Sabtu, 9 Februari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Terompah cara Giman

Posted:

Terompah cara Giman

Terompah cara Giman

TEROMPAH sekadar hobi bagi Giman pada mulanya kini menjadi sumber rezeki yang agak lumayan.


BUKAN semua orang boleh bermain dengan seni halus dan dunia pertukangan jika tidak kena gurunya.

Syarat pertama perlu ada keazaman, syarat kedua perlu ada usaha tetapi itu pun belum cukup.

Bagi Giman Wakiran, 54, seni pertukangan tidak asing baginya sejak di bangku sekolah lagi.

Bak kata pepatah, belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Dia berjaya mengeksploitasi barangan kayu menjadi rak kasut, set perabot dan meja.

Inginkan satu kelainan, lelaki eksentrik ini berjaya menghasilkan produk berasaskan kayu yang biasa dikenali sebagai terompah.

Giman memberi nafas baharu kepada terompah yang selama ini hanya berwarna merah dan bertali hitam.

"Mulanya sekadar suka-suka tetapi mula serius sejak empat tahun lalu," katanya ketika ditemui kru Jurnal Jumaat lalu.

Bertempat di Kampung Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor lelaki ini teruja menceritakan keunikan Terompah Mastor.

Bapa kepada 13 anak ini menambah, kebanyakan terompah hasil tangannya dihias dengan corak menarik manakala warna ceria menjadikan ramai yang tertarik dengan keunikan barangan tersebut.

"Mulanya sekadar cenderamata kepada rakan-rakan dan pembesar-pembesar negeri.

"Saya cuba melarikan imej terompah yang berwarna merah dengan warna dan corak mengikut minat semasa seperti corak bermotif flora, gambar-gambar motosikal dan kereta," katanya.

Tutur Giman, setakat ini sambutan yang diterima cukup menggalakkan sebaik sahaja produk dipromosi anaknya melalui laman web dan media sosial Facebook.

"Sehingga ada rakyat negara lain seperti Australia, Belanda, Jepun dan Korea Selatan membelinya melalui internet," katanya.

Mansor ditanya mengenai stigma pemakaian selipar yang boleh menyebabkan seseorang tergelincir atau jatuh.

"Setakat ini jarang saya dengar individu terjatuh disebabkan terompah cuma sepatu itu terlucut daripada pergelangan kaki kerana permukaan tapaknya yang licin.

"Tetapi, permukaan tapak bawahnya akan menjadi kasar apabila kerap digunakan menjadikannya lebih stabil. Tetapi, jika sudah terlalu haus buangkan sahaja beli yang baharu," kata Giman sambil ketawa.

Tambah Giman, tidak sukar untuk menghasilkan terompah kerana dia hanya menggunakan kayu batang pokok durian dan getah.

Katanya, dia boleh menghasilkan sepasang terompah dalam masa 15 minit.


HARGA sepasang Terompah Mastor RM35 hingga RM45.


"Mulanya, saya akan mereka coraknya dengan kertas ataupun grafik berkomputer. Selepas itu memotong blok kayu berbentuk empat segi kepada bentuk terompah.

"Kemudian talinya menggunakan getah atau kulit. Proses corak bahagian sarung serta lapisan atasnya hanya menggunakan pelekat khas.

Setakat ini, lebih 1,000 terompah dihasilkan setiap bulan untuk memenuhi keperluan pelanggan dalam dan luar negara.

"Saya juga sedang bekerjasama dengan seorang doktor di Jeli, Kelantan menghasilkan terompah yang mempunyai nilai kesihatan untuk tubuh seseorang terutamanya di bahagian tapak kaki," ujarnya.

Sepatu wajib

Selain itu, Giman yang gemar memakai terompah untuk menghadiri program rasmi, kenduri-kendara, surau, masjid dan Hari Raya Aidilfitri ingin menghasilkan sepatu yang menggunakan plastik sebagai medium utama.

"Harga sepasang terompah yang dijual sekitar RM35 hingga RM45, mungkin terompah plastik boleh dijual kurang RM10.

"Saya inginkan semua orang mampu membeli kasut ini dan mengembalikan budaya tradisional yang semakin terhakis ini," terangnya jujur.

Tutur Giman lagi, dia turut memperkenalkan Tarian Terompah.

Tarian Terompah merupakan salah satu daripada tarian yang digarap daripada kehidupan seharian masyarakat lama.

Diadaptasi daripada pergerakan kaki menggunakan terompah yang mengeluarkan bunyi dengan hentakan kaki si penari.

Pemakainya mengenakan baju Melayu Johor bagi lelaki manakala wanita kebiasaannya baju kebaya sambil menari diiringi muzik terhasil daripada paluan gambus, rebana, gendang dan rebab.

Tempoh tarian ialah selama 10 hingga 15 minit.

Obses Giman bukan sekadar menghasilkan terompah tetapi mewajibkan pemakaian kasut itu semasa keluarganya mengunjungi sanak saudara dan rakan-rakan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri dan semasa menghadiri kenduri-kendara.


TEROMPAH Mastor mengambil masa 15 minit untuk disiapkan.


Menunggang motosikal

"Bukan apa, saya harus menunjukkan contoh kepada orang lain. Jika pembuatnya sendiri tidak mencuba, apatah lagi orang lain.

"Syukur kerana anak-anak dan menantu dapat menerimanya dengan baik," katanya.

Lelaki ini juga sering memakai topi dan terompah semasa menghadiri majlis rasmi sehingga menjadi 'trademark' jika individu lain ingin mengenalinya dengan lebih dekat.

"Jika memandu kereta Mercedes E280 sekalipun saya akan memakai terompah termasuk menunggang motosikal jenis Harley-Davidson.

"Penduduk di Simpang Renggam sudah kenal dan biasa dengan keadaan sebegitu.

"Namun saya sering memakainya jika ke surau atau masjid," tambahnya.

Dia juga pernah ditegur oleh kakitangan sebuah hotel di Kuala Lumpur kerana bunyi bising terompah yang dipakainya semasa ingin keluar minum di gerai makanan.

"Kakitangan itu memberitahu perbuatan itu mengganggu tetamu hotel tetapi sebaik sahaja saya mengatakan ingin berjumpa dengan pengurusnya dia agak cuak.

"Namun, sebaik sahaja berjumpa dengan pengurus tersebut dia mengatakan bagus kerana saya masih mengekalkan nilai-nilai tradisional penduduk negara ini," jelasnya.

Terompah Mansor juga digunakan beberapa hotel di Johor menggantikan selipar untuk ke tandas dan bilik air bagi kegunaan tetamu.

Dia juga berharap terompah yang dahulunya semakin tidak dikenali mula mendapat sambutan kembali dan menjadi salah satu produk untuk sektor pelancongan negara.

"Bukan sekadar rekaan saya tetapi juga pembuat yang lain kerana sesuai untuk semua golongan, bangsa dan keturunan di seluruh dunia," katanya pengakhir bicara.

Hidup dua kali

Posted:

Hidup dua kali

Hidup dua kali

GAMBAR fail Malala ketika tiba di Hospital Queen Elizabeth di Birmingham, Britain pada Oktober tahun lalu.


GADIS ini baru sahaja menginjak umur 15 tahun namun suara Malala Yousafzai cukup lantang dalam memperjuangkan hak pendidikan dalam kalangan wanita, terutamanya di kawasan tempat tinggalnya di Lembah Swat yang menjadi pusat aktiviti Taliban di utara Pakistan.

Keberaniannya itu pernah memakan diri apabila dia ditembak di leher dan kepala oleh pejuang Taliban dalam satu cubaan membunuhnya pada 9 Oktober lalu.

Ketika kejadian, Malala sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah sebelum anggota Taliban menahan bas yang dinaikinya.

Akibat daripada insiden itu, Malala tidak sedarkan diri selama berhari-hari. Bagaimanapun, nasibnya baik kerana dia mendapat rawatan intensif daripada sekumpulan pakar perubatan tempatan dan antarabangsa.

Selepas peluru yang menembusi kepalanya berjaya dikeluarkan oleh pakar bedah di Pakistan, anak sulung daripada tiga beradik ini diterbangkan ke Hospital Queen Elizabeth, di Brimingham, Britain untuk menjalani beberapa siri pembedahan dan rawatan rapi.

Keadaannya beransur pulih selepas menjalani pembedahan memasang plat titanium di tengkoraknya pada Januari lalu.

Malala mula mendapat perhatian masyarakat dunia selepas muncul dalam media antarabangsa, mengutuk tindakan Taliban yang mengharamkan pendidikan ke atas wanita di kebanyakan kawasan pergunungan di wilayah utara Pakistan pada Januari 2012.


SEKUMPULAN pelajar di New Delhi, India mengadakan rapat umum baru-baru ini untuk menyatakan sokongan kepada Malala.


Tak endah

Malala sekeluarga tidak mengendahkan amaran itu malah dia masih pergi ke sekolah setiap hari dan bermain dengan rakan-rakannya di padang sekolah.

Bukan sekadar itu, dia juga tegas menyatakan pendiriannya terhadap hak pendidikan wanita dalam satu temu bual bersama CNN pada tahun 2009.

"Saya ada hak untuk belajar, bermain dan menyanyi. Saya juga ada hak untuk ke pasar.

"Saya tidak perlu takut menentang pihak yang menyekat hak saya dan kawan-kawan," ujarnya yang fasih berbahasa Inggeris.

Sementara itu, menurut seorang wartawan New York Times yang pernah menemubualnya pada tahun 2009, Adam Ellick, Malala bukan budak perempuan biasa.

"Saya boleh melihat karakter berbeza dalam dirinya. Dia seorang remaja yang riang, anak yang sangat patuh kepada ibu bapanya dan kakak yang bersifat pelindung terhadap adik-adiknya.


SEORANG doktor menunjukkan plat titanium yang digunakan untuk menampal kerosakan di kepala Malala.


Suka aiskrim vanila

"Dia suka membaca novel cinta, menonton sitkom Amerika dan menggemari aiskrim vanila.

"Namun dalam masa yang sama, Malala adalah seorang pejuang hak asasi manusia yang cukup saya kagumi. Walaupun umurnya masih mentah, dia tahu kemelut yang berlaku di sekelilingnya.

"Percakapannya persis orang dewasa. Walaupun masih remaja tetapi dia seorang gadis berani.

Malala tidak gentar bercakap di dalam mesyuarat berprofil tinggi ataupun duduk di meja rundingan dengan orang sebaya bapanya.

"Andainya dia merasakan haknya dinafikan, dia tidak berdiam diri. Malala sebaliknya tegas mempertahankan hak tersebut, bukan sahaja untuk kepentingan dirinya tetapi juga sebagai suara yang mewakili rakan-rakan dan golongan wanita secara amnya," jelas Ellick yang pernah merakamkan dokumentari berkisar kehidupan kanak-kanak Pakistan di bawah kuasa Taliban.

Tambah Ellick, karakter Malala banyak dipengaruhi bapanya, Ziauddin Yousafzai yang merupakan penyair yang juga pemilik sekolah swasta.

"Biarpun usianya masih muda, persekitaran menjadikan dia mampu berfikiran jauh lebih matang daripada usia sebenarnya.

"Malala seorang yang komited terhadap pelajaran. Dia juga gadis yang idealis.

"Selain suka ke sekolah, dia juga akan pastikan waktu petangnya dihabiskan dengan mengulang kaji pelajaran bersama rakan-rakan.

"Kalau terserempak dengannya di jalanan, begnya sentiasa penuh dengan buku," ujar Ellick.

Pernah sekali Ellick bertanya dengan Malala, puak Taliban berjuang dengan senapang dan bom, sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa. Jawab Malala:

"Saya akan gunakan al-Quran dan beritahu tindakan mereka menidakkan hak pendidikan itu tidak betul. Ini kerana, tidak ada satu ayat pun dalam al-Quran yang mengharamkan wanita daripada menuntut ilmu."


KESELAMATAN di kawasan pergunungan di utara Pakistan masih rapuh terutama membabitkan keselamatan wanita.


Jadi presiden

Malala juga ditanya, apa yang akan dilakukan sekiranya dia dilantik sebagai Presiden Pakistan, Malala menjawab: "Saya akan beritahu Taliban bahawa wanita ada hak untuk belajar."

Menurut statistik yang dikeluarkan Pejabat Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia (OHCHR), antara 2007 hingga 2009, tentera Taliban telah menutup sebanyak 172 sekolah di Pakistan.

Akibat pengharaman hak pendidikan itu, seramai 23,000 pelajar terpaksa berhenti bersekolah.

"Sejak pelajar perempuan diharamkan bersekolah, ramai ibu bapa di kawasan ini mengambil keputusan untuk berpindah demi memberi peluang kepada anak-anak mereka untuk bersekolah di tempat lain.

"Di sekolah saya, jumlah pelajar semakin lama semakin sedikit. Daripada ratusan pelajar, kini hanya tinggal 11 orang sahaja.

"Kebanyakan ibu bapa terpaksa mengurung dan menyuruh anak gadis mereka membaca dan menelaah pelajaran di rumah.

"Saya tidak faham mengapa Taliban mengharamkan pendidikan.

"Mereka bukan sahaja menutup sekolah, bahkan sekolah kami turut dimusnahkan.

"Ini abad ke-21, zaman di mana orang berlumba-lumba mencari ilmu. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana ada orang boleh hidup tanpa pendidikan, " ujar Malala penuh matang.

Hadiah Nobel

Selain lantang bersuara di media, gadis bermata bundar ini juga menyuarakan pendiriannya itu melalui blognya yang banyak menceritakan dengan kehidupannya sebagai gadis Pakistan.

Menulis dalam bahasa Urdu di blognya, Malala menegaskan, setiap kanak-kanak berhak untuk belajar, tanpa mengira lokasi mereka berada.

"Kalau saya punya kuasa ajaib, saya akan pastikan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan terbaik, walau apa pun keadaan mereka.

"Saya juga mahu berkhidmat untuk orang ramai. Kalau Taliban menganggap kelantangan saya ini satu bentuk keingkaran, saya tidak kisah. Saya hanya jalankan tanggungjawab kepada Allah.

"Taliban buat hidup kami susah. Saya reda kalau ditakdirkan mati di tangan mereka. Mungkin tidak ada lagi kematian yang lebih baik selain mati dalam memperjuangkan hak yang selama ini dinafikan.

"Kesihatan saya bertambah baik. Allah makbulkan doa anda semua.

"Selepas benar-benar sembuh, saya akan berkhidmat untuk masyarakat," ujar Malala.

Kisah hidup dan perjuangan Malala membuka mata banyak pihak. Dia juga mengambil inisiatif menubuhkan Yayasan Malala yang memperjuangkan hak pendidikan dalam kalangan kanak-kanak perempuan.

Selain menjadi inspirasi bagi kanak-kanak yang berada di negara bergolak, semangat Malala juga turut menarik perhatian selebriti seperti Angelina Jolie dan Tina Turner bergabung untuk menyokong usaha murni Malala.

Rentetan daripada penubuhan yayasan berkenaan, Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari dan Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) berjaya mengumpulkan dana berjumlah AS$10 juta (RM31 juta) untuk merealisasikan hasrat Malala yang mahukan semua kanak-kanak perempuan dimasukkan ke sekolah pada tahun 2015.

Kesungguhan gadis ini turut menarik perhatian ramai pemimpin negara-negara asing. Malah nama Malala Yousafzai turut dicalonkan sebagai penerima Hadiah Nobel Keamanan 2013.

Malah, ketika Malala mendapatkan rawatan di Britain, lebih 30,000 orang menandatangani petisyen sebagai sebahagian daripada usaha global oleh pejuang hak-hak wanita yang mahu gadis tersebut diberi pengiktirafan bertaraf dunia.

Selain di Britain, kempen yang sama turut diadakan di Kanada, Perancis dan Sepanyol.

Di bawah peraturan Jawatankuasa Nobel, hanya tokoh seperti ahli-ahli perhimpunan-perhimpunan kebangsaan dan negara boleh dicalonkan.

Setakat ini, Malala adalah calon penerima Hadiah Nobel Keamanan termuda dalam kalangan wanita.

Pesta pelik manusia

Posted:

Pesta pelik manusia

Pesta pelik manusia

MASYARAKAT Sepanyol percaya amalan melompat melepasi bayi yang baru lahir dapat mengusir hantu.


WUJUDNYA masyarakat di dunia yang pelbagai bangsa melahirkan bermacam-macam ragam hidup serta budaya berbeza.

Bukan sekadar budaya, tetapi ada perayaan pelik yang masih dipraktikkan walaupun ia mencabar batas sensitiviti, menakutkan dan tidak terjangkau dek fikiran manusia normal.

Walaupun Sepanyol dianggap negeri maju namun ada sejumlah masyarakat di negara Kesatuan Eropah itu sanggup melompat di atas bayi baru lahir hanya kerana mahu menghalau jembalang.

Perayaan kuno itu masih diamalkan oleh penduduk kampung di Castrillo, Sepanyol sehingga kini.

Cuma peliknya, lelaki dewasa berpakaian menakutkan seperti syaitan akan melompat melepasi empat hingga lima orang bayi yang baru dilahirkan.

Amalan pelik ini dijalankan sejak 1620 di perkampungan ini bertujuan memastikan setiap bayi itu selamat, sihat serta melindungi mereka daripada semangat jahat.

PESTA TOMATO di Valencia, Sepanyol menyebabkan seluruh badan anda dilumuri buah itu.


Di Korea Selatan pula, Perayaan Lumpur Boryeong berlangsung di bandar Boryeong yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Seoul.

Pesta tujuh hari ini berlangsung di sebuah pantai yang berlumpur pada bulan Jun atau Julai setiap tahun.

Lumpur di kawasan itu didakwa kaya dengan mineral selain boleh mengubati penyakit kulit.

Festival ini cukup popular di Korea Selatan sejak tahun 1998 dengan kehadiran lebih 1 juta orang termasuk pelancong asing.

Kalangan pelancong asing akan berasa teruja kerana dapat menikmati keseronokan bermain lumpur.

Aktiviti yang diadakan seperti mandi tab bersaiz besar yang mengandungi lumpur, gusti lumpur, meluncur dalam lumpur, latihan ketenteraan lumpur dan penjara lumpur.

Di Jepun, penduduk negara Matahari Terbit itu juga tidak kurang sisi eksentriknya. Hadaki Matsuri (Pesta Bogel) diadakan setiap tahun untuk lelaki negara itu membuang dosa.

Tetapi, mereka bukan telanjang bulat cuma wajib memakai pakaian tradisional Jepun seperti cawat.

Tradisi yang diadakan di beberapa daerah di Jepun ini bermula sejak 1,600 tahun yang lalu.

Aktiviti yang menyusahkan dan membuang masa ini bukan sekadar melibatkan manusia dan bayi tetapi juga haiwan.

Ironi, Turki tidak pernah melahirkan bakat-bakat besar dalam sukan gusti tetapi popular dengan sukan gusti unta.


LUMPUR sememangnya kotor tetapi bagi rakyat Korea Selatan ia kaya dengan nilai kesihatan.


Gusti unta

Dikenali sebagai Kejohanan Gusti Unta, acara tahunan tersebut selalunya dimulakan pada Ahad ketiga dalam bulan Januari di Selcuk, wilayah Aegean.

Acara itu merupakan tradisi yang dimulakan sejak 2,400 tahun dahulu oleh puak-puak yang tinggal di Turki.

Secara umumnya, gusti unta melibatkan perlawanan antara dua ekor unta jantan jenis Tulu, yang dilagakan untuk merebut seekor unta betina.

Peraturan gusti unta sangat mudah. Sekiranya seekor daripada unta jantan berkenaan berundur, jatuh atau 'menjerit seolah-olah mengaku kalah,' maka unta terbabit diisytiharkan sebagai tewas.

KEJU memang sedap dimakan tetapi bagi segelintir masyarakat Britain makanan itu dikejar sebelum ditangkap untuk memperoleh hadiah lumayan.


Tangkap keju

Kira-kira 1,200 ekor unta akan menyertai pertandingan berkenaan setiap tahun.

Berlainan pula halnya di Thailand. Jika di Malaysia monyet dianggap haiwan perosak tetapi penduduk Thailand menganggap ia bak seorang raja kerana akan dijamu makanan mewah termasuklah buah-buahan segar.

Berlangsung di kawasan Lopburi setiap tahun lebih 2,000 ekor monyet disaji dengan makanan lazat.

Menariknya semua monyet sentiasa menunggu saat festival ini dijalankan kerana kepercayaan penduduk daerah itu haiwan tersebut membawa tuah dan rezeki.

Pesta ini diadakan setiap tahun di Thailand pada bulan November untuk mempromosikan sektor pelancongan.

Selain itu, monyet Lopburi berkeliaran bebas tanpa sebarang gangguan.

Jika wanita menganggap avokado boleh meremajakan wajah, tetapi lelaki Sepanyol memusnahkan beratus-ratus tan buah tomato tanpa alasan munasabah dalam Pesta Tomato atau Latomatino di Bunol, Valencia.


PERLAWANAN gusti bukan sahaja melibatkan manusia tetapi unta di Turki.


Para peserta diwajibkan untuk menghancurkan buah itu sebelum dibaling atau dilumur kepada individu lain.

Bukan sahaja tomato, keju juga menjadi sasaran untuk dibazirkan.

Pesta keju di Britain yang bermula sejak 200 tahun lampau diadakan di Bukit Cooper di wilayah Gloucester, Britain.

Menariknya, peserta akan berlari menuruni bukit yang dipenuhi selut serta rumput untuk menangkap keju berbentuk roda yang dilepaskan dari atas bukit.

Namun, aktiviti ini bukan mudah kerana keju yang dilepaskan itu boleh bergerak sehingga 70 kilometer sejam sehingga mengakibatkan ramai peserta yang tercedera.

Apa pun, Pesta Air atau Songkran di Thailand merupakan pesta yang sentiasa dinanti-nantikan bukan sahaja oleh masyarakat tempatan tetapi juga pelancong asing.

Air akan dicurahkan kepada sesiapa sahaja sewaktu pesta yang berlangsung pada musim panas.

Pesta tahunan tiga hari pada pertengahan April itu akan melibatkan seluruh penduduk Thailand dan setiap individu harus bersiap sedia untuk basah kuyup sepanjang hari.

Malah ada yang sanggup meronda menggunakan kenderaan keliling bandar bagi mencari mangsa untuk disimbahkan air.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kekasih cuai punca Claudia mati

Posted:

Kekasih cuai punca Claudia mati

Kekasih cuai punca Claudia mati

Oleh NOR SYARIZA MUHD. TAHIR
norsyariza.tahir@kosmo.com.my

Muhd. Khairun dan Dora pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang semalam.


SEPANG – Punca kematian penerbit berita Inggeris portal berita Al-Jazeera berpangkalan di Doha, Qatar yang berasal dari Malaysia, Claudia Theophilus terjawab apabila dia tertembak oleh kekasihnya sendiri dalam kejadian tidak disengajakan pada 2 Februari lalu.

Kejadian itu berlaku ketika kekasih Claudia dikenali sebagai Nabil yang terkejut melihat penerbit itu bermain- main dengan senapang A-Rifle 12 milimeter berkenaan, bertindak merampas senapang itu untuk mengeluarkan pelurunya.

Bagaimanapun, senjata itu meletup ketika kekasih Claudia mahu mengeluarkan peluru dari senapang itu.

Kejadian malang itu berlaku pada pukul 2.30 waktu tempatan (pukul 8.30 pagi waktu Malaysia) selepas mereka menyediakan juadah di dapur rumah lelaki berkenaan.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, hal tersebut disahkan polis Lebanon kepada Dora Theophilus, 36, ketika adik mendiang itu berada di sana dalam misi membawa pulang mayat Claudia dari Beirut.

"Kejadian yang berlaku amat malang kerana ia berpunca daripada kelalaian kekasih Claudia semasa dia hendak mengeluarkan peluru daripada senapang," kata Muhd. Khairun pada sidang akhbar ketika menunggu ketibaan mayat mendiang Claudia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini semalam.

Mayat mendiang dibawa dengan pesawat EK342 Emirates Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

Misi membawa pulang mayat Claudia, 42, diketuai oleh Penolong Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO, Khairil Anuar Ahmad.

Muhd. Khairun menjelaskan, sebelum kejadian berlaku, kekasih Claudia berada di bahagian hadapan rumah manakala Claudia bermain-main dengan senapang berkenaan di dapur.

"Lelaki itu terkejut melihat kekasihnya bermain-main dengan senjata berkenaan dan kemudian bertindak merampas senapang itu untuk mengeluarkan peluru.

"Bagaimanapun, senapang tersebut tiba-tiba meletup dan pelurunya mengenai tepat ke bahagian abdomen Claudia," ujarnya sambil memberitahu Claudia berada pada jarak kira-kira dua meter daripada lelaki itu.

Menurutnya, lelaki tersebut dan seorang lagi rakan lelakinya yang turut berada di tempat kejadian terus menghubungi ambulans.

Bagaimanapun, menurutnya, Claudia mati sebaik tiba di hospital akibat mengalami pendarahan yang teruk.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Claudia mati dalam insiden tembakan secara tidak sengaja yang berlaku pada 2 Februari lepas.

Dia yang juga pernah berkhidmat di akhbar The Sun dan portal berita Malaysiakini sebelum ini dikatakan pergi ke Lebanon untuk bercuti di sebuah kawasan pergunungan bersama teman lelakinya dan seorang lagi rakan mereka.

Muhd. Khairun menambah, teman lelaki Claudia yang merupakan rakyat Lebanon kini ditahan polis untuk siasatan lanjut sementara rakan mereka telah dibebaskan.

Menurutnya, polis Lebanon mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kemalangan akibat kelalaian namun siasatan masih dijalankan.

Katanya, mayat mendiang kakaknya akan dikebumikan di tanah perkuburan Church of Visitation, Seremban, Negeri Sembilan esok.

10,000 bantah pembalakan di Pedu

Posted:

10,000 bantah pembalakan di Pedu

10,000 bantah pembalakan di Pedu


Orang ramai membanjiri Tasik Pedu, Kuala Nerang, Kedah bagi membantah pembalakan di kawasan berkenaan semalam.


KUALA NERANG – Kira-kira 10,000 rakyat Kedah yang majoritinya golongan muda membanjiri Pusat Rekreasi Caruk Batang Padi, Tasik Pedu dekat sini semalam bagi melihat sendiri kesan kemusnahan akibat kerakusan penerokaan balak oleh kerajaan Pas Kedah.

Perhimpunan aman anjuran Gerakan Jaringan Gelombang Merah Selamatkan Bumi Kedah itu bertujuan menyatakan bantahan kepada tindakan kerajaan negeri memusnahkan kawasan hijau secara berleluasa.

Peserta yang memakai baju berwarna merah tertera 'Rali Selamatkan Bumi Kedah, Pakai Otak Laa' mula berhimpun pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang.

Perhimpunan tersebut kali ketiga dilakukan penduduk negeri itu bagi menunjukkan bantahan berterusan terhadap tindakan kerajaan negeri itu.

Pengerusi gerakan itu, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, beliau tidak menyangka ramai penduduk sanggup datang dari jauh semata-mata untuk melihat sendiri kemusnahan hutan yang berlaku.

"Ini bukti bahawa isu pembalakan di Pedu dan juga Gunung Inas merupakan satu isu yang betul-betul menyakitkan hati rakyat Kedah.

"Alam sekitar perlu dipelihara dan menjadi warisan kita. Jadi, apa yang berlaku di sini adalah suatu perkara yang tidak boleh kita terima," katanya selepas berucap pada perhimpunan aman tersebut.

Pusat Islam dibina di Pulau Besar

Posted:

Pusat Islam dibina di Pulau Besar

Pusat Islam dibina di Pulau Besar

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my


MOHD. KHALIL (depan) dan Mohd. Ali bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri Majlis Sambutan Hafla Maulud Ad-Dibaie di Pulau Besar, Melaka semalam.


MELAKA – Imej Pulau Besar di sini yang sering dikaitkan dengan pulau khurafat akan bertukar wajah melalui projek pembinaan Pusat Islam yang dilengkapi masjid terapung dan pusat sehenti pelbagai agensi penguatkuasaan di pulau itu tidak lama lagi.

Pengerusi Pembangunan Pulau Besar, Datuk Abdul Ghafar Atan berkata, pusat itu dijangka dibina di kawasan seluas 40.47 hektar yang berharga RM7 juta hingga RM10 juta.

Menurut beliau, pembinaan pusat itu selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan pulau itu pusat peranginan keluarga di samping menampung jumlah pengunjung yang semakin meningkat ke pulau itu.

"Setakat ini, Pulau Besar hanya ada surau tetapi kita perlukan sebuah masjid yang besar memandangkan kini kita sudah ada pelajar tahfiz di sini dan pelancong yang ramai.

"Justeru, kita akan tambak tanah seluas 40.47 hektar dan bina masjid terapung serta pusat sehenti pelbagai agensi penguatkuasaan di dalamnya," katanya pada Majlis Sambutan Hafla Maulud Ad-Dibaie di Pulau Besar di sini semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Majlis yang dimeriahkan lebih 1,000 pengunjung itu disulami dengan pelbagai aktiviti keagamaan termasuk bacaan Maulud Ad-Dibaie, qasidah dan tazkirah.

Abdul Ghafar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri berkata, setakat ini pihaknya masih belum mengetahui kos sebenar pembinaan kerana masih di peringkat perbincangan.

Jelasnya, projek pembangunan Pulau Besar dijangka bertambah pesat tidak lama lagi setelah masalah utama iaitu bekalan elektrik diselesaikan.

Ujarnya, Tenaga Nasional Berhad kini sedang dalam proses membekalkan elektrik berkapasiti 3,953 Kilowatt ke pulau itu dengan kos RM30 juta dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Skuad hoki negara terpaksa korban cuti Tahun Baru Cina

Posted:

Skuad hoki negara terpaksa korban cuti Tahun Baru Cina

Skuad hoki negara terpaksa korban cuti Tahun Baru Cina

CHUA Boon Huat (kiri) terpaksa melupakan perayaan Tahun Baru Cina demi tugas dengan skuad hoki negara.


SKUAD hoki lelaki senior negara bakal turun dalam tiga siri perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Ireland bermula hari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Siri perlawanan ujian tersebut diadakan bagi memberi peluang kepada beberapa pemain veteran serta pemain muda menunjukkan peningkatan mereka.

Selepas beberapa bulan ketua jurulatih, Paul Revington mengambil alih pasukan kebangsaan, siri ujian itu diharap dapat meningkatkan momentum serta prestasi pasukan yang sebelum ini mencatatkan keputusan membanggakan bermula pada Cabaran Hoki Juara-Juara 1 di Argentina tahun lepas serta Trofi Juara-Juara Asia.

Beberapa pemain senior yang 'digugurkan sementara' sebelum ini, kembali disenaraikan untuk perlawanan ujian kali ini seperti Mohd. Amin Abd. Rahim, Chua Boon Huat, Jivan Mohan dan Ismail Abu.

Selain itu, pemain veteran dan berpengalaman negara, Chua Boon Huat terpaksa melupakan seketika perayaan Tahun Baru Cina yang disambut hari ini kerana terpaksa memikul tanggungjawab lebih besar bagi mengharumkan nama negara.

"Perlawanan ujian itu penting buat barisan kejurulatihan memberi pendedahan antarabangsa buat pemain-pemain negara serta memperbaiki sebarang kekurangan yang ada.

"Kami tidak menyenaraikan penjaga gol, S. Kumar dan penyerang, Faizal Shaari yang masih bermain di Liga Hoki India manakala Nabil Fiqri, Izwan Firdaus dan Hafifi Hafifiz masih cedera manakala Baljit Singh masih bercuti kerana baru melangsungkan perkahwinan," kata pengurus pasukan, George Koshy.

Menurut Koshy, turut tidak disenaraikan kali ini ialah M. Jiwa, Mohd. Noor Faeez Ibrahim, Mohd. Syamim Yusof dan Mohd. Sallehin Ghani.

"Selain itu juga, jurulatih ingin menggunakan perlawanan ujian ini bagi menguji pemain-pemain baharu yang tidak tersenarai ke Argentina dan Doha dahulu.

"Selepas tiga aksi ini, kami masih ada dua perlawanan ujian menentang New Zealand sebelum jurulatih mengumumkan senarai penuh yang akan menggalas cabaran pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah bulan depan," kata Koshy.

Dalam pada itu, pasukan negara bakal menghadapi dua kejohanan besar tahun ini iaitu separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru dan Piala Asia di Ipoh yang mana kedua-duanya menawarkan tiket ke pusingan akhir Piala Dunia 2014.

Senarai skuad negara:

Amir Farid, Azlan Misron, Chua Boon Huat, Faiz Helmi, Ismail Abu, Jivan Mohan, Kairulnizam Ibrahim, Roslan Jamaluddin (penjaga gol), Hazrul Faiz, Sukri Mutalib, Izad Hakimi, Fitri Saari, Shahrun Nabil (kapten), Amin Rahim, Azammi Adabi, Ramadan Rosli, Amerullah Aziz, Marhan Jalil, Razie Rahim, Norhizzat Sumantri, Tengku Ahmad Tajudin.

FAM akan jelaskan kepada MSN

Posted:

FAM akan jelaskan kepada MSN

FAM akan jelaskan kepada MSN

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad bersedia untuk bertemu dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong dalam masa terdekat.

Pertemuan tersebut adalah usaha FAM untuk menjelaskan situasi sebenar yang berlaku ketika lawatan skuad Harimau Muda ke Australia baru-baru ini, yang didakwa sebagai 'ditipu' oleh ejen yang mengendalikannya.

Isu tersebut timbul apabila skuad Harimau Muda yang dijadualkan menentang juara Liga Australia, Brisbane Roar tetapi perlawanan tersebut tidak dapat diadakan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sebagai ganti, skuad muda negara telah menentang pasukan bawah 18 Queensland Academy pada perlawanan terakhir siri Jelajah Australia itu.

Skuad negara telah dimaklumkan bahawa Brisbane Roar tidak dapat melayan kunjungan Harimau Muda disebabkan masalah kecederaan yang menimpa pemain- pemain utama mereka.

Selain itu, Brisbane Roar dikatakan tidak mahu mengambil risiko untuk menentang Harimau Muda sebagai usaha memberikan tumpuan kepada aksi kelayakan Liga Juara-Juara AFC menentang kelab Thailand, Buriram United pada Rabu depan.

Biarpun insiden itu telah diperjelaskan oleh Pengarah Teknikal Queensland Foot-ball Club, Gary Phillips yang turut mengakui kesal dengan perubahan pada saat-saat terakhir, namun peminat bola sepak tempatan sukar untuk menerima alasan tersebut.

Mengulas lanjut, Azzuddin menegaskan yang beliau akan bertemu dengan Zolkples bagi memperjelaskan keadaan situasi sebenar dialami skuad Harimau Muda pada lawatan tersebut agar ia tidak menimbulkan keraguan kepada mana-mana pihak.

"Saya menghormati Zolkples sebagai Ketua Pengarah MSN, dan adalah lebih baik jika kami duduk semeja untuk memperjelaskan situasi sebenar yang dihadapi Harimau Muda (sepanjang berada di Australia).

"Saya akan membuat kunjungan hormat ke atas beliau dalam masa terdekat, dan saya akan menjelaskan perkara ini secara lebih berhemah dan bukan melalui media," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Azzuddin, perancangan untuk menghantar skuad Harimau Muda ke Australia itu telah rancang dengan rapi dan bukannya dibuat sesuka hati.

"Dakwaan 'tipu' itu tidak wujud sebenarnya. FAM telah merancang persiapan Harimau Muda dalam tempoh yang lama dan ia adalah satu kesilapan teknikal ketika mereka berada di sana."

Butler nafi pilih pemain beraksi di Eropah

Posted:

Butler nafi pilih pemain beraksi di Eropah

Butler nafi pilih pemain beraksi di Eropah

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


BUTLER mengakui tidak terlibat dengan pemilihan pemain untuk beraksi di Eropah.


JURULATIH T-team, Peter James Butler menafikan diberi tanggungjawab memilih dua pemain untuk beraksi dengan kelab bola sepak Portugal, S.C. Biera- Mar secara kontrak seperti dilaporkan sebuah portal berita sukan semalam.

Sebaliknya jurulatih berkenaan memberitahu, hanya segelintir sahaja kenalannya di beberapa buah kelab bola sepak di Eropah bertanyakan tentang pemain Malaysia yang layak untuk dihantar ke sana.

Menurut Butler, beliau tidak terlibat langsung dengan perkara tersebut dan tanggungjawabnya hanyalah melatih pemain T-Team serta membangunkan pasukan itu sebelum boleh melakukan sebarang tugasan lain.

"Mereka (rakan jurulatih di Eropah) tanya saya ada tak pemain yang boleh saya cadangkan (hantar ke Eropah) dan saya kata, tanggungjawab saya hanya bersama T-Team serta melahirkan pemain-pemain yang hebat dan bukannya mencari pemain untuk diperkenalkan kepada rakan- rakan di Eropah.

"Saya juga beritahu mereka, kalau ada pemain T-Team yang cukup berkualiti, mental juga kuat, saya akan hantar mereka ke England bukan untuk kontrak tetapi untuk mendapatkan pengalaman sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi T-Team bertemu peminat di pasar raya Sabasun di Kuala Terengganu semalam.

Menurut Butler, mengenai pemain yang boleh dihantar berlatih bersama kelab di Eropah, ia perlu dilakukan penuh teliti, bukan sahaja dengan melihat prestasi permainan mereka tetapi perlu diuji dari segi mental agar mereka boleh menerima tekanan dari segenap segi.

"Saya tidak mahu malu (jika memilih pemain), sebab pemain kita mungkin ada bakat tetapi tidak kuat dari segi mental untuk bermain di sana.

"Jika ada kes seperti (Muhammad Nazmi Faiz), bukan hanya kita yang malu tetapi turut memalukan semua pihak," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Aliran trafik masih bergerak perlahan malam ini

Posted:

Aliran trafik masih bergerak perlahan malam ini

Aliran trafik masih bergerak perlahan malam ini

09/02/2013 10:10pm

KUALA LUMPUR — Aliran trafik di beberapa lebuh raya dilapor masih lagi bergerak perlahan malam ini apabila warga kota mula pulang kampung sempena sambutan Tahun Baharu Cina esok.

Menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik masih perlahan dari Behrang ke Ladang Bikam.

Trafik juga sesak sebelum dan selepas Terowong Menora ke arah Kuala Kangsar serta terdapat kemalangan di Kilometer 147.7 arah utara di Bukit Tambun dan Juru.

Menurut laman itu, trafik masih perlahan dari Ayer Hitam ke Yong Peng kerana keadaan cuaca dan hujan.

Laman Twitter PLUS pula melaporkan, trafik perlahan di Kilometer 87.6 arah selatan Gurun ke Sungai Petani, yang melibatkan lorong kecemasan kerana berlaku kemalangan.

PLUS dan LLM menasihati pengguna lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati dalam cuaca hujan selain mengawasi jarak keselamatan kenderaan mereka. — BERNAMA

Dua suspek kes rompak maut motosikal terbabas

Posted:

Dua suspek kes rompak maut motosikal terbabas

Dua suspek kes rompak maut motosikal terbabas

09/02/2013 10:09pm

SEREMBAN — Dua lelaki suspek kes rompak terbunuh selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabas ketika cuba melarikan diri dari buruan polis di susur masuk ke Mambau, Lebuhraya Seremban-Port Dickson berhampiran Plaza Tol Mambau, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Abd. Wahab Harun berkata, dalam kejadian pada 12.45 tengah hari itu, kedua-dua suspek yang menunggang dua motosikal berasingan itu dipercayai melarikan diri selepas melakukan satu rompakan di sebuah kedai kek di Batu 6, Telok Kemang, Port Dickson dekat sini.

"Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian rompakan membabitkan dua suspek berusia 21 dan 27 tahun itu kira-kira 12.30 tengah hari dan sebaik menerima laporan, anggota peronda polis telah dapat mengesan motosikal yang ditunggangi suspek berada di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Mambau, lebuhraya itu.

"Apabila anggota polis berkenaan menghampiri kedua-dua lelaki ini mereka terus melarikan diri dan pasukan polis itu telah mengejar mereka," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, sebaik tiba di selekoh berhampiran susur masuk ke Mambau, kedua-dua suspek gagal mengawal motosikal masing-masing sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Katanya, seorang daripada suspek itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja"afar, di sini.

Menurut Abd. Wahab, hasil pemeriksaan ke atas mangsa, polis menemui dua telefon bimbit jenis iPhone 4 dan Samsung S2 serta dua bilah parang yang dipercayai digunakan ketika melakukan rompakan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangan kecederaan ketika merompak dan Seksyen 395 kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan. — BERNAMA

Curi kabel: 7 ditahan, lebih 100 kg kabel ditemui semula

Posted:

Curi kabel: 7 ditahan, lebih 100 kg kabel ditemui semula

Curi kabel: 7 ditahan, lebih 100 kg kabel ditemui semula

09/02/2013 10:07pm

KULIM — Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket membeli dan menjual kabel tembaga ekoran penahanan tujuh orang termasuk seorang wanita di sebuah premis membeli barang-barang lusuh, di Jalan Sungai Ular, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kedah, ACP Mohd. Nashir Ya berkata, semua suspek berusia 22 hingga 71 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sekumpulan anggota polis ke atas premis berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau berkata, sindiket berkenaan dipercayai mencuri kabel tembaga milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Bhd (TM).

"Dalam serbuan itu juga hampir 100 kilogram kabel tembaga yang belum dan sudah diproses ditemui tersimpan dalam beberapa karung di premis tersebut dan semua suspek dipercayai bekerja di premis itu," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, serbuan berkenaan dibuat ekoran penahanan sepasang suami isteri dalam satu sekatan jalan raya di Sungai Kecil Ilir, Bandar Baharu dekat sini pada 31 Januari lalu. "Suspek lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 24 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah termasuk curi kabel dan suspek telah membawa pihak polis ke premis ini," katanya.

Menurut Mohd. Nashir, semua suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tentera Syria bertempur di Damsyik

Posted:

Tentera Syria bertempur di Damsyik

Tentera Syria bertempur di Damsyik


AP
BEBERAPA orang mengangkat seorang lelaki yang cedera akibat serangan tentera Syria
di Aleppo semalam.


BEIRUT - Tentera Syria semalam mengebom rangkaian penentang di sekitar kawasan timur dan selatan di pinggir Damsyik.

Pertempuran ke atas para penentang Presiden Bashar Al-Assad itu turut berlaku di jalan-jalan raya.

Serangan tentera Syria itu berlaku selama tiga hari berturut-turut.

Kumpulan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, daerah Jubar di timur dan kawasan berdekatan Qaboon diserang selain kawasan Hajar al-Aswad, Qadam, kejiranan Assali.

Pertempuran antara kumpulan penentang dan tentera rejim Bashar al-Assad tercetus pada waktu subuh di sekitar kawasan kem Yarmuk yang menempatkan pelarian Palestin di selatan ibu kota, kata kumpulan berkenaan.


AP
ASAP kelihatan di sebuah lebuh raya akibat pertempuran antara tentera Bashar dengan para penentangnya di Damsyik semalam.


Menurut kumpulan itu, seramai enam anggota penentang terbunuh di dalam pertempuran tersebut di bandar Mudamiyeh di selatan Damsyik.

Kubu pihak penentang di Daraya turut menerima nasib yang sama.

Kumpulan tersebut menyatakan, pertempuran turut berlaku di beberapa kawasan lain di sepanjang lebuh raya melalui bandar raya Damsyik di daerah timur dan selatan.

Pertempuran antara kumpulan penentang yang disertai penduduk tempatan dan asing dengan tentera Syria bermula sejak Mac 2011.

Lebih 60,000 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran itu.

Para penentang mahu Bashar meletakkan jawatan kerana beliau gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan kebebasan bersuara. - Agensi

Rumah pemimpin pembangkang Mesir dikawal pihak berkuasa

Posted:

Rumah pemimpin pembangkang Mesir dikawal pihak berkuasa

Rumah pemimpin pembangkang Mesir dikawal pihak berkuasa


AP
SEJUMLAH penunjuk perasaan menunjukkan roti yang melambangkan kemiskinan di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.


KAHERAH - Beberapa pegawai keselamatan semalam meningkatkan kawalan di sekitar rumah-rumah ahli politik pembangkang kelmarin.

Tindakan itu dilakukan selepas seorang pemimpin pembangkang Tunisia, Chokri Belaid mati ditembak di Tunis, Tunisia.

Perkembangan terbaharu itu berlaku selepas seorang ulama Mesir menyatakan di sebuah televisyen negara ini bahawa adalah wajar serangan seksual dilakukan ke atas para penunjuk perasaan wanita.

Beberapa fatwa lain menyatakan, adalah wajar para pemimpin pembangkang dibunuh.

Pejabat parti Presiden Mohamed Morsi mengutuk fatwa tersebut.

Serangan seksual terhadap para penunjuk perasaan wanita telah berlaku sejak Januari tahun lalu.

Dalam kebanyakan kes, para perusuh membogelkan penunjuk perasaan wanita.

Sementara itu, ribuan para penunjuk perasaan berhimpun di beberapa bandar di negara ini bagi mengutuk pemerintahan Morsi.

Mereka mengutuk pemerintahan Morsi di sini, Alexandria, Port Said dan beberapa bandar lain semalam.

Pemerintahan Morsi dikatakan gagal memenuhi cita-cita revolusi seperti yang dituntut oleh rakyat semasa mereka berjaya menyebabkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada 11 Februari 2011.

Pentadbiran Morsi juga didakwa menggunakan perlembagaan yang menyekat kebebasan penduduk dan wanita. - Agensi

Bekas anggota polis AS balas dendam

Posted:

Bekas anggota polis AS balas dendam

Bekas anggota polis AS balas dendam


AFP
PARA penyiasat polis memeriksa sebuah kereta yang disangka mereka dinaiki Dorner di Magnolia Avenue, Corona kelmarin.


LOS ANGELES - Seorang bekas anggota polis yang dipecat serta memusuhi Jabatan Polis Los Angeles di sini, Christopher Dorner kini diburu selepas dia menembak mati tiga orang.

Kejadian itu menyebabkan satu operasi pemburuan luar biasa yang melibatkan tiga wilayah di Amerika Syarikat (AS) dan Mexico diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Fokus pihak polis kini beralih ke kawasan pergunungan bersalji di sekitar Tasik Big Bear.

Tasik itu terletak kira-kira 130 kilometer ke timur Los Angeles dan polis menemui sebuah trak yang dibakar Dorner.

Syerif Dearah San Bernardino, John McMahon berkata, seramai 125 anggota ditugaskan mencari suspek itu dari pintu ke pintu rumah.

Dorner dikehendaki selepas dia membunuh satu pasangan, Keith Lawrence dan Monica Quan pada Ahad lalu.

Monica merupakan anak perempuan seorang pegawai polis yang teleh bersara, Randy Quan.

DORNER


Dorner menyalahkan Randy kerana dia dipecat sebagai pegawai polis lima tahun lalu.

Lelaki itu kemudian menyerang dua lagi pegawai pada Rabu lalu di Riverside menyebabkan seorang terbunuh dan seorang lagi cedera.

Seorang lagi anggota polis cedera dalam kejadian berasingan di Corona.

Dua orang awam turut cedera kelmarin apabila polis melepaskan tembakan ke arah mereka di Magnolia Avenue, Corona, California kelmarin.

Tembakan itu dilepaskan kerana polis menyangka Dorner berada di dalam kereta yang dinaiki mereka.

Menurut dokumen, Dorner dipecat selepas dia membuat aduan yang menentang seorang pegawai polis latihan Sarjan Teresa Evans. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Bakal mencuit hati penonton

Posted:

Bakal mencuit hati penonton

Bakal mencuit hati penonton


SANDRA NG (kiri) dan Teresa Mo merupakan dua nama besar pelakon komedi Hong Kong.


SETELAH 20 tahun, aktres komedi popular Sandra Ng dan Teresa Mo kembali berkolaborasi bersama dalam filem terbaharu, Hotel Deluxe.

Gandingan kedua-dua aktres itu digambarkan sebagai gabungan dua aktor berwibawa Hollywood, Al Pacino dan Robert De Niro oleh pengarah filem itu, Vincent Kok.

"Ketika menulis skrip filem Hotel Deluxe, kami membayangkan Teresa dan Sandra seperti Al Pacino dan Robert De Niro. Contohnya, ketika Sandra bertemu dengan Teresa pada babak pertama dalam filem, kami menggunakan rel untuk melakukan penggambaran bagi mendapatkan mood seolah-olah kedua-dua mereka adalah jaguh kungfu handalan.

Mengakui berasa cukup bertuah berjaya mendapatkan Sandra dan Teresa berlakon dalam Hotel Deluxe, kata Vincent, kedua-dua pelakon itu memiliki buah fikiran yang tersendiri maka gaya lakonan mereka juga berbeza.

Vincent juga menganggap Teresa dan Sandra merupakan pelakon komedi dalam kelas yang tersendiri.

"Teresa merupakan pelakon yang bagus malah dia juga menghadam intipati bahagian skrip 'lawan'nya. Golongan pelakon sebegini bijak memainkan watak mereka dan meminta pelakon gandingannya mencipta hubungan dinamik dalam lakonan agar nampak bersahaja dan melahirkan momentum.

"Sebaliknya, Sandra Ng pula bertentangan dengan Teresa. Dia gemar melakukan kajian sebelum menjalani penggambaran dan seringkali berbincang dengan saya mengenai personaliti watak yang dipegangnya iaitu Tou Je. Sandra juga lebih spontan dalam lakonan malah dia nampak begitu tenang di lokasi," jelas Vincent mengenai kedua-dua pelakon berbakat besar itu.

Teresa puji Sandra

Bagi Teresa yang sudah lama tidak bekerjasama dengan Sandra, dia mengakui kemahiran lakonan komedi aktres itu dilihat sudah semakin meningkat.

Malah, secara peribadi, dedah Teresa, Sandra bukan sahaja seorang ibu yang jelita tetapi juga teman sekerja dan rakan baik di luar lapangan seninya.

"Selain berlakon bersama, kami juga sering keluar makan malah melakukan senamrobik bersama-sama. Kami bagaikan mahasiswi muda yang melakukan senaman bersama-sama, minum dan bersembang dengan gembira," jelas aktres berusia 54 tahun itu.

Mengulas mengenai kolaborasinya dengan Sandra dalam Hotel Deluxe, ungkap Teresa, ada satu adengan bersama Sandra yang memerlukan mereka memegang dan mengurut kaki aktor Jim Chim yang dirasakan mereka sangat memualkan.

Jelas Teresa, kaki Jim Chim telah disolek dengan kesan khas dan kakinya kelihatan benar-benar seperti berselaput dan terdapat sel-sel mati.

"Kami diarahkan untuk mengurut kakinya. Ketika diurut, dia mengerang sehingga menimbulkan situasi yang agak lucu untuk dikenang. Ia adalah adegan yang cukup menarik bagi saya dalam filem Hotel Deluxe ini," dedah Teresa.

Mengulas mengenai adengan lucu lain, ujar Teresa, dia tidak mempunyai banyak adegan bersama majikannya (lakonan Raymond Wong), namun setiap kali melihat rekaan kostum lelaki itu dia pasti tidak dapat menahan ketawa.

"Apatah lagi, dialognya juga tidak banyak, sekadar duduk di kerusi roda dan nampak kecewa. Kelakar betul melihat reaksinya," cerita Teresa lagi.

Membawakan peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif hotel yang begitu tegas dengan orang-orang bawahannya, kongsi Teresa, dia begitu teruja kerana dapat menjalani penggambaran di sebuah hotel bertaraf lima bintang.

Bukan itu sahaja, Teresa juga bersyukur kerana tidak perlu menjalani penggambaran sehingga malam.

"Penggambaran filem ini tidak dibuat pada waktu malam. Saya seorang pelakon yang tidur dan bangun awal, jadi agak sukar untuk saya berjaga sepanjang malam. Selepas jam 12 tengah malam sahaja, tiada lagi aktiviti lain kecuali tidur buat saya.

"Jadi, saya akan bangun awal pagi dan setelah tamat penggambaran pada waktu senja, saya akan pergi bersenam bersama Sandra, dan ia begitu mententeramkan jiwa. Bilik kami pula menghadap tasik XianDao dan suasana persekitarannya cukup mendamaikan hingga membuatkan orang lain pastinya iri hati tidak dapat berada di situ," tuturnya lagi.

Sandra berasa jijik

Beralih kepada Sandra pula, dia mendedahkan, berasa jijik melakukan satu babak yang melibatkan dirinya dan Teresa dalam Hotel Deluxe. Pengalaman jijik itu, bukan sahaja dirasai saat menjalani penggambaran sebaliknya berlarutan sehingga habis penggambaran.

"Teresa dan saya perlu menjalani satu babak lakonan dalam tandas. Kami menemui najis di dalam mangkuk tandas tersebut. Najis itu bukannya betul tetapi campuran serbuk kopi, susu, bijirin dan juga sayuran supaya ia kelihatan seperti najis sebenar untuk babak kami itu.

"Malam itu saya terasa begitu trauma sehinggakan waktu makan masih teringat-ingat lagi. Menjelikkan dan juga lucu pada masa yang sama," luah Sandra.

Membawa peranan sebagai Tou Je, peneraju Jabatan Hal Ehwal Dalaman dalam Hotel Deluxe, Sandra bertanggungjawab menyelenggara aspek-aspek kebersihan dan pembersihan kesemua bilik hotel.

Kongsinya mengenai watak Tou Je, wanita itu merupakan seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan dan mahu segala-galanya bersih.

Segala-galanya yang terdapat di sekelilingnya haruslah terjaga rapi hingga ke tahap menggunakan pembaris bagi mengukur ketepatan kemasan cadar di penjuru katil mengikut piawaiannya iaitu 45 darjah.

Sekiranya orang bawahannya tidak mampu mengikut spesifikasi yang diberikan, dia akan naik angin.

Berkongsi pengalamannya membintangi Hotel Deluxe, ulas Sandra, dia gembira berlakon dengan setiap pelakon dalam filem tersebut.

"Chapman To dan Ronald Cheng merupakan pelakon yang sangat kelakar. Setiap hari yang berlalu tidak akan sempurna tanpa gelak ketawa dengan jenaka yang dicipta mereka.

"Kru pembikinan props juga sangat cemerlang. Solekan lampu UV juga sangat bergaya sehingga terasa bagaikan menjalani penggambaran majalah fesyen antarabangsa. Ditambah pula dengan kesan khas hasil filem ini cukup memuaskan," jelasnya lagi.

Mengulas mengenai kolaborasinya bersama Teresa setelah sekian lama, ungkap Sandra, dia mengakui kreadibiliti Teresa sebagai pelakon hebat tidak perlu disangkal lagi.

Sandra juga bercerita mengenai dirinya dan Teresa yang gemar berkongsi rahsia tentang cara-cara untuk menjadi individu yang sihat dan bertenaga.

Amber Chia cuti 15 hari

Posted:

Amber Chia cuti 15 hari

Amber Chia cuti 15 hari

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


ANTARA kenangan Amber, suami dan anak ketika meraikan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun lepas bersama keluarganya di Tawau, Sabah.


AMBER CHIA bukan nama asing dalam industri fesyen Malaysia. Wanita berwajah eksotik ini dikenali di serata dunia sebagai seorang peragawati terkenal, biarpun dia juga menceburkan diri dalam dunia lakonan.

Wajahnya sering terpampang menghiasi majalah tempatan dan antarabangsa bagi mempromosi jenama mewah dan produk berjenama. Melihat kepada kejayaan yang dicapai Amber, pasti masyarakat akan mempunyai persepsi bahawa wanita tinggi lampai ini bukan seorang yang mesra memandangkan namanya dan pencapaian antarabangsa yang diperolehnya.

Pada hakikatnya, wanita ini sebenarnya seorang yang sangat peramah dan akan berbicara dengan sesiapa sahaja yang mendekatinya. Tidak dinafikan juga, Amber juga seorang yang gemar bercerita.

Ketika Amber menghadiri majlis perasmian produk baharu barangan kemas Pandora di butik Pandora, Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur, Kosmo! sempat menemu bual Amber tentang sambutan Tahun Baru Cina pada tahun 2013.

Bicara wanita ini, persiapan Tahun Baru Cina pada tahun ini telah dilaksanakan awal-awal lagi. Amber dan suami telah pun membeli pakaian dan barangan baharu buat keluarga tersayang.

"Kami sudah pun siapkan dekorasi di rumah. Sudah beli baju untuk keluarga dan ibu bapa di kampung serta mertua. Semuanya sudah siap. Saya, suami serta anak akan sambut raya pertama dan kedua di rumah mertua di Kuala Lumpur.

"Selain itu, kami juga akan bertemu sanak saudara sebelah keluarga lelaki. Pada malam sebelum Tahun Baru Cina, kebiasaannya kami akan makan besar dan tahun ini saya makan bersama keluarga mertua memandangkan saya sudah berkahwin," cerita anak kelahiran Tawau, Sabah ini.

Enam beradik

Walaupun begitu, Amber tidak pernah lupa pulang ke kampung halaman di Tawau dan meraikan Tahun Baru Cina di sana pula bersama keluarga di sebelahnya pula. Cerita Amber, setelah dua hari bersama keluarga mertua, pada hari ketiga, dia dan keluarga akan pulang ke Tawau.

Itulah rutin Tahun Baru Cina Amber, suami, Adrian Wong dan anak, Ashton pada tahun lepas yang mana foto-foto kenangan ketika itu diabadikannya dalam laman web miliknya, mamababyworld.com.

"Memang menjadi kebiasaan kami enam beradik akan pulang ke Tawau untuk bersama meraikan Tahun Baru Cina bersama ibu dan bapa. Saya suka dapat berkumpul bersama keluarga dan memeriahkan suasana.

"Ini kerana ibu bapa saya tinggal di kampung, jadi suasana riuh itu mungkin berbeza dari bandar. Saya suka juga mood sebegitu, dan kelihatan semua orang pakai warna merah dan saya memang sukakannya," jelasnya yang walaupun kelihatan moden, namun dia masih gemarkan suasana kampung.

Bagi wanita yang berketurunan Hokkien ini, dia dan keluarga ada mengikuti satu ritual yang akan diamalkan pada setiap kali menjelang Tahun Baru Cina. Menurut Amber, mereka akan mengadakan satu upacara sembahyang pada hari kelapan Tahun Baru Cina.

Ketika itu, mereka akan mendoakan agar dilimpahkan rezeki dan kesejahteraan diri dan keluarga.

Ular air

Setelah upacara selesai, mereka akan mengadakan rumah terbuka dan juga makan besar bersama keluarga. Ujar Amber lagi, tahun ini bertuah kerana ia merupakan tahun ular air dan air bagi kaum Cina ia bermaksud wang.

"Memandangkan tahun ini ialah tahun ular air, jadi ia sebenarnya membawa tuah untuk kami kaum Cina. Ini kerana dipercayai, air itu bermaksud wang, jadi mungkin untuk perniagaan akan membawa makna yang baik dan begitu juga untuk kehidupan," kata Amber yang lahir pada tahun rusa.

Walaupun mempunyai jadual yang sibuk, namun Amber tidak pernah ketinggalan pulang ke kampung halaman dan meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga tercinta. Katanya, inilah satu-satunya hari yang dia dapat bertemu dan bergembira bersama keluarga dan saudara-mara.

"Kebiasaannya, pada Tahun Baru Cina, saya ambil cuti panjang iaitu selama 11 ke 15 hari dan memang setiap tahun saya akan cuti. Namun ada sekali, saya perlu bekerja di New York pada tahun 2009 dan tidak dapat meraikan Tahun Baru Cina.

"Memang ketika itu saya berasa amat sunyi kerana tidak dapat merasa suasana meriah dan tambahan pula saya berada seorang diri di sana. Ini kerana sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, saya sangat suka dengan suasana di Malaysia sendiri. Suasana di New York, sangat berbeza. Walaupun Tahun Baru Cina, namun ada juga kaum lain yang akan datang mengunjungi rumah bagi meraikannya bersama-sama," ujarnya mengakhiri perbualan.

Putus cinta, Hairul Azreen mengaku salah

Posted:

Putus cinta, Hairul Azreen mengaku salah

Putus cinta, Hairul Azreen mengaku salah

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

HUBUNGAN cinta Hairul dan Faralyna cuma mampu bertahan selama empat tahun.


SIAPA sangka hubungan cinta sesama pelakon, Faralyna Idris dan Hairul Azreen yang berlangsung selama empat tahun akhirnya terlerai. Kenyataan mengenai perkara itu sudah diluahkan oleh Faralyna dalam sebuah akhbar pada minggu lalu. Dia mengakui cinta mereka sudah sampai ke titik noktah.

Namun, Hairul Azreen belum lagi memberikan komen tentang perkara tersebut. Kosmo! berjaya mendapatkan Hairul Azreen untuk memberikan komen lanjut berhubung status hubungan mereka berdua pada sesi fotografi di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama pelakon Hantu Kapcai itu mengenai kisah percintaan mereka yang putus di tengah jalan.

Kosmo!: Benarkah Hairul dan Faralyna kini sudah putus dan membawa haluan masing-masing?

HAIRUL: Ya, saya mengaku hubungan kini sudah sampai penghujungnya dan kami sudah membawa haluan sendiri. Kami putus kerana salah saya dan hanya kami saja yang memahami puncanya. Dia (Faralyna) telah banyak berkorban masa dan menahan perasaan kerana saya selama ini. Namun, kami masih berhubung dan berkawan.

Bagaimanakah hubungan Hairul dan Faralyna berakhir?

Hubungan kami semakin renggang sekitar hujung tahun lalu terutamanya ketika saya ke Cape Town untuk penggambaran Fear Factor Selebriti Malaysia. Apabila pulang ke Kuala Lumpur, kami berjumpa untuk berbincang masalah ini dan lebih kurang penghujung bulan Januari lalu kami memutuskan untuk berpisah.

Sebelum ini Faralyna dilihat sebagai individu yang membawa Hairul ke dunia lakonan dan sekarang Hairul pula seperti kacang lupakan kulit apabila sudah berjaya. Komen Hairul?

Dia banyak membantu saya memperkenalkan diri kepada ramai pengarah dan saya seolah-olah dilihat meninggalkan dia apabila sudah mempunyai kehidupan sendiri. Namun, saya masih membantu dia ketika susah dan baru-baru ini pun dia ada meminta pertolongan saya. Saya akan membantu dia selagi boleh. Saya pernah berjanji untuk membantu dia apabila susah.

Kalian sebelum ini pernah memberitahu ada merancang untuk mendirikan rumah tangga setelah lebih empat tahun bercinta. Adakah mungkin kalian akan berbaik semula?

Tidak mustahil kerana kami masih berhubung antara satu sama lain. Pernah saya bertanya mengenai hal berkahwin tetapi jawab Faralyna mungkin tidak akan berkahwin dalam masa terdekat. Harapan saya kini berada di tengah-tengah, kalau tiada jodoh dia bukan hak saya dan saya reda.

Hairul sudah temui pengganti Faralyna?

Sebelum ini saya ada berkenalan dengan seorang gadis yang bukan dalam industri seni dan ada memaklumkan perkara itu kepada Faralyna. Dia menyokong keputusan saya apabila saya memberitahu bahawa saya kesunyian dan perlukan teman wanita. Namun hubungan saya dan gadis itu tidak lama kerana saya memilih untuk tidak terikat dengan sebarang komitmen buat masa sekarang sekurang-kurangnya enam bulan. Fokus saya sekarang untuk bekerja dan mencari duit serta menempa nama.

Adakah kalian meletakkan syarat untuk digandingkan bersama dalam drama, filem atau sebarang acara selepas ini?

Tidak sama sekali. Kami masih boleh bekerja bersama dan menghadiri acara bersama-sama. Cuma khuatir orang luar akan bercakap sesuatu yang tidak enak didengar apabila melihat kami bersama walaupun sudah berpisah.

Sudi kongsikan perkembangan terkini Hairul?

Saya sedang menantikan tayangan filem Gila Gila Remaja 2 pada 21 Mac nanti yang menggandingkan saya dan Faralyna sebagai pelakon utama. Selain itu saya sedang sibuk dengan penggambaran telefilem Syawal Untuk Abang dan Misi Kukuza bersama Nelydia Senrose.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved