Selasa, 31 Disember 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rajagobal hijrah ke Singapura?

Posted:

Rajagobal hijrah ke Singapura?

Rajagobal hijrah ke Singapura?

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

TINGGAL KENANGAN... Rajagobal mengakhiri tahun 2013 dengan melepaskan status sebagai pengendali Harimau Malaya.


DESAS-DESUS kini bertiup kencang apabila bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal dilapor bakal berkelana ke Singapura.

Spekulasi itu semakin hangat apabila Rajagobal dikatakan hampir menyatakan persetujuan untuk membimbing salah satu kelab di negara republik tersebut.

Rajagobal yang membimbing skuad negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 dan memenangi pingat emas Sukan SEA 2009, kini bebas menyertai mana-mana pasukan selepas kontraknya dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi tamat semalam.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Rajagobal mengakui, beliau menerima banyak tawaran untuk menjadi jurulatih pasukan baharu.

Rajagobal turut memberikan sedikit bayangan mengenai masa depannya biarpun enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak tahu mengenai tawaran daripada (salah satu kelab) Singapura tetapi saya akui memang ada tawaran daripada pasukan-pasukan lain.

"Kita tengoklah macam mana. Jika tiada aral melintang, saya rasa tiada masalah untuk berbincang (dengan mana-mana pasukan).

"Saya mahu menilai terlebih dahulu setiap tawaran yang saya terima dan saya tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.

"Saya akan fikirkan kemudian dan buat masa ini, saya mahu berehat bersama keluarga," kata Rajagobal ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Rajagobal berkata, beliau akan mengumumkan mengenai hala tuju terbaharunya jika telah bersetuju menerima tawaran daripada mana-mana pihak.

"Seperti yang saya katakan tadi, memang ada tawaran tetapi saya akan maklumkan kepada semua pihak jika ada sesuatu yang baharu," katanya.

Pada November lalu, FAM memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dengan bekas jurulatih Selangor dan Kelantan itu yang mula membimbing skuad Harimau Malaya sejak 2009.

Ini kerana Rajagobal gagal memenuhi Petunjuk Prestasi Indeks (KPI) yang ditetapkan FAM iaitu layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.

Talian hayat terakhir

Posted:

Talian hayat terakhir

Talian hayat terakhir

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


AMIRULHADI mendapat 'lampu hijau' daripada FAM untuk menyarung jersi Johor DT mulai musim ini.


HARI ini bagaikan 'talian hayat' terakhir buat Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) berjuang demi mendapatkan semula bekas pemain kebangsaan, Amirulhadi Zainal.

Ini kerana, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan melanjutkan tempoh rayuan yang diberikan kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Status Pemain pada Jumaat lalu yang membenarkan Amirulhadi, 27, menyertai Johor Darul Takzim (Johor DT) musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, hari ini merupakan tarikh akhir bagi mana-mana pihak mengemukakan rayuan masing-masing selepas diberikan masa selama tiga hari bermula kelmarin.

Menurut beliau, tarikh itu tidak akan dilanjutkan biarpun hari ini merupakan cuti umum sempena Tahun Baru.

"Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, esok (hari ini) merupakan tarikh akhir buat mana-mana pihak mengemukakan rayuan masing-masing.

"Mereka telah diberikan peluang berbuat sedemikian sejak Isnin lalu (kelmarin)," katanya kepada Kosmo! semalam.

Jumaat lalu, Jawatankuasa Status Pemain FAM yang dipengerusikan Takiyuddin membenarkan Amirulhadi menyertai Johor DT selepas mendapati kontrak selama dua tahun pemain itu bersama PBNP sebelum ini meragukan.

Namun, Amirulhadi tetap didenda RM25,000 atas dua kesalahan iaitu tidak mendedahkan keadaan sebenar kepada pasukan yang baharu ditandatangani (Johor DT) berhubung kontrak bersama pasukan terdahulu (Pahang), selain tidak membuat pengesahan dengan pasukan Pahang sebelum menyertai Johor DT.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah kelmarin juga mengesahkan Amirulhadi tidak perlu menunggu sehingga jendela perpindahan pemain dibuka semula Mac tahun depan untuk beraksi bersama Harimau Selatan.

Ini kerana, Amirulhadi telah didaftarkan sebagai pemain Johor DT sebelum tarikh pendaftaran pemain ditutup pada 17 Disember lalu.

Biarpun segala-galanya tampak tipis buat peminat fanatik Tok Gajah supaya Amirulhadi kekal bersama Pahang, apa jua kemungkinan masih boleh berlaku.

Mengulas lanjut, Takiyuddin memberitahu mana-mana pihak sama ada Amirulhadi, PBNP dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor perlu berhubung terus dengan Jawatankuasa Rayuan FAM jika tidak bersetuju dengan keputusan pihaknya sebelum ini.

"Ia kini dikendalikan oleh Jawatankuasa Rayuan FAM, jadi mana-mana pihak perlu berhubung terus kepada mereka jika terdapat sebarang rayuan berhubung perkara itu.

"Kami hanya akan mendedahkan sebarang perkara berbangkit (termasuk isu kontrak meragukan) kepada Jawatankuasa Rayuan FAM jika perlu," jelasnya.

Harimau Malaya hilang taring

Posted:

Harimau Malaya hilang taring

Harimau Malaya hilang taring

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI... Skuad Harimau Malaya meraikan kejayaan muncul juara Piala Suzuki AFF 2010.


SABAN tahun, bola sepak menutup kalendar sukan tempatan kekal dengan tradisi sebagai sukan No. 1 tanah air.

Biarpun Harimau Malaya kerap dibayangi dengan prestasi hambar, penyokong-penyokong tetap 'gila bola' dan masih sanggup memenuhi stadium.

Sepanjang tahun 2013, prestasi skuad Harimau Malaya sentiasa menjadi topik utama di setiap dada akhbar tempatan.

Apa yang pasti, 2013 bukanlah tahun yang diimpikan buat peminat serta penyokong setia bola sepak tempatan melihat prestasi skuad Harimau Malaya.

Era kejatuhan Harimau Malaya

SENTUHAN Datuk K. Rajagobal yang mula membimbing skuad Harimau Malaya sejak 2009 pasti melekat di benak fikiran peminat-peminat fanatik tempatan.

Magis Rajagobal ketika membantu Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki 2010 selain menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Loas menjadi kemuncak prestasi kariernya sebagai pengendali Harimau Malaya.

Begitupun, sentuhan luar biasa Rajagobal itu dilihat serba tidak menjadi sepanjang tahun lalu sehingga menyaksikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menyambung kontraknya yang tamat secara rasmi semalam.

Kemuncak kepada keputusan itu dibuat apabila Harimau Malaya gagal layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015 selaku dua pasukan terbaik dalam Kumpulan D.

Kini Harimau Malaya perlu mengharapkan keajaiban untuk mencuri satu slot Piala Asia 2015 selaku pasukan ketiga terbaik peringkat kumpulan.

Sebagai rekod, kali terakhir Harimau Malaya merakamkan kemenangan ialah ketika menewaskan kelab Australia, Sydney Olympic 4-0 pada aksi persahabatan Jun lalu.

Prestasi Harimau Malaya semakin dikecam selepas mereka tewas 0-5 kepada pasukan bertaraf kelab iaitu kelab Jepun, Shonan Bellmare dan Tokyo Verdy pada Julai lalu.

Seperti biasa, FAM terus menjadi 'medan' oleh pengkritik-pengkritik sebagai platform menghentam prestasi hambar Harimau Malaya.

Sejurus keputusan tersebut, FAM akhirnya mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Rajagobal yang gagal menepati Petunjuk Indeks Prestasi (KPI) iaitu layak ke pentas Piala Asia 2015 di Australia.

Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee diberikan mandat oleh FAM untuk membimbing sementara Harimau Malaya yang akan mengharungi aksi terakhir Kumpulan D Piala Asia 2015 menentang Yemen Mac depan.

Bagi pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, beliau menyifatkan tindakan FAM yang tidak melanjutkan kontrak Rajagobal bukan bersifat peribadi.

Kay Kim berkata, setiap jasa dan pengorbanan Rajagobal tetap dikenang.

"Setiap permulaan tetap akan berakhir dengan penutup. Perkara itu tidak terkecuali buat Rajagobal.

"Tidak dapat dinafikan, sumbangan Rajagobal kepada bola sepak negara cukup besar tetapi mungkin sudah tiba masanya FAM mencari jalan lain untuk meningkatkan tahap keupayaan bola sepak negara.

"Jika statistik menceritakan situasi sebenar skuad negara, FAM harus bertindak. Saya percaya FAM tidak memiliki sentimen lain (selepas tidak melanjutkan kontrak Rajagobal).

"Pada masa sama, FAM semakin terdesak untuk mencari calon-calon lebih sesuai untuk mengemudi skuad kebangsaan.

"Pada pendapat saya, kita tidak boleh lagi nak melakukan 'eksperimen' kerana kita membawa nama naik negara di pentas antarabangsa.

"Mungkin sudah tiba masanya Rajagobal berehat seketika. Paling mustahak, para penyokong harus kekal memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Harimau Malaya perlu nafas baharu

BEKAS pemain kebangsaan, Khalid Ali turut menggesa FAM mencari calon tepat untuk mengemudi skuad Harimau Malaya mulai tahun ini.

Selepas menyaksikan lebih banyak rekod buruk Harimau Malaya tahun lalu, Khalid percaya sudah tiba masanya pasukan kebangsaan diberikan nafas baharu dalam dalam usaha memperbaiki ranking dunia.

Khalid percaya Harimau Malaya memerlukan taktikal baharu dan beliau menyifatkan pengambilan jurulatih asing dilihat mampu memperkasakan skuad kebangsaan.

"Buat masa ini, kita memerlukan satu strategi baharu yang mana FAM perlu berbelanja sedikit untuk mendapatkan jurulatih-jurulatih yang berkualiti.

"Bukan saya mengatakan jurulatih kita tidak bagus tetapi buat masa ini, pengalaman mereka (pengendali import) membeza status kelas antara jurulatih tempatan.

"Jika kita masih berminat untuk mencabar kuasa-kuasa besar Asia seperti Australia, Jepun atau Korea Selatan, sudah tiba masanya kita mengorak langkah.

"Boleh dikatakan kita memiliki ramai pemain-pemain muda yang berkualiti dan dengan tunjuk ajar jurulatih-jurulatih ternama dunia, saya yakin kita mampu mencabar tiga kuasa besar Asia itu," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved