Rabu, 2 Januari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kebolehbacaan jadi keutamaan

Posted:

Kebolehbacaan jadi keutamaan

Kebolehbacaan jadi keutamaan

(Dari kiri) Adrin, Abdul Wahab dan Ariff merupakan antara penggiat Foks yang terawal yang membantu ahli untuk menghasilkan karya khat di laman Facebook.


MELIHAT kepada tulisan yang bercorak segi empat, orang ramai pasti sukar untuk mengagak bahawa itu merupakan salah satu cabang dalam seni khat.

Namun, keindahannya ternyata mampu menarik minat orang ramai untuk mempelajari serta mengetahui ciri-ciri terkandung dalam seni khat yang dikenali sebagai khat kufi.

Khat itu terbahagi kepada pelbagai corak antaranya khat kufi basit, khat kufi musattar, khat kufi mutalasiq, khat kufi muwarraq dan khat kufi murabba. Namun, antara seni khat kufi yang popular di negara kita dewasa ini ialah kufi murabba.

Siapa sangka dengan hanya menggunakan perisian komputer, setiap individu boleh mempelajari cara-cara serta kaedah berkarya dengan seni khat kufi murabba secara lebih mudah.

"Dengan hanya menggunakan perisian Microsoft Excel, Inkscape dan Adobe Illustrator, semua orang boleh mempelajari serta mempraktikkan kreativiti mereka menerusi khat kufi," ujar seorang jurukhat kufi, Ariff Ashaari, 49.

Arif pada asalnya meminati seni khat tradisi iaitu khat nasakh, khat thuluth dan khat diwani kemudian memilih khat kufi sebagai salah satu sumber pendapatan hariannya dengan menjual hasil karya khat tersebut.

Menurut Ariff, dia banyak mendapat inspirasi untuk mempelajari seni secara tidak formal menerusi sebuah komuniti di laman Facebook.

Komuniti itu banyak membincangkan hal ehwal khat kufi yang adakalanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

"Saya merupakan antara penggiat awal Friends Of Kufi Square (Foks) sejak 2010. Topik yang sering dibincangkan oleh kami secara keseluruhannya berkisarkan tentang khat kufi sahaja tanpa menyentuh aspek teknikal karya seni khat lain.

"Khat kufi kadangkala menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai terutama hal ehwal kebolehbacaan karya-karya kufi. Komuniti ini merungkai pelbagai permasalahan yang sering dilakukan oleh penggiat seni khat serta memberi jalan penyelesaian terbaik terutama aspek teknikal dalam penghasilan seni khat kufi," ujarnya ketika ditanya mengenai objektif utama Foks.

Usaha Ariff yang menjadikan khat sebagai mata pencarian dalam hidupnya itu bertepatan dengan satu kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Saidina Ali iaitu "Hendaklah kamu perelokkan tulisan, kerana ia adalah salah satu daripada punca rezeki."


WALAUPUN lebih banyak berkomunikasi di laman Facebook, pertemuan Adrin dan Abdul Wahab baru-baru ini berjaya menerbitkan idea baharu dalam penghasilan karya khat kufi yang mudah dibaca.


Nisbah grid

Khat kufi bukanlah sebuah karya yang boleh dipandang rendah kerana khat itu juga menggunakan ayat-ayat suci al-Quran sebagai subjek utama dalam setiap penghasilan karyanya.

Bukti jelas bahawa khat kufi mempunyai nilai-nilai Islam yang tinggi ialah menerusi hiasan yang terdapat di ruang mihrab masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah iaitu Masjid Nabawi.

Di ruangan Masjid Nabawi, tertera dua potong ayat al-Quran iaitu surah al-Ahzab, ayat 40 dan surah at-Taubah ayat 128 yang menjadi hiasan utama di kiri serta kanan mihrab masjid itu.

Seorang lagi penggiat seni khat kufi yang aktif menerusi Foks, Adrin Zainuddin, 33, memberitahu, setiap ahli Foks juga berusaha untuk menghasilkan karya khat kufi murabba secara kontemporari agar karya kufi mudah diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

"Kami mula berdialog di laman Facebook sejak 2010 dan kebanyakan topik yang kami bincangkan ialah mengenai eksperimentasi huruf hijaiyah (huruf alif, ba, ta) yang digunakan dalam seni khat kufi.

"Kami amat mementingkan disiplin dalam setiap penghasilan karya khat kufi. Disebabkan oleh itu, kami telah memperkenalkan nisbah grid untuk dijadikan panduan oleh setiap ahli untuk memandu kaedah penghasilan karya kufi mereka. Setakat ini, karya yang dihasilkan oleh ahli Foks ternyata boleh dibaca dengan jelas oleh orang ramai," ujar Adrin.

Kelompok individu yang meminati kira-kira serta penyelesaian yang melibatkan aritmetik logik dan geometri pasti tertarik kepada seni khat kufi kerana seni tersebut melibatkan teknik penyusunan huruf yang merupakan salah satu asas penting.

"Kebanyakan karya kufi yang dijual dewasa ini tidak mengikut piawaian yang betul terutamanya dalam penyusunan huruf. Jurukhat akan menokok tambah fizikal huruf untuk memenuhi ruangan serta untuk mencantikkan hasil karya mereka.

"Perbuatan itu secara tanpa sedar telah merosakkan keaslian huruf yang digunakan dalam al-Quran sekali gus menafikan kebolehbacaan sesuatu karya serta menambah kekeliruan orang ramai," tambah Adrin.

Menurutnya lagi, komen skeptikal mengenai karya khat kufi daripada golongan artis seni merupakan antara cabaran yang terpaksa dihadam olehnya dan pengiat seni khat kufi yang lain.

"Ada antara mereka memberitahu karya kami ini menterbalikkan ayat al-Quran. Tetapi kami mempunyai bukti bahawa kami berada di landasan yang benar kerana berpandukan karya kufi yang terdapat pada Masjid Nabawi dan kaabah," ujarnya.


ADRIN menunjukkan kaedah penghasilan khat kufi dengan menggunakan perisian Microsoft Excel.


Dakwah melalui karya khat

Selain daripada berkongsi pendapat mengenai seni khat kufi, Foks juga merupakan salah satu medium untuk setiap ahli baharu mempelajari teknik-teknik bagi menghasilkan karya seni itu.

Dengan hanya memuat naik hasil karya mereka di laman Facebook, ahli Foks akan membincangkan teknik yang digunakan oleh ahli baharu dan sekiranya mempunyai masalah untuk membaca karya itu, mereka bersama-sama akan membantu membaiki karya tersebut.

Tidak hanya tertumpu kepada penghasilan karya kufi yang menarik serta mudah dibaca, karya in juga merupakan salah satu dakwah kepada orang ramai.

"Khat kufi berupaya menarik golongan bukan Islam untuk meminati karya seni umat Islam. Ia setidak-tidaknya membangkitkan rasa minat mereka dan memberi informasi bahawa Islam juga mempunyai karya seni hebat," ujar pengasas laman Facebook Foks, Abdul Wahab Khalid,39.

Beliau memberi contoh penghijrahan dua penulis khat bertaraf dunia sehingga menyebabkan mereka memeluk Islam iaitu Fuad Koachi Honda dari Jepun dan Muhammad Zakariya dari Amerika Syarikat setelah mendalami teknik-teknik seni khat.

Menurut Abdul Wahab yang juga merupakan seorang guru subjek Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Datok Keramat, Kuala Lumpur, tempoh untuk mempelajari khat kufi adalah singkat jika dibandingkan dengan seni khat yang lain.

"Di sekolah, saya juga mengajar murid-murid lakaran seni khat iaitu khat nasakh dan khat riqah. Dengan perkembangan teknologi yang boleh diaplikasikan pada penghasilan seni khat, murid-murid akan lebih meminati khat kufi.

"Kewujudan Foks di laman Facebook berupaya memartabatkan seni khat kufi ke tahap yang lebih tinggi.

"Kami berdebat mengenai perkara yang melibatkan pemahaman orang ramai terhadap karya seni umat Islam. Selain itu, kami juga berusaha menjaga kesucian seni khat yang rata-ratanya terdiri daripada ayat-ayat al-Quran," ujarnya yang juga memegang jawatan sebagai exco dalam Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK).

Perkembangan seni khat seiring teknologi

Posted:

Perkembangan seni khat seiring teknologi

Perkembangan seni khat seiring teknologi


MOHAMED YUSOF berpendapat bahawa Foks mampu menarik golongan muda untuk meminati karya seni berunsurkan Islam.


PERKEMBANGAN gaya penulisan khat kufi di Malaysia dianggap kian berkembang dan digunakan secara meluas sama ada untuk hiasan atau pun untuk tujuan dakwah.

Lihat sahaja logo rasmi yang digunakan Muzium Kesenian Islam Malaysia. Logo muzium dibina dalam bentuk karya kufi murabba dan ini jelas menunjukkan signatur pada muzium tersebut.

Apa yang penting dalam seni khat ialah, kebolehbacaan sesuatu tulisan dan mesej yang ingin disampaikan menerusi setiap karya khat.

Yang Di Pertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK), Mohammed Yusof Abu Bakar, 82 memberitahu, penghasilan karya khat kufi seharusnya mengikut perkembangan teknologi.

"Khat kufi lahir di negara Iraq dan ia dihasilkan dalam bentuk batu-bata. Ia disusun dan digunakan sebagai hiasan dalam masjid serta rumah. Jika dilihat, hasil karya khat kufi ketika itu sama dengan karya yang menggunakan komputer seperti yang dihasilkan oleh komuniti Foks.

"Apa yang saya dapat lihat, kandungan yang ada pada seni khat kufi masa kini tidak sedikit pun mengubah cara tradisional khat itu. Cuma kaedah penghasilannya sahaja yang berbeza. Tambahan lagi, ia dapat disiapkan pada masa yang singkat," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Walaupun seni khat tersebut boleh dihasilkan melalui komputer, Mohammed Yusof menegaskan bahawa setiap umat Islam perlu tahu untuk menulis tulisan Jawi dengan tangan kerana ia merupakan tunjang dalam penghasilan penulisan khat yang menarik.

"Selain daripada ayat-ayat al-Quran yang dihasilkan menggunakan karya khat kufi, saya cadangkan agar golongan muda mengaplikasikan karya tersebut dengan menggunakan kata-kata hikmah atau perumpamaan yang akan menarik perhatian orang ramai," ujarnya yang telah menzahirkan karya khatnya pada wang kertas baharu keluaran Bank Negara Malaysia.

Mangsa gempa masih melarat

Posted:

Mangsa gempa masih melarat

Mangsa gempa masih melarat


SEMENTARA menunggu program pembangunan semula yang tidak nampak hujung pangkalnya, ramai mangsa gempa hidup melarat di tapak-tapak setinggan.


RAKYAT Haiti dilihat membanjiri gereja pada pertengahan Disember lalu. Mereka hadir ke situ bagi memperingati ulang tahun kedua bencana gempa bumi yang telah membunuh kira-kira 250,000 orang di negara paling miskin di benua Amerika itu.

Tinggalan sisa istana presiden dan gereja yang rosak teruk menjadi lambang kegagalan bantuan antarabangsa yang tidak pernah mencapai tujuannya.

Di sebalik runtuhan Gereja Our Lady of the Assumption selepas gegaran sekuat tujuh magnitud, Jean Wilber, 40, bersama ibunya menetap di kem sementara yang didirikan di situ.

"Saya telah berada di sini selama dua tahun dan sukar bagi saya untuk berpindah dari tempat ini yang menjadi saksi kehilangan dua kaki saya," kata Wilber yang mengakui memang sukar untuk meneruskan hidup.

Kemusnahan

Berdasarkan fakta yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ratusan ribu orang telah dipindahkan dari khemah pada tahun 2011 dan sebanyak 1.1 juta kanak-kanak kini menerima bantuan makanan setiap hari. Malangnya, kerja-kerja pembinaan semula negara tersebut amat perlahan.

Bencana yang berlaku pada 12 Januari 2012 itu telah membunuh dan mencederakan satu per enam daripada seluruh populasi negara Caribbean tersebut. Sekurang-kurangnya 250,000 kediaman di ibu kota telah musnah.

Haiti dikenali sebagai negara miskin di Hemisfera Barat yang sering diperintah oleh golongan elit yang mengamalkan rasuah. Kira-kira 80 peratus daripada penduduknya hidup daif di bawah garis kemiskinan.

Lebih setengah juta penduduk yang hilang harta benda akibat gempa tersebut ditempatkan di kem sementara sekitar ibu kota. Mereka juga berhadapan dengan wabak taun yang telah membunuh hampir 7,000 orang sejak November 2010.

Kebanyakan penduduk negara tersebut terdiri daripada penganut Roman Katolik dan tempat-tempat beribadah menawarkan khidmat memperingati bencana tersebut sepanjang hari serta membuka pintu kepada mangsa terselamat yang masih trauma dengan kejadian tersebut.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon turut memberi penghormatan kepada mereka yang terkorban termasuk 100 pegawainya dan menggesa bantuan antarabangsa supaya terus menyalurkan bantuan bagi membina semula negara tersebut dua tahun selepas bencana.


SEORANG wanita terlalu hiba apabila melihat kembali tapak rumahnya yang telah musnah dua tahun lalu.


"Walaupun banyak yang telah dilaksanakan termasuk membersihkan sisa runtuhan bangunan dan penempatan semula mangsa, namun masih ramai rakyat Haiti yang memerlukan bantuan antarabangsa," ujar Ki-Moon.

Wakil Khas PBB ke Haiti, Michaelle Jean berkata, pengabaian telah menyumbang kepada peningkatan angka kematian. Dia juga menegaskan bahawa ketiadaan undang-undang dan peraturan untuk menyeragamkan kerja-kerja pembinaan kini menjadi punca runtuhan bangunan.

Janji bantuan

Terkejut dengan kesan yang ditinggalkan selepas bencana paling buruk abad ini, komuniti antarabangsa menjanjikan wang bantuan berjumlah berbilion dolar untuk pembinaan semula negara yang lebih baik.

Buktinya, terdapat ura-ura yang menyatakan sejumlah AS$3 juta (RM9.18 juta) diperuntukkan di bawah pelan pembangunan semula yang akan diketuai oleh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Bill Clinton, namun ia hanya tinggal angan-angan.

Kurang separuh daripada AS$4.59 bilion (RM14 bilion) yang diperuntukkan telah diterima dan diagih manakala tabung bantuan agensi-agensi juga mengalami kekurangan dana.

Lebih daripada 50 peratus runtuhan akibat gempa telah dibersihkan, namun hanya sedikit yang telah dibaiki.

Kebanyakan daripada ratusan ribu mangsa yang meninggalkan Port-au-Prince selepas gempa telah kembali semula ke ibu kota yang sesak itu kerana terdesak untuk mencari kerja dan makanan. Ironinya, negara tersebut terus kekurangan peluang pekerjaan.

Bekas penghibur karnival dan penyanyi pop, Michel Martelly mengangkat sumpah sebagai Presiden Haiti yang baharu pada Mei lalu. Dia berjanji akan membawa perubahan yang sangat diperlukan oleh negara tersebut.

Ternyata, Martelly berhadapan dengan ahli parlimen yang kebanyakannya adalah musuh politik beliau, hinggakan tempoh masa selama lima bulan diperlukan untuk melantik seorang Perdana Menteri. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


500,000 terputus bekalan air

Posted:

500,000 terputus bekalan air

500,000 terputus bekalan air

Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my


RUMAH pam di Pudu Hulu Baru yang gagal berfungsi menjadi punca krisis bekalan air di Lembah Klang sejak seminggu lalu.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 107,760 akaun pengguna membabitkan setengah juta isi rumah di sekitar Lembah Klang terpaksa menghadapi krisis bekalan air yang dijangka berlarutan selama seminggu sehingga Selasa depan.

Gangguan bekalan air yang melibatkan pengguna di daerah Gombak dan sebahagian kawasan di Kuala Lumpur itu berpunca daripada kegagalan sistem pam di dua lokasi berasingan iaitu di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.

Rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi dalam keadaan melebihi kapasiti mencecah 220 juta liter sehari (JLH) berbanding kapasiti asal reka bentuk sebanyak 136 JLH manakala rumah pam Pudu Hulu Baru pula gagal berfungsi ekoran kerosakan papan suis utama.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ruslan Hassan berkata, bekalan air dijangka pulih secara berperingkat mulai hari ini dan pulih sepenuhnya dalam tempoh tujuh hari memandangkan kawasan yang terlibat dengan krisis air kali ini agak besar.

PENDUDUK di Flat Seri Melaka, Cheras beratur untuk mendapatkan bekalan air bersih semalam.


"Setelah kerja memperbaiki pam yang rosak selesai hari ini (semalam), kita jangka tempoh baik pulih penyaluran air ke kawasan-kawasan yang terlibat akan mengambil masa.

"Ini memandangkan kekurangan bekalan rezab bekalan air sedia ada telah hampir pada paras kosong dengan permintaan harian di ibu kota, Selangor dan Putrajaya sebanyak 4,400 JLH berbanding bekalan sebanyak 4,436 JLH," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan penduduk di Flat Sri Melaka, Cheras di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Syabas, Datuk Lee Miang Koi dan Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred.

Dalam perkembangan berkaitan, Ruslan mendakwa kelewatan kerajaan Selangor membangunkan sistem pengepaman tambahan baharu di rumah pam Wangsa Maju menjadi antara punca gangguan bekalan air di kawasan itu.

Menurutnya, sistem pengepaman sedia ada terpaksa diuruskan di peringkat melebihi tahap keupayaan sehingga projek berkenaan siap sepenuhnya akhir tahun ini.

"Pihak Syabas telah mengemukakan cadangan membina sistem itu kepada kerajaan pada tahun 2009 dan pelan pembangunan projek serta pinjaman itu telah diluluskan pada Mac tahun lalu.

"Namun sehingga kini, kita difahamkan projek tersebut masih lagi di peringkat rundingan reka bentuk oleh kerajaan Selangor dan dijangkakan projek itu akan mengambil masa setahun untuk disiapkan jika dilaksanakan pada kadar segera," katanya.

Ruslan berkata, Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) oleh kerajaan Persekutuan atau projek lain yang dicadangkan kerajaan Selangor perlu dilaksanakan dengan segera bagi menyelesaikan krisis bekalan air di negara ini dalam jangka masa panjang.

"Sistem pengepaman tambahan sekarang ini hanya bersifat penyelesaian jangka pendek," ujarnya.

Penduduk rayu diatasi segera masalah air

Posted:

Penduduk rayu diatasi segera masalah air

Penduduk rayu diatasi segera masalah air

SEORANG pesara, Mohd. Isa Bujai, 58, terpaksa mengangkat air menggunakan tangga berikutan kawasan perumahannya di Flat Seri Melaka, Cheras terputus bekalan air.


KUALA LUMPUR - Penduduk yang terlibat dalam krisis bekalan air menggesa pihak yang terlibat dalam pengurusan air di Lembah Klang supaya segera menyelesaikan masalah yang membelenggu kehidupan mereka sejak seminggu lalu.

Tinjauan Kosmo! di Flat Sri Melaka, Cheras di sini mendapati penduduk semakin hilang sabar dengan masalah yang dialami sehingga menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Salah seorang penduduk, Mohd. Khadzari Mohd. Daie, 66, mendakwa penduduk tidak diberikan notis pemberitahuan mengenai gangguan bekalan air di kawasan itu.

"Ramai penduduk di sini tidak sempat menyimpan air sebab tiada notis memaklumkan kawasan ini tiada air selama seminggu.

"Sepatutnya, beritahu lebih awal selain menyediakan lori tangki bagi membolehkan penduduk mendapat air," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Hafizullah Kulop, 26, berkata, kedua-dua ibu bapanya terpaksa pulang ke kampung di Bukit Mertajam, Pulau Pinang buat sementara waktu kerana tidak sanggup berdepan dengan ketiadaan bekalan air.

"Mereka sudah tua dan masing-masing berusia dalam lingkungan 70-an, jadi sudah tentu mereka tidak larat nak angkat air lebih-lebih lagi tiada kemudahan lif di flat ini," katanya.

Musalmah Shafie, 58, pula berkata, dia terpaksa membeli bekalan air mineral dengan banyak memandangkan suaminya terlantar sakit dan memerlukan bekalan air bersih.

"Sekarang ini kadangkala stok air mineral di beberapa buah pasar raya di sekitar Bandar Tun Razak dan Bandar Sri Permaisuri juga habis dijual," ujarnya.

Bantuan RM100 dibayar 15 Januari

Posted:

Bantuan RM100 dibayar 15 Januari

Bantuan RM100 dibayar 15 Januari

Oleh SYED AHMAD
ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my


KESERONOKAN murid mendapat wang bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 seorang pada tahun lalu akan berulang mulai 15 Januari ini. Gambar kecil, Dr. Mohd. Puad.


SEREMBAN – Kerajaan menepati janji untuk membantu meringankan beban ibu bapa dengan menyalurkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 yang bakal dinikmati kira-kira 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mulai 15 Januari ini.

Berdasarkan pekeliling Kementerian Pelajaran, wang tersebut akan disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada pihak sekolah sebelum diserahkan sepenuhnya dalam bentuk tunai kepada ibu bapa.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menegaskan, pihak sekolah tiada hak membuat sebarang pemotongan termasuk untuk yuran Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).

"Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa, sama ada mereka mahu menggunakannya untuk bayar yuran PIBG itu hak mereka tetapi saya menegaskan pihak sekolah tidak mempunyai hak untuk membuat apa-apa potongan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Lawatan Rasmi Kolej Tunku Kurshiah di Bandar Enstek, Nilai, di sini semalam.

Mohd. Puad membuat peringatan itu selepas mengambil kira bantahan sesetengah ibu bapa mengenai tindakan pihak sekolah membuat potongan yuran sewaktu skim bantuan khas persekolahan itu dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun lepas.

"Kita tidak mahu ada lagi aduan pihak sekolah buka meja untuk agih wang bantuan dan di tepinya pula ada meja lain untuk bayar yuran, Wang RM100 ini hak ibu bapa," ujarnya.

Selain sekolah kerajaan yang mempunyai lima juta pelajar, bantuan tersebut turut diagih kepada pelajar sekolah lain seperti sekolah jenis kebangsaan, persendirian dan agama.

Bantuan itu diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2013 bagi meringankan beban ibu bapa tanpa mengira latar belakang serta pendapatan untuk menguruskan persekolahan anak-anak.

Bagi ibu bapa yang tidak mahu mengambil bayaran tersebut, mereka boleh memulangkannya kepada sekolah yang kemudian mengembalikannya kepada Kementerian Pelajaran.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Ferguson tidak fikir bersara

Posted:

Ferguson tidak fikir bersara

Ferguson tidak fikir bersara

FERGUSON belum terfikir untuk melepaskan jawatan selaku pengurus United yang disandangnya sejak tahun 1986.


LONDON - Alex Ferguson berhasrat untuk membimbing Manchester United selama dua tahun lagi.

Ferguson, 71, membuat pendedahan itu selepas skuad The Reds Devils membelasah Wigan Athletic 4-0 pada aksi Liga Perdana England kelmarin.

Pada aksi di Stadium DW itu, penyerang sensasi United, Javier Hernandez dan Robin van Persie masing-masing meledakkan dua gol.

Kenyataan pengendali kelahiran Scotland itu menamatkan spekulasi yang mendakwa beliau sudah bersedia untuk menyerahkan tugas tersebut kepada jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho atau bekas pengendali Barcelona, Pep Guardiola pada musim panas ini.

"Saya berharap untuk mengekalkan jawatan ini sedikit masa lagi. Tidak ada dalam agenda dan saya boleh buktikan kepada kamu.

"Sesuatu yang sangat sukar apabila beberapa nama dikaitkan dengan jawatan ini dan bola sepak merupakan sesuatu yang tidak boleh diramal.

"Kamu mungkin bercakap mengenai seseorang pengurus muda yang berpotensi dan mereka akan berada di sini (Old Trafford) dalam tempoh dua tahun lagi.

"Saya fikir, pengurus terbaik sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.

"Guardiola, Mourinho dan David Moyes antara beberapa pengurus yang berjaya di luar sana dan saya tidak tahu apa perancangan mereka.

"Tiada sesiapa yang tahu di mana mereka dalam tempoh dua tahun lagi," kata Ferguson.

Sementara itu, Ferguson berasa gembira dengan kemenangan United di Wigan.

"Ia merupakan permulaan yang sempurna untuk tahun 2013. Kemenangan ini memberikan kami kelebihan tujuh mata di kedudukan teratas liga ketika saingan hanya berbaki 17 perlawanan," katanya.

Ketika ini, United berjaya mengumpul 52 mata manakala dua pencabar utama, Manchester City dan Tottenham Hotspur masing-masing mengutip 45 serta 39 mata. - Agensi

Beregu negara dijangka bertemu sesama sendiri

Posted:

Beregu negara dijangka bertemu sesama sendiri

Beregu negara dijangka bertemu sesama sendiri


PASANGAN Kien Keat-Boon Heong akan menentang beregu Indonesia pada pusingan pertama Siri Super Terbuka Malaysia 2013.


TIGA beregu lelaki negara terpaksa akur apabila dijangka bertemu antara satu sama lain dalam laluan ke pentas final pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2013.

Berdasarkan undian yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, beregu lelaki utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akan berdepan rakan senegara, Goh V Shem-Lim Khim Wah pada pusingan kedua jika kedua-dua pasangan tersebut melepasi pusingan awal.

Kien Keat-Boon Heong akan menentang beregu Indonesia, Yonathan Suryatama Dasuki-Hendra Gunawan pada pusingan pertama manakala V Shem-Khim Wah membuka tirai berdepan Rasmus Bonde-Mads Conrad-Petersen dari Denmark.

Salah satu daripada mereka akan berdepan Hoon Thien How-Tan Wee Kiong di peringkat suku akhir yang turut dijangka mampu meloloskan diri dalam kelompok lapan terbaik.

"Ini bukan undian yang baik untuk beregu lelaki negara. Mereka terpaksa bertemu antara satu sama lain di peringkat awal.

"Saya harap, mereka akan mempamerkan aksi terbaik masing-masing. Beregu mana lebih bagus, merekalah yang akan ke peringkat seterusnya," kata ketua jurulatih beregu negara, Tan Kim Her.

Bagaimanapun, Kim Her berkata, undian kali ini dilihat memberi kelebihan kepada Kien Keat-Boon Heong untuk menamatkan kemarau kejuaraan yang dialami mereka sejak 2010.

"Bukan sahaja Terbuka Malaysia tetapi pada Terbuka Korea Selatan juga Kien Keat-Boon Heong mendapat undian yang baik. Kini, segala-galanya terpulang kepada mereka untuk bergelar juara.

"Saya tidak mahu terlalu meletakkan harapan yang tinggi kerana fokus utama mereka tahun ini adalah Seluruh England, Kejohanan Dunia dan Piala Sudirman," kata Kim Her.

Dua lagi beregu negara turut menggalas cabaran pada Terbuka Malaysia kali ini iaitu Nelson Wei Keat-Teo Ee Yi, Chooi Kah Ming-Ow Yao Han selain beregu profesional yang bernaung di bawah Kelab Raket Kuala Lumpur, Mohd. Zakry Abdul Latif-Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari.

Sementara itu, jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan pertama dijangka tidak berdepan masalah untuk melepasi pusingan pertama menentang pemain Denmark, Viktor Axelsen.

Juara Terbuka Perancis tahun lalu, Liew Daren akan menentang pemain India, Ajay Jayaram manakala Chong Wei Feng berdepan tugas sukar apabila menentang pilihan kedua, Kenichi Tago dari Jepun.

Perseorangan muda negara, Mohd. Arif Abdul Latif akan bertemu pemain berpengalaman Indonesia, Sony Dwi Kumncoro.

Beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang tampil sebagai pilihan pertama akan membuka tirai saingan menentang Sudket Prapakamol-Duanganong Aroonkesorn dari Thailand.

Terbuka Malaysia akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 15 hingga 20 Januari ini.

MSN sudah kenal pasti calon

Posted:

[unable to retrieve full-text content]SEORANG individu dari luar negara dijangka akan dilantik sebagai Pengarah Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Buah-buahan tempatan kaya khasiat

Posted:

Buah-buahan tempatan kaya khasiat

Buah-buahan tempatan kaya khasiat


RAKYAT Malaysia perlu membetulkan persepsi negatif ke atas buah-buahan tempatan.


MALAYSIA kaya dengan pelbagai jenis buah tropika seperti durian, manggis, rambutan, duku dan langsat. Bagaimanapun bagi sesetengah orang, mereka menganggap bahawa memakan buah-buahan tempatan boleh menyebabkan mereka tidak sihat.

Adakah ini satu mitos? Sesetengah orang juga beranggapan bahawa buah import seperti epal dan anggur lebih berkhasiat berbanding buah-buahan tempatan yang bermusim.

Pelbagai persepsi negatif menjalar dan dilemparkan terhadap buah-buahan bermusim hingga menarik perhatian, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) untuk menjelaskannya.

"Tidak, saya tidak percaya buah bermusim seperti durian, manggis dan rambutan boleh menyebabkan seseorang itu demam atau membawa kepada penyakit. Sebenarnya, buah-buahan kita unik, sedap dan kaya dengan khasiat.

"Begitupun, amat menyedihkan apabila ada segelintir pihak terlalu mengagungkan buah import kerana merasakannya lebih bagus," kata Timbalan Pengarah Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan, Pusat Penyelidikan Hortikultur Mardi, Dr. Zabedah Mahmood di Serdang baru-baru ini.

Tanggapan tentang buah-buahan import lebih bagus berbanding produk tempatan mungkin disebabkan oleh kurangnya promosi tentang khasiat yang terselindung di sebalik buah-buahan bermusim. Walhal, ia sebenarnya berkapasiti tinggi membekalkan nutrien diperlukan badan.

Tambahan pula, harganya lebih murah berbanding yang diimport. Selain itu, kandungan khasiatnya tidak tergugat lantaran boleh mendapatkannya dengan segar.

Banyak vitamin

Zabedah berkata, khasiat buah import mungkin sudah berkurangan kerana lama berada dalam kotak penyimpanan lantaran melalui masa perjalanan yang agak panjang untuk sampai ke negara ini.

Sebenarnya, kandungan vitamin C adalah lebih tinggi dalam sebiji buah rambutan jika dibandingkan dengan epal.

Menurut Zabedah, kandungan vitamin C pada rambutan dan pulasan adalah 70 miligram (mg) per 100 gram (g), berbanding epal iaitu hanya sekitar 6mg per 100g.

Vitamin C amat penting untuk tubuh terutamanya untuk meningkatkan sistem imuniti badan serta melindungi daripada jangkitan penyakit dan selesema.

"Kedua-dua rambutan dan pulasan mempunyai kandungan air yang tinggi, iaitu melebihi 80 peratus. Kandungan proteinnya di sekitar 0.5 hingga 0.8 peratus dan kandungan lemaknya pula adalah agak rendah iaitu 0.3 hingga 0.55 peratus," katanya.

Kandungan istimewa

Khasiat buah-buahan bermusim bukan hanya tertumpu pada rambutan tetapi juga meliputi durian, yakni raja buah yang sentiasa dikaitkan sebagai punca demam panas.

Agak pelik bunyinya, namun pemakanan durian juga sebenarnya elok diamalkan kerana mengandungi potasium yang baik untuk kesihatan jantung.

Selain mengandungi 1,060mg potasium, durian juga membekalkan sumber vitamin C, tenaga dan mineral.

Isinya yang lembut, enak dan kekuningan itu bukan sekadar menjanjikan kesedapan tidak terhingga bagi pencinta durian, malah ia juga kaya dengan fiber, baik untuk proses penghadaman dan sembelit.

Paling menarik adalah buah manggis. Menurut Zabedah, manggis mempunyai nilai yang tinggi dari sudut pengkomersialan produk kesihatan. Bukan sahaja isinya yang putih gebu mengandungi khasiat tinggi, malah kulitnya menjadi bahan untuk menghasilkan produk kesihatan.

"Sebenarnya, kulit manggis bukan lagi bahan buangan. Ini kerana, terdapat syarikat yang membeli kulit manggis di Mardi untuk diproses dan dijadikan produk kesihatan.

"Berbanding buah lain, manggis adalah antara buah paling susah hendak dilihat di pasaran kerana sudah ada syarikat beli terus kesemua buah di dusun. Sebab itulah harga manggis agak mahal kerana penawarannya tidak banyak," katanya.

Menurut Dr. David A. Morton dari University of Utah, Amerika Syarikat, kulit buah manggis mempunyai bahan aktif biologi yang sangat kaya dengan antioksida dan dipercayai berkesan untuk mencegah penyakit. Buah manggis berpotensi untuk mencegah batu karang, kanser dan merendahkan kolesterol dalam badan.

Salah cara makan

Mengapakah ada segolongan orang yang demam atau batuk berpanjangan selepas menikmati buah-buahan bermusim? Ia seolah-olah tidak selari dengan kajian yang merungkai kekayaan khasiat buah-buahan tersebut.

Mengulas lebih lanjut, kata Zabedah, semuanya berkisar kepada cara pemakanan masyarakat. Sambil menegur sikap sesetengah orang yang memakan buah durian atau rambutan dalam kuantiti banyak pada satu-satu masa, Zabedah memberitahu gaya pemakanan sedemikian mendedahkan mereka kepada penyakit.

"Buah-buahan tempatan tidak mendatangkan penyakit. Kita dinasihatkan untuk memakannya dalam kuantiti sederhana, sekadar untuk mendapatkan khasiat di samping menikmatinya.

Beliau berkata, sebaiknya air kosong diambil secukupnya selepas menikmati Raja Buah itu. Elakkan juga memakannya ketika perut kosong dan sebelum tidur selain jangan dimakan bersama minuman air berkarbonat.

Tidak menafikan bahawa menikmati durian boleh mengundang rasa panas badan, justeru dinasihatkan agar ia disusuli dengan pemakanan manggis kerana buah itu boleh menyejukkan tubuh.

Bagi buah rambutan pula, Zabedah berkata masih ramai khususnya generasi muda tidak tahu kulit kayu biji rambutan yang terlekat pada isi buahnya itu tidak boleh dimakan kerana boleh menyebabkan batuk.

Disebabkan itulah, menjadi tugas pembeli untuk memilih kualiti buah rambutan terbaik iaitu isinya lekang dan tidak terlekat pada kulit kayu biji.

Antara rambutan popular ketika ini adalah jenis anak sekolah kerana buah itu mudah dikopek bahagian isi dengan bijinya. - Bernama

Gegaran Konsert Ambang 2013 AmBank

Posted:

Gegaran Konsert Ambang 2013 AmBank

Gegaran Konsert Ambang 2013 AmBank

Oleh MUHAMMAD IZWAN MOHD. ISA


HAMPIR 500,000 pengunjung membanjiri Konsert Ambang 2013 yang menampilkan artis seperti Mizz Nina, Jamal Abdillah dan Ramli Sarip.


SEJAK diperkenalkan pada tahun 2003, Konsert Ambang yang dianjurkan oleh Kumpulan AmBank berjaya menarik perhatian umum, khususnya golongan muda yang inginkan kelainan ketika menyambut tahun baru.

Memilih Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya sebagai lokasi baru penganjurannya, Konsert Ambang 2013 Putrajaya yang diadakan baru-baru ini berlangsung dengan penuh meriah.

Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, objektif penganjuran Ambang 2013 adalah bertujuan memupuk semangat muhibah dalam kalangan rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama.

"Penganjuran konsert ini bukan sahaja mampu menaikkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan penduduk di Putrajaya ataupun Kuala Lumpur, malah ia dapat memberi kesedaran tentang kepentingan hidup bersatu padu kepada rakyat di seluruh negara.

"Selain itu, konsert ini diadakan sebagai lambang penghargaan kepada para pelanggan yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada kami sepanjang tahun," ujar beliau dalam satu kenyataan media sempena penganjuran acara meriah tersebut.


BUAT julung-julung kalinya, AmBank menganjurkan sambutan ambang tahun baru di Putrajaya.


Konsert yang mendapat kerjasama daripada Perbadanan Putrajaya itu membariskan artis-artis popular tanah air antaranya Datuk M. Nasir, Mizz Nina, Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Ramli Sarip dan kumpulan Hujan.

Turut menggegarkan pentas pada malam itu ialah kumpulan rock legenda Wings serta penyanyi dan pelakon Cina, Stella Chung.

Azman menambah, selain memberi peluang kepada para pengunjung untuk menikmati lagu-lagu berbahasa Melayu, Inggeris, Cina serta Tamil, konsert itu juga menampilkan pelbagai jenis persembahan dan pertunjukan yang sangat menarik.

"Selain persembahan daripada artis-artis terkemuka tempatan, pengunjung turut dihiburkan dengan pelbagai jenis tarian kebudayaan, perbarisan Polis Diraja Malaysia dan persembahan Kombo Perbadanan Putrajaya," katanya lagi.

Sambutan yang diterima cukup memberangsangkan apabila hampir 500,000 pengunjung membanjiri Persiaran Perdana pada malam itu bagi merasai sendiri kehangatan menyambut tahun baru di kota ikonik negara itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Budak mati, 400 cedera di Filipina

Posted:

Budak mati, 400 cedera di Filipina

Budak mati, 400 cedera di Filipina

SEORANG lelaki bermain mercun sempena sambutan tahun baru di Manila semalam.


MANILA - Tembakan bagi menyambut tahun baru menyebabkan seorang budak berusia empat tahun terbunuh dan lebih 400 lagi cedera disebabkan permainan mercun bagi menyambut tahun baru, kata beberapa pegawai semalam.

Peluru mengenai budak itu di bahagian belakangnya semasa dia bermain di luar rumahnya di daerah Mandaluyong, pinggir Manila.

Menurut seorang pegawi polis, Leonardo Espina, pihaknya sedang berusaha untuk mengesan orang yang melepaskan tembakan itu.

Bagaimanapun, ia memerlukan masa untuk mengesan kerana terdapat penggunaan senjata api yang tidak berlesen berleluasa di negara ini.

"Kami menangkap 10 orang yang melepaskan tembakan, kebanyakannya ialah pengawal keselamatan peribadi yang mabuk," katanya.

Espina berkata, anggota-anggota polis yang turut melepaskan tembakan bagi meraikan kedatangan tahun baru juga akan dikenakan tindakan disiplin.

Setiausaha Kesihatan, Enrique Ona menyatakan, 404 orang cedera disebabkan permainan mercun di negara ini.

Menurutnya, separuh daripada mereka merupakan kanak-kanak.

"Sebahagian mengalami kecederaan yang serius," katanya.

Antara yang cedera itu ialah seorang budak lelaki yang salah satu kakinya terpaksa dipotong. - Agensi

61 mati dipijak di Abidjan

Posted:

61 mati dipijak di Abidjan

61 mati dipijak di Abidjan


SEORANG askar mengawal lokasi kejadian rempuhan yang berlaku di luar Stadium Felix Houphouet Boigny di Abidjan semalam.


ABIDJAN - Kira-kira 61 orang mati akibat dipijak di luar sebuah stadium di sini selepas pertunjukan bunga api sempena kedatangan tahun baru, kata pemerintah semalam.

Seorang pegawai kecemasan berkata, kejadian itu berlaku dekat Stadium Felix Houphouet Boigny apabila sejumlah orang berhimpun untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.

Salah seorang yang cedera itu memberitahu agensi berita Reuters, pasukan keselamatan tiba untuk cuba memisahkan kumpulan orang ramai.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan panik sehingga mengakibatkan orang ramai mula berasak-asak sekali gus menyebabkan berlaku kejadian rempuhan.

Presiden Ivory Coast, Alassane Ouattara melawat mangsa yang cedera di hospital.

Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai tragedi negara dan menyatakan siasatan dilakukan untuk menentukan punca kejadian.

Seorang koresponden Reuters memberitahu, tompokan darah dan sejumlah kasut kelihatan di luar stadium berkenaan.

"Dua anak saya datang ke sini. Saya memberitahu supaya jangan datang tetapi mereka tidak mahu mendengar.

"Mereka datang ketika saya sedang tidur," kata seorang pekerja pembersihan, Assetou Toure.

Bagaimanapun, dia tidak mengetahui sama ada anaknya itu selamat daripada kecederaan.

Kejadian itu merupakan yang terburuk di Abidjan sejak tahun 2010.

Pada tahun itu, kejadian yang sama berlaku di sebuah stadium semasa perlawanan bola sepak diadakan menyebabkan 18 orang mati. - Agensi

Tradisi bakar patung pada malam terakhir 2012

Posted:

Tradisi bakar patung pada malam terakhir 2012

Tradisi bakar patung pada malam terakhir 2012


PATUNG manusia dipegang oleh seorang lelaki yang dibelinya di Medellin, Colombia.


CALI - Penduduk di Colombia membakar patung-patung berbentuk seperti manusia sempena kedatangan tahun baru yang merupakan amalan tradisi di negara ini.

Patung-patung itu mempunyai pelbagai bentuk termasuk yang mempunyai tanduk di kepala dijual kepada orang ramai oleh para peniaga.

Pembeli-pembeli akan membakar patung itu pada malam terakhir 2012.

Patung-patung yang memakai pakaian itu mewakili perkara-perkara buruk yang berlaku sepanjang tahun lalu.Ia diperbuat daripada kadbod dan habuk kayu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mangsa banjir terengganu kekal 41

Posted:

Mangsa banjir terengganu kekal 41

Mangsa banjir terengganu kekal 41

02/01/2013 11:05pm

KUALA TERENGGANU — Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 41 orang di pusat penempatan banjir dua daerah sehingga 8.30 malam ini ekoran air banjir yang belum reda meskipun cuaca baik.

Menurut portal banjir negeri, daripada jumlah tersebut, 20 orang di Hulu Terengganu iaitu ditempatkan di Dewan Batu 24 sementara seramai 21 orang di Setiu, ditempatkan di Surau Kampung Nyatoh.

Mangsa-mangsa itu terdiri daripada lapan keluarga iaitu masing-masing empat di Hulu Terengganu dan di Setiu.

Jumlah korban banjir di Terengganu kekal enam orang. — BERNAMA

Empat rumah papan musnah dalam kebakaran

Posted:

Empat rumah papan musnah dalam kebakaran

Empat rumah papan musnah dalam kebakaran

02/01/2013 7:51pm

PENAMPANG – Empat rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Baru, Jalan Bundusan, Luyang, dekat sini, hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya 23 orang tinggal sehelai sepinggang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Penampang, Jamaludin Hussin berkata, 26 anggota dengan empat jentera mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran.

Bomba menerima panggilan pada pukul 1.21 petang dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5.11 petang.

"Kami berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya tujuh rumah berhampiran daripada terbakar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jamaludin berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. – BERNAMA

Tiga nelayan diselamat selepas dua hari terapung

Posted:

Tiga nelayan diselamat selepas dua hari terapung

Tiga nelayan diselamat selepas dua hari terapung

02/01/2013 7:49pm

JOHOR BAHRU – Tiga nelayan dari Tanjung Api, Kuantan diselamatkan sebuah kapal dagang semalam selepas dua hari mereka terapung di laut, kira-kira 30 batu nautika dari Tanjung Sedili, timur laut Johor.

Abdul Wahab Sidek, 62; Muhamad Abdul Mubim Abdul Wahab, 27; dan Mazuki Mohamad, 47, diselamatkan kapal "Nueva Esperanza" kira-kira 11 pagi.

Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Sedili, Kepten Maritim Rozali Mohd Said berkata, bot fiber Kelas A mereka dilaporkan karam akibat dipukul ombak ketika mereka menangkap ikan kira-kira 53 batu nautika dari Kuantan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, pada 4.50 petang semalam, APMM menerima maklumat bahawa kapal tersebut yang sedang dalam pelayaran dari Kuantan menuju Singapura telah menyelamatkan tiga mangsa bot karam.

Sehubungan itu, APMM kemudiannya menghantar anggota ke kapal tersebut yang ketika itu berada kira-kira lima batu nautika dari selatan Tanjung Pengelih, katanya.

Rozali berkata, ketiga-tiga nelayan itu berada dalam keadaan selamat tetapi keletihan. – BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Cinta dunia atas, bawah

Posted:

Cinta dunia atas, bawah

Cinta dunia atas, bawah

FILEM Upside Down yang telah mula ditayangkan di pawagam Malaysia edaran Rainfilms Sdn. Bhd sejak Khamis lalu merupakan sebuah filem sains fiksyen percintaan yang jarang sekali dilakukan oleh pengarah di Hollywood.

Ia merupakan hasil karya pengarah kelahiran negara Argentina, Juan Diego Solanas yang telah memilih aktres terkenal Kirsten Dunst dan Jim Sturgees sebagai teraju utama filem tersebut.

Filem yang berlatar belakang tahun 70-an dan 80-an itu mengisahkan dua dunia yang seperti terikat antara satu sama lain apabila terdapat satu dunia di atas dan satu lagi dunia di bawah dan ia mengikut graviti.

Terdapat satu dunia berada di atas, satu lagi di bawah, dunia di bahagian bawah adalah dunia yang miskin dan huru-hara dan satu lagi yang atas merupakan dunia yang kaya-raya dan maju.

Satu dunia itu wujud kerana memiliki bekalan kuasa elektrik, sementara yang satu lagi kaya dengan minyak disebabkan itulah, satu dunia lebih maju berbanding yang satu lagi dan kedua-dua industri ini diuruskan oleh sebuah syarikat digelar Transworld, yang pada dasarnya memerintah segala-galanya.

Dunst, 30, menggambarkan filem itu mengisahkan tentang dua dunia dan graviti yang membuatkan kedua-dua dunia itu terpisah dan terdapat sebuah menara yang menghubungkan penduduk di situ.

"Penduduk dua dunia itu bekerja dalam bangunan yang sama tetapi terdapat batas dan undang-undang yang harus dipatuhi, satu dunia itu seperti negara Cuba yang miskin dan satu dunia lagi berkelas tinggi seperti Upper East Side di New York," jelasnya dalam satu sesi temuramah baru-baru ini.


PERCINTAAN antara dunia merupakan intipati filem Upside Down.


Ujarnya lagi, watak yang dilakonkannya hidup di dunia yang berkelas tinggi manakala Sturgess di Cuba dan filem itu umpama perbezaan percintaan dua darjat.

"Satu dunia mengawal yang lain disebabkan oleh bekalan elektrik, manakala satu dunia lagi mengawal perkara yang lain disebabkan bekalan minyak," jelasnya yang memegang watak Eden dalam filem berkenaan.

Pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Jumanji ketika zaman kanak-kanaknya itu menerangkan bahawa, filem terbaharunya itu berlatar belakang bangunan usang dan pencahayaan juga kelihatan seperti tahun 80-an.

"Walaupun ada elemen moden tetapi ia zaman terbelakang, malah komputer yang saya gunakan juga jenis yang lama dan saya sangat sukakannya, jelasnya yang menganggap filem-filem bercirikan zaman dahulu adalah yang terbaik kerana tidak menampilkan peralatan zaman terkini seperti sebuah iklan komersial.

Amnesia

Bercerita lebih lanjut mengenai wataknya dalam Upside Down pula, Dunst memberitahu pula, ia bermula ketika Eden kecil dan kemudian bertemu dengan seorang jejaka dari dunia bertentangan iaitu Sturgees yang memegang watak Adam.

"Ia merupakan sebuah filem cinta, bagaikan kisah Romeo dan Juliet yang mana kedua-duanya berasal daripada latar belakang yang berbeza dan keadaan memisahkan mereka, darjat mereka, asal-usul mereka, si gadis juga hilang ingatan akibat kemalangan ketika masih kecil dan dia lupa ingatan," jelasnya.

Berbeza berbanding kisah cinta lain, ujar Dunst, ia memaparkan soal Adam yang sedaya upaya ingin Eden mengingatinya kembali bukannya seperti kebiasaan filem cinta yang menggambarkan perempuan yang menagih cinta lelaki.


KOLABORASI mantap Kirsten dan Jim ternyata berjaya menyemarakkan percintaan yang perlu diselami dalam filem Upside Down.


"Tidak disangka, Eden mengalami kemalangan yang menyebabkan dia menghidap amnesia sehingga dia melupakan memori bersama Adam," jelasnya telah menolak banyak tawaran yang hebat pengarah filem lain kerana tertarik dengan skrip dan set filem Upside Down.

Memperincikan tentang filem itu, kata Dunst, ia berkenaan seorang lelaki di dunia bawah ketika kecil yang gemar menaiki puncak pergunungan Sage yang merupakan puncak tertinggi bagi dunia bawah.

Tanpa disangka dia menemui gadis idamannya, Eden. Pertemuan itu berubah kepada satu perhubungan cinta dan mereka sering bertemu di situ.

Konflik dalam filem itu berlaku apabila, Adam ditangkap kerana menjalinkan hubungan terlarang dengan gadis dari dunia atas dan kemudian dipenjarakan selama sembilan tahun. Malangnya Eden mengalami kemalangan sehingga amnesia kerana terjatuh disebabkan pertembungan graviti.

Filem itu berlanjutan apabila Adam sedaya upaya untuk memenangi kembali hati gadis itu walaupun dia telah hilang ingatan.

Serasi dengan Jim Sturgees

Sepanjang penggambaran filem berkenaan juga, Dunst turut memberitahu terdapat beberapa momen menarik apabila terdapat dua dunia terbalik.

"Saya tidak boleh pakai skirt atau kain bila ke dunia Adam kerana ia akan mengikut arah graviti. Bagi Adam pula, dia tiada masalah kerana dia berambut pendek. Dia tidak perlu melakukan apa-apa. Saya sebaliknya perlu menyikat rambut ke belakang atau bersanggul berkali-kali kerana jika tidak, saya akan kelihatan bodoh," ujarnya.

Dia juga turut berkongsi kenangan sepanjang penggambaran bersama Sturgees sebagai pasangan kekasih dalam filem itu dan dia mengganggap lelaki itu bagai abang kandungnya sendiri.

"Saya sayangkan dia, sungguh. Dia juga seorang yang sangat baik," katanya mengakui tidak sukar mencari keserasian dengan aktor itu.

Baginya adegan yang tidak dapat dilupakannya sepanjang menjalani penggambaran bersama Sturgees adalah ketika dia duduk di bahu lelaki itu.

"Saya dan dia berangan-angan seolah-olah kami macam budak


KEMESRAAN yang mudah terjalin antara Kirsten dan Jim di set penggambaran filem Upside Down.


kecil yang teruja, dan kami melambung-lambung di udara. Saya seolah-olah anak kecil di bahunya dan ketika kami menonton kembali rakaman dan kami tergelak-gelak bagai nak gila," tambahnya yang sebelum ini cukup popular sebagai Mary Kane dalam siri filem pecah panggung, Spider-Man.

Raja Azmi tak yakin AIFFA 2013

Posted:

Raja Azmi tak yakin AIFFA 2013

Raja Azmi tak yakin AIFFA 2013

Oleh HARYATI KARIM


(DARI kiri), Raja Rozaimie, Joseph, Livan dan Ik pada majlis sidang akhbar AIFFA 2013 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


ANUGERAH dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 (AIFFA 2013) yang buat julung-julung kalinya dianjurkan bakal berlangsung selama tiga hari di Kuching, Sarawak pada 28 hingga 30 Mac depan.

Usaha yang dilakukan oleh pihak penganjur sememangnya wajar dipuji kerana bukan mudah untuk menganjurkan sebuah anugerah serta festival filem bertaraf antarabangsa membabitkan negara ASEAN lain dan dikhabarkan industri filem Bollywood dan Hollywood akan turut serta.

Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM 25) yang hanya membabitkan orang tempatan dan diadakan saban tahun juga terpaksa ditunda penganjurannya pada tahun ini, apatah lagi festival besar seperti AIFFA 2013, pasti lebih banyak cabaran besar yang dihadapi.

Sudah beberapa kali mengadakan sidang akhbar di Kuching, Sarawak, baru-baru ini, penganjur AIFFA 2013 telah mengadakan satu sidang akhbar di Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Sidang akhbar tersebut turut dihadiri Pengarah AIFFA 2013, Livan Tajang; Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah; dan Setiausaha Kementerian Pelancongan Sarawak, Datuk Ik Pahon.

Ramai selebriti yang hadir tanda sokongan terhadap AIFFA 2013 seperti Radhi Khalid, Zed Zaidi, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Datin Sofea Jane serta pengarah dan penerbit sensasi Raja Azmi. Dalam memberi sokongan terhadap penganjuran AIFFA 2013 yang disifatkan dapat membantu meningkatkan lagi martabat industri perfileman tempatan, Raja Azmi mengakui yang dia tidak yakin dengan penganjuran AIFFA 2013.

Sedar kenyataan yang diberikan bakal menjadi kontroversi, Raja Azmi tidak kisah bahkan mengharapkan kenyataannya itu bakal memberi impak kepada penganjur untuk menganjurkan AIFFA 2013 sebaik mungkin. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Raja Azmi baru-baru ini.

Kosmo!: Sebelum ini Raja Azmi sedar akan penganjuran AIFFA 2013?

RAJA AZMI: Sebelum ini memang saya ada dengar yang AIFFA 2013 akan dianjurkan tetapi saya terkejut sangat sebab tiba-tiba sahaja sidang akhbar mengenainya diadakan. Penganjur wajar dipuji kerana Festival Filem Asia Pasifik juga seperti segan hidup mati tidak mahu dan khabarnya akan dimansuhkan. Jika AIFFA 2013 menjadi gantinya, bagi saya penganjur sangat berani untuk menganjurkan sebuah festival filem yang besar.

Adakah anda yakin dengan hala tuju dan penganjuran AIFFA 2013?

Penganjur AIFFA 2013 tiada langsung pengalaman dalam filem atau menganjurkan sebuah festival filem. Saya tidak tahu bagaimana mereka akan melakukannya kerana terus-terang saya berasa kurang yakin dengan penganjuran AIFFA 2013. FFM 25 juga masih terkapai-kapai dan ditunda sehingga 2013 inikan pula sebuah festival bertaraf antarabangsa.

Maknanya, anda tidak yakin dengan kemampuan penganjur walaupun disokong oleh Kementerian Pelancongan Negeri Sarawak?

Buat masa sekarang saya belum yakin tetapi jika AIFFA 2013 yang pertama kali diadakan mampu dilaksanakan dengan baik dan mendapat sambutan bukan sahaja daripada penggiat industri di negeri Sarawak bahkan seluruh Malaysia dan ASEAN, ini satu tamparan hebat buat FFM 25 yang akan diadakan pada bulan Februari depan. Jadi, kita kena tunggu dan lihat sahajalah.

Adakah anda sedar kenyataan yang diberikan ini bakal mengundang kontroversi?

Saya tidak kisah jika kenyataan saya ini menjadi kontroversi. Apa yang saya harapkan, kenyataan saya dapat memberi impak kepada penganjur dan juga penggiat industri perfileman tempatan kerana bukan semua tahu tentang tentang wujudnya AIFFA 2013.

Secara peribadi adakah anda menyokong AIFFA 2013?

Sebenarnya, apa sahaja usaha untuk membangunkan industri seni dan perfileman tempatan saya akan sokong. Saya juga hadir di sidang media AIFFA 2013 kerana saya ingin tahu apa sebenarnya AIFFA, secara tidak langsung kehadiran saya sebagai tanda sokongan kepada mereka. Apa yang saya harapkan, meskipun tujuan utama adalah untuk menarik lebih ramai pelancong ke Sarawak dengan penganjuran AIFFA tetapi jangan dilupa faktor utama wujudnya AIFFA ialah untuk membangunkan industri perfileman tempatan.

Nassier Wahab tak suka rap

Posted:

Nassier Wahab tak suka rap

Nassier Wahab tak suka rap

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


NASSIER WAHAB mengakui lebih selesa menyanyi secara solo.


SIAPA tidak kenal dengan penyanyi terkenal era 80-an, Nassier Wahab dan lagu Memori Cinta Luka yang menaikkan namanya kembali sekitar tahun 2006 dahulu.

Kini, Nassier, 50-an telah muncul dengan album penuh terbaharu, Cinta Farhat - Air Mata dan Doa sejak September lalu dan mempertaruhkan lagu Cinta Farhat sebagai lagu hit terbaharunya.

Dalam album berkenaan, terdapat 10 lagu baharu dan enam lagu hitnya sebelum ini yang dimuatkan dalam satu album.

"Saya memang mahu buat album penuh. Saya tidak mahu ikut trend macam artis lain yang hanya buat single sahaja," ujarnya yang mendapat kepuasan apabila menghasilkan album penuh.

Nassier yang tidak pernah mengeluarkan single setakat ini menambah, dia sebenarnya selesa dengan caranya sendiri apabila berani mengeluarkan album penuh yang jarang dilakukan oleh artis sekarang.

"Saya terbitkan album yang berkualiti sahaja, biarlah penyanyi lain nak buat single, saya dapat kepuasan dengan buat album penuh, janji peminat saya puas hati," kata penyanyi kelahiran Kota Kuala Muda, Kedah ini.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan dunia seni sekarang, apabila ditanya mengenai trend penyanyi yang seangkatannya telah berduet atau membuat penampilan khas dalam lagu penyanyi yang lebih urban, Nassier menjawab:

"Saya tidak minat, saya tidak suka genre rap, lagi pun saya tidak mahu rosakkan lagu sebab ada lagu yang sesuai buat begitu dan ada yang tidak sesuai."

Sungguhpun begitu, dia berkata, dia meminati lagu Apo Kono Eh Jang 2012 nyanyian Datuk AC Mizal bersama Rafidah Ibrahim dan Stellar Band serta menganggap kolaborasi itu berjaya.

Baginya, dia lebih selesa untuk menyanyi secara solo tanpa membuat penampilan khas mana-mana artis yang lebih muda dan lebih dikenali namanya pada zaman sekarang.

"Kalau nak ikut trend, macam-macam trend lain kita boleh buat, tidak semestinya hendak berduet, ada juga trend baharu dalam buat lagu misalnya," ulasnya yang tidak pernah terfikir untuk berduet dengan mana-mana artis tanah air.

Mengakui agak sukar untuk memasarkan lagunya dalam stesen radio sekarang berbanding dahulu, Nassier menganggap itu satu cabarannya untuk bekerja keras seperti ketika mempopularkan lagu Memori Cinta Luka dahulu.

"Saya mengakui memang payah, walaupun ada stesen radio yang terima lagu baharu saya ini tetapi ada yang tidak terima, tidak mengapa, saya sudah sebati dengan cabaran ini, banyak sudah dugaan yang pernah saya lalui," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai prinsip mengekalkan namanya dalam persada seni agar masih utuh hingga ke hari ini, Nassier tidak lokek berkongsi.

Katanya, dia berpegang kepada pesanan Datuk D J Dave ketika dia mula mencipta nama dahulu agar membuatkan semua pihak yang berurusan senang bekerja.

"Kalau berurusan dengan media atau pihak-pihak lain kita jangan buat perkara senang jadi payah dan jaga hati semua orang agar semua puas hati dengan kerja kita.

"Saya masih ingat pesanan itu sampai sekarang, walaupun nama kita naik perlahan-lahan, kita jangan lupa diri, insya Allah nama kita akan diingati selamanya," jelasnya ketika berkunjung ke Kosmo! baru-baru ini.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved