Jumaat, 13 Disember 2013

Kosmo Online - Pesona


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Jangan tunggu masalah jadi rumit

Posted:

Jangan tunggu masalah jadi rumit

Jangan tunggu masalah jadi rumit

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MALU adalah perasaan yang menyelubungi seorang penjawat awam apabila menyedari dia mengalami ejakulasi pramatang (PE).

Dia hanya berjumpa doktor selepas dipujuk oleh isterinya beberapa kali kerana khuatir masalah itu akan menjadi serius apabila usianya meningkat.

Menurut Razif Abu Bakar, 35, masalah itu berlaku selepas dia jarang 'bersama' isterinya kerana mereka tinggal berjauhan.

"Saya sudah berkahwin selama lapan tahun dan tidak pernah menghadapi masalah ketika bersama isteri. Namun, sejak bertugas di luar daerah lima bulan lalu saya tinggal berasingan dengannya.

"Dalam tempoh sebulan saya akan pulang ke rumah antara dua hingga tiga kali untuk berjumpa dengannya. Kualiti masa yang ada kami gunakan sebaik mungkin dan pada ketika itulah saya mula menyedari masalah ini," jelasnya.

Razif akhirnya mengambil keputusan berjumpa doktor kerana enggan masalah itu menjadi semakin serius pada masa akan datang.

Razif berkata, dia turut bimbang jika perkara itu menjadi semakin rumit sehingga menjurus kepada keretakan rumah tangganya.

"Sebelum berjumpa doktor, saya mencari maklumat dalam internet dan membaca beberapa artikel berkenaan PE.

"Dari situ saya tahu bahawa PE boleh mengganggu gugat keharmonian keluarga sehingga menyebabkan penceraian. Saya tidak mahu perkara seperti itu berlaku pada kami," jelasnya.

Atas saranan doktor, Razif menjalani terapi fizikal untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.


PIL penenang turut digunakan sebagai rawatan melambatkan proses ejakulasi.


Lebih berkesan

"Saya memilih rawatan tersebut kerana ia lebih berkesan dan tidak perlu bergantung kepada ubat-ubatan.

"Isteri juga memberi sokongan dengan mengikut saya berjumpa doktor kerana terapi fizikal memerlukan bantuan daripada pasangan," jelasnya.

Mengulas mengenai PE, Pakar Perunding Kanan Urologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Zulkifli Md. Zainuddin berkata, seseorang itu boleh dikategorikan menghidap PE jika tempoh ejakulasi kurang seminit.

"Tempoh purata normal bagi seseorang itu mencapai ejakulasi ialah 5.4 minit. Jika proses ejakulasi berlaku terlampau awal atau kurang seminit, seseorang itu dikatakan menghidap PE dan dia gagal mengawal pancutan air mani," katanya.

PE berbeza dengan mati pucuk atau erectile dysfunction (ED). PE terbahagi kepada dua kategori. Kategori pertama ialah lelaki yang mengalami masalah ini sejak pertama kali melakukan hubungan seks, dikenali sebagai PE primer.

Sementara lelaki yang tiba-tiba mengalami masalah ini selepas beberapa lama melakukan hubungan seks dikategorikan sebagai PE sekunder.

Bagaimanapun, menurut Zulkifli, PE boleh dirawat dengan beberapa kaedah.

"Pesakit boleh diberi rawatan topikal iaitu krim sapu seperti SS krim atau gel lignocaine yang membantu mengebaskan alat sulit.

"Bagaimanapun, kaedah yang terbaik ialah terapi fizikal. Ini dapat membantu meningkatkan pengawalan ejakulasi, namun kaedah ini memerlukan kerjasama pasangan," katanya.

Masalah di ranjang

Antara rawatan lain yang pernah diberikan kepada pesakit termasuklah pengambilan pil.

"Dahulu doktor akan memberi pil penenang atau selective serotonin re-uptake inhibitors (SSRI) bagi membantu melambatkan proses penghantaran neuro serotonin, lalu menjadikan seseorang itu berasa seronok.

PE adalah masalah ejakulasi lelaki yang berlaku selepas seminit bersama pasangan.


Jadi, seseorang itu tidak akan mencapai klimaks dalam tempoh masa yang singkat.

"Namun, pil tersebut mempunyai kesan sampingan seperti mengantuk dan kerosakan buah pinggang. Hari ini, terdapat pil baharu yang diperkenalkan seperti pil priligy. Ia hampir tidak mempunyai kesan sampingan," katanya.

Menurut Zulkifli, tidak ramai yang mengetahui masalah di ranjang berpunca daripada PE. Menurut kajian sebuah syarikat farmasi, Menarini Asia Pasifik (Menarini), 95 peratus lelaki Malaysia pernah mendengar mengenai PE, manakala sebanyak 51 peratus menyedari mereka menghidap PE tetapi malu berjumpa doktor.

Sementara itu, seorang suri rumah, Royaha Ismail, 27, memberitahu suaminya yang mengalami masalah PE agak malu untuk mendapatkan rawatan.

"Saya telah memujuknya beberapa kali untuk berjumpa pakar sakit tuan, namun dia (suami) tetap berdegil dengan alasan malu berkongsi masalah itu.

"Saya akur dan mengambil inisiatif berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat mengatasi masalah tersebut," katanya.

Hasil kajian terbaharu Menarini menunjukkan hanya 16 peratus pesakit yang berjumpa doktor, manakala sebanyak 49 peratus memilih untuk berkongsi dengan teman-teman.

Sementara itu, kira-kira 49 peratus lelaki Malaysia tidak mengetahui tentang adanya rawatan untuk PE.

Anak-anak yatim dirai penyelam skuba

Posted:

Anak-anak yatim dirai penyelam skuba

Anak-anak yatim dirai penyelam skuba

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


PARA peserta dan kru Program Amal Sukan Air sempat mengabadikan kenangan menyertai program yang julung kali diadakan itu.


APABILA tibanya musim perayaan, pelbagai pihak tampil untuk meraikan anak-anak yatim dengan penganjuran majlis makan malam atau berbuka puasa di hotel-hotel terkemuka.

Namun, pendekatan yang diambil oleh sebuah kelab selam skuba, Fun & Fair Divers bagi memberi keriangan kepada golongan ini agak berbeza dan boleh dijadikan contoh buat semua.

Kelab tersebut mengambil pendekatan dengan menganjurkan Program Amal Sukan Air yang berlangsung di Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE), Shah Alam baru-baru ini sekali gus berjaya menyuntik nafas baharu bagi meraikan anak-anak yatim di Malaysia.

Antara aktiviti yang dilakukan termasuklah renang, snorkeling dan selam skuba melibatkan penyertaan seramai 54 anak-anak yatim berusia dalam lingkungan 12 bulan hingga 17 tahun dari Pusat Jagaan Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh, Selangor.

Wakil penganjur, Azrul Shah Arshad berkata, pihaknya amat bersyukur dan berterima kasih atas kerjasama yang diberikan daripada kumpulan selam lain seperti Ombak Divers, Scuba Station dan individu perseorangan bagi melancarkan program yang julung kali diadakan itu.

"Biasanya, pihak lain akan datang ke rumah-rumah anak yatim untuk menghulurkan sumbangan atau membawa mereka membeli-belah mahupun makan beramai-ramai.

"Kami di Fun & Fair Divers mahu memberikan satu pengalaman berbeza buat anak-anak yang dikasihi ini. Melalui penganjuran program sebegini, ia secara tidak langsung dapat memupuk minat mereka dalam aktiviti sukan air," ujar Azrul Shah kepada Kosmo!.


SEORANG kru memeriksa peralatan yang dipakai seorang kanak-kanak sebelum memulakan aktiviti menyelam.


Kegembiraan

Seawal pukul 10 pagi, program dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Syed Nasrullah al-Yahya Syed Hamid al-Yahya bagi memohon perlindungan daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Kemudian, para peserta menikmati sarapan pagi sebelum kesemuanya diberi peluang bermain di kolam dan menyertai aktiviti yang telah disediakan.

Apa yang pasti, kegembiraan jelas terpancar pada wajah anak-anak yatim itu apabila dapat menikmati kemudahan kolam renang dan mempelajari teknik selam skuba buat pertama kali dalam hidup mereka.

Menurut Azrul Shah, kanak-kanak tersebut dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan masa kira-kira 15 minit untuk menyelam.

"Ini membolehkan tenaga pengajar bekerjasama lebih rapat dengan setiap kanak-kanak dan memastikan mereka berasa selesa dengan peralatan menyelam sebelum memulakan aktiviti seperti pernafasan dalam air," jelasnya.

Selain itu, sementara menunggu giliran untuk menyelam, kanak-kanak lain diajar berenang dan melakukan aktiviti snorkeling.

Gelak ketawa

Sepanjang program berlangsung, suasana begitu meriah dengan dipenuhi gelak tawa para peserta dan kru yang terlibat.

Bagi Mohd. Amirul Faisal, 11, jemputan yang diterima untuk menyertai program amal itu amat dihargai. Dia melahirkan rasa teruja apabila berpeluang melakukan aktiviti sedemikian.

"Saya rasa pihak sekolah perlu menjadikan sukan renang sebagai salah satu subjek dalam mata pelajaran. Ia memang aktiviti yang menyeronokkan," ujar Mohd. Amirul yang pastinya akan menyimpan kemas pengalaman tersebut.


SEORANG peserta kelihatan gembira kerana berjaya melakukan aktiviti selaman skuba.


Sementara itu, wakil Fun & Fair Divers, Nur Jihan Halim, 29, memberitahu, apabila kita melakukan sesuatu untuk masyarakat, perlu sentiasa ada kegembiraan dan kepuasan dalam memberi.

"Saya harap pada masa akan datang, lebih banyak acara amal seperti ini dijalankan oleh pihak yang berkaitan. Ia sememangnya satu acara yang sangat menggembirakan dan tidak dapat dilupakan," tuturnya.

Acara yang berakhir pada pukul 4 petang itu ditamatkan dengan pengagihan cenderahati berserta sijil penyertaan oleh jurulatih selam skuba, Prof. Azhar Hussin dan Pengarah LS Secret Solutions, Norazleena Yaha.

Fun & Fair Divers merupakan kelab yang diasaskan oleh beberapa penyelam skuba tempatan pada bulan Julai 2012. Setiap ahlinya terdiri daripada individu pelbagai peringkat umur dan semua lapisan masyarakat yang berkongsi minat sama iaitu selam skuba.

Kumpulan Suria KLCC sumbang dana setengah juta ringgit

Posted:

Kumpulan Suria KLCC sumbang dana setengah juta ringgit

Kumpulan Suria KLCC sumbang dana setengah juta ringgit


DANA yang dikumpul akan digunakan untuk kebajikan dan kesejahteraan anak-anak autistik di Malaysia.


PUSAT beli-belah Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall (Kumpulan Suria KLCC) berjaya mengumpul dana sebanyak RM500,030.54 menerusi kempen Sunshine September untuk disalurkan kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom).

Dana ini akan digunakan oleh pihak Nasom untuk membantu 75 kanak-kanak autistik bagi membolehkan mereka menyertai program atau sekolah kebangsaan.

"Kempen Sunshine September yang dahulunya dikenali sebagai Purple Day telah diperkenalkan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai autisme selain mengumpul dana bagi Nasom.

"Badan kebajikan ini dipilih kerana ia adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan oleh ibu bapa yang mempunyai anak autistik. Mereka bukan sekadar komited terhadap kebajikan dan kesejahteraan anak-anak mereka malah amat prihatin terhadap nasib komuniti autistik di Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn. Bhd., Andrew Brien.

Dana yang dikumpul merupakan hasil jualan barangan eksklusif Sunshine September dan aktiviti di ketiga-tiga pusat beli-belah tersebut sepanjang tempoh kempen dari 19 hingga 30 September lalu.

Antara barangan yang dijual termasuk kemeja-T, pemacu kilat USB dan set kutleri. Rakan niaga Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall turut menyumbangkan dana daripada hasil jualan mereka sepanjang tempoh kempen ini. Pihak Nasom turut diberi peluang untuk menjual hasil seni kanak-kanak autistik dan hasil jualan disalurkan terus kepada mereka.

"Kami amat menghargai usaha Kumpulan Suria KLCC dan ingin berterima kasih kepada mereka. Kanak-kanak autistik memerlukan pelbagai program khas dan kosnya agak tinggi. Dengan bantuan ini, kanak-kanak ini dapat menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan," ujar Pengerusi Nasom, Bistamam Siru Abdul Rahman.

Nasom adalah sebuah pertubuhan yang berusaha untuk membantu individu autistik supaya mereka boleh menjalani kehidupan dengan lebih berdikari dan bermakna.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah ujian diagnosis, program pendidikan awal dan latihan vokasional. Buat masa ini, terdapat 19 pusat Nasom di seluruh negara dengan 16 pusat menyediakan program pendidikan awal manakala bakinya menyediakan latihan vokasional.

Program Mainstream Schools Nasom diperkenalkan pada tahun 2005 dan dimulakan dengan program perintis yang melibatkan lima orang kanak-kanak autistik.

Program tersebut tertumpu kepada kemahiran berkomunikasi dan bersosial supaya kanak-kanak berkenaan tidak perlu ke sekolah khas. Kini, sebanyak 14 sekolah di seluruh Malaysia terlibat dalam program tersebut. Ia disertai 58 pelajar sekolah rendah dan enam pelajar sekolah menengah.

Orang ramai boleh menghubungi 03-4022 3744 untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai autisme atau program yang ditawarkan Nasom.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved