Ahad, 10 November 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Menulis kerana nazar kepada Allah

Posted:

Menulis kerana nazar kepada Allah

Menulis kerana nazar kepada Allah

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

DATUK Paduka Mumtaz Jaafar (dua dari kiri) merasmikan buku Tip Dr. Nora Anggun & Sihat di Putrajaya baru-baru ini.


HANYA wanita mengenal wanita. Kata-kata itu tepat untuk menceritakan jiwa Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar yang mesra disapa dengan panggilan Nora.

Lebih 20 tahun lalu, Nora telah bernazar untuk mencurahkan khidmat dan bakti melalui pekerjaan hakiki yang disandangnya atau menerusi penulisan sekiranya berjaya lulus dalam peperiksaan perubatan yang diduduki.

Ternyata niat baik beliau dimakbulkan yang Maha Esa dan janji itulah yang menjadikan wanita yang anggun berbusana rona kuning itu kekal berbakti kepada masyarakat khususnya golongan wanita sehingga ke hari ini.

Nora memiliki pengalaman selama 25 tahun sebagai doktor dan sepanjang tempoh itu, beliau telah merawat lebih 10,000 wanita dan menyambut kira-kira 3,000 kelahiran bayi.

Impiannya untuk memiliki pusat perubatan sendiri juga berjaya direalisasikan dengan tertubuhnya Pusat Perubatan PrimaNora di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur yang menjadi pusat sehenti perubatan dan kecantikan. Pusat perubatan tersebut menjaga keperluan kesihatan wanita dan keluarga.

Sepanjang hidupnya, Nora mempunyai misi untuk memartabatkan kesihatan golongan wanita dengan memberi maklumat dan mendorong mereka lebih memahami tentang kesihatan diri.

Buah tangan terbaharu

Pengalaman berharga yang dimilikinya diterjemahkan melalui penulisan lebih 200 rencana di pelbagai penerbitan. Penulisan beliau boleh dibaca di akhbar New Straits Times dan majalah Wanita.

Buah tangan terbaharu Nora buat pembaca setianya kini diterbitkan dalam bentuk buku yang berjudul Tip Dr. Nora Anggun dan Sihat.

"Wanita memang terkenal dengan pengorbanan masa dan jiwa demi kebahagiaan keluarga sehingga terlepas pandang kepada keadaan diri sendiri.

"Buku ini diterbitkan sebagai menyambut permintaan wanita di luar sana yang mahu mendapatkan maklumat berguna tentang cara penjagaan kesihatan diri," katanya pada majlis pelancaran buku tersebut di Hotel Palm Garden, Putrajaya baru-baru ini.

Menariknya, Nora berulang kali berpesan bahawa kesihatan bukan segala-galanya namun tanpa kesihatan, semuanya tidak membawa makna.

Artikel yang dibincangkan dalam buku tersebut menyentuh tentang kesihatan umum, kaedah mengatasi tekanan, kehamilan, ketidaksuburan dan kesihatan seksual wanita.

Idea menulis

Tambah Nora, idea menulis tentang tip berkenaan bukan sahaja melalui pembacaan dan pendidikan yang dimilikinya semata-mata malah kebanyakkan idea diilhamkan sendiri oleh pesakitnya.

Buku tersebut turut menekankan tentang amalan kesihatan yang baik dapat memberikan impak kesihatan untuk jangka masa panjang.

"Apa yang dicipta di atas muka bumi ini sebenarnya sudah cukup sempurna untuk kegunaan tubuh kita. Tetapi, kita sendiri yang sabotaj tubuh badan dengan mencampurkan benda asing di dalam makanan dan minuman.

"Kelesuan terjadi apabila badan manusia mengandungi terlampau banyak kandungan toksin. Sebenarnya, gula adalah lebih bahaya daripada heroin kerana ia juga menyebabkan ketagihan dan menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit," jelas wanita yang tidak pernah lekang menguntum senyuman ini.

Buku tersebut turut boleh dikongsikan dengan pasangan masing-masing agar golongan lelaki boleh memahami wanita dengan lebih baik.

Buku Tip Dr. Nora Anggun dan Sihat terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. ini dijual pada harga RM15 senaskhah dan boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh negara.

Koleksi karakter kartun di Animation World

Posted:

Koleksi karakter kartun di Animation World

Koleksi karakter kartun di Animation World


KARAKTER Doraemon ini turut mempunyai peminat dalam kalangan dewasa.


ADAKAH anda membesar dengan watak-watak kartun seperti Hello Kitty, Mickey Mouse dan Doraemon? Jika ya, anda pasti dapat mengimbau pelbagai nostalgia zaman kanak-kanak ketika berkunjung ke Animation World di pusat beli-belah Midvalley Megamall, Kuala Lumpur.

Pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan menanti pelanggan terutama si manja di Animation World yang kini menjadi rumah kepada karakter kartun tersebut termasuk Angry Bird.

Syarikat barangan bayi terkemuka, Anakku Sdn. Bhd. mencetuskan idea tersebut selepas berkunjung ke Disneyland setelah mendapati tidak ramai pelanggan mampu melancong ke luar negara bagi mendapatkan barangan kegemaran mereka.

Justeru, pembukaan Animation World memudahkan para pelanggan mendapatkan semua barangan termasuk karakter kegemaran di bawah satu bumbung.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jasmine Chew berkata, konsep Animation World adalah untuk memberikan pelanggan pelbagai pilihan barangan terbaharu dan suasana membeli-belah yang lebih menyeronokkan.

Semua itu diterjemahkan melalui pameran produk yang menarik dan menawan merangkumi pelbagai jenama animasi.

"Kami inginkan pelanggan berasa bahawa mereka sedang memasuki dunia yang berbeza apabila berkunjung ke sini.


JASMINE (tiga dari kiri) bergambar bersama kakitangan Animation World pada majlis pelancaran kedai tersebut di Midvalley Megamall, Kuala Lumpur baru-baru ini.


"Setiap karakter kartun tersebut mempunyai identiti dan personaliti tersendiri," katanya pada majlis perasmian Animation World baru-baru ini.

Tambah Jasmine, pihaknya berharap pengunjung dapat menilai sendiri kualiti barangan yang dijual kerana pihaknya menawarkan hanya yang terbaik kepada pelanggan.

Harga barangan yang ditawarkan pula berpatutan iaitu serendah RM4.90 hingga RM500 bergantung pada jenis barangan. Produk-produk tersebut menyasarkan bayi hingga kanak-kanak berumur lapan tahun.

Menariknya, Animation World bakal menawarkan pelbagai tawaran hebat pada setiap bulan bagi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan koleksi terkini selain menambah bilangan karakter kartun dari semasa ke semasa.

Kredit: www.kosmo.com.my

1 ulasan:

Axis Capital Holdings Limited on 14 Januari 2017 pada 12:52 PG berkata...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved