Ahad, 22 Disember 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pusat pemindahan sampah Taman Beringin dibuka semula Sabtu - Menteri

Posted:

Pusat pemindahan sampah Taman Beringin dibuka semula Sabtu - Menteri

Pusat pemindahan sampah Taman Beringin dibuka semula Sabtu - Menteri

22/12/2013 11:07pm

KUALA LUMPUR - Pusat pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin, Jinjang yang ditutup sementara kerana kerosakan mesin pemampat, dijangka beroperasi semula Sabtu depan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pihaknya juga sedang mengenal pasti kontraktor mengangkut sampah yang bertanggungjawab melonggokkan sisa pepejal di bahu Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2) berhampiran Kepong semalam.

Mereka bukan sahaja tidak akan dibayar tetapi juga berdepan tindakan undang-undang dengan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara enam bulan sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian pagi semalam, kontraktor yang memungut sampah terbabit bertindak melonggokkan bertan-tan sisa pepejal di bahu jalan MRR2 sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk selain menimbulkan bau busuk di situ.

Mereka dilapor berbuat demikian kerana tiada pilihan selepas tidak dimaklumkan lebih awal akan penutupan pusat pemindahan sampah terbabit. - Bernama

Lebih 20 cedera termasuk dua rakyat Malaysia dalam serangan bom di sempadan Selatan Thailand

Posted:

Lebih 20 cedera termasuk dua rakyat Malaysia dalam serangan bom di sempadan Selatan Thailand

Lebih 20 cedera termasuk dua rakyat Malaysia dalam serangan bom di sempadan Selatan Thailand

22/12/2013 10:20pm

BANGKOK - Dalam satu siri serangan bom terancang di kawasan berhampiran sempadan Thailand dan Malaysia hari ini, empat bom telah diletupkan dan dua daripadanya iaitu letupan ketiga dan keempat telah mencederakan 24 hingga 26 orang termasuk dua rakyat Malaysia.

Letupan ketiga di Hotel Oliver dengan bom dipasang pada sebuah kereta dan diaktifkan dengan jam digital dan bom keempat diletupkan di hadapan sebuah kedai di Bukit Kayu Hitam.

Letupan itu juga telah menyebabkan kebakaran, memusnahkan premis perniagaan dan sebahagian dari hotel itu serta kenderaan.

Pegawai Konsulat Pertama Pejabat Konsulat Malaysia di Sadao, Rozaimi Harun berkata, dua mangsa warga Malaysia itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita keturunan Cina.

"Identiti kedua-dua mangsa belum dapat dipastikan," katanya ketika dihubungi.

Bernama difahamkan, mangsa wanita itu telah dihantar ke Hospital Padang Besar, Perlis, manakala mangsa lelaki ke hospital di Pekan Sadao.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau perkembangan insiden pengeboman itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin dalam laman sosial Facebook PDRM berkata, keadaan di sana terkawal dan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil, termasuk memperketat pemeriksaan di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand. - Bernama

Imigresen Pulau Pinang tahan 51 warga asing di George Town

Posted:

Imigresen Pulau Pinang tahan 51 warga asing di George Town

Imigresen Pulau Pinang tahan 51 warga asing di George Town

22/12/2013 8:32pm

GEORGE TOWN - Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 51 warga asing dalam pemeriksaan di sekitar Kompleks Bukit Jambul, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Imigresen Bahagian Penguatkuasaan negeri, Basri Othman berkata, mereka terdiri daripada 19 rakyat Indonesia, 14 warga Myanmar, 13 warga Nepal, tiga Bangladesh, dan masing-masing satu rakyat Vietnam dan India.

"Lebih 500 orang diperiksa dalam operasi selama tiga jam sehingga pukul 7 malam tadi," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Katanya, kesemua 39 lelaki dan 12 wanita berusia antara 15 dan 40 tahun itu ditahan selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan imigresen antaranya tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain tinggal melebihi tempoh masa.

Operasi dilaksana selepas pihak berkuasa menerima aduan orang ramai mengenai kebanjiran warga asing di kawasan ini yang mengganggu ketenteraman masyarakat setempat, katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved