Selasa, 12 Februari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pantau aktiviti pemburu haram

Posted:

Pantau aktiviti pemburu haram

Pantau aktiviti pemburu haram

KAWASAN ini yang dipanggil Sira Tersau pernah menjadi kawasan mudah pihak pemburu haram memburu hidupan liar seperti gajah dan rusa.


TEPAT pukul 7 pagi, Steven Lim Boon Hock sudahpun bersiap sedia di bandar Gerik, Perak. Dia memakai baju T, seluar jean dengan hujungnya dimasukkan ke dalam stoking yang panjang dan bertopi.

Selain Steven, dua lagi individu sukarelawan MyRimba, Lauri Hedges, 24, dan pengurus pemasaran Body Shop, Daryl Foong Chuen Hoe, 26, bersama dengan dua orang pemandu arah berketurunan Orang Asli turut menyertai Steven.

Mereka merupakan sukarelawan Traffic Southeast Asia (Traffic) yang bertugas mengesan sebarang aktiviti pemburuan haram di dalam hutan Belum-Temengor.

Pada hari itu, penulis berpeluang bersama mereka meredah laluan yang sebelum ini pernah berlaku insiden penduduk tempatan diserang seladang.

Dalam kejadian pada 1 September 2012 itu salah seorang ahli kumpulan seramai tiga orang terbunuh kerana diserang seladang.

Kira-kira pukul 9 pagi, pasukan Steven sudahpun berada di tepi lorong yang dilalui selepas perjalanan lebih 30 minit dari bandar Gerik.

Jelajah dimulakan dengan melalui kawasan tepi yang ditumbuhi rumput gajah berkeluasan lingkungan beberapa meter persegi sebelum memasuki kawasan hutan Belum.

Landskap Belum-Temengor dipisahkan oleh Jalan Raya Timur-Barat (JRTB). Di sebelah kiri ialah Hutan Belum, manakala Temengor di bahagian kanan, jika datang dari arah Gerik.

Bagaimanapun, trek yang dilalui mereka belum lagi memasuki zon Taman Royal Belum. Perjalanan ulang alik sejauh empat kilometer itu masih lagi dalam lingkungan tanah kerajaan.

Tugas Steven sepanjang perjalanan ialah merekod setiap bekas yang ditinggalkan haiwan liar sama ada najis atau tapak kaki dengan menanda kedudukan menggunakan alat Sistem Kedudukan Global (GPS) untuk mendapatkan data yang kukuh selain merakam foto.

Secara tidak langsung penemuan itu menunjukkan kawasan hutan tersebut pernah dan masih lagi menjadi laluan hidupan liar.

Mereka turut mengenal pasti setiap tanda yang ditinggalkan oleh orang awam yang berkemungkinan pemburu haram seperti sampah makanan.

Selepas berjalan lebih kurang sejam setengah, tapak-tapak kaki haiwan mula kelihatan dan kadar kekerapannya semakin banyak. Antara yang ditemui ialah bekas tapak kaki harimau, seladang, beruang madu, tenggiling dan kijang.


STEVEN (kanan) menunjukkan batang pokok yang ditoreh oleh pemburu haram sebagai teknik komunikasi sesama mereka.


Ada tapak yang masih baharu dan juga yang sudah lama. Amat mengejutkan, sedang semua orang berasa lelah berjalan, Steven terlihat sesuatu yang berwarna biru.

Sungguh janggal apabila terlihat serpihan barang bukan organik berada di dalam hutan. Ia merupakan serpihan cover set motosikal.

"Ini menunjukkan kenderaan pernah masuk ke dalam kawasan hutan," terang Steven.

Tanda penghuni hutan

Kesan tinggalan haiwan yang paling menarik dijumpai ialah sebuah lubang pada pangkal sebatang pokok. Menurut Steven, ia ditinggalkan oleh beruang madu.

"Pangkal pokok ini merupakan bekas sarang semut. Beruang madu telah menggali untuk mendapatkan semut-semut sebagai makanan," ujar Steven sambil memegang sarang semut yang kelihatan seperti gumpalan tanah liat tetapi berongga.

Ketika berhenti berehat untuk makan tengah hari di suatu kawasan yang agak lapang, Steven menemui sebatang pokok yang ditoreh dengan empat lambang agak pelik.

Kata Steven, lambang tersebut ditinggalkan pemburu sebagai komunikasi sesama mereka bagi memberitahu jarak ke tapak perkhemahan berdekatan.

Sememangnya, jalan masuk ke dalam hutan Belum-Temengor sangat banyak dan mudah. Jarak JRTB dari sempadan Kelantan ke Perak sejauh 124 kilometer dengan lebih 100 jalan tikus telah dikenal pasti sekali gus memudahkan akses ke hutan.

Tasik Temengor yang dibina untuk tujuan empangan hidro elektrik bagi kemudahan penduduk di pedalaman pada tahun 1974 turut menyediakan jalan senang untuk pemburu haram, ujar pegawai senior program Traffic, Kanitha Krishnasamy, 32.

Dengan menaiki bot berenjin diesel kira-kira sejam, pengunjung akan dibawa ke sebuah kawasan yang dipanggil Sira Tersau. Ia menjadi tempat gajah liar menikmati mineral galian dan air panas.

Pada sebatang pokok yang menghadap kawasan tersebut tertanam paku-paku berukuran empat sentimeter dari paras lutut sehingga ke atas.

Menurut Steven, paku tersebut pernah digunakan oleh pemburu untuk dijadikan tangga dengan meletakkan kayu, manakala pada bahagian atas dipasang pelantar sebagai tempat menunggu kedatangan gajah.


HUTAN Belum-Temengor mempunyai pelbagai hidupan liar termasuk gajah liar ini yang ditemui di tepi JRTB.


Tasik Temengor berkeluasan 15,200 hektar boleh menjadi akses mudah ke Belum-Temengor dengan hanya menaiki bot dari Jeti Awam Pulau Banding.

"Kerana itu aktiviti sukarelawan penting untuk mengesan kehadiran orang ramai terutamanya pemburu haram.

"Ia akan mengehadkan aktiviti pemburu haram yang menyasarkan haiwan-haiwan di hutan Belum-Temengor ini," terang Steven ketika berehat selepas aktiviti meredah hutan tamat di Jeli, Kelantan.

Semakin jarang

Steven membuat kesimpulan, sungguhpun terdapat bukti-bukti berlaku pemburuan haram, tetapi ia sudah lama sekali gus menunjukkan aktiviti tersebut jarang berlaku lagi.

Selain itu, sepanjang perjalanan yang dilalui oleh pasukan Steven, mereka tidak menemui walaupun sebatang sungai kecuali sebatang anak sungai yang kecil.

Projek sukarelawan itu direka dengan mengikuti jalan balak dan juga laluan yang digunakan oleh penduduk tempatan untuk mengutip hasil hutan.

Kanitha pula memberitahu, perjalanan di dalam hutan itu biasanya mengambil masa antara tiga hingga lima hari pada hujung minggu dan peserta dinasihat supaya membawa kamera, binokular serta boleh menggunakan GPS.

"Jika para sukarelawan terjumpa jerat atau perangkap, Traffic akan membantu dalam membuat laporan kepada pihak berkuasa," katanya lagi.

Traffic telah bekerjasama dengan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia dalam memberi fokus memantau perdagangan hidupan liar dan pemburuan haram.

Sejak itu, melalui data yang didapati oleh badan berkenaan, sekurang-kurangnya 400 hidupan liar telah diburu dan didagang termasuk harimau, tenggiling, beruang, burung, rusa dan seladang.

Jaga hutan tanggungjawab bersama

Posted:

Jaga hutan tanggungjawab bersama

Jaga hutan tanggungjawab bersama

MENJAGA hutan merupakan tanggungjawab setiap individu yang sayangkan alam sekitar.


STEVEN LIM BOON HOCK, 50, yang merupakan Pengurus Projek Lapangan Pengurusan Dan Ekologi Gajah-Gajah Malaysia (MEME) faham benar mengenai keperluan menjaga dan mengawal hutan.

"Hutan Malaysia terutamanya Belum-Temengor terlalu luas dan tidak mungkin pihak berkuasa dapat memantau sepenuhnya secara sendirian.

"Dengan kakitangan yang tidak ramai, kita sebagai rakyat Malaysia harus bekerjasama membantu dalam memelihara hutan Malaysia," terangnya bersungguh-sungguh ketika ditemui di Jeli, Kelantan.

Destinasi pelancongan

Tambahnya, pemeliharaan hutan bukan sahaja dapat memastikan kelangsungan habitat hidupan liar, tetapi boleh menjadi eko pelancongan kepada orang ramai.

Tempat-tempat seperti Sira Gajah sering dikunjungi para pelancongan bagi melihat keunikan dan perubahan permukaan tanah yang ditinggalkan oleh gajah.

Bagi haiwan pula seperti burung enggang, ia memerlukan kawasan hutan yang tidak pernah ditebang untuk hidup, malah sistem operasi membalak yang terbaik juga mampu memberi kesan terhadap enggang.


TASIK Temengor juga menjadi kawasan yang diminati kaki-kaki pancing.


Ia berlaku disebabkan sistem pembalakan terbaik hanya menebang pokok yang paling tua dan besar. Namun, pada masa yang sama enggang memerlukan pokok-pokok besar itu untuk dijadikan sarang.

Selain pemburuan haram, faktor lain yang menjadi ancaman kepada hidupan liar adalah kegiatan pembalakan dan pembukaan tanah sama ada untuk pertanian mahupun pembangunan, ia menjurus ke arah berlaku konflik manusia serta haiwan.

Kata Steven, Gerik merupakan antara kawasan yang paling kerap mengalami konflik. Terdapat beberapa kawasan di sepanjang Jalan Raya Timur-Barat mempunyai papan tanda memberitahu laluan gajah melintas.

Traffic Southeast Asia telah bekerjasama dengan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia dalam memantau perdagangan hidupan liar dan pemburuan haram sejak tahun 2008.

Kata pegawai senior program Traffic, Kanitha Krishnasamy, 32, pada tahun 2010, kedua-dua pihak memulakan kerjasama dengan beberapa agensi membentuk pasukan penguat kuasa multi agensi.

"Pasukan petugas itu disahkan oleh Badan Keselamatan Negeri pada bulan Ogos tahun yang sama dan dipengerusi oleh pegawai daerah," ujar Kanitha dalam e-mel yang dihantar kepada Kosmo!

Antara ahli dalam pasukan penguat kuasa itu ialah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Polis, Polis Marin, Kastam, Unit Antipenyeludupan, Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia.


SISTEM operasi pembalakan terbaik juga sebenarnya memberi kesan pada hidupan liar seperti enggang dalam meneruskan kelangsungan hidup.


Sumbangan Body Shop

Sebenarnya, pemeliharaan alam sekitar bukan sahaja menjadi tanggungjawab badan-badan yang secara langsung memelihara hutan, tetapi syarikat-syarikat korporat juga boleh memainkan peranan penting.

Body Shop merupakan antara badan yang menyumbang RM400,000 kepada badan-badan bukan kerajaan seperti Traffic dan Persatuan Pencinta Alam Sekitar.

"Dana tersebut bertujuan membiayai aktiviti-aktiviti melibatkan alam sekitar seperti projek sukarelawan Traffic," kata Pengurus Pemasaran Body Shop, Daryl Foong Chuen Hoe, 26.

Lauri Hedges, 24, dari Oxford, England telah dua tahun menjalankan penyelidikan sejak dua tahun lalu dan kini berada di Malaysia dijangka sehingga Oktober 2013.

Setakat ini, lelaki yang mempunyai kelulusan dalam bidang Zoologi dari Universiti Cardiff itu sudah ke hutan Bintang Hijau, Tasik Kenyir dan hutan Temengor.

"Amat sedih apabila melihat beberapa kawasan hutan berada dalam keadaan terancam, tetapi masih lagi ada hutan yang kaya dengan flora dan fauna," ujarnya ringkas. - ADLAN JAAFAR

Jaguh catur dari setinggan Uganda

Posted:

Jaguh catur dari setinggan Uganda

Jaguh catur dari setinggan Uganda


MUTESI sedang mencongak pergerakan buah caturnya di sebuah pusat komuniti di Katwe.


DUDUK di dalam sebuah bilik yang hanya bercahaya malap, seorang remaja perempuan, Phiona Mutesi merenung tajam papan catur di hadapannya. Dia sedang mengatur langkah seterusnya yang semakin sukar.

"Catur telah mengubah hidup saya," kata Mutesi, sambil mengalih cermin mata berbingkai tebal yang bertenggek di atas hidungnya.

Mutesi ditemui bersama remaja dan kanak-kanak lain di sebuah pusat komuniti di kawasan pinggir bandar Kampala, Uganda.

"Sebelum ini, saya tidak pernah mempunyai apa-apa harapan. Tetapi sekarang, saya mempunyai harapan. Saya boleh menjadi doktor atau seorang grandmaster," ujarnya merujuk kepada gelaran tertinggi dalam dunia catur antarabangsa.

Terpaksa hidup dalam kesusahan selepas bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil, Mutesi yang membesar di jalanan kini membawa nama Kampala ke kejohanan antarabangsa dari Sudan ke Siberia.

Hanya berusia 16 tahun, dia adalah remaja Uganda pertama yang mencapai tahap calon master dan juara bertahan di bawah usia 20 tahun di negara itu. Kini, studio filem Disney telah menawarkan pilihan untuk menghidupkan kisahnya ke dalam sebuah filem.

Di sebalik kejayaan itu, Mutesi mengakui bahawa dia tidak pernah terfikir untuk bermain catur sebelum ini.

Pada usia sembilan tahun, Mutesi mengikut abangnya ke sebuah kelab catur, bukan untuk bermain catur itu tetapi untuk mendapatkan secawan bubur percuma yang ditawarkan di situ.


MUTESI menunjukkan pingat dan sijil kemenangan dalam kejohanan catur yang disertainya.


Tertarik hati

"Kemudian saya bertanya kepada diri saya sendiri, 'apakah ini permainan catur?' dan saya mula bermain," katanya.

Dalam masa terdekat, bakat Mutesi mula bersinar dan dia mula mengalahkan semua pemain lain, termasuk peserta lelaki dan perempuan yang lebih tua daripadanya. Semakin dia mempamer kehebatan bermain, secara berterusan bagi pasukan belia Uganda, dia mendapat peluang bersaing dalam kejohanan catur paling berprestij, Olympiad.

"Saya tidak pernah menjangka untuk berada di mana saya sekarang ini," kata Mutesi.

Lelaki yang memperkenalkan Mutesi dan kanak-kanak lain di kawasan setinggan Kampala kepada permainan catur adalah Robert Katende, yang bertindak selaku jurulatih.

Katende yang merupakan bekas pemain bola sepak pada tahun 2003 beralih angin kepada permainan papan apabila dia tampil dengan cadangan luar biasa. Dia berhasrat untuk mengajar anak-anak di jalanan bermain catur, walaupun ketika itu tiada seorangpun kanak-kanak di situ yang pernah mendengar permainan tersebut.

"Saya mencari platform untuk mendekati kanak-kanak ini. Jadi saya dapatkan papan catur lama saya dan turun ke kawasan setinggan," kata Katende yang baru berusia 30 tahun.

Lazimnya hanya diajar di sekolah-sekolah swasta yang lebih elit di Uganda, Katende memberitahu catur dipelajari dengan cepat oleh kanak-kanak itu.

Bagi kanak-kanak setinggan yang miskin dan bergelut untuk mendapatkan makanan dan tempat tinggal setiap hari, permainan seperti ini boleh mengajar beberapa pengajaran berguna dan memberikan mereka rasa yakin diri yang amat diperlukan, katanya.

"Ia bukan sekadar satu permainan, ia adalah satu cara untuk mengubah kehidupan.

"Anda menghadapi cabaran dan perlu memikirkan langkah terbaik untuk menghadapinya. Bagi kanak-kanak yang mungkin pernah menjadi pencuri atau penjenayah, ia membuatkan mereka lebih berdisiplin," kata Katende.


KANAK-KANAK di Kampala ingin mencontohi kejayaan Mutesi.


Dapat perhatian

Sejak hari-hari terawal bermain di tempat terbuka dengan papan sementara dan kepingan yang dibuat dari penutup botol, kelab catur Katende kini semakin maju.

Walaupun dengan sumber yang terhad, kelab catur itu telah mencatat keahlian seramai 63 orang bermula daripada usia semuda empat tahun.

Terhimpit dalam sebuah bilik kecil yang disewa dengan beberapa bangku, ia berfungsi sebagai sebuah rumah kelab. Biarpun ia bukan satu persekitaran yang mesra, mereka tetap berpuas hati dapat bermain catur dengan kemudahan dan set catur yang mencukupi.

Sambil berbaring secara meniarap, memakai baju bola sepak kotor berwarna merah, jari jemari Michael Talemwa, 11, beraksi untuk cuba menyekat serangan dari lawannya.

Seperti kebanyakan kanak-kanak yang mengerumuni sekitar papan catur, Talemwa hampir tiada peluang lain dalam hidupnya sebelum dia mendapat tahu tentang kelab catur.

"Saya berada di rumah bersendirian sepanjang masa tanpa berbuat apa-apa sehingga seorang rakan mengajak saya untuk bermain catur di sini.

"Saya tidak tahu apa-apa tentang permainan itu dan memberitahu saya tidak dapat bermain tetapi dia memujuk saya," kata Talemwa.

Kini, selepas bermain selama dua tahun dan melihat prestasi mendadak ahli-ahli kelab seperti Mutesi, Talemwa mengatakan dia memasang impian untuk mencontohi kejayaan mereka.

"Saya berasa sangat gembira apabila mendengar salah satu daripada rakan-rakan kami meraih pencapaian yang tinggi dan saya berharap akan pergi jauh suatu hari nanti," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Meneroka kehebatan cendekiawan Islam

Posted:

Meneroka kehebatan cendekiawan Islam

Meneroka kehebatan cendekiawan Islam

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

SAINTIS barat, William Harvey sering diberi pengiktirafan rentetan penerangan yang diberikan tentang pulmonari iaitu bagaimana darah mengalir antara jantung dan paru-paru pada kurun ke-16.

Namun, tahukah kita bahawa apa yang diperkatakan Harvey telah pun digambarkan dengan tepat oleh Ibn Nafis 300 tahun lebih awal.

Merupakan seorang doktor terulung Islam pada zamannya, Ibn Nafis banyak menulis buku mengenai ilmu perubatan dan karyanya yang paling terkenal ialah buku tentang fungsi jantung dan paru-paru.

Dilahirkan pada tahun 1210 Masihi dan meninggal dunia pada 1288 Masihi, beliau merupakan individu pertama yang menerangkan struktur dan fungsi paru-paru serta peredaran darah dengan tepat.

Malah, beliau juga memberitahu tentang fungsi injap jantung dan kapilari iaitu pembuluh kecil yang menghubungkan arteri dan salur darah.

Keagungan saintis Islam

Pencapaian dan kehebatan Ibn Nafis itu merupakan sebahagian daripada input yang boleh diterokai pada Pameran Sultans Of Science (SOS) yang sedang berlangsung di Petrosains, Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim berkata, SOS ialah satu pameran bergerak terbaharu yang bertemakan Penerokaan Semula Sains Islam bertarikh 700 hingga 1700 Masihi.

"Ia bertujuan untuk meraikan sumbangan cendekiawan Muslim dalam bidang sains dan teknologi terhadap kehidupan masyarakat moden hari ini.

"Pameran ini menampilkan tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Jazari, Ibnu Haytham, Ibnu Firnas, Al-Kindi, Banu Musa, Ibnu Khaldun, Al-Zahrawi, Al-Razi, Al-Kindi dan ramai lagi. Ia merangkumi sembilan bidang utama saintifik Islam iaitu matematik dan navigasi, astronomi, perubatan, pembuatan peralatan, ciptaan dan teknologi halus, optik, kejuruteraan, seni bina serta penerbangan," ujar Tengku Nasariah kepada Kosmo!.

Berlangsung selama enam bulan bermula 15 Disember 2012 hingga 15 Jun 2013, pameran itu sesuai dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat terutama para pengunjung yang berkeluarga.

Sempena pameran itu juga, Petrosains turut mengadakan aktiviti-aktiviti menarik seperti pertunjukan sains Stand Up iaitu fasilitator membuat persembahan dengan menggunakan anggota badan tanpa perlu sebarang alatan tambahan.


SALAH satu sudut yang memaparkan tentang peralatan astronomi zaman dahulu.


Selain itu, terdapat pertunjukan sains mini seperti Sun Dial untuk belajar mengenai jam berdasarkan cahaya matahari, Defying Gravity yang membolehkan pengunjung mengetahui tentang sifon atau hos, manakala Spicy Perfume pula memberi maklumat tentang haruman yang diperbuat daripada rempah-ratus.

Tidak ketinggalan, turut diadakan bengkel Automata Cardboard dan The Tales of Tangram & Tesselation yang menerangkan tentang kejuruteraan dan matematik. Pada setiap hujung minggu pula, Petrosains akan menganjurkan aktiviti istimewa iaitu seni tulisan kaligrafi dan lukisan henna.

Apa yang pasti, semua peralatan yang dipamerkan pada pameran itu bersifat interaktif dan boleh dicuba oleh pengunjung sekali gus merasai keseronokan terhadap ciptaan hebat cendekiawan Islam.

Menurut Tengku Nasariah, pameran bertaraf antarabangsa itu direka serta dihasilkan oleh MTE Studios, satu syarikat konsultasi yang memfokus kepada rekaan dan hiburan.

"Pameran ini berasal dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan ia telah dipamerkan di beberapa negara lain seperti Afrika Selatan, Kanada, Amerika Syarikat, Singapura dan Thailand sebelum diadakan di Petrosains, Suria KLCC, Kuala Lumpur," tambah beliau.

Apabila menerokai keseluruhan pameran itu, pengunjung akan dapati banyak penemuan, pencapaian dan penciptaan tokoh-tokoh ilmuan Islam yang mengagumkan.

Boleh dikatakan usaha mereka itu membuka dan merintis laluan buat pengkaji dan saintis Barat yang secara tidak langsung memberi inspirasi kepada tercetusnya penghasilan produk berteknologi tinggi.

Ia sekali gus mengangkat dan membina ketamadunan manusia yang lebih sempurna seperti yang telah kita kecapi pada zaman ini.

Tambah ilmu

Profesor Madya Faridah Adnan mengakui, teruja apabila berpeluang mengunjungi pameran tersebut bersama anaknya baru-baru ini.

"Segala maklumat dan contoh-contoh peralatan yang dipamerkan sangat menakjubkan. Ia mampu membuka mata dan minda kita tentang kehebatan para saintis dan cendekiawan Islam dahulu kala sekali gus boleh dicontohi generasi muda masa kini.

"Kita perlu membuat perubahan dan menjalankan lebih banyak penyelidikan terutama dalam bidang sains kerana ilmu Allah ini terlalu luas untuk diterokai.

"Hakikatnya, lebih banyak kita kaji, lebih banyak yang kita tidak ketahui kerana apa yang ada di bumi dan alam cakerawala diibaratkan hanyalah setitis daripada lautan ilmu Allah," terang Faridah yang merupakan pensyarah di Fakulti Senibina dan Perancangan Ukur, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

Sejuk melampau serang AS

Posted:

Sejuk melampau serang AS

Sejuk melampau serang AS

Suhu yang jatuh sehingga 50 di bawah takat beku menyebabkan ratusan ribu penduduk AS diancam maut kerana kesejukan melampau.


CUACA sejuk melampau di New York telah menyebabkan beberapa kematian akibat hipotermia.


PIHAK polis Chicago, Amerika Syarikat (AS) sedang dalam penyiasatan terhadap kebakaran yang berlaku di sebuah gudang Bridgeport awal minggu lalu.

Siasatan awal oleh pihak bomba mendapati ia disebabkan oleh pembakaran terbuka yang kemudian mencetuskan letupan akibat bahan mudah terbakar dalam bangunan itu.

Menurut para penduduk tempatan, penghuni setinggan yang telah menghuni bangunan itu selama bertahun-tahun menjadi masalah utama di situ.

Penduduk setinggan didakwa menyalakan api untuk memanaskan badan sekali gus menyebabkan kebakaran itu.

Kebakaran terjadi pada larut malam Isnin minggu lalu di 3757 S. Ashland Av. dan api marak dalam masa beberapa jam sahaja sebelum pihak bomba datang bagi mengawal kebakaran.

Apa yang pasti, punca sebenar penduduk setinggan terpaksa menyalakan api adalah disebabkan cuaca sejuk yang melampau di beberapa kawasan di AS.

Tiupan angin kencang Artik mencengkam kawasan barat dan timur laut AS dengan tiga kematian setakat ini berkaitan cuaca sejuk bersama angin kuat.

Di beberapa lokasi sehingga suhu mencecah negatif 46 darjah Celsius.


SEORANG wanita membungkus dirinya bagi melawan kesejukan melampau Artik ketika berjalandi New York.


"Kami melihat suhu yang mengancam nyawa di Minnesota dan utara Wisconsin. Tempat-tempat itu berdekatan dengan sumber udara sejuk iaitu dari Artik dan Kanada," kata ahli kaji cuaca Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Mike Sowko.

Angin kencang bergerak melintasi Great Lakes dalam tempoh beberapa hari dan mengakibatkan timbunan salji setebal 46 sentimeter di timur laut Ohio, timur laut Pennsylvania dan bahagian utara New York.

Keadaan jalan raya yang licin dan membeku juga dikatakan menjadi punca apabila berlaku kemalangan melibatkan 76 buah kenderaan di Interstate, Cincinnati.

Maut kesejukan

Ia menyaksikan seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun terbunuh dan berdozen-dozen lain mengalami kecederaan, kata pihak berkuasa.

Di tempat lain, dua kematian berlaku selepas terdedah pada cuaca sejuk melampau, lapor media tempatan.

Dalam laporan akhbar Bemidji Pioneer, bedah siasat awal mendapati mayat yang dijumpai di sebuah gudang penyimpanan meninggal dunia kerana hipotermia di barat laut Minnesota.

Di Des Plaines, Illinois, seorang lelaki mati kerana hipotermia, manakala tujuh kematian berkaitan dengan kesejukan pada musim ini turut dilaporkan oleh Chicago Tribune.


SALAH seorang anggota bomba meninjau keadaan sekeliling gudang selepas api berjaya dikawal.


Sekolah-sekolah dijangka dibuka pada hari Selasa selepas cuti umum kebangsaan sempena penghormatan Dr. Martin Luther King.

Keadaan angin dingin diramal terus berlaku di seluruh kawasan barat dan timur laut AS menjadikan cuaca bulan Januari dan Februari sejuk melampau.

Kesannya, suhu menjunam sehingga 50 darjah bawah paras beku di beberapa bahagian di tengah barat dan mencecah negatif 30 di Maine, Vermont, New Hampshire dan New York.

Pada keadaan sebegitu, gigitan fros boleh terjadi pada bahagian kulit yang terdedah dalam masa kira-kira 20 minit, kata jurucakap Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Jon Hitchcock.

Di Bandar Buffalo, New York pihak berkuasa terpaksa menyediakan 200 buah katil untuk orang gelandangan, selain menggunakan van dalam mencari mereka yang tidur di bawah jambatan, taman atau di stesen kereta api.

Kawasan terbabit kekal dalam keadaan sejuk yang mencengkam sehingga akhir minggu lalu. Ribut salji dijangka bergerak ke Lembah Ohio dan melalui timur laut.

Ia membawa suhu yang sedikit panas dan salji ke New York, Boston dan kemungkinan di Washington D.C. - CBS dan Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tragedi pilu masuk hutan

Posted:

Tragedi pilu masuk hutan

Tragedi pilu masuk hutan

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK dan M. RIZAL NOR
berita@kosmo.com.my

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat salah seorang mangsa yang terperangkap di dalam 4WD yang tergelincir ke dalam Sungai Pahang di Jerantut kelmarin.


KUANTAN – Hasrat tiga rakan untuk pulang ke rumah masing-masing selepas dipercayai keluar berburu di hutan Matau Balak dekat Kota Gelanggi berkecai apabila kesemuanya ditemui lemas selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang mereka naiki tergelincir ke dalam sungai kelmarin.

Kejadian pukul 11.20 malam itu mengakibatkan pemandu 4WD jenis Jeep Cherokee itu, Hamzah Muhammad, 52 serta dua penumpang, Abd. Zahran Asran, 28, dan Roshaizad Abd. Rashid, 29, maut selepas gagal menyelamatkan diri.

Mayat mangsa pertama ditemui pada pukul 3.55 pagi, diikuti mayat kedua selang 20 minit kemudian dan mangsa ketiga pada pukul 4.25 pagi di sekitar 100 meter dari tempat kenderaan itu tergelincir ke dalam Sungai Pahang.

Difahamkan, kemalangan itu disedari oleh seorang Orang Asli yang tinggal berdekatan sebelum dia menghubungi polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Zakaria Kassim berkata, kejadian tersebut berlaku di kawasan laluan pembalakan yang berselut.

Katanya, ketiga-tiga mangsa dipercayai pergi berburu di hutan tersebut ketika operasi pembalakan dihentikan sementara sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.

"Ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan pulang selepas berburu di situ. Kenderaan mereka terjatuh ke dalam sungai semasa menyeberangi jambatan kerana hilang kawalan.

"Mayat mereka berjaya ditemui dan dikeluarkan dari hutan tebal itu pada pukul 5 pagi tadi (semalam). Polis tidak menemui senjata atau binatang buruan di dalam 4WD itu," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu di Maran, isteri Abd. Zahran, Badariah Daud, 31, mendakwa, suaminya masuk ke hutan itu untuk melakukan aktiviti lasak bersama dua rakannya dan bukan berburu.

"Mereka memulakan aktiviti itu sejak pukul 9 pagi Sabtu lalu. Ketika tiba di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, suami menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) menyatakan mereka sudah sampai sebelum meneruskan perjalanan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat di sini.

Badariah memberitahu, sebelum keluar, suaminya sempat mengejutkan dan mencium anak sulungnya, Amar, 4, dan memaklumkan dia ingin masuk ke hutan.

"Arwah bekerja di Maran Golf Hill Resort bersama Hamzah. Empat bulan lalu, kami kehilangan anak kedua kami, Adib, sembilan bulan, kerana demam panas," katanya sedih.

Dalam pada itu, keluarga Hamzah dan Roshaizad enggan ditemu bual.

Muflis akibat rumah tidak siap

Posted:

Muflis akibat rumah tidak siap

Muflis akibat rumah tidak siap

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my


SEMAKIN ramai rakyat di negara ini diisytiharkan muflis ekoran rumah yang dibeli melalui pinjaman bank gagal disiapkan oleh pemaju. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Projek perumahan terbengkalai merupakan antara punca ramai penduduk di Malaysia diisytiharkan muflis sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar kecil) berkata, setiap tahun semakin ramai rakyat di negara ini terdedah dengan risiko muflis ketika berusia 22 hingga 48 tahun.

Katanya, kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan menjadi punca pembeli dibebani dengan hutang dan pinjaman yang akhirnya menyebabkan mereka berdepan tindakan mahkamah.

"Jumlah individu yang muflis akibat rumah terbengkalai cukup membimbangkan iaitu seramai 200,000 orang di bawah projek perumahan pemaju tidak berlesen.

"Bagi pemaju berlesen pula seramai 150,000 orang diisytiharkan muflis. Kedua-dua jumlah itu adalah yang direkodkan sejak tahun 1990," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Nadzim memberitahu, nasib yang dialami pembeli rumah terbengkalai dilihat tidak adil apabila pihak bank tidak mendesak pemaju untuk melangsaikan hutang akibat projek yang tidak siap.

"Pihak bank memang tidak akan mencari pemaju sebaliknya pembeli yang perlu berhadapan dengan risiko pembelian rumah terbengkalai," jelasnya.

Sehubungan itu, Nadzim meminta institusi perbankan supaya bersifat berperikemanusiaan dan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengambil tindakan muflis ke atas mana-mana individu yang berhutang.

Beliau turut mencadangkan sistem Perbankan Islam di seluruh negara diperbaiki supaya dapat memberi manfaat kepada rakyat terutamanya dalam hal tanggungan hutang akibat rumah yang dibeli tidak dapat disiapkan.

Pemberian BR1M 3.0 akan diteruskan

Posted:

Pemberian BR1M 3.0 akan diteruskan

Pemberian BR1M 3.0 akan diteruskan

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


NAJIB (tengah) mengangkat nombor cabutan pada majlis cabutan undi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia Nusantara PR1MA sambil disaksikan Rosmah (kanan) di Dewan Raya Putra Kulaijaya semalam. Di sebelah kiri ialah Abdul Ghani.


KULAIJAYA - Perdana Menteri semalam mengumumkan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 dan BR1M4.0 kepada kumpulan sasar terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi meneruskan dasar itu, rakyat harus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau mahukan transformasi dilaksanakan dengan sempurna, ia juga bergantung kepada mandat politik daripada rakyat. Jika rakyat berikan (mandat), kita akan dapat sebuah kerajaan yang kuat, negara akan mempunyai masa yang cukup hebat dan cemerlang," ujarnya ketika berucap pada majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Johor di Pasar Raya Econsave di sini semalam.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Tertutup UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru dekat sini pada sebelah pagi.

Hadir sama ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri, Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Lebih 10,000 masyarakat pelbagai bangsa membanjiri pekarangan pasar raya itu.

Perdana Menteri pada majlis sama turut menyampaikan bantuan BR1M 2.0 kepada 20 penerima dari kawasan Parlimen Kulai.

Ujar Najib lagi, pemberian BR1M termasuk 139 produk jenama 1Malaysia merupakan pulangan semula kepada rakyat negara ini hasil daripada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang semakin meningkat.

"Saya dah katakan, sebagai sebuah kerajaan, kita harus mendahulukan rakyat. Kita mesti wujudkan dasar bersifat inklusif dan adil, bukan saja kepada pelabur tetapi juga kepada rakyat.

"Saya telah mula dengan menyatakan, kita mesti merasai denyut nadi rakyat, sebab itu kita buat BR1M.

"Kini BR1M 2.0 yang banyak memberi faedah dan selepas ini BN akan teruskan dengan BR1M3.0, BR1M4.0 dan seterusnya jika diberi mandat sekali lagi," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan menerusi program transformasi ekonomi telah berjaya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia daripada RM20,759 pada penghujung 2009 kepada RM30,210 pada penghujung 2011.

"Dalam tempoh empat tahun, kita telah tunjukkan bahawa ekonomi negara kita berkembang dan ia turut diperakui sendiri oleh Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, Christine Lagarde," ujar beliau.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pertembungan klasik

Posted:

Pertembungan klasik

Pertembungan klasik

MOURINHO (kanan) yakin pertemuan antara Real dan United akan menjadi tumpuan di seluruh dunia.


MADRID - Dua kelab terkaya dunia, Real Madrid dan Manchester United bakal membuat perhitungan pada aksi kalah mati pertama Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi esok.

Pengendali Real, Jose Mourinho yakin perlawanan itu akan menjadi pertemuan paling dinanti-nantikan oleh para peminat seluruh dunia.

"Seluruh dunia pasti tertumpu pada pertemuan itu dan ia membayangi perlawanan-perlawanan lain pada kempen Liga Juara-Juara. Jadi, saya berharap ia akan memberikan kepuasan maksimum kepada para penonton," kata Mourinho.

Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson berjaya menyuntik keyakinan anak-anak buahnya sebelum bertandang ke Sepanyol itu.

Skuad The Red Devils memperoleh keyakinan yang tinggi selepas mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana England dengan kelebihan 12 mata setelah menewaskan Everton 2-0, Ahad lalu.

Pertemuan itu turut menjadi episod baharu terhadap 'perang' antara dua individu paling berpengaruh dalam dunia bola sepak moden dan kali terakhir dimenangi Ferguson yang menang 2-0 secara agregat ke atas Inter Milan yang dibimbing Mourinho pada musim 2008-09.

Ketika ini, Real yang ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu Liga Sepanyol, Barcelona dan Mourinho perlu menghadiahkan trofi ke-10 Liga Juara-Juara jika ingin menutup mulut para pengkritiknya di Sepanyol musim ini.

Pengendali kelahiran Portugal itu menghadapi musim yang tidak menentu selepas dia sering bertikam lidah bersama para pemain-pemain di bilik persalinan.

Bagaimanapun, salah seorang pemain berpengaruh Real, Sergio Ramos menegaskan bahawa ketegangan itu sudah berakhir dan semua pemain bermotivasi tinggi untuk menewaskan United.

"Semua berita yang tersebar mendakwa kami sering 'berperang' dalam bilik persalinan adalah tidak benar.

"Jika terdapat masalah dalam bilik persalinan atau hubungan kami dengan pengurus, semua itu hanyalah spekulasi semata-mata," jelas Ramos.

Sementara itu, kemunculan Cristiano Ronaldo paling ditunggu-tunggu pada perlawanan itu kerana dia akan bertemu bekas kelab yang banyak berjasa dan menaikkan namanya.

Ronaldo berada pada prestasi terbaik selepas meledakkan hatrik untuk membantu Real menewaskan Sevilla 4-1 pada aksi Liga Sepanyol, Sabtu lalu. - AFP

'Jangan bunuh karier anak saya'

Posted:

'Jangan bunuh karier anak saya'

'Jangan bunuh karier anak saya'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

"ANAK saya masih muda, usianya baru 19 tahun. Berilah dia peluang membuktikan kemampuannya terlebih dulu daripada berterusan dia dihentam bukan-bukan."

Nazmi tidak 'patah hati' bantu Harimau Muda

Posted:

Nazmi tidak 'patah hati' bantu Harimau Muda

Nazmi tidak 'patah hati' bantu Harimau Muda

KONTROVERSI yang membelenggu Muhammad Nazmi Faiz Mansor sejak kebelakangan ini langsung tidak mematahkan semangatnya.

Sebaliknya, permata baharu Selangor PKNS itu tetap bersemangat membantu Harimau Muda mempertahankan emas temasya Sukan SEA di Myanmar, penghujung tahun ini jika kekal mendapat kepercayaan jurulatih, Ong Kim Swee.

Pada masa sama, Nazmi, 19, sedar ia bukan satu tugas mudah ekoran prestasi semasa rakan-rakan sepasukannya di Harimau Muda juga tidak kurang hebat.

"Saya masih bersemangat membantu Harimau Muda mengharungi temasya Sukan SEA.

"Jika diberikan peluang, saya akan memberikan yang terbaik," kata Nazmi selepas menjalani latihan bersama Selangor PKNS di Padang PKNS, Kelana Jaya semalam.

Nazmi memberitahu, prestasinya juga tidak terjejas biarpun tidak berdepan aksi kompetitif memandangkan hanya boleh beraksi bersama Selangor PKNS ketika pendaftaran pemain Liga Malaysia dibuka semula April depan.

"Segala-galanya terpulang kepada diri saya sendiri. Saya yakin prestasi saya tidak terjejas jika fokus menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan," katanya.

Nazmi turut menafikan desas-desus yang mengatakan dia telah menerima lamaran kelab Liga Kejuaraan England, Cardiff City seperti mana dilaporkan di laman sosial ketika ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


5 pemandu bas ekspress bawah pengaruh dadah

Posted:

5 pemandu bas ekspress bawah pengaruh dadah

5 pemandu bas ekspress bawah pengaruh dadah

12/02/2013 4:41pm

BESUT — Lima pemandu bas ekspress dikesan berada di bawah pengaruh dadah sepanjang operasi Tahun Baharu Cina yang dijalankan di seluruh negara dari 3 Februari hingga tengah malam tadi.

Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Solah Mat Hassan berkata, masing-masing dua pemandu dikesan dalam pemeriksaan di terminal bas di Perak dan Kedah manakala seorang lagi di Johor.

Kesemua pemandu itu ditahan dan dilarang daripada meneruskan pemanduan mereka demi keselamatan penumpang bas ekspress, katanya kepada pemberita ketika ditemui pada operasi turun padang di Km 81, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Anak Ikan di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi Tahun Baharu Cina oleh JPJ dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu memberi tumpuan di kesemua 32 Terminal Bas Utama di negeri-negeri dengan meletakkan pegawai dan anggota JPJ yang menyamar sebagai penumpang.

Operasi itu membabitkan 1,500 anggota di seluruh negara dan dalam tempoh itu 50,222 kenderaan diperiksa.

Sejumlah 9,537 kenderaan diambil tindakan dan JPJ mengeluarkan 7,530 notis saman serta 4,654 notis lain termasuk 203 kenderaan disita.— BERNAMA

Jumlah kemalangan turun sepanjang Ops Selamat II

Posted:

Jumlah kemalangan turun sepanjang Ops Selamat II

Jumlah kemalangan turun sepanjang Ops Selamat II

12/02/2013 4:42pm

KUANTAN — Polis berpuas hati dengan statistik kemalangan yang menurun sepanjang kempen Ops Selamat II sempena Tahun Baharu Cina sejak ia dilaksanakan 3 Februari lepas.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, kempen turut menunjukkan keberkesanannya apabila kes pecah rumah semakin berkurangan.

Katanya, jika dibandingkan dengan Ops Sikap 25 pada sambutan Tahun Baharu Cina lalu, kadar kemalangan dan kes pecah rumah dalam Ops Selamat II merekodkan perkembangan positif iaitu penurunan ke tahap yang lebih baik.

"Keseluruhan pelaksanaan Ops Selamat II adalah baik dan saya akan umumkan statistik penuh kemalangan dan kes pecah rumah sebaik sahaja kempen ini berakhir pada 17 Februari ini," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog bersama penduduk di Kampung Sungai Ular di sini, hari ini. — BERNAMA

Orang ramai diminta bantu cari suspek kes samun kerani

Posted:

Orang ramai diminta bantu cari suspek kes samun kerani

Orang ramai diminta bantu cari suspek kes samun kerani

12/02/2013 4:38pm

KOTA BHARU — Polis Kelantan meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang lagi rakan kepada tiga penjenayah yang ditembak mati dalam satu kes samun di Sungai Sam, Kuala Krai, 3 Februari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng berkata, lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Faizan Hassan, 25, berasal dari Kampung Lepan Anjong Stong, Dabong, Kuala Krai itu dipercayai boleh membantu polis dalam siasatan berhubung kes berkenaan.

Katanya, lelaki itu dipercayai cedera terkena tembakan dalam kejadian berbalas tembak pada hari tersebut.

"Kita juga meminta klinik swasta supaya menghubungi pihak polis apabila didatangi suspek yang dipercayai cedera semasa kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi 3 Februari itu, empat lelaki merompak dan melarikan seorang kerani bersama wang tunai RM50,000 selepas mangsa keluar dari sebuah bank di Kuala Krai.

Pada hari sama, dua daripada lelaki berkenaan ditembak mati oleh polis selepas berbalas tembak semasa dikesan di Jalan Sungai Sam, di Kuala Krai, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Dua hari berikutnya, polis menembak mati seorang lagi rakan mereka di Hutan Lata Stong, Dabong, Kuala Krai pukul 12.30 tengah hari.

Ketiga-tiga suspek yang ditembak mati itu dikenali sebagai Muhammad Muhaimin Drahman, 27, dari Jalan Balai Polis lama, Jeli; Mohammad Azrain Mat Lazit, 22, dari Kuala Balah, Jeli dan Muhammad Asif Derahaman, 26, dari Jalan Limbong, Paka, Terengganu.

Yong Heng berkata, sebarang maklumat mengenai suspek yang dikesan itu boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Mohd Fairus Rosli menerusi talian 017-9551083 atau mana-mana balai polis berhampiran. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Neelofa, Tasha berdamai

Posted:

Neelofa, Tasha berdamai

Neelofa, Tasha berdamai

NEELOFA teruja bersama ahli kelab peminatnya, Neelofa Team yang hadir memberikan sokongan moral pada majlis hari jadinya yang ke-24 ini.


SEPANJANG dua tahun bergelar anak seni, Noor Neelofa Mohd. Noor boleh dikatakan antara artis yang cukup bertuah apabila kerjaya seninya berkembang dalam tempoh yang agak singkat.

Kini, pada usianya yang baru sahaja mencecah 24 tahun, Neelofa pastinya boleh berbangga dengan pencapaian yang dimilikinya, terutama dari segi karier serta populariti yang diraihnya sekarang.

Selain bergelar pelakon yang semakin dikenali ramai menerusi beberapa buah filem dan drama lakonannya, kariernya dalam bidang seni turut berkembang dengan bergelar pengacara rancangan Nona dan Meletop, dua buah program yang sememangnya mendapat sambutan baik daripada penonton.

Pintu rezekinya semakin terbuka luas apabila menjadi pilihan pelbagai jenama produk popular yang telah memilihnya menjadi duta atau jurucakap.

Ketika ditanya sama ada dia puas dengan kejayaan yang diraihnya itu, Neelofa dengan rendah diri menyatakan bahawa dia sebenarnya masih belum berhasil menjadi seorang anak seni yang berjaya.

"Saya tidak menganggap diri saya sudah berjaya sekarang ini kerana perjalanan seni saya masih lagi panjang. Cuma saya memang menyasarkan untuk mencapai kejayaan dalam usia yang muda.

"Jadi, saya perlu berusaha dengan lebih keras lagi dan tidak boleh cepat berpuas hati dengan apa yang saya nikmati sekarang ini.

"Namun begitu, saya gembira kerana mendapat sokongan daripada orang yang berada di sekeliling serta peminat," ujarnya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-24 dirinya yang berlangsung di Sunway Giza, Kota Damansara pada minggu lalu.

Menurut Neelofa, selain mahu terus mengembangkan bakatnya dalam dunia seni sebagai pelakon dan pengacara, dia juga menyatakan mahu menjadi seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya.

Ujarnya, buat masa ini dia sedang memberi fokus kepada perniagaan produk kesihatan BellaVita yang mula diusahakannya pada tahun lalu dan kini semakin berkembang baik.

Bagi memastikan perniagaannya itu membuahkan hasil yang lumayan dan memberangsangkan, Neelofa memberitahu dia terpaksa membuat pelaburan yang banyak.

"Saya telah melaburkan puluhan ribu ringgit semata-mata membeli sedikit slot dalam rancangan Wanita Hari Ini pada setiap hari Rabu untuk mempromosikan produk BellaVita ini.

"Boleh dikatakan sudah banyak wang yang dibelanjakan sehingga membuat pinjaman bank bagi memastikan produk yang saya usahakan ini berjaya di pasaran sekurang-kurangnya dalam tempoh dua atau tiga tahun yang akan datang," ujarnya.

Menurutnya, selain produk kesihatan BellaVita dia juga sudah merancang untuk menghasilkan lagi beberapa produk lain bagi meluaskan lagi perniagaan yang diusahakannya sekarang ini.

Perkahwinan

Pada usianya yang sudah mencecah 24 tahun, sudah tentu ramai yang beranggapan ia merupakan usia yang cukup sesuai buat seorang wanita untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Bagaimanapun, Neelofa yang pernah digosipkan dengan penerbit dan pelakon Hans Isaac sebelum ini menganggap dirinya masih lagi muda untuk menuju ke gerbang perkahwinan.

"Buat masa ini saya tidak terfikir untuk berumah tangga kerana sasaran saya sekarang ini mahu mengecap kejayaan dalam bidang yang saya ceburi terlebih dahulu. Lagipun, kini saya sedang berusaha gigih agar segala usaha yang dilakukan berjaya.

"Apabila tiba masanya saya berkahwin nanti, kalau boleh saya mahu menjadi seorang isteri yang tidak terlalu berharap kepada suami dan menggunakan duit sendiri untuk membeli apa sahaja yang diingini," tegasnya.

Menurutnya, memandangkan jadualnya yang cukup padat sebagai seorang pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, dia akan memikirkan tentang perkahwinan kira-kira tiga atau empat tahun akan datang.

Konflik

Sebelum ini sudah ramai yang mengetahui mengenai sedikit konflik yang berlaku Neelofa dengan seorang lagi pelakon iaitu Tasha Shilla gara-gara komen yang dibuatnya terhadap pelakon tersebut mengenai kemenangan dalam Anugerah Bintang Popular pada tahun lalu.

Namun begitu, Neelofa mendedahkan dia dan Tasha pernah terserempak baru-baru ini dan mereka telah bertegur sapa dengan mesra, seolah-olah seperti tiada masalah yang pernah berlaku sebelum ini.

"Selepas konflik yang berlaku itu agak lama juga kami tidak berjumpa, namun ketika terserempak kami sempat berbual bersama-sama dalam tempoh yang agak lama.

"Apa yang ingin saya katakan, secara jujurnya saya begitu hormati dengan sikap yang ditunjukkan oleh Tasha dan merasakan dia sebagai seorang pelakon yang sangat profesional," ujarnya yang menganggap hubungan mereka berdua kini kembali jernih.

Menurut Neelofa, dia juga berkesempatan meminta maaf kepada pelakon berkenaan atas apa yang telah berlaku dan gembira Tasha menerimanya dengan hati terbuka serta sudah melupakan semua yang telah berlaku antara mereka berdua.

"Seboleh-bolehnya saya tidak mahu timbul lagi sebarang masalah dengan rakan-rakan pelakon lain. Mulai tahun ini saya berharap supaya perjalanan karier seni saya dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kisah kontroversi lagi," ujarnya.

Ainan teruja diminati lelaki lembut

Posted:

Ainan teruja diminati lelaki lembut

Ainan teruja diminati lelaki lembut

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


BIARPUN sering dilanda kontroversi, Ainan menjadi semakin kuat dalam mengharungi perjalanan dunia seninya.


PENYANYI kelahiran YouTube, Ainan Tasneem tidak menduga, baru setahun menjadi artis dia sudah mempunyai ramai peminat bukan sahaja dalam kalangan remaja tetapi juga dewasa.

Malah, peminat penyanyi lagu Aku Suka Dia itu juga terdiri daripada lelaki lembut. Buktinya, baru-baru ini, bertempat di Restoran Rebung, Bangsar, satu pelancaran kelab peminat Ainan Tasneem telah diadakan.

Seramai 40 orang peminat hadir. Pandangan Kosmo! lantas memfokus ke arah satu meja bulat yang diduduki oleh 10 lelaki lembut.

Ikuti temu bual bersama pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu mengenai perasaannya diminati oleh lelaki lembut, selain mengupas lebih lanjut mengenai single terbaharu dan ketiganya (selepas dua single iaitu Aku Suka Dia dan 150 juta) yang digarap oleh dirinya sendiri berdasarkan pengalaman lalunya.

Kosmo!: Apakah perasaan anda bila melihat kehadiran peminat pada majlis hari ini?

AINAN: Secara jujurnya saya tidak sangka mempunyai peminat yang ramai. Pada mulanya, saya ingat 10 orang sahaja yang hadir. Sebabnya, saya baru setahun berada dalam industri nyanyian.

Apakah perasaan anda bila peminat anda juga terdiri daripada lelaki lembut?

Saya teruja kerana diminati oleh peminat yang terdiri daripada pelbagai umur dan jantina.

Bagaimanakah penerimaan peminat terhadap Ainan dan lagu-lagu anda?

Saya sedar ada orang yang menyukai lagu Aku Suka Dia dan ada juga orang yang tidak menyukainya. Jadi, saya berharap dapat menghasilkan lagu yang lebih bagus pada masa-masa akan datang.

Apakah maksud anda, lagu Aku Suka Dia tidak bagus?

Lagu tersebut lebih kepada pendengar remaja. Selepas ini, saya akan hasilkan lagu yang lebih matang untuk meraih penerimaan lebih meluas dalam kalangan kesemua peminat muzik.

Selepas single pertama, Aku Suka Dia dan single kedua, 150 juta muncul, jadi apakah single ketiga anda?

Single ketiga saya yang akan muncul berjudul, Luka. Lagu ini sangat istimewa buat saya kerana ia menceritakan mengenai kontroversi yang membelenggu saya selama setahun dalam industri nyanyian.

Kontroversi apakah yang dimaksudkan anda itu?

Lagu itu ditulis berdasarkan pengalaman sedih saya yang difitnah mencuri lagu orang (single, 150 juta). Bukan itu sahaja, lagu itu juga ditulis selepas saya difitnah keluar dating dengan teman lelaki sehingga pagi.

Siapa sebenarnya yang memfitnah anda keluar dating dengan teman lelaki sehingga pagi?

Walaupun ada yang menyukai saya tetapi ramai juga yang tidak menyukai saya di UniMAP. Saya tidak pernah dating dengan teman lelaki sehingga pagi. Kolej kami juga tutup pukul 12 tengah malam, jadi mana mungkin saya boleh dating dengan dia sampai pagi.

Apakah perasaan anda apabila berdepan dengan kontroversi-kontroversi seperti itu?

Kontroversi-kontroversi itu tidak melemahkan saya sebaliknya menjadikan saya lebih kuat.

Apakah perkembangan terbaharu anda?

Lapan lagu ciptaan saya sudah dirakamkan. Syarikat rakaman saya iaitu MVM Production bercadang untuk terbitkan album sulung saya, berkemungkinan pada pertengahan bulan ini.

Akim kembali dengan Menunggu

Posted:

Akim kembali dengan Menunggu

Akim kembali dengan Menunggu

Oleh HARYATI KARIM

AKIM tidak menolak andai ditakdirkan bertemu jodoh dengan Stacy.


SELEPAS popular dengan lagu Bengang, Inikah Cinta, Janji dan Mesti Ada Cinta duet bersama Fiq, penyanyi Afiq Hakim Ahmad atau Akim kembali dengan lagu ciptaannya sendiri berjudul Menunggu.

Selain melancarkan lagu single, Akim turut melancarkan klip video lagu tersebut di Red Box, The Gardens baru-baru ini.

Menurut Akim, klip video itu cukup bermakna buat dirinya apabila telah diarahkan oleh pengarah berbakat besar, Ghaz Abu Bakar.

"Saya tidak pernah bekerja dengan Ghaz tetapi saya tahu produk yang dihasilkannya cukup berkualiti dan kreatif. Memang agak teruja apabila mendapat tahu saya akan bekerja dengannya.

"Alhamdulillah, melihat hasil penuh klip video Menunggu, saya amat berpuas hati," kata Akim.

Ditanya, bagaimana pengalaman bekerja dengan Ghaz di samping pelakon Bront Palarae dan seorang model baharu pilihan Ghaz, Akim menjelaskan, dia mempunyai masa yang seronok sepanjang proses penggambaran dilakukan.

"Penggambaran mengambil masa sebanyak tiga hari, proses suntingan dan sehingga klip video disiapkan mengambil masa sehingga sebulan.

"Tiada tekanan dan saya cukup seronok bekerja dengan Ghaz. Jalan cerita klip video semuanya idea daripada Ghaz seperti menutup akaun Facebook dan segala laman sosial selepas putus cinta.

"Walaupun, kekasihnya telah berkahwin, dia tetap menunggunya. Itu jalan cerita daripada Ghaz," ujar Akim.

Ditebak mungkinkah, lagu Menunggu ini ditujukan khas buat penyanyi Stacy, Akim membalas, lagu itu dedikasi buat Rasulullah SAW.

"Lagu Menunggu bukan menggambarkan saya sedang tunggu Stacy. Saya cipta sepenuhnya lagu ini sebagai gambaran saya menunggu Rasulullah di akhirat kelak.

"Saya akui mesej yang saya sampaikan pun agak berat. Namun, saya dedikasikan lagu ini demi Rasul tercinta. Saya mohon bantuan Baginda di Padang Mahsyar nanti.

"Selain daripada itu, saya tidak kisah andai orang yang mendengar lagu ini memberi gambaran berbeza seperti berkenaan cinta dan perkara lain kerana judul Menunggu itu sangat umum. Saya dapat ilham buat lagu ini selepas saya mendapat petunjuk dari Allah," jelasnya.

Akim sebelum ini yang kerap digosip bercinta dengan penyanyi Stacy bakal muncul dengan lagu single terbaharu yang berjudul Kembali, duet bersama Stacy pada penghujung bulan ini selepas lagu Menunggu.

Jodoh

Kerjasamanya bersama Stacy bakal menghangatkan kembali gosip yang semakin hilang ditelan waktu. Bagaimanapun anak kelahiran Johor Bahru ini, mengakui sudah penat dan bosan cerita gosipnya bersama Stacy.

"Penat dan bosan jugalah untuk saya menjawab soalan yang sama. Memang kami rapat sebagai rakan dan untuk mengulas lebih lanjut belum tiba masanya kerana fokus saya hanya kerjaya buat masa ini," katanya.

Menguatkan lagi gosip cintanya itu, selepas lagu Menunggu, Akim bakal muncul dengan lagu single Kembali duet bersama Stacy.

Disoal mengapa memilih Stacy, sambil tersenyum, Akim mengatakan Stacy merupakan tiga penyanyi wanita terbaik yang pernah ditemuinya dari segi vokal dan penghayatan lagu.

"Saya pilih dia kerana kami serasi dan mudah untuk menyanyikan lagu duet bersama. Bagi saya Stacy seorang penyanyi yang hebat.

"Kualiti vokal serta penghayatannya dalam lagu cukup bagus. Jadi, tidak ada sebab lain saya berduet dengannya ditambah lagi dia merupakan rakan saya," kata Akim.

Disoal sejauh manakah hubungannya dengan Stacy dan tidak terfikirkah untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat?

Jawab Akim: "Kami rakan yang rapat dan saya juga cukup selesa berkawan dengannya. Buat masa ini kami berdua fokus terhadap kerjaya sahaja, tidak ada agenda lain.

"Jika ditakdirkan jodoh bersama, itu takdir Allah, saya sebagai hambanya reda dengan ketentuan yang diberikan. Rasanya untuk menamatkan zaman bujang belum lagi kerana saya baru 22 tahun.

"Masih muda untuk berkahwin. Jika saya ingin berkahwin mungkin 25 tahun ke atas sebelum usia 30 tahun. Doakan yang terbaik buat saya."

Lagu Menunggu dan Kembali dimuatkan dalam album pertama Akim berjudul Akim Ahmad yang dilancarkan pada Jun tahun lalu bersama lapan buah lagu yang lain.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved