Isnin, 4 November 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Darby ganti Hodak sebagai jurulatih Kelantan musim depan - Annuar

Posted:

Darby ganti Hodak sebagai jurulatih Kelantan musim depan - Annuar

Darby ganti Hodak sebagai jurulatih Kelantan musim depan - Annuar

04/11/2013 9:20pm

KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih Perak Steve Darby akan mengambil alih tugas Bojan Hodak sebagai ketua jurulatih pasukan Kelantan untuk saingan Liga Super musim depan.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata Darby telah bersetuju menandatangani kontrak selama dua tahun bersama skuad 'The Red Warriors' dan akan memulakan tugas pada 15 November ini.

"Terima kasih khusus kepada Bojan atas khidmat beliau dan menghormati hasratnya mahu berubah angin dan saya memahaminya.

"Insya-Allah senarai pasukan 2014 akan diumumkan selepas itu," kata Annuar menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Hodak, yang dilantik sebagai pengendali skuad Kelantan pada Mac 2012, mengesahkan bahawa beliau akan berubah angin pada musim depan namun enggan mendedahkan pasukan yang bakal dikendalikannya.

Darby, 58, kelahiran Liverpool, England, mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan di beberapa negara Asia sejak 1979.

Menyentuh mengenai prestasi pasukan Kelantan musim ini, Annuar berkata beliau berpuashati dengan pencapaian yang diraih para pemain walaupun terkilan dengan kegagalan mereka mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia. - Bernama

Sepucuk pistol ditemui ketika perlawanan akhir Piala Malaysia berlangsung

Posted:

Sepucuk pistol ditemui ketika perlawanan akhir Piala Malaysia berlangsung

Sepucuk pistol ditemui ketika perlawanan akhir Piala Malaysia berlangsung

04/11/2013 7:46pm

SHAH ALAM - Polis menemui sepucuk pistol bersama tujuh butir peluru hidup dalam sebuah tandas di Stadium Shah Alam malam semalam ketika perlawanan akhir Piala Malaysia di antara pasukan Kelantan dan Pahang sedang berlangsung.

Difahamkan pistol itu diletakkan di bahagian dinding dekat atas bekas tisu yang terdapat dalam tandas itu dan ditemui oleh anggota polis yang kebetulan masuk ke tandas tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superitenden Ruslan Abdullah berkata, pihaknya masih menyiasat pemilik pistol berkenaan dan motif senjata itu dibawa ke stadium tersebut.

"Buat masa ini kita tidak boleh memberi sebarang ulasan berhubung perkara itu kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.

"Namun apa yang saya boleh katakan, perlawanan yang berlangsung malam tadi (kelmarin) berjalan dengan lancar tanpa kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika di hubungi hari ini. - KOSMO!

Mayat lelaki ditemui di Jambatan Sungai Tengi

Posted:

Mayat lelaki ditemui di Jambatan Sungai Tengi

Mayat lelaki ditemui di Jambatan Sungai Tengi

04/11/2013 7:33pm

TANJONG KARANG - Mayat seorang lelaki yang diikat pada seketul batu dan dijerut dengan tali di leher ditemui bawah Jambatan Sungai Tengi, di sini, tengah hari hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd. Taib Ahmad mengesahkan menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu kira-kira pukul 1.15 petang.

Menurut beliau, siasatan mendapati mayat yang ditutup dengan selimut itu berada berhampiran dengan tebing sungai ketika air surut dan anggotanya terpaksa mengikat mayat itu pada kayu berhampiran sementara menunggu pasukan forensik tiba ke lokasi kejadian.

"Kita percaya dia sudah lama mati berdasarkan pada keadaan mayat yang ditemui namun siasatan lanjut masih dijalankan dan punca kematian hanya boleh diketahui se lepas bedah siasat dijalankan esok (hari ini).

"Mayat dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat," ujarnya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved