Sabtu, 9 Mac 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Landak ubat mujarab

Posted:

Landak ubat mujarab

Landak ubat mujarab

ANAK landak akan diasingkan daripada ibunya pada umur dua bulan bagi membolehkan proses pembiakan berlaku semula.


LANDAK raya atau Hystrix brachyura merupakan sejenis mamalia berbulu keras di seluruh bahagian badan.

Bulu landak yang sering digambarkan sebagai duri beracun pula merupakan mekanisme pertahanan landak.

Di sebalik keupayaan melepaskan duri, landak sebenarnya mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri, landak akan mengembangkan bulu kerasnya sehinggakan seluruh tubuh mamalia itu kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras terpacak.

Sesetengah landak bertindak menyerang pemangsa, menyebabkan durinya boleh tercucuk kepada pemangsa tersebut tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga spesies landak yang mempunyai bulu lembut seperti Trichys lipura di Borneo.


SEEKOR landak mempunyai 30,000 batang duri yang digunakan sebagai alat pertahanan sekiranya ia diserang.


Penyembuh luka

Daging landak yang berprotein tinggi, lembut, tidak mengandungi lemak dan kurang serat menjadikan ia semakin diminati penggemar makanan eksotik.

Malah, peratusan protein daging landak raya sama dengan daging lembu dan kambing selain mengandungi asid amino yang tinggi dianggap ubat mujarab untuk proses penyembuhan luka.

Menyedari hakikat itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sejak tahun 2005 giat menjalankan program pembiakan baka landak raya secara komersial.

Program berkenaan turut memberi nilai tambah kepada usaha memperkukuhkan keperluan penggunaan spesies ini selain memberi impak besar pada bilangan populasi hidupan liar dalam kurungan melalui sistem pembiakan teratur dan aplikasi teknologi pembiakan terkini.

Projek penternakan komersial menambahkan bekalan landak untuk pengusaha restoran daging haiwan eksotik itu yang semakin banyak susulan mendapat permintaan ramai.

Selain Malaysia, landak dalam spesies Rodentia keluarga Hystricidae itu turut ditemui di tenggara China, Hainan, Nepal dan negara Indo-China (Vietnam, Kemboja dan Laos).

Di Malaysia, terdapat tiga spesies yang biasa ditemui iaitu landak raya (Hystrix brachyura), landak nibong/ landak batu (Atherurus macrourus) dan landak padi (Trichys fasciculate).

Landak raya selalunya ditemui di kebun, kawasan ladang dan dusun buah-buahan serta hutan tetapi populasinya agak berkurangan ketika ini selain sukar untuk menangkap atau memburu landak raya ini.

Dalam keadaan liar, landak raya biasanya akan membina terowong dalam tanah dan lubang pada banir pokok sebagai tempat tinggal. Terowong yang dibina itu pula biasanya mempunyai beberapa lubang keluar. Haiwan ini lebih aktif pada waktu malam dan balik ke sarang pada waktu subuh.


SETIAP landak akan ditandakan dengan cip khas untuk tujuan pengenalan ketika berumur dua bulan.


Harga mahal

Menurut Pengarah Perhilitan Selangor, Rahim Ahmad, projek pembiakan komersial landak raya dijalankan di Pusat Penyelamat Spesies Hidupan Liar Sungai Tengi (PPSHL Sungai Tengi), Kuala Kubu.

"Selain menyelamatkan spesies ini, PPSHL Sungai Tengi bertanggungjawab menternak baka landak raya untuk dijual kepada penternak komersial selain memberikan khidmat nasihat.

"Sehingga kini, pusat ini sudah menternak 220 ekor landak dengan 110 baka (50 pasang) manakala 80 ekor sudah dijual kepada penternak komersial dengan harga RM200 seekor," ujarnya.

Rahim memberitahu, masalah utama dalam penternakan pembiakbakaan landak raya adalah untuk mendapatkan pasangan landak yang serasi. Haiwan ini sangat cerewet memilih pasangan selain susah untuk serasi antara satu sama lain.


LANDAK raya diberi makanan seperti keledek, betik, timun, sengkuang dan labu.


"Untuk itu, kita akan pasangkan landak bagi melihat keserasian dan jika tidak serasi, ia akan bergaduh sehingga membawa kepada luka yang menjadi punca utama jangkitan penyakit.

"Tempoh bunting haiwan ini adalah selama tiga bulan dan induk bunting boleh melahirkan sehingga empat anak. Bagaimanapun, kebiasaannya melahirkan seekor hingga dua ekor anak, namun pernah direkodkan melahirkan sehingga tiga anak," tambahnya.

Jelasnya, berat seekor landak raya ialah 340 hingga 370 gram semasa dilahirkan dan menyusu sehingga umur 100 hari tetapi pada umur 10 hingga 14 hari ia sudah mula makan pepejal.

"Bagi tujuan pembiakbakaan, anak landak akan diasingkan daripada ibunya pada usia dua bulan bagi membolehkan ibunya membiak lagi. Ukuran seekor landak raya dewasa ialah 51.5 hingga 85 sentimeter dan berat di antara empat hingga 10 kilogram (kg).

"Setakat ini, berat sebanyak 24kg pernah direkodkan di dalam kurungan dan peratus berat badan seekor landak raya yang sudah dibersihkan ialah 60 hingga 66 peratus (daging)," beritahu beliau.

Ujarnya, mengikut kajian yang dijalankan, seekor landak raya mempunyai 30,000 duri untuk mengelak daripada musuh dan jika terlampau agresif, duri tersebut boleh tertembak dengan sendirinya tetapi ia tidak boleh pergi jauh selain berpotensi untuk dijadikan sebagai kraftangan.


PARA petugas Perhilitan yang menjalankan program pembiakan baka landak raya secara komersial bermula pada tahun 2005.


Makanan

Menurut Penolong Pegawai Veterinar Kanan, Sugenah Maidin Kuty, proses untuk menternak landak raya sehingga boleh dijual mengambil masa sehingga 10 bulan.

"Di PPSHL Sungai Tengi, amalan pengurusan harian landak raya ialah membersihkan kandang, memberi makanan dan mengaturkan pembiakan. Makanan segar seperti keledek, betik, sengkuang, nangka, daun nangka, timun dan labu akan diberikan mengikut kadar 10 peratus daripada berat badan landak raya tersebut dan satu peratus bagi makanan dedak atau 'pelet' selain pemberian ubat cacing setiap tiga bulan sekali.

"Bagi tujuan komersial dan ternakan ia diletakkan dalam kurungan besi berukuran 100 sentimeter panjang, 90 sentimeter lebar dan tinggi 77 sentimeter. Di pusat ini, kita mempunyai sebanyak 122 kurungan besi dan setiap landak akan ditandakan dengan cip khas untuk tujuan pengenalan pada umur dua bulan selepas pengasingan daripada ibunya.

"Peratus kematian landak raya yang dibela dalam kurungan besi juga agak rendah iaitu sekitar 0.5 hingga satu peratus dan penyebab utamanya berpunca daripada kecederaan ketika pergaduhan sesama sendiri yang akhirnya menyebabkan 'myiasis' iaitu luka berulat," tuturnya.

Bagi Pembantu Hidupan Liar, Mohd. Noor Itam, 50, pula memberitahu, landak raya sebenarnya boleh dijinakkan dan haiwan itu hanya bertindak agresif ketika proses penangkapan dilakukan.

"Setakat ini, saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius, hanya luka kecil sahaja," tambahnya yang sudah berpengalaman menjaga landak raya sejak tahun 2006.

Rendang landak lebih enak

Posted:

Rendang landak lebih enak

Rendang landak lebih enak


DAGING landak mempunyai rasa yang unik.


BAGI penggemar makanan eksotik, sudah tentu daging landak bukanlah sesuatu yang baharu. Kru Jurnal berpeluang merasai sendiri keenakan daging landak yang boleh disajikan di Restoran Selera Rimba di Sungai Lembing, Sungai Besar, Selangor.

Daging landak sebenarnya mempunyai tekstur yang halus seperti daging ayam tetapi dagingnya agak kenyal selain mempunyai rasa yang agak unik dan di restoran ini, pelbagai pilihan masakan boleh didapati dengan menjadikan daging landak sebagai bahan utama.

Pemiliknya, Hamka Jaafar, 44, memberitahu, idea untuk menyajikan makanan eksotik itu timbul pada tahun 2007 kerana inginkan kelainan daripada kebiasaan makanan yang disajikan restoran lain.

"Bekalan daging landak diperoleh daripada pemburu berlesen yang memiliki permit dikeluarkan Perhilitan dan sebelum pelanggan datang, kita menasihatkan mereka membuat tempahan terlebih dulu supaya tidak kecewa jika bekalan daging haiwan eksotik itu tidak ada dalam simpanan.

"Kita masak makanan eksotik itu mengikut tempahan pelanggan. Antara hidangan digemari pelanggan bagi daging landak ialah rendang, masak lemak cili api, goreng berlada dan masak kicap.

"Harganya pula mengikut pasaran, biasanya untuk landak harganya adalah RM30 sepinggan atau RM120 untuk sekilogram. Sambutan pelanggan sangat menggalakkan tetapi agak sukar untuk mendapatkan bekalan," ujarnya yang turut mempunyai permit menjual makanan itu daripada Perhilitan.

Gajah putih penjaga negara

Posted:

Gajah putih penjaga negara

Gajah putih penjaga negara

Oleh SYALMIZI HAMID


GAJAH putih akan berubah warna menjadi merah jambu apabila kulitnya terkena air.


WALAUPUN gajah putih kadangkala membawa konotasi negatif, namun penduduk Thailand dan Myanmar menganggap mamalia itu sebagai haiwan suci.

Pun begitu, ada juga yang mendakwa peribahasa gajah putih itu merujuk kepada sikap bermewah-mewahan raja Siam dahulukala yang sering membuat bangunan kurang berfaedah sehingga dikaitkan dengan haiwan itu.

Daripada kisah kerajaan Siam pada zaman dahulu tersebut, sehingga kini peribahasa tentang gajah putih turut diguna meluas termasuklah dalam bahasa Melayu.

Thailand begitu sinonim dengan gelaran Gajah Putih. Oleh kerana hubungkait antara agama Buddha dengan pengaruh diraja negara tersebut begitu kuat, gajah putih memiliki status dalam sistem raja negara berkenaan.

Milik raja

Hal tersebut berkait rapat dengan kisah mitos Buddha apabila Permaisuri Maya (ibu Buddha) hamil setelah bermimpi seekor gajah putih memasuki badannya.

Menurut seorang penulis budaya Thailand, Roy Cavanagh, bukan kesemua gajah memiliki keistimewaan sehingga kesemua gajah putih seluruh negara harus diserahkan kepada raja.

"Gajah putih merupakan tuah buat negara tersebut kerana hubung kait antara kelahiran Buddha. Undang-undang menyatakan bahawa semua gajah putih adalah milik raja. Bagaimanapun bukan semua gajah akan terpilih untuk mendapat kelebihan untuk digelar sebagai gajah putih diraja.

"Untuk itu beberapa ujian akan dilakukan oleh Biro Kerabat Diraja bagi memastikan bahawa gajah tersebut memiliki sifat fizikal dan tingkah laku. Gajah putih sebenarnya berbeza dengan albino. Ia memiliki warna pucat berbanding gajah lain," kata Cavanagh.

Cerita tentang misteri gajah putih bukan sekadar berlegar-legar di sekitar negara Thailand sahaja, bahkan ia dianggap sebagai membawa tuah kepada negara Myanmar.


PAGODA UPPATASANTI yang juga merupakan mercu tanda ibu negara Myanmar menempatkan Rumah Gajah Putih di situ.


Rumah gajah

Bagi masyarakat Myanmar, gajah putih dianggap sebagai simbol kuasa politik dan kemakmuran. Apatah lagi haiwan tersebut bukan merupakan gajah albino tetapi benar-benar berwarna putih dan jarang ditemui.

Ketika meraikan Thein Sein sebagai Presiden kesebelas pada Mac 2011, kerajaan Myanmar menyambut beliau dengan kehadiran dua ekor gajah putih. Haiwan tersebut merupakan simbolik kepada tuah melimpah-ruah untuk pemerintah tersebut.

Mereka percaya bahawa haiwan itu akan membawa kekayaan, kuasa dan perubahan politik kepada negara yang didiami oleh lebih 60 juta penduduk itu.

"Dua ekor gajah diraikan secara besar-besaran di Uppatasanti Pagoda, Naypyidaw sempena menyambut kerajaan baharu. Majlis itu telah dihadiri oleh Timbalan Presiden Sai Mauk Kham.

"Sehingga kini kita memiliki tujuh ekor gajah putih di seluruh Myanmar. Empat ekor di Naypyidaw (pusat pentadbiran persekutuan) dan tiga di Yangon (selatan Myanmar) yang akan menjaga negara," kata seorang pegawai daripada pejabat kerajaan sejurus meraikan kejayaan itu.

Uppatasanti Pagoda merupakan sebuah kuil yang turut menjadi mercu tanda ibu negara baharu Myanmar, Naypyidaw. Bersebelahan berhala bertingkat tersebut dibina sebuah sangkar gajah yang digelarkan sebagai Rumah Gajah Putih.

Rumah gajah yang berkeluasan 335 meter persegi itu dibina dengan gaya seni bina Myanmar. Kawasan seluas 40,469 meter persegi daripada kawasan sekitarnya dibina padang rumput dan kawasan meninjau.

Ia turut mengandungi dua buah kolam dengan air pancut, kebun tebu, pusat kesihatan dan stor makanan demi menjaga kebajikan gajah.

Pengumuman mengenai penemuan beberapa ekor gajah putih pada 2001 dan 2002 di Myanmar turut dilihat oleh ketua pembangkang negara tersebut sebagai tanda sokongan kukuh terhadap parti tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pengganas Sulu kini berpecah

Posted:

Pengganas Sulu kini berpecah

Pengganas Sulu kini berpecah

LAHAD DATU - Kumpulan pengganas Sulu yang tertekan selepas terperangkap dengan operasi besar-besaran pasukan keselamatan kini menukar kepada taktik gerila dengan berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil bagi menyelamatkan diri.

Nasib mereka kini ibarat telur di hujung tanduk setelah pasukan keselamatan menggandakan kekuatan dengan penambahan anggota zon operasi bagi mempercepat proses membersihkan Lahad Datu daripada pengganas berkenaan sekali gus menamatkan konflik.

Ops Daulat di Lahad Datu yang masuk hari kelima semalam menyaksikan seorang lagi pengganas Sulu mati dibunuh di Kampung Tanduo menjadikan jumlah keseluruhan pengganas yang maut 53 orang.

Selain itu, 27 lelaki yang mendakwa sebagai nelayan turut ditahan menjadikan jumlah tahanan akibat konflik tersebut kini 106 orang. Ini termasuk lapan lagi tali barut yang ditahan semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin memberitahu, kumpulan pengganas Sulu kini telah berpecah dan bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Beliau menambah, risikan yang dibuat pasukannya mendapati kumpulan tersebut kini telah terkepung sepenuhnya dan hanya bergerak antara Kampung Tanjung Batu dan Tanduo.

"Kawasan kepungan kita di Kampung Tanduo adalah sekitar empat kilometer dan begitu juga di Tanjung Batu.

"Ketika ini, pasukan kita telah mengepung kedua-dua kawasan tersebut menyebabkan mereka hanya bergerak antara kedua-dua kampung.

"Pasukan kita juga telah mengesan seorang daripada mereka yang cuba keluar daripada kepungan dan berjaya menembak mati musuh tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya lagi, operasi menggeledah dan mencari kini tertumpu di kawasan Kampung Tanduo selepas mendapati musuh telah bergerak ke Tanjung Batu.

"Selesai kita bersihkan Tanduo, kita akan masuk ke Kampung Tanjung Batu dan adalah mustahil untuk mereka melepasi kepungan ini.

"Musuh yang tidak dapat lari bersembunyi di Kampung Tanduo bukan di rumah-rumah tetapi di semak dan hutan tebal yang terdapat di kawasan tersebut," katanya.

Tambahnya lagi, permukaan bumi yang berpaya dan sebagainya di antara kedua-dua kampung turut dikawal ketat pasukan keselamatan.

Dalam pada itu, kor bantuan tempur dari Kuching, Sarawak berlepas ke Lahad Datu semalam bagi membantu operasi menggempur habis-habisan dan memburu saki-baki penceroboh di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu saki-baki penceroboh militan kembali menyaksikan kejadian berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu.

Beliau berkata, kawasan Felda Sahabat turut bergegar dengan beberapa bunyi dentuman bom dari kawasan zon merah pada pukul 1 pagi dan 7.30 pagi dengan bunyi pesawat dan helikopter berlegar di ruang udara kawasan ground zero itu.

Kiram bohong ada yang ditawan

Posted:

Kiram bohong ada yang ditawan

Kiram bohong ada yang ditawan


Pegawai dan anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja
Markas 1 Divisyen Kuching berlepas ke Tawau, Sabah bagi
membantu Ops Daulat semalam.


LAHAD DATU - Polis menafikan ada anggota pasukan keselamatan menjadi tawanan kepada kumpulan pengganas Sultan Sulu sejak OPS Daulat dilancarkan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dekat sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihak yang menyiarkan berita mengenai tawanan itu adalah tidak berasas dan berniat jahat.

"Saya ingin mengesahkan bahawa tiada pihak kita yang menjadi tawanan dan saya tidak tahu daripada mana mereka dapat laporan tersebut.

"Saya sendiri tidak mendengarnya dan apa yang dilaporkan adalah tidak benar," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Portal berita GMA News kelmarin melaporkan mengenai dakwaan Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa telah menawan empat anggota pasukan keselamatan Malaysia termasuk seorang pegawai berpangkat kolonel.

Operasi geledah, bersihkan Kampung Simunul

Posted:

Operasi geledah, bersihkan Kampung Simunul

Operasi geledah, bersihkan Kampung Simunul


ANGGOTA keselamatan kelihatan berhati-hati ketika
menjalankan operasi di Kampung Simunul semalam.


SEMPORNA - Kira-kira 100 anggota pasukan keselamatan memasuki Kampung Simunul dekat sini semalam untuk menjalankan kerja-kerja penggeledahan bagi mencari senjata kumpulan pengganas Sulu yang terlibat dalam pertempuran dengan anggota keselamatan negara pada 2 Mac lalu.

Mereka yang terdiri daripada polis komando VAT 69, Unit Tindakan Khas dan Pasukan Gerakan Am mula memasuki kampung tersebut pada pukul 8 pagi semalam untuk melakukan kerja-kerja penggeledahan.

Operasi besar-besaran itu dijalankan selama lima jam tanpa henti sebelum ia berakhir pada pukul 1 tengah hari.

Bagaimanapun dalam operasi tersebut, tiada sebarang senjata milik pengganas yang ditemui.

Pemeriksaan tersebut dilakukan di Lorong 3, 4 dan 5 kampung terbabit.


TIGA anggota keselamatan meninjau kawasan Kampung
Simunul, Semporna sambil disaksikan penduduk kampung.


Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah ketika dihubungi Kosmo Ahad! mengesahkan operasi tersebut.

Beliau berkata, ia bertujuan untuk meninjau kembali kawasan kejadian dan memeriksa sekiranya terdapat senjata-senjata milik pengganas di kawasan tersebut.

Menurutnya, ia juga bertujuan untuk membuat lakaran semula sebenar tempat kejadian selain untuk mengawasi keadaan keselamatan kawasan perairan di Semporna.

Dalam kejadian pada 2 Mac lalu, enam pegawai dan anggota keselamatan negara terkorban selepas diserang hendap ketika mereka menjalankan operasi memberkas beberapa individu dipercayai pengganas di kampung tersebut.

Mereka ialah Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Michael Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Azis Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Pertempuran tersebut menyaksikan enam orang pengganas Sulu turut terbunuh.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan Selangor ratah Johor DThttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm SELANGOR tampil garang apabila menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI<br>fazli.yadi@kosmo.com.myAMRI (tengah) dihimpit dua pertahanan Johor DT pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi. Pada perlawanan itu, Selangor menang 4-1. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0310/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm Kedah tamatkan khidmat Santoshttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm KHIDMAT pemain import Kedah dari Brazil, Chayene Santos sudah sampai ke penghujungnya apabila dia digugurkan daripada senarai pemain skuad Kenari berkuat kuasa serta merta.Oleh NORLIDA AKMAR IDROSPRESTASI yang mengecewakan dipamerkan oleh Santos (kiri) memaksa Kedah menamatkan kontraknya serta merta. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0310/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm Johor FA tekad pimpin carta ligahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm SELEPAS berjaya membenam Perlis 6-1 pada aksi Liga Premier di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru kelmarin, pengendali skuad Merah Biru, Azmi Mohamed menyasarkan untuk berada di tangga teratas liga, lapor TAUFIK SALIMIN.PENYERANG, Juan Muriel Orlando (depan) sudah mula mempamerkan keserasian dengan pemain lain dalam skuad Johor FA. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0310/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Chong Wei hampiri gelaran hatrikhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan selaku pilihan pertama kejohanan apabila mengesahkan slot ke final dalam pemburuan gelaran ketiga pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Seluruh England 2013 di Birmingham hari ini.CHONG WEI melangkah ke final buat kali kelima berturut-turut pada Seluruh England sekali gus berpeluang mencipta kejayaan hatrik. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0310/Kosmo//su_04.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm Iskandar atasi rekod kebangsaanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm ATLET lompat bergalah lelaki, Iskandar Alwi melakar kejutan apabila memperbaharui rekod kebangsaan acara tersebut pada Kejohanan Olahraga All Comers Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (FTKLAA) semalam.Iskandar Alwi http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0310/Kosmo//su_05.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm Rooney perlu buktikanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm MANCHESTER - Penyerang Manchester United, Wayne Rooney bakal menjadi tumpuan pada aksi suku akhir Piala FA menentang Chelsea di Old Trafford awal pagi esok.ROONEY bakal menjadi tumpuan pada aksi suku akhir Piala FA menentang Chelsea di Old Trafford awal pagi esok. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0310/Kosmo//su_06.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm Balotelli julang Milanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm ROM - Penyerang gantian AC Milan, Mario Balotelli muncul wira apabila membantu pasukan itu menewaskan Genoa 2-0 pada aksi Serie A awal pagi semalam.BALOTELLI (kanan) meledakkan satu gol ketika Milan menewaskan Genoa 2-0 pada aksi Serie A awal pagi semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0310/Kosmo//su_07.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm Real sanggup berbelanja besar untuk Balehttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm MADRID - Real Madrid dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat bintang Tottenham Hotspur, Gareth Bale.BALE (kiri) menjadi buruan Real selepas United dilaporkan cuba mendapatkan semula khidmat Ronaldo. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0310/Kosmo//su_08.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm Sharapova pamer kehebatanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm INDIAN WELLS, California - Maria Sharapova membuktikan kehebatannya apabila mudah menempah slot ke pusingan ketiga pada kejohanan tenis Terbuka BNP Paribas di Indian Wells awal pagi semalam.SHARAPOVA tidak berdepan masalah untuk menewaskan<br>Schiavone 6-1, 6-1 pada pusingan kedua Terbuka BNP Paribas di Indian Wells semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0310/Kosmo//su_09.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Menteri minta FAM kaji semula sistem pengadilan

Posted:

Menteri minta FAM kaji semula sistem pengadilan

Menteri minta FAM kaji semula sistem pengadilan

09/03/2013 8:32pm

KEMAMAN — Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengkaji semula mutu pengadilan yang sering menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pasukan dan kelab yang bersaing dalam Liga Malaysia musim ini.

Beliau berkata ramai pihak kini rancak mempertikaikan kualiti pengadil musim ini selepas ramai pemain dilayangkan kad merah sehingga memaksa sesetengah pihak termasuk penyokong mengeluarkan kenyataan mengkritik FAM.

"Saya bimbang sekiranya terlalu ramai pemain yang dilayangkan kad merah hanya kerana berlaku sedikit kesilapan, selepas ini tidak ada lagi pemain yang ingin menyertai saingan liga berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Shabery berkata pihaknya tidak mempertikaikan keputusan pengadil dalam sesuatu perlawanan tetapi ingin mahu FAM melihat semula kualiti sistem pengadilan secara menyeluruh.

Sejak akhir-akhir ini, kualiti pengadil dalam saingan Liga Malaysia semakin menjadi perhatian apabila keputusan mereka dalam beberapa perlawanan sering menimbulkan rasa tidak puas hati pasukan dan penyokong. — BERNAMA

KBS jelajah 100 lokasi sempena Karnival Belia

Posted:

KBS jelajah 100 lokasi sempena Karnival Belia

KBS jelajah 100 lokasi sempena Karnival Belia

09/03/2013 6:27pm

KEMAMAN — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjelajah 100 lokasi di seluruh negara dalam tempoh sebulan ini sempena penganjuran Karnival Belia yang antara lain bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan belia negara ini.

Karnival yang bermula minggu lalu itu turut melancarkan tabung derma untuk keluarga anggota polis yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, karnival yang digerakkan oleh 100 petugas itu turut disertai barisan artis terkenal seperti Awie, Hattan dan Black untuk mengumpul suara sokongan belia terhadap anggota pasukan keselamatan negara yang kini sedang bertarung nyawa di Sabah.

"Kita mahu perwira negara tahu ramai rakyat Malaysia yang menaruh harapan tinggi kepada mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara dan berharap keluarga anggota polis yang terkorban akan terus bersabar.

"Kehadiran pengunjung juga sangat ramai di setiap lokasi sehingga mencapai 10,000 pengunjung membuktikan mereka prihatin dengan isu di Lahad Datu dan berharap ia dapat diselesaikan segera dengan berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Resort World Kijal di sini hari ini.

Kira-kira 50 wakil MPP dari tiga universiti itu mengikuti "Program Retreat Kepimpinan Mahasiswa 1Malaysia" selama tiga hari yang bermula semalam dan berakhir esok bertujuan membincangkan pelbagai isu semasa berkaitan transformasi pendidikan dan hala tuju negara.

Ditanya mengenai pelaksanaan Parlimen Belia, Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata ia terpaksa ditangguhkan selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) selesai.

"Sepatutnya, ia dimulakan pada bulan ini, namun atas beberapa sebab, mungkin ia akan dilaksanakan pada Jun ini.

"Persediaan yang lain semuanya sempurna dan apabila dilaksanakan kelak, Parlimen Belia diharap mampu menjadi suara mewakili golongan itu untuk terus sama-sama menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara," katanya. — BERNAMA

Yayasan Warisan Johor kenal pasti 15 jenis zapin

Posted:

Yayasan Warisan Johor kenal pasti 15 jenis zapin

Yayasan Warisan Johor kenal pasti 15 jenis zapin

09/03/2013 6:26pm

TANGKAK — Johor melalui Yayasan Warisan Johor dalam kajiannya selama 15 tahun mengenal pasti 15 jenis tarian zapin untuk dikembangkan sebagai usaha menyemarakkan kegiatan seni budaya di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata bagi mencapai hasrat tersebut yayasan mengambil pendekatan melatih guru tarian zapin bagi melahirkan kumpulan tarian zapin berkualiti tinggi.

"Melalui pendekatan ini, kita telah berjaya melahirkan kumpulan tarian zapin yang mempunyai kualiti tersendiri," katanya ketika merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya "Sentuhan Rakyat" di Kompleks Sukan Tok Laji, Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati di sini hari ini.

Menurut beliau, kemajuan sesebuah negeri akan menjadi tempang jika tumpuan hanya diberikan kepada usaha membangun ekonomi atau yang berbentuk kebendaaan semata-mata.

Abdul Ghani berkata selain Zapin Johor juga berjaya menyemarakkan kumpulan ghazal dan lagu keroncong yang disiarkan melalui siaran radio Best 104 setiap hari.

"Kita mengharapkan agar penekanan akan terus diberikan dalam pembangunan bidang kesenian dan kebudayaan sebagai jati diri masyarakat di negeri ini," katanya.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Serom turut bersama masyarakat setempat bergotong-royong mengecat balai raya kampung tersebut. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin

Posted:

Polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin

Polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin

SEORANG penduduk Palestin ditangkap dua anggota polis di Baitulmuqaddis semalam.


BAITULMUQADDIS - Ratusan penduduk Palestin bertindak bertempur dengan sejumlah anggota polis di sini semalam, kata polis.

Menurut polis, penduduk itu marah dengan laporan media pada Ahad lalu berhubung tindakan polis Israel menendang dan memijak kitab al-Quran ketika sekumpulan wanita cuba menyekat mereka memasuki Masjid Al-Aqsa.

Penduduk Palestin itu kemudian bertindak menyerang pihak berkuasa dengan membaling batu dan bom petrol di pekarangan masjid tersebut.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, kira-kira 100 orang penunjuk perasaan yang kebanyakan memakai topeng bertindak menyerang polis.

Polis kemudian melepaskan bom gas pemedih mata.

"Bom petrol dibaling ke arah polis dan beberapa pegawai polis cedera akibat terkena batu," katanya.

Rosenfeld berkata, tuduhan tersebut tidak betul dan mendakwa kitab al-Quran itu terjatuh ketika polis cuba mengalihkan sekatan kerusi oleh sekumpulan wanita. - AFP

Hanya 375 kereta McLaren P1 dikeluarkan

Posted:

Hanya 375 kereta McLaren P1 dikeluarkan

Hanya 375 kereta McLaren P1 dikeluarkan


KERETA McLaren P1 dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Geneva di Geneva pada 5 Mac lalu.


GENEVA, Switzerland - Sebuah kereta sport berkuasa tinggi keluaran McLaren, P1 yang mempunyai lebih daripada 903 kuasa kuda (hp) akhirnya diperkenalkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Geneva di sini baru-baru ini.

Kenderaan tersebut mampu memacu daripada 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) berdasarkan meter laju dalam masa kurang tiga saat dengan kelajuan maksimum mencecah 349km/j.

Kuasa tinggi kereta P1 itu dibekalkan dengan enjin pengecas turbo berkembar V8 berkapasiti 3.8 liter yang menjana 757hp manakala sebuah motor elektrik membekalkan kuasa tambahan sebanyak 176hp

Kuasa tambahan itu dijana dengan menekan butang pada stereng kereta tersebut seperti Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik (KERS) yang terdapat pada kereta lumba Formula 1 (F1).

Selain sistem enjin, keserupaan lain yang dikongsi kereta P1 dengan jentera F1 ialah harganya.

Sebuah kereta sport itu berharga sekitar AS$1.15 juta (RM3.57 juta).

Hanya mereka yang terpilih sahaja dapat memiliki P1 kerana menurut McLaren, cuma 375 buah kereta tersebut dikeluarkan di seluruh dunia. - Agensi

Bekas pelakon jadi artis jalanan

Posted:

Bekas pelakon jadi artis jalanan

Bekas pelakon jadi artis jalanan


SEORANG wanita bergambar dengan Oviedo di bandar raya Mexico kelmarin.


BANDAR RAYA MEXICO - Seorang bekas pelakon televisyen dan teater, Ruben Oviedo menjadi artis jalanan di sebuah kawasan tumpuan orang ramai di sini.

Oviedo, 40, memakai kostum seperti watak adiwira Thor membuat persembahan di jalanan.

Beberapa orang akan merakamkan gambar dengannya semasa dia membuat persembahan.

Artis-artis jalanan itu pada kebiasaannya akan memperoleh pendapatan secara puratanya sebanyak AS$40 (RM124) sehari dalam tempoh lapan jam. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Ingin ke Hollywood

Posted:

Ingin ke Hollywood

Ingin ke Hollywood

BIARPUN drama fenomena Filipina Pangako Sayo sudah 13 tahun berlalu, tetapi gelagat lakonan dan wajah kacak heronya iaitu Jericho Rosales masih lagi diingati peminat-peminatnya sehingga kini.

Gandingannya bersama aktres cantik, Kristine Hermosa dalam drama tersebut dan juga dalam drama Sana'y Wala Nang Wakas begitu mantap sehingga mereka diberi jolokan Pasangan Paling Ideal ASEAN, malah peminat juga berharap mereka digandingkan semula dalam drama-drama terbaharu.

Disuarakan persoalan itu kepada Jericho atau lebih mesra disapa Echo itu, dia mengakui perkara tersebut (gandingan bersama Kristine semula) tidak mustahil. Namun, dia berharap agar gandingannya bersama Kristine nanti nampak berbeza dan lebih kelihatan matang.

"Sejujurnya, saya sudah tidak begitu rapat dengannya. Dia (Kristine) sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Berlakon bersama semula? Tidak mustahil. Cuma, saya berharap agar gandingan kami dalam drama kelak nampak lebih berbeza. Saya dan Kristine sudah banyak berlakon bersama. Jadi, saya mahu peminat tengok gandingan yang berbeza serta jalan cerita yang lebih matang," jelasnya.

Jika Kristine sudah berumah tangga, Jericho pula tanpa berselindung memberitahu hatinya telah dimiliki oleh seorang wanita kelahiran Australia bernama Kim Jones.

Merupakan seorang pengacara televisyen, kongsi Jericho mengenai kekasihnya itu, dia mengenali Kim menerusi seorang teman dalam sebuah majlis dan mula menyukai gadis tinggi lampai itu kerana sikap ramah dan pertuturannya.

Begitupun, dedah Jericho, perkenalan yang baru berlangsung lebih setahun lalu itu belum mahu memasuki fasa alam perkahwinan.

"Hubungan kami sangat baik dan indah. Dia seorang pengacara TV yang sangat baik, merendah diri dan peramah.

"Ada satu perkara lucu yang membuatkan saya lebih jatuh cinta kepadanya adalah loghat Australia dia yang terlalu pekat ketika bercakap. Kadang-kadang saya tidak faham apa yang dia tuturkan dan hanya pura-pura faham. Tetapi, kami masih dalam proses mengenali dan belum terfikir untuk berkahwin," lontarnya sambil ketawa mengenai kekasihnya yang mempunyai darah kacukan Australia, Cina dan Filipina itu.

Mengurung diri

Ditebak kenapa dia kelihatan sangat kurus, ujar Jericho, mungkin disebabkan faktor umurnya yang semakin meningkat iaitu 34 tahun.

"Dahulu peminat Malaysia mengenali saya menerusi lakonan dalam drama Pangako Sayo. Ketika itu, usia saya baru 21 tahun dan memang kelihatan berisi. Kini saya sudah berusia 34 tahun," ujarnya yang mengakui kesibukannya dalam berlakon, menyanyi dan menulis lagu juga menjadi punca dia kelihatan kurus.

JERICHO ROSALES yang kini berusia 34 tahun mahu diberi peluang berlakon dalam naskhah yang lebih matang.


Mengulas mengenai kariernya sebagai penyanyi, dedah Jericho, dia sangat meminati bidang nyanyian, sebaliknya peminat-peminatnya tidak suka dan memintanya terus berlakon.

Bercelaru dan kecewa, Jericho akhirnya bertindak mengurungkan diri selama setahun.

"Satu pengalaman yang saya tidak akan lupakan. Ia berlaku kira-kira lapan tahun lalu. Masa itu, saya ambil keputusan untuk berhenti berlakon seketika dan beralih pada bidang nyanyian. Bagaimanapun, hasrat saya itu ditentang oleh peminat. Mereka marah dan tidak suka saya berhenti berlakon.

"Saya tertekan dan akhirnya bertindak mengurungkan diri dalam rumah. Masa saya banyak dihabiskan dengan tidur dan menulis lagu buat peminat-peminat. Selama setahun saya berkurung, tetapi, apabila saya mula keluar dan perdengarkan lagu saya kepada peminat, mereka mula menyukai dan kembali memberi sokongan kepada saya. Saya mula menyanyi dan dalam masa yang sama kembali pada dunia lakonan," jelasnya.

Disoal bidang mana yang paling disukainya, ujar Jericho, dia sukar membuat pilihan kerana menyukai kedua-dua bidang tersebut (menyanyi dan berlakon) dan menganggapnya seperti darah dagingnya.


JERICHO bersama Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh (kiri) dan Pengurus Saluran Mustika HD, Natasha Razman Hashim pada majlis sambutan ulang tahun pertama Astro Bella di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Bagaimanapun, seandainya dia terpaksa memilih, dia akan memilih untuk berlakon dalam drama muzikal yang mana memerlukan dia berlakon dan juga menyanyi.

Sementara itu, kehadiran lelaki tersebut ke Malaysia baru-baru ini juga tidak hanya bagi mempromosikan drama-dramanya menerusi Astro Bella (saluran 133), sebaliknya dia bakal berlakon dalam sebuah produksi bersama seorang pelakon lelaki paling popular Malaysia.

Quentin Tarantino

Mengulas mengenai perkara itu, dengan berseloroh Jericho memberitahu: "Mungkin saya akan dipecat jika saya mendedahkan perkara tersebut".

Begitupun, selepas dirayu, ungkap Jericho, dia ada menerima tawaran daripada pihak Astro untuk menjalani penggambaran drama bersiri. Dia juga difahamkan bakal berlakon dengan pelakon popular, tetapi tidak mengetahui nama pelakon tersebut.

"Saya tidak tahu nama dia (pelakon gandingannya). Mungkin projek itu akan bermula pada sekitar penghujung tahun ini.

"Lagipun saya perlu menyelesaikan beberapa projek di bawah produksi saya sendiri Ten Again Production dan juga penggambaran drama bersiri di Manila," ujarnya yang mengimpikan untuk berlakon di Hollywood.

Bukan kerana ingin popular, jelas Jericho, sebelum ini dia ada melibatkan diri dengan projek indie d Hollywood.

Justeru, dia teringin pula bekerja dengan pengarah-pengarah hebat Hollywood seperti Quentin Tarantino.

Mengakui ingin merasai pengalaman bekerja di bawah produksi besar, ulas Jericho, dia juga teringin berlakon dalam filem seperti Pirates Of Carribbien.

"Jika saya dapat, kiranya itu adalah kejayaan saya paling tinggi. Saya tidak kisah berlakon di samping siapa dan genre apa asalkan ia filem yang besar dan hebat," jelasnya.

Remy, Maya semakin intim

Posted:

Remy, Maya semakin intim

Remy, Maya semakin intim

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

PROFESIONAL. Hubungan cinta mereka yang berakhir tidak menghalang Tiz dan Remy bergandingan dengan penuh serasi dalam drama Cinta Jangan Pergi.


AKTOR popular Remy Ishak mengakui hubungannya bersama aktres jelita Maya Karin kini semakin intim.

Semuanya gara-gara kekerapan mereka menghabiskan masa bersama seperti keluar makan dan juga melakukan aktiviti lasak.

Begitupun, akui Remy jujur, hubungannya dengan Maya sekadar teman rapat dan belum sampai ke peringkat bercinta.

"Saya akui rapat dengan Maya, tetapi kami tidak mempunyai hubungan istimewa. Walau bagaimanapun, untuk masa depan saya tidak tahu hubungan kami macam mana," ungkap Remy sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah mereka kini dalam proses sedang mengenali hati budi.

Merupakan satu-satunya sahabat wanita yang paling rapat, ujar Remy, dia menyukai Maya kerana mereka mempunyai minat yang sama iaitu melakukan aktiviti lasak.

Dedahnya mengenai peribadi Maya, pelakon wanita terbaik Filem Festival Malaysia ke-25 itu bukan sahaja seorang yang cantik tetapi juga bijak, aktif dan juga berpengetahuan.

"Dia (Maya) merupakan seorang wanita yang mempunyai sikap yang menyenangkan," luah Remy yang kini dilihat sedikit terbuka bercerita mengenai hubungannya bersama Maya.

Mengulas mengenai percutiannya bersama Maya ke Sabah baru-baru ini, ujar Remy, dia pergi atas jemputan daripada Maya sendiri dan juga pihak Yayasan Sabah.

Bercuti ke Imbak Canyon, Sabah selama empat hari, ujar Remy, dia ke sana bukan hanya ditemani Maya seorang sebaliknya pihak Yayasan Sabah turut bersama mereka.

"Maya menjemput saya ke Sabah bersama pihak Yayasan Sabah bukan semata-mata ingin bercuti sebaliknya mengkaji haiwan dan ekologi di hutan simpan.

"Saya setuju kerana sebelum ini saya hanya meredah hutan, tetapi kali ini aktiviti lasak yang saya lakukan dapat menambah pengetahuan saya tentang alam sekitar dan memupuk saya untuk lebih mencintai alam sekitar," ceritanya.

Doa buat Tiz

Ditebak kenapa sebelum ini dia sukar untuk membuka mulut bercerita mengenai hal peribadi, kata Remy, dia tidak pandai untuk menyuarakan hal peribadi kepada umum.

Remy juga berharap peminatnya terima dan menghormati pendiriannya yang lebih suka berahsia tentang peribadi.

"Saya tidak nafikan ramai yang salah tafsir tentang diri saya. Puncanya, sebab saya berdiam diri dan tidak suka bercerita tentang peribadi.

"Saya bukan garang tapi tidak tahulah sebab saya jenis orang yang tidak suka bercakap tentang hal peribadi," ujarnya menolak anggapan sesetengah pihak mengatakan dia seorang yang panas baran.


REMY mengakui Maya merupakan satu-satunya sahabat wanita yang kini rapat dengan dirinya.


Terlanjur berbicara tentang peribadi, Remy turut ditanya adakah dia tahu Tiz kini sudah mempunyai kekasih baharu.

Ujar Remy, dia tahu mengenai perkara itu (kekasih baharu Tiz) melalui teman-teman mereka dan mendoakan yang terbaik untuk bekas kekasihnya itu.

Remy yang ditemui pada majlis pratonton drama Cinta Jangan Pergi di Cineplex Cineleisure, Petaling Jaya, Selangor kelmarin juga disoal mengenai gandingannya bersama bekas kekasih, Tiz Zaqyah, dalam naskhah arahan Khabir Bhatia itu.

Dedahnya, dia tidak sanggup menolak karya yang begitu bagus daripada Kabir Bhatia dan tidak mahu membuang masa melayan perasaan sebaliknya menjayakan drama tersebut dengan sempurna.

Ditebak adakah maksud dia tidak mahu melayan perasaan tersebut gara-gara gandingannya itu adalah Tiz Zaqyah, tutur Remy, dia gembira menjalani penggambaran untuk drama Cinta Jangan Pergi dan tidak berasa kekok berlakon sebagai pasangan kekasih dalam drama tersebut.

Begitupun, Remy mengakui berasa sedikit sebak mengenangkan hubungannya bersama Tiz tatkala mereka berlakon bersama untuk drama tersebut.

"Apabila saya baca jalan cerita dan karakter saya dalam drama ini, saya rasa teruja untuk menjayakannya.

"Sebabnya, cerita Cinta Jangan Pergi sangat bagus. Lagipun saya senang bekerjasama dengan Khabir Bhatia selepas drama Nur Kasih. Dia seorang pengarah yang menjaga keseluruhan aspek sama ada dari segi jalan cerita dan lakonan setiap pelakonnya.

"Jadi, saya tidak mahu ketinggalan berlakon di bawah arahannya. Saya tidak ada masalah berlakon bersama Tiz tetapi saya akui ada rasa sedikit sebak bila mengenangkan kembali.

"Namun, saya tidak mahu berfikir langsung mengenai hubungan saya bersama Tiz sebelum ini dan hanya enjoy berlakon dalam drama ini," jelasnya yang menjalani penggambaran drama Cinta Jangan Pergi selama empat bulan termasuk penggambaran di Paris dan London.

Selain Remy dan Tiz sebagai teraju utama, Cinta Jangan Pergi juga dilakonkan oleh Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob.

Cinta Jangan Pergi mengisahkan tentang dua kekasih Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) yang berjanji sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir merubah segalanya.

Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil dalam perjalanannya yang ingin menemui dan melamar Lea Soraya.

Drama bersiri 26 episod itu bakal disiarkan menerusi TV9 setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 8.30 malam bermula 6 April ini.

Tiz bahagia bersama Daniel

Posted:

Tiz bahagia bersama Daniel

Tiz bahagia bersama Daniel

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my

TIZ ZAQYAH mengakui sudah tiga bulan dia menjalinkan hubungan cinta dengan Daniel Haziq.


AKTRES popular Tiz Zaqyah kini lebih bersikap terbuka bercerita tentang kekasih baharunya, Daniel Haziq berbanding ketika dia bercinta dengan aktor Remy Ishak dahulu.

Tidak hanya terbuka bercerita, Tiz juga seringkali memuat naik gambar dia bersama kekasihnya itu di laman sosial instagram miliknya untuk tatapan peminat-peminatnya.

Menurut Tiz, kematangannya berada dalam industri membuatkan dirinya memahami situasi berkongsi hal peribadi dengan peminat adalah lebih baik daripada berselindung.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Tiz selanjutnya mengenai kekasihnya itu dan juga pendedahan Tiz mengenai gandingannya bersama bekas kekasihnya, Remy dalam drama Cinta Jangan Pergi ketika ditemui pada majlis pratonton drama arahan Khabir Bhatia itu di Panggung Cathay Cineplex Cineleisure, Petaling Jaya, Selangor kelmarin.

Kosmo!: Kenapakah Tiz kini lebih bersikap terbuka bercerita dan berkongsi gambar mengenai kekasih berbanding percintaan dahulu?

TIZ: Kalau kita sorok mengenai perkara ini (percintaan bersama Daniel), lambat laun orang tetap tahu. Lebih baik saya kongsikan kepada peminat. Lagipun, saya lebih selesa berkongsi daripada menyorokkannya.

Ada khabar mengatakan anda bersikap begitu (bercerita dan muat naik gambar kekasih) kerana mahu membalas dendam kepada Remy? Benarkah begitu?

Tidaklah. Lebih baik kita hormat antara satu sama lain. Setelah berada lama dalam industri seni, saya lebih matang dan tahu perkara peribadi juga harus dikongsikan kepada peminat. Tetapi tidaklah berkongsi perkara yang terlalu peribadi.

Bagaimanakah penerimaan kekasih mengenai tindakan Tiz bercerita dan muat naik gambarnya?

Dia terkejut kerana instagramnya tiba-tiba ramai pengikut (ketawa).


TERBUKA. Foto-foto Tiz Zaqyah mesra di samping Daniel Haziq yang dimuat naik ke dalam instagram miliknya.


Berapa lamakah hubungan anda dan Daniel berlangsung?

Sudah masuk tiga bulan.

Bagaimanakah anda berdua boleh bertemu?

Dia (Daniel) adalah rakan sekolah menengah saya. Kami berjumpa semula ketika majlis reunion sekolah dan akhirnya rapat.

Apakah menyebabkan anda jatuh cinta padanya?

Dia seorang yang lemah lembut dan sangat penyabar.

Boleh ceritakan mengenai gandingan anda bersama Remy dalam drama Cinta Jangan Pergi?

Saya dan Remy berbincang untuk cuba menampilkan kelainan daripada segi karakter berbanding ketika kami berlakon bersama dalam drama Nur Kasih. Drama ini sangat bagus dan saya yakin ia dapat menyentuh hati penonton.

Bagaimanakah perasaan anda berlakon bersama Remy dalam drama Cinta Jangan Pergi? Khabarnya ketika itu anda berdua baru berpisah?

Memang saya akui sukar untuk kami berlakon bersama sebagai pasangan kekasih sedangkan ketika itu kami sudah berpisah. Tetapi saya cuba bersikap profesional. Akhirnya, saya okey dan tidak ada masalah berlakon bersamanya.

Bagaimanakah jika selepas ini anda dan Remy digandingkan lagi untuk filem dan drama lain?

Kalau ada tawaran berlakon bersama lagi saya tiada masalah, cuma kalau boleh tak nak selalu sangat, takut penonton bosan.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved