Ahad, 24 Februari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Nilai estetika rumah kayu

Posted:

Nilai estetika rumah kayu

Nilai estetika rumah kayu

S UASANA Kampung Sijangkang yang terletak di Kuala Langat, Selangor pada pagi itu agak dingin dan lembap gara-gara hujan lebat. Perjalanan yang mengambil masa selama satu jam dari ibu kota itu terbantut seketika setelah memasuki laluan kecil di kampung itu.

Meskipun percubaan mencari Jalan Seri Tanjung gagal, akhirnya menemukan kami dengan pemilik rumah kayu yang popular di kampung tersebut iaitu bekas seorang usahawan, Ahmad Ali, 50.

Bergerak 50 meter ke kawasan rumah tersebut, kelihatan sebuah binaan kayu berwarna coklat gelap yang tersergam indah di atas hamparan rumput yang menghijau.

Kehadiran kami disambut mesra oleh seorang lelaki yang tampil ringkas berkemeja rona biru, seluar panjang dan bersongkok. Sambil mengukir senyuman dan menundukkan kepala tanda hormat, dia memperkenalkan diri lalu mempelawa masuk ke dalam rumah.


RUMAH ini seringkali menjadi tumpuan orang ramai kerana sarat dengan elemen tradisional.


Ketika melangkah masuk hawa sejuk dan nyaman menyapa kami. Perasaan kagum menyelubungi tatkala melihat keunikan jubin lantai yang berwarna-warni diselangi kepingan papan dan batu sungai.

Setiap inci dalam rumah tersebut pasti mengingatkan seseorang pada ciri sebuah rumah kampung kerana selain reka bentuk, ia siap dengan kelengkapan dan barangan antik seperti kipas, suis lampu, penghias dinding dan lampu.

Selain itu, keunikan ukiran dan bentuk kayu di bahagian dinding, atap, tingkap dan tangga nyata menyerlahkan keaslian rumah berkenaan. Kediaman yang diperbuat daripada kayu mempunyai keistimewaan dan nilai estetika yang tersendiri.

TANGGA belakang untuk memudahkan anak dara naik ke atas rumah.


Apatah lagi dikelilingi pohon-pohon yang menghijau di halaman rumah dan dihiburkan dengan kokokan ayam. Kedamaiannya meresap ke dalam hati. Diajak bercerita mengenai rumah itu, Ahmad memberitahu, dia terpanggil untuk mendirikan rumah tradisional itu kerana tidak mahu unsur-unsur Melayu lenyap begitu sahaja.

Hasrat untuk membina rumah kayu itu bermula selepas salah seorang rakannya yang berasal dari Perancis mengunjungi Malaysia. Warga Perancis itu meluahkan perasaan janggal kepada Ahmad selepas melihat sebuah lukisan rumah kayu tradisional yang tergantung di dinding.

HASIL ukiran kayu membangkitkan nostalgia.


"Dia bertanya kepada saya, kenapa sukar untuk melihat rumah kayu di ibu kota sedangkan ia melambangkan identiti orang Melayu," ujarnya yang terkesima dengan pandangan tersebut.

Anak sulung daripada tujuh adik-beradik itu mula merancang untuk membina rumah kampung tradisional lalu membuat keputusan menjual kondominiumnya yang terletak di Shah Alam.

Daripada maklumat yang diperoleh daripada seorang rakannya, Ahmad kemudian membeli sebuah rumah kayu yang berusia 70 tahun di Teluk Intan, Perak yang bernilai RM2,000. Menurut Ahmad, rumah lama yang dibeli itu dirobohkan untuk dibina semula di Sijangkang menggunakan kayu sedia ada.


SEBAHAGIAN dinding di ruang tamu dihiasi dengan kelarai.


"Saya kitar semula kayu lama itu kerana ia lebih kering, tahan lama dan lebih keras kerana kayu baharu memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk kering," tutur bapa kepada tiga anak itu.

Bagaimanapun, hanya sebahagian kayu lama boleh digunakan, selebihnya menggunakan kayu baharu. Bagi membina istana idamannya, hampir 20 tan metrik kayu digunakan.

Antara jenis kayu yang digunakan ialah cengal dan resak kerana kualitinya yang tinggi. Menurut anak jati Tanjong Karang, Selangor itu pembinaan rumah tersebut mengambil masa selama empat tahun. Pembinaan rumah yang didirikan di atas tanah yang berkeluasan satu ekar (0.4 hektar) itu mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan kerja-kerja yang rumit selain memerlukan ketelitian yang tinggi.

Malah, sebahagian rumah tersebut didirikan tanpa paku selain sambungan tanggam iaitu kayu kecil untuk menampung binaan dan pasak.

Ilham kembara

Ahmad yang gemar melancong sentiasa mengambil kesempatan itu untuk mencari idea-idea baharu dengan mengunjungi kedai-kedai kayu.

"Saya akan berbincang dengan tukang kayu dan berkongsi idea-idea yang diperoleh sepanjang pengembaraan. Jika tiada masalah mereka akan membina mengikut cita rasa saya," katanya.

Menyentuh mengenai ukiran yang menjadi penyeri kediamannya, kayu ukiran itu terdiri daripada kayu-kayu yang terpakai. Selain untuk tujuan hiasan, ia juga menggalakkan aliran udara dan cahaya ke dalam rumah.

Memetik kata-kata Penolong Pengurus Projek, Badan Warisan Malaysia, Intan Syaheeda Abu Bakar, ukiran penuh kerawang bukan sahaja dipandang sebagai aksesori tetapi turut menunjukkan status pemilik rumah. "Itu mungkin dulu," pintas Ahmad.


UKIRAN Asma Ul Husna menghiasi hiasan dalaman rumah Ahmad menjadi ciri-ciri yang menarik.


Tatkala melangkah masuk ke ruang tetamu yang terletak di atas tingkat itu kedengaran bunyi keriut papan lantai yang bergesel antara satu sama lain.

"Bunyi itu biasa bagi lantai kayu tetapi jangan khuatir kerana rumah ini mampu menampung lebih 100 orang," katanya sambil tersenyum.

Kepingan papan segi empat panjang yang berwarna merah dan hijau yang terletak di ruang tamu menarik perhatian mata yang memandang. Sangkaan penulis ia tulisan kaligrafi Cina tetapi ia sebenarnya ukiran nama-nama Allah.

"Saya beli ukiran ini pada harga RM12,000 di Changlun, Kedah kerana pembeli asalnya menghadapi masalah kewangan," jelasnya yang menyifatkan hiasan itu menarik perhatian sesiapa sahaja yang bertandang ke rumahnya. Ghairah bercerita tentang kepingan tulisan Asma Ul Husna itu, dia memberitahu 'istananya' itu turut mempunyai tiga tangga.

Berasa agak janggal dengan jumlah tangga itu, Ahmad menjelaskan, ia memudahkan anak dara naik ke atas rumah itu melalui laluan belakang.

"Seorang saudara terdekat menasihatkan supaya mendirikan tangga yang berselindung untuk memudahkan kaum wanita masuk ke rumah jika tetamu bertandang ke rumah," ungkapnya sambil memberitahu terdapat empat buah bilik di rumah tersebut.

Antara cabaran memiliki rumah kayu ialah serangan anai-anai dan haiwan pemusnah lain. Namun, Ahmad tidak menganggap ia sebagai satu cabaran sebaliknya menganggap ia merupakan fitrah alam.

PERALATAN elektrik lama seperti suis lampu ini menambah rasa nostalgia pada rumah kayu ini.


Kaedah semburan

"Manusia mempunyai otak dan teknologi, jadi kita perlu mencari ikhtiar untuk menyelesaikan sebarang masalah yang datang dalam kehidupan. Begitu juga dengan masalah anai ini," sambung Ahmad penuh falsafah.

Beliau hanya menggunakan kaedah semburan bagi menghapuskan perosak kayu itu selain melakukan pemerhatian berkala di kesemua sudut rumah. Selain masalah itu, jelas Ahmad, terdapat kesan kayu reput akibat hujan lebat.

Begitupun, tidak banyak kesan kebocoran. Dalam pada itu, dia memberitahu rumahnya juga sering kali menjadi pilihan ramai pengarah untuk penggambaran drama yang melibatkan suasana kampung dan sambutan hari raya.

"Saya tidak tahu bagaimana mereka tahu tentang rumah saya ini. Namun, saya tidak pernah menolak permintaan mereka kerana memang sukar untuk mendapatkan rumah tradisional Melayu," katanya yang percaya setiap tetamu membawa rezeki yang berbeza-beza.

Walaupun telah menghabiskan ratusan ribu ringgit, dia mengakui puas memiliki rumah itu kerana beranggapan ia khazanah berharga yang tiada tolok bandingan.

Menyentuh tentang perancangan masa depan, beliau bercadang mendirikan chalet di kawasan kediamannya kepada sesiapa yang ingin meraikan majlis perkahwinan di rumahnya.

Pemulihan Sungai Pasig

Posted:

Pemulihan Sungai Pasig

Pemulihan Sungai Pasig

Kerajaan pusat Filipina mengambil langkah drastik mengubah imej sungai utama Manila, Sungai Pasig yang tercemar teruk. Namun, ia dikhuatiri mengambil masa yang lama kerana kerajaan perlu terlebih dahulu menyelesaikan masalah setinggan yang membanjiri sepanjang Sungai Pasig.


PELBAGAI jenis sampah sarap memenuhi Sungai Pasig menyebabkan air sungai itu tidak mengalir sekali gus mengeluarkan bau busuk.




KERJA-KERJA pembersihan Sungai Pasig telah mula dijalankan sejak dua tahun lalu.




SEORANG kanak-kanak berdiri di sebuah jambatan sambil menunjukkan air Sungai Pasig yang hitam.


BEBERAPA orang budak lelaki menjerit dalam kegembiraan sambil melompat dari atas jambatan ke dalam sungai. Tidak jauh dari situ, nelayan tetap setia dengan mata kail masing-masing mencari rezeki di sungai berkenaan.

Ia merupakan gambaran suasana kehidupan penuh gembira penduduk suatu ketika dahulu, sebelum Sungai Pasig di Filipina bertukar menjadi toksik.

Namun, semua itu sudah lenyap di Sungai Pasig.

"Cuaca sangat panas. Kami tidak mempunyai tempat lain untuk berenang dan melarikan diri daripada haba panas ini," kata Christian Ivanes yang berusia 16 tahun.

Ivanes merupakan antara ratusan penduduk setinggan haram yang membina kediaman daripada kayu dan plastik di bawah jambatan serta tepi Sungai Pasig.

Mereka adalah tanda komuniti terdesak di mana-mana bandar besar Asia yang terkenal kerana kemiskinan melampau.

Tanpa pilihan, mereka terpaksa hidup di tepi Sungai Pasig, seolah-olah sungai itu masih bersih seperti dahulu.

Adakalanya mereka terpaksa meredah plastik dan sampah sarap yang terapung di dalam air hitam untuk bergerak dari satu rumah ke satu rumah.

Tidak terkecuali bau busuk yang kuat membuktikan betapa limpahan air kumbahan dan sisa perindustrian tidak dirawat di sungai itu.

"Pernah juga terjadi, ada orang yang mempunyai luka yang belum bertaut meredah masuk ke dalam sungai ini. Tidak lama kemudian dia sakit kerana mendapat jangkitan teruk lalu meninggal dunia," kata Gina Lopez, seorang penggerak kempen alam sekitar yang memacu usaha terbaharu kerajaan untuk membersihkan Sungai Pasig.

Sistem perairan

Pihak pemerintah membelanjakan 10 bilion peso (RM743 juta) setahun untuk mentransformasi sistem perairan dan kesemua 47 anak sungainya, ujar Gina.

Separuh daripada wang tersebut sedang diusahakan untuk memindahkan kira-kira 300,000 penduduk setinggan yang tinggal di sepanjang tebing dan anak sungai, yang dikenali penduduk tempatan sebagai esteros.

"Selagi terdapat penduduk haram yang hidup di sepanjang esteros, menggunakan tempat itu sebagai tandas dan membuang sampah sarap, usaha pembersihan tidak dapat dilakukan. Jadi kami perlu bermula dari situ," tegas Gina.

Suruhanjaya tersebut telah membersih dan memulihkan empat esteros sejak 2010, apabila Presiden, Benigno Aquino mengambil alih kuasa dan melaksanakan program itu, terangnya.

Suruhanjaya itu berhasrat untuk memulakan tugas yang sama di lebih 16 anak sungai lagi tahun ini.

Di Estero de Paco, sebatang anak sungai sepanjang 2.9 kilometer yang merupakan sungai paling dicemari beberapa tahun dahulu di bandar Manila, rumah-rumah pondok telah diganti dengan laluan pejalan kaki dan dipenuhi pokok-pokok, manakala mesin rawatan air kini dipasang di tengah-tengah tumbuh-tumbuhan.

Lebih daripada 1,300 keluarga atau kira-kira 6,500 setinggan, yang tinggal dalam jarak kira-kira tiga meter daripada saluran itu telah dipindahkan, manakala penjual di pasar berhampiran telah berhenti membuang sampah ke dalam air.

Berpindah

Program dengan syarikat-syarikat air tempatan demi meningkatkan kemudahan kumbahan juga telah dilaksanakan.

"Kami kini boleh berjoging di sepanjang laluan ini dan anak-anak kami tidak perlu pergi ke tempat lain untuk bermain," kata Evelyn Quitala, 51, yang menggelarkan Estero de Paco sebagai rumahnya sepanjang hayat.

Walau pun esteros kelihatan jauh lebih baik hari ini namun, airnya masih teruk tercemar, kata Javier Coloma Brotons, seorang pakar pembangunan bandar di Bank Pembangunan Asia.

Beliau menambah, transformasi seluruh sistem air itu boleh mengambil masa beberapa dekad untuk diselesaikan.

Antara pelbagai masalah yang diutarakan beliau ialah kekurangan loji rawatan kumbahan dan pekerja-pekerja terlatih untuk mengendalikan loji, gerai-gerai niaga kecil yang bertindak membuang sisa ke dalam air dan pencemaran daripada industri.

Coloma Brotons juga memberitahu bahawa Sungai Pasig sepanjang 27 kilometer yang menghubungkan Laguna de Bay, tasik terbesar di Filipina, dengan Teluk Manila mengalami pasang surut.

Ini bermakna pencemaran dari Teluk Manila yang luas, termasuk sisa dari pelabuhan urut memberi kesan kepada sungai itu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Filipina hantar kapal bawa pulang penceroboh

Posted:

Filipina hantar kapal bawa pulang penceroboh

Filipina hantar kapal bawa pulang penceroboh

SEBUAH bot peronda laju Tentera Laut Diraja Malaysia mengawal kawasan pantai Tanjung Labian, Lahad Datu kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

Kapal yang bernombor AT296 itu belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam tadi.

Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina dalam satu kenyataan berkata, pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila semalam.

Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah serta keluarga mereka dan pada masa yang sama pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan.

"Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya.

Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air."

Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino serta sukarelawan dan petugas perubatan.

Pada 12 Februari lalu, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu.

Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Sulu dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.

Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas dan kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas untuk meninggalkan negara ini.

Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka. - Bernama

Lagi amah Indonesia direman dera budak

Posted:

Lagi amah Indonesia direman dera budak

Lagi amah Indonesia direman dera budak

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo

SEORANG amah warga Indonesia ditahan polis selepas disyaki mendera anak majikannya di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seorang lagi amah warga Indonesia ditangkap polis kerana disyaki mendera anak majikannya yang berusia satu tahun tiga bulan dengan mencubit dan meliukkan tubuh budak itu ke belakang sebanyak dua kali di sebuah rumah di Jalan Bayam di sini, malam kelmarin.

Perkara itu terbongkar akibat tindakan ibu bapa kanak-kanak perempuan itu yang meletakkan kamera video digital tersembunyi di bilik amah berusia 41 tahun itu setelah mengesyaki sesuatu berlaku pada anaknya yang sering dilihat lebam-lebam di badan sejak lima bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, wanita terbabit yang mula diambil bekerja melalui ejen yang sah sejak 2009 dan kontraknya disambung memandangkan sikapnya yang rajin melakukan kerja-kerja rumah.

"Majikannya hanya menyedari anaknya itu didera oleh pembantu rumah berkenaan selepas melihat kesan-kesan lebam pada badan anaknya, lalu bertanyakan hal itu kepada wanita terbabit, namun dia memberi alasan kanak-kanak itu terkena bucu meja ketika bermain.

"Curiga dengan pengakuan wanita itu, majikannya memasang kamera video digital yang diletakkan dalam bilik amah terbabit selepas melihat aksi rakaman bayi yang berusia empat bulan di Kuantan didera amah yang turut dipaparkan dalam televisyen," katanya kepada Kosmo! semalam.

Azham berkata, tindakan pasangan suami isteri berusia 29 dan 26 tahun itu, berjaya merakam aksi wanita terbabit yang melakukan penderaan terhadap kanak-kanak berkenaan yang turut ditinggalkan bersama abangnya yang berusia dua tahun setengah apabila majikan terbabit keluar rumah kira-kira pukul 9.15 malam kelmarin untuk ke klinik berdekatan.

"Selepas pulang dari klinik kira-kira pukul 10.30 malam, pasangan itu masuk ke dalam bilik untuk mendapatkan kedua-dua anak mereka dan pada masa yang sama mengambil kamera video yang disorokkan dalam bilik amah terbabit.

"Pasangan terbabit terkejut melihat rakaman itu dengan aksi wanita terbabit yang meliukkan badan kanak-kanak itu ke belakang sebanyak dua kali.

"Dia kemudian meletakkan kanak-kanak itu dengan kasar ke atas kereta mainan. Disebabkan budak itu tidak berhenti merengek, dia pun meletakkannya ke atas tilam dengan kasar dan mencubit di bahagian paha.

"Abang kanak-kanak itu tidak diapa-apakan," katanya.

Azham berkata, pasangan berkenaan membuat laporan di balai polis berhubung kejadian itu pada pukul 12.30 tengah malam dan 15 minit kemudian amah tersebut ditangkap polis.

"Amah tersebut ditahan reman selama empat hari bermula hari ini (semalam) dan disiasat di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Nenek ditampar sebelum disamun

Posted:

Nenek ditampar sebelum disamun

Nenek ditampar sebelum disamun

Oleh SAIFUL BAHARIL BASERI
berita@kosmo.com.my


MEK YA menunjukkan parang yang digunakan penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Kampung Parit Tanjung
Piandang Tengah, Parit Buntar semalam.


PARIT BUNTAR - Seorang penyamun yang menceroboh masuk rumah seorang warga emas yang hidup sebatang kara di Kampung Parit Tanjung Piandang Tengah dekat sini semalam menghulurkan wang tunai RM20 dan memohon dihalalkan barangan yang dicurinya sebelum melarikan diri.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu, warga emas yang mahu dikenali sebagai Mek Ya, 75, kerugian RM3,000 apabila wang tunai dan rantai leher miliknya dilarikan seorang penjenayah yang masuk ke rumahnya.

Menceritakan kejadian tersebut, Mek Ya berkata, dia yang kematian suami sejak beberapa tahun lalu bangun daripada tidur untuk mengambil wuduk di bilik air, tiba-tiba terasa bahunya ditepuk dari belakang.

"Sebaik menoleh ke belakang, muka saya ditampar berkali-kali manakala leher diacu parang. Selepas itu saya nampak seorang lelaki tanpa menutup muka mengugut untuk mencederakan saya jika saya menjerit," ceritanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurut warga emas itu lagi, dia kemudian dibawa ke ruang tamu rumah dan diminta duduk diam manakala penjenayah itu pula menggeledah rumahnya.

Mek Ya memberitahu, kira-kira setengah jam selepas menggeledah, suspek menjumpai wang tunai berjumlah RM2,000 yang disimpan di bawah tilam di bilik tidurnya.

Wang tersebut merupakan wang simpanannya yang menyara hidup dengan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mek Ya tiada zuriat dan hidup di rumah yang dibina di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

"Penjenayah itu kemudian merentap kasar rantai leher bernilai RM1,000 yang saya pakai.

"Sebelum penjenayah itu meninggalkan saya, saya merayu agar dipulangkan wang dan rantai leher saya kerana itu saja harta yang saya ada," katanya.

Dia memberitahu, penjenayah itu yang dipercayai warga tempatan mungkin tersentuh dengan rayuannya lalu memulangkan wang tunai RM20 sebelum meminta dia menghalalkan barangan yang dicurinya sebelum melarikan diri.

Mek Ya pasrah dengan ujian Allah tersebut bagaimanapun dia tidak akan memaafkan perbuatan penjenayah terbabit.

Warga emas itu memberitahu, dia percaya penyamun tersebut menceroboh rumahnya melalui tingkap bilik air berdasarkan dua rangka besi cermin tingkap yang patah.

Difahamkan, penjenayah yang menceroboh masuk rumah Mek Ya turut masuk ke sebuah rumah lain di kampung sama sebelum itu menyebabkan pemilik rumah terbabit hilang sebuah basikal, telefon bimbit dan wang tunai RM40.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kes tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Henjutan Chicchi sukar dicabar

Posted:

Henjutan Chicchi sukar dicabar

Henjutan Chicchi sukar dicabar

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
zasrudin@kosmo.com.my

GAYA tersendiri Chicchi (kanan) sebaik melintasi garisan penamat pada peringkat keempat LTdL 2013 di Kapar semalam.


JERSI Biru bertukar tangan sebaik berakhirnya peringkat keempat kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (2013) semalam.

Biarpun menamatkan perlumbaan di tempat kedua, ia sudah memadai buat pelumba Astana Pro Team, Andrea Guardini menyarung Jersi Biru, sekali gus merampas status Raja Pecut daripada Wang Meiying.

Bagaimanapun, Meiying dari Henxiang Cycling Team masih mempertahankan Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan, Jersi Merah (Raja Bukit) dan Jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia) yang dimenanginya kelmarin meskipun sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-64 semalam.

Pada perlumbaan di laluan beralun dan lurus dari Tapah, Perak ke Kapar, Selangor sejauh 168 kilometer (km) itu, Guardini melakukan henjutan bertenaga beberapa meter menuju ke garisan penamat.

Namun, Raja Pecut edisi 2011 dan 2012 itu dipintas pelumba Vini Fantini-Selle Italia, Francesco Chicchi manakala tempat ketiga menjadi milik Aidis Kruopis dari Orica GreenEDGE dengan catatan tiga jam 44:22 saat (s).

"Hari ini (semalam), pasukan kami membuat keputusan untuk melihat pasukan lain membuat 'kerja' selepas kami bertungkus-lumus pada tiga peringkat awal sebelum ini.

"Kami cuba membantu rakan sepasukan (Yonathan Mosalve) untuk memenangi Jersi Kuning sepanjang tiga peringkat sebelum ini tetapi tidak berjaya. Kami tunggu sehingga ke garisan penamat untuk melakukan sesuatu.

"Saya memerhatikan Guardini dan ketika perlumbaan berbaki 300m, saya berjaya memintasnya.



"Ini adalah penampilan pertama saya di Malaysia dan LTdL. Saya gembira di sini terutamanya apabila menang.

"Bagi saya, pasukan lebih penting kerana ini adalah perlumbaan yang besar tetapi tahun ini lebih sukar buat kami.

"Terlalu banyak pelumba pemecut dan pendaki. Esok (hari ini) kami akan membantu Mosalve menang di Genting Highlands," kata Chicchi yang juga juara dunia Bawah 23 Tahun pada 2002.

Guardini pula mengakui, pengalaman menjadi kelebihan kepadanya untuk melakar kemenangan pada perlumbaan berprestij di Asia itu.

"Saya pernah berlumba di sini tetapi seperti yang saya beritahu sebelum ini, saingan pada kejohanan tahun ini lebih tinggi terutamanya dengan kehadiran Chicchi dan Theo Bos (Blanco Pro Cycling Team).

"Mereka (Chicchi dan Bos) sentiasa muncul pada setiap peringkat dan mereka lebih baik daripada saya. Saya sepatutnya memecut 250m sebelum sampai ke garisan penamat tetapi saya awal 50m.

"Chicchi lebih baik berbanding saya hari ini," kata Guardini.

Ketika ditanya mengenai sasaran untuk memenangi peringkat, Guardini berkata, dia akan berusaha untuk memenangi sekurang-kurangnya satu peringkat.

"Sekarang saya sudah menang jersi (Jersi Biru). Jadi, saya perlu mempertahankannya tetapi saya tetap akan berusaha untuk memenangi satu peringkat. Ramai pelumba pecut yang menyertai perlumbaan tahun ini.

"Saya masih belum menang peringkat kerana terdapat ramai pelumba yang lebih baik daripada saya. Kini, saya berada pada prestasi terbaik dan saya akan cuba untuk menang tetapi bukan esok.

Ketika ini, Meiying mendahului kedudukan teratas dalam perebutan Jersi Kuning selepas mengumpul masa keseluruhan 14 jam 29:06s.

Begitupun, Meiying yang mengumpul 40 mata untuk meninggalkan Arredondo (20 mata) dan Haas (16 mata) terpaksa bekerja keras untuk mempertahankan Jersi Merah pada saingan pendakian berstatus Hors di peringkat kelima dari Proton, Shah Alam ke Genting Highlands sejauh 110.3km hari ini.

Bagi perebutan Jersi Putih, dia mencatat masa keseluruhan 14 jam 29:06s untuk menewaskan dua pelumba Astana Pro Team, Alexandr Dyachenko dan Andrey Kashechkin.

Semangat Anuar belum luntur

Posted:

Semangat Anuar belum luntur

Semangat Anuar belum luntur


ANUAR (kanan) terus menjadi sandaran untuk mengharumkan nama Malaysia pada perlumbaan LTdL 2013.


JAGUH pecut negara, Anuar Manan masih gagal untuk menyaingi kehebatan barisan pelumba profesional pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013.

Semalam, sasaran pelumba pasukan Synergy Baku Cycling Project itu untuk menaiki podium pada perlumbaan peringkat keempat dari Tapah ke Kapar sejauh 168 kilometer (km) tidak kesampaian.

Anuar hanya berpuas hati berada di tempat kelapan ketika empat pelumba profesional mengungguli lima kedudukan teratas yang menyaksikan pelumba Vini Fantini - Selle Italia, Francesco Chicchi muncul juara.

Anuar berkata, rakan-rakan sepasukannya yang sepatutnya membawa dia ke garisan penamat tersangkut dengan kelompok pelumba lain, sekali gus menyebabkan dia terpaksa bertindak secara solo.

"Saya terpaksa pergi sendiri ke garisan penamat, kami memang tidak jangka perkara ini akan berlaku.

"Ia memang malang buat saya tetapi saya tetap bersyukur dapat meraih tempat kelapan," katanya.

Menurut Anuar, walaupun banyak tenaga habis dalam perlumbaan semalam, kedudukan tempat kelapan sesuatu yang boleh dibanggakan dan dia berjanji akan memperbaiki kedudukannya pada perlumbaan akan datang.

"Saya masih belum dapat menaiki podium lagi setakat ini tetapi saya akan mencuba lagi tanpa menyerah kalah.

"Memang berlaku pemecahan hari ini (semalam). Mereka mula mengawasi saya seperti pasukan Blanco Pro Cycling Team dan Astana Pro Team.

"(Pelumba Astana) Andrea Guardini juga telah memesan kepada rakan-rakan sepasukannya supaya tidak melepaskan saya dengan mudah.

"Mereka memang tidak mahu saya mengumpul mata pecut (Jersi Biru), jadi saya hanya duduk dalam kelompok," jelas Anuar.

Anuar berkata, dia akan cuba mengumpul mata lagi selepas ini dengan menggunakan strategi yang lain kerana pasukan lain sudah mula memberi cabaran kepadanya.

"Saya berharap dapat melakukan yang lebih baik seterusnya memastikan sasaran untuk menaiki podium terlaksana," kata pelumba kelahiran Kampung Kuala Ibai, Terengganu itu.

Barisan pelumba kebangsaan mula bangkit

Posted:

Barisan pelumba kebangsaan mula bangkit

Barisan pelumba kebangsaan mula bangkit

SELEPAS beraksi hambar sepanjang tiga peringkat awal LTdL 2013, barisan pelumba kebangsaan mula mempamerkan sedikit peningkatan.

Pada saingan peringkat keempat dari Tapah, Perak ke Kapar, Selangor sejauh 168 kilometer (km) semalam, Mohd. Nor Rizuan Zainal berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-14.

Rizuan memberikan sedikit keceriaan buat pasukan kebangsaan apabila memberikan kayuhan sebaik mungkin dan mengekori di belakang rakan senegaranya, Anuar Manan dari Synergy Baku Cycling Project.

Menurut Rizuan, pelumba kebangsaan sepatutnya melakukan pemecahan awal, namun berlaku masalah tayar bocor pada awal perlumbaan yang melibatkan tiga pelumba termasuk ketua pasukan, Mohamad Fauzan Ahmat Lutfi.

"Saya dan Zulhilmie (Afif Ahmad Zamri) mengambil keputusan untuk kekal dalam kelompok besar, ketika 10km menuju ke garisan penamat perlumbaan menjadi semakin laju dan saya lega berjaya menduduki kedudukan 15 terbaik," katanya yang ditemui media selepas tamat perlumbaan semalam.

Zulhilmie yang juga diletakkan sebagai pelumba pecut menamatkan perlumbaan di tempat ke-27, diikuti Amir Mustafa Rusli (60), Yusrizal Usoff (88), Mohd. Rauf Nur Misbah (95) manakala Fauzan (121).

"Saya hanya mengekori Anuar apabila menuju ke garisan penamat tadi, hendak ikut pelumba dari pasukan profesional memang amat sukar sekali, esok (hari ini) pada pendakian Genting Highlands saya akan membantu pelumba pendaki pula.

Sementara itu, Fauzan yang cuba mengalih perhatian apabila melakukan 'serangan' pada lima kilometer terakhir kecewa dengan kemampuan tayar basikalnya, apabila menggunakan tayar simpanan sepanjang perlumbaan.

"Memang saya cuba melakukan serangan pada lima kilometer terakhir tadi namun apakan daya saya hanya menggunakan tayar simpanan kerana tayar asal mengalami kebocoran pada awal perlumbaan," katanya.

Fauzan atau terkenal dengan nama timangan Bayau, berjaya keluar dari kelompok besar ketika menuju ke garisan penamat untuk bergerak secara solo.

Namun, dia berjaya 'ditangkap' semula oleh kelompok besar pelumba pada dua km sebelum tamat perlumbaan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Orang kuat Parti Demokratik Indonesia letak jawatan

Posted:

Orang kuat Parti Demokratik Indonesia letak jawatan

Orang kuat Parti Demokratik Indonesia letak jawatan

ANAS Urbaningrum melambaikan tangan ke arah para penyokongnya ketika keluar dari ibu pejabat Parti Demokratik di Jakarta selepas mengumumkan perletakan jawatannya semalam.


JAKARTA - Pengerusi parti pemerintah Indonesia, Anas Urbaningrum, 43, meletak jawatan semalam selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia menamakannya sebagai suspek dalam satu kes rasuah bernilai jutaan ringgit.

"Saya meletak jawatan sebagai pengerusi Parti Demokratik," kata Urbaningrum kepada pemberita dalam satu sidang akhbar.

Pada Jumaat, Urbaningrum dinamakan sebagai suspek rasuah kerana didakwa menerima suapan atau dijanjikan dengan hadiah dalam satu kes rasuah melibatkan projek pembinaan pusat sukan Hambalang, dekat Jakarta bernilai AS$120.5 juta (RM373.5 juta).

Peletakan jawatan Urbaningrum sudah dijangka kerana dia merupakan antara pegawai Parti Demokratik yang menandatangani 'pakatan integriti'. Mereka perlu meletak jawatan sekiranya dinamakan sebagai suspek kes rasuah.

Dakwaan ke atas Urbaningrum merupakan skandal rasuah terbaharu melibatkan parti pimpinan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menjelang pilihan raya pada tahun hadapan. - AFP

Abang Jacko tukar nama

Posted:

Abang Jacko tukar nama

Abang Jacko tukar nama

LOS ANGELES - Penyanyi pop, Jermaine Jackson (gambar atas) secara rasmi menukar namanya kepada Jermaine Jacksun untuk 'tujuan artistik', kata pegawai mahkamah di sini kelmarin.

Anggota kumpulan Jakson 5 dan abang bintang pop, Michael serta Janet Jackson itu memfailkan permohonan menukar namanya di Mahkamah Tinggi Los Angeles di sini pada November 2012.

Jurucakap berkenaan berkata, penukaran nama Jermaine berkuat kuasa Rabu lalu selepas permohonan tersebut didengar di mahkamah berkenaan.

Jacksun yang berusia 58 kini sedang mengadakan konsert jelajah di Eropah bersama tiga lagi ahli keluarga Jackson iaitu Jackie, Marlon dan Tito, tidak hadir di mahkamah.

"Kalau Princa dan P. Diddy boleh menukar nama mereka, kenapa Jermaine tidak boleh?" soal peguam Jacksun, Bret D. Lewis.

Jacksun secara tidak rasmi mengambil nama Mohammad Abdul Aziz selepas memeluk Islam pada tahun 1989. - Reuters

Pencuri 500 buah kubur ditangkap ditangkap

Posted:

Pencuri 500 buah kubur ditangkap ditangkap

Pencuri 500 buah kubur ditangkap ditangkap

TAIPEI - Polis Taiwan telah menahan seorang suspek yang didakwa mencuri barangan kemas bernilai lebih AS$500,000 (RM1.5 juta) daripada beratus-ratus buah kubur di negara ini.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Cheng ditahan di wilayah Yunlin pada Jumaat selepas keretanya dikesan oleh sebuah kamera pengawasan di satu kawasan perkuburan yang diceroboh bulan lalu.

Cheng memberitahu polis, dia mula mencuri barangan kemas daripada 500 buah kubur sejak tahun 2009 dengan tiga orang rakannya.

Menurut polis, Cheng menggali kubur pada waktu malam dan menebuk lubang pada keranda. Mengikut adat orang Cina, mayat biasanya dikebumikan bersama barangan kesayangan mereka termasuklah barangan kemas. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Ibu tunggal diberi keutamaan projek Felcra

Posted:

Ibu tunggal diberi keutamaan projek Felcra

Ibu tunggal diberi keutamaan projek Felcra

24/02/2013 7:34pm

KEMAMAN — Projek tanaman kelapa sawit seluas 600 hektar di Lubuk Dalam 4, Kijal, yang diusahakan Felcra Bhd, dijangka mengeluarkan hasil enam bulan lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, projek itu dilaksana bagi membantu penduduk setempat meningkatkan pendapatan, terutama golongan sasar iaitu ibu tunggal.

"Ibu tunggal yang mempunyai anak ramai akan diberi keutamaan untuk menikmati keuntungan dari projek itu," katanya kepada pemberita selepas majlis tuaian hasil buah tandan segar (BTS) sawit projek itu di sini hari ini.

Beliau berkata, peserta projek itu masih di peringkat pemilihan dan hanya mereka yang benar-benar layak akan terpilih.

Katanya, projek itu menelan belanja agak tinggi iaitu RM10,000 setiap hektar kerana melibatkan pembinaan parit untuk jangka panjang.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, kerja penanaman sawit bermula pada November 2011 dan mula mengeluarkan hasil selepas 20 bulan.

Sempena majlis itu, Menteri Besar menyampaikan sumbangan wang tunai RM500 dan selimut daripada kerajaan negeri kepada kira-kira 200 mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri Kijal.

Sementara itu, Pengurus Besar Felcra Berhad Wilayah Timur Sauddi Sitor berkata, projek seperti ini akan turut dilaksana di Setiu melibatkan kawasan seluas 500 hektar.

Beliau berkata, pada tahun lepas, purata peserta projek Felcra dibayar keuntungan bersih sebanyak RM5,300 seorang.

Bagaimanapun, katanya, pada tahun ini peserta dijangka menerima keuntungan bersih atau dividen antara RM6,000 hingga RM7,000 seorang, jika harga komoditi sawit lebih baik. — BERNAMA

Halang pembinaan universiti jejas pengeluaran profesional

Posted:

Halang pembinaan universiti jejas pengeluaran profesional

Halang pembinaan universiti jejas pengeluaran profesional

24/02/2013 7:25pm

TANJONG KARANG — Tindakan kerajaan Selangor yang menghalang pembinaan kampus sebuah universiti perubatan swasta di atas tanah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di Serdang akan menjejaskan pengeluaran profesional perubatan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pembinaan Universiti Perdana itu penting kerana ia memainkan peranan besar dalam melahirkan profesional perubatan untuk memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat di rantau ini.

Selain itu, Universiti Perdana juga merancang untuk membina dua sekolah perubatan serta menjadi hospital latihan swasta pertama di Malaysia, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kecil pertanian serta peralatan mesin bernilai RM1.3 juta kepada 465 penerima di bawah peruntukan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.

Noh berkata, kerajaan negeri perlu meluluskan permohonan Mardi untuk menukar status tanah itu daripada pertanian kepada perniagaan bagi membolehkan kampus itu dibina.

"Kabinet sebelum ini telah bersetuju (dengan pembinaan kampus tetap) dan kami melihat ada kawasan milik Mardi dan kami jual kepada universiti itu. Saya kemudian dimaklumkan kerajaan negeri tidak luluskan permohonan Mardi untuk mengubah syarat tanah daripada pertanian kepada perniagaan," katanya.

Noh berkata, selain itu, kerajaan negeri juga telah menuduh Mardi menjual tanah itu dengan harga murah, seolah-olah tindakan itu merugikan rakyat padahal ia dilakukan untuk membina universiti bagi kepentingan rakyat.

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu juga berkata, disebabkan tindakan kerajaan negeri itu, pihak pengurusan universiti berkenaan terpaksa menyewa di bangunan Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang. — BERNAMA

Yakin bongkar dua lagi sindiket pemerdagangan bayi

Posted:

Yakin bongkar dua lagi sindiket pemerdagangan bayi

Yakin bongkar dua lagi sindiket pemerdagangan bayi

24/02/2013 6:21pm

NIBONG TEBAL — Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat membongkar dua lagi sindiket pemerdagangan bayi di negara ini dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kejayaan membongkar dua sindiket pemerdagangan bayi dalam operasi "Ops Pintas Sayang I dan II" yang dilakukan polis Pulau Pinang.

"Ada lagi tahanan akan dibuat dan bayi-bayi diselamatkan...dalam Ops Pintas Sayang I polis menyelamatkan 10 orang bayi manakala dalam Ops Pintas Sayang II seramai 22 bayi diselamatkan.

"Kami juga akan menjalin bekerjasama rapat dengan badan bukan kerajaan, Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan beberapa agensi berkaitan untuk membanteras sindiket pemerdagangan bayi ini," katanya kepada pemberita selepas program bersama Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri juga akan bekerjasama dengan agensi antarabangsa di negara transit yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan bayi seperti China, Bangladesh dan Australia.

"Kerjasama dengan pasukan risikan di peringkat antarabangsa amat diperlukan agar sindiket ini dapat dibanteras, dan yang bersalah dibawa ke muka pengadilan dan didakwa mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007," katanya.

Hishammuddin juga menjelaskan bahawa pemburuan suspek yang terlibat dengan sindiket pemerdagangan bayi bukan bertujuan menghukum ibu bapa yang membeli bayi itu, sebaliknya melindungi bayi terlibat dari aspek perundangan demi masa depan mereka.

"Sekiranya bayi-bayi itu mempunyai sijil kelahiran atau dokumen yang diperoleh daripada saluran yang salah atau tidak sah akan timbul masalah apabila mereka besar dan mahu bersekolah, ini akan menjejaskan masa depan mereka.

"Kita akan cari jalan penyelesaian untuk masalah ini, jika tidak bersalah jangan rasa takut, kesemua bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan akan ditempatkan di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Mereka kejar mutu

Posted:

Mereka kejar mutu

Mereka kejar mutu

QUE HAIDAR, Khir Rahman dan Soffi Jikan menjanjikan sebuah naskhah bertaraf dokumentasi seni muzik Malaysia kepada penonton yang akan menyaksikan filem Rock Oo! bermula 28 Februari nanti.


TIidak semua daripada tiga lelaki yang sudah bergelar suami ini terdiri dalam kelompok pelakon komersial. Tidak juga menjadikan badan berketak-ketak sebagai pelaris, sebaliknya masing-masing tampil dengan rasa dan jiwa tersendiri dalam mengalirkan kecintaan terhadap seni.

Tidak keterlaluan untuk menggelarkan Khir Rahman, Que Haidar dan Soffi Jikan sebagai pelakon serba boleh. Sementelah beberapa karya yang melibatkan mereka sebagai pelakon menjadi sebuah naskhah yang hebat.

Lakonan Que dalam filem-filem seperti KL Menjerit, Castello, Cinta, Haru Biru, Misteri Jalan Lama dan Legenda Budak Setan antara yang masih berbekas di hati penonton.

Bagi Khir pula, watak Tun Mamat dalam naskhah Puteri Gunung Ledang, Amran Askor (Los & Faun) dan Kemawas (Hikayat Merong Mahawangsa) antara watak yang masih membayangi figura kelahiran Johor Bahru, Johor itu.

Namun, lakonan Soffi sedikitpun tidak tenggelam biarpun hampir kesemua naskhah yang dilakonkannya sekadar pelakon pembantu. Buktinya, penonton masih terkesan dalam penampilan singkatnya menerusi filem Man Laksa, Zombie Kampung Pisang, Setem dan KL Gangster.

Tiga aset dunia perfileman tempatan itu pernah tampil bersama menerusi sebuah karya garapan pengarah terkenal Mamat Khalid dalam Rock pada 2005. Biarpun sudah menjangkau hampir lapan tahun, masih ramai yang serasi menggelarkan mereka sebagai Amy Mat Piah (Que), Jijo (Khir Rahman) dan Zul Kapan (Soffi) seperti mana watak yang dibawakan mereka dalam filem itu.

Sekali lagi untuk tahun ini, ketiga-tiga mereka kembali dengan sebuah naskhah sekuel filem tersebut, Rock Oo!: Rimba Bara Kembali. Selain diterajui nama hebat tersebut, Rock Oo! turut dibarisi pelakon Pekin Ibrahim sebagai Slash Haji Tapah dan Azmi Baharon (Mi Black).

Sebelum tirai tayangan pada 28 Februari ini dibuka, Sensasi Bintang menyatukan mereka dalam satu sesi fotografi di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru.

Que tunggu filem seni

Nama Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar sepi seketika daripada liputan media. Sementelah dia pernah mengumumkan untuk mengundurkan diri daripada dunia lakonan pada suatu ketika dahulu.

Que yang kali terakhir muncul menerusi filem Legenda Budak Setan dan Misteri Jalan Lama pada dua tahun lalu, tiba-tiba muncul kembali secara 'terpaksa' dalam naskhah terbitan Primeworks Studios Sdn. Bhd. itu.

"Sebenarnya saya tidak tahu tentang rancangan untuk filem itu (Rock Oo!), sehinggalah pada suatu hari Khir (Rahman) mengajak saya untuk lepak-lepak di Istana Budaya (Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur).

"Tidak sangka pula saya tertipu kerana apabila sampai di sana, tiba-tiba muncul Mamat (Khalid) dan Pekin (Ibrahim) yang sudah merancang untuk berbincang tentang filem itu. Akhirnya saya terima untuk berlakon memandangkan skripnya bagus dan saya percaya pada kebolehan pengarahnya," ujar Que memulakan bicara.

Kata suami kepada guru tari Linda Jasmine Hashim itu, buat masa ini dia masih kekal dengan kata hati untuk tidak lagi terlibat dalam dunia lakonan, melainkan jika syaratnya dapat dipenuhi.

Hati Que akan terbuka untuk berlakon sekiranya ada pengarah yang mampu menyahut cabarannya untuk menghasilkan sebuah filem yang mempunyai nilai seni yang tinggi.

"Saya sangat suka filem-filem yang dihasilkan oleh produksi di Iran. Banyak nilai seni terutamanya bab sinematografi. Kalau Khir mahu mengarah filem sebegitu mungkin saya tidak akan menolaknya," ujar Que berseloroh.

Tambah lelaki berusia 34 tahun itu, dia berharap agar penyanyi pujaannya, Amy Search pergi ke panggung wayang untuk menonton Rock Oo! kerana lakonannya di dalam filem tersebut merupakan tanda apresiasi buat penggiat dunia rock.

Dalam perkembangan lain, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu kini sibuk dengan bengkel lakonan selain sedang mencari lokasi yang sesuai untuk membuka butik pakaian miliknya.

Soffi tidak kejar nama

Figura kurus, berambut panjang dan berkulit hitam manis ini tidak perlu dipertikaikan karismanya dalam bidang lakonan. Biarpun tidak bersandarkan pada paras rupa, Soffi tetap mencuri perhatian dengan lakonan bersahaja.

Dia yang yang agak terbelakang dari segi populariti itu terjun dalam dunia hiburan bukan kerana nama, tetapi mencari kepuasan dalam dunia seni.

"Sejujurnya apabila menerima tawaran berlakon, saya sekarang mengambil kira soal kualiti naskhah yang mahu dihasilkan. Soalan pertama yang saya ajukan apabila menerima tawaran ialah siapakah pengarahnya. Kemudian baru saya tanya apakah watak itu," ujar anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu tersebut.

Pelakon filem Bunohan itu yang pernah terlibat dalam beberapa naskhah garapan Mamat seperti Rock pada 2005, Man Laksa (2006), Zombie Kampung Pisang (2007), Kala Malam Bulan Mengambang (2008), Estet (2010) dan Rock Oo! (2013), ternyata serasi berkerja di bawah pengarah seba boleh tersebut.

"Mamat antara pengarah paling kreatif di Malaysia. Bagi saya dia adalah Tim Burton (pengarah filem Dark Shadows) versi Malaysia.

"Apabila diberikan tawaran berlakon dalam filem Rock Oo!, saya yakin filem itu akan berjaya. Apabila membaca skripnya, saya merasakan ia sebuah naskhah yang sedih. Tetapi saya menjangkakan penonton akan ketawa menontonnya," ujar pelakon, pengarah dan penulis skrip yang berusia 43 tahun itu.

Tribute buat rock

Tidak sekadar melemparkan pujian kosong, Khir yang merupakan pengarah filem kontroversi, Dalam Botol menjelaskan bahawa Mamat merupakan seorang pengarah berstatus 'bintang' yang mengangkat martabat filem tempatan.

"Dia merupakan seorang pengarah yang genius. Dalam Rock Oo!, Mamat menggarapkan karya itu yang berunsur sedih tetapi penonton akan menerimanya dalam suasana humor," puji Khir kepada Mamat tanpa kompromi.

Tambah Khir, biarpun hampir lapan tahun kemudian baharu muncul dengan naskhah sekuel tersebut, Mamat tidak akan berdepan risiko kerana masih ramai pengikut yang mengingati karya pertamanya itu.

"Masih ada yang mengenali saya sebagai Jijo. Bahkan, ada yang percaya bahawa kumpulan Rimba Bara (seperti yang dianggotai Khir dalam filem Rock) adalah wujud," katanya.

Jelas Khir, lakonannya dalam naskhah terbaharu itu merupakan salah satu cara untuk dia menyampaikan penghargaan buat penggiat rock.

"Filem itu juga merupakan tribute daripada kami buat penggiat industri rock yang berjaya menghiburkan khalayak selama ini. Tidak mudah untuk bergelar penyanyi rock pada zaman dahulu. Babak berkongsi Maggi (mi segera) dalam filem itu merupakan salah satu kepayahan yang terpaksa ditempuhi untuk meneruskan impian," katanya lagi.

Khir yang merupakan anak kepada pasangan penyanyi irama Pop Yeh-Yeh, Datuk A. Rahman Hassan dan Datin Azizah Mohamad kini bukan sahaja sibuk menguruskan jadual sebagai anak seni, bahkan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak.

"Keadaan ibu saya kini tidak berapa sihat. Selain sibuk mempromosikan filem Rock Oo!, saya juga banyak meluangkan masa untuk menjaga ibu bersama adik-beradik yang lain," tutup Khir yang bakal muncul dalam beberapa filem lagi untuk tahun ini.

Gambit dibenci peminat

Posted:

Gambit dibenci peminat

Gambit dibenci peminat

HARAPAN Gambit agar khalayak lebih pandai mentafsir sebuah perjalanan program realiti yang memang menyelitkan unsur-unsur kompetitif dan provokasi untuk menjadikan rancangan itu lebih menarik.


DALAM satu kaji selidik di sebuah laman internet mendapati 35 peratus daripada 587 pengundi mendakwa mereka benci menonton lakonan Gambit Saifullah. Semua rasa dan komen ini terhambat keluar selepas mereka menonton program realiti keluaran Astro, Fear Factor Selebriti Malaysia yang sedang rancak ke udara kini.

Gambit dan pasangannya Alif Hadi menjadi pasukan yang paling mahu disingkirkan oleh pesaing yang masih tinggal. Bersikap kompetitif dan menjalankan strategi provokasi jelas membuatkan pasangan ini mendapat perhatian positif paling sikit daripada khalayak.

Lebih-lebih lagi Gambit yang dilihat sebagai antagonis dalam Fear Factor ini. Memburukkan keadaan apabila pergaduhan antara Gambit dan Farish turut membuah kebencian dalam hati penonton.

Gambit sedar akan hal itu. Dia tahu dia sedang berkarakter antagonis di mata khalayak. Namun dia mengakui bahawa tidak bermasalah dengan mana-mana peserta program tersebut malah persahabatan dengan Farish masih baik.

"Jujurnya, saya tidak tahu apa-apa tentang arwah bapa Farish yang meninggal kerana lemas. Setelah selesai baru saya tahu," ujarnya yang dilihat tidak sensitif terhadap peserta Fear Factor.

Dalam salah satu cabaran, Gambit menjalankan perang psikologi apabila menyatakan: "Aku harap ada yang akan lemas melakukan aksi ini."

Gambit mendakwa, dia bersikap kompetitif kerana berada dalam sebuah game show di mana semua orang ingin menang.

"Saya tertanya kenapa audiens tidak boleh faham dengan permainan program ini. Mereka terlalu sensitif dan tidak terbuka. Mereka perlu faham istilah game show," kesalnya yang merasakan bahawa penonton perlu memandang daripada sudut produksi dan permainan program.

Pada awalnya, dia mengaku enggan terlibat dalam program realiti ini malah tidak terfikir untuk menjadi antagonis dalam permainan Fear Factor.

"Saya tidak terfikir untuk jadi jahat. Saya tahu permainan game show ini kerana saya juga merupakan seorang produser dan ada produksi sendiri. Sesebuah game show memang mempunyai elemen psikologi. Itu strategi dalam permainan," katanya yang mendapat banyak luahan tidak puas hati dan kebencian di laman sosial, Twitter.

Ditanya tentang persahabatannya dengan selebriti lain dalam Fear Factor, Gambit mengaku mereka tidak bersengketa.

"Saya baik dengan semua orang. Saya tidak tahu kalau mereka terasa tentang psikologi saya tetapi sejauh ini kami baik. Saya dan Farish masih boleh main bola di padang sama-sama. Begitu juga dengan Johan dan Kaka, kami bersahabat," jelas pelakon filem Karipap Karipap Cinta ini.

"Mungkin juga khalayak terbawa-bawa dengan cerita-cerita lama saya yang mengatakan saya poyo dan sombong. Ini lebih menokok tambah rasa benci penonton. Bagus juga untuk permainan Fear Factor. Cara suntingan itu yang menampakkan saya jahat. Tetapi penonton kena bijak mentafsir," senyumnya yang juga mendapat pujian khalayak kerana memberi rencah keseronokan dalam Fear Factor.

Lebih memburukkan keadaan apabila laman peminat Facebook milik Gambit diganggu seseorang yang mengakui sebagai dirinya.

Pengurus Gambit, Lina Merican mendakwa, ada individu menyamar di laman Facebook sebagai Gambit dengan menggunakan nama dan gambarnya.

"Apabila saya letakkan status, dia akan memberi komen dengan carutan dan kata-kata kesat. Walhal itu bukan Gambit. Saya tidak mahu peminat salah sangka dan memberi kesan buruk kepada Gambit," ujar Lina yang sudah membuat aduan kepada ibu pejabat Facebook namun tiada respons.

"Ada juga jenis peminat yang gila nak jatuhkan saya. Saya sedar dan perasan apabila ada isu sahaja pasti 'peminat' ini akan masuk ke laman Facebook dan memberi komen. Memperlihatkan seperti saya memaki peminat," keluh Gambit.

Ditanya tentang perkembangan terkini Gambit, dia yang masih cintakan bidang lakonan sedang mempersiapkan produksinya, Eightball Productions Sdn. Bhd. dengan sebuah program realiti berjudul Sesat.

Kali ini Gambit bertindak sebagai produser, pengarah dan hos.

Bakal dijalankan di Bandung selama dua minggu, Sesat yang akan disiarkan di saluran Astro Ria mengajak dan menduga selebriti tempatan tentang kemahiran mereka dalam melancong.

Selain itu, Gambit juga sibuk mengikuti kelas vokal untuk muncul dengan single kelak dan memilih rock balada sebagai genre nyanyiannya.

Konsep serumpun Konsert Nusantara

Posted:

Konsep serumpun Konsert Nusantara

Konsep serumpun Konsert Nusantara

JUHARI SHAARANI


WALAUPUN kadangkala terhimpit ribut dalam secawan kopi, hubungan Malaysia dan Indonesia masih padu.

Jakarta dan Kuala Lumpur tetap tidak berbeza terutama ketika berbicara soal penyanyi serumpun. Dua penyanyi besar dari Indonesia diundang khas sebagai penyanyi utama bagi menjayakan pengisian Konsert Nusantara akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari bermula 7 Mac nanti. Penyanyi Endang S. Taurina dan Elly Kassim akan menjadi penyanyi tunggak yang akan muncul pada setiap malam persembahan di tengah kemunculan penyanyi-penyanyi besar tempatan.

"Idea konsert ini dicetuskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Perancangan konsert ini sudah lama diatur dan sudah ada dalam jadual Istana Budaya.

"Namun disebabkan faktor dalaman seperti tarikh pilihan raya yang belum diputuskan menyebabkan tarikh konsert itu sendiri berubah dan diawalkan 10 hari berbanding pada 17, 18 dan 19 Mac," jelas Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berhubung perubahan tarikh Konsert Nusantara.

Selain dihiburkan oleh Endang dan Elly untuk ketiga-tiga malam persembahan, kemunculan seorang lagi penyanyi dari seberang iaitu Rossa pada 7 Mac bersama Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz Suip, Bob Yusof dan Jimmy Palikat dijangka menjanjikan persembahan malam pembukaan nanti cukup rencah. Persembahan untuk malam kedua pula akan menampilkan kemunculan Black dan Stacy sementara Ziana Zain dan Amy Search akan akan menggamatkan suasana malam penutup pada 9 Mac.

"Kita cuba menyajikan penonton dengan kekayaan lagu, muzik dan tari nusantara dengan penekanan pada budaya masyarakat Indonesia dan Malaysia. Konsert ini juga akan memaparkan asimilasi budaya dengan adanya lagu, muzik dan pelbagai jenis tarian daripada masyarakat Bugis, Bawean, Aceh, Minang, Jawa, Sunda, Batak dan Mendailing.

Di samping membawa sedikit kelainan kepada program terbitan Istana Budaya sendiri, pementasan konsert yang memaparkan dua negara serumpun mahu menjadi cerminan evolusi kepada penghijrahan masyarakat-masyarakat tersebut yang mewujudkan percampuran budaya di Malaysia. Biarpun terdapat sedikit persamaan namun perbezaan dua negara tetap terserlah.

"Kemunculan variasi penyanyi, lama dan baharu serta pelbagai genre itu mampu menyuntik daya tarikan yang kuat kepada semua lapisan penonton sama ada dari segi usia mahupun kecenderungan muzik masing-masing," tambah Johari lagi.

Harga tiket serendah RM50 sudah mula dijual melalui laman web redtix.airasia.com atau hubungi talian 03-8775 4666 untuk maklumat lanjut.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved