Rabu, 18 Disember 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Singapura mahu usir 53 perusuh

Posted:

Singapura mahu usir 53 perusuh

Singapura mahu usir 53 perusuh

GAMBAR fail menunjukkan beberapa anggota polis memerhatikan sebuah kenderaan terbakar dalam rusuhan yang berlaku di Little India, Singapura pada 8 Disember lalu.


SINGAPURA - Pemerintah Singapura semalam merancang untuk mengusir 53 orang dan mengeluarkan amaran kepada kira-kira 200 orang lagi kerana terlibat dalam rusuhan paling buruk di negara ini dalam tempoh lebih 40 tahun pada 8 Disember lalu.

Menurut polis, semua 53 orang itu merupakan warga India namun seorang rakyat Bangladesh berada di dalam penjara dan dia tidak akan dibenarkan datang ke Singapura pada masa depan.

Dakwaan ke atas tujuh orang yang terlibat dalam rusuhan di Little India itu akan digugurkan sekali gus menjadikan hanya 28 orang sahaja yang akan didakwa melakukan rusuhan.

Kesemua 28 orang yang didakwa itu merupakan warga India.

Mereka akan dihukum tujuh tahun penjara jika disabit kesalahan.

Seramai 200 orang lagi itu akan hanya diberikan amaran oleh polis dan dibenarkan tinggal di Singapura.

Rusuhan itu berlaku selepas kira-kira 400 orang bertindak membakar beberapa buah kenderaan polis selepas seorang pekerja India mati akibat dilanggar sebuah bas. - Reuters

Berjalan di atas kabel di pergunungan French Alps

Posted:

Berjalan di atas kabel di pergunungan French Alps

Berjalan di atas kabel di pergunungan French Alps


MILLOT berjalan di atas kabel di depan Gunung Blanc di La Plagne, Perancis kelmarin.


LA PLAGNE, Perancis - Seorang pendaki gunung, Julien Millot menunjukkan kemahirannya dengan berjalan di atas kabel setinggi 380 meter (m) di sini kelmarin.

Millot yang merupakan bekas jurutera berjalan di atas kabel selebar lima sentimeter dari sebuah kereta kabel dengan menuju ke sebuah kereta kabel lain sejauh 60m.

Seorang rakannya, Tancred Mallet turut terlibat melakukan aksi yang sama seperti Millot di depan Gunung Blac.

Kedua-dua mereka melakukan persatuan itu bagi meraikan ulang tahun ke-10 kawasan ski Paradiski di pergunungan French Alps.

Kereta kabel itu menghubungkan resort Les Arcs, Peisey-Valandry ke sini. - Agensi

Wajah manusia berusia 5,500 tahun dihasilkan artis forensik

Posted:

Wajah manusia berusia 5,500 tahun dihasilkan artis forensik

Wajah manusia berusia 5,500 tahun dihasilkan artis forensik


GAMBAR bertarikh 11 Disember lalu menunjukkan Nilsson menghasilkan wajah manusia yang dilahirkan 5,500 tahun lalu.


LONDON - Seorang artis forensik terkenal dari Sweden, Oscar Nilsson berjaya menghasilkan semula wajah manusia lelaki purba yang berusia 5,500 tahun, lapor agensi berita AFP semalam.

Wajah manusia itu dihasilkan semula berdasarkan tengkorak dan rangka tulangnya yang ditanam di sebuah kawasan yang terletak 2.41 kilometer dari lokasi pelancongan terkenal, Stonehenge, barat England.

Nilsson menghasilkan wajah itu dengan menggunakan silikon supaya muka lelaki tersebut kelihatan mempunyai daging.

Bukti-bukti forensik menunjukkan lelaki tersebut berusia di antara 25 hingga 40 tahun.

Dia dilahirkan kira-kira 500 tahun sebelum monumen batu Stonehenge itu dibina.

Tinggi lelaki itu ialah 172 sentimeter dan beratnya sekitar 76 kilogram.

Wajah dan rangka manusia itu kini dipamerkan di Pusat Pelancongan Stonehenge, barat England. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved