Jumaat, 13 Disember 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Tesco bersihkan pantai Port Dickson

Posted:

Tesco bersihkan pantai Port Dickson

Tesco bersihkan pantai Port Dickson

TESCO menjadikan aktiviti membersih pantai Saujana di Port Dickson sebagai satu tanggungjawab sosial.


SEBAGAI salah sebuah peruncit terkemuka di dunia, Tesco Malaysia (Tesco) menjadikan aktiviti membersih pantai di Port Dickson sebagai satu tanggungjawab dalam melindungi alam sekitar.

Lebih 500 individu terlibat dalam aktiviti anjuran bersama Tesco dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang diadakan di pantai Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Menurut Pengarah Perhubungan Korporat & Hal Ehwal Tesco, Azlam Shah Alias, pihaknya memandang serius isu alam sekitar dan komited untuk memberi sumbangan dalam menanganinya.

"Kami komited untuk memenuhi sasaran pada tahun 2020 iaitu mengurangkan sebanyak 50 peratus pembebasan gas karbon dioksida (CO2) dalam operasi dan produk kami.

"Tesco juga bekerjasama dengan para pelanggan melalui kempen Hijau Bumi Kita selain mempunyai matlamat menanam sebanyak 500,000 batang pokok dalam tempoh tiga tahun di negara ini," kata Azlam.

Melabur

Dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan CO2 dalam operasinya, Tesco baru-baru ini telah melabur dalam kempen Kurangkan CO2.

Menurut Azlam, antara langkah yang diambil bagi menjayakan kempen tersebut ialah memastikan penggunaan jentera berat mesra alam dan memasang lampu jimat tenaga di seluruh Tesco di Malaysia yang membabitkan kos sebanyak RM43.3 juta.


SEBAHAGIAN peserta sedang membersih pantai di Port Dickson.


Tambahnya lagi, pada tahun 2008 Tesco telah memperkenalkan skim mata kad Kelab Hijau bagi menggalakkan dan memberi ganjaran kepada para pelanggan yang prihatin terhadap alam sekitar. Menerusi skim itu, para pelanggan yang membawa beg dari rumah untuk mengisi barang-barang yang dibeli di Tesco akan diberikan mata ganjaran.

"Kami menerima sokongan yang baik daripada para pelanggan. Setakat ini, lebih 10 juta mata kad Kelab Hijau telah diterima oleh 100,000 ahli kami sekali gus membantu mengurangkan penggunaan lebih 118 juta beg plastik," jelasnya.

Dalam pada itu, aktiviti pembersihan pantai sejauh 5.5 kilometer itu turut dihadiri Yang Dipertua MPPD, Ab. Khalid Mat.

Turut hadir, rakan-rakan perniagaan Tesco dan pelbagai organisasi termasuklah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Jabatan Bomba, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Port Dickson, Politeknik KPM, Jabatan Alam Sekitar, SWM Environment Sdn. Bhd., Angkatan Tentera Malaysia dan masyarakat setempat.

Azlam juga turut menyampaikan pokok kepada Ab. Khalid sebagai tanda simbolik komitmen Tesco untuk menanam 5,000 batang pokok di sekitar Port Dickson bagi menghijaukan lagi kawasan tersebut.

Pihak Tesco percaya penglibatan lebih ramai orang dalam aktiviti penjagaan alam sekitar akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik dan hijau.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved