Khamis, 7 November 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Warga emas maut ketika jemput rakan pulang dari haji

Posted:

Warga emas maut ketika jemput rakan pulang dari haji

Warga emas maut ketika jemput rakan pulang dari haji

07/11/2013 11:19pm

DUNGUN - Seorang warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas menjemput rakannya kembali dari mengerjakan haji, maut selepas kenderaannya terlibat dalam kemalangan di kilometer 14.5 Jalan Dungun-Bukit Besi, berhampiran Kampung Delong, hari ini.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, kereta Proton Persona yang dipandu mangsa, Abdullah Muhammad, 64, dalam perjalanan pulang ke Dungun selepas menjemput rakannya, Mat Saman Hassan, di Lapangan Terbang Sultan Ismail (LTSI), Kuala Terengganu.

Ekoran kemalangan itu menyebabkan mangsa yang berasal dari Jalan Santong, Paka meninggal di tempat kejadian selepas cedera parah di bahagian kepala dan patah kaki kanan.

Rakannya Mat Saman, 74, yang bertugas sebagai bilal di Masjid Kampung Tebing Tembah, Paka, patah bahu kanan dan isteri Mat Saman, Halimah Embong, 55, patah tangan kanan manakala jirannya Senik Hussain, 65, patah kaki kanan.

Kesemua mereka yang parah dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dungun Superitendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, ketika kejadian kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Paka selepas mengambil Mat Saman yang baru sampai di LTSI.

Katanya, ketika kejadian sekumpulan pekerja kontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang menjalankan kerja pemasangan kabel di kawasan terbabit dan meletakkan sebuah lori tiga tan bertentangan di atas jalan itu.

"Ketika kejadian hujan lebat dan kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa melanggar papan tanda amaran sebelum merempuh bahagian depan lori terbabit yang diletak di tengah laluan sama," katanya ketika dihubungi.

Ahmad Zailani berkata, sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Dungun mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk. - Bernama

UPP Chuping tahan 142 warga myanmar di kebun jati

Posted:

UPP Chuping tahan 142 warga myanmar di kebun jati

UPP Chuping tahan 142 warga myanmar di kebun jati

07/11/2013 10:13pm

PADANG BESAR - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menahan 142 warga Myanmar termasuk lapan wanita yang memasuki negara ini secara haram di kawasan kebun pokok jati dekat sini awal hari ini.

Timbalan Komander UPP kawasan Chuping, Inspektor T. Veerasingam berkata, mereka yang berumur antara lima dan 40 tahun itu ditahan antara pukul 4 dan 6 pagi hasil maklumat awam.

Bagaimanapun tekong darat yang membawa masuk warga asing terbabit tidak dapat dikesan, dipercayai melarikan diri, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau percaya kesemua pendatang asing itu berjalan kaki ke kawasan kebun yang terletak tidak jauh dari sempadan negara selepas menceroboh pagar sempadan.Katanya berdasarkan siasatan awal, setiap warga Myanmar terbabit membayar RM6,000 kepada tekong darat untuk menguruskan kemasukan mereka ke negara ini.

Kumpulan ini dipercayai meninggalkan Myanmar lebih seminggu lalu sebelum tiba di sempadan Malaysia-Thailand, katanya.

Mereka telah diserah kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. - Bernama

2,110 graduan UiTM Perlis bakal terima ijazah dan diploma

Posted:

2,110 graduan UiTM Perlis bakal terima ijazah dan diploma

2,110 graduan UiTM Perlis bakal terima ijazah dan diploma

07/11/2013 10:11pm

KANGAR - Sejumlah 2,110 graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis bakal menerima ijazah dan diploma pada majlis konvokesyen ke-79 selama tiga hari universiti itu bermula Selasa depan.

Rektor UiTM Perlis, Datuk Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman dalam kenyataan medianya hari ini berkata, sebanyak 541 graduan akan menerima ijazah sarjana muda manakala 1,569 menerima diploma yang akan disampaikan Naib Canselor UiTM, Prof Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Majlis konvokesyen itu akan berlangsung di Dewan Sri Semarak, kampus UiTM Perlis.

Pada majlis konvokesyen itu, lima kumpulan graduan sulung daripada program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi, Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi dan Pengurusan Ladang, Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik (Kepujian) serta Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) akan bergraduan.

Turut bergraduan ialah para mahasiswa daripada program khas "Mengubah Destini Anak Bangsa," katanya.

Pelbagai kegiatan dirancang bagi memeriahkan majlis konvokesyen itu termasuk promosi program Edu-Tourism UiTM Perlis, jualan dan pameran hasil pertanian, kegiatan mewarna kanak-kanak dan lawatan ke kampus menggunakan trem. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved