Khamis, 7 November 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pejabat Parti Komunis China dibom

Posted:

Pejabat Parti Komunis China dibom

Pejabat Parti Komunis China dibom

TINGKAP kaca bertaburan selepas berlaku letupan di luar ibu pejabat Parti Komunis di bandar Taiyuan, China semalam.- AFP


BEIJING - Seorang mangsa terbunuh manakala lapan lagi cedera semalam dalam satu siri letupan bom yang berlaku di luar ibu pejabat wilayah Parti Komunis di bandar Taiyuan, dekat utara China, kata para pegawai.

Bagaimanapun, para pegawai pemerintah tidak menyatakan sasaran serangan atau pelaku suspek yang melakukan serangan bom tersebut.

Media-media tempatan menyatakan letupan itu berlaku disebabkan beberapa bom buatan sendiri.

Siri letupan itu berlaku ketika kawalan keselamatan diketatkan ekoran satu kejadian kemalangan membabitkan sebuah kereta yang merempuh orang ramai di Pintu Dataran Tiananmen, Beijing.

Kejadian itu menyebabkan tiga orang penumpang kereta tersebut dan dua pejalan kaki terbunuh.

Beberapa pegawai keselamatan mendakwa, kejadian di dataran tersebut merupakan satu tindakan pengganas yang dilakukan oleh beberapa militan Islam dari barat China.

Bagaimanapun, letupan yang berlaku semalam itu kelihatan seperti dilakukan oleh beberapa warga China yang marah dengan pemerintah komunis di negara ini.

Sebelum ini, beberapa orang yang dipercayai marah kepada ketidakadilan yang berlaku di China telah meletupkan beberapa buah bas, menikam beberapa pegawai dan menyerang beberapa buah sekolah.

Pemerintah wilayah Shanxi dan polis berkata, letupan itu berlaku pada pukul 7.40 pagi waktu tempatan. - Agensi

Peserta Ratu Cantik Universe peraga gaun malam

Posted:

Peserta Ratu Cantik Universe peraga gaun malam

Peserta Ratu Cantik Universe peraga gaun malam

TITI YITASYISH AYNAW mewakili Israel.- AFP


MOSCOW - Semua para peserta memperagakan gaun malam pada pusingan awal pertandingan Ratu Cantik Universe di sini kelmarin.

Para peserta dari 86 buah negara itu memperagakan pakaian itu di depan juri dan penonton di Dewan Bandar Raya Crocus, di sini.

Mereka juga memperagakan pakaian renang pada pertandingan edisi ke-62 itu.

Peserta dari Filipina, Ariella Arida dan Erin Brady dari Amerika Syarikat (AS) menjadi pilihan untuk dinobatkan sebagai Ratu Cantik Universe 2013.

Menurut laporan portal berita Emirates 24/7 semalam, Brady, 26, ialah seorang akauntan dari East Hampton, Connecticut sebelum dia dinobatkan Ratu Cantik AS 2013.

Arida yang berusia 24 tahun pula merupakan lulusan ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam bidang kimia dari Universiti Filipina.

Namun, peserta berusia 19 tahun dari Australia, Olivia Wells dijangka memberi saingan hebat kepada Brady dan Arida.

Antara yang menyertai pertandingan itu termasuk peserta dari Malaysia, Indonesia, Myanmar dan Singapura.

Malaysia diwakili oleh Carey Ng manakala Whulandary mewakili Indonesia.

Pertandingan akhir akan diadakan pada 9 November ini. - Agensi

Tiga beranak jalani rawatan kurangkan bulu

Posted:

Tiga beranak jalani rawatan kurangkan bulu

Tiga beranak jalani rawatan kurangkan bulu


RAMBUT Manjura dicukur sebelum dia dirawat dengan menggunakan tembakan laser di Hospital Dhulikhel di pinggir bandar Kathmandu pada 22 Oktober lalu.- REUTERS


KHARAY - Seorang ibu dan tiga anaknya terpaksa menjalani rawatan dengan menggunakan laser baru-baru ini bagi mengurangkan pertumbuhan bulu pada badan mereka.

Wanita berkenaan, Devi Budhathoki, 38, dan anak perempuannya, Manjura, 14, seorang anak lelakinya Niraj, 12, serta seorang lagi anak perempuannya Mandira, 7, disahkan menghidap penyakit genetik Congenital Hypertrichosis Lanuginosa.

Penyakit ganjil itu yang kadangkala digelar sebagai sindrom serigala jadian menyebabkan pesakit mengalami pertumbuhan bulu badan yang berlebihan.

"Niraj pernah memberitahu bahawa dia akan kembali dengan wajah baharu supaya mereka tidak dapat lagi mengejeknya," kata Devi.

Devi dan suaminya yang berusia 65 tahun, Nara Bahadur Budhathoki serta tiga anak mereka tinggal di sebuah kediaman di sini, dalam daerah Dolkha yang terletak sekitar 190 kilometer ke timur laut ibu kota Nepal, Kathmandu.

Empat beranak itu menjalani rawatan dengan menggunakan laser bagi membuang bulu badan secara berkala di Hospital Dhulikhel di pinggir bandar Kathmandu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved