Selasa, 1 Januari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Telekung Vietnam popular di Malaysia

Posted:

Telekung Vietnam popular di Malaysia

Telekung Vietnam popular di Malaysia

LENGGOK bicaranya lembut, tutur katanya diatur kemas walaupun digabungkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.

Meskipun bait kata yang lahir daripada mulut wanita berusia 57 tahun itu kedengaran canggung pada telinga, ia sudah cukup membuatkan pelanggan yang bertamu di premisnya itu faham apa yang dibicarakan.

Wanita dengan ketinggian sederhana dan agak berisi itu sangat ramah. Nama Hajah Basiroh cukup popular dalam kalangan 'kaki' berbelanja atau tauke-tauke kain yang sering berulang-alik dari Malaysia ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

Sebut sahaja nama Hajah Basiroh atau nama penuhnya Hajah Basiroh Haji Aly, ia begitu sinonim dengan persalinan solat atau telekung. Telekung yang dijual dengan label jenama namanya sendiri itu memang tinggi permintaannya dalam pasaran Malaysia.

"Saya mula berniaga telekung sejak tahun 2000 secara kecil-kecilan di rumah. Dua tahun selepas itu perniagaan saya semakin memberangsangkan.

"Dulu, tidak ramai rakyat Malaysia datang ke sini, bahkan permintaan telekung juga tidak banyak," katanya yang berasal dari Kampung Chau Giang, wilayah An Giang.

Ibu kepada Siti Aisah, 8, ini memberitahu telekung yang dijualnya khusus untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia sahaja kerana orang Melayu Champa di Vietnam mampu membuat telekung sendiri.

Menurut cerita Hajah Basiroh, pada mulanya dia membantu seorang rakan sekerja dari Malaysia untuk mencari dan membeli telekung.

Dia membawa rakannya ke sebuah tempat membuat dan menjual telekung, tetapi telekung yang dijual biasa sahaja. Dari situ Hajah Basiroh mendapat idea untuk menjahit telekung dengan labelnya sendiri.

Bermula daripada menjual telekung dan tudung, Hajah Basiroh meluaskan perniagaannya menjual barangan lain seperti baju kurung, jubah, blaus dan pelbagai jenis cenderamata.

Wanita berketurunan Melayu Champa itu mahir menyulam dan menjahit sejak umurnya sembilan tahun kerana majoriti kanak-kanak di kampungnya didedahkan dengan kemahiran tersebut sejak kecil.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik perempuan itu, kebanyakan wanita Melayu Champa menguasai kemahiran menjahit sulaman termasuklah perhiasan bilik, pintu dan tingkap lengkap dengan sulaman tangan.

Menurut Hajah Basiroh, apabila ada majlis perkahwinan, perhiasan tirai di dalam bilik pengantin disulam secara gotong-royong oleh ahli keluarga.

"Saya menawarkan 30 jenis corak sulaman. Antaranya ialah corak bunga timbul lapan, timbul 11, timbul 20, timbul 34, timbul 51, timbul 60, kerawang segi empat sama, kerawang penuh, kerawang tinggi dan kerawang labah-labah yang paling sukar ditiru oleh pesaing.


PASTIKAN anda menjalankan urus niaga telekung Hajah Basiroh di premis ini bagi mengelakkan diri ditipu.


"Semua 30 jenis telekung ini dijual antara harga RM30 hingga RM90," katanya yang menjalankan urus niaga menggunakan mata wang Malaysia, Amerika Syarikat (ASD) dan Vietnam (Dong).

Telekung jenama Hajah Basiroh menggunakan material membuatkan si pemakai berasa sejuk, lebih tenang dan selesa ketika bersolat.

Material yang digunakannya untuk menghasilkan telekung diperbuat daripada benang khas dari China dan Korea.

"Telekung edisi istimewa yang dijual di sini ialah telekung sulaman tangan. Ia dijual pada harga RM90 kerana proses membuatnya rumit dan memerlukan ketelitian bagi menghasilkan sulaman yang halus dan berkualiti.

"Walaupun menawarkan pelbagai jenis telekung, kami juga menerima tempahan telekung mengikut rekaan yang dikehendaki pelanggan," ujarnya yang kerap melayari laman-laman web di internet untuk mencari ilham menghasilkan reka corak baharu.

Berikutan kesukaran yang dialami para pelanggan untuk mencari premisnya di 159 Huynh Van Street, Ward 12, Phu Nhuan, mantan Qariah Vietnam tahun 1997 itu membuka sebuah premis kecil di 33, Nguyen An Ninh Street, District 1, Bandar Ho Chi Minh berdekatan Pasar Ben Thanh.

Namun, cawangan tersebut hanya menawarkan lima jenis telekung sahaja berbanding 30 jenis telekung lain yang dijua; rumahnya bagi mengelakkan produknya ditiru.

Sudah menjadi adat berniaga, apa yang dihasilkan pasti ada edisi fotokopi dan telekung Hajah Basiroh tidak terkecuali.

Bagi memastikan telekungnya sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan, Hajah Basiroh sentiasa tampil dengan corak baharu.

Ramai peniaga di Pasar Ben Thanh tidak dinafikan kebanyakan corak telekung yang dijual di pasar itu hasil plagiat karya reka corak Hajah Basiroh, namun ia masih tidak mampu menandingi kualiti telekungnya.


ANTARA reka corak telekung yang boleh dipilih oleh pelanggan yang dijual pada harga antara RM30 hingga RM90 sahaja.


"Apabila saya tampil dengan corak baharu, setahun atau dua tahun kemudian mereka akan mengeluarkan produk yang meniru corak yang saya hasilkan.

"Malah ada dalam kalangan rakan-rakan mereka beli telekung daripada saya semata-mata untuk meniru. Atas sebab inilah saya perlu sentiasa mengubah corak rekaan telekung," katanya yang mempunyai pekerja seramai 30 orang.

Sejak jumlah pelanggannya meningkat dan permintaan terhadap telekung berganda, operasi membuat telekung yang bermula di rumah diperluaskan menjadi kilang sejak lima tahun lalu.

Mengambil masa dua jam perjalanan dari bandar Ho Chi Minh, kilang yang dimaksudkan berupa sebuah rumah persis industri kecil dan sederhana (IKS) di beberapa buah tempat.

Demi menjaga kualiti, Hajah Basiroh mempunyai kira-kira sendiri bagi memantau kualiti telekung yang dihasilkan.

"Satu tempat hasilkan telekung, di tempat lain pula buat sulaman tangan, dan beberapa rumah lagi buat sulaman biasa dan akhirnya dihantar ke rumah saya untuk memastikan kualitinya terjaga sebelum dijual kepada pelanggan.

Tambah isteri kepada Ahmad Abu Bakar, 65, itu penghasilan telekung yang rosak memang tidak dapat dielakkan.

"Dalam 1,000 helai, lebih kurang 10 helai akan rosak. Istilah rosak bermakna telekung tersebut bukan rosak teruk tetapi hanya mengalami kekotoran dan tali pengikat tercabut ketika proses membasuh menggunakan mesin.

"Jumlah telekung yang dihasilkan lebih kurang 5,000 helai sebulan dan permintaannya meningkat sekali ganda tiga bulan sebelum bulan Ramadan," katanya yang mempunyai pelanggan dari Brunei dan Singapura.

Selain menjual borong di kedai, Hajah Basiroh juga menyediakan perkhidmatan kiriman barangan yang ditempah pelanggan. Para pelanggan yang datang akan membeli lima hingga enam pasang telekung paling sedikit untuk ahli keluarga dan 30 pasang ke atas bagi yang berniaga.

Dalam pada itu, seorang pekerja Hajah Basiroh, Abdul Aziz Zakariya, 27, memberitahu, selain menjadi tumpuan pelanggan untuk membeli telekung, pelanggan juga datang untuk membeli baju kurung jubah dan tudung.


JIKA di Malaysia, baju kurung berlabuci harganya dijual dalam lingkungan harga RM160 ke atas, di premis Hajah Basiroh ia dijual pada harga antara RM50 hingga RM60 sahaja.


"Baju kurung Pahang yang dihiasi jemeki di bahagian dada, lengan dan bahagian bawah baju dijual antara RM50 hingga RM60," katanya.

Farah Shazwani Ali, 29, yang mengunjungi Vietnam buat kali pertama bersama teman-temannya sangat teruja apabila dibawa oleh pemandu pelancong ke rumah Hajah Basiroh.

"Telekung yang dijual sangat cantik dan murah. Telekung Hajah Basiroh boleh didapati pada harga RM30 di sini tetapi dijual RM100 ke atas di Malaysia.

"Selain harga yang murah, layanan mesra kepada pelanggan membuatkan saya dan teman-teman yang lain senang sekali membeli-belah di sini," ujarnya.

Turut berkongsi pendapat yang sama ialah Noor Hayati Mamat, 30, yang berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Menurut Noor Hayati, telekung yang dijual sangat berkualiti dan sukar untuk mencari kualiti yang sama pada harga murah di Malaysia.

"Material yang digunakan sejuk dan selesa. Tidak hairanlah kalau ada yang datang memborong telekung Hajah Basiroh dan menjualnya tiga kali ganda di Malaysia," katanya yang mahu mencadangkan kepada teman-teman supaya berkunjung ke kedai Hajah Basiroh.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Usaha Zoo Negara biakkan haiwan

Posted:

Usaha Zoo Negara biakkan haiwan

Usaha Zoo Negara biakkan haiwan

Oleh ADLAN JAAFAR

PADA pandangan mata kasar, tiga ekor gajah di Zoo Negara, Hulu Klang, Selangor itu sama seperti gajah-gajah lain baik di dalam zoo mahupun yang tinggal di hidupan liar.

Namun, bagi penjaga haiwan tersebut, Mohd. Hisham Ahmad, 30, dan Alias Ismail, 36, yang setiap hari menjaga serta memberi makan dapat mengesan perbezaan antara ketiga-tiga gajah itu.

Tiga ekor gajah Zoo Negara terdiri daripada seekor jantan dan dua ekor betina masing-masing diberi nama Bol serta Siti, manakala yang jantan dipanggil Triang.

"Memang apabila melihat gajah-gajah ini tiada beza dengan gajah-gajah lain tetapi jika diperhatikan, boleh melihat terdapat perbezaan ketara.

"Pergerakan Bol lebih ayu dan lembut berbeza dengan Siti yang kelihatan kasar. Siti pun ada gading kecil," kata Mohd. Hisham ketika ditemui di Zoo Negara baru-baru ini.

Celah Alias, terdapat gelaran yang diguna pakai bagi gajah jantan yang memiliki ciri-ciri betina seperti tiada gading di seluruh dunia iaitu Makna.

Bukan sahaja sifat fizikal tetapi kecenderungan seksual Siti turut menjadi persoalan kerana gajah yang berasal dari Fraser Hill, Pahang itu tampak cemburu setiap kali Triang dan Bol hendak mengawan.

Kata Timbalan Pengarah Zoo Negara, Dr. Muhamad Danial Felix, 46, Siti akan menolak Triang apabila gajah jantan itu mahu 'menunggang' Siti.

Ketika mula-mula Mohd. Hisham bekerja sebagai penjaga seksyen gajah, dia hanya diberitahu mengenai perkara tersebut oleh pekerja yang lebih senior, namun selepas setiap hari bersama Triang, Bol dan Siti, perlakuan itu dapat diperhatikan.

Maka, pihak Zoo Negara kini sedang membina kandang baharu untuk ketiga-tiga gajah tersebut supaya apabila Triang dan Bol mahu mengawan, Siti boleh diasingkan.

Gajah merupakan salah satu haiwan yang dalam perancangan Zoo Negara untuk dibiakkan pada tahun 2013. Haiwan daratan terbesar itu mempunyai masa bunting yang panjang iaitu sekitar 18 hingga 22 bulan.


ZOO NEGARA mempunyai lebih kurang 500 spesies dalam koleksi haiwannya.


Program konservasi

Zoo Negara merupakan satu-satunya zoo yang mengadakan Program Konservasi Pelepasan Burung Botak Upeh (Mycteria cinerea) di Kuala Selangor, Selangor dan Kuala Gula, Perak.

Taman haiwan yang dilancarkan pada 14 November 1963 itu juga telah berjaya membiakkan empat spesies burung enggang iaitu enggang papan (Buceros bicornis), enggang badak (Buceros rhinoceros), enggang jambul hitam (Aceros corrugatus) dan enggang belulang (Anthtracoceos albirostris).

Kata Muhamad Danial, burung enggang merupakan haiwan yang bersifat monogami sepanjang hayat menyebabkan pembiakan amat mencabar dan ia juga menjadi fokus pada tahun ini.

Selain gajah, orang utan turut menjadi fokus pada tahun ini untuk dibiakkan. Orang utan mempunyai kepandaian yang hampir dengan manusia.

"Kami boleh memasang jantan dan betina tetapi orang utan mempunyai sifat memilih dalam mencari pasangan. Jika tidak berkenan boleh menyebabkan si jantan memukul pasangannya," terang Muhamad Danial.

Ular sawa juga perlu teliti dalam menjodohkan jantan dan betina untuk pembiakan kerana jika tidak mempunyai saiz yang sama, ular bersaiz besar akan membaham yang kecil.

Tapir, harimau dan binatang seperti rusa pula boleh membiak setiap tahun.

Zoo Negara menggunakan kaedah pembiakan normal untuk semua haiwan yang terdapat di situ yang memiliki lebih kurang 500 spesies.

Menurut Muhamad Danial, terdapat juga beberapa kes di Zoo Negara apabila haiwan mahu melakukan proses pembiakan terbantut disebabkan binatang-binatang itu tidak tahu caranya.

Dalam kurungan

Apabila sampai musim mengawan, kura-kura gergasi Aldabra (Geochelone gigantea) mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat sehingga kedengaran ke pintu masuk utama Zoo Negara tetapi masalah terjadi apabila organ pembiakan jantan tidak masuk ke dalam organ pembiakan betina.


Syawal, bayi badak air yang berumur empat hari ini berenang bersama ibunya, Kibu. Dilahirkan pada 1 Syawal tahun lalu, Syawal hanya sempat hidup selama dua bulan sebelum disahkan mati akibat jangkitan virus.


Masalah tersebut turut berlaku pada badak sumbu putih (Ceratotherium simum).

"Perkara tersebut berlaku kerana haiwan-haiwan itu membesar dalam kurungan," terang Muhamad Danial lagi.

Dia menambah, jika mahu membiakkan haiwan di Zoo Negara supaya populasi terutamanya yang terancam boleh meningkat merupakan perkara yang boleh dilakukan.

Namun, terdapat beberapa hal yang mengekang pembiakan berterusan untuk dilakukan seperti makanan dan kawasan peliharaan.

"Sebagai contoh, harimau. Haiwan ini boleh dibiakkan setiap tahun tetapi Zoo Negara mempunyai keluasan terhad dan tidak membesar akibat pembangunan sekeliling.

"Mengikut Akta 716, setiap harimau mesti mempunyai keluasan tertentu. Jika ia tidak diikuti boleh menyebabkan lesen zoo ditarik," ujarnya.

Spesies seperti rusa yang mudah membiak juga memberi masalah secara tidak langsung kerana memerlukan makanan yang banyak, kenaikan harga tiket merupakan salah satu cara untuk menangani perkara tersebut.

Selain itu, perkara berkaitan seperti sarang atau kawasan kurungan juga memainkan peranan seperti hal yang berlaku pada buaya jenjulung.

Cerita Muhamad Danial, haiwan tersebut sudah lama berada di Zoo Negara tetapi tidak pernah membiak.

Secara kebetulan sekitar tahun 2005, penjaga kurungan zoo tersebut jatuh sakit menyebabkan sarang buaya itu terbiar dan tidak dibersihkan.

"Daripada situ kami dapati ada sesetengah haiwan yang memerlukan sarang yang kotor untuk membiak seperti buaya jenjulung apabila didapati sang betina bunting.

"Pembiakan haiwan memerlukan pemerhatian dan kajian yang panjang dan dalam masa yang sama, kami menjalankan program pendidikan kepada pengunjung dengan memberi penerangan," terangnya sebagai cara apabila terdapat aduan daripada pengunjung mempersoalkan tahap kebersihan Zoo Negara.

Binatang-binatang yang lahir di dalam zoo juga tidak mudah untuk dilepaskan ke dalam hutan kerana ia sukar mengadaptasi dengan persekitaran.

Sesetengah zoo juga ada memberikan vaksin pada haiwan dalam kurungan, ia boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada spesies sama dengannya dalam hidupan liar jika dilepaskan begitu sahaja.


HARIMAU bintang betina ini antara haiwan yang dalam proses dipasangkan.


Ekosistem hutan juga boleh terganggu jika bilangan haiwan tertentu bertambah mendadak seperti harimau.

Sehubungan itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum pembiakan dibuat seperti usia haiwan dalam kurungan.

Penukaran haiwan

Setiap haiwan yang berada dalam kurungan mempunyai fail yang mengandungi maklumat keturunan, tarikh lahir, rekod kesihatan dan negara asal.

Rekod tersebut penting supaya haiwan-haiwan dalam kurungan tidak berlaku pembiakbakaan dalam yang boleh menyebabkan penyakit genetik berlaku.

"Haiwan juga berbeza dengan manusia. Binatang-binatang yang dibiakkan perlu mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA) tulen tanpa ada kacukan," ujarnya.

Selain itu, pembiakan haiwan dibuat apabila terdapat program kerjasama penukaran haiwan dengan zoo-zoo luar negara.

Buat masa ini, pihak Zoo Negara sedang dalam program penukaran haiwan dengan zoo di India. Pihaknya akan menyerahkan zirafah sebagai tukaran harimau putih.

Ketika lawatan di Zoo Negara, terdapat dua ekor anak zirafah yang diberi nama MAS Beacon dan MAS Sinaran sedang asyik menikmati makanan manakala seekor lagi zirafah betina sedang bunting.

Tambah Muhamad Danial, semua haiwan yang dilahirkan tidak boleh dipamerkan serta-merta kepada umum mahupun untuk dirakam.

Anak-anak haiwan perlu menjalani proses latihan paling singkat selama enam bulan bergantung pada tahap kepandaian spesies haiwan.

Simpanan data lebih bergaya

Posted:

Simpanan data lebih bergaya

Simpanan data lebih bergaya


PEMACU mudah alih Backup Plus Seagate berwarna silver ini mampu menarik perhatian pengguna.


TAMPIL dengan rekaan edisi terhad terbaharu, pemacu mudah alih Backup Plus berwarna violet pasti mampu mencuri perhatian pengguna.

Produk berjenama Seagate itu merupakan tambahan terkini dalam keluarga pemacu mudah alih Backup Plus bersaiz 2.5 inci.

Boleh didapati dalam kapasiti 500Gb dan 1TB, pengguna berpeluang membuat pilihan yang diingini. Selain warna violet, terdapat juga pelbagai warna lain bagi pemacu mudah alih Backup Plus Seagate yang sedia ada di pasaran.

Produk Backup Plus Seagate adalah cakera keras luaran pertama di dunia yang menyediakan sandaran untuk kandungan pada rangkaian sosial seperti Facebook dan Flickr serta mampu melindungi kehidupan digital anda dengan hanya satu klik.

Untuk menambahkan satu lagi tahap fleksibiliti, Seagate mereka rangkaian itu untuk berfungsi secara tukar ganti dengan kedua-dua komputer Windows dan Apple.

Selain itu, ia menampilkan ciri-ciri baharu untuk melindungi, berkongsi dan menyimpan hampir setiap aspek kehidupan digital.

Produk-produk itu dimuatkan dengan perisian Seagate Dashboard baharu sekali gus, membantu pengguna menghilangkan segala halangan untuk melaksanakan sandaran dan penyimpanan kandungan dengan mudah.

Selain untuk kegunaan peribadi, pemacu anggun dan elegan itu amat sesuai dijadikan hadiah istimewa buat keluarga atau insan tersayang.

Pemacu mudah alih Backup Plus Seagate boleh didapati di kedai peruncit utama di Plaza Low Yat (IT Mall) pada harga RM189 (500GB) dan RM289 (1TB). Untuk maklumat lanjut, layari www.seagate.com. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Keselamatan peranti berasaskan awan

Posted:

Keselamatan peranti berasaskan awan

Keselamatan peranti berasaskan awan

Oleh ADLAN JAAFAR


TERRENCE (dua dari kiri) dan Andrew (dua dari kanan) diapit oleh wakil pengedardi Malaysia pada majlis pelancaran Trend Micro Titanium di Kuala Lumpur.


DUNIA komunikasi mengalami evolusi, bermula daripada menggunakan telefon bimbit untuk membuat panggilan dan menghantar mesej serta melayari internet melalui komputer peribadi.

Kini, komunikasi dihubungkan dengan laman sosial dan juga aplikasi lain yang boleh dimuat turun dengan cepat dari storan aplikasi melalui telefon bimbit.

Semua itu boleh berlaku dengan adanya perkomputeran awan (cloud computing) yang membolehkan orang ramai mengakses data mereka pada berbilang peranti walau di mana sahaja.

Kebanyakan pengguna telefon pintar dengan capaian internet mahukan mereka sentiasa berhubung dengan rakan-rakan selain mengekalkan rangkaian senarai hubungan.

Namun, dunia tanpa sempadan sebenarnya boleh menyebabkan sifat negatif timbul dalam diri tanpa disedari seperti pasif, mudah terpedaya, ingin tahu yang keterlaluan, bangga diri, terlalu beremosi dan pengumpul aplikasi yang boleh dimuat turun tanpa menggunakannya.

Serangan virus

Sifat-sifat tersebut mampu mendedahkan pengguna kepada serangan virus dan aktiviti phishing yang boleh menyebabkan semua data yang disimpan seperti nombor telefon dan kad kredit 'dirompak' tanpa sedar.

Peneraju keselamatan perkomputeran awan, Trend Micro Incorporated (Trend Micro) melancarkan Trend Micro Titanium 2013 bagi menangani masalah terbabit berasaskan teknologi perkomputeran awan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Trend Micro Titanium 2013 merupakan sebuah perisian yang dapat melindungi fail penting dan data termasuk privasi pengguna dan keluarga tanpa mengira peranti yang digunakan sama ada Windows, Mac atau Android.

"Amat penting kepada pengguna untuk kekal berjaga-jaga dan dilindungi sepenuhnya dengan peralatan yang betul, mudah digunakan merangkumi semua jenis peranti dan platform," kata pengarah serantau, bahagian pemasaran digital dan pengguna Trend Micro, Terrence Tang baru-baru ini.

Melalui Titanium 2013, semua laman pautan pada laman sosial dapat dipantau dengan mudah dalam masa pantas iaitu sekitar beberapa milisaat.

Semua pautan tersebut akan diimbas menggunakan Privacy Scanner dan keputusan ditunjukkan dengan cara mesej pop-up. Amaran berwarna merah menunjukkan link tersebut berpotensi sebagai malicious link.

Warna hijau pula sebagai penunjuk pautan laman web tersebut selamat untuk diklik. Antara laman sosial yang dapat dipantau dengan Titanium 2013 ialah Twitter, Facebook, Google+, LinkedIn, Pinterest dan Sina Weibo.

Kata Pengurus Pemasaran Produk (pengguna), Asia Tenggara, Trend Micro, Andrew Tan, laman sosial seperti Facebook akan mengemas kini dan menambah baik laman mereka secara berkala setiap tahun.

"Pihak laman sosial akan melakukan setting privasi semua pemilik akaun menjadi default. Bagi mereka yang tidak mempunyai tabiat memeriksa setting privasi, pendedahan maklumat kepada penceroboh boleh berlaku," katanya.

Maklumat peribadi

Privacy Scanner juga boleh mengenal pasti tetapan yang perlu diberi penekanan terutamanya informasi peribadi sekali gus privasi pemilik akaun.

Trend Micro Titanium 2013 didatangkan dalam pakej satu dan tiga peranti untuk kegunaan platform Windows, Mac serta Android.

Sistem yang berasaskan perkomputeran awan itu juga membolehkan setiap aplikasi berjumlah lebih 650,000 buah yang terdapat dalam storan seperti Google Play dipantau setiap hari bagi mengesan identiti baharu virus.

Selain itu, terdapat Trend Micro DirectPass yang menguruskan semua kata kunci yang pelbagai dalam sebuah lokasi selamat, pengguna hanya perlu menghafal satu kata kunci untuk mengakses yang lain.

SafeSync pula merupakan storan awan sebanyak 5 gigabait untuk pengguna menyimpan data yang dibuat dengan selamat dan sebagai penyimpanan sandaran (backup).

Titanium 2013 juga memiliki Perlindungan Lost-Device iaitu membolehkan pengguna mencari, mengunci dan menghapuskan data jika peranti hilang. Online Guardian pula untuk ibu bapa mengawal kandungan yang dilayari oleh anak-anak.

Ia telah berada di pasaran pada harga RM109 untuk satu peranti manakala RM159 bagi tiga peranti. Pengguna bebas mereka kombinasi penggunaan platform dan gajet untuk pakej tiga peranti.

Ujar Andrew, pengguna Titanium 2013 juga membolehkan kemaskini identiti virus baharu tidak perlu dibuat setiap hari seperti perisian antivirus tradisional kerana ia telah dilakukan di awan lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Program 1CiTiZEN pupuk perpaduan melalui teknologi

Posted:

Program 1CiTiZEN pupuk perpaduan melalui teknologi

Program 1CiTiZEN pupuk perpaduan melalui teknologi


MOHAMED KHALED (tengah) bersama pemimpin pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) pada majlis perasmian Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2012 dan Pelancaran Program 1CiTiZEN di Putrajaya baru-baru ini.


PELANCARAN. Program 1CiTiZEN yang bertujuan memupuk perpaduan dalam pelbagai kaum melalui penggunaan teknologi secara berhemah telah dirasmikan di Putrajaya baru-baru ini.

Perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementerian itu, Datuk Omar Abd. Rahman.

Melalui 1CiTiZEN, pelajar perlu menjalani sesi latihan selama 12 jam serta menduduki peperiksaan ujian pensijilan bagi mendedahkan mereka tentang penggunaan teknologi secara berhemah dalam dunia digital.

Sehingga 30 November lalu, program tersebut telah melatih lebih daripada 23,000 pelajar dari seluruh negara.

7,000 pelajar miskin di Melaka terima bantuan Tapem

Posted:

7,000 pelajar miskin di Melaka terima bantuan Tapem

7,000 pelajar miskin di Melaka terima bantuan Tapem


SEBAHAGIAN daripada murid-murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Rembia serta keluarga masing-masing menunjukkan beg dan peralatan sekolah selepas majlis penyampaian bantuan di Melaka baru-baru ini.


BANTUAN. Sebanyak 7,000 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan telah menerima bantuan persekolahan bagi sesi 2013 melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) di Dewan Hang Tuah, Melaka baru-baru ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebanyak RM1 juta telah disalurkan melalui tabung itu bagi membantu pelajar miskin di seluruh negeri ini tanpa mengira bangsa dan agama.

Katanya, mereka telah diberikan bantuan beg sekolah, kasut, stoking dan dua pasang baju serta seluar.

"Semua bantuan yang diberikan ini khusus untuk keluarga miskin di negeri ini dan membuktikan keprihatinan kerajaan," katanya selepas menyampaikan bantuan tersebut.

Anak kakitangan Syabas, PNSB lawat loji rawatan air

Posted:

Anak kakitangan Syabas, PNSB lawat loji rawatan air

Anak kakitangan Syabas, PNSB lawat loji rawatan air


PRISCILLA (tengah) memberi penerangan kepada kanak-kanak mengenai hasil air bersih yang diperoleh selepas dirawat di Loji Rawatan Air di Hulu Langat baru-baru ini.


PENGALAMAN. Anak-anak kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB) telah menyertai program lawatan sambil belajar ke Loji Rawatan Air dan Empangan Sungai Langat, Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.

Program anjuran bersama Kelab Briged Penyelamat PNSB dan Persatuan Kakitangan Syabas dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya itu bertujuan memberi gambaran sebenar dan peluang untuk menimba ilmu tentang proses rawatan dan pembekalan air kepada para pengguna.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred turut hadir ke program tersebut dan memberi penerangan kepada para peserta tentang hasil air bersih yang diperoleh selepas dirawat di Loji Rawatan Air di Hulu Langat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


3 jam tersepit batu di kolam renang

Posted:

3 jam tersepit batu di kolam renang

3 jam tersepit batu di kolam renang

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my

AZLINA menunjukkan kesan lebam di belakang anaknya, Putera Faisal akibat tersepit di celah batu kolam renang di Subang Jaya semalam.


SUBANG JAYA – Anak lelaki seorang jutawan jualan langsung terkenal mengalami trauma dan calar di bahagian belakang badannya setelah tersepit selama hampir tiga jam di celah batu ketika mandi-manda di kolam renang sebuah hotel lima bintang di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu berlaku ketika mangsa, Putera Faisal Stapa, 13, mandi-manda bersama sembilan lagi ahli keluarga yang lain di kolam berkenaan.

Datuk Stapa Omar dan isterinya, Datuk Azlina Che Abdullah merupakan pengasas syarikat jualan langsung terkenal, De' Classic Life (M) Sdn. Bhd. (DCL).

DCL merupakan syarikat jualan langsung bagi pelbagai produk kesihatan, kecantikan, herba tradisional dan banyak lagi yang menjadi kegilaan ramai.

Azlina berkata, dia yang bergegas ke kolam renang itu sebaik dimaklumkan oleh pengawal peribadinya terkejut apabila melihat Putera Faisal menahan kesakitan selepas tersepit di celah batu yang agak besar.

"Sebaik tiba, saya lihat dia sudah tersepit dan cuba menenangkannya dengan memberikan motivasi serta menyuruhnya menarik nafas sekuat hati.

"Pihak bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian sebaik dihubungi pihak pengurusan hotel kira-kira pukul 11 pagi terpaksa mengambil masa hampir tiga jam untuk mengeluarkan anak saya," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

30 sekolah ditutup akibat banjir

Posted:

30 sekolah ditutup akibat banjir

30 sekolah ditutup akibat banjir

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


BEBERAPA pelajar SMA Mahmudiah, Hulu Terengganu terpaksa pulang apabila sekolah mereka ditutup akibat banjir semalam. - Gambar Azlan Bahrum


HULU TERENGGANU - Kira-kira 12,000 pelajar gagal memulakan hari pertama sesi persekolahan tahun baru 2013 semalam apabila 30 buah sekolah di Terengganu ditutup akibat banjir gelombang kedua yang melanda negeri itu semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, daripada 31 buah sekolah yang terlibat, 23 buah adalah sekolah rendah dan bakinya tujuh sekolah menengah.

Beliau berkata, daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah terbanyak membabitkan 12 buah sekolah diikuti daerah Besut sebanyak 12 buah dan masing-masing tiga buah sekolah di Kemaman dan Setiu.

Katanya, sebab sekolah berkenaan ditutup ialah sama ada dinaiki air, menjadi pusat pemindahan sementara atau masih dalam proses pembersihan selepas dijadikan pusat pemindahan dan terputus hubungan.

Tinjauan Kosmo! mendapati kesemua sekolah berkenaan mula dinaiki air sejak kelmarin selain Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang di sini yang mula dinaiki air kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Usah bangkitkan lagi isu persaraan 60 tahun

Posted:

Usah bangkitkan lagi isu persaraan 60 tahun

Usah bangkitkan lagi isu persaraan 60 tahun

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta semua pihak menghentikan sebarang desakan mahupun permintaan mengenai umur persaraan minimum sektor swasta, sebaliknya, mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Sumber Manusia.

Presidennya, Mohd. Khalid Atan berkata, dakwaan beberapa pihak sejak kebelakangan ini bahawa pelaksanaan had umur persaraan kepada 60 tahun pada 1 Julai ini sebagai terlalu lambat dan bakal menimbulkan masalah kepada pekerja berusia 55 tahun tidak benar.

"Pihak yang membuat dakwaan itu seharusnya meminta penjelasan daripada kementerian dan tidak melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana keputusan itu dibuat selepas perbincangan tiga hala bersama wakil majikan, pekerja dan pelbagai agensi kerajaan berkaitan pada tahun lepas," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chong Wei sedia tawan dunia

Posted:

Chong Wei sedia tawan dunia

Chong Wei sedia tawan dunia

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

CHONG WEI berazam untuk menamatkan kemerosotan prestasinya dengan menjuarai Kejohanan Badminton Dunia di Guangzhou, China Ogos depan.


JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei mampu merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Dunia di Guangzhou, China Ogos depan.

Keyakinan itu disuarakan oleh ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek.

Rashid berkata, kejohanan dunia tahun ini bakal menjadi fokus utama Chong Wei selepas gagal dalam misinya menjelmakan kilauan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik 2012 di London.

"Jika ditanya mengenai sasaran buat Chong Wei tahun ini, sudah pasti kejohanan dunia adalah fokus utamanya.

"Biarpun telah meraih pelbagai kejuaraan termasuk dalam kejohanan bertaraf Siri Super Premier dan Siri Super, Chong Wei belum lagi bergelar juara dunia. Jadi, tahun ini merupakan peluang terbaik untuk dirinya merealisasikan matlamat itu.

"Chong Wei tidak boleh berputus asa kerana peluang tetap ada. Saya percaya, dengan pengalaman yang dimilikinya, dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan dia bergelar juara tahun ini," kata Rashid ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sejak memegang status selaku pemain No. 1 dunia pada 2008, hanya kejuaraan dunia dan pingat emas Sukan Olimpik masih belum dinikmati oleh Chong Wei.

Mahu atau tidak dia perlu merealisasikan impiannya itu bagi meletakkan namanya sebaris dengan jaguh-jaguh badminton dunia seperti perseorangan China, Lin Dan dan Taufik Hidayat (Indonesia) yang terlebih dahulu telah melengkapkan koleksi kejuaraan mereka.

Lin Dan dan Taufik telah mencatat nama selaku juara pada Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia yang mana ia masih belum dinikmati oleh Chong Wei lagi.

Peluang untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik mungkin tipis buat Chong Wei berdasarkan faktor usianya yang semakin meningkat menjelang edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil tetapi sekurang-kurangnya gelaran juara dunia tahun ini dilihat mampu menjadi pengubat kekecewaan tersebut.

Menurut Rashid, bagi memastikan Chong Wei berada pada tahap prestasi terbaiknya sebelum turun beraksi pada Kejohanan Dunia, pemain kelahiran Pulau Pinang itu hanya akan menyertai kejohanan-kejohanan utama tahun ini.

"Faktor usia sudah tidak boleh dipandang mudah lagi oleh Chong Wei. Dia perlu menjalani latihan yang lebih berkualiti bagi memastikan kecergasan tubuh badannya sentiasa berada pada tahap terbaik.

"Jika tidak, ia pasti akan memberi masalah buat dirinya sekiranya mengalami kecederaan. Kita kena sedar, usianya semakin meningkat dan jika dia mengalami kecederaan tempoh untuk pulih itu agak lambat," kata Rashid.

Mengulas mengenai kehebatan dua pemain China, Lin Dan dan Chen Long yang pasti akan membayangi Chong Wei dalam misi memburu gelaran juara dunia tahun ini, Rashid berkata: "Sebenarnya mereka semua (Chong Wei, Lin Dan dan Chen Long) tidak jauh berbeza.

"Ketiga-tiga pemain itu memiliki peluang yang sama rata untuk bergelar juara.

"Namun, dalam masa yang sama, Chong Wei juga tidak boleh memandang rendah kemampuan pemain-pemain lain terutama dari China seperti Du Pengyu dan Wang Zhengming begitu juga Kenichi Tago (Jepun) dan Simon Santoso (Indonesia).

"Mereka ini semua boleh menjadi ancaman kepada Chong Wei. Tanpa kita sedari, prestasi mereka tiba-tiba akan meningkat dalam satu-satu kejohanan yang disertai,'' ujar Rashid.

Cabaran berliku skuad hoki

Posted:

Cabaran berliku skuad hoki

Cabaran berliku skuad hoki

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


PEMAIN hoki negara menjulang Piala Asia bagi meraikan kemenangan mereka selepas berjaya mengalahkan Pakistan 2-1 pada perlawanan akhir Pertandingan Hoki Remaja Asia ke-7 di Melaka pada Mei lalu.


PELBAGAI cerita suka duka telah mewarnai arena sukan hoki negara sepanjang tahun 2012.

Bagaimanapun, - Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tetap komited memartabatkan sukan hoki ke satu tahap yang lebih tinggi.

Bermula dengan kegagalan skuad kebangsaan meraih slot automatik ke Sukan Olimpik 2012 apabila tewas kepada Pakistan pada saingan akhir Sukan Asia 2010 membuatkan pasukan negara terpaksa memilih laluan sukar.

Mereka terpaksa menyertai perlawanan kelayakan Sukan Olimpik di Dublin, Ireland pada Mac lalu.

Ternyata harapan untuk melihat skuad kebangsaan beraksi pada pentas Sukan Olimpik seperti tahun 2000 di Sydney, Australia tidak kesampaian apabila mereka gagal melepasi perlawanan kelayakan pada bulan Mac.

Dalam pada itu, kekecewaan tidak sekadar berakhir di Dublin, sebaliknya terpalit pula kontroversi melibatkan jurulatih dan pemain sebaik pasukan itu pulang ke tanah air.

Semua berpunca apabila bekas jurulatih, Tai Beng Hai dikatakan menyalahkan disiplin pemain sebagai punca kekalahan sewaktu sesi bedah siasat dijalankan.

Bagaimanapun, masalah tersebut berjaya ditangani dengan sempurna oleh MHC, jurulatih dan pemain tanpa berlarutan panjang.

Sementara itu, berbeza pula dengan pencapaian diraih skuad remaja di bawah bimbingan jurulatih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang berjaya mencatat sejarah baharu buat sukan hoki negara.

Kejayaan menjulang Piala Remaja Asia 2012 di Melaka pada Mei lalu adalah satu pencapaian yang sangat ditagih sekali gus dapat mengubat kekecewaan ekoran kegagalan skuad senior dalam menggalas misi mereka di Dublin.

Walaupun kecemerlangan tersebut diraih oleh skuad remaja namun bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan gelaran juara Asia apabila terpaksa menewaskan pasukan handalan dunia seperti Pakistan, India dan Korea Selatan.

Lebih manis, kemenangan tersebut membolehkan skuad bimbingan Muhammad Dharma Raj mendapat slot automatik ke kejohanan Piala Dunia Remaja di India tahun hadapan.

Setelah lebih tiga bulan bermain teka-teki, akhirnya pada penghujung bulan Ogos lalu, MHC telah mengumumkan satu nama bagi menggantikan Beng Hai dengan bekas jurulatih Ireland, Paul Revington.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama skuad hoki kebangsaan mendapatkan khidmat jurulatih asing selepas lapan tahun di bimbing jurulatih tempatan.

Kali terakhir pasukan hoki negara mendapat sentuhan 'orang luar' ialah melalui Paul Lissek dari Jerman pada tahun 2000 hingga 2003.

Tugasan antarabangsa pertama jurulatih berasal dari Afrika Selatan itu adalah pada kejohanan hoki Cabaran Juara-Juara 1 di Argentina pada November lalu dan pasukan negara meraih kedudukan keempat.

Pencapaian pasukan negara dalam kejohanan itu boleh dianggap sesuatu yang positif setelah menduduki tempat kelima pada tahun sebelumnya.

Bagi tugasan kedua, pencapaian tempat ketiga dalam Kejuaraan Hoki Trofi Asia 2012 di Doha, Qatar yang berakhir minggu lalu wajar dipuji selepas berjaya membalas dendam menewaskan China 3-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Walaupun mereka sekadar mengulangi skrip sama yang dilakar oleh skuad tahun lalu pada kejohanan edisi pertama di Ordos, China namun kejayaan kali ini dengan mengikat Pakistan 3-3 serta menewaskan India 5-3 dalam perlawanan peringkat kumpulan wajar dipuji.

Dengan berakhirnya tahun 2012 bermakna ranjau yang lebih besar bakal menanti bagi skuad senior dan remaja negara yang ketika ini dalam persiapan bagi menghadapi misi masing-masing.

Tahun 2013, skuad senior bakal menghadapi saingan Piala Asia yang berlangsung di Ipoh, Perak pada bulan Julai manakala pasukan remaja pula akan ke India untuk menghadapi Piala Dunia Remaja pada Disember depan.

Sabah tekad pulih maruah

Posted:

Sabah tekad pulih maruah

Sabah tekad pulih maruah

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my


PASUKAN Sabah melakukan latihan kecergasan sebagai persiapan menghadapi kempen Liga Perdana musim 2013 di Stadium Likas, Kota Kinabalu kelmarin.


DIKENALI sebagai The North Borneo Football Club di awal kemunculannya, pasukan bola sepak Sabah cukup cukup sinonim dalam melahirkan nama-nama gah dalam kancah bola sepak negara.

Ia jelas terbukti sejak era 70-an apabila gandingan Hassan Sani bersama James Wong dilabel sebagai jelmaan kepada gandingan penyerang Mokhtar Dahari dan Isa Bakar.

Dua dekad selepas itu, muncul pula Matlan Marjan, pemain yang dijulang dan mendapat perhatian selepas menjaringkan dua gol ketika perlawanan persahabatan Malaysia menentang England pada tahun 1991.

Berakhirnya era Matlan, bola sepak Sabah kini kembali menjadi sebutan dengan kehadiran bintang muda paling bernilai kelahiran Bongawan, Rozaimi Abd. Rahman.

Rozaimi mencetuskan fenomena tersendiri kepada peminat tempatan selepas mencipta kejutan mengetuai senarai penjaring terbanyak kejohanan kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun di Yangon, Myanmar tahun ini.

Ketangkasan, kelincahan dan ketepatan tendangannya membolehkan Rozaimi meledak sembilan gol seterusnya meletakkannya antara penggempur baru yang digeruni saat ini sekaligus dimahkotakan sebagai Pemain Harapan Terbaik pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 baru-baru ini.

Cukup pada pengenalan pemain, rentetan kejayaan turut bersama Sabah apabila pernah menjadi pasukan elit dengan merangkul Piala FA pada 1995.

Tekad mahu meneruskan kegemilangan, setahun kemudian iaitu pada tahun 1996, pasukan bergelar Sabahawks itu menjulang pula Liga Perdana (kini dikenali Liga Super Malaysia).

Selain itu, Sabah juga pernah mengumpul koleksi selaku naib juara Piala Malaysia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1996, 2002 dan 2003.

Namun sejarah hanya tinggal sejarah. Musim 2012 menjadi saksi kepada kejatuhan mendadak pasukan Sabah sehingga terpaksa 'turun pangkat' untuk bersaing dalam Liga Premier pada musim depan.

Bermula dari awal musim, skuad yang asalnya dikendalikan Justin Ganai itu mempamerkan aksi tidak konsisten sehingga gagal merealisasikan sasaran Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang mahu sekurang-kurangnya berada dalam kelompok lima pasukan terbaik Liga Super.

Deretan kekalahan demi kekalahan yang dicatat akhirnya mencapai kemuncakknya apabila Sabahawks dibelasah pasukan Lions XII dari Singapura 9-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Kekalahan itu meletakkan Sabah sebagai pasukan dikalahkan dengan jaringan paling besar pada kempen Liga Super musim 2012.

Bagi merencatkan persembahan Sabahawks, kekalahan tersebut terpaksa dibayar dengan harga yang mahal oleh ketua jurulatihnya, Justin Ganai yang direhat oleh SAFA sebelum diganti dengan penolongnya, Andrew Manjanggim.

Biarpun posisi pengendali telah bertukar tangan, namun tiada keajaiban dapat dilakukan Andrew selepas dibelasah 0-4 oleh pasukan berstatus kelab, Selangor PKNS pada hari pertama jawatan itu dipegangnya.

Dengan prestasi tidak menentu sehingga hanya mampu menduduki tangga ke-13 Liga Super mengakibatkan pasukan itu terpaksa beraksi dalam saingan playoff bagi merebut slot ke Liga Super bersama Sarawak, Kedah dan naib juara Liga Premier, Pahang.

Seolah-olah tidak 'direstui', Sabah akhirnya tersingkir ke Liga Perdana selepas tewas 0-1 kepada Kedah. Penamat yang menyedihkan dan lebih 'kasihan' Sabahawks turut terlepas saingan Piala Malaysia.

Keadaan itu seterusnya mendapat reaksi daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang jelas menyatakan kekecewaanya terhadap prestasi Sabahawks.

"Sejujurnya, memang saya akui agak terkilan terutama apabila pasukan yang disayangi ini bakal bermain di Liga Premier dan bukan lagi Liga Super.

"Namun, bagi saya, kedua-dua liga ini mempunyai persaingannya tersendiri dan memenangi sekurang-kurangnya satu piala mampu mengubati luka pada musim ini," katanya ketika berucap pada majlis suai kenal pemain skuad Sabah di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Persoalan kini, mampukah Sabah bangkit sekali gus merealisasikan hasrat pemimpin No. 1 negeri itu untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala.

Andai dilihat dari segi rekod, Liga Premier bukanlah tempat asing bagi Sabah kerana pasukan ini pernah 'bersemadi' dalam saingan itu selama lima musim bermula 2006.

"Apabila kamu (para pemain) memiliki keyakinan, sifat jujur dan amanah serta mempunyai ikatan persefahaman, kerjasama dan konsisten pastinya permainan kamu akan lebih berkualiti.

"Ia adalah kunci kepada sokongan pemain ke-12 iaitu penyokong yang akan sentiasa berada di belakang anda bagi menyemarakkan lagi semangat dalaman diri kamu.

"Di Sabah, kita sedia maklum kalau pasukan menang, menang, menang pastinya stadium akan penuh hingga jalan pun sesak. Apa penyokong mahu adalah komitmen tinggi agar pasukan yang dibentuk adalah kuat dan boleh menang," katanya.

Sehubungan itu, SAFA yang bertekad mahu memulihkan maruah tercalar itu memperkenalkan 60 peratus muka baharu termasuk lapan pemain import tempatan dan empat daripadanya adalah bintang kelab T-Team diketuai bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd. Syamsuri Mustafa.

Tiga lagi bekas pemain T-Team yang menyertai Sabah termasuk Khairul Izwan Khalid, Shahril Faizal Sharifuddin dan Wan Mohd . Aliff Wan Jasmin.

Selain itu, Mohd . Hafizulldin Mohd . Noor daripada pasukan KL Pos, Mohd . Fazilidin Khalid (Selangor), Shahril Shaari (Harimau Muda) dan bekas pemain Pahang, Wan Azwari Wan Noor.

Selain khidmat pemain tempatan, Sabah juga telah mendapatkan sentuhan dua pemain import dari luar negara iaitu penyerang antarabangsa Mali, Koh Troare selain pertahanan dari Wales, Rhys David Weston.

Seterusnya, bagi memastikan persedian lebih rapi, 16 pemain tempatan yang benar-benar mampu memberikan sumbangan mereka turut dipilih iaitu Irwan Jamil, Rosdin Wasli, Alto Linus, Shahrul Azhar Ture, Sumardi Hajalan, Julamri Muhammad, Shahrudin Radzi, Zainizam Marjan dan Juffery Omopor.

Apa pun, segala impian itu tersandar di bahu ketua jurulatih Sabah, David McCreery yang diikat kontrak selama setahun bagi mengatur strategi dan taktikal baru untuk memastikan kebangkitan Sabah dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) tahun hadapan tercapai.

McCreery ketika ditemui pada pengenalan pemain skuad Sabah baru-baru ini berkata, akan sedaya upaya membentuk pasukan yang berdaya saing dan mampu mencipta kejutan pada perebutan piala dalam Liga M.

"Apa yang penting, kita berharap pemain akan menunjukkan aksi yang lebih baik dan fokus pada setiap perlawanan serta bersungguh-sungguh agar dapat memenuhi impian Presiden Safa," katanya yang menjadi jurulatih import ke-14 membimbing Sabah.

Sementara itu, bagi pemain paling senior Sabah, Zainizam, dia bagaikan tidak sabar untuk melalui beberapa siri perlawanan persahabatan bagi menguji gandingannya bersama Koh Troare.

"Sebagai bermain di posisi penyerang, tugas kami adalah satu iaitu menjaringkan gol seberapa banyak mungkin selain membantu membuka laluan kepada pemain lain untuk menjaringkan gol juga.

"Jadi, diharapkan rangkaian saya dan dia ( Koh Troare ) nanti akan menjadi seterusnya menjadi igauan kepada pasukan lawan nanti," ujar adik kepada pemain lagenda sabah, Matlan Marjan ini.

Berlainan dengan Mohd. Syamsuri yang sanggup mencari 'angin' baru untuk beraksi bersama Sabah meskipun pasukan lamanya, T-Team berada Liga Super.

Katanya, tujuannya hanya satu untuk membantu pasukan barunya itu kembali ke kancah liga pertama negara dengan sebaik mungkin mengurangkan gawang gol dibolosi pihak lawan.

"Berada di Liga Premier, kita akan merasakan daya juang yang tinggi kerana kesemua pasukan akan mencuba habis-habisan bagi memasuki Liga Super semula," jelasnya.

Apa sekalipun, seperti kata Musa, semuanya terserah pada para pemain sendiri sama ada mahu membiarkan Sabah terus rundum atau bangkit semula sebagai pasukan disegani seperti masa dahulu.

Sabah bakal memulakan kempen Liga Premier mereka dengan melayan kunjungan KL SPA Putrajaya FC di laman sendiri pada 7 Januari sebelum berebut Piala FA dengan lawan pertamanya adalah Felda United pada 25 Januari nanti.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Rumah Terbuka Malaysia Krismas eratkan perpaduan

Posted:

Rumah Terbuka Malaysia Krismas eratkan perpaduan

Rumah Terbuka Malaysia Krismas eratkan perpaduan

Oleh MUHAMMAD IZWAN MOHD. ISA

MUHYIDDIN (tengah) dan isteri melambai ke arah pengunjung tanda bermulanya tahun baharu 2013.


CUACA mendung di sekitar kawasan Dataran Merdeka tidak menjadi halangan bagi warga kota untuk sama-sama meraikan sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2012 dan sekali gus meraikan Perayaan Tahun Baharu 2013 yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan baru-baru ini.

Sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2012 yang bermula seawal 4 petang itu dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum dari pelbagai latar belakang agama.

Para pengunjung yang hadir pada petang itu dijamu dengan pelbagai jenis hidangan dari menu popular tempatan antaranya nasi ayam dan juga kek cawan comel pelbagai warna dan perisa.

Sambil menjamu selera dan beramah mesra, para pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis-artis terkemuka tanah air termasuklah Datuk David Arumugam dan Faizal Tahir.

Suasana ceria di Dataran Merdeka bertukar gamat apabila ketibaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman disambut oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim dengan penuh simbolik.

Ketika berjalan menuju ke pentas utama, Muhyiddin diiringi kereta kuda yang dihias mengikut tema perayaan Krismas, lengkap dengan seorang penunggang yang berpakaian Santa Claus.

Membina negara

Muhyiddin dalam ucapan perasmiannya berkata, gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan semua rakyat untuk berfikir dan bergerak sebagai satu bangsa untuk membina sebuah negara yang aman, maju dan makmur serta mampu bersaing di persada dunia.

"Tanpa mengira apa jua latar belakang kaum dan anutan agama, kita sebenarnya berkongsi masa depan bersama di negara yang kita cintai ini.

"Justeru, marilah kita berganding bahu dan berpadu tenaga mencipta masa depan yang lebih gemilang buat negara kita dengan mengekalkan keamanan dan keharmonian yang berteraskan toleransi dan penerimaan antara masyarakat berbilang kaum dan agama," katanya.

Dalam pada itu, beliau menambah, jika semua rakyat di Malaysia berkongsi prinsip yang sama tidak mengira agama ataupun bangsa, sebarang cubaan untuk mewujudkan prasangka negatif dalam kalangan masyarakat berlainan pegangan agama dapat dielakkan.

Katanya lagi, dengan penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Krismas tersebut, hubungan baik antara masyarakat di negara ini dapat dieratkan sekali gus memupuk semangat cintakan negara.

"Mudah-mudahan dengan sambutan rumah terbuka seperti ini, kita akan dapat menyimpul erat jalinan ikatan perpaduan yang terbina dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita yang tercinta ini agar kita dapat memacu kejayaan ke arah negara membangun pada tahun 2020," katanya.

Pada petang itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Rumah Good Hope, Gereja Lutheran, Persatuan Penggerak Seni Budaya Kuala Lumpur, Persatuan Peminat Opera Cina dan Muzikal Cina Kuala Lumpur serta Kelab Silamban Juara Kuala Lumpur.

Pada sebelah malamnya pula, suasana ceria di dataran bersejarah itu ditambah dengan sorakan dan kemeriahan pertunjukan bunga api selepas Muhyiddin dan isterinya mengira detik ke pukul 12 malam bersama-sama dengan para pengunjung.

Suasana kolonial di Coliseum Cafe

Posted:

Suasana kolonial di Coliseum Cafe

Suasana kolonial di Coliseum Cafe


MAKANAN laut seperti udang (kiri) dan ketam turut berada dalam senarai menu Coliseum Cafe.


MELANGKAH kaki ke dalam ruang Coliseum Cafe and Grill Room (Coliseum Cafe), serta-merta mood pengunjung seperti berada pada tahun 60-an.

Perhiasan terdiri daripada gambar dan kemasan lantai masih lagi terpelihara sejak ia dibuka pada tahun 1921.

Tiada muzik latar menyambut kedatangan para pelanggan pada waktu makan tengah hari, cuma bunyi kipas lama kedengaran berkeriuk.

Namun, ia menambahkan lagi suasana kolonial di Coliseum Cafe.

"Amat susah untuk menjaga sebuah restoran lama supaya ia terpelihara. Lantai sahaja perlu dilap sebanyak tiga kali sehari," kata pengurus operasinya, Kenneth Abdullah ketika ditemui di restoran yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Bukan sahaja suasana, menu hidangan sebanyak 75 jenis tidak pernah berubah sejak dahulu lagi, manakala tukang masak sekarang sudah berkhidmat lebih 60 tahun.

Terkenal dengan gaya masakan cantuman Hailam dan kolonial Barat. Tidak mungkin orang ramai dapat menikmati hidangan yang terdapat di Coliseum Cafe di tempat-tempat lain sama ada di Pulau Hainan, China atau Eropah.

Hidangan yang menjadi identiti Coliseum Cafe ialah stik sizzling yang didatangkan sama ada dengan kuah lada hitam, cendawan atau sos coklat dan bawang putih.

Harga stik sizzling antara RM35.90 hingga RM63.90 bergantung pada jenis daging yang dipilih. Terdapat juga stik yang dimasak dengan gaya biasa.

Cara terbaik untuk menikmati stik adalah dalam keadaan dimasak pada tahap medium kerana ia masih lagi memiliki jus dan rasa stik daging.

"Kepada mereka yang tidak suka aliran jus itu, lebih baik mencuba stik yang dimasak pada tahap medium well. Apabila dimasak pada tahap tersebut, masih lagi terdapat satu garisan merah pada keratan rentas daging tetapi tiada lelehan jus," terang Kenneth.

Tip nikmati stik

Lelaki yang telah berkhidmat dalam bidang makanan selama 26 tahun itu turut memberi tip cara untuk mengenali kekerasan daging yang dimasak pada tahap tertentu.

Caranya adalah dengan menekan jari telunjuk pada tapak tangan. Kekerasan dirasai itu menyamai stik yang dimasak secara medium.

Pemilihan bahagian daging untuk menikmati stik bergantung sama ada mahu yang tiada lemak langsung atau sedikit berlemak.

Jika tidak mahu lemak, pilih daging filler meat (daging pengisi), seperti daging batang pinang, semua lemak dibuang. Bagi yang gemar sedikit berlemak, bahagian tulang T (T-bone) merupakan pilihan yang tepat.

Pencuci mulut yang terdapat di Coliseum cafe juga sangat menarik seperti puding kastard karamel, pisang goreng dengan krim dan popia pisang bersama coklat dengan aiskrim vanila.

Pisang goreng dengan krim memiliki lapisan rangup nipis bahagian luar, manakala bahagian dalam pisang sangat lembut dan halus.

Ia diselaputi madu bagi memperkaya rasa yang terdapat pada pisang tersebut. Puding kastard karamel di Coliseum Cafe pula tidak terlalu manis kerana dimasak sedikit hangus.

Selepas menikmati pencuci mulut, secawan kopi Hainan yang dibancuh secara tradisional cukup untuk menutup majlis makan tengah hari.

"Rasa pahit dan sedikit keras yang berkekalan dalam mulut selepas menghirupnya memberi perasaan yang tenang kepada peminum," ujar Kenneth sambil meletakkan cawan kopinya ke atas meja.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Ramai cedera main mercun di Filipina

Posted:

Ramai cedera main mercun di Filipina

Ramai cedera main mercun di Filipina

SEORANG peniaga menyusun mercun yang dijual di gerainya di Manila semalam.


MANILA - Pihak berkuasa Filipina melaporkan lebih banyak kecederaan akibat bermain mercun semalam ketika petugas-petugas kecemasan bersiap sedia menghadapi peningkatan kejadian tidak diingini menjelang sambutan tahun baru.

Jabatan Kesihatan mengumumkan, angka kecederaan akibat bermain mercun meningkat kepada 186 orang sejak hujung minggu cuti Krismas, termasuk 33 kecederaan mata dan enam mangsa yang terpaksa dipotong anggota badan mereka.

Setakat kelmarin, angka kecederaan akibat bermain mercun berjumlah 171 orang.

Ketua Wad Kecemasan Pusat Rawatan East Avenue di sini, Emmanuel Bello, berkata, angka kecederaan dijangka terus meningkat.

Menurutnya, hospital berkenaan telah merawat 22 kes kecederaan akibat bermain mercun setakat ini.

"Kebanyakan kecederaan melibatkan orang dewasa disebabkan mereka mabuk. Mereka minum arak dan membakar mercun," kata Bello.

"Jika mereka hilang ibu jari, mereka hilang sebahagian besar fungsi tangan dan tidak dapat bekerja sekali gus menjerumuskan keluarga mereka ke dalam kesusahan," tambahnya.

Namun, katanya, sebahagian besar angka kecederaan melibatkan kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah yang tidak tahu tentang bahaya bermain mercun.

Keluarga di Filipina meraikan Hari Krismas dan tahun baru dengan membakar mercun yang mengeluarkan bunyi dentuman kuat serta asap hitam dengan menyebabkan keadaan di sebahagian kejiranan kelihatan seperti zon perang.

Pihak berkuasa Filipina melaporkan sebanyak 454 kecederaan akibat bermain mercun dicatatkan ketika sambutan menjelang tahun baru 2012. - AFP

Sembilan maut bas terbabas di AS

Posted:

Sembilan maut bas terbabas di AS

Sembilan maut bas terbabas di AS


GAMBAR menunjukkan bas yang terjatuh (dalam bulatan) ke dalam gaung dari sebatang jalan raya yang licin itu.


LOS ANGELES - Sebuah bas dalam perjalanan ke Kanada merempuh rel penghadang di sebatang jalan raya yang dilitupi salji di Oregon, Amerika Syarikat (AS) kelmarin sebelum terjunam ke dalam gaung dengan menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh kata polis.

Pihak berkuasa melaporkan, lebih 26 yang lain turut cedera dalam nahas jalan raya tersebut.

Polis negeri Oregon berkata, bas itu jatuh sejauh beberapa puluh meter ke dalam gaung.

Menurut polis, kemalangan berlaku semasa bas sewa khas itu dilaporkan menuju pulang ke Vancouver, Kanada selepas bertolak dari Las Vegas, dalam negeri Nevada, AS.

Setakat ini, polis masih menyiasat punca nahas jalan raya itu yang berlaku dekat bandar Pendleton, di timur laut Oregon.

Ketika kejadian kata mereka, terdapat 40 penumpang di dalam kenderaan tersebut tetapi jumlah sebenar masih belum dapat disahkan.

Bas itu dimiliki syarikat Mi Joo Tour & Travel dari Vancouver. - AFP

Penduduk Kemboja berusaha selamatkan ikan lumba-lumba

Posted:

Penduduk Kemboja berusaha selamatkan ikan lumba-lumba

Penduduk Kemboja berusaha selamatkan ikan lumba-lumba


DUA ekor ikan lumba-lumba Irrawaddy kelihatan di Sungai Mekong di wilayah Kratie, kira-kira 300 kilometer ke timur laut Phnom Penh pada 6 Disember tahun lalu.


KRATIE - Para pengawal sungai Kemboja berusaha menyelamatkan kehidupan ikan lumba-lumba dengan melakukan rondaan di Sungai Mekong bagi memastikan tiada aktiviti nelayan dan penduduk yang boleh menjejaskan kehidupan haiwan itu.

Menurut beberapa pakar, punca kematian ikan lumba-lumba dewasa adalah disebabkan jaring pukat hanyut yang ditinggalkan terlalu lama di sungai itu.

Pakar-pakar berkenaan percaya kehidupan ikan lumba-lumba berwarna kelabu itu berada dalam keadaan bahaya dan berdepan ancaman kepupusan di sungai tersebut.

Jumlah haiwan dewasa itu yang dikenali sebagai ikan lumba-lumba air tawar Irrawaddy adalah antara 85 hingga 150 ekor.

Seorang pengawal sungai, Pech Sokhan berkata, pihaknya perlu mendidik penduduk pada setiap hari tentang bahaya penggunaan pukat tersebut untuk menangkap ikan kerana ia boleh membahayakan ikan lumba-lumba.

Pukat hanyut dan kurungan ikan diharamkan di sungai itu.

Bagaimanapun, para pesalah yang menggunakan kaedah menangkap ikan tersebut tidak akan ditangkap atau didenda tetapi peralatan perikanan mereka dirampas. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved