Jumaat, 13 Disember 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Enam bank tawar kemudahan bantu ringankan beban mangsa banjir

Posted:

Enam bank tawar kemudahan bantu ringankan beban mangsa banjir

Enam bank tawar kemudahan bantu ringankan beban mangsa banjir

13/12/2013 10:35pm

KUALA LUMPUR - Enam institusi perbankan yang mempunyai cawangan di kawasan terlibat banjir bersetuju melaksanakan beberapa inisiatif bagi meringankan beban kewangan serta harta benda pelanggannya.

Menurut kenyataan Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM) hari ini, bank berkenaan ialah Agrobank, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, EXIM Bank dan SME Bank.

ADFIM yang menyelia enam bank itu berkata, antara inisiatif jangka pendek yang dikenal pasti ialah menangguhkan sementara bayaran pinjaman, menstruktur semula pinjaman, membantu pelanggan mempercepat proses tuntutan insurans dan melanjutkan tempoh urus niaga di kawasan yang tidak terjejas banjir.

Bagaimanapun, pelanggan dinasihat pergi terus ke cawangan bank berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut kemudahan yang disediakan anggota ADFIM di bawah seliaan Bank Negara Malaysia.

Pelanggan juga boleh menghubungi khidmat pelanggan Agrobank di talian 1 300 88 2976; Bank Rakyat 1 300 88 12265; Bank Pembangunan Malaysia 03-2611 3888; Bank Simpanan Malaysia 1 300 88 1900; EXIM Bank 03-2601 2000; dan SME Bank 1 300 88 3131. - Bernama

Banjir: Hasil rondaan polis tiada laporan pecah rumah di Pahang

Posted:

Banjir: Hasil rondaan polis tiada laporan pecah rumah di Pahang

Banjir: Hasil rondaan polis tiada laporan pecah rumah di Pahang

13/12/2013 10:34pm

KUANTAN - Hasil rondaan polis di kawasan perumahan dan penempatan yang dilanda banjir di seluruh negeri, tiada sebarang kes pecah rumah dan kehilangan harta benda dilaporkan, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani.

Beliau berkata, anggota polis melakukan rondaan dengan menggunakan bot untuk memastikan rumah yang ditinggalkan kosong tidak dipecah masuk.

Sharifuddin berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan daripada dermawan kepada 286 keluarga anggota polis yang menjadi mangsa banjir di seluruh Pahang, di sini hari ini.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan memberikan bantuan kepada anggotanya yang menjadi mangsa banjir namun tidak menyatakan bentuk bantuan itu.

Katanya persediaan awal juga telah dibuat dengan keanggotaan yang mencukupi bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir. - Bernama

Lima kematian akibat denggi minggu lepas

Posted:

Lima kematian akibat denggi minggu lepas

Lima kematian akibat denggi minggu lepas

13/12/2013 10:33pm

KUALA LUMPUR - Tiga kematian akibat denggi dilaporkan di Sabah dan dua di Selangor minggu lepas menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 79 orang tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, kematian itu melibatkan tiga wanita dan dua lelaki berusia antara 16 dan 61 tahun dalam tempoh 1 hingga 7 Disember lepas.

"Empat kes melibatkan pelajar sekolah/kolej dan semuanya mendapatkan rawatan setelah mengalami tanda-tanda demam denggi. Ada antara pesakit yang mempunyai sejarah penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis.

"Kesemua kediaman kes bukan kawasan berwabak tinggi, namun pemeriksaan pembiakan nyamuk Aedes mendapati kadar pembiakan di kawasan kediaman berada pada tahap 1.1 peratus sehingga 8.3 peratus, melebihi kadar sensitif iaitu 1 peratus.

"Hasil pemeriksaan Pejabat Kesihatan telah menjumpai pembiakan Aedes di sekitar kawasan tempat tinggal pesakit seperti dalam bekas plastik, tayar, baldi dan bekas polistrin," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Lokman Hakim berkata, jumlah kumulatif kematian tahun ini sehingga minggu lepas bertambah jika dibandingkan dengan 34 kematian seluruh negara untuk tempoh masa sama tahun lepas.

Selain itu, katanya sebanyak 1,677 kes demam denggi dilaporkan minggu lepas dengan lapan negeri menunjukkan peningkatan.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatat peningkatan sebanyak 100 peratus dengan tiga kes, Sabah 76.9 peratus (10 kes), Perlis 75 peratus (tiga kes), Kedah 61.5 peratus (lapan kes), Terengganu 26.3 peratus (lima kes), Sarawak 11.5 peratus (tiga kes), Selangor 8.9 peratus (88 kes) dan Johor 0.6 peratus (satu kes). - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved