Rabu, 27 Februari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kesan psikososial kecantikan gigi

Posted:

Kesan psikososial kecantikan gigi

Kesan psikososial kecantikan gigi

KEADAAN gigi Azlan Ahmad, 27, sangat kronik dua tahun lalu. Dia menghadapi masalah gigi berlapis, kesesakan teruk (severe crowding) dan mempunyai gigi yang tertanam dalam gusi. Itu cerita lama. Hari ini, giginya tersusun rapi cuma perlu memakai pemegang (retainer) setiap malam selepas menggunakan pendakap gigi.

Akui Azlan, persediaan untuk memasang pendakap tersebut amat memeritkan diikuti dengan saat-saat awal pengunaannya. Namun, dia tidak mengalami sebarang kesakitan yang teruk sepanjang memakai pendakap gigi.

"Cuma, berasa ngilu setiap kali mahu melagakan gigi atas dan bawah. Itu pun berlaku hanya pada sehari selepas rawatan setiap bulan bagi mengetatkan gigi," terangnya yang berjumpa doktor setiap dua hingga tiga minggu sekali dengan mengambil masa antara lima hingga 10 minit sahaja.

Rasa sakit melampau yang sering digembar-gemburkan orang ramai sewaktu memakai pendakap gigi juga tidak dirasai oleh Nordiyana Abdul Aziz, 23, dari Subang Jaya, Selangor.

Dia memakai pendakap gigi sebanyak dua kali kerana kelalaian tidak memakai retainer sebelum ini. Kali pertama dia memakai pendakap gigi ketika berumur 18 tahun, kini dia memakainya buat kali kedua.

Menurut Nordiyana, memakai pendakap gigi sama seperti menjalani kehidupan biasa, cuma masalah yang kerap dihadapi ialah ulser dalam mulut.

Jaga penampilan

Namun, itu tidak menjadi masalah kerana doktor membekalkan sejenis lilin khas untuk disapu pada bahagian logam pendakap.

"Apabila rasa-rasa sakit akibat ulser mula terasa, saya cepat-cepat sapu lilin," katanya ketika dihubungi. Nordiyana yang bekerja dalam bidang khidmat pelanggan itu mempunyai masalah rahang dengan bahagian atasnya menjurus ke bentuk huruf V. Selepas rawatan, ia dibaiki menjadi bentuk huruf U.

"Tugas saya memerlukan saya menjaga penampilan kerana ia mempengaruhi imej syarikat tempat saya bekerja juga," ungkap Nordiyana sambil tersenyum melihatkan barisan giginya.

Sementara itu, Azlan mendapatkan rawatan untuk pendakap gigi dengan pakar ortodontik dengan jumlah kos keseluruhan rawatan gigi sekitar RM7,000.

Sepanjang dua tahun, Azlan perlu membawa ke mana-mana sebatang berus kecil berbentuk tirus untuk membersihkan bahagian mulut dan pendakap setiap kali selepas makan.

"Berus ini direka untuk membersihkan sisa-sisa makanan yang terlekat pada pendakap. Rutin pembersihan mulut lain seperti berus gigi pada waktu pagi dan sebelum tidur dilakukan seperti biasa," terangnya sambil menyifatkan pendakap gigi menjadikan dia lebih teliti dalam menjaga kesihatan mulut.


AZLIYANA dijangka menanggalkan pendakap gigi pada pertengahan tahun ini.


Dari segi pemakanan, fungsi giginya tidak boleh menggigit makanan dan hanya boleh mengunyah, namun itu bukan masalah kerana bahan makanan yang lembut seperti buah boleh dipotong.

Lelaki yang menetap di Ampang, Selangor itu mempunyai pilihan rawatan penanaman gigi secara kekal tetapi kerana kosnya agak mahal, jadi pendakap gigi merupakan pilihan yang sesuai.

"Doktor menyarankan supaya memakai pendakap gigi sejak sekolah. Bukan setakat untuk penampilan tetapi ia boleh memberi kesan pada hidung," katanya yang bekerja sebagai pegawai promosi.

Siti Azliyana Azmi, 23, memakai pendakap gigi kerana mahu meningkatkan keyakinan diri. Pada awalnya, dia hanya mahu membetulkan bahagian bawah gigi tetapi atas nasihat doktor, dia memakai pendakap pada kedua-dua bahagian atas dan bawah gigi.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Nana, bekerja sebagai eksekutif media sosial dan merupakan seorang wanita yang pandai bergaya serta mempunyai perwatakan mesra.

"Saya percaya dengan membetulkan barisan gigi, saya menjadi lebih yakin terutamanya apabila berjumpa dan senyum kepada orang ramai," katanya yang mengikut perancangan bakal membuka pendakap logam yang dipakainya pada pertengahan 2013.

Kehendak individu

Sementara itu, Pakar Ortodontik Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Mumtaj Nisah Abd Rahim berkata, pemakaian pendakap gigi bergantung kepada keperluan kosmetik dan kehendak individu.

Selain keperluan kosmetik dan penampilan, individu yang disarankan supaya memakai pendakap gigi ialah mereka yang mempunyai gigitan yang bersilang. Ia boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai fungsi gigitan yang tidak sempurna.

"Kunyahan yang bermasalah boleh menyebabkan trauma kepada struktur gigi dan gusi jika dibiarkan dalam satu tempoh yang panjang. Ini membawa kepada kerosakan gigi dan boleh menyebabkan kehilangan gigi jika tidak dirawat.


PENDAKAP gigi ini daripada jenis seramik dan kelihatan lebih estetik.


"Individu yang mempunyai masalah fungsi gigitan juga boleh menimbulkan kesakitan pada sendi rahang mulut, temporomandibular toint (TMJ)," katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jika seseorang itu mempunyai kesesakan pada susunan gigi seperti gigi berlapis-lapis yang teruk, ia boleh menyebabkan kesukaran menjaga kebersihan gigi dan mulut.

Ini menimbulkan pelbagai masalah lain seperti karies dan masalah gusi. "Banyak masalah kesihatan mulut bermula apabila individu mengalami masalah dalam mengekalkan kebersihan gigi pada tahap optimum," ujarnya.

Menyusun gigi

Rawatan pendakap gigi juga merupakan suatu kehendak dan bersifat kosmetik. Pada era moden ini, kecantikan gigi telah menjadi aspek penting dalam penampilan seseorang.

Malah, ia boleh mempengaruhi aspek psikososial seseorang dengan pengaruh persekitaran dan budaya.

Pendakap gigi juga dapat membantu dalam rawatan surgeri rahang dan muka (Orthognathic Surgery) dengan menyusun gigi terlebih dulu sebelum rawatan dilakukan.

Situasi tersebut berlaku apabila pesakit mempunyai struktur rahang yang tidak seimbang antara rahang atas dan bawah. Rawatan pendakap gigi juga sering diperlukan dalam rawatan sumbing.

Terdapat pelbagai jenis pendakap gigi yang berbeza sama ada dari segi bahan, bentuk dan cara pemakaian. Jenis pendakap bergantung kepada kesesuaian kes dan kehendak pengguna.

Antara pendakap yang digunakan ialah daripada jenis logam (metal), seramik, clear aligner (penjajar) dan lingual (pemakaian pada bahagian belakang gigi. Jenis seramik membolehkan pendakap pada gigi tidak begitu ketara berbanding jenis logam dan ia lebih estetik.

Aligner pula sejenis pendakap gigi lutsinar yang boleh dipakai dan ditanggalkan manakala lingual pula dipasang pada bahagian belakang gigi sekali gus pemakai dapat mengekalkan penampilan seperti tidak memakai pendakap.

Dalam pada itu, Mumtaj mengakui, pesakit lazimnya tidak selesa memakai pendakap gigi pada waktu-waktu tertentu. Kebiasaannya, empat hingga lima jam selepas pemakaian sehingga beberapa hari selepas dipasang.

"Kesakitan merupakan sesuatu yang subjektif kerana ia bergantung kepada tahap penerimaan atau ketahanan seseorang.

"Setiap kali selepas pemasangan atau pengaktifan pendakap, saya akan menasihati pesakit untuk mengambil ubat tahan sakit mengikut kesesuaian pesakit kerana lazimnya pesakit akan mengalami rasa tidak selesa," katanya.


PENDAKAP jenis lingual ini dipakai pada bahagian belakang gigi.


Jika berlaku kesakitan yang berpanjangan, pendarahan atau ulser yang teruk, pesakit dinasihatkan segera berjumpa doktor. Persediaan mental dan fizikal merupakan aspek penting sebelum mendapatkan rawatan pendakap kerana ia memerlukan komitmen masa, penjagaan kebersihan, diet dan implikasi kos.

Misalnya, jika seseorang itu perlu bersedia untuk menerima benda baharu dalam mulut dan maklum mengenai rasa kurang selesa semasa rawatan.

Pengetahuan dan persediaan mental membolehkan penyesuaian terhadap pendakap berlaku dengan lebih mudah dan lancar. Begitu juga dengan persediaan fizikal, rawatan pendakap memerlukan penjagaan mulut yang lebih baik seperti penggunaan berus khas, bahan kumur berfluorida dan penjagaan diet yang lebih sesuai.

Selain itu, Mumtaj turut menyarankan supaya pesakit mendapatkan maklumat mengenai jenis rawatan pendakap gigi yang diingini dan pastikan sama ada jenis yang dipilih memerlukan rawatan doktor pakar atau sebaliknya.

Kebijaksanaan membandingkan rawatan dan perkhidmatan doktor menjamin kualiti rawatan serta hasilnya.

Gigi kemas tanpa dawai pendakap

Posted:

Gigi kemas tanpa dawai pendakap

Gigi kemas tanpa dawai pendakap


PENGGUNA menukar aligner baharu setiap dua minggu dan perlu memakainya selama 22 jam sehari.


MEMILIKI barisan gigi yang tersusun rapi merupakan matlamat pemakaian pendakap gigi. Namun, sepanjang proses menyusun, dawai yang melingkari gigi dan disiplin kebersihan mulut menuntut kesabaran pengguna.

Pada bulan Ogos 2012, kaedah baharu mengemaskan susunan gigi, Clearpath memasuki pasaran Asia Tenggara melalui Clearpath Marketing Sdn. Bhd. Sejenis rawatan yang langsung tidak menggunakan dawai, malah jangka masa rawatan dipercepat iaitu antara enam hingga 18 bulan.

Pengarah Perubatan ClearPath Orthodontics Int., Dr. Khaled Abouseda menerangkan, teknologi rawatan bermula dan dipatenkan di Amerika Syarikat sedekad lalu sebelum pemindahan teknologi dibuat di Asia Barat.

Pasaran Malaysia

Kilangnya terletak di Jeddah, Arab Saudi sudah terkenal di negara itu. Biarpun agak lambat memasuki pasaran Malaysia, Singapura dan Indonesia, teknologinya semakin diperbaiki menjadikan Clearpath semakin kehadapan, kata Khaled.

Ketika ditemui pada Persidangan Antarabangsa Pergigian Berkomputer dan CAD/CAM Ketujuh di Marina Bay Sands Hotel, Singapura, Khaled menjelaskan, penjajar gigi (aligner) diperbuat daripada plastik Essix dan mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) bagi menggantikan ikatan dawai pada gigi.

"Dalam tempoh kira-kira sebulan, kes pesakit dihantar ke kilang di Jeddah, seterusnya satu set aligner yang siap akan dihantar kepada doktor.

"Bilangan aligner dalam satu-satu set bergantung kepada masalah gigi yang dihidapi pesakit dengan setiap satunya dipakai dalam tempoh dua minggu," terangnya.

Bahan impresi gigi pesakit dihantar ke Dubai untuk susunan maya dalam masa 12 hari. Susunan maya berfungsi sebagai panduan untuk melihat hasil selepas aligner terakhir dipakai.

Susunan maya yang dijana oleh perisian perubatan yang ada di Dubai merupakan inti pati rawatan Clearpath. Ia menggabungkan ketepatan perubatan dengan pembuatan bersepadu berkomputer CAD/CAM.

Melalui susunan maya, bilangan aligner dan tempoh masa pemakaian ditentukan, apabila siap semua aligner dihantar kepada doktor dalam tempoh 18 hari.

Setiap aligner mempunyai sedikit perbezaan bagi menggerakkan gigi. Pengguna lazimnya berasa tidak selesa dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam pertama selepas pemasangan aligner baharu.

Keselesaan pengguna

Pengguna perlu memakai penjajar gigi itu selama 22 jam sehari dan ia boleh dibuka apabila mahu menjamu selera atau memberus gigi. Jadi, tiada lagi masalah makanan tersangkut pada dawai.

"Ia sangat selesa dengan hujung keseluruhan tidak mencecah gusi manakala tebalnya pula, 0.7 milimeter sahaja," kata Pengurus ClearPath Orthodontics Int, Dr. Anand Tuteja pada sesi taklimat yang lain.

Anand menambah, setakat ini semua peringkat umur boleh memakai ClearPath. Pesakit paling muda yang pernah menggunakan kaedah ini berumur 6 tahun dan pesakit paling tua pula berumur 60 tahun termasuk pengguna gigi palsu. Bagaimanapun, kaedah ini tidak boleh dipakai oleh pesakit epilepsi.

Pengedar ClearPath di Asia Tenggara, ClearPath Marketing Sdn. Bhd. melalui pengarah urusannya, Mazdurah Mohd. Zin berkata, pihaknya menyasarkan kira-kira 4,700 doktor gigi dari Malaysia, Singapura dan Indonesia menggunakan teknologi itu kepada pesakit mereka. - ADLAN JAAFAR

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Persinggahan sebelum ke Pulau Pangkor

Posted:

Persinggahan sebelum ke Pulau Pangkor

Persinggahan sebelum ke Pulau Pangkor

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

PULAU PANGKOR pastinya memberi gambaran kepada pelancong mengenai laut yang biru, aktiviti sukan air dan makanan hasil laut kering yang menjadi produk utama di pulau itu.

Segala perancangan untuk ke Pulau Pangkor harus dirancang dengan teliti oleh pelancong agar tidak menghadapi kesulitan terutamanya ketika mendapatkan tempat penginapan.

Jika dalam musim tempahan puncak seperti cuti sekolah, ramai yang berduka cita kerana bilik penginapan dan juga aktiviti sekitar hotel habis ditempah.

Namun, sebelum sampai ke pulau peranginan tersebut, pelancong perlu menjejakkan kaki ke sebuah bandar yang istimewa di bumi Darul Ridzuan. Daripada sebuah pekan pesisiran pantai ke sebuah bandar dengan infrastruktur yang membangun, bandar Lumut sebenarnya mempunyai pelbagai daya tarikan pelancongan.

Diisytihar sebagai Bandar Pelancongan dan Maritim, Lumut lebih dikenali dengan kewujudan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sejak tahun 1980.

Bandar yang terletak lebih kurang 252 kilometer (km) dari Kuala Lumpur itu berada dalam daerah Manjung dan merupakan pintu masuk pelancong untuk ke Pulau Pangkor.

Terminal Jeti Lumut yang menjadi transit bagi penduduk dan pelancong antara bandar dan pulau tersebut masih dijaga rapi, sesuai dengan identitinya sebagai struktur bangunan paling ikonik di situ.

Senario orang ramai berkumpul di jeti yang menghadap Selat Dinding dan Selat Melaka itu merupakan perkara biasa jika anda baru pertama kali menjejakkan kaki ke bandar tersebut.

Jadual perkhidmatan perjalanan pelancong ke Pulau Pangkor telah disusun oleh pihak pengurusan operasi tiga syarikat feri iaitu Syarikat Mesra Feri, Syarikat Duta Pangkor dan Syarikat Pan Silver.

Setiap hari, perjalanan feri dari Lumut ke Pulau Pangkor bermula pada pukul 7 pagi hingga 8.30 malam dengan selang perjalanan setiap setengah jam.

Seorang pelancong dari Ireland, Katherine Clark, 35, memberitahu, Lumut merupakan sebuah tempat yang menarik untuk dikunjungi sebelum ke Pulau Pangkor.

"Lumut memberi gambaran awal kepada saya mengenai suasana di Pulau Pangkor. Namun, Lumut tetap mempunyai daya tarikannya tersendiri dan saya berasa aman di sini," ujarnya yang baru sahaja menghabiskan percutian di Pulau Pangkor selama dua bulan.


MUZIUM Maritim Rahmat yang menggunakan Kapal Perang KD Hang Jebat di Taman Esplanade memberi informasi kepada pelancong mengenai fungsi dan konsep kapal perang.


Selain dari Terminal Jeti Lumut, pelancong juga boleh menaiki feri di Jeti Marina Island di Teluk Muroh yang mengambil masa 15 minit perjalanan dari Lumut.

Ikan bilis kering

Berhadapan Terminal Jeti Lumut terdapat bazar yang menjual pelbagai produk hasil laut dan cenderamata yang melambangkan signatur Pulau Pangkor. Bagi yang sudah menghabiskan detik percutian mendamaikan di pulau, lokasi bazar itu wajib dikunjungi sebagai pelangkap sebelum bertolak pulang ke destinasi seterusnya.

Antara bazar yang menjadi tarikan pelancong untuk mendapatkan ikan bilis, ikan masin, sate ikan dan sotong serta pelbagai lagi snek berasaskan hasil laut ialah Waterfront Promenede, Bazar Lumut, Bazar Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pusat Kraf Lumut.

Setiap pengusaha kedai dan gerai di tapak bazar berkenaan berlumba-lumba menunjukkan barangan jualan mereka yang boleh dikatakan antara yang terbaik di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia.

Pemilik premis D'Haliza yang telah berniaga hasil laut selama 12 tahun di pekan tersebut, Noorhaliza Daud, 34, memberitahu, produk istimewa yang dijual oleh puluhan premis di Lumut ialah ikan bilis mata biru.

Menurutnya, ikan bilis tersebut tidak terdapat di tempat lain di Malaysia dan ia hanya boleh didapati di perairan Pulau Pangkor.

"Pada harga RM4.50 untuk 100 gram, ikan bilis ini sering menjadi perhatian pelancong. Rasanya lebih garing dan lebih enak jika dicampurkan dalam sebarang jenis masakan.

"Permintaan terhadap hasil laut ini meningkat terutamanya menjelang musim cuti persekolahan. Pekan ini juga mula bertukar wajah apabila musim cuti, menjadikannya lebih sibuk," ujar pemilik premis itu yang terletak di Jalan Pegawai, berdekatan dengan jeti.

Dengan hanya berjalan kaki, pelancong yang singgah di Lumut tersebut tidak perlu risau mengenai cara untuk meneroka sekitar bandar tersebut.

Tidak lengkap sekiranya pengunjung tidak berkunjung ke Taman Esplanade yang terletak bersebelah dengan jeti Lumut.

Menjadi tempat riadah warga Lumut, ia memanggil kunjungan mereka yang berkeluarga khususnya anak-anak yang mahukan saat riang di taman permainan.

Panggilan pantai


MAKANAN hasil laut yang dijual di bandar Lumut merupakan produk dari Pulau Pangkor.


Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri, Pantai Teluk Batik, Teluk Rubiah dan Teluk Senangin pastinya menjadi tumpuan sewaktu berada di daerah tersebut.

Perjalanan ke pantai-pantai tersebut hanya mengambil masa kurang 15 minit dari bandar Lumut.

Seorang pengunjung dari ibu negara yang ditemui di pantai Teluk Batik, Nik Amier Irfan Nik Azham, 22, memberitahu, dia dan dua orang rakannya mempunyai urusan kerja di Seri Iskandar dan singgah di pantai tersebut untuk mengimbau kenangan ketika kecil.

"Saya pernah ke sini semasa kanak-kanak. Namun, keindahan pantai ini masih lagi terjaga sama seperti dahulu. Apabila terfikir mengenai Lumut, apa yang terlintas di fikiran saya ialah Pantai Teluk Batik," ujarnya yang menggemari makanan kering sotong bergula yang banyak dijual di pantai tersebut.

Tidak jauh dari pekan dan Pantai Teluk Batik, anda juga boleh berkunjung ke Taman Paya Bakau atau lebih dikenali sebagai Taman Monyet.

Di situ, pelancong dapat mendekati pokok bakau yang bertindak sebagai ejen penting dalam ekosistem hutan. Sama seperti kebanyakan kawasan paya bakau di negara ini, taman tersebut banyak mengajar pengunjung tentang fungsi zon paya bakau.

Selain menyaring kekotoran dan menampan ombak, ia juga menjadi santuari ideal bagi pembiakan serta perlindungan pelbagai spesies hidupan laut.

Pada waktu petang dan ketika air pasang, pengunjung dapat meyaksikan ramai penduduk tempatan datang ke kawasan itu untuk memasang bubu untuk menangkap ketam nipah.

Mulai hari ini hingga 3 Mac nanti, Kerajaan Negeri Perak melalui Perak Tourism Sdn. Bhd. dan Majlis Perbandaran Manjung akan menganjurkan Pesta Laut Pangkor Lumut 2013.

Acara tahunan itu diadakan bagi mempromosikan Perak khususnya Daerah Manjung sebagai lokasi pelancongan menarik. Penganjuran itu diharapkan dapat meningkatkan kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara ke daerah tersebut.


DENGAN hanya berjalan kaki, pelancong boleh mengelilingi seluruh bandar Lumut dalam masa beberapa jam sahaja.


Antara aktiviti yang bakal berlangsung ialah gerai pameran dan jualan, menaiki Kapal Layar Cruise, persembahan seni ukiran ais, pertandingan sukan pantai, sukan rakyat, pertandingan perahu layar dan lumba perahu dan kayak.

Kecantikan Masjid Biru, keagungan Hagia Sophia

Posted:

Kecantikan Masjid Biru, keagungan Hagia Sophia

Kecantikan Masjid Biru, keagungan Hagia Sophia


MASJID Hagia Sophia mempunyai nilai-nilai sejarah agung yang menceritakan mengenai perubahan kuasa pemerintah di Turki.


PERCUTIAN saya bersama ahli keluarga pada bulan Disember tahun 2010 di Amsterdam terpaksa ditangguhkan kerana keadaan musim sejuk di kebanyakan negara Eropah berada di puncak.

Dengan suhu yang mencecah 8 hingga 11 darjah Celcius di bawah paras beku, tidak banyak tempat pelancongan yang dapat kami lawati sepanjang tiga hari kami berada di ibu kota Belanda itu.

Selaku ketua yang bertanggungjawab dalam penjelajahan kami di negara itu, abang saya telah mengubah perancangan pelancongan kami dengan memilih Istanbul, Turki.

Perancangan itu ternyata dilakukan dalam masa yang singkat ketika hari ketiga kami di Amsterdam dan dipersetujui oleh ahli keluarga.

Penerbangan dari Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol dengan menaiki Turkish Airways ke Istanbul itu mengambil masa tiga jam merentasi beberapa negara buah Eropah yang lain seperti Jerman, Croatia, Austria dan Bulgaria.

Sepanjang seminggu kami berada di ibu kota Turki, kami menginap di Hotel Marmara Istanbul yang terletak di tengah-tengah ibu kota Istanbul bagi memudahkan perjalanan kami sekeluarga untuk menjelajah kota yang kaya dengan nilai-nilai kebudayaan dan sejarah itu.

Hotel tersebut dikelilingi Terminal Bas Esenler, galeri beli-belah pelbagai jenama antarabangsa dan restoran yang menyajikan masakan tradisional Arab.

Masjid Biru

Di sana, saya lihat makanan masyarakat Istanbul lebih kurang seperti makanan di Malaysia. Mereka menjadikan nasi sebagai makanan ruji dan ada juga yang makan roti.

Menjelang hari kedua percutian, kami telah merancang untuk melawat dua masjid terkenal di ibu kota Istanbul iaitu Masjid Sultanahmet dan Masjid Hagia Sophia.

Perjalanan kami ke Masjid Sultanahmet dari hotel mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan menaiki van yang dipandu oleh pemandu pelancong.

Sepanjang perjalanan itu, van yang kami naiki melalui lorong-lorong kecil berbukit-bukit. Lebih menarik, jalan tersebut diperbuat daripada batu-batu blok.

Sampainya kami di masjid tersebut, van terpaksa diparkir sejauh satu kilometer (km) dari masjid. Keindahan taman serta tumbuh-tumbuhan di sekeliling masjid itu membuatkan saya tidak merasa penat walaupun terpaksa berjalan kaki ke masjid itu.

Masjid Sultanahmet mempunyai kawalan yang ketat oleh pengawal keselamatan.

Sempat juga saya menunaikan solat sunat tahiyatul masjid walaupun keadaan di dalam masjid itu penuh dengan pelancong.

Masjid tersebut mempunyai empat blok bangunan yang berbeza. Kawasan lapang ditengah-tengah masjid menjadi medan pertemuan setiap jemaah atau pelancong untuk ke setiap satu bangunan di dalam masjid itu.

Apa yang menarik perhatian saya mengenai masjid yang dibina pada tahun 1609 hingga 1616 itu ialah struktur batu-bata yang menghiasi segenap dinding dalam dan luaran masjid itu.

Walaupun tanpa sebarang warna, ia kelihatan berwarna biru apabila dilihat dari jauh. Oleh sebab itu, masjid tersebut juga terkenal dengan panggilan Masjid Biru oleh masyarakat di Istanbul.

Kesan penjajahan

Selepas seharian berada di masjid itu, kami mahu meneruskan perjalanan ke sebuah lagi masjid yang terletak lebih kurang satu km dari Masjid Sultanahmet iaitu Masjid Hagia Sophia.

Namun, hasrat kami terbatal apabila kami diberitakan oleh pemandu pelancong bahawa masjid tersebut ditutup untuk kunjungan pelancong disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan dan ia kembali dibuka pada keesokan harinya.

Hari yang seterusnya, awal pagi lagi kami bergegas ke masjid Hagia Sophia atau ia disebut AyaSofya oleh masyarakat setempat. Di pekarangan masjid itu, terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai cenderamata seperti alatan muzik trumpet dan kain mafela.

Saya berpeluang membeli sejenis kopiah yang dipakai oleh masyarakat di sana iaitu tarbus. Harga tarbus buatan Turki itu dijual pada harga RM7 (4Lira) untuk kanak-kanak dan RM15 (9Lira) untuk dewasa.

Sempat juga saya membaca sejarah mengenai Hagia Sophia sebelum menjejakkan kaki ke dalam masjid itu.

Masjid berkenaan dibina oleh Maharaja Justinian daripada Empayar Roman pada tahun 537.

Selama 900 tahun, ia menjadi pusat atau gereja kepada penyebaran agama Kristian ortodoks di Turki sehingga ia diambil oleh kerajaan Islam, Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1453 sekali gus menukarkan gereja tersebut sebagai masjid untuk umat Islam.

Suasana Masjid Hagia Sophia tidak seperti di Masjid Sultanahmet. Di situ, pelancong dilihat berpusu-pusu masuk ke dalam masjid dan kawalannya juga tidak seketat Masjid Biru. Orang bukan Islam dilihat masuk ke dalam masjid itu tanpa mengenakan pakaian menutup aurat.

Saya terkejut melihat dinding masjid itu dipenuhi dengan lakaran gambaran Nabi Isa atau Jesus dan lambang-lambang salib. Namun, kebanyakannya lambang salib itu telah dikikis dan hanya tinggal gambaran Nabi Isa sahaja.

Saya juga berkesempatan ke tingkat dua masjid itu melalui tangga gelap seperti sebuah gua yang diterangi dengan obor pada setiap penjuru tangga. Di tingkat atas, banyak lagi monumen tinggalan Kristian yang masih belum dihapuskan.

Saya tidak merasakan seperti berada di dalam sebuah masjid sebaliknya ia bagaikan sebuah muzium. Perasaan itu bagaimanapun dapat dibendung apabila melihat kalimah Allah dan Muhammad yang tergantung pada ruang solat masjid itu.

Selain daripada dua masjid itu, sepanjang seminggu berada di Istanbul, kami juga sempat berkunjung ke bahagian benua Asia negara tersebut dengan menyeberangi jambatan Sungai Bosphorus yang menjadi pemisah antara dua benua.

Turki terbahagi kepada dua benua iaitu benua Eropah dan Asia. Di sana, saya melihat perbezaan susun atur bangunan dan perumahan yang lebih padat, namun lebih teratur jika dibandingkan dengan pada bahagian benua Eropah.

Kami juga berkesempatan untuk menikmati hidangan roti nan dengan saiz yang lebih besar jika dibandingkan dengan roti itu di tanah air beserta dengan kuah herba.

Pencinta burung di Kuala Gula

Posted:

Pencinta burung di Kuala Gula

Pencinta burung di Kuala Gula



JAM menunjukkan pukul 6.30 pagi, namun kedinginan udara terasa menusuk sampai ke tulang. Suasana nyaman dan tenang menyambut kedatangan tetamu ke Kuala Gula Santuary Resort. Ia satu-satunya hotel penginapan yang terdapat di Kuala Gula yang terletak di daerah Kerian, Perak.

Perjalanan dari Kuala Lumpur sejauh 304 kilometer yang memakan masa empat jam terasa berbaloi apabila dihidangkan pemandangan indah di sekitar muara Sungai Kurau yang merupakan penempatan kampung nelayan kecil.

Menyimpan khazanah alam yang tinggi nilainya terutama keluasan hutan bakau yang mengelilingi sepanjang muara, menjadikan Kuala Gula sebagai destinasi ekopelancongan unik terutamanya pencinta alam.

Lebih istimewa, ia juga menjadi lokasi pilihan si pencinta burung. Terdapat kira-kira 200,000 burung hijrah daripada 50 spesies singgah di situ terutamanya antara Ogos hingga April setiap tahun.

Itu jugalah yang diburu oleh lebih 50 ahli kumpulan Birds, Nature and Us (BNU) untuk merakam gambar burung hijrah di lensa kamera mereka yang dijadikan hobi dan aktiviti hujung minggu.

Kamera sebagai senjata

Tepat pukul 7.30 pagi, kesemua mereka berkumpul di lobi resort dengan memikul senjata masing-masing. Apa yang dibawa bukanlah senjata api atau senjata tajam yang berbahaya, sebaliknya kelengkapan fotografi seperti kamera, tripod dan lensa yang nilainya mencecah puluhan ribu ringgit.

Hobi yang agak mahal itu, mungkin dilihat tidak berbaloi kepada mereka yang tidak meminati fotografi dan burung. Namun bagi mereka, duit bukan halangan sebaliknya kepuasan merakam gambar burung itu.

Pada hari itu, lokasi pertama yang dituju, di tepi tasik bakau yang terletak di pintu masuk resort iaitu kira-kira 300 meter dari lobi. Misinya adalah merakamkan burung hijrah spesies burung raja udang (kingfisher) dan Indian Muller yang banyak terdapat di India.

Dua tahun BNU

Mempunyai keahlian di seluruh negara, BNU yang ditubuhkan sejak dua tahun lepas berjaya mengumpulkan 573 ahli. Kebanyakan merupakan pencinta alam dan burung serta peminat fotografi.

Pada awal penubuhan, ia hanya disertai oleh enam orang antaranya, Muhammad Isa Saat yang juga penaung BNU selain penasihat teknikal, Muhammad Alzahari Darus dan Rosmadi Hassan.

Berkongsi koleksi gambar burung yang diambil melalui facebook, ia telah menarik lebih ramai yang mempunyai minat dan hobi serupa.

Ia secara tidak langsung mendidik masyarakat melalui gambar yang dipaparkan untuk mengenali dan mencintai burung.

Pada mata kasar, bagaikan tiada yang istimewa mengenai seekor burung. Namun dengan menggunakan kamera dan lensa yang sesuai, ia dapat merakamkan gambar burung secara terperinci, menurut Muhammad Isa.

"Contohnya, burung gagak jika dilihat pada mata kasar, kita nampak ia berwarna hitam. Namun apabila dirakam melalui lensa kamera, terdapat warna lain pada burung gagak. Itulah yang menyebabkan seorang pencinta burung seperti ketagih untuk merakamkan gambar burung," katanya.

Memilih lokasi Kuala Gula Santuary Resort untuk acara tahunan kali ini, ia sebagai medan ahli berkenalan dan mengeratkan silaturrahim di samping berkongsi pengetahuan tentang burung dan seni fotografi.

Etika mengambil gambar

Mengambil gambar burung bukan semudah yang disangkakan. Ia memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Kadangkala masa yang diambil berjam-jam, malah berhari-hari untuk menunggu mendapat shot terbaik.

Ada etika yang harus diikuti untuk mengambil gambar burung kerana tidak mahu mengganggu habitat kehidupan burung tersebut.

Muhammad Isa berkata, antara masa yang tidak dibenarkan merakam foto adalah sewaktu burung sedang membuat sarang. Ini kerana jika burung berasa terancam, ia mungkin meninggalkan sarangnya.

Selain itu, terdapat juga sesetengah jurufoto yang mengambil jalan mudah dengan memberi makanan kepada burung liar semata-mata untuk menarik perhatian burung keluar dari sarang atau kawasan hutan.

Menurutnya, ia juga menyalahi etika kerana jika sudah terbiasa dengan keadaan itu, burung mungkin menjadi malas mencari makanan dan sedikit sebanyak mengganggu tabiat semula jadi burung tersebut.

Tambah Muhammad Isa, untuk menjadi bird photographer, seseorang itu perlu belajar dan memahami tentang habitat haiwan tersebut seperti waktu ia keluar mencari makan, waktu bila ua tidak boleh diganggu dan sebagainya.

Koleksi gambar-gambar burung juga dikongsi Alzahari melalui blognya arinaturephotography.blogspot.com - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


40 pelatih berjaya tamatkan kursus Kadar

Posted:

40 pelatih berjaya tamatkan kursus Kadar

40 pelatih berjaya tamatkan kursus Kadar


SEBANYAK 40 pelatih Kadar membabitkan 20 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan UMP memberi tabik hormat selepas majlis penutup kursus berkenaan di Dataran Canseleri UMP, Kuantan baru-baru ini.


DISIPLIN. Seramai 40 pelatih berjaya menamatkan Kursus Asas Darat Pegawai Tidak Tauliah Rendah (Kadar) siri 1/2013 Rejimen 505 Askar Wataniah di Dataran Canseleri Universiti Malaysia Pahang, Kuantan baru-baru ini.

Ia melibatkan sebanyak 20 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan di universiti tersebut.

Mereka telah berjaya menjalani kursus selama sebulan dan merupakan pasukan pertama mewakili UMP.

Antara objektif kursus tersebut adalah untuk membina keyakinan diri serta memupuk semangat keperwiraan, setiakawan dan kerjasama dalam kumpulan.

Karnival 1Malaysia berlangsung meriah

Posted:

Karnival 1Malaysia berlangsung meriah

Karnival 1Malaysia berlangsung meriah

BANTU. Karnival Komuniti 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Kedah berlangsung dengan meriah di Padang Awam Taman Kenangan Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah baru-baru ini.


SHAHLAN (tiga dari kiri) menerima replika cek daripada Ahli Jawatankuasa Pemuafakatan Komuniti 1Malaysia daerah Kulim, Mahathir Abu Bakar sempena Karnival Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Kedah di Padang Serai, Kedah baru-baru ini.


Pada majlis itu, sebanyak 11 Kelab Komuniti di daerah Kulim seperti dari Naga Lilit, Keladi, Junjung, Karangan, Sedim, Sungai Ular, Ladang Vitoria dan Terat Batu menyerahkan sumbangan untuk Tabung Gaza berjumlah RM1,100 melalui Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail.

Pegawai Penerangan daerah Kulim, Ahmad Jemain Sariat berkata, pelbagai acara seperti wayang kulit dan bola jaring melibatkan golongan muda turut diadakan pada karnival yang dihadiri kira-kira 3,000 penduduk pelbagai kaum.

Program antidadah di Masjid Abdullah Fahim

Posted:

Program antidadah di Masjid Abdullah Fahim

Program antidadah di Masjid Abdullah Fahim


SALAH seorang kakitangan AADK memberi penerangan kepada pelajar yang mengunjungi Program Mahabah di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.


SEDAR. Kira-kira 1,000 orang mengunjungi Program Mahabah sempena sambutan peringatan Hari Anti Dadah Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang yang diadakan di pekarangan Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Program yang bertemakan Masjid Hentian Bebas itu dianjurkan oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang.

Tujuan masjid dipilih sebagai lokasi program ialah bagi menjadikan masjid sebagai perantara untuk tujuan pembelajaran dan rujukan untuk memastikan kadar kepulihan dalam kalangan penagih dadah dapat ditingkatkan.

Pada majlis itu pelbagai aktiviti diadakan termasuk pameran dan jualan daripada beberapa agensi seperti Jabatan Penjara dan Pusat Zakat Pulau Pinang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


PRU-13 dijangka cipta rekod

Posted:

PRU-13 dijangka cipta rekod

PRU-13 dijangka cipta rekod

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

WAN AHMAD (duduk di tengah) bersama Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin (duduk di kiri), Pengurus Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Syed Agil Syed Jaafar (duduk di kanan) serta para pengarang dan wartawan Kosmo! bergambar pada majlis Taklimat Pilihan Raya Umum ke-13 di Kompleks Sri Utusan, Bangi semalam.


BANGI – Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan tidak lama lagi dijangka menyaksikan peningkatan jumlah peratusan rakyat keluar mengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan lebih 80 peratus daripada 13.29 juta pengundi berdaftar akan berbuat demikian pada pilihan raya itu.

Angka tersebut jika berjaya dicapai bakal mencatat peratusan jumlah keluar mengundi paling tinggi dalam sejarah pilihan raya negara. Jumlah tersebut adalah berdasarkan bilangan pengundi berdaftar yang diwartakan pada 22 Februari lalu.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, terdapat empat faktor utama mengapa lebih ramai rakyat akan keluar mengundi pada PRU-13 berbanding peratusan yang keluar mengundi pada PRU-12 iaitu cuma pada kadar 72 peratus.

"Faktor pertama ialah daftar pemilih sekarang merupakan yang dikemas kini secara berterusan iaitu pengundi yang telah meninggal dunia selepas rekod kematian disahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dikeluarkan daripada daftar pemilih.

"Ketika PRU-12, tidak dinafikan wujud pengundi yang telah meninggal dunia tetapi nama mereka yang ada dalam daftar pemilih tidak dapat dikeluarkan kerana SPR tidak menerima pengesahan kematian daripada JPN," katanya kepada Kosmo!.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penduduk rindukan kampung

Posted:

Penduduk rindukan kampung

Penduduk rindukan kampung

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my


MOHD. SUHAILI (dua dari kanan) dan penduduk mengaminkan doa selepas penyampaian bantuan makanan di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU – Penduduk di Kampung Tandou dekat sini yang diceroboh sekumpulan orang asing bersenjata api sejak 16 hari lalu meminta pihak terbabit agar segera meninggalkan kampung mereka.

Seorang penduduk, Akasah Abusammah, 34, berkata, mereka sudah rindukan rumah masing-masing yang terpaksa dikosongkan sejak insiden pencerobohan oleh kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Askar Diraja Sulu itu.

"Kami rindukan kehidupan normal seperti sebelum ini bersama keluarga di kampung halaman.

"Saya meletakkan harapan tinggi kepada pihak berkuasa agar dapat mencari jalan penyelesaian kepada insiden tersebut," katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan makanan di Kampung Tanjung Batu di sini semalam.

Kira-kira 250 penduduk dari Kampung Bilis, Kampung Lok Buani, Kampung Tanjung Batu, Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Tanagian menerima bantuan beras, ayam, biskut dan tepung.

Bantuan kepada penduduk di lima kampung yang terletak berhampiran lokasi kejadian itu diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tungku, Datuk Mohd. Suhaili Said.

Akasah yang bekerja sebagai petani memberitahu, dia terpaksa berpindah ke rumah saudaranya di Kampung Tanjung Labian di sini ekoran bimbang keselamatannya dan keluarga terancam.

Katanya, dia juga berharap pencerobohan itu dapat ditamatkan tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Mohd. Suhaili memberitahu, walaupun dilanda kebimbangan, rata-rata penduduk di lima kampung itu melahirkan rasa syukur dengan jaminan keselamatan yang diberikan pihak berkuasa.

"Kita hanya meminta semua penduduk agar bersabar dan banyakkan berdoa supaya kejadian yang berlaku di kampung mereka dapat diselesaikan dengan aman," ujarnya.

Dalam kejadian 12 Februari lalu, lebih 100 orang asing bersenjata api yang disahkan daripada keturunan Sultan Sulu telah menceroboh Kampung Tandou yang terletak di dalam kawasan Felda Sahabat, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.

Kumpulan itu telah diarahkan meninggalkan kampung tersebut oleh pihak berkuasa Malaysia, namun sehingga semalam mereka masih belum berbuat demikian.

PM minta pengamal media sosial patuhi etika

Posted:

PM minta pengamal media sosial patuhi etika

PM minta pengamal media sosial patuhi etika


NAJIB (empat dari kanan) dan Rais (dua dari kiri) bergambar bersama para pengamal media sosial di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pengamal media sosial perlu bersikap lebih matang dan bertanggungjawab apabila menggunakan kemudahan baharu itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil menyatakan sikap optimistik beliau terhadap media sosial dan kesannya kepada masyarakat, Najib berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan jika media sosial tidak terikat langsung dengan sebarang etika.

Kata beliau, etika dan tanggungjawab yang datang bersama media sosial adalah sama pentingnya bagi masyarakat dalam memanfaatkan kepentingannya.

"Adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya tidak wujud sebarang etika dalam konteks media sosial ini," katanya pada Minggu Media Sosial Malaysia anjuran Dewan Media Sosial Malaysia (MSMC) di sini semalam.

Acara itu turut dihadiri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dan pengasas serta Presiden MSMC, Shahul Hameed Shaik Dawood.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Dokumentari kehidupan Orang Asli

Posted:

Dokumentari kehidupan Orang Asli

Dokumentari kehidupan Orang Asli

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI

KRU DreamArts Pictures merakamkan kehidupan Orang Asli pada program dokumentari Juk Bersamaq Sen Oi Beq terbitan Astro Prima di Kampung Langkap, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


BEBERAPA dekad lalu, kisah mengenai kehidupan masyarakat Orang Asli boleh dianggap sesuatu yang eksklusif lantaran cara hidup mereka yang memilih untuk tinggal di kawasan hutan tebal dan sukar dilawati oleh orang asing.

Bagaimanapun, impak kemajuan yang dibawa oleh kerajaan sama sekali tidak meminggirkan masyarakat berkenaan sekali gus mengubah sosio kehidupan Orang Asli di negara ini.

Hasil daripada kemajuan yang dikecapi itu, masyarakat Orang Asli walaupun antara golongan minoriti, namun kejayaan dan sumbangan mereka terhadap negara ini begitu besar.

Bagi menyingkap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Orang Asli, Astro melalui saluran Astro Prima akan menerbitkan sebuah dokumentari bertajuk Juk Bersamaq Sen Oi Beg.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Namanzee Harris, dokumentari tersebut yang bermaksud Jom Bersama Masyarakat Orang Asli itu memberi peluang penonton melihat kemajuan yang dicapai oleh masyarakat unik berkenaan.

Katanya, dokumentari berdurasi selama setengah jam itu mempunyai 13 episod dan akan diterbitkan dengan kerjasama syarikat produksi, DreamArts Pictures serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

"Dalam dokumentari ini kita akan memaparkan kemajuan yang banyak dicapai oleh masyarakat Orang Asli dari segi pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

"Selain itu kita juga akan memaparkan budaya setiap suku kaum Orang Asli di negara ini dan mengupas sudut pandang ketua kaum terhadap usaha kerajaan memajukan masyarakat berkenaan selama ini," katanya.

Temu bual tokoh berjaya

Pelancaran dokumentari itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek di Kampung Orang Asli Langkap di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Namanzee berkata, penggambaran dokumentari itu mengambil masa beberapa minggu dan dijangka akan ditayangkan di Saluran Astro Prima tidak lama lagi.

"Penggambaran pertama dilakukan di Kampung Orang Asli Langkap di Kuala Pilah sebelum kita menjelajah ke seluruh pelosok negara untuk memberikan dokumentari terbaik kepada penonton.

"Dalam dokumentari ini, kita juga akan mewawancara tokoh-tokoh Orang Asli yang telah berjaya dan sumbangan mereka dalam pembangunan masyarakat berkenaan," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif DreamArts Pictures, Muhammad Razlan Ismail memberitahu, pihaknya membuat kajian selama beberapa minggu dan mendapatkan nasihat daripada pihak Jakoa sebelum penggambaran dokumentari dijalankan.

"Seramai enam kru penggambaran memerah keringat dan idea bagi memastikan dokumentari ini menjadi sesuatu yang sangat bermakna bagi masyarakat Orang Asli. Antara cabaran yang kita hadapi adalah kesukaran untuk memasuki kawasan perkampungan Orang Asli yang terpencil dan juga logistik.

Saya berharap penonton tidak melepaskan peluang untuk menambah ilmu pengetahuan sekali gus melihat budaya dan cara hidup Orang Asli di negara ini secara lebih dekat," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan 'Saya tak bersalah'http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm SELANGOR berhak kecewa kerana seolah-olah tertipu apabila membawa masuk pemain import, Ramez Jamal Dayoub yang terlibat dengan rasuah bola sepak.RAMEZ mahu membawa kesnya kepada FIFA bagi menuntut keadilan.http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0228/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm Harrif masih gagal menjejak podiumhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm LALUAN sempit dan lurus beberapa meter menuju ke garisan penamat menjadi pemusnah terhadap usaha pelumba pecut negara, Mohd. Harrif Saleh semalam.Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR<br>norzasrudin@kosmo.com.myMISI Harrif untuk menjejak podium pada perlumbaan peringkat ketujuh semalam menemui kegagalan selepas percubaannya meloloskan diri dihalang oleh pelumba dalam kelompok besar. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0228/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm Andrea Guardini terlalu hebathttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm PELUMBA Itali, Andrea Guardini daripada Astana Pro Team melakar sejarah tersendiri pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013.Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR<br>norzasrudin@kosmo.com.myGUARDINI mengangkat tangan sebaik melepasi garisan penamat untuk menjuarai saingan peringkat ketujuh dari Kuantan, Pahang ke Dungun, Terengganu sejauh 149.8 kilometer semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0228/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Pahang tampil dengan watak sebenar http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm TUJUH gol yang dihasilkan oleh Pahang ketika menewaskan Tentera Darat 7-1 pada saingan Piala FA malam kelmarin, memberi keyakinan kepada jurulatihnya, Dollah Salleh bahawa mereka mampu melangkah lebih jauh bagi merealisasikan impian menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim ini.Oleh ASZAHARI ALI<br>sukan@kosmo.com.myAZAMUDDIN menjaringkan empat gol ketika membantu Pahang menewaskan Tentera Darat 7-1 pada aksi pusingan kedua Piala FA di Kuantan kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0228/Kosmo//su_04.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm Selangor tak boleh guna Ramezhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tidak dibenarkan menggunakan khidmat pemain import, Ramez Jamal Dayoub pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.Tenis: Wozniacki tersingkir awalhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm HARI malang buat pemain pilihan utama Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2013, Caroline Wozniacki apabila ditunjuk jalan keluar oleh pemain bukan pilihan dari China, Qiang Wang.Oleh SHANIKA ABDULLATIB<br>shanika.latib@ kosmo.com.myWOZNIACKI dikatakan mengalami demam dan gagal mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan menentang Qiang Wang semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0228/Kosmo//su_06.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Trofi Standard Chartered Road To Anfield kembali

Posted:

Trofi Standard Chartered Road To Anfield kembali

Trofi Standard Chartered Road To Anfield kembali

27/02/2013 6:28pm

Oleh NURULANUAR MANSOR

KUALA LUMPUR - Para peminat bola sepak sekali lagi berpeluang beraksi di Stadium Anfield dengan penganjuran kali kedua kejohanan Trofi Standand Chartered Road To Anfield yang dilancarkan di sini hari ini.

Penyertaan kejohanan yang turut diadakan di 15 negara pasaran Standard Chartered itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan tidak menjadi pemain bola sepak profesional dalam mana-mana kejohanan bola sepak.

Menurut Ketua Bahagian Perbankan Konsumer Standard Chartered, Sonia Wedrychowicz, kejohanan itu, yang diadakan bagi menghargai sokongan umum kepada bank berkenaan. menawar peluang kepada juara pertandingan di Malaysia untuk beraksi dalam final yang bakal diadakan di Anfield pada 21 Mei depan.

"Rentetan sambutan hangat kejohanan lepas dan sebagai penghargaan kami buat pelanggan, Standard Chartered sebagai penaja pasukan Liverpool sekali lagi menganjurkan kejohanan ini," kata beliau.

Pusingan saringan kejohanan yang menawarkan hadiah utama berupa pingat dan wang RM3,000 ini akan bermula di Selangor pada 10 Mac ini, diikuti Perak (16 Mac), Melaka (17 Mac), Pulau Pinang (23 Mac), Johor (31 Mac), Pahang (6 April) dan pusingan akhir yang akan berlangsung pada 14 April di Kuala LUmpur.

Bagi mereka yang berminat menyertai kejohanan ini, borang-borang penyertaan boleh didapati di www.standardchartered.com.my

Maklumat lanjut juga boleh didapati dengan menghantar emel pertanyaan ke road2anfield@gmail.com atau menghubungi Nik Radzi atau Zack masing-masing di talian 019 3519934 dan 019 9444334. - KOSMO! ONLINE

5 nelayan disenarai hitam salah guna kad subsidi

Posted:

5 nelayan disenarai hitam salah guna kad subsidi

5 nelayan disenarai hitam salah guna kad subsidi

27/02/2013 4:40pm

KUALA TERENGGANU - Seramai lima nelayan di Terengganu disenarai hitam akibat pelbagai kesalahan termasuk menjual minyak diesel dan petrol bersubsidi kepada nelayan asing.

Berikutan itu, mereka tidak lagi dibenar membeli bahan bakar tersebut di tempat yang ditetapkan LKIM, sebaliknya terpaksa mendapatkannya daripada penjual minyak industri dengan harga lebih mahal.

Pengarah LKIM Terengganu, Mohd. Saffe Mohamad berkata, daripada jumlah itu, seramai empat nelayan dikesan menyalah guna kad e-petrol manakala seorang lagi menyalah guna kad e-diesel.

"LKIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak kerana kerajaan telah memberi mereka subsidi untuk meringankan beban, sebaliknya mereka mahu mengaut keuntungan segera," katanya hari ini. - BERNAMA

Lelaki hilang ditemui mati bawah jambatan P. Pinang

Posted:

Lelaki hilang ditemui mati bawah jambatan P. Pinang

Lelaki hilang ditemui mati bawah jambatan P. Pinang

27/02/2013 4:39pm

GEORGETOWN - Pasukan Bomba dan Penyelamat hari ini menemui mayat seorang lelaki di bawah Jambatan Pulau Pinang yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak awal pagi semalam.

Mayat lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an itu ditemui anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Prai pada 10 pagi di Kilometer 5.4 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Seberang Perai.

Jurucakap polis berkata, lelaki itu dilaporkan hilang selepas peronda lebuh raya menemui sebuah kereta jenis Honda Accord berwarna putih dipercayai milik lelaki terbabit yang ditinggalkan di atas jambatan itu pada 1.57 pagi semalam.

"Susulan penemuan kereta itu, polis dapat mengesan alamat lelaki terbabit menerusi nombor plat kereta dan menghubungi keluarganya memaklumkan kejadian itu. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


141 orang maut di Aleppo

Posted:

141 orang maut di Aleppo

141 orang maut di Aleppo


SEJUMLAH penduduk semalam mencari mangsa-mangsa yang terselamat dalam runtuhan bangunan akibat serangan peluru berpandu tentera Syria di Aleppo, Syria pada minggu lalu.


BEIRUT - Sekurang-kurang 141 orang terkorban termasuk 71 orang kanak-kanak selepas tentera rejim Presiden Bashar al-Assad melancarkan empat serangan peluru berpandu ke atas Aleppo pada minggu lepas, kata pertubuhan hak asasi Human Right Watch semalam.

Pertubuhan tersebut mengesahkan angka korban tersebut selepas beberapa penyelidik melawat kawasan serangan di utara Syria itu.

Badan hak asasi manusia antarabangsa itu berkata, kesemua serangan mengenai kawasan penempatan penduduk.

Bandar Aleppo yang merupakan bandar terbesar Syria menjadi medan pertempuran utama bagi menggulingkan pemerintahan Bashar.

Menurut pertubuhan itu, serangan itu tidak mengikut undang-undang terhadap penduduk awam.

Hasil lawatan sekumpulan penyelidik badan pemerhati itu, mendapati sekurang-kurangnya 20 buah bangunan musnah akibat terkena bedilan peluru berpandu.

Konflik di Syria meletus pada Mac 2011 selepas para penentang melancarkan tentangan ke atas rejim Bashar kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahannya.

Mereka menuduh Bashar gagal untuk melakukan pembaharuan dalam pentadbiran dan hak kebebasan bersuara. - Agensi

19 maut belon udara panas meletup

Posted:

19 maut belon udara panas meletup

19 maut belon udara panas meletup


DUA kakitangan ambulans mengangkat mayat mangsa belon udara panas yang meletup.


KAHERAH - Sebuah belon udara panas meletup semasa ia terbang melintasi bandar Luxor semalam menyebabkan 19 orang terbunuh, kata seorang pegawai keselamatan.

Antara yang terbunuh itu ialah pelancong Hong Kong, Jepun, Perancis dan Britain.

Belon tersebut yang membawa 21 orang terbang pada ketinggian 300 meter di Qurna, Luxor.

Ia meletup selepas berlaku kebakaran di Qurna.

Dua orang yang terselamat termasuk pengendali belon tersebut dihantar ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.

Serpihan badan mangsa bertaburan di atas tanah selepas belon tersebut meletup.

Gabenor Luxor, Ezzat Saad mengarahkan semua penerbangan belon dilarang ekoran kejadian itu. - Agensi

Aktor Perancis diberi hadiah apartmen

Posted:

Aktor Perancis diberi hadiah apartmen

Aktor Perancis diberi hadiah apartmen


REUTERS
GAMBAR fail menunjukkan Depardieu (kanan) dengan Kadyrov di Grozny kelmarin.


MOSCOW - Seorang pelakon terkenal Perancis yang memperoleh kerakyatan Rusia, Gerard Depardieu menerima hadiah seunit apartmen daripada pemimpin Republik Chechen, Ramzan Kadyrov, lapor agensi berita dpa semalam.

Kadyrov kelmarin dilaporkan menyerahkan sendiri kunci kediaman itu kepada Depardieu.

Apartmen yang terletak di ibu negara Chechen, Grozny itu memiliki lima buah bilik tidur.

Dia berjaya memperoleh pasport Rusia setelah dibenarkan menjadi warga negara tersebut.

Republik itu merupakan sebahagian daripada Rusia.

Presiden Rusia, Vladimir Putin menyerahkan pasport negara itu kepada Depardieu yang berusia 64 tahun pada Januari lepas.

Dia memohon kerakyatan Rusia selepas dilaporkan menentang cadangan untuk melaksanakan cukai ke atas para jutawan di Perancis.

Bagaimanapun, dia menafikan tentangannya terhadap cadangan cukai tersebut menjadi punca dia menjadi warga Rusia.

"Saya amat tertarik dengan sifat penduduk Rusia kerana diri saya juga seperti orang Rusia.

"Saya memuja Vladimir Putin, Presiden anda," kata pelakon tersebut kepada rangkaian televisyen Rossiya 24.

Depardieu pernah mengunjungi Chechen pada tahun lalu untuk meraikan ulang tahun kelahiran Kadyrov.

Apabila pelakon tersebut menunjukkan pasport Rusia kepada Kadyrov, pemimpin Chechen itu mengundangnya untuk tinggal di wilayah tersebut.

"Kami saling mengenali dengan baik semasa lawatan pertamanya.

"Kami membincangkan beberapa projek. Saya percaya, lawatan itu akan menjadi produktif," kata Kadyrov kepada agensi berita Interfax.

Sementara itu, Depardieu berkata, dia berminat untuk merakamkan filem di wilayah itu.

"Ia munasabah untuk membuat rakaman itu di Grozny, merakamkan sebuah filem hebat," katanya kepada stesen televisyen NTV.

Menurutnya, dia tidak akan mendedahkan semua maklumat tersebut buat masa ini. Pelakon itu pernah membintangi filem Cyrano de Bergerac and Green Card.

Sementara itu, beberapa kumpulan hak asasi pernah mendakwa Kadyrov mempunyai kaitan dengan mengarahkan pembunuhan dan penyalahgunaan kuasa lain di Republik Chechen yang didominasi oleh orang Islam di utara Caucasus.

Republik itu pernah terlibat dalam peperangan Chechnya yang mengorbankan lebih 100,000 orang pada tahun 1994 hingga 2000. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved