Selasa, 5 November 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Perbicaraan Morsi ditunda

Posted:

Perbicaraan Morsi ditunda

Perbicaraan Morsi ditunda

PENYOKONG Morsi berdoa di luar akademi polis tempat beliau dan penyokongnya dibicarakan di pinggir bandar raya Kaherah semalam.- REUTERS


KAHERAH - Mahkamah Mesir telah menunda perbicaraan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang didakwa terlibat dalam kematian penunjuk perasaan sewaktu tempoh pemerintahan beliau.

"Saya Dr. Mohamed Morsi sebagai presiden republik ini, mahkamah ini telah menyalahi undang-undang," tegasnya bagi menolak prosiding mahkamah.

Ia kemunculan awam yang pertama Morsi sejak kerajaan Mesir pimpinannya digulingkan oleh tentera pada Julai lalu.

Beliau menyelar tindakan menggulingnya oleh pihak tentera dan menyeru agar kepimpinan tentera menyerah diri ke mahkamah.

"Tindakan pihak tentera ini merupakan satu rampasan kuasa.

"Ketua dan pemimpin tentera hendaklah dibawa ke muka pengadilan kerana ini merupakan satu pengkhianatan dan berunsur jenayah," tambah Morsi.

Morsi hadir ke mahkamah dengan memakai pakaian formal dan bukan berpakaian putih seperti tahanan lain.

Turut dihadapkan ke mahkamah termasuk dua penyokong kuat Morsi, Essam Al-Erian dan Mohammed Al-Beltagui.

Mereka melaungkan 'Jatuhkan pemerintahan tentera' sewaktu bermulanya perbicaraan dan menepuk tangan ketika Morsi memasuki mahkamah.

Morsi mula berkuasa selepas memenangi pilihan raya bebas pertama negara itu pada Jun 2012 setelah namanya meningkat popular berbanding beberapa tahun sebelumnya.

Beliau telah didakwa bersama 14 yang lain kerana menyebabkan kematian penunjuk perasaan di berhampiran kediaman man rasmi presiden di sini pada Disember 2012.

Pihak mahkamah Mesir telah memutuskan untuk menangguh kes perbicaraan Morsi pada Januari tahun hadapan. - AFP

Eminem ungguli anugerah muzik YouTube

Posted:

Eminem ungguli anugerah muzik YouTube

Eminem ungguli anugerah muzik YouTube

EMINEM


NEW YORK - Penyanyi rap terkenal, Eminem mengungguli Anugerah Muzik Youtube kelmarin apabila dia dinobatkan sebagai selebriti sepanjang tahun.

Bintang berusia 41 tahun itu berjaya mengetepikan penyanyi pop remaja, Justin Bieber serta beberapa penyanyi popular lain termasuk Rihanna, Taylor Swift dan Katy Perry.

Dalam pada itu, muzik video I Got A Boy oleh kumpulan pop wanita dari Korea Selatan, Girl's Generation membuat kejutan apabila mengungguli kategori video sepanjang tahun.

Ia sekali gus mengalahkan penyanyi popular seperti Miley Cyrus, Justin Bieber, Lady Gaga dan One Direction.

Menurut YouTube, klip oleh Girl's Generation yang terdiri daripada sembilan anggota itu telah ditonton lebih 1.9 bilion penonton menjelang acara itu kelmarin.

Penyanyi pop remaja, Taylor Swift pula menguasai kategori video fenomena YouTube melalui muzik video I Knew You Were Trouble sekali gus mengatasi klip Harlem Shake dan Gangnam Style oleh bintang Korea Selatan, Psy.

Setakat ini, anugerah yang dianjurkan buat pertama kali oleh laman perkongsian video milik Google itu cuma memperkenalkan enam kategori.

Pemenang bagi setiap kategori ditentukan menerusi jumlah perkongsian video terbanyak di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Google+.

Acara yang berlangsung di Pier 36 di Manhattan, New York itu ditayangkan secara langsung menerusi YouTube. - Agensi

12,000 lilin bentuk imej hati

Posted:

12,000 lilin bentuk imej hati

12,000 lilin bentuk imej hati


BEBERAPA sukarelawan gigih menyusun lilin bagi membentuk imej hati serta mencipta rekod baharu dunia di Jerman.- AP


HALLE, Jerman - Sejumlah sukarelawan di Jerman berusaha untuk membentuk imej hati menggunakan lebih 12,000 batang lilin di sini kelmarin bagi mencipta rekod baharu dunia.

Usaha mencipta rekod itu julung kali dianjurkan sebagai antara acara sambutan Festival Cahaya di Jerman pada tahun ini.

Pihak penganjur dipercayai cuba untuk memecahkan rekod yang pernah dicatatkan dalam Guinness World Records di Austria kira-kira tujuh tahun lalu.

Rekod itu dilakukan dengan menggunakan lebih 11,000 lilin yang berlangsung di Vienna, Austria pada tahun 2006.

Pada percubaan kali ini, pihak penganjur di Jerman cuba membentuk imej tersebut dengan menggunakan lebih 12,000 batang lilin.

Seramai berpuluh-puluh sukarelawan dilihat begitu tekun menyusun lilin kecil mengikut bentuk hati yang ditetapkan pihak penganjur di satu kawasan terbuka dekat sini kelmarin.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved