Sabtu, 2 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kosen akhirnya temui cinta

Posted:

Kosen akhirnya temui cinta

Kosen akhirnya temui cinta

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR dan NOR IDAYU BOSRO

SEMASA melawat London pada tahun 2009, lelaki paling tinggi di dunia yang mempunyai ketinggian 2.46 meter (m) ini berkata, dia sedang mencari-cari cinta.

Sultan Kosen yang berasal dari Turki digambarkan sebagai telah 'melenyapkan' Tower Bridge ketika dia bergambar di tebing Sungai Thames dalam lawatan pertamanya ke luar negara itu.

Kosen, 30, berkata: "Sungguh sukar untuk mencari teman wanita. Mereka selalunya takut dengan saya. Harap-harap setelah menjadi terkenal, saya berpeluang bertemu dengan ramai wanita. Impian saya ialah ingin berkahwin."

Kosen diiktiraf sebagai lelaki paling tinggi di dunia oleh Guinness World Records (GWR) empat tahun lalu.

Dalam tempoh dua tahun selepas itu, kehidupan Kosen benar-benar berubah. Dia diberikan kemudahan pembedahan percuma seumur hidup bagi menghentikan tumbesarannya.

Pakaian dan kasutnya juga dijahit khas, malah dia berpeluang melancong mengelilingi dunia.

Dia mengambil alih gelaran itu daripada lelaki tertinggi di China, Bao Xishun yang mempunyai ketinggian hanya 2.36m.

Kosen turut memiliki tangan dan kaki terpanjang masing-masing, berukuran 27.5 sentimeter (sm) dan 36.5sm. Tangan gergasinya itu membuatkan mereka yang bersalaman dengannya berasa kerdil.

KOSEN dan Dibo cuma bertemu selama dua bulan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin Sabtu lalu.


Pada hari Sabtu lalu, impian Kosen termakbul. Dia mengahwini Merve Dibo, 20, gadis Syria yang hampir satu meter lebih rendah daripadanya. Dibo memiliki ketinggian manusia normal iaitu 1.8m.

Kosen bertemu Dibo menerusi perkenalan kawan atas kawan. Malah, Dibo sanggup datang dari rumahnya di Hasaki, Syria untuk bertemu Kosen di kampung lelaki itu di Dede Koy, Turki.

Mereka hanya keluar bertemu janji dua bulan lalu tetapi berkata, masing-masing segera memutuskan untuk hidup bersama.

Kosen memberitahu: "Saya lihat jauh ke dalam matanya dan saya tahu ia pandangan cinta."

Dibo pula berkata: "Pada mulanya semua orang menasihati saya supaya jangan berkahwin dengan Kosen kerana ketinggiannya.

"Sungguh, saya jatuh cinta kerana hatinya, bukan sebab fizikalnya. Saya tidak kisah langsung dengan ketinggiannya."

Pasangan beragama Islam ini merancang untuk memperoleh dua orang anak.

Sukar

Kosen merupakan seorang daripada kira-kira 10 individu di dunia yang mencapai ketinggian 2.4m selepas dia mengalami penyakit yang jarang dialami yang dipanggil pituitari gigantism. Kosen disenaraikan GWR sebagai lelaki paling tinggi di dunia pada tahun 2011.

Namun, ketinggian Kosen terhenti selepas dia mendapat rawatan di sebuah hospital di Pusat Perubatan Universiti Virginia, Amerika Syarikat pada Mei 2010.

KOSEN bergambar dengan He Pingping dari China yang memiliki ketinggian 73sm.


Dia tidak mampu untuk menghabiskan persekolahannya disebabkan ketinggian luar biasanya itu, namun sekali-sekala Kosen bekerja sebagai tukang kebun untuk menyara keluarga.

Seluruh keluarga, termasuk ibu dan ayahnya, semua bersaiz normal, namun tumbesarannya mula meningkat ketika berumur 10 tahun akibat tumor yang mengeluarkan hormon ketinggian berlebihan daripada kelenjar pituitarinya.

Dia menggambarkan, salah satu kelebihan memiliki ketinggian ialah dapat membantu ibunya melakukan kerja seperti menukar mentol lampu dan menggantung langsir.

Dari segi kelemahannya pula, dia sukar mencari pakaian atau kasut yang sesuai serta saiznya itu menyebabkan dia amat sukar untuk dimuatkan ke dalam sebuah kereta bersaiz biasa.

Menjadi lelaki gergasi tidak semestinya mudah. Yang paling sukar mungkin untuk mencari jodoh. Perkara yang sama dialami Bao Xishun, kini berusia 62 tahun.

Penggembala kambing dari kawasan pedalaman Mongolia itu pernah membeli iklan mencari jodoh yang disiarkan di seluruh negara. Mujurlah pada tahun 2007, penantiannya itu berakhir.

Xishun yang mendapat liputan meluas selepas dia berjaya menyelamatkan dua ekor ikan lumba-lumba dengan menarik keluar plastik dari perut haiwan itu menggunakan tangannya yang panjang pada Disember 2006, bertemu jodoh dengan seorang wanita yang memiliki ketinggian normal iaitu Xia Shujian.

Jurujual berusia 34 tahun itu memiliki ketinggian 1.68m iaitu rendah hampir satu pertiga daripada Xishun.


LELAKI ini sering menjadi perhatian disebabkan ketinggiannya.


"Selepas pencarian yang panjang dan penuh berhati-hati, usaha itu akhirnya berhasil," lapor Beijing News.

Setahun kemudian iaitu pada usia 56 tahun, Xishun bergelar bapa.

Xishun pernah melepaskan gelaran sebagai lelaki tertinggi GWR kepada lelaki Ukraine, Leonid Stadnyk tetapi mendapatnya semula apabila Stadnyk enggan diukur mengikut garis panduan baharu.

Tidak seperti Kosen dan Xishun yang bersungguh-sungguh mencari pasangan hidup, Stadnyk dengan ketinggian 2.59 meter bersikap sebaliknya.

Dia bukan sahaja enggan mencari cinta, malah tidak mahu fizikalnya diukur secara rasmi oleh GWR kerana dia bencikan ketinggiannya dan tidak mahu menjadi terkenal.

Dia yang tinggal di Podoliantsi, sebuah perkampungan kecil di Ukraine, menggelar ketinggiannya sebagai 'hukuman tuhan yang paling besar ke atas saya' dan dia sama sekali enggan melihat dirinya di hadapan cermin.

Skandal pakej umrah

Posted:

Skandal pakej umrah

Skandal pakej umrah

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


PERMINTAAN tinggi terhadap pakej umrah sering diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


IMPIAN Siti Aida Mohd. Salleh untuk mengerjakan umrah buat kali pertama bersama keluarga- nya musnah kerana ditipu sebuah agensi pelancongan.

Ketika ditemui baru- baru ini, Siti Aida memberitahu, sepatutnya dia bersama ibu dan abangnya mengerjakan umrah pada 16 Jun lalu.

Namun, agensi pelancongan terbabit sering menunda tarikh penerbangan.

Dia merupakan antara kira-kira 1,200 bakal jemaah umrah dari seluruh negara yang tertipu dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM4.8 juta.

Apa yang lebih malang, wang mereka turut lesap.

Beroperasi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, syarikat itu gagal menguruskan penerbangan jemaah umrah pada Jun tahun ini walau- pun bayaran penuh sebanyak RM3,999 dibuat oleh setiap bakal jemaah sejak 2012.

Menurut seorang perunding kumpulan jemaah yang dilantik agensi itu, Qurratul 'Ain Hasman, dia dan 54 jemaah lain hanya menyedari ditipu selepas jemaah yang dijadual berlepas pada Jun tahun ini terkandas atas alasan masalah dana dan visa.

"Pada mulanya saya dimaklumkan wakil agensi, terdapat masalah berkaitan dana tidak mencukupi yang seharusnya dibiayai syarikat korporat bagi menanggung RM1,500 setiap jemaah daripada harga sebenar pakej umrah iaitu RM5,500," katanya.

Cek tendang

Namun, sebaik sahaja ke pejabat agensi itu, ia ditutup dengan notis yang tertera 'premis ditutup sementara'. Usaha menghubungi wakil agensi turut gagal.

Wanita ini mendakwa, kira-kira 1,200 bakal jemaah termasuk di Sabah dan Sarawak yang mengambil pakej umrah agensi itu turut gagal menunaikan umrah mereka.

Qurratul memberitahu, pada 7 Jun lalu, pegawai agensi itu menawarkan dua pilihan sama ada meneruskan penerbangan yang dijanjikan pada Ogos dan September lepas atau mengambil wang yang dibayar 45 hari selepas tarikh cek dikeluarkan.

"Tetapi cek itu cek tendang," katanya.

Menurut konsultan Umrah-Haji.com, Hairul Azaman yang merupakan ejen penghubung bakal individu yang ingin menunaikan haji dan umrah, seseorang perlu berhati-hati memilih pakej haji atau umrah yang ditawarkan.

"Pilih syarikat yang berkemampuan dan kredibilitinya tidak dipertikaikan. Ada yang memilih pakej hanya kerana personaliti sese- orang individu.


PENIPUAN pakej umrah antara 12 bentuk penipuan yang paling popular berlaku di negara ini mengikut Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.


Tipu

"Jika difikir secara logik, seorang individu hanya mampu menguruskan 40 orang maksimum dan sekiranya lebih itu tidak masuk akal," katanya.

Jelasnya, bayaran yang dibuat lebih wajar sekiranya melalui akaun syarikat dan bukannya milik individu.

Tambahnya, mereka yang ingin mengerjakan umrah atau haji tidak seharusnya tertipu dengan agensi yang menawarkan pakej umrah dengan kadar harga rendah.

"Mengikut kadar sekarang, biasanya melebihi RM5,000 tetapi jika ada syarikat yang menawarkan hanya RM2,500, itu tidak masuk akal," katanya.

Bagi seorang pengendali umrah dan haji, Ustaz Abdul Halim Abdullah, bagi mereka yang ingin menunaikan umrah sebaiknya mendapatkan nasihat daripada rakan- rakan atau saudara-mara mereka yang pernah menunaikannya.

"Jika mereka memberikan cadangan, lebih baik kerana ini menunjukkan agensi itu dikenali dan berjaya menganjurkan pakej umrah.

"Ini bagi memastikan kita tidak tertipu kerana banyak pihak yang mengambil kesempatan menipu pada zaman moden ini walaupun berkisar soal agama," ujarnya.

Jelasnya lagi, taraf hidup rakyat negara ini semakin meningkat selain lebih 70,000 orang menunaikan umrah setiap tahun.

"Namun, bukan itu alasan untuk menipu orang lain," tegasnya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek pula meminta kesemua mangsa memfailkan aduan rasmi kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT- PM).

Pendengaran kes tersebut akan berlangsung dalam tempoh 40 hari selepas kes tersebut difailkan.

Beliau berkata, pihak yang gagal mematuhi award selepas 14 hari dari tarikh award dibuat oleh TTPM, boleh didenda tidak mele- bihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya sekali.

"Oleh itu, saya menasihatkan mangsa pakej umrah berkenaan supaya segera memfailkan kes kerana kita yakin kes tersebut dapat diselesaikan kurang 60 hari selepas ia difailkan. Wang mereka akan di- kembalikan," katanya.

Sheifa berjuang demi impian

Posted:

Sheifa berjuang demi impian

Sheifa berjuang demi impian

Oleh ZULHILMI JALIL


SHEIFA berhasrat untuk membuka cawangan butik pengantinnya di negeri lain dalam tempoh lima tahun akan datang.


NASIHAT si ibu supaya dia membuat pemeriksaan di klinik selepas tanda-tanda lebam muncul di lehernya ternyata membawa satu episod baharu dalam hidup Sharifah Norizah Syed Ahmed Kaber.

Wanita ini tidak pernah menyangka sama sekali, ketika usianya sedang menginjak naik, dia dikhabarkan dengan berita yang menyedihkan.

Selepas dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur, laporan ujian sampel sel darah mengesahkan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini menghidap penyakit limfoma Hodgkin iaitu sejenis kanser darah.

Namun, dia yang mesra disapa Sheifa, 25, ini tidak cepat panik.

Dia bagaikan reda dengan ujian hidup yang diberikan Tuhan kepadanya.

Apatah lagi ketika itu dia sedang menduduki peperiksaan akhir semester pengajiannya.

"Doktor beritahu, kanser saya sudah masuk tahap dua. Saya dinasihatkan supaya menjalani kemoterapi secepat mungkin bagi mengelakkan ia merebak ke bahagian lain.

"Masa itu, saya sudah masuk wad, tapi terpaksa minta kebenaran untuk pergi menduduki peperiksaan sebab tak sanggup nak bazirkan satu semester yang dah berlalu," katanya yang kini merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi).


SUAMI banyak memberi sokongan moral kepada Sheifa untuk mencapai impian dalam hidupnya.


Kemoterapi

Anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini nyata cekal apabila dia perlu menjalani 12 kali rawatan kemoterapi di Hospital Ampang bagi memastikan dirinya benar-benar bebas daripada sel kanser.

"Saya selalu anggap yang saya masih bernasib baik jika dibandingkan dengan pesakit kanser lain.

"Sebab itu, saya tak pernah menganggap sakit saya ini sebagai penghalang, malah ia sebenarnya memberi saya semangat untuk meneruskan hidup," ujar anak bongsu daripada tiga beradik ini.

Pada masa itu, Sheifa sudah bercadang untuk melangsungkan perkahwinan bersama lelaki pilihannya pada penghujung tahun 2012.

Namun, atas faktor kesihatannya, majlis ijab kabul dipercepatkan. Ujar Sheifa, dia memerlukan seseorang yang boleh menjaganya ketika dia menjalani rawatan di ibu kota.

"Kami bercadang untuk bernikah pada tarikh 20.12.2012, namun disebabkan saya sakit, dan perlukan orang untuk menjaga saya, jadi kami berkahwin enam bulan lebih awal," ujarnya yang memberitahu, keningnya terpaksa dilukis semasa majlis persandingan gara-gara gugur kesan kemoterapi.

Biarpun pada ketika itu keadaannya masih belum pulih, Sheifa sudah jauh fikir ke depan.

Uniknya, Sheifa yang masih bergelar pelajar telah memiliki bisnesnya sendiri.

MINAT untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan diwarisi Sheifa daripada arwah bapanya.


Butik pengantin

Minatnya yang mendalam dalam bidang perniagaan membuatkan wanita ini mencuba nasib menjadi perunding majlis perkahwinan.

Segala-galanya tercetus atas minatnya dalam bidang perniagaan yang diwarisi daripada arwah ayahnya yang membuka restoran di Johor Bahru.

Ujar Sheifa, pada mulanya dia berjinak-jinak memulakan bisnes tersebut dari rumah.

Daripada mengambil tempahan membuat baju perkahwinan, dia kini mampu tersenyum lebar apabila berjaya menubuhkan Sheifa Bridal & Event.

Butik pengantin yang terletak di Prima Sri Gombak, Selangor itu dibuka secara rasmi pada September 2012 yang lalu.

"Saya memang minat berniaga. Sebelum ada butik ini pun, saya telah menjalankan perniagaan pakaian secara dalam talian.

"Namun, kini saya memberi fokus sepenuhnya sebagai perunding perkahwinan dengan dibantu oleh suami dan beberapa orang pekerja," ujarnya yang mendapat bantuan modal daripada pihak Permodalan Usahawan Nasional Berhad bagi memulakan perniagaan.

Sheifa akui komitmen dan disiplin yang tinggi diperlukan bagi memastikan pelajaran dan kerjayanya bergerak seiring.

"Sekarang tinggal empat subjek sahaja lagi sebelum saya menamatkan pengajian. Jadi di luar waktu kelas itu biasanya saya akan ke butik untuk uruskan hal berkaitan.

"Jika dahulu saya uruskan kedai seorang diri, tapi kini dah ada pekerja sendiri," katanya.

Ujar Sheifa, dia sebenarnya seorang yang suka mencuba sesuatu untuk menerokai potensi diri.

"Saya diajar supaya berdikari dari kecil untuk mencapai sesuatu yang saya impikan.

"Kini, saya meletakkan sasaran untuk membuka cawangan butik di negeri lain dalam tempoh lima tahun akan datang," ujarnya yang kini masih perlu melakukan pemeriksaan perubatan susulan setiap enam bulan sekali bagi memastikan keadaannya benar-benar pulih.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved