Jumaat, 1 November 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tugas terakhir Hodak

Posted:

Tugas terakhir Hodak

Tugas terakhir Hodak

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI dan MUHAMMMAD ZUHAILY BADLISHAH
sukan@kosmo.com.my

HODAK dilaporkan bakal meninggalkan Kelantan penghujung musim ini.


SEANDAINYA Kelantan sekali lagi dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2013, ia masih belum mampu untuk mengubati kekecewaan peminat-peminat fanatik pasukan Pantai Timur itu.

Ini kerana mereka bakal kehilangan jurulatih berwibawa, Bojan Hodak.

Jurulatih kelahiran Croatia itu berjaya memimpin Kelantan dengan pencapaian yang sungguh membanggakan sehingga bergelar juara trebel musim lalu.

Begitupun, Hodak yang dilantik sebagai pengendali skuad Kelantan pada Mac 2012 lalu, dilihat lebih berminat untuk memberikan perhatian kepada aksi final berbanding memikirkan hala tuju kariernya selepas ini.

"Benar, ini adalah tugas terakhir saya untuk Kelantan tetapi saya lebih berminat untuk memberikan perhatian kepada aksi final Piala Malaysia.

"Peluang buat kedua-dua pasukan adalah seimbang. Buat pasukan saya sendiri, skuad Kelantan berada di dalam keadaan terbaik.

"Sudah tentu kami mahu memenangi Piala Malaysia. Pendapat saya, tiada sebarang perbezaan aksi final ini dengan mana-mana perlawanan lain.

"Namun, kami turun tanpa kelibat Obinna (Nwaneri). Kedua-dua pasukan memiliki kelebihan sama yang mana pemain-pemain ini mempunyai pengalaman beraksi di perlawanan besar seperti final Piala Malaysia.

"Jika Obinna beraksi, saya berani mengatakan bahawa peluang kami iaitu sebanyak 51-49 peratus untuk menjulang Piala Malaysia sekali lagi," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang bertanding pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam.

Dalam perkembangan sama, Hodak juga tidak mahu terjerat dengan permainan psikologi Pahang pada final itu nanti.

Awas penyokong 'ganas'

Posted:

Awas penyokong 'ganas'

Awas penyokong 'ganas'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI dan MUHAMMMAD ZUHAILY BADLISHAH
sukan@kosmo.com.my


AFANDI mengingatkan para penyokong agar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak keselamatan.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan membiarkan penyokong yang bertindak 'ganas' pada final Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam malam esok terlepas tanpa sebarang tindakan.

FAM memandang serius isu keselamatan bagi memastikan final kejohanan berprestij antara Kelantan dengan Pahang itu berjalan lancar tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Bagi memastikan aspek keselamatan terjamin, FAM telah mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia yang akan memantau setiap gerak-geri penonton di kawasan stadium berkenaan.

Malah, pihak PDRM juga bersedia menggunakan helikopter bagi meninjau suasana serta memantau perjalanan perlawanan akhir itu di Stadium Shah Alam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Afandi Hamzah berkata, seramai 2,155 anggota keselamatan akan ditugaskan bagi memastikan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

"Pihak kami memandang serius aspek keselamatan. Bagi FAM, kejayaan sesuatu perlawanan itu bukan sahaja bergantung dengan perjalanan perlawanan itu sahaja tetapi kami juga harus mengambil kira aspek-aspek lain iaitu sebelum dan selepas perlawanan.

"Justeru, pihak polis akan memantau suasana final Piala Malaysia pada tahun ini menerusi helikopter selain menempatkan lebih ramai anggota bertugas sepanjang perlawanan tersebut. Mereka akan memantau keadaan di dalam dan luar stadium," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pengurus-pengurus pasukan di Stadium Shah Alam, semalam.

Tambah Afandi, beliau turut berharap sikap profesional dan sokongan padu daripada penonton dapat menyerikan lagi suasana final Piala Malaysia pada tahun ini.

"Namun, kami juga memerlukan kerjasama daripada semua pihak agar kita dapat menyaksikan kelancaran perlawanan ini. Jika penonton hadir secara profesional, saya yakin perlawanan ini berjalan dengan baik," katanya.

Dalam perkembangan sama, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin turut memberikan amaran keras kepada penyokong-penyokong bola sepak tempatan bahawa pasukan kesayangan mereka bakal beraksi tanpa kelibat penonton jika didapati melakukan perkara yang melanggar peraturan FAM.

"Saya berharap para penyokong jaga tingkah laku masing-masing," kata Hamidin.

Awas Liverpool - Wenger

Posted:

Awas Liverpool - Wenger

Awas Liverpool - Wenger


OZIL (kiri) menjadi harapan Arsenal untuk menjinakkan Liverpool awal pagi esok.


LONDON - Selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut di gelanggang sendiri, Arsenal tekad kembali bangkit seterusnya menjadikan Liverpool sebagai 'mangsa' pada perlawanan tumpuan Liga Perdana England minggu ini di The Emirates awal pagi esok.

Berbekalkan rekod cemerlang tujuh kemenangan dan satu seri dalam saingan liga domestik awal musim ini, Arsenal dilihat memiliki kelebihan dari segi keyakinan dan motivasi.

Kemenangan ke atas Liverpool bukan sahaja akan meningkatkan moral pemain malah mereka berpeluang mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga.

Ketika ini, Arsenal hanya memiliki kelebihan dua mata di depan Liverpool dan sekiranya menang, mereka mampu menjarakkan diri kepada lima mata.

Namun jika prestasi semasa diambil kira, kemampuan The Gunners mula dipersoalkan apabila kalah kepada Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara minggu lalu diikuti tewas pula kepada Chelsea dalam Piala Liga yang kedua-duanya berlangsung di The Emirates.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, beliau yakin pertemuan dengan Liverpool nanti akan membuktikan kredibiliti sebenar mereka apabila bakal menyenarai kembali para pemain terbaiknya seperti Mesut Ozil dan Olivier Giroud dalam kesebelasan utama.

"Kami sudah bersedia. Kami akan membuktikan keupayaan sebenar ketika menentang Liverpool.

"Kami berada dalam kedudukan terbaik dalam Liga Perdana dan perlu mengambil peluang ketika bermain di gelanggang sendiri. Kami juga mampu bermain baik di gelanggang lawan namun menjadi lebih penting untuk kami lebih sempurna ketika bermain di hadapan penyokong sendiri," kata Wenger.

Sementara itu, bagi kem Liverpool pula, mereka lebih bermotivasi selepas mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas West Bromwich yang mana Luis Suarez meledak hatrik dan Daniel Sturridge turut menjaringkan satu gol buat The Reds .

Ini ditambah apabila pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mengesahkan pemain tengah Brazil, Philippe Coutinho akan kembali memperkuatkan pasukan The Reds dalam pertemuan dengan Arsenal itu selepas dia berehat sejak 16 September lalu akibat kecederaan bahu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved