Sabtu, 26 Januari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Muzium 3D pertama negara

Posted:

Muzium 3D pertama negara

Muzium 3D pertama negara

PERTAMA kali berkunjung ke Muzium Seni Helah atau Trick Art Museum yang terletak di bandar digital i-City, Shah Alam, penulis cuba mencari kelainan yang cuba ditonjolkan.

Namun, apa yang ada hanyalah pameran lukisan catan pelbagai motif menghiasi hampir keseluruhan dinding dan lantai muzium setinggi dua tingkat itu.

Begitupun, kehadiran sepasang remaja berhampiran penulis menampakkan mereka benar-benar teruja dan mula melakonkan pelbagai ekspresi wajah serta tubuh seakan-akan berinteraksi dengan lukisan tersebut.

Selepas aksi mereka dirakam, ternyata hasil bidikan kamera sama sekali berbeza dengan apa yang dilihat dengan mata kasar.

Apa tidaknya, daripada satu lukisan lantai biasa, namun dengan aplikasi teknik tiga dimensi (3D), lukisan itu kelihatan hidup dalam gambar.

"Dalam foto ini, saya kelihatan seperti sedang berjalan di atas titi kayu yang kecil dan sempit untuk menyeberangi lubang hitam di dalam gua.

"Hakikatnya, saya hanya berdiri di lantai yang dilukis dengan teknik 3D.

"Begitu juga dengan imej sotong gurita ini. Dengan bayangan yang dilukis di sekitarnya, ia kelihatan benar-benar hidup," ujar seorang pengunjung, Ahmad Akmar Ibrahim, 23.

Dia yang juga penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mengetahui tentang kewujudan muzium ini selepas melihat gambar-gambar yang dimuat turun dalam blog milik rakannya.

"Walaupun lukisan yang disediakan di sini tidak segah lukisan 3D jalanan yang popular di Barat, namun ia masih memberi peluang kepada rakyat di negara ini untuk merasai pengalaman berinteraksi dengan lukisan.

"Ia pastinya sesuatu yang menarik untuk dikongsi apatah lagi ia merupakan muzium yang pertama seumpamanya ditubuhkan di Malaysia.

"Bayaran masuk yang dikenakan juga berpatutan," ujarnya yang merupakan penuntut di Fakulti Seni Lukis Seni Reka.

Menawarkan lima motif lukisan iaitu lukisan termasyhur, pengembaraan Makam Mesir, alam haiwan, kehidupan marin dan lukisan adiwira klasik, muzium yang memiliki keluasan 743 meter persegi ini muncul sebagai muzium 3D pertama di negara ini.


MONICA optimis Muzium Seni Helah yang baru diperkenalkan ini mampu menarik ramai pengunjung ke i-City.


100 posisi

Mula dibuka pada kunjungan umum sejak 15 November tahun lalu, sambutan yang diterima daripada pengunjung sangat memberangsangkan.

Dengan bayaran masuk RM5 seorang, pengunjung boleh meluangkan seberapa banyak masa yang dimahukan untuk berekspresi dengan lukisan-lukisan yang ada di situ.

"Sebelum ini apabila menjelangnya cuti umum atau cuti sekolah, kami menerima sekitar 90,000 pengunjung seminggu.

"Angka tersebut dijangka meningkat 30 peratus selepas pembukaan rasmi taman tema air baru-baru ini.

"Daripada jumlah tersebut, dianggarkan lebih separuh daripada pengunjung mengambil kesempatan bertandang ke Muzium Seni Helah.

"Lantaran kunjungan pengunjung yang tidak pernah surut, pihak muzium sudah beberapa kali menyelenggara semula lukisan terutamanya kemasan cat memandangkan ia bebas disentuh oleh pengunjung," ujar Pengarah i-Berhad, Monica Ong, 49.

Selain berpeluang melihat pameran lukisan 3D yang pertama diadakan di negara ini, pengunjung juga boleh meneroka lebih 100 gaya dan posisi sebagai satu bentuk ekspresi terhadap lukisan tersebut.

Tambah beliau, setiap lukisan dihasilkan sepenuhnya menggunakan teknik lukisan bebas tangan oleh tiga kumpulan pelukis 3D profesional dari luar negara.

"Kami mendapatkan khidmat pelukis 3D dari Iran, China dan Korea.


AKSI kreatif pengunjung meniru gaya lukisan menjadikan karya ini nampak hidup.


Pelukis tiga negara

"Pelukis dari China misalnya, mereka akan terus melukis di dinding selepas melihat gambar yang diberikan tanpa perlu mengukur terlebih dulu.

"Berlainan pula dengan pelukis Korea. Mereka akan membesarkan skala lukisan sehingga mendapat saiz yang dikehendaki sebelum diunjur pada dinding.

"Walaupun teknik dan gaya melukis yang digunakan berbeza, saya cukup berpuas hati kerana hasilnya mampu memberikan impak 3D yang sama.

"Malah, saya sendiri tidak dapat mencari perbezaannya," ujar beliau.

Mengambil masa dua bulan untuk disiapkan, sebelum itu Monica dan kumpulannya perlu melihat ratusan gambar 3D untuk dipilih agar sesuai dengan tema kekeluargaan yang mahu ditonjolkan.

"Dari aspek lukisan, saya perlu memastikan ia kelihatan berbeza jika dilihat dari sudut berlainan memandangkan kesan seni helahnya kelihatan lebih menonjol di bawah lensa kamera.

"Dari aspek nilai tambah yang cuba diterapkan di Muzium Seni Helah ini pula, kami mahukan pengunjung tidak melihat lukisan ini hanya sebagai lukisan, sebaliknya memberikan mereka peluang untuk menjadi lebih bebas dan kreatif ketika berekspresi terhadap lukisan.

"Biasanya pengunjung akan masuk ke muzium ini bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

"Apa yang menarik, masing-masing akan cuba mencari gaya dan posisi berbeza.

"Ini secara tidak langsung memberi ruang kepada pengunjung untuk bebas mencurahkan kreativiti mereka, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

"Ada juga yang bertindak sebagai pengarah fotografi. Melihat gelagat pengunjung muzium, ia memang menghiburkan," ujar Monica.


DUA pengunjung Muzium Seni Helah di i-City Shah Alam tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan gaya masing-masing.


Hanya di i-City

Garapan idea dan inovasi Monica serta kumpulannya dalam memberi kelainan beriadah dengan menubuhkan muzium 3D memang layak dipuji.

Muzium ini bukan sahaja berjaya menjadi tarikan utama di i-City, malah ia turut diberi pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records sebagai Muzium Seni Helah Pertama di Malaysia pada 22 November lalu.

"Idea untuk menubuhkan Muzium Seni Helah timbul selepas kami melihat pameran lukisan 3D di Korea Selatan.

"Selari dengan konsep Kota Digital i-City yang mahu tampil dengan tarikan unik, kami sentiasa mencari idea baharu yang dapat menawarkan tarikan riadah eksklusif kepada orang ramai yang mana ia hanya boleh didapati di sini," ujarnya.

Enggan menyajikan lukisan yang sama kepada pengunjung, Monica bertekad untuk menukar dan menambah baik pameran sedia ada setiap sembilan bulan.

"Bagi memastikan ia sentiasa berwajah baharu, kami akan menukar setiap lukisan secara berperingkat. Dengan cara ini, pengunjung yang datang buat kali kedua dalam masa setahun tidak akan melihat lukisan yang sama," katanya.

Berpeluang meneliti setiap lukisan yang dipamerkan, teknik 3D ditonjolkan menerusi bayangan yang dilukis pada sudut tertentu.

Selain itu, tona warna juga memainkan peranan penting untuk memberi kesan hidup pada lukisan.

Aras bawah muzium ini menyajikan pengunjung dengan karya lukisan termasyhur seperti Monalisa dan Van Gogh.

Terdapat juga lukisan pengembaraan Makam Mesir yang diadaptasi daripada zaman kegemilangan Firaun dan piramid.

Turut memberi variasi, lukisan Adiwira Klasik turut ditempatkan di aras sama.

Meninjau ke tingkat atas bangunan, konsep lukisan yang persembahkan terdiri daripada alam haiwan dan kehidupan marin.

"Kami mengharapkan muzium ini bukan sahaja menghiburkan tetapi mampu menonjolkan sisi kreatif pengunjung.

"Walaupun apa yang ditampilkan di sini berbeza dengan karya 3D jalanan yang popular di Barat, ia masih menjanjikan pengalaman baru kepada pengunjung.

"Kami akan berusaha untuk meningkatkan persembahan lukisan dari semasa ke semasa," azam Monica yang sentiasa mahu mencari pembaharuan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke i-City.

Wenner pelukis 3D terulung dunia

Posted:

Wenner pelukis 3D terulung dunia

Wenner pelukis 3D terulung dunia


WENNER merupakan individu yang bertanggung jawab memperkenalkan lukisan 3D kepada dunia.


KURT Wenner merupakan seorang pelukis berbangsa Amerika pertama yang bereksperimen dengan lukisan jalanan dengan teknik ilusi 3D.

Dipengaruhi pengaruh lukisan anamorfik, beliau banyak menghasilkan lukisan cat minyak berskala besar, mural seramik, arca, dekorasi, lukisan 3D dan rekaan seni bina untuk pelanggannya yang berada di lebih 30 negara.

"Saya mula mencipta lukisan jalanan dengan ilusi 3D pada tahun 1987.

"Ketika berjinak-jinak dengan lukisan 3D, saya banyak mencuba pelbagai teknik melukis supaya hasilnya mampu memberi kesan hidup selepas dipotretkan.

"Begitupun, hanya selepas setahun saya mengasaskan festival lukisan jalanan pertama di California, Amerika Syarikat barulah karya 3D saya mula dipamerkan di Muzium Seni Santa Barbara pada tahun 2000," ujar Wenner dalam laman web rasminya, www.kurtwenner.com.

Sumbangan besar Wenner dalam industri lukisan melayakkan beliau untuk menggondol pelbagai pengiktirafan dan anugerah di peringkat antarabangsa.

Biarpun memiliki nama besar, Wenner tidak lokek berkongsi karyanya dengan peminat lukisan 3D.

Bahkan, beliau sering menjadikan karya jalanannya sebagai medium untuk melihat bagaimana orang ramai berinteraksi dengan lukisan 3D skala besar secara percuma.

Mula menghasilkan lukisan 3D dengan menggunakan kapur, inovasi insan kreatif ini tidak terhenti di situ.

Dalam karya agungnya berjudul Grand Canyon Ilussion, Wenner menguji kreativitinya memanfaatkan ruang lantai, dinding dan siling untuk menghasilkan lukisan yang menyerupai lokasi sebenar taman negara terkenal itu.

"Cara terbaik untuk melihat ilusi lukisan 3D adalah dari satu sudut di mana bayangan secara menegak mampu memberikan gambaran visual sebenar subjek yang mahu ditonjolkan.

"Lukisan kelihatan lebih hidup dalam lensa kamera," katanya yang mempunyai ramai peminat dan pengikut terdiri daripada pelukis karya jalanan di serata dunia.

Jelasnya, melukis lukisan 3D tidak sesukar mana namun ia memerlukan imaginasi yang tinggi memandangkan penonton perlu melihatnya dengan mata kedua.

"Melukis visual 3D juga memerlukan ketelitian yang tinggi terutamanya ketika membentuk bayang.

"Adakalanya saya memerlukan lebih dari lima tona warna supaya ia kelihatan lebih realistik," katanya.

Gajet punca kurang membaca

Posted:

Gajet punca kurang membaca

Gajet punca kurang membaca


KEUPAYAAN kanak-kanak untuk membaca dipengaruhi oleh gajet elektronik termasuk televisyen yang sekali gus mencerminkan kemahiran berfikir.


KANAK-KANAK didapati kurang mahir membaca sekiranya mereka mempunyai telefon bimbit dan televisyen yang diletakkan di dalam bilik tidur mereka, demikian hasil satu penyelidikan.

Penyelidikan membabitkan seramai 4,000 orang pelajar berumur 10 tahun di sekitar negeri England, Britain. Dalam kajian itu, penyelidik menyasarkan murid yang memiliki pemain cakera video digital (DVD) dan telefon bimbit peribadi.

Hasil awal kajian itu mendapati, kira-kira dua pertiga daripada kanak-kanak yang menjadi kumpulan sasar memiliki televisyen sendiri, manakala yang lain dicatatkan memiliki pemain DVD dan telefon bimbit.

Kanak-kanak yang memiliki kesemua peralatan itu menunjukkan penurunan secara purata sebanyak 20 markah dalam ujian bacaan.

Sebaliknya, memiliki alat muzik dikaitkan dengan peningkatan sebanyak 30 markah dan satu kajian mendapati, remaja yang menghabiskan masa berjam lamanya di laman sosial menunjukkan perubahan ketara dalam ujian sains dan matematik.

Menteri Pelajaran Britain, Elizabeth Kekuda mengalu-alukan berita bahawa lebih ramai kanak-kanak membaca untuk memperoleh pengetahuan berbanding peratusan yang dicatatkan pada tahun 2006, apabila kajian kali terakhir kajian sama dijalankan.

"Prestasi terendah berada di peringkat yang paling asas iaitu hanya mampu untuk mencari dan memperoleh maklumat dengan bimbingan yang jelas," ujarnya.

Perkara ini muncul dalam penyelidikan antarabangsa yang mencatatkan prestasi kanak-kanak berusia 10 tahun dalam membaca serta kaitannya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Respons daripada guru mendedahkan sebanyak 17 peratus daripada pelajar berumur 14 tahun mengalami gangguan di dalam kelas apabila mempunyai gajet yang menyebabkan mereka tidak mendapat tidur yang secukupnya pada waktu malam.

Kajian telah dijalankan oleh Yayasan Kebangsaan bagi Penyelidikan Pendidikan di England, dan diselia oleh ahli akademik di Amerika Syarikat dan Belanda mendapati majoriti pelajar mengakui mereka diberikan telefon bimbit, televisyen dan DVD.

Menurut kajian itu, pelajar yang dilaporkan memiliki gajet tersebut secara purata mencatatkan skor minimum yang lebih rendah iaitu lebih daripada 20 mata berbanding pelajar yang tidak memiliki gajet.

Satu dalam lima kanak-kanak yang berumur 10 tahun memperuntukkan sekurang-kurangnya tiga jam untuk menonton televisyen sehari dan DVD.

Sebanyak 13 peratus daripada pelajar yang berumur 14 tahun dilaporkan menggunakan laman sosial selama empat jam atau lebih pada waktu persekolahan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Boleh hanyut dalam setengah jam

Posted:

Boleh hanyut dalam setengah jam

Boleh hanyut dalam setengah jam

Beberapa anggota polis memeriksa longkang di Putra Heights tempat William Yau Zhen Zhong dipercayai dihanyutkan arus hingga ke Pelabuhan Klang semalam.


SUBANG JAYA - Polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak hilang, William Yau Zhen Zhong, 6, yang mayatnya ditemui di Jeti Sungai Sireh, Klang kelmarin terjatuh ke dalam longkang besar di Putra Heights di sini sebelum dihanyutkan arus deras.

Longkang tersebut jika dipenuhi air akibat hujan lebat mampu menghanyutkan William yang dianggarkan seberat 15 kilogram, menuju ke Sungai Sireh di Pelabuhan Klang sejauh 30 kilometer dalam tempoh setengah jam.

Kosmo! Ahad difahamkan, dua hari selepas kehilangan kanak-kanak itu iaitu pada 18 Januari lalu, kawasan Putra Heights dilanda hujan lebat.

Pemeriksaan mendapati parit di kawasan tersebut bersambung dengan sebatang longkang di Kampung Bukit Lanchong, sebelum ia bersambung pula dengan Sungai Klang yang mengalir ke Pelabuhan Klang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, adalah tidak mustahil mangsa terjatuh ke dalam longkang.

"Tinjauan mendapati ada sistem longkang yang tidak bertutup kira-kira 200 meter dari lokasi William hilang.

"Situasi itu boleh mengundang bahaya kepada sesiapa sahaja yang melalui kawasan itu.

"Oleh itu, kemungkinan mangsa terjatuh dan dihanyutkan arus sungai tetap ada, lebih-lebih lagi dua hari selepas mangsa hilang, kawasan Putra Heights dilanda hujan lebat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan bersama hampir 30 anggota polis dan kakitangan JPS di sekitar lokasi William hilang.

William, anak kedua daripada tiga beradik dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights selepas mangsa dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.

Kelmarin, ibu bapa kanak-kanak itu mengenal pasti mayat budak lelaki yang dijumpai terapung dan mereput di Jeti Sungai Sireh adalah anak mereka.

Pengecaman itu berdasarkan kesan dua parut di belakang kepala dan satu di dahi kanak-kanak itu yang mempunyai persamaan dengan William.

Selain itu, Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, yang hadir di Bilik Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang turut mengesahkan seluar pendek dan seluar dalam pada mayat kanak-kanak itu kepunyaan anak mereka.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, terjatuh ke dalam longkang adalah antara kemungkinan yang sedang disiasat oleh pihaknya.

"Perkara itu masih terlalu awal untuk dibuat kesimpulan kerana siasatan dijalankan daripada semua sudut," ujarnya.

Selain kemungkinan terjatuh, kematian kanak-kanak itu juga turut dikaitkan dengan perlakuan jenayah apabila mangsa dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dicampak ke dalam sungai.

Bagaimanapun, menurut Yahaya, bedah siasat menunjukkan tiada unsur jenayah berikutan tiada kecederaan luaran ditemui pada tubuh si mati.

Kata beliau, pihaknya akan mendapatkan keterangan daripada penduduk sekitar tempat kejadian bagi mengetahui bagaimana anak kedua daripada tiga beradik itu ditemui di Jeti Sungai Sireh.

Yahaya juga tidak menolak untuk mengambil semula keterangan daripada pihak keluarga mangsa termasuk ibu bapa William selepas keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diketahui pada Selasa ini.

Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat kanak-kanak itu masih ditempatkan di HTAR.

Afif juara Soulstar 2012

Posted:

Afif juara Soulstar 2012

Afif juara Soulstar 2012

Oleh MULLER ASEN


DARI kiri, Sheila, Afif dan Feeza menjulang trofi yang dimenangi masing-masing pada program Soulstar 2012 di Kuching malam tadi.


KUCHING – Selepas 10 minggu berjuang mempertaruhkan bakat masing-masing, akhirnya Afif dinobatkan sebagai juara program realiti Soulstar 2012 dalam konsert akhir yang berlangsung di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama di sini malam tadi.

Ia menjadi kejayaan yang cukup bermakna bagi Afif atau nama penuhnya, Mohammed Afif Amier, 23, selepas berjaya mencuri hati juri dan penonton lantas diangkat sebagai pemenang utama pertandingan nyanyian musim ketiga itu.

Dalam persembahan tersebut, Afif mendendangkan lagu Tinggalkan Aku.

Kemenangan itu sekali gus mengetepikan finalis lain iaitu Feeza (Norfiza Sani) yang muncul sebagai naib juara manakala Sheila (Norshila Ideris) di tempat ketiga.

Feeza menyanyi lagu Sweet Dream manakala Sheila pula lagu Apa Nak Jadi.

Selain mereka, Ary, Athari, Didiy, Ezza, Iena, Iz, Jamal, Mizam, Nadhar, Nyda dan Warith turut memberikan saingan sengit pada konsert akhir itu.

Kemenangan Afif yang bergelar juara dalam siri saingan Soulstar 2012 itu membolehkannya membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi.

Lebih menarik, Afif turut dilantik sebagai duta pelancongan bagi negeri Sarawak selain dipilih menjalani program perantis sistem latihan dual nasional dalam bidang muzik tradisional dan audio visual selama 10 bulan di Kampung Budaya Sarawak.

Sementara itu, Feeza selaku naib juara membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 dan trofi manakala tempat ketiga disandang Sheila dan menerima wang tunai berjumlah RM2,000 serta trofi.

Sheila turut menggondol persembahan terbaik dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.

Disaksikan lebih 2,000 penonton, Afif membuktikan dia berada dalam standard yang tersendiri.

Bagaimanapun, saingan yang diberikan oleh 11 peserta lain juga tidak kurang hebatnya kerana masing-masing mempamerkan persembahan yang hebat sehingga para juri mengalami kesukaran untuk memilih pemenang.

Menurut Afif, dia tidak menyangka menjuarai Soulstar 2012 memandangkan saingan yang diberikan oleh peserta lain cukup sengit.

"Saya mengucapkan rasa syukur sebab rezeki saya pada malam ini atas sokongan ibu bapa, saudara-mara dan pihak produksi yang memberi peluang belajar di akademi Soulstar," katanya ketika ditemui selepas berakhirnya pertandingan program realiti paling popular di Sarawak itu.

Ketua juri konsert akhir itu ialah penyanyi popular, Sam Innuendo dan dibantu Bob AF2 dan Cassie My Star LG.

Selain persembahan daripada peserta, konsert akhir yang dihoskan oleh Neng dan Nick itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Saiful Malaysian Idol termasuklah peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa, Abang atau Abang Abd. Hafidz Abang Bujang.

Menteri Pelancongan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang turut mengumumkan dana sebanyak RM50,000 kepada pihak produksi Soulstar.

Soulstar 2012 dianjurkan oleh Kampung Budaya Sarawak dan E-One Dasri Talent Management manakala Kosmo! menjadi rakan media rasmi.

Najib berjaya pasarkan Malaysia

Posted:

Najib berjaya pasarkan Malaysia

Najib berjaya pasarkan Malaysia


NAJIB menyampaikan ucapan pada majlis Malam Malaysia sempena WEF 2013 di Davos, Switzerland semalam.


DAVOS (Switzerland) - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencatat kejayaan tersendiri apabila berhasil memasarkan Malaysia di pentas dunia pada Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 yang berlangsung selama lima hari berakhir semalam

Berpuas hati dengan hasil kerja keras memasarkan Malaysia sepanjang forum itu berlangsung, Najib berkata, beliau yang dibantu tiga orang menteri kanan telah berjaya menyampaikan 'kisah Malaysia' kepada sebahagian besar peserta forum kali ini.

Mesyuarat Tahunan WEF itu berlangsung selama lima hari sehingga hari ini.

Najib berkata, keputusan untuk menyertai WEF secara besar-besaran pada tahun ini dibuat kerana beliau begitu yakin Malaysia sememangnya sarat dengan kejayaan terutamanya melalui transformasi yang besar termasuk dalam bidang ekonomi yang menjurus ke arah negara berpendapatan tinggi kurang lapan tahun lagi.

Katanya, Malaysia juga telah berjaya menambah pelaburan, meningkatkan nilai pasaran saham dan menyediakan peluang pekerjaan.

"Kita juga berjaya membendung inflasi, kadar pengangguran yang rendah, kedudukan ranking yang lebih baik oleh Bank Dunia dan Institut Pembangunan Pengurusan (IMD).

"Kejayaan ini, kita dapat persembahkan ketika pertemuan-pertemuan yang diatur sepanjang WEF ini berlangsung," katanya pada majlis Malam Malaysia sempena WEF di sini semalam.

Turut hadir pada Malam Malaysia itu ialah Timbalan Perdana Menteri Turki, Ali Babacan, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Thailand, Kittiratt Na-Ranong. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pengurusan FAM masih di takuk lama?

Posted:

Pengurusan FAM masih di takuk lama?

Pengurusan FAM masih di takuk lama?

Oleh KHAIRI MOHAMAD

BANYAK keputusan dikatakan dibuat secara ad-hoc dalam setiap mesyuarat majlis exco FAM.-Gambar hiasan


BOLA sepak negara sejak kebelakangan ini sering diselubungi kontroversi melibatkan banyak perkara.

Jika dilihat pada sudut yang positif, kekalutan yang melanda memberi sedikit ruang publisiti untuk menarik semula perhatian peminat bola sepak bagi mengembalikan zaman kegemilangannya.

Namun, dalam dunia global yang semakin berubah, bola sepak juga memerlukan satu transformasi yang bukan sekadar dihebohkan dalam akhbar mahupun televisyen tetapi ia menuntut kesediaan dan komitmen serta jiwa besar agensi, badan atau individu yang terlibat dalam pembangunan bola sepak negara.

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, kehebatan Liga Malaysia kembali menjadi tumpuan peminat terutama melibatkan pasukan kerdil yang kini menjadi gergasi baharu, pasukan yang dulunya begitu gah mengungguli saingan, kini sudah kehilangan taring, episod gantung menggantung, 'curi' pemain, keganasan penonton dan banyak lagi terus mewarnai dunia bola sepak tempatan yang semakin diminati untuk ditelusuri perkembangannya.

Apabila membicarakan mengenai bola sepak tempatan, nama Tan Sri Annuar Musa sudah tentu tidak boleh dihanyutkan begitu sahaja dalam lipatan sejarah bola sepak Malaysia, terutama apabila beliau sering dikaitkan sebagai individu yang sering mencetuskan kontroversi.

Sehinggakan jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dimenangi hanya sempat dirasai selama setahun lapan bulan sahaja sebelum digantung selama dua tahun setengah kononnya kerana mengkritik prestasi skuad bola sepak kebangsaan.

Beliau merupakan Timbalan Presiden FAM yang pertama digantung kerana kelantangannya mengkritik yang pada hemat sesetengah pihak tertentu sebagai tidak beretika dan beliau tidak berhak walaupun beliau mendakwa teguran tersebut adalah untuk kebaikan.

Pelbagai kontroversi diharungi beliau penuh dengan ketenangan sehingga berjaya membawa Kelantan merangkul gelaran trebel musim lalu sebelum episod kontroversi baharu muncul apabila beberapa pemain The Red Warriors didakwa 'dicuri' oleh pasukan lain.

Seperti biasa, Annuar keluar dengan pelbagai kenyataan yang mendakwa pemainnya dibawa keluar menggunakan 'pintu belakang' sehingga menimbulkan polemik baharu dalam dunia bola sepak tempatan sehingga menyebabkan FAM terheret sama dalam isu berkenaan.

Menurut Annuar, segala isu yang timbul ekoran daripada masalah pentafsiran undang-undang bola sepak yang digariskan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang gagal ditafsirkan dengan baik oleh FAM sebagai badan induk bola sepak di negara ini.

"FAM sendiri tidak ada jabatan undang-undang, FAM sangat bergantung sepenuhnya kepada individu-individu tertentu sedangkan peraturan dan undang-undang sukan adalah subjek yang khusus, mesti diuruskan oleh seorang yang profesional, bukan berstatus profesional biasa tetapi profesional yang mempunyai pengalaman, dan kebetulan dalam negara kita juga, aspek undang-undang sukan ini tidak banyak pihak yang mendalaminya.

ANNUAR


"Sedangkan sukan itu sendiri ada undang-undang, ada mahkamah sendiri, tribunal sendiri, ada jawatankuasa rayuan dan implikasi, kerana ia merupakan industri yang bernilai berbilion ringgit, satu benda yang besar. Jadi, dalam badan induk negara (FAM), bila tidak ada satu jabatan menyelaraskan, maka kita dapati banyak berlaku kepincangan daripada segi pentafsiran, aplikasi, kepincangan macam mana nak selesaikan satu pertikaian sehingga menimbulkan banyak ketidakpuasan hati," katanya.

Katanya, apa yang menjadikan masalah tersebut bertambah rumit apabila persatuan bola sepak negeri juga tidak mendalami peraturan yang ada kerana ada di antara mereka yang menguruskan sesebuah pasukan datang daripada latar belakang yang tidak berkaitan dengan sukan berkenaan seperti guru dan sebagainya yang secara tiba-tiba atau kebetulan menjadi presiden persatuan ataupun pengurus pasukan.

"Ahli sukan juga sama, mereka tidak memahami peraturan. Apabila dia sudah melanggar peraturan dan sebagainya, tiada siapa peduli atau keadaan itu tidak mendidik dia untuk mengikuti peraturan dan sebab itu bila kita kata profesionalisme dalam semua peringkat, pengurusan kena faham peraturan, pemain kena faham peraturan jadi sekurang-kurangnya bila semua orang faham peraturan maka, lebih sedikit pertikaian yang timbul, kuranglah perlanggaran.

"Sudahlah kita tidak ada rangka kerja mentadbir undang-undang secara sistematik, kemudian orang yang terlibat mentadbir tidak ada pengetahuan. Maka, kesemua perkara berkaitan peraturan dan undang-undang menjadi satu perkara yang paling tidak diberi keutamaan, ia cuma berjalan," ujarnya.

Mengulas mengenai Artikel 88 yang menyebabkan beliau digantung, Annuar berpendapat bahawa ia adalah suatu yang tidak relevan malah, pentafsirannya berbeza dengan 'roh' dan tujuan artikel tersebut dibuat apabila ia hanya memperuntukkan hanya dua individu, Presiden FAM dan Setiausaha Agung FAM sahaja yang boleh bersuara.

"Tidak munasabah dan saya tengok undang-undang itu pun tidak diaplikasikan seperti itu. Ada masa bercakap, tiada tindakan, ada masa kena tindakan maka saya cuba mahu faham apakah semangat di sebalik Artikel 88.

"Jadi, tidak kiralah bila jatuh sesuatu hukuman yang kebetulan kena pada saya sendiri, saya mahu tahu lebih lanjut sebab itu saya lawan. Selepas itu terus tidak boleh merayu, kena sekat, jadi nak pergi ke peringkat seterusnya tidak boleh. Sepatutnya proses dalam menentukan keadilan sebelum mahu menghukum mesti ada siasatan, mesti ikut prosedur, tidak boleh terburu-buru mahu menghukum.

"Harus ada penjelasan kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil, jadi orang berkenaan mesti jelaskan. Kemudian, jika jawapan tidak memuaskan hati, terus buat dakwaan secara rasmi. Dakwaan itu pula perlu cukup tempoh masa, kena ada peluang untuk bela diri dan bila jatuh hukuman mesti ada ruang untuk merayu," jelasnya.

Katanya, walaupun Artikel 88 hanya tertakluk untuk bola sepak namun, ia perlu diaplikasikan berdasarkan undang-undang negara, dan jika ia bercanggah sepatutnya undang-undang negara diguna pakai.

"Adakah Artikel 88 tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negara dalam konteks kebebasan bersuara? Menyekat secara keseluruhan sehingga keseluruhan komuniti bola sepak hilang kebebasan bersuara untuk memberikan komen yang adil dan berasas.

"Sebab itu saya ambil pendekatan lain sedikit sebab undang-undang itu perlu diuji soal interpretasinya, bukan sebab kita nak lawan tapi saya memikirkan jangka panjang. Kalau satu-satu pertikaian itu kita tidak ikut prosesnya, kita tidak akan dapat penjelasannya," katanya.

ISU perpindahan Norshahrul dikatakan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.


Pengurusan yang ketinggalan zaman

Mengulas mengenai senario bola sepak di Malaysia, Annuar percaya bahawa sistem pengurusan bola sepak di negara ini masih berada ditakuk lama dengan sistemnya sama seperti 10 atau 20 tahun kebelakang dan masih menggunakan amalan biasa walaupun bola sepak itu sendiri kini menjadi salah satu industri yang terkedepan.

"Pengurusan liga masih merupakan amalan biasa, anda uruskan satu pasukan 25 pemain ada jurulatih turun latihan di padang kemudian mengambil bahagian dalam pertandingan dan biasanya kos dan pembiayaan datang daripada sumber tertentu yang lazimnya kerajaan atau satu entiti," katanya.

Menurutnya, keadaan tersebut tidak menggambarkan bola sepak di negara ini diuruskan dalam situasi profesional kerana terlalu banyak kelemahan yang ada pada amalan sistem yang diterapkan berbanding kaedah yang digunakan oleh kebanyakkan liga di Eropah malah beberapa liga di Asia seperti A-League di Australia, J-League di Jepun dan K-League di Korea Selatan termasuk transformasi yang kian berkembang bagi beberapa liga di Asia Barat.

"Keadaan sekarang ini sedikit sebanyak menuntut perubahan misalnya pemain-pemain mula bercakap tentang nilai gaji yang lebih tinggi dan itu memerlukan kapasiti kelab pula untuk sanggup mengadakan dana dan menguruskan dana yang lebih besar.

"Kalau dulu barangkali RM500,000 atau RM1 juta cukup untuk uruskan satu pasukan tapi sekarang sampai RM10 juta misalnya, sudah tentu pengurusan dana yang sebesar itu dari segi perbelanjaan dan hasil sudah tidak lagi sesuai dengan cara-cara yang lama atau keupayaan yang lama.

"Jadi, kalau tanya saya pada keseluruhannya pengurusan bola sepak dari atas sampai bawah berbanding dengan norma yang dipakai di negara yang maju bola sepaknya, kita sangat jauh berbeza," ujarnya.

Annuar tanpa berselindung menggesa FAM sebagai badan induk dan tunggal bola sepak negara supaya berubah dan melakukan perubahan dalam usaha untuk mengangkat tahap profesionalisme di peringkat akar umbi.

Jelasnya, FAM adalah satu-satunya badan yang diamanahkan oleh FIFA dan bertanggungjawab mencorakkan bagaimana bola sepak di negara ini dikembangkan dan sudah tentu tugas tersebut cukup mencabar dan memerlukan pemantauan yang berterusan bagi menentukan hala tujunya.

Bagaimanapun, melihat kepada apa yang berlaku di negara ini, beliau nyata kesal apabila bola sepak di negara ini diuruskan tanpa sebarang perancangan dan ia hanya berjalan mengikut keadaan tanpa satu pengurusan yang sempurna untuk memacu transformasi dalam sukan berkenaan.

"Pengalaman saya sekejap secara aktif dalam FAM, saya dapati kita pergi mesyuarat dan berbincang tanpa ada apa-apa rujukan. Tidak ada rujukan dan rangka kerja, jadi, macam mana kita mahu menilai tahap-tahap tertentu sama ada kita di landasan yang betul atau tidak.

"Semua keputusan kita dibuat secara ad-hoc, sekali berlaku satu peristiwa, sekali kita perkenalkan satu program. Program itu pula ad-hoc, jadi, akhirnya perkembangan bola sepak itu tidak berlaku secara terancang. Saya selalu kata dalam dunia sekarang ini, champion must be created, no longer born (seorang juara itu mesti dibentuk bukan lagi lahir semulajadi)," jelasnya.


PRESTASI skuad kebangssan di persada antarabangsa menggambarkan betapa lemahnya bola sepak negara di peringkat akar umbi.


Kontroversi Mat Yo

Selepas lima tahun mengambil alih KAFA dan melakukan proses transformasi yang bukan kecil, beliau melihat kontroversi mengenai isu perpindahan Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) berlaku sekali lagi kerana keliru dalam mentafsirkan kontrak dan undang-undang dengan jelas.

FAM, katanya adalah badan yang melakukan penafsiran tersebut dan bukan sahaja percanggahannya berlaku kerana pentafsiran, tetapi undang-undang yang digubal oleh badan tersebut juga mempunyai konflik.

"Bagi FIFA, seseorang pemain yang ada kontrak dengan mana-mana kelab, dalam tempoh kontrak itu masih berjalan maka dia mesti ada tuan punya secara asasnya. Dalam tempoh itu, tidak ada kelab boleh menghubungi secara langsung pemain berkenaan, telefon pun tidak boleh. Mahu panggil, jumpa, makan, runding semua tidak boleh, dalam FIFA itu sangat jelas.

"Kedua, kalau mana-mana kelab mahu mengambil pemain ini, wajib minta kebenaran daripada kelab asal, tidak boleh ada hubungan langsung kecuali hantar permintaan pada kelab dan kalau kelab kata tidak setuju berunding, maka tiada apa-apa urusan berlaku sehingga kontrak pemain terbabit tamat.

"Ini kunci yang diwujudkan untuk menjaga industri sebab kalau tidak dijaga, maka tidak timbul dalam industri ini sistem perpindahan pemain. Bila pemain boleh 'dicuri daripada belakang', tidak payahlah bayar yuran perpindahan dan pemain pula boleh keluar sebegitu mudah. Dalam FIFA, kalau kita ambil di luar peraturan, pemain dan kelab akan digantung selama empat bulan," ujarnya.

Proses perpindahan Mat Yo yang kini menyertai Johor Darul Takzim (Johor DT) jelasnya, merupakan satu percanggahan dan melanggar undang-undang malah, lebih mengejutkan, beliau mendedahkan bahawa terdapat tangan-tangan halus di dalam FAM yang memainkan peranan membawa keluar Mat Yo dari Kelantan.

"Bila pemain ada masalah dengan kelab, orang lain jangan campur tangan. FAM tidak boleh campur sebab dia mahkamah, tetapi dalam kes Mat Yo saya tahu pegawai FAM terlibat supaya Mat Yo boleh pindah, benda itu sangat salah. Saya tahu ada orang terlibat secara langsung memberi jalan kepada Mat Yo untuk keluar.

"Dalam undang-undang, FAM adalah seperti hakim dan hakim tidak boleh beri nasihat terlebih dahulu kepada orang yang dia akan hukum.

"Sebab itu dalam kes ini, saya merasa sangat kecewa cara pengurusan tunggang-langgang, saya tahu dia dibayar, diberi duit poket terlebih dulu, ditawarkan gaji lebih awal. Selepas itu barulah dia 'gila-gila' mahu keluar, sebelum itu dia tidak mahu meninggalkan Kelantan.

"Kalau dia mahu keluar, tiga bulan sebelum, dia kenalah beritahu, jadi saya ada masa nak cari pemain lain, ini tidak, dia hantar surat 30 Oktober 2012 tapi mahu tamat kontrak 1 November 2012, tidak sampai 48 jam. Macam mana saya nak cari pemain lain.

"Kami kehilangan empat pemain, S. Chanturu, Nurul Azwan Roya, Mohamad Ghaddar dan Mat Yo. Empat pemain ini, kesemuanya ada kes berbeza yang berkaitan dengan undang-undang yang dalam perancangan kita, mereka tidak sepatutnya pergi pada tahun ini, mereka lari di luar perancangan kita," jelasnya dengan nada yang kesal.

Berdasarkan pengalaman kes melibatkan penyerang kebangsaan itu, Annuar memberitahu, seseorang pemain boleh menamatkan kontrak, tetapi perlu memberikan tempoh yang cukup, begitu juga kelab atau pasukan kerana ia melibatkan masa depan kedua-dua pihak kerana melibatkan beberapa perkara seperti duit, penajaan dan keupayaan pasukan.

Bintang Johor DT tenggelam

Posted:

Bintang Johor DT tenggelam

Bintang Johor DT tenggelam

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


AIDIL (kiri) menanduk masuk gol kemenangan Johor Darul Takzim ketika menentang Perak pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin.


BARISAN pemain bintang Johor Darul Takzim (Johor DT) masih belum menyinar.

Selepas mengharungi lima perlawanan Liga Super dan satu Piala FA setakat ini, kelibat mereka masih menjadi tanda tanya.

Prestasi mereka masih berada pada tahap yang meragukan, tidak setanding dengan reputasi selaku pemain bintang.

Senario tersebut mula mengundang resah ketua jurulatih Johor DT, Fandi Ahmad yang menyifatkan sebahagian besar pemain bintangnya belum menemui rentak yang diharapkan.

Itu kebimbangan Fandi walaupun skuad kendaliannya berjaya melangkah ke pusingan kedua Piala FA selepas menewaskan Perak 1-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam kelmarin.

Fandi secara terbuka mendedahkan, barisan pemain-pemain bintangnya masih belum menemui keserasian bersama pemain-pemain yang lain.

"Secara keseluruhannya kita gembira (dengan kejayaan mengalahkan Perak) tetapi kita masih perlu memperbaikinya kerana komunikasi (sesama pemain) sangat teruk," katanya selepas aksi menentang Perak itu.

Musim ini, skuad yang mendapat jolokan Harimau Selatan itu membariskan pemain-pemain berstatus bintang yang diketuai oleh kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim serta gandingan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan Mohd. Safee Sali.

Turut menyarung jersi Johor DT ialah pasangan kembar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abd. Radzak, Azmi Muslim, Muslim Ahmad serta Nurul Azuan Roya.

Melengkapkan koleksi pemain bintang dalam pasukan itu ialah bekas penjaring terbanyak Liga Sepanyol, Daniel Guiza dan bekas pemain Serie A, Simone Del Nero dari Itali.

"Ia bukan mudah, kita dengar ada (pemain) yang mengatakan kita tak boleh buat ini, serang dan bertahan, kita hanya perlu menyerang. Jadi, saya merasakan mereka perlu mengubah sikap dan minda masing-masing.

"Dalam permainan bola sepak kamu tidak boleh katakan yang tugas kamu hanya menyerang dan kawan yang lain pula bertahan. Sikap seperti ini tidak boleh diamalkan, kamu perlu menyerang dan bertahan sebagai satu pasukan, sekarang (permainan) perlu dilakukan bersama," jelasnya.

Mengulas mengenai aksi menentang Perak itu, Fandi mengakui dia berpuas hati dengan prestasi pemain terutama pada babak kedua yang menyaksikan anak-anak buahnya lebih banyak melakukan serangan dan tidak mudah kehilangan bola.

"Sokongan antara pemain sangat bagus, Mat Yo pegang bola, sementara Safiq dan Azwan menyokong, dan di situ kita telah banyak membuka ruang.

"Percaturan membawa Mohd. Zaquan juga menjadi apabila dia bersama Nurul Azwan bermain dengan baik dan bukan mudah untuk bermain dengan sembilan barisan pertahanan dalam kotak penalti yang mana memerlukan kita melakukan sesuatu," ulasnya.

Pemain di bangku simpanan, Muhammad Akram Mahinan, turut menunjukkan aksi yang cemerlang selepas dia dibawa masuk menggantikan Guiza pada separuh masa kedua.

"Saya berharap, semua pemain terus bekerja keras untuk mengembalikan prestasi masing-masing selain meningkatkan keserasian dalam pasukan.

"Kami tidak boleh beraksi sambil lewa kerana ia akan membawa padah kepada pasukan," jelas Fandi.

Sepanjang saingan liga yang berehat seketika selepas ini, Johor DT akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab dari negara jiran, Singapura seperti Geylang United, Singapore Armed Forces Football Club (SAFFC) dan Young Lions.

Tarikhnya masih belum diputuskan lagi.

FAS dakwa pemain ATM serang Afiq

Posted:

FAS dakwa pemain ATM serang Afiq

FAS dakwa pemain ATM serang Afiq


AKSI antara ATM dengan Selangor (jersi merah) pada saingan Piala FA di Stadium Shah Alam malam kelmarin yang berkesudahan Selangor menang 3-2 menerusi sepakan penalti.


JURULATIH Selangor, Irfan Bakti Abu Salim menegaskan, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan mengemukakan aduan terhadap pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa bertindak ganas ke atas Mohd. Afiq Azmi selepas tamat perlawanan pusingan pertama Piala FA 2013 di Stadium Shah Alam, malam kelmarin, lapor AHMAD FAZLI MOHD. YADI.

Irfan memberitahu, beliau telah mengenal pasti pemain-pemain The Gladiators dalam insiden tersebut dan pihaknya akan mengemukakan aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tindakan lanjut.

"Kita akan membuat laporan kerana sepatutnya perlawanan itu sudah habis, kalau tidak, tiada guna pemain-pemain saya pergi ke tempat duduk skuad ATM.

"Kita kita telah mengenal pasti siapa pemain yang menyerang Afiq," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan tersebut.

Difahamkan, Afiq, pemain tinggi lampai memulakan provokasi ke atas pemain ATM bagi meraikan kemenangan dan tindakan tersebut bertukar menjadi tegang.

Pemain ATM dikatakan membaling botol ke arah Afiq.

Sementara itu, kapten ATM, Hairuddin Omar menjelaskan bahawa dia kesal dengan tindakan Afiq yang memulakan provokasi ke atas skuad kendalian B. Sathianathan itu.

"Pada pandangan saya, Afiq tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Saya rasa Afiq yang memulakannya, jadi, mungkin akibat gagal mengawal emosi, tindakannya telah mencetuskan ketegangan.

"Bukan disebabkan kerana kami kalah, tetapi ia berpunca daripada sikap Afiq. Apa yang saya nampak, Afiq cuba meraikan kemenangan Selangor di depan tempat duduk ATM dan dia tidak sepatutnya berbuat sedemikian.

"Apa pun, saya menerima kekalahan ini dengan sikap yang positif walaupun kami mendahului Selangor 2-0 tetapi gagal memanfaatkan kelebihan itu. Secara keseluruhan, kami telah mempamerkan persembahan yang terbaik namun nasib lebih menyebelahi Selangor dalam penentuan sepakan penalti.

"Apa yang kecoh (insiden bertelagah) kita tidak boleh jadikan sebagai alasan," kata Hairuddin.

Pada perlawanan tersebut, Selangor meraih kemenangan 3-2 ke atas ATM menerusi penentuan sepakan penalti.

Selepas tamat masa perlawanan sebenar, kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan seri 2-2.

Penjaga gol tuan rumah, Norazlan Razali muncul wira selepas berjaya menyelamatkan sepakan pemain ATM, K. Reuben, Mohd. Affieze Faisal Mamat dan Bruno Martelotto.

Ketiga-tiga jaringan penalti Selangor disempurnakan oleh kapten, Asraruddin Putra Omar, Mahalli Jasuli dan S. Veenod sementara dua sepakan penalti ATM dijaringkan oleh Marlon Alex James dan A. Varanthan.

Irfan ternyata berpuas hati dengan kemenangan tersebut dan menyifatkannya sebagai imbuhan terhadap kerja keras semua pemain sepanjang perlawanan tersebut.

Mereka akan menentang Sabah pada perlawanan pusingan kedua 26 Februari depan.

"Saya memuji semua pemain kerana mampu bangkit selepas ketinggalan dua gol. Jadi, mereka tidak berputus asa untuk menyamakan kedudukan sehingga memenangi penentuan sepakan penalti," kata Irfan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Muzium sasar lebih 800,000 pengunjung

Posted:

Muzium sasar lebih 800,000 pengunjung

Muzium sasar lebih 800,000 pengunjung

26/01/2013 5:07pm

KUALA LUMPUR - Lebih 800,000 pelawat dijangka mengunjungi Muzium Negara bagi menyaksikan beberapa pameran khas yang dirancang sepanjang tahun ini disamping pameran tetap yang sedia ada, kata Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail.

Beliau berkata, Muzium Negara akan menampilkan tiga pameran khas juga dikenali pameran "blockbuster" yang akan menjadi tarikan utama pengunjung tempatan dan pelancong sepanjang tahun ini.

Katanya, tiga pameran tersebut termasuk pameran Topeng Sedunia yang bermula 20 Dis lepas dan akan berakhir 20 Mac depan, pameran Eksotik Sabah dan Sarawak pada pertengahan tahun ini serta pameran Sengatan Beracun yang akan diadakan pada Okt hingga Dis depan.

"Pameran Topeng Sedunia yang sedang berlangsung sekarang mempamerkan lebih 1,000 variasi topeng dari beberapa negara di dunia. Sambutan orang ramai mengalakkan bagaimanapun agak perlahan ekoran pembinaan projek MRT (Mass Rapid Transit).

"Orang ramai mungkin beranggapan Muzium ditutup kerana terlindung daripada kerja pembinaan. Muzium dibuka seperti biasa," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada pertandingan mewarna topeng sempena Pameran Topeng Sedunia di Muzium Negara di sini hari ini. - BERNAMA

Agensi tipu pendatang tentang program 6P

Posted:

Agensi tipu pendatang tentang program 6P

Agensi tipu pendatang tentang program 6P

26/01/2013 5:02pm

TEMERLOH - Imigresen Pahang mengesan sebuah syarikat yang menipu pendatang tanpa izin dengan mendakwa menjalankan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Tanpa Izin (6P) yang sebenarnya telah berakhir.

Perkara itu didedahkan Ketua Unit Penguatkuasaan Imigresen Temerloh, Kamarudin Embong ketika operasi memberkas 11 pendatang tanpa izin yang terpedaya dengan iklan syarikat terbabit, di sini hari ini.

Kami mendapat maklumat beberapa hari lepas berkenaan program 6P ini yang diuar-uar menerusi risalah, akan diadakan di sebuah hotel di sini hari ini, dan dirasmikan seorang exco kerajaan negeri.

Susulan itu, kami menempatkan pasukan penguat kuasa dan berjaya menahan 11 pendatang tanpa izin ini yang datang dengan harapan dapat mendaftar untuk Program 6P, katanya kepada pemberita.

Katanya siasatan awal mendapati beberapa pendatang tanpa izin berkenaan mendakwa mereka telah membayar deposit RM900 seorang kepada syarikat tersebut. - BERNAMA

Kastam diberi insentif setengah bulan gaji

Posted:

Kastam diberi insentif setengah bulan gaji

Kastam diberi insentif setengah bulan gaji

26/01/2013 4:59pm

PUTRAJAYA - Warga kerja Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menerima insentif setengah bulan gaji sebagai penghargaan kerajaan kerana berjaya mengutip RM32.318 bilion tahun lepas, iaitu peningkatan 6.5 peratus berbanding 2011.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kutipan itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan.

Keputusan yang dibuat kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu bertujuan memberi semangat kepada 12,500 warga kerja kastam untuk mencapai sasaran RM34 bilion tahun ini, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Ahmad Husni yang ditemui selepas merasmikan Hari Kastam Sedunia ke-13, berkata insentif khas itu akan diberi minggu ini.

Tahun lepas, kerajaan memberi insentif khas kepada warga kerja Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas berjaya mengutip RM109.674 bilion pada 2011 iaitu meningkat 26.79 peratus atau RM23.175 bilion berbanding 2010. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Ucapan Obama terganggu kerana lalat

Posted:

Ucapan Obama terganggu kerana lalat

Ucapan Obama terganggu kerana lalat

OBAMA berucap di sebuah bilik di White House, Washington kelmarin.


WASHINGTON - Seekor lalat menganggu Presiden Amerika Syarikat (AS, Barack Obama yang sedang berucap di dalam sebuah bilik di White House di sini kelmarin.

Lalat tersebut berterbangan dekat Obama dan hinggap di dahinya buat seketika.

Ketika kejadian, Obama sedang berucap bagi mengumumkan bekas peguam, Mary Jo White sebagai calon yang akan mengetuai Suruhanjaya Sekuriti dan Perdagangan.


SERANGGA itu (dalam bulatan) hinggap di dahi Obama.


Dalam ucapannya itu, beliau turut mengumumkan Richard Cordray sebagai calon yang bakal mengekalkan jawatan sebagai Pengarah Biro Perlindungan Kewangan Pengguna.

Presiden AS itu juga cuba menghalau lalat tersebut daripada mendekatinya.

Bagaimanapun, Obama turut membuat komen tentang lalat itu.

"'Orang ini' (lalat) mengganggu saya di sini," katanya.

Pada tahun 2009, Presiden AS itu pernah membunuh seekor lalat yang sedang terbang semasa beliau menghadiri rakaman temu ramah televisyen.

Sebuah kumpulan pembela hak asasi haiwan kemudian membantah perbuatan Obama yang membunuh lalat tersebut. - Agensi

Pejabat Ikhwanul Muslimin dibakar

Posted:

Pejabat Ikhwanul Muslimin dibakar

Pejabat Ikhwanul Muslimin dibakar


SEJUMLAH penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-Morsi di Dataran Tahrir, Kaherah.


ISMAILIYA - Para penunjuk perasaan Mesir semalam membakar ibu pejabat parti yang disokong pergerakan Ikhwanul Muslimin di sini, kata seorang wartawan agensi berita AFP.

Asap hitam juga boleh dilihat keluar dari tingkap pejabat Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP).

Sejumlah rakyat Mesir mengadakan perhimpunan seluruh negara bagi menunjukkan bantahan terhadap Presiden Mohamed Morsi pada ulang tahun kedua revolusi yang menyebabkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir.

Pihak Ikhwanul Muslimin berkata, para penunjuk perasaan juga cuba menyerbu salah sebuah pejabatnya di daerah Tawfikiya, Kaherah.

Seorang koresponden agensi berita AFP di tempat kejadian berkata, para penunjuk perasaan membaling batu ke arah sebuah bangunan dan dikejar oleh beberapa penduduk Tawfikiya.

Bunyi tembakan turut kedengaran. - AFP

Putera Turki minta penentang Bashar dibekalkan senjata

Posted:

Putera Turki minta penentang Bashar dibekalkan senjata

Putera Turki minta penentang Bashar dibekalkan senjata

DAVOS, Switzerland - Seorang anggota kerabat diraja Arab Saudi, Putera Turki Al-Faisal semalam mendesak para penentang Presiden Syria, Bashar Al-Assad dibekalkan senjata.

Para penentang Bashar telah menguasai wilayah utara negara itu dan menawan kawasan timur serta selatan Damsyik.

"Saya tidak berada di dalam kerajaan. Justeru, saya tidak perlu berdiplomasi.

"Saya menganggap kita sedang menghantar senjata api dan jika kita tidak menghantarnya, ia bakal menjadi kesilapan besar," katanya.

Putera Turki merupakan bekas ketua sebuah agensi perisikan Arab Saudi.

Kerabat diraja itu bercakap kepada pemberita pada Forum Ekonomi Sedunia di sini. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Adik- beradik pemburu ahli sihir

Posted:

Adik- beradik pemburu ahli sihir

Adik- beradik pemburu ahli sihir

FILEM Hansel & Gretel: Witch Hunters merupakan gandingan sulung Jeremy dan Gemma.


NOVEL berjudul Hansel And Gretel merupakan sebuah karya yang cukup popular di Jerman dan merupakan sebuah kisah dongeng yang telah dihasilkan oleh pasangan adik-beradik Wilhelm dan Jacob Grimm pada tahun 1812.

Ia mengisahkan tentang pasangan adik-beradik iaitu Hansel dan Gretel yang hidup dalam kemiskinan. Selepas ibu mereka meninggal dunia, bapa mereka berkahwin dengan wanita lain.

Bagaimanapun, nasib kedua-duanya lebih malang lagi kerana mendapat ibu tiri yang jahat. Disebabkan kemiskinan yang melanda, akhirnya Hansel dan Gretel telah ditinggalkan di dalam hutan oleh ibu tiri mereka.

Nasib adik-beradik itu ternyata lebih malang lagi apabila ditangkap pula oleh seorang nenek yang juga ahli sihir, tetapi akhirnya mereka dapat melepaskan diri dengan membunuh ahli sihir tersebut.

Itulah antara sebahagian daripada jalan cerita novel tersebut yang telah dihasilkan kira-kira 201 tahun lalu dan masih lagi terus popular sehingga ke hari ini.

Menariknya, dengan populariti yang diraih novel berkenaan, sebanyak 21 buah filem yang menggunakan judul Hansel & Gretel telah dihasilkan sejak tahun 1909.

Terbaharu, filem berjudul Hansel & Gretel: Witch Hunters yang telah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 24 Januari lalu dengan menampilkan lakonan hebat Jeremy Renner dan Gemma Arterton.

Mengambil latar cerita yang sama iaitu mengenai kisah dua beradik iaitu Hansel dan Gratel yang ditinggalkan di dalam hutan, namun apa yang dipaparkan adalah kisah 15 tahun kemudian apabila kedua-duanya menjadi pemburu ahli sihir.

Jeremy yang membawakan watak sebagai Hansel berkata, dia merasakan cukup berbangga kerana dapat membintangi sebuah filem yang berdasarkan kepada sebuah novel yang sangat popular.

"Sehingga kini sudah banyak filem tentang kisah dongeng atau mitos pada zaman dahulu yang telah dihasilkan, namun saya menganggap filem Hansel & Gretel: Witch Hunters sebuah naskhah yang bagus.

"Apabila membaca skrip filem ini saya merasakan jalan ceritanya begitu menarik kerana paparan ceritanya lebih kepada kisah kehidupan pasangan adik-beradik yang sudah dewasa dan bergabung menjadi pemburu ahli sihir," ujarnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem aksi pengembaraan yang dilakonkannya itu, Jeremy memberitahu untuk filem berkenaan dia tidak perlu membuat persiapan yang terlalu rapi.

Ujarnya, untuk mendalami watak yang dibawakannya itu, persiapan yang dilakukan lebih banyak kepada komunikasi dengan Gemma memandangkan mereka merupakan pasangan adik-beradik dalam filem berkenaan.

"Ketika di lokasi penggambaran saya memang banyak menghabiskan masa berdampingan dengan Gemma. Dengan watak sebagai adik-beradik, kami perlu selalu berbincang supaya dapat mendalami watak masing-masing dengan lebih berkesan.

"Mengenai gandingan bersama Gemma pula, ini kali pertama kami berlakon bersama-sama. Namun begitu, sepanjang mengenalinya saya dapati dia seorang pelakon yang sangat bagus," ujarnya yang pernah membintangi beberapa filem aksi seperti The Avengers dan The Bourne Legacy.

Bagaimanapun, pelakon yang pernah tercalon dalam Anugerah Oscar menerusi filem The Hurt Locker itu secara jujurnya mengakui tidak begitu mengenali Gemma sebelum berlakon bersama-sama.

"Sewaktu mula-mula melihat gambarnya saya bertanya kepada pihak produksi siapakah wanita ini? Kemudian apabila menonton filem lakonannya dan selepas 30 saat bercakap dengannya menerusi telefon, saya dapati dia seorang wanita yang kreatif dan hebat," dedahnya.

Mengenai cabaran sepanjang menjalani penggambaran yang dilakukan di Berlin, Jerman, pelakon berkenaan menyatakan tiada cabaran getir yang terpaksa dilalui termasuk tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut aktor kelahiran California, Amerika Syarikat itu, pihak produksi mempunyai sebuah pasukan lagak ngeri yang telah menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Bagaimanapun, dia mengakui terpaksa berlari di dalam kawasan hutan dirasakan sebagai cabaran yang bukan mudah.

"Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan hasil filem yang diarahkan oleh Tommy Wirkola ini. Lagipun ia merupakan filem arahannya yang paling besar dan sudah tentu dia meletakkan harapan tinggi agar ia dapat diterima penonton," jelasnya.

Minat kisah dongeng

Meskipun pernah membintangi beberapa buah filem pecah panggung seperti Clash Of The Titans, Prince Of Persia dan James Bond: Quantum of Solace, Gemma Arterton menganggap peluang berlakon dalam filem Hansel & Gretel: Witch Hunters suatu peluang yang tidak harus dilepaskan.

Ujar pelakon berusia 27 tahun itu, dia mendapat tahu Tommy selaku pengarah filem itu mengalami sedikit kesukaran untuk mencari pelakon wanita yang mampu membawakan watak Gretel.

Maka, apabila dirinya terpilih, dia bertekad untuk memberikan komitmen sebaik mungkin.

"Sebenarnya saya begitu meminati kisah-kisah dongeng tentang kanak-kanak. Apabila mendapat tahu perjalanan cerita ini mengisahkan tentang adik-beradik yang sudah dewasa dan menjadi pemburu ahli sihir, saya yakin filem ini menampilkan sesuatu yang unik.

"Berkenaan dengan watak sebagai Gretel pula saya perlu melakukan banyak aksi dan pada masa yang sama perlu bijak bermain dengan emosi. Ia merupakan satu cabaran yang harus dilalui, namun saya berasa seronok melakukannya," ujar pelakon berasal dari Kent, England itu.

Bagaimanapun, Gemma mendedahkan dia mempunyai masa yang agak singkat untuk membuat persiapan sebelum penggambaran kerana sibuk dengan pementasan teater The Master Builder di London, England.

"Memandangkan ia sebuah filem aksi, banyak latihan yang perlu dilakukan seperti pergi ke gimnasium bagi memantapkan lagi stamina dan perlu belajar teknik dan cara berlawan yang betul.

"Bukan mudah untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa dan saya hampir putus asa. Namun begitu, Jeremy dan Tommy banyak memberi sokongan sehingga mengembalikan semula kekuatan dalam diri saya," ujarnya.

Tiga dimensi

Sebagai pengarah filem itu, Tommy menegaskan, dia sudah membaca novel tentang kisah pasangan adik-beradik Hansel dan Gretel sejak kanak-kanak lagi.

Menurutnya, apabila mengetahui gambaran sebenar terhadap keseluruhan jalan cerita dalam novel berkenaan, dia terpaksa memikirkan sesuatu supaya filem berkenaan berbeza dengan filem-filem Hansel & Gretel yang pernah dihasilkan sebelum ini.

"Seperti yang diceritakan dalam novel kedua-dua beradik itu pernah berada dalam situasi yang malang apabila ditinggalkan di dalam hutan dan bertemu pula dengan ahli sihir yang jahat.

"Kemudian dengan kebijaksanaan kedua-duanya ahli sihir tersebut berjaya dibunuh. Akhirnya timbul idea untuk menghasilkan kisah mereka setelah dewasa dan menjadi pemburu ahli sihir," jelasnya yang turut menghasilkan skrip filem tersebut.

Mengenai penerbitan pula, ujar Tommy, setelah perbincangan dilakukan dengan pihak Paramount Pictures dan MGM Pictures, mereka sepakat untuk turut menghasilkannya dalam bentuk tiga dimensi (3D).

"Apabila menghasilkan sesebuah filem pengembaraan seperti Hansel & Gretel: Witch Hunters, tayangan dalam bentuk 3D akan memberi peluang kepada penonton supaya mereka seolah-olah berada dalam situasi filem tersebut," ujarnya.

Yana mangsa pukul Fizo

Posted:

Yana mangsa pukul Fizo

Yana mangsa pukul Fizo

FIZO dan Yana melalui pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang penggambaran drama arahan Rashid Sibir, Surat Dari Langit Biru.


ADA makna yang tersirat daripada judul drama 15 episod yang bakal menghiasi slot Samarinda TV3 iaitu Surat Dari Langit Biru.

Ia menyingkap kisah pengorbanan dan kasih sayang antara dua beradik, Zarul dan Salmi.

Plot yang berkisar tentang peredaran zaman kanak-kanak sehingga dewasa sepasang adik-beradik lakonan mantap Johan As'ari dan Yana Samsudin itu memaparkan isu ikatan persaudaraan dalam kelompok keluarga sederhana dari kawasan kampung.

Zarul yang dilakonkan oleh Johan terpaksa mengorbankan masa depannya untuk memberikan peluang kepada kakaknya, Salmi (Yana) berjaya sehingga bergelar doktor.

Takdir menentukan Salmi terpaksa berkahwin dengan Heykal (Fizo Omar) akibat keluarganya terhutang budi walaupun meniti perjalanan hidup yang merana akibat dendam.

Zarul pula ditohmah pelbagai fitnah hingga dibuang oleh keluarga sendiri dan akhirnya mengasingkan diri untuk mencari tempat mengadu nasib.

Ujar pengarah Rashid Sibir, drama yang mendapat sentuhan skrip daripada Basri Musa itu sebenarnya sebuah drama cinta antara dua beradik.

"Drama ini memaparkan banyak babak sedih dan karakter yang sentiasa menangis. Penceritaan pula mengambil teknik imbas kembali plot masa terdahulu.

"Menariknya drama ini, kebanyakan pelakon baharu seperti Johan, Yana, Fizo dan Tania Hudson mendapat sokongan bagus daripada pelakon veteran antaranya, Datuk Rahim Razali dan Fauziah Nawi," ujarnya yang ditemui ketika penggambaran drama tersebut di Desa Park City, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rashid turut menyuntik elemen baharu dengan memberikan cabaran kepada pelakon-pelakon baharu menggalas karakter berbeza yang biasa dilakonkan selama ini.

Maksud Surat Dari Langit Biru, tambah Rashid sebenarnya berkisar mengenai surat-surat yang ditulis oleh watak Zarul di kawasan tepi laut yang tidak pernah dihantar kepada penerimanya sehingga terjadi satu peristiwa yang tidak diduga.

Surat Dari Langit Biru menjalani penggambaran selama dua bulan di sekitar Kuala Lumpur, Kuala Selangor dan beberapa tempat di Johor antaranya Desaru dan Kota Iskandar.

"Drama ini bukan hiburan semata-mata kerana ia turut mendidik penonton dan menyampaikan mesej-mesej serta nilai kekeluargaan.

"Cerita masyarakat kampung harus ada sebab itu akar umbi kita dan sudah semestinya masih relevan dengan masyarakat," katanya.

Kering air mata

Sementara itu, kata Yana, cabaran melakonkan watak Salmi berbeza berbanding drama lakonannya sebelum ini.

"Saya perlu sentiasa menangis dan setiap babak perlu bersedih malah, saya juga sering menjadi mangsa pukul suami saya lakonan Fizo Omar.

Penggambaran biasanya mengambil masa yang panjang dan saya penat menangis sebenarnya sampai air mata pun sudah tidak keluar, tapi kata pengarah asalkan emosi itu sampai kepada penonton sudah memadai," ujar Yana teruja.

Surat Dari Langit Biru merupakan pengalaman kedua Yana berlakon di bawah arahan Rashid Sibir selepas telefilem Mak Pengantin Tak Popular dua tahun lalu.

Terkini, Yana bakal sibuk dengan rangka promosi empat buah filem lakonannya tahun ini iaitu Wawa Semput, Dua Kalimah, Cerita Kita dan Adnan Sempit 3.

Bagi Fizo Omar pula, drama itu merupakan kemunculannya semula mendokong watak antagonis selepas empat tahun.

"Menerusi drama Bio-Nik saya melakonkan watak jahat dan kini kepercayaan diberikan sekali lagi kepada saya. Saya dapat rasakan watak ini bakal dibenci ramai.

"Biasanya saya diberikan watak klise terutamanya golongan profesional (seperti doktor, peguam dan arkitek) cuma plot saja berubah. Namun kali ini tawaran datang dalam versi berbeza daripada sebelum," kata Fizo yang akan muncul dalam tiga buah filem tahun ini iaitu Isyarat Cinta, Sembunyi dan Hello.

Surat Dari Langit Biru akan mula bersiaran pada 6 Februari 2013, setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 10 malam di TV3. - KHAIRUL AMRI HASSAN

Kekesalan Sharifah Sofia

Posted:

Kekesalan Sharifah Sofia

Kekesalan Sharifah Sofia

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

SHARIFAH SOFIA mengakui sangat tegas dalam membesarkan anaknya, Ariana.


LAMA tidak mendengar khabar pelakon Sharifah Sofia Syed Hussein, 28. Kali terakhir pelakon drama Spanar Jaya itu, muncul dalam media sekitar bulan Ogos tahun lalu, dengan kisah kontroversi dihalau keluar oleh pekerja sebuah disko kerana kehadirannya ke pusat hiburan itu dalam keadaan berhijab.

Bertemu dengan Sharifah Sofia pada majlis pelancaran larian Selamatkan Hutan 2013 anjuran Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini, perkembangan terkini tentang isu dirinya dan disko terus ditebak kepada figura putih melepak ini.

Justeru, selepas pengalaman pahit dihalau keluar dari disko itu, adakah dia kini masih mengunjunginya? Mengejutkan apabila persoalan itu dijawab oleh Sofia dengan kata-kata: "Saya tidak lagi ke disko tetapi pergi ke bar pula. Bawah sikit daripada disko".

Masih tidak serik lagikah pelakon itu ke pusat hiburan selepas insiden dihalau sebelum ini? Mungkin juga dia hanya bergurau. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Sharifah Sofia selanjutnya.

Kosmo!: Apakah maksud anda tidak lagi ke disko tetapi kini pergi ke bar pula?

SHARIFAH SOFIA: Sebenarnya, saya sudah tiada masa untuk itu (pergi bersosial ke disko atau bar). Masa saya banyak dihabiskan untuk anak perempuan saya, Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini berusia dua tahun.

Adakah anda menyesal kerana melangkahkan kaki ke disko tersebut?

Saya akui telah melakukan satu tindakan yang salah tetapi saya juga tahu perkara itu tidak perlu berlaku lagi (pergi ke disko) di masa hadapan.

Sudah lama tidak melihat Sofea berlakon, adakah anda sudah berehat daripada dunia seni sepenuhnya?

Sejujurnya, jiwa saya untuk berlakon sudah tidak ada. Bukan tiada tawaran tetapi saya lebih suka duduk di rumah membesarkan Ariana.

Jadi, anda memang nekad untuk meninggalkan dunia seni selama-lamanya?

Apa yang boleh saya cakap, mungkin kalau tawaran berlakon sebagai watak cameo atau untuk telefilem saya terima. Namun, jika tawaran berlakon melibatkan drama 13 episod dan memerlukan saya berada di lokasi selama tiga bulan sebagai contohnya, sudah tentu saya tidak akan terima.

Sebelum ini anda seorang yang aktif. Tidakkah anda bosan hanya duduk di rumah membesarkan anak?

Memang suami saya paksa untuk terus berlakon sebab bimbang saya bosan hanya tinggal di rumah. Tetapi saya tidak pernah bosan. Setiap hari saya akan ketawa melayan keletah anak saya. Saya lebih suka membesarkan Ariana sendiri tanpa bantuan orang gaji. Sebabnya, saya mahu melihat Ariana membesar di depan mata saya. Saya juga sangat tegas dalam membesarkan dia (Ariana).

Apakah maksud anda itu (tegas)?

Saya sangat tegas dalam menjaga pemakanan dia. Ariana tidak pernah makan gula atau garam. Budak memang aktif, jika dia makan banyak gula, mereka akan terlebih aktif nanti.

Apakah jenis pemakanan yang anda praktikkan untuk Ariana?

Saya hanya beri dia minum air kosong atau air daripada buah-buahan yang dikisar. Saya juga masakkan dia makanan tanpa meletakkan sebarang kandungan gula atau garam.

Tidakkah dia bosan dengan pemakanan sebegitu?

Tidak. Sejak bayi lagi saya praktikkan jadi dia sudah biasa. Saya juga akan pastikan masa tidur dia teratur. Jadi, jika saya keluar bersama teman, saya akan pastikan balik sebelum pukul 6 petang kerana Ariana akan tidur pukul 7 malam.

Apakah perkembangan lain mengenai anda?

Insya-Allah, saya akan terbitkan beberapa buku masakan untuk bayi, kanak-kanak dan juga keluarga.

Boleh berkongsi sedikit info mengenai penglibatan anda dalam kempen larian Selamatkan Hutan 2013 anjuran Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka)?

Sejak kecil lagi saya memang suka kitar semula barang dan tanam sayur-sayuran. Jadi, saya sangat berbesar hati dapat mengikuti kempen ini. Mengenai kempen larian Selamatkan Hutan 2013, ia dianjurkan Peka untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap pentingnya memulihara ekosistem hutan. Larian yang akan diadakan pada 2 Mac di Bentong, Pahang itu, akan disertai oleh selebriti, ahli sukan dan orang ramai. Antara artis yang akan mengambil bahagian termasuk penyanyi Ella, Zainal Abdin, Datuk Khadijah Ibrahim, Imran Ajmain, personaliti sukan Azizul Hasni Awang serta 100 sukarelawan daripada Rock Corps Malaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved