Sabtu, 16 Mac 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Hotel kucing kalis nyamuk

Posted:

Hotel kucing kalis nyamuk

Hotel kucing kalis nyamuk

SANGKAR ini ditutup jaring halus bagi menghalang nyamuk daripada menggigit penghuninya.


SEPERTI seorang wanita yang mementingkan penjagaan diri dengan mengunjungi spa, haiwan peliharaan seperti kucing juga memerlukan penjagaan rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Tidak sekadar memastikan bulu sentiasa terurus, beberapa bahagian badan seperti tapak kaki, kuku, dubur dan telinga lain juga harus diberi perhatian.

Pusat sehenti haiwan peliharaan, Pets Heaven Store di Bandar Baru Bangi, Selangor, antara yang menawarkan perkhidmatan spa kucing seperti itu. Kedai milik bumiputera berkonsepkan butik itu menyediakan khidmat spa seluruh badan.

Pengarah Urusannya, Layla Lazim, 43, menjelaskan rawatan badan kucing dapat mengelakkan haiwan itu daripada mudah terkena penyakit sekali gus memudaratkan pemiliknya.

"Melakukan grooming (tata rias) perlu bagi kucing peliharaan kerana aspek kesihatan dan kebersihannya dapat dijaga.

"Ia seelok-eloknya dibuat sebanyak dua kali sebulan. Jika bulunya berpintal terutamanya bagi kucing berbulu lebat, ia seharusnya sentiasa dileraikan dengan sikat khas agar kekotoran tidak melekat," kata anak kelahiran Sepang, Selangor ini.

Tata rias

Perkhidmatan tersebut merangkumi proses membersihkan mata, telinga, alat sulit, memotong kuku serta memandi dan mengeringkan bulu. Proses mengurut lembut tubuh kucing pula membantu memperbaiki peredaran darah.

Bagi memastikan proses tersebut dibuat secara rapi dan teliti, ia dilakukan di kawasan hadapan kedai agar pengunjung melihat sendiri kerja tersebut berlangsung.

"Semuanya dijalankan di bilik khas berdinding kaca ini. Ia dilakukan dengan cara yang paling lembut. Daripada memandi hinggalah kepada proses memotong kuku," katanya.

Aktiviti membersih tubuh haiwan itu tidak dibuat secara semberono. Sebaliknya ia dilakukan sendiri oleh Layla yang mendapat pentauliahan daripada Akademi Dandanan Haiwan Peliharaan di Kuala Lumpur.


PETS Heaven cuma menerima haiwan peliharaan seperti kucing, arnab dan hamster.


Bagi memperoleh sijil yang diperakui di Jepun, Korea dan Amerika Syarikat itu, Layla sebelum ini mengikuti kursus singkat selama tiga hari tentang cara-cara menata rias haiwan tersebut.

Bukan sahaja menawarkan khidmat spa, Pets Heaven seolah-olah menjadi sebuah pusat peranginan buat kucing apabila turut memuatkan 'hotel' dengan beberapa buah sangkar.

Terdapat kira-kira 20 buah sangkar yang bertindak sebagai 'bilik' bagi kucing yang ditinggalkan pemiliknya di situ. Setiap bilik pula hanya menempatkan seekor kucing.

Seakan-akan hotel lima bintang, setiap sangkar akan ditutup dengan jaring khas bagi mengelakkan penghuninya digigit nyamuk.

Gigitan nyamuk boleh menyebabkan penyakit kepada kucing. Walaupun kucing dilindungi oleh bulu yang tebal tetapi nyamuk boleh mengigit telinga dan hidung mereka.

Selain kegatalan, penyakit yang menjadi kebimbangan utama adalah jika gigitan nyamuk menyebabkan hipersensitiviti dan penyakit cacing jantung pada kucing. Apabila nyamuk menggigit kucing, cacing jantung di dalam nyamuk akan berpindah pada kucing.

Cacing

Di dalam badan kucing, cacing jantung tadi boleh berkembang menjadi parasit. Bilangan cacing yang sedikit sahaja sudah mencukupi untuk membunuh kucing.

Gejala penyakit ini ini ialah kelesuan, muntah-muntah, batuk dan sukar bernafas.

Menurut pakar, gigitan nyamuk boleh memberi kesan yang buruk pada sistem imun kucing. Kesan pada luaran yang boleh dilihat adalah, luka-luka, bersisik atau ulser pada kawasan gigitan nyamuk di samping kehilangan bulu dan perubahan warna pada kawasan gigitan.

"Apabila kucing dihantar ke sini, kami akan memberi makan dua kali sehari mengikut keperluannya. Tetapi ia juga tertakluk mengikut cara asal penjaganya memberi makan.

"Kucing-kucing tersebut tidak dibiarkan di dalam sangkar sepanjang hari. Ia akan dibiarkan bebas antara 15 hingga 30 minit di taman khas mengikut giliran.

"Pada sebelah malam pula, kesemuanya akan ditemani dengan alunan zikir atau muzik ala spa bagi memberikan suasana yang selesa. Kaedah itu begitu popular di Thailand," kata ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.

Walaupun baru dibuka bulan lalu, pusat tersebut kini telah mendapat tempahan daripada pemilik kucing yang tidak mahu ketinggalan mendapatkan layanan terbaik.

Menurut Layla, pusat sehenti tersebut tidak seharusnya diragui oleh pemilik yang beragama Islam kerana kebersihannya dipantau sepanjang masa.

"Bukan sahaja sangkar yang sentiasa dibersihkan, bahkan kami tidak menerima anjing untuk diletakkan di sini.

"Kami cuma menerima haiwan-haiwan seperti kucing, arnab dan hamster," katanya yang memiliki tiga orang pekerja.


PEMILIK boleh melihat sendiri proses menata rias kucing peliharaan mereka di Pets Heaven.


Layla telah menimba banyak pengalaman dalam bidang itu.

Biarpun dalam masa yang sama menjalankan bisnes pengiklanan, demi minat yang mendalam terhadap haiwan itu, dia telah mempelajari selok-belok haiwan peliharaan di beberapa buah negara yang terkenal dengan perkembangan bidang berkaitan.

"Perkara ini sudah lama berkembang di Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Thailand dan Vietnam. Saya juga mendapat ilham daripada kejayaan negara-negara tersebut dalam menaikkan industri penjagaan haiwan peliharaan.

"Saya perlu mengetahui tabiatnya dengan banyak membaca. Minat dan pengalaman membela kucing sejak kecil menjadi penyumbang terbesar untuk saya mengenali kelakuan kucing," katanya yang kini memiliki tiga ekor kucing jenis campuran parsi.

Seperti menjaga seorang kanak-kanak, haiwan itu boleh dimanjakan dengan pelbagai cara. Cuba mempopularkan budaya memakaikan aksesori kepada kucing, jelas Layla memakaikan aksesori akan memperlihatkan haiwan itu seperti lebih manja.

"Mula-mula memang berasa tidak selesa, lama-kelamaan ia akan selesa apabila dikenakan baju, stoking, klip kepala dan topi," tambahnya.

Lendir siput babi licinkan wajah

Posted:

Lendir siput babi licinkan wajah

Lendir siput babi licinkan wajah

Oleh KASANABILAH KAMARUL ZAMAN


RASA siput babi panggang dikatakan lebih enak berbanding cara masakan yang lain.


JIKA di Malaysia gulai lemak siput sedut menjadi makanan kegemaran ramai namun berbeza pula halnya di China, Peru, Latvia dan negara-negara Afrika Utara yang menganggap siput babi sebagai hidangan istimewa.

Malah haiwan perosak tanaman khususnya sayur-sayuran itu diternak secara komersial di ladang-ladang pembiakan. Selain dipasarkan secara segar di pasar awam, siput babi itu juga dijual dalam bentuk paket dan tin di pasar raya.

Menurut laman web www.21food.com, produk sejuk beku haiwan itu mendapat sambutan ramai. Sebagai contoh, sebuah ladang di Pachacamac dekat Lima, Peru menjadi pembekal siput babi jenis Helix aspersa.

Ladang ini membekalkan siput babi sehingga 3,000 kilogram (kg) seminggu dengan harga antara RM15 hingga RM16 sekilogram.

Ladang yang diberi nama Mynshop Sac ini ditubuhkan pada tahun 2007 yang bertujuan meningkatkan dan mengkomersialkan siput spesies tersebut. Siput ini dijual segar dan boleh dijadikan krim kecantikan.

Di China pula, ladang yang diusahakan sudah berusia lebih 17 tahun. Ladang yang terletak di Xinqiao, Beijing itu, Jinmengxuan Snail Breeding Co. Ltd. juga membekalkan siput baka aspersa.

Bekalan siput ini sentiasa berterusan sepanjang empat musim setiap tahun.

Bermula daripada ladang yang kecil, kini ia merupakan ladang pembiakan siput babi terbesar di China. Ladang ini membekalkan 9,000 kg hingga 11,000 kg siput sebulan.

Penyelaras bagi program Inisiatif Afrika Barat dan Pembangunan Pertanian Lestari (UMCOR), Yehezkiel. C Freeman, berpendapat siput babi adalah bagus untuk manusia dan sedap dimakan terutamanya jika dibakar.

Tambahnya, siput ini mempunyai banyak khasiat dan tinggi kandungan protein. Ia selalu dimakan oleh individu yang mengamalkan diet.

"Pada awalnya, masyarakat Afrika memakan siput apabila mereka ke hutan untuk mencari madu lebah.

"Namun, selepas program UMCOR, kami telah mengajar mereka membina sangkar siput dan cara memberinya makan," jelas Freeman.


DI benua Afrika tempat asal siput babi, haiwan itu dianggap sebagai makanan istimewa.


Kecantikan

Menurut Catlin Cottage dalam www.snailfacialcream.com, siput dan manusia berkongsi banyak elemen kulit yang sama. Siput membekalkan serum yang kaya antioksida yang berfungsi mengatasi masalah penuaan.

"Penggunaan serum atau krim siput juga boleh mengatasi masalah kulit yang terbakar dan terdedah kepada cahaya matahari," jelasnya.

Pelakon terkenal Hollywood, Katie Holmes merupakan salah seorang pengguna krim siput menurut akhbar Daily Mail. Krim yang digunakan Holmes itu juga didakwa boleh menghilangkan parut pada wajah.

Antara jenama produk krim siput yang terkenal ialah Missha, Dr. Jart+ dan Labcconte

Selain daripada dijadikan krim kecantikan, siput babi juga dikatakan boleh dijadikan alat urutan terapi di salun kecantikan.

Menurut pemilik sebuah salun kecantikan di bandar Krasnoyarsk, Rusia, Alyona Zlotnikova, siput babi mampu mempercepatkan pertumbuhan semula kulit, menghilangkan kedutan, parut dan kesan terbakar.

Alyona akan meletakkan siput hidup di muka dan badan pelanggannya. Siput yang bergerak dan mengengsot di sekitar wajah tersebut dianggap sebagai terapi.

Lendir dan sisa kumuhan yang dikeluarkan siput tersebut mengandungi asid gloikolik dan elastin.

Pengarah Institut Pembedah Laser Dermatologi di Amerika Syarikat, Dr. Elizabeth Tanzi, berkata, terdapat beberapa pendapat yang mengatakan krim daripada lendir siput boleh menenangkan dan antiradang.

"Namun tiada kajian saintifik yang boleh membuktikan kesahihannya. Jadi, saya masih ragu-ragu tentangnya," jelasnya.


GULAI lemak siput sedut menjadi kegemaran sesetengah rakyat negara ini.


Kawasan darat

Hakikatnya terdapat lebih daripada 74,000 spesies siput yang berlainan saiz dan warna cangkerang dengan pelbagai nama saintifik.

Haiwan ini berasal dari benua Afrika. Jangka hayatnya pula mencecah hingga 10 tahun. Saiz siput dewasa boleh mengembang sehingga 20 sentimeter panjang.

Kebiasaannya, siput babi mengembang dengan aktif untuk enam bulan pertama selepas kelahirannya, dan selepas setahun, pertumbuhan itu akan terus berlaku. Haiwan yang bercangkerang ini mempunyai berat sehingga 600 gram.

Pengarah Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia, Jabar Shaik Mohideen berkata, di negara ini siput babi lebih dikenali sebagai haiwan perosak.

"Siput babi ini bukan sahaja merosakkan tanaman jenis makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan malah turut memakan pucuk-pucuk pokok hiasan," ujarnya.

Jelasnya, setakat ini pihaknya belum menerima laporan wujudnya ladang ternakan siput babi komersial di negara ini seperti yang dilakukan dalam ternakan lintah dan cacing.

"Mungkin ada rakyat Malaysia yang memakan siput babi tapi saya rasa bilangannya kecil sahaja," katanya sambil menambah, taraf hidup yang semakin tinggi menyebabkan masyarakat di negara ini lebih mementingkan kualiti makanan yang diambil.

Salji di Gurun Sahara

Posted:

Salji di Gurun Sahara

Salji di Gurun Sahara

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


PENEMUAN mayat ibu dan anak di Gurun Sahara.


GURUN Sahara yang berkeluasan 4.6 juta kilometer persegi dengan keadaan suhu ekstrem mencecah 38 darjah Celsius pada waktu siang dan -5 darjah Celsius pada waktu malam bukan sahaja tidak menyukarkan pergerakan manusia malah tidak mesra haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Namun, terdapat beberapa kisah menarik gurun yang meliputi beberapa buah negara antaranya Senegal, Mauritania, Mali, Niger, Libya dan Mesir ini.

Percaya atau tidak, Gurun Sahara sebenarnya dihiasi sebuah tasik yang indah.

Tasik Ounianga yang terletak di Chad bergantung kepada sumber air bawah tanah yang wujud sejak zaman purba memandangkan iklim Sahara yang lembap pada masa itu.

Purata hujan tahunan tidak melebihi 2 milimeter (mm).

Pakar-pakar mendakwa 5,500 tahun dahulu tasik itu merupakan sebuah takungan besar yang panjangnya merentasi beratus-ratus kilometer.

Namun, perubahan iklim menyebabkan keluasan tasik itu menyusut.


SALJI memenuhi Gurun Sahara pada awal tahun lepas yang menimbulkan misteri kepada pengkaji.


Fosil dinosaur

Selain kisah tasik unik itu yang menjadi ikon pelancongan Chad, pada tahun 2008 pengkaji menemui kubur seorang wanita bertubuh kecil dengan dua kanak-kanak yang dipercayai berusia kira-kira 5,000 tahun. Mereka disemadikan bersama hamparan bunga-bungaan.

Peliknya, lengan kurus kanak-kanak tersebut masih 'memeluk' wanita itu seakan-akan pernah berlaku kejadian besar ketika itu.

Paul Sereno dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat dan rakan-rakannya sebenarnya sedang mencari fosil dinosaur di kawasan gurun itu di Niger.

"Kami telah menemui sesuatu yang paling tidak dijangkakan.

"Apabila kami menemui perkara seperti ini di tengah-tengah kawasan gurun ini, kami berasa aneh," katanya.

Kira-kira 200 kubur manusia ditemui dalam usaha pencarian fosil dinosaur di situ pada tahun 2005 dan 2006. Tidak ketinggalan juga tulang haiwan seperti ikan besar dan buaya.

"Di mana sahaja anda pergi, anda akan menemui tulang-tulang haiwan yang tidak mendiami gurun ini.

"Kami mula sedar bahawa kami berada di 'gurun' yang hijau," katanya.

Kubur-kubur tersebut yang tersembunyi di sebalik laluan angin gurun yang panas dipercayai terletak berdekatan tasik pada masa itu.

Dahulu, perubahan orbit matahari menyebabkan angin monsun bertiup jauh hingga ke utara yang membentuk landskap bertasik dan kawasan subur sekali gus menarik kedatangan haiwan dan manusia.

FOSIL ini didakwa berusia 5,000 tahun.


Syurga penternakan

Para pengkaji juga membuat kesimpulan sekitar 10,000 tahun lalu, Gurun Sahara mengalami fasa lembap Holosen Afrika menyebabkan tumbuhan hijau tumbuh subur di benua itu.

Ini mendorong kepada kewujudan kawasan penternakan lembu susu.

Penyelidikan ini berdasarkan gambar yang terdapat pada tembikar dan batu-batu kuno menunjukkan bahawa sekitar 7,000 tahun lalu di Gurun Sahara terdapat lembu, sapi, biri-biri serta kambing.

Lebih meyakinkan apabila terdapat gambar pemerahan susu dan penternak yang sedang mengolah susu untuk dijadikan yogurt, keju dan mentega.

Menurut seorang pakar arkeologi dari Universiti Bristol, Kanada, Julie Dunne, ini berdasarkan hasil analisis pecahan tembikar kuno yang ditemui di Libya.

"Apa yang paling menarik adalah penemuan sebuah kendi yang didapati mengandungi sisa susu. Pakar mengandaikan susu merupakan bahan makanan yang sangat berguna bagi masyarakat zaman prasejarah. Mungkin masyarakat zaman dahulu sudah faham istilah khasiat makanan," kata Dunne.

Tambahnya, aktiviti itu berlaku mungkin disebabkan manusia bermigrasi dari sekitar kawasan Mediterranean ke Mesir yang mendorong penghasilan susu untuk makanan di Afrika Utara.

"Ketika para imigran baru yang datang ke Afrika memulakan penternakan, maka orang pribumi (orang asli Afrika) dengan cepat melihat manfaat luar biasa daripada aktiviti penternakan.

"Anda benar-benar melihat evolusi dalam tindakan dalam jangka waktu yang sangat singkat, hanya 1,000 hingga 2,000 tahun," kata Dunne.

Selain itu, pada tahun 2012 berlaku kejadian salji turun di Bechar, Algeria.

Kejadian selama 24 jam itu membawa salji dan hujan lebat. Malah, salji turut memenuhi jalan dan bangunan di bandar itu.

Apa yang menghairankan, pakar meteorologi sebelum itu meramalkan cuaca baik.

Namun, kejadian itu disambut baik oleh penduduk sekitar kerana salji yang tidak diduga itu dapat membunuh parasit yang terdapat pada pokok kurma sekali gus dapat menghasilkan lebih banyak kurma.

Kejadian sama dikatakan pernah berlaku pada tahun 1979 namun berlaku selama 24 jam sahaja.

Pakar-pakar cuaca agak bingung dengan keadaan ini dan mereka mendakwa ia disebabkan fenomena pemanasan global.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tinggalan pengganas Sulu ditemui

Posted:

Tinggalan pengganas Sulu ditemui

Tinggalan pengganas Sulu ditemui

BEBERAPA orang anggota tentera menjalankan tugas menjejaki musuh dalam Ops Daulat di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah semalam.


LAHAD DATU - Dua laras senapang jenis M1 Garand, enam bilah parang panjang dan lima helai seluar dalam berwarna putih adalah antara pelbagai barangan peribadi milik kumpulan pengganas Sulu yang ditemui sepanjang hampir dua minggu Ops Daulat dijalankan.

Kesemua barangan itu termasuk berpuluh-puluh pakaian celoreng pelbagai warna, but perang dan beg sandang ditemui di beberapa lokasi persembunyian kumpulan pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dekat sini.

Turut ditemui dua kad perakuan tentera milik pemerintah pengganas Sulu di Sabah, Komander Musa yang masing-masing menggunakan nama Habib Musa A. Abdullah dan Gen. Musa A. Abdullah.

Pada kedua-dua kad itu tertera jawatan Musa sebagai Naib Ketua Staf Tentera Diraja Sulu yang berpangkalan di Tawi-Tawi, Filipina.

Komander Musa disahkan mati ditembak dalam pertempuran di Tanjung Batu yang turut mengorbankan 30 lagi pengganas lain pada 7 Mac lalu

Sumber memaklumkan, kesemua barang itu milik pengganas Sulu yang ditemui di dalam beg yang ditinggalkan selepas mereka diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pilihan raya tidak jejas Ops Daulat

Posted:

Pilihan raya tidak jejas Ops Daulat

Pilihan raya tidak jejas Ops Daulat

LAHAD DATU - Gerakan menjejaki pengganas Sulu tetap akan diteruskan di kawasan musuh di sini walaupun pada waktu pilihan raya umum dijalankan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam hal keselamatan, pasukan keselamatan tidak boleh berkompromi dengan apa jua keadaan.

"Tidak kira pilihan raya berlaku dalam masa terdekat ini, kalau kami dikehendaki berada di sini (Lahad Datu), kami akan terus berada di sini," tegasnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau memberitahu, pasukan keselamatan juga tidak pernah menetapkan tempoh dalam menamatkan isu pencerobohan sekumpulan pengganas Sulu di Sabah sejak 12 Februari lalu.

Menurut Hamza, matlamat utama Ops Daulat ketika ini adalah menjejak saki-baki pengganas yang dipercayai tinggal seramai 50 orang selain membersihkan kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan penduduk yang berada dalam gugusan Tanjung Labian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Peruntukan tambahan untuk ATM

Posted:

Peruntukan tambahan untuk ATM

Peruntukan tambahan untuk ATM


NAJIB berbual dengan para pesara pegawai tinggi ATM pada Program Sepetang Perdana Menteri Bersama Para Pesara di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedia meluluskan peruntukan tambahan untuk menaik taraf kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata, berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna di Sabah baru-baru ini, kerajaan akan melakukan penambahbaikan dari segi peralatan, latihan, kemahiran dan perisikan ATM pada keseluruhannya.

"Kita perlu memberi keyakinan kepada rakyat dalam soal kedaulatan wilayah dan keselamatan negara.

"Kita perlu melakukan apa sahaja demi masa depan negara," katanya pada majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri bersama Pesara Pegawai-Pegawai Tinggi ATM di Seri Perdana semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Misi hidup mati

Posted:

Misi hidup mati

Misi hidup mati

PEMAIN-PEMAIN negara berdepan tugas berat untuk mencatat kemenangan ke atas India kerana mempunyai rekod pertemuan yang kurang memberangsangkan.


SEKIRANYA New Zealand menewaskan Australia hari ini, skuad negara pula wajib menundukkan India jika berhasrat mara ke final Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2013 pada 17 Mac ini.

Demikian jelas penolong jurulatih skuad negara, Arul Selvaraj yang berharap Malaysia dapat melangkah ke final buat kali keempat sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1983.

Menurut Arul, keputusan antara pendahulu carta, Australia dan penghuni tangga ketiga, New Zealand juga akan mempengaruhi strategi yang bakal digunakan ketika turun beraksi di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh malam ini.

"Australia dan New Zealand akan menjadi penentu terhadap peluang skuad negara untuk mara ke final, tetapi kami juga mahu mengekalkan rekod cemerlang yang dicatat setakat ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Malaysia tampil dengan aksi memberangsangkan sejak kejohanan ini membuka tirai pada 9 Mac lepas apabila menewaskan Korea Selatan 3-2 pada aksi pembukaan.

Kemudian, anak-anak buah Paul Revington itu melakar kejutan menewaskan New Zealand 2-1 pada perlawanan kedua sebelum terikat 1-1 dengan Australia dan 2-2 ketika menentang Pakistan kelmarin.

Dalam perkembangan lain, Arul turut memberitahu bahawa barisan pemain skuad negara kini berada pada tahap terbaik, dan semua pemain dapat diturunkan pada aksi kelima itu.

"Memang ada pemain yang cedera iaitu Muhammad Razie Abd. Rahim tetapi kecederaan buku lali kanannya itu tidak terlalu serius, dan dia boleh diturunkan pada aksi menentang India nanti.

"Buat masa ini, senarai pemain yang akan beraksi tidak akan berubah, kami akan menurunkan pemain-pemain utama seperti biasa kerana kami tidak mahu kalah," ujar Arul.

India antara pencabar yang sukar untuk dihadapi skuad negara kerana pasukan itu sering menjadi penghalang kepada Malaysia untuk mara ke final PSAS sebelum ini.

Untuk rekod, Malaysia pernah menewaskan India pada edisi 2010, namun skuad negara gagal mengulangi kemenangan itu pada kempen 2011 dan 2012.

Pasukan kebangsaan juga pernah tewas kepada India pada aksi final PSAS edisi 2009.

ACC: Skuad lebuh raya kehilangan rentak

Posted:

ACC: Skuad lebuh raya kehilangan rentak

ACC: Skuad lebuh raya kehilangan rentak


IRWANDIE kecewa selepas gagal membantu skuad negara meraih pingat.


NEW DELHI - Malaysia terus kehilangan rentak dalam acara lebuh raya pada Kejohanan Lumba Basikal Asia 2013 (ACC).

Selepas tiga hari acara tersebut berlangsung di Litar Antarabangsa Buddha, New Delhi yang juga venue perlumbaan kereta Formula Satu (F1), kem Malaysia terus menanti pingat sulung pada ACC kali ini.

Dalam acara lepas beramai-ramai lelaki remaja yang meliputi jarak sejauh 99.4 kilometer (km) semalam, empat pelumba negara, Irwandie Lakasek, Abdul Aziz Mohd. Zahit, Mohd. Afiq Huznie Othman dan Mohd. Izzat Hilmi Abdul Jalil gagal menjejakkan kaki di podium.

Acara tersebut dimenangi pelumba Kazakhstan, Yerlan Pernebekov yang merakamkan masa 2 jam 18 minit 12 saat manakala rakan senegaranya, Dmitriy Rive meraih pingat perak.

Pelumba Jepun, Saya Kuroeda pula menyambar pingat gangsa dengan catatan masa 2:19:30s.

Irwandie tampil sebagai pelumba terbaik negara apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 diikuti Mohd. Izzat (ke-23) dan Mohd. Afiq Huznie (ke-27).

Nasib malang menimpa Abdul Aziz apabila gagal menamatkan perlumbaan selepas mengalami masalah kekejangan di bahagian perut ketika saingan berbaki dua pusingan.

Mengulas mengenai prestasinya pada perlumbaan semalam, Irwandie berkata, dia masih ada sebab untuk berpuas hati biarpun gagal mencapai sasaran menjejakkan kaki di podium kemenangan.

"Walaupun tidak berada di podium, saya tetap gembira kerana dapat menamatkan perlumbaan. Saya sudah cuba untuk sekurang-kurangnya menduduki tempat ketiga, tetapi masih gagal menyaingi barisan pelumba di hadapan saya.

"Apa pun, saya tetap berpuas hati dengan prestasi saya hari ini (semalam)," kata Irwandie yang berjaya merangkul pingat emas dalam acara scratch dan gangsa (kejar mengejar berpasukan lelaki) pada ACC kali ini.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, dia mula mengalami masalah kekejangan di bahagian perut ketika perlumbaan memasuki pusingan kelima.

"Pada mulanya, saya cuba untuk meneruskan perlumbaan tetapi lama kelamaan, saya sudah tidak dapat menahan kesakitan tersebut.

"Saya agak kecewa kerana gagal menamatkan perlumbaan kerana sasaran saya adalah untuk berada di podium tetapi keadaan tidak mengizinkan (untuk saya menamatkan perlumbaan)," katanya.

Bagi acara lepas beramai-ramai wanita remaja sejauh 71km, barisan pelumba negara turut gagal menyambar sebarang pingat.

Aimi Iwasaki Mohd. Moritoshi tampil sebagai pelumba pertama negara yang melintasi garisan penamat apabila menduduki tempat ke-20 dengan catatan masa 1:54:45s.

Ia diikuti Noor Azian Maslin Sazali yang meraih tempat ke-21 (1:57:40s) dan Siti Aisyah Alias di tempat ke-22 (2:04:02s).

Bagaimanapun, Farina Shawati Mohd. Adnan yang juga pemenang pingat gangsa acara pecut (trek) gagal menamatkan perlumbaan kerana masalah keletihan.

Pelumba Hong Kong, Pang Yao muncul juara selepas mencatatkan masa 1:48:12s.

Pelumba Jepun, Kiyoka Sakaguchi meraih pingat perak dengan catatan 1:49:51s manakala Razan Soboh yang merekodkan catatan masa yang sama, merangkul pingat gangsa.

Mutu pengadilan dipersoalkan

Posted:

Mutu pengadilan dipersoalkan

Mutu pengadilan dipersoalkan

KUALITI pengadilan dalam Liga Super yang sedang berlangsung sekarang, mula mendapat kritikan daripada beberapa pasukan sejak kebelakangan ini.

Untuk mengelak segala kelemahan daripada berterusan, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dijangka melakukan perubahan ekoran beberapa cadangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak berkenaan.

Perubahan tersebut bertujuan untuk meningkatkan mutu pengadilan agar ia dilihat lebih profesional dan efisen.

Pengadil juga digesa untuk bertindak tegas kepada pemain yang secara sengaja mencetuskan kekacauan yang boleh menjurus kepada situasi yang tidak diingini yang berlaku.

Pada aksi Liga Super baru-baru ini, berlaku sedikit kekecohan yang menyaksikan pemain, pegawai dan peminat membaling kerusi ke dalam padang ketika perlawanan masih berlangsung.

Penggunaan peralatan komunikasi antara pegawai perlawanan, penolong pengadil dan pegawai teknikal, pengurangan pemberhentian masa dan toleransi sifar ke atas keselamatan pemain, adalah antara syor yang diterima daripada pengurus pasukan dan pengadil pada sesi percambahan minda anjuran KRM baru-baru ini.

"Sesi dialog tersebut menemui objektifnya, dan kami menerima maklum balas positif daripada semua pengurus pasukan dan pengadil mengenai kaedah untuk memperbaiki mutu pengadilan serta kelakuan pemain sewaktu perlawanan berlangsung," kata Penyelaras Pengadil KRM, Abdul Hamid Mohd. Sauh yang menyelaraskan mesyuarat tersebut.

Abdul Hamid menambah bahawa cadangan itu akan dibawa ke majlis KRM untuk diperhalusi secara serius, khususnya isu-isu yang dibangkitkan dan dilaksanakan pada peringkat saingan suku akhir atau lebih awal daripada itu.

"Isu yang paling menarik adalah berkenaan pemberhentian masa. Kami melihat banyak perlawanan yang diberhentikan masa sepanjang perlawanan atas pelbagai kesalahan, dan ini bukan hanya memanjangkan tempph perlawanan tetapi menjadikannya bosan."

Sementara itu, perlawanan Liga Super hujung minggu ini akan menampilkan pertembungan antara pasukan gergasi. Juara bertahan, Cobra akan berdepan Serdang Angels, di padang Universiti Putra Malaysia hari ini manakala Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) akan beradu kekuatan dengan Keris Conlay esok.

Cobra kini mendahului Kumpulan A dengan 14 mata diikuti Serdang Angels (13), ASAS (8), Bandaraya Dragon (8), RMR Warriors (7) dan Kelab Diraja Selangor (3).

Pertembungan antara Cobra dengan Serdang Angels bakal menjadi aksi tumpuan hari ini dengan jurulatih Cobra, Mohd. Romli Saad mendedahkan bahawa dia melihat Angels yang menampilkan pemain muda pasti akan memberi tentangan sengit.

Dalam Kumpulan B, SSTMI yang berpangkalan di Johor dan Keris Conlay, kini masing-masing memiliki 13 mata selepas tiga perlawanan, namun SSTMI unggul dengan kelebihan jaringan.

Negeri Sembilan Wanderers di tempat ketiga dengan sembilan mata diikuti UiTM Lions (4), JLJ (3) manakala RMAF Blackhawks, pasukan yang digeruni dalam kancah ragbi Malaysia suatu ketika dulu, terperosok di tangga keenam dengan dua mata.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kraf tangan kayu dari Temerloh

Posted:

Kraf tangan kayu dari Temerloh

Kraf tangan kayu dari Temerloh

Oleh MAZNAH ABU BAKAR

TERDAPAT pelbagai jenis motif ukiran moden dihasilkan antaranya bunga pekan, paku pakis dan ketumbit.


KEASLIAN serta keunikan seni kraf tangan kayu yang diwarisi sejak turun-temurun adalah aset negara yang tidak ternilai harganya. Warisan seni itu mencabar kreativiti pembuatnya daripada pemilihan kayu, memotong dan mengukir sehingga menjadi kraf seni yang serba indah.

Hasil rimba berasaskan kayu tersebut mempunyai pelbagai kegunaan daripada perabot, produk hiasan sehinggalah hadiah cenderamata.

Usahawan kraf

Warisan Craft Wood merupakan salah sebuah bengkel usahawan kraf di bawah program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) Pahang.

Menerima sambutan yang menggalakkan, bengkel kraf tangan terletak di Kampung Darat Sanggang, Temerloh itu menghasilkan pelbagai jenis ukiran yang eksklusif dan menarik.

Pemilik Warisan Craft Wood, Rohani Md. Piah yang juga penolong pengurus bengkel berkenaan berjaya menjalankan perniagaan kraf tangan berasaskan kayu rimba itu sejak 13 tahun lalu.

Bersama suaminya Mohamad Mat Nor, yang juga pengurus bengkel itu, mereka mengendalikan operasi harian bengkel berkenaan bersama-sama enam pekerja.

Malah, menariknya pasangan itu dipilih oleh kerajaan negeri untuk mempromosikan hasil ukiran congkak sempena pameran kraf tangan di Gedung Harrods, London, United Kingdom pada tahun 2006.

Bukan mudah menceburi bidang ukiran itu kerana ia memerlukan minat dan semangat yang tinggi di samping kemahiran si pengukir, jelas Rohani yang amat menitikberat ketelitian dalam setiap rekaan mengikut gaya dan penataan.

Bagi Rohani, kerjaya dalam bidang pendidikan menjadi impiannya sejak di bangku sekolah. Setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia cawangan Pahang, sejak itulah minatnya dalam bidang kraf kayu mula bercambah.

Pada peringkat awal, Rohani menggunakan kemahirannya dengan menerima tempahan membuat kerusi dan meja sekolah.

Berbekalkan semangat dan kesungguhan, beliau kemudian berjaya membuka bengkel sendiri pada tahun 2001 dengan modal sebanyak RM1,500 di samping bantuan mesin dari Kraftangan Malaysia.

Kekayaan hutan rimba negeri Pahang, tidak menyukarkan Rohani mendapat bekalan kayu daripada pembekal di sekitar kawasan berhampiran.

Antara jenis kayu yang diperlukan untuk membuat ukiran di bengkelnya ialah cengal, balau, merbau, mempisang dan nyatoh.


ROHANI memulakan perniagaan bengkelnya dari bawah dan kini mendapat tempahan dari seluruh negara.


Motif tradisional dan moden

Motif tradisional menjadi pilihan utama Rohani dalam mengekalkan ciri-ciri eksklusif di bengkel antaranya motif bunga pekan, matahari, kenanga, ketam guri, ketumbit dan paku pakis.

Produk ukiran yang dihasilkan adalah hiasan seni bina rumah, hiasan taman, set kerusi kayu, panel, ukiran mimbar, gazebo, rostrum, pergola, pagar dan sebagainya berdasarkan permintaan pelanggan serta inisiatif sendiri.

Sementara itu motif kontemporari yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan era moden seperti motif harlicornia, daun buluh dan tangkai padi.

Ukiran berasaskan motif moden itu sering dibuat pada panel ukiran, set kerusi kayu, pemidang dan hiasan dinding mengikut tempahan yang diterima.

Pameran produk

Bagi mengelak pembaziran kayu lebihan, Rohani menggunakannya untuk menghasilkan kraf tangan bersaiz kecil seperti rantai kunci, penanda buku, pelbagai cenderamata dan ukiran ayat-ayat bentuk kaligrafi.

Rohani turut menyertai pameran yang dianjurkan oleh agensi kerajaan seperti Kraftangan Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dalam memperkenalkan kraf tangan berasaskan kayu dari bengkelnya.

Hasil ukiran beliau turut mendapat sambutan yang menggalakkan terutama dalam kalangan penggemar kraf tangan dari Singapura yang menggemari ukiran bekas telur untuk majlis perkahwinan, rehal al-Quran, dulang hantaran dan bakul hamper.

Hari Kraf Kebangsaan yang berlangsung mulai 27 Februari hingga 11 Mac lalu juga memberi peluang kepada Rohani untuk mempamer dan menjual hasil krafnya kepada orang ramai.

Dalam usahanya memartabatkan warisan seni ukiran kayu hingga ke peringkat global, Rohani turut menjadi tenaga pengajar kraf tangan di Kraftangan Malaysia cawangan Pahang dan Lembaga Perkayuan Malaysia (MTIB) bagi melahirkan tenaga mahir generasi akan datang. –Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Penasihat Jamalul Kiram tidak beri keterangan

Posted:

Penasihat Jamalul Kiram tidak beri keterangan

Penasihat Jamalul Kiram tidak beri keterangan

SEKUMPULAN penunjuk perasaan membakar poster Presiden Filipina, Benigno Aquino III yang memakai bendera Malaysia dan Amerika Syarikat di depan Kedutaan Malaysia di Manila semalam.


MANILA - Jurucakap keluarga pemimpin puak pengganas Sulu, Abraham Idjirani gagal untuk hadir ke Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) selepas dia menerima saman untuk hadir bagi memberi keterangan dalam siasatan berhubung konspirasi pencerobohan di Sabah.

Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Pastor Boy Saycon yang merupakan penasihat kepada Jamalul Kiram III turut tidak hadir selepas saman tersebut dikeluarkan.

Kedua-dua mereka telah menghantar surat tunjuk sebab kepada NBI kerana tidak hadir.

Saycon yang dipanggil oleh NBI pada Selasa lalu berkata, tiada seorang pun ahli keluarga Jamalul Kiram akan pergi ke NBI untuk memberi keterangan walaupun mereka telah dipanggil.

Hanya penyampai radio, Waldy Carbonell hadir ke NBI untuk memberi keterangan.

Bagaimanapun, Carbonell menafikan penglibatannya dalam konspirasi di Sabah.

Dia mendakwa hanya mengetahui kehadiran para pengikut Jamalul Kiram di Lahad Datu, Sabah selepas dua hari mereka meninggalkan Sulu.

Carbonell mengaku dia merupakan rakan rapat dan penyokong Jamalul Kiram.

Bagaimanapun, dia menegaskan tidak pernah memberi sebarang nasihat mengenai rancangan untuk mengambil alih Sabah.

Pada Selasa lalu, sepina dikeluarkan NBI kepada Jamalul Kiram dan beberapa ahli keluarganya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terdapat konspirasi dalam krisis pencerobohan di Sabah.

Namun, pihak NBI telah menarik balik sepina itu dan hanya Idjirani diminta tampil bagi mewakili pihak keluarga itu.

Isu pencerobohan itu berlaku selepas sekumpulan lelaki bersenjata yang merupakan pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu pada 12 Februari lalu.

Pencerobohan itu menyebabkan berlakunya pertempuran antara kumpulan keselamatan Malaysia dengan para pengikut itu. - Agensi

Tiga maut di selatan Thai

Posted:

Tiga maut di selatan Thai

Tiga maut di selatan Thai

SEBUAH kren digunakan untuk mengangkat trak yang musnah akibat letupan bom di daerah Ruso, Narathiwat semalam.- AFP


NARATHIWAT - Satu letupan kuat bom tepi jalan meragut nyawa tiga anggota polis di selatan Thailand semalam, kata seorang jurucakap tentera.

Serangan terbaharu itu berlaku dua minggu menjelang rundingan damai pihak berkuasa Thai dengan gerila Barisan Revolusi Nasional (BRN) berlangsung di Malaysia.

Bom seberat 90 kilogram yang disembunyikan di kaki sebuah jambatan di daerah Ruso, di Narathiwat.

Ia kemudian diletupkan ketika trak yang membawa anggota-anggota peronda polis melalui jambatan tersebut.

Letupan kuat menyebabkan tiga anggota polis itu terbunuh manakala seorang lagi hilang selepas terjun ke dalam sungai manakala trak berkenaan musnah.

Mengesahkan kematian mereka, jurucakap tentera selatan negara ini, Kolonel Pramote Promin berkata, serangan dipercayai dilakukan oleh gerila-gerila yang menentang dialog damai yang akan diadakan di Malaysia pada 28 Mac ini.

"Terdapat anggota-anggota pemisah yang tidak bersetuju ketua mereka menyertai proses damai itu. Justeru, mereka cuba mencetuskan lebih banyak kekacauan," katanya.

Penentangan kerana menuntut autonomi lebih besar meletus di beberapa wilayah di selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia sejak sembilan tahun lalu.

Kejadian tembakan dan pengeboman berlaku hampir setiap hari di selatan negara ini. - Agensi

Polis Indonesia tembak mati tiga militan

Posted:

Polis Indonesia tembak mati tiga militan

Polis Indonesia tembak mati tiga militan


SEJUMLAH penduduk mengerumuni lokasi sebuah pondok yang mengandungi bahan letupan dan senjata di Bekasi semalam.-AP


JAKARTA - Polis Indonesia menembak dan membunuh tiga suspek militan dan menangkap empat yang lain dekat sini, kata pihak berkuasa semalam.

Pihak berkuasa turut merampas 12 butir bom buatan sendiri dan sejumlah senjata lain daripada sebuah kumpulan tersebut yang disyaki merancang melakukan keganasan di sebuah pondok di Bekasi.

Dua lelaki berkenaan melawan apabila polis cuba menangkap mereka di barat bandar raya ini berhubung kes rompakan sebuah kedai barangan kemas.

Jurucakap Polis Nasional, Brigedier Jeneral Boy Rafli Amar berkata, pihak berkuasa menembak mati seorang lelaki berkenaan.

Menurutnya, hasil soal siasat ke atas suspek kedua menyebabkan maklumat diperolehi bahawa tujuan itu adalah untuk membiayai aktiviti keganasan.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis menyerbu lima lagi anggota kumpulan itu kelmarin.

Menurut Rafli, dua lelaki itu ditembak mati selepas mereka mengacukan senjata api ke arah polis manakala tiga yang lain telah ditangkap.

Dalam serbuan tersebut, polis merampas lebih satu kilogram barangan kemas diperbuat daripada emas, lima senjata api buatan sendiri dan 14 bom paip.

Polis kini menyiasat sama ada kumpulan tersebut terlibat dengan aktiviti keganasan. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tarikan pada ramai aktres

Posted:

Tarikan pada ramai aktres

Tarikan pada ramai aktres

BUTLER telah dikaitkan dengan banyak wanita, dan semua wanita tersebut menganggap dia mempunyai tarikan tersendiri.


BARU-BARU ini, termometer Hollywood panas dengan pengakuan seorang bintang The Real Housewives of Beverly Hills, Brandi Glanville, yang mendakwa ditiduri oleh aktor terkenal Gerard Butler.

Menerusi rancangan televisyen Watch What Happens Live, Brandi mendedahkan, hero filem The Ugly Truth itu merupakan satu-satunya aktor paling terkenal pernah menidurinya.

Brandi juga mengakui kehebatan Butler di ranjang dan memberitahu, prestasi aktor kelahiran Scotland itu adalah menjangkaui 11 daripada 10 markah.

Apabila paparazi bertanya akan hal itu (pendedahan Brandi) kepada Gerard, dia hanya menunjukkan reaksi terkejut dengan mengatakan: "Siapa itu Brandi Glanville?".

Akur dia perlu memberi kenyataan berhubung pendedahan Brandi itu, akhirnya Gerard mengakui melalui satu malam bersama aktres tersebut tetapi tidak mengenali wanita itu sebenarnya seorang pelakon ketika ditemubual oleh penyampai radio, Howard Stern.

"Saya mengenalinya (Brandi) di sebuah pesta pantai dan melalui saat-saat yang menyeronokkan bersamanya," jelasnya.

Mengulas mengenai kenyataannya kepada paparazi yang mendakwa dia tidak mengenali Brandi, ujar Butler, dia sebenarnya tidak mengetahui nama terakhir aktres itu malah tidak tahu Brandi itu sebenarnya seorang pelakon.

Ungkapnya dengan perasaan sedikit marah kepada Howard lagi: "Saya tidak sangka dia akan memberitahu semua orang mengenai perkara ini! (tidur bersama)".

Sebelum ini, Butler banyak dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktres-aktres popular termasuk Jennifer Aniston, Jessica Biel, Reese Witherspoon, Cameron Diaz dan Naomi Campbell.

Dia kini didakwa menjalin hubungan dengan aktres dan juga model, Madalina Ghenea. Hubungannya bersama Madalina dikatakan sudah berlangsung selama lapan bulan dan khabarnya pasangan itu akan bertunang tidak lama lagi.

Sering tercedera

Di luar kehidupan peribadinya, aktor tersebut merupakan seorang pelakon yang tahan lasak.

Aktor yang sering berlakon dalam filem aksi itu mengakui, melakukan kesemua lagak ngeri yang diminta pengarah dalam filem lakonannya.

"Saya gembira kerana dapat melakukan aksi lagak ngeri sendiri. Ia rasa berbeza dan puas apabila kita dapat melakukan lagak ngeri sendiri tanpa bantuan daripada pelakon lagak ngeri," jelasnya yang turut melakukan lagak ngeri untuk filem terbaharunya iaitu Olympus Has Fallen.

Biarpun, dia seorang pelakon yang sering membawa peranan lasak seperti wataknya dalam filem 300 sebelum ini sebagai King Leonidas, tetapi dia tidak kebal.

Butler pernah ditimpa kemalangan ketika menjayakan watak peluncur air legenda, Frosty Hesson dalam filem Chasing Mavericks pada tahun 2011.

Ketika menjalani satu babak meluncur dalam filem itu, dia tidak bernasib baik apabila dipukul ombak besar dan mengalami kecederaan. Akibatnya, dia terpaksa dikejarkan ke hospital.

"Saya tiada pengalaman langsung dalam aktiviti meluncur air. Selepas kejadian itu saya rasa ombak agak menakutkan," luahnya.

Ujar Butler lagi: "Saya sedar bila perkara itu berlaku (kecederaan padanya), ramai orang yang berkata, Oh dia dipukul ombak dan lututnya tercedera, tetapi sebenarnya kecederaan yang saya alami agak serius," jelasnya.

Butler memberitahu, peluncur profesional iaitu Zach Wormhoudt, yang turut meluncur pada hari yang sama dia jalani penggambaran, juga dipukul ombak yang sama.

Sebenarnya, kecederaan Butler bukan hanya berlaku ketika penggambaran filem itu sebaliknya aktor itu sering mengalami kecederaan di set-set penggambarannya. Begitupun, Butler mengakui, insiden di set penggambaran filem tersebut adalah yang paling mengerikannya.

"Saya pernah mengalami kemalangan kereta, saya juga pernah tercedera sewaktu merempuh atap rumah, pernah juga tercedera dihentak oleh pelbagai peralatan dan saya hampir pernah kehilangan mata kerana tercedera dalam penggambaran," kongsinya.


SELAIN berbakat sebagai pelakon, Butler juga mampu menyanyi dengan baik.


Belajar guaman

Mengenalinya, anak bongsu daripada tiga beradik itu dilahirkan di Paisley, Scotland.

Merupakan anak kepada pasangan Margaret dan Edward, ketika berusia 18 bulan, kedua ibu bapanya bercerai. Butler kemudian tinggal bersama ibunya dan mendaftar di sekolah tinggi di Paisley.

Di sekolah, Butler merupakan pelajar yang bijak dan sering memperoleh pencapaian cemerlang. Dia juga seorang yang aktif dan pernah menyandang jawatan pengawas dan ketua pengawas di sekolahnya.

Tidak hanya cemerlang dalam pelajaran, Butler juga aktif di bidang teater sekolahnya.

Butler kemudiannya mendapat tempat belajar jurusan undang-undang di Universiti Glasgow.

Setelah berpisah dengan bapanya dan tinggal bersama ibunya selama 16 tahun, akhirnya dia bertemu semula dengan bapanya di sebuah restoran di Glasgow.

Semasa pertemuan itu, kerana tidak dapat membendung rasa sedih dan rindu terhadap bapanya, dia menangis sehingga beberapa jam.

Jelasnya: "Emosi itu memberitahu berapa lama ia sudah tersimpan di dalam hati saya. Kesakitan dan kesedihan yang anda tidak tahu sehingga ia dilepaskan".

Butler kemudiannya menjadi rapat dengan bapanya dan dalam masa yang sama dia meneruskan pengajiannya di Universiti Glasgow serta menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Undang-Undang. Dia juga menyanyi untuk sebuah band rock di universitinya yang diberi nama Speed.

Ketika usianya 22 tahun, bapanya menderita sakit kanser dan akhirnya meninggal dunia. Tidak dapat menerima hakikat itu, hidup Butler menjadi tidak terkawal.

Setelah tamat pengajian, Butler telah mendapat tawaran sebagai peguam pelatih di sebuah firma undang-undang di Edinburgh. Walau bagaimanapun, gaya hidupnya yang kekal tidak terkawal dan dia sering datang lewat akibat suka berpesta menyebabkan dia dipecat.

Semasa berusia 25 tahun, Butler berpindah ke London untuk mencuba nasib menjadi bintang filem.

"Apabila saya berhijrah, saya tidak tahu tujuan utama saya tetapi apa yang pasti saya ingin menjadi terkenal," ujarnya yang kini merupakan salah seorang aktor terkenal Hollywood termasuk Tom Cruise, Brad Pitt, Johnny depp, Bradley Cooper dan Leonardo Dicaprio.

Yuka percaya pada rezeki

Posted:

Yuka percaya pada rezeki

Yuka percaya pada rezeki

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL

YUKA menggunakan masa selama lima tahun untuk mempersiapkan diri menjadi penyanyi.


SEJAK terkeluar daripada program realiti Indonesian Idol musim kelima pada tahun 2008, semangat Yuka Kharisma tidak pernah luntur untuk mengecapi kejayaan dalam bidang nyanyian.

'Percutian' hampir lima tahun yang dilalui oleh Yuka digunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki diri.

Beritahu wanita berusia 25 tahun ini, dia menganggap dirinya belum punya rezeki dalam bidang seni, akan tetapi ingin terus berusaha sebaik mungkin.

"Ramai juga peminat yang bertanya kepada saya bila mahu lancarkan single mahupun album. Bagaimanapun, ketika itu saya rasa belum lagi punya rezeki.

"Saya manfaatkan waktu cuti saya itu untuk menjalani latihan vokal bagi memantapkan lagi kualiti vokal saya.

"Selain itu, saya juga sempat menghasilkan sendiri empat buah lagu. Antara judulnya ialah Jatuh Cinta, Pulang, Bukan Dia serta Mati Rasa dan ia bakal dimuatkan dalam album saya kelak," jelas Yuka yang ditemui ketika mengadakan sesi bergambar yang bertempat di Cosry Couture, Bangsar, Kuala Lumpur.

Akan tetapi, sebelum melancarkan album, Yuka bagaimanapun telah memilih langkah selamat dengan mempromosikan dua buah single di Malaysia dan negara kelahirannya, Indonesia.

Apa yang boleh dibanggakan, dua buah single Yuka yang berjudul Kita Harus Percaya serta Ku Bersedia tersebut telah digubah oleh dua orang komposer terkenal iaitu Pay dan Dewiq.

Yuka bukan sahaja berkolaborasi dengan komposer Indonesia, malah, dia juga telah mendapat kepercayaan untuk membawakan lagu yang digubah oleh komposer tempatan iaitu Azlan Abu Hassan.

"Saya juga ingin mengambil peluang untuk berkolaborasi dengan komposer Malaysia. Antara banyak lagu yang dihantar, pihak Mentari Management merasakan komposer Azlan Abu Hassan mempunyai lagu yang sesuai dengan diri dan suara saya.

"Saya telah pun habis rakaman bersamanya beberapa hari lepas di mana judul single yang dihasilkan itu berjudul Dengan Tiada Luka," bicara Yuka teruja ingin menantikan respon daripada peminat Malaysia terhadapnya.

Apapun, beritahu Yuka, dia berharap peminat di Malaysia akan memberikan peluang kepadanya.

Apa yang boleh dikatakan, ternyata Yuka mempunyai alunan vokal yang baik yang mana ia mampu untuk membawa anak kelahiran Aceh ini ke tahap yang lebih tinggi dalam industri muzik kelak.

Zizan mahu kahwin tahun depan

Posted:

Zizan mahu kahwin tahun depan

Zizan mahu kahwin tahun depan

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

IBU Zizan mengakui akan menerima sesiapa sahaja gadis yang menjadi pilihan anak kesayangannya ini untuk dijadikan isteri.


SETAKAT ini pencapaian pelakon dan pelawak Mohd. Razizan Abdul Razak atau Zizan dalam bidang seni cukup membanggakan dengan pelbagai rentetan kejayaan yang telah diraihnya.

Bakal mencecah usia 29 tahun pada 15 April ini, pastinya ramai peminat yang tertanya-tanya bilakah artis kegemaran mereka ini bakal menamatkan zaman bujang setelah pernah digosipkan dengan beberapa artis seperti Juliana Evans dan Nora Danish.

Ikuti temu bual bersama Zizan yang ditemui pada majlis bertemu peminat yang diadakan Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Seorang wanita yang sungguh istimewa di hati Zizan menemaninya pada majlis tersebut – tidak lain dan tidak bukan ibunya, Anai Ibrahim.

Kosmo!: Tidak lama lagi usia Zizan sudah menjangkau 29 tahun. Adakah anda tidak pernah terfikir mahu mendirikan rumah tangga?

ZIZAN: Bukan tidak pernah terfikir ke arah itu, cuma buat masa ini saya lebih selesa untuk menumpukan sepenuh masa kepada kerjaya. Apatah lagi dengan jadual yang agak padat membuatkan saya kurang mengambil berat tentang perkahwinan.

Adakah Zizan meletakkan sebarang sasaran untuk berkahwin dalam tempoh tertentu?

Secara terus terang saya mahu berkahwin pada tahun hadapan apabila usia saya menjangkau 30 tahun. Bagaimanapun, sehingga kini saya masih belum jumpa gadis yang sesuai untuk menjadi teman hidup saya.

Adakah Zizan meletakkan sebarang kriteria tertentu untuk memilih calon isteri?

Biarpun saya pernah digosipkan bercinta dengan beberapa pelakon cantik, tidak semestinya kecantikan menjadi pilihan utama saya memilih seseorang gadis sebagai isteri.

Saya tidak kisah sangat tentang paras rupa kerana kriteria yang paling penting adalah keserasian. Selain itu, gadis berkenaan perlu menghormati keluarga dan memahami kerjaya saya.

Apakah perkembangan kerjaya terbaharu Zizan?

Buat masa ini, saya sedang menjalani penggambaran filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof berjudul, Abang Long Fadil bergandingan dengan pelakon hebat seperti Aaron Aziz dan Soffi Jikan.

KOSMO! juga tidak ketinggalan menemubual ibu Zizan. Berikut sedutan temu ramah bersamanya.

Kosmo!: Bagaimanakah dengan harapan puan setelah melihat kejayaan Zizan sekarang?

ANAI: Sebagai ibu, sudah tentu saya sangat gembira dan berbangga dengan kejayaannya. Sebelum ini saya memang tidak menjangka sama sekali dia akan bergelar seorang artis.

Dengan kejayaannya itu, kini saya cuma amat berharap agar dia segera mendirikan rumah tangga. Tentang calon isteri pula saya serah semua kepada Zizan dan saya akan bersetuju dengan sesiapa sahaja pilihannya.

Adakah puan pernah mendesak Zizan supaya dia cepat-cepat berkahwin?

Saya tidaklah terlalu mendesaknya sangat, cuma saya ada bertanya bila lagi dia mahu berkahwin. Namun begitu, dia cuma menjelaskan mahu memberi tumpuan kepada kerjaya terlebih dulu.

Apakah pandangan puan terhadap hubungan Zizan dan Juliana Evans?

Setahu saya mereka berdua tidak lebih daripada teman biasa, malah Zizan menyatakan bahawa Juliana merupakan seorang teman yang baik.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved