Sabtu, 28 Disember 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Perkhidmatan bas RapidKL, LRT dan Monorel dilanjut sehingga 2 pagi pada 31 Disember

Posted:

Perkhidmatan bas RapidKL, LRT dan Monorel dilanjut sehingga 2 pagi pada 31 Disember

Perkhidmatan bas RapidKL, LRT dan Monorel dilanjut sehingga 2 pagi pada 31 Disember

28/12/2013 11:00pm

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan pengangkutan awam bandar, bas RapidKL, sistem transit aliran ringan (LRT) dan monorel akan dilanjutkan sempena sambutan Tahun Baharu 2014, Selasa ini.

Naib Presiden Eksekutif Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana Negara Berhad, Lim Jin Aun berkata, semua stesen LRT dan monorel akan dibuka sehingga pukul 1 pagi dengan stesen utama iaitu KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek, Hang Tuah, Imbi, Bukit Bintang, Bukit Nanas dan Titiwangsa melanjutkan operasi masing-masing sehingga pukul 2 pagi.

"Meskipun begitu, kami akan memantau bilangan pengguna dengan teliti.

Jika terdapat keperluan untuk melanjutkan lagi tempoh operasi, kami akan berbuat demikian selain menambah bilangan tren," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perkhidmatan bas RapidKL pula akan dilanjut setengah jam melebihi perkhidmatan tren bagi memudahkan orang ramai, katanya.

Lim berkata, laluan bas yang akan dilanjut perkhidmatannya ialah U64 (dari Taman Seri Muda ke Pasar Seni), U66 (Taman Medan ke Pasar Seni), U68 (Sri Manja/Sentosa ke Pasar Seni), U70 (Puchong Prima ke Pasar Seni), U22 (Sri Nilam ke Jalan Hang Lekiu), U40 (Terminal Kajang ke Mydin Sinar Kota), U23 (Taman Melawati ke Lebuh Ampang), U224 (Bandar Dato Senu ke Kotaraya), U6 (Taman Jasa Utama ke Medan Pasar) dan U88 (Kota Damansara ke Pasar Seni). - Bernama

Peruntukan RM10 juta untuk usahawan bumiputera di Pulau Pinang tahun depan

Posted:

Peruntukan RM10 juta untuk usahawan bumiputera di Pulau Pinang tahun depan

Peruntukan RM10 juta untuk usahawan bumiputera di Pulau Pinang tahun depan

28/12/2013 10:10pm

KEPALA BATAS - Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membantu usahawan bumiputera di negeri itu tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Fokus Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera MPBPP, Muhamad Farid Saad berkata, peruntukan itu akan membantu usahawan bumiputera menambah pusingan modal serta peralatan untuk meningkatkan perniagaan mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Usahawan BUmiputera Pulau Pinang 2013 (PenBEX) yang berlangsung sembilan hari bermula 21 Disember lepas itu di Dataran Transformasi Usahawan Kubang Menderong di sini hari ini.

Muhamad Farid berkata, pihaknya juga sedang berusaha menarik lebih ramai golongan muda di Pulau Pinang untuk menceburi bidang keusahawanan dengan menawarkan pelbagai kursus kepada mereka.

Tambahnya, sejumlah 50,000 pengunjung dan sebanyak RM1.1 juta hasil jualan berjaya dicatat sepanjang tujuh hari penganjuran PenBEX.

"Sasaran kita adalah 70,000 pengunjung dengan hasil jualan tunai sebanyak RM1 juta, nampaknya nilai jualan telah melepasi sasaran walaupun berbaki dua hari lagi. Ini satu pencapaian yang baik," katanya.

Pada majlis itu, pengusaha restoran dan ladang kambing di Permatang Pauh menerusi syarikat Puncak Niaga Kristal Sdn. Bhd., Datuk Abdul Halim Ahmad dipilih menerima Anugerah Usahawan Bumiputera Pulau Pinang.

Abdul Halim membawa pulang wang tunai RM12,000, sijil dan trofi. - Bernama

Lebih 15,000 rai perkahwinan Fizo Omar di Pasir Puteh

Posted:

Lebih 15,000 rai perkahwinan Fizo Omar di Pasir Puteh

Lebih 15,000 rai perkahwinan Fizo Omar di Pasir Puteh

28/12/2013 11:03pm

PASIR PUTEH - Lebih 15,000 orang, termasuk peminat dari selatan Thailand, hadir meraikan majlis kesyukuran perkahwinan pelakon dan pengacara terkenal, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim di kediaman beliau di Taman Seri Jawa di sini.

Kedua-dua mempelai, yang memilih tema pakaian warna merah jambu, disajikan dengan muzik gamelan Orkestra Seni Warisan Pauh Lima, Bachok, persembahan seni silat dan dikir barat oleh pendikir terkenal, Halim Yazid sebelum bersanding di pelamin yang ditempah khas.

Sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan bagi resipi khas gulai kawah Kelantan selain pelbagai juadah kuih-muih dan 'Hot Burger' untuk dinikmati tetamu.

"Jutaan terima kasih semua peminat di negeri ini yang bukan sahaja menyokong saya meningkatkan kemajuan dalam industri lakonan tetapi turut memberi sokongan dalam perniagaan burger yang popular dengan harga kaki lima tetapi nikmatnya bertaraf lima bintang," kata Fizo.

Fizo dan isterinya bernikah pada 10 November lepas di Country Height, Kajang, Selangor. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved