Ahad, 3 November 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Majlis tahlil Allahyarham Norazita di premis bank

Posted:

Majlis tahlil Allahyarham Norazita di premis bank

Majlis tahlil Allahyarham Norazita di premis bank

03/11/2013 9:37pm

KUALA LUMPUR - Satu majlis tahlil dan doa selamat untuk Allahyarham Norazita Abu Talib diadakan di cawangan AmBank, USJ Sentral, dekat sini hari ini.

Norazita terbunuh akibat ditembak dalam kejadian rompak di premis itu pada 23 Oktober lepas.

Majlis yang dihadiri Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim, pihak pengurusan kanan, petugas dan rakan Norazita berlangsung selepas solat Asar. AmBank dalam satu kenyataan hari ini berkata, sejumlah RM352,188 di bawah Polisi Insurans Kumpulan akan dibayar kepada estet Allahyarham Norazita. - Bernama

Serang polis: Dua penjenayah cedera ditembak di Semporna

Posted:

Serang polis: Dua penjenayah cedera ditembak di Semporna

Serang polis: Dua penjenayah cedera ditembak di Semporna

03/11/2013 7:09pm

TAWAU - Dua penjenayah cedera ditembak kerana cuba menyerang anggota polis dengan senjata tajam dalam dua kejadian berasingan di Semporna dekat sini awal hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian pertama berlaku pada 3 pagi di kawasan perumahan Semporna Central membabitkan seorang lelaki tempatan berumur sekitar 20-an ketika sepasukan polis menjalankan operasi cegah jenayah.

"Ketika operasi, suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan. Tiba-tiba suspek mengeluarkan pisau rambo dan cuba menyerang anggota polis menyebabkan polis melepaskan tembakan dan terkena bahu suspek," katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam kejadian kedua kira-kira tiga jam kemudian di pekan Semporna, Hamza berkata seorang lelaki tempatan ditembak di betis selepas cuba menyerang polis dengan gunting.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan dan dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan. - Bernama

Dua cedera parah, 24 cedera ringan bas rempuh lori

Posted:

Dua cedera parah, 24 cedera ringan bas rempuh lori

Dua cedera parah, 24 cedera ringan bas rempuh lori

03/11/2013 7:08pm

IPOH - Dua cedera parah manakala 24 lagi cedera ringan apabila bas ekspres yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori di kilometer 231.8 lebuh raya Utara-Selatan menghala Utara dekat Kuala Kangsar di sini awal hari ini.

Mereka yang cedera parah dalam kejadian pada pukul 1.40 pagi itu ialah pemandu bas Saiful Ikhsan Mohamad, 27, dan seorang penumpang rakyat Thailand berumur 42 tahun. Mereka kini dirawat di Hospital Taiping.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superitendan Guan Beng Kang berkata, bas yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Hatyai, Thailand itu merempuh belakang lori yang dalam perjalanan dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Gurun, Kedah.

"Bas itu sepatutnya menukar pemandu lain di kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang, namun pemandu tidak bertindak demikian dan meneruskan perjalanan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, bas berkenaan membawa 18 penumpang warga tempatan dan tujuh rakyat asing.

Pemandu lori tidak cedera manakala 24 penumpang bas yang lain dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Taiping, katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved