautiful Things.

Nate menyifatkan kolaborasi dengan P!nk merupakan satu penghargaan dan perkembangan positif karier seninya.

"Dia seorang penyanyi yang bersemangat dan tidak pernah berputus asa dalam kariernya. P!nk selamba dan saya diberikan peluang untuk menyampaikan lagu itu dalam versi rock.

"Sangat susah sebenarnya untuk saya menyanyi bersama seorang bintang yang sangat terkenal dan berbakat besar. Saya berbangga dapat mengenalinya dan mungkin dia sukakan saya kerana saya pelik!" tutur Nate yang turut menulis lirik untuk lagu Die Young nyanyian Ke$ha.

Lisa hanya percaya ibu

Posted:

Lisa hanya percaya ibu

Lisa hanya percaya ibu


ADA sebab kenapa Lisa memilih untuk tidak bernaung di bawah syarikat produksi milik bersama suaminya iaitu KRU Studios.


SELEPAS memilih haluan untuk menguruskan kerjayanya bersendirian tanpa bernaung dengan sebarang syarikat pengurusan, Lisa Surihani mengakui lebih selesa dan membantunya mempelajari selok-belok dunia hiburan.

Lisa meninggalkan syarikat pengurusannya sebelum ini, Metrowealth Sdn. Bhd. selepas bersama syarikat gergasi milih David Teo itu selama lima tahun.

"Saya melayan individu sekeliling saya dengan lebih berhati-hati dan perlu memilih prioriti apabila berurusan dengan pelanggan.

"Kini sudah tiada lagi orang ketiga yang akan menguruskan kerja saya seperti sebelum ini melainkan ibu saya yang saya sifatkan momager (mom & manager)," kata Lisa yang ditemui ketika sidang akhbar pelancaran drama bersiri Maskara di Red Box Plus, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lisa bagaimanapun enggan bernaung di bawah syarikat produksi milik suaminya Yusri Abdul Halim iaitu KRU Studios kerana bimbang akan timbul isu pilih kasih.

"Conflict of interest adalah faktor utama kenapa saya tidak mahu bernaung di bawah pengurusan KRU Studios, selain itu saya tidak mahu timbul salah faham memandangkan saya isteri kepada Yusri yang juga salah seorang pemilik syarikat itu. Lagipun, Yusri sependapat dengan saya akan hal ini dan menyokong keputusan saya," ujarnya.

Biarpun menguruskan sendiri kariernya, Lisa tetap mendapatkan pandangan daripada Yusri dan berbincang sebelum membuat sebarang keputusan.

"Dia mempercayai saya sepenuhnya dan kami akan berbincang semua perkara yang baik dan buruk sebelum membuat keputusan," tambah Lisa.

Dalam perkembangan lain, Lisa memberitahu, dia bakal membintangi sebuah filem yang diarahkan oleh suaminya sendiri tidak lama lagi.

Biarpun pernah berlakon bersama Yusri dalam filem Ular yang masih menunggu tarikh tayangan sebelum mereka mendirikan rumah tangga, Lisa mengakui terdetik perasaan takut untuk bekerja di bawah arahan suaminya nanti.

"Kalau sebelum ini kami pernah berlakon bersama tapi kali ini dia akan mengarah lakonan saya pula. Saya sendiri sebenarnya tidak begitu pasti untuk bekerja di bawahnya sebab saya seorang yang manja.

"Yusri pula tegas waktu bekerja. Kalau di rumah pun ketika dia sedang bekerja, muka dia tidak pernah tidak serius. Saya tidak dapat bayangkan situasi di set penggambaran filem itu nanti.

"Kami juga ada bertanya sesama sendiri, apabila berada dalam set bagaimana kami mahu panggil nama masing-masing?" kata Lisa yang sebelum ini pernah menjadi pembantu peribadi Yusri ketika penggambaran filem Vikingdom.

Lisa juga akan muncul dalam dua buah telefilem berjudul Jawa Taiko dan Mama Mama Mia bersama pelakon muda Hanis Zalikha.

Dalam pada itu, berkongsi pengalaman berlakon bersama tiga aktres berbakat besar menerusi drama Maskara iaitu Nasha Aziz, Anzalna dan Andrea Abdullah, kata Lisa, hubungan yang terbentuk berterusan hingga ke luar set penggambaran.

"Nasha, Anzalna dan Andrea ibaratnya sudah menjadi kawan yang sangat rapat sekarang. Bekerja bersama Nasha sebenarnya memberikan perasaan dan pengalaman berbeza berbanding sebelum ini kerana sikap profesionalnya yang membuka mata saya sebagai orang baharu dalam industri," katanya.

Maskara merupakan drama bersiri arahan Nizam Zakaria yang mengetengahkan kekuatan wanita dan bakal bersiaran di TV1 pada setiap Khamis pukul 10 malam bermula April ini. – KHAIRUL AMRI HASSAN

Sheila gesa karyawan mendaftar

Posted:

Sheila gesa karyawan mendaftar

Sheila gesa karyawan mendaftar

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


DARI kiri: Habsah, Sheila dan Adrian pada sidang media MACP bersama PPM dan RPM di Kuala Lumpur baru-baru ini.


PADA bulan Mac 2012 kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah meminda Akta Hak Cipta 1987, salah satunya berhubung dengan kutipan royalti dalam kalangan artis.

Antara pindaan yang dibuat, kerajaan telah memberi syarat agar setiap badan pengutip royalti perlu berdaftar dengan kementerian terlebih dulu serta mendapatkan lesen dan sesiapa yang melanggarnya boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.

Ternyata dengan syarat yang ditetapkan itu telah menjejaskan pengurusan beberapa badan pengutip royalti seperti Music Authors' Copyright Protection Bhd. (MACP), Public Performance Malaysia Sdn. Bhd. (PPM), Recording Performers Malaysia Bhd. (RPM) dan Prism Berhad (Prism)

Bagaimanapun, tiga buah badan iaitu MACP, PPM dan RPM kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan memberi pengiktirafan dengan pemberian lesen menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kepada ketiga-tiga badan pengutip royalti berkenaan.

Pengerusi RPM, Datuk Sheila Majid menyatakan, dengan lesen yang dimiliki sejak awal Mac ini akan memudahkan lagi pihaknya mengutip royalti yang sememangnya menjadi hak penyanyi dan pemuzik.

"Sehingga kini RPM sudah memiliki seramai 250 orang ahli yang sudah berdaftar dan menerusi lesen yang telah diberikan ini menyeru supaya lebih ramai lagi yang berdaftar dengan kami.

"Biarpun RPM dilihat sebagai sebuah badan pengutip royalti yang baharu, kami berazam untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan supaya nasib para ahli terbela," ujarnya dalam satu sidang akhbar di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Pengerusi MACP, Habsah Hassan dan Pengerusi PPM, Adrian Lim iaitu dua buah badan pengutip royalti yang turut diberi lesen oleh kerajaan.

Menurut Sheila, memandangkan, RPM baru sahaja dua tahun ditubuhkan masih lagi banyak perkara yang perlu dipelajari dan antara langkah yang telah diambil adalah dengan menerangkan kepada para penyanyi dan pemuzik tentang hak sebenar mereka apabila mendaftar sebagai ahli.

Jelasnya, dengan keadaan industri muzik sekarang yang tidak menentu serta penjualan album yang semakin merosot, sudah tentu royalti boleh dijadikan salah satu sumber pendapatan kepada mereka.

"Saya sendiri seorang penyanyi dan sudah tentu saya tahu keadaan sebenar yang berlaku dalam industri sekarang. Sebelum ini saya kurang ambil tahu mengenai royalti, tetapi kini ia merupakan satu perkara yang perlu diambil serius agar hak masing-masing terjamin.

"Selain itu, kami bertekad untuk menjalankan pengagihan royalti yang lebih telus. Kami akan menerangkan kepada para ahli tentang cara pengagihan supaya mereka mendapat maklumat yang lebih jelas lagi," jelasnya.

Ujar Sheila, dia sangat berharap agar tiada lagi sebarang masalah kontroversi yang timbul pada masa akan datang memandangkan RPM kini sudah pun mendapat pengiktirafan kerajaan.

Ejen pengutip royalti

Memandangkan RPM masih lagi baru beroperasi sebagai sebuah badan pengutip royalti, mereka telah mengambil keputusan untuk melantik PPM sebagai ejen pengutip royalti bagi pihak mereka.

Pengerusi PPM, Adrian Lim pula menjelaskan, pihaknya sedia bekerjasama dengan RPM secara rasmi sekarang setelah kontraknya sebagai ejen kepada Prism Sdn. Bhd. sudah berakhir dua tahun lalu.

"Baru-baru ini RPM ada menyatakan hasrat mereka tentang kerjasama ini dan kami sudah memulakan tugas mengutip royalti bagi pihak mereka pada bulan ini.

"Dengan pengiktirafan yang telah diperoleh oleh ketiga-tiga badan ini, sudah tentu kami sepakat untuk berganding bahu dan berharap agar kutipan royalti akan meningkat selepas ini," ujarnya.

Sementara itu, Sheila menjelaskan, pihaknya terpaksa melantik PPM sebagai ejen pengutip royalti memandangkan mereka lebih berpengalaman dan sudah ditubuhkan selama 24 tahun.

"Buat masa ini kami akan menyerahkan tugas mengutip royalti kepada mereka terlebih dulu, tetapi bukanlah buat selama-lamanya kerana kami akan mengutip sendiri royalti setelah RPM mampu berbuat demikian," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved